Saturday, July 4, 2009

Konsultan UK dilantik siasat bumbung stadium runtuh

Sumber: Utusan Online/Bernama Online

Kerajaan Terengganu melantik sebuah konsultan dari United Kingdom (UK) bagi menyiasat punca sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dekat Gong Badak, runtuh pada 2 Jun lepas.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata konsultan itu yang mempunyai cawangan di Kuala Lumpur dijangka menyerahkan hasil siasatan dalam tempoh tiga bulan akan datang.

“Kita bersetuju melantik sebuah firma dari United Kingdom untuk mengendalikan kerja-kerja siasatan runtuhan bumbung stadium itu,” katanya di Kuala Terengganu.

Pada kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi pada 2 Jun lepas, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin hampir musnah apabila kira-kira 60 peratus struktur bahagian bumbungnya runtuh.

Stadium berharga RM292 juta itu baru siap kira-kira setahun lepas dan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lepas.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata stadium itu ditutup sehingga kerja-kerja membaikpulih dilakukan sepenuhnya dan ia akan dibuka setelah mendapat jaminan keselamatan daripada kontraktor yang dilantik.

Katanya kerajaan Terengganu bersetuju melantik konsultan swasta itu kerana berpendapat perlunya dua pihak yang menjalankan siasatan tersebut, iaitu bagi kerajaan pusat dan negeri.
Beliau berkata segala perbelanjaan untuk khidmat perunding dari UK itu akan dibiayai sendiri oleh kerajaan negeri.

Berikutan kejadian itu, beliau berkata beberapa gelanggang yang ada di stadium itu seperti gelanggang skuasy dan bola sepak terpaksa ditutup dan kejohanan-kejohanan yang sepatutnya diadakan di situ, dipindahkan ke tempat lain.

PENDAPAT SAYA

Serangan Peribadi Ahmad Said dan Menghasut....

Oleh Muhammad Yusof

Saya terkejut besar membaca sebuah rencana Mohd Khairul Hairi bin Yunus Bertajuk “Tiada Gelora Dalam Kerajaan Terengganu?”dalam satu blog Besut semalam.

Beliau memperkatakan pelbagai perkara daripada memaki hamun Menteri Besar, Datuk Ahmad Said hinggalah kepada ‘penderhakaan kepada Tuanku Sultan’ dan juga seruan bersifat menghasut.

Apakah kata-kata ini datang daripada penulisnya secara peribadi atau disuruh oleh pihak tertentu?

Kenapakah sejauh ini penulis berkenaan berkata-kata, bagaikan tiada kebaikan langsung Ahmad Said selain mencemuh peribadi dan batang tubuhnya seburuk itu.


Baca petikan berikut sebelum membaca keseluruhan rencananya:

1. Peribadi Menteri Besar:

a. Menteri Besar Terengganu Jalan Belakang iaitu Datuk Ahmad Said atau yang lebih dikenali dengan gelaran MBKU (Menteri Besar Kurang Upaya);

b. Beliau mengatakan tiada 'gelora' yang berlaku dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu yang diketuai oleh beliau di bawah "Kepimpinan Kerajaan Kuning" yang sebenarnya diketuai oleh Speaker DUN Terengganu yang "berdarah kuning" iaitu Tengku Putera Tengku Awang.

c. Cukuplah Ahmad Said Kau menipu rakyat kerana sudah banyak 'rakyat mengeluh' yang kepimpinan mu tidak adil dan setaraf dengan kepimpinan firaun.

d. Ahmad Said 'keterlaluan' nampaknya tidak adil, mungkin terpesona kerana walaupun giginya rongak boleh jadi Menteri Besar secara tidak langsung beliau adalah Menteri Besar Gigi Rongak.

2. Menghasut:

"Tak ada guna kita berada di bawah Terengganu kalau mereka menganaktirikan kita, lebih baik kita merdeka daripada Terengganu dan daripada mereka merampas minyak kita lebih baik kita menuntut Besut dijadikan negeri baru".

Saya memahami perasaan mereka yang menyokong seseorang dan tidak bersetuju dengan Ahmad Said.

Namun, tidak wajar jika kita menyerang peribadi sambil menghasut orang Besut supaya berpisah daripada Terengganu.

Apakah benar Ahmad Said pinggirkan Besut dan mementingkan Kemaman semata-mata.
Dalam konteks ini rasanya agensi yang memainkan peranan PR untuk kerajaan Terengganu perlu tampil menjelaskan bahawa Ahmad Said adil dalam mengagihkan peruntukan.

Sudah sampai masanya Pejabat Menteri Besar atau Unit Komunikasi Negeri menjalankan kerja-kerja perhubungan awam mereka secara berkesan.

Persoalannya – apakah Besut dipinggirkan dan Kemaman diutamakan?

Dengan mengatakan Menteri Besar Jalan Belakang dan “Kerajaan Kuning” adalah kata-kata mempersoalkan kenapa Tuanku Mizan Zainal Abidin melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar.

Rasanya perkara ini tidak perlu diungkitkan lagi kerana akan membuka cerita yang tidak baik terhadap bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh.

Tidak tahulah kalau-kalau yang menyokong Idris tetap tidak berpuas hati dan memulakan perang dengan istana pula.

Saya berdoa ia tidak akan berlaku dan jangan biarkan ia berlaku.

Baca rencana asal:

TIADA GELORA DALAM KERAJAAN TERENGGANU?

Oleh: yieMEGA

Pada pagi tadi penulis ada membeli surat khabar Sinar Harian Edisi Terengganu, tak tahu kenapa hari ni rasa tergerak hati nak beli surat khabar ini. Surat khabar tersebut menjadikan "Tiada Gelora Dalam Pentadbiran Kerajaan" sebagai tajuk utama sebuah akhbar yang bersifat lokal itu.

Sebenarnya itu adalah kenyataan Menteri Besar Terengganu Jalan Belakang iaitu Datuk Ahmad Said atau yang lebih dikenali dengan gelaran MBKU (Menteri Besar Kurang Upaya). Beliau mengatakan tiada 'gelora' yang berlaku dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu yang diketuai oleh beliau di bawah "Kepimpinan Kerajaan Kuning" yang sebenarnya diketuai oleh Speaker DUN Terengganu yang "berdarah kuning" iaitu Tengku Putera Tengku Awang.

Sebenarnya kenyataan Ahmad Said itu berupa 'kenyataan untuk menipu' rakyat, walhal sememangnya memang ada gelora dalam pentadbiranya. Beliau seolah-olah menyembunyikan sampah bawah karpet dengan membuat kenyataan seumpama itu. Cukuplah Ahmad Said Kau menipu rakyat kerana sudah banyak 'rakyat mengeluh' yang kepimpinan mu tidak adil dan setaraf dengan kepimpinan firaun.

Benarlah kata "Seseorang yang tidak berkuasa apabila diberikan kuasa akhirnya 'kuasa' tersebut akan mengubah dirinya apabila ia tidak pandai mengenadilkanya. Pernah penulis berjumpa dengan seorang pengusaha 'gerai makan' yang mengatakan kenapa pertandingan keceriaan gerai makan 'hanya dibuat di kemaman sahaja' dan daerah-daerah lain di anak tirikan.

Pernah juga penulis terjumpa dengan seorang insan yang bercakap "Tak ada guna kita berada di bawah Terengganu kalau mereka menganaktirikan kita, lebih baik kita merdeka daripada Terengganu dan daripada mereka merampas minyak kita lebih baik kita menuntut Besut dijadikan negeri baru". Kata-kata yang dicetuskan oleh insan ini sudah tentu ada penyebabnya mereka tak akan marah tidak tentu pasal sepertimana DAP yang kelaparan BABI di Kedah.

Sebenarnya mereka boleh menerima kepimpinan Ahmad Said sekiranya beliau berlaku adil, namun nampaknya Ahmad Said 'keterlaluan' nampaknya tidak adil, mungkin terpesona kerana walaupun giginya rongak boleh jadi Menteri Besar secara tidak langsung beliau adalah Menteri Besar Gigi Rongak.

Banyak JKKK di daerah-daerah terntentu 'merungut' di atas 'pemerintahan kuku besi' Ahmad Said ini yang bernaung bawah kangkang Tengku Putera ini. Tidak mustahil pada Pilihan Raya Umum yang akan datang 'mereka' yang menyuarakan rungutan ini tidak lagi memangkah dacing sebaliknya mereka akan memangkah bulan dan secara tidak langsung ia berita gembira buat PAS kerana misinya tercapai bermula dengan membuang Idris Jusoh jauh-jauh dan akhirnya 'menawan' dan 'menjajah' kembali Terengganu. Itulah hakikat yang pahit terpaksa diterima oleh BN Terengganu.

Friday, July 3, 2009

Isu Stadium - Kerajaan Terengganu ubah fikiran?

Jelas Kerajaan Terengganu sudah pusing 360 darjah dengan bersetuju untuk mewujudkan semula jawatankuasa penyiasatnya.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata Khamis lalu, kerajaan Terengganu akan melantik perunding dari Britain untuk mengetahui punca runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan di Gong Badak.

Menurut laporan The Star itu, perunding Britain itu mempunyai pejabat cawangannya di Kuala Lumpur.

Blog ini 24 Jun lalu menyiarkan satu cadangan daripada seseorang bernama Aqil Farhan supaya kerajaan negeri menilai semula agar jawatan kuasa penyiasat bebas yang ditubuhkan oleh Kerajaan Terengganu.

Ini kerana jika ada dua badan, perbandingan boleh dibuat dan apa-apa cadangan boleh digabungkan.Pada 10 Jun lalu, Ahmad Said dilaporkan berkata hanya sebuah badan penyiasat khas ditubuhkan bagi menyiasat punca kejadian runtuhan separuh daripada bumbung stadium berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, anggota penyiasat itu dianggotai oleh pelbagai pihak termasuk pensyarah universiti.

