TDM Bhd akan membelanjakan modal sehingga RM300 juta tahun ini bagi membangunkan ladangnya di Terengganu serta Kalimantan, Indonesia.
Pengerusinya, Datuk Roslan Awang Chik, berkata 2012 adalah tahun yang mencabar bagi kumpulan dengan hanya memiliki 32,000 hektar tanah ladang sawit di Terengganu.
Katanya, untuk menjadi pemain utama dalam bidang perladangan sawit, ia memerlukan sehingga 100,000 hektar.
Untuk itu, katanya, TDM telah membeli 40,000 hektar tanah di Kalimantan untuk ditanam sawit, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan ladang dimilikinya meningkat kepada 70,000 hektar.
“Jumlah itu masih belum berupaya menjadikan kumpulan sebagai peserta industri sawit yang hebat.
“Oleh itu kita akan menyediakan peruntukan RM300 juta bagi pembangunan kumpulan pada tahun ini,” katanya selepas majlis penyampaian tauliah Kod Amalan Pertanian Yang Baik bagi Estet Kelapa Sawit dan Pekebun Kecil daripada Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB) kepada Pengerusi TDM Plantation Sdn Bhd, Datuk Mohd Jidin Shafee di Kuala Terengganu, kelmarin.
Hadir sama ialah Ketua Eksekutif TDM, Badrul Hisham Mahari dan Ketua Eksekutif TDM Plantation, Abdul Halim Yusoff.
Roslan berkata, TDM juga memberi tumpuan dalam satu lagi bidang berpotensi iaitu kesihatan.
Utusan Malaysia
Saturday, January 7, 2012
Friday, January 6, 2012
Laporan Kepada SPRM - Kenyataan Penuh Syed Azman
Saya Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, ADUN Batu Buruk pada tengahari ini telah ke pejabat SPRM dan bertemu dengan Hj.Yusuf bin Mohd Zin dan pegawai –pegawai di SPRM.
Dan pada tengahari ini telah buat laporan rasmi kepada Pesuruhanjaya Rasuah Malaysia terhadap MB Terengganu dan pihak-pihak terbabit .
Jadi, dalam laporan ini, saya telah bertemu dengan SPRM mengemukakan perincian tentang progam Bantuan Alatan dan Pakaian Sekolah. Yang telah dikemukakan di parlimen oleh Ketua Audit Negara, pada November tahun lepas.
Dan telah saya telah memukan di Dewan Undangan negeri Terengganu sebagai isu tergempar pada 5 Disember baru-baru ini yang mana saya telah memukakan terhadap SPRM untuk menjalankan siasatan terhadap laporan rasmi yang di keluarkan oleh puhak SPRM ini.
Kita mengharapkan supaya SPRM nanti dapat mengambil tindakan segera untuk menjalankan siasatan rapi berkenaan berpandukan kepada laporan terperinci yang telah dikemukan oleh ketua audit Negara di parlimen pada November yang lepas. Lampirannya kita akan bagi semua press untuk perincian. Kita telah mengambil langkah selain melaporkan, kita juga membuat statement supaya dijalankan siasatan segera.
Pengarah SPRM Terengganu meminta untuk kita membuat laporan formallah. Sebab itu mengambil masa yang lama. Lebih kurang 1 jam.
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir, kita mengharapkan pihak SPRM membuat siasatan segera, berpandukan laporanyang saya buat tengahari ini. Semoga tindakan diambil lepada semua pihak yang terbabit .
Setakat ini kita serahkan kepada mahkamah apa yang dibuat, apa yang kita laksanakan ini adalah sebagai melaksanakan tuntutan dan tanggungjawab saya sebagai ADUN Batu Burok dan negeri Terengganu ini supaya rakyat Terengganu ini mendapat pembelaan terhadap apa jua bentuk laporan-laporan yang dikemukan oleh pihak SPRM sekali
Yang kita maklum di sidang ini adalah maklumat umum sahaja, sebab maklumat detail yang kita bagi SPRM ini kita tak boleh dedahlah. Dia akan buat siasatan lanjut di bawah syeksen 13b(Akta Suruhanjaya Rasuah Malaysia). Kita tak boleh edarkan secara detail, apa yang dimaklum ini adalah maklum umum sahaja berdasarkan laporan Audit Negara.
Segala detail itu, kita dah serahkan.

Pindah Gelanggang - FAM TIdak Mahu Dijadikan Isu
Hamidin (tengah) serta pegawai pertandingan memeriksa rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mahu pertukaran venue perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah 2012 ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini dijadikan isu besar segelintir penyokong Kelantan.
Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) dengan tujuan supaya perlawanan dapat berlangsung lancar.
“Kita dapat lihat aksi persahabatan Kelantan bertemu Terengganu di Kota Bharu baru-baru ini terpaksa dihentikan kerana hujan terlalu lebat. Apabila kita mempunyai pilihan, lebih baik kita buat keputusan terbaik bagi mengelak sebarang kemungkinan.
“Jika diteruskan perlawanan sumbangsih ini di Kota Bharu dan tiba-tiba terpaksa dihentikan, FAM juga yang akan dipersalahkan. Selepas menilai ramalan kaji cuaca, inilah jalan terbaik,” kata Hamidin pada sidang media di Stadium Nasional, petang semalam.
Hamidin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM bagaimanapun berkata, situasi ‘gelanggang neutral’ untuk perlawanan sumbangsih itu hanya bersifat sementara kerana mengikut peraturan, juara bertahan Liga Super tetap menjadi tuan rumah kepada juara Piala Malaysia.
Tiket perlawanan mula dijual PBNS di Paroi hari ini dengan jumlah diminta mereka daripada FAM sebanyak 30,000 keping tiket manakala bagi penyokong Kelantan, KAFA masih belum memberi kata putus setakat ini.
“Buat permulaan, kami cetak 45,000 keping tiket. Jika ada keperluan tambahan, kami boleh jual sehingga maksimum 80,000 keping. Harganya seperti diumum sebelum ini, RM15 terbuka dan RM30 grandstand,” jelas Hamidin.
Berita Harian
Tok Mun Mahu Bertanding Kerusi DUN Pada PRU 13
Ketika ramai masih berteka teki bila Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan diadakan, Tok Mun atau nama sebenarnya Maimun Yusof, 93, yang pernah bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Terengganu pada PRU 2008, sudah membuat persediaan untuk bertanding lagi.
Dengan kudrat yang masih kuat biarpun usia sudah hampir menjangkau seabad, Tok Mun adalah bakal calon paling awal mengunjungi pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bandar raya ini untuk mendapatkan maklumat yang perlu sebagai persediaan untuk PRU kelak.
Tok Mun ketika ditemui di rumahnya semalam berkata, dia tidak berhasrat untuk bertanding bagi kerusi Parlimen, sebaliknya mahu merubah angin bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
“SPR kata untuk bertanding kerusi Parlimen Tok kena sediakan duit RM10,000, tetapi untuk DUN perlukan wang RM5,000 saja. Tok pun bukan ada duit sangat, jadi Tok nak bertanding kerusi DUN saja.
“Ketika ke pejabat SPR, Tok beritahu mereka Tok mahu bertanding menggunakan simbol yang Tok simpan (lambang kerajaan negeri Terengganu), tetapi mereka suruh Tok pilih simbol lain.
“Jadi, jika Tok masuk bertanding PRU nanti terpaksa guna simbol yang mereka beri dan Tok pilih simbol rumah (sambil menunjukkan kertas diberikan SPR yang memaparkan pelbagai simbol). Simbol rumah saboh (sesuai) sikit,” katanya ketika ditemui Berita Harian di rumah sewanya di Kampung Pengadang Akar di sini.
Tok Mun yang tinggal bersendirian di rumah yang sudah sangat usang itu, adalah calon tertua yang bertanding pada PRU Ke-12 bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dengan menggunakan simbol kunci, menentang calon Barisan Nasional, Allahyarham Datuk Razali Ismail dan PAS, Mohamad Sabu.
Bagaimanapun, Tok Mun yang mencari pendapatan dengan menjaja kain dan jeruk buah-buahan menaiki basikal itu tewas di tangan Allahyarham Datuk Razali Ismail dengan hanya meraih 685 undi.
Ditanya mengapa dia bersungguh-sungguh mahu bertanding dalam PRU sedangkan untuk menyara hidupnya pun dia menerima bantuan bulanan RM200 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Tok Mun berkata beliau mahu bercakap mewakili rakyat bagi memperbetulkan sistem pentadbiran negara yang didakwanya banyak kesilapan.

Peminat Terengganu Diminta Turut Sokong T-Team
Peminat bola sepak Terengganu diminta supaya turut menyokong pasukan kelab dari negeri itu iaitu T-Team dan tidak semata-mata memberi sokongan padu kepada pasukan negeri.
Gesaan itu dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
"Saya melihat seolah-olah peminat masih tidak mengubah sikap iaitu memihak kepada pasukan negeri mengatasi pasukan kelab.
"Sebagai contoh, dalam kejohanan Liga Malaysia tahun lepas, bila pasukan Terengganu bermain ramai peminat yang datang menonton tetapi bila pasukan T-Team bermain, sambutan peminat adalah kurang," katanya.
Ahmad Said berkata kemampuan kedua-dua pasukan adalah sama hebat yang kedua-duanya berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia musim lalu.

