Saturday, March 1, 2014

PAS Dapat Sokongan Melalui Fitnah & Pembohongan Berpanjangan...

“PAS terpaksa tabur fitnah kerana takut kalah pilihanraya” – Datuk Seri Ahmad Said
KUALA TERENGGANU (1 Mac 2014) - Jika diperhatikan kepada dua keputusan mahkamah kelmarin dan semalam, kita boleh mentakrifkan PAS Terengganu ‘hidup’ dalam keadaan berbohong dan memfitnah untuk mendapatkan sokongaan.

Persoalannya, wajarkah rakyat memberikan sokongan kepada pmimpin yang mendakwa memperjuangkan Islam melalui fitnah sesama Islam?

Dengan kata lain, mendapat sokongan rakyat melalui fitnah, wajarkah?

Apakah mereka yang mengundi parti PAS tidak merasa berdosa mengundi pemimpin yang sering membuat fitnah?

Pada ketika pemimpin Barisan Nasional (BN) berusaha memberikan pelbagai kemudahan dan bantuan kepada rakyat, pemimpin PAS pula mencerca dan melancarkan fitnah terhadap lawan dan rakan. Dalam isu memberikan kemudahan pakaian sekolah kepada murid yang memerlukan, kenapa mesti ada fitnah kononnya berlaku penyelewengan mengenainya?

Apakah kelemahan-kelemahan yang berlaku boleh ditakrifkan sebagai rasuah dan penyelewengan? Jika kelemahan sudah diatasi, apakah kekal ‘penyelewengan yang dimaksudkan’?

Kecoh satu Malaysia sehari dua ini gara-gara kes di mahkamah membabitkan pemimpin PAS membuat fitnah. Nasib baik saman oleh Majlis Perbandaran Kemaman tidak dilayan mahkamah, jika tidak dah jadi 3-0.

Lagilah semakin jelas dan ‘terang lagi bersuluh bahawa pemimpin PAS menang kaki fitnah’. Apakah fitnah yang dibuat oleh pemimpin PAS?

Fitnah Pertama – ADUN Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad


Semalam (28 Feb 2014), Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan wakil rakyat PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan tiga lagi membayar ganti rugi am dan ganti rugi teladan berjumlah RM200,000 kepada Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dalam satu kes saman fitnah berhubung artikel berkaitan pembelian uniform sekolah di Terengganu. Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop, yang membuat keputusan itu dalam kamar, memutuskan bahawa Ahmad Said berjaya membuktikan kesnya terhadap defendan. Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan tiga saksi plaintif dan seorang saksi defendan. Penyataan tuntutan plaintif menyebut Syed Azman memfitnah mereka menerusi artikel bertajuk 'Seleweng RM30 juta Bantuan Sekolah' yang disiarkan Harakah dalam isu bertarikh 11 hingga 13 Nov.

Pada 15 Dis 2011, Ahmad serta dua peniaga, Mek Hawa Abdul Rahman dan Hamie Azreen Ami Nordin, yang mendapat kontrak membekal uniform sekolah serta alat tulis, memfailkan saman terhadap keempat-empat defendan. Mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk serta ganti rugi teladan selain kos dan perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menyiarkan fitnah berkenaan. Selain Syed Azman, mereka menamakan pemilik permit Harakah Datuk Mustafa Ali serta ketua pengarang akhbar itu Ahmad Lutfi Othman dan pencetaknya, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd sebagai defendan.

Ringkasnya – Kelemahan Jangan Dituduh Penyelewengan Atau Rasuah

Fitnah Kedua – Presiden PAS, Datuk Seri Abdu Hadi Awang

Pada Ahad (23 Februari 2014), lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Abdul Hadi membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang dikemukakan plaintif pada 5 Disember tahun lalu. Mohd Shamsul mengambil tindakan itu selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum lalu sebagai alasan untuk Pas meletakkan calonnya bertanding di DUN Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam pernyataan tuntutannya dia mendakwa ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.

Sebaliknya, kelmarin, 27 Februari 2014, Presiden PAS memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar berhubung kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon PKR bagi kerusi DUN Bukit Besi berkenaan. Anggota Parlimen Marang itu menfailkan permohonan itu menerusi peguamnya, Asmuni Awi di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Ringkasnya – Nasi Sudah Menjadi Bubur….

Fitnah Ketiga – MPK Saman Pemimpin PAS RM5 Juta


Kelmarin (27 Februari 2014), Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah RM5 juta oleh Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) terhadap PAS berhubung perkataan berbaur fitnah dalam isu Zoo Bukit Takal di Terengganu. Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop, dalam keputusannya, menegaskan MPK gagal membuktikan elemen fitnah dalam kes itu.

