“Siapa yang
akan menggantikan Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang kini dilihat ‘Berat
66’ dan ‘Tok Rok Cetong’ atau pemimpin yang
tidak berdaya dan berupaya mentadbir dan menguruskan negeri dengan
baik.”
Analisis oleh Hambali
Abdul Latiff
Tiada siapa boleh menolak
pendapat bagi mengatakan kemenangan Barisan Nasional (BN) di Kedah pada pilihan
raya umum 2013 kerana faktor Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Keberanian Barisan
Nasional (BN) meletakkan Mukhriz sebagai ikon politik Kedah untuk menjadi
Menteri Besar jika BN menang adalah tindakan berani yang jarang dilakukan BN.
Dengan kedudukan di mana
Kedah bercelaru kerana kepimpinan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang
tidak menunjukkan hala tuju pembangunan dan pentdabiran diharapkan – selain
beliau tidak sihat – menyebabkan BN mampu menawan Kedah.
Ini bermakna, untuk rakyat
teruja dengan parti dan kepimpinan negeri selepas pilihan raya, calon Menteri
Besar mestilah diketengahkan sebelum pilihan raya umum.
Meletakkan Mukhriz sebagai
ikon politik di Kedah adalah formula terbaik yang kini dilihat menjadi formula
sama sama ada mengekalkan BN atau menjatuhkan BN di Terengganu.
Jadi bagaimana keadaannya di Terengganu?
Kenapa dikaitkan kes
Mukhriz dengan Terengganu? UMNO/BN bukannya mahu menawan daripada pembangkang.
Ya benar Terengganu
diperintah oleh BN.
Tetapi hakikatnya negeri ini kini bagaikan sudah berada ‘di
tangan pembangkang’ apabila kepimpinan Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman
dilihat tidak bermaya.
Tiada siapa boleh
menafikan bahawa Terengganu hanya gah dengan slogan Transformasi Terengganu
Baharu (TTB) tetapi apa yang ‘ditransformkan’ dipersoalkan dan apa yang baru tidak
dirasai oleh rakyat.
Juga kepimpinan Ahmad
Razif dikritik hebat kerana tiada perancangan dan pengenalan pembangunan yang
sesuai dengan kepentingan rakyat, termasuk mencipta pekerjaaan untuk orang
muda.
Sama ada secara terbuka atau melalui kumpulan WhatsApp, Ahmad Razif kini dilihat begitu 'kecil' dan paling gagal berbanding menteri-menteri besar sebelumnya.
Banyak isu
pembangunan dan ekonomi selain isu politik yang jelas wujud pertelingkahan
dalaman selepas serangan hebat Datuk Seri Ahmad Said terhadap Ahmad Razif dengan meminta beliau meletakkan jawatan.
Selain itu penarikan
pingat kebesaran terhadap Ahmad Razif turut menjejaskan reputasi beliau dan
walaupun pingat dipulangkan, persoalan kenapa pingat ditarik belum terjawab.
Pingat dipulangkan juga tetapi menjadi persoalan, kenapa?
Isu penting ialah siapa
calon Menteri Besar yang dapat ‘membangunkan semula’ Terengganu yang masih menjadi
negeri mundur, walaupun hasil petroleum diserhakan kepada negeri itu mencecah
puluhan billion ringgit?
Cakap-cakap di Terengganu
kini ialah rakyat memerlukan Menteri Besar yang mampu membuat perancangan dan
menguruskan ekonomi negeri dengan baik, bukan yang 'Berat 66' dan 'Tok Rok Cetong'.
Dengan kata lain Ahmad
Razif kini selain dilihat ‘Berat 66’ dan ‘tok rok cetong’ atau tidak berdaya dan
berupaya mentadbir negeri dengan baik, beliau juga kroni ketat Perdana menteri.
Siapa akan menggantikan beliau? Apa yang berlaku di
Terengganu?
Kedudukan Menteri Besar
sekarang, Ahmad Razif kini goyah dan dilihat hanya ‘proksi buta’ Datuk Seri Najib Razak.
