Kaunter pendaftaran untuk Karnival Memancing Piala Monsun anjuran Berita Harian di Pulau Warisan, di Kuala Terengganu diserbu kaki pancing sebaik dibuka jam 3 petang semalam, sekali gus menunjukkan sambutan luar biasa diterima pertandingan itu yang menawarkan hadiah keseluruhan RM80,000.
Pertandingan sempena Kejohanan Piala Monsun 2010 itu turut menarik perhatian kaki pancing dari luar negara seperti Thailand dan Indonesia selain peserta tempatan.
Tinjauan mendapati proses pendaftaran pertandingan yang turut ditaja syarikat TCE Tackles dan Adabi itu berjalan lancar dan terus dibuka hingga jam 10 pagi ini.
Seorang peserta, Musttapa Mohamad, 40, dari Batu Burok, di sini berkata dia sudah beberapa kali menyertai pertandingan memancing anjuran Berita Harian termasuk Grand Prix (GP) Joran di Pantai Teluk Lipat, pada 9 Oktober lalu, tetapi kali pertama sempena Piala Monsun dan berharap dapat membawa pulang hadiah lumayan ditawarkan.
Sementara itu, Pengurus Projek Khas Berita Harian, Mohd Mizal Hasbullah, berkata penganjur juga menyediakan 1,500 baju T yang dicetak dengan logo Kejohanan Piala Monsun untuk peserta yang mendaftar awal dan bagi memeriahkan pertandingan, turut mengadakan pameran bot laju, motosikal lasak dan motosikal berkuasa besar.
"Syarikat TCE Tackles juga mengadakan promosi jualan pelbagai peralatan memancing pada harga berpatutan manakala Adabi turut mengagihkan minuman kopi Tongkat Ali keluaran syarikat itu kepada peserta," katanya.
Hadiah wang tunai ditawarkan bagi juara RM30,000, kedua (RM15,000), ketiga (RM10,000), ke empat hingga 10 (RM500), ke-11 hingga 20 (RM300), ke-21 hingga 30 (RM200), ke-31 hingga 40 (RM100) dan ke-41 hingga 60 (RM50) bersama hadiah iringan serta dua motosikal Modenas Kriss dalam acara cabutan bertuah.
Peserta akan turut dihiburkan dengan persembahan kumpulan keroncong serta irama lagu era 60-an hingga pertandingan berakhir.
Saturday, December 4, 2010
Hafizi gondol Piala Seri Iman
Tuanku Nur Zahirah berkenan menyampaikan hadiah Piala Seri Iman kepada pereka fesyen, Mohammad Hafizi Mohd. Radzi Woo pada majlis malam Gala Piala Seri Iman di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu, kelmarin.
Mohamad Hafizi Mohd Radzi Woo dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor menjuarai anugerah reka cipta fesyen batik Piala Seri Iman 2010.
Pereka muda berusia 21 tahun itu diumumkan sebagai pemenang pada majlis Malam Gala Piala Seri Iman di sini malam tadi dan membawa pulang wang tunai RM30,000.
Rekaannya bertemakan Khazanah Kenyir menjadikan ular, haiwan yang seolah-olah disisihkan sebagai sumber inspirasi.
''Saya ingin meneroka kelainan, menyesuaikannya dengan konsep pakaian moden dan ranggi. Ia lebih terarah kepada cita rasa remaja masa kini," ujarnya.
Penuntut Jabatan Seni Lukis dan Seni Reka Fesyen itu yang pernah memenangi tempat ketiga tahun lalu, menyifatkan kemenangan itu sangat bermakna bagi dirinya untuk muncul sebagai pereka terkemuka di negara ini kelak.
''Saya buat sendiri dengan mereka corak, mencanting batik dan menjahit bagi menghasilkan ciptaan bertajuk Underline.
''Kemenangan ini juga hadiah bagi ibu, Rozi Hassan yang banyak merangsang dan membantu di samping pembantu saya, Muaz Fadzil," katanya kepada Utusan Malaysia.
Tempat kedua dimenangi oleh IIi Aaina Yahya dari Kuala Terengganu dengan tema Semarak Tari Sang Gigas menerima hadiah RM15,000.
Nur Amirah Mohamad Yusof (Kedah) di tempat ketiga dengan ciptaan bertemakan Megah Si Kuang menerima hadiah RM10,000.
Seramai 10 peserta dipilih ke pertandingan akhir.
Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah mencemar duli menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Program anjuran kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dan Terengganu Institute of Design Excellence (TIDE) itu bagi menyemarakkan industri tekstil tempatan.

Harrif Tekad Harumkan Terengganu pada LTdL 2011
Pelumba basikal negara, Mohd. Harrif Salleh tekad akan membantu mengharumkan nama negerinya dalam saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011 bersama pasukan baru, Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TPCT).
Bagaimanapun, Harrif dan beberapa lagi pelumba berpengalaman pasukan tersebut perlu menunggu lampu hijau daripada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) untuk beraksi buat pertama kali dalam kejohanan bertaraf antarabangsa itu.
Menurut Harrif, mereka sekarang ini bersemangat untuk menunggu khabar gembira daripada UCI dan beraksi buat pertama kali mewakili pasukan TPCT di saingan LTdL 2011 yang akan bermula pada 23 Januari hingga 1 Februari depan.
"Saya dan beberapa lagi pelumba lain seperti Anuar Manan, Shahrul Mat Amin, Yusrizal Usoff, Mohd. Zamri Salleh, Mohd. Shahrul Afiza Fauizan, Mohd. Sobri Abdullah, Nor Umardi Rosdi, Mohd. Saufie Mat Senan dan Muhamad Faiz Syariffudin Abd Kadir tidak sabar untuk mengharumkan nama Terengganu," katanya melalui laman sosial, Facebook kelmarin.
Jelasnya, selain pelumba tempatan TPCT juga mendapat sentuhan pelumba berpengalaman daripada Jepun, Shinichi Fukushima dan berkemungkinan seorang lagi pelumba luar negara bakal memperkuatkan pasukan tersebut.
Kata Harrif, walaupun dia adalah seorang pelumba pecut, dia tidak akan mementingkan diri sendiri, sebaliknya pembantu Anuar, yang juga pelumba senior untuk mengumpul seberapa banyak mata di zon pecutan.