Kontroversi Baru Menyelubungi Kem Terengganu
Silap siapa?
Semuanya gara-gara kekeliruan yang timbul ekoran surat pekeliling yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertarikh 23 Disember lalu.
Menurut surat tersebut yang ditandatangani Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad, FAM telah menyatakan syarat-syarat pemain asing dari pasukan Kelantan dan Terengganu yang akan bermain dalam Liga Malaysia (Liga M) 2012.
Antara lain isi kandungan surat itu secara jelas menyatakan ‘Senarai pemain-pemain asing untuk didaftarkan dalam Liga M 2012 hendaklah dikemukakan kepada FAM sebelum atau pada pukul 12 tengah hari Jumaat 6 Januari 2012 bagi pasukan Kelantan dan bagi pasukan Terengganu ialah sebelum atau pada pukul 12 tengah hari Isnin, 9 Januari 2012.'
Percaya dengan isi kandungan surat berkenaan, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) kemudian telah mendapatkan dua khidmat pemain import baharu iaitu Francis Forkey Doe dari Liberia dan Erison Da Silva Santos Carnietto dari Brazil.
Namun, kekeliruan mula timbul apabila Azzuddin mengesahkan yang dua pemain asing itu sebenarnya tidak layak untuk beraksi dalam Liga M sebaliknya hanya boleh diturunkan dalam kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Andai kenyataan Azzuddin itu benar, maka Terengganu yang juga juara Piala FA dan naib juara Piala Malaysia musim lalu bakal beraksi dalam kempen Liga M musim ini tanpa seorang pun pemain import.
Situasi itu sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati kelab-kelab penyokong bola sepak Terengganu yang menganggap FAM sebagai tidak profesional dalam melaksanakan dasarnya.
Presiden Kelab Penyokong Terengganu FC, Hazrul Hanafi berkata, apa yang dialami Terengganu kini adalah sesuatu yang sukar apabila mereka berdepan kemungkinan tidak dapat menggunakan pemain import dalam Liga M.
“Saya sendiri tidak tahu siapa yang bersalah dalam isu ini kerana PBSNT mendapatkan khidmat Doe dan Carnietto selepas merujuk kepada surat pekeliling yang dikeluarkan FAM.
“Dalam surat itu cukup jelas menyatakan yang Terengganu boleh mendaftarkan pemain asing bagi kempen Liga M, “jelasnya semalam.
Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu (Peteh), Wan Mohd. Azmi Wan Ngah pula mahu FAM bersikap lebih profesional dalam menyelesaikan isu berkenaan.
Katanya, sebagai sebuah persatuan besar di negara ini, FAM sebenarnya sudah sedia maklum dengan setiap surat pekeliling yang dikeluarkan kepada persatuan negeri.
Dalam surat itu langsung tidak menyatakan ia adalah untuk pendaftaran pemain asing bagi perlawanan Piala AFC, sebaliknya jelas tertulis untuk Liga M 2012,” ujarnya.
Kosmo!

Elak Prinsip 'Bapak Nelayan, Anak Nelayan' - MB
Nelayan dan penternak gembira sambil menunjukkan wang bantuan RM100 yang diterima di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, kelmarin.
Golongan nelayan di negeri ini digesa tidak mengamalkan prinsip mudah iaitu 'bapa nelayan, anak nelayan' dalam kehidupan mereka jika mahu mengubah taraf ekonomi keluarga.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, 'mewariskan' pekerjaan dengan pendekatan lama itu hanya akan menyebabkan kemiskinan terus membelenggu kehidupan.
Katanya, ia juga membataskan peluang anak-anak mencari peluang pekerjaan yang lebih baik dengan pendapatan lebih tinggi, terutama dalam industri perikanan dengan mempelbagaikan punca pendapatan.
"Walaupun sibuk macam mana sekalipun ke laut, saya harap ibu bapa dapat meluangkan masa duduk menemani anak-anak ketika mengulang kaji dan merangsang mereka berjaya dalam pelajaran," katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama nelayan dan penternak di Dewan Besar Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu petang kelmarin (Rabu).
Pada majlis itu juga, 2,000 nelayan dan penternak di negeri ini menerima bantuan keseluruhan bernilai RM200,000 bagi mengurangkan beban golongan itu khususnya pada musim tengkujuh.
Dalam pada itu, Ahmad turut meminta golongan yang sering dikaitkan dengan kehidupan miskin itu mengubah sikap mereka daripada terus dilabel sedemikian.
Pun begitu jelasnya, 'miskin pendapatan' adalah jauh lebih baik daripada miskin minda di mana mereka mensia-siakan kemudahan yang diberikan kerajaan.
"Banyak laporan yang kita terima tentang nelayan yang menjual diesel, bot serta peralatan lain yang diperoleh dan ini merupakan tindakan yang tidak wajar apatah lagi sebelum ini mereka juga yang meminta-minta,'' ujarnya.
Di samping itu, beliau turut menasihatkan persatuan nelayan bersikap proaktif dengan memanfaatkan kemudahan yang diberikan agar tidak sekadar dijadikan sebagai tempat pendaratan ikan.
"Ia bukan sekadar tempat pendaratan ikan, tetapi boleh juga dijadikan pusat kegiatan agro pelancongan seperti memancing, menjual ikan bakar dan sebagainya," jelasnya.
Utusan Malaysia
Polis Benarkan Perhimpunan 901 di Luar Mahkamah
Polis membenarkan Pakatan Rakyat meneruskan perhimpunan ‘Bebaskan Anwar' di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, Isnin ini.
Keputusan itu dicapai selepas kedua-dua pihak bermesyuarat selama sejam dengan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
Walaupun timbalan presiden PKR Azmin Ali yang mengetuai rombongan parti itu, namun beliau tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga sidang akhbar jam 3 petang ini.
Sebaliknya, perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dalam laman twitternya yang berbunyi:
"Persetujuan dicapai dgn @PDRMsia utk perhimpunan solidariti utk @anwaribrahim 901 di kawasn letak kereta Kompleks Mahkamah KL. Jom turun".
Azmin pada sidang akhbarnya sekadar berkata keputusan perbincangan dengan polis hari ini "positif".
Bagaimanapun katanya, beliau akan mengumumkan hasil perbincangan secara terperinci pada sidang medianya pada jam 3 petang ini.
Walaupun diasak bertubi-tubi, beliau enggan mendedahkan butiran terperinci hasil perbincangan berkenaan.
"Keputusannya positif, saya gembira dengan (hasil) perbincangan pagi ini, kerana polis menunjukkan kesediaan untuk berbincang dengan parti-parti politik.
"Mereka mengambil sikap terbuka demi untuk menjamin keamanan rakyat," katanya sambil mengharapkan perhimpunan tersebut berjalan dengan aman dan teratur.
Azmin juga menegaskan bahawa pihaknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjaga keamanan dan mampu mengatasi sebarang provokasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.
PERKASA berhimpun di masjid
"Saya percaya polis mengambil langkah-langkah sewajarnya... Kita juga berbincang tentang program kita secara teliti dengan polis. Kita amat berpuas hati," katanya.
Menurutnya lagi, perhimpunan tersebut adalah untuk mrnunjukkan solidariti bagi membebaskan Anwar daripada fitnah.
"Ia bukan protes, tapi solidariti kepada Datuk Seri Anwar," katanya.
Sementara itu, Datuk Mohmad Salleh yang ditemui wartawan selepas mengadakan pertemuan itu mengesahkan pihak polis Kuala Lumpur membenarkan perhimpunan itu dengan dengan syarat ia berlangsung dalam keadaan aman dan teratur.
"Penganjur mesti memastikan perhimpunan itu dijalankan secara aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam," katanya.
Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberi kelonggaran kepada penyokong Anwar untuk mengadakan perhimpunan di lokasi lain tetapi bukan di kawasan Kompleks Mahkamah, Jalan Duta.
Sehingga semalam sebanyak 535 laporan polis dibuat di seluruh negara membantah perhimpunan anjuran PKR itu pada Isnin depan oleh pelbagai pihak termasuk parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Sementara itu, kumpulan pendesak Melayu, PERKASA juga melaporkan polis telah memberi kebenaran kepada mereka untuk berhimpun di perkarangan masjid Kuala Lumpur pada Isnin depan.
Menurut timbalan presiden PERKASA Datuk Abdul Rahman Bakar yang juga mengadakan pertemuan dengan pihak polis, tidak ada permit yang diperlukan bagi tujuan berkenaan.
Malaysiakini (12:07PM Jan 6, 2012)