Beliau hanya penjaga
kepentingan Najib dalam semua perkara di Terengganu dan tidak ada dalam
kepalanya selain menjamin dirinya dan Najib selamat.
Selamat Najib selamat
Ahmad Razif, namun selamat Ahmad Razif belum tentu Najib selamat.
Ghazali...eskutu Ahmad Said |
Kedudukan ini menyebab
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lain seramai 16 itu berada dalam kedudukan
tidak selesa dan bimbang akan digugurkan atau kalah pilihan raya dengan tumpuan
Ahmad Razif kepada dirirnya dan kepentingan diri dan konco-konconya sahaja.
Rakyat Terengganu tahu
Ahmad Razif ada duit. Dengan duit ini dia akan mencaturkan BN berdepan pilihan
raya. Malah, dengan bangganya beliau mengatakan dengan wang dia ada dia berkuasa menentukan calon untuk pilihan raya.
Tetapi apakah duit untuk segalanya?
Pertanyaan juga apakah
Ahmad Razif akan kekal senarai Menteri Besar jika beliau dan BN menang sekali
lagi?
Dan jika beliau
diselamatkan Najib dan dibawa ke Putrajaya jika BN berjaya memerintah semula,
siapa akan menggantikan beliau sebagai Menteri Besar?
Sehingga kini BN
Terengganu tidak menunjukkan sesiapa walaupun ada beberapa nama disebut-sebut
daripada kalangan ADUN sedia ada dan tokoh-tokoh baru yang mungkin diletakkan
sebagai ADUN bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Isunya sekarang , apakah
BN berani mengemukakan calon Menteri Besar yang baru menggantikan Ahmad Razif
dalam kedudukan beliau sendiri jelas mahu meneruskan ‘tugasnya yang beliau
selesai’ di Terengganu?
Apakah Ahmad Razif sanggup
tinggalkan projek-projeknya yang besar, termasuk pembangunan Bandar Baharui
Seberang Takir, projek perumahan yang diserahkan kepada syarikat China,
pembangunan bandar Kuala Terengganu yang diserhkan kepada syarikat China dan
banyak lagi?
Jika Ahmad Razif
tinggalkan separuh jalan, projek mungkin terbengkalai dan akan ada banyak
masalah timbul, termasuk siasatan atau penilaian semula terhadap kelulusan
projek dan perbelanjaan yang diperuntukkan.
Ahmad Razif tidak mahu
perkara sama berlaku seperti Datuk Seri Ahmad Said mempertikaikan projek
pembangunan dilaksanakan oleh Datuk Seri Idris Jusoh apabila beliau tidak lagi
menjadi Menteri Besar.
Mohd Jidin...ancaman kepada Ahmad Razif? |
Kalaupun Ahmad Razif bersetuju ke Putrajaya selepas PRU14, siapa yang
akan mengganti beliau dan ‘patuh kepada kehendaknya di negeri’ agar kepentingan
beliau tidak terjejas dan dilondehkan?
Atau sekurang-kurangnnya
calon itu mestilah ‘orang rapat dengan Najib’ agar kepentingan Najib dan Ahmad
Razif dapat dijamin berterusan.
Rasanya nama-nama seperti
Datuk Mohd Jidin Shafee (ADUN Permaisuri) dan Nawi Mohamad (ADUN Hulu Besut)
serta Datuk Tengku Putera Tengku Awang (ADUN Kuala Berang) antara yang pertama sengaja dihilangkan daripada radar Menteri Besar sebelumpun PRU14.
Sementara Ghazali Taib dan
Roslee Daud akan lenyap lebih awal. Rakyat Terengganu tahu punca utamanya.
Maka timbullah kumpulan
ADUN lain seperti Muhammad Pehimi Yusof (ADUN Jerteh yang dikatakan akan
bertanding di DUN Kota Putera), Wan Hakim Wan Mokhtar (Air Puteh), Tengku
Zaihan Che Ku Abdul Rahman (Kuala Besut yang dikatakan mungkin akan ke Parlimen
Besut) , Mohd Iskandar Jaafar (Jabi) dan juga Bazlan Abdul Rahman (Batu Rakit).