Peguam Noorazmir Zakaria, mewakili PAS, memberitahu media bahawa hakim berkata MPK gagal membuktikan bahawa kenyataan fitnah itu diterbitkan PAS terhadap majlis itu. Berikutan itu, mahkamah menolak saman itu dengan kos RM30,000. Peguam Azwan Abdul Wahab mewakili MPK. Pada 22 Mac tahun lepas, MPK memfailkan saman terhadap PAS dengan menuntut ganti rugi RM5 juta daripada parti itu yang didakwanya mengedarkan risalah mengandungi kata-kata berbaur fitnah dan palsu dalam isu Zoo Bukit Takal.

Pada 23 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan PAS untuk mengetepikan perintah penghakiman ingkar yang dikenakan terhadap parti itu.

MPK memfailkan permohonan penghakiman ingkar terhadap PAS setelah parti itu gagal hadir di mahkamah dua kali meskipun diperintah berbuat demikian.

Ringkasnya – Gagal Buktikan Elemen Fitnah Tidak Bermakna Tiada Fitnah


Dalam kes mengenai Zoo Bukit Takal ini, banyak kenyataan dibuat oleh MPK dan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said sendiri bagi menepis tohmahan dan kata-kata pembangkang, khususnya berkaitan dengan perbelanjaan dan pengurusan.

Walaupun dituduh merugikan, ‘tempat permainan Ahmad Said’ atau apa juga cercaan, Zoo Berkenaan kini sudah mendapat perhatian orang ramai dan sedang menuju ke taraf dunia.

Dilaporkan, kemudahan di Taman Rekreasi dan Mini Zoo Bukit Takal, itu sedang ditingkatkan secara berperingkat-peringkat bagi memenuhi standard piawaian antarabangsa.

Taman dan zoo berkenaan meliputi tiga fasa kini dalam pembinaan fasa kedua yang menelan belanja kira-kira RM60 juta, membabitkan tanah seluas 24 hektar serta dilengkapi pelbagai kemudahan yang menepati piawaian ditetapkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Encik Mustafar Khalid, berkata pihaknya mahu menyediakan ruang lebih besar bagi meletakkan pelbagai jenis haiwan seperti yang ditetapkan piawaian antarabangsa bagi menjadikan zoo ini bertaraf antarabangsa.

Katanya, apabila siap kelak bakal meliputi pakej Safari Afrika dan Safari Australia mengandungi Aviari Burung, Meredah Belukar Australia, Savana Afrika, Wild Asia serta Penempatan Gajah Terengganu.

“Pembinaan fasa kedua itu akan disiapkan selewat-lewatnya Disember tahun ini dan ia akan mula beroperasi untuk tontonan umum bermula awal tahun depan.

Haiwan Afrika akan menjadi tarikan uatam pelancong termasuk zirafah, badak sumbu, kijang, singa, dan cheetah (harimau bintang).

Malah pengunjung juga berpeluang melihat haiwan dari Australia yang comel seperti kanggaru, beruang koala, kuda serta burung.

Sebaik fasa kedua itu beroperasi sepenuhnya pihanknya akan menjalankan promosi secara menyeluruh bagi menari pelancong untuk berkungjung ke situ.

Pengurusan taman dan zoo berkenaan mahu memberi perkhidmatan terbaik dan kualiti zoo bertaraf antarabangsa supaya pengunjung berpuas hati dan secara tidak langsung member gambaran yang baik terhadap pembinaan zoo ini,” katanya.

Menurut seramai 378,477 orang berkunjung ke zoo itu sejak mula beroperasi dan dirasmikan pada 11 April 2009 serta jumlahnya di jangka meningkat berlipat kali ganda apabila fasa kedua ini siap sepenuhnya nanti dengan tarikan tambahan mini taman air.

Malah, pulangan hasil atau pendapatan daripada punggutan tiket sahaja sejak wujudnya zoo itu kira-kira 4 tahun lebih yang lalu sudah melebih RM3 juta.

Ini belum termasuk peluang pekerjaan, perbelanjaan yang dibuat oleh pelancong yang datang ke zoo itu dan sebagainya.

Isu Pakaian, Beg Sekolah - Akhirnya Syed Azman Terbukti Pembohong...


