Ada sebuah blog yang biasa menuduh dan mengutuk Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, meneruskan usaha memburuk-burukkan Menteri Besar dengan beberapa kenyataan terbaru.
Pertama, tugas Ahmad Said ialah menyempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan untuk menggadai dan menjual negeri Terengganu ini. Menggadai dan menjual harta redok negeri dan rakyat Terengganu.
Kedua, Terengganu kini jatuh miskin apabila Ahmad Said jadi MB ibaratnya “Pitis mas tadok sekepeng dah. Hasil negeri licing moner dah. Kawasan balak jual kira lori saja, kalau adapun tinggal sejoker dua je lagi.”
Ketiga, menggadai maruah warga negeri yang menghormati dan menjunjung tinggi institusi istana yang berdaulat dan terpuji itu.
Keempat, MB Mat Said berjaya mengelak daripada menipu dan mengaburi mata rakyat.
Kelima, YB yang menyokong Ahmad Said adalah ‘lembu’. (Pesanan blog berkenaan: Janganlah jadi seperti seorang lembu yang bodoh tonggong tu. Lembu gembalaan MB Mat Said ini bukan sahaja bodoh sombong tapi juga bahalol dan bla bla bla...), dan,
Keenam, banyak lagilah....
Rasanya bagus juga entri ini dibuat ketika Ahmad Said akan ke Jerman dan kemudian ke Mekah mulai Ahad ini. Bolehlah Ahmad Said mempersembahkan kata-kata ini kepada yang melantiknya yang dipertikaikan oleh pemilik blog ini berulang kali.
Juga Ahmad Said boleh berdoa di hadapan Kaabah apakah benar semua tuduhan ini dan jika tidak benar, janganlah pula didoakan sesuatu tidak baik kepada sesame insan. Biarlah Allah yang menentukan nasib seseorang.
Ahmad Said patut berdoa semuga rakyat dan negeri Terengganu akan terus makmur selain yang melantiknya cepat sembuh.
Sekembalinya nanti yang dijangka akhir Februari ini diharapkan semuanya berjalan baik, malah Ahmad Said kena tabah kerana cakap-cakap beliau akan digantikan Mac ini mula di bisikkan ke telinga oleh sesetengah pihak.
Selamat jalan dan selamat kembali kepada Ahmad Said!
Baca posting berikut untuk lebih jelas apa yang sama maksudkan:
YANG KEMARUK NAK JADI MB?
KHAMIS, FEBRUARI 04, 2010
Heboh diperkatakan terdapat beberapa orang wakil rakyat di Terengganu sedang menyiapkan diri untuk menjadi Menteri Besar Terengganu yang baru menggantikan MB Mat Said. Sehingga ada dikatakan beberapa orang isteri kepada Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan sudahpun menempah kain sutera dan menghias diri kononnya akan menjadi wanita pertama negeri Terengganu Darul Gondol ini.
Ish.. ish… ish…. Ini mesti kerja YB-YB cap ayam yang masih tak tekup batu dan tak dapat kawasan balak serta tak dapat projek rumah mampu milik atau projek-projek lain anugerah oleh MB Mat Said nin. Dalam bahasa yang lembut dan mudahnya - YB-YB yang masih tidak berjaya DIBELI oleh MB Mat Said dan YB-YB yang tak sempat dikelentong oleh MB Mat Said bahawa mereka ini ditolak oleh istana. Mereka memang tidak sedar kediri. Tak faham-faham, tak reti base.
Apa punya hal yang mereka galak gatal sangat nak jadi MB? Kang MB Mat Said tu sudah kelas gitu. Sudah hebat dan sudah tersohor seantero dunia sebagai MB terhebat abad ini? MB Mat Said bukan sebarangan orang. Jangan bercakap pasal pembangunan dan soal nasib rakyatlah. MB Mat Said tak main dan tak penting pasal itu semua. Yang penting kepada MB Mat Said ialah bagaimana nak menghabiskan harta redok negeri dan harta redok rakyat Terengganu. Bagaimana nak kayakan ‘and the geng’nya dan bagaimana nak kekalkan kuasanya. Yang lain tu, tidak penting, tidak mustahak, tidak menjadi kepentingan dan tidak termasuk dalam senarai ‘keutamaan' kepada dirinya.
Mana boleh nak ganti MB Mat Said. Kawasan balak betullah dah nak habis dibahagi tetapi ada lagi yang masih belum terjual. Wang royalti belum lagi diterima. Kawasan bijih besi, kawasan pertanian, kawasan lapang, belum lagi dipindahmilikkan. Kambing-kambing boer, lembu-lembu, beruk monyet dan gajah-gajah belum lagi dibeli. Pulau-pulau masih banyak lagi yang belum digadai. Baja-baja banyak lagi yang belum dijual. Saing rodong belum lagi jadi Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah GLC, belum lagi jadi SUK, belum lagi jadi Pegawai Kewangan, belum lagi lompat gred.
Lagi pun untuk apa kemaruk dan gila sangat nak jadi MB tu? Pitis mas tadok sekepeng dah. Hasil negeri licing moner dah. Kawasan balak jual kira lori saja, kalau adapun tinggal sejoker dua je lagi. Tu pun hak hujung-hujung, hak batang kurus-kurus dan hak yang belum sempat ditukar statusnya lagi. Yang lain, semuanya dah gondol belaka. Jadi nak tadbir apa lagi? Nak cari hasil negeri celah mana lagi?
Nak tebeng apa lagi? Janganlah jadi bodoh wahai YB-YB yang gila nak jadi MB tu. Jadi tak berapa cerdik seperti yang disebutkan oleh MB Mat Said lebih baik. Buat-buat bodoh lebih baik daripada buat-buat cerdik tapi memang comfirm bodoh. Tak kan itu pun tak reti lagi wahai YB-YB cap ayam… Tak kan yang itu pun nak kena MB Mat Said juga ajar.
Wahai YB-YB yang kemaruk nak jadi MB sekalian. Ini nak maklumkan (bukan mengajar atau menasihati tetapi sekadar ingin memaklumkan) :
Janganlah jadi seperti seorang lembu yang bodoh tonggong tu. Lembu gembalaan MB Mat Said ini bukan sahaja bodoh sombong tapi juga bahalol dan bla bla bla… Yalah lembu. Kerana apa dipanggil lembu, kerana memang dia lembu. Nak sebut nama pun memang spesis lembu jarang sekali tuannya berikan nama. Dah memang dia lembu, bodoh pun, memang lembu bodoh (lembu nin saya sendiri pun tak tahu yang mana satu. Cuma dimaklumkan, sesekali ada di Tingkat 16, sesekali ada di Tingkat Atas. Hebat lembu ni boleh naik turun lif dan naik turun tangga. Tapi seperti kata pepatah Melayu, ‘lembu mana (siapa) yang makan rumput, dialah yang terasa racun paraquatnya’…).
Yang geli hatinya, lembu ini seperti sengaja menonjolkan sifat kebodohlembuannya. Yalah, almaklum lembu. Namanya dah lembu. Tak boleh nak kata apalah. Kalau manusia atau orang tu, ada juga namanya. Mamat ke, Derih ke, Stopa ke, Semek ke, Mek Wok ke. Bermakna kalau apa-apa pun yang disebut oleh lembu ini, tak boleh nak kata apa lagi. Kalau dipertikaikan pun, dia memang dah comfirm bodoh (macam) lembu sebab dia lembu. Layak dan logiklah apa yang diperkatakannya.
Tetapi wahai YB-YB yang kemaruk kuasa, pedulikan apa yang lembu tu katakan. Jawatan MB bukannya jawatan yang tokki atau tok lembu itu tinggalkan. Bukan milik tokki atau tok dia. Bukan warisan nenek moyang dia. Mana ada jawatan MB peninggalan tok atau tokki lembu dalam dunia nin. Kalau DS Najib atau DS Hishammuddin atau mana-mana pemimpin parti UMNO/BN tu sendiri pun tak boleh nak buat apa dengan MB Mat Said – maksudnya tak mampu untuk tentukan kedudukan MB Mat Said – memang maha tepat dan betullah tu. DS Najib atau DS Hishammuddin atau mana-mana pemimpin sekalipun, memang sedar kediri. Mereka tak mampu dan tak layak, sebab jawatan MB tu bukannya peninggalan tok atau tokki mereka. Mereka hanya menjalankan amanah berdasarkan kedudukan yang dipertanggungjawabkan.
DS Najib atau DS Hishammuddin atau pemimpin lainnya hanya diberikan amanah untuk menjaga dan memimpin parti dan kerajaan. Mereka diberi amanah dan tanggungjawab. Mereka melaksanakan tugas mengikut kemampuan dan kuasa yang diamanahkan ahli parti dan rakyat. Sekali ahli berkehendakkan mereka menjadi pemimpin mereka, mereka sekali gus seperti diberi ‘kuasa’ untuk mewajarkan mereka menentukan kedudukan sesiapa berdasarkan kuasa-kuasa yang diamanahkan itu. Itu adalah prinsip dan aturan berparti, berkerajaan dan berkepimpinan.
Yang jelas, mereka tidak pernah menjadikan jawatan yang dimiliki mereka sebagai hak peribadi atau mewarisi peninggalan nenek moyang mereka, walaupun ayah dan keluarga mereka pernah menduduki jawatan yang disandang mereka sekarang. Mereka tidak pula jelas sedang berhempas pulas untuk menghabiskan harta redok rakyat dan negara. Kerana mereka tahu, mereka dikehendaki oleh rakyat untuk memimpin mereka. Dan walaupun yang melantik PM, TPM dan Menteri-menteri itu adalah istana, mereka tidak pula mendabik dada mengatakan mereka adalah PM, TPM atau Menteri istana.
Mereka sedar jawatan dan kuasa yang diberikan bukan jawatan warisan atau hak mereka atau hak tok dan tokki atau yang ayah mereka tinggalkan. Itulah bezanya seorang pemimpin yang boleh berfikir dan membezakan, berbanding dengan seorang lembu yang memang sah tahap pemikiran berkelembuannya.
Seperti yang Dr Jepun in bracket sebutkan di hadapan khalayak ramai dalam perhimpunan agung UMNO tahun lalu di PWTC, MB Mat Said DIPAKSA oleh istana untuk memegang jawatan MB Terengganu. Bukannya MB Mat Said yang gila dan kemaruk nak jadi MB. Dia dipaksa. Kalau tidak menerimanya, dia akan dilabelkan sebagai penderhaka. Kesihan MB Mat Said. Beliau bukan orangnya yang derhaka. Beliau bukan si-Tanggang anak derhaka atau si-Jebat derhaka. Bermakna bukan salah MB Mat Said. MB Mat Saidlah yang betul. Kerana itu, MB Mat Said berhak untuk menjaja dan menjualnya. Dengan status MB istana itulah, MB Mat Said selamat dan boleh bermahaistanarela (bermaharajalela?).
Itulah amalan MB Mat Said. Dah memaksa sangat dia jadi MB. Lantak ajelah. Itukan amanah dan tanggungjawab. MB Mat Said telah sedaya upaya menjalankan amanah dan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan. MB Mat Said sudah berjaya menunaikan amanah supaya menjual harta redok rakyat dan menyempurnakan tanggungjawab menggadai harta redok negeri. Jadi, untuk apa lagi perlu tukarkan MB?
