Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Burok, Dr Syed Azman Syed
Ahmad hari ini mempersoalkan tindakan Yang DiPerua Dewan Undangan Negeri (YDP
Dewan) tidak memberikan sebarang alasan kenapakah Enakmen Kesalahan Jenayah
Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M yang telah lama diwartakan ini
tidak dikuatkuasakan sepenuhnya.
Berikutan itu beliau menegaskan apakah benar telahnnya
bahawa bahawa Enakmen ini hanya menjadi alat politik semata-mata.
Apakah ia dijaja (oleh kerajaan PAS dan parti berkenaan) di
segenap penjuru negara apabila pilihan raya menjelang tiba untuk kepentingan
politik?
Katanya, “Lebih malang lagi, Enakman ini akan
kembali dipetisejukkan dan dilupakan sebaik sahaja pilihan raya berakhir .”
Dr Syed Azman mengatakan demikian mengulas penolakan usul
daripada YDP DUN Terengganu Datuk Mohd Zubir bin Embong yang dikemukakan di
bawah peraturan Majlis Mesyuarat fasal 31(2) peraturan-peraturan dan perintah
tetap Dewan Undangan negeri Terengganu dengan memberi notis 14 hari.
Usul berkenaan ialah bagi meneliti dan membahas semula Enakmen
Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423h/2002m Yang Tertangguh
Hampir 15 Tahun.
“Agama Islam tidak berkisar pada persoalan undang-undang
yang bersifat menghukum semata-mata.
Bagi Dr Syed Azman, Islam adalah lebih bersifat mendidik
daripada menghukum, menegakkan keadilan dari beretorik di mimbar-mimbar
perbincangan, memperjuangkan kebebasan serta menghapus salahguna kuasa dan
rasuah.
Tegasnya, ;ebih buruk lagi jika isu pelaksanaannya juga terdorong kepada kepentingan politik semata-mata dengan menjadikan hudud sebagai taruhan untuk meraih sokongan dan bukan diberi perspektif berpandukan disiplin ilmu yang mahal harganya.
“Sikap mengambil mudah dalam isu perlaksanaan syariat khususnya Hudud dan Qisas tanpa memberi gambaran ‘tujuan syariat atau maqasid syariah’ yang lebih besar akan memberi ruang kepada tuduh menuduh yang boleh membawa kepada mendukung kelompok Takfiri (mengkafirkan orang lain),” katanya.

Ikuti tekas penuh usul Dr Syed Azman berikut:
*PENOLAKAN USUL OLEH YANG DIPERTUA DEWAN UNDANGAN
NEGERI TERENGGANU BAGI MENELITI DAN MEMBAHAS SEMULA ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH
SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M YANG TERTANGGUH HAMPIR 15
TAHUN*
Saya baru menerima sepucuk surat daripada YDP DUN Terengganu Dato Mohd Zubir bin Embong yang *menolak usul asal saya* yang dikemukakan di bawah peraturan Majlis Mesyuarat fasal 31(2) peraturan-peraturan dan perintah tetap Dewan Undangan negeri Terengganu dengan memberi notis 14 hari.
Usul saya ini adalah bagi menggesa Dewan Undangan Negeri Terengganu meneliti semula Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M yang tertangguh hampir 15 tahun
Namun di sebalik penolakan usul saya, *surat YDP Dewan dengan jelas memperakui bahawa Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M telah diluluskan oleh Dewan Yang Mulia Ini pada 7 Julai 2002.*
Beliau juga turut *memperakui bahawa Enakmen ini juga telah diperkenankan oleh Al-Sultan Terengganu pada 2 September 2002 dan disiarkan dalam warta pada 25 September 2002 serta telah dicatatkan berkuatkuasa bermula pada 27 Oktober 2003 melalui dokumen TR.P.U.10/2003.*
Malangnya surat penolakan *YDP Dewan tidak menyatakan secara langsung sebab-sebab kenapa di sebalik kelulusan Enakmen yang telah diwartakan ini,* namun perlaksanaannya tertangguh sejak 15 tahun yang lalu.
