Thursday, March 20, 2014

MH370 - 'Baik, Selamat Malam' Jadi Kata-Kata Terakhir Misteri


"Persoalan baru – mengapa Fariq tidak memberi isyarat mengenai apa-apa masalah kepada menara kawalan, memandangkan Acars dimatikan kerana ia tidak sepatutnya dilakukan."

Misteri selubungi kata-kata terakhir Fariq "Baik, selamat malam,” adalah kata-kata terakhir dari kokpit pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH370, yang masih belum ditemui.

Kata-kata ini menjadi tumpuan kajian mendalam untuk menentukan sama ada ia disebut oleh juruterbang atau oleh seseorang yang tidak sepatutnya berada di kokpit berkenaan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Malaysia hari ini berkata mereka percaya kata-kata itu bukan disebut oleh orang asing, tetapi oleh pembantu juruterbang Fariq Ab Hamid.

a adalah berdasarkan maklumat dari siasatan awal, kata ketua pegawai eksekutif MAS Datuk Ahmad Jauhari Yahya dalam sidang media di Hotel Sama-Sama, KLIA.


"Siasatan awal menunjukkan pembantu juruterbang itu yang bercakap pada waktu itu, ia dirakam dalam pita rakaman,” katanya.

Perbualan terakhir itu berlaku hanya 11 minit sebelum MH370 hilang dari radar kawalan lalullintas udara Malaysia pada jam 1.30 pagi, 8 Mac. Adakah sesuatu berlaku ke atas pembantu juruterbang tersebut dalam tempoh 11 minit berkenaan atau adakah pembantu juruterbang tersebut terlibat dalam satu pakatan tertentu?

Ia seterusnya menimbulkan satu lagi persoalan – sama ada sistem Aircraft Communications Addressing and Reporting System (Acars) dalam pesawat tersebut dimatikan sebelum atau selepas komunikasi teraskhir dengan kokpit pesawat.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam menyebut bahawa Acars dimatikan sebelum komunkasi terakhir antara menara kawalan dengan kokpit.

Kenyataan tersebut, yang dijelaskan sebagai tidak tepat hari ini, menimbulkan persoalan baru – mengapa Fariq tidak memberi isyarat mengenai apa-apa masalah kepada menara kawalan, memandangkan Acars dimatikan kerana ia tidak sepatutnya dilakukan.

Jauhari semalam  berkata masih belum dapat dipastikan sama ada Acars dimatikan sebelum atau selepas komunikasi Fariq.

 "Pancaran data Acars terakhir pada 1.07pm. Kita tidak tahu bilakah Acars dimatikan selepas itu, tetapi ia sepatutnya memancar data setiap 30 minit dan pancaran seterusnya tidak diterima,” katanya.

Ini bermakna pancaran Acars seterusnya – yang tidak berlaku – sepatutnya pada jam 1.37 pagi.

Ini menunjukkan bahawa Acars mungkin dimatikan pada bila-bila masa sebelum atau selepas jam 1.19 pagi, tetapi pada waktu di antara 1.07am dan 1.37am, yang merupakan komunikasi terakhir dengan menara kawalan.

Sementara itu seorang penumpang pesawat MH370 warga Malaysia yang didakwa sebagai seorang jurutera penerbangan merupakan antara tumpuan siasatan, menurut satu laporan.

Laporan Reuters menyebut, Mohd Khairul Amri Selamat, 29, mengaku dalam satu laman sosial sebelum ini bahawa beliau bekerja untuk sebuah syarikat penerbangan jet sewa swasta.

Seorang pegawai tinggi polis yang tidak dinamakan dalam laporan berkenaan mengesahkan bahawa pasukan itu sedang menyiasat para penumpang termasuk Mohd Khairul dan juga anak kapal lain.

“Ya kami menyiasat Mohd Khairul dan juga penumpang lain dan juga anak kapal.

“Fokusnya adalah sesiapa sahaja yang mungkin mempunyai kemahiran penerbangan di atas pesawat tersebut,” kata pegawai polis berkenaan dalam laporan Reuters.

Penyiasat percaya bahawa pesawat berkenaan dilencongkan dari laluan asalnya oleh seseorang yang mempunyai pengetahuan mendalam mengenai pesawat dan panduan arah pesawat komersil.

Sumber - malaysiakini

Projek Pangsapuri Di Pulau Redang Legakan Penduduk Pulau

Ahmad Said meninjau projek pembinaan rumah pangsa mampu milik di Pulau Redang semalam.
Pangsapuri mampu milik bernilai RM32 juta yang dibina kerajaan negeri Terengganu di sini memberi kelegaan kepada penduduk sekitar kerana ada dalam kalangan mereka yang sebelum ini terpaksa berkongsi rumah dengan ibu bapa.