Mahkamah Tinggi semalam (28 Februari 2014) memerintahkan wakil rakyat PAS Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan tiga lagi membayar ganti rugi am dan ganti rugi teladan berjumlah RM200,000 kepada Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dalam satu kes saman fitnah berhubung artikel berkaitan pembelian uniform sekolah di Terengganu.

Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop, yang membuat keputusan itu dalam kamar, memutuskan bahawa Ahmad Said berjaya membuktikan kesnya terhadap defendan.

Kes ini hampir 'dicampak keluar' oleh Mahkamah Tinggi pada 2012, namun rayuan oleh Ahmad Said pada 15 Januari 2013 membenarkan semua kes ini didengar semula.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Yeoh Wee Siam sebelum ini memutuskan bahawa kerajaan negeri Terengganu tidak mempunyai hak di sisi undang-undang bagi meneruskan saman terhadap Dr Syed Azman, pemilik permit Harakah Datuk Mustafa Ali, ketua pengarang akhbar itu Ahmad Lutfi Othman dan pencetak Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd.

Permohonan Ketepi Perintah Penghakiman Ingkar Hadi Didengar 30 Mac


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar berhubung kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Anggota Parlimen Marang itu menfailkan permohonan itu menerusi peguamnya, Asmuni Awi di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu kelmarin (27 Fevruari 2014).

Asmuni berkata mahkamah juga menetapkan 30 Mac ini sebagai tarikh pendengaran permohonan berhubung kes itu.

Tuntung Laut Diancam Kepupusan, Kata Pegawai WWF-Malaysia

Gambar hiasan...penduduk kampung Mangkuk, Setiu melepaskan tuntung pada 2012.
Populasi Tuntung Laut diancam kepupusan apabila pendaratan spesies itu mengalami penurunan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

Pegawai Kanan Biologi World Wide Fun for Nature (WWF-Malaysia), Program Pemuliharaan Penyu Terengganu Sharifah Ruqaiyah Syed Mustafa berkata pada 2013, hanya 69 ekor tuntung laut mendarat di Pantai Setiu berbanding 114 ekor tahun 2009.

"Tuntung Laut sedang menghadapi ancaman kepupusan yang sangat kritikal yang mana pendaratan spesies ini semakin menurun dari tahun ke tahun, dan ini sangat membimbangkan kita.

Persatuan Homestay T'ganu Hantar 120 Pelajar Ikuti Program Pertukaran A/bangsa

Persatuan Homestay Negeri Terengganu akan menghantar 120 pelajar sekolah menengah di negeri itu mengikuti Program Pertukaran Pelajar Antarabangsa ke Indonesia dan Singapura tahun ini.

Pengerusinya Md Azmi Ab Aziz berkata program yang dilaksana dengan kerjasama Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan cawangan Terengganu itu akan dilaksana dalam empat siri bermula April hingga September depan.

"Mereka akan berada di Indonesia dan Singapura selama seminggu dan belajar di sekolah di sana selama beberapa hari. Diharapkan dalam tempoh itu mereka akan mempelajari perkara baharu," katanya kepada pemberita, di Kuala Terengganu, semalam.

Katanya program akan membabitkan pelajar antaranya dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Nilam, SMK Matang, SMK Tengku Bariah, SMK Agama Tok Jiring dan Sekolah Menengah Sains Terengganu.

Tuesday, February 25, 2014

Sudahlah Memfitnah, Enggan Pula Memohon Maaf...Inikah Peribadi Presiden PAS?


Sekeras-keras dan setegas-tegas Datuk Seri Ahmad Said sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, beliau tidak disaman kerana membuat fitnah atau menghina ahli atau pemimpin politik parti lain.

Ahmad Said sering dilebal sebagai ‘kakigaduh’ oleh pemimpin pembangkang tetapi belum sekali pun disaman oleh musuh politik, khususnya ADUN Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad yang digelarnya PEMBOHONG BERSIRI.

Pelik sedikit apabila ketua parti Islam, iaitu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kena sama kerana ‘fitnah’ terhadap Mohd Shamsul Mat Amin, bekas calon PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), April tahun lalu.

Plaintif melalui firma guaman Tetuan Vasudevan A & Co., pada 5 Disember lalu telah memfailkan saman ke atas Abdul Hadi di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Terengganu selepas beliau mendakwa difitnah oleh pemimpin PAS berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif yang juga Ketua Angkatan Muda PKR Dungun mendakwa, ucapan Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.

Mohd Shamsul yang merupakan pemaju perumahan juga mendakwa berdepan dengan tekanan emosi dan mental yang berpanjangan setelah menerima cemuhan dan penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat

Menurut Mohd Shamsul: “Saya tidak menyangka seorang yang bergelar Haji dan pemimpin parti Islam pula sanggup menaburkan fitnah terhadap saya.”

