Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata empat teras berkenaan adalah pendidikan dan pembangunan sumber manusia, pertanian dan asas tani, pelancongan serta industri, perdagangan, perkhidmatan dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)."Dalam melaksanakan perancangan yang telah dirangka menerusi Halatuju Pembangunan Negeri Terengganu bagi tempoh 2009-2013, kerajaan negeri telah mengenalpasti sektor-sektor teras yang akan memacu pembangunan ekonomi negeri secara bersepadu. Teras-teras pembangunan ini akan mengintegrasikan aktiviti penyelesaian kemiskinan di negeri ini.
"Dalam erti kata lain, penyelesaian isu-isu kemiskinan akan dipikul oleh ke semua sektor pembangunan secara bersepadu dan tidak diletakkan di bawah sektor pembangunan masyarakat sahaja dan ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan mensasarkan sifar kemiskinan dalam tahun ini," katanya dalam ucapan aluan di majlis dialog mengenai Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop di Wisma Darul Iman kelmarin.
Ahmad berkata meskipun fokus kerajaan negeri kini beralih kepada aktiviti di empat teras berkenaan, namun ia tidak bermakna sektor-sektor pembangunan lain yang juga dijangka dapat menyumbang dalam pembangunan ekonomi negeri tidak diberi perhatian.
"Sektor pembangunan lain juga berperanan sebagai penyokong, penghubung dan pemangkin," katanya.
Menteri Besar juga berkata bahawa berdasarkan perancangan Halatuju Pembangunan Negeri Terengganu, keperluan peruntukan yang dicadangkan bagi melaksanakan projek dan program dalam RMK-10 adalah melebihi RM14 bilion.
Sementara itu, Nor Mohamed ketika bercakap kepada pemberita memberitahu Terengganu menyumbang sebanyak 2.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 2007.
"Bagi tempoh 2005 hingga 2007, ekonomi Terengganu telah berkembang purata sebanyak 7.0 peratus setahun melebihi ekonomi Malaysia dengan tumpuan utama dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan.
"Di samping itu, pendapatan per kapita Terengganu adalah RM15,883 pada 2007 berbanding pendapatan per kapita negara pada 2007 adalah sebanyak RM23,544," katanya.
Nor Mohamed juga berkata dari segi kemiskinan, negeri itu mencatatkan kadar penurunannya daripada 22.7 peratus pada 1999 kepada 9.3 peratus pada 2008.
"Kadar kemiskinan tegar juga berkurangan daripada 5.1 peratus pada 1999 kepada 2.3 peratus pada 2008 dan dalam tempoh yang sama iaitu 2008 kemiskinan di kawasan luar bandar adalah 11.1 peratus," katanya.
Selain itu katanya, kerajaan persekutuan dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri yakin bahawa momentum pertumbuhan dapat dipergiat dalam tempoh RMK-10 dengan memberi tumpuan kepada aktiviti yang mempunyai nilai tambah yang tinggi dan berasaskan pengetahuan dalam sektor utama iaitu perkhidmatan, pembuatan dan pertanian.
"Pemilihan program dan projek RMK-10 Terengganu nanti akan menumpukan kepada sektor-sektor ini dalam meningkatkan penyertaan sektor swasta untuk mempergiatkan pertumbuhan ekonomi," jelasnya.
Tiba-tiba hari ini (25 Januari 2010), Mubin pusing 360 darjah membela Istana Terengganu, baguslah, kalau dah faham tak ape ? Alahai, betapa kukuhnya pagar istana untuk digoncang. Sebelum ini pelbagai penghinaan Mubin kepada Istana Terengganu berlalu begitu saja !
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains,Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Haji Ahmad Razif Abd Rahman, berkata Tesdec akan mengambil tanggungjawab memantau perjalanan kursus berkenaan sepenuhnya sementara peruntukan sepenuhnya di bawah YT.

mesyuarat KAWAT di bangunan UKOM?
Secara peribadi, saya berharap Rosli tidak melayan sangat manusia yang seperti itu. orang itu tidak ada kuasa apa-apa terhadap UKOM dan dia pun bukannya ada kerja sangat selain menulis blog walaupun dibayar gaji begitu besar dengan menggunakan wang rakyat. 
Katanya, faktor pelbagai penyakit yang dihidapi Hairuddin menyukarkan pembedahan jantung dijalankan. Malah, anaknya kemungkinan koma dalam tempoh yang lama jika pembedahan itu dibuat.
Bagi tujuan tersebut, Syarikat GP Group LLC mengadakan usahasama dengan syarikat tempatan, AHT Fish Meal Industries Sdn Bhd, untuk membina sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Batu Rakit, pertengahan tahun ini.










Yang mampu diperkatakan hanyalah`Setinggi mana pangkat yang kita sandang, jangan lupa orang di bawah kita kerana mereka juga perlu diberi perhatian’.