Celaka dan bangsat mereka yang melakukan kerja menjual tiket yang diberikan subsidi oleh kerajaan negeri.
Subsidi itu menggunakan wang rakyat dan tidak wajar dijadikan keuntungan untuk poket sendiri.
Memang penyangak sukan seperti ini tidak wajar jadi anak Terengganu!
Pada ketika peminat sukan begitu berharap masalah harga tiket tinggi dapat diatasi, mereka mengambil peluang menjual tiket yang disubsidi dan mengaut keuntungan dengan mudah.
Mungkin ada yang mengambil peluang apabila persatuan membenarkan seseorang membeli hingga 10 tiket.
Bagi penyangak ini mereka mungkin berpakat atau membelinya beberapa kali dan hasilnya mendapat pada jumlah yang banyak.
Difahamkan, sebanyak 10,000 tiket dijual secara terbuka sementara 20,000 tiket lagi diagihkan melalui Dewan Undangan Negeri.
Menurut laporan, tiket bersubsidi berharga RM25 bagi perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan hari ini, dijual di pasaran gelap di Kuala Terengganu pada harga RM45 kelmarin.
Tiket untuk perlawanan akhir itu berharga RM50 tetapi kerajaan Terengganu menampung separuh daripada kos untuk 30,000 tiket yang diperuntukkan kepada penyokong Terengganu.
Geram dan menyedihkan apabila terdapat penjual tiket berlegar-legar untuk mencari peminat yang sanggup membayar pada harga yang lebih tinggi itu.
Malah ada dakwaan ‘orang dalam persatuan’ membuat kerja itu.
Seorang penyokong Terengganu, Rosamiza Omar, 45, berkata beliau terpaksa membeli tiket itu walaupun pada harga yang tinggi memandangkan tiket telah habis dijual sejak kelmarin.
"Sebaik sahaja mengetahui tiket habis dijual, saya pergi pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri untuk mendapatkannya di sana kerana difahamkan setiap pejabat DUN dan Parlimen dibekalkan dengan 500 tiket. Bagaimanapun apabila sampai di sana saya dimaklumkan tiket tersebut masih belum diterima, jadi saya terpaksa beli daripada penjual berkenaan," katanya.
Seorang kakitangan PBSNT ketika ditemui wartawan kelmarin enggan mengulas mengenai penjualan tiket di pasaran gelap itu kerana ia di luar kawalan persatuan.
Semalam, kerajaan negeri mengarahkan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menyiasat dengan segera dakwaan bahawa terdapat orang dalam persatuan itu menjadi dalang menyalurkan tiket perlawanan akhir Piala Malaysia kepada ulat tiket.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat berkata, tindakan tegas akan diambil jika perkara itu didapati benar-benar berlaku.
Beliau berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab dan ingin mengaut keuntungan mudah dengan menjual tiket yang telah disubsidi kerajaan negeri itu menyusahkan banyak pihak serta menimbulkan kekecohan di kalangan penyokong bola sepak di negeri ini.
"Saya kesal jika benar perkara ini berlaku, dan siasatan menyeluruh akan dilakukan bagi memastikan kesahihan dakwaan berkenaan, dan kita tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu yang terlibat,” katanya.
Rozi berkata, perkara sebegitu tidak wajar berlaku kerana pengagihan turut dilakukan di seluruh 32 Dewan Undangan Negeri dan lapan Parlimen, dengan setiap kawasan diperuntukkan 500 tiket.
"Kerajaan negeri memberi subsidi sebanyak RM25 bagi tiket perlawanan akhir kepada rakyat negeri ini untuk membolehkan lebih ramai yang datang untuk menyokong dalam perlawanan akhir nanti,” katanya.
Selasa lepas, Terengganu mengumumkan pemberian subsidi sebanyak 50 peratus untuk 30,000 tiket perlawanan akhir Piala Malaysia apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menetapkan harga tiket sebanyak RM50.
Bagaimanapun, ia menimbulkan kekecohan apabila tiket berkenaan habis dalam tempoh dua jam pada hari pertama ia dijual Rabu lepas.
Sewajarnya ini menjadi pengajaran kepada persatuan dan kerajaan negeri yang membelanjakan lebih RM700,000 bagi tujuan subsidi tetapi ada pihak yang ‘menangguk di air keruh.
Saturday, October 29, 2011
3A + Kallang Mampu Ranapkan Benteng Hoben Jang Hoben Untuk Julang Piala Malaysia
Serang habis-habisan sudah sebati dengan corak yang diamalkan jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim dan amat sesuai untuk pasukan Peteh.
Taktik itu pastinya akan diteruskan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 menentang Negeri Sembilan yang dikemudikan Shukor Adan malam ini.
Mengapa tidak?
Terengganu mempunyai penyerang tiga serangai iaitu 2 Abdul + 1A (Abdul Manaf Mamat, Abdul Hadi Yahya dan Ashaari Shamsudin) selain tendangan berbisa Joseph Kallang Ti.
Selain itu jangan lupa dengan Ahmad Nordin Alias berusia 26 tahun yang menjaringkan gol kemenangan Terengganu ketika menentang Kelantan bagi membawa pulang Piala FA.
Malah seorang lagi pemain, iaitu Ismail Faruqi Asha'ri walaupun mungkin hanya menjadi pemain gantian juga amat berpotensi menghasilkan gol.
Pada ketika peminat bolasepak memperkatakan mengenai 'Tandukan Bersiri' Hairuddin Omar yang menjadi ketua peledak Negeri Sembilan selain pemain sayapnya Shahurain Abu Samah, pertahanan Hoben Jang Hoben ternyata begitu bimbang dengan empat pemain Terengganu yang mampu menjaringkan gol walau dari arah mana sekali pun.
Tonggak pertahanan Negeri Sembilan Norhafiz Zamani Misbah dengan gandingannya di benteng pertahanan Hoben Jang Hoben seperti Aidil Zafuan, Qhairul Anwar Roslani dan Irwan Fadli Idrus bbegitu bimbang dengan ancaman jentera serangan Terengganu yang dilihat antara yang paling ber bahaya pada saingan kali ini.
Malah Aidil Zafuan mahu merantai pergerakan dua penyerang Terengganu, Abdul Manaf t dan Abdul Hadi habis-habisan malam ini.
"Yang paling penting, pergerakan mereka berdua bersama dua lagi tonggak Terengganu, Ashaari (Samsudin) dan Joseph (Kalang Tie) perlu dirantai habis-habisan," kata Aidil.
Abdul Hadi yang baru semusim bersama Terengganu, muncul pemenang Kasut Emas Liga Super musim ini dengan 25 gol, manakala Ashaari Shamsuddin terbukti hebat apabila meraih gelaran yang sama musim lalu.
Abdul Manaf pula tidak boleh dipertikaikan apabila dua jaringannya di Shah Alam dan satu di Kuala Terengganu, sudah cukup untuk menamatkan 'Misi 33' Selangor pada peringkat separuh akhir.
Untuk rekod, Abdul Manaf setakat ini berjaya menjaringkan enam gol dalam saingan Piala Malaysia, 15 gol dalam Liga Super dan tujuh gol Piala FA.
Dengan Ashaari memiliki kemahiran menggelecek, Abdul Manaf bijak menghidu peluang dan Abdul Hadi tangkas di depan jaringan, ketiga-tiga pemain ini juga diharap mampu merobek pertahanan Negeri Sembilan sebelum membolosi kubu Farizal Marlias.
Ashaari yang lebih banyak beraksi di posisi sayap, dianggap sebagai 'arkitek' dalam pasukan Terengganu menerusi hantaran- hantaran tepat yang kerap dilakukannya.
Bagi Irfan, taktik menyerang membuahkan hasil pada saingan suku akhir menentang Kelantan dan separuh akhir menewaskan Selangor, seterusnya membawa pasukan Terengganu ke final.
“Corak menyerang akan digunakan pada 30 minit awal permainan walaupun saya sedar kedua-dua pasukan bakal beraksi sama pantas dalam perlawanan akhir ini, “katanya selepas sesi latihan di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam semalam.
Walaupun demikian, pertahanan Terengganu yang diketuai Marzuki Yusof tidak boleh alpa dengan kelincahan Hairuddin.
Pada edisi 2009, Hairuddin yang dipinjamkan ke Negeri Sembilan lantaran kelabnya ketika itu, T-Team tidak layak beraksi dalam kempen Piala Malaysia, berjaya menjaringkan gol menerusi tandukan menarik, sekali gus mengecewakan Kelantan 3-1 di pentas final.
Ketika menyarung jersi Kelantan musim lalu pula, Hairuddin yang dikenali dengan gelaran 'Hai-O' tiba-tiba bertukar watak menjadi 'api dalam sekam' buat Negeri Sembilan apabila tandukannya berjaya menyamakan kedudukan buat The Red Warriors sebelum jaguh Pantai Timur itu menang 2-1.
Malah, Hairuddin belum kehilangan bisanya musim ini apabila dia berjaya menanduk masuk tiga lagi gol bagi membantu Negeri Sembi- lan mara ke final ketika menentang T-Team dan Felda United dalam aksi suku akhir dan separuh akhir sebelum ini.
Apapun, Terengganu tidak sanggup tunggu lebih lama dan dengan ‘pasukan emas’ edisi kedua selepas 2001, Terengganu mampu melakar sejarah malam ini untuk menambah satu lagi koleksi piala berprestij Liga Malaysia iaitu Piala Malaysia selepas Piala FA 2011.

