Friday, June 3, 2011
SPRM Hubungi Pengurusan T-Team Musim Lalu
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu, Yusoff Mohd Zin, berkata pihaknya belum menerima laporan berhubung kegiatan mengatur perlawanan membabitkan pasukan T-Team dan skuad Piala Presiden.
"Bagaimanapun, kita harap kerjasama daripada orang ramai untuk membuat laporan jika ada maklumat mengenai kegiatan mengatur perlawanan membabitkan mana-mana pasukan," katanya.
Ketua Jurulatih semasa T-Team, Yunus Alif, pula menjelaskan pihaknya tidak mengesan mana-mana pemain yang terbabit rasuah dan mengatur perlawanan walaupun prestasi mereka tahun ini tidak konsisten.
“Prestasi tidak menentu pasukan disebabkan keletihan kerana jadual perlawanan agak ketat dan tidak dapat menurunkan kesebelasan utama kerana kecederaan. Kita sentiasa memantau dan setakat ini tiada tanda mereka terbabit rasuah," katanya ketika diminta mengulas prestasi pasukan T-Team.
Beberapa akhbar hari ini mendedahkan pengakuan seorang bekas pemain pasukan bawah 21 tahun Piala Presiden T-Team, Terengganu yang mengambil rasuah daripada bookie dalam kejohanan tahun lalu yang jumlahnya lebih enam kali ganda daripada pendapatannya yang tidak sampai RM1,000 sebulan.
“Saya manusia biasa yang punya keinginan untuk memakai pakaian berjenama, menjamah makanan di restoran mewah dan bergaya seperti anak muda lain. Kini saya sedar semua itu tidak memberikan kepuasan sebenar jika menggunakan wang haram dan lebih rela hidup sederhana dengan punca pendapatan halal.”
Duit yang saya terima...daripada orang yang saya kenali dalam pasukan. Saya tidak tahu...berapa jumlah diberikan bookie”.
Demikian pengakuan pemain berkenaan seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.
Laporan Berita Harian menyebut, anak kelahiran Kuala Terengganu yang kini bermain untuk pasukan negeri lain, mengakui dia hanya beberapa kali menerima wang sogokan, tetapi tidak pernah bersemuka dengan bookie yang bertindak sebagai pengatur perlawanan.
“Nipisnya iman saya ketika itu dan menyesal kerana termakan hasutan kawan yang menyebabkan saya sanggup menerima suapan wang untuk memastikan pasukan tewas di tangan lawan. Gelap mata saya seketika apabila disogokkan wang lebih enam kali ganda pendapatan bulanan saya.
“Saya sememangnya takut dengan rasuah bola sepak dan enggan terbabit, namun apakan daya, saya terlalu lemah untuk menolak hasutan syaitan dan akhirnya sanggup menggadai maruah demi wang.
"Duit yang saya terima beberapa kali itu datangnya daripada orang yang saya kenali dalam pasukan. Saya tidak tahu dan tidak mahu tahu berapa jumlah sebenar yang diberikan bookie," katanya sambil mengakui jiwanya tidak tenang selepas terbabit rasuah walaupun mengaku puas seketika kerana dapat berbelanja seperti orang berada.
Namun, dia kini saya sedar semua itu tidak memberikan kepuasan sebenar dan kini lebih rela hidup sederhana dengan sumber pendapatan yang halal.
Rakannya dalam skuad musim lalu tetapi kini mewakili pasukan di selatan tanah air pula berkata ramai pemain terjebak dalam rasuah mengatur keputusan perlawanan akibat pujuk rayu rakan sepasukan yang mewakili bookie.
"Tanpa individu itu, saya percaya kami tidak mungkin dapat dipengaruhi oleh bookie dan kemungkinan besar kebanyakan kami masih boleh mewakili pasukan negeri kelahiran. Saya harap pemain baru tidak mengikut jejak kami walaupun ganjaran bookie melimpah ruah jumlahnya," katanya.
Seorang lagi pemain berkata dia bersyukur kerana masih berpeluang mencari rezeki dengan bermain bola sepak walaupun bukan dengan pasukan T-Team atau Terengganu.
"Sebagai anak jati negeri ini, memang saya lebih suka tinggal di sini, namun atas kesilapan sendiri yang gagal mengawal nafsu dan termakan hasutan bookie, saya terpaksa merantau mencari rezeki,” katanya yang yakin dia dan rakan lain akan berfikir banyak kali jika gaji yang dibayar oleh pasukan itu tahun lalu lebih tinggi.
Ini kerana pendapatannya sebagai pemain kini lebih RM2,500, sedangkan gaji ketika bersama T-Team tidak sampai RM1,000.
"Setakat yang saya tahu, tahun ini pun tidak ada pemain Piala Presiden T-Team menerima pendapatan melebihi RM1,000. Pengurusan perlu memikirkan semula ganjaran kepada pemain kerana mereka tidak mempunyai pendapatan lain sedangkan terpaksa berlatih pagi dan petang," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, pengurusan T-Team musim lalu, memaklumkan mereka sudah dihubungi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRRM) dan akan memberi keterangan dalam masa terdekat berhubung pendedahan rasuah membabitkan bekas pemain pasukan itu.
Terengganu Perlu Menang Isnin Untuk Suntik Semangat ke Stadium Nasional Bukit
Terengganu perlu menang Isnin ini untuk membuka laluan mudah baginya memenangi Piala Liga Super, sekali gus membawa keyakinan dan semangat untuk memang Piala FA pada Sabtu, 11 Jun ini.
Terengganu tidak boleh memberikan ruang kepada Kelantan untuk menang kerana ia akan menjadi pencetus semangat kemenangan kepada Kelantan yang sama-sama akan bertandan ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk bertemu Terengganu.
Malah Terengganu tidak perlu gusar kerana T-Team melakukannya dua kli iaitu di Kuala Terengganu dan Kota Bharu.
Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh berkata
kelmarin, Terengganu yang akan berdepan Kelantan bagi perlawanan Liga Super Isnin ini jika menang dan menduduki tempat teratas liga, ia pasti menyuntik semangat buat pemain.
Ini kerana Kelantan yang berstatus sebagai pendahulu Liga Super tidak merasai sebarang tekanan kepada pemain Kelantan, malah ia memberi semangat luar biasa untuk meneruskan kecemerlangan termasuk menewaskan Terengganu di gelanggang lawan, Isnin ini.
