Saturday, March 16, 2013

Imam Berceramah Politik Di Masjid Akan Dikenakan Tindakan - MAIDAM

Solat 2 Imam masih berlaku di Terengganu, selain masih ada imam berceramah politik di masjid-masjid.
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan bertindak ke atas imam di negeri itu yang didapati mengadakan syarahan atau ceramah berunsur politik di dalam masjid.

 Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Maidam Datuk Mohd Rozali Ishak berkata perbuatan itu bercanggah dengan tugas hakiki mereka iaitu mengimamkan solat dan membacakan khutbah ketika solat Jumaat.

"Kita ada terima laporan dari beberapa daerah yang mengatakan imam-imam ini mengadakan ceramah politik dalam masjid. Ini satu kesalahan kerana tugas utama ialah mengimamkan solat dan membaca khutbah, bukan mengambil peluang berpolitik," katanya kepada pemberita, di Kuala Terengganu, semalam.

Katanya dalam tempoh dua tahun lepas, belum ada imam di negeri itu yang dikenakan tindakan dibuang kerja atau ditukarkan sekalipun didapati terlibat dalam politik secara terang-terangan.

"Namun bagi tahun ini, jika imam-imam didapati masih meneruskan kesalahan mereka, kita akan siasat dan membuat laporan kepada jawatankuasa tatatertib (Maidam).

"Jika kesalahan yang didapati agak serius, jawatankuasa tatatertib boleh mengambil tindakan yang lebih serius sehingga kita boleh memecat imam berkenaan," katanya.

Menurutnya tindakan tatatertib itu merangkumi imam penjawat awam yang dibayar gaji oleh kerajaan dan juga imam mukim yang hanya menerima elaun daripada kerajaan.

Katanya selaku orang yang ditauliahkan untuk membimbing umat Islam, seseorang imam tidak harus menyalah guna kuasa dengan menjadikan masjid pentas politik sehingga memecahbelahkan perpaduan ummah.

7 Dosa Besar Pembangkang Terhadap Rakyat Dan Umat Islam

Najib  (tengah) bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (kanan) dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin (kiri) melaungkan 'Gelombang Merah' pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tanah Merah semalam.
Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat supaya menolak pakatan pembangkang termasuk parti PAS di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang kerana mereka telah melakukan tujuh dosa besar terhadap rakyat dan umat Islam di negara ini.

Perdana Menteri menggariskan antaranya dosa parti PAS ialah membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam, gagal menunaikan janji kepada rakyat Kelantan, membenarkan pemimpin DAP secara rakus membotakkan kawasan di Tanah Tinggi Lojing serta mempermainkan matlamat perjuangan PAS sendiri.
 Datuk Seri Najib Razak bersama Menteri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed ,Timbalan Pengerusi Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin , Penyelaras Parlimen Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz melaungkan 'Gelombang Merah' pada Majlis " Bekwoh Bersama PM " Program Pemimpin Bersama Rakyat sempena lawatan kerja satu hari ke Kelantan, semalam.

Guru Hina Anggota Keselamatan Op Daulat DiReman


Seorang guru yang didakwa menghina anggota keselamatan berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu ditahan reman selama empat hari mulai semalam.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nik Habri Muhamad terhadap guru yang berusia 37 tahun.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintenden, Mohd Kamal Zainal berkata, perintah reman dibuat bagi membolehkan pihak polis mengendalikan siasatan terhadap kes guru berkenaan.

KPKT Baik Pulih 21 Kawasan Kritikal Perumahan Pangsa Seluruh Negara

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membaik pulih dan menjalankan kerja penyelenggaraan di 21 kawasan perumahan pangsa yang dikenal pasti sebagai kawasan kritikal di seluruh negara melalui projek Kejiranan Indah Desa Keluarga pada tahun ini

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPKT, Datuk Noriah Hashim berkata sepanjang tahun lepas pihaknya telah menjalankan projek itu di lapan kawasan perumahan pangsa di Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Johor melibatkan kos RM18.4 juta

Malindo Air Rancang Mula Penerbangan Antarabangsa Menjelang Jun Tahun Ini


Model syarikat penerbangan hibrid pertama Malaysia, Malindo Air, merancang memulakan penerbangan antarabangsanya yang pertama menjelang Jun tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata lebih banyak serahan pesawat akan dilakukan dengan permulaan perkhidmatan antarabangsa itu kelak.