Aduhai YB-YB sekalian,
Akuilah bahawa menjaja dan menjual nama istana oleh MB Mat Said sebegitu adalah tindakan yang maha wajar, kerana tindakan itu boleh menghalalkan cara, sekali gus beliau and the gengnya boleh bertindak sewenang-wenangnya tanpa memperdulikan pucuk pimpinan parti atau sesiapa sahaja, apa lagi rakyat yang tak punyai apa-apa kuasa dan tak tahu apa-apa itu - semata-mata kerana dia adalah MB istana.
Jadi YB-YB cap ayam sekalian,
Janganlah berangan-angan nak jadi MB, walaupun anda semua ‘layak’ untuk menjadi MB. Layak dalam erti kata, seseorang MB perlu dilantik di kalangan ahli-ahli Yang Berhormat. Pedulikanlah kelayakan itu selagi MB Mat Said masih ada. Kelayakan dengan ‘status YB’ itu sahaja yang ahli-ahli YB semua boleh tayangkan, sedangkan dari segi idea, pemikiran, gerak kerja, perancangan, visi dan misi serta segala macam keperluan lain selayaknya sebagai seorang MB, YB-YB semua jauh ketinggalan berbanding kemampuan dan hebatnya MB Mat Said. Jauh seperti planet pluto dengan bumi.
MB Mat Said maha mesra rakyat. Mana ada MB sebelum ini yang semesra rakyat semacam MB Mat Said. Mana ada MB sebelum ini yang boleh singgah di gerai-gerai makan kecil untuk makan bersama rakyat, walaupun sekejap sambil-sambil nak melawat kawasan lombong atau kawasan hutannya. Rakyat mana yang tidak ‘gumbira’ apabila seorang MB sanggup mencemar diri makan di warung-warung kecil tepi jalan. Rakyat (walaupun di kampung) semuanya sudah cerdik dan tak mudah ditipu dan dikaburi mata mereka. MB Mat Said ternyata telah berjaya mengelak daripada menipu dan mengaburi mata rakyat. MB Mat Said orang yang jujur dan ikhlas dalam segala hal.
Dah tu, masih tak puas hati dengan MB Mat Said. Sehingga sebegitu pengorbanan yang ditunjukkan oleh MB Mat Said, masih ada yang masih tidak puas hati? Entahlah… Nampaknya kena beli dan sedekah lembu serta air zam-zam dan kurma banyak lagi kepada mereka yang terus-terusan tidak puas hati ini. Insya-Allah, dengan meminum air zam-zam dan makan kurma bergambar MB Mat Said, harap-harap sejuklah sikit hati mereka.
Percaya dan yakinlah, tidak ada di kalangan YB-YB yang ada sekarang boleh setanding, sehebat dan selayak MB Mat Said. Sebutlah siapa MB dalam dunia ini, seorang pun tak boleh setaraf MB Mat Said. Cukup dengan MB Mat Said menyebut kun fayakun sahaja, semuanya sudah ternganga, tak ada lagi orang yang boleh melawan kehebatan beliau.
Wahai YB-YB cap ayam….
Kalaupun MB Mat Said duduk sahaja di kerusi MBnya atau ‘katakanlah’ (katakan sahaja, bukan betul. Maaflah kalau perkataan tu tak sesuai atau sensitif digunakan), MB Mat Said nak menderhaka dan tak mahu jadi MB, pun YB-YB yang ada masih tidak layak dan tidak boleh untuk menjadi MB. Kerana sudah ada yang berlagak dan perasan yang dialah sebenarnya MB, bukan MB Mat Said. MB Mat Said pada mereka boneka sahaja. MB Mat Said kena getel kepala sahaja. MB Mat Said hanya pada nama sahaja, kuasa dan keputusan di tangan orang lain.
Itulah dikatakan bagusnya MB Mat Said. Beliau telah ‘menurunkan’ kuasa-kuasa kepada mereka ini dan hasilnya tunjuk lagak mereka sudah jelas melampaui tugas dan kuasa MB Mat Said sendiri. Satu penghasilan yang maha cemerlang dan terbilang lagi tembelang.
Perkara ini bukanlah sesuatu yang memelikkan dan mengajaibkan kerana di zaman MB Mat Said tidak ada yang pelik, ajaib atau mustahil. Semuanya OK dan KO belaka. MB Mat Said bukannya tidak sedar, malah amat sedar dan amat tahu. Lembu itu pun rasanya amat tahu walaupun bodoh macam lembu. Tahu bahawa adanya orang @ manusia yang memang tak layak menjadi MB tetapi sudah berlagak lebih daripada seorang MB.
Jadi wahai YB-YB yang kemaruk sekalian,
Lupakanlah sahaja hasrat YB-YB untuk menjadi MB kalau betul YB berhasratnya begitu. Sudah pasti YB-YB semua tidak layak dan tidak mampu untuk mentadbir negeri Terengganu Darul Gondol ini. Perkara utama yang YB-YB gagal untuk menuruti cara dan pendekatan kecemerlangan kepimpinan MB Mat Said ialah YB-YB tidak mampu dan tidak tergamak untuk menggadai dan menghabiskan harta redok rakyat dan negeri. Itulah yang menghalang YB-YB untuk menjadi MB. Rasa tergamak dan teringin itu adalah maruah terbesar dan aset penting yang perlu ada pada seseorang untuk menjadi MB Terengganu Darul Gondol ini. Kalau tidak ada itu, lupakan sahaja hasrat menggunung itu. Beritahu isteri YB supaya sedekahkanlah kain sutera itu untuk rakyat kawasan YB.
Lupakan sahaja kegilaan dan kekemarukan YB-YB untuk menjadi MB itu. Berilah kerjasama dan sokongan penuh kepada kepimpinan MB Mat Said untuk memudahkan tugas beliau menyempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan untuk menggadai dan menjual negeri Terengganu ini. Menggadai dan menjual harta redok negeri dan rakyat Terengganu. Seterusnya menggadai maruah warga negeri yang menghormati dan menjunjung tinggi institusi istana yang berdaulat dan terpuji itu.
Friday, February 12, 2010
Tengku Razaleigh sokong wang ehsan Terengganu?
Oleh Mohd Razman Abdullah
Kerajaan PAS Kelantan dilihat semakin buntu dalam memperjuangkan isu mendapatkan royalti minyak untuk negeri itu daripada kerajaan pusat.
Malah, beberapa pemerhati menyifatkan kerajaan negeri sebagai cuba berlaku tidak adil kepada penduduk Kelantan kerana enggan akur dengan langkah kerajaan pusat memberikan wang ihsan untuk dinikmati oleh penduduk negeri itu.
Antara faktor yang dianggap menjadikan tuntutan oleh kerajaan negeri itu semakin lemah ialah penjelasan menyakinkan oleh kerajaan pusat bahawa daripada segi perundangan dan geografinya, Kelantan tidak layak mendapat royalti minyak.
Kerajaan negeri juga dilihat cuba melengah-lengahkan pemberian wang ihsan ini dengan membangkitkan isu-isu lain.
Pensyarah Sosiologi dan Bahasa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Nik Ahmad Kamal Nik Ahmad berkata beliau hairan kenapa secara tiba-tiba Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat cadangan supaya diadakan perbincangan dengan Umno mengenai isu Islam.
"Soalnya kenapa tiba-tiba menukar isu. Adakah kerana tiada jalan lagi untuk dipolitikkan isu royalti itu setelah kerajaan pusat mengumumkan pemberian wang ihsan RM20 juta sebagai menggantikan royalti minyak pada Mac ini. Ia bukti pusat bersifat adil kepada rakyat," katanya kepada Bernama.
Nik Ahmad Kamal berkata kemungkinan juga PAS belum mempunyai langkah seterusnya berhubung isu royalti itu walaupun sudah sekian lama anggota exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa mengumumkan akan mengambil tindakan mahkamah dengan melantik panel peguam.
"Namun sehingga kini tiada apa pun tindakan dilakukan," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjelaskan bahawa Kelantan tidak layak mendapat royalti minyak itu kerana operasi carigali di dua telaga yang dikatakan "milik Kelantan", berada lebih tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri itu.
Dua telaga minyak berkenaan terletak 150 batu nautika dari perairan Kelantan, sedangkan Seksyen 4(2) Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969 menyebut negeri di dalam Malaysia mempunyai perairan wilayah hanya setakat tiga batu nautika (5.5 kilometer) diukur dari paras air surut.
Nik Ahmad Kamal berkata PAS mungkin hanya melihat kepada Akta Petroleum serta perjanjian yang dibuat antara kerajaan negeri dan Petronas pada 1975 dan tidak melihat undang-undang lain secara keseluruhan.
"Tekanan ditambah lagi dengan kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah yang menyokong Kelantan layak mendapat royalti dan bukannya wang ihsan padahal beliau dilaporkan pernah menyokong pemberian wang ihsan kepada Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu pada 1999-2004. Kenyataan Tengku Razaleigh itu mematahkan isu royalti PAS sekali lagi," katanya.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata kerajaan Kelantan perlu melihat beberapa akta mengenai sempadan perairan sesebuah negeri sebelum menuduh kerajaan pusat tidak berlaku adil dalam isu tuntutan royalti minyak ini.
Beliau berkata Akta Ordinan Darurat 1969 dan Akta Tanah Negara jelas menyebut hak perairan sesebuah negeri tidak melebihi tiga batu nautika dari pantai.
"Ini bermakna Kelantan tidak berhak mendapat wang royalti minyak kerana dua telaga minyak, satu daripadanya terletak di kawasan tuntutan bertindih dengan Thailand, melebihi ratusan batu dari pantai negeri itu," kata Awang Adek.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed pula melahirkan rasa kecewa kerana kerajaan Kelantan menolak untuk bersama kerajaan pusat membincangkan rancangan pembangunan hasil daripada peruntukan wang ihsan RM20 juta itu.
"Kita mahu bincang dan melihat apakah keperluan kerajaan negeri tetapi mereka menolak menyertai Jawatankuasa Pengurusan Wang Ihsan. Namun peluang itu masih lagi terbuka buat kerajaan negeri," katanya.
Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, pula berpendapat PAS enggan menerima pelawaan untuk menyertai jawatankuasa itu kerana dengan berbuat demikian mereka lagi tidak dapat mempolitikkan isu tuntutan royalti minyak itu.
"Kalau mereka sertai seolah-olah mereka bersetuju terima wang ihsan," katanya.
Ibrahim berkata kenyataan Tengku Razaleigh mengenai isu royalti minyak hanyalah menyentuh aspek moral tapi isu sebenar dalam soal tuntutan royalti itu adalah perundangan.
"Sebab itu ia mesti selesai di mahkamah," katanya.
-- BERNAMA