Pemain tengah Kelantan, Danial Fadzley Abdullah, berkata pemain sedar hanya kemenangan ke atas Terengganu akan menjarakkan mata dan mencerahkan peluang Red Warriors merangkul kejuaraan Liga Super buat kali pertama tahun ini.
“Apapun, kami perlu fokus kepada persiapan,” katanya ketika ditemui, semalam.
Pemain 32 tahun kelahiran Pendang, Kedah itu turut melahirkan rasa puas dapat menyarung jersi Kelantan musim ini yang dianggap antara pasukan terkuat dan mampu menjulang kejuaraan Liga Super dan Piala FA.
Namun Danial yang pernah beraksi di pentas final Piala FA bersama Perlis pada 2003 dan Piala Malaysia dengan Kedah pada 2004, mengakui rasa gementar tetap wujud dalam dirinya setiap kali perlawanan.
Bapa kepada tiga anak itu berharap momentum cemerlang Kelantan kekal sekalipun kini berstatus pendahulu liga dan finalis Piala FA dan dia sendiri bertekad memberikan aksi terbaik andai diturunkan jurulatih Datuk M Karathu.
Kelantan sekadar seri 1-1 dengan Terengganu di Kota Bharu pada perlawanan pusingan pertama tetapi katanya, itu tidak boleh dijadikan ukuran menilai kekuatan kedua-dua pasukan.
“Bagi saya, Kelantan dan Terengganu seimbang kerana masing-masing berkongsi 47 mata walaupun hanya dibezakan jaringan. Jadi, kami perlu fokus untuk memastikan kemenangan,” katanya.
Kelab Penyokong Bola Sepak Negeri Terengganu (Peteh) pula menyerahkan sepenuhnya kepada pemain untuk mengambil peluang bagi merebut ganjaran terbaik yang ditawarkan Kerajaan Negeri itu.
Selaku kelab yang ditubuhkan untuk memberikan sokongan lepada pasukan bola sepak, Peteh meletakkan harapan tinggi untuk melihat Piala FA dan Liga Super menjadi milik Terengganu.
Menurut Setiausaha Kelab Peteh, Che Azmi Che Ngah, ganjaran yang ditawarkan juga dilihat berbaloi bagi menghargai pengorbanan dan kesungguhan pemain.
“Kita (Terengganu) berada dalam landasan tepat untuk merangkul kedua-dua piala tersebut (Piala FA dan Liga Super) namun segala-galanya terpulang kepada pemain.
Piala FA: 2,430 Anggota Polis Kawal Stadium Nasional
"Kita tidak mahu apa yang berlaku pada perlawanan lepas berulang semula. Pertambahan anggota secara langsung mempamerkan betapa kami serius dalam mengatasi isu keselamatan," katanya yang turut berharap penyokong kedua-dua pasukan mempamerkan disiplin tinggi dan tidak menimbulkan kekacauan.
Dilaporkan, seramai 2,430 anggota polis serta 400 anggota Rela akan bertugas pada perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun ini.
Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin pula berkata langkah itu bagi memastikan keselamatan di stadium berkenaan terkawal pada perlawanan akhir berkenaan.
"Kita mahu memastikan kawalan keselamatan berada di tahap maksimum. Seperti biasa, perlawanan akhir ini mempunyai emosi yang berbeza.
"Soal keselamatan ini kita tidak boleh leka. Dalam mesyuarat kita tadi, kita mahukan tahap keselamatan yang maksimum. Pertambahan jumlah anggota keselamatan itu adalah berdasarkan kepada kehendak semasa," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala FA dan melawat Stadium Nasional Rabu lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, Hamidin berkata seramai 85,000 penyokong dijangka menyaksikan perlawanan akhir tersebut di stadium berkenaan.
Beliau berkata tiket perlawanan akhir Piala FA yang berharga RM50, RM30 serta RM5 (untuk kanak-kanak berusia bawah 12 tahun) akan mula dijual Persatuan Bola Sepak Kelantan dan Terengganu pada 6 Jun ini.
Kelantan dan Terengganu masing-masing mendapat sejumlah 30,000 tiket manakala baki 25,000 lagi akan dijual di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Jun mulai 9 pagi.
Hamidin juga berkata semua tiket akan diperiksa dengan sinaran ultra violet bagi memastikan ketulenannya di semua pintu masuk stadium bagi mengelak penggunaan tiket palsu seperti tahun lepas.
Penerbangan Sulung KT-Bandung Bermula Semalam (2 Jun)
Syarikat yang mengendalikan penerbangan terus dari Kuala Terengganu ke Bandung, dengan rasminya memulakan perkhidmatan itu dengan kos sekitar RM1,688 bagi setiap penumpang.
Kos tersebut bukan saja meliputi tempat penginapan, tetapi setiap penumpang juga akan diberi baucer untuk membeli-belah di sebuah gedung perniagaan di Kota Bandung.
Penerbangan terus yang dikendalikan Syarikat Heritage Air akan dimulakan berlepas dari Lapangan Sultan Mahmud Kuala Terengganu, jam 10 pagi semalam menawarkan pakej empat hari tiga malam untuk pelancong dari Terengganu berada di Bandong.
Begitu juga mereka yang datang dari Bandong akan tinggal di Kuala Terengganu selama empat hari tiga malam.
Pada 9 Januari lalu Ahmad Said mengumumkan Kerajaan Terengganu akan mengadakan penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) ke Bandung, Indonesia dalam usaha menarik lebih ramai pelancong negara itu ke negeri ini.
Menteri Besar itu berkata berkata ia juga sebagai langkah untuk memaksimumkan kemudahan di LTSM yang bertaraf antarabangsa itu.
“LTSM mempunyai landasan ketiga terpanjang selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Subang, jadi tidak guna kita mempunyai kemudahan itu jika tidak digunakan sepenuhnya,” katanya.
“Dengan adanya penerbangan terus nanti, penduduk di pantai timur tidak lagi perlu ke Kuala Lumpur untuk ke Bandung, bagaimanapun jika jumlah penumpang tidak ramai dari sini, ia akan melalui Melaka terlebih dahulu,” katanya.
Mulanya penerbangan itu dijangka dapat diadakan akhir Mac atau awal April tetapi hanya menjadi kenyataan semalam.