Seorang nelayan, Awang Mat, 43, berkata pembinaan pangsapuri itu adalah khabar gembira kepada anggota keluarganya apabila Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said meminta agar projek itu disiapkan pada akhir tahun ini.


"Ini khabar gembira pada golongan muda yang baru sahaja berumah tangga. Sekurang-kurangnya mereka tidak perlu berkongsi sehingga tiga atau empat keluarga dalam satu rumah," katanya pada Bernama dalam satu tinjauan sekitar Pulau Redang.

Beliau berkata generasi baharu amat beruntung kerana kerajaan begitu cakna dengan keadaan mereka dan menjaga kebajikan golongan itu. Awang berkata beliau berkongsi rumah peninggalan ibu bapanya dengan empat keluarga lain. "Bilik air dalam rumah itu ada satu.


Bayangkan lima keluarga tinggal dalam satu rumah dan apa yang terjadi sekiranya kami semua terdesak hendak menggunakan tandas," katanya. Pemandu pelancong yang ingin dikenali sebagai Hamid, 27, berkata beliau baru berkahwin empat bulan lepas dan bersyukur dengan inisiatif kerajaan bagi memastikan keselesaan penduduk Pulau Redang.

"Orang yang baru berkahwin seperti saya sudah pasti bercita-cita untuk mempunyai kediaman sendiri.

"Pembinaan pangsapuri itu memberi harapan kepada saya dan isteri untuk membina keluarga kami sendiri," katanya yang kini berkongsi dengan tiga keluarga adik-beradiknya tinggal di rumah ibu bapa mereka.

Seorang suri rumah, Wok Jalil, 65, pula berkata sebagai ibu, beliau amat gembira kerana generasi muda di pulau itu berpeluang memiliki kediaman sendiri.

"Tanah di Pulau Redang amat terhad. Tidak ada banyak tanah kosong yang sesuai dijadikan kediaman bagi golongan muda. Dengan adanya pangsapuri yang kerajaan bina itu, masa depan mereka akan lebih terjamin," katanya.

Kelmarin, Ahmad Said berkata projek pangsapuri mampu milik di Pulau Redang yang mempunyai 160 unit rumah itu, akan disiapkan pada akhir tahun ini dan boleh didiami awal tahun depan.

Projek yang mempunyai beberapa kemudahan seperti gelanggang futsal dan dewan serba guna, mula dibangunkan pada April 2012 dan dijangka siap dalam suku ketiga tahun lepas.

Bagaimanapun, proses pembinaan projek itu mengalami dua kali kelewatan berikutan kesukaran mendapatkan bahan mentah pada musim tengkujuh selain tapak lokasi yang lembut.

Oleh itu, kerajaan negeri menggesa kontraktor binaan projek menyiapkan projek berkenaan tahun ini.

Kerajaan Terengganu yakin 160 unit rumah pangsa mampu milik di Pulau Redang mampu memberi keselesaan kepada rakyat pulau itu terutama kepada keluarga generasi muda.

Ahmad Said berkata, projek perumahan bernilai RM32 juta itu merupakan projek perumahan pertama kerajaan negeri di Pulau Redang.

“Kita sedia maklum tanah di pulau ini sangat terhad dan kita mendapati terdapat sebuah rumah didiami sehingga empat keluarga.

“Setakat ini, 45 peratus telah siap. Dengan siapnya projek perumahan mampu milik ini, kita serba sedikit dapat membantu mereka,” katanya kepada wartawan selepas melihat tapak projek rumah pangsa mampu di Pulau Redang semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah; ADUN Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman dan semua Exco kerajaan negeri.

Projek itu dibina di atas tanah seluas 4.23 ekar dan kerajaan negeri masih belum menetapkan harga bagi satu unit rumah bagi tujuan penjualan kepada rakyat.

“Projek itu merupakan projek yang sesuai memandangkan di kawasan sekitar mempunyai klinik, balai polis serta kemudahan awam yang lain,” katanya.

STPM - Terengganu Terus Catat Keputusan Memberangsangkan

Terengganu mencatat keputusan memberangsangkan dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2013 apabila 23 buah sekolah mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) melebihi 2.60 berbanding sembilan sekolah pada tahun sebelumnya.

Ini menyaksikan peningkatan GPS negeri daripada 2.40 pada tahun 2012 kepada 2.54 tahun lalu yang mana GPS melebihi minimum GPS nasional sebanyak 0.01.

Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Hashim Mohd. Zin berkata, Terengganu juga mencatat pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (PGNK) 2.54 tahun lalu berbanding 2.40 (2012) dengan perbezaan 0.14 peratus.

Menurutnya, keputusan calon lulus penuh pula mencatatkan 97.47 peratus berbanding 96.00 peratus tahun sebelumnya iaitu meningkat 1.46 peratus.

Pelajar Koma Duduki SPM, Tebus Kegagalan Dinobat Pelajar Terbaik STPM Negeri

Pelajar meraikan kejayaan bersama rakan-rakan setelah keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia diumumkan di SMK Panji Alam, Kuala Terengganu, semalam.-
Setelah koma kerana menghidap demam denggi dan gagal mendapat semua A peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua tahun lepas, Wee Ying Ni, kini mampu tersenyum apabila dinobatkan antara tujuh calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2013 terbaik negeri Terengganu.

Wee, 19, mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 yang memperoleh A bagi empat subjek iaitu Pengajian Am, Matematik, Kimia dan Biologi dan sekolahnya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hwa Wei Sin juga dinobat sekolah terbaik negeri.

Kejayaannya itu bukan sahaja dikongsi bersama bapanya, Wee Eng Poh, 53, dan ibunya Chee Lai Leong, 45, malah turut dikongsi bersama guru-guru dan rakan-rakannya yang tidak jemu membantu menaikkan kembali semangatnya untuk menebus kegagalan.

Terengganu Sumbang RM10,000 Dan Peralatan Komputer Untuk SK Pulau Redang

Ahmad Said berbual mesra dengan seorang penduduk ketika melawat salah sebuah rumah di Pulau redang semalam.


Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Redang Terengganu akan menerima sumbangan 10 buah komputer dan RM10,000 daripada kerajaan negeri untuk kemudahan proses pembelajaran.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata sumbangan itu sebagai insentif kepada murid-murid sekolah itu melakukan lebih banyak aktiviti berkaitan ilmu perkomputeran dan mencari bahan rujukan.

"Kami sudah berbincang dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pulau Redang dan permintaan mereka mendapatkan komputer serta bahan rujukan akan diluluskan," katanya semalam.

 SK Pulau Redang mempunyai kira-kira 250 pelajar.

Wednesday, March 19, 2014

UniSZA Bantu Penduduk Kampung Komersilkan Ubi Gadung

Imbas kembali...Datuk Seri Ahmad Said pada satu majlis memperkenalkan ubi gadung dengan kakitangan UniSZA di Kuala Terengganu pada 2010.
Projek penyelidikan ubi gadung pada awalnya menjadi bahan permainan politik apabila geran yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada institusi itu dianggap suatu pembaziran dan sia-sia.

Malah ramai mempersendakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said kerana bersetuju menyediakan geran berkenaan kepada  Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sebanyak RM2.2 juta.

Kini UniSZA bersedia merintis penanaman ubi gadung secara komersil di kawasan seluas 80 hektar di Pasir Akar, Besut mulai Jun depan.

Ketua Kluster Bio-Perubatan UniSZA, Prof. Dr. Abdul Manaf Ali berkata, projek perladangan itu digerakkan susulan hasil kajian mendapati potensinya yang cukup besar dan tumbuhan itu boleh ditanam di kawasan berpasir.

"Kualitinya adalah sama seperti yang tumbuh secara meliar di dalam hutan dan belukar. Kita sudah berjaya membuang racun di dalamnya dan boleh dijadikan bahan makanan termasuk kek, muffin dan biskut dengan rasa yang tersendiri," ujarnya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Perasmian Minggu Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi UniSZA di Kuala Terengganu, kelmarin.

Dengan geran RM2.2 juta diterima pada tahun 2010, pelbagai kajian mengenai tanaman itu dilakukan termasuk agronomi, etnobotani, morfologi, anatomi, taksonomi, germplasm, pembiakbakaan, penyaringan fitokimia, pencarian kimia seni dan pengkomersialan.



"Sudah tiba masanya, kajian ini memasuki fasa baharu iaitu untuk tujuan pengkomersialan yang kelak akan menarik melibatkan penduduk kampung agar menjadi punca pendapatan baharu bagi mereka," katanya.

Katanya, penggunaan tepung ubi berkenaan dalam industri pembuatan makanan juga adalah unik kerana ia turut mempengaruhi kelainan dalam tekstur dan rasa yang mempunyai keistimewaan tersendiri.

Menurut Abd Manaf, sehubungan itu juga UniSZA akan mengadakan memorandum persefahaman (MoU) dengan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) untuk penyelidikan lanjut mengenai bio-pestisida dalam ubi gadung.