Wednesday, December 1, 2010
Pemilihan UMNO Ditangguh 18 Bulan
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mohd. Zahid Hamidi berkata sesuatu kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak sambil diperhatikan oleh Tan Sri Muhyidin Yassin dan Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan) sebelum memulakan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di ibu pejabat parti itu, di PWTC Kuala Lumpur, 30 Nov. - Utusan
Tiada pengumuman mengenai penyusunan semula kepimpinan UMNO di lima negeri - Terengganu, Wilayah Persekutuan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.
Ini bermakna pengumuman mengenai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri di negeri-negeri berkenaan ditangguhkan sementara.
Ura-ura kononnya Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak akan membuat pengumuman itu selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam semalam, tidak berlaku.
Najib berkata beliau akan mengumumkan perkara itu sebelum hujung tahun ini kerana memerlukan sedikit masa untuk berbincang dengan beberapa pemimpin tertentu di peringkat negeri.
"Saya telah maklumkan bahawa perkara ini akan dilakukan dan diumumkan sebelum akhir tahun ini dan bukan malam ini, saya perlukan sedikit masa bersama-sama Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung untuk berjumpa dan berunding dengan beberapa pemimpin di peringkat negeri untuk lebih menentukan apakah tugasan dan jangkaan terhadap mereka," katanya.
Beliau berkata penyusunan semula itu mungkin akan membabitkan muka baru dan juga ada pemimpin yang akan dilantik semula.
Ramai kalangan wartawan dan penyokong UMNO yang menunggu pengumuman kecewa sebaliknya Najib menekankan soal pemilihan UMNO di peringkat cawangan, bahagian dan MT yang sepatutnya berlangsung tahun depan ditangguhkan selama 18 bulan.
Ini bermakna pemilihan UMNO bagi peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi (MT) yang dijadualkan diadakan pada tahun depan ditangguhkan selama 18 bulan.
Katanya keputusan bersama itu dibuat bagi membolehkan UMNO memberi tumpuan kepada proses pemantapan dan pemulihan parti berdasarkan Model Politik Baru iaitu bagi memastikan kelangsungan UMNO sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara.
"Ini merupakan peruntukan dalam Perlembagaan parti yang bukan kali pertama tetapi beberapa kali kita gunakan supaya seluruh perhatian dan tenaga kita terarah ke arah memantapkan proses penyediaan pemantapan parti kita," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MT di Kuala Lumpur, malam semalam.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said turut menghadiri mesyuarat berkenaan.
Najib berkata UMNO juga tidak mahu menjadikan tahun depan sebagai medan pergelutan politik yang boleh menimbulkan perbalahan dalam UMNO walaupun parti yakin perkara itu dapat dibendung.
"Kita tidak mahu berlaku keadaan yang begitu tertekan seperti mana berlaku pada sebuah parti politik yang lain, jadi kita ambil keputusan supaya tangguh pemilihan berdasarkan kepada perlembagaan parti," katan presiden UMNO itu.
Ditanya sama ada penangguhan pemilihan itu ada kaitan dengan pilihan raya umum ke 13 akan datang, Najib, yang menang tanpa bertanding bagi tempoh pemilihan parti 2008-2011, berkata ia bukanlah sesuatu yang baru.
"Setahu saya sudah tiga empat kali kita pakai peruntukan ini dari dulu lagi, tidak ada masalah yang aneh dan luar biasa," katanya.
Kali pertama MT UMNO menunda pemilihan parti ialah pada tahun 1999, apabila perhimpunan itu ditangguh hingga Mei 2000 bagi membolehkan parti memberi tumpuan kepada pilihan raya umum 1999.
Ditanya mengenai desas-desus akan berlaku rombakan Kabinet, Najib sekali lagi mengulangi bahawa itu hanya khabar angin dan terpulang kepada individu untuk membuat tafsiran masing-masing.
"Itu semua khabar angin, bila saya kata khabar angin ia boleh jadi betul, ada sesetengah khabar angin boleh jadi tidak betul, terpulang pada tafsiran masing-masing," katanya.
Perdana Menteri berkata mulai awal tahun depan, semua ketua cawangan dan ketua sayap peringkat cawangan diwajibkan untuk menghadiri kursus parti yang bakal menyaksikan lebih 50,000 pemimpin UMNO diberi latihan.
"Kita akan terus melakukan perubahan berdasarkan kepada Model Politik Baru yang telah saya gariskan tujuh prinsipnya, dan ini kita akan murnikan lagi dan kita akan terangkan tentang gagasan 1Malaysia dan bagaimana UMNO adalah parti yang mendahulukan rakyat, (menjaga) kepentingan rakyat dan (mementingkan) delivery system (sistem penyampaian) kita," katanya.
Najib berkata mesyuarat itu juga mengambil maklum berkenaan dengan perkembangan semasa politik negara selain telah menerima laporan mengenai kejayaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi baru-baru ini.
"Kita juga ambil maklum bahawa umum berpendapat perkembangan kini menjurus kepada perkembangan yang lebih merangsangkan dan lebih positif, mungkin ini disebabkan dengan langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan menampakkan sedikit sebanyak kejayaan dan penambahan keyakinan rakyat," katanya.
RON97 kini RM2.30 seliter
Harga minyak petrol RON97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai hari ini.
Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter.
Menurut sumber, pengumuman mengenai kenaikan harga RON97 tidak dibuat secara rasmi oleh kerajaan memandangkan perubahan adalah mengikut harga pasaran dunia.
Ia kenaikan kali kedua sejak kerajaan membuat pelarasan subsidi petrol dan memutuskan untuk mengapungkan harganya dari semasa ke semasa.
Pada 1 November lalu, petrol gred RON97 naik sebanyak 5 sen kepada RM2.15 seliter.
Bagaimanapun, kerajaan masih mengekalkan subsidi petrol RON95 walaupun dikatakan bakal menjejaskan pentadbiran kerajaan.
Pada Oktober lalu, kerajaan menjelaskan perbelanjaan subsidi untuk tahun depan mampu mencecah RM24.9 bilion berbanding tahun ini iaitu RM23.7 bilion.

PMINT diminta berperanan bangunkan Tasik Kenyir
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) diminta memainkan peranan penting dalam menjayakan usaha kerajaan untuk membangunkan Tasik Kenyir dengan kewujudan kawasan bebas cukai.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, PMINT boleh membantu mempercepatkan proses pembangunan di kawasan berkenaan termasuk dengan rangkaian hotel dan lot-lot kedai.
Beliau yakin dengan keupayaan PMINT yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang seperti hartanah, pelancongan dan pertanian, proses pembangunan dapat berjalan mengikut perancangan.
"Terserah kepada PMINT untuk memajukan secara sendiri atau kerjasama dengan pelabur dari luar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Makan Malam PMINT.
Pada majlis di Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu, malam kelmarin, beliau menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada kakitangan perbadanan itu.
Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah PMINT berkata, tempoh untuk memajukan kawasan bebas cukai itu agak singkat iaitu 18 bulan hingga dua tahun.
Kerajaan negeri berharap usaha mewujudkan kawasan bebas cukai di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu berjalan lancar mengikut tempoh ditetapkan itu.
Sementara itu, di majlis yang sama turut diadakan penyampaian Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti 5S oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) kepada PMINT.
PMINT berjaya mendapatkan persijilan ini di dalam tempoh hanya empat bulan hasil kerjasama yang erat dan komitmen kakitangannya.