Sementaran itu selepas melancarkan pejabat Terengganu Pro-Asia Cycling Team di Jalan Pejabat, awal Mei lalu, Menteri Besar berkata kerajaan negeri akan melantik agen bagi mengendalikan tempahan bagi mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan itu.
Beliau turut mengumumkan, tempahan untuk penerbangan pertama sudah penuh dan penumpang diberi diskaun di mana mereka hanya perlu membayar RM1,500 seorang.
Pada masa ini syarikat tersebut akan mengadakan perkhidmatan itu dua kali seminggu bagi membolehkan pelancong dari Bandong melawat Terengganu dan sebaliknya.
Bagaimanapun, katanya, perkhidmatan itu boleh ditambah jika ia mendapat sambutan menggalakkan di masa depan.
Menurut laporan Unit Komunikasi Negeri, penerbangan terus dari Kuala Terengganu ke Bandung selepas ini ialah RM1,688 bagi setiap penumpang.
Kos itu sangat berbaloi kerana ia turut merangkumi penyediaan tempat penginapan, malah setiap penumpang juga akan diberi baucar untuk membeli-belah di salah sebuah gedung pernigaan di sana,
T-Team Tidak Atur Perlawanan Musim Ini - Rozi
“Saya bukan pengurus pasukan tahun lalu dan tidak dapat memberi komen mengenai kejadian itu namun saya yakin ia sudah pun ditangani dengan sebaik mungkin.
“Jika tidak ada laporan dibuat kepada pihak polis, ia mungkin kerana pengurusan tidak mempunyai cukup bukti untuk membabitkan pemain terbabit,” tegasnya.
Beliau mengulas laporan ada seorang pemain memiliki RM27,000 di dalam akaunnya. Laporan menyebut selepas didesak, dia mengaku itu imbuhan hasil mengatur perlawanan.
Seorang jurulatih pasukan T-Team mendedahkan, berlaku amalan rasuah dan mengatur perlawanan oleh pemain pasukan itu tahun lalu.
Menurut Rozi, arahan pemantauan sudah dikeluarkan ke atas semua pemain agar pasukan bebas daripada jenayah berkenaan.
“Sekiranya ada bukti pemain mengatur perlawanan, kami tidak akan teragak-agak untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa,” katanya.
Pada masa sama, menurut sumber dalaman pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, belum ada laporan mengenai rasuah bola sepak dibuat setakat ini.
Bagaimanapun, katanya, siasatan membabitkan pemain bola sepak di Terengganu akan dimulakan secepat mungkin.
Laporan akhbar menyebut, jurulatih yang enggan namanya disiarkan itu berkata, dia mendapat maklumat mengenai kegiatan itu selepas didedahkan sendiri ahli sindiket perjudian bola sepak atau bookie yang cuba menjahanamkan kerjaya pemain terbabit yang sudah tidak mahu lagi menerima rasuah.
Menurutnya, beberapa pemain di bawah jagaannya cuba kembali ke pangkal jalan, namun tindakan mereka menimbulkan kemarahan bookie yang kemudian bertindak mendedahkan nama dan bukti kegiatan pemain mengatur perlawanan kepada pegawai pasukan.
“Seorang wakil bookie menghubungi saya sendiri untuk memberi nama pemain yang menerima wang rasuah dan saya juga diberitahu mengenai masa, tempat dan jumlah wang yang diberikan.
“Pertemuan saya dengan wakil bookie menunjukkan mereka enggan melepaskan pemain dan mahu membinasakan karier mereka.
“Saya mulanya sangsi dengan maklumat bookie itu, namun selepas membuat siasatan sendiri, jelas pemain itu mengatur perlawanan,” katanya.
Jurulatih itu berkata, dia terpanggil membuat pendedahan selepas bekas pengurus pasukan Piala Presiden T-Team, Mohd Sabri Abas, mendakwa pihak pengurusan tertinggi persatuan bola sepak tidak tegas menangani isu rasuah bola sepak.
Menurutnya, bookie bagaikan manusia bertopengkan syaitan kerana mereka cuma mementingkan diri tanpa mempedulikan nasib atau masa depan pemain yang menjadi ‘hamba’ mereka.
“Jangan bermain api kelak nanti membakar diri, jangan sesekali mendekati bookie, nanti menyesal diri. Saya tidak mahu pemain gelap mata dengan suapan ribuan ringgit.
“Sekali mereka terjebak, tidak ada lagi jalan keluar kerana mereka berada di dalam genggaman bookie sehinggalah kegiatan jahat mereka dihidu pihak berkuasa,” katanya.
Kata jurulatih itu lagi, ramai pemain yang terjebak dalam perangkap bookie sebenarnya masih bermain dengan pasukan lain dalam Liga Malaysia sekarang, cuma beliau tidak tahu sama ada mereka masih menjalankan kegiatan haram itu apapun sudah insaf.
Harian Metro
Nelayan Laut Dalam Tidak Lagi Dibekalkan Minyak Pada Harga Subsidi RM1.25
Beliau berkata sehubungan itu, pengusaha bot nelayan laut dalam kategori Zon C2 perlu membeli minyak mengikut harga di stesen minyak iaitu RM1.80 seliter.
"Bukan sahaja nelayan Zon C2 yang kena beli minyak dengan harga RM1.80, lori, trak dan kontena yang berbentuk industri kena beli pada harga berkenaan," katanya selepas menyampaikan elaun sara hidup nelayan di Kuala Terengganu Selatan semalam.
Noh berkata langkah itu diambil bot nelayan Zon C2 dikategorikan sebagai pengangkutan berbentuk industri kerana mempunyai ramai pekerja.
Bagaimanapun, beliau berkata kadar RM1.80 masih merupakan harga subsidi kerana jika mengikut harga industri, minyak dijual RM2.50 seliter.
"Kita sudah bagi kemudahan ini, dan ini adalah adil kerana mereka syarikat, (ada) pekerja yang ramai berbanding nelayan pantai yang hanya bersampan dengan tangkapan antara 10 kilogram dan 20 kilogram.
"Bagi nelayan laut dalam, dia boleh tangkap sehingga beribu kilogram," katanya.
Noh berkata nelayan laut dalam juga diberi insentif tambahan iaitu 10 sen hingga 20 sen bagi setiap kilogram tangkapan ikan yang didaratkan.
"Ini bermakna kalau mereka boleh tangkap ikan sehingga 40,000 tan metrik, mereka sudah boleh menampung pembelian minyak tadi.