Apa yang disebutkan Hadi terhadapnya?

Antara intipati sidang media oleh Mohd Shamsul pada 3 Disember 2013 ialah:

1) Menyatakan bahawa dia akan meneruskan saman terhadap Abdul Hadi Awang kerana memfitnah beliau terlibat dengan kes menjual pil kuda;

2) Saman ini dibuat adalah bagi membersihkan nama beliau kerana beliau tidak pernah terlibat dengan kes pil kuda seperti mana dinyatakan oleh pihak berkenaan iaitu Haji Hadi Awang;

3) Beliau telah menghantar surat kepada Hadi pada 22 Oktober 2013 yang mana isi tersebut adalah untuk meminta Hadi memohon maaf kepada beliau namun Hadi tidak memperdulikannya;

4) Pada 7 Nov 2013 peguam Hadi berbohong dan menjawab surat beliau dan menyatakan bahawa Hadi tidak pernah memfitnah beliau terlibat dengan penjualan pil kuda; dan

5) Beliau memfailkan saman ini kerana terasa tertekan dan tidak berpuas hati terhadap fitnah jijik yang dibuat oleh Hadi keatas diri beliau.

Pelik kerana orang Islam dilarang memfitnah rakan Islamnya yang lain kerana itu ‘fitnah diibaratkan lebih kejam daripada membunuh’.


Malah, Hadi jelas enggan MEMINTA MAAF terhadap keterlanjuran atau kekilafannya!

Semakin menjadi tanda tanya ialah apabila Ahli Parlimen Marang yang juga ADUN Rhu Rendang disaman oleh seseorang – apa lagi bukan daripada musuh ketatnya UMNO – maka banyak persoalan bermain di kepala kita.

Apakah Hadi jenis bercakap ikut perasaan dan ‘lidahnya’ tidak boleh disekat-sekat apabila ia marah atau tercabar?

Atau apakah kerana taksub kononnya akan dapat menewaskan Barisan Nasional (BN) Terengganu sehingga dia tamak dan tidak mahu berkongsi kuasa dengan pihak lain yang menjadi sekutunya menentang BN?

Dalam kes bekas calon PKR Bukit Besi, Hadi langsung tidak melihat kepada kerjasama PAS dan PKR apabila ‘membelasah’ habis-habisan calon PKR itu. Hasilnya, PAS kalah dan PKR kalah di Bukit Besi.

Tidakkah sekiranya mereka berpakat dan Hadi ‘menjaga lidah dan perkataannya’, perlawnanan di DUN Bukit Besi, mungkin menjadi medan perlawanan menarik.

Pada PRU-13 Mei lalu menyaksikan persaingan tiga penjuru itu yang membolehkan BN berjaya mempertahankan kerusi melalui Roslee Daud dengan memperoleh 6,966 undi manakala calon Pas, Roslan Ismail mendapat 4,408 undi dan Mohd. Shamsul cuma memperoleh 52 undi.

Sekiranya mereka bersatu dan pakatan menang di DUN Bukit Besi, Dungun akan menjadi milik PAS 5-0 kerana mereka menang di kerusi Parlimen dan empat DUN, termasuk tiga lagi iaitu Paka, Sura dan Rantau Abang.

Sebaliknya biarpun PAS menang, Hadi kini menjadi pemimpin parti Islam yang terang lagi nyata, dia seorang pemimpin yang tidak tahu menjaga lidahnya apabila Mahkamah Tinggi di Kuala Terengganu kelmarin (23 Februari 2014), mengarahkan Hadi membayar saman berjumlah RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh Mohd Shamsul.

Bukan sekadar membuat fitnah tetapi ingkar perintah mahkamah.

Apa makna ingkar? Ingkar bermakna tidak mematuhi ( buat dekk dalam pertuturan biasa) dan ini kesalahan kedua dilakukan Hadi.

Berikutan itu Hadi juga diarahkan membayar lima peratus faedah daripada writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500 setelah kegagalan memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Mohd. Shamsul sebelum ini.

Plaintif yang merupakan pemaju perumahan juga mendakwa berdepan dengan tekanan emosi dan mental yang berpanjangan setelah menerima cemuhan dan penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat.

Prosiding di Mahkamah Tinggi itu berlangsung hampir 30 minit di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Mohamad Nasrudin Mohamed.