Pasukan Tuanku Mizan juara Piala Coronation
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin (dua dari kiri) bersama skipper pasukan YANMAR Racing, Datuk Peter Gilmour (dua dari kanan) ketika menyertai pertandingan Piala Pertabalan di Pulau Duyong, Kuala Terengganu, semalam. Piala Pertabalan ini menjadi pembuka tirai kepada Piala Monsun yang bermula hari ini sehingga Ahad.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menjuarai Kejohanan Kapal Layar Piala Coronation yang diadakan di Pulau Duyong di sini, semalam sempena penganjuran Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun 2010.
Pasukan dikemudi oleh baginda yang dianggotai juara Piala Monsun 2005, Datuk Peter Gilmour mengalahkan tujuh pasukan lain setelah berjaya mengumpul tujuh mata dalam tiga pusingan kejohanan berkenaan.
Turut bertanding dalam kejohanan pembuka tirai Piala Monsun itu ialah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Pasukan dikemudi Ahmad yang turut dianggotai peserta Piala Monsun, Torvar Mirsky pula memenangi tempat ketiga dengan 10 mata, manakala pasukan diketuai Ahmad Shabery berada ditempat keenam dengan 18 mata.
Juara Piala Coronation ditentukan berdasarkan pengumpulan markah paling sedikit antara lapan pasukan yang bertanding dalam kejohanan itu.
Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata, kementerian tersebut bercadang mengekalkan penganjuran Piala Monsun di Terengganu selepas kontrak penganjurannya tamat pada 2012.
Katanya, kementerian kini mengkaji laporan penilaian Piala Monsun yang setakat ini dikenal pasti sebagai penganjuran, pendedahan dan pulangan pelaburan terbaik.
Beliau berkata, kementerian akan membuat penilaian dan kemudian akan membentangkan kepada Kabinet nanti.
''Setakat ini, kementerian berpuas hati dengan pencapaian dan pendedahan yang dibawa oleh Piala Monsun, selain kerjasama dan sokongan penuh yang diberikan oleh pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri dalam penganjuran kejohanan ini.
''Piala Monsun juga telah menerima anugerah sebagai Pengurusan Terbaik 2009 daripada badan pelayaran antarabangsa, World Match Racing Tour (WMRT). Jika kemudahan yang terdapat di Pulau Duyong ini tidak digunakan ia merupakan satu kerugian," ujarnya.
Beliau memberitahu, pihaknya ada menerima beberapa cadangan untuk diadakan dilokasi lain termasuk Putrajaya dan Langkawi dengan mengambil kira dari sudut bagi menarik lebih banyak tarikan pengunjung.
Ahmad pula berkata, kerajaan negeri akan memberikan sokongan dan kerjasama dalam memastikan Piala Monsun terus diadakan di Terengganu.
Piala Monsun Buka Tirai Dengan Pesta
Datuk Peter Gilmour (dua dari kanan) melepaskan peserta perlumbaan pertandingan kereta kawalan jauh sempena Piala Monsun, di Kuala Terengganu, semalam.
Gelanggang Piala Monsun, Ri-Yaz Heritage Marina Resort dan Spa kini sibuk dengan pelbagai aktiviti ketika persiapan saat terakhir dilakukan untuk menerima ribuan pengunjung yang dijangkakan sepanjang minggu ini di Kuala Terengganu.
Beberapa skipper juga sudah turun ke air, memanfaatkan kesempatan untuk mendapatkan sesi latihan tambahan menjelang acara sebenar.
Antaranya, Peter Gilmour (AUS) YANMAR Racing - juara dunia empat kali dan Adam Minoprio (NZL) ETNZ/BlackMatch Racing. Pelayar New Zealand itu adalah juara bertahan dan antara lima skipper WMRT yang tidak bertanding di Piala Sunseeker di Perth, Australia Barat.
“Tiupan angin di Perth begitu berbeza dengan apa yang kami alami di sini, jadi ia bukan persiapan terbaik bagi acara ini,” jelasnya.
“Kami begitu mengenali gelanggang ini - ia adalah kali kelima kami di sini dan setiap kali kami memperbaiki keputusan kami, berada di tempat kedua dua tahun lalu dan menjuarainya tahun lalu.
“Untuk mengekalkan kejohanan Dunia, kami perlu memenangi acara ini, dengan Mathieu tidak berada dalam kelompok tiga teratas - kami rasa begitu yakin.”
Mathieu Richard (PER) French Match Racing Team antara skipper yang membuat persiapan minit terakhir di atas air semalam - dia menggunakan Piala Sunseeker di Perth, Australia untuk mempersiapkan diri bagi Piala Monsun. Sungguh pun pasukan Perancis itu merekodkan keputusan mengecewakan di Perth, tewas 2-3 kepada Phil Robertson (NZL) WAKA Racing dalam suku akhir, jurulatih Richard, Benjamin Bonnaud, berkata pasukannya sudah memenuhi objektifnya.

MKN Lancar Portal Maklumat Banjir
Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu akan melancarkan portal banjir mulai hari ini bagi membolehkan orang ramai memantau perkembangan banjir jika ia melanda.
Setiausahanya, Mohd. Tarmizi Dan berkata, melayari www.etindakan.terengganu.gov.my, orang ramai bakal mendapatkan maklumat terkini yang sentiasa dikemas kini.
Katanya, maklumat itu termasuk kawasan yang ditenggelami, laluan yang ditutup, paras sungai serta lokasi pusat pemindahan sementara serta bantuan yang disalurkan.
Menurutnya, ia akan turut menyajikan maklumat tanda-tanda awal bencana banjir akan berlaku bagi membolehkan orang ramai bersedia termasuk mengatur perjalanan atau urusan harian mereka.
Ketika dihubungi Utusan Malaysia, Mohd. Tarmizi memberitahu, portal itu membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat terkini di 198 kawasan berisiko yang dikenalpasti oleh Jabatan Pengairan dan Saliran.
"Maklumat tentang paras air juga disiarkan secara langsung di portal ini melalui sensor elektronik yang diletakkan di lokasi strategik di sepanjang sungai.
"Melalui cara ini, orang ramai tidak lagi tertanya-tanya dan bimbang kerana sukar mendapatkan maklumat,'' katanya.
Portal itu juga katanya, akan membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat yang tepat dan perkembangan terbaru pada bila-bila masa sahaja.
Jelasnya, portal berkenaan pastinya akan memudahkan orang ramai mencari maklumat lengkap untuk persediaan kemungkinan menghadapi banjir besar fenomena La Nina itu.

600 Premis Dibangun Tanpa Lesen
Orang ramai menyemak permohonan pelan dan lesen bangunan pada Program Pemutihan Bangunan Bersama MBKT di Kuala Terengganu, kelmarin.
Hampir 600 premis perniagaan dan kediaman di dua laluan utama dari pinggir pusat bandar raya ini menuju ke Padang Midin dan Manir dibangunkan tanpa kelulusan dan lesen.
Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Zakaria Abdullah berkata, selain menjejaskan perancangan pembangunan, MBKT juga kehilangan punca hasil RM500,000 setahun.
Sehubungan itu, katanya, MBKT mengadakan Program Pemutihan Bangunan Bersama MBKT bagi menjelaskan kepada pemilik bangunan yang dikenal pasti supaya mematuhi prosedur, peraturan dan syarat yang ditetapkan.
Program secara berperingkat diadakan mulai hari ini melalui pertemuan dengan 50 pemilik bangunan di Gong Pauh dekat sini hari ini.
''Ia bertujuan menyelesaikan isu-isu berhubung dengan kelulusan mendirikan bangunan dan pelesenan dengan memberi bantuan khidmat nasihat serta teknikal," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada majlis itu.
Sehingga kini, katanya, terdapat 597 bangunan didirikan secara haram di Persimpangan Tok Ku ke Padang Midin dan dari persimpangan Tok Ku ke Jambatan Manir.
Katanya, mengikut bancian MBKT, sebanyak 249 daripada 597 premis didirikan pada tanah sendiri.
''Sementara 326 lagi termasuk di atas tanah kerajaan dan 22 premis didirikan sepenuhnya di atas tanah kerajaan tanpa kebenaran," katanya.
Kedua-dua kawasan itu terlibat dengan proses pengambilan balik tanah bagi pembesaran jalan beberapa tahun lalu dan banyak premis mula dibangun di pinggirnya.
Zakaria berkata, separuh pemilik bangunan di sekitar jalan itu tidak mempunyai lesen yang ditetapkan berdasarkan rekod pelesenan MBKT.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan mereka agar memutihkan status premis masing-masing.
"Namun, kerajaan negeri sentiasa mencari jalan untuk membantu sekiranya mereka ada inisiatif termasuk dengan mengeluar permit sementara dalam tempoh lima tahun dan boleh diperbaharui sekiranya mematuhi syarat yang ditetapkan.
"Sebelum mendapatkan lesen, pemilik perlu mendapatkan kelulusan bangunan di mana syarat utamanya adalah menyediakan pelan lokasi dan geran," katanya.
Pemilik bangunan juga nasihatkan agar melantik perunding untuk membuat pelan bangunan dan mendapatkan kelulusan semua agensi teknikal sebelum diserahkan kepada MBKT.
Katanya, tindakan penguatkuasaan akan diambil sekiranya mereka enggan mengemukakan permohonan selewat-lewatnya Februari 2011.

