Wednesday, May 21, 2014

Ahmad Razif Sedia Kerjasama Dengan Siapa Sahaja Yang Dipilih Terajui Umno Terengganu


Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang bakal dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

Beliau turut mengakui tidak mempuyai masalah jika jawatan itu diberikan kepada orang lain dan akan bekerjasama dengan individu yang dilantik demi memajukan Umno.

"Kita serahkan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memutuskan perkara itu kerana apa yang penting ialah kebersamaan dalam memperjuangkan parti.

"Saya tak ada masalah, kita sebagai ahli parti yang setia, kita pulangkan keputusan itu secara bijaksana untuk ditentukan oleh Presiden parti dan saya tidak ada masalah langsung dalam hal ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bendera Sukan Malaysia (Sukma) kepada Kontinjen Terengganu lewat Isnin malam.

Menurutnya lebih mustahak semua bersatu untuk memperjuangkan parti dan tidak timbul siapa yang bakal dipilih menerajui Umno Terengganu.

Beliau berkata perpaduan dalam saat-saat begini amat penting lebih-lebih lagi dalam keadaan Terengganu sekarang di mana Barisan Nasional menduduki 17 kerusi Dewan Undangan Negeri sementara pembangkang 15.

Ahmad Razif berkata demikian ketika mengulas cadangan sebuah kolum akhbar tempatan Ahad lepas yang mengaitkan nama Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai calon yang sesuai untuk jawatan itu.

Terengganu Sedia Tambah Habuan Jika Muncul Juara Sukma Ke-17


Kerajaan Terengganu bersedia menambah habuan kepada atlet yang berjaya merangkul pingat pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) Ke-17 Perlis bermula 24 Mei ini, jika negeri itu muncul sebagai juara.

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata ia bertujuan menggalakkan semua atlet merebut seberapa banyak pingat emas yang boleh.

"Kita bersetuju untuk menaikkan insentif kepada atlet yang berjaya memenangi pingat emas daripada RM5,000 sebelum ini kepada RM6,000, pingat Perak daripada RM3,000 kepada RM4,000, namun gangsa kekal RM2,000.

Penjara 13 Tahun Kerana Rogol Anak Dalam Bangsal Kebun


Mahkamah sesyen di Kuala Terengganu, kelmarin menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan 10 kali sebatan terhadap seorang bapa yang tergamak merogol anak kandungnya sebanyak dua kali pada 16 Ogos dan 12 September tahun lalu.

Sebaik pertuduhan dibacakan, tertuduh yang berusia 38 tahun dan beralamat di Jalan Lebuhraya Jerangau Jabor, Terengganu itu mengaku bersalah di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Tertuduh yang disabitkan dua pertuduhan itu didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan perbuatan itu pada jam 3 pagi, 16 Ogos lalu, ketika mangsa sedang tidur di dalam bilik di rumah tidak bernombor, di Dungun.

Terengganu Sasar Juara Sukma Sebagai Hadiah Untuk Datuk Seri Ahmad Said


Terengganu optimis untuk merampas kembali kejuaraan Sukan Malaysia (Sukma) 2014 dengan sasaran 53 pingat emas pada temasya Sukma edisi ke-17 di Perlis yang bermula 24 Mei ini.


Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata 392 atlet sudah bersedia untuk bersaing dalam 24 jenis sukan yang melibatkan 389 acara yang dipertandingkan sepanjang temasya 12 hari itu nanti.

Katanya pihaknya yakin sasaran 53 emas, 45 perak dan 51 gangsa itu mampu dicapai dengan komitmen, latihan serta persiapan rapi yang telah dilakukan untuk Terengganu merampas kembali kejuaraan itu daripada Selangor.

"Pada kali ini Terengganu menyasarkan untuk merampas semula kejuaraan dengan pungutan 53 emas yang mewakili kira-kira 13.62 peratus daripada 389 pingat emas yang ditawarkan dan kita saya harap para atlet berusaha untuk mencapai sasaran tersebut.

PPKKB Labur RM500,000 Dalam Projek Ternakan Ikan Di Tasik Kenyir

Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Berang (PPKKB) akan melabur lebih RM500,000 untuk projek ternakan ikan dalam sangkar di Tasik Kenyir tahun ini.

Pengurus PPKKB Rosman Abdul Wahab berkata peruntukan itu bagi menyediakan ikan untuk kolam yang masih kosong mulai Julai ini.