Empat Melecur Akibat Belon Besar Meletup di Jerteh Souq
Empat lelaki melecur hampir seluruh badan apabila sebiji belon besar pecah dan terbakar di tapak Karnival Jalur Lebar 1Malaysia di Jerteh Souq di Jerteh pada malam kelmarin.
Kesemua yang cedera kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.
Kontraktor di tapak karnival terbabit, Kenny Soo, berkata tiga mangsa adalah pekerjanya iaitu Mohamad Hanif, 17, Yap Chi Keong, 30 dan seorang lagi dikenali sebagai Kalidasan, 23, serta penduduk tempatan Mohd Nor Jusoh, 55, dari Kampung Lampu, Kuala Besut yang kebetulan berada di tempat kejadian ketika belon itu pecah.
Kejadian berlaku pada jam 9.15 malam ketika Kalidasan dan Mohamad Hanif sedang mengisi gas ke dalam belon itu manakala Yap dan Mohd Nor, melihat kerja mengisi gas hidrogen dilakukan apabila tiba-tiba belon itu meletup.
"Kesemua mangsa melecur teruk hampir seluruh badan dan kepala apabila percikan api menyambar mereka," kata Soo ketika ditemui di Jerteh malam tadi.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Daerah Besut sebelum dipindahkan ke HUSM. Mereka dipercayai dalam keadaan stabil.
Soo berkata, kejadian berlaku dengan cepat dan beliau tidak dapat memastikan punca belon itu meletup.
Katanya, kesemua pekerjanya itu berasal dari Kuala Lumpur sedang melakukan persiapan akhir di tapak karnival tersebut yang bermula hari ini dan berakhir pada Ahad.
Seorang peniaga yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau ternampak api daripada belon itu dan kemudian melihat keempat-empat mangsa yang sedang terbakar berlari sambil menjerit meminta tolong dan dibantu orang ramai yang berada di situ.

Terengganu Dahului Bantahan Kempen Bebaskan Anwar
Terengganu terus mendahului laporan polis bagi membantah rancangan perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar pada Isnin ini.
Terengganu mencatatkan jumlah tertinggi laporan iaitu sebanyak 149, diikuti Selangor dengan 137 laporan.
Sebanyak 788 laporan polis dibuat di seluruh negara daripada pelbagai sehingga pukul 9 malam semalam bagi membantah rancangan perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar berkenaan.
Negeri lain yang menerima laporan polis berhubung bantahan ini adalah Perlis (38), Kedah (71), Pulau Pinang (20), Kelantan (24), Perak (70).
Pahang turut menerima 75 laporan, Kuala Lumpur (11), Negeri Sembilan (40), Melaka (25), Johor (34), Sabah (80) dan Sarawak (14).
Perhimpunan haram anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bertujuan menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang berhubung kes tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di pekarangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 9 Januari ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said Rabu lalu sudah mengingatkan penjawat awam di negeri ini agar tidak melibatkan diri dengan demonstrasi Kempen “Bebaskan Anwar 901” yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada Isnin ini.
Penjawat awam yang didapati terlibat dengan demonstrasi ini akan dikenakan tindakan disiplin.
Beliau berkata, ini bukan satu cara yang betul dan ia sepatutya diserahkan kepada hakim untuk membuat keputusan melalui keadilan mahkamah, katanya.
Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar meminta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bercadang berhimpun membantah Kempen Bebaskan Anwar 901 dinasihatkan tidak berbuat demikian kerana khuatir keadaan akan bertambah buruk dan sukar dikawal.
Sebaliknya pihak-pihak tersebut disaran melakukan solat hajat pada malam 8 Januari di setiap negeri dan memohon supaya negara terus menikmati keamanan serta kemakmuran.
"Tiada gunanya mereka melawan perhimpunan haram tersebut. Ia hanya akan menimbulkan ketegangan, suasana huru-hara serta khuatir situasi gagal dikawal kerana emosi yang membuak-buak apabila kedua pihak bertembung.
Lebih baik kita bersama-sama melakukan solat hajat di setiap negeri pada malam sebelum keputusan kes liwat itu diumumkan (8 Januari) supaya negara aman, damai dan golongan yang menyokong Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) diberikan petunjuk serta hidayah," katanya kepada Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau mengulas hasrat beberapa NGO seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Putra Malaysia, Pertubuhan Panel Ayahanda Penasihat Insan Malaysia (Papim), Persatuan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris) dan Pertubuhan Kebajikan Melayu Klang yang mahu berhimpun pada 9 Januari ini bagi membantah perhimpunan haram Kempen Bebaskan Anwar 901.
Selain itu, Fakhrul turut menasihatkan orang ramai khususnya penyokong Anwar yang bercadang menyertai perhimpunan tersebut supaya membatalkan hasrat berkenaan.
"Perhimpunan seumpamanya hanya mendatangkan masalah kepada orang lain untuk pergi bekerja dan melakukan tugasan seharian. Lihatlah apa yang telah berlaku di Mesir, Syria, kita patut jadikannya sebagai tauladan," jelasnya.
Sementara itu, Fakhrul turut menggesa ahli-ahli Pas tidak menyertai perhimpunan tersebut dan menyatakan sokongan kepada Anwar kerana jelas sekali Penasihat PKR itu tidak menyokong hudud yang diperjuangkan parti berkenaan.
"Belang beliau (Anwar) sudah terbongkar. Beliau sendiri mengakui bahawa pembangkang tidak akan melaksanakan hudud yang diperjuangkan Pas. Jadi mengapa masih mahu menyokong beliau?" ujarnya.

Thursday, January 5, 2012
Jangan Sertai Kempen Bebas Anwar 901 - Dr Hasan Ali
Perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901 Isnin ini tidak perlu disertai dan tidak wajar diadakan kerana tujuannya hanya membabitkan isu peribadi seorang pemimpin, bukannya soal masyarakat.
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, berkata beliau bimbang jika kita teruskan sikap demonstrasi ini, negara kita akan terdorong ke arah araki seperti negara tidak berundang-undang.
Lantas beliau menasihati masyarakat terutamanya orang muda janganlah hadir pada perhimpunan tersebut, saya tidak reda melihat anak-anak bangsa melibatkan diri dengan perkara peribadi orang lain.
Beliau merujuk kepada perhimpunan yang dirancang pada hari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadual mengumumkan keputusannya berkenaan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pakatan Rakyat dilapor bercadang membawa sekitar 100,000 orang menyertai kempen itu Isnin ini. Mereka yang akan hadir termasuklah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Kenyataan beliau itu, yang baru-baru ini menjadi perhatian dalam pergolakan dalaman Pas, sekali gus menolak tindakan Pesuruhjaya Pas Selangor Dr. Abd. Rani Osman yang mengajak ahlinya menyertai perhimpunan haram berkenaan.
Rani menggantikan Dr Hasan sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor.
Menurut Hasan, tindakan Rani itu hanya pendapatnya sendiri dan telah membelakangi pandangan pimpinan pusat.
“Pas Selangor nampak proaktif dalam cara yang salah sebab sebelum ni dihalang ahli pergi Himpun 2011, padahal itu perkara baik membincangkan isu agama yang sebenarnya hala tuju parti Pas.
“Kalau diteruskan sikap seperti ini, pandangan parti nampak tak cantik. Jangan malukan parti dengan kenyataan dia (Rani) yang tidak mewakili Pas, itu kenyataan peribadi dia,’ katanya pada sidang media di Jabatan Agama Islam Selangor di Shah Alam.
Exco Kerajaan Negeri Selangor ini juga menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli Pas menyertai Kempen Bebaskan Anwar 901.
“Boleh dikatakan 70 peratus anak muda ahli Pas, mahu mengajak mereka buat sesuatu perkara itu biarlah betul... ini isu peribadi, buat apa nak besarkan, bagi saya mahkamah dah bagi banyak ruang dan peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, terima saja keputusannya nanti.
“Tambahan sekarang ini sedang peperiksaan akhir, anak muda dinasihatkan belajar bersungguh-sungguh dan takluk universiti utama dunia daripada menyertai benda yang dah lama atau ‘mual’ ini,’ katanya.
Sinar Harian

Bantuan Pakaian Sekolah - Syed Azman Dakwa Penyelewengan
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.
Laporan itu dibuat berhubung Program Bantuan Pakaian dan Alatan Sekolah di pejabat SPRM, di sini hari ini.
Menurutnya, Laporan Ketua Audit Negara 2010 telah mendedahkan banyak kelemahan program bantuan pakaian dan alatan sekolah yang dikendalikan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu.
“Laporan ini dibuat supaya suatu siasatan segera dapat dilaksanakan oleh pihak SPRM dan saya juga memohon tindakan saya ini dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.
“Asas kepada laporan ini dibuat berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2010, yang secara tidak langsung turut melibatkan penyelewengan di bawah bidang kuasa Menteri Besar Terengganu,” ujarnya kepada media selepas membuat laporan tersebut.
Beliau yang menyerahkan laporan tersebut kepada Pengarah SPRM Terengganu, Mohd Yusuff Mohd Zin ditemani oleh peguamnya dari Tetuan Fariz Halim & Co pada jam 11.00 pagi.
Dr Syed Azman telah diambil keterangan oleh pegawai penyiasat SPRM selama dua jam.
Hadir sama mengiringi beliau adalah Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala Chandran, Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing serta 20 penyokongnya.
Harakahdaily

