Saturday, August 10, 2013
Pembangkang Tidak Mampu Tadbir Malaysia: Karpal Berang Dengan Kuan Yew
Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini membidas bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew dengan memintanya menguruskan isu dalaman parti sendiri sebelum mengulas hal ehwal orang lain.
"Kenyataannya (Lee) bahawa pakatan tidak akan dapat mentadbir negara ini dengan berkesan jika menguasai kerajaan persekutuan adalah tidak berasas," kata Karpal pada sidang media, di George Town.
Katanya Lee berhak melontarkan pandangan, namun beliau harus terlebih dahulu melihat urusan partinya iaitu People's Action Party (PAP) yang hilang enam kerusi pada pilihan raya umum lepas, selain kalah dalam dua pilihan raya kecil baru-baru ini.
"Seperti biasa Lee mahu menjadi juara di rantau ini. Saya fikir sudah tiba masanya beliau membiarkan orang lain pula memimpin. Beliau sepatutnya menikmati hari-hari tuanya," kata Karpal. Lee menerusi buku bertajuk 'One's Man View of The World' yang dilancarkan minggu lepas, antara lain berkata pakatan tidak akan mampu mentadbir Malaysia.
Sementara itu, mengulas gesaan beberapa pihak agar beliau mengisytiharkan hartanya, Karpal Singh yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor mengulangi beliau tidak akan melayan gesaan daripada mereka yang tidak berkenaan.
"Tidak ada masalah untuk saya isytiharkan harta. Saya akan hanya berbuat demikian apabila Ketua Menteri (Lim Guan Eng) tetapkan tarikh," katanya.
Karpal digesa mengisytiharkan hartanya oleh pelbagai pihak susulan dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membayar RM50 juta kepadanya untuk merasuah hakim dan pendakwa raya.
Mengenai biografi pertamanya bertajuk 'Karpal Singh: Tiger of Jelutong', beliau berkata buku dengan 325 muka surat itu ditulis Tim Donoghue dan mengambil masa 26 tahun untuk disiapkan.
Tiga Kes Penceraian Pasangan Muslim Setiap Jam
Terdapat purata tiga kes penceraian bagi setiap jam dalam kalangan pasangan Muslim di negara ini.
Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) Prof Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal berkata maklumat itu diperoleh daripada kajiannya terhadap statistik penceraian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi tahun 2011.
Ini berikutan terdapat purata 70 kes penceraian dilaporkan sehari, 2,000 kes dilaporkan sebulan dan 25,000 kes setahun di seluruh negara bagi tahun 2011.
"Statistik perceraian daripada Jakim dari tahun 1990 hingga 2010 sentiasa menunjukkkan peningkatan kes penceraian setiap tahun," katanya.

Pertambahan Kenderaan Berlipat Ganda Memasuki Terengganu, Sebabkan Kesesakan
Polis Terengganu menjangkakan pertambahan kenderaan yang akan masuk ke negeri ini berlipat kali ganda, sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas terutama di lokasi tumpuan awam.
“Kita tidak menolak berkemungkinan kesesakan lalu lintas yang agak kritikal berlaku di laluan tumpuan terutamanya di kawasan bandar dan pusat beli-belah kerana musim perayaan dan musim cuti sekolah.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapha mensihati orang ramai supaya bersabar dan mengikuti segala nasihat serta arahan anggota polis bertugas, juga cuba elakkan daripada menggunakan laluan yang sememangnya diketahui berisiko mengalami kesesakan.
Jelasnya lagi, bagi memastikan kelancaran lalu-lintas, anggota polis ditempatkan di setiap laluan dikenal pasti berisiko mengalami kesesakan dan orang awam juga boleh menghubungi balai polis berhampiran memaklumkan masalah kesesakan di kawasan mereka.

Kes Dera Suami Perlukan Perhatian Serius
Pada awal usia bercinta Sham, 47, (bukan nama sebenar) dan isterinya berjanji untuk membina rumah tangga bahagia.
Bagaimanapun, selepas tujuh tahun berkahwin, Sham mendakwa sering menjadi mangsa keganasan isterinya dan bukan setakat itu, dua daripada tiga orang anaknya yang berusia 10 dan 16 tahun didakwa turut mengikut perangai buruk ibu mereka apabila bersuhabat memukulnya jika si isteri naik angin.
Tidak tahan dengan penderitaan itu, Sham akhirnya membuat pendedahan di sebuah akhbar tabloid berbahasa Melayu bertarikh 10 Februari 2010 sebelum membuat laporan polis.
Naib Presiden Hal Ehwal Wanita (Helwa) Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Fadlina Siddiq berkata kes Sham bukanlah satu-satunya kes penderaan suami yang dilakukan isteri di negara ini.

Idris Jusoh Mahu Pertahan Kerusi MT Umno, Oktober Ini
Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh bersedia mempertahankan jawatan dalam Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti Oktober ini.
Bekas Menteri Besar Terengganu dan Ahli Parlimen Besut itu berharap perwakilan parti akan memberi peluang untuk beliau berkhidmat kepada parti.
Pada pemilihan parti 2009, Idris memperoleh 1,275 undi untuk menduduki tempat ke-24 dalam MT.
"Saya sekadar mahu mempertahankan jawatan saya dan akan mendaftar untuk bertanding bagi 25-jawatan MT tidak lama lagi," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di Dewan Gong Kemuntong, Jerteh, semalam.
ADUN DAP Miliki Aset Paling Banyak, ADUN PAS Hanya Ada Kereta & Motosikal
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu, Phee Boon Poh (gambar) barangkali memiliki aset paling banyak dikalangan wakil rakyat, Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.
Beliau memiliki lapan hartanah termasuk aset bersama ada antaranya berada di Hamilton, New Zealand.
Menurut deklarasi aset beliau, Phee yang juga Exco Kerajaan Negeri, memiliki rumah (harta pusaka) dan tanah di Hamilton, sebuah pangsapuri di Pantai Molek, Butterworth, sebuah rumah di Taman Dalia, sebuah rumah kedai di Bandar Mutiara (harta pusaka), tanah di Teluk Air Tawar, sebuah penthouse di Bagan Ajam dan tanah banglo di Batu Kawan. Phee juga memiliki pegangan di 24 syarikat dan enam syarikat unit amanah.

Jambatan Bukit Kuang DiBuka Elak Kesesakan Aidilfitri
Jambatan Bukit Kuang, Kemaman yang masih dalam pembinaan dibuka sebahagian laluannya sejak minggu lalu bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas menjelang perayaan Aidilfitri yang akan disambut sejak Khamis.
Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said, berkata dua lorong di jambatan itu yang dibuka kepada semua kenderaan, berjaya mengurangkan kesesakan, terutama pada waktu puncak.
"Jambatan Bukit Kuang dibuka dua lorong bagi memudahkan orang ramai pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing.
Saya harap mereka menggunakan kemudahan ini sebaik mungkin dan sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya," katanya.

Ada Syarat Untuk Tanding Tiga Jawatan Tertinggi Umno
Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh berkata mereka yang berhasrat bertanding tiga jawatan tertinggi parti dalam pemilihan Oktober perlu memenuhi syarat ditetapkan.
Beliau berkata antara syarat itu ialah telah menjadi anggota jawatankuasa bahagian selama tiga tahun atau satu penggal.
"Ataupun pernah menjadi ahli Majlis Tertinggi sekali seumur hidup," katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri perdana menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di Putrajaya kelmarin.

Rafizi: Kami Akan Terus Tekan SPR, Kerajaan
PR menegaskan isu dakwat kekal yang menjadi pertikaian pihaknya pada PRU13 yang lalu, tidak akan ditamatkan begitu sahaja, setelah beberapa pendedahan mengejutkan dibuat bulan lalu.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, PR telah mendapat maklumat tambahan mengenai perkara tersebut dan akan didedahkan kepada umum dalam masa yang sesuai. Menurutnya, bukti-bukti yang dikumpul itu akan digunakan untuk memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan.
“Kita tak akan tamatkan begitu sahaja perkara itu.

TDM Sasar Bina Empat Kilang Sawit Di Indonesia
Syarikat perladangan tempatan, TDM Berhad, menyasarkan untuk membina empat kilang memproses kelapa sawit di Kalimantan, Indonesia tidak lama lagi.
Pengerusinya Datuk Roslan Awang Chik (kiri) berkata sasaran itu dibuat berdasarkan pencapaian baik TDM sejak beroperasi dalam sektor perladangan kelapa sawit di negara tersebut sepanjang tiga tahun lepas, membabitkan kawasan seluas 11,035 hektar.
Katanya buat permulaan, syarikat itu akan membina kilang bernilai kira-kira RM80 juta di ladang sawit berkenaan untuk aktiviti pemprosesan.
"Kita sudah mengeluarkan tender kepada kontraktor bagi membina kilang yang mampu memproses 60 tan kelapa sawit sejam, di Nanga Pinoh, Kalimantan.
"Bagi setiap 10,000 hektar, kita akan mempunyai sebuah kilang memproses kelapa sawit, dan dalam tempoh tiga tahun, kita jangka akan ada kilang kedua selepas kesemua 20,000 hektar tanaman sawit mengeluarkan hasil," katanya ketika ditemui di Kuala Terengganu.

Sultan Mizan Tunai Solat Sunat Aidilfitri Di Masjid Al-Muktafi Billah Shah
Sultan Terengganu, Sutan Mizan Zainal Abidin, berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Muktafibillah Shah, Ladang, pagi Khamis.
Turut mengiringi baginda, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, para pembesar negeri, orang kenamaan dan rakyat jelata di kawasan Ladang dan Batu Buruk.
Selesai solat sunat Aidilfitri, rakyat jelata mengambil peluang untuk bersalam-salaman dengan baginda sambil mengucapkan Selamat Hari Raya.
Baginda turut menziarahi Makam Diraja yang terletak di masjid berkenaan.
Tidak Tahu Motif Kejadian - Ahli Perniagaan Yang Keretanya Meletup
Seorang ahli perniagaan kaya yang mana keretanya meletup pada malam Isnin berkata dia tidak tahu motif sebenar disebalik insiden yang berlaku.
"Saya tidak mempunyai sebarang maklumat mengapa kejadian ini berlaku dan tidak tahu siapa yang bertanggungjawab disebalik insiden ini," katanya kepada The Star ketika dihubungi melalui telefon.
Ditanya sama ada beliau terlibat dengan aktivit kumpulan kongsi gelap, bekas tahanan di bawah Ordinan Darurat ini berkata dia tidak tahu.
Bagaimanapun, beliau berkata dia terlibat dengan perniagaan hartanah dan tidak terlibat dengan aktiviti lain untuk tempoh yang agak lama.

30 Bas Ditahan Ketika Ops Selamat Di Pantai Timur
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) Wilayah Timur menahan 30 buah bas untuk siasatan lanjut sepanjang operasi 'Ops Selamat', dari 1 hingga 5 Ogos lalu sempena Aidilfitri.
Pengurus Bahagian Penguatkuasa SPAD Wilayah Timur Mejar (B) Mohd Sharif Jamal Abidin berkata jumlah itu merupakan antara 519 bas yang diperiksa dalam usaha memberi keselesaan kepada pengguna bas di negara ini, terutama pada waktu puncak sepanjang Aidilfitri.
"Kesalahan gagal mematuhi jadual waktu perjalanan adalah merupakan kesalahan yang paling banyak iaitu 40 peratus.
"Selain itu, kegagalan mempamerkan dokumen seperti Lesen Pengendali, Jadual Tambang dan Jadual Perjalanan sebelum memulakan perjalanan," katanya kepada pemberita dalam operasi SPAD di Terminal Bas Kuala Terengganu, malam kelmarin.

Rumah Terbuka MB Sempena Aidilfitri Meriah
Ribuan rakyat mengunjungi rumah terbuka Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said di Seri Iman kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu, kelmarin (Khamis).
Rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri yang berlangsung dalam suasana meriah itu bermula jam 10.30 pagi dengan dihadiri pelbagai lapisan masyarakat dan berbilang kaum termasuk Ahli Parlimen, wakil rakyat dan pemimpin masyarakat, pegawai kerajaan dan pesara, pertubuhan bukan kerajaan serta rakyat biasa.
Terdapat pelbagai juadah disediakan untuk tetamu seperti lemang, ketupat, rendang, nasi dagang, sate, laksa dan sebagainya yang kebanyakannya makanan popular negeri Terengganu.
Seorang pengunjung yang ditemui Teganukita, Nurul Hafizah Zailani, 23, berkata perasaannya sangat gembira kerana dapat beraya bersama keluarga pada tahun ini kerana berpeluang balik beraya di Terengganu.
Suami Isteri Meninggal Selang Sejam Di Terengganu
Menepati bidalan 'sehidup semati', sepasang suami isteri warga emas menghembuskan nafas terakhir masing-masing selang sejam di hospital berbeza, semalam.
Che Mohd Yusof Che Wan Endut, 71, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada 5.40 petang susulan paru-paru berair manakala isterinya Fatimah Muda, 64, di Hospital Kuala Berang kira-kira sejam kemudian.
Anak mereka, Che Wan Rashimah, 44, berkata bapanya dirawat di HSNZ sejak Selasa lalu, manakala ibu pula yang terlantar di rumah selepas serangan angin ahmar digegaskan ke hospital petang semalam selepas keadaannya makin tenat.

Wednesday, August 7, 2013
'Saya Diperlakukan Seperti Banduan Oleh Suami' - Bekas Ratu Cantik 1969
Bekas ratu cantik, Pauline Chai mendakwa suaminya yang juga seorang jutawan, Tan Sri Khoo Kay Peng memperlakukan hidupnya seperti banduan di sebuah estet berkeluasan 404 hektar (ha) di Britain.
Bercakap di khalayak ramai buat pertama kalinya selepas memfailkan petisyen penceraian berprofil tingggi ke atas Khoo pada Februari, Chai, 66, mendakwa dia tidak boleh meninggalkan rumah tanpa kebenaran Khoo.
Beliau berkata, pekerjanya turut memaklumkan kepada Chai dalam satu e-mel bahawa dia hanya boleh membelanjakan £50 (RM248.38) seminggu untuk membeli makanan.
"Buah-buahan dan sayur-sayuran dibenarkan untuk makan tetapi saya tidak boleh makan sesetengah makanan yang diingini.
Anak perempuan saya berkata kepada saya bahawa saya diperlakuan seperti seorang hamba," katanya dalam satu laporan oleh sebuah tabloid British, Daily Mail.
Chai, yang juga Miss Malaysia/International 1969, meluahkan rasa gembira selepas memfailkan penceraian dengan berkata dia berasa terlalu 'dikongkong dan sunyi' sepanjang perkahwinannya suatu ketika dulu.
"Sepanjang perkahwinan kami, dia terlalu mengongkong saya tetapi sekarang segalanya sudah berubah. Saya lebih bebas," katanya.
Beliau berkata tidak pernah bercakap dengan suaminya selama setahun dan mereka tinggal berasingan di rumah agam bernilai 30 juta pound (RM149 juta) di sebuah estet di Rosway Park, dekat Berkhamsted, Hertfordshire.
Akhbar tabloid itu turut melaporkan Khoo dan Chai mempunyai pengawal keselamatan Gurkha sendiri untuk melindungi kawasan mereka di estet itu di mana Khoo tinggal dalam rumah agam dengan lima bilik tidur manakala Chai di ruang utama yang menempatkan 15 bilik tidur.
Buat masa ini, Khoo, 74, yang turut tersenarai antara 50 individu terkaya Malaysia yang disenaraikan Forbes dan Chai, terlibat dalam penyelesaian kes penceraian terbesar dalam sejarah Britain.
Chai mungkin menerima pampasan sehingga 500 juta pound (RM2.375 bilion) oleh Mahkamah Tinggi London, separuh daripada harta kekayaan Khoo ketika para peguam berusaha keras untuk membahagikan sama rata harta asas mereka.
Chai menyatakan 'tingkah laku yang tidak munasabah' sebagai alasan untuk penceraian itu.
Khoo memiliki 40 peratus pemilikan ke atas jenama antarabangsa, Laura Ashley.
Beliau juga merupakan pengerusi dan ketua eksekutif kumpulan Syarikat Malayan United Industries serta Pengarah Corus Hotel Limited di Britain.
Mereka berkahwin pada 1970 dan dikurniakan lima orang anak.
Akhbar itu turut melaporkan Khoo mahu kes itu dibicarakan di Malaysia di mana Chai akan menerima pampasan yang lebih sedikit berbanding yang bakal diterima di Britain.
Bagaimanapun, Chai menentang keputusan itu kerana dia tidak menjadi rakyat Malaysia selama 30 tahun dan berkata dia amat menyukai England dan segalanya di negara itu.
"Saya tinggal di sini untuk tempoh lama. Saya mahu pengadilan di England kerana ia adil. Itu permintaan saya," katanya. Chai akan diwakili peguam penceraian terkenal Britain, Ayesha Vardag manakala Khoo diwakili Fiona Shackleton.
Baru-baru ini Shackleton mewakili chef Britain, Nigella Lawson untuk kes penceraiannya dengan jutawan pengiklanan, Charles Saatchi.
Turut menggunakan khidmat Shackleton adalah Putera Charles dan mendiang isterinya, Puteri Diana.
Perbicaraan awal kes ini akan diadakan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
MB Hargai Peranan Media Bantu BN Kekal Di Kuala Besut
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said merakamkan penghargaan kepada petugas media di seluruh Terengganu yang sudah memainkan peranan dengan baik sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut sehingga membawa kemenangan kepada parti Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan, baru-baru ini.
“Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih dengan kerja keras saudara-saudari semua yang menyumbang tenaga dan memberi laporan berita yang meluas sepanjang PRK Kuala Besut lalu.
“Alhamdulillah, BN mengekalkan kerusi itu dengan bantuan rakan media juga yang memberikan laporan yang betul dan pantas sepanjang kempen PRK itu,” katanya ketika berucap di majlis perjumpaan dengan petugas media Terengganu, di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, semalam.
PAS : 'Maafkan Maznah, Salahkah Dia Lebih Menyayangi Anjing?'
Pas semalam mendakwa Islam tidak terhina dengan video yang telah dimuat naik oleh pelatih anjing Maznah Yusof.
Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan Maznah itu tidak mempunyai niat menghina Islam.
Sebaliknya, beliau berkata Maznah hanya menunjukkan ketaksubannya terhadap haiwan tersebut.
"Chetz (Maznah) mungkin seorang yang tidak tinggi ilmu agamanya. "Ini cuma satu kelakuan yang jahil, yang boleh diperbetulkan tanpa mengenakan sebarang hukuman.
Kilang Silika Bernilai RM300 Juta Bakal Dibina Di Setiu - Ahmad Said
Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Toyota dari Jepun akan membina kilang pengeluaran kaca dan cermin serta produk yang berasaskan pasir silika dalam tempoh terdekat di Setiu, membabitkan pelaburan kira-kira RM300 juta.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata kilang berkenaan bakal menawarkan kira-kira 2,000 peluang pekerjaan untuk anak Terengganu.
"Satu perjanjian persefahaman (MoU) telah dimeterai antara kerajaan negeri dan wakil syarikat berkenaan di sini baru-baru ini, dan pembinaannya dijangka dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Pemimpin PAS Terengganu Ucap Selamat Hari Raya Di You-Tube
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri kepada seluruh rakyat Terengganu, terutama kepada penduduk Dun Wakaf Mempelam yang beliau wakili dan kawasan Kuala Terengganu, di mana beliau memegang amanah sebagai Yang DiPertua PAS.
Beliau memberikan pesanan khusus kepada anak-anak Terengganu di perantau, agar berhati-hati di jalanraya ketika pulang ke kampung halaman.
“Khususnya anak-anak Terengganu di perantauan yang akan pulang berhari raya bersama keluarga, saya menasihatkan agar berhati-hati ketika memandu, ramai yang akan pulang, jalanraya sibuk, letih berpuasa……. saya harap dapat memandu dengan cemat,”ujarnya.

Koperal Polis Dihukum Penjara Tujuh Tahun Kerana Sembunyi Maklumat Kegiatan Pengganas
Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu, semalam menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, hukuman penjara maksimum mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan, ke atas Koperal Detektif Hassan Ali Basari, 61,kerana menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan pengganas di Sabah.
Hakim P. Ravinthran memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tangkap 2 Mac.
Beliau berkata, walaupun Seksyen 130M turut membawa hukuman denda jika sabit kesalahan, hukuman itu tidak akan dikenakan. Hassan didapati bersalah melakukan kesalahan itu di pejabat Ketua Cawangan Khas Lahad Datu antara Januari dan 2 Mac tahun ini.
Anwar, Karpal Digesa Isytihar Harta Isu Surat
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Karpal Singh digesa mengisytiharkan harta untuk membuktikan mereka bersih daripada tuduhan rasuah.
Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang Jenayah Majlis Peguam Pulau Pinang, Ranjit Singh Dillon, berkata tindakan itu perlu diambil kedua-dua pemimpin pembangkang bagi membuktikan mereka tidak terbabit dalam sebarang salah laku.
Katanya, adalah perkara biasa sekiranya diminta polis bagi mengisytiharkan aset, sekali gus memudahkan siasatan berhubung tuduhan yang mengaitkan rasuah dan sogokan.
“Anwar individu yang menunggu untuk menjadi Perdana Menteri, manakala Karpal pula pengerusi parti paling dominan dalam pakatan pembangkang.
Peguam: Jakim Tiada Hak Panggil Jurulatih Anjing
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya sebuah badan pentadbir dan tidak mempunyai kuasa
Justeru itu, peguam kepada Maznah, N Surendran dan Latheefa Koya berkata, Maznah tidak tertakluk sama sekali dengan perintah badan itu.
"Kami seterusnya menegaskan, sebarang arahan oleh Jakim bagi memaksa Chetz hadir menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan perlembagaan," kata mereka dalam kenyataan semalam.

Naib Presiden - Anifah Yakin Adiknya Dapat Sokongan Padu
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman semalam menegaskan, "setiap orang dalam Umno berhak bertanding dalam pemilihan parti akan datang".
Anifah dipetik sebagai berkata optimis bahawa Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman akan menerima sokongan padu daripada Umno Sabah jika memutuskan bertanding jawatan naib presiden dalam pemilihan parti Oktober ini.
"Saya percaya sekiranya ketua menteri mahu bertanding jawatan naib presiden, saya pasti beliau akan mendapat sokongan padu dari Sabah,"

Che Mat Tinggalkan Bola Sepak, Tidak Pertahankan Jawatan
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatan pada Kongres PBSNT pada 14 September nanti sekali gus memberi laluan kepada muka baharu.
Pengesahannya telah memunculkan beberapa nama yang menjadi sebutan termasuk Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Rozi Mamat serta Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Ahmad Nizam Abdul Hamid untuk memberi nafas baharu.
Che Mat mengakui sudah tiba masa baginya untuk berundur dan melepaskan teraju persatuan tanpa rasa kesal dan meninggalkan dunia bola sepak yang sangat dicintai bagi mengotakan janjinya.

PAS Fail Rayuan Terhadap Petisyen Yang Ditolak
PAS semalam memfailkan rayuan ke atas enam petisyen yang tolak melibatkan empat kawasan parlimen dan dua bagi Dewan Undangan Negeri (Dun).
Kawasan tersebut adalah Parlimen Kuala Selangor, Sungai Besar, Titiwangsa dan Pulai di Johor. Manakala bagi kawasan Dun pula melibatkan Manjoi, Perak dan Selising di Kelantan.
Peguam Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi yang dihubungi memberitahu pihaknya telah memfailkan rayuan tersebut di Mahkamah Persekutuan Putrajaya semalam.

Atlet Sukma Terengganu Terima Insentif Berjumlah RM757,000
Atlet Terengganu yang memenangi pingat pada temasya Sukan Malaysia 2013 (Sukma) bulan lepas menerima durian runtuh menjelang Aidilfitri apabila kerajaan negeri memberikan insentif wang tunai di Kuala Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Rozi Mamat berkata kerajaan negeri membelanjakan sebanyak RM757,000 untuk insentif tersebut iaitu pingat emas RM5,000, perak RM3,000 dan gangsa RM2,000.
Pada Sukma ke-16 di Lembah Klang, awal bulan lepas, Terengganu muncul naib juara di belakang Selangor selepas memperolehi 19 emas, 13 perak dan 13 gangsa.

Caruman Penuh KWSP Hingga 60 Tahun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan ahli yang berumur sehingga 60 tahun dan masih bekerja akan terus menerima caruman penuh sebanyak 12 peratus daripada majikan dengan caruman pekerja kekal pada kadar 11 peratus.
Bagaimana pun, mereka yang bergaji bulanan kurang daripada RM5,000 akan menerima 13 peratus caruman daripada majikan.
Peraturan berkenaan berkuat kuasa bulan Ogos ini.
Bagaimana pun, mereka yang bergaji bulanan kurang daripada RM5,000 akan menerima 13 peratus caruman daripada majikan.
Peraturan berkenaan berkuat kuasa bulan Ogos ini.
Mencari Bintang Lumba Basikal Masa Depan Di Glasgow
Firdaus (belakang) dan Shah Firdaus antara sandaran terbaik Malaysia di Glasgow. |
Pada kejohanan itu, ramai 'bintang dalam pembikinan' berentap sesama sendiri untuk menilai sejauh mana keupayaan dan pencapaian mereka pada usia yang masih muda.
Bagi sesebuah negara membangun dalam sukan berbasikal termasuk Malaysia, kejohanan itu sudah pasti menjadi penanda aras dalam menentu hala tuju sukan berkenaan.
Pada edisi 2013 yang berlangsung di Glasgow, Scotland bermula hari ini, tujuh pelumba remaja akan menggalas misi Malaysia untuk menguji setakat mana tahap keupayaan mereka dalam kalangan pelumba dunia yang lain.
Jakim, Jabatan Agama Islam Negeri Sedia Bekerjasama Tangani Panji Hitam Langkasuka
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri sedia bekerjasama dengan pasukan keselamatan bagi menangani kumpulan Panji Hitam Langkasuka.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kumpulan itu diminta memaklumkannya kepada Jakim dan Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.
"Melalui perkembangan terkini yang berlaku semalam, kumpulan berkenaan dilihat semakin berani untuk menterjemahkan ideologi mereka dalam bentuk tindakan bagi menyatakan hasrat mereka," katanya dalam kenyataan semalam.

Lihat Anak Bulan Syawal Petang Ini
Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Aidilfitri ialah pada petang ini bersamaan 29 Ramadan.
Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Syawal di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan di seluruh negara.

Blackout 505: MP Bukit Katil Didakwa Di Mahkamah
Anggota Parlimen Bukit Katil, Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan dua lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam berhubung perhimpunan 'Blackout 505' pada Jun lalu.
Shamsul Iskandar, 39, yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), timbalannya Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, 36, dan naib ketua Mohd Nazree Mohd Yunus, 29, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.
Mereka didakwa menyertai perhimpunan yang diadakan di tempat larangan iaitu dalam perkarangan Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya di antara 12 tengah hari dan 1.15 tengah hari pada 22 Jun.
Mustapa Akan Pertahan Jawatan Majlis Tertinggi Umno
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mengesahkan akan mempertahankan kedudukannya dalam Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan parti Oktober ini.
Anggota Parlimen Jeli dan anggota Dewan Undangan Negeri Ayer Lanas itu berkata pada masa ini beliau tidak berminat untuk bertanding jawatan lain kerana berpendapat kedudukannya sekarang dalam parti sudah jauh mencukupi.

Rumah Terbuka PM, Jemaah Menteri Pada Raya Pertama
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama anggota jemaah menteri akan mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri, di Kompleks Seri Perdana pada raya pertama, mulai 10.30 pagi hingga 4 petang.
Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis itu dan bagi memastikan kelancaran trafik orang ramai diminta mengunakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang disediakan percuma.

Tuesday, August 6, 2013
Kepentingan Kuil Jadi Sebab Pembunuhan Pengasas Bank Arab-Malaysia?
Kedua-dua wanita itu ditahan kira-kira pukul 1.30 petang semalam dekat kuil tersebut.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata polis turut memburu seorang lagi suspek, Kong Swee Kwan, 44.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Kuala Lumpur,hari ini.
Katanya, suspek dikenal pasti berdasarkan soal siasat polis terhadap dua yang lain termasuk seorang pemandu teksi yang masih ditahan reman.
Pada Isnin, polis turut menahan seorang lelaki berusia 42 tahun yang dipercayai bersama dengan pemandu teksi tersebut ketika kejadian. Polis menyerbu rumah suspek di Selangor pada pagi Isnin tetapi dia tiada di rumahnya.
Lelaki tersebut menyerah diri di balai polis pada pukul 10 malam Isnin.
Ku berkata pemandu teksi yang ditahan Selasa lepas di Sri Petaling menunjukkan polis sebuah rumah di Brickfields sebelum polis menemui pistol jenis Walther 9mm di dalam peti surat rumah itu.
"Bagaimanapun, pistol itu tidak digunakan dalam kes pembunuhan Hussain," katanya.
Sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai membantu menjejaki suspek utama kes itu, Kong Swee Kuan, 44, yang sebelum ini dikenali sebagai Sei Ngan Chai atau Ah Chian (nama samaran).
Ku berkata, siasatan mendapati Hussain membantu melindungi kepentingan kuil itu dalam rundingan perjanjian tanah yang sedang diadakan. "Kami difahamkan, Hussain terlibat dalam rundingan supaya tanah tokong itu tidak diusik, dijual atau dirobohkan.
Maknanya mangsa cuba menyelamat atau melindungi tokong itu. "Namun, ini hanyalah maklumat awal. Siasatan lanjut akan kita jalankan bagi mencari motif sebenar kes pembunuhan ini," katanya sambil menambah isteri Hussain belum dapat memberi keterangan berikutan kecederaan yang dialami dalam kejadian tembakan itu.
Kuil tersebut terletak dalam tanah yang terlibat dalam perjanjian itu.
Katanya, penahanan dua wanita hari ini dijangka dapat memberi maklumat penting berhubung motif pembunuhan.
Hussain Najadi, 75, mati dan isterinya Cheong Mei Kuen, 49, cedera apabila mereka ditembak dari jarak dekat di tempat letak kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon pada 29 Julai lalu.
Hussain terkena dua das tembakan di dada dan mati di tempat kejadian manakala isterinya cedera di pergelangan tangan kiri serta paha kanan.
Bernama & mStar Online
MCA Mahu Belajar Dari Parti Komunis China
MCA akan menggabungkan kekuatan Parti Komunis China (CCP) dalam usaha memulihkan parti selepas prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.
Timbalan Presiden MCA Liow Tiong Lai berkata, kekuatan struktur CCP, sistem pendaftaran anggota dan pengurusan maklumat Internet dikenal pasti selepas lawatan enam hari ke China.
"Lawatan ke China bagi mempelajari kekuatan struktural CCP dan menggabungkannya dengan rangka dasar transformasi MCA," kata Liow dalam sidang media di ibu pejabat MCA semalam.
Liow yang mengetuai pasukan petugas transformasi MCA bagaimanapun menegaskan parti itu bukannya melihat kepada fahaman Komunisme.
"Lawatan itu tidak menyentuh langsung soal ideologi," katanya.
Liow berkata, CCP merupakan parti yang "terbuka dan liberal" dalam mendekati masyarakat dan kekuatan stukturnya membolehkannya wujud dan berfungsi untuk lebih 90 tahun.
Malaysiakini
Pelekat Pembangkang Di Kereta Penjawat Awam - SUK Beri Amaran
Walaupun musim Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut telah berakhir, namun terdapat segelintir kakitangan awam di negeri ini yang dalam diam menyokong pembangkang menampal pelekat dengan simbol parti pembangkang di kenderaaan masing-masing.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah berkata, pihaknya ada menerima laporan masih ada kakitangan awam yang tidak membuang pelekat berkenaan walaupun musim pilihan raya sudah berlalu.
"Mereka seharusnya tidak mempamerkan sokongan terhadap mana-mana pihak dengan menggunakan pelekat yang terdapat simbol parti kerana boleh mengundang pelbagai persepsi negatif.

Culik: Kerani Majlis Daerah Besut Diselamatkan Polis
Kepantasan polis berjaya menyelamatkan seorang kerani Majlis Daerah Besut selepas lapan jam diculik tiga lelaki pada petang Jumaat lalu dan menahan seorang suspek.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, kejadian berlaku kira-kira 6 petang di tempat letak kereta Majlis Daerah Besut dan disedari seorang penolong pegawai daerah yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian.
"Pegawai berkenaan terus menghubungi bapa mangsa memaklumkan kejadian tersebut dan bapanya lantas membuat laporan polis," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu, semalam.
'Kenapa Kereta Rasmi Yang Dipasang di Pekan?'
Tindakan kerajaan mahu menggantikan kereta rasmi keluaran Proton dengan model Honda dipertikaikan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat.
Lau Weng San (Kampung Tunku) mempersoalkan, kenapa kereta Proton Inspira kegunaan pegawai perkhidmatan gred utama yang masih baru perlu ditukar kepada Honda Accord 2.0L.
"Kedua, mengapa kerajaan menggunakan kereta Honda Accord 2.4L dan 2.0L dan bukan kereta-kereta yang lain?" soal ADUN DAP itu.

Jakim Benarkan Tindakan Lanjut Terhadap 'Pelatih Anjing'
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menghantar laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk membenarkan tindakan selanjutnya diambil terhadap Maznah Yusof yang dikenali sebagai Chetz, berhubung klip videonya menyambut Aidilfitri bersama tiga anjing dalam YouTube.
Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata Jakim dan pihak berkuasa agama negeri berkenaan juga bercadang memanggil Maznah bagi mendapatkan penjelasan dan memberikan nasihat kepada beliau.
"Sekiranya tindakan diambil oleh pihak berkuasa ke atas beliau (Maznah), ia merupakan satu pengajaran yang juga satu pendidikan dan dakwah untuk beliau khususnya dan masyarakat amnya untuk tidak mengulangi perkara sama," katanya dalam kenyataan semalam.
Mohd Shukri Dahlan Bakal Ketua Polis Selangor Baru
Polis Selangor bakal menerima Ketua Polis Perak Timbalan Komisioner, Datuk Mohd Shukri Dahlan sebagai ketua mereka yang baru.
Sumber mendedahkan Mohd Shukri yang pernah bertugas di Terengganu, akan dipindahkan ke Selangor dan dinaikkan pangkat kepada Timbalan Komisioner Senior Kanan (SDCP).
Bukit Aman telah mengumumkan pangkat terbaru SDCP, akan diberikan kepada semua ketua polis negeri yang dinaikkan pangkat.

Aidil Zafuan Cerai Rita Rudaini Talak Satu Melalui SMS
Pemain pertahanan Johor Darul Takzim, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak akhirnya menceraikan pelakon popular, Rita Rudaini dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada petang Ahad.
Akhbar Berita Harian melaporkan, Aidil membuat keputusan itu selepas dia dikatakan bengang dengan Rita berhubung artikel 'Rita bengang skandal terbaru Aidil' disiarkan menerusi ruangan pojok Desas-Desus terbitan B*POP pada Ahad.
Rita mengesahkan kepada akhbar tersebut bahawa dia menerima kiriman SMS itu daripada Aidil petang Ahad selepas berlaku 'perang SMS' di antara mereka sebelum itu.