"Sekarang ini kita ada 252 buah kolam kesemuanya, daripada jumlah itu 148 buah telah digunakan manakala 104 buah lagi masih kosong," katanya.

Menurut beliau PPKKB sekarang ini menternak tiga jenis ikan iaitu ikan patin, baung dan talapia hampir 120,000 ekor. Ikan tersebut kini mencapai saiz 300 gram seekor.

Satu Juta Pelancong Dijangka Lawat Tasik Kenyir

Pembangunan sedang dan bakal dilaksanakan di Hulu Terengganu bukan sekadar mengubah landskap keseluruhan daerah ini, tetapi juga menjadi pemangkin kedatangan pengunjung di Tasik Kenyir.

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Wan Mat Amin Wan Daud berkata, pihaknya menjangkakan satu juta pengunjung datang ke Tasik Kenyir pada tahun hadapan berikutan banyak tempat menarik boleh dilawati.

“Sebenarnya pembangunan di Tasik Kenyir dan daerah Hulu Terengganu bagaikan melengkapi antara satu sama lain. Sebagai contoh, dengan adanya kemudahan jalan raya atau lebuh raya ia akan memudahkan lagi akses perhubungan darat bagi pelancong untuk ke Tasik Kenyir.

Cadangan Dan Idea Pengamal Media Penting Untuk Pembangunan T'ganu - Ahmad Razif

Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mempelawa pengamal media memberi cadangan dan idea baharu dalam aspek penambahbaikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat bagi memastikan agenda pembangunan negeri ini berjalan lancar.

Beliau berkata pengamal media adalah antara golongan yang sering turun padang dan terawal dalam mengetahui permasalahan dihadapi rakyat dalam pelbagai urusan harian mereka.

"Justeru marilah bersama-sama kita bekerjasama ke arah pembangunan Terengganu yang lebih maju dengan keseimbangan menyeluruh dengan kebajikan rakyat terus diutamakan.

Bank Islam Sedia Peruntukan Lebih RM5 Juta Untuk Aktiviti CSR Tahun Ini

Bank Islam Malaysia Bhd memperuntukkan lebih RM5 juta tahun ini untuk kegiatan program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) bagi memenuhi keperluan pelbagai segmen masyarakat di seluruh negara.

Ketua Hubungan Strategiknya Datuk Wan Ismail Wan Yusoh berkata selain menyediakan penyelesaian kewangan dalam perbankan Islam, bank itu juga memberi penekanan dalam meningkatkan dan memperkayakan kehidupan mereka yang serba kekurangan dan daif.

"Melalui cawangan kami di seluruh Malaysia, kami mengenal pasti golongan miskin dan mereka yang memerlukan bantuan kami. Kami juga bekerjasama dengan majlis agama Islam negeri-negeri dan juga Jabatan Kebajikan bagi memastikan bantuan kami sampai kepada orang yang benar-benar memerlukan," katanya selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Bank Islam dan Bernama Media Treasure Hunt 2014 di Lotus Desaru Resort, Sabtu malam.

Sultan Terengganu Saran Daulatkan Syariah


Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyarankan agar kerajaan negeri menyediakan satu perancangan strategik dan secara holistik dalam usaha mendaulatkan syariah dari semasa ke semasa.

"Beta menyeru agar semua umat Islam di negeri ini bersatu padu kerana hanya dengan perpaduan sahaja akan mampu mengekalkan kekuasaan Islam di Terengganu," titah baginda ketika merasmikan sambutan tiga abad pentadbiran Islam di Kuala Terengganu, Ahad.

Baginda bertitah, institusi pentadbiran hal ehwal Islam sedang melalui proses penyusunan semula ke arah memperkasa pelaksanaan ajaran Islam dan maslahat ummah di negeri Terengganu.

JAKOA Peruntuk RM4.5 Juta Latih 400 Belia Orang Asli

Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) memperuntukkan RM4.5 juta bagi melaksanakan program latihan dan kemahiran kerjaya (PLKK) melibatkan 400 belia Orang Asli, tahun ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Mohd Sani Mistam berkata sejak dimulakan pada 2011, sebanyak 1,300 pelatih menyertainya dengan peserta yang tamat latihan dijamin mendapat pekerjaan melalui kerjasama dengan syarikat industri.