"Kalau mereka nak dapat insentif lebih daripada kerajaan, mereka kena tangkap ikan yang banyak dan dapat insentif yang lebih. Kita buat ini bagi menggalakkan mereka mendaratkan ikan di negara kita sendiri," katanya.
Singapura Pasaran Pelancongan Terbesar Malaysia
Menyatakan demikian, Pemangku Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Azizan Noordin berkata ia menjana hasil pelancongan RM28.4 bilion untuk Malaysia.
"Ini telah membantu kami untuk mencapai jumlah kedatangan pelancong 24.6 juta dengan pendapatan hasil RM56.5 bilion," katanya pada sidang akhbar bersempena Festival Fesyen Islam dan majlis jamuan "Terima Kasih" di Singapura, semalam.
Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Singapura Datuk Hussin Md Nayan dan Pengarah Pelancongan Malaysia bagi Singapura Zalizam Zakaria.
Azizan berkata, di antara produk pelancongan Malaysia, program homestay paling popular di kalangan rakyat Singapura, yang mewakili hampir separuh daripada pelancongan homestay.
Beliau berkata Malaysia mempunyai 140 kampung yang menawarkan program homestay, dengan 3009 rumah menawarkan penginapan seumpama itu mengandungi sekitar 4023 bilik.
Demonstrasi Sahaja Tidak Mampu Bawa PAS ke Putrajaya
Seorang perwakilan dari Jerai, Kedah, Muhamad Ismail, berkata sikap sebegitu tidak akan membolehkan parti itu menawan Putrajaya malah hal berkenaan ditegurnya pada setiap muktamar tahunan.
"Kalau macam ni bagaimana nak tawan Putrajaya. Peruntukan RM3,000 sahaja untuk program," katanya semasa membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Dewan Pemuda PAS Pusat berakhir Disember 2010, semalam.
Perwakilan dari Jerantut Pahang, Abdul Rahman Abdul Malik, berkata terdapat ketua pemuda negeri yang hanya menghadiri mesyuarat ketua-ketua pemuda negeri sekali sepanjang tahun dan ini memberi kesan kepada tanggungjawab ketua pemuda berkenaan.
"Mula-mula tidak hadir bersebab dan berterusan kepada tanpa hadir tanpa sebab," katanya membahaskan perkara yang sama.
Wakil Perlis Mior Hassan Sazali Mior Hajar berkata Pemuda PAS perlu memberi tumpuan kepada golongan berusia antara 35 dan 45 tahun yang mana mereka ini dilihat lebih terpengaruh dengan fahaman ketuanan Melayu-Islam.
"Mereka ini mengambil sikap `play-safe' kerana keadaan ekonomi mereka yang stabil. PAS dilihat terkebelakang berbanding UMNO dalam isu Melayu-Islam ini," katanya.
Wakil Kedah, Ahmad Izzat Shauki, berkata walaupun pilihan raya umum ke-13 semakin hampir sehingga kini belum ada penumpuan khusus yang dimaklumkan kepada pemuda.
"Ini perlu diberi penekanan di saat undi Melayu-Islam semakin berkurangan (kepada PAS). Letakkan (sasarkan) negeri mana kita nak perintah dan di negeri sudah di bawah kita, apa kerja yang perlu dilakukan," katanya.
Wakil Terengganu, Mohd Faizul Abbas berkata beliau hairan dengan tindakan segelintir pemimpin yang menghubungi secara terus kepada perwakilan meminta mengundi mereka pada pemilihan kali ini.
Katanya dalam parti yang berlandaskan Islam dan sebagai satu badan dakwah perkara ini seharusnya tidak berlaku dan sesiapa yang bertanding perlu ikhlas.
100,000 Saksikan Perlawanan Akhir Piala FA di Stadium Nasional?
Sebanyak 85,000 tiket akan dijual bermula 6 Jun di Kelantan dan Terengganu, dengan setiap negeri diperuntukkan 30,000 tiket, manakala baki 25,000 dijual di Stadium Nasional pada 10 Jun, bermula jam 9 pagi.
Akibat pertembungan dua gergasi Pantai Timur pada final Piala FA itu menuntut pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pengurusan Stadium Nasional Bukit Jalil dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan aspek keselamatan.
FAM juga akan memastikan tiada penonton masuk menggunakan tiket palsu dengan pemantauan ketat diadakan di setiap pintu masuk. Tiket dijual pada harga RM50, RM30 dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) sudah memaklumkan kepada peminatnya bahawa ia hanya diperuntukkan 30,000 tiket perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukti Jalil, itu.
Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh berkata, tiket bagi tempat biasa berharga RM30 manakala tempat duduk berbumbung berharga RM50.
Katanya, sebanyak 10,000 keping tiket sudah ditempah persatuan bola sepak daerah negeri itu dan baki 20,000 akan dijual kepada orang ramai.
Jumlah tiket yang sama diperuntukkan kepada Kelantan manakala 25,000 keping lagi akan dijual di Bukit Jalil bagi membolehkan peminat kedua-dua pasukan di Lembah Klang tidak ketinggalan menyaksikan perlawanan akhir itu.
“Saya mengharapkan rakyat Terengganu yang berada di Selangor dan Kuala Lumpur serta tempat lain datang beramai-ramai untuk memberi sokongan moral kepada skuad negeri ini untuk menghadapi Kelantan,” katanya.
Che Mat berkata, Terengganu yang menjulang Piala FA pada 2000 dan mara ke perlawanan akhir 2004 tetapi tewas kepada Perak, berazam untuk membawa pulang piala berprestij itu ke Kuala Terengganu musim ini dan yakin skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim mampu mempamer persembahan mantap pada aksi kemuncak itu.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan FAM, Datuk Salleh Mohd Rashid, berkata kelmarin, pihaknya faham emosi penyokong kedua-dua pasukan cukup tinggi menjelang final kali ini, tetapi jangan sampai insiden tidak diingini berulang.
“Pihak stadium, FAM dan Polis akan meningkatkan kawalan keselamatan di dalam dan luar stadium sepanjang hari pertandingan. Kami juga menambah anggota bertugas kepada 2,430 orang sambil dibantu 400 anggota RELA.
“Kami berharap budaya liar seperti membaling mercun dan sinar laser tidak berlaku pada perlawanan kali ini. Penyokong diminta mempamerkan semangat kesukanan dan disiplin tinggi demi nama baik bola sepak negara.”