Tiada Pihak Boleh Pertikai Tindakan Pasukan Keselamatan Tangani Pencerobohan di Sabah

Trak membawa anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan bekalan makanan menuju ke Kampung Tanduo dalam Ops Daulat pada hari ke-11 bagi memburu saki baki penceroboh Sulu di Lahad Datu, Sabah, semalam. 
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiada sesiapa boleh mempersoal tindakan pasukan keselamatan dalam menangani penceroboh militan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, sama ada dari segi prinsip undang-undang antarabangsa mahupun hukum agama.

 Perdana Menteri berkata Malaysia memang di pihak yang benar dalam mempertahan kedaulatan negara daripada penceroboh terbabit.

Keluarga Wira Negara Dapat Perhatian Ketua Menteri Melaka

Khatijah dikunjungi angggota PTCM Terngganu ang mewakili Ketua Menteri Melaka.
"Mak cik akan simpan duit (sumbangan) ini dan mak cik ingat nak buat kenduri arwah," kata Jeriah Abu, 65, ibu Sarjan Baharin Hamit yang terkorban dalam serangan hendap di Semporna, Sabah pada 2 Mac lepas.

Jeriah, yang ditemui selepas majlis Solat Hajat, bacaan Yasin dan Tahlil untuk anggota polis yang terkorban dalam insiden pencerobohan militan dari Filipina, berkata kali terakhir beliau bertemu anaknya ialah pada Disember lepas sewaktu arwah bercuti dua minggu.

Lemas Ketika Mahu Selamat Kasut Dalam Laut

Seorang penuntut Kolej Antarabangsa KFC Holdings yang sedang menghabiskan cuti semester bersama keluarganya didapati lemas di Pantai Batu Buruk dekat Kuala Terengganu, pagi semalam.

Kejadian berlaku kira-kira 6.30 pagi, ketika Zulhilmi Syukri Mazlan, 20, dipercayai mahu menyelamatkan kasutnya yang dihanyutkan air sebelum dia dilihat terkapai-kapai oleh orang ramai.

Naijib Doakan Calon STPM 2012 Peroleh Keputusan Membanggakan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendoakan semua calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 yang akan mengambil keputusan Isnin ini bakal mendapat keputusan membanggakan.

Najib, menerusi Twitternya juga melahirkan harapan supaya pelajar yang berjaya kelak tidak akan melupakan jasa serta pengorbanan ibu bapa dan guru masing-masing.

Zakaria Dicabar Timbalannya Untuk Jawatan Presiden MGF

Pertandingan gimnastik...Gambar Hiasan
Buat kali pertamanya dalam tempoh 35 tahun, jawatan presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) akan menyaksikan pertandingan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-18 persekutuan itu, hari ini.

Penyandang jawatan yang juga pengasas MGF, Prof Datuk Dr Zakaria Ahmad akan dicabar timbalannya, A. Razak Mat Amin yang juga Presiden Persatuan Gimnastik Terengganu bagi merebut jawatan utama itu.

Friday, March 15, 2013

Bandar Raya Kuala Terengganu Jadi 'Mini Dubai' 10 Tahun Lagi



Pelbagai projek pembangunan Pusat Bandar Kuala Terengganu (KTCC) bakal melonjak kedudukan Kuala Terengganu sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air sekaligus muncul bandar ala `mini Dubai’ di Malaysia dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Komponen projek KTCC melibatkan kawasan muara utara dan muara selatan dengan kos RM7 bilion meliputi pusat gaya hidup bersepadu, pusat komersial serta hab pendidikan dan kesihatan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata satu daripada projek komersial berimpak tinggi yang bakal dibangunkan di muara selatan KTCC adalah KTCC Mall dengan pelaburan bernilai RM1 bilion.

Lakaran artis KTCC Mall “KTCC Mall akan disiapkan dalam masa tiga tahun, manakala di muara utara pula memakan masa lima hingga 10 tahun untuk bangunkan seluruh kawasan itu dari sekarang.

“Selain itu, kerja pembinaan `KTCC drawbridge’ (jambatan angkat) yang menyambung muara utara dan selatan ini akan ditender pada Jun, diikuti satu lagi projek pembinaan bangunan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) setinggi 30 tingkat yang juga sudah ditutup tendernya.


