Menteri besar Terengganu |
Oleh HAMBALI ABDUL LATIFF
Bahagian Keempat - sambungan daripada 'Adakah
Saman Royalti DiTarik Balik Oleh BN/UMNO Masih Terpakai?'
Menyebut soal royalti minyak di Terengganu, ia bagaikan
perebutan terhadap harta pesaka
peninggalan ayah, datuk atau nenek moyang.
Belumpun Kabinet Kerajaan Persekutuan siap
dilantik dan pun begitu di Terengganu – EXCO juga belum diputuskan – sejak dua tiga
hari kebelakangan ini pemimpin PAS begitu gelojoh memperkatakan sumber
pendapatan daripada minyak dan gas.
Mereka membicarakan soal royalti minyak seolah-olah
matlamat mereka untuk menang pilihan raya di Terengganu hanya untuk mendapatkan
hasil royalti berkenaan.
Bukankah PAS sebelum ini mendakwa tanpa royalti minyak
daripada Kerajaan Pusit dan Petronas, mereka mampu mentadbir kerajaan negeri
dengan baik?
Mana kata-kata itu selepas menang dan menawan Terengganu
pada Pilihan Raya Umum ke-14 9 Mei lalu?
Daripada Ahli
Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN)
hinggalah ke Menteri Besar, isu mendapatkan royalti ini bagaikan perkara penting kedua selepas
mengangkat sumpah jawatan.
Manifesto HARAPAN mengenai royalti. |
Kenapa sampai begitu sekali pemimpin PAS bimbang mengenai
pendapatan daripada minyak dan gas ini ke kantung kerajaan Terengganu?
Pentingnya royalti minyak ini kepada kerajaan negeri
pimpinan PAS segala-nya digambarkan melalui ucapan sulung Menteri Besar yang
baru dilantik.
Ahmad Samsuri Mokhtar dalam ucapan sulungnya ketika
kuliah Dhuha di Rusila, Marang, pada 11 Mei lalu tidak dapat menyimpan perasaan
yang terbuak-buak bagi menegaskan kepada rakyat Terengganu mengenai tekadnya
untuk terus menuntut hak royalti minyak Terengganu.
Malah beliau berjanji akan melakukan pelbagai pendekatan termasuk tindakan
undang-undang.
Apakah Kerajaan Negeri PAS akan menyaman sekali lagi
Kerajaan Persekutuan dan Petronas selepas sama pertama itu sudah ditarik balik?
Apa yang penulis dimaklumkan oleh pakar undang-undang
termasuk bekas Ketua Hakim Negara, Tun
Salleh Abas, kerajaan PAS sekarang tidak lagi mempunyai peluang atau ruang
untuk menyaman Putrajaya atau Petronas.
Dengan kata lain, “no liberty to file again’ setelah
kerajaan Barisan Nasional/UMNO menarik balik saman berkenaan..
Apakah pemimpin PAS, termasuk ADUN Rhu Rendang itu yang
pada malam sebelumnya mengangkat sumpah sebagai menteri besar PAS selepas memenangi
22 daripada 32 kersi DUN Terengganu pada pilihan raya umum 9 Mei lalu tahu atau
faham mengenainya.
Beliau bebas untuk berkata bahawa “Kita akan
memperjuangkan dengan pelbagai cara pendekatan undang-undang, pendekatan secara
berunding untuk mendapatkan kembali royalti minyak Terengganu dan juga
mendapatkan hasil daripada Telaga Bertam yang telah dihilangkan dan ditiadakan
dari kewangan kerajaan negeri, ” namun ruangnya di mana dan bagaimana?
Pun begitu dengan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad
Amzad Hashim (gambar atas) yang mengingatkan Kerajaan Pusat bahawa pemerintah perlu menghormati pilihan
demokratik yang telah dibuat oleh rakyat dengan memilih barisan kepimpinan daripada
Pas untuk menerajui negeri itu.
“Apa yang menjadi hak negeri, mestilah diurus oleh
negeri. Barulah urus tadbir berjalan lancar dan memberi impak kepada rakyat,”
katanya.
Dengan mengungkitkan bahawa janji Pakatan Harapan (HARAPAN adalah untuk
mengembalikan semula royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada Terengganu
adalah selari dengan apa yang dituntut Pas selama ini, ia bukan suatu bukti
kukuh untuk menuntut daripada Putrajaya atau Petronas.
Lebih kelakar ialah apabila Timbalan Presiden PAS, Datuk
Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri turut menyatakan bahawa PAS berharap HARAPAN dapat memenuhi janji manifesto untuk memberi
royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak termasuk Kelantan dan
Terengganu.
Tuan Ibrahim mengingatkan HARAPAN bahawa rakyat akan menilai sejauh mana manifesto itu
dapat dilaksanakan di mana menurutnya,
janji manifesto berkaitan royalti minyak itu amat relevan dalam konteks
Kelantan dan Terengganu.
Bila pula HARAPAN berjanji untuk kembalikan royalty
sebanyak 20 peratus?
Pada pertemuan dengan pemimpin HARAPAN, Dr Mahathir tidak
pernah menyebut angka 20 peratus.
Manifesto HARAPAN Terengganu dengan jelas dan praktikal mengambil
saranan Dr Mahathir yang menyebut hanya 10 peratus royalti boleh dituntut.
Itupun kalau HARAPAN menang.
Dan dengan HARAPAN kalah di Terengganu dan Kelantan.
Tidakkah dengan sendirinya terbatallah
janji pada manifesto berkenaan.
Persoalan juga bukankah undi oleh rakyat Terengganu itu bermakna
rakyat enggan menerima janji berkenaan.
Anak Datuk Seri Abdul Hadi Awang – bekas Menteri Besar
yang mana wang royalti sebanyak RM432 juta dilaporkan ‘lesap’ ketika era
pemerintahannya – turut bersuara.
Laporan akhbar pada 13 Mei 2018 memetuk beliau menyebut
bahawa Dewan Pemuda Pas Pusat berharap kerajaan Persekutuan yang baharu tidak
mengetepikan hak-hak negeri Terengganu dan Kelantan untuk memperoleh royalti
minyak sebagai sumber hasil bagi membangunkan negeri dan rakyat.
Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, Kerajaan Persekutuan
tidak harus mengulangi tindakan yang diambil ketika kerajaan Pas memerintah
Terengganu pada 1999 apabila royalti ditarik balik dan ditukar statusnya kepada
Wang Ihsan.
Baginya isu royalti ini sangat penting bagi Kelantan dan
Terengganu (berkait dengan manifesto Pakatan Harapan),. negeri-negeri yang
punyai petroluem perlu dihormati tentang hak mendapat royalti.”
Persoalannya juga
kenapa kaitkan hasrat kerajaan Terengganu pimpinan PAS dengan Manifesto HARAPAN
yang jelas tidak membawa apa-apa erti serta tidak ada kena mengena antara
kedua-duanya.
Apakah semua kenyataan pemimpin PAS ini hanya kenyataan
politik semata-mata untuk menunjukkan kepada rakyat yang mereka perjuangan royalti tetapi hakikatnya tidak ada ruang untuk mereka mengemukakan tuntutan yang
dainggap sah.
Jika demikian, apakah silap bekas Menteri Besar, Datuk
Seri Ahmad Said kerana menarik balik saman royalti terhadap Putrajaya dan
Petronas?
Bersambung – Nasib Terengganu Bergantung Kepada Saman
Oleh Kerajaan PAS Kelantan?
No comments:
Post a Comment