2 Modenas Kriss, RM65,5000 Jadi Rebutan
Kaunter pendaftaran pertandingan memancing pantai sempena Monsoon Cup 2010 di Persisiran Pantai Pulau Warisan, Kuala Terengganu akan dibuka mulai 3 Disember (Jumaat) jam 2.30 petang.
Kaunter di khemah urus setia di pulau itu dibuka selepas solat Jumaat sehingga waktu pertandingan iaitu Sabtu jam 8 pagi. Pengurus Projek Khas Berita Harian, Mizal Hasbullah berkata, kaunter pendaftaran yang dibuka selama sehari semalam itu akan dikendalikan petugas Team Joran.
“Kita meminta pemancing yang mahu mengambil bahagian ini mendaftar diri lebih awal sesudah solat Jumaat bagi mengelakkan kesesakan jika mendaftar pada saat akhir.
“Pemancing perlu membawa borang rasmi penyertaan yang dikeluarkan Berita Harian dan Harian Metro bersama yuran RM80 seperti tertera dalam iklan pertandingan setiap Sabtu,” katanya.
Borang rasmi penyertaan untuk akhbar Berita Harian dikeluarkan pada 18, 21, 25 dan 30 November serta 2 dan 4 Disember manakala Harian Metro 26, 28 dan 31 November serta 1,3 dan 4 Disember depan.
Mizal menambah, untuk melancarkan pertandingan memancing yang pernah mendapat penyertaan hampir 2,000 peserta pada 2007, pemancing dinasihatkan mematuhi peraturan yang ditetapkan penganjur.
“Peserta yang masih keliru dengan syarat pertandingan boleh merujuk terus kepada penganjur atau petugas yang akan ditempatkan di setiap pos berdekatan lokasi pertandingan,” katanya.
Pada hari pendaftaran, sebanyak 2,000 helai kemeja-T ekslusif berlengan panjang empena Monsoon Cup akan diberi kepada peserta terawal mendaftar. Selain itu, penganjur turut menyediakan dua motosikal Modenas Kriss sebagai hadiah pemenang cabutan bertuah yang akan diumumkan pada majlis penutup.
Pertandingan memancing itu dijadual berlangsung 4 Disember (Sabtu) dengan menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM65,500 kepada pemenang dengan juara membawa pulang wang tunai RM30,000, kedua RM15,000; ketiga RM10,000.
Pertanyaan lanjut hubungi Unit Joran: 03- 22822323 sambungan 4240/4241 atau hubungi Pejabat Berita Harian Terengganu: 09- 62263366 atau Umbai: 013-3310166.

GP Joran 2010: 2 pemenang bawa pulang PERODUA Alza
Mior Kamarul dan Aminar Rashid bersama dua pemenang GP Joran 2010 di Balai Berita, semalam. Juara kategori laut, pantai raih habuan lumayan GP Joran 2010 di Kuala Dungun
Dua kenderaan pelbagai guna (MPV) PERODUA Alza akhirnya dibawa pulang ke rumah pemiliknya yang menjuarai Pertandingan Memancing Grand Slam GP Joran 2010 di Kuala Dungun, Terengganu pada 9 dan 10 Oktober lalu.
Kereta bernilai RM70,000 itu diserahkan kepada Halim Mustapha, Juara Grand Slam Kategori Laut dan Wan Mohd Arif Wan Ahmad, Juara Grand Slam Kategori Pantai di Balai Berita di Kuala Lumpur, semalam.
Hadiah berkenaan disampaikan oleh Pengarah Urusan Perodua, Aminar Rashid Salleh sambil disaksikan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Mior Kamarul Shahid.
Turut hadir Pengarang Eksekutif Rencana Berita Harian, Zainor Said dan Pengurus Kanan Jabatan Promosi dan Periklanan Perodua, Sulasi Mahadi.
Halim yang ditemui berkata, beliau merasakan dirinya cukup bertuah pada tahun ini kerana memperoleh hadiah yang tidak disangkakan sepanjang pembabitannya dalam aktiviti memancing.
“MPV Alza ini adalah rezeki untuk keluarga besar saya dan ia juga akan digunakan sebagai kenderaan rasmi untuk memancing.
“Terima kasih kepada keluarga yang memberi sokongan sepanjang pembabitan dalam aktiviti memancing yang sebelum ini tidak menjanjikan habuan banyak.
“Bagaimanapun hari ini, keadaan berbeza kerana kami dihadiahkan kereta baru,” katanya.
Juruteknik PETRONAS dari Kerteh itu berkata, beliau berterima kasih kepada Unit Joran kerana tidak pernah jemu menganjurkan pertandingan memancing seperti ini sejak 14 lalu di seluruh negara.
“Saya menjadikan acara memancing anjuran Unit Joran sebagai acara tahunan sejak 12 tahun lalu dan apa yang saya peroleh hari ini (semalam) adalah penat lelah selama ini,” katanya.
Sementara itu, Wan Mohd Arif dari Kuantan, Pahang yang ditemui berkata, hadiah MPV PERODUA Alza ini adalah bukti kesungguhan beliau berkecimpung dalam hobi memancing yang sudah sebati dalam hidupnya.
Pengusaha peralatan memancing itu berkata, hadiah MPV ini membuktikan kepada kawan bahawa aktiviti memancing dapat menjana keuntungan pada masa depan.

Polis Tahan Tiga Lelaki Termasuk Dua Pelajar IPTS Disyaki Terbabit Kes Samun
Polis menahan tiga lelaki termasuk dua pelajar institusi pengajian tinggi swasta yang dipercayai terlibat dalam kes samun di sebuah kedai serbaneka T'Shoppe di Geliga, di Jalan Kuantan-Kemaman, pagi semalam.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, kejadian samun itu berlaku pada kira-kira pukul 6 pagi dan suspek yang berumur antara 20 dan 39 tahun itu ditangkap dalam beberapa serbuan di sekitar daerah ini beberapa jam kemudian.
Beliau berkata, ekoran penahanan itu polis berjaya menemui semula wang yang disamun, selain merampas beberapa senjata termasuk sepucuk pistol buatan sendiri serta butir peluru senapang patah.
"Ini merupakan antara kejayaan terbaik dan terpantas polis Terengganu," katanya kepada dalam persidangan media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Terengganu di Kuala Terengganu, semalam.
Dalam kejadian pagi semalam, dua lelaki bersenjatakan pisau dan masing-masing memakai topi keledar serta topeng muka, melarikan dua peti yang mengandungi wang tunai RM2,500 dengan sebuah kereta Perodua Myvi.
Mohd Shukri berkata, bertindak terhadap maklumat yang diberikan oleh seorang pekerja mengenai nombor pendaftaran kereta Perodua MyVi yang digunakan, polis berjaya menahan seorang daripada suspek di sebuah rumah di Taman Perwaja, Cukai pada pukul 8.30 pagi.
Beliau berkata polis kemudian menyerbu ke rumah seorang lagi suspek di Taman Perwaja, Chukai dan berjaya menahannya ketika sedang bersembunyi di atas siling rumah.
Susulan penangkapan itu polis menahan seorang lagi lelaki berusia 39 tahun kira-kira pukul 2 petang semalam yang disyaki terlibat dalam membekal pistol kepada dua suspek itu.
Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan bagi rompakan berkumpul dan rompakan dengan bersenjata atau menyebabkan kematian atau cedera parah, di samping Seskyen 8 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat)1971 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.