Nelayan Pantai Diberi Lesen Sampan Secara Automatik
Beliau berkata lesen akan dikeluarkan kepada pemilik sampan dan kad nelayan kerana kerajaan berhasrat menolong awak-awak yang ingin menjadi nelayan.
"Mereka (nelayan) ini dah ada sampan, ada kad nelayan dan menerima elaun sara hidup RM200 sebulan, maka kalau mereka datang, kita bagilah lesen," katanya selepas menyampaikan elaun sara hidup kepada nelayan Kuala Terengganu selatan hari semalam.
Ketika ini, seramai 15,900 nelayan pantai di seluruh negara memiliki lesen berkenaan.
Sementara itu, Noh berkata kementerian sedang merangka skim insurans bagi membantu nelayan mendapat faedah ketika mereka ditimpa kesusahan.
Beliau berkata skim itu sudah dipersetujui Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan akan dibawa ke kabinet bagi mendapat kelulusan sebelum ia dilaksanakan Ogos ini membabitkan kira-kira 70,000 nelayan yang menerima elaun sara hidup.
"Perkara ini boleh dilaksanakan kerana kita potong hanya RM10 melalui elaun bulanan yang nelayan perolehi RM200 setiap bulan.
"Antara faedahnya ialah khairat kematian, bencana alam, kemalangan, lumpuh atau kecacatan kekal," katanya sambil menambah nelayan yang ditemuinya rata-rata bersetuju skim itu dilaksanakan.
Noh berkata LKIM kini meneliti beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan insurans termasuk AgroBank.
"Kita akan memilih syarikat yang memberi tawaran yang terbaik bagi skim insuran untuk nelayan ini," katanya.
79 Pati Ditahan Dalam Operasi 14 Jam Di Besut
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan Terengganu Bakri Sulaiman berkata kebanyakan Pati ditahan kerana tinggal melebihi tempoh dibenarkan, manakala yang lain tidak memiliki dokumen pekerjaan.
Dalam operasi itu, seramai 78 Pati Indonesia berusia lingkungan 19 dan 40 tahun ditahan di kawasan projek pembinaan sekitar Hulu Besut, Setiu, Kuala Besut dan Jerteh.
"Seorang Pati, yang turut ditahan, berasal dari Filipina, berumur 34 tahun pula didapati mempunyai kad pengenalan palsu," katanya sambil menambah seramai 24 anggota dan pegawai Imigresen serta dua pegawai JPN terlibat dalam operasi itu.
Mereka kemudian dihantar ke Pusat Penempatan Pati di Ajil.
Bakri berkata operasi akan diteruskan bagi memastikan semua Pati yang bekerja di tapak pembinaan di seluruh negeri itu mematuhi syarat serta tidak melanggar undang-undang.
Wanita Maut Selepas Van Rempuh Pokok
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Rohaizat Ani, berkata Reskah Baru, 55, dari Kampung Pondok Lalang, Batu Rakit, Kuala Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian pada kira-kira jam 5.45 pagi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Beliau berkata, ketika kejadian rombongan keluarga itu dikatakan sedang dalam perjalanan pulang dari Pokok Sena, Kedah selepas menghadiri majlis pertunangan anak saudara Reskah, Selasa lalu, dan van itu dipercayai dipandu oleh anak saudara Reskah yang baru bertunang itu.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kenderaan yang dinaiki tujuh beranak itu terbabas ke bahu jalan sebelah kiri sebelum merempuh pokok mengakibatkan Reskah Baru dan seorang adiknya tersepit.
Rohaizat berkata, bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Terengganu mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk bedah siasat.
Peteh Buka Kios Untuk Jual Aksesori Piala FA
Setiausaha kelab tersebut, Wan Mohd Azmi Wan Ngah berkata selain itu daftar ahli, kios itu juga menjual pelbagai aksesori Kelab Peteh di kios itu yang dibuka dari pukul 10 pagi.
Beliau berkata peminat bola sepak Terengganu boleh membuat pendaftaran ahli baru Kelab Peteh di kios tersebut dengan bayaran RM50, dan menurutnya kelab itu menyediakan sebanyak 10,000 helai jersi yang telah ditempah daripada Thailand untuk dijual kepada penyokong dan peminat Terengganu.
Dalam pada itu beliau berkata Kelab Peteh juga akan menyediakan sekurang-kurangnya 10 buah bas rombongan untuk ahli kelab dan penyokong Terengganu ke pertandingan akhir Piala FA nanti.
Beliau berkata mereka yang berminat untuk menyertai rombongan itu dikenakan bayaran RM100 seorang bagi ahli Kelab Peteh iaitu termasuk harga tiket dan tambang bas, manakala bukan ahli pula dikenakan bayaran RM120 seorang.
Perlawanan akhir Piala FA antara Terengganu dan Kelantan akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jan ini.
Wan Mohd Azmi berkata bas-bas akan bertolak dari hadapan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 10 Jun pukul 9 malam dan sebarang keterangan lanjut dan pertanyaan, boleh menghubungi talian nombor 013-997 1900
Sukan Malaysia - 10 Emas Jadi Rebutan
Biarpun sudah memulakan kempennya semalam, namun kehangatan sebenar Sukan Malaysia XIV hanya mula dirasai hari ini apabila sebanyak 10 pingat emas ditawarkan daripada sukan kanu (6), lawan pedang (2) dan judo (2).
Kanu menawarkan pingat emas terbesar dengan enam acara akhir berlangsung iaitu K1 1,000 meter lelaki dan wanita, K2 1,000m lelaki dan wanita serta K4 1,000m lelaki dan wanita di Kompleks Sukan Air Presint 6, Putrajaya.
Penyandang juara keseluruhan Sukan Malaysia 2010, Terengganu mensasarkan 10 daripada 18 emas yang ditawarkan daripada acara itu dengan diperkuatkan kehadiran pendayung kebangsaan seperti Khairul Anuar Mohamad, Mohd. Hakimi Abdullah, Mohd. Azlan Ibrahim, Mohd. Afandi Mohd. Azhar, Ahmad Nasir Mohamad, Norain Abdul Wahab, Siti Rajiah Ali, Habidah Nor Azahar, Norishah Yahya serta Norizlina Tajuddin.