Ahmad Said beria-ia mengatakan akan mewujudkan jawatankuasa penyiasatan peringkat negeri. Malah katanya, ia bukan terdiri daripada pakar tempatan, sebaliknya dari luar.

Bagaimanapun, selepas ‘dinasihat’ Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Mansor, Ahmad Said dikatakan ‘tunduk’ kepada nasihat itu.

Persoalannya, bagaimana Kementerian Kerja Raya mahu menyiasat dan menilai kerja-kerja Jabatan Kerja Raya?

Kata pendapat itu, mengharapkan ‘bapa siasat anak’ atau ‘abang siasat adik’ tidak akan mendatangkan kepuasan kepada banyak pihak.

Aamat menarik jika kerajaan negeri dapat mewujudkan jawatankuasa penyiasatannya sendiri.
Biarlah rakyat membezakan keputusan siasatan antara dua jawatankuasa itu.

Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh juga menyatakan kesediaannya memberi kerjasama jika dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak itu.

Idris yang turut meminta SPRM menyiasat secara menyeluruh termasuk daripada aspek perancangan pembinaan bumbung sehingga proses selepas strukturnya itu siap, berkata sehingga kini beliau belum dipanggil SPRM.

T'gganu to get Brit consultant to probe stadium roof collapse

By R.S.N. MURALI (The Star)

KUALA TERENGGANU: The Terengganu government will appoint a consultant from Britain to determine the actual cause of the Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium roof collapse in Gong Badak here on June 6.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said said the government had earlier rescinded the decision to establish its own investigation team to avoid any clash with the team set up by the Federal Government.

“However, after taking into account the necessity of having an independent investigation panel, the state government decided to appoint a reliable firm for the task.

“The British consultant that we are close to appointing also has a regional office in Kuala Lumpur,” he said in Kuala Terengganu, late Thursday.

Ahmad said the British firm -- which he declined to name -- would submit its investigation papers to the state government, while the Federal team will answer to the Cabinet.

He said his administration decided on its own probe team because the state government also had to take responsibility for the incident.

Ahmad said the consultant, once appointed, will be given three months to produce a probe on the roof collapse at the east wing of the RM292mil stadium.

He said the state government was currently discussing the fee to be paid, and other issues, before officially appointing the consultant.

Pertuduhan khalwat Norman-Memey silap

Sumber: Berita Harian/Bernama/The Star

PELAKON Norman Hakim bersama Suhaiza Suhaimi atau Memey hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur untuk mendengar perbicaraan kes khalwat mereka.



Mahkamah Syariah Gombak Timur, hari ini diberitahu bahawa pertuduhan berkhalwat terhadap pasangan pelakon Norman Hakim dan Memey tahun lalu adalah salah dan tidak berasaskan fakta.

Pegawai Penguatkuasa Agama, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIs), Abdul Rahman Lai Abdullah dalam keterangannya sebagai sebagai saksi pertama pendakwaan bagi kes itu, mengakui pertuduhan itu tidak betul kerana Norman tidak ditemui pada 3 pagi dalam premis yang sama seperti dinyatakan dalam kertas pertuduhan.

Sebaliknya, menurut Abdul Rahman, pelakon itu ditemui dan ditahan ketika berada dalam premis di tingkat atas dari tempat Memey ditemui, yang merupakan sebuah premis berlainan dan mempunyai alamat yang berlainanan.

"Saya tidak nampak manamana lelaki semasa (saya) masuk ke dalam rumah (premis dalam kertas pertuduhan) dan saya juga tidak nampak manamana lelaki semasa memeriksa tingkat bawah dan ruang udara di tingkat atas rumah," kata Abdul Rahman ketika disoal balas oleh peguambela Fakhrul Azman Abu Hassan.

Pada 20 Jan lepas, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 33, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berkhalwat dengan Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, 21, di pejabat beralamat 41A, Jalan UP 1/2 Taman Ukay Perdana, Hulu Klang, pada 3 pagi 30 Okt 2008.

Bagi kesalahan itu Norman dibicarakan mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala Memey didakwa mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen sama.

Dalam sesi soal balas itu lagi, Abdul Rahman juga bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa pemeriksaan oleh pegawai penguatkuasa agama pada malam kejadian adalah berdasarkan maklumat dengar cakap daripada pengadu yang dibuat melalui panggilan telefon.

Fakhrul: "Bagaimana kamu tahu bahawa dalam premis itu ada orang yang didakwa salah, lelaki (Norman) dan wanita (Memey) ini?"

Abdul Rahman: "Dari maklumat yang diterima dari pengadu."

Fakhrul: "Setuju atau tidak saya katakan bahawa pemeriksaan premis adalah berdasarkan dengar cakap atau hearsay daripada pengadu sahaja?"

Abdul Rahman: "Betul."

Saksi itu bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa maklumat yang diberikan pengadu yang mendakwa Norman dan Memey berada dalam premis beralamat 41A itu adalah salah kerana Norman sebenarnya tidak berada pada pukul 2.40 pagi dalam premis yang dinyatakan.

"Saya tidak boleh kata maklumat itu tidak betul kerana saya belum selesai membuat pemeriksaan lagi ketika itu," katanya.

Perbicaraan disambung 31 Julai.

Pembersihan tukun tingkat hasil nelayan Rantau Abang

Oleh Hamid Salleh (Berita Harian)

Nelayan di Rantau Abang di sini bersyukur dengan daya usaha proaktif kerajaan negeri yang melaksanakan kerja pembersihan tukun di perairan itu kerana ia sudah pasti memberi manfaat kepada mereka yang mana akan menambah pendapatan mereka pada masa depan.

Di kalangan nelayan, mereka mengakui penggunaan tukun tiruan banyak membantu menambah hasil tangkapan mereka kerana koloni ikan menjadikannya sebagai lubuk. Sejak tukun tiruan diperkenalkan lebih sedekad lalu, nelayan mengakui hasil tangkapan mereka meningkat.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini keadaan mula berubah apabila hasil tangkapan sudah tidak sebanyak dulu dan perkara ini dikaitkan dengan fenomena persekitaran tukun yang tidak menggalakkan. Antaranya, keadaan tukun yang dikatakan sesak dengan bahan buangan dan terdedah dengan objek yang menakutkan ikan termasuk tinggalan pukat yang tersangkut.
Menyedari keadaan itu, kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Terengganu (MTPNT) dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Rantau Abang menganjurkan program membersihkan dan menyelamatkan tiga kawasan tukun di perairan Rantau Abang, baru-baru ini.

Tindakan membersih tukun bertujuan memastikan kawasan itu mampu menarik lebih banyak ikan dan membolehkan nelayan memperoleh hasil tangkapan yang lebih baik.

Seramai 20 penyelam termasuk penduduk Kampung Rantau Abang menyertai program sehari itu dan berjaya memotong pukat nelayan yang tersangkut pada tukun di kawasan berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Za'abar Mohd Adib, berkata objektif program itu adalah menjalankan kerja pembersihan tukun di perairan Rantau Abang supaya mampu menarik lebih banyak ikan ke kawasan berkenaan.

Gara-gara kematian Michael Jackson...

Lima pelajar tahun lima berdepan dengan tindakan kerana memuat turun lagu Micheal Jackson ke dalam e-book yang dibekalkan kepada mereka, kelmarin.

Lima pelajar itu memuat turun lagu-lagu seperti Man In The Mirror, Beat It dan Billie Jean dan ia dijumpai oleh guru disiplin apabila membuat pemeriksaan mengejut.

Dua daripada e-book juga mengandungi klip video bintang yang baru meninggal dunia itu.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata pelajar itu dibebaskan selepas diberikan amaran keras oleh Guru Besar.





Baca berita berikut:

Pupils in trouble for storing MJ’s hits


By SHAHRIL CHE WAN, TAN SIN CHOW and ANN TAN

In death, Michael Jackson can still spell trouble. In Terengganu, Year Five pupils are set to face the music for downloading the King of Pop’s hits into their state-sponsored digital notebooks or e-books.

And in Penang, pirates who tried to hawk his songs have been hit hard by the cops.
Five pupils in Terengganu had stored Jackson’s hits like Man In The Mirror, Beat It and Billie Jean in e-books which was discovered during a spot check by disciplinary teachers at several schools here.

Two of the e-books also had video clips of the star. Jackson’s song have been highly sought after following his death on June 25. Some 12,800 Year Five pupils in Terengganu have been allocated e-books since May to be used in classes.

State Education, Higher Learning, Science, Technology and Human Resources committee chairman Ahmad Razif Abdul Rahman said the five pupils were let off with a warning from their principals.
He said the state would not tolerate the offence and was working out a way to punish those who break the rules. “We will probably confiscate their e-books,” he said.

In George Town, hundreds of copies of CDs and DVDs playing Jackson’s greatest songs and MTV musical hits were seized in a police raid at a shop in Prangin Mall on Wednesday.
Each CD and DVD was priced at between RM6 and RM8. State Commercial Crimes Depart-ment spokesman Supt Ravindar Singh said it was wrong for the peddlers to cash in on the celebrity’s death.

“We believe the pirated disc sellers have been burning more CDs and DVDs to keep up with consumer demand after Jackson’s death,” he said when contacted.
During the 2pm raid, a seven-member police team led by State Commercial Crimes Department chief Asst Comm Roslee Chik seized more than 7,500 pirated discs, including 1,100 copies of pornographic VCDs/DVDs from the shop.

Police also arrested a 36-year-old caretaker who claimed he had just started working at the shop 10 days ago.