KALAU TIDAK KERANA DATUK AHMAD SAID...
“Kalau tidak kerana Datuk MB ini, saya mungkin masih merengkok di sana. Saya amat berterima kasih kepadaMB dan YB saya (YB Ahmad Razif Abdul Rahman).”
Dengan nada sebak, Che Wan Budiman Che Wan Ngah, 31, menyatakan terima kasihnya di atas usaha kerajaan negeri Terengganu membebaskan beliau khususnya Datuk Ahmad Said.
Sambil bergenang air mata, Che Wan Budiman menyatakan belia berterima kasih kepada Menteri Besar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Ahmad Razif yang bertungkus-lumus berusaha dan mengadakan bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi membebaskannya.
Itulah kenyataan daripada seorang rakyat menggambarkan betapa “rakyat didahulukan’ dan kerajaan negeri yang ‘cakna rakyat’.
Ternyata Ahmad Said begitu prihatin masalah Che Wan Budiman dan mengarahkan Mohd Razif ke Pontianak bagi menguruskan pembebasan rakyat negeri Terengganu yang ditahan itu.
Difahamkan, ada seorang yang lain (bergelar Datuk) bertungkus lumus membantu Ahmad Razif menguruskan pembebasan Che Wan Budiman yang sanggup ke Jakarta dan Pontianak bagi tujuan itu.
Malah, kelmarin (Rabu), Ahmad Razif pagi-pagi terbang ke Kuching menyambut Che Wan Budiman yang melalui jalan darat untuk membawanya pulang dari Pontiak.
Dengan pesawat yang lewat penerbangannya dari Kuching (MH 2551), Ahmad Said berada di KLIA yang dijadualkan tiba pada 3.45 petang tetapi terlewat hamper dua jam dengan wartawan menunggu kepulangan Che Wan Budiman bersama-sama Ahmad Razif.
“Alhamdulillah, akhirnya derita menanggung kerinduan terhadap abah sejak hampir empat bulan lalu terubat juga dengan kepulangan saya dan sepanjang berada di sana saya hanya terfikir abah,” kata bapa kepada dua cahaya mata ini dengan penuh sebak.
"Saya ingin meminta maaf daripada ayah kerana menyebabkan bot pusaka yang diwarisi sejak lebih 32 tahun lalu dirampas pihak berkuasa Indonesia. Saya tahu bot itu amat bermakna bagi ayah kerana ia digunakan secara turun temurun bagi menyara 11 anak sebelum ini," kata Che Wan Budiman.
"Saya tidak serik untuk meneruskan kerjayanya sebagai nelayan kerana kerja itu sudah menjadi mata pencariannya sejak belasan tahun lalu," katanya ketika ditemui sejurus tiba dari Kuching, Sarawak, kira-kira jam 5.20 petang dengan menaiki pesawat MH2515 di KLIA.
Che Wan Budiman disambut Menteri Besar dan Ahmad Razif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri serta ahli keluarga.
Dia yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), berkata tiada perkataan yang dapat menggambarkan kegembiraannya sebaik menjejakkan kaki ke tanah air selepas hampir tiga bulan ditahan di Pontianak, Kalimantan.
Che Wan Budiman dari Seberang Takir, Kuala Terengganu, adalah tekong bot yang ditahan pihak berkuasa Indonesia bersama empat rakannya pada 12 November tahun lalu selepas didakwa menceroboh perairan negara berkenaan.
Che Wan Budmiman rasa bersalah dan sedih kerana akibat kecuaiannya, bot itu dirampas menyebabkan mereka sekeluarga kehilangan satu-satunya pusaka yang selama ini digunakan sebagai sumber pendapatan membesarkan adik beradik lain.
“Akibat ketakutan ketika itu, saya langsung tidak berasa sakit apabila terkena tembakan pada lengan sebelah kiri oleh pasukan Tentera Laut Indonesia kira-kira empat bulan lalu,” demikian kata Che Wan Budiman Che Wan Ngah, 31.
Menurut Che Wan Budiman, akibat ketakutan yang ‘terlampau’ itu juga dia seperti tidak mendengar arahan diberikan pihak berkuasa Indonesia melalui tembakan amaran ke udara dan seterusnya membuatkan dirinya ditembak kerana ingkar setelah di suruh berhenti.
“Bagaimanapun, kesakitan mula terasa sebaik dibawa naik ke atas bot tentera itu dan kami terpaksa menempuh perjalanan di laut hampir lima jam sebelum sampai ke darat dan ketika dalam bot itu juga saya turut diberi rawatan oleh pihak tentera terbabit.
“Namun, dalam keadaan kelam kabut, ditambah peralatan kurang mencukupi rawatan yang diberikan hanya sekadar termampu sahaja,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di Kuala Terengganu selepas ketibaannya kira-kira jam 9.000 malam dari KLIA.
Menurut beliau, sepanjang berada di pusat tahanan dia dilayan dengan baik serta bebas tidak seperti mana digambarkan sesetengah pihak sebelum ini dan penahanan itu dilakukan kerana terpaksa mengikut proses undang-undang.
Selain bersyukur dengan pembebasannya serta ucapan terima kasih tidak terhingga kepada pelbagai pihak yang telah banyak membantu terutamanya Kerajaan Negeri, kepulangannya dianggap sebagai satu nikmat besar yang tidak terhingga.