"Bio-pestisida boleh digunakan untuk menghasilkan racun serangga selain kegunaan untuk sumber makanan dan farmaseutikal," katanya.

"Begitu juga dengan penggunaan ubi gadung untuk sumber makanan tambahan kepada haiwan ternakan dan kesemua ini membolehkan penanamannya secara komersial dilakukan lebih meluas selepas ini

Insiden MH370 Tidak Jejas Industri Pelancongan Terengganu


Isu kehilangan pesawat Boeing 777-200 milik MAS pada 8 Mac lalu, tidak memberikan kesan kepada industri pelancongan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato' Mohd Jidin Shafee berkata, insiden kehilangan pesawat melibatkan penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, setakat ini tidak mendatangkan kesan kepada pengusaha pelancongan mahupun kedatangan pelancong ke Terengganu.

“Isu MH370 tidak memberi sebarang masalah kepada industri pelancongan bahkan dari segi jumlah kedatangan pelancong juga tidak berlaku pengurangan dan jadual penerbangan di negeri ini juga berjalan seperti biasa.

“Walaupun misteri kehilangan pesawat sehingga kini masih belum terjawab, tetapi saya yakin kedatangan pelancong ke negara kita khususnya ke Terengganu akan terus berjalan dengan baik,” ujarnya.



Desa Murni Sasar Jualan RM48 Juta Sebelum Akhir Tahun Ini


Desa Murni Batik Sdn Bhd (DMBSB), pengeluar dan pengedar batik sutera digital milik Bumiputera, menyasarkan jualan sebanyak RM48 juta sebelum akhir tahun ini, peningkatan RM10 juta berbanding tahun lepas.

Pengarah Urusannya Mohd Suhaimi Embong berkata syarikat yakin dapat mencapai sasaran itu susulan pembukaan dua cawangan baharu, di Gong Kapas dekat Kuala Terengganu dan di Dungun yang mula beroperasi sejak Julai tahun lepas.

"Permintaan juga semakin bagus kerana semakin ramai pelanggan wanita menggemari fesyen batik digital keluaran Desa Murni kerana rekaannya yang eksklusif.

"Malah, penggunaan mesin berteknologi tinggi juga membolehkan kami menampung permintaan tanpa sebarang masalah dan pada masa sama memastikan kualiti produk yang dikeluarkan berada pada tahap terbaik," katanya.


Yayasan Sultan Mizan Peruntuk RM2 Juta Bantu Usahawan

Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) memperuntukkan kira-kira RM2 juta setahun untuk membantu golongan kurang berkemampuan menjalankan perniagaan.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, Datuk Mohd Fadzli Yusof, berkata sejak lima tahun lalu dana di bawah program bantuan perniagaan itu telah membantu 600 usahawan.

"Bantuan yang disalurkan itu tertumpu kepada peralatan berbanding wang tunai. YDSM membantu mereka berniaga dengan berkonsepkan memberi mereka joran, bukannya ikan," katanya.

Pegawai RELA Didakwa Buat Tuntutan Palsu RM13,500

Seorang pegawai RELA dihadapkan di Mahkamah Seksyen di Kuala Terengganu, semalam atas dua tuduhan mengemukakan tuntutan palsu berhubung penyediaan makanan dan minuman dan perkhidmatan kanopi bernilai RM13,500, hampir tiga tahun lalu.

Nor Arzaman Mohd Ali, 53, didakwa mengemukakan tuntutan palsu kepada majikannya, Pejabat RELA Daerah Setiu, bagi program penubuhan platun remaja RELA pada 30 September hingga 1 Oktober 2011.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas tuduhan dibacakan dihadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Monday, March 17, 2014

Simulator Jadi Petunjuk Kepada Usaha Mencari Pesawat MH370 Yang Hilang


Polis mengambil simulator penerbangan ketika memeriksa rumah juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Simulator tersebut akan dipasang semula di ibu pejabat polis untuk dianalisis oleh pakar-pakar dengan harapan ia membantu memberi petunjuk untuk mencari pesawat yang hilang.

Pakar kini sedang memeriksa simulator milik juruterbang itu dengan harapan mendapat petunjuk bagi membantu mencari kehilangan pesawat tersebut.

Semalam anggota Kongres Amerika Syarikat (AS) daripada parti Republikan, Peter T King menegaskan, sepatutnya juruterbang dan pembantu juruterbang penerbangan Malaysia Airlines MH370 menjadi tumpuan siasatan sejak hari pertama.