TIDAK WAJAR DEBAT DENGAN NIK AZIZ

(Tajuk asal DEBAT PM -NIK AZIZ,PERLUKAH?)

Oleh Roslan Abdul Rahman (UKOM)

Terbaru, setelah menuduh dan menyamakan UMNO dengan komunis dan ajaran sesat ‘Ayah Pin’ kini orang yang bernama Nik Aziz bin Nik Mat mengajak pula Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Razak berdebat.

Tuduhan itu nampaknya dikeluarkan secara mudah dalam satu ceramah, tetapi makna di sebaliknya amatlah berat. Ertinya ahli UMNO yang kini menjangkau 3 juta adalah merupakan penganut ‘komunisme’ dan ajaran sesat Ayah Pin.

Salah satu fahaman komunisme ialah tidak menganut apa-apa agama dan semua agama itu disifatkan sebagai ‘candu’ dan melemahkan manusia.

Bentuk dan dasar ideologi komunisme adalah berpandukan kepada pemikiran Marxisme, Leninisme dan fikiran Mao Tse Tung.

Pengikut ideologi komunis berpegang kepada konsep iaitu memfokuskan diri sebagai ”Tuhan”. Daripada tiga konsep ini, dapat dilihat bahawa antara ideologi komunisme ini adalah tidak mempercayai dan mengakui kewujudan Tuhan. Pengikut fahaman komunis, meskipun tidak percaya pada Tuhan, tetapi pada dasarnya dia bertuhan.

Lantas, siapa tuhan orang komunis? Itu sangat tergantung pada apa atau siapa yang mendominasi kehidupan mereka. Tuhan mereka adalah ajarannya, pemimpinnya, atau dirinya sendiri. Walau bagaimanapun, mereka percaya kepada syurga dan neraka.

Mereka percaya bahawa apabila seseorang pengikut ideologi komunisme meninggal dunia, ia akan naik ke syurga iaitu bertemu dengan Karl Marx. Bahkan mereka juga percaya manusia itu berasal dari monyet sebagaimana teori evolusi Charles Darwin.
Itulah falsafah dan fahaman orang-orang UMNO apabila disamakan dengan komunis itu? Terlalu berat tuduhan dan penyamaan yang dibuat oleh Nik Aziz itu.

Manakala ajaran Ayah Pin pula mengikut fatwa yang dikeluarkan di bawah Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan ini membuat dan mengeluarkan Fatwa berikut:

Bahawasanya ajaran dan pegangan Ayah Pin adalah palsu,sesat,menyeleweng dan boleh membawa ancaman kepada ketenteraman orang awam serta merosakkan akidah.

Oleh yang demikian orang ramai di negeri ini hendaklah menghindar diri daripada terlibat dengan pegangan dan ajaran Ayah Pin tersebut. Tarkih Pewartaan: 4 Disember 1997

Keterangan :
Antaranya :
1. Beliau mengaku tidak belajar agama,
2. Beliau berpegang kepada ajaran yang salah serta bertentangan dengan Syara',
3. Beliau pernah menyatakan bahawa " Tidak ada orang lain selain saya dan Nabi Muhammad saw yang berguru dengan Jibril". Dakwaan ini salah dan palsu serta bertentangan dengan ajaran Islam dan menghina Syara'.
4. Beliau mengaku mengajar. Ajaran serta pengangannya adalah sesat dan bertentangan dengan hukum Syara'.
5. Mesti jumpa Allah dan Rasul dahulu baru boleh percaya.
6. Nabi Muhammad mencantumkan kitab Zabur,Taurat dan Injil dan menjadikan Al-Quran.
7. Bongkar Quran dahulu baru boleh percaya kepada Malaikat dan sifat dua puluh.
8. Setiap kali Sembahyang hendaklah beriktikad bahawa Ayah Pin berada di hadapan.
9. Quran perlu dibakar dan abunya dilumur pada tubuh Ayah Pin.
10.Mendakwa beliau telah melalui semua agama-agama barulah jadi Islam dan menerima syahadah secara langsung dengan Tuhan.
11.Beliau mendakwa, di atas muka bumi ini tiada orang lain yang memimpin manusia melainkan Ayah Pin seorang.
12.Nyawa manusia yang ada di atas muka bumi adalah duduk ditangannya kerana dia memegang segal kunci-kunci akhirat.
13.Kalau bersyair memuji-muji di atas nama Ayah Pin adalah lebih afdhal daripada berzikir dan bersembahyang.

Demikian kesesatan ‘Ayah Pin’, maka apabila Nik Aziz juga menyamakan UMNO dengan ajaran ‘Ayah Pin’ maka demikianlah juga ahli UMNO.

Layakkah Nik Aziz menuduh sampai sebegitu rupa. Siapakah dia boleh menuduh dan menyamakan orang-orang UMNO sehina itu?

Apa yang sedia diketahui umum Nik Azizlah yang banyak mengeluarkan kata-kata dan hukum antaranya:
1.‘Tuhan pun mencarut’,
2. Boleh berkawan dengan syaitan
3. Nabi juga mengamalkan kronisma dan macam-macam lagi kenyataan yang cukup menyinggung perasaan umat Islam hanya semata-mata untuk mempertahankan pengikut Pas dan kepentingan politik Pas.

Senang sahaja beliau mengeluarkan percakapan yang menghina Tuhan. Ada orang memberi pendapat mengenai kata-katanya itu, tapi akhirnya perkara itu diam begitu sahaja.

Beliau kemudian mengeluarkan kata-kata yang boleh kita kategorikan sebagai menghina Nabi pula. Semasa beliau dituduh memilih kroni apabila melantik menantu beliau untuk jawatan penting dalam pentadbiran Negeri Kelantan, beliau menyatakan Nabi pun mengamalkan kronisma juga apabila baginda melantik sahabat-sahabat baginda.

Tidak menghinakah namanya itu? Tapi siapa yang berani memberi ulasan.

Jika kita masih ingat, pada awal kemerdekaan, Pas dengan lantang berkempen mengatakan UMNO sebagai taghut, sesat dan tidak menuruti ajaran Islam kerana bekerjasama dengan kafir. Sekarang bagaimana hukumnya bilamana Pas sendiri bekerjasama dengan orang-orang kafir sehingga dalam isu kerajaan perpaduan pun PAS menolak dan menandatangani pernyataan bersama dengan Lim Kit Siang (DAP) pada 22 Jun lalu di bangunan Parlimen, menolak anjuran mulia itu.

Berbalik kepada persoalan Nik Aziz memberi fatwa boleh berkawan dengan syaitan, seorang ahli agama, Ustaz Wan Zahidi Wan The menulis:

“Kenyataan Haji Nik Aziz boleh mengelirukan jika tidak diberi penjelasan ialah tentang keharusan berkawan dengan syaitan untuk mencapai matlamat perjuangan Islam. Ini ialah memandangkan Quran dan Sunnah dengan jelas dan tegas memerintahkan umat Islam supaya menjadikan syaitan sebagai musuh mereka yang paling utama tanpa sebarang kompromi. Kerana syaitan itu sendiri merupakan punca kejahatan yang tidak boleh diharapkan apa-apa kebaikan daripadanya pada bila-bila masa dan keadaan sekalipun, seperti yang ditegaskan dalam firmannya yang bermaksud: "Sesungguhnya laknat itu tetap menimpamu (iblis) sampai hari kiamat" (Thoha. 35). Menurut Ibnu al-Qayyim: "Sesiapa yang meneliti Quran dan Sunnah akan mendapati kedua-duanya memberi penekanan yang lebih banyak dalam memperingatkan manusia tentang tipu helah syaitan dan keperluan memeranginya, berbanding dengan peringatan tentang bahaya nafsu" (Ighathah al-Lahfan, jld. 1). Ibnu Kathir, ketika mengulas ayat yang memerintahkan umat Islam berbuat baik terhadap manusia yang bermusuh dengan mereka (Fushshilat: 34), beliau menyatakan: "Allah memerintahkan umat Islam supaya berdamai dengan musuh yang terdiri daripada manusia serta berbuat baik kepada mereka; supaya dengan itu permusuhan dapat dijernihkan disebabkan terdapat asas kebaikan dalam diri setiap manusia. Tetapi Allah memerintahkan supaya mereka memohon perlindungan daripada syaitan, kerana permusuhannya dengan manusia bersifat total dan tidak ada sebarang kemungkinan untuk berdamai dan berbaik-baik lagi. Ini ialah memandangkan seluruh usaha syaitan ditumpukkan untuk membinasakan anak Adam disebabkan permusuhan yang sangat ketat antaranya dengan bapa mereka Adam sebelum ini" (Tafsir al-Quran al-'Azim, jld. 1).

Apa yang disebutkan oleh Ibnu Kathir ini dapat disaksikan dalam banyak ayat Quran, antaranya Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya syaitan itu musuh bagimu, maka jadikanlah dia sebagai musuh; kerana sesungguhnya syaitan itu hanya menyeru puaknya supaya mereka menjadi penghulu neraka sa'ir" (Faathir: 6). Menurut AI-Quran, hanya orang yang tidak beriman sahaja yang menjadikan syaitan sebagai pembantunya, seperti yang dinyatakan dalam surah al-A'raaf ayat yang bermaksud: "Sesungguhnya kami jadikan syaitan itu sebagai pembantu-pembantu kepada orang-orang yang tidak beriman". AI-Quran seterusnya menegaskan bahawa orang-orang yang menjadikan syaitan sebagai kawan tidak akan mendapat apa-apa kecuali kerugian di dunia dan di akhirat: "Dan sesiapa yang menjadikan syaitan sebagai penolong selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata" (Maksud ayat 119 surah Annisaa').