"Sehingga kini, 80 peratus daripada pelatih ini berjaya mendapat pekerjaan setelah tamat kursus selama setahun manakala baki 20 peratus pula melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

20 Guru Pondok Tunai Haji Bawah Program 1MDB

Seramai 20 guru pondok terpilih menunaikan ibadah haji di bawah Program Khas Haji Perdana Menteri-1Malaysia Development Berhad (1MDB) 2014.

Pengerusi jawatankuasa program itu Datuk Jailani Ngah berkata pemilihan guru pondok tersebut seiring pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menghadiri Ijtimak Pondok di Kedah bulan lepas.

"Kita selitkan guru-guru pondok pada program kali keempat ini kerana kita mengenangkan jasa dan sumbangan guru-guru pondok di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat tawaran kepada 51 bakal haji tajaan 1MDB di Kuala Terengganu, Ahad lalu.

Sunday, May 18, 2014

Ahmad Said Tidak Minat Pegang Jawatan Exco, Tanding Pilihan Raya


Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata beliau tidak berhasrat bertanding lagi pada pilihan raya akan datang.

Katanya, ramai lagi calon lain yang boleh mengisi tempatnya dan beliau juga tidak berminat memegang jawatan Exco jika ditawarkan.

Bagaimanapun, beliau akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat Kijal.

Beliau juga terharu dan berbesar hati dengan kesediaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghadiri majlis perkahwinanan anak perempuannya di Teluk Kalong semalam.

Terengganu Naik Satu Anak Tangga Ke Kedudukan Ketiga Liga Super

Pemain Kelantan, Mohamed Shawky (tengah) menjaring gol pertama dalam minit kelima separuh masa pertama ketika menentang Perak dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV di Kota Baru, malam semalam.
Terengganu naik satu anak tangga ke kedudukan ketiga liga, susulan kemenangan 2-1 ke atas wakil Singapura, Lions XII di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam semalam.

Mereka bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan awal penyerang Lions XII, Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal pada minit kelapan sebelum menyamakan kedudukan menerusi Javier Estupinan Romero, tiga minit kemudian.

Zairo Anuar Zailani memastikan Terengganu mengumpul tiga mata penuh apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-69

Selangor pula  terus melebarkan pungutan mata di persada Liga Super selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Sime Darby FC pada perlawanan di Stadium Shah Alam, malam semalam.

PENYERANG Johor DT, Safee Sali (kiri) diasak Zeshan pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam kelmarin.


Anak Perempuan Ahmad Said Teruja Kehadiran Perdana Menteri


Nor Ashahirah, anak perempuan bekas Menteri Besar terengganu Datuk seri Ahmad Said dan pasangannya, Mohd Syahirpaul Redzuan Musa, 28, terharu dengan sambutan lebih 10,000 tetamu yang hadir pada majlis persandingan mereka.

Walaupun bapanya tidak lagi bergelar Menteri Besar selain diselubungi dengan kontroversi yang berlaku, namun orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat masih hadir meraikan pasangan mempelai itu.

Perasaan itu lebih memunjak dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut memeriahkan majlis itu ialah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.
 

Krisis kukuhkan Umno Terengganu


Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek melihat kontroversi susulan pertukaran Menteri Besar Terengganu baru-baru ini memperkukuh Umno negeri.

Ini kerana katanya sikap yang dipamer pemimpin Umno negeri menunjukkan keikhlasan mereka untuk membuang yang keruh dan ambil yang jernih demi masa depan parti.

"Ini penyatuan yang indah dan perlu diteruskan," kata Ahmad Shabery yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia semalam.

Beliau yang ditemui ketika menghadiri majlis perkahwinan anak bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, turut meluahkan rasa hormat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadiri majlis itu, sekali gus mencerminkan keterbukaan Presiden Umno berkenaan.

Keberangkatan Sultan, Sultanah Terengganu Meriahkan Hari Keluarga Maidam


Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan sambutan Hari Keluarga Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) di Stadium Tertutup Gong Badak di Kuala Terengganu, semalam.

 Keberangkatan tiba baginda bersama Sultanah Nur Zahirah disambut Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan isteri Toh Puan Halina Zakaria serta Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu Datuk Mohd Rozali Salleh.


Ini merupakan program rasmi pertama Ahmad Razif sejak dilantik Menteri Besar Terengganu yang baharu pada Isnin lepas.