Tiga lagi yang dilihat benar-benar berpotensi
ialah A Latiff Awang (ADUN Pengkalan Berangan), Datuk Sabri Mohd Noor (ADUN Langkap) dan Datuk Rozi Mamat (ADUN
Telemong).
Sabri dikatakan sudah
meletakkan politiknya di ‘gear rendah’ kerana masalah kesihatan yang dihadapi
beliau.
Persoalannya berapa ramai
daripada mereka akan bertanding semula atau akan menang pada PRU14?
Jailani Johari...ke DUN kuala Berang? |
Daripada kesemua itu
rasanya yang berpotensi menang untuk menjadi Menteri Besar ialah Rozi serta Wan
Hakim. Mohd Jidin mungkin menang tetapi dilihat sudah lanjut usia dan kesihatan
yang kurang memuaskan.
Namun, apakah Rozi dan Wan
Hakim merupakan calon terbaik untuk Menteri Besar Terengganu selepas ini?
Lantas timbul pertanyaan,
apakah calon baru yang disebut-sebut akan dikemukakan oleh BN untuk bertanding
pada PRU14 akan merupakan antara calon Menteri Besar?
Dikatakan Datuk Jailani
Johari yang kini Ahli Parlimen Hulu Terengganu akan bertanding DUN Kuala Berang,
Mohd Sabri Alwi dikatakan akan bertanding di DUN Ladang serta Datuk Jailani Ngah
di DUN Batu Rakit akan menjadi saingan kepada Rozi dan Wan Hakim?
Dengan berita kononnya
Istana Terengganu mahukan Menteri Besar
selepas ini daripada kalangan orang dari daerah atau dalam Parlimen Kuala
Terengganu, apa pilihan yang UMNO Terengganu ada?
Untuk rekod, Parlimen
Kuala Terengganu dimenangi semuanya oleh pembangkang di mana tiga DUN Ladang,
Batu Burok dan Wakaf Mempelam oleh PAS dan Bandar oleh PKR.
Jadi untuk ada calon MB
jika BN memerintah semula Terengganu, mesti ada ADUN UMNO/BN dari Kuala
Terengganu untuk melayakkan apa yang ‘dikehendaki oleh istana Terengganu’ itu.
Namun persoalannya apakah jika ada calon yang menang dari Kuala
Terengganu yang diketengahkan UMNO/BN, mereka akan mendapat perkenan Istana
Terengganu untuk menjadi Menteri Besar?
Mohd Sabri dan Zahid pada satu majlis. |
Terengganu kini dilihat
bagai ‘telur di hujung tanduk’ dan kerana itu Perdana Menteri dan Timblananya
asyik datang ke Terengganu untuk menjamin UMNO/BN Terengganu tidak tumpas.
Mereka perlu ‘menggerakkan
sendiri UMNO/BN’ yang dilihat longlai melalui kepimpinan Ahmad Razif.
Dengan gagalnya UMNO/BN Terengganu mengemukakan calon Menteri
Besar selepas PRU 14 bermakna UMNO/BN tiada hala tuju yang jelas.
Kegagalan ini juga
menjawab kebimbangan rakyat bahawa walaupun Terengganu sebagai negeri agak kaya
tetapi rakyatnya rata-rata masih miskin dan memerlukan kepimpinan yang hebat
untuk memajukan Terengganu.
Jangan salahkan rakyat
jika mereka menolak UMNO/BN kerana gagal mengemukakan ‘naskhoda’ untuk
bangunkan Terengganu dan menjamin rakyatnya kea rah kehidupan yang semakin
makmur.
Harapkan Menteri Besar
yang ‘Berat 66’ dan ‘Tok Rok Cetong’ sekarang umpama menguburkan UMNO/BN walaupun
sebelum PRU14.
Kini rakyat sudah faham dan
tahu menilai siapaya selayaknya menerajui Terengganu selepas PRU14 nanti!!!
Salam lebaran
ReplyDelete