Jadi persoalan syaitan sebagai musuh utama umat Islam dan tidak boleh dijadikan kawan atau pembantu dalam mencapai cita-cita perjuangan Islam adalah merupakan perkara yang qat'ei (tidak terdapat perbezaan pandangan atau tafsiran mengenainya). la termasuk dalam hukum yang dikategorikan oleh ulama sebagai "al-ma'lum min al-din bi al-dharurah" (hukum yang diijmak oleh ulama dan dapat diketahui dengan mudah tanpa perlu kajian yang mendalam).

Hukum seperti ini tidak boleh dipermainkan; kerana mengingkarinya boleh membawa kepada kekufuran. Oleh itu sebarang bentuk kenyataan yang boleh menampakkan percanggahan dengan keterangan Quran yang jelas dan qatei ini boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan orang ramai, memandangkan ia menyentuh persoalan akidah yang tidak boleh ada sebarang ijtihad lagi mengenainya.

Mudah-mudahan dengan penjelasan ini saya berharap telah dapat melaksanakan tanggungjawab menyampaikan apa yang perlu disampaikan. Bagi pihak orang ramai pula, mereka berpeluang meneliti manakah pandangan yang benar dan menyakinkan untuk dijadikan pegangan dan amalan, yang mana mereka akan bertanggungjawab di hadapan Allah kelak terhadap pegangan tersebut secara bersendirian - bukan secara berparti. Wallahu A'Iam.”

Mampukah orang UMNO hanya berdiam diri dan bersabar dengan segala macam perkara yang dilakukan oleh yang merasakan dirinya terlalu ‘kebal’ kerana tiada sebarang tindakan walau apapun kenyataan menghina orang lain, bahkan menghina Tuhan dan Nabi dibuat.
Insan yang menghina UMNO itu bukanlah orang asing dengan UMNO, pernah suatu ketika menjadi Pegawai KEMAS, agensi yang diwujudkan oleh UMNO.

Bahkan orang nombor satu PAS pernah membuat fatwa, lawan UMNO mati syahid, tetapi tentulah dirasakan diri kebal untuk menyatakan apa sahaja sebab hidup di Malaysia ini keadaan diri tetap aman dan sejahtera walaupun kenyataan dibuat cukup tidak aman dan sejahtera.

Orang yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan itu bukan kerana tidak ada ilmu dan pengetahuan sebagaimana ‘Ayah Pin’. Pemimpin PAS kebanyakannya mengangkat dirinya sebagai ‘Tuan Guru’ pada nama mereka, bukan Mahaguru Budha atau lain-lain agama tetapi Tuan Guru dalam konteks agama Islam. Bukan orang yang letak, diri sendiri yang letak Tuan Guru sebagai nama rasmi, tertera pada pejabat dan milikan rasmi masing-masing. Demikianlah adanya.

Semua memperkatakan kebaikan dengan ilmu dan pengetahuan yang dimiliki.

Apa pun ingat dan hayatilah Firman Allah, maksudnya: “Wahai orang orang yang beriman! Mengapa kamu ucapkan apa apa yang tiada kamu perbuat? Sangat dibenci oleh Allah, bahwa kamu ucapkan apa apa yang tiada kamu perbuat". (QS. Ash Shaaf, 61 : 2 3).

Ayat ini bermakna bahwa ilmu tanpa amal akan mengundang bencana dan kutukan. Kualiti suatu ummat dilihat dari kemampuannya menerapkan ilmu pengetahuan mereka, atau pendayagunaan ilmu itu, dalam mengelola alam keliling hingga lebih bermanfaat dan bernilai guna. Juga ilmu yang diamalkan sangat berguna untuk menciptakan kesejahteraan ummat manusia secara umum, dengan amal usaha mereka sendiri.

Tidakl wajar dan tidak serasi untuk berdebat dengan mereka ini. Hanya doakanlah kehadrat Allah Subhanahu Wataala supaya diberi pertunjuk dan keinsafan atas keterlanjuran yang dilakukan, semoga Allah mengampuni.

PENDAPAT SAYA...

Sama tapi tidak serupa...Oleh ROSLI ABDULLAH

Malu dan memalukan. Bagi saya usaha memuji Datul Seri Idris Jusoh melampau sehingga menyamakan beliau dengan Mahmoud Ahmadinejad sudah melampau.

Kalau Idris baca rencana di sebuah blog (rasanya oleh orang Besut) ini pun dia malu. Inilah jadinya kalau terlalu nak ‘jek’ hingga tonggang terbalik dibuatnya Idris.

Mahukah jadikan Idris jadi Ostrich dengan menyorokkan muka ke dalam tanah (bumi) tapi punggung tetap terlondeh.

Kata penulis ini: “Kalau nak dibandingkan pemikiran Idris Jusoh dengan Ahmad Said sememangnya jauh langit daripada bumi kerana umpama seorang lepasan PhD dengan seorang Budak Tadika Yang Masih Berhingus.”

Kalau saya jadi Idris mahu saya marah dan carut-carut penulis yang menghasilkan rencana bodoh seperti ini.

Kalaupun mahu puji Idris janganlah menghina Ahmad Said sedemikian rupa. Ahmad Said budak berhingus?

Sudah pernah jadi Ketua Pemuda UMNO Negeri, AJK Pemuda Pusat, ADUN serta Exco Kerajaan Negeri lebih dahulu daripada Idris pun ‘masih berhingus’?

Lepas itu, menuduh pembangkang pulak tu yang berusaha memecat Idris, kononnya selagi ada Idris sukar pembangkang mengalahkan Terengganu.

Selain itu ada orang UMNO dikatakan turut terlibat kerana tidak diberikan peluang kali kedua untuk menjadi calon.

Jadi, kedua-duanya inilah yang menjadi punca Idris tidak dilantik semula.

Betulkah pendapat ini?

Jika demikian, kenapa marahkan k Ahmad Said yang tidak ada kena mengena dengan ‘pengguguran Idris”?

Atau kerana marahkan sangat mereka ini, Ahmad Said dijadikan kambing hitam.

Entahlah...yang pasti persamaan ini sebenarnya jauh berbeza!

Bacalah sendiri dan fikirkan sendiri perbezaan ini:

Persamaan Idris Jusoh Dengan Mahmoud Ahmadinejad

Wednesday, July 1, 2009

Penulis percaya sudah ramai mengenali siapakah Mahmoud Ahmadinejad. Mungkin hanya ada segelintir yang tidak mengambil berat perkembangan dunia yang tidak mengenali Mahmoud Ahmadinejad.

Mahmoud Ahmadinejad ialah Presiden Iran yang merupakan sebuah negara Islam di Timur Tengah. Kepimpinan beliau sudah membawa Iran membangun dengan begitu pesat lagi dan negaranya ditakuti oleh beberapa Kapitalis Barat sehingga banyak cubaan untuk menjatuhkan kepimpinan beliau di Iran termasuklah membantu seorang calon Presiden Iran yang dilihat pro dan berpaksikan Barat iaitu Mir-Hossein Mousavi Khameneh. Penulis juga percaya sudah ramai yang mengenali Datuk Seri Idris Jusoh yang popular dengan nama panggilan 'Haji Deris' di Besut, Terengganu ini.

Beliau merupakan bekas Menteri Besar Terengganu yang telah dinafikan hak sebagai MB oleh puak-puak tertentu dengan mempergunakan 'kuasa' orang yang tidak boleh ditentang perintahnya kerana orang itu ada pertalian darah dengan orang ada 'kuasa' tersebut.


Bagi Penulis, Idris Jusoh dengan Mahmoud Ahmadinejad memang ada sedikit persamaan. Persamaan pertama ialah Idris Jusoh mempunyai 'kebolehan kepimpinan' yang luar biasa yang tidak tercapai oleh akalmu.

Pemikiran Idris Jusoh juga sesuatu yang berbeza berbanding pemimpin-pemimpin lain di Terengganu dan juga di Malaysia. Kalau nak dibandingkan pemikiran Idris Jusoh dengan Ahmad Said sememangnya jauh langit daripada bumi kerana umpama seorang lepasan PhD dengan seorang Budak Tadika Yang Masih Berhingus.

Idris Jusoh juga gemar mencipta sesuatu yang baru yang kadang-kadang tidak dapat difikirkan oleh manusia biasa. Beberapa perkara yang 'dicipta' beliau belum pernah terfikir di 'benak' sesiapa sahaja sebelum ini. Contohnya, Program Ulul Albab yang dibuat di atas 'kajianya' terhadap kitab suci Al-Quran. Idris Jusoh juga mempunyai kebolehan sepertimana ulama-ulama tanah air, beliau boleh menyampaikan ceramah agama dengan baik, Khutbah yang disampaikan oleh beliau juga begitu bersemangat.

Selain itu, beliau seorang yang berkebolehan 'membakar semangat' sehinggakan beliau dan 'tenteranya' berjaya menawan Terengganu pada tahun 2004 melalui Pilihan Raya Umum Ke 11.
Sekali lagi Idris Jusoh dan 'Tenteranya' di uji di medan pertempuran bernama 'Pilihan Raya Kecil Ke 12. Walaupun negeri-negeri lain di Malaysia banyak yang jatuh kepada pembangkang, namun Terengganu masih kekal di bawah Barisan Nasional di atas kebijaksanaan kepimpinan beliau.

Beliau dilihat oleh pembangkang sebagai salah satu faktor 'kegagalan' pembangkang untuk menawan kembali Terengganu, oleh sebab yang demikian kerana mereka ada hubungan dengan 'orang dalam' kepada orang yang berkuasa jadi mereka cuba mempergunakan 'orang yang berkuasa' ini untuk menyingkir Idris Jusoh.