Tuesday, November 30, 2010
PAS Perlu ‘Simple’ Majoriti tawan Terengganu?
Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata PAS Terengganu hanya memerlukan ‘simple’ majoriti 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk kembali memerintah negeri ini dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, akan datang.
Katanya, secara mudah PAS Terengganu hanya memerlukan ‘simple’ majoriti 17 kerusi Dun bagi mencapai cita-cita tersebut.
Menurutnya, dengan 17 kerusi Dun PAS Terengganu sudah boleh kembali memerintah negeri dan Dun Kemasik antara sasaran parti.
“Secara mudahnya, ‘simple’ majoriti kita hendak 17 kerusi Dewan Undangan Negeri dan sudah boleh memerintah negeri Terengganu.
“Dun Kemasik ini, duduk di kalangan orang yang boleh eksas dengan internet, golongan intelektual dan berpendidikan.
“Kita di Dun Kemasik juga ada cukup kekuatan jentera pilihan raya parti yang perlu disusun dengan strategi, Insya’Allah,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili PAS Terengganu pada Majlis Pelancaran Gerak Kerja Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, Peringkat Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Kemasik di Pasti Al-Abrar, Kampung Gelogor, Kertih, Kemaman 24 November lalu.
Katanya, PAS perlu meraih undi di kalangan pengundi atas pagar, pengundi muda serta pengundi yang protes terhadap Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Malah, menurutnya jika PAS berjaya mendapat tiga peratus undi dari kalangan pengundi yang pernah mengundi Barisan Nasional sudah dikira boleh menang.
“Kita dalam PAS ada tanggungjawab politik untuk menang pilihan raya. Kita mahu mengembalikan syariat Allah SWT.
“Jika tiga peratus sahaja pengundi Umno-BN datang kepada PAS, kita sudah boleh menang di Terengganu ini,” tegasnya.
Menurutnya, menjadi kewajipan PAS Terengganu menebus semula kekalahan parti sejak tahun 2004 untuk kembali memerintah negeri.
Pelancaran gerak kerja tersebut dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dihadapan lebih 300 ahli parti dari 10 Unit Peti Undi (UPU) di Dun Kemasik.
Hadir sama pada majlis tersebut Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali, Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu, Ustaz Arifin Deraman, Yang Dipertua PAS Kemaman, Ismail Harun dan Pengarah MTD Kemasik, Ustaz Alias Abdul Hamid.

Penjual Kitab Bebas Pertuduhan Bunuh Warga Emas
Seorang penjual kitab sambilan semalam dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan membunuh seorang warga emas setelah didapati berada dalam keadaan kurang siuman ketika melakukan perbuatan itu pada pertengahan tahun lepas.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Rahim Uda membuat keputusan itu selepas berpendapat pembelaan berjaya membuktikan bahawa Zulkifli Mamat, 43, dari Gong Limau, Kemaman di Kuala Terengganu, kurang siuman semasa membunuh Muda Mat, 79.
Dalam penghakimannya, Abdul Rahim berkata mahkamah mendapati Zulkifli bersalah di atas pertuduhan membunuh, namun keadaan mentalnya ketika itu tidak berupaya menilai bahawa perbuatan yang dilakukannya itu salah di sisi undang-undang.
Bagaimanapun, beliau memerintah tertuduh ditempatkan di Penjara Marang sementara menunggu arahan daripada Hospital Permai dan akan dibebaskan setelah mendapat perkenan Sultan Terengganu.
Zulkifli dituduh membunuh Muda di depan sebuah rumah separuh siap di tepi jalan Kampung Darat Penunjuk, Kijal Kemaman pada 6 petang, 12 Mei tahun lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.
Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Abdullah Mohamad memilih untuk berdiam diri ketika diperintah membela diri hari ini, sebelum memanggil Pakar Perunding Psikiatri Hospital Permai Johor Bharu Bari'ah Yahya memberi keterangan.
Bariah berkata mengikut rekod perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah dan Hospital Kemaman serta temuramah dengan keluarga tertuduh, beliau mendapati Zulkifli menghidap epilepsi atau sawan sejak kecil.
"Ekoran penyakit itu, tertuduh mengalami perubahan personaliti dan mudah marah serta bertindak agresif, walaupun hanya dengan provokasi kecil, tanpa dapat memikirkan apa yang dilakukan itu menyalahi undang-undang," katanya.
Beliau berkata Zulkifli juga dilaporkan pernah beberapa kali bertindak agresif terhadap anggota keluarganya serta pernah mengamuk di hospital hanya kerana lambat menunggu giliran.
Keadaan bertambah buruk sejak 10 tahun kebelakangan ini apabila tertuduh tidak lagi tinggal bersama keluarga, sebaliknya menumpang di surau dan menyebabkan pengambilan ubatnya tidak mengikut aturan.
Bariah berkata pembunuhan itu berlaku kerana Zulkifli tidak menerima rawatan sepatutnya dan dia perlu mendapatkan rawatan berterusan bagi mengelakkan kejadian itu daripada berulang.

25 kes dera budak di Terengganu
Mengejutkan. Bagaikan tidak percaya.
Kes ini perlu diberikan perhatian segera walaupun ia menurun. Ini kerana sejumlah 25 kes penderaan kanak-kanak pelbagai peringkat usia dilaporkan berlaku di Terengganu dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini.
Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Zakaria Abu Bakar memberitahu, ia mencatatkan penurunan berbanding 38 kes tahun lalu.
Menurut beliau, ia membabitkan lima kes penderaan fizikal, 18 kes seksual, satu kes emosi dan satu lagi kes pembuangan bayi.
Beliau berkata, penurunan kes memperlihatkan perkembangan memberangsangkan yang mungkin mempunyai kaitan dengan tahap kesedaran meluas masyarakat.
”Melalui pelbagai program yang dijalankan termasuk oleh JKM di seluruh negeri ini, masyarakat disedarkan bahawa perbuatan itu suatu jenayah dan mereka yang bersalah akan dihukum.
”Kita berharap trend penurunan ini akan berterusan agar ia tidak menjadi gejala dalam masyarakat, apatah lagi mangsa dianiaya oleh keluarga sendiri atau mereka yang mempunyai hubungan,” katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita di Program Kami Prihatin di Dewan Sivik Kampung Chalok Kedai dekat sini baru-baru ini.
Program berkenaan anjuran JKM Daerah Setiu itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Asha’ari Idris.
Beliau berharap kerjasama daripada orang ramai agar dapat melaporkan kepada JKM dan polis sekiranya terdapat kes penderaan kanak-kanak yang diketahui berlaku di kawasan mereka.
”Ia tidak boleh didiamkan. Tindakan mereka berbuat demikian supaya kejadian yang tidak diingini itu akan dapat diatasi,” katanya.
Zakaria berkata, program seumpama itu yang dianjurkan oleh JKM bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya fungsi, peranan serta tanggungjawab mereka.
”Tanpa kerjasama mereka, gejala ini mungkin menular dalam senyap dan ramai lagi kanak-kanak akan teraniaya,” katanya.