Baki 16,000 Tiket Piala Malaysia Dijual Di Stadium Shah Alam Hari Ini
Sebanyak 16,000 baki tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu akan dijual di kaunter tiket Stadium Shah Alam mulai 9 pagi ini.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata harga tiket kekal RM50.
Beliau berkata daripada 70,000 tiket yang dicetak FAM, sebanyak 54,000 telah dijual kepada penyokong pasukan Negeri Sembilan dan Terengganu di tempat masing-masing.
"Sebanyak 30,000 dijual oleh PBNT (Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu) manakala hampir 24,000 tiket dijual oleh PBNS (Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan) sehingga hari ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat pengurus pasukan di Stadium Shah Alam semalam.
Beliau berkata isu tiket mahal tidak timbul kerana ia sudah dipersetujui persatuan bola sepak kedua-dua negeri itu.
Azzudin juga meminta peminat Skuad Penyu dan Skuad Rusa supaya mengawal disiplin ketika berada di luar dan di dalam stadium, jika tidak mahu dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.
Mengenai laman web rasmi FAM yang digodam, beliau akan membuat laporan polis semalam.
"Saya telah memaklumkan perkara ini kepada Tuanku Presiden (Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah) dan baginda bertitah (FAM) tidak perlu mudah melatah dalam hal ini," katanya.
Beliau juga mengkritik tindakan penggodam yang mengubah bentuk logo FAM kepada seekor khinzir, dan menyifatkannya sebagai perbuatan tidak beretika.
Laman web rasmi FAM, www.fam.org.my, yang turut dimasukkan dua rakaman video berunsur provokasi, tidak berfungsi seperti biasa mulai lewat malam tadi.
Rabu lepas, bangunan FAM di Kelana Jaya disimbah cat sebagai tanda bantahan terhadap harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia yang dinaikkan ke RM50 berbanding RM30 sebelum ini.

Pentadbiran Tanah Gerbang Transformasi Negara
Sistem pentadbiran tanah sentiasa mengalami proses evolusi selaras dengan tuntutan pengguna, peredaran masa sesuai dengan kepesatan teknologi dalam era globalisasi yang semakin berkembang sekarang.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, sistem penyampaian tidak akan berjaya seandainya cara kerja masih berada di takuk lama.
“Saya menyeru kepada penjawat awam di pejabat tanah seluruh negeri agar melakukan perubahan sikap dan cara kerja,” katanya pada teks ucapan pada Seminar Pentadbiran Tanah; Gerbang Transformasi Ekonomi Negara di Primula Beach Resort kelmarin.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Ramlan Ali.
Hadir sama, Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Datuk Azemi Kasim; Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Terengganu, Alias Nik dan dan Pengerusi Koperasi Pengurusan Tanah Malaysia Berhad, Datuk Yidris Abdullah.
Menteri Besar berkata, faktor utama yang akan menentukan kejayaan dalam melaksanakan transformasi ialah kesediaan penjawat awam mengubah minda dan cara bekerja iaitu berfikir dan bekerja di luar kotak kebiasaan.
“Arus globalisasi menjadikan pentadbiran tanah lebih terdedah kepada cabaran persaingan global dan menuntut kepekaan serta bersiap siaga dengan menyediakan perkhidmatan yang berprestasi tinggi dan kompetitif,” katanya.
Ahmad Said kemudiannya mengucapkan tahniah kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Terengganu kerana telah mempelopori pelbagai aplikasi sistem berteraskan ICT secara dalam talian dalam urusan pentadbiran tanah.
Sebagai contoh katanya, penggunaan sistem e-Convert untuk proses tukar syarat; e-Consent untuk proses pindahmilik dan gadaian serta e-Mohon untuk proses permohonan tanah.
“Penggunaan sistem ini telah mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan menjadi johan dalam Pertandingan Persekitaran Berkualiti (QE) dan Amalan 5S anjuran Malaysia Produktiviti Corporation (MPC) pada 20 Oktober 2011 kategori kerajaan negeri,” katanya.
Katanya, PTG telah membuktikan ia sebuah organisasi yang dinamik dan boleh menjadi ikutan serta pemangkin kepada Pejabat tanah seluruh negeri.
Seminar yang berlangsung sehari anjuran bersama Koperasi Pengurusan Tanah Malaysia Berhad dan Kelab Sukan dan Kebajikan PTG ini disertai 300 penjawat awam dan swasta seluruh negara antaranya Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Selangor, Pahang, Johor, Perak, Melaka dan Kedah.
Teganukita

Botak Bukan Sebarang Botak, 'Botak Penyu' Ada Misi
Jika Jang ada botak, Peteh pun ada.
Ahmad Wahyudie menggunting rambut Shaari Abdullah berbentuk penyu di Kuala Terengganu, semalam.
Ia gara-gara sempena perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Terengganu dan Negeri Sembilan Sabtu ini.
Hakikatnya, di sebalik desas-desus mengatakan ada segelintir penyokong Negeri Sembilan yang dikhabarkan mahu memboikot aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam ini gara-gara harga tiket yang mahal, masih ada yang berkobar-kobar mahu berkelana ke sana dari Seremban.
Malah, ada juga peminat fanatik Hoben Jang Hoben yang bernazar membotakkan kepala masing-masing sebaik pasukan itu melangkah ke pentas final buat kali ketiga berturut-turut.
Seorang penyokong Negeri Sembilan, Mohd. Afif Anuar, 23, memberitahu, seramai sembilan rakannya dari kelab N9 Futbol telah bernazar membotakkan kepala masing-masing sebaik berjaya memadam cabaran T-Team di peringkat separuh akhir sebelum ini.
Menurutnya, sebanyak 300 buah kereta dengan kira-kira 1,500 ahli N9 Futbol akan berkumpul di pekara- ngan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi sebelum bertolak ke Shah Alam pukul 2.30 petang ini.
"Selain membotakkan kepala, kesemua penyokong juga diseru supaya menunjukkan angka tiga di jari ma- sing-masing semasa di stadium nanti sebagai simbolik memburu piala untuk kali ketiga," katanya.
Utusan Malaysia, Kosmo!

