PENDAPAT…
Oleh Jamaluddin Mohd
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berpandangan jauh dan mempunyai visi jelas terhadap pendidikan apabila mahu mewujudkan program 1 rumah 1 graduan.
Saya melihat usaha ini menuju ke arah kecemerlangan pendidikan dan keluarga – sekali gus akan merealisasikan Terengganu sebagai ‘gedung ilmu’.
Selepas mencapai kejayaan memberangsangkan dalam bidang pendidikan sekolah rendah dan menengah, Terengganu perlu menghasilkan sesuatu dalam bidang pendidikan tinggi pula.
Usaha Razif menjadikan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir sebagai projek rintis bagi menjayakan hasrat ‘1rumah 1 graduan’ hendkalah disokong.
Kejayaan di Seberang Takir akan membolehkan usaha ini dikembangkan ke DUN lain atau Parlimen Kuala Nerus dengan penyusunan program lebih teratur.
Janji beliau untuk melaksanakan program selewat-lewatnya penghujung tahun ini perlu menjadi kenyataan kerana program ini akan menggerakkan usaha memantapkan keluarga dengan menggapai kejayaan melalui akademik.
Program berkonsepkan anak angkat itu bakal memembabitkan penuntut dua institut pengajian tinggi, iaitu Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).
“Kita percaya dan yakin usaha untuk menjadikan sifar isi rumah yang tidak mempunyai graduan akan terlaksana dengan lebih mudah agar usaha Kerajaan Negeri untuk muncul sebagai negeri anjung ilmu akan tercapai nanti.
“Malah, kita juga mewujudkan kerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) di kedua-dua universiti ini untuk mendapatkan penuntut yang secara sukarela ingin menjadi anak angkat,” katanya.
Mendedahkan visi berkenaan pada program Semarak Bestari 1 Malaysia dan sambutan hari raya DUN Seberang Takir di Dataran Permata, di Seberang Takir baru-baru ini, Razif berkata dengan adanya program sedemikian secara tidak langsung memberi lebih motivasi kepada keluarga angkat untuk memastikan anak-anak mereka turut berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti nanti.
Apa yang diharapkan Razif akan merangka program lebih besar daripada program anak angkat dan menjamin keluarga mempunyai kesedaran tentang bagaimana ‘majunya’ keluarga yang mempunyai graduan dalam rumah mereka berbanding dengan yang tiada.
Saya sebagai ketua keluarga berharap Razif akan berusaha keras menjayakan program ini agar ketua keluarga lain yang belum mempunyai ‘ahli graduan’ segera berbuat demikian.
Saturday, October 10, 2009
Bank Islam janji khidmat terbaik
Bank Islam Malaysia Berhad sentiasa berusaha meningkatkan perkhidmatan bagi memastikan pelanggan di seluruh negara mendapat manfaat dan insentif dalam jangka masa panjang.
Pengurus Besar Perbankan Pengguna Bank Islam Malaysia Berhad, Khairul Kamarudin berkata, pihaknya akan terus menyediakan kemudahan sepatutnya kepada pelanggan agar dapat mengekalkan kepercayaan mereka untuk terus memilih Bank Islam.
“Kita akan perbaiki kelemahan yang ada dari semasa ke semasa supaya pelanggan berpuas hati dan meningkatkan tahap keyakinan mereka terhadap perkhidmatan yang disediakan ini.
“Malah maklum balas diterima pelanggan pula, mereka rata-ratanya menyokong dan berharap supaya ditambah lagi cawangan Bank Islam yang sedia ada,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Bank Islam yang dihadiri lebih 500 pelanggan dari seluruh negeri ini di Anjung Bistro Primula Beach Hotel, kelmarin.
Turut hadir Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dan isteri, Toh Puan Sri Wan Hidayah Wan Ismail.
Sementara itu, berhubung majlis itu pula, Khairul berkata, ia penting dan sangat perlu diadakan bagi menghargai usaha kakitangan yang selama ini bertungkus-lumus dan memberi hasil kerja terbaik demi kepentingan pelanggan.
“Ini selaras dengan gesaan kerajaan agar semua sektor lebih komited dan berusaha untuk meningkatkan sistem perkhidmatan dalam memenuhi tuntutan serta keperluan pelanggan,” katanya.

Cabaran Pertama Adiq Husainie Sebagai Pelumba Elit Di Manchester
Sumber: Bernama
Kemampuan sebenar pelumba remaja kebangsaan, Adiq Husainie Othman, bakal