Sumber: Sinar Harian/Harian Metro

KES UGUT BUNUH - BEKAS SUSK MB AKAN DIPANGGIL SEBAGAI SAKSI
Daripada teganukini
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka, YB Haji Mohd Ariffin Abdullah, memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu Rabu (10 Feb 2010) , bahawa beliau menerima Sistem Pesanan Ringkas (SMS) berbunyi “Baik YB jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?”, jam 11.21 malam pada 13 April, tahun lalu.
Beliau merupakan saksi kedua kes perbicaraan Ahli Politik, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohd Zubir yang menghadapi empat tuduhan berhubung ugutan jenayah melalui SMS kepada tiga Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu tahun lalu.
Menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya Shahidani Abd Aziz, Adun Paka itu memberitahu mahkamah beliau berada di Hotel Felda Ressidence, Kuala Terengganu semasa menerima SMS tersebut yang dihantar melalui telefon menggunakan nombor 019-9158369.
“Pada peringkat awal saya hubungi kawan-kawan saya bagi memaklumkan perkara itu dan menghantar salinan SMS tersebut kepada YB Datuk Seri Idris Jusoh (bekas Menteri Besar).
Saya juga memaklumkan kepada YB Datuk Rosol Wahid (Adun Ajil) dan Datuk Dr Ramzi untuk memaklumkan mengenai SMS ugutan tersebut.
Selepas menyemak dengan Dr Ramzi bagi mendapat maklumat mengenai siapa penghantar SMS itu, Dr Ramzi memberitahu saya nombor itu milik (bekas) Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Besar (Haji Wan Ahamad Wan Muda) .
“Untuk mendapat kepastian, saya turun dari bilik untuk mengambil diari dari kereta yang diletakkan di tempat letak kenderaan hotel dan saya mendapat pengesahan nombor itu milik SUSK,” katanya.
YB Mohd Ariffin memberitahu mahkamah pada peringkat awal beliau berasa biasa saja apabila menerima SMS tersebut sebab beliau tidak tahu siapa penghantarnya.
Bagaimanapun, katanya, selepas itu timbul perasaan takut apabila beliau mengetahui identiti pengirim SMS berkenaan berdasarkan kedudukan penghantarnya dan scenario politik negeri Terengganu pada masa tersebut.
“Selepas itu saya telefon Dr Ramzi dan beliau datang ke bilik saya dan kemudian saya telefon YB Halim Jusoh (Adun Permaisuri),” katanya.
YB Mohd Ariffin berkata, selepas itu beliau mendapat pengesahan daripada YB Alias Abdullah (Adun Alor Limbat) bahawa terdapat unsur ugutan dalam SMS tersebut.
Katanya, YB Alias kemudiannya menasihatkan beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu berhubung kejadian tersebut (SMS ugutan).
Menurutnya, dari hotel Felda beliau terus ke IPD Kuala Terengganu untuk membuat laporan polis berhubung SMS itu, bersama-sama dengan YB Halim dan Dr Ramzi.
Beliau membuat laporan polis pada jam 12.55 pagi pada 14 April 2009 dan didapati ramai wartawan berada di IPD Kuala Terengganu pada waktu itu.
“Saya tidak tahu siapa yang panggil wartawan datang ke balai polis,” katanya ketika menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya siapa yang panggil wartawan datang ke situ.
YB Mohd Ariffin bagaimanapun mengakui beliau dan YB Halim membuat sidang akhbar di IPD Kuala Terengganu bagi memaklumkan kepada wartawan berhubung kejadian tersebut.
“Selepas membuat laporan polis saya terus balik ke bilik hotel,’ katanya sambil memberitahu bahawa selepas itu pihak polis merampas telefon bimbitnya pada 4 Mei 2009.
Telefon bimbit tersebut yang menggunakan nombor 019-9186181 dan dikemukakan sebagai barang bukti ditunjukkan dalam mahkamah dan disahkan oleh saksi kedua itu.
Timbalan Pendakwa Raya kemudiannya memberitahu Hakim M Bakri Abdul Majid bahawa Haji Wan Ahamad Wan Muda akan dipanggil sebagai saksi pada prosiding akan datang.
Menjawab soalan peguambela selepas itu, YB Mohd Ariffin berkata, beliau membalas balik SMS yang dihantar kepadanya dengan bertanya “Siapa Ni?”, tetapi pemilik telefon bimbit berkenaan membalas balik “Sorry, wrong number”.
Katanya, beliau ada membuat panggilan kepada nombor telefon berkenaan menggunakan telefon isterinya, tetapi tidak dijawab walaupun ada nada panggilan.
Beliau memberitahu mahkamah bahawa beliau yakin SMS itu dihantar dari nombor 019-9158369 dan perasaan takut timbul memikirkan sebelum ini macam-macam berlaku dalam politik, termasuk kes pembunuhan yang melibatkan Datuk Dr Mokhtar Hashim.
Tambahan pula, katanya, sebelum itu Harakah melaporkan bahawa Adun akan membuat usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said.
“Saya juga terpandang berita kaki dalam TV3 atau TV1 mengenai amaran Menteri Besar kepada ADUN yang akan mengemukakan usul undi tidak percaya,” tambahnya.
Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, YB Ariffin berkata, beliau tidak dapat menerima jika dikatakan SMS berbau ugutan itu datang dari Dr Ramzi.
“Jika ia datang dari Dr Ramzi saya anggap ia satu gurauan sahaja,” katanya yang membuat laporan polis berhubung SMS itu kira-kira 15 minit selepas bertemu Dr Ramzi.
Sementara itu, saksi ketiga, YB Abdul Halim Jusoh (Adun Permaisuri), memberitahu mahkmah beliau berada di Gong Badak semasa menerima SMS berbunyi “Baik jangan teruskan niat YB jika YB sayangkan nyawa,”.
Beliau yang menggunakan telefon bimbit nombor 019-9859088 berkata, SMS tersebut diterima jam 11.30 pada 13 April 2009.
Katanya, beliau memberitahu Dr Ramzi mengenai SMS tersebut kerana tertuduh adalah rakan baiknya.
“Dr Ramzi beritahu YB Ariffin juga ada terima SMS yang sama seperti yang saya terima,” katanya yang membuat pengesahan SMS dihantar melalui telefon bimbit nombor +6019-9158369.
Selepas diberi peluang membaca semula SMS melalui telefon miliknya di mahkamah, YB Abdul Halim kemudiannya membacakan semula SMS berbunyi “Baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?”.
YB Abdul Halim berkata, setelah berbincang dengan Dr Ramzi dan YB Alias, mereka membuat keputusan untuk membuat laporan polis mengenai perkara itu di IPD Kuala Terengganu.
Katanya, mereka tiba di IPD Kuala Terengganu lebih kurang jam 12 tengah malam untuk membuat laporan polis.
YB Abdul Halim kemudiannya memberitahu mahkamah telefon bimbitnya diserah kepada polis jam 7.10 malam pada 26 April 2009.
Pada sesi petang, saksi keempat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, YB Dato’ Rosol Wahid, hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, bahawa beliau menerima Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada nombor tidak dikenali berbunyi “Baik YB jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?”, lebih kurang jam 11.25 malam pada 13 April, tahun lalu.
Dato’ Rosol ketika menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya Shahidani Abd Aziz, beliau menjelaskan ketika SMS itu diterima, beliau sedang minum di sebuah kedai makan di Jalan 23 Kuala Berang-Kuala Terengganu.
Menurut beliau, SMS itu diterima dari penghantar yang tidak dikenali menggunakan nombor + 31234567890.
Ketika ditanya mengenai perasaan beliau sejurus mendapat SMS itu, beliau menjelaskan pada mulanya tidak merasa apa-apa kerana nombor itu tidak diwakili oleh sesiapa.
Bagaimanapun, sejurus kemudian beliau menerima panggilan daripada YB Zakaria (Mohd Arifin Abdullah yang juga saksi kedua) yang menanyakan beliau sama ada menerima atau tidak SMS yang sama.
“Selepas diceritakan kepada saya yang dia menerima SMS ugutan dan saya maklumkan kepada beliau saya juga terima SMS yang sama. Bagaimanapun, saya menjelaskan SMS berkenaan saya terima dari nombor +31234567890, manakala dia terima SMS dari nombor berlainan daripada apa yang saya terima.
“Dia ada bagitau nombor tapi saya tak ingat nombor itu, cuma yang saya ingat nombor itu dimaklumkan kepada saya milik Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada Menteri Besar (Haji Wan Ahamad Wan Muda),” katanya .
Selepas mendapat maklumat daripada YB Zakaria, beliau kemudiannya berpakat untuk membuat laporan polis berhubung SMS ugutan itu dan diminta oleh YB Zakaria supaya kes itu sama-sama dilaporkan di Kuala Terengganu.
Beliau bagaimanapun membuat laporan di Kuala Berang memandangkan jarak yang jauh untuk ke Kuala Terengganu serta waktu yang sudah lewat malam ketika itu.
Dato’ Rosol yang merasakan SMS itu suatu ugutan dan boleh menyebabkan nyawa terancam selepas diberitahu identiti pengirim SMS berkenaan dan suasana politik negeri Terengganu ketika itu, membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan kira-kira jam 12.45 pagi di Balai Polis Kuala Berang..
Ketika diminta penjelasan oleh Timbalan Pendakwa Raya mengenai senario politik ketika itu, beliau menjelaskan ketika itu Persidangan Dewan Undangan Negeri sedang berjalan dan ura-ura atau cakap-cakap yang mengatakan YAB Menteri Besar akan digulingkan melalui usul undi tidak percaya. Oleh kerana itu, mungkin ada kebimbangan SUSK mengenai perkara itu berlaku menyebabkan SMS itu dihantar.
Beliau kemudiannya tidak membuat apa-apa tindakan susulan selepas laporan polis dibuat pada malam kejadian (13 April) itu.
Telefon bimbit tersebut yang menggunakan nombor 012-9838307 dan dikemukakan sebagai barang bukti ditunjukkan dalam mahkamah sebelum disahkan oleh saksi keempat itu.
Dato’ Rosol memberitahu mahkamah, jika SMS itu dihantar oleh Datuk Dr Ramzi, beliau tidak berasa apa-apa dan tidak menganggap itu sebagai ugutan.
Beliau juga bersetuju bahawa SUSK merupakan orang yang rapat dengan YAB Menteri Besar dan disebabkan SMS itu ada kaitan dengan SUSK, jika undi tidak percaya itu benar-benar berlaku dan berjaya, maka kesan negatif kepada SUSK dan jika tidak berjaya, SUSK tidak akan mendapat apa-apa faedah.
Ketika menjawab soalan terakhir Timbalan Pendakwa Raya, Dato’ Rosol juga bersetuju bahawa SUSK tidak akan menjatuhkan Menteri Besar kerana beliau mencari makan dengan Menteri Besar.
Ahmad Ramzi sebelum itu mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan terhadap beliau.
Beliau yang merupakan Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM8,000 dan diarah menyerahkan passport kepada mahkamah.
Mengikut pertuduhan pertama, pada 11.21 malam 13 April lepas di E726 Jalan Kubang Parit, Kampung Kubang Parit di sini, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada Mohd Ariffin Abdullah, Adun Paka, dengan niat hendak menyebabkan kegentaran kepadanya.
Ahmad Ramzi juga didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap Abdul Halim Jusoh, Adun Permaisuri, pada tarikh, tempat dan waktu yang sama, dan juga terhadap Datuk Rosol Wahid, Adun Ajil, pada 11.25 malam di tempat dan pada tarikh yang sama.
Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, Ahmad Ramzi boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan keempat pada tarikh dan tempat yang sama, antara 11.21 malam dan 11.25 malam, dia didakwa memfitnah bekas Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar, Haji Wan Ahamad Wan Muda dengan menghantar SMS yang mengandungi ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada Mohd Ariffin, Abdul Halim dan Rosol, melalui laman web http://ownsmsbiz.com/v1 dengan menggunakan nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.
Bagi kesalahan itu, Ahmad Ramzi boleh dihukum penjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pihak pendakwa dibantu oleh Norazimon Azmi dan Ooi Choo Geek manakala Ahmad Ramzi diwakili peguam, Rosli Abdul Rahman.
Dalam prosiding sebelah pagi semalam (Selasa), Hakim M.Bakri Abd Majid memerintahkan supaya Ahmad Ramzi dibebaskan dan dilepaskan kerana pihak pendakwa mendaftarkan kes tersebut sebagai kes saman, sedangkan ia melibatkan kes jenayah.
Dr Ahmad Ramzi bagaimanapun didakwa semula atas tuduhan yang sama dan kes tersebut kini didaftarkan dibawah kes jenayah dan tertuduh kini perlu berada di dalam kandang mahkamah sepanjang perbicaraan kes tersebut.
Perbicaraan akan disambung pada 31 Mei, 2010

Jurulatih Menembak Dihadap Ke Mahkamah Atas Tuduhan Bunuh
Seorang jurulatih menembak Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu, semalam atas tuduhan membunuh seorang lelaki dalam satu kejadian 1 Feb lepas.
Zamil Ahmad Murat, 49, dituduh membunuh Syed Haikar Iskandar Syed Mahdzar, 34, antara jam 4 hingga 4.30 petang berhampiran kawasan semak belakang rumah Lot 19347, Gong Badak, Belakang Depo Syarikat Air Terengganu (SATU).
Dia dituduh melakukan perbuatan tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.
Tertuduh yang berpakaian lokap mengaku faham ketika kertas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Wan Nor Aklima Wan Salleh.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Jazamuddin Ahmad Nawawi kemudian memohon kepada mahkamah supaya menetapkan tarikh sebutan semula kes bagi membolehkan pihak pendakwa mengemukakan laporan yang berkaitan berhubung kes terbabit.
Mahkamah kemudian menetapkan 12 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu.
Kawasan dan kamar mahkamah sejak awal pagi lagi telah dipenuhi oleh ahli keluarga tertuduh termasuk isteri dan anak-anak jurulatih berkenaan serta sahabat handainya untuk mengikuti prosiding kes.
Dalam kejadian pada 1 Feb lepas, seorang lelaki ditembak mati oleh jurulatih menembak MSN itu ketika cuba memecah masuk ke rumahnya melalui pintu belakang.
Jurulatih terbabit yang ketika itu berada di pusat latihan menembak pulang ke rumahnya setelah dihubungi isterinya yang memaklumkan ternampak kelibat lelaki cuba memecah masuk ke rumah mereka.