Bagaimanapun, Perlis, Sarawak, Melaka serta Wilayah Persekutuan antara yang mampu menjadi halangan terbesar Terengganu untuk mendominasi saingan di Putrajaya. Ini adalah kali ketujuh kanu dipertandingkan pada Sukan Malaysia sejak pertama kali diadakan di Johor pada 1992.
"Saya percaya untuk Sukan Malaysia kali ini, terdapat lima pasukan yang mampu memberi persaingan sengit dalam divisyen lelaki, namun Terengganu sudah tentu pilihan utama. Dalam saingan wanita, Pahang turut memberi cabaran hebat.
"Pada saya, sukar untuk bercakap siapa yang akan mendominasi saingan keseluruhan kerana kebanyakan negeri mempunyai peluang seimbang dan kekuatan dalam acara masing-masing,'' kata Presiden Persatuan Kanu Malaysia, Zulkafli Abas.
Sementara itu tumpuan judo hari ini adalah kepada dua acara akhir kata berpasangan lelaki dan wanita di Arena Sukan Majlis Olimpik Malaysia. Johor dan Pulau Pinang merupakan pilihan utama untuk mendominasi saingan selepas masing-masing merangkul empat emas di Temasya Melaka, tahun lalu.
"Saya percaya, Johor dan Pulau Pinang akan menguasai judo dari hari pertama lagi. Kedua-dua negeri ini mempunyai kemudahan latihan yang lebih bagus berbanding pasukan lain, sebab itu mereka sangat kuat,'' kata Setiausaha Persekutuan Judo Malaysia, Chuah Ghee Huat.
Judo menampilkan 108 atlet - 59 lelaki dan 49 wanita dari 12 pasukan. Keseluruhannya 14 emas dipertandingkan.
Dari Arena Sukan MOM, tumpuan kemudian beralih ke Gimnasium 3 Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, di mana acara lawan pedang menawarkan dua emas dalam epee lelaki individu dan foil wanita individu.
Selangor muncul juara lawan pedang keseluruhan tahun lalu dengan merangkul lima pingat emas, justeru mereka sekali lagi menjadi tumpuan utama untuk mendominasi saingan tahun ini. Begitupun, Sabah dan Johor masing-masing dengan tiga emas di Temasya 2010, mampu menjadi pencabar utama.
Edisi ke-14 Sukan Malaysia hanya akan dibuka secara rasmi menerusi upacara pembukaan yang bakal disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Ahad ini.
Utusan Malaysia
Perangkap Harimau Dipasang di Dua Lokasi - Perhilitan
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, tindakan segera itu bagi menghilangkan keresahan penduduk yang turut bimbangkan keselamatan mereka.
“Haiwan ini mungkin secara kebetulan keluar dari kawasan hutan berdekatan untuk mencari makanan namun ia juga boleh mengundang bahaya terutamanya kepada pekebun yang keluar pada awal pagi.
“Kita bimbang haiwan ini akan menakutkan penduduk untuk keluar rumah,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Terengganu, di Kuala Terengganu, kelmarin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kejadian harimau ‘mengamuk’ di kampung Jambu Bongkok, Dungun yang dipercayai telah membaham dua ekor lembu milik penduduk.
Penduduk Kampung Jambu Bongkok yang gempar dan bimbang Rabu lalu dengan penemuan seekor harimau bersama anaknya di belakang sebuah klinik desa di situ semalam, memohon pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.
Efendi Husin, 39, yang terserempak harimau betina itu pada 6 petang ketika mencari daun kayu untuk kambingnya, berkata beliau tidak berani lagi untuk ke situ.
Seorang lagi penduduk, Jusoh Awang, 45, berkata sejak penemuan itu, penduduk kampung sudah tidak berani menggunakan jalan di situ.
“Ini kerana sudah lebih 15 ekor lembu mati dibaham harimau. Saya berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan segera,” katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Perhilitan negeri, Yusoff Shariff ketika dihubungi memberitahu, pihaknya telah memasang dua perangkap di dua lokasi yang dikenal pasti laluan harimau terbabit.
Katanya, siasatan awal mendapati dua ekor harimau daripada spesies harimau belang dikesan berada di kawasan itu.
“Kita percaya harimau terbabit mengalami kecederaan kerana tabiat asalnya hanya memakan babi hutan. Mungkin kecederaan menyebabkan ia menyerang ternakan yang lebih mudah ditangkap,” ujarnya.
Utusan Malaysia
Rampai Budaya Sempena Cuti Sekolah di Muzium Terengganu
Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT) merangka beberapa program untuk menarik minat orang ramai mengunjungi muzium itu pada musim cuti sekolah, antara 29 Mei dan 9 Jun ini.
Penolong Kurator-Perhubungan dan Pemasaran LMNT Mohd Saberi Muda berkata salah satu daripada program itu ialah rampai budaya iaitu satu aktiviti khusus untuk menghidupkan suasana di muzium itu.
Katanya rampai budaya merupakan satu rangkuman aktiviti demontrasi, permainan, kuiz, persembahan kebudayaan yang diadakan serentak bertempat di perkarangan muzium itu.
Beliau berkata aktiviti-aktiviti yang dijalankan bertujuan sebagai penyaluran maklumat dan pengetahuan berhubung dengan aspek sejarah dan budaya tempatan.
“Program ini bertujuan menjadikan muzium Terengganu satu destinasi ‘wajib dikunjungi’ pada musim cuti persekolahan,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Terengganu, kelmarin.
Mohd Saberi berkata antara aktiviti teras kepada rampai budaya ini adalah persembahan kebudayaan, demostrasi awetan manuskrip, awetan mamalia dan permainan tradisional.
Katanya program rampai budaya edisi kedua ini dijangka akan berjaya menarik lebih ramai pengunjung bebanding edisi pertama yang telah dijalankan pada cuti awal penggal pada Mac lalu.
Mohd Saberi berkata pada edisi pertama rampai budaya telah berjaya menarik hampir 4,000 pengunjung dan untuk program kali ini, pengunjung dijangka meningkat 100 peratus.
Beliau berharap kepada para ibu-bapa dan pelajar-pelajar sekolah tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan rampai budaya ini.
Thursday, June 2, 2011
JPJ Terengganu Lelong 37 Buah Kenderaan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri hari ini mengutip RM22,280 hasil lelongan 37 buah kenderaan yang tidak dituntut pemiliknya selepas terbabit dengan pelbagai kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pengarahnya, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, kutipan hasil lelongan pertama tahun ini, membabitkan 26 motosikal, 9 kereta dan 2 buah lori.