Irfan Untuk Kali Pertama, Azraai Untuk Hari Jadi
Jurulatih Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah berharap skuad bimbingannya itu mampu merangkul kejuaraan Piala Malaysia musim ini sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya pada 25 Oktober lalu.
Ia juga akan memahat sejarah tersendiri untuk musim pertama bersama Hoben Jang Hoben.
Bagi jurulatih skuad Penyu, Irfan Bakti Abu Salim yang pernah melatih Negeri Sembilan pada 1999, beliau mempunyai dua misi yang perlu dilaksanakan pada aksi final, malam ini.
Misi pertama membantu Terengganu muncul juara kali kedua piala berprestij ini selepas mendakapnya pada 2001 dan kedua, menjulang piala itu buat kali pertama sebagai jurulatih.
“Sepanjang 20 tahun bergelar jurulatih, saya belum pernah mengecap nikmat menjulang trofi Piala Malaysia biarpun kerap bertukar pasukan seperti Negeri Sembilan, Perlis, Telekom Melaka dan kini Terengganu.
Dengan keyakinan dan yakin azam pemain yang tinggi untuk menambah koleksi kejuaraan kedua selepas muncul juara Piala FA, menambahkan lagi komitmen mereka untuk beraksi bersungguh-sungguh.
Biarpun kini sudah ada perang psikologi kononnya Piala Malaysia bakal menjadi milik Negeri Sembilan selepas Terengganu muncul juara Piala FA musim ini tidak sedikitpun merencat strateginya.
Sebaliknya jurulatih berpengalaman itu sudah mengadun resipi terbaik untuk menumbangkan lawan pada pentas final di Stadium Shah Alam, malam ini.
“Secara jujur, saya akui dengan peluang kali ini, di saat saya berusia 60 tahun, saya harap dapat menjulangnya. Saya yakin berbekal kemahiran individu tinggi dan semangat berpasukan pada setiap pemain Terengganu, kami mampu menang di Shah Alam,” katanya.
Azraai Khor tetap menghormati kredibiliti Irfan walaupun mengakui lebih berpengalaman di pentas final apabila tewas kepada Perlis pada 2004 sebelum kembali bangkit menjuarai Piala Malaysia dua tahun berturut-turut menewaskan Perak dan Selangor sejak 2007.
Bag Azraai Kor, walaupun pernah merayakan kegembiraan menjulang Piala Malaysia sebanyak tiga kali berturut-turut ketika membimbing Kedah sebelum ini, beliau mengakui suasana itu berbeza sama sekali jika meraikannya bersama Negeri Sembilan.
“Ini kerana detik perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini terlalu hampir dengan tarikh lahir saya iaitu pada 25 Oktober lalu, selain ini adalah musim pertama saya membimbing skuad Negeri Sembilan.
Jika pasukan ini muncul juara, sudah pasti ia bakal mencatat sejarah tersendiri dalam hidup saya dan akan dikenang sepanjang hayat. Oleh itu, saya harap detik kegembiraan itu dapat diraikan dengan kejayaan Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia, trofi yang menjadi buruan dan kemegahan setiap pasukan,” katanya.
“Bagi saya, Terengganu merupakan pasukan pilihan muncul juara kerana mempunyai pemain yang berkualiti di setiap posisi, namun kami tidak akan menyerah dengan mudah.
“Jika perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti, antara lima pemain yang berada dalam fikiran saya untuk mengambil sepakan ialah kapten, Shukor (Adan), Irwan Fadli (Idris), Shahurain (Abu Samah), Nor Hafiz Zamani (Misbah) dan Aidil Zafuan (Abdul Razak),” katanya.
Harian Metro, Kosmo!

Kartunis Fatah Serah Wayang, Merdeka Merdeka Merdeka Kepada Sultan Selangor
Pelukis dan Kartunis Abdul Fatah Ngah, yang menderita penyakit saraf, semalam menyerahkan dua karyanya yang dibeli Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam.
Dua lukisan yang menarik minat baginda berjudul 'Wayang' bernilai RM12,000 dan menggambarkan perspektif kesenian Fatah terhadap wayang kulit manakala 'Merdeka Merdeka Merdeka' (RM5,500) memaparkan imej Bapa Kemerdekaan Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra.
Baginda sempat beramah mesra dengan Fatah, yang diiringi Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Sohaimi Shahadan, pada majlis penyerahan lukisan berkenaan petang semalam.
Fatah, 57, ketika ditemui selepas itu berkata beliau terharu serta tidak menyangka Sultan Sharafuddin menghargai karyanya dan akan dipanggil menghadap baginda.
Baginda turut berpesan agar kartunis popular tahun 70-an menerusi 'Lagak A Mahmud', yang disiarkan majalah humor Gila-Gila, itu menjaga kesihatannya.
Sementara itu, Sohaimi berkata beliau dihubungi Pelukis Diraja Selangor Azman Yusof bagi memaklumkan baginda berkenan membeli lukisan Fatah dan ingin mengetahui perkembangan kesihatan kartunis tersebut.
Beliau berkata baginda mengetahui penderitaan Fatah, yang kini berkerusi roda, melalui liputan berita mengenai pelancaran Pameran & Jualan Amal Karya Kartunis Fatah pada 21 Okt lepas di Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur.
Katanya, kartunis yang berasal dari Dungun, Terengganu itu menderita penyakit saraf sejak lima tahun lepas dan kini dirawat di Unit Neurologi Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Piala Malaysia: Jurulatih Ramal Rusa, Penyu Sama-sama Seimbang
Sukar untuk meramalkan siapa yang paling layak antara Negeri Sembilan dan Terengganu untuk merangkul kejuaraan Piala Malaysia di Shah Alam hari ini.
Bagaimanapun, Negeri Sembilan mempunyai pengalaman beraksi pada perlawanan akhir tiga kali berturut turut serta berazam merampasnya selepas dikecewakan oleh Kelantan musim lalu.
Kesungguhan dan kemampuan kedua-dua pasukan tahun ini lebih menarik dengan masing-masing mempunyai kekuatan yang tersendiri namum silap sedikit percaturan boleh membawa padah.
Terengganu memang terkenal dengan corak permainan pantas sementara Negeri Sembilan dengan kombinasi pemain muda dan pemain berpengalaman sudah pasti mempergunakan kelebihan masing-masing untuk memenangi Piala Malaysia edisi 2011.
Meskipun ramai pemerhati dan jurulatih beranggapan kedua-dua pasukan itu mempunyai peluang seimbang dengan pemenang ditentukan dengan kelebihan satu gol berdasarkan rekod cemerlang semasa saingan awal piala tersebut.
Jurulatih Kedah, Wan Jamak Wan Hassan berkata, kedua-dua pasukan itu memiliki corak taktikal yang berlainan tetapi kelebihan barisan pemain yang mampu megekang serangan dan asakan.
“Secara jujurnya sukar nak diramal pasukan manakah akan bergelar juara kerana kedua-dua pasukan itu mempamerkan aksi yang seimbang dalam saingan awal Piala Malaysia ini.
“Malah ramalan saya, salah satu pasukan hanya memang dengan perbezaan defisit gol 1-0 atau 2-1 sahaja,” katanya.
Bagi Terengganu, Wan Jamak berkata skuad Penyu itu dilihat konsisten dalam kempen Piala Malaysia kali ini berdasarkan prestasi dan komitmen skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim dari awal musim.
Terengganu menghampiri kemuncak apabila berjaya menyingkir juara 32 kali Piala Malaysia, Selangor dalam saingan separuh akhir dan menewaskan juara bertahan Kelantan pada suku akhir.
“Terengganu kini berada dalam landasan yang tepat. Malah selaku juara Piala FA tahun ini, pastinya peminat berharap skuad Terengganu mempamerkan aksi yang lebih bertenaga untuk membawa pulang piala kedua buat negeri Terengganu.
“Malah mereka mempunyai empat barisan pemain serangan seperti Joseph Kallang Tie, Abdul Manaf Mamat, Abdul Hadi Yahya dan Mohammad Ashaari Samsudin yang pastinya perlu diberi perhatian,” katanya.
Bekas jurulatih skuad kebangsaan itu berkata keupayaan skuad Negeri Sembilan juga tidak boleh dipertikaikan memandangkan mereka turun ke gelanggang dengan status sebagai naib juara serta juara Piala FA tahun lalu.
Katanya, jurulatih Negeri Sembilan Mohd Azraai Khor Abdullah akan meletakkan sandaran kepada pemain berpengalaman antaranya pemain kebangsaan, Norhafiz Zamani Misbah, Hairudin Omar dan Mohd Shukor Adan.
Jurulatih Felda United, E. Elavarasan turut mengakui saingan sengit akan berlaku dalam pertembungan dua pasukan itu kerana masing-masing pastinya mengidam-idamkan piala tersebut.
“Negeri Sembilan pastinya mahu menamatkan penantian dua tahun di mana kali terakhir mereka merangkul piala itu pada 2009.
“Terengganu juga pastinya mahu memburu piala yang kedua buat tahun ini dan menamatkan kemarau 10 tahun piala itu yang kali terakhir dimenangi pada 2001,” katanya dipetik agensi berita nasional.
Seorang lagi jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baru dilantik bagi perlawanan musim depan, B. Sathianathan, pula menjangkakan skuad Negeri Sembilan akan membuat kejutan kerana mempunyai potensi dan pemain yang versatil seperti S. Kunanlan dan Shahurain Abu Samah bagi mengucar-kacirkan barisan lawan.
“Jujurnya saya lihat Negeri Sembilan mempunyai komitmen untuk menjadi juara kerana mempunyai beberapa pemain senior tambahan Kunanlan pula mempunyai corak permainan yang laju.
“Shahurain pula menjaringkan enam gol dengan purata satu gol setiap perlawanan kempen Piala Malaysia dan beliau mempunyai peluang yang cerah kerana masih muda,” katanya.
Beliau berkata formasi corak skuad Rusa yang biasanya membuat hantaran pendek dan tidak hanya sekadar mementingkan pertahanan dan sesi serangan balas yang laju pastinya akan menjadi faktor buat pasukan itu beroleh kejayaan.
“Oleh kerana Terengganu juga merupakan lawan hebat, saya hanya sasarkan Negeri Sembilan mungkin menang dengan defisit satu gol sama ada 2-1 atau 1-0,” katanya.