Selain itu, ada juga 'orang dalam' BN yang mempunyai pertalian darah dengan 'orang yang berkuasa' juga cuba menyingkirkan Idris Jusoh dengan cara yang sama memandangkan dia tidak diberi peluang kedua untuk menjadi calon pilihan raya. Inilah yang dikatakan kalau nak berkuasa mereka sanggup lakukan apa sahaja termasuk jadi 'musuh dalam selimut'.

Syiling Parlimen Malaysia 50 Tahun

















Pegawai Bank Negara, Rabiah Zulfakar Ahmad, menunjukkan tiga jenis duit syiling emas yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia sempena sambutan Ulang Tahun Ke-50 Parlimen Malaysia. Tiga jenis syiling tersebut yang terdiri daripada Syiling Peringatan Emas (pruf), Perak (pruf) dan Emas Nordic masingmasing akan dijual dengan harga RM1,200, RM150 dan RM10 sekeping. Foto THE STAR.


Syiling peringatan sempena sambutan Ulang Tahun Ke-50 Parlimen Malaysia dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia akan mula dijual hari ini (3 Julai 200).

Syiling itu akan dijual di ibu pejabat Bank Negara Malaysia dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Baharu, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Tiga jenis syiling peringatan sempena sambutan Ulang Tahun Ke-50 Parlimen Malaysia dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia, semalam.

Syiling itu dilancarkan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh di bangunan Parlimen, di Kuala Lumpur.

Tiga jenis syiling berkenaan yang terdiri daripada Syiling Peringatan Emas (pruf), Perak (pruf) dan Emas Nordic masing-masing akan dijual dengan harga RM1,200, RM150 dan RM10 sekeping.

Syiling emas dengan nilai muka RM100 diperbuat daripada logam emas dengan ketulenan 999.9 dan berat setiap keping ialah 7.96 gram. Sebanyak 100 keping syiling sahaja ditempa.

Syiling perak dengan nilai muka RM10, diperbuat daripada perak Sterling dengan ketulenan 92.5, seberat 21.00 gram sekeping. Ia ditempa pada kuantiti sebanyak 300 keping sahaja.

Syiling emas Nordic pula bernilai muka RM1 dan sebanyak 10,000 keping ditempa.
Bahagian hadapan syiling itu memaparkan bangunan Parlimen dengan tahun "1959-2009" tertera di bawahnya. Pada sisi syiling tersebut, terdapat lambang anak bulan dengan perkataan "Ulang Tahun Ke-50 Parlimen Malaysia" tertera di dalamnya.

Pada bahagian atas kanan syiling itu pula tertera bintang pecah 14 yang melambangkan 14 negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan.

Bahagian belakang syiling pula memaparkan jata negara Malaysia serta cokmar-cokmar Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Perkataan "Bank Negara Malaysia" dan nilai muka syiling masing-masing tertera pada bahagian atas dan bawahnya.

Pada sidang media selepas itu, Abdul Hamid berkata pelancaran syiling peringatan itu merupakan salah satu daripada acara sambutan Ulang Tahun ke-50 Parlimen yang berlangsung sepanjang tahun ini.

"Acara kemuncak sambutan ini ialah jamuan malam bagi meraikan kira-kira 1,000 anggota Parlimen termasuk bekas anggotanya pada Disember depan. Sebuah filem dokumentari dan dua buku mengenai sejarah Parlimen akan turut diterbitkan tidak lama lagi," katanya.

JOM TANGKAP IKAN ARAPAIMA DI KENYIR

Ganjarannya RM10,000 seekor?

Seruan dibuat oleh Menteri Besar Terengganu.

Kerajaan Negeri Terengganu menawarkan ganjaran RM10,000 kepada sesiapa yang berjaya menangkap ikan Arapaima Gigas atau ikan naga di Tasik Kenyir.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata tempoh kebenaran menangkap ikan itu bermula dari sekarang sehingga 15 Ogos ini di seluruh kawasan tasik kecuali di kawasan yang telah diwartakan sebagai Taman Negara dan Santuari Kelah.

Ikan itu yang ditangkap hidup-hidup akan ditempatkan di Mini Zoo dan Taman Rekreasi di Bukit Takal, Kemaman sebagai tarikan kepada pengunjung, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya kaedah menangkap ikan Arapaima Gigas terhad kepada penggunaan joran dan kelili, dan setiap peserta mesti mengambil permit serta mematuhi semua undang-undang kecil berkaitan dengan aktiviti memancing di Tasik Kenyir.

Segala urusan memancing termasuk menyewa bot adalah di bawah tanggungan sendiri dan setiap peserta diwajibkan mendaftar dengan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) bagi tujuan keselamatan, katanya.

Ahmad berkata walaupun Arapaima Gigas merupakan spesies ikan yang besar, ia tidak menyerang manusia, tetapi menjadikan ikan-ikan lain di dalam tasik sebagai makanan.

“Kita khuatir dengan adanya spesies ikan yang berasal dari Sungai Amazon ini, ikan-ikan lain akan kepupusan. Kita juga bimbang ikan ini akan membiak di Tasik Kenyir yang sedang kita bangunkan sebagai destinasi pelancongan perdana di Terengganu.

“Kita tidak tahu berapa jumlah sebenarnya ikan ini di dalam Tasik Kenyir tetapi kita perlu pastikan tiada ikan pemangsa di dalam tasik buatan manusia itu. Ikan toman juga adalah pemangsa tetapi ia tidak akan membesar seperti Arapaima Gigas,” katanya.

Beliau berkata ikan Arapaima Gigas boleh membesar sehingga 4.5 meter panjang dan mencapai berat sehingga melebihi 200 kilogram.

Menurutnya, di habitat asalnya di Sungai Amazon, ikan itu diburu menggunakan lembing dan rakyat tempatan menggemari ikan itu dengan menjadikannya makanan eksotik.

Thursday, July 2, 2009

Pemuda UMNO, PAS berdialog

Sumber:Berita Harian

Dewan Pemuda PAS semalam secara terbuka menjemput Pemuda UMNO mengadakan perbincangan ilmiah atau dialog berhubung isu semasa bagi menyelesaikan krisis antara kedua-dua parti itu.

Pelawaan itu disambut baik oleh Pemuda UMNO yang menyifatkannya sebagai satu perkembangan baru yang dapat membuka peluang bagi kedua-dua parti membuat perkara baik demi kepentingan bangsa dan negara.

Pemuda Sosialis DAP kecewa dengan tindakan Pemuda PAS menjemput Pemuda UMNO untuk mengadakan perbincangan ilmiah itu.

Ketua Pemuda Sosialis DAP, Anthony Loke, berkata tindakan Pemuda PAS itu akan menimbulkan kekeliruan di kalangan penyokong pembangkang kerana Pakatan Rakyat secara jelas menolak sebarang perbincangan berhubung kerajaan perpaduan dengan UMNO.

"Saya terkejut dengan wacana ini walaupun PAS mempunyai hak (untuk mengadakannya), sebagai rakan dalam Pakatan, hal ini tidak pernah ditimbulkan sebelum ini.

"Kita sudah tegaskan, kalau mahu berdebat, mengapa hanya membabitkan dua parti. Jika membabitkan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional, kita alu-alukan," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan berjumpa dengan Nasrudin untuk meminta penjelasan, Loke berkata, ia akan dibangkitkan dalam mesyuarat Pemuda Pakatan minggu depan.
Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan, pada sidang media bersama Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim, di lobi Parlimen, semalam berkata perkara utama yang difokuskan dalam wacana itu adalah berhubung isu berbangkit serta soal prinsip dan hala tuju perjuangan bersama termasuk membabitkan umat Islam negara ini.
"Ini adalah satu usaha ke arah membincangkan dan menyelesaikan masalah yang menjadi polemik dan krisis antara kedua-dua parti dan yang lebih penting untuk kebaikan rakyat.

"Kami sangat positif dan bersikap terbuka dalam apa juga suasana ke arah menangani isu yang dapat menyelesaikan masalah.

"Insya Allah ia akan menjadi permulaan untuk kita memperbanyakkan perbincangan dan menghidupkan budaya ilmiah dalam menyelesaikan masalah," katanya.
Terdahulu, beliau menyerahkan surat jemputan kepada Razali bagi mengadakan dialog itu. Kedua-duanya yang diiringi beberapa pemimpin Pemuda PAS dan UMNO, turut mengadakan perbincangan kira-kira 15 minit di lobi Parlimen.

Ditanya sama ada wacana itu menjurus ke arah perbincangan mengenai kerajaan perpaduan yang ditolak pakatan pembangkang sebelum ini, Nasrudin berkata: "Kita tengok macam mana."

Beliau berkata, surat jemputan kepada Pemuda UMNO itu perlu dijawab dalam masa tujuh hari dan jika UMNO menerimanya, sebuah sekretariat akan ditubuhkan bagi menentukan format, keanggotaan, tajuk, masa dan tempat dialog itu diadakan.

Katanya, beliau mencadangkan tajuk "Wacana Ilmiah Terbuka: Benarkah Perjuangan UMNO Tidak Bertentangan Dengan Islam", namun Razali meminta tajuk itu ditentukan kemudian mengikut kesesuaian kedua-dua pihak.
Razali pula berkata, perbincangan itu membuka peluang bagi kedua-dua pihak untuk membuat perkara baik demi kepentingan bangsa dan negara.

"Saya percaya perbincangan yang dijalankan dengan ikhlas dan jujur ini dapat menyelesaikan banyak perkara dan ia bukannya semata-mata berkaitan dengan politik," katanya.

WALAUPUN KAKI BERBALUT...