Menurutnya, daripada jumlah itu, 16 motosikal dan sebuah kereta masih boleh didaftarkan.
“Selebihnya pula tidak boleh didaftarkan kerana kesalahan pengubahsuaian nombor casis dan ia dikategorikan sebagai barangan lusuh tetapi sebahagian alat gantinya masih elok untuk digunakan.
“Lelongan awam dilakukan terhadap kenderaan yang tidak dituntut semula oleh pemilik walaupun pihak JPJ telah memaklumkan agar pemilik menuntut semula kenderaan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh kenderaan disita,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis lelongan awam kenderaan sita JPJ di Kuala Terengganu, semalam.
Abdul Rahman berkata, tujuan penyitaan adalah perlu untuk mengelakkan berlaku lagi kesalahan seperti lesen kenderaan motor (cukai jalan) tamat tempoh, tiada lesen memandu dan ubah suai kenderaan.
Katanya, seramai 39 orang pembida didapati telah layak untuk membeli kenderaan itu setelah tapisan dibuat melalui dokumen penjualan lelong yang dijual pada harga RM50 sejak sebulan lalu.
“Pembida yang berjaya dikehendaki membayar sepenuhnya secara tunai bagi kenderaan bernilai kurang RM1,000 pada hari ini juga.
“Sementara itu, kenderaan yang bernilai RM1,001 ke atas, pembida perlu membayar 25 peratus dari harga tawaran, manakala bakinya perlu dibayar dalam tempoh 14 hari,” katanya.
Tambah Abdul Rahman, pada tahun lepas, pihaknya berjaya melelong 20 kenderaan daripada pelbagai jenis dengan hasil kutipan RM19,450.
Pertandingan Pidato Bukan Melayu JPNT
Pengarah JPNT, Hajah Azizah Awang berkata pertandingan ini khusus untuk peserta bukan Melayu yang disertai tujuh orang daripada kaum Cina, India, Dusun dan Iban.
Katanya, pertandingan yang berlangsung di Dewan Binjai, Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu bermula 10 pagi untuk saringan dan tiga peserta terbaik akan bersaing pada peringkat akhir bermula 5 petang pada hari yang sama.
“Pertandingan ini merupakan usaha kita untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan masyarakat pelbagai kaum mengenai dasar negara khususnya Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri,” katanya.
Menurutnya, melalui pertandingan sebegini diharapkan dapat meningkatkan rasa cinta dan patriotisme masyarakat pelbagai kaum terhadap negara tercinta ini.
Katanya, johan pertandingan akan menerima hadiah wang tunai RM1,500, kedua (RM1,000) dan ketiga (RM500) manakala saguhati akan menerima RM200.
Selain hadiah, orang ramai yang hadir berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa barangan elektrik yang disediakan oleh pihak penganjur.
Pengerusi Jawatankuasa Perundustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, Toh Chin Yaw akan merasmikan program berkenaan.
Unit Komunikasi Negeri
45 Pensyarah Dan Guru Malaysia Sertai Seminar Di Bandung
Presiden Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM), Prof Madya Dr Hashim Othman memberitahu Bernama pensyarah dan guru yang terdiri daripada anggota PPBMM itu adalah dari Pulau Pinang, Terengganu, Selangor, Perak, Kedah dan Pahang.
Katanya seminar yang bertemakan 'Peningkatan Kualitas Pendidikan Bangsa melalui Pembelajaran Aktif, Inovatif, Kreatif, Efektif dan Menyeronokkan' itu sesuai untuk membuka peluang kepada pensyarah dan guru bagi menambah ilmu pengetahuan dalam bidang pendidikan.
Hashim, pensyarah kanan di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM, berkata sempena seminar itu, satu Diges Pendidik hasil usaha sama USM dan UPI akan turut dilancarkan.
Beberapa kertas kerja seminar itu akan dibentangkan oleh pensyarah dan guru yang berpengalaman dari kedua-dua negara selain juga dari Thailand.
Peserta dari Malaysia juga akan dibawa melawat beberapa buah sekolah rendah dan menengah di Bandung dan Jakarta pada Isnin dan Selasa.
PBT Anjur Kursus Badminton Berprestasi Tinggi
Presiden PBT Datuk Syed Abu Bakar Abdullah berkata ia bertujuan mencungkil bakat baru serta melahirkan pemain-pemain bertaraf dunia.
Syed Abu Bakar, yang juga Naib Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), berkata 60 orang pelatih terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah akan dipilih untuk mengikuti program itu.
Beliau berkata BAM akan menyediakan seorang jurulatih bagi mengendalikan program itu.
Syed Abu Bakar berkata memandangkan Terengganu kekurangan gelanggang untuk mengadakan latihan, PBT dengan kerjasama BAM merancang untuk membina dewan sendiri.
MB Selar Pegawai Suka Tangguhkan Kerja
Beliau merujuk kepada pengalaman ketika menjawat jawatan exco (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan) sebelum ini, terdapat beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Terengganu yang gagal mengeluarkan laporan audit akibat kes yang tertangguh terlalu lama.
Sebagai contoh, Majlis Perbandaran Kuala Terengganu tidak dapat menyelesaikan masalah pengeluaran audit berikutan tindakan sepatutnya tidak diambil oleh pegawai yang berkhidmat ketika itu.
“Ada kes pegawai serah kepada kerani kewangan dan supaya mengambil tindakan terhadap minit yang dibuat. Bagaimanapun kerani kewangan beranggapan kes sudah lama dan mengabaikannya sahaja menyebabkan kes itu terus berpanjangan tanpa penyelesaian,” katanya.
Beliau menyatakannya berucap di majlis perjumpaan Menteri Besar dengan semua pegawai dan kakitangan agensi kerajaan Daerah Marang, di Dewan Balai Polis Daerah Marang, petang kelmarin.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Yahya Khatib Mohamad dan yang Dipertua Majlis Daerah Marang, A Rahman Che Ali dan Pegawai Pembangunan Parlimen Marang, Senator Abdul Rahman Bakar.
Menteri Besar berkata, akibat masalah itu, satu mesyuarat khas dibentuk dengan memanggil pihak audit bagi berbincang secara terperinci dan menyelesaikan kes yang tertangguh sekian lama itu.