Velodrom tetap dibina di Terengganu
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek menyambut baik hasrat Kerajaan Negeri Terengganu merealisasikan pembinaan velodrom di Dungun sebagai menghargai jasa pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang.
Beliau berkata, pihaknya menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk memilih kawasan yang sesuai dan pembinaaan velodrom itu kelak akan turut dilengkapkan dengan kemudahan sukan lain seperti gelanggang pelbagai guna.
''Saya gembira mereka dapat kenal pasti tempat yang lain dan kalau boleh di Dungun. Bagaimanapun, saya tidak dimaklumkan lagi dan saya serahkan kepada pihak berkuasa di sana,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Gelanggang Rakyat dan Karnival Belia dan Sukan Parlimen Hulu Langat di sini, kelmarin.
Kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Terengganu, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said berkata, pembinaan velodrom itu kekal di Dungun kerana kerajaan kini mempunyai tapak alternatif iaitu tanah seluas lapan hektar di Kampung Che Lijah.
Sebelum ini, cadangan kerajaan untuk membina velodrom di kawasan lapang di Sura, Dungun mendapat bantahan penduduk setempat kerana menganggap ia akan mengambil tanah dan mengganggu tempat anak muda beriadah.
Cadangan membina velodrom di Dungun itu diumum Shabery tahun lepas sebagai menghargai jasa Azizulhasni yang mengharumkan nama negara di peringkat dunia dalam sukan lumba basikal.
Menurut Shabery, pihaknya memilih untuk membina velodrom di Dungun adalah sebagai menghargai penduduk di daerah itu yang melahirkan jaguh basikal negara sehebat Azizulhasni.
''Kalau boleh kita hendak melahirkan lebih ramai jaguh yang hebat seperti Azizul dan di Dungun sahaja sudah terdapat beberapa kumpulan basikal yang semakin meningkat naik.
''Malah ada di kalangan anak-anak Terengganu ini telah berjaya melonjakkan kemampuan mereka sehingga ke peringkat kebangsaan seperti Fateha Mustafa dan Anuar Manan,'' ujarnya.
Sementara itu, mengulas mengenai gelanggang rakyat, beliau memberitahu, kerajaan telah pun berjaya membina lebih 900 gelanggang pelbagai guna daripada 1,200 yang dirancang.

Operasi JPN Ditutup Empat Hari Sempena Cuti Tahun Baru Cina
Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara akan ditutup empat hari sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina minggu ini.
Pegawai Perhubungan Awam JPN Jainisah Mohd Noor berkata kaunter JPN bagi Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan tidak akan beroperasi pada 13 hingga 16 Feb.
Manakala bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak akan beroperasi mulai esok hingga 15 Feb dan mula beroperasi seperti biasa pada hari Selasa (16 Feb).
Operasi JPN di Putrajaya dan lain-lain ibu pejabat negeri akan kembali beroperasi seperti biasa mulai 17 Feb, katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.
Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi pejabat perkhidmatan pelanggan, ibu pejabat JPN Putrajaya di talian 03-88807077, 03-88807071, 03-88807067, 03-88807069
dan 03-88808206.

SAKSI DIMINTA KENAL PASTI BARANG BUKTI KESSAKSI DIMINTA KENAL PASTI BARANG BUKTI KES
Saksi pertama kes perbicaraan Ahli Politik, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohd Zubir yang menghadapi empat tuduhan berhubung ugutan jenayah melalui SMS kepada tiga Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu tahun lalu, diarah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, mengenal pasti semua barang-barang yang dijadikan bukti kes tersebut.
Saksi tersebut, Koperal Zolbahari Abd Manan yang tampil pada hari pertama perbicaraan kes berkenaan bermula Selasa (9-2-2010) mengenal pasti 37 senarai barang barang kes yang dirampas berhubung kes dan diserahkan kepada beliau oleh ASP Mohd Hadzwan Zulkefle.
Menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya Shahidani Abd Aziz, Koperal Zolbahari memberitahu mahkamah barang-barang yang diterimanya pada 30 April 2009 termasuk seunit telefon tangan (HP) Nokia 9300, seunit HP Nokia 1208, seunit HP Nokia 3200, seunit Mac Pro Xeen 64-A1, seunit Monitor Samsung Syncmaster 226 BW-A2, seunit WD external hard drive, sepasang speaker Sonicgear, seunit keyboard Apple Macro, seunit beg galas, seunit laptop Acer aspire, seunit HSDPA USB Modem, seunit Buffalo External Hard drive, seunit Kingston data traveler (2GB), seunit CPU, seunit wide screen LCD, seunit keyboard Samsung, satu set momo racing force feedback whell, satu set speaker Creative, seunit tetikus Qseen, satu unit Kingston data treveler (4GB), seunit monitor LCD Acer, satu set tetikus dan papan kekunci wireless Acer, satu set speaker sonicgear dan seunit tetikus Qsenn.
Manakala barang yang diterima pada 1 Julai 2009 pula berupa HP Nokia E90, HP Nokia 9300, HP E 71, HP Nokia E71, HP Apple IPhone, laptop Compact, seunit laptop Dell, seunit laptop ECER, seunit laptop Dell, seunit modem, seunit CPU Acer E1, satu USB modem dan seunit HP Nokia E90.
Semua barang kes berkenaan ditanda sebagai bahan bukti dengan ditanda satu persatu bermula dari nombor 1 hingga 37.
Shahidani kemudiannya meminta Zolbahari mengecam dan mengenalpasti barang kes satu persatu sambil pihak pendakwa menyemak barang kes yang disenaraikan bagi perbicaran kes itu.
Ahmad Ramzi sebelum itu mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan terhadap beliau.
Beliau yang merupakan Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM8,000 dan diarah menyerahkan passport kepada mahkamah.
Mengikut pertuduhan pertama, pada 11.21 malam 13 April lepas di E726 Jalan Kubang Parit, Kampung Kubang Parit di sini, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada Mohd Ariffin Abdullah, Adun Paka, dengan niat hendak menyebabkan kegentaran kepadanya.
Ahmad Ramzi juga didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap Abdul Halim Jusoh, Adun Permaisuri, pada tarikh, tempat dan waktu yang sama, dan juga terhadap Datuk Rosol Wahid, Adun Ajil, pada 11.25 malam di tempat dan pada tarikh yang sama.
Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, Ahmad Ramzi boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan keempat pada tarikh dan tempat yang sama, antara 11.21 malam dan 11.25 malam, dia didakwa memfitnah Wan Ahamad Wan Muda dengan menghantar SMS yang mengandungi ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada Mohd Ariffin, Abdul Halim dan Rosol, melalui laman web http://ownsmsbiz.com/v1 dengan menggunakan nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.
Bagi kesalahan itu, Ahmad Ramzi boleh dihukum penjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pihak pendakwa dibantu oleh Norazimon Azmi dan Ooi Choo Geek manakala Ahmad Ramzi diwakili peguam, Rosli Abdul Rahman.
Dalam prosiding sebelah pagi, Hakim M.Bakri Abd Majid memerintahkan supaya Ahmad Ramzi dibebaskan dan dilepaskan kerana pihak pendakwa mendaftarkan kes tersebut sebagai kes saman, sedangkan ia melibatkan kes jenayah.
Dr Ahmad Ramzi bagaimanapun didakwa semula atas tuduhan yang sama dan kes tersebut kini didaftarkan di bawah kes jenayah dan tertuduh kini perlu berada di dalam kandang mahkamah sepanjang perbicaraan kes tersebut.
Perbicaraan bersambung Rabu.

Tuesday, February 9, 2010
RM50j bina kampus baru Institut IQ di Chendering
Kerajaan Negeri akan membina kampus baru Institut al-Quran (IQ) Terengganu di atas tanah seluas 80 hektar di Chendering dengan peruntukan kira-kira RM50 juta bagi fasa pertama projek berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata, kerja pembinaan akan dimulakan hujung tahun ini dan dijangka siap sepenuhnya pada 2012.
Menurutnya, RM23 juta pula diperuntukkan untuk proses pengambilalihan tanah yang telah dilakukan mulai sekarang.
“Kerajaan Negeri sedar, IQ Terengganu ketika ini terpaksa mengambil jumlah pelajar terhad berikutan kawasan kampus dan kemudahan di IQ Terengganu agak kecil meskipun institut ini mendapat permohonan serta permintaan tinggi daripada pelajar.
“Melihat kepada keperluan berkenaan, Kerajaan Negeri memasukkan projek ini dalam perancangan dan hala tuju pembangunan negeri untuk tahun ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pendaftaran Pelajar Baru Program Persijilan dan Kulliyyah al-Furqan sesi 2010 di IQ Terengganu, Padang Midin, di Kuala Terengganu semalam.
Khazan berkata, kampus baru berkenaan turut dilengkapi asrama untuk pelajar dan guru.
Menurutnya, lebih istimewa kewujudan kampus baru itu, IQ Terengganu akan berkemampuan melahirkan pelajar lulusan diploma dan ijazah yang mendapat pengiktirafan serta akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau dahulu dikenali sebagai Lembaga Akreditasi Negara (LAN).
Mengulas lanjut, Khazan berkata, disebabkan kekangan, kursus yang ditawarkan IQ Terengganu ketika ini dan sebelumnya masih belum mendapat akreditasi daripada MQA.
Sementara itu, Pengarah IQ Terengganu, Abdul Aziz@Ahmad Mohd berkata, jumlah pelajar baru mendaftar untuk tahun ini di IQ Terengganu berjumlah 543 orang, terdiri daripada 286 pelajar lelaki dan 257 pelajar perempuan, sementara jumlah pelajar sedia ada pula berjumlah 818 orang.