Oleh Zulkipli bin CW. Putera (UKOM)

























Kemaman ( 29 Jun 2009):
Datuk Ahmad Said menyempurnakan majlis Perasmian e-Book dan Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) peringkat Dewan Undangan Negeri Cukai, di Dewan Berlian Majlis Perbandaran (MPK).

Biarpun dengan kaki berbalut, Menteri Besar juga hadir pada satu lagi majlis di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheneh.

Bagi Menteri Besar, pendidikan adalah agenda besar dan kerana itu Terengganu mampu mencatatkan keputusan yang gemilang dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan STPM kerana perbelanjaan besar dikeluarkan setiap tahun bagi membiayai bidang pendidikan

Katanya, Terengganu mencatatkan kejayaan menduduki tempat pertama bagi peperiksaan UPSR selama lapan tahun berturut-turut. Tahun lalu, seramai 3,170 pelajar mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR.

“Negeri-negeri lain juga mahu berjaya di bidang pelajaran dan mencatatkan kejayaan seperti Terengganu, tetapi mereka tidak mampu mencapainya kerana kemampuan kewangan yang terhad,” katanya.

Kerana itu beliau dukacita terhadap sesetengah pihak di negeri ini yang masih menghentam kerajaan berhubung sistem pendidikan, semata-mata kerana kepentingan politik.

Ahmad Said berkata, golongan ini hanya bermain politik dengan cara mengelirukan orang ramai bagi kepentingan pihak tertentu sahaja.

Bagi program e-Book sahaja pada tahun ini kerajaan Terengganu membelanjakan RM34 juta bagi membeli komputer riba untuk diagihkan kepada pelajar Tahun Lima di sekolah rendah seluruh negeri.

GENG 10 MASIH BOIKOT PROGRAM UMNO


‘Ketika mereka berusaha mahu memfitnah Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Wan Ahmad Wan Muda sebagai ‘punca kepada semua ini’, mereka lupa kecanggihan sistem komputer boleh memerangkap mereka’ Oleh Zainal Yusoff

citra-bangsa@yahoo.com

TIGA sayap Umno Terengganu mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, di Kementerian Dalam Negeri, sehari dua lalu.

Baguslah kalau pertemuan seperti ini diadakan tetapi janganlah sekali dalam tempoh Hishammuddin menjadi pengerusi ini kerana pertemuan yang kerap diadakan akan dapat menyelami denyut nadi ketiga-tiga sayap parti itu dalam keadaan Umno Terengganu dikatakan dilanda kemelut.

Begitu juga ketua-ketua bahagian, perlu Hishammuddin temui sekerap yang mungkin, bukan sekadar menghantar pegawai khas mengadakan perjumpaan kerana bimbang pegawai khas menapis apa yang patut disampaikan, ikut selera pegawai khas.

Hishammuddin kena tahu, ‘sifat kepala batu’ Geng 10 yang masih ‘memboikot’ Menteri Besar walaupun Hishammuddin mendakwa masalah di Terengganu sudah selesai dengan pertemuan antaranya dengan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Terengganu dan ketua-ketua bahagian, sebelum mengadakan mesyuarat pertama Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu baru-baru ini.

Apakah Hishammuddin tahu bahawa beberapa kawasan DUN yang Menteri Besar, Datuk Ahmad Said kunjungi kerana program-program dan lawatan-lawatan, tidak dihadiri oleh ADUN di kawasan tersebut?

Khabarnya, di DUN Jabi Menteri Besar sudah sampai tiga kali sejak peristiwa memboikot persidangan DUN Terengganu April lalu, tidak sekali pun ADUN Jabi, Ramlan Ali hadir sama di majlis Menteri Besar itu.

Adakah Ramlan masih menerima arahan dari bosnya dalam Geng 10 supaya tidak menghadirkan diri dalam program-program yang dihadiri Menteri Besar walaupun dalam DUNnya sendiri?

Apakah perkara ini diketahui oleh Hishammuddin? Jika Hishammuddin tahu, apakah beliau akan mengarahkan ADUN mesti hadir majlis yang turut dihadiri Menteri Besar atau Hishammuddin akan mencadangkan kepada Menteri Besar supaya jangan menghadiri majlis-majlis di DUN yang diwakili oleh Geng 10?

10 DUN yang dimaksudkan ialah Tepuh, Kuala Berang, Permaisuri, Bukit Besi, Paka, Ajil, Alor Limbat, Jabi, Jerteh dan Kota Putera.

Kalau Hishammuddin tahu semua ini, apakah tindakan yang boleh dikenakan kepada ADUN yang ‘sombong bodoh’ ini?

Satu kelebihan yang ada pada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said ialah beliau tidak pernah mempunyai masa untuk melayan semua karenah Geng 10 ini kerana tugasnya mengadakan pertemuan dengan rakyat di seluruh Negeri Terengganu tidak boleh terhenti hanya kerana gelagat Geng 10 yang kesemuanya merasakan mereka layak jadi ‘Menteri Besar’.

Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mahu mendapatkan KPI terhadap semua Menteri, Timbalan Menteri, Ahli Parlimen dan ADUN, inilah masanya untuk ‘membuat KPI’ kepada 10 ADUN di Terengganu yang sudah terlajak begitu jauh, mengkhianati Umno dan BN.

Najib juga sepatutnya sudah diberitahu oleh Hishammuddin perangai Geng 10 ini kerana Umno memang tidak memerlukan mereka ini walaupun mereka merasakan ‘mereka hebat dan bukan jenis ADUN cap ayam’.

Tidak hairanlah kalau penulis terkenal Datuk A. Kadir Jasin menulis dalam blognya tidak lama dulu bahawa Geng 10 ini, termasuklah bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh sebagai cetek fikiran.

Lebih malang lagi, dalam Geng 10 ini, ada tiga ADUN yang bercadang mahu menjadi Menteri Besar, kerana mereka yakin dengan ‘apa yang mereka lakukan sekarang’, Perdana Menteri akan bersetuju menukar Menteri Besar Terengganu.

Maknanya, Geng 10 tidak sebulat suara menyokong hanya seorang sahaja dari mereka (Geng 10) yang patut dan layak ditonjolkan sebagai calon Menteri Besar Terengganu. Ketika mereka berusaha mahu memfitnah Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Wan Ahmad Wan Muda sebagai ‘punca kepada semua ini’, mereka lupa kecanggihan sistem komputer boleh memerangkap mereka.

Ketika Hishammuddin mengakui beliau sering berhubung dengan Idris ketika Idris berada di luar negara sebelum mengadakan mesyuarat badan perhubungan negeri baru-baru ini, tetapi Idris masih tidak dapat menghadirkan diri ke mesyuarat badan perhubungan yang dikosongkannya ekoran perlantikan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar dan kemudiannya dilantik menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu.

Kemelut yang ditimbulkan oleh Geng 10 akhirnya menyebabkan Presiden Umno melantik Hishammuddin menjadi pengerusi perhubungan, bersama-sama Najib sendiri sebagai pengerusi perhubungan Selangor, Tan Sri Muhyiddin, pengerusi perhubungan Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal, pengerusi perhubungan Kedah dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, pengerusi Pulau Pinang.

Geng 10 juga yakin, salah seorang dari anggotanya akan dilantik menjadi setiausaha perhubungan Umno negeri kerana hubungan rapat mereka dengan Hishammuddin tetapi ia tidak berlaku.

Namun, Geng 10 menyifatkan usaha mereka menimbulkan kemelut cukup berjaya kerana Najib akhirnya tidak mengekalkan Ahmad Said sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, sebaliknya menamakan Hishammuddin menggantikan tempatnya.

Berbaloilah usaha Geng 10 berbondong-bondong ke Kuala Lumpur suatu ketika dahulu untuk mengadakan pertemuan dengan Najib dan Muhyiddin dengan tujuan memburuk-burukkan imej Ahmad Said di Terengganu.

Hadi Pemimpin Tidak Konsisten - Hishamuddin

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berpendapat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pemimpin yang tidak konsisten apabila mendakwa Umno gagal menjadi model perpaduan terbaik di kalangan orang Melayu.

"Kita renung kembali apa yang dicadangkan sendiri oleh Abdul Hadi sebelum ini (kerajaan perpaduan), tetapi apa yang jadi akhirnya. Kita pun boleh juga dakwa PAS bukan model perpaduan terbaik, dia yang cadang (kerajaan perpaduan) tapi akhirnya dia sendiri yang batalkan.

"Perkara ini (perpaduan) bukan hanya berkaitan dengan PAS atau Umno, ia berhubung kait dengan semua pihak. Jika kita ikhlas dan jujur kenapa perlu melabel pihak lain dengan andaian tertentu," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di Kuala Lumpur semalam.

Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan terbaru Abdul Hadi dalam ceramah perdana semalam di sini yang dilaporkan menyalahkan Umno dengan mendakwa parti itu gagal menjadi model perpaduan di kalangan orang Melayu dan rakyat negara ini.

Beliau berkata, apa yang penting bagi Umno sekarang ialah untuk terus memandang ke hadapan dan memastikan kepentingan serta kebajikan rakyat terus terbela dan terpelihara.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula berpendapat bahawa Anggota Parlimen Marang itu telah dipaksa untuk mengeluarkan kenyataan tersebut bagi menunjukkan kesepakatan dalam pakatan pembangkang.

"Saya tidak lihat ucapan Abdul Hadi sepenuhnya, (tetapi) saya difahamkan beliau hanya berucap lima minit sahaja di perhimpunan semalam, sedangkan selama ini kalau berceramah dia boleh bercakap hingga berjam-jam.

"Saya nampak ada paksaan dan dia terpaksa berlakon menyerang Umno untuk tunjukkan wujudnya kesepakatan dalam pakatan rakyat semalam. Saya sebenarnya tidak mahu komen sangat sebab saya tidak mengetahui apa yang sedang berlaku dalam pakatan, kalau nak serang balik, saya rasa tidak sihat," katanya.