Sekolah Dalam Hospital Akan Diperluas ke Terengganu - Norainee
Sekolah Dalam Hospital (SDH) akan diperluaskan ke enam hospital awam di beberapa negeri mulai tahun depan, kata isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman Jumaat.
Ini berikutan kejayaan projek perintis di tiga hospital di Lembah Klang - Hospital Besar Kuala Lumpur, Hospital Serdang dan Hospital Ampang.
Beliau berkata, tapak yang sesuai dalam kawasan setiap hospital berkenaan sedang dikenalpasti.
Ia bagi memastikan matlamat pengwujudan SDH oleh Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan dan Yayasan Nurul Yaqeen benar-benar memberi manfaat kepada kanak-kanak yang berusia antara tiga hingga 18 tahun.
"SDH ini untuk kanak-kanak yang ketinggalan pelajaran kerana terpaksa menerima rawatan di hospital," katanya.
Pengerusi Yayasan Nurul Yaqeen itu berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat dan melawat tapak yang sesuai untuk pembinaan SDH di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru, semalam.
Norainee berkata SDH akan turut diwujudkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas di Sabah dan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, Kedah.
Hospital lain yang turut terlibat ialah Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan; dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras, Kuala Lumpur.
Sehingga kini, purata kanak-kanak dan remaja yang menghadiri SDH di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur ialah antara 60 hingga 80 orang.
Hospital Serdang dan Hospital Ampang pula masing-masing antara 20 hingga 50 orang dalam seminggu.

Terengganu Mahu Ulangi Legasi 'Skuad Emas 2001'
Sedekad lalu, Stadium Nasional, Bukit Jalil telah menjadi saksi kepada kemegahan Zulharisham Awang yang muncul sebagai kapten Terengganu pertama diberi penghormatan menjulang Piala Malaysia.
Detik bersejarah itu dirakam hasil kejayaan Zulharisham bersama rakan-rakan sepasukannya yang berjaya menumbangkan Perak 2-1 pada aksi final.
Kini, detik bersejarah itu semakin hampir diulangi apabila anak- anak buah Irfan Bakti menjejakkan kaki ke pentas final untuk membuat perhitungan dengan Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam malam ini.
Bagi Zulharisham sendiri, dia cukup teruja apabila melihat kebangkitan generasi skuad 2011 dan mahu melihat skrip yang dilakar ‘skuad emas 2001’ 10 tahun lalu diulangi.
Katanya, dengan prestasi konsisten yang dipamerkan, Terengganu sebenarnya memiliki kelebi- han termasuk dengan kehadiran beberapa rangkaian pemain berbakat.
“Bukan mudah melangkah ke final Piala Malaysia dan kejayaan berada di pentas ini sebenarnya cukup luar biasa.
“Saya masih teringat bagaimana riuh dan bergemanya Bukit Jalil apabila kami mula memasuki padang untuk memulakan perlawanan menentang Perak.
“Ia merupakan satu detik yang sukar dilupakan, lebih-lebih lagi apabila kami berjaya memenangi Piala Malaysia buat kali pertama dalam sejarah,” katanya kepada Kosmo!
Selain kejayaan menjulang Piala Malaysia, Zulharisham yang mewakili Terengganu dari 1997 hingga 2006, turut pernah meraih kejuaraan Divisyen Dua (1998), Piala FA (2000) dan Piala Sumbangsih pada tahun 2001.
Selain Zulharisham, antara watak lain yang membantu Terengganu muncul juara Piala Malaysia 2001 termasuklah Hairuddin Omar, Sapian Wahid, Rosdi Talib, Wan Rohaimi Ismail, Marzuki Yusof, Faziallah Mamat, Subri Sulong, Nafuzi Zain dan Alfian Aziz.
Ditanya apakah tips terbaik buat Marzuki yang akan turun selaku kapten Terengganu pada final malam esok, Zulharisham hanya mengharapkan bekas rakan sepasukannya itu tampil sebagai seorang ketua di atas padang.
“Tugas kapten bukan mudah kerana tugas utamanya adalah untuk menaikkan moral rakan sepasukan lebih-lebih lagi apabila pasu- kan ketinggalan.
“Dia perlu tegas dan bersikap profesional kerana semangat berpasukan sebenarnya terletak di tangan seorang kapten.
“Namun, saya yakin dengan pengalaman yang dimiliki Marzuki, dia mampu memikul tanggungjawab itu, sekali gus menjulang Piala Malaysia,” jelasnya.

Misi Peribadi Dua Anak Sarawak yang Berkelana Di Terengganu
Ibarat mencari tuah di bumi orang, itulah yang kini dirasai dua pemain kelahiran Sarawak, Joseph Kalang Tie (gambar kiri) dan Reeshafiq Alwi apabila turun beraksi menyarung jersi Terengganu pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam ini.
Baik Joseph mahupun Reeshafiq, kedua-duanya masih belum pernah merasai debaran beraksi di pentas final, apatah lagi menikmati status sebagai juara pada kejohanan paling berprestij itu.
Namun malam ini, Joseph dan Reeshafiq memiliki peluang besar untuk melakar sejarah peribadi selepas kejayaan membantu skuad Penyu itu menjuarai Piala FA, Jun lalu.
Atas kertas, mereka bakal menjadi pertaruhan Irfan Bakti untuk mengisi posisi tengah dengan Joseph lebih berfungsi sebagai pemain sayap, manakala Reeshafiq pula bertindak di bahagian tengah.
Mengulas aksi final malam ini, Joseph yang pernah menjadi kapten Sarawak pada usia 21 tahun, mengakui cukup bertuah apabila peluangnya untuk berada di pentas final Piala Malaysia akhirnya menjadi kenyataan.
Pemain berusia 24 tahun itu menganggap, keputusannya berhijrah ke Pantai Timur dari negeri kelahirannya di Sarawak benar-benar berbaloi dengan kejayaan yang diraih setakat ini.
"Tidak pernah terlintas di fikiran saya untuk beraksi pada perlawanan akhir Piala Malaysia bersama sebuah pasukan yang berada jauh dari Sarawak.
"Tetapi saya sentiasa percaya kepada rezeki dan rezeki saya memang ada di Terengganu. Saya telah melalui musim yang cukup baik tahun ini dengan memenangi Piala FA selain muncul naib juara Liga Super.
"Kini, saya mahu menamatkan musim 2011 dengan satu lagi kejuaraan yang mana ia merupakan trofi yang begitu saya idam-idamkan," katanya yang turut mendapat perhatian daripada jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal.
Bagi Reeshafiq (gambar kanan) pula, dia mengakui final Piala Malaysia malam ini sebagai perlawanan paling penting dalam kariernya sebagai pemain bola sepak.
Ujar pemain berusia 28 tahun itu lagi, satu kelebihan yang ada pada pasukan Terengganu adalah semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh semua pemain.
"Saya telah menyertai banyak pasukan dan Terengganu sangat berbeza.
"Saya boleh lihat kesepaduan dalam kalangan pemain, tidak kira ketika berada di dalam ataupun di luar padang.
"Perkara inilah yang banyak menjadi faktor mengapa kami boleh sampai ke tahap ini," jelas be- kas pemain KL Plus itu.
Kosmo!

