Thursday, March 21, 2013

Seorang Lagi Pengganas Ditembak Mati, 8 Didakwa Berdepan Hukuman Mati

Salah seorang daripada lapan warga Filipina yang didakwa melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli dalam kumpulan pengganas tiba di Mahkamah Tinggi di Tawau, pagi Khamis, sambil dikawal ketat polis pengiring.
Seorang lagi pengganas Sulu ditembak mati dan pasukan keselamatan turut menahan seorang wanita berusia lewat 40-an dalam satu pertempuran di Kampung Tanjung Batu, di Lahad Datu semalam.

 Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin mengesahkan perkara ini pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di Felda Sahabat 16, hari ini.

Sementara itu lapan  warga Filipina didakwa di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dan dua daripadanya bakal berdepan hukuman mati kerana dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kerajaan Terengganu Lanjut Tempoh Bayar Cukai Tanah


Kerajaan negeri Terengganu mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh bayaran cukai tanah yang sepatutnya tamat pada 31 Mei, selama dua bulan lagi, kepada 31 Julai.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata keputusan itu dibuat bagi memudah dan meringankan rakyat negeri ini membayar cukai tanah secara penuh.

MILF Tolak Tuntutan Misuari Ke Atas Sabah

MILF Sifatkan Misuari Lakukan 'Dosa Berat'
Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menolak dakwaan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari kononnya Kerajaan Malaysia telah menggunakan MILF bagi memperkukuh tuntutannya ke atas Sabah dan bertanggungjawab mendorong perpecahan di kalangan rakyat Moro.

Ketua Sekretariat MILF Mohammad Ameen berkata dakwaan itu adalah satu pembohongan dan palsu semata-mata.

RM14.7 Juta Naik Taraf Jeti Merang

 Beberapa buah bot sedang berlabuh di jeti Merang semalam. Jeti Merang yang merupakan pintu masuk pelancong ke Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah bakal berwajah baru.

Johan (tiga dari kanan) berbincang mengenai pelaksanaan projek yang bakal dilaksanakan di Jeti Merang.
Kerajaan memperuntukkan RM14.7 juta bagi meningkatkan kemudahan jeti pelancongan di sini, yang menjadi jeti kedua terpenting selepas Jeti Shahbandar di Kuala Terengganu untuk pelancong memasuki Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah.

Projek yang akan dilaksana secara bersepadu antara Majlis Daerah Setiu (MDS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) itu akan bermula Oktober ini dan dijangka siap pada 2016 nanti.

Wang Tunai Dalam Kereta Lesap Ketika "Lepas Hajat'

Mangsa menunjukkan tempat isterinya meletakkan beg sebelum ia dilarikan pencuri. Gambar kecil : Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya
Sepasang peniaga berputih mata apabila barangan berharga termasuk wang tunai yang ditinggalkan dalam kereta di kawasan parkir luar pagar Masjid Sultanah Nur Zahirah Bandar Marang dikebas pencuri, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, pasangan berumur 47 dan 44 tahun itu dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Dungun sebelum singgah di lokasi kejadian untuk ‘melepaskan hajat’.

SPM 2012 - Lebih Ramai Pelajar Dapat Semua A

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud menunjukkan perbandingan bilangan calon yang memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran diduduki pada 2011 dan 2012 selepas membentangkan analisis keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di Putrajaya, hari ini.
Seramai 15,793 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki, peningkatan 0.13 peratus berbanding 15,079 calon pada 2011.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abd Ghafar Mahmud berkata seramai 13,721 daripada calon itu merupakan calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang meningkat daripada 12,970 calon tahun sebelumnya, dan 2,072 calon lagi ialah calon sekolah bukan KPM, yang mengalami penurunan berbanding 2,109 tahun sebelumnya.