King yang juga merupakan anggota Jawatankuasa Keselamatan Dalam Negeri bagi Kongres AS, menyatakan kekecewaannya dengan cara kerajaan Malaysia menguruskan misi mencari dan menyelamat pesawat atau SAR yang membawa 239 penumpang dan anak kapal yang hilang pada 8 Mac semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

“Faktanya, FBI tidak dijemput untuk membantu. Dan anda tahu seharusnya juruterbang dan pembantu juruterbang menjadi tumpuan sejak dari mula,” kata King dalam rancangan “This Week” di ABC News awal pagi semalam.

"Itu akan menjadi prosedur penyiasatan penguatkuasaan undang-undang biasa. FBI boleh dipanggil untuk membantu, Interpol boleh dipanggil, agensi-agensi perisikan kita,” katanya.

Siasatan polis Malaysia pula akan memberi fokus terhadap empat sudut utama iaitu kemungkinan berlakunya rampasan, sabotaj, psikologi krew dan penumpang serta peribadi krew dan penumpang.

Siasatan ini dijalankan dengan kerjasama erat dari pelbagai negara. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis telah mengambil 'flight simulator' juruterbang dan semuanya yang dapat membantu kami.


"Kami menanggalkannya di rumah dan memasangnya semula di ibu pejabat polis untuk dianalisa oleh pakar," katanya pada sidang media mengenai pesawat MH370 yang hilang, semalam.

Katanya, selain rumah Kapten Zaharie, polis turut menjalankan pemeriksaan di rumah pembantunya, Fariq Abdul Hamid.

"Kami telah pergi ke rumah juruterbang dan pegawai-pegawai telah bercakap dengan ahli keluarganya.

Pada 15 Mac, polis juga mencari rumah pembantu juruterbang," katanya.

Tambahnya, selain juruterbang dan pembantunya, setiap penumpang dan anak kapal MH370 akan disiasat.

Beliau menegaskan, ia adalah prosedur penyiasatan yang biasa dilakukan.

Dengan menumpukan kembali kepada anak-anak kapal dan penumpang dalam pesawat MH370 yang hilang, polis sedang menyiasat dengan lebih lanjut mengenai latar belakang kapten penerbangan itu.

Bagaimanapun setakat ini, masih belum ada ipetunjuk kehilangan pesawat MH370 itu berkaitan dengan aktiviti terrorisme.

King yang mempengerusikan Jawatankuasa Kecil Pencegahan Keganasan dan Perisikan bagi Kongres AS pula berkata: “Setakat ini masih belum ada indikasi ia merupakan terrorisme. Tidak bermakna ia tidak akan tetapi setakat ini masih belum ada petanda dijumpai komuniti perisikan sejak hari pertama.”

King berkata, beliau difahamkan pihak berkuasa Malaysia tidak memberikan kerjasama yang baik dan keberatan untuk berkongsi maklumat dengan negara-negara yang membantu misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines itu.

King turut menyatakan keraguan bagaimana dua warga Iran yang menaiki pesawat tersebut dengan pasport curi tidak disyaki dan dilepaskan daripada pemeriksaan keselamatan dengan cepat.

“Maksud saya bagaimana mereka dapat menaiki pesawat tersebut untuk mencari suaka? Faktanya, mudah bagi mereka untuk menaiki pesawat dengan pasport curi,” katanya kepada ABC News.

Dua lelaki Iran yang dikenal pasti sebagai Pouri Nourmohammadi, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Reza, 29, dikatakan menggunakan pasport curi dan menaiki pesawat MH370 untuk ke Eropah.

Pouri menggunakan pasport Austria untuk ke Jerman bagi bertemu ibunya manakala Delavar Seyed pula menggunakan pasport Itali yang dilapor dicuri, manakala tiket penerbangan mereka dibeli dari sebuah agensi pelancongan di Thailand.

Kedua-dua lelaki itu meninggalkan Iran pada 22 Februari menggunakan pasport negara itu.

Duta Iran ke Malaysia, Mohammad Jalal Firouznia mengesahkan kedua-dua lelaki itu memperoleh visa daripada Kedutaan Malaysia di Tehran dan mereka tiba ke negara ini menerusi penerbangan dari Doha, Qatar.

Semalam, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengesahkan juruterbang Zaharie dan pembantunya Fariq Abdul Hamid tidak meminta untuk penerbangan bersama ke Beijing.

Beliau yang juga menteri pertahanan bagaimanapun berkata, polis menggeledah rumah juruterbang yang mempunyai simulator penerbangan dan rumah pembantu juruterbang itu pada Sabtu.


Hishammuddin berkata, Malaysia sentiasa berkerjasama dengan agensi penguatkuasa antarabangsa sejak hari pertama sekali gus menafikan laporan media antarabangsa yang mengatakan kerajaan menolak bantuan polis antarabangsa Interpol untuk mengesan lokasi pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu.