Perlawanan Akhir Piala Malaysia Diramal Dalam Keadaan Basah
Terengganu yakin penantian 10 tahun untuk membawa balik Piala Malaysia akan berakhir selepas memenangi Piala FA sebelum ini.
Perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam diramalkan berlangsung dalam keadaan padang yang basah.
Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia ketika dihubungi Bernama Jumaat berkata cuaca di sekitar Shah Alam esok diramalkan baik pada sebelah pagi, namun hujan lebat beserta ribut petir berlaku pada sebelah petang.
"Hujan dan ribut petir itu diramal bermula pada lewat petang, dan dijangka reda sekitar pukul 7 malam," katanya sambil menambah cuaca tidak menentu itu diramalkan berlanjutan sehingga minggu depan.
Namun bagi Negeri Sembilan dan Terengganu, cuaca tidak menentu bukanlah penghalang untuk mereka berentap bagi bergelar juara musim ini.
Jurulatih bola sepak Negeri Sembilan Mohd Azraai Khor Abdullah berkata pasukan 'Hoben Jang Hoben' bertekad membawa pulang piala berprestij itu tanpa mengira halangan cuaca, setelah kali terakhir menjulangnya pada 2009.
"Pemain saya sudah sedia dalam semua keadaan cuaca, dan mereka juga telah bersedia dan fokus dari segi persiapan mental dan fizikal.
"Kami telah melakukan persiapan yang rapi selama seminggu dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Yang penting bagi kami adalah membawa balik Piala Malaysia dan itulah menjadi keutamaan kami" katanya kepada pemberita selepas tamat mesyuarat pengurus pasukan yang berlangsung di Stadium Shah Alam hari ini.
Mohd Azraai berkata misi membawa pulang Piala Malaysia merupakan impian hadiah hari jadinya yang ke-59 kerana ia bakal mencatat pengalaman cukup bermakna dalam kerjaya beliau sebagai jurulatih.
"Saya yakin kami mampu tamatkan permainan dalam masa 90 minit, namun jika terpaksa beraksi lebih masa, ia bukan satu penghalang bagi skuad Rusa," katanya.
Beliau berkata kebanyakan pemain Negeri Sembilan dibarisi mereka yang berpengalaman, dan keupayaan pasukannya terbukti apabila mempamerkan aksi yang baik pada perlawanan sebelum ini.
Bagi pengurus Negeri Sembilan Abdul Halim Abdul Latif, beliau bersyukur kerana skuad itu berjaya melangkah kaki ke pentas akhir Piala Malaysia tiga tahun berturut-turut sejak 2009.
"Saya harap pemain kita dapat bermain dengan lebih fokus dan tenang apabila beraksi esok," katanya.
Sementara itu, pengurus Terengganu Datuk Che Mat Jusoh berkata skuad Penyu bersedia menghadapi perlawanan esok dan berjanji memberikan persembahan terbaik kepada peminat.
"Saya yakin bahawa penantian 10 tahun skuad Penyu untuk membawa balik Piala Malaysia akan berakhir dan berharap penyokong memberi kerjasama yang baik dengan menjaga dispilin," katanya dalam nada optimis sambil mengakui skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu membuat persiapan rapi sebelum bertemu Skuad Rusa.
Kapten skuad Penyu Mohd Marzuki Yusof berkata beliau dan rakan sepasukan berjanji memberikan yang terbaik malam esok.
"Kita akan bermain dengan lebih fokus esok berbanding perlawanan sebelum ini dan akan sentiasa berjaga-jaga untuk mengurangkan kesilapan bila beraksi nanti,"
Polis Kerah 1,410 Anggota Kawal Keselamatan Di Stadium Shah Alam Esok
Polis telah membuat persiapan penuh bagi memastikan tahap keselamatan terkawal pada perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam malam esok.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Salleh Abdul Rashid berkata PDRM mengerah 1,410 anggota polis dan anggota Ikatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi menjamin keselamatan di dalam dan luar stadium sepanjang perlawanan itu.
"Kita bercadang menambah lagi kekuatan ini dan tidak akan berkompromi dengan soal keselamatan kerana tidak mahu kejadian seperti perlawanan-perlawanan terdahulu berulang," katanya pada sidang media mengenai kawalan keselamatan di Stadium Shah Alam semalam.
Turut hadir Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad.
Salleh, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan FAM, berkata pihak polis akan mengetatkan kawalan keselamatan di tahap maksimum berdasarkan kepada kehendak semasa.
"Kita (polis) memerlukan kerjasama penyokong kedua-dua pasukan supaya mematuhi arahan keselamatan dan mempamerkan disiplin tinggi untuk mengelak perkara tidak diingini berlaku.
"Malah pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jika dapat menghidu sebarang protes bantahan atau demonstrasi yang dilakukan oleh kedua-dua penyokong pasukan di dalam atau luar stadium," katanya.
Kira-kira 70,000 penyokong Negeri Sembilan dan Terengganu dijangka membanjiri stadium itu seawal 4 petang esok bagi menyaksikan pertarungan antara pasukan Penyu dan Rusa itu.

Perjalanan Ke Bangkok Belum Dibatalkan:Matta
Tiada penerbangan melalui syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS), AirAsia dan Thai Airways dari Kuala Lumpur ke Bangkok dibatalkan berikutan banjir di Thailand, kata Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta).
"Daripada maklumbalas yang kami terima daripada ahli-ahli, tiada pembatalan setakat ini," kata Naib Presiden Outbound Matta, Jeffri Sulaiman semalam.
Bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan penerbangan ke Bangkok perlu ditangguh sekiranya terdapat nasihat perjalanan dikeluarkan Wisma Putra.
Beliau berkata berdasarkan maklumat yang diterimanya, syarikat-syarikat penerbangan berkenaan menyediakan pilihan untuk penumpang yang terlibat sekiranya berlaku penangguhan.
MAS umpamanya tidak akan mengenakan penalti jika pemegang tiket ingin pembayaran balik tetapi ia perlu dibuat sebelum 15 Nov ini, katanya.
Syarikat penerbangan Thai Airways pula tidak menyatakan sama ada pengembalian wang boleh dilakukan namun membenarkan penumbang menukar destinasi ke mana-mana sektor di Thailand, katanya.
Pemegang tiket AirAsia pula tidak akan dikembalikan wang (refund) tetapi boleh menukar tarikh penerbangan dalam tempoh tiga bulan, katanya.
Penerbangan MAS, AirAsia dan Thai Airways dari Kuala Lumpur melalui pintu masuk antarabangsa utama negara itu iaitu Lapangan Terbang Suvarnabhumi, yang dilapor tidak terjejas dengan banjir.
Lapangan Terbang Don Muang sebelum ini dilapor ditutup selepas landasannya dinaiki air mengakibatkan kebanyakan penerbangan yang menggunakan lapangan terbang kedua terbesar di Bangkok itu ditunda.
Kira-kira satu pertiga daripada Thailand dilapor masih dilanda banjir, yang menjejaskan kehidupan 2.4 juta penduduk di lebih 10,000 kampung di 26 wilayah di bahagian utara dan tengah negara itu.
Bencana alam yang berlaku secara berperingkat sejak 25 Julai ini telah meragut 373 nyawa.
Jeffri berkata Matta turut memantau perkembangan keadaan banjir di Thailand dan akan menasihatkan ahli-ahlinya mengenai perjalanan ke negara gajah putih itu.