PERKASA Mahu Tempur Dengan 'Bebaskan Anwar', Permas Bela Saiful
Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA dan 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berikrar akan menyekat perhimpunan gerakan ‘Bebaskan Anwar 901', Isnin depan demi mempertahankan keamanan negara.
Menurut Sinar Harian, presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dipetik berkata ahlinya akan menunaikan solat subuh di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum berarak sehingga ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
“Kami tunai solat sunat berjemaah dan berdoa Alalh SWT memberi kekuatan kepada pejuang ini.
“Selepas itu, kami berarak dan sekiranya bertembung dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan penyokong mereka yang sanggup mempertahankan pemimpin yang menghadapi masalah moraliti, kita sama-sama melakukan provokasi,” katanya dipetik akhbar itu.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadualkan membuat penghakimannya berkenaan perbicaraan liwat II yang membabitkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pagi Isnin nanti.
Sebelum ini, Pakatan Rakyat mengumumkan bahawa mereka akan mengumpulkan 100,000 penyokong di Kuala Lumpur pada hari yang sama bagi menunjukkan sokongan padu mereka kepada ketua pembangkang itu.
Mengenai tindakan bakal diambil pihak berkuasa, Ibrahim berkata, terpulang kepada polis untuk menghalang PERKASA atau Pakatan Rakyat kerana kedua-duanya melakukan perhimpunan haram.
“Kami menegakkan keamanan, itulah kekuatannya dan mereka pula hendak meruntuhkannya, sebaliknya menaikkan pemimpin yang mempunyai masalah moral.
“Tidak perlu saya perjelaskan siapa (Ketua Pembangkang, Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang merupakan bekas sahabat di universiti dan berjuang bersama-sama,” katanya kepada Sinar.
Sebelum ini, menjelang himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu, Ibrahim juga mengancam untuk mengadakan tunjuk perasaan untuk menggagalkan pergerakan yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini.
Tetapi pada saat terakhir, beliau membatalkan hasrat PERKASA itu atas alasan tidak mahu pertembungan ataupun pertumpahan darah di kalangan orang-orang Melayu.
Sementara itu, satu perhimpunan dikenali “Himpun Keadilan Untuk Saiful” dicadang diadakan di perkarangan Kompleks Mahkamah Isnin ini.
Perhimpunan anjuran Pertubuhan Permufakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) dikatakan bagi membela Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa diliwat oleh ketua pembangkang itu.
Setiausaha Agung Permas, Zulkifly Shariff, berkata, Permas menyasarkan 5,000 ahli akan menyertai perhimpunan itu.
"Mereka telah sedia maklum bahawa demonstrasi jalanan bukan budaya masyarakat kita dan sekiranya mereka tetap untuk meneruskan perhimpunan tersebut, mereka perlu berdepan dengan Permas dan PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia),” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Zulkifly berkata, Permas akan mendapatkan permit polis bagi mengadakan perhimpunan itu yang akan melibatkan 15 badan bukan kerajaan (NGO) di bawah naungan Permas, antaranya Putra Malaysia, Pertubuhan Panel Ayahanda Penasihat Insan Malaysia (Papim), Persatuan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris) dan Pertubuhan Kebajikan Melayu Klang.
Penasihat PPIM Tunku Azwil Tunku Abdul Razak pula berkata demonstrasi oleh penyokong-penyokong Anwar tidak sepatutnya diadakan kerana ia hanya akan mencetuskan konflik sosial dan seterusnya memberi kesan kepada masyarakat khususnya orang Melayu.
"Ia bertentangan dengan budaya rakyat negara ini dan dilihat cuba mempengaruhi keputusan mahkamah," katanya.

IQ Terengganu Naik Taraf Kolej Universiti 2015
Institut al-Quran Terengganu (IQ) merancang untuk menaiktaraf kedudukan mereka sebagai sebuah kolej atau kolej universiti menjelang 2015.
Sehubungan itu, bagi memenuhi kriteria berkenaan, pihak IQ telah merangka pelan jangka panjang untuk menaik taraf kemudahan dan kursus pengajian di institusi milik Kerajaan negeri itu.
Pegarahnya, Dr. Ahmad Bazli Shafie berkata, IQ mampu menjadi sebuah pusat pengajian al-Quran yang berwibawa berdasarkan kemampuannya mengeluarkan lebih 1,000 sijil tahfiz kepada penuntutnya sejak diasaskan pada 1984.
Menurutnya, institusi itu kini menawarkan dua program iaitu Sijil Tahfiz Wal Qiraat serta Diploma Tahfiz Wal Qiraat dengan penuntut seramai 246 orang serta kuliah al-Furqan untuk masyarakat umum pelbagai peringkat umur.
“Kami bercadang untuk menambah tiga lagi program peringkat diploma iaitu Diploma al-Quran dan Qiraat, Diploma al-Quran dan Hadis serta Diploma al-Quran dan Bahasa al-Quran.
“Serentak dengan itu, sebuah asrama baru telah diluluskan pembinaannya oleh Kerajaan Terengganu yang mampu menampung sehingga 500 pelajar,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Bual Bicara Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah bersama warga IQ Terengganu di institusi itu di Padang Midin, Kuala Terengganu hari ini.
Teganukita

530 Laporan Polis Dibuat Bantah Perhimpunan 901
Sebanyak 530 laporan polis daripada pelbagai pihak dibuat di seluruh negara sehingga 2 petang hari ini bagi membantah rancangan perhimpunan oleh penyokong ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin ini.
Menurut laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), 475 laporan diterima setakat semalam.
Hari ini, dua lagi laporan polis dibuat iaitu oleh Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (WP) dan Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM).
Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Rizalman Mokhtar menggesa polis mengambil tindakan pencegahan awal untuk menghadapi perhimpunan itu.
"Kita risau kesusahan akan berlaku bagi warga kota. Ia boleh menjejaskan rutin harian orang ramai," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di Kuala Lumpur, hari ini.
Presiden PPPM, Datuk Mohd Firdaus Abdullah, berkata pihaknya membuat laporan polis di Kuantan pada jam 3 petang tadi sebagai membantah perhimpunan itu.
Beliau berkata, perhimpunan itu antara lain, akan mengundang kesusahan kepada masyarakat Cina di negara ini yang membuat persiapan menjelang perayaan Tahun Baru Cina.
"Kita dapat laporan mereka (orang Cina) takut untuk datang membeli-belah di Kuala Lumpur sempena menyambut Tahun Baru cina tidak lama lagi," katanya.
Perhimpunan itu dirancang sempena keputusan mahkamah berhubung kes liwat yang dihadapi Anwar yang dijadual diumumkan pada Isnin.