Peserta Negara Kuasai Kejohanan Lumba Jet Ski Dunia
Gambar oleh Blax
Lima peserta negara berjaya menguasai tujuh daripada sembilan kategori yang dipertandingkan dalam kejohanan Lumba Jet Ski Dunia yang berakhir di Pulau Duyong Kuala Terengganu,kelmarin..
Malah, dua peserta negara Peter Ho dari pasukan LT Kawasaki Racing dan Zulfaizal Sukri dari pasukan CTM turut mencipta kejutan apabila berjaya muncul juara dan naib juara dalam kategori Runabout Endurance Terbuka dengan menewaskan jaguh dunia tiga kali, Christ Fishchetti.
Selaku juara, Peter membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, diikuti Zulfaizal menerima hadiah RM5,000 , manakala Fishcetti terpaksa berpuas hati di tempat ketiga untuk membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,500.
Peter turut memenangi kategori Novis Runabout 4-Stroke Stock Terbuka setelah menewaskan peserta negara Hanif Sukri dari pasukan CTM sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.
Seorang lagi peserta Malaysia yang turut memenangi kejuaraan berganda ialah Supak Settura dari pasukan Wirajet Sports & Marine yang mengungguli kategori Pro-Am Runabout Terbuka setelah menewaskan seorang lagi jaguh dunia dari Amerika Amy Green.
Selain itu, Supak turut beraksi cemerlang dalam kategori Expert Runabout Terbuka mengalahkan juara British, Seth Wilkinson yang terpaksa akur di tempat kedua.
Kejayaan itu, membolehkan beliau membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah sebanyak RM11,000.
Bagi kategori Expert Runabout 800 Terbuka Malaysia dimenangi oleh Mohd Nur Azahari Ahmat Baddri, Expert Runabout Terbuka Malaysia dikuasai Ron Tan Kim Guan, dan Supadet dari pasukan Eme Jetski Team Racing pula memenangi Pro-Am Runabout 800 Terbuka.
Dua lagi kategori iaitu Wanita Runabout Terbuka dan Veteran Runabout Terbuka, dikuasai peserta dari Amerika Syarikat dan Thailand.
Seramai 100 peserta dari dalam dan luar negara menyertai Kejohanan Lumba Jet Ski Dunia yang julung kali diadakan di Malaysia selama tiga hari bermula Khamis lepas dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM82,500.
Mustahil Pas ambil alih kerusi DUN
UMNO giat mengatur strategi memastikan semua kerusi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri ini menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Naib Ketua UMNO Bahagian Dungun, Matulidi Jusoh berkata, pihaknya tidak akan sesekali memberi peluang kepada pembangkang, apatah lagi dua kerusi di Dungun iaitu Paka dan Rantau Abang dikatakan menjadi sasaran Pas.
“Bukan kata DUN Paka dan Rantau Abang, bahkan semua kawasan kita akan ambil semula. Jika mereka atur strategi, kita juga mempunyai senjata tersendiri,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sasaran Pas Terengganu mahu merampas sembilan kerusi DUN termasuk Paka dan Rantau Abang dengan mengekalkan lapan kerusi sedia ada.
Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat yang juga Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Dungun, Azman Shapawi sebelum ini berkata, pihaknya menyasarkan DUN yang dimenangi BN dengan majoriti 1,000 undi ke bawah.
Matulidi percaya, apa yang dikatakan Pas hanyalah cakap-cakap politik dan lumrah sebagai persiapan menghadapi pilihan raya.
Menurutnya, agak mustahil Pas memenangi kerusi DUN sebagaimana disasarkan, lebih-lebih lagi parti itu tidak mampu memberi apa-apa keistimewaan kepada rakyat.
Mengulas lanjut, beliau berkata, di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, Terengganu berjaya mengekalkan apa yang sedia ada sebelum ini terutama dalam bidang pendidikan negeri.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Dungun berkata, sasaran Pas itu tidak akan mempengaruhi gerak kerja parti sambil memberitahu, pihaknya melakukan program secara berkala.
”Apa yang patut dibantu, kita sudah bantu dan turun gelanggang bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN pada PRU-13,” katanya.

APA DAH JADI DENGAN BEKAS SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU?
Daripada teganukini (5 Feb 2010)
Kumpulan penentang MB Terengganu semakin tersepit apabila tinggal tiga wakil rakyat sahaja lagi yang menyokong beliau.
Rakyat pula sudah terlalu marah dan benci kepada kumpulan ini. Dari mula lagi rakyat marah kepada kumpulan ini dan berdiri dibelakang Seri Paduka Baginda Tuanku.
Buktinya amat jelas apabila lebih 50,000 rakyat berkumpul menyambut ketibaan Seri Paduka Baginda Tuanku di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada 30 Mac 2008 lalu, disamping mengutuk tindakan Idris dan rakan-rakannya. Pada masa itu juga gemuruh pekikan 'Daulat Tuanku' disamping ejekan ' ADUN Derhaka' juga kedengaran.
Kumpulan penentang amat terdesak sekarang ini. Mereka menggunakan Pengerusi Perhubungan UMNO sepenuhnya untuk memberi gambaran buruk Ahmad Said kepada Perdana Menteri. Dato' Seri Hishamuddin dikawal ketat oleh orang karektor di Terengganu. Sedangkan kedua-duanya tidak berpelajaran , jadi adalah amat tidak wajar tindakan Hishamuddin.
Hari ini seorang pegawai kanan TCS maklumkan bahawa bekas SUK telah diperguna sepenuhnya oleh kumpulan penentang . Bekas SUK memaklumkan kepada Pegawai-Pegawai kanan bahawa pada bulan Mac ini Perdana Menteri akan adakan perubahan kabinet dan Ahmad Said juga akan dipecat. Beliau pula akan dikembalikan semula ke jawatan Setiausaha Kerajaan Terengganu.
Bekas SUK bagaikan lupa kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu yang melantik Menteri Besar, bukannya Perdana Menteri !
Ini jelas kumpulan ini membodohkan bekas SUK dengan janji akan lantik semula beliau ke jawatan Setiausaha Kerajaan pada bulan Mac ini. Ini telah menyebabkan beliau bekerja kuat untuk memfitnahkan Ahmad Said. Sedangkan mengikut peraturan, pegawai yang bersara pilihan tidak boleh dilantik semula ke jawatan kerajaan.
Sebagaimana bekas SUK diperalatkan, ketua kumpulan penentang juga berjaya menggerakan dan memotovasi tiga ADUN dengan teknik “ Pecah & Perintah” dengan memberi harapan kepada mereka yang mereka semua berpeluang menjawat jawatan Menteri Besar sekiranya Ahmad berjaya di undur.
Mereka telah berjaya mengapi-apikan ketiga-tiga penentang kononnya mereka adalah bakal Menteri Besar baru mengantikan Ahmad, yang akan sentiasa saja diletakkan tarikh bakal dipecat dalam masa terdekat !
Seorang diapi-apikan sehingga yakin dia boleh menjadi MB Terengganu kerana hubungan rapatnya dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang merupakan sepupu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Keduanya pula dikatakan ‘proksi’ DSIJ di Terengganu yang mampu memulihkan imej DSIJ dalam politik Terengganu, jika dia berjaya menjadi Menteri Besar.
Sementara itu, yang ketiga didakwa cukup berkeyakinan mampu menjadi MB Terengganu kerana dialah satu-satunya ADUN yang bukan ‘cap ayam’ . Khabarnya, beliau didakwa yakin Istana Terengganu tidak akan menolak namanya jika dicadangkan menjadi MB.

Seorang aktivis masyarakat Alur Limbat maklumkan bahawa isteri salah seorang ADUN penentang sudah menempah berpasang-pasang pakaian sutera kerana yakin suami beliau akan jadi Menteri Besar sedikit masa lagi.
Sebenarnya Najib sendiri pun tidak kuat, betapa rapuhnya UMNO kini dengan peristiwa yang berlaku di Parlimen baru-baru ini, Bajet 2010 yang menelan belanja bilion ringgit hanyadiluluskan dengan suara lebih 3 undi , iaitu 66 menyokong dan 63 menentang dalam pengundian yang telah dijalankan.
Kumpulannya yang kecil berani bertindak berterusan kerana tiada pihak yang ambil tindakan kepada mereka.
Perkara ini dapat diatasi sekiranya tindakan diambil kepada golongan ini samada tindakan disiplin dari pihak parti atau pihak istana tarik balik darjah kebesaran. Tindakan ini pasti menjadi pengajaran kepada mereka dan tidak akan berani menentang lagi.

Juara Rakyat membela rakyat
Tindakan segelintir individu yang menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan mengatakan program Juara Rakyat sebenarnya Juara Rock sememangnya dilihat sengaja dilakukan bagi memperlekehkan usaha pihak kerajaan untuk sentiasa kekal menjadi juara di hati rakyat.
Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata, secara peribadinya, beliau melahirkan kekesalan dengan tindakan sedemikian dan sepatutnya individu itu perlu memahami serta mengetahui secara mendalam bentuk pengisian program diadakan sebelum berbuat demikian.
Menurutnya, tema pendidikan adalah salah satu bidang yang digariskan di bawah program Juara Rakyat dan Karnival Pendidikan Juara Rakyat untuk Rakyat berjaya diadakan selama tiga hari bermula Khamis lalu dan berakhir kelmarin.
Malah katanya, mereka agak keliru apabila ada individu sengaja menyebarkan SMS mengatakan, program Juara Rakyat yang diadakan sebagai Juara Rock sedangkan tiada sebarang unsur rock dilihat sepanjang karnival berlangsung.
“Rakyat ternyata memperoleh pelbagai pengetahuan dan menambah maklumat kerana terdapat pelbagai institusi pendidikan mengadakan pameran sempena program ini, selain pameran daripada jabatan kerajaan.
“Malah, aktiviti malam kebudayaan pula lebih berbentuk kerohanian dan turut diadakan deklamasi sajak Orang Ulu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Penutup Program Juara Rakyat Parlimen Hulu Terengganu dan Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR), kelmarin.
Program yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said itu menyaksikan seramai 473 penerima menerima tunai RM120 seorang bagi UPSR, sementara RM160 bagi murid yang mendapat keputusan cemerlang PMR tahun lalu.
Sementara itu, Penolong Pengarah Karnival Pendidikan Juara Rakyat untuk Rakyat Parlimen Hulu Terengganu yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Marzuki Ibrahim melalui kiriman SMS berkata, beliau tidak menafikan ada individu tertanya-tanya mengenai program Juara Rakyat dan belum jelas mengenainya.
“Kebiasaannya, apabila menyebut juara, pasti akan ada individu dinobatkan juara dan hanya ditentukan melalui pertandingan.
“Namun, dalam konteks ini, kejuaraan dinobatkan sekali lagi pada Mac 2008 sewaktu Pilihan Raya Umum ke-12 lalu yang membuktikan UMNO serta Barisan Nasional adalah juara rakyat,” katanya.