Friday, October 28, 2011
Dua Kes Jangkitan Kencing Tikus di Terengganu
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mengesahkan dua kes jangkitan wabak air kencing tikus atau virus Leptospirosis dikesan di Terengganu awal bulan ini.
Katanya, hasil ujian sampel daripada 24 Orang Asli di kawasan penempatan Sungai Berua, Hulu Terengganu hanya dua dikesan mendapat jangkitan itu.
"Manakala seramai 13 lagi Orang Asli disahkan menghidap hepatitis A atau penyakit kuning manakala sembilan yang lain masih belum diketahui statusnya,” katanya.
Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas merasmikan program NCDP 1Malaysia Cakna Kesihatan Dalam Komuniti Peringkat Negeri Terengganu di Kampung Pasir Nering, Kuala Berang hari ini.
Sebelum ini,Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar berkatahanya dua Orang Asli Sungai Berua dijangkiti virus air kencing tikus.
Menurutnya, daripada 24 orang yang mendapatkan rawatan di Hospital Hulu Terengganu dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), 13 orang pula dijangkiti virus Hepatitis A dan ia disahkan melalui pemeriksaan dilakukan terhadap mereka.
“Sembilan lagi masih belum dikenal pasti penyakit mereka dan kini kita tunggu keputusan makmal dari Kuala Lumpur,” katanya.
Semua mangsa dihantar menjalani pemeriksaan di hospital selepas alami simptom mata kuning.
Namun, katanya, keadaan mereka tidak membimbangkan dan kesemuanya sudah dibenarkan pulang, kecuali seorang pesakit yang masih dirawat di HSNZ.
Hasil pemeriksaan dilakukan Jabatan Kesihatan Negeri, masalah itu didapati berpunca daripada penggunaan air tidak bersih dalam kehidupan seharian masyarakat Orang Asli berkenaan.
“Virus Hepatitis A dan air kencing tikus disebabkan oleh pencemaran air dan makanan, dan kita dapati daripada 60 rumah yang ada di perkampungan Orang Asli itu, lebih 50 rumah tidak mempunyai bekalan air bersih.
“Penduduk bergantung sepenuhnya kepada air sungai dan ini menyebabkan mereka mudah terdedah dengan virus berbahaya ini. Oleh itu saya harap mereka dapat dibekalkan dengan air bersih bagi menjamin kualiti hidup,” katanya.
Laporan akhbar sebelum ini mengatakan, 11 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Berua dikuarantin kerana demam panas dan mempunyai simptom menyerupai virus kencing tikus.

Orang Melayu Malu Jalani Ujian HIV
Perasaan malu di kalangan orang Melayu untuk tampil menjalani ujian atau mendapatkan rawatan sewajarnya merupakan penyumbang kepada penularan HIV dan AIDS di kalangan mereka.
Menurut Presiden Majlis AIDS Malaysia (MAM), Tan Sri Mohd. Zaman Khan, persepsi negatif yang keterlaluan di samping stigma dan diskriminasi masyarakat yang terlalu menebal secara langsung juga menyumbang kepada penularan epidemik itu.
Katanya, menurut statistik, sehingga kini kira-kira 66,000 orang Melayu menghidap HIV diikuti Cina 13,000 dan India sebanyak 7,300.
"Statistik ini turut menunjukkan bahawa tujuh daripada 10 kes HIV di negara ini berlaku di kalangan orang Melayu yang beragama Islam.
"Situasi ini telah menimbulkan keresahan di kalangan banyak pihak kerana orang Melayu yang tebal mengamalkan gaya hidup berlandaskan ajaran Islam terjebak dengan epidemik atau penyakit moral ini," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam.
Untuk rekod, sejak 1986 sehingga Disember 2010, epidemik HIV telah menular kepada 91,632 orang dan telah meragut nyawa 12,403 orang.

Rangka Manusia 16,000 Tahun Dihantar ke Tapak Asal
Kawasan gua tempat penemuan rangka manusia berusia 16,000 tahun di Gua Bewah, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.
Rangka manusia berusia 16,000 tahun yang dipercayai rangka tertua pernah ditemui di negara ini akan dikembalikan ke tapak asalnya di Gua Bewah, Tasik Kenyir tidak lama lagi.
Pengarah Muzium Terengganu, Yusof Abdullah berkata, pihaknya sedang membuat persiapan terakhir berhubung urusan penghantaran rangka dikenali sebagai Bewah Man itu. Ia dijangka dilakukan pada akhir tahun ini.
Katanya, sekumpulan pakar tempatan dan ahli arkeologi kini sibuk membina satu bekas khas yang sesuai untuk menempatkan rangka manusia itu yang telah ditemui di Gua Bewah pada November tahun lalu.
“Penyelidikan ke atas rangka ini telah memasuki fasa terakhir dan selepas itu kita akan menghantarnya ke tempat ia ditemui.
“Kita juga akan pastikan rangka ini tidak diganggu dan sentiasa berada dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Ditanya apakah jantina rangka itu, Yusof menjelaskan, sepasukan ahli arkeologi baru-baru ini telah menemui cebisan gigi ketika melakukan cari gali di Gua Bewah dan penemuan itu diharap akan dapat membantu untuk menentukan jantina rangka berkenaan.
“Ini adalah penemuan baru bagi Bewah Man namun kita akan melakukan lebih banyak ujian sebelum dapat menentukan jantina sebenar rangka yang dianggap tertua di negara kita,” jelasnya.
Yusof menjelaskan, setiap rangka yang ditemui di kawasan itu telah dihantar kepada pakar-pakar di Amerika Syarikat untuk penyelidikan lanjut.

Terengganu Sudah Bersiap Sedia Hadapi Banjir
Kerajaan negeri sudah bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir, terutama berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini.
Sebanyak 112 pangkalan hadapan yang diwujudkan di seluruh negeri bagi menghadapi banjir sudah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan ketika bencana itu berlaku.
Bagi tujuan itu, pihak berkuasa menyediakan 347 pusat pemindahan banjir yang mampu menempatkan 51,700 mangsa, berbanding 48, 192 orang pada tahun lalu.
Sebanyak 98 pusat perpindahan disediakan di daerah Besut, Setiu (35), Hulu Terengganu (78), Kuala Terengganu (25), Marang (23), Dungun (52) dan Kemaman (36).
Seramai 11,082 mangsa banjir mampu ditempatkan di Besut, Setiu (2,738), Hulu Terengganu (8,640), Kuala Terengganu (7,300), Marang (4,100), Dungun (9,615) dan Kemaman (8,270).
Semua agensi kerajaan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan pejabat-pejabat daerah telah bersiap sedia menjalankan tanggungjawab masing-masing jika banjir berlaku.
Majlis Keselamatan Negeri (MKN) juga telah bersiap sedia dengan pelbagai barang keperluan mangsa banjir seperti bekalan makanan dan minuman, selimut serta lampin bayi di Depot Simpanan Keperluan Bencana di Pulau Kerengga, Marang, bagi tujuan yang sama.
Bilik gerakan banjir akan dibuka segera sebaik saja terdapat mangsa banjir yang berpindah, bagi memudahkan urusan penghantaran bekalan dan maklumat semasa mengenai banjir.
Orang ramai boleh merujuk laman sesawang, etindakan.terengganu.gov.my bagi mendapatkan maklumat tepat dan terkini berkaitan situasi bencana alam itu di Terengganu.
Teganukita
Tidak Benar Restoran 1Malaysia Tidak Ikut Harga Ditetapkan
Dakwaan mengatakan restoran dan gerai makanan yang mengambil bahagian dalam Program Menu Rakyat 1Malaysia tidak mengikut harga dan kualiti yang ditetapkan tidak benar berikutan mereka masih menawarkan harga seperti dicadangkan kerajaan.
Tinjauan Harian Metro terhadap beberapa restoran yang menyediakan menu itu mendapati mereka masih menawarkan harga sama iaitu bagi sarapan di Semenanjung RM2 dan RM2.50 untuk Sabah, Sarawak serta Labuan manakala untuk makan tengah hari, di Semenanjung RM4 dan RM5 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.
Sebelum ini, ramai pengguna laman sosial facebook meluahkan kekecewaan dalam komen mereka mendakwa restoran atau gerai makanan yang menyediakan menu itu tidak mengikut standard harga program berkenaan dan mendakwa ada pengusaha yang cuba mengeksploitasi program itu.
Difahamkan sehingga pertengahan Julai lalu sebanyak 728 gerai makanan dan restoran sudah mengambil bahagian dalam program berkenaan dan rata-rata pengusaha makanan berpendapat usaha itu sangat baik kerana dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan.
Sementara itu, jurucakap Bahagian Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima aduan orang ramai berhubung program berkenaan.