Menurut wakil peguam plaintif, V. Saravanan, penghakiman itu dibuat selepas pihaknya menyerahkan writ saman dan pernyataan tuntutan yang telah diterima oleh pihak defendan pada 16 Januari lalu.

Sehubungan itu katanya, plaintif telah memfailkan afidavit penyampaian dan perakuan ketidakhadiran defendan ke mahkamah sehari kemudian yang telah diluluskan oleh pihak mahkamah pada hari yang sama.

Dengan keputusan ini bermakna Hadi boleh membantah atau menentang penghakiman itu, dengan syarat dia kena failkan permohonan kepada mahkamah. Itu terpulang kepada peguam dia.

Sebaliknya sekiranya Hadi tidak memberikan maklum balas daripada defendan, peguam Mohd Shamsul akan menghantar salinan termeterai penghakiman yang meminta pembayaran saman plaintif iaitu sebanyak RM2 juta bersama faedahnya sekali. Dan sekiranya Hadi terus ingkar dengan tiada apa-apa jawapan, peguam Mohd Shamsul akan teruskan dengan pelaksanaan saman.

“Kami akan failkan penghakiman ini secepat mungkin dan sebaik sahaja mahkamah telah keluarkan salinan termeterai, kami akan serahkan kepada defendan untuk tuntut jumlah penghakiman," katanya.

Amat nyata bahawa usaha Hadi membuat tuduhan tersebut sebagai penjelasan kepada tindakan meletakkan calon-calon Pas di tempat-tempat yang ditandingi oleh calon PKR sehingga mengakibatkan berlaku pertindihan calon dalam pakatan pembangkang tidak berbaloi.

Tidak berbaloi kerana penjelasan Hadi dibuat dengan alasan pertuduhan yang berupa fitnah telah tersebar luas dalam semua media utama manakala rakaman ceramah dimuat naik di internet yang boleh dibaca dan didengar oleh masyarakat Malaysia secara meluas.

Laporan teganuku mengenai ucapan Hadi pada 22 April 2013.

Ini memberi gambaran seolah-olah Mohd Shamsul adalah seorang yang tidak bermoral, tidak berpegang teguh kepada kepimpinan parti, bergiat dalam jenayah dan tidak boleh dipercayai untuk menjaga kepentingan dan kesejahteraan penduduk.

Laporan polis turut dibuat pada 22 Julai lalu bagi menyelamatkan reputasi dan nama baiknya.

Selain ganti rugi, Mohd Shamsul menuntut perintah injunksi terhadap Hadi daripada membuat sebarang kenyataan, pengucapan atau penulisan yang berunsur fitnah terhadapnya.

Kini menunggu sama ada Hadi akan menurut atau mematuhi perintah mahkamah atau terus berdegil terhadap saman yang dikeluarkan terhadapnya.

Apakah sekiranya Hadi membayar saman itu, beliau tidak perlu meminta maaf kepada Mohd Shamsul?

Dengan berdegil tidak mahu mematuhi arahan mahkamah, Hadi akan dilihat sebagai pemimpin parti Islam yang cuba menegakkan ‘benang basahnya’.

Juga dengan tidak meminta maaf, Hadi akan dilihat pemimpin yang cuba mempertahankan perbuatannya MEMFITNAH orang lain, sedangkan perbuatannya itu memang dilarang oleh Islam.

Jika demikian, Hadi sebagai Ahli Parlimen, ADUN dan presiden Parti Islam jelas menggambarkan dirinya sebagai pemimpin yang tidak mengamalkan budaya Islam iaitu tidak melakukan fitnah dan jika tersilap cepat-cepat memohon maaf.

Yayasan Terengganu Pinda Syarat Pinjaman

Ghazali (kiri) pada Majlis Penganugerahan Pingat Emas dan Sarjana Terengganu Yayasan Terengganu (YT) Kali ke-34, di Riyaz Heritage & Spa, Pulau Duyong, Kuala Terengganu, kelmarin.
Kerajaan Negeri dijangka meminda polisi pinjaman pendidikan Yayasan Terengganu (YT) berikutan kebergantungan pelajar terhadap agensi itu sedangkan kemampuan kewangannya terhad.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata pindaan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah YT dalam masa terdekat.

Langkah itu perlu dibuat berikutan ada sesetengah pelajar yang menolak pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan agensi-agensi lain semata-mata untuk mendapatkan pinjaman yayasan, katanya.