153 bakal bergelar usahawan pisang
Penduduk tempatan terutama petani yang berhadapan kemelut kemiskinan kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan menyediakan projek pertanian penanaman pisang secara berkelompok bagi membantu meningkatkan taraf hidup mereka.
Walaupun projek berkenaan tidak boleh membawa keuntungan berjuta ringgit kepada peserta, namun ia dilihat dapat membantu menampung kos keperluan hidup yang semakin meningkat, kesan inflasi terhadap barangan keperluan, selain daripada tanggungan pendidikan anak.
Setiausaha Projek Tanaman Pisang Berkelompok Kampung Padang Pulut, Dungun, Ismail Omar berkata, projek berkenaan dilaksanakan kerajaan bagi menjana pertumbuhan ekonomi penduduk setempat, selain menjadikan kampung mereka sebagai pusat pengeluaran hasil produk pisang terkenal di negeri ini.
“Bagi tujuan berkenaan, kerajaan meluluskan kira-kira 57 hektar tanah terbiar membabitkan 153 peserta yang kesemuanya terdiri daripada penduduk tempatan, terutama mereka berpendapatan rendah.
“Apabila tanaman pokok pisang ini mengeluarkan hasil, ia dijangka dapat menyumbang pendapatan antara RM1,000 hingga RM2,000 sebulan kepada setiap peserta dan secara tidak langsung membantu usaha kerajaan membasmi kemiskinan,” katanya.
Sementara itu, peserta, Mohd Nor Mat Hassan, 56, berkata, sebagai penduduk tempatan yang terpilih menyertai program berkenaan berkata, dia nekad memberikan komitmen terbaik dalam usahanya meningkatkan pendapatan keluarga.
Mohd Nor yang juga bilal masjid berkata, dia tidak menghadapi masalah menjalankan projek berkenaan kerana segala peralatan termasuk benih, baja, khidmat nasihat disediakan secara percuma oleh kerajaan.
“Isteri saya hanya menjual kuih dan pendapatan saya sebagai bilal masjid adalah RM400 sebulan, pastinya tidak mencukupi menanggung tujuh anak.
“Justeru, dengan menyertai projek penanaman pisang ini, saya dijangka memperoleh hampir RM1,000 sebulan, sekali gus dapat juga membiayai persekolahan anak,” katanya yang tinggal di Bukit Merah.
Sementara itu, Ahli Parlimen Dungun, Matulidi Jusoh yang mengetuai jawatankuasa program itu berharap, projek berkenaan bukan hanya tertumpu kepada penanaman pisang sahaja, sebaliknya akan dikembangkan kepada pelbagai bentuk perniagaan lain berasaskan pisang supaya usaha kerajaan menjadikan ‘satu kampung satu produk’ dapat direalisasikan.

Kes curi motosikal tertinggi di Terengganu
Kes kecurian motosikal mencatatkan indeks jenayah tertinggi di negeri ini dengan purata sebanyak empat hingga lima kes kecurian berlaku pada setiap hari.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fauzi Abduri berkata, sejak Januari hingga 3 Februari lalu, sebanyak 189 kes kecurian dicatatkan berlaku di seluruh negeri.
Katanya, walaupun jumlah kes berkurangan dalam tempoh sama tahun lalu iaitu sebanyak 274 kes namun ia masih serius kerana kadar penyelesaian rendah.
"Kuala Terengganu merupakan daerah yang paling tinggi berlaku kes kecurian iaitu sebanyak 99 kes diikuti Dungun (27 kes), Marang (18 kes), Kemaman (17 kes), Besut (13 kes), Hulu Terengganu (11 kes) dan Setiu (empat kes).
"Kebanyakan kes disebabkan oleh faktor kecuaian apabila pemiliknya meninggalkan motosikal tanpa dikunci," katanya ketika ditemui Utusan semalam. Beliau berkata, kebanyakan kejadian kecurian berlaku di sekitar tempat awam, rumah ibadat, tempat kerja dan kawasan perumahan.
Tambahnya, kebanyakan motosikal tidak dapat ditemui kerana dipercayai telah dileraikan untuk dijadikan alat ganti.
"Kita percaya kegiatan curi motosikal tersebut dilakukan oleh golongan remaja berusia 17 hingga 23 tahun.
"Mereka mahir meleraikan motosikal tersebut menjadi komponen-komponen kecil dalam masa 30 minit," jelasnya.
Setakat ini, ujarnya, pihaknya telah menahan dua buah kumpulan curi motosikal di negeri itu.
"Kita percaya terdapat puluhan kumpulan curi motosikal ini memandangkan setiap hari ada sahaja kecurian.
"Sempena Tahun Baru Cina ini kita akan mempergiatkan operasi ke semua premis dan bengkel motosikal selain pemantauan di kawasan-kawasan pasar minggu yang sering menjadi tumpuan penjenayah," katanya.

Laksana dua projek jalan bernilai RM40j
Dua projek utama membabitkan pembinaan jalan bernilai RM40 juta akan dilaksanakan tidak lama lagi di daerah Marang.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Yahya Khatib Mohamad berkata, dua jalan utama yang telah dikenal pasti itu membabitkan pembinaan jalan dari Kampung Gong Nangka ke Bukit Kor dan dari Kampung Kubu ke Felda Cador, masing-masing bernilai RM20 juta.
Selain itu katanya, jalan utama ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Limbat juga akan dibangunkan dalam masa terdekat.
“Pembinaan jalan ini amat penting bagi menyediakan kemudahan yang lebih baik kepada rakyat, selain sebagai laluan alternatif kepada jalan sedia ada di kawasan terbabit.
“Selain itu, kita harapkan dengan adanya kemudahan jalan raya di kawasan berkenaan, ia secara tidak langsung dapat memajukan kawasan itu dengan adanya sistem jaringan perhubungan lebih baik,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-10 Persatuan Pandu Puteri Malaysia cawangan Terengganu, Daerah Marang di Dewan SMK Tun Telanai.
Turut hadir, Pengerusi Majlis Belia Daerah Marang, Zaidi Muda; Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Daerah Marang, Toh Puan Zaitun Mat Amin dan Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Daerah Marang, Baki Setia Mamat.
Sementara itu, Zaitun dalam ucapannya berkata, persatuan akan terus aktif menjayakan program sama ada pada peringkat daerah mahupun peringkat negeri dan kebangsaan.
“Persatuan Pandu Puteri amat terkenal dengan keaktifannya dan bagi peringkat Daerah Marang pula, kami telah merangka serta menyusun pelbagai program kepada ahli bagi memastikan mereka berada di landasan betul untuk menjayakannya.
“Kita juga ingin memastikan ahli Pandu Puteri peringkat sekolah dapat memenuhi markah terbaik dalam pemarkahan kokurikulum sebanyak 10 peratus seperti disyaratkan untuk memasuki universiti tempatan,” katanya.

Sunday, February 7, 2010
Rangka manusia zaman Mesolitik ditemui di Gua Bewah
Sumber: UKOM/Berita Harian/ Gambar oleh Zulkifli Putra
Satu penemuan baru di Gunung Bewah di Tasik Kenyir – rangka manusia dipercayai berusia antara 8,000 hingga 10,000 tahun milik manusia zaman pra-sejarah – dijangka menjadi satu lagi tarikan ke tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara itu.
Rangka tersebut yang dipercayai mayat seorang remaja zaman pra-sejarah yang menghuni gua tersebut dan ia ditanam dalam keadaan merengkok (seperti bayi dalam kandungan), masih dikekalkan di tempat asal ia ditemui.
Artifak berkenaan ditemui November dalam kerja-kerja eskavasi yang diketuai Prof Nik Hasan Shuhami Nik Abdul Rahman dari Universiti Kebangsaan Malaysia dengan bantuan Jabatan Muzium Negara dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yang melawat artifak itu yang akan menjadi aset penting negeri ini, berkata ia akan dilindungi sepenuhnya oleh pihak berkenaan dan bakal menjadi tarikan pelancong, khususnya pengkaji sejarah dan pelajar, termasuk dari luar negara.
“Artifak ini akan terus dikekalkan di tempat asal ia ditemui bagi menjadikan kawasan ini sebagai tumpuan pelancong dalam dan luar negara,” katanya kepada pemberita selepas melawat atifak itu hari ini (6 Februari).
Ahmad Said pula berkata, ujian DNA yang sedang dilakukan kumpulan pakar luar negara terhadap artifak itu akan diketahui dalam tempoh sebulan bagi mengenal pasti usia sebenar pemiliknya.
“Selepas ini kita akan meletakkan cermin kaca bagi melindungi artifak ini dan orang ramai boleh melihat sendiri penemuan ini,” katanya.
Beliau turut mengumumkan Gua Bewah akan ditutup buat sementara waktu mulai hari ini bagi mengelakkan sebarang perbuatan khianat terhadap artifak tersebut.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Institut Tamadun dan Alam Melayu (Atma), UKM, Prof Datuk Dr Nik Hasan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, berkata rangka manusia zaman Mesolitik yang dipercayai remaja itu dianggar berusia 8,000 hingga 11,000 tahun.
"Rangka pra sejarah itu ditemui pada kedalaman 65 sentimeter (sm) hingga 70 sm yang disemadikan dalam keadaan merengkok dan kita telah menghantar sampel DNA (asid deoksiribonukleik) ke Amerika Syarikat untuk dianalisis.
"Keputusannya dijangka diketahui selewat-lewatnya bulan depan," katanya kepada pemberita selepas Menteri Besar dan media melawat ke gua berkenaan di sini hari ini.
Nik Hasan Shuhaimi berkata, penemuan rangka manusia pra sejarah ini adalah kali kedua di Tasik Kenyir selepas kali pertama ditemui di Gua Batu Tok Bidan, Tasik Kenyit pada 1975.
Beliau yang mengetuai kerja ekskavasi bersama Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Mohd Yusof Abdullah, dan 33 anggota cari gali lain berkata ia adalah penemuan penting sejarah ketamadunan manusia di Malaysia.
"Selain rangka manusia turut dijumpai di gua berkenaan adalah serpihan tembikar tanah yang dipercayai dari zaman Neolitik.
"Di antara serpihan tembikar itu terdapat serpihan yang tertulis corak seakan-akan tulisan lukisan batu yang pernah ditemui oleh pengkaji di tapak cari gali zaman Neolitik yang lain di seluruh Malaysia," katanya.
Sementara itu, Ahmad Said berkata kerajaan negeri akan meneruskan usaha cari gali bagi mencari artifak bersejarah lain.
Katanya, artifak yang ditemui di Gua Bewah tidak akan ditempatkan di muzium, sebaliknya dikekalkan dan diletakkan dalam bingkai kaca untuk tatapan pengunjung.
"Kita tak bercadang untuk bawa pulang artifak yang ditemui dan kita akan kekalkan ia di sini dalam usaha kita menarik kedatangan pelancong ke negeri ini dan ke Tasik Kenyir," katanya.
Bagi meneruskan usaha cari gali artifak bersejarah di gua berkenaan, Ahmad berkata gua itu akan ditutup sementara mulai hari ini kepada orang ramai.

