Friday, February 22, 2013

BN Akan Menang PRU13, Pakatan Pembangkang Jauh Ketinggalan

 
Pakatan Pembangkang telah memungkiri banyak janjinya sebelum ini, termasuk bantuan kewangan bagi pendidikan pra-sekolah, penuntut universiti, warga emas dan orang kelainan upaya; penjagaan kesihatan percuma bagi mereka yang berumur lebih 65 tahun; cukai hartanah yang lebih rendah dan bantuan untuk pembeli rumah.
- Economist Intelligence Unit


Economist Intelligence Unit (EIU), sebahagian daripada majalah terkenal berpangkalan di London, 'The Economist', meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang baik, agenda pembaharuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta kepimpinan ekonomi beliau yang berjaya.

Bagi pemerhati antarabangsa, keputusan pilihan raya akan datang sudah jelas, bahawa BN akan menang, kata EIU.

Ia berkata pembangkang Pakatan Rakyat telah membuat 'janji lumayan' untuk mendapatkan kuasa, dan ini merupakan penghalang yang besar.

Berdasarkan semua ini, Pakatan Rakyat berada jauh ketinggalan, menyebabkan EIU meramalkan BN akan menjadi 'pemenang'.

EIU, pemikir yang menyediakan analisis risiko, industri dan negara berkala berkata, 'adalah jelas tidak sesuai' bagi Pakatan untuk melaksanakan semua janji kempennya.

"Sebagai contoh, menyediakan pendidikan menengah percuma akan menyebabkan kerajaan berbelanja RM43 bilion, dengan memansuhkan duti kereta akan mengurangkan perolehan cukai sebanyak RM4.6 bilion setahun," katanya.

Menurut EIU, Pakatan Rakyat telah memungkiri banyak janjinya sebelum ini, termasuk bantuan kewangan bagi pendidikan pra-sekolah, penuntut universiti, warga emas dan orang kelainan upaya; penjagaan kesihatan percuma bagi mereka yang berumur lebih 65 tahun; cukai hartanah yang lebih rendah dan bantuan untuk pembeli rumah.


Bagi semua perkara ini, populisme Pakatan kekal tidak mempunyai hasil yang praktikal. Di Selangor, misalnya, BN mendakwa bahawa Pakatan Rakyat melaksanakan hanya 15 peratus daripada 31 janji pilihan raya, bernilai RM2.4 bilion yang dibuat dalam manifesto pada 2008.

"Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul) Khalid Ibrahim mengulas bahawa manifesto bukan janji tetapi mengakui bahawa pengundi mungkin berfikir sebaliknya," kata EIU.


Bandingkannya dengan rekod kejayaan BN dalam memenuhi janji-janjinya, dan anda mempunyai perbezaan yang jelas dalam pendekatan.

Sebagai contoh, Najib telah menjanjikan Pulau Pinang dengan 20,000 rumah mampu milik dan monorel untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, dan jika BN berkuasa di negeri itu, pengundi boleh yakin rancangan ini akan dilaksanakan.

"Pertaruhan adalah tinggi bagi kedua-duanya (BN dan Pakatan)... perang tawaran berkemungkinan berterusan kerana kedua-dua pihak membuat persediaan untuk apa yang dianggap sebagai salah satu plihan raya paling sukar dalam sejarah Malaysia," kata laporan itu.

"Kedua-dua perlu menarik bagi pengundi muda, pengundi kali pertama, memandangkan hampir tiga juta orang dalam blok mengundi penting ini telah ditambah kepada daftar pemilih sejak pilihan raya lepas," katanya.


EIU mendakwa 'sebahagian besar daripada kumpulan ini' belum membuat keputusan mengenai parti mana yang hendak dipilih dan boleh mempengaruhi keputusan PRU13.

Najib perlu menang besar dalam usaha untuk menjamin masa depan agenda reformasi beliau, manakala di pihak lain, pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu menjadi yang pertama untuk memecahkan kuasa BN.