Terengganu HT Mampu Beraksi Cemerlang Esok

 
 

Kerajaan negeri yakin pasukan baru, Terengganu Hockey Team (Terengganu HT) mampu beraksi cemerlang dalam Liga Hoki Malaysia, di Kuala Lumpur, bermula esok, walaupun pertama kali bersaing antara kelab-kelab hoki ternama lain di Malaysia dalam liga itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata pihaknya percaya pasukan itu mampu mencipta nama kerana pernah meraih dua kejayaan manis iaitu menjadi juara Sukan Malaysia 2012 dan johan Hoki Piala Tun Razak edisi ke-50 baru-baru ini.

“Kelebihan lain, pemain Terengganu HT terdiri daripada sembilan atlet Sukan Malaysia ( Sukma) dan enam pemain Kebangsaan, semua itu dianggap permulaan serta kelebihan terbaik untuk melangkah ke liga berkenaan,” katanya.

 

MB Gembira Prestasi STPM Terengganu Meningkat

Gambar Fail...pengumuman mengenai keputusan STPM oleh JPNT baru-baru ini.
 Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said meluahkan rasa gembira dan bangga dengan peningkatan prestasi pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) seluruh Terengganu berbanding 2011.

Terengganu merekod pencapaian 96.01 peratus (2012) berbanding 95.34 peratus pelajar yang mencapai lulus penuh sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dan layak mendapat sijil STPM pada tahun sebelumnya.

Lelaki DiTahan Kes Curi Kabel di Hulu Besut

Zuraidi (kanan) bersama Sarjan Hassan Lasim menunjukkan kabel yang dirampas daripada suspek di Balai Polis Jertih semalam
Misteri kehilangan kabel telekom bawah tanah (kabel optik) milik Telekom Malaysia Bhd (TM) di kampung ini, Hulu Besut sebelum ini terjawab dengan tertangkapnya seorang lelaki yang merupakan penduduk kampung tersebut.

 Suspek berusia 43 tahun itu diberkas sepasukan polis dari Balai Polis Jertih yang diketuainya Ketua Balai, Inspektor Zuraidi Semail pada jam 6.45 petang kelmarin di rumahnya.

BN Tidak Gentar Anwar Tanding di Perak - Dr Zamry


Barisan Nasional (BN) tidak tertekan atau gentar untuk menghadapi pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) jika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, BN bersifat gentlemen memandangkan dalam demokrasi sesiapa sahaja warga Malaysia boleh bertanding di mana-mana kawasan yang disukai.

DUN Negeri Sembilan Bubar Secara Automatik Selasa Ini


Urusan pentadbiran Negeri Sembilan tetap berjalan seperti biasa di bawah kerajaan sementara sekalipun Dewan Undangan Negeri (Dun) terbubar secara automatik Selasa ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pembubaran Dun itu hanya melibatkan kuasa politik yang dipegang wakil-wakil rakyat yang dipilih pada pilihan raya, namun kuasa pentadbiran negeri masih wujud.

AMM Kelantan Bekerjasama Dengan Pahang, Terengganu Banteras Pencerobohan

Pencerobohan nelayan asing khususnya dari Vietnam dan Thailand kini dikesan mengubah laluan daripada memasuki kawasan perairan Kelantan, ke perairan Terengganu dan Pahang.

Ketua Penguatkuasa Maritim Kelantan Kapten Maritim Wan Burharnuddin Wan Jusoh berkata perubahan itu dipercayai berikutan kawalan ketat Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) di perairan Kelantan sehingga menyukarkan bot-bot asing menceroboh, terutama pada waktu malam.

TPM Lawat Terengganu Esok


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin (gambar) akan melakukan lawatan kerja sehari ke Terengganu, esok 22 Mac.

Beliau dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman akan menaiki pesawat khas dari TUDM Subang dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, kira-kira jam 12.30 tengahari.

MSN Perkenal Muay Thai, Woodball, Bola Sepak Pantai Pada Sukma 2013

Acara Muay Thai dan Woodball akan diperkenalkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-16 di Lembah Klang dari 28 Jun hingga 7 Julai ini, menurut Majlis Sukan Negara (MSN).

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Zolkples Embong berkata kedua-dua acara itu mendapat sambutan memberangsangkan sejak kebelakangan ini walaupun acara woodball tidak mendapat penyertaan cukup pada Sukma 2011.

10,000 Penduduk Besut Sertai Walk For Peace


Kira-kira 10,000 penduduk daerah Besut menyertai program berjalan kaki Walk For Peace sebagai tanda sokongan terhadap anggota pasukan keselamatan negara yang berjuang mempertahankan bumi Sabah.

Program anjuran Pejabat Daerah Besut dengan kerjasama UMNO Bahagian Besut mendapat sambutan luar dugaan apabila penduduk pelbagai peringkat dan keturunan menyertai acara berjalan kaki sebagai tanda sokongan terhadap pasukan keselamatan yang sedang berjuang di Lahad Datu.

Wednesday, March 20, 2013

Pesara Kerajaan 'Bantai Kerajaan' Memang Tak Kenang Budi


Cuepacs menyifatkan tindakan segelintir pesara kerajaan yang mengkritik pelbagai dasar kerajaan atas pentas politik bersama parti pembangkang sebagai tidak mengenang budi.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata sebagai pesara kerajaan kesemua 600,000 pesara itu sepatutnya bersyukur kerana hasil usaha kerajaan sedia ada mereka mampu hidup selesa dengan wang pencen.

"Bagi saya, mereka ini sepatutnya menyumbang idea kepada pembangunan negara, bukan mengkritik sistem yang ada, malah lagi teruk apabila berada di sebelah pembangkang.

"Janganlah disebabkan ada masalah peribadi ketika berkhidmat dulu, maka setelah bersara, mereka kini menghentam pelbagai dasar kerajaan dengan pelbagai tohmahan," katanya.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas majlis pelancaran skuad pengguna dirasmikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri Terengganu, Datuk Rosol Wahid di Kuala Terengganu, semalam.

Ditanya mengenai tindakan sesetengah penjawat awam yang menjadikan laman sosial termasuk Facebook untuk menghina pasukan keselamatan yang kini terlibat dalam Ops Daulat di Sabah, Omar berkata pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tatatertib kepada mereka.

"Cuepacs tidak berkompromi dalam hal-hal seperti ini kerana setiap penjawat awam perlu bertanggungjawab atas setiap perbuatan mereka," katanya.

20,000 Murid Tahun 4 Di Terengganu Bakal Terima E-Book

 

Kira-kira 20,000 murid Tahun 4 di seluruh Terengganu akan memerima seunit E-Book pada tahun ini yang diagihkan secara berperingkat mulai semalam.

E-Book sebuah komputer mini yang dilengkapi perisian akademik mengikut sukatan Kementerian Pelajaran itu mula diberi sejak tahun 2009 bertujuan memudahkan proses pembelajaran di dalam kelas, sekaligus mengurangkan beban murid untuk membawa buku ke sekolah.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata sejak diperkenalkan lima tahun lalu, kerajaan negeri telah membelanjakan RM114 juta bagi memastikan proses pembelajaran menggunakan E-Book berjalan lancar.

Puteri UMNO Rancak Turun Padang Perkemas Strategi


Pergerakan Puteri Umno Terengganu semakin rancak turun padang untuk bertemu rakyat di seluruh Terengganu bagi mengeratkan hubungan, sekali gus memperkemaskan strategi sebelum menghadapi ‘perperangan’ pilihan raya umum akan datang.

Ketua pergerakan itu, Nordiana Dato’ Shafie, berkata pada masa sama, pihaknya dapat mengesan setiap masalah rakyat serta menyelesainya dengan kaedah terbaik, selain menyakinkan bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) adalah parti yang mampu membela nasib rakyat.

BR1M Jadi Inisiatif Tahunan - Perdana Menteri

 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang diperkenalkan awal tahun lalu, akan diteruskan dan dijadikan sebagai inisiatif tahunan.

Beliau berkata BR1M 1.0 dan BR1M 2.0 merupakan satu daripada contoh terbaik iltizam kerajaan dalam menjunjung kesejahteraan rakyat, yang mendatangkan manfaat yang besar kerana dapat membantu meringankan beban mereka yang berpendapatan rendah.


LKIM Teruskan Program Membaiki Rumah Nelayan

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan meneruskan program membaiki rumah nelayan di seluruh negara tahun ini dengan menyediakan peruntukan RM130 juta untuk tujuan itu.

Ketua Pengarahnya Datuk Mohad Khazin Hamzah berkata sehingga kini hampir 12,000 rumah telah dibina dan lebih 7,000 unit telah siap sepenuhnya.
 

Najib - Fasa Pertama GTP Catat Kejayaan Nyata


Fasa pertama Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang melabuhkan tirainya tahun lepas mencatat pencapaian dan kejayaan nyata bagi kesemua tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang dilaksanakan demi kesejahteraaan rakyat, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri dalam prakatanya "Maju Ke Hadapan Menuju GTP 2.0" untuk Laporan Tahunan GTP 2012, menyifatkan GTP 1.0 yang dilancarkan pada 2010 sebagai wadah yang menghamparkan persediaan asas bagi transformasi dan inovasi yang lebih besar sepanjang satu dekad setengah akan datang.

Keputusan SPR Adakan PRU13 Serentak Adalah Muktamad


Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya negeri dan Parlimen serentak pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) adalah muktamad.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, keputusan itu dibuat setelah menimbang beberapa faktor yang perlu diambil kira termasuk menjimatkan duit rakyat.

Jangan Leka Dengan Pencapaian ETP - Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razakberkata rakyat Malaysia tidak harus leka dengan kejayaan yang telah dicapai oleh Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancarkan dua tahun lepas.

Katanya, Malaysia harus terus menangani isu seperti kemiskinan, produktiviti pekerja, kelestarian alam sekitar dan pendididikan, manakala faktor-faktor ekonomi luaran bakal kekal mencabar pada masa hadapan.

Aksi Lelaki 'Mesra' - Anwar Saman Blogger Papa Gomo



Susulan penyebaran gambar seorang lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama seorang lagi lelaki lain dalam aksi "mesra" penghujung minggu lalu, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu memulakan prosiding undang-undang terhadap blogger pro-Umno.

Pengendali blog terkenal Papa Gomo atau nama asalnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris, didakwa menyiarkan gambar berkenaan pada 16 Mac lalu.

Kit Siang Ahli Politik 'Touch & Go' Atau 'Langgar Lari'?


Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyifatkan Lim Kit Siang sebagai ahli politik "touch n go" atau "singgah lalu" susulan keputusan veteran DAP itu untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Pada pilihan raya umum 2008, kerusi Parlimen Gelang Patah dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) Tan Ah Eng yang mengalahkan calon PKR, Zaliha Mustafa dengan majoriti 8,851.

10 Batang Kabel 'Feeder' Hilang, Polis Buru Lelaki

Diburu polis (kiri) Ahmad Firzuan Shah Pasaluddin@Zuan dan (kanan) Mamat Cina @Mamat Embong
Sebuah syarikat telekomunikasi tempatan terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM18, 800 angkara kegiatan mencuri kabel di Kampung Rawai di Marang, pada malam kelmarin.

Kejadian membabitkan kehilangan 10 batang kabel ‘feeder’ itu hanya disedari kira-kira jam 9 malam selepas juruteknik syarikat terbabit membuat pemeriksaan di pencawang berkenaan apabila menerima aduan gangguan talian daripada pengguna.

Lahad Datu - 107 Akan Didakwa Berhubung Pencerobohan Sabah

Sebuah kereta kebal berantai jenis Adnan, memantau persekitaran sekeliling sebelum meniti jeti Felda Sahabat untuk menaiki kapal kargo menuju ke Kampung Tanjung Batu.
Lebih 100 orang yang ditahan berkaitan dengan pencerobohan bersenjata Sulu di Kg Tanduo kira-kira 135km dari sini sejak 12 Februari lalu berkemungkinan akan berhadapan dengan tuduhan di mahkamah tidak lama lagi.

Mereka yang ditahan termasuk lelaki bersenjata, anggota beruniform dan penduduk kampung masing-masing disyaki kemungkinan mempunyai secara langsung atau tidak langsung bersubahat dengan lelaki bersenjata Sulu.

Tuesday, March 19, 2013

PRU-13 : 40 Peratus Veteran Barisan Nasional Akan Digugurkan

 

Barisan Nasional akan mengguggurkan 40% calon veteran pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk memberi laluan kepada muka baru.

Datuk Seri Najib Tun Razak yang membuat pelarasan senarai calon pada saat akhir telah mengenal pasti beberapa calon veteran untuk digugurkan dengan segelintir daripadanya tampil secara sukarela untuk tidak bertanding.

Barisan mempunyai seramai 141 ahli Parlimen dengan 75 daripadanya memegang jawatan tersebut lebih tiga penggal.

Sumber berkata, tidak kesemua kerusi mereka akan diganti tetapi Perdana Menteri mahu menurunkan beberapa muka baru sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Politik.

Empat menteri kabinet yang telah memegang jawatan tersebut setelah sekian lama antara yang akan mengundur diri untuk memberi laluan kepada muka baru.

Antaranya bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz (Kuala Kangsar), bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid (Padang Besar), bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Kangar) dan bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Ong Ka Ting (Kulai).

Rafidah antara yang terawal memaklumkan hasratnya untuk tidak bertanding kepada Najib.

Radzi dan Azmi telah memberitahu Najib bahawa mereka ingin bersara. Ong dikatakan akan meneruskan peranannya sebagai duta khas ke China.

Beberapa pemimpin veteran yang menyuarakan kesediaan mereka untuk tidak bertanding adalah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi (Kepala Batas) dan Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar (Kota Tinggi).

Bagaimanapun, menurut sumber, Najib perlu memutuskan sama ada menerima tawaran itu kerana 'tiada calon pengganti sesuai' ditemui.

Seorang lagi bekas menteri kabinet, Datuk Seri Azalina Othman Said yang juga Ahli Parlimen Pengerang mungkin antara calon yang digugurkan tetapi kontroversi mengenai pembangunan Petronas di kawasan tersebut menyebabkan beliau bakal dicalonkan semula.

Sumber berkata Najib mungkin mengekalkan Azalina supaya beliau boleh menjelaskan kepada penduduk di kawasan tersebut mengenai kepentingan projek bernilai RM61.4 bilion itu.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui yang juga Presiden SUPP dan memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen Miri selama enam penggal berkata, beliau akan terus bertanding sekiranya Najib ingin beliau berbuat demikian.

Dua lagi Ahli Parlimen senior yang akan bersara adalah bekas Menteri Sumber Manusia Tan Sri Dr Fong Chan Onn (Alor Gajah) dan bekas Menteri Pelancongan Datuk Seri Leo Michael Toyad (Mukah).

Tiga bekas Timbalan Menteri yang dijangka tidak akan dicalonkan adalah Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, Datuk Noraini Ahmad dan Datuk Seri Sulaiman Taib.

Mereka masing-masing merupakan Ahli Parlimen Jerantut, Parit Sulong dan Kota Samarahan.

193 Peserta Felcra Seri Bandi Terima Geran Tanah Hampir RM100j


Seramai 193 peserta Tanah Rancangan Felcra Seri Bandi di Kemaman menerima geran hak milik tanah masing-masing membabitkan nilai kira-kira RM100 juta ringgit.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata setiap peserta diberi kawasan seluas empat hektar tanah kelapa sawit dianggarkan bernilai antara RM400,000 dan RM500,000.

"Kita beri kepada peserta yang betul-betul tabah menghadapi pahit maung hidup sebagai peserta Felca Seri Bandi, sejak 33 tahun lalu.

Terengganu Terus Catat Peningkatan Dalam STPM

Siti Suhaida menunjukkan keputusan peperiksaan kepada ayahnya,Awang Daud sambil diperhatikan ibunya Rogayah Mat.
Terengganu berjaya mencipta rekod baru dalam bidang pendidikan apabila dua pelajar tersenarai sebagai calon terbaik negara dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012, yang diumumkan serentak seluruh negara semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Hashim Mohd Zin berkata, pelajar STPM yang berjaya membuktikan kecemerlangan itu Normadia Manaf bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putra, dan Nor Izyan Suhaimi dari SMK Renek, Besut.