Sementara itu The Mail semalam memetik sumber polis mengesahkan bahawa Zaharie merupakan seorang aktivis politik yang lantang bersuara, dan bimbang sekiranya keputusan mahkamah tidak berpihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan membuatnya sedih.

Tujuh jam kemudian, beliau mengawal penerbangan Boeing 777-200 ke Beijing dan membawa 238 penumpang dan anak kapal.

Rakan sekerja Zaharie memberitahu penyiasat bahawa juruterbang itu merupakan aktivis sosial yang lantang bersuara dalam sokongannya terhadap Anwar.

"Rakan sekerja menyatakan dengan jelas kepada kita bahawa beliau adalah seseorang yang memegang kepercayaan politik yang kukuh dan merupakan lantang dalam menyokong Anwar Ibrahim," kata satu lagi sumber penyiasatan.

"Kami telah diberitahu oleh salah seorang rakan sekerjanya bahawa beliau begitu taksub dengan politik."

Dalam satu temu bual, rakan sekerja berkata, Zaharie memberitahu mereka bahawa beliau merancang untuk menghadiri kes mahkamah yang melibatkan Anwar pada 7 Mac, hanya beberapa jam sebelum penerbangan ke Beijing, tetapi penyiasat masih belum dapat memastikan sama ada beliau merupakan di kalangan penyokong Anwar di mahkamah.

Zaharie dipercayai berpisah atau bercerai dengan isterinya walaupun mereka berkongsi rumah yang sama, berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mereka mempunyai tiga orang anak, tetapi tidak ada seorang ahli keluarganya berada di rumah kecuali pembantu rumah.

Pendedahan mengenai hubungan politik Zaharie adalah sangat sensitif di negara yang dikatakan di mana taktik kotor politik berleluasa.

Salah satu daripada sumber siasatan berkata: "Kami sedang mengkaji teori berhubung kepercayaan politik Zaharie yang mungkin menjadi faktor.

Terdapat sensitiviti yang besar di sekeliling tetapi kami tidak mampu untuk tidak meneruskan sebarang sudut yang menjadi perhatian kami."

Dalam pada itu, sumber polis lain memberitahu The Mail pada Ahad: "Saya boleh mengesahkan siasatan kami termasuk kecenderungan politik dan agama kedua-dua juruterbang."

Zaharie menyertai Malaysia Airlines pada 1981. Beliau menjadi kapten kira-kira 10 tahun kemudian dan mencatat sehingga 18,360 jam masa penerbangan.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak kelmarin mengumumkan bahawa MH370 dengan sengaja diterbangkan dengan mengubah ke haluan lain mengemudi haluan selepas sistem komunikasi dimatikan.

Beliau berkata, ia menuju ke pantai barat Malaysia dan boleh diterbangkan selama jam tujuh lagi dengan simpanan bahan api.

Radar tentera menunjukkan pesawat itu terbang naik sehingga ke paras 45,000 kaki melebihi had perkhidmatan, yang kemungkinan usaha sengaja untuk mengejutkan penumpang dan anak kapal .

Serbuan di rumah Zaharie dibuat terhadap paparan teknikal itu selepas Perdana Menteri berkata siasatan sekarang adalah menumpukan anak-anak kapal dan penumpang sebagai petunjuk.

Tetapi penyiasat memberitahu The Mail pada Ahad bahawa persoalan mengenai latar belakang juruterbang sebenarnya bermula dari awal.

Polis Malaysia , dibantu oleh ejen-ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dari Amerika Syarikat, menyiasat latar belakang politik dan agama kedua-dua Zaharie dan pembantu juruterbang beliau, Fariq Abdul Hamid.

Rumah Zaharie telah ditutup selepas polis menghabiskan masa sejam melakukan pemeriksaan.

Bagaimanapun, sumber siasatan berkata bahawa dua komputer riba itu diambil daripada rumah itu dalam pemeriksaan yang tidak didedahkan oleh pihak polis lebih awal pada minggu lepas walaupun terdapat beberapa penafian oleh pegawai-pegawai bahawa rumahnya telah digeledah atau diserbu.

Satu komputer riba diambil dikatakan mengandungi data dari simulator penerbangan manakala yang kedua mengandungi sedikit maklumat.

Komputer riba peribadi Zaharie tidak dijumpai, dan dianggap telah dibawa bersama ke dalam kokpit pesawat, kata sumber itu

Sumber - Malaysiakini, The Malaysian Insider, MStar, Bernama, The Mail

YPU Minta Ibu Tunggal Rebut Peluang Pinjaman Perniagaan

Ibu tunggal di Terengganu disaran merebut peluang untuk mendapatkan pinjaman yang disediakan kerajaan negeri bagi memajukan perniagaan mereka.

Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata daripada RM20 juta yang diperuntukkan melalui YPK sejak tahun lepas, hanya RM1 juta yang dikeluarkan kepada kira-kira 1,000 ibu tunggal.

"Pada peingkat awal kita hanya bagi pinjaman maksimum berjumlah RM10,000. Namun kini kita telah naikkan pinjaman sehingga RM20,000.

Menteri Besar Meluangkan Masa Ziarah Datuk Yahya Khatib Di HSNZ

Menteri Besar meluangkan masa menziarahi Yahya yang diserang penyakit strok di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, semalam.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said meluangkan masa kira-kira sejam melawat bekas Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Yahya Khatib Mohamad dan beberapa pesakit lain yang kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, semalam.

Yahya yang juga bekas ADUN Penkalang Berangan (2004-2013) pada Khamis lalu dimasukkan ke HSNZ akibat penyakit strok.


Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Di Perairan Pantai Negara Sehingga Esok

Angin kencang dan laut bergelora kategori pertama yang kini melanda perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah dijangka berterusan sehingga Selasa.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan  memaklumkan tiupan angin dengan kelajuan dari 40 kmsj serta ketinggian ombak mencapai 3.5 meter itu, berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.

Ribut petir yang berlaku di perairan Langkawi, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dan amaran ketampakan rendah kurang dari 5km di sekitar perairan sama dijangka berterusan sehingga Ahad.

Sunday, March 16, 2014

Pemimpin & Penyokong UMNO, BN Tidak Lagi Selamat Menaiki MAS?

  
"Kalaupun Saifuddin mahu mempertahan Anwar tidak mengapa tetapi jangan libatkan laporan akhbar Britian dengan BN atau UMNO kerana ia perbuatan yang sangat ‘kurang ajar’...pendedahan akhbar Daily Mail itu sedikit sebanyak turut memberikan maklumat penting, termasuk beberapa jam sebelum berlepas dengan pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO) untuk ke Beijing, Zaharie pergi ke mahkamah pada 7 Mac untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar."

Menafikan Kapten Zaharie Ahmad Shah ‘terbabit dalam rampasan’ pesawat Pernerbangan Malaysia (MAS) MH370 demi Anwar sesuatu yang tidak masuk akal, kita boleh terima.

Memang sewajarnya kita menolak teori ini.


Tetapi mengatakan UMNO dan BN yang kehabisan modal, mencipta sesuatu yang bersifat khayalan mengaitkan dengan kehilangan pesawat boleh menjadi nyata, kita tidak boleh terima.

Bagaimanapun, kita juga boleh bertanya, kalaulah kelak teori ini benar kemudian hari ini, berapa ramai lagi juruterbang dan orang penting dalam MAS menyokong PKR?


Tidakkah kita merasa bimbang kalau pemimpin penting negara menaiki MAS akan menerima nasib seperti ‘penumpang MH370’ yang ‘lesap’ entah ke mana?

Patutlah ada pemimpin kita lebih suka menggunakan pesawat sewa atau jet peribadi bagi mengelakkan kemungkinan-kemungkin seperti ini.

Mungkin mereka sudah tahu ‘perangai’ atau ‘kemungkinan-kemungkinan’ yang akan berlaku jika menaiki pesawat MAS.

Bagi pemimpin PAS, PKR dan DAP, mereka sudah pasti terjamin ‘selamat’ jika menaiki MAS!

Malah dilaporkan penyiasat sedang mencari bukti mengaitkan teori pandangan politik Zaharie (kanan) sebagai sebahagian daripada faktor kontroversi kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac.

Pemimpin PKRmengaku juruterbang MH 370  merupakan ahli parti itu tetapi meminta semua pihak tidak membuat spekulasi mengaitkan mereka dengan kehilangan penerbangan tersebut.

Ketua PKR Cabang Subang Sivarasa Rasiah berkata beliau menang mengenali Zaharie sejak beliau menyertai parti tersebut 23 Januari tahun lalu. Bagaimanapun, tambahnya, tidak adil sekiranya pihak media mengaitkan perkara itu dengan parti kerana ia “tidak relevan”.

Siapa yang buat spekulasi? UMNO? BN?
Yang terbitkan berita ini ialah akhbar tabloid Uniter Kingdom Daily Mail. Apakah UMNO dan BN mengupah akhbar berkenaan?
Apakah ada pemimpin BN yang rapat dengan akhbar itu seperti rapatnya pemimpin pembangkang dengan akhbar antarabangsa seperti dari Amerika Syarikat?