Sistem PBS Tidak Dimansuhkan, Sistem Baru 1 April - Idris

Idris Jusoh (kanan) beramah mesra bersama ahli cilik Kelab Alami, Nur Khairunnisahana Fazail, 10 (dua kanan) sambil bertanya mengenai aktiviti tersebut semasa melawat Pameran Kejayaan Penyelidikan Universiti di Malaysia, di Kuala Lumpur semalam.
Kementerian Pendidikan tidak akan memansuhkan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh semalam.

Beliau berkata kementerian akan mengumumkan bentuk dan pelaksanaan sistem baharu PBS pada 1 April ini.

"Kementerian tidak akan memansuhkan sistem ini, namun akan memperbaharui semula sistem PBS dan melihat cara berkesan untuk penambahbaikan," katanya ketika diminta mengulas mengenai keluhan pelbagai pihak mengenai sistem itu.

Terdahulu beliau menghadiri pameran kejayaan penyelidikan universiti-universiti Siri 1: Penerbitan di Kompleks Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi, Bangunan IPPP, Universiti Malaya, di Kuala Lumpur.

Projek Perumahan Pulau Redang Siap Sepenuhnya Jun

Bazlan (kanan), melawat kawasan pembinaan projek perumahan, kelmarin.
Pembinaan 160 unit rumah mampu milik di Pulau Redang oleh kerajaan negeri dijangka siap sepenuhnya menjelang Jun depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman berkata, ketika ini kerja-kerja pembinaan projek perumahan itu berjalan lancar meskipun terdapat sedikit kesulitan berkaitan proses pembinaannya disebabkan kesukaran penghantaran barang binaan ketika musim tengkujuh lalu.

“Walau bagaimanapun, laporan perkembangan menunjukkan projek perumahan ini sudah dilaksanakan sebanyak 45 peratus dan Mac ini akan mencapai 68 peratus,” ujarnya.


Burung Cenderawasih Tarikan Baharu Zoo Kemaman

Gambar hiasan...antara Cenderawasih yang di kepulauan Papua.
Burung Cenderawasih yang sukar ditemui di negara ini kini menjadi tarikan baharu Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman

Pengarah Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman Abdul Halim Mamat berkata dua ekor burung Cenderawasih jantan itu dipinjam dari Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar di Sungkai, Perak.

"Burung yang berasal dari kepulauan Papua ini ditempatkan di mini zoo ini sejak pertengahan Januari lalu dan orang ramai kini boleh datang untuk melihat kecantikan burung ini.

"Difahamkan Mini Zoo Kemaman merupakan satu-satunya zoo yang ada spesies burung ini. Kita menyasarkan jumlah pengunjung akan meningkat 30 peratus dengan adanya tarikan baharu ini," katanya kepada ketika ditemui sempena Lawatan Media ke Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman di Kemaman, semalam.

Katanya tahun lepas zoo ini menerima 72,661 pengunjung.

Kerajaan Negeri Sambung Kontrak Perkhidmatan 255 EIO, TSO


Kerajaan negeri menyambungan kontrak perkhidmatan kepada 255 Pegawai Teknologi Maklumat (EIO) dan Juruteknik Komputer (TSO) bagi mengurus dan mengawal penggunaan e-book di sekolah seluruh Terengganu.

Seramai 211 orang EIO berkenaan adalah dari Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu, turut ditempatkan di pejabat pendidikan daerah dan jabatan kerajaan, sementara 44 orang TSO pula ditugaskan di pusat bestari daerah.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Tugas-Tugas Khas negeri, YB Ghazali Taib, berkata kerajaan bersetuju menyambung kontrak sebahagian besar EIO dan TSO itu selepas mereka menunjukkan prestasi dan komitmen yang baik terhadap tugas sepanjang 2013.

Ghazali menyampaikan borang penyambungan kontrak perkhidmatan kepada EIO dan TSO dari seluruh Terengganu.
“Ada segelintir di kalangan mereka bermasalah dan tidak berdisiplin. Bagaimanapun dari semasa ke semasa kita akan terus memberikan peringatan supaya mereka memberi tumpuan dan komitmen pada tugas berkenaan.

“Dalam pada itu, sejak diperkenalkan pada 2009, hanya empat orang sahaja tidak disambung kontrak berikutan berdepan masalah disiplin,” katanya pada Majlis Penyerahan Kontrak Perkhidmatan EIO dan TSO Tahun 2014, di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, semalam.

Sunday, February 23, 2014

Siasatan SPRM – Jika Ahmad Said Tidak Gentar, Siapa Yang Sedang Menggeletar?