Najib Lancar Laporan Tahunan Program Transformasi Nasional 2012 Hari Ini

 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan Laporan Tahunan Program Transformasi Nasional (NTP) 2012 hari ini.

Laporan tahunan itu merangkumi hasil daripada inisiatif di bawah kedua-dua Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

STPM 2012 - Kebanyakan Negeri Catat Keputusan Baik

Pelajar-Pelajar SMK (P) Sultan Ibrahim gembira sambil meraikan kejayaan mereka selepas mendapat keputusan STPM 2012 di sekolah mereka di Johor Bahru semalam.
Kebanyakan negeri mencatatkan keputusan baik dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 yang diumumkan hari ini, dan ada di antara sekolah yang mencatatkan pencapaian kelulusan 100 peratus.

Di TERENGGANU, keputusan STPM yang diumumkan itu menyaksikan dua pelajar negeri tersebut terpilih sebagai beberapa calon terbaik negara. Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran negeri Hashim Mohd Zin berkata seramai 2,861 orang calon (96.01 peratus) telah mencapai lulus penuh sekurang-kurangnya satu mata pelajaran. "Pencapaian ini adalah yang terbaik berbanding dua tahun lalu dan yang lebih membanggakan setelah dua pelajar kita terpilih buat pertama kali sebagai calon terbaik negara," katanya dalam sidang media.

Tarikh Pru-13 : Ahmad Atory Ramal Kemungkinan Parlimen Bubar Hari Ini

Ahmad Atory
Ketika ramalan dan jangkaan pelbagai pihak mengatakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam tempoh terhampir ini, seorang pemerhati politik berpendapat, pilihan raya mungkin menjangkaui musim cuti sekolah pada Mei hingga Jun depan.

Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Shamsul Adabi Mamat (kiri) berkata, Parlimen pula akan dibubarkan setelah senarai calon Barisan Nasional (BN) pada PRU13 diumumkan.

2 Peragut Dibelasah Orang Ramai Di Jalan Sultan Mahmud


Dua orang peragut yang meragut seorang jurujual dipukul orang ramai dalam kejadian di Jalan Sultan Mahmud di Kuala Terengganu Sabtu lalu.

Kedua-duanya yang juga buruh binaan sebelum itu turut melarikan diri dari polis selepas melakukan jenayah itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K.Manoharan berkata peragut sebelum itu meragut jurujual berumur 27 tahun berkenaan kira-kira pukul 10 malam di hadapan Masjid Al-Muktafi Billah Shah.

Guru Didakwa Hina Pasukan Keselamatan Digantung Tugas

Seorang guru lelaki yang didakwa menghina anggota pasukan keselamatan berhubung isu pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah digantung perkhidmatan mulai semalam, kata Pengarah Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan Hussain Awang.

"Tindakan ke atas guru terbabit berkuatkuasa sehingga kes itu selesai disiasat polis," kata Hussain kepada pemberita pada majlis pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 2012 di Kota Bharu, semalam,

800 Lagi Calon Program Khas Haji Tajaan 1MDB Terima Surat Tawaran


Seramai 800 orang terdiri daripada imam, ketua kampung dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) semalam  menerima surat tawaran menunaikan fardu haji 1434H/2013 tajaan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Majlis penyerahan surat tawaran itu disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

ACC 2013 - Skuad Lebuh Raya Menghampakan

Muhammad Rauf sekadar menduduki tempat ke-15 pada hari terakhir acara lebuh raya pada ACC 2013 semalam.
Impian pemecut handalan Malaysia, Mohd. Harrif Salleh untuk menyumbang pingat tidak kesampaian apabila sekadar menduduki tempat kelapan pada perlumbaan lepas beramai-ramai elit lelaki Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2013 sejauh 156.2 kilometer (km) di Litar Formula Satu Buddha International Circuit, Uttar Pradesh semalam.

Pemecut Terengganu Cycling Team (TSG) itu muncul sebagai pelumba terbaik negara pada perlumbaan tersebut apabila melintasi garisan penamat dengan catatan masa 3 jam 36 minit 38 saat.