Isu Logo Halal Selesai, JAKIM, MAIN Bertanggungjawab
Oleh Muhd Izawan Baharin, Wartawan Harian Metro
Sejauh mana tahap keprihatinan umat Islam negara ini terhadap status halal sesuatu produk terutama makanan? Jawapannya sangat tinggi. Setiap kali kita mahu membeli makanan, pasti kita akan tercari-cari logo halal di bungkusan selain melihat harga atau tarikh luput. Kita mungkin tidak tahu apa kandungan sesuatu produk kerana sering kali istilah digunakan saintifik, tetapi kalau disertakan logo halal, kita membelinya tanpa ragu-ragu.
Begitu juga kalau makan di restoran, kita akan melihat sama ada peniaga menampal logo halal atau sekurang-kurangnya menilai ia sebagai halal apabila pekerjanya memakai kopiah atau bertudung.
Persoalannya sekarang ialah sama ada logo halal yang ditampal itu diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Majlis Agama Islam Negeri (Main). Isu ini sudah lama berlarutan, di sebalik aduan orang ramai serta pendedahan media, masih terdapat ribuan restoran dan produk makanan menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf Jakim. Alasan mereka mudah, mahu menjimatkan masa dengan membeli logo halal daripada syarikat swasta. Jika menerusi Jakim ia melalui proses lama kerana pihak berkuasa akan meneliti dan memeriksa semua aspek termasuk kebersihan premis.
Bermula tahun ini, alasan itu tidak boleh dipakai lagi kerana menerusi Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 yang diluluskan Parlimen pada 11 Julai lalu meletakkan Jakim dan Main sebagai agensi berwibawa yang mengeluarkan sijil dan logo halal di Malaysia.
Berbeza dengan APD 1972, mengikut Perintah Perihal Dagangan Penggunaan Perbahasaan Halal 1975 tidak menyatakan nama pihak berkuasa sehingga menyebabkan kekeliruan, maka dengan itu, Jakim bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggubal APD 2011 dengan menyebut Jakim dan Main sebagai agensi mengeluarkan sijil dan logo halal.
Menjelaskan lanjut, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, terdapat dua seksyen dalam APD 2011 yang berkaitan dengan pensijilan halal iaitu Seksyen 28 dan Seksyen 29.
“Seksyen 28 memperuntukkan kuasa menteri mentakrifkan apa-apa ungkapan dan bagi menghendaki maklumat diberikan. Menteri boleh menetapkan erti berkenaan sama ada ungkapan digunakan dalam perjalanan perdagangan, perniagaan atau dalam hal keadaan dinyatakan dalam perintah itu, maka berdasarkan seksyen ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengeluarkan Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011,” katanya.
Beliau berkata, Seksyen 29 pula, menteri boleh menamakan mana-mana pihak berkuasa untuk memperakukan, menandakan, membekalkan atau menawarkan ke atas sesuatu barangan termasuk yang berkaitan dengan pensijilan halal. “Maka berdasarkan seksyen ini, Menteri KPDNKK mengeluarkan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. Bagi penandaan logo dan pensijilan halal, Jakim dan Main dinamakan sebagai agensi pensijilan halal di negara ini yang diiktiraf mengikut APD 2011 sekali gus tiada lagi logo halal lain kecuali logo halal Malaysia,” katanya.
Terdapat tujuh perkara mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 yang menetapkan suatu makanan, barangan atau perkhidmatan memakai perkataan 'halal' atau mana-mana istilah lain menunjukkan ia boleh digunakan orang Islam iaitu tidak mengandungi apa-apa bahagian atau benda daripada binatang dilarang hukum syarak atau tidak disembelih mengikut hukum syarak; tidak mengandungi unsur najis mengikut hukum syarak; tidak memabukkan mengikut hukum syarak; tidak mengandungi bahagian atau anggota manusia atau hasilan daripadanya yang tidak dibenarkan hukum syarak; selamat digunakan atau dimakan, tidak beracun, atau tidak memudaratkan kesihatan.
Tidak disediakan, diproses atau dikilang menggunakan peralatan dicemari najis mengikut hukum syarak dan dalam masa penyediaan, pemprosesan atau penyimpanan tidak bersentuhan, bercampur atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang dilarang Islam serta terdapat unsur najis.
Othman berkata, mana-mana pihak membekalkan atau menawar makanan yang memperdaya atau mengelirukan orang ramai dengan menyatakan ia halal sudah melakukan kesalahan.
“Perbuatan itu termasuk penggunaan ayat suci al-Quran, perkara atau objek berkaitan dengan agama Islam di premis atau di bekas makanan,” katanya.
Jika kesalahan itu dilakukan pertubuhan perbadanan mereka boleh didenda tidak melebihi RM5 juta dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya tidak melebihi RM10 juta. Bagi individu, dia boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya. Jika melakukan kesalahan kedua atau berikutnya, dia boleh didenda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya. Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 pula menetapkan hanya Jakim dan Main sebagai pihak berkuasa berwibawa untuk memperaku mana-mana makanan, barangan atau perkhidmatan itu halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011. Tiada seorang pun boleh memperaku bahawa mana-mana makanan, barangan atau perkhidmatan itu halal selain daripada pihak berkuasa berkenaan.
Bagi mendapatkan perakuan daripada pihak berkuasa itu, pemohon perlu mematuhi semua standard, prosedur dan pekeliling ditentukan Ketua Pengarah Jakim. Semua makanan atau barangan import yang dipasarkan di Malaysia tidak boleh diperihalkan sebagai halal kecuali diperakukan oleh badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jakim. Denda kesalahan mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 jika membabitkan pertubuhan perbadanan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM250,000 manakala bagi kesalahan kedua atau seterusnya RM500,000.
Individu yang sabit kesalahan pula boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Othman berkata, APD 2011 sudah dikuatkuasakan pada 1 November 2011, tetapi kedua-dua perintah itu hanya berkuatkuasa bermula 1 Januari lalu. “Bagaimanapun, Jakim memberikan tempoh satu tahun selepas berkuatkuasa perintah ini kepada mana-mana syarikat yang menggunakan logo halal syarikat swasta untuk menukarkannya, tetapi ia hanya bagi produk menggunakan pembungkusan atau kotak,” katanya.
Beliau berkata, menerusi penguatkuasaan itu, isu penggunaan logo halal tidak diiktiraf yang membelenggu pengguna Islam selama ini dapat diselesaikan, namun tidak menolak kemungkinan usaha pihak tidak bertanggungjawab tetap akan ada.
“Sehubungan itu kami dengan disokong kementerian serta agensi berkaitan sentiasa bersedia untuk melaksanakan penguatkuasaan. Saya juga berharap masyarakat mengambil berat mengenai logo halal yang dikeluarkan selepas ini kerana ia bukan saja membuktikan produk itu halal, tetapi menunjukkan tahap kebersihan serta kesucian semua peringkat proses pembuatannya,” katanya.
Selain itu, Jakim turut merancang pelbagai pendekatan menghebahkan APD2011 dengan motto 1 Halal 1 Malaysia merangkumi program jelajah bagi memberi penjelasan mengenai perintah itu termasuk melalui media massa selain kepada pihak industri, agensi kerajaan berkaitan termasuk melalui khutbah dan kempen pintu ke pintu.

FAMA Sasar RM24 Juta Jualan Pasar Tani Di Terengganu
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) mensasarkan jualan pasar tani di Terengganu tahun ini RM24.5 juta memandangkan perkembangan ekonomi negara yang semakin baik.
Pengarahnya Hasan Jusoh berkata pada tahun lepas jualan pasar tani di Terengganu adalah sebanyak RM22.5 juta.
"Biasanya sasaran kita tidak meleset, tambahan pula keadaan ekonomi negara bertambah baik dari semasa kesemasa," katanya di Kuala Terengganu.
Hasan berkata pada tahun ini pihaknya merancang akan membuka tiga buah lagi pasar tani baru, masing-masing di Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Besut menjadikan 19 buah kesemuanya.
Menurut beliau ketiga-tiga buah pasar tani baru yang dapat memberi peluang pekerjaan kepada lebih 120 orang itu dijangka akan beroperasi selewat-lewatnya bulan Mei atau Jun nanti.
Beliau berkata Fama telah memberi pekerjaan kepada lebih 1,000 orang melalui pasar tani yang ada, selain mendidik peserta pasar tani menjadi usahawan.
Dalam perkembangan yang lain, Hasan berkata Fama Terengganu akan menghantar seramai kira-kira 20 usahawan untuk menyertai sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan di Kerian, Perak mulai 14 Jan ini.
Beliau berkata usahawan yang terlibat terdiri daripada pengusaha keropok lekor dan juga nasi dagang.
Hasan berkata pihaknya memberi fokus kepada dua makanan itu untuk memberi peluang pengunjung pesta itu merasai dan menikmati makanan tradisi Terengganu itu.

TDM Plantation Terima Tauliah Akreditasi Amalan Pertanian Yang Baik
Roslan Awang Chik (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengerusi TDMP, Mohd Jidin Shafee.
TDM Plantation Sdn Bhd (TDMP) menerima pentauliahan akreditasi `Code of Good Agricultural Practice for Oil Palm Estates and Smallholdings' daripada Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB).
Ketua Pegawai Eksekutif TDMP, Haji Ab Halim Yusof, berkata akreditasi yang sah selama tiga tahun itu adalah satu kejayaaan bagi syarikat dalam usaha penambahbaikan berterusan dalam kerja-kerja pengeluarannya.
"Pentauliahan ini bermakna mutu dan pengeluaran Crude Palm Oil (CPO) mesti diperoleh daripada buah kelapa sawit yang baik dan selamat untuk diambil oleh pengguna.
“Akreditasi ini juga satu langkah awal yang diambil oleh TDMP bagi pematuhan` The Technical Barriers to Trade' yang dibuat oleh The World Trade Order (WTO) 1994 yang mengkehendaki beberapa piawaian tertentu dalam pembangunan ladang mengikuti amalan pengurusan yang baik,” katanya di majlis penyampaian sijil penghargaan sempena pentauliahan itu, di Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu, hari ini.
Di majlis itu, Pengerusi TDM Berhad, Datuk Roslan Awang Chik menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengerusi TDMP, Datuk Mohd Jidin Shafee.
Ab Halim berkata, pengekalan mutu dan pengeluaran CPO sudah menjadi amalan operasi dan pengurusan di semua ladang kelapa sawit milik TDMP bagi memastikan produk makanan yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit yang dikeluarkan syarikat ini selamat serta dapat memulihara alam sekitar.
Selain itu, Mohd Jidin turut menyampaikan sijil latihan dan surat tawaran mengikuti Program Latihan Pegawai Luar kepada 20 pelatih terpilih.
Beliau kemudiannya menyampaikan sumbangan kepada seorang kakitangan Ladang Fikri, Abd Aziz Abd Salam berikutan anaknya, Muhd Fakhrul, 16 yang mengidap kanser usus.
Teganukita
T-Team Dijamin Kekal Jika Beri Persembahan Terbaik
Pasukan T-Team diberi jaminan akan terus dikekalkan untuk beraksi dalam Liga Malaysia sekiranya memberikan persembahan terbaik.
Jaminan itu diberikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang mahukan pasukan kelab tersebut terus mengekalkan prestasi baik mereka musim ini.
"Tahun lepas saya telah beri amaran akan membubarkan pasukan ini tetapi nampaknya mereka telah melepasi halangan dan berjaya memasuki peringkat separuh akhir Piala Malaysia," katanya.
Kerajaan negeri melabur sebanyak RM3 juta setahun kepada pasukan itu bagi menghadapi Liga Malaysia.
Ahmad berkata kehebatan pasukan T-Team adalah setanding malah lebih baik daripada sesetengah pasukan negeri.
Sementara itu jurulatih T-Team, Yunus Alif berkata pasukannya telah bersiap sedia bagi mengharungi perlawanan pertama Liga Super menentang Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada Selasa depan