Zairo Berpindah ke Pasukan T' Team
Skuad Terengganu yang sedang membuat persiapan untuk menghadapi Liga Malaysia musim depan dikejutkan apabila pemain tengahnya Zairo Anuar Zalani dikatakan akan berhijrah ke pasukan T' Team.
Yang Dipertua Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh berkata Zairo telah meminta agar beliau dilepaskan walaupun kontraknya masih berbaki setahun lagi bersama Terengganu.
"Kita difahamkan beliau (Zairo) mendapat tawaran gaji yang lebih baik daripada pasukan T'Team," katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu, Che Mat berkata Terengganu akan diperkuatkan oleh beberapa pemain berpengalaman dan juga bekas pemain kebangsaan tahun depan.
Antara pemain yang akan memperkuatkan pasukan Terengganu termasuk bekas pemain KL Plus yang berasal dari Sarawak, Reeshafiq Alwi.
Beliau berkata selain itu, bekas pemain Terengganu yang sebelum ini berhijrah ke pasukan T'Team pada tahun lepas, Ismail Faruqi akan kembali bersama Terengganu musim depan.
Katanya barisan pemain Terengganu tahun depan telah dikenal pasti dan senarainya akan diumumkan selepas kontrak pemain-pemain itu tamat.
Che Mat berkata Terengganu mengambil pemain baru yang berkebolehan untuk mengisi semua posisi daripada pasukan Perlis, Kuala Lumpur Plus, Sarawak, Pahang dan Kelantan.
"Prestasi pasukan Terengganu tahun depan dijangka lebih baik dan mampu mencabar pasukan-pasukan lain berbanding sebelum ini," katanya.

Piala Monsun - Adam Mahu Ulangi Kejayaan Tahun Lalu
Juara Piala Monsun dan World Match Racing Tour (WMRT), musim lalu, pasukan Black Match Racing dari New Zealand berazam mengekalkan kejuaraan mereka sekali lagi pada tahun ini.
Jurumudinya, Adam Minoprioyang yang membuat penampilan lima tahun berturut-turut di Piala Monsun sejak 2006 adalah muka yang tidak asing lagi dengan gelanggang pertandingan di Pulau Duyong, Kuala Terengganu dan yakin dapat memastikan gelaran terus kekal menjadi miliknya.
“Sebab itu saya bersama krew datang ke bandar Kuala Terengganu lebih awal untuk mencari ketenangan supaya matlamat memburu kejuaraan bagi kali kedua mencapai matlamatnya,” katanya ketika ditemui di Kuala Terengganu, petang semalam.
Malah, latihan memanas badan di Kejohanan Kapal Layar Piala Sultan Selangor dan beberapa pertandingan lain termasuk di negaranya sendiri menjadi bekalan memastikannya tidak gentar memburu gelaran dua edisi berturut-turut.
Pada masa sama, Adam mengakui tidak memandang rendah cabaran Datuk Peter Gilmour dari pasukan Yanmar Racing yang merekodkan dua kali kemenangan Piala Monsun dan empat kali Piala Dunia.