INILAH KAMI MAHU...


















Pelajar Tahun Lima DUN Cukai, Kemaman daripada pelbagai kaum berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu kerana menyediakan e-Book untuk digunakan. Mereka menerimanya daripada Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.

Wednesday, July 1, 2009

PENDAPAT SAYA

Daripada Anuar Ngah

Kisah tentang Cik gu & lembu

Penulis – seorang guru - yang dikatakan sakit muncul lagi dengan penanya (melalui blognya) menyebut ada beberapa ekor ‘lembu’ yang secara jelas menonjolkan ‘kelembuan’nya.

Antaranya ada Lembu yang telah mendapat anugerah yang hebat-hebat sepanjang profesion kelembuannya. Ada Lembu ini berjaya membentuk kumpulan lembu yang kalau makannya tidak disuap.

Juga ada Lembu pawah yang terserlah dan diperhatikan manusia daripada seantero dunia.

Persoalannya :

Apakah sakit cikgu ini makin parah ? Sanggup memanggil lembu kepada manusia ! Adakah cikgu ini produk “Ulul Albab” yang dilahirkan melalui 8 nilai Islam Hadhari dan 3 ciri Terengganu Bestari?

Tan Seri TPM selaku Menteri Pelajaran wajar mengarahkan EXCO Pelajaran dan Pengarah Pelajaran Terengganu membawa Cikgu ini ke rumah sakit (sakit apa? sakit jiwa?) bagi membuat pemeriksaan kesihatan fizikal dan mental terhadap cikgu ini yg ternyata…………..?

Demi kepentingan murid-murid yang dididiknya saya mengesyorkan agar Cik gu ini dihantar segera.

Jika perlu dihadapkan ke Lembaga Perubatan dan disarakan sementara sehingga sembuh.

Mungkin juga Cik gu ini sakit kerana lama tidak main golf...

Kalau dia dirawat dan ketika persaraan sementaranya , saya harap Cik gu ini dapat perpeluang semula mengikuti rombongan kumpulannya kedestinasi yang menggunakan wang rupiah.

Melalui cara ini dia mungkin boleh meneutralkannya kembali untuknya menjadi guru yang OK.

Betul tak Cik gu?

3,446 penagih dan pengedar dadah ditahan di Terengganu

Polis menahan 3,446 penagih dan pengedar dadah dalam "Ops Camar" yang diadakan di seluruh negeri ini, sejak 1 Jun lepas sehingga pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu Supt Roslan Abdul Wahid berkata jumlah yang ditahan itu meningkat sebanyak 1,479 orang berbanding 1,967 orang yang ditangkap dalam tempoh yang sama tahun lepas.

"Operasi ini akan diteruskan kerana kita masih mempunyai beberapa projek besar ke atas penagih dan pengedar di negeri ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata dalam operasi itu, sebanyak 94 gram heroin, 1.1 kilogram (kg) ganja, 3,649 biji pil kuda, 60 gram syabu, 130 liter air ketum dan satu kg daun ketum bernilai hampir RM62,000 dirampas.

Nilai harta pengedar yang dirampas dan disita dalam tempoh itu ialah RM700,000 termasuk wang tunai, barang kemas dan kereta, katanya.

Roslan berkata tangkapan terbaru dibuat dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Nibong Stesyen, Bukit Catak, Dungun membabitkan seorang lelaki berusia 32 tahun dan rampasan 500 biji pil kuda yang dianggar bernilai RM20,000 serta wang tunai RM1,500, dipercayai hasil jualan dadah.

"Lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan masih bujang itu adalah pengedar dadah secara besar-besaran di kawasan bandar Dungun dan aktif mengedar khususnya berdekatan rumahnya," katanya.

Beliau berkata hasil ujian air kencing juga mendapati lelaki itu adalah penagih dadah syabu.

Tuesday, June 30, 2009

Gambar Menceritakan Segala-gala...

Apabila Datuk Ahmad Said turun padang ke DUN Jabi, ADUN Jabi, Ramlan Ali dikatakan akan menghilangkan diri. Beliau hanya hadir pada majlis yang dihadiri oleh Idris.

Ini berikutan kecelaruan yang berlaku di DUN Jabi sudah tidak dapat dibendung lagi ini kerana Ketua Bahagian, Dato’ Mohd Jidin Shafie dan Ramlan sudah tidak boleh duduk semeja.

Demikian dakwa sebuah blog proPAS yang berpangkalan di Terengganu.


Mungkin blog ini memetik tulisan dari blog lain, namun tujuannya sama iaitu untuk menunjukkan UMNO Terengganu berpecah.

Malah, pengikut beliau (Ramlan) menegaskan, jikalau beliau tidak dicalonkan (semula) dalam PRU 13 akan datang, maka beliau akan pastikan DUN Jabi jatuh ke tangan pembangkang.

Begitulah ‘marahnya Ramlan’ kepada Ahmad Said.



Apapun, orang mengatakan ‘Gambar Memberikan Seribu Makna’.

Peristiwa ini dirakamkan di Sekolah Kebangsaan Apal, semalam (29 Jun 2009).

1TERENGGANU – UMNO DIDAHULUKAN, MENANG PILIHAN RAYA DIUTAMAKAN!

Oleh Hambali Abdul Latiff (hambali1.blogspot.com)

Sorry...semua niat dan hasrat perlu ditangguh atau dibuang terus.

Datuk Seri Hishamuddin Hussein tidak akan layan usaha memecahbelahkan UMNO – sama ada daripada UMNO Terengganu sendiri atau pembangkang khususnya PAS.

Kepada Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh, mesej untuk mereka amat jelas – letakkan soal parti sebagai keutamaan dan bergerak bersama-sama dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

Ini kerana jika masih ada polemik berkisar kepada isu-isu bahagian dan puak, usaha bergerak ke hadapan tidak akan dapat direalisasikan.

Bagi, Hishamuddin: "Mereka (Idris dan Ahmad Said) pemimpin berjiwa besar - mungkin kami bertiga ini kalau tidak dilaga-lagakan dan kami sendiri tidak benarkan dipengaruhi pihak-pihak lain, saya yakin ia boleh menjadi satu realiti.

"Perlu dibina, dipulih dan dijauhkan syak wasangka. Dengan kehadiran saya dan bimbingan daripada pucuk pimpinan, saya rasa itu dapat bantu mengeratkan semula hubungan antara mereka berdua."

Cerita 2 R (Rosli dan Roslan) digugurkan tidak penting lagi. Ini kerana sebab pengguguran bukan kerana ada kaitan dengan tuduhan rasuah MRR2. Itu bukan alasan teras.

Cuma Datuk Zuber Embong digugurkan kenapa? Tidak berkesan? Zuber sendiri yang nampaknya ‘memujuk hati sendiri’ mengatakan mungkin beliau tidak berkesan.

Apapun dengan tegas Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata: "Ini cara saya akan pimpin Umno Terengganu dengan bantuan Menteri Besar Datuk Ahmad Said."

Yang penting bagi Hisham ialah mereka yang dilantik perlu pikul tanggungjawab. “(Sebaliknya) mereka yang lepaskan jawatan tak semestinya tugas dan tangungjawab mereka lebih mudah kerana mereka ada tanggungjawab yang harus dipikul.” Kata Hishamuddin.

Semalam di Putrajaya, ketiga sayap Umno, Pemuda, Wanita dan Puteri Umno negeri Terengganu menyatakan kesediaan mereka memikul perjuangan yang lebih besar demi masa depan Umno dan rakyat di negeri itu.

Berikutan itu Hishammuddin yakin bahawa apa yang dibincangkan hari ini tidak berkisar kepada kepentingan kumpulan tertentu.

"Saya boleh beri keyakinan kepada mereka bahawa ketiga-tiga sayap hari ini telah bertekad untuk bersama-sama memikul perjuangan yang lebih besar.

Ketiga-tiga sayap ini juga telah berikrar kepada saya bahawa pertimbangan yang menjadi keutamaan kepada mereka ialah demi masa depan perhubungan umno negeri Terengganu dan rakyat Terengganu," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan ketiga-tiga sayap berkenaan di pejabatnya di Putrajaya.

Namun, segala usaha itu banyak bergantung kepada cara mengatur langkah ke hadapan dan pengisian program yang akan dilaksanakan.

Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata dengan mengetuai negeri itu pada hari ini, mungkin antara tugasnya ialah untuk merapatkan hubungan antara Menteri Besar Datuk Ahmad Said dan bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh kerana beliau tidak ada masalah bekerja dengan mereka.

"Saya sedar apa yang berlaku sebelum ini di Terengganu menuntut saya sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri menjadi "jambatan" kepada menteri besar dan bekas menteri besar, dengan syarat mereka meletakkan soal parti sebagai keutamaan dan bergerak bersama-sama dengan saya.

Bagaimanapun, katanya jika masih wujud polemik berkisar kepada isu-isu bahagian dan puak tertentu bermakna usaha untuk bergerak ke hadapan tidak akan dapat direalisasikan.

Hishammuddin tidak bermain politik yang menampakkan beliau seolah-olah cenderung kepada satu pihak sahaja, sebaliknya berkata ia mendapat 'restu' semua pemimpin Umno bahagian.

Dengan kata lain perlantikan olehnya terhadap dua muka baru – Datuk Tengku Putera Tengku Awang sebagai Setiausaha UMNO Negeri dan , Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said pula dilantik Bendahari menggantikan Senator Datuk Roslan Awang Chik.

Jawatan Ketua Penerangan kembali kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek .

Pelantikan pemimpin lain bagi mengisi beberapa jawatan penting akan dibuat selepas ini.
Apa orang lain mahu kata atau membuat andaian tidak penting. Pada sidang media selepas pengumuman itu, tiada lagi soalan daripada pemberita mengenai pertelingkahan atau usaha menyingkirkan Menteri Besar.

Apakah maknanya ini? Hishamuddin member isyarat jelas, Terengganu tidak boleh ada perpecahan.

Seperti 1Malaysia – 1Terengganu - UMNO didahulukan, Menang pilihan raya diutamakan.

Jelas dan nyata, UMNO Terengganu berusaha mengatasi kemelut secara sebaik-baiknya.
Juga jelas bahawa Datuk Ahmad Said akan kekal sebagai Menteri Besar setidak-tidaknya sehingga pilihan raya umum akan datang. Lagi pun apa salah beliau? Apakah beliau pernah sabotaj parti, ‘menderhaka kepada Sultan’ atau terbabit dengan rasuah?

Semua Ketua UMNO Bahagian kecuali Besut, Datuk Seri Idris Jusoh hadir dalam mesyuarat pertama yang berlangsung sejam itu.

Ketidakhadiran bekas menteri besar itu yang diibaratkan sebagai petanda bahawa isu Umno negeri masih jauh daripada penyelesaian tidak benar sama sekali.

Hishammuddin menjelaskan Idris berada di London sewaktu mesyuarat dan tidak sempat hadir walaupun menyatakan untuk pulang. "Saya lihat tidak ada isu dengan ketidakhadiran Idris itu. Bila perjumpaan dibuat sebelum ini, ia melibatkan saya, Ahmad Said dan Idris.

"Kalau ada pihak di luar sana cuba melaga-lagakan mereka berdua, jangan harap ia akan berjaya kerana saya berpengalaman dalam hal ini," katanya.

Mesyuarat pertama itu membincangkan beberapa agenda termasuk hala tuju dan program yang bakal diadakan sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Yang penting, UMNO Terengganu perlu memastikan barisan kepimpinan yang ada dirapatkan selaras dengan kehendak ahli dan rakyat di peringkat akar umbi yang mahukan jentera parti dimantapkan khusus dalam menghadapi cabaran mendatang.

Bagi Hishamuddin tiada lain atau tiada kompromi lagi hanya perpaduan sesama sendiri perlu kembali utuh kerana apa yang penting sekarang ialah perpaduan dan kekuatan parti dan bukannya memperjuangkan kepentingan individu tertentu.

20,000 hektar ladang sawit untuk keluarga miskin tegar

Macam-macam usaha dilakukan oleh Kerajaan Terengganu untuk membantu rakyat, khususnya kumpulan miskin tegar.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yang amat prihatin terhadap kumpulan ini serta ibu tunggal, kini memperkenalkan program khusus untuk mereka.

Kerajaan negeri mengambil langkah tegas dengan membuka ladang sawit seluas 20,000 hektar yang akan diagihkan kepada keluarga miskin tegar dan ibu tunggal di negeri ini.

Ia akan memberi peluang kepada mereka membina penghidupan baru dan keluar daripada belenggu kemiskinan.

Menteri Besar berkata, menerusi penyertaan dalam ladang sawit itu, 6,000 keluarga miskin tegar dan ibu tunggal yang sudah dikenal pasti akan dapat menikmati hidup yang lebih baik dengan berbekalkan pendapatan purata sekitar RM750 sebulan.

Katanya, sehingga kini seluas 8,000 hektar ladang sawit sudah diusahakan, termasuk 5,600 hektar di daerah Dungun yang sedang dalam proses penanaman.

"Kerajaan negeri mengenal pasti kawasan seluas 2,400 hektar di daerah Setiu untuk dijadikan ladang sawit rakyat dan tanah berkenaan kini dalam proses ditebus guna."

Beliau menyatakan perkara itu selepas merasmikan majlis pecah tanah projek Felcra Bhd, Lubuk Dalam 4, Mukim Kijal di Kemaman, kelmarin.

Menerusi projek itu, kerajaan negeri yang bekerjasama dengan Felcra, akan membuka ladang sawit rakyat seluas 648 hektar yang mana sejumlah 300 peserta terdiri daripada golongan miskin tegar dan ibu tunggal dijangka akan mendapat manfaat daripadanya.

"Felcra akan membuka dan mengusahakan ladang kelapa sawit ini termasuk menebus guna tanah, membina tali air dan beberapa kerja berkaitan dengan kos sebanyak RM11.5 juta dan seramai 300 golongan ini akan menjadi peserta.

"Lebih 80 peratus kawasan tanah yang diluluskan ini adalah kawasan berpaya dan Felcra akan menanggung kos ditebus guna termasuk membina tali air dan sistem perparitan. Kika jangka hasil sawitnya dijangka lebih baik berbanding kawasan ladang berbukit,” katanya.

Beliau berkata, pendapatan daripada ladang itu akan diagihkan secara sama rata kepada semua peserta selepas ditolak kos pengurusan.

“Selepas tiga tahun, setiap peserta ladang ini yang yang terdiri daripada golongan miskin tegar dan ibu tunggal dijangka memperoleh pendapatan bulanan sekitar RM750 sebulan bagi menyara keluarga,” katanya.

Apa Jadi Dengan Melon Untuk Eksport?

Ada pihak mendakwa hanya dua kali sahaja melon boleh diekspot sebagaimana jawapan sidang Dewan Undangan Terengganu pada Disember, 2008.

Benar atau tidak? Mungkin Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Rozi Mamat boleh menjelaskan perkara ini.

Apapun baca dulu berita berikut:

Bumi Hijau Medan Jaya Terbaik di Malaysia

Oleh AIDA ABD RAHMAN (UKOM)
















YB Rozi ketika melawat ladang melon di Medan Jaya, Marang. -Foto SHUHAIMI AHMAD.


Penglibatan 356 penduduk di Taman Medan Jaya, Rusila, Marang dalam program tanaman di kawasan rumah bukan sahaja menjana pendapatan tambahan, malah turut mengumpul hasil jualan Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) sehingga RM11 juta bermula 2006 sehingga pertengahan tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Rozi Mamat, berkata hasil jualan berkenaan dikumpul dalam tempoh hampir empat tahun sejak pelancaran Bumi Hijau peringkat negeri dilaksanakan di kampung itu pada Mei 2006.

Katanya, pada awal pelaksanaan program itu, kira-kira 100 peserta sahaja terlibat, di mana hasil tanaman itu adalah untuk kegunaan sendiri dan dijual apabila ada lebihan kutipan.

Bagaimanapun, keadaan itu kini berubah, apabila majoriti penduduk melihat usaha kerajaan negeri menerusi Jabatan Pertanian Negeri sebagai platform menambah pendapatan keluarga apabila mereka mengambil inisiatif mengusahakan sendiri di rumah masing-masing.

Katanya, perkembangan itu menyebabkan Taman Medan Jaya dikenali sebagai antara pusat komuniti paling berjaya melaksanakan Program Bumi Hijau di negara ini dan menerima pengiktirafan peringkat negeri serta Malaysia.

Antara projek pertanian yang diusahakan seperti melon, semaian pokok hiasan, sayuran pelihara kambing, lembu dan ikan keli dalam kanvas. Selain itu KPW turut mengusahakan jualan makanan tradisional, sos, biskut dan kerepek sebagai hasil jualan.

“Bagi membantu penduduk Medan Jaya terus mengembangkan usaha mereka, kerajaan negeri akan menimbang untuk mengeluarkan peruntukan bagi memajukan tanah rezab kerajaan seluas 4 hektar bagi meluaskan lagi aktiviti Bumi Hijau.

“Saya minta Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang berbincang dengan Pegawai Daerah Marang sebelum kita mengusulkan perkara itu dalam Mesyuarat Mingguan Exco,” katanya beliau dalam Lawatan Singkat Ke Pusat Komuniti Bumi Hijau Medan Jaya, Rusila, Marang hari ini.

Beliau menggantikan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said ke program itu sebagai kesinambungan bagi melihat kemajuan dan perkembangan program Bumi Hijau di kampung itu, sekaligus melihat pembaharuan yang boleh dilaksanakan bagi memantapkan lagi program Bumi Hijau ke keseluruh Terengganu.

Baca juga berita ini yang dijadikan asas oleh pihak tertentu untuk mempertikaikan projek tanaman Melon ini.

Terengganu Exports "Golden Langkawi" Melons To Europe

KUALA TERENGGANU, Oct 28 (Bernama) -- Growers of the "Golden Langkawi" honeydew melons in Terengganu can now look forward to better income from the fruit with the Federal Agriculture Marketing Authority (FAMA) having found markets for their produce overseas.

The melons will be exported to Europe through the Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC).

TADC executive director Adnan Ghazali said 16 tonnes of the melons worth RM57,143 were required each week for export to several European countries.

He said the melons from Terengganu were sort by importers in Europe as countries like Spain, Italy, France and Greece stopped producing the melons during winter.

Early this month, 10.5 tonnes of the "Golden Langkawi" honeydew melons worth RM37,500 were exported to Europe," he told reporters during a visit by Terengganu Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh to the FAMA Agriculture Produce Collection Centre in Cendering, near here, Sunday.

He said TADC, with the assistance of FAMA, was using the facilities at the centre, to pack the fruits for export while waiting for the completion of its own collection, grading and packing centre in Kampung Telaga Papan, Setiu in December.

Adnan said 250 participants were involved in the "Golden Langkawi" honeydew melon fertigation programme managed by the Agriculture Department, and 150 of them in the districts of Besut, Setiu and Kuala Terengganu were involved in producing the fruits for export until March next year.-- BERNAMA