PENDAPAT... Jadikan KT bandar raya bersih
Oleh Ku Othman Ku Rijal
Saya amat bersetuju dngan langkah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mahu menarik lessen pihak bertnggungjawab yang menyebabkan tandas dan dapur kotor.
Hakikatnya sebagai bandar raya yang didiami kebanyakan norang Islam, Kuala Terengganu berada dalam keadaan bersih dan penduduknya mengutamakan kebersihan.
Kita bukan mahu mengata tetapi kita tidak sedap dengar jika KT seperti sebuah bandar yang dikatakan berstatukan bandar raya Islam tetapi kotor dan penduduknya tidak menjaga kebersihan.
Oleh kerana kebersihan adalah sebahagian daripada iman, sebagai negeri Darul Iman, kebersihan hendaklah diutamakan.
Malah, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said sudah mengingatkan MBKT dan PBT yang lain menekankan soal kebersihan ini.
Kerana itu, saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa apa juga bentuk tindakan oleh MBKT untuk menjamin kebersihan hendaklah disokong.
Berikutan itu, semua pihak, khususnya peniaga termasuk semua pemilik premis makanan di negeri ini hendaklah menyahut seruan BMKT supaya menjaga kebersihan tandas dan dapur.
Ia bukan semata-mata bagi menjamin langkah keselamatan dapat dikuatkuasakan tetapi bagi mengelakkan tindakan tegas diambil ke atas mereka yang gagal mematuhi arahan (MBKT).
Pegawai Kesihatan Persekitaran MBKT, Razali Mohd berkata kelmarin, pihaknya akan melancarkan Operasi Tandas dan Dapur ke seluruh premis di sekitar pusat bandar pada pertengahan Februari ini.
Menurutnya, dalam operasi itu, tiga perkara utama akan dinilai dan diberikan perhatian iaitu membabitkan sikap peniaga, kebersihan serta aksesbiliti yang disediakan kepada pelanggan.
“Kami minta kerjasama daripada peniaga kedai makan agar mematuhi peraturan ditetapkan MBKT dengan memastikan tandas dan dapur di premis mereka sentiasa berada dalam keadaan bersih.
“MBKT dengan kerjasama Jabatan Kesihatan tidak teragak-agak mengenakan kompaun ataupun tarik semula lesen perniagaan ataupun mengarahkan premis ditutup jika didapati ada peniaga melanggarnya ketika operasi dijalankan,” katanya.
Apa yang diharapkan, janganlah masa operasi sahaja pihak bertanggungjawab menjaga kebersihannya tetapi juga sepanjang masa baik menjamin makanan yang disediakan sedap dan bersih.

Adzlan azam selesai masalah letak kereta di KT
Datuk Bandar Kuala Terengganu yang baru dilantik, Datuk Adzlan Mohd. Dagang berazam menyelesaikan masalah kekurangan tempat letak kereta di bandar raya ini terutama di pusat bandar sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Adzlan berkata, ia merupakan salah satu permasalahan yang ingin diselesaikan secepat mungkin bagi mengelak ia terus berlanjutan.
Katanya, beliau merancang memilih satu kawasan di sekitar bandar raya ini untuk dijadikan tempat letak kereta bagi menyelesaikan masalah itu.
"Saya juga merancang menggalakkan pembinaan beberapa pasar raya di beberapa kawasan di luar pusat bandar bagi mengelak terlalu ramai tertumpu di satu kawasan sahaja.
"Ia akan membantu mengurangkan kesesakan yang kita boleh lihat dengan pembukaan beberapa pasar raya seperti Mydin di Kuala Ibai," katanya ketika ditemui di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini kelmarin.
Adzlan berkata, pada masa sama, beliau merancang untuk membuka satu kawasan deretan kedai yang akan disewa oleh syarikat barangan berjenama.
"Ketika ini, hanya sebuah kedai Levi's sahaja yang dibuka di bandar raya ini. Ini merupakan sebahagian daripada strategi dalam mewujudkan satu kawasan membeli belah untuk golongan berpendapatan sederhana," katanya.
Beliau berkata, selama ini, golongan berkenaan akan pergi ke Kuantan, Pahang untuk mendapatkan barangan berjenama.
Kampung Cina mampu bantu pelancongan
Bermula tahun ini, Kampung Cina akan dihidupkan dengan kemeriahan penganjuran pelbagai aktiviti yang lebih kepada kebudayaan berbilang kaum dalam usaha membantu industri pelancongan di negeri ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Toh Chin Yaw berkata, dengan adanya penganjuran aktiviti seumpama itu, ia bukan sahaja menarik lebih ramai pelancong, malah memberi peluang kepada rakyat tempatan melihat sendiri keunikan budaya yang ada di negara ini tanpa perlu melancong ke negeri lain.
“Kami merancang menghidupkan Kampung Cina dengan pelbagai persembahan kebudayaan daripada pelbagai kaum termasuk Melayu dan India secara berterusan. Pada masa sama, di kaki lima sepanjang perkampungan ini, akan dibuka ruang niaga bagi memberi peluang kepada peniaga menambah pendapatan.
“Kami yakin, dengan adanya usaha ini, ia bukan sahaja dapat memperkenalkan perkampungan ini tetapi turut membantu usaha kerajaan menarik lebih ramai pelancong tempatan dan asing ke sini,” katanya.
Beliau berkata sedemikian kepada media ketika ditemui pada Majlis Perarakan Sempena Tahun Baru Cina bersama kakitangan Permai Inn di Kampung Cina.
Chin Yaw berkata, Kampung Cina adalah lokasi strategik dijadikan sebagai salah satu pusat daya tarikan pelancongan kerana faktor lokasi berada di dalam kawasan bandar.
“Pakej paling penting dilihat mampu menarik pelancong adalah dengan kewujudan bangunan lama yang masih tersergam indah.
“Disebabkan itulah, dalam usaha mengekalkan keindahan bangunan sedia ada, kami berusaha mengadakan pertandingan menghias bangunan dan rumah masing-masing bermula tahun ini, sementara sambutan daripada penduduk pula amat membanggakan,” katanya.
Sementara itu, Chin Yaw berkata, sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini dijangka meriah jika dibandingkan tahun sebelumnya dengan perancangan aktiviti bermula Jumaat lalu sehingga menjelangnya perayaan berkenaan.
Chin Yaw turut mengumumkan rumah terbuka yang akan diadakan pada 14 Febuari ini di Dewan Tunku Abdul Rahman, bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari dan orang ramai dijemput hadir memeriahkan majlis berkenaan.

Hakisan ombak makin buruk di Kampung Pantai Tok Jembal
Nelayan dan penduduk di Kampung Pantai Tok Jembal dekat Kuala Terengganu bimbang berikutan hakisan pantai semakin serius meminta kerajaan negeri mengambil tindakan segera untuk mengatasinya.
Tinjauan Edisi Timur mendapati kesan hakisan begitu ketara apabila jalan sepanjang pesisir pantai dari pangkalan nelayan Dalam Rhu Kuala Badak hingga berhampiran projek pembinaan benteng Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) sepanjang hampir dua kilometer, sudah runtuh ditelan bumi.
Malah, banyak pokok rhu sepanjang jalan itu tumbang dan hakisan dijangka lebih parah menjelang perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi kerana ketika itu angin kencang dan ombak besar dijangka berlaku.
Nelayan, Nasir Jusoh, 41, berkata jalan bertar sepanjang Pantai Tok Jembal mulai rosak sejak setahun lalu.
Katanya, hakisan di kawasan pantai semakin teruk dan dianggarkan sekurang-kurangnya 100 meter pantai sudah menjadi laut sejak musim tengkujuh hujung tahun lalu.
“Jalan ini pecah dan hampir putus sejak November tahun lalu kerana dipukul ombak besar musim tengkujuh.
“Nelayan di Tok Jembal sukar mendaratkan ikan kerana tidak ada lagi pangkalan disebabkan hakisan pantai. Masalah itu juga berlaku antara lain dipercayai berpunca projek menambak laut untuk pembinaan LTSM,” katanya.
Seorang lagi nelayan, Mazlan Ghani, 43, berkata disebabkan jalan di pantai rosak teruk dan tidak boleh dilalui kenderaan, orang ramai tidak lagi mengunjungi kawasan ini untuk membeli ikan segar yang didaratkan oleh nelayan di pangkalan Dalam Rhu Kuala Badak.
“Kini hampir tidak ada lagi orang datang membeli ikan segar yang didaratkan di pangkalan Dalam Rhu Kuala Badak menyebabkan pendapatan kami juga terjejas.
“Saya difahamkan kerajaan negeri sudah mempunyai peruntukan membaiki jalan Pantai Tok Jembal dan perkara ini dalam pengetahuan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Ahmad Razif Abd Rahman,” katanya.
Seorang penduduk, Kamal Husin, 48, pula berharap kerajaan akan membaiki segera jalan di pesisir pantai ini sepanjang hampir dua kilometer itu yang sudah lebih dua bulan runtuh.
Katanya, jika terus dibiarkan sudah pasti keadaan semakin parah dengan hakisan pantai semakin kuat yang boleh meruntuhkan lebih luas kawasan tebing.
Sementara itu, Ahmad Razif ketika dihubungi berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah meluluskan peruntukan RM6.5 juta untuk mengatasi masalah hakisan di kawasan itu termasuk membina semula jalan Pantai Tok Jembal yang pecah dan hampir putus kesan hakisan ombak.
Sumber: Berita Harian