 Sementara itu, Umno yakin dengan hanya beberapa minggu yang tinggal untuk PRU13, setelah Najib berkata jentera parti berada pada peringkat akhir persiapannya.

"Kami telah menerima laporan audit mengenai jentera kami dan dari situ saya boleh mengatakan persediaan kami memuaskan. Pada masa yang sama, saya berharap usaha untuk mengukuhkan persediaan kami akan terus dijalankan oleh pemimpin di peringkat negeri," kata beliau kepada pemberita pada Jumaat lalu.

Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN, telah membuat pilihan calon yang menang tumpuan strategi beliau, menjelaskan bahawa BN harus membariskan calon dengan peluang terbaik untuk menang, tanpa mengira parti komponen BN mana yang memegang kerusi sebelumnya.

Satu lagi sebab utama kelebihan bagi parti pemerintah ialah pertumbuhan 5.2 peratus yang negara ini nikmati di bawah kepimpinan Najib, bersama-sama dengan peningkatan dalam pelaburan domestik dan asing.

Dan selain itu, pendapatan per kapita mencecah AS$9,700 daripada AS$7,500 pada tahun 2010.

EIU bersetuju dengan trajektori menaik: "Berikutan pengembangan anggaran daripada 5.2 peratus pada tahun 2012, kami menjangka KDNK berkembang pada kadar yang sama semasa tempoh ramalan 2013-17."

Angka pertumbuhan yang diumumkan semalam oleh Jabatan Perangkaan menunjukkan bahawa ekonomi berkembang kepada 6.4 peratus pertumbuhan pada suku terakhir 2012 dan menyokong pertumbuhan tahun penuh untuk berkembang sebanyak 5.6 peratus daripada 5.1 peratus tahun sebelumnya.

 Berlatarbelakangkan keadaan sedemikian, EIU berkata: "Jelas bahawa adalah sukar untuk Pakatan yang kini cuba membariskan satu pembangkang yang bersatu antara pemimpinnya yang sering bertengkar sejurus sebelum PRU13".

Tiada Sebab Penjawat Awam Tukar Kerajaan – Cuepacs

Muhyiddin  diiringi Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman bersalaman dengan orang ramai semasa tiba di Perhimpunan Khas Bersama Pemimpin-Pemimpin Kesatuan Gabungan CUEPACS di Dewan Konvensyen CIDB di Kuala Lumpur, semalam.
Penjawat awam tidak mempunyai sebab untuk menukar kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana pertukaran itu belum mampu menjanjikan kemajuan dan kestabilan negara, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman.

Omar berkata hampir kesemua tuntutan mereka telah ditunaikan sekaligus membuktikan kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sentiasa peka dan dekat dengan penjawat awam.

LTdL 2013 - Theo Bos Tunjuk Belang Awal, Pelumba China Jersi Merah

 

Pelumba pecut Belanda, Theo Bos membuktikan kehebatannya apabila menguasai peringkat pertama kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2013 semalam.

Selain menyarung Jersi Kuning selaku pendahulu keseluruhan, pelumba Blanco Pro Cycling Team (BLA) itu turut dinobatkan selaku Raja Pecut (Jersi Biru) selepas mengutip 15 mata daripada tiga zon pecut.

Bos, 29, mengambil masa empat jam 11 minit untuk menamatkan kayuhan di laluan beralun sejauh 162.7 kilometer (km) dari Kangar, Perlis ke Kulim, Kedah.


Kerangka Bumbung SSMZA Runtuh - Kesilapan Kaedah Kerja Jadi Punca


 Kesilapan kaedah kerja oleh pihak kontraktor antara punca kerangka bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Kuala Terengganu  yang sedang dalam proses baik pulih runtuh pagi semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insfrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Datuk Za'abar Mohd Adib berkata cadangan kaedah kerja dikemukakan oleh pihak kontraktor untuk membuka kerangka bumbung itu tidak tepat.

PM Temui Rakyat Terengganu Sempena PJJD Esok


Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan menemui orang ramai di dua kawasan tumpuan awam, iaitu Pasar Besar Kedai Payang dan Perhentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sebaik tiba di bandar ini, kira-kira jam 9 pagi sempena Program Jelajah Janji Ditepati (PJJD), esok.