"Sudah enam kali laporan dibuat kepada SPRM Terengganu dan ini merupakan kali pertama melaporkannya kepada SPRM pusat. Antara kes yang dilaporkan ialah mengenai dakwaan penyelewengan berkaitan pembalakan, peruntukan untuk membaiki semula stadium yang runtuh dan peruntukan perbelanjaan pusat kepada kerajaan negeri pada tahun lepas."


KUALA TERENGGANU (23 Februari 2014) - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said ternyata tidak gentar dan bersedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan projek kerajaan di Terengganu.

"Saya sedia disiasat SPRM...saya serahkan kepada SPRM untuk selesaikan masalah ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan masyuarat agung Persatuan Ibu Bapa Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok di Kemaman, semalam.

Jika beliau tidak gentar dan sebelum ini pernah bersumpah dengan nama Allah mengenai kes penyelewengan pemberian konsesi balak, apakah ada ‘orang tertentu’ yang dikaitkan dalam laporan kepada SPRM semalam.

Menurut sumber, walaupun Menteri Besar seolah-olah menyifatkan laporan yang dibuat olah beberapa pemimpin pembangkang sebagai ‘tidak lengkap’, namun ada satu atau dua perkara yang ‘mungkin sangkut’.

Malah, dalam laporan berkaitan isu balak, dikatakan ada beberapa individu disebut secara nyata untuk disiasat SPRM.

Malah, ada individu yang disebut terang-terangan bertindak bagi pihak Menteri Besar dan kerajaan negeri, menggunakan kuasanya bagi mengutip bayaran tertentu daripada konsesi di keluarkan.
 
Tidak diketahui sama ada bayaran berkenaan berkenaan untuk kerajaan negeri atau tabung tertentu yang dikhususkan untuk kepentingan Menteri Besar.


Sebelum ini, SPRM Terengganu dikatakan ada menerima laporan mengenai rasuah, penyelewengan, salah urus dan salah laku yang mungkin melibatkan Menteri Besar Terengganu.

Setiap syarikat pembalakan masing-masing diagihkan kawasan seluas 1,000 ekar kepada 12 buah syarikat konsesi.

Kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi sebelum ini menyebut : “Kita dapati sebanyak 12 (syarikat) pembalak dikehendaki membayar setiap syarikat RM2.5 juta kepada sebuah syarikat guaman di Kuala Lumpur.

Selain, membayar secara rasmi premium kepada kerajaan negeri Terengganu, mereka kena bayar ‘under table’ RM2.5 juta. “Dua dokumen telah diserahkan kepada pihak SPRM Terengganu untuk tindakan selanjut. Insya Allah, kita mengharapkan sesuatu yang positif,” ujarnya pada satu sidang media di lobi pejabat SPRM Terengganu pada 1 Mac 2013 lalu.

Menurutnya, hasil kutipan ‘under table’ RM2.5 juta yang dikenakan kepada 12 buah syarikat pembalakan tersebut mencecah RM30 juta.

Laporan media menyebut, pembangkang Terengganu semalam sekali lagi membuat laporan rasmi SPRM terhadap Menteri Besar Terengganu,  dan beberapa pihak lain atas dakwaan penyelewengan dan melakukan rasuah.

Syed Azman  berkata sekurang-sekurangnya enam kes dibawa bersama kali ini bagi menyerahkannya kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kasim Mohamed.

Gambar Fail...Dr Syed Azman dan Raja Bahrin menyebut penyelewengan kerajaan Terengganu antara 2009-2013.
Beliau bersama Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail yang juga Adun Bandar dan Anggota Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menyerahkan apa yang didakwa sebagai dokumen berkaitan salah laku danpenyelewengan kerajaan negeri itu kepada SPRM di Kuala Lumpur.

Enam dokumen yang diserahkan berkaitan dengan isu Pasar Payang, pembalakan, perlombongan, Lebuhraya Pantai Timur 2 dan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

"Seperti yang kita tahu peruntukkan untuk kerajaan negeri diberi setahun sebanyak RM2.2 bilion tetapi sehingga kini negeri Terengganu adalah di antara negeri yang termiskin dan rakyat- rakyat terbeban," katanya kepada pemberita di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia petang semalam.

Antara kes yang dilaporkan ialah mengenai dakwaan penyelewengan berkaitan pembalakan, peruntukan untuk membaiki semula stadium yang runtuh dan peruntukan perbelanjaan pusat kepada kerajaan negeri pada tahun lepas

Azman selain itu berkata sudah enam kali pihaknya melaporkan perkara tersebut kepada SPRM Terengganu dan ini merupakan kali pertama melaporkannya kepada SPRM pusat.