“Sementara itu, kita turut melantik pemaju bagi pembinaan hotel dan apartment di kawasan ini, di samping kita turut menguruskan projek pelaburan di muara utara,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pecah Tanah KTCC Mall, di tapak projek bersebelahan lorong Hotel Sumai, Kuala Terengganu, semalam.

“Dengan adanya kemudahan boling dan panggung wayang itu , penduduk sekitar terutama dari Kuala Terengganu tidak lagi perlu ke Kemasek (Mesra Mall, Kemaman).

Ini menjadi satu lagi alternatif yang baru untuk pengunjung beriadah bersama keluarga termasuk untuk menyertai permainan boling.

Malah, kejohanan (boling) juga boleh dilaksanakan di gelanggang itu nanti tanpa perlu ke (pusat boling) Kuantan.

“Kewujudan pusat beli-belah yang lebih besar dengan tawaran pelbagai barangan berjenama juga dapat mengelak penduduk daripada ke (pusat beli-belah) Kuala Lumpur lagi selepas ini,” katanya.

KTCC Mall merupakan komponen di bawah projek bersepadu KTCC yang dibangunkan ECER di kawasan pesisir pantai Kuala Terengganu dengan keluasan ruang peruncitan 750,000 kaki persegi, Hotel Novotel dilengkapi 250 bilik penginapan dan dua menara yang menempatkan 250 ruang perniagaan mewah secara keseluruhannya.

Bangunan kompleks beli-belah itu dijangka siap pada suku keempat tahun depan, manakala hotel dan ruang perniagaan mewah dijangka siap 2016.

Calon PRU-13 - Najib Temu Ketua Komponen, Disertai Pengerusi BN Negeri


Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan hampir enam jam dengan pemimpin-pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) petang semalam dipercayai berhubung senarai calon perikatan yang akan diturunkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurut Sinar Harian Online,  turut menghadiri pertemuan hari ini ialah Pengerusi BN negeri, yang terdiri daripada menteri besar dan ketua menteri.

Tidak Perlu Melatah Dengan Kecaman Pembangkang - Ahmad Said

Ahmad Said pada majlis pecah tanah KTCC Mall semalam.
Datuk Seri Ahmad Said tidak berganjak dan ttidak akan mudah melatah dengan kecaman pembangkang yang sentiasa menolak setiap pembangunan yang sedang pesat dilaksanakan di seluruh Terengganu.

“Apa yang hendak dirisaukan. Mereka (pembangkang) tiada isu. Apabila tiada pembangunan, mereka kata tiada pembangunan.

Jambatan Bukit Kuang Akan Dibuka September


Jambatan Bukit Kuang, Kemaman yang dibina bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas, menangani masalah banjir dan meningkatkan kegiatan ekonomi menerusi sektor perindustrian akan mula dibuka untuk laluan pengguna pada September depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata untuk permulaan jambatan berkenaan akan dibuka dua lorong, bagi memudahkan pengguna jalan raya dan mengurangkan kesesakan terutama pada waktu puncak.

Kerajaan Timbang Tubuh RCI Atau Buka Kertas Putih Siasat Pencerobohan Di Sabah

Pasukan tentera darat dan polis berkubu di simpang Jalan Tanjung Labian dalam usaha untuk mengetatkan lagi kawalan pada Op Daulat di Felda Sahabat.
Malaysia tidak menolak kemungkinan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) atau membuka kertas putih bagi menyiasat dakwaan kemungkinan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata siasatan menyeluruh perlu dibuat bagi mengenal pasti motif sebenar pencerobohan itu termasuk kemungkinan ada pihak yang membiayai militan dari selatan Filipina itu untuk menggugat keamanan dan kedaulatan negara.

Terengganu Sasar 30 Lagi Koperasi Masjid Sebelum Akhir 2013

Terengganu menyasarkan 30 koperasi masjid baharu diwujudkan sebelum akhir tahun ini menerusi dasar "1 Masjid 1 Koperasi".

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Terengganu, Datuk Mohamed Awang Tera sejak dilancarkan pada tahun 2011, sebanyak 15 buah masjid telah mempunyai koperasi.

Bantuan Banjir Untuk 159 Keluarga Sebanyak RM3,000 Sekeluarga

Idris melihat wang tunai berjumlah RM3,000 sebelum disampaikan kepada seorang mangsa banjir Kampung Padang Bual.
Sebanyak 159 keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir gelombang pertama pada Disember lalu, kini boleh menarik nafas lega selepas menerima bayaran wang ihsan oleh kerajaan sebanyak RM3,000 setiap keluarga.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Banjir Kampung Padang Bual, Ismail Abdul Kadir berkata, mereka bersyukur dengan jumlah wang ihsan berkenaan kerana nilai itu berpatutan bagi meringankan beban mereka.