Tiket Final Pasaran Gelap Dijual RM45
Bagai ada yang tidak kena apabila tiket final Piala Malaysia di antara Terengganu dan Negeri Sembilan yang dilaporkan habis dijual kelmarin, dikesan masih dijual semalam.
Bagaimanapun, penjualan tersebut dipercayai dilakukan oleh orang perseorangan yang membeli secara borong menerusi harga subsidi yang ditawarkan oleh kerajaan negeri.
Tiket tersebut kemudiannya dijual dengan harga hampir dua kali ganda berbanding harga subsidi.
Tinjauan Utusan Malaysia di pekarangan pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) di Kuala Terengganu, mengesan seorang penjual tiket pasaran gelap yang berlegar-legar mencari pembeli yang sanggup membayar dengan harga hampir dua kali ganda.
Difahamkan, tiket yang dibeli pada harga subsidi sebanyak RM25, dijual kepada peminat yang gagal membeli tiket semalam dengan harga RM45 sekeping.
Tiket pasaran kelab tersebut masih mendapat sambutan daripada segelintir peminat biarpun terpaksa membayar harga yang lebih mahal berbanding harga asal.
Menurut seorang pembeli yang enggan dikenali, dia terpaksa membeli tiket pasaran gelap walaupun mahal, memandangkan tiket habis dijual sejak semalam.
"Sebaik dapat tahu tiket habis, saya pergi pejabat DUN sebab ada yang memberitahu tiket ada dijual di sana, tapi saya masih belum dapat lagi.
"Sebab itu saya terus datang sini (pejabat PBSNT) kalau-kalau masih ada tiket yang belum dibeli," katanya.
Seorang kakitangan PBSNT ketika ditemui turut mengesahkan perkara itu, namun enggan mengulas lanjut.
Utusan Malaysia

Peruntukan RM90 j Hadapi Banjir - JPS
Kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM20 juta untuk menaikkan taraf sungai-sungai di negeri ini sebagai persediaan menghadapi banjir pada musim tengkujuh hujung tahun ini.
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Mat Hussin Ghani berkata, pada masa sama, hampir RM70 juta lagi diperuntukkan bagi melaksanakan fasa komprehensif untuk dua sistem tebatan banjir yang terletak di Chukai, Kemaman.
“Projek-projek ini yang dikenali Rolling Plan untuk tebatan banjir, termasuk yang terletak di Sungai Setiu bernilai RM36 juta dan Sungai Paka bernilai RM20 juta.
“Kita jangkakan semua projek ini dapat dilaksanakan sepenuhnya tahun depan dan 2013 selepas mendapat kelulusan daripada Kabinet,” katanya dihubungi baru-baru ini.
Mat Hussin berkata, pihaknya juga akan membaiki sistem pengairan dan sistem antihakisan tanah di enam kawasan Parlimen di negeri ini.
Katanya, kawasan yang akan disiapkan sebelum hujung tahun ini itu termasuk yang terletak di Kuala Nerus, Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun and Kemaman dengan peruntukan kira-kira RM12 juta.
Utusan Malaysia
90 Tan Metrik Beras Dirampas di Kuala Besut
Pejabat Kawal Selia Padi Beras Kelantan merampas 90 tan metrik beras tempatan dan import pelbagai gred bernilai RM170,000 dalam serbuan di sebuah gudang simpanan berlesen di Kuala Besut, Terengganu, kelmarin.
Menurut sumber, serbuan pukul 2 petang itu dilakukan susulan penahanan sebuah treler yang membawa muatan 35 tan metrik beras super tempatan 15 peratus (hancur) di Kilometer 29 Lebuh Raya Jeli-Gerik, Selasa lalu.
"Hasil siasatan, serbuan dan pemeriksaan yang dijalankan terhadap setor terbabit dan menemui timbunan beras tempatan dan juga yang diimport.
"Berdasarkan siasatan, syarikat tersebut disyaki melanggar peraturan di bawah Akta Kawalan Padi Beras 1994," katanya kepada pemberita di Kota Bharu semalam.
Sumber memberitahu, beras yang dirampas itu dipindahkan ke stor Lundang semalam, sementara menunggu keputusan mahkamah berhubung kes terbabit.
"Pemeriksaan dan siasatan yang dilakukan turut mendapat kerjasama Pejabat Kawal Selia Padi dan Beras Terengganu serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kelantan," katanya.
Berikutan rampasan tersebut, seorang lelaki berusia 40-an dipercayai pemilik gudang itu ditahan.

Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Dibaiki Untuk Perlawanan AFC
Kerja baik pulih dan ubah suai Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terenganu dijadual siap sebelum bermulanya Kejohanan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada Mac bulan depan.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Sheikh Ahmad Tajuddin Sheikh Yusof berkata, kerja menaiktaraf dengan peruntukan yang disalurkan melalui Majlis Bandaraya Kuala Terengganu sedang rancak dijalankan dan dijangka siap menjelang akhir Januari depan.
Katanya, pihaknya berpuas hati dengan keadaan rumput di padang yang kini berada pada tahap terbaik manakala keperluan lain termasuk bilik media dan bilik persalinan dinaik taraf dan lampu limpah akan dipertingkatkan hingga mencapai tahap yang ditetapkan.
"Setakat ini kita ada empat menara untuk lampu limpah jika menara itu tidak cukup kita akan tambah mengikut kesesuaian. Selain itu bilik persalinan dan bilik mesyuarat pun kita akan ubahsuai,” katanya.
Menurutnya, Terenganu layak menyertai Kejohanan AFC itu selepas menjuarai Piala FA pada Jun lalu.

Lantai Jeti Bot Dataran Shahbandar Reput Tunggu Mangsa
Orang ramai yang menggunakan jeti bot penambang di Dataran Shahbandar di Kuala Terengganu, berdepan risiko kemalangan berikutan ada bahagian jeti kayu berkenaan dikesan reput dan tertanggal.
Pemandu bot penambang, Mustafa Ali, 63, berkata, waktu malam menjadi detik paling bahaya kepada penumpang kerana lantai jeti diperbuat daripada kayu itu kebanyakannya sudah tertanggal.
Menurutnya, antara 300 hingga 400 penumpang menggunakan perkhidmatan bot penambang yang beroperasi dari jam 6.30 pagi hingga 10.30 malam pada setiap Ahad hingga Khamis.
“Bagaimanapun pada hujung minggu penumpang boleh mencecah hingga 600 orang dan keadaan jeti yang usang itu boleh mengundang padah kepada pengguna,” katanya.
Seorang penumpang, Siah Che Sulong, 54, berkata, jeti terbabit berbahaya digunakan terutama kepada individu yang dikategorikan sebagai orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas.
“Sebelum berlaku kemalangan dan perkara tidak diingini, saya harap pihak berkenaan segera membaikinya,” katanya Azaman Ibrahim, 44, berkata, sebelum ini ada penumpang yang terseliuh kaki berikutan tersilap memijak lantai jeti yang reput dan tertanggal daripada struktur asalnya.
“Saya harap pihak berkenaan melihat sendiri jeti yang digunakan rakyat dan diharap mereka tidak memandang sepi keluhan ratusan penumpang yang menggunakan jeti terbabit,” katanya.
Menurutnya, walaupun ada jeti baru terletak 50 meter di sebelah jeti kayu itu, namun ia tidak boleh digunakan kerana struktur bumbungnya runtuh akibat dilanda ribut dan angin kencang bulan lalu.
Katanya, jeti baru terbabit juga jarang digunakan berikutan bot sukar mendarat ketika air surut yang boleh mengakibatkan bot terkandas pada beting pasir berhampiran jeti itu.
Harian Metro

Permintaan WWF Malaysia Dipertimbang - Toh
Kerajaan negeri sedia menimbang permintaan Tabung Alam Malaysia (WWF Malaysia) agar kawasan yang diwartakan dapat diperluaskan bagi meningkatkan keberkesanan Pusat Santuari Penyu, Ma' Daerah, Kemaman.
Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Toh Chin Yaw bagaimanapun berkata, beberapa faktor perlu diambil kira sebelum sebarang keputusan diambil.
Kata Chin Yaw, antara faktor itu adalah kesannya kepada perancangan pembangunan pada masa depan di samping penjanaan ekonomi penduduk setempat.
"Kerajaan sokong usaha pemuliharaan penyu. Buktinya, dahulu kita wartakan tanah bagi pusat ini," katanya baru-baru ini.
WWF Malaysia dalam kenyataannya sebelum ini menyebut, bagi menjamin keberkesanan Ma'Daerah sebagai Pusat Santuari Penyu, kawasan seluas 23.65 hektar yang telah diwartakan pada 18 Januari 2007 perlu diperluaskan lagi.