Wanita Rentung Kereta Dirempuh
Orang ramai melihat kenderan yang rentung akibat dirempuh di Kilometer 35 Jalan Kuantan-Kemaman, Kuantan, semalam.
Mangsa, Senik Osman, 69, manakala suaminya Abdul Ghani Ahmad, 72 berasal dari Felda Bukit Kuin di Kuantan.
Pemandu Toyota Vios, Patrick Chai Yew Fai, 22, dari Lorong Kubang Buaya, turut parah. Difahamkan, pasangan suami isteri terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengedarkan kad perkahwinan anak perempuan mereka di rumah kenalan dan saudara di Kemaman.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifli Taha, berkata siasatan mendapati kereta Toyota Vios yang dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kemaman memasuki laluan bertentangan kerana cuba memotong kenderaan di hadapannya dan bertembung dengan kereta dipandu Abdul Ghani.
“Abdul Ghani sempat keluar dari kenderaan tetapi isterinya, Senik yang duduk di tempat penumpang depan dipercayai tersepit gagal berbuat demikian sebelum kenderaan itu terbakar.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini, semalam.
Zulkifli berkata, sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Gebeng tiba ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran sebelum mayat mangsa dikeluarkan dan dihantar ke bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan.
Seorang warga tua rentung manakala suaminya parah selepas kereta Proton Iswara yang dinaiki terbakar dirempuh sebuah Toyota Vios dalam kejadian jam 1.45 petang di Kilometer 35 Jalan Kuantan-Kemaman, dekat Kuantan, semalam.
Mangsa, Senik Osman, 69, manakala suaminya Abdul Ghani Ahmad, 72 berasal dari Felda Bukit Kuin di Kuantan.
Pemandu Toyota Vios, Patrick Chai Yew Fai, 22, dari Lorong Kubang Buaya, turut parah. Difahamkan, pasangan suami isteri terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengedarkan kad perkahwinan anak perempuan mereka di rumah kenalan dan saudara di Kemaman.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Zulkifli Taha, berkata siasatan mendapati kereta Toyota Vios yang dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Kemaman memasuki laluan bertentangan kerana cuba memotong kenderaan di hadapannya dan bertembung dengan kereta dipandu Abdul Ghani.
“Abdul Ghani sempat keluar dari kenderaan tetapi isterinya, Senik yang duduk di tempat penumpang depan dipercayai tersepit gagal berbuat demikian sebelum kenderaan itu terbakar.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini, semalam.
Zulkifli berkata, sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Gebeng tiba ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran sebelum mayat mangsa dikeluarkan dan dihantar ke bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan.
Monday, November 29, 2010
Ahmad Said Letak Jawatan MB Terengganu Hari Ini?
Daripada http://hambali1.blogspot.com/
Persoalannya bagaimana jika suatu hari Ahli Parlimen UMNO/BN yang mengambil contoh apa yang dilakukan oleh ADUN UMNO/BN Terengganu melakukan sabotaj atau cara serupa terhadap Perdana Menteri atau Timbalannya? Saya tidak mampu meramal dan memberikan jawapan sama ada ia akan berlaku atau sebaliknya tetapi yang jelas precendent sudah ada.
“SalamYB. Maaf mengganggu. Sy dapat info bhw esk ptg ada perjumpaan MB dgn semua ADUN. Ada maklumat diterima bhw terdpt rombakan BPUNT dan kemungkinan juga MB akan meletak jwtn. Cuma nak confirmation dd YB.”
Ini adalah SMS yang diforwardkan oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu pukul 21:46 (09:46) malam semalam kepada saya.
Apa yang terkandung dalam SMS ini amat jelas bahawa subjek pentingnya ialah:
1. Ada perjumpaan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dengan semua ADUN;
2. Rombakan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BPUNT) dan;
3. Kemungkinan Menteri Besar akan letak jawatan.
Saya berminat untuk mulakan perbincangan dengan perkara ketiga iaitu kemungkinan Menteri Besar akan meletakkan jawatan.
Tetapi sebelum itu, ingin diberitahu di sini bahawa yang SMS ini asalnya dihantar oleh ‘pegawai penyiasat’ yang jelas beliau sendiri tidak pasti dan mahukan pengesahan daripada YB tersebut.
Oleh kerana YB berkenaan juga tidak tahu ‘hujang pangkal’ mengenai perkara ini, beliau pula meminta penjelasan atau maklumat daripada saya.
Berbalik kepada perkara letak jawatan ini, saya rasa SMS seperti ini sudah lebih sepuluh kali dihantar oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengganggu pentadbiran Ahmad Said.
Malah, beberapa kali Ahmad Said sudah menjawab isu ini dengan mengatakan beliau menunaikan amanah parti dan istana. Selagi tidak diarahkan sama ada oleh Sultan Terengganu atau parti yang mendapat perkenan istana beliau tidak akan melakukannya.
Ini jelas kerana Ahmad Said dilantik menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh bukan kerana beliau melobi atau mencalonkan diri sendiri seperti sesetengah ADUN Terengganu lakukan sebelum ini, sebaliknya kerana ditakdir beliau dipilih daripada ADUN-ADUN yang menang pilihan raya umum lalu.
Ahmad Said ketika pentadbiran Idris atau ketika berlakunya krisis tidak bertindak seperti sesetengah ADUN di Terengganu yang menyatakan ‘mereka adalah layak’, ‘wajar dilantik’ atau ‘mampu menggantikan Ahmad Said’ menjadi Menteri Besar.
Berita angin yang ditiupkan kononnya Ahmad Said bakal diganti bermula selepas pilihan raya kecil Kuala Terengganu apabila BN kecundang dan ramai yang meletakkan kesalahan di bahu Ahmad Said. Jika kita ingat kembali, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Mohd Najib Razak ditugaskan menjamin BN menang di Kuala Terengganu dengan kerjasama UMNO dan BN Negeri.
Kebetulan ketika itu Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri adalah Ahmad Said, maka beliau mahu dijadikan kambing hitam.
Sedangkan banyak faktor menyumbang kepada kekalahan berkenaan yang kebanyakannya tidak ada kena mengena dengan Ahmad Said mahupun Najib.
Juga pada pilihan raya itu tiada pengarah khusus ditugaskan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun).
Selepas peristiwa berkenaan, SMS mengatakan Ahmad Said akan ditukarkan hampir berlegar setiap dua atau tiga bulan sekali. Secara khusus antara peristiwa besar yang dikaitkan dengan pengunduran, perletakan jawatan atau Ahmad Said ditukar selain selepas pilihan raya kecil Kuala Terengganu ialah:
1. Peristiwa penghantaran SMS Ugut Bunuh terhadap tiga ADUN pada April 2009;
2. Pemulauan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh ADUN BN selepas tersebarnya SMS berkenaan;
3. Selepas Ahmad Said ‘diturunkan pangkat’ oleh Presiden UMNO apabila Datuk Seri Hishamuddin Hussein dilantik sebagai Pengerusi BPUNT;
4. Sinar Harian pada 28 Februari 2010 melalui satu analisis mengatakan Ahmad Said diminta lepaskan jawatan pertengahan Mac. Akhirnya pada 13 Mac 2010, Hishammuddin meminta pihak media tidak diperalatkan untuk menimbulkan persengketaan;
5. Pertengahan tahun ini kononnya Ahmad Said gagal menghadap Yang DiPertuan Agong di Jerman;
6. Terbaru sebelum SMS semalam ialah kononnya Tuanku Mizan Zainal Abidin murka dengan Ahmad Said di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada majlis keberangkatan pulang Yang DiPertuan Agong selepas mengambil bahagian dalam pertandingan kuda lasak Piala Sultan awal bulan ini.
Bagi Ahmad Said, beliau sudah lali dengan SMS sebegini dan yang mampu dilakukan ialah mendamba diri kepada Allah yang menentukan nasibnya. Bagi MB Terengganu ini beliau berpegang kepada ketentuan Allah dan jika ditakdirkan hari ini atau esok beliau terus menjadi Menteri Besar itu adalah amanah dan jika sebaliknya beliau menerima dengan tangan terbuka dan penuh redha.
Mengenai ada perjumpaan beliau dengan semua ADUN Barisan Nasional hari ini, ia tidak benar sama sekali kerana pengesahan daripada Setiausaha Sulit Kanannya, Encik Azman Ghani dan Setiausaha Politiknya, Wan Ahmad Nizam Ab Hamid, Ahmad Said akan mempunyai dua mesyuarat penting hari ini iaitu Mesyuarat Jemaah Lembaga KETENGAH dan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Tasik kenyir kali ke 3.
Pada sebelah malamnya Menteri Besar akan menghadiri Majlis Makan Malam Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT).
Dan esok (30 November 2010) Menteri Besar akan ke Acara Pelayaran Coronation Cup (Piala Pertabalan). Laporan media sebelum ini menyebut Tuanku Mizan akan menyertai acara ini.
Perkara yang juga menarik dalam SMS semalam ialah rombakan PBUNT. Sungguh pelik bagaimana mereka yang menghantar SMS itu boleh mengaitkan perkara ini.
Perlantikan dan pertukaran Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri hanya boleh dilakukan oleh Presiden UMNO.
Walaupun disebut akan berlaku pengumuman pertukaran yang akan dibuat oleh Najib pada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO (MT UMNO) malam esok (30 November) tetapi hanya Najib sahaja yang tahu.
Persoalannya siapakah Ahmad Said untuk memanggil ADUN UMNO untuk mengadakan mesyuarat. Untuk apa?
Apakah kerana kecewa kerana sesuatu sebab umpamanya sekiranya tidak dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu Ahmad Said terlalu kecewa?
Ahmad Said bukan jenis orang politik macam itu. Ahmad Said tidak mengkhianati ketua dan perjuangan. Ketika Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad diserang, Ahmad Said adalah orang di barisan hadapan mempertahankan Menteri Besar Terengganu itu ketika itu.
Dan jika pun tidak memegang jawatan UMNO Negeri, Ahmad Said yang menjadi Ketua UMNO Bahagian Kemaman tetap boleh memberikan sumbangan.
Lagipun jawatan Menteri Besar bukan boleh ditukar-tukar begitu sahaja.
Ahmad Said memegang amanah dan tidak boleh melepaskan amanah hanya kerana beliau digugurkan daripada PBUNT.
Kepercayaan istana dan sokongan rakyat yang semakin kuat terhadap gaya pemerintahannya yang berslogankan MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN perlu dipertahankan.
Dan kalaupun berpuluh lagi datang SMS mengatakan beliau akan meletakkan jawatan, Ahmad Said tidak hairan.
Yang pasti ia bukan datang daripada pembangkang tetapi mungkin daripada kalangan orang UMNO sendiri.
Lagipun, SMS sebegini tidaklah sehebat SMS Ugut Bunuh. SMS ini yang sedang dalam proses perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu lebih serius.
Bukan sekadar ia SMS yang cuba mencemarkan nama bekas Setiausaha Sulit Kanannya yang tempiasnya kelak akan dirasai oleh Ahmad Said.
Tetapi SMS itu menyebabkan berlakunya sabotaj bersejarah dan terulung dalam konteks UMNO dan Barisan Nasional apabila ADUN memulaukan sidang DUN Terengganu. Apakah cara ini akan menjadi ikutan di negeri lain jika wakil rakyat BN tidak bersetuju dengan Menteri Besarnya?
Mungkin kerana tidak ada hukuman atau tindakan terhadap kumpulan ADUN BN yang melakukan perbuatan sabotaj itu, SMS mengatakan Ahmad Said akan meletak jawatan terus berlaku.
Mungkin ada pihak dalam UMNO atau Putrajaya seronok melihat apa yang berlaku di Terengganu.
Persoalannya bagaimana jika suatu hari Ahli Parlimen UMNO/BN yang mengambil contoh apa yang dilakukan oleh ADUN UMNO/BN Terengganu melakukan sabotaj atau cara serupa terhadap Perdana Menteri atau Timbalannya?
Saya tidak mampu meramal dan memberikan jawapan sama ada ia akan berlaku atau sebaliknya tetapi yang jelas precendent sudah ada.
UMNO Pusat serta Putrajaya dudah ‘menghalalkannya’ kerana mereka yang mensabotaj sidang DUN itu 'bebas' daripada sebarang hukuman.