Bagaimanapun sebelum ini Menteri Besar Terengganu, Ahmad pernah menafikan penglibatannya dalam skandal balak seperti yang dituduh pembangkang dengan bersumpah nama Allah.


Menteri Besar melakukan sumpah itu ketika berucap merasmikan Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu dengan SPRM.

Katanya pada majlis itu : "Secara kebetulan pula, pada hari ini ada program SPRM, jadi saya bersumpah menafikan tuduhan itu, saya tidak takut kerana tidak buat, ambil duit dan sebagainya (seperti yang dituduh). "Itu bukan cara saya (untuk cepat kaya). "Saya pernah disiasat selama tiga tahun setengah oleh SPRM...tapi tiada kes (bebas), sebab itu kalau mereka nak tuduh, saya tak bimbang, pergilah lapor kepada SPRM dan tunggu SPRM lakukan siasatan...tak perlu nak berdemonstrasi depan Wisma Iman untuk main politik,” katanya.

Semalam Ahmad Said menyifatkan tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi membuat laporan SPRM itu tidak lebih sekadar permainan politik.

Ahmad Said berkata, beliau akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM untuksiasatan itu.

"Selebihnya...saya enggan komen," katanya.

YT Hantar Enam Pelajar Tajaannya Dalam Kejuruteraan Automotif Ke Jerman

Buat julung kalinya Yayasan Terengganu (YT) akan menghantar enam pelajar tajaannya untuk mengikuti kursus lanjutan kejuruteraan automotif di Jerman selama empat tahun pada 14 Mac depan.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata serentak itu juga kerajaan negeri melalui YT akan memeterai perjanjian persefahaman (MoU) bersama pengeluar kenderaan terkemuka di negara itu termasuk Mercedes-Benz dan BMW untuk penempatan pelajar Terengganu ketika menjalani latihan industri di sana.

"Kesemua enam pelajar itu adalah antara pelajar cemerlang ketika mereka menuntut di German-Malaysia Institute (GMI) sebelum ini dan langkah YT untuk menghantar mereka menguasai kejuruteraan automotif itu adalah tindakan bijak kerana ia adalah antara bidang industri kritikal yang sangat memerlukan tenaga pakar anak tempatan ketika ini.

"MoU itu juga adalah antara langkah awal YT dalam usaha merintis kejayaan lebih besar dalam bidang kejuruteraan automotif di kalangan anak jati Terengganu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa Guru Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok di Kemaman, semalam.

Jumlah pembiayaan enam pelajar itu sepanjang melanjutkan pelajaran ke Jerman, bagaimanapun masih belum diputuskan secara terperinci, katanya.

Mereka Ditolak Permohonan BR1M Boleh Kemuka Rayuan - Ahmad Maslan

Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang ditolak permohonannya boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk dipertimbangkan semula.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, mereka boleh berbuatdemikian dengan mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman sesawang LHDN di www.hasil.gov.my atau terus ke pejabat LHDN berhampiran.

"Mereka yang ditolak permohonan boleh merayu dengan kaedah yang ditetapkan, contohnya tahun lepas seorang bapa kita tolak permohonannya untuk mendapatkan BR1M kerana rekod kita mendapati beliau baru sahaja membeli sebuah kereta Proton Perdana model baharu.

"Namun beliau kemudian membuat rayuan dan memaklumkan kereta itu milik anaknya dan kita telah meluluskan permohonannya untuk mendapatkan bantuan tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Seri Perdana, Sekolah Kebangsaan (LKTP) Bukit Goh di Kuantan, semalam.

Dua Lagi Kawasan Hutan Paya Gambut Musnah Dalam Kebakaran


Keadaan cuaca yang panas dan berangin sejak akhir bulan lepas menyebabkan dua lagi kawasan hutan paya gambut di negeri ini musnah dalam kebakaran.

Kawasan berkenaan di Lembah Bidong, Setiu dan Kampung Tok Arun, Paka dikesan terbakar pada Rabu lepas oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kata Pegawai Pusat Gerakan Operasi Negeri Ismail Mat Hassan.

Kebakaran di Kampung Tok Arun, yang memusnahkan hampir 14 hektar kawasan hutan paya gambut, dapat dipadamkan sepenuhnya pada Jumaat, katanya ketika dihubungi semalam.

Malah, semalam bomba turut bertungkus lumus memadamkan kebakaran terbesar pula di Kampung Tok Kah di Dungun dan kawasan Lembah Bidong berhampiran Ladang Tabung Haji di Setiu.