Doakan Kejayaan Kami Untuk Bawa Pulang Piala Malaysia
"Doakan kejayaan kami, kami turun dengan satu tekad iaitu membawa pulang Piala Malaysia untuk kali kedua ke bumi Terengganu," itu kata-kata penuh semangat penjaga gawang skuad penyu, Sharbinee Allawee.
Sedar tugas penuh berliku untuk mengawal pintu gawang daripada dibolosi, bekas penjaga gol kebangsaan ini mengharapkan barisan pertahanan dikemudi ketua pasukan, Marzuki Yusof mampu mengekang asakan penyerang lawan terutamanya Hairuddin Omar.
Kebimbangan paling digeruni pemain di benteng terakhir ini ialah tandukan berbisa Hairuddin dan tendangan kencang serta mengelirukan ketua pasukan skuad Hobin Jang Hobin, Muhamad Shukor Adan.
"Jika rakan di barisan pertahanan dan tengah mampu mengekang asakan dan serangan Negeri Sembilan, tugas mengawal gawang dari dibolosi akan menjadi lebih mudah.
"Saya berkeyakinan kesebelasan yang akan diturunkan esok mampu menggalas tugas seperti direncanakan jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim," kata Sharbinee ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) petang semalam sebelum berlepas ke ibu kota.
Semua pemain bersemangat melangkah ke bilik menunggu sebelum menaiki pesawat sambil bersalaman dengan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat.
"Biarpun senarai kesebelasan belum diumumkan, semua rakan sepasukan sudah mencapai kata sepakat iaitu turun dengan tekad merealisasikan impian rakyat dan kerajaan Terengganu untuk memburu kejuaraan kedua selepas mengungguli Piala FA musim ini," katanya.
Irfan Bakti pula menyatakan senarai kesebelasan yang akan diturunkan esok hanya diketahui setengah jam sebelum wisel sepak mula dibunyikan.
"Banyak lagi ujian terpaksa ditempuhi pemain. Kita tahu semua pemain mahu bermain pada perlawanan akhir tetapi ini adalah pertarungan hidup mati. Hanya pemain terbaik akan disenaraikan, semua pemain masih mempunyai peluang," katanya.
Berita Harian

Siaran Langsung Perlawanan Akhir Piala Malaysia di TV1
Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan secara langsung aksi perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 antara Negeri Sembilan dan Terengganu, Sabtu ini.
Siaran langsung di saluran TV1 dari Stadium Shah Alam itu bermula jam 8.40 malam, menurut kenyataan RTM hari ini.
Perlawanan akhir Piala Malaysia tahun ini berlangsung di Stadium Shah Alam berikutan kerja-kerja penyelenggaraan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Protes Harga Tiket Mahal: Laman WSeb FAM Digodam
Sehingga kini laman Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang dalam proses pembaikian berikutan telah digodam pihak tidak bertanggungjawab, awal pagi ini.
Laman web itu, www.fam.org.my difahamkan tidak lagi berfungsi seperti biasa, sebaliknya telah mempamerkan logo FAM yang diubah suai dengan meletakkan imej ‘khinzir’ dan turut dimasukkan rakaman dua rakaman video berbau provokasi.
Selain itu, laman web yang digodam dengan latar belakang warna merah itu turut menyelitkan satu artikel dari sebuah akhbar tempatan (bukan terbitan Utusan Malaysia) bertajuk ‘Harga tiket RM50 wajar’.
Kata-kata herdikan yang menggunakan bahasa kesat turut diselitkan pada laman yang digodam itu.
Provokasi terbaru ini difahamkan wujud akibat kenaikan harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu, Sabtu ini.
Utusan Malaysia
Ayuh gegar Stadium Shah Alam
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berharap peminat bola sepak tempatan datang beramai-ramai menyaksikan final Piala Malaysia, Sabtu ini walaupun harga tiket dinaikkan kepada RM50.
Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah bertitah, isu harga tiket tidak harus diperbesarkan kerana semua pihak termasuk kedua-dua pasukan yang beraksi pada perlawanan akhir itu bersetuju dengan kenaikan harga itu.
Kutipan tiket bukan 100 peratus milik FAM sebaliknya akan diagihkan kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan dan Terengganu yang beraksi pada perlawanan akhir itu selain pelbagai perbelanjaan lain.
Duit itu juga akan diagihkan kepada semua pasukan yang beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) menerusi geran tahunan selain aktiviti pembangunan di semua peringkat.
“Saya harap semua pihak memahami situasi itu yang dianggap normal, malah kenaikan harga tiket kali ini tidaklah terlalu membebankan kerana ia hanya membabitkan perlawanan akhir Piala Malaysia saja.
“Ini bukan perkara baru untuk diperbesarkan hingga mendapat liputan meluas media, saya berpendapat mereka yang suka bola sepak tempatan dan ingin melihat mutunya terus meningkat pasti tak terjejas memberi sokongan,” katanya.
Berikutan itu, Sultan Ahmad Shah meminta penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan mengetepikan isu kenaikan harga tiket final Piala Malaysia.
Baginda menyeru mereka datang beramai-ramai ke Stadium Shah Alam malam esok bagi memberi sokongan padu kepada pasukan masing-masing yang berentap memburu Piala Malaysia musim ini.
"Kalau dapat 80,000 orang datang adalah baik untuk kedua-dua pasukan, bukan kepada FAM.
"Kasihan juga pasukan negeri- negeri telah belanja berjuta-juta untuk memperbaiki pasukan masing- masing.
"Marilah kita beramai-ramai menyokong kedua-dua pasukan ini. Dalam masa sama, menolong menambahkan pendapatan daripada jualan tiket kepada kedua-dua pihak," titah baginda selepas merasmikan Kem Force 136, Rejimen 505 Askar Wataniah di Pekan semalam.
FAM telah memutuskan harga tiket final bagi kesemua tempat duduk termasuk grandstand adalah RM50, manakala tiket bagi kanak-kanak berusia bawah 12 tahun pula dijual pada harga RM5 seorang.
Bagaimanapun, harga tiket itu telah menimbulkan bantahan penyokong dan beberapa pihak lain dan menurut baginda, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad telah menjelaskan bahawa kenaikan harga tiket itu adalah bagi tujuan menampung pelbagai perbelanjaan yang meningkat.
Sultan Ahmad Shah bertitah, FAM tidak akan mengubah harga tiket yang telah dipersetujui bersama oleh kedua-dua persatuan bola sepak negeri berkenaan.
Bagaimanapun menurut baginda, FAM akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak selepas perlawanan itu bagi memastikan tidak wujud masalah pada masa depan.
"Tinggal beberapa jam lagi nak sepak mula, takkan nak tukar," titah baginda.
Bagi membantu penyokong, Kerajaan Negeri Terengganu memberi subsidi RM25 untuk 30,000 tiket yang diperuntukkan, manakala Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) pula memberikan potongan RM20.
Ditanya mengenai penyokong yang menyalahkan FAM berhubung isu itu, Sultan Ahmad Shah bertitah: "Jawatankuasa (Tiket dan Pertandingan Tempatan) dah putuskan, ia baik untuk kedua-dua pasukan."
Harian Metro/Kosmo!