Sivarasa sendiri semalam mengakui: "Akhbar Daily Mail ialah sebuah tabloid, mereka langsung tidak merujuk mana-mana sumber."


Semalam juga, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution menyifatkan laporan menyatakan Zaharie rampas MH370 kerana kecewa Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah dalam kes Liwat II dianggap sebagai khayalan luar biasa.

Katanya, PKR menganggap laporan akhbar Britain, Daily Mail itu sebagai mustahil berlaku kerana ia melibatkan nyawa ramai manusia yang tidak bersalah.

Saifuddin berkata walaupun Zaharie merupakan ahli seumur hidup parti itu, mngaitkan juruterbang dengan issu Anwar addalaah teori konspirasi politik yang tidak masuk akal.


Bagaimanpun, Saifuddin sendiri turut membuat kenyataan tidak masuk akal apabila mengatakan: "Semua dikaitkan dengan Anwar sangat unik dalam politik Malaysia. Namun mengenali UMNO dan BN, kalau mereka kehabisan modal, sesuatu yang bersifat khayalan boleh menjadi nyata."

Selain itu, Saifuddin berkata, isu sebenarnya adalah kerajaan Malaysia tidak kompeten dalam menguruskan kes pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu dengan 239 penumpang termasuk anak kapal.

Saifuddin sendiri tersasar dalam andaiannya kerana laporan akhbar Daily Mail tidak ada kena mengena dengan UMNO, BN atau kerajaan yang memerintah.

Laporan tabloid itu mengenai kemungkinan teori pesawat tersebut dirampas sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Anwar bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada 2008 adalah hak mereka.

Malah laporan itu secara tidak langsung menjerat kerajaan, UMNO dan BN yang tidak ada kena mengena dengan kehilangan pesawat MN370 itu.

Kalaupun Saifuddin mahu mempertahan Anwar tidak mengapa tetapi jangan libatkan laporan akhbar Britian dengan BN atau UMNO kerana ia perbuatan yang sangat ‘kurang ajar’.

Menariknya, pendedahan Daily Mail itu,  sedikit sebanyak turut memberikan maklumat penting, termasuk beberapa jam sebelum berlepas dengan pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO) untuk ke Beijing, Zaharie pergi ke mahkamah pada 7 Mac untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Ketua pembangkang itu dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat bekas pembantunya pada 2008.

Akhbar tersebut turut memetik sumber polis yang mengesahkan Zaharie, 53, merupakan seorang aktivis yang lantang dan berkemungkinan kecewa dengan keputusan mahkamah.


Dilaporkan, semalam, polis menyerbu rumah juruterbang berpengalaman itu di Laman Seri, Shah Alam yang mempunyai simulator penerbangan di rumah selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan fasa kedua pencarian pesawat MH370 pada satu sidang akhbar khas.

Daily Mail berkata, terlalu banyak masa dihabiskan menyiasat dua komputer riba yang diambil dari rumah Zaharie, yang dipercayai mengandungi data simulasi penerbangan, minggu lalu.

Akhbar tabloid itu melaporkan, meskipun pihak berkuasa Malaysia menafikan serbuan dilakukan di rumah Zaharie, dua komputer riba itu diambil semasa lawatan pihak polis awal minggu lalu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa gagal mengesan komputer riba peribadi Zaharie dan dipercayai dibawa bersama dalam kokpit pesawat dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, lapor Daily Mail. .

UPM Pindah Rumah Tradisional Terengganu Ke Muzium Warisannya Di Serdang

Rumah Bujang Berselasar (Serambi), sebuah rumah tradisionhal Melayu lama Terengganu, menjadi pilihan Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk dipindah ke Muzium Warisan Melayu universiti itu di Serdang, Selangor.

Pengarah Muzium Warisan Melayu UPM Dr Muhammad Pauzi Abd Latif berkata rumah itu yang dianggar berusia 150 tahun dan terletak di Kampung Tanjung di Kuala Terengganu, merupakan satu daripada empat jenis rumah tradisional Melayu terkenal di negeri ini, antaranya ialah rumah bujang berpeleh, rumah te'le dan rumah limas potong Belanda.

"Rumah yang masih mengekalkan seni bina asal itu dibina sendiri oleh pemilik asalnya, Wan Muda Wan Hassan, yang merupakan seorang tukang perahu selain pandai membuat barang-barang tembaga," katanya kepada pemberita semalam.

Beliau berkata UPM mengambil masa kira-kira enam bulan bagi mengenal pasti rumah itu dengan dibantu muzium dan kerajaan negeri Terengganu.