Ambil Iktibar Kekalahan PAS Di Terengganu - Kit Siang
Kerajaan pakatan pembangkang di Selangor menghadapi risiko hilang sokongan rakyat pada pilihan raya umum akan datang sekiranya ia tidak bersatu, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.
Di samping menggesa pakatan itu mengambil iktibar daripada kegagalan PAS menawan semula Terengganu pada pilihan raya umum 2004, beliau juga menyeru mereka memulihkan perpaduan serta bekerjasama sebagai satu pasukan dalam menangani masalah dan cabaran di Selangor.
"Pada pilihan raya 1999, PAS tidak pernah menduga akan berkuasa di Terengganu, tapi ia mencapai kemenangan besar 28-4 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri.
"Pada pilihan raya umum 2004, PAS tidak menyangka akan hilang kuasa di Terengganu, tapi ia kalah 4-28 kerusi kepada Umno dan Barisan Nasional.
"Oleh itu, Pakatan Rakyat perlu belajar daripada sejarah," katanya ketika merasmikan Konvensyen Ke-16 DAP Selangor di Petaling Jaya, semalam.
Beliau berkata konvensyen itu penting kerana ia membantu menentukan sama ada pakatan pembangkang di Selangor mampu mengulangi atau mengelak kejadian yang pernah berlaku di Terengganu itu pada pilihan raya umum akan datang.
Lim juga menyeru anggota perwakilan ke konvensyen itu memberi sokongan kepada wakil DAP dalam Kerajaan Selangor sebagai tanda perpaduan.
Pakatan pembangkang adalah sebuah pakatan longgar antara DAP, Parti Keadilan Rakyat dan PAS.

Binaan Semula Bumbung Stadium Tidak Boleh Tergesa-Gesa
Pembinaan semula bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Kuala Terengganu yang runtuh pada Jun tahun lalu perlu mengikut proses ditetapkan dan tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Terengganu, Datuk Za'abar Mohd Adib berkata kerajaan negeri tidak akan berkompromi dalam aspek keselamatan walaupun sesetengah pihak mendesak mahu pembaikan stadium itu disegerakan.
Beliau berkata keputusan sama ada struktur bumbung dibina baru atau sebaliknya akan diputuskan enam perunding yang akan dilantik sebaik sahaja kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan selesai.
"Paling penting ialah keyakinan orang ramai untuk terus menggunakan stadium tersebut bila ia siap nanti," katanya pada majlis Berkhatan Beramai-ramai Daerah Dungun, kelmarin.
Hampir 1,000 kanak-kanak lelaki berumur 10 hingga 12 tahun dari empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Dungun iaitu Sura, Rantau Abang, Paka dan Bukit Besi menyertai program itu.
Kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan bumbung stadium, yang dilakukan syarikat Azimat Berkat Sdn Bhd dari Setiu sejak penghujung Julai lalu kini di peringkat akhir dan dijangka siap tidak lama lagi.
Runtuhan, yang berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi, 2 Jun tahun lalu melibatkan bumbung di bahagian timur stadium bernilai RM292 juta itu, menempatkan pintu masuk utama, pintu A, B dan B1 ke tempat duduk awam serta bumbung tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan.

Program Penempatan Pekerjaan Tawar 2,300 Jawatan Kosong Di Kuala Terengganu
Sebanyak 2,300 jawatan dalam pelbagai sektor ditawarkan kepada pencari kerja di bawah Program Penempatan Pekerjaan di bandar raya Kuala Terengganu yang melibatkan kira-kira 50 majikan.
Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Datuk Sheikh Yahya Sheikh Mohamed berkata 35 peratus daripada jawatan itu adalah di peringkat pengurusan, 35 peratus jawatan pertengahan seperti kerani dan juruteknik manakala selebihnya jawatan kategori rendah seperti operator pengeluaran dan pekerja am.
Fokus utama program adalah kepada golongan miskin tegar di seluruh negara, katanya kepada pemberita pada Program Penempatan Pekerjaan (3P) -- Azam Kerja peringkat negeri Terengganu kelmarin.
"Di Terengganu saja ada seramai 42 orang miskin tegar di bawah program berkenaan yang akan ditawarkan pekerjaan. Mereka ini berpendapatan di bawah RM440 sebulan yang perlu diberi pekerjaan untuk menambah pendapatan mereka," katanya.
Sheikh Yahya berkata terdapat 44,643 orang miskin tegar di seluruh negara, dengan 893 daripadanya termasuk di bawah Azam Kerja. Seramai 354 telah mendapat kerja manakala 539 lagi perlu dibantu untuk mendapatkan kerja.
"Di Terengganu seramai 42 orang miskin tegar di bawah Azam Kerja itu, kita pergi ke rumah mereka dan bawa mereka ke sini untuk beri peluang mendapatkan kerja," katanya.
Beliau menasihatkan pencari kerja supaya tidak memilih kerja yang setaraf dengan kelulusan mereka, kerana yang penting adalah mendapatkan pengalaman bagi mendapatkan pekerjaan lebih baik pada masa depan.
Menyentuh isu lain, Sheikh Yahya menyarankan syarikat terlibat mengkaji semula kadar gaji yang ditawarkan.
Ini kerana ada syarikat yang menawarkan gaji agak rendah dengan gaji pokok dalam lingkungan RM430 sebulan, walaupun ada elaun dan kerja lebih masa yang boleh mencapai sehingga RM700 sebulan.
"Kita menekankan kepada syarikat-syarikat berkenaan supaya daripada segi gaji pokok supaya kaji semula untuk dinaikkan kepada yang lebih munasabah. Nampaknya majikan boleh terima syor kita dan sedia untuk mengkajinya," katanya.
Sheikh Yahya berkata garis kemiskinan tegar adalah pendapatan kurang daripada RM440, dan sekiranya majikan menawarkan gaji RM430, ini bermakna jumlah miskin tegar akan bertambah.

Peserta Piala Monsun Mula Tiba Semalam
Adam Minoprio (kanan) bersama rakan sepasukannya dari pasukan Black Match Racing tiba di Hotel Felda Residence Kuala Terengganu, semalam sebagai persediaan untuk menyertai Piala Monsun, esok.
Peserta Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun mula tiba di Kuala Terengganu untuk menyertai kejohanan tersebut yang bermula di Pulau Duyong, hari ini.
Antara peserta berkenaan adalah juara bertahan, Adam Minoprio bersama anggota pasukannya, Black Match Racing, yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini kira-kira pukul 4.30 petang semalam.
Beliau kemudian bersama rakannya ke tempat penginapan mereka di Felda Residence Kuala Terengganu, di Kuala Terengganu.
Adam ketika ditemui berkata, beliau yakin dapat mempertahankan kejuaraannya, selain muncul juara Jelajah World Match Racing (WMRT) ISAF, yang kini didahului oleh pelayar Perancis, Mathieu Richard.
Beliau berkata, dia memiliki kelebihan di Pulau Duyong kerana mempunyai pengalaman belayar di kawasan perairan di sini sejak muncul juara Kejohanan Match Racing Asia (AMRC) pada 2006.
''Walaupun Mathieu mendahului dalam kedudukan WMRT ISAF, dia tidak pernah muncul sebagai juara Piala Monsun. Ini memberi kelebihan kepada kami berdasarkan pengalaman.
''Namun, saya tidak memandang rendah keupayaan para peserta lain kerana setiap peserta mempunyai kelebihan masing-masing," katanya yang mempunyai kumpulan 90 mata.
Adam berkata, beliau tidak mempunyai sebarang strategi khas untuk mempertahankan kejuaraannya, namun akan menggunakan segala kemahiran yang ada.
''Kita tidak dapat menduga apa yang akan berlaku ketika perlumbaan, namun kemahiran dan pengalaman akan membantu kami nanti," ujarnya.
Piala Monsun merupakan destinasi kesembilan dan terakhir bagi sirkit WMRT ISAF.
Sebanyak 12 peserta termasuk seorang pelayar Malaysia, Jeremy Koo akan berentap merebut kejuaraan tersebut.