Malah, di PBT Marang juga wujud masalah apabila perkhidmatan membersih kawasan tidak diselenggara dengan betul mengakibatkan kerajaan negeri terpaksa memberhentikan beberapa pegawai yang didapati tidak melaksanakan tugas dengan betul sebagaimana yang dikehendaki.
Perkhidmatan kakitangan kerajaan di bahagian kaunter juga perlu cemerlang dan mengamalkan budaya perkhidmatan awam yang sebenar kerana mereka melambangkan imej kerajaan dan pentadbiran negeri. - YAB Dato' Seri Haji Ahmad Said.
Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said mengelar sikap segelintir pegawai dan kakitangan di jabatan kerajaan yang sengaja menangguhkan sesuatu urusan serta kes yang melibatkan pelanggan sehingga memakan masa 20 tahun sebelum ia dapat diselesaikan.
Beliau merujuk kepada pengalaman ketika menjawat jawatan exco (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan) sebelum ini, terdapat beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Terengganu yang gagal mengeluarkan laporan audit akibat kes yang tertangguh terlalu lama.
Sebagai contoh, Majlis Perbandaran Kuala Terengganu tidak dapat menyelesaikan masalah pengeluaran audit berikutan tindakan sepatutnya tidak diambil oleh pegawai yang berkhidmat ketika itu.
“Ada kes pegawai serah kepada kerani kewangan dan supaya mengambil tindakan terhadap minit yang dibuat. Bagaimanapun kerani kewangan beranggapan kes sudah lama dan mengabaikannya sahaja menyebabkan kes itu terus berpanjangan tanpa penyelesaian,” katanya ketika berucap di majlis perjumpaan Menteri Besar dengan semua pegawai dan kakitangan agensi kerajaan Daerah Marang, di Dewan Balai Polis Daerah Marang, petang semalam.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, YB Yahya Khatib Mohamad dan yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Haji A Rahman Che Ali dan Pegawai Pembangunan Parlimen Marang, Senator Abdul Rahman Bakar.
Menteri Besar berkata, akibat masalah itu, satu mesyuarat khas dibentuk dengan memanggil pihak audit bagi berbincang secara terperinci dan menyelesaikan kes yang tertangguh sekian lama itu.
Malah, di PBT Marang juga wujud masalah apabila perkhidmatan membersih kawasan tidak diselenggara dengan betul mengakibatkan kerajaan negeri terpaksa memberhentikan beberapa pegawai yang didapati tidak melaksanakan tugas dengan betul sebagaimana yang dikehendaki.
Selain itu, katanya, perkhidmatan kakitangan kerajaan di bahagian kaunter juga perlu cemerlang dan mengamalkan budaya perkhidmatan awam yang sebenar kerana mereka melambangkan imej kerajaan dan pentadbiran negeri.
Beliau berkata, jika ada kes pelanggan yang datang dari jauh, kadangkala terpaksa menaiki bas dua kali sebelum tiba di agensi kerajaan bagi menyelesaikan urusan mereka, tidak wajar sekiranya pegawai dan kakitangan awam di bahagian kaunter tidak melayani mereka dengan sewajarnya walaupun ketika itu operasi pejabat hampir tamat.
“Ada pula kerani yang tidak menyiapkan menaip sekeping surat dan meninggalkan pada mesin taip untuk menyambungnya keesokan hari kerana waktu pejabat sudah berakhir serta sanggup beratur di depan lif untuk segera pulang.
“Kita hanya mengira masa kita, tetapi masa sebenar untuk berkhidmat tidak diambil kira. Sebaik sahaja sampai di pejabat, lepas `punch card’ keluar minum, pukul 10 keluar minum, pukul 3 petang keluar minum, tengahari hantar dan ambil anak bersekolah. Berapa jam masa yang diambil untuk menjalankan tugas. Apabila kerja banyak membebel dan tidak mengambil kira masa bekerja yang dihabiskan untuk tujuan lain,” katanya lagi.
Wednesday, June 1, 2011
Yang DiPertuan Agong Dihina, Dicaci...
Daripada hambali1
(Berita Awal)Menggemparkan. Siapakah manusia kurang ajar itu?Ada tanda-tanda dia dari negara seberang dan mungkin juga rakyat Terengganu yang berselindung dengan menggunakan bahasa negara tetangga.
Sebuah laman sosial digunakan oleh seseorang memfitnah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Rabu lalu (25 Mei 2011).
Bukan sahaja gambar Tuanku Mizan Zainal Abidin diconteng malah berikut adalah kata-kata menghina dan mencaci Yang di-Pertuan Agong:
mizan bin babidin adalah raja malaysia ato nama barunya MALAINGSIA,...mizan bisa di kategorikan sebagai species gorilla yg sangat langka dan di lindungi di malaysia sehingga sampai sekarang masih di angkat sebagai raja,.........para ilmuwan telah menyepakati di dalam tubuh mizan bin babidin terdapat virus yg bisa menyebarkan penyakit MAHO alias manusia homo keseluruh umat manusia yg berada di bumi,.....oleh karena itu badan kesehatan dunia atao WHO menyetujui spesies ini harus di bunuh.
prof. michael de joung
Berikutan itu keesokannya (26 Mei 2011) pada jam jam 1.00 tengahari sebelas orang pemimpin badan bukan kerajaan telah membuat laporan polis mengenai laman berkenaan.
Mereka terdiri daripada pimpinan Kelab SS78 dan pemimpin-pemimpin kelab yang bernaung di bawah Majlis Sukan Negeri Terengganu.
Selain itu, satu laman sosial yang dihantar ke facebook “Terengganu City Night Game’ sebagaimana berikut :-
Menurut kenyataan daripada seorang yang ditemui menyatakan berdasarkan kepada alamat email di laman sosial tersebut, adalah dari Terengganu
Kajian selidik seterusnya mengenai latarbelakang pemilik facebook hina Yang di-Pertuan Agong itu adalah seperti berikut,
Nama group Facebook - Bunuh mizan bin babidin
Di tubuhkan Pada 21 May 2011 jam 5.34PM, Url group: http://www.facebook.com/home.php?sk=group_157076457692424
Pemilik Facebook - Rakai Arya Santoso, Has worked at cinggarong
Studied at University Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Oleh kerana laporan polis sudah dibuat, diharapkan siasatan dilakukan segera dan manusia kurang ajar itu di bawa ke muka pengadilan.