Sejurus `walkabout’ dan menikmati sarapan pagi di Perhentian Bas MBKT, beliau bersama isteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dengan diiringi Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said akan ke tapak PJJD, di Dataran Syahbandar.

Penganalisis - Tiada Muafakat Dalam Pakatan Pembangkang

Pergeseran pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di Johor membuktikan tidak wujud permuafakatan di kalangan parti-parti pembangkang walaupun dalam persoalan asas, menurut penganalisis politik.

Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata pengundi perlu memberi perhatian kepada latar belakang dan kredibiliti pemimpin pembangkang kerana rata-rata mereka hanya cenderung kepada kuasa dan jawatan daripada soal perjuangan parti yang sebenar.

Seramai 1,476 Mangsa Banjir Daerah Besut Terima Bantuan


Penantian 1,476 mangsa banjir daerah Besut untuk menerima bantuan kerajaan berakhir apabila mereka menerima bantuan berkenaan semalam.

Bantuan RM1,000 yang diperolehi masing-masing RM500 dari Kerajaan Pusat dan Kerajaan negeri membolehkan mangsa terbabit menfaatkan bantuan itu untuk keperluan keluarga.

LTdL 2013 - Anuar Muncul Pelumba Terbaik Malaysia Peringkat Pertama

Anuar Manan (kiri) sedang melakukan pecutan terakhir ke garisan penamat pada perlumbaan peringkat pertama perlumbaan Le Tour De Langkawi (LTdL) 2013 dari Kangar ke Kulim sejauh 162.7 KM di Kulim, semalam.
 Pelumba negara Anuar Manan muncul sebagai pelumba terbaik Malaysia selepas berakhir peringkat pertama perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) dari Kangar ke Kulim, semalam.

Anuar berjaya menempatkan dirinya dalam kelompok 10 pelumba terawal tiba di garisan penamat dengan menamatkan saingan sejauh 162.7km di tempat ketujuh pada perlumbaan yang dimenangi oleh pakar pecut pasukan Blanco Pro Cycling Team, Theo Bos dari Belanda

Butler Mula Risau Dengan Kelibat Penyerang Import, Folan

Prestasi Folan dengan pasukan kamanya di Great Britain tidak lagi mampu mejamin kekayaan T-Team.

Ketandusan jaringan penyerang import Caleb Colman Folan dalam saingan Liga Super musim ini amat menggusarkan ketua jurulatih T-Team, Peter Butler.

Selepas tujuh perlawanan, Folan masih gagal menemui sentuhan jaringan sehingga Butler terpaksa memberi teguran dan peringatan kepada pemain berusia 30 tahun itu supaya bertindak segera.

MB Lancar Akademi Peteh Kids Hari ini

Akademi Bola Sepak Peteh Kids Terengganu (ABPKT) yang disertai lebih 200 kanak-kanak akan dilancarkan hari ini oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said di padang Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, Batu Buruk.

Pengarah ABPKT, Wan Mohd Azmi Wan Ngah berkata akademi bola sepak swasta pertama di Terengganu itu dikendalikan seorang jurulatih yang mempunyai lesen kelas B Persatuan Bolasepak Malaysia dengan dibantu enam penolong.

Ia mengenakan yuran bulanan RM35 seorang dengan latihan dua kali seminggu pada Jumaat dan Sabtu mulai pukul 8 hingga 11 pagi.

BN Terus Kerja Kuat Laksana Agenda Bantu Rakyat Sarawak


Kerajaan Barisan Nasional (BN) berjanji akan terus bekerja kuat membangunkan Sarawak kerana banyak lagi agenda pembangunan untuk rakyat perlu dilaksanakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

 Mengambil bait-bait lirik lagu tempatan "Wawasan Berkikis Bulu Betis" sebagai simbolik janji tersebut, beliau berkata itu adalah gambaran kesungguhan BN untuk bekerja meneruskan agenda membantu rakyat negeri ini.
Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menggaul ‘Yee Sang’ pada majlis makan malam sempena Tahun Baru Cina anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Kuching, malam semalam.

Dana Khas Bantu Rakyat Miskini Dapat Rawatan Terbaik

Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2.5 juta untuk Tabung Dana Khas Bantuan Kebajikan Sosial Perubatan pada tahun ini bagi membantu rakyat miskin mendapatkan rawatan terbaik.

\Timbalan Pengarah Kesihatan (Perubatan) negeri, Dr. Mohammad Omar berkata, dana khas yang mula diperkenalkan pada 2007 itu menyediakan peruntukan sebanyak RM2 juta setahun

Muhyiddin Minta Sektor Awam Tunggu 'Berita Baik' PM


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi 1.4 juta kakitangan awam akan menerima berita baik tidak lama lagi, yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, tuntutan dan rundingan yang telah dibuat oleh Cuepacs dan perdana menteri menunggu masa sesuai untuk diumumkan.

BN Youth Job Fair 2013 Di Terengganu, Hari Ini


Pemuda Barisan Nasional (BN) meneruskan penganjuran BN Youth Job Fair 2013 di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, hari ini dan esok (22-23 Februari 2013).

Pengerusi karnival, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, lebih daripada 20,000 pencari kerja dijangka mengunjungi karnival tersebut yang disertai oleh 80 syarikat, agensi kerajaan dan pusat latihan.

SPRM Pandang Serius Kegiatan Atur Keputusan Bola Sepak


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sentiasa memandang serius kegiatan mengatur keputusan perlawanan, yang kini menjadi ancaman besar terhadap kemajuan sukan di negara ini.

Timbalan ketua pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull berkata suruhanjaya itu meningkatkan usahanya untuk menangani isu itu kerana ia juga memberi kesan buruk terhadap masyarakat.

6 Batang Besi - 2 Beradik Dipenjara Sehari, Denda RM1,000


Gara-gara gagal memberi penjelasan munasabah berhubung enam batang besi perancah bangunan yang dimiliki, dua beradik menerima padah apabila dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret, di Kuala Terengganu, semalam.

Saidi Bidin dan Mohamad Ridzuan Bidin, dari Kampung Pengkalan Arang, turut diperintahkan tambahan penjara selama sebulan lagi jika gagal menjelaskan denda.

Thursday, February 21, 2013

Kerangka Bumbung Bukan Runtuh, 'Benda Yang Dipegang Terlepas Dari Tangan'

 
Bumbung SSMZA Sedang Dibaik Pulih Runtuh Hanya Fitnah, Khabar Angin?

Laporan online Bernama, Berita Harian, Utusan Malaysia, Malaysiakini dan teganuku semalam silap?

Hanya laporan Terengganu TODAY yang betul mengenai berita “Bumbung Stadium SMZA yang sedang dibaik pulih runtuh’.

Itulah yang dapat difahamkan jika membaca apa yang diposkan oleh IZ TT melalui Terengganu TODAY.

Dalam laporanya semalam dengan tajuk ‘Gempar!! Stadium Sultan Mizan Runtuh Lagi?’, Terengganu TODAY menyebut bahawa ‘Heboh dimainkan oleh pengamal media maya bahawa Stadium Sultan Mizan runtuh buat kali kedua.”

Menurut Terengganu TODAY : “Penulis dengan segera telah bergegas ke tempat kejadian bagi menghubungi beberapa pekerja di sana untuk mendapatkan gambaran yang sebenar tentang kejadian yang berlaku. Apa yang melucukan adalah setibanya penulis di sana, khabar angin yang disebarkan tidak setepat mana.

Walaupun terdapatnya sedikit kemalangan yang telah berlaku, sepertimana dilaporkan di dalam beberapa akhbar Online. Ianya merupakan tidak lebih dari sebuah kemalangan di tempat kerja. Manakala bumbung yang telah runtuh itu pula sememangnya sedang melalui proses perobohan. 

Ini kerana Pihak JKR dan kontraktor yang tebabit sedang dalam proses untuk memotong dan membuang besi kerangka bumbung yang terdapat pada bangunan stadium di sebelah selatan, di mana proses ini telah bermula sejak bulan lepas.

Menurut Terengganu TODAY lagi : “Proses merobohkan bumbung lama ini dilakukan bagi menggantikan bumbung baru yang lebih sesuai bagi stadium tersebut mengikut keadaan tempat dan cuaca di sini atau dalam erti kata lain, bumbung berkenaan ‘memang perlu dirobohkan’ dalam memudahkan kerja-kerja pemasangan bumbung baru.”

Berikutan itu Terengganu TODAY berharap “…pihak yang menyebar khabar angin dan gambar-gambar proses pembinaan semula terutama dari pembangkang, tidak menjadikan perkara sebagai satu isu dalam menunjukkan kecuaian mana-mana pihak dan mengambil kesempatan di atas perkara tersebut. Secara peribadi, penulis melihat perbuatan menyebar fitnah seperti ini menunjukkan kedangkalan tahap pemikiran pengamal media pro pembangkang.

Pada ayat paling akhir, Terengganu TODAY tulis: “Ralat : Akhbar Utusan Online dan Berita Harian telah melaporkan berlakunya kemalangan di Stadium Sultan Mizan di mana 3 orang telah tercedera.”

Pertanyaan teganuku cuma satu, jika ia fitnah dan khabar angin, apakah tiga pekerja yang parah itu disebabkan kecuaian mereka sendiri atau kontraktor yang patut dipersalahkan?

Oleh kerana ia bukan suatu keruntuhan dan memang perlu dirobohkan untuk memasang bumbung baru, apakah sebarang kerugian daripada kejadian semalam perlu ditanggung oleh kontraktor berkenaan atau memerlukan peruntukan tambahan?

Penjelasan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said membantu kita memahami isu ini apabila beliau berkata: "Bukan runtuh, ini tak betul (jika stadium itu dikatakan) runtuh. Dia (pekerja kontraktor) sedang angkat (peralatan pembinaan) menggunakan kren tetapi terlepas (dan menyebabkan kecederaan itu). Dan itu adalah tanggungjawab dia (kontraktor).

“Bukan runtuhan, itu tanggungjawab kontraktor (kerana) tidak menjaga keselamatan. Ini yang tidak betul (mengenai runtuhan itu) kerana kerja-kerja sedang berjalan, jadi benda yang dipegang (kren) terlepas menyebabkan ia berlaku.”

MB - Hentikan Fitnah Pembangunan Semula Pasar Payang Untuk Raih Undi

 

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said meminta pembangkang menghentikan fitnah berkaitan pembangunan semula Pasar Besar Kedai Payang dan tidak mempolitikkan isu itu untuk meraih sokongan rakyat.

Beliau menegaskan kerajaan negeri merancang pembangunan semula pasar itu setelah ia disahkan tidak selamat oleh Jabatan Kerja Raya (bahagian Forensik) berikutan kerosakan struktur rasuk di bawah pasar itu yang menempatkan jualan barangan basah seperti sayur, ikan dan daging.

Ahmad Said Nafi Stadium Sultan Mizan Runtuh

 

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menafikan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh buat kali kedua semalam, selepas kejadian runtuhan berlaku pada Jun 2009, yang menyebabkan sebahagian bumbung di granstand utama stadium itu runtuh.

Menurut beliau, kejadian yang menyebabkan pekerja di stadium berkenaan cedera selepas struktur keluli pada bumbung stadium yang sedang diperbaiki dikatakan runtuh itu adalah berpunca daripada kecuaian pihak kontraktor menjalankan kerja.


Ekonomi Malaysia Berkembang 5.6 Peratus Pada 2012

Ekonomi Malaysia berkembang 5.6 peratus tahun lepas berbanding 5.1 peratus pada 2011, demikian menurut Bank Negara Malaysia semalam.

Bank pusat itu berkata, meskipun persekitaran ekonomi global yang mencabar,ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan lebih tinggi sebanyak 6.4 peratus pada suku keempat tahun lepas.

Isu SSMZA Runtuh - Raja Bahrin Bidas Kerajaan Terengganu

 

Arkitek terkemuka, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah membidas kerajaan negeri yang didakwa lewat bertindak membaik pulih Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, hingga mengakibatkan kejadian bumbung runtuh berulang lagi semalam.

Beliau menyifatkan kejadian yang berlaku yang mengakibatkan tiga pekerja kontrak warga tempatan cedera itu sebagai sesuatu yang amat mendukacitakan di samping kerajaan negeri tidak mengambil iktibar daripada tragedi pertama yang berlaku Jun 2009.

Raja Bahrin Punca Bumbung Stadium SMZA Runtuh?


Daripada TerengganuTODAY

• Awal-awal, belum apa apa lagi dah nafi tidak terlibat atau menjadi penyebab keruntuhan
• Binaan kontraktor dibuat berdasarkan lakaran dan cadangan arktiek
• Tuding jari salahkan pihak lain, termasuk JKR- tangan yang memberi pun digigit 

Arkitek yang diberi tanggung jawab dalam pembinaan Stadium Sultan Zainal Abidin, Gong Badak Kuala Terengganu ini ialah milik Raja Bahrin sendiri, iaitu Senibahri Arkitek, bukan arikitek lain.

Pembinaan sesuatu bangunan adalah bermula dengan lakaran dan panduan arkitek!

Pembinaan adalah berdasarkan nasihat, lakaran dan panduan arkitek yang merekabentuk.

Lihat Deskripsi Tugas arkitek ialah:

Merancang, mereka bentuk bangunan baru,
Menerima dan mengkaji ringkasan projek (project’s brief), 
Melawat tapak projek, 
Menyediakan lukisan, lakaran reka bentuk (sketch drawings) 
Reka bentuk terperinci, lukisan kerja (working drawings) dan penentuan (specifications).

Apabila kertas laporan siasatan dikemukakan, Raja Bahrin awal awal membuat penafian bahawa dia tidak terlibat…orang Terengganu kata, pintas awal-awal. Biasanya, bila bersalah, kita cepat-cepat naïf dan melenting , belum apa apa lagi sudah membuat panafian- maka dari sudut psikologinya sebenarnya berasa buat salah dan cuba mengatakan diri kita tidak bersalah.

Senibahri Arkitek milik Dato’ Raja Baharin, syarikat perunding yang dilantik kerajaan negeri untuk mereka bentuk kerangka Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), menafikan terbabit dengan reka bentuk bumbung stadium itu yang runtuh.

Pemilik syarikat itu, Raja Kamarul Bahrin Shah, mendakwa bahawa pihaknya hanya ditugaskan untuk merekabentuk struktur bangunan stadium sahaja. Betullah dari reka bentuk itulah kontraktor jadikan panduan untuk pembinaan- maknanya rekabentuk tidak mengambilkira kesan apabila dijalankan pembinaan

Sepatut awal awal Raja Bahrin tidak merekabentuk bumbung stadium seumpama itu kerana rekabentuk yang dicadangkan dan dilakarkan itulah menjadi ikutan kontraktor binaan.

“Kita hanya bertindak sebagai perunding kerajaan dan tidak terbabit secara langsung dengan reka bentuk terperinci struktur dan pengawasan pembinaan bumbung tersebut” katanya. (lihat cepat cepat Raja Baharin menuding jari kepada pihak lain).

“Sementara kami, dilantik oleh kerajaan negeri dan tidak terbabit dengan reka bentuk terperinci struktur dan juga pengawasan bumbung tersebut,” katanya.

Sambil menyambut baik pendedahan Menteri Besar, Raja Kamarul Bahrin berkata, bahawa pihaknya sudah memberi penjelasan penuh kepada Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) dan Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) berhubung kejadian tersebut.

Raja Baharin juga menuduh Jabatan Kerja Raya JKR yang bersalah.

Pemilik Senibahri Arkitek itu mendakwa JKR yang bersalah kerana dakwanya lagi bahawa sebelum ini pihaknya pernah memberi pandangannya kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung ketidaksempurnaan bumbung tersebut yang dikesan sejak dalam proses pembinaan.

Itulah sikap dan amalan buruk Raja Bahrin yang suka menuding kepada pihak lain, hatta kepada JKR yang banyak memberi kerjasama dan projek kepada beliau.

Beliau sanggup 'menggigit tangan’ kepada pihak yang memberi makan kepadanya.

MB Sudah Maklum Sultan Selangor Hasrat Bubar DUN


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) apabila tiba masa yang sesuai, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun tarikh pembubaran Dun Selangor hanya akan diumumkan selepas perayaan Chap Goh Mei minggu depan, katanya.

PM Tandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International

 Datuk Seri Najib Tun Razak tandatangani Ikrar Intergriti Pilihan Raya Transparency International di Bangunan Perdana Putra Putrajaya, semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International, membuat perisytiharan terbuka untuk mendukung integriti dan memperteguh komitmen beliau terhadap agenda negara dalam memerangi rasuah terutamanya dalam pilihan raya umum ke-13.

Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International merupakan kontrak sosial secara sukarela, dengan calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum, berikrar untuk menggalakkan integriti, tadbir urus baik, ketelusan dan akauntabiliti dalam kerajaan dan mendukung kedaulatan undang-undang.

Surat ikrar yang ditandatangani oleh Najib semalam.

Bantahan Segelintir Peniaga Pasar Payang Selesai Selepas Rundingan


Bantahan segelintir peniaga berhubung cadangan kerajaan negeri membina pasar baru Pasar Payang selesai apabila mereka bersetuju dengan cadangan tersebut hasil pertemuan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said, semalam.

Pada pertemuan itu yang diadakan di Seri Iman, Menteri Besar bersetuju menerima cadangan peniaga untuk menempatkan semula semua peniaga yang beroperasi di Pasar Payang ke bangunan baru setelah pembinaannya siap kelak.

MB Serah Kunci Pangsapuri Ladang Gemilang 2

 

Seramai 25 keluarga dari Kampung Tanjung Kapor yang terlibat dengan pengambilan tanah bagi projek pembesaran jalan di kawasan berkenaan menerima kunci Pangsapuri Ladang Gemilang 2, dalam satu majlis penyerahan kunci di pangsapuri berkenaan.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang membuat penyerahan kunci berkenaan mengingatkan semua penerima agar bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan BN yang sentiasa mendahulukan rakyat dalam sebarang tindakan.


11 DUN Desak Azizan Berundur Sebagai Menteri Besar


Sebelas Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kedah dipercayai sepakat mendesak Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya Pas negeri kerana dianggap lemah dalam menerajui parti itu.

Ketua Unit Peti Undi (UPU) Pas Megat Dewa Asri Ahmad mendakwa kelemahan kepimpinan Azizan yang gagal menyelesaikan masalah dalaman parti menyebabkan ramai di kalangan anggota Pas tidak berpuas hati dengannya serta berasa kecewa.

147,000 Mohon BL1M Sehingga Semalam


Kira-kira 147,000 permohanan bagi program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) diterima setakat 19 Februari, kata Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda Umno, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin.

Beliau berkata Selangor mencatat pendaftaran paling ramai iaitu 18,802 permohonan diikuti Johor dan Sabah masing-masing 16,965 dan 16,647.

Keluarga Mangsa Kebakaran Terubat Dengan Kehadiran MB

 


Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, tengahari semalam meluangkan masa melawat mangsa kebakaran di Kampung Titian Baru, Marang.

Kesedihan mangsa kebakaran, Yahya Harun, 61, (gambar kiri) dan keluarganya sedikit terubat apabila dalam kunjungan tersebut, Datuk Seri Haji Ahmad yang turut berjanji akan menyediakan bantuan pembinaan rumah baru dengan peruntukan sebanyak RM40,000.

"Saya nasihatkan mangsa supaya segera menghantar borang permohonan kepada Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Payong, Zaidi Muda bagi membolehkan pembinaan berjalan secepat mungkin.