YDP Dewan tidak memberikan sebarang alasan kenapakah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) yang telah lama diwartakan ini tidak dikuatkuasakan sepenuhnya?
Adakah benar telahan saya bahawa Enakmen ini hanya menjadi alat politik semata-mata dan dijaja di segenap penjuru negara apabila pilihan raya menjelang tiba? Lebih malang lagi, Enakman ini akan kembali dipetisejukkan dan dilupakan sebaik sahaja pilihan raya berakhir !
Saya ingin tegaskan adalah menjadi tanggungjawab setiap Ahli Dewan Undangan Negeri untuk berbahas soal isu yang penting ini. Dewan ini juga bertanggungjawab meneliti pelbagai aspek untuk *menegakkan Maqasid Syariah, yakni matlamat utama Syariah, dan melindungi agama daripada pengaiban.*
Sepatutnya di Dewan yang mulia inilah tempat untuk Enakmen ini diteliti dan dibahas kembali dan bukannya dibiarkan perdebatan berlangsung di padang-padang bola atau di pelbagai medan pertemuan sosial lain yang penuh dengan kecelaruan.
Oleh itu, adalah wajar Dewan yang mulia ini meneliti kembali apakah enakmen-enakmen jenayah syariah yang telah diluluskan semenjak 15 tahun yang lalu benar-benar dapat *memelihara nilai-nilai utama syariah, seperti keadilan, rahmat, kebijaksanaan dan kebaikan.*
Begitu juga setiap tanggapan negatif terhadap syariat harus ditangani dengan usaha dakwah dan mendidik, memberikan kefahaman menerusi *pendekatan berhikmah dan bukannya bersifat ‘menghukum’ semata-mata agar tidak ada lagi yang 'dimunafiqkan', 'diliberalkan' dan 'dikafirkan'.*
Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa agama Islam tidak berkisar pada persoalan undang-undang yang bersifat menghukum semata-mata. *Islam adalah lebih bersifat mendidik daripada menghukum, menegakkan keadilan dari beretorik di mimbar-mimbar perbincangan, memperjuangkan kebebasan serta menghapus salahguna kuasa dan rasuah.*
Lebih buruk lagi jika isu pelaksanaannya juga terdorong kepada kepentingan politik semata-mata dengan menjadikan hudud sebagai taruhan untuk meraih sokongan dan bukan diberi perspektif berpandukan disiplin ilmu yang mahal harganya.
Sikap mengambil mudah dalam isu perlaksanaan syariat khususnya Hudud dan Qisas tanpa memberi gambaran *tujuan syariat atau maqasid syariah* yang lebih besar akan memberi ruang kepada tuduh menuduh yang boleh membawa kepada mendukung kelompok Takfiri (mengkafirkan orang lain)
Malah sarjana besar pada zaman ini seperti *Sheikh Mustafa al-Zarqa, Muhammad Abu Zahra dan Sheikh Yusuf al-Qaradawi telah banyak membahaskan keperluan terhadap ijtihad, keutamaan (fiqh al-awlawiyat) dan keadilan sebagai asas maqasid al-syariah dalam pelaksanaan hukum-hukum Islam ini.*
Saya sekali lagi memohon YDP DUN meneliti semula usul yang saya telah kemukakan ini agar Dewan yang mulia ini dapat mengadakan sidang khas bagi membahas kembali Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu. Kita tidak boleh berselindung dengan meletakkan kegagalan melaksanakan enakman ini kepada pihak lain terutama daripada kalangan bukan Islam.
Adalah wajar rakyat Terengganu perlu diberikan penjelasan akan kegagalan perlaksanaan Enakmen ini sehingga hampir 15 tahun kerana Syariat Islam bukannya bersifat retorik politik tetapi menjadi kewajipan mereka yang berkuasa. Ia adalah suatu yang penuh dengan segala kemuliaan dan kerahmatan.
*DR. SYED AZMAN SYED AHMAD,

Ahli
Dewan Undangan Negeri Batu Burok, Terengganu,*
*28 MAC 2017.*
*28 MAC 2017.*
No comments:
Post a Comment