Keropok Lekor Mula Tembusi Pasaran Kota London Secara Bulanan Bermula Bulan Lepas

Kerpok Lekor...Gambar Hiasan
Keropok lekor Terengganu, buat pertama kali dalam sejarah, berjaya menembusi pasaran London di United Kingdom apabila Persatuan Restoran-Restoran Malaysia di sana menempah satu kontena setiap bulan untuk jualan mulai Februari tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Mohamed Awang Tera berkata penghantaran keropok itu dibuat melalui anak syarikat Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) iaitu syarikat Cakna.

Operasi Menjejak Militan Diperhebat, Hari Ke-10 Operasi Daulat Berakhir Tanpa Pertempuran

Kereta perisai pasukan tentera darat memasuki Jalan Tanjung Labian, dekat Felda Sahabat dalam usaha untuk mengetatkan lagi kawalan pada hari kesepuluh Op Daulat.
Meskipun tempoh 24 jam berakhir tanpa sebarang pertempuran, Operasi Daulat yang memasuki hari ke-10, berlarutan dengan operasi menggempur serta menjejak pengganas di Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk dekat Lahad Datu,  terus diperhebat.

Selain dua kawasan itu, operasi membersih dan menjejak militan yang kini bergerak dalam kumpulan kecil terus diperkukuh, termasuk mempertingkat sekatan jalan raya di luar kawasan operasi.

YPU Sedia Bantuan RM13 Juta Bantu 2,000 Usahawan Terengganu

 

Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) mengeluarkan bantuan pembiayaan lebih RM13 juta kepada 2,000 usahawan seluruh negeri bagi membantu perniagaan masing-masing.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamad Awang Tera berkata, kira-kira 1,724 lagi usahawan baru telah dikenalpasti serta berdaftar dengan YPU.

Maidam Keluar Glosari Islam Khas Untuk Orang Pekak

 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan mengeluarkan sebuah buku berbentuk Glosari Islam khusus untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) terutama bagi orang pekak.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Maidam Datuk Mohd Rozali Saleh berkata Glosari Islam itu penting bagi orang pekak mempelajari, mendalami dan mengetahui makna perkataan tertentu dalam ajaran Islam dengan lebih mendalam.

Thursday, March 14, 2013

Perdana Menteri Pergiat Usaha Pada Peringkat Akhbar Menjelang PRU-13

 

"Pada Isnin apabila beliau (Perdana Menteri) akan mengumumkan Laporan Tahunan Pemandu di mana majlis itu akan mendapat liputan “secara langsung” oleh kebanyakan stesen televisyen....Ia akan menjadi “kad laporan” bagi negara untuk menilai pencapaian beliau sejak mengambil alih jawatan kira-kira empat tahun lalu, yang difahamkan ia seolah-olah sebagai peperiksaan dari segi pencapaiannya. "

Pada peringkat akhir merupakan jawapan yang diberikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak apabila ditanya mengenai tarikh pilihan raya umum akan datang.

Seperti mana-mana ‘pelumba’, Perdana Menteri telah merancakkan lagi rentak ‘pecutan’ ke arah garisan penamat dengan memperbanyakkan lagi acara dalam diari beliau yang sudah pun penuh dengan pelbagai aktiviti.

Ini bagi memastikan beliau dapat memenuhi semua perkara asas dari isu-isu negara kepada menangani masalah penting yang berkaitan dengan pemilihan calon.

Difahamkan, beliau mengambil masa antara acara pada setiap hari untuk berjumpa dengan mereka yang akan digugurkan atau tidak dipilih sebagai calon.

Setiap langkah beliau diteliti berikutan negara mengharapkan pengumuman bilakah pilihan raya umum akan dilakukan.

Dalam perjumpaan mingguan beliau dengan Yang di-Pertuan Agong pada Rabu mula menimbulkan cakap-cakap bahawa beliau menghadap Baginda bagi mendapatkan perkenan untuk membubarkan Parlimen.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengumuman mengenainya dibuat pada masa ini.

Dikatakan bahawa ia sekadar taklimat mingguan Perdana Menteri kepada Baginda mengenai isu-isu yang menjejaskan negara selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Kini timbul spekulasi secara meluas mengenai tarikh 25 Mac yang mana beliau akan mendapatkan perkenan Baginda untuk membubarkan Parlimen.

Difahamkan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan berakhir pada 27 Mac dan Najib kemungkinan tidak akan membenarkan ia terbubar dengan sendirinya kerana akan meninggalkan kesan yang tidak baik kepada parti pemerintah.

Hari ini (Khamis), beliau akan merasmikan Kompleks Pakar dan Pusat Rawatan Harian (SCACC) Hospital Kuala Lumpur.

Esok beliau akan melawat Kuala Krai dan di mana Barisan Nasional(BN) dikatakan akan memberikan saingan sengit kepada kerajaan PAS.

Pada Jumaat, beliau akan menyertai makan malam dengan masyarakat Cina di Seremban di mana beliau berharap untuk meningkatkan peluang BN bagi menawan semula kerusi daripada pembangkang.

Negeri Sembilan merupakan satu-satunya negeri yang dipegang oleh BN yang tidak mempunyai majoriti dua pertiga.

Pada Sabtu, beliau dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyertai beratus ribu wanita di Putrajaya untuk Perhimpunan Ungu Jutaan Wanita bagi menyambut Hari Wanita Antarabangsa.

Menteri Besar dan Ketua Menteri akan mengetuai perhimpunan yang sama di negeri masing-masing.

Pada waktu malamnya, beliau akan menghadiri satu majlis dengan masyarakat India di Klang yang mana merupakan tempat yang dilawatinya banyak kali bagi merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat.

Bagi minggu yang berikutnya, Najib dibarisi dengan beberapa acara yang penting.

Yang pertama adalah pada Isnin apabila beliau akan mengumumkan Laporan Tahunan Pemandu di mana majlis itu akan mendapat liputan “secara langsung” oleh kebanyakan stesen televisyen.

Ia akan menjadi “kad laporan” bagi negara untuk menilai pencapaian beliau sejak mengambil alih jawatan kira-kira empat tahun lalu, yang difahamkan ia seolah-olah sebagai peperiksaan dari segi pencapaiannya.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, memberitahu penonton televisyen pada Selasa bahawa ekonomi Malaysia adalah kukuh dan memberikan lonjakan dalam aliran global.

Pada suku terakhir, Malaysia mencapai pertumbuhan 6.4%, menunjukkan ekonomi kukuh.

"Apabila kita bercakap tentang faedah kepada rakyat dari 2009 hingga 2011, Pendapatan Kasar Negara per kapita telah berkembang daripada AS$6,670 kepada AS$9,970 (RM20,715 kepada RM30,965) iaitu kira-kira 49%," katanya dalam satu wawancara di TV3.

Difahamkan bahawa pada 23 Mac, Najib akan menghadiri majlis makan malam amal untuk mengumpul sekolah persendirian Chung Hwa yang diluluskan baru-baru ini.

Beliau dijangka akan menyertai majlis itu yang akan melibatkan bintang aksi antarabangsa, Jackie Chan.

Najib dijangka menggunakan kesempatan itu untuk mengumumkan beberapa "berita baik" mengenai pendidikan Cina.

Dari situ, beliau akan beralih kepada pameran Janji Ditepati yang terakhir yang akan diadakan di padang majlis perbandaran.

Jelajah Janji Ditepati akan melibatkan Najib dengan beberapa acara untuk menyerlahkan pencapaian pentadbiran beliau selaras dengan janji-janji yang dibuat beliau apabila mengambil jawatan pada 3 April 2009.

mStar

Lahad Datu - Kaitan Misuari & Anwar Dilaporkan

Misuari dan Jamalulul Kiram III yang melancarkan pencerobohan di Lahad Datu.
Kaitan antara ketua pemberontak Filipina Nur Misuari dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan dalam kabel diplomatik Amerika yang dibocorkan dari kedutaan Amerika Syarikat di Manila.

Laporan pada 2007 kepada Jabatan Negara itu menyifatkan Misuari, yang mengasaskan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), sebagai seseorang yang nampaknya masih menaruh aspirasi untuk "mendapatkan semula" Sabah dari Malaysia.

Tian Chua Yang Berdepan 318 Laporan Polis DiHadapkan Ke Mahkamah Pagi Ini?

Tunjuk perasaan di Batu Rakit baru-baru ini mengutuk Tian Chua
Naib Presiden PKR, Tian Chua telah diminta untuk hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini untuk menghadapi tuduhan di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataan berkaitan isu pencerobohan Lahad Datu.

Tian Chua yang mengesahkan perkara itu berkata, beliau menerima makluman akan dikenakan tuduhan di bawah akta itu lewat petang tadi. "Ya, petang tadi (semalam) saya diminta ke mahkamah, kira-kira jam 5 petang tadi... saya akan ada di mahkamah pagi esok (hari ini)," kata beliau.

Tawaran Istimewa Kepada Peminjam Yayasan Terengganu


Lebih 3,000 pelajar yang diberi pinjaman Yayasan Terengganu (YT) layak menikmati potongan 20 peratus jika membayar balik pinjaman itu secara penuh. Pada masa yang sama potongan 10 peratus diberi kepada peminjam yang membuat bayaran secara ansuran selama 12 bulan berturut-turut.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata, melalui tawaran istimewa itu juga mereka yang disenarai hitam juga layak menikmati tawaran itu yang berkuatkuasa mulai 1 April hingga 31 Disember 2013.

Wisma Putra Kumpul Maklumat Dakwaan Pihak Ketiga Terbabit Pencerobohan Di Sabah

Anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertempur bagi memburu saki-baki pengganas Sulu pada hari kesembilan Op Daulat di Tungku,semalam.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman tidak menafikan pembabitan pihak ketiga dalam insiden pencerobohan Sabah oleh pengganas Sulu seperti dilaporkan akhbar Filipina baru-baru ini.

Oleh itu, beliau berkata Wisma Putra akan mendapatkan maklumat terperinci daripada rakan sejawatannya bagi memulakan penyiasatan di negara ini untuk memastikan sama ada rakyat Malaysia menjadi dalang dalam mewujudkan ketidakstabilan berkenaan.

Kanak-Kanak 12 Tahun Perlu Buah Pinggang Baru

Sewaktu di zaman kecilnya kanak-kanak ini begitu comel, periang dan kelincahannya sentiasa menghiburkan keluarga, malah selalu mendapat perhatian kerana dia juga merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik.

Bagaimanapun, keadaan bertukar sebaliknya selepas Muhammad Nor Firdaus Mohd, 12, memasuki usia sembilan tahun, apabila dia disahkan menghidap penyakit buah pinggang yang kini semakin kronik dan memerlukan penderma organ itu.


Fatehah Tekad Gegar Dunia

Zolkeples (kiri) memerhati pingat yang dimenangi oleh Josiah (tengah) dan Fatehah pada ACC 2013 di New Delhi, India. Kedua-dua pelumba itu tiba di KLIA semalam.
Ratu  pecut negara, Fatehah Mustapa bertekad untuk menjadi pelumba bertaraf dunia.

Untuk merealisasikan hasratnya itu, dia akan terus bekerja keras bagi meningkatkan prestasinya pada tahap tertinggi.

Fatehah melakar sejarah tersendiri apabila memenangi pingat emas dalam acara pecut 200 meter pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2013 yang berakhir di New Delhi, India minggu lepas.

Panglima - Kami Lawan Penggas Bukan Sandiwara

 Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.
Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin menegaskan pasukan keselamatan bertempur dengan pengganas sebenar dan bukan satu sandiwara sebagaimana yang dicanangkan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab. "Saya tidak faham jika orang kata sandiwara.

"Nyawa dipertaruhkan... kami menghadapi musuh sebenar dan bukan lakonan. Dua anggota tentera dan lapan anggota polis terbunuh, adakah itu sandiwara? Tepuk dada tanya selera," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pengkebumian Allahyarham Kpl Ahmad Hurairah Ismail di Kampung Bayu Lalang, di Pasir Mas, semalam.

Perodua Perkenal Model S-Series Viva, Myvi, Alza

Muhyiddin  (tengah) menunjukkan tanda bagus selepas pelancaran kereta model Myvi S-Series di Sungai Choh, Rawang semalam.
Perusahaan Automobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) dijangka memperkenalkan kereta daripada segmen S- Series bagi model Viva, Myvi dan Alza semalam.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, model- model tersebut dikeluarkan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-20 jenama kereta terkemuka itu di pasaran.

Pembangkang Rancang Wujud Keadaan Porak-Peranda Pada PRU-13

Muhyiddin (tiga dari kiri) bersama dengan sebahagian orang ramai yang hadir pada majlis Sepetang Bersama Timbalan Perdana Menteri di Bukit Sentosa, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor semalam.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu mendedahkan rancangan pakatan pembangkang untuk menggagalkan pilihan raya umum ke-13 akan datang dengan mewujudkan keadaan porak-peranda di negara ini.

 Beliau berkata daripada maklumat beberapa dokumen yang boleh dipercayai, pembangkang dipercayai merancang untuk berbuat demikian kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) yang sudah mula meningkat.

Bank Rakyat Agih Dividen 18 Peratus

Ismail Sabri (tengah) menunjukkan keputusan kewangan Bank Rakyat selepas sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) semalam mengumumkan pengagihan dividen sebanyak 18 peratus atau RM495 juta bagi tahun kewangan 2012 berbanding 20 peratus pada tahun sebelum.

Pengagihan itu membabitkan pembayaran dividen tunai sebanyak 16 peratus atau RM440 juta dan dividen bonus dalam bentuk syer sebanyak dua peratus yang berjumlah RM55 juta kepada 947,541 orang ahli.

MNLF - 'Kami Hormati Keputusan Sabah Sertai Malaysia'

Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mengiktiraf dan menghormati keputusan rakyat Sabah menyertai Malaysia pada 1963, kata Pengerusinya Muslimin Sema.

Beliau berkata, rakyat Sabah berhak menentukan masa depan mereka dengan menyertai Malaysia 50 tahun lepas dan hak ini tidak boleh dipertikai mana-mana pihak.

Kelewatan Berlaku Pembayaran Wang Kemenangan Monsoon Cup & MMRC?

Ahmad Shabery melekatkan replika bola pada poster perlawanan amal antarabangsa antara Malaysia dengan Palestin selepas majlis pengumuman perlawanan tersebut di Putrajaya semalam sambil disaksikan (dari kanan) Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong; Naib Presiden FAM, Datuk Subahan Kamal; KSU KBS, Datuk Mohid Mohamad dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.
“Jangan heret KBS dalam kemelut anda.” Itu amaran daripada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengenai kelewatan pembayaran wang kemenangan kepada pelayar Sirkit Match Racing Malaysia (MMRC) serta Monsoon Cup oleh T-Best Events Sdn. Bhd. (T-Best).

Isu berkenaan timbul apabila pelayar negara, Jeremy Koo dari pasukan Koo Racing serta Hazwan Hazim Dermawan (Permai Hotel Match Racing Team) dan Harisfabillah Muhammad (Royal Malaysian Navy Match Racing Team) mendakwa masih belum menerima hadiah kemenangan mereka.

PNB Umum Agihan Pendapatan ASM 6.80 Sen

Ahmad Sarji (kiri) dan Hamad Kama Piah menunjukkan agihan pendapatan ASM di Kuala Lumpur semalam.
Permodalan Nasional Bhd. (PNB) melalui anak syarikatnya, Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.80 sen seunit untuk Amanah Saham Malaysia (ASM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2013.

ASM merupakan sebuah dana ekuiti pendapatan yang mula dilancarkan pada 20 April 2000 dengan objektif untuk memberi peluang kepada pemegang unit membuat pelaburan jangka panjang serta memperoleh pulangan yang kompetitif.

Cabaran Mendaki Gunung Berembun Edisi Ketiga Lusa

Kerajaan negeri dengan kerjasama Persatuan Kembara Negara (PKN) bakal menganjurkan larian mendaki Gunung Berembun edisi ketiga menerusi program ‘Terengganu International Mount Berembun Challenge 2013’ pada 16 Mac ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Dato' Haji Abdul Rahin Mohd Said berkata, Gunung Berembun yang berketinggian 1,108 meter / 3,405 kaki terletak di kawasan Hutan Lipur Sungai Chemerong di dalam Hutan Simpan Pasir Raja Dungun, Terengganu turut mempunyai air terjun tertinggi di Asia Tenggara, iaitu 305 meter.

Dadah Bernilai RM19.63 Juta Dirampas Dari Januari Hingga Semalam

Bagi tempoh Januari hingga semalam, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan 31 percubaan penyeludupan dadah bernilai RM19.63 juta.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Matrang Suhaili berkata daripada 31 kes itu, sebanyak 17 kes dilaporkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).