Proses Pemutihan Program 6P Tamat 10 Januari: KDN
Kementerian Dalam Negari (KDN) hari ini memaklumkan tarikh tamat Proses Pemutihan Program 6P ialah pada 10 Januari ini.
KDN dalam satu kenyataan hari ini berkata penjelasan itu dibuat bagi mengelak kekeliruan di kalangan masyarakat berikutan desas-desus yang mengatakan ia akan tamat esok.
Kerajaan mengadakan proses pemutihan dan pengampunan besar-besaran untuk pekerja asing tanpa izin (PATI) bagi merekod serta mendaftarkan golongan itu di negara ini melalui Program 6P (fasa pertama) pada 1 Ogos tahun lalu.
Berikutan inisiatif beberapa syarikat pengurusan yang turun ke ladang di kawasan pedalaman untuk memujuk PATI mendaftar, kerajaan melanjutkan tarikh itu, yang sepatutnya tamat pada 21 Ogos 2011, ke 31 Ogos tahun sama.
Fasa kedua Proses Pemutihan Program 6P bermula pada 10 Oktober tahun lalu sehingga 10 Januari 2012.

JKM Belanja RM89.8 Juta Bantu Golongan Miskin
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri membelanjakan RM89.8 juta daripada peruntukan RM92.2 juta melalui enam jenis bantuan bulanan kepada 32,877 orang golongan miskin sepanjang tahun lalu.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu (JKMT), Encik Zuhami Omar berkata, melalui bantuan am (negeri), JKM membelanjakan RM44.7 juta membabitkan 19,393 kes.
Manakala Bantuan Kanak-kanak (BBK) JKM membelanjakan RM20.3 juta membabitkan 5,619 kes dan Elaun Pekerja Cacat (EPC) membelanjakan RM9.4 juta membabitkan 2,893 orang.
Encik Zuhami berkata, jabatan juga tidak mengabaikan golongan warga emas dan telah membelanjakan RM9.5 juta dibawah Bantuan Orang Tua (BOT) membabitkan 1,350 orang manakala bantuan penjagaan OKU dan pesakit kronik RM4.1 juta dan bantuan kepada OKU tidak bekerja RM1.5 juta.
Katanya, rangsangan berterusan daripada kerajaan mampu mendorong OKU untuk hidup berdikari dan dalam masa yang sama dapat menyumbang kepada pembangunan negara.
“Kerajaan sentiasa memastikan OKU tidak terpinggir dari arus pembangunan negara serta dapat menikmati kehidupan yang sama rata dalam masyarakat.
Katanya, JKM juga berusaha mengenalpasti OKU yang mampu berdikari serta mempunyai bakat dan keistimewaan serta membuktikan pencapaian terbaik dalam bidang yang diceburi.

ADUN Batu Burok Buat Laporan SPRM Terhadap Ahmad Said?
Satu laporan akan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang juga Pengerusi Umno Terengganu.
Menurut sebuah blog proPAS, laporan tersebut akan dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Burok YBM. Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, yang juga Ahli Jawtankuasa PAS Pusat, sebentar lagi (pada jam 11 pagi) hari ini, Khamis 5hb. Januari.
Menurut pesanan ringkas yang dihantar oleh beliau, laporan tersebut akan dibuat d pejabat SPRM negeri Terengganu, Wisma Persekutuan Kuala Terengganu.
Katanya, beliau akan mengadakan satu sidang meda diluar pejabat SPRM selepas laporan tersebut dibuat.

Anwar 901 - MB Ingatkan Penjawat Awam, Laporan Polis Tertinggi Di Terengganu
Terengganu menerima laporan polis membantah Kempen Bebaskan Anwar 901 tertinggi bagi tempoh semalam iaitu sebanyak 55 diikuti Kedah dan Sabah masing-masing 18 manakala Selangor (12).
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pula mengingatkan penjawat awam di negeri ini agar tidak melibatkan diri dengan demonstrasi Kempen “Bebaskan Anwar 901” yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada Isnin ini.
Beliau berkata, penjawat awam yang didapati terlibat dengan demonstrasi ini akan dikenakan tindakan disiplin.
“Demonstrasi yang dirancang penyokong Anwar, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau pakatan pembangkang itu cuba menimbulkan huru-hara seolah-olah mereka tidak mempercayai proses perundangan dan keadilan melalui mahkamah.
"Ini satu perkara yang tidak harus berlaku dan inilah trend yang dilakukan oleh pembangkang,” katanya selepas mesyuarat Exco semalam.
Beliau berkata, ini bukan satu cara yang betul dan ia sepatutya diserahkan kepada hakim untuk membuat keputusan melalui keadilan mahkamah, katanya.
Penganjur kempen itu merancang mengadakan demonstrasi pada hari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberikan keputusan mengenai perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin ini.
Jumlah laporan polis bagi membantah Kempen Bebaskan Anwar 901 naik mendadak semalam apabila sebanyak 147 laporan polis diterima dalam tempoh sehari.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan laporan yang dibuat pelbagai pihak sehingga semalam adalah sebanyak 486 berbanding 339 pada hari sebelumnya.
Selain itu, Pahang menerima sembilan laporan, Johor (8), Pulau Piang (6) manakala Kuala Lumpur, Perlis dan Perak masing-masing lima laporan, Kelantan (4) dan Melaka dua laporan.
Sementara itu, di Shah Alam, polis diminta menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kenyataan berunsur hasutan oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali semalam yang mengajak masyarakat berhimpun secara haram sempena Kempen Bebaskan Anwar 901.
Permintaan itu dibuat Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor dalam lima laporan polis di IPD Shah Alam, pukul 12.30 tengah semalam.
Di Kota Bharu, Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) membuat laporan polis bagi meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kepada penganjur perhimpunan haram Kempen Bebaskan Anwar 901.
Laporan tersebut dibuat oleh Presidennya, Azmi Ali yang diiringi kira-kira 100 ahli pergerakan itu di Balai Polis Kota Bharu dekat sini, kira-kira pukul 4 petang ini.
Azmi berkata, laporan tersebut dibuat bagi membantah perhimpunan haram tersebut kerana ia akan hanya menjejaskan ketenteraman awam di ibu negara seterusnya merugikan semua pihak.
"Selain menyalahi undang-undang, perhimpunan tersebut boleh menjejaskan nama baik negara di peringkat antarabangsa," katanya kepada pemberita semalam.
PDRM Lakukan Risikan Demonstrasi 'Kempen Bebaskan Anwar 901'
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melakukan risikan terperinci berhubung demonstrasi 'Kempen Bebaskan Anwar 901' yang dirancang diadakan di ibu kota Isnin ini, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rasid.
Beliau berkata ketika ini, PDRM berusaha mengesan pengedar poster, kain rentang, mesej serta blog yang menyeru orang ramai menghadiri perhimpunan haram itu.
"Ini menampakkan bahawa ada orang yang mendalagi perhimpunan ini, bukan sahaja dengan matlamat yang sebenar, tapi ada lagi agenda tersembunyi yang menggugat keselamatan. Ini yang menjadi kerisauan pada polis untuk tangani bagi menjaga keselamatan orang ramai," katanya dalam program Soal Jawab di TV3 malam tadi.
Demonstrasi itu dikatakan bertujuan menuntut keadilan bagi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadual memberi penghakiman berhubung kes liwat membabitkan beliau pada hari tersebut.
Salleh berkata terdapat juga maklumat bahawa ada kumpulan tertentu bakal digunakan untuk mendatangkan ancaman terhadap keselamatan mereka yang akan hadir pada perhimpunan itu.
Salleh berkata risikan juga mendapati perhimpunan itu akan diadakan di kawasan lain.
"Maklumat risikan kita mendapati bukan sahaja di mahkamah sahaja... ada lagi di tempat-tempat di sekitar ibu kota untuk diadakan perhimpunan ini.
Di Putrajaya, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata sebarang demonstrasi jalanan tidak akan mengubah mana-mana keputusan mahkamah.
Katanya, orang ramai tidak perlu terlalu emosi dan mudah terpengaruh jika ada pihak tertentu cuba menghasut mereka bagi menyertai demonstrasi berkenaan.
"Saya nak ingatkan orang ramai kes yang ada di mahkamah yang akan dijatuhkan hukumannya tak lama lagi sudah lama berjalan, kenapa baru sekarang ada perancangan tertentu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pasca kabinet kementerian itu di sini Rabu.
Hishammuddin berkata polis tidak akan berkompromi dengan cubaan penganjur untuk mengadakan perhimpunan itu sehingga boleh mengganggu-gugat keselamatan orang awam.
"Yang menjadi sandaran Polis Diraja Malaysia ialah keselamatan, ketenteraman dan kepentingan orang awam termasuk peniaga dan penjaja. Jika tidak menjejaskan keadaan, saya tengok tidak mendatangkan masalah.
"Tetapi kalau sekiranya jelas apa yang nak dilakukan ini disengajakan atau akan menimbulkan huru-hara ini akan menjadi pertimbangan pihak polis," katanya.
Pada sidang akhbar sama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata beliau telah mengarahkan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh untuk mengadakan pertemuan dengan penganjur demonstrasi itu.

Ahmad Said - 'Jangan Terbabit Skandal Rasuah'
Dua pasukan adik-beradik, Terengganu dan T-Team awal-awal lagi diberikan amaran keras supaya tidak terbabit dalam sebarang skandal menjual permainan atau menerima rasuah jika tidak mahu kerjaya mereka musnah.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menegaskan, sekiranya ada mana-mana pemain, tidak kira yang beraksi dalam Liga Malaysia atau Piala Presiden terbabit dengan gejala itu, mereka secara automatik akan ditamatkan kontrak.
“Bukan kerjaya mereka saja akan hancur, silap-silap akan dimasukkan ke penjara. Justeru, kita harap pemain tidak sesekali terjerumus dengan kancah tidak sihat ini sebab gejala ini sudah menjadi satu perniagaan kepada pihak tertentu,” katanya selepas majlis menandatangani kontrak pemain Liga Super 2012 Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan T-Team di Kuala Terengganu, malam kelmarin.
Ahmad Said mengulas isu berkenaan selepas mendapati trend bola sepak masa kini banyak membabitkan bookie dan pemain serta pengurusan perlu bijak mengatasi masalah itu.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri merangkap Pengurus T-Team, Rozi Mamat; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah dan Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh.
Ahmad Said berkata, pemain serta pengurusan pasukan harus menjaga maruah negeri demi mengelak perbuatan mengkhianati pasukan, negeri dan peminat setia.
Pada majlis itu, Skuad Penyu menerima tajaan dari pengeluar pakaian sukan ‘Specs’ bernilai RM300,000 yang akan membekalkan juara Piala FA 2011 itu dengan kelengkapan bagi perlawanan dan latihan, selain tajaan syarikat teknologi maklumat tempatan, Top IT Sdn Bhd bernilai RM250,000, Syarikat Tiara Pesona Sdn Bhd yang mengendalikan perkhidmatan bas Ekspres Perdana dan Zaid Enterprise dengan masing-masing menyumbang RM50,000.
Jenama telekomunikasi ‘Happy’ turut diumumkan sebagai penaja Terengganu musim ini tetapi jumlah tajaannya hanya akan dimaklumkan pada satu majlis yang lain.
T-Team pula terus bersama pengeluar pakaian sukan tempatan ‘Admiral’ yang menaja semua pakaian pasukan kelab itu dengan jumlah tajaan RM350,000.

FAM Benar Tiga Pasukan Liga Super Beraksi Waktu Malam
Tiga pasukan Liga Super, Terengganu, T-Team serta Sabah boleh menarik nafas lega apabila venue stadium tuan rumah perlawanan mereka melepasi tahap pencahayaan lampu limpah seperti yang ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata sehubungan itu tiga pasukan tersebut akan beraksi pada sebelah malam di gelanggang sendiri.
"Pihak FAM telah membuat pemeriksaan di Stadium Likas, Sabah pada 29 Dis lalu sementara di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pula dua hari kemudian.
"Kedua-dua venue itu kini melepasi syarat-syarat lampu limpah minimum 800 lux yang dibenarkan sebelum ini," katanya.
Terengganu dan T-Team berkongsi stadium yang sama namun bergilir-gilir beraksi di laman sendiri.
Jelas Hamidin hanya empat stadium yang masih dalam proses pembaikan iaitu Stadium Shah Alam dan Stadium Cheras di Lembah Klang, Stadium Darul Makmur, Pahang dan Stadium Tan Sri Hassan Yunus Larkin, Johor.
Bagaimanapun katanya, hanya satu venue Liga Super akan bermain di sebelah petang iaitu di Stadium Hang Jebat, Melaka di mana pasukan kelab Felda United FC dan Kuala Lumpur akan menjadikan stadium tersebut sebagai venue perlawanan berikutan Stadium Cheras masih dalam pembaikan padang.

449,475 Murid Tahun Satu Mulakan Sesi Persekolahan 2012
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanyakan khabar kepada adik Mohd Akmal Hakim Mohd Kamal (kanan) ketika melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Pantai, dekat Bangsar, semalam.
Penggal pertama sesi persekolahan 2012 menyaksikan 449,475 murid melangkah ke Tahun Satu termasuk 81,842 di Kelantan, Terengganu dan Kedah yang memulakan sesi persekolahan kelmarin.
Menurut perangkaan Kementerian Pelajaran, bilangan pelajar yang memulakan Tingkatan Satu pula berjumlah 437,519.
Gelagat pelajar Tahun Satu pada hari pertama sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Taman Uda, Alor Setar, kelmarin.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata Selangor mencatat kemasukan tertinggi pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu iaitu masing-masing 85,894 dan 77,495.
Ia diikuti Johor dengan 54,250 murid Tahun Satu dan 52,101 pelajar Tingkatan Satu.
"Kemasukan murid ke sesi persekolahan 2012 berjalan lancar kecuali di beberapa negeri yang dilanda banjir," katanya semalam.
Pecahan bilangan murid Tahun Satu untuk negeri-negeri lain ialah Sabah, 44,342; Sarawak, 42,005; Perak, 35,004; Kedah, 32,068; Kelantan, 29,476; Pahang, 24,314; Pulau Pinang, 22,730; Kuala Lumpur, 22,037; Terengganu, 20,298; Negeri Sembilan, 16,952; Melaka, 13,436; Perlis, 3,669; Putrajaya, 1,669 dan Labuan, 1,331.
Bagi Tingkatan Satu pula, Sarawak mencatatkan 40,334 pelajar; Sabah, 39,918; Perak, 39,565; Kedah, 34,202; Kelantan, 28,487; Pulau Pinang, 22,667; Pahang, 22,458; Terengganu, 21,871; Kuala Lumpur, 20,209; Negeri Sembilan, 17,807; Melaka, 13,736; Perlis, 4,224; Putrajaya, 1,264 dan Labuan, 1,181.
Sesi persekolahan di beberapa sekolah di Tumpat, Gua Musang dan Pasir Mas, Kelantan terganggu akibat banjir melibatkan lebih 2,000 pelajar.
Abdul Ghafar berterima kasih kepada pihak sekolah yang bersungguh-sungguh dalam memastikan kelancaran kemasukan pelajar untuk sesi 2012.
Di PERLIS, Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata 24,917 murid sekolah rendah memulakan sesi persekolahan di negeri itu.
Md Isa berkata jumlah sekolah menengah di Perlis bakal meningkat kepada 30 buah pada pertengahan tahun ini apabila tiga lagi sekolah yang sedang dalam pembinaan mula beroperasi.
Sekolah-sekolah terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beseri, SMK Mata Ayer dan SMK Guar Nangka, katanya kepada pemberita selepas melawat SMK Datuk Sheikh Ahmad, Arau dan Sekolah Kebangsaan Padang Kota di Bintong.
Sambil berkata lawatan itu bertujuan meninjau masalah banjir yang dikatakan kerap berlaku di kedua-dua sekolah berkenaan, Md Isa berkata: "Saya telah meminta Jabatan Pelajaran Perlis menangani masalah itu dan jika perlu, memohon peruntukan daripada Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan infrastruktur."
Di KELANTAN, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Hussin Awang berkata dua sekolah masing-masing di jajahan Pasir Mas dan Gua Musang serta tiga lagi di jajahan Tumpat belum dapat meneruskan sesi persekolahan akibat banjir.
"Namun, keseluruhan operasi kemasukan pelajar baru berjalan lancar," katanya kepada Bernama ketika ditemui di pejabatnya di Kota Baharu.
Sekolah yang terlibat dengan banjir ialah Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Al-Falah dan SABK Adiniah di Rantau Panjang, Pasir Mas; Sekolah Kebangsaan (SK) Balar dan SK Bihai di Gua Musang; dan SK Bendang Pak Yong, SK Telok Jering dan SK Simpangan di Tumpat.
Hussin berkata 208,700 murid sekolah rendah dan 156,935 pelajar sekolah menengah memulakan sesi persekolahan 2012.
Di TERENGGANU, dua sekolah di daerah Setiu iaitu SK Kampung Bukit dan SK Kampung Besut memulakan sesi persekolahan hari ini setelah tidak dapat dibuka kelmarin.
Timbalan Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Setiu, Kipayatu Allah Mohd Said ketika dihubungi, berkata seramai 704 murid di dua sekolah berkenaan mula memasuki kelas masing-masing pagi semalam.
Semalam SK Kampung Bukit (53 murid) dan SK Kampung Besut (201 murid) tidak dapat dibuka seperti sekolah lain di seluruh negeri akibat banjir.
50 Pembantu Pengajar Bahasa Inggeris Amerika Syarikat Tiba Hari Ini
Kumpulan terakhir seramai 50 orang pengajar bahasa Inggeris (ETA) Fulbright dari Amerika Syarikat, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA, Sepang petang Rabu untuk memulakan tugasan mereka selama 10 bulan di Terengganu, Johor dan Pahang.
Mereka akan berada di Malaysia untuk memperkaya dan meningkatkan pengarahan bahasa Inggeris di sekolah menengah dengan menyediakan penceramah bahasa itu sebagai contoh siapa yang boleh menawarkan maklumat dan pemahaman dalam masyarakat dan budaya Amerika Syarikat.
"ETA akan menyumbang dengan menganjurkan kelab dan aktivtiti kurikulum tambahan yang akan dijalankan dalam bahasa Inggeris," menurut kenyataan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur semalam.
Ia juga akan mendapatkan pemahaman mendalam mengenai budaya Malaysia dengan tinggal dan bekerja di bandar dan bandar raya di Terengganu, Johor dan Pahang, menurut kenyataan itu.
Objektif ETA adalah untuk memenuhi hasrat program Fulbright, meningkatkan persefahaman bersama antara rakyat Amerika Syarikat dan warga negara lain di dunia bagi menjalin keamanan sejagat.
ETA mempunyai tiga program tahun ini berdasarkan komitmen bersama antara Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memperluaskan program pertukaran rakyat-ke-rakyat kedua-dua negara.
Program itu ditadbir bersama oleh Suruhanjaya Malaysia-Amerika mengenai Pertukaran Pelajaran (Macee) dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
"ETA dari universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat dan mewakili pelbagai bidang utama yang luas dan akan ditugaskan di sekolah rendah dan menengah di setiap daerah di tiga negeri itu.
"Setiap ETA akan mempunyai hubungan langsung, kekal dengan beratus-ratus pelajar di sekolah mereka," menurut kenyataan itu.
Dalam memberikan sumbangan kemahiran dan keazamannya untuk pengajaran, ETA membawa bantuan teknikal tambahan untuk sekolah mereka seperti pakar-pakar bahasa bagi mengajar guru dan menasihatkan mengenai kurikulum serta bahan terkini bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (ESL) secara percuma oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Lebih Separuh Pengundi Negeri Terengganu Golongan Muda
Terdapat 315,835 daripada 597,671 orang atau 52.8 peratus pengundi merupakan golongan muda berusia 40 tahun ke bawah di seluruh negeri sehingga Jun 2011.
Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BPUNT), Rozi Mamat berkata, daripada jumlah berkenaan terdapat 106,159 orang atau 17 peratus daripadanya merupakan pemilih baru dan pertama kali menjadi pengundi.
“Daripada jumlah keseluruhan pendaftar pemilih yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berakhir Jun tahun lalu lebih separuh terdiri golongan muda,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri.
YB Haji Rozi berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan Sijil Perlantikan Guru-guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong di Dewan Utama UMNO Bahagian Hulu Terengganu kelmarin.
“Saya yakin golongan muda hari ini sudah bijak menilai kerajaan mana yang boleh membantu mereka berjaya dalam mengharungi kehidupan pada zaman yang mencabar ini,” katanya.
Katanya, bagi melancarkan lagi proses pemilih baru setiap DUN dua pekerja sepenuh masa ditempatkan bagi memudahkan mereka membuat pendaftaran.
“Jawatankuasa pemuda cawangan bertindak membuat semakan di kampung masing-masing bagi mengenalpasti mereka yang genap 21 tahun dan membantu memudahkan proses daftar,” katanya.
Selain itu katanya, banyak aktiviti dan program dilaksanakan tujuan memberi pendedahan kerjaya serta pemahaman perancangan kerajaan untuk masa depan mereka.
Beliau tidak menolak adanya segelintir golongan muda begitu taksub kepada pembangkang tetapi jangan lupa kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa memberi perhatian dalam apa juga bentuk bantuan bagi memastikan mereka mempunyai hala tuju yang boleh memberi manfaat kepada diri, keluarga dan negara.

Terengganu, T-Team Tandatangani Kontrak Pemain, Penajaan
Para peminat bola sepak Terengganu pasti akan menunggu ketibaan perlawanan pembukaan Liga Super 2012 dengan penuh debaran untuk melihat sama ada kedua-dua pasukan dari negeri Sang Penyu itu mampu untuk memulakan cabaran dengan bergaya ataupun sebaliknya.
Pasukan Terengganu dan T-Team masing-masing mengumumkan kontrak penajaan bersama beberapa buah organisasi dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Primula Kuala Terengganu malam semalam,
Skuad Penyu terus menerima tajaan dari pengeluar pakaian sukan ‘Specs’ berjumlah RM300,000 yang akan membekalkan juara Piala FA 2011 itu dengan kelengkapan untuk perlawanan dan juga latihan untuk semua pasukan Terengganu.
Selain dari itu tajaan juga diterima dari syarikat teknologi maklumat tempatan, Top IT Sdn Bhd berjumlah RM250,000 yang meneruskan penajaan mereka yang bermula dari kempen Piala Malaysia 2011 yang lalu.
Penaja-penaja lain ialah Syarikat Tiara Pesona Sdn Bhd yang mengendalikan perkhidmatan bas Ekspres Perdana dan Zaid Enterprise dengan masing-masing menyumbang sebanyak RM50,000.
Sementara itu jenama telekomunikasi ‘Happy’ juga diumumkan sebagai penaja pasukan Terengganu namun jumlah penajaannya hanya akan dimaklumkan dalam satu majlis yang lain.
T-Team pula terus bersama dengan pengeluar pakaian sukan tempatan ‘Admiral’ yang akan menaja semua pakaian pasukan kelab itu dengan jumlah penajaan sebanyak RM350,000.
Ianya merupakan musim ke empat Admiral menaja pasukan berstatus kelab itu.
Terengganu yang dipimpin Mat Zan Mat Aris itu mengumumkan senarai 24 pemain yang akan telah didaftarkan untuk beraksi bersama mereka musim ini.
Turut tersenarai ialah dua orang pemain import, Francis Doe dan Erison Da Silva ‘Baiano’ Santos Carnietto yang masing-masing berasal dari Liberia dan Brazil.
Turut memperkemaskan jentera pasukan Terengganu ialah ‘graduan’ dari pasukan Harimau Muda iaitu Muslim Ahmad, Abdul Shukur Jusoh dan Faizal Muhamad.
Pemain pertahanan Hariri Mohd Safii kembali semula ke negeri kelahirannya selepas beraksi bersama pasukan Sabah musim lepas.
Penyerang Shamsul Kamal Mohamad pula menyertai pasukan Terengganu dari T-Team.
Berikutan dengan pemilihan Shahril Sa’ari ke dalam skuad Harimau Muda yang akan bertanding dalam Liga Super, Terengganu turut menamakan bekas pelajar Sekolah Sukan Terengganu, Mohamad Saifuddin Mokhtar sebagai salah seorang dari tiga penjaga golnya musim ini.
Sementara itu T-Team turut memperkenalkan pemain import mereka, Zachariah Simoukonda dan Borjan Petric di samping pemain-pemain lain yang baru menyertai pasukan tersebut.
Antaranya ialah dua bekas pemain Selangor musim lepas, Fadzlie Shaari dan Iqbal Suhaimi.
Beberapa orang bekas pemain Terengganu turut kelihatan bersama dengan pasukan T-Team untuk musim yang akan datang, di antaranya ialah Mohd Hassan Basri, Wan Mohd Aliff Wan Jasmi dan Mohd Zharif Husna.
Peminat bola sepak no. 1 Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menyatakan harapannya untuk melihat kedua-dua pasukan memberi cabaran yang bermakna dalam arena bolasepak negara musim ini dengan menyasarkan dua piala oleh mana-mana pasukan berikutan pelaburan besar yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri.
Dengan pasukan Terengganu mencapai kejayaan yang cemerlang dalam musim 2011, Menteri Besar juga berharap pasukan T-Team turut mampu untuk memberi cabaran yang lebih bermakna dalam Liga Super.
Katanya, T-Team tidak boleh lagi dibelenggu dengan masalah persembahan ala ‘yoyo’ yang menjadi faktor utama anak-anak buah Yunus Alif hanya mampu menamatkan saingan Liga Super di tempat ke tujuh sahaja.
Ahmad Said menyaksikan majlis menandatangi kontrak tersebut yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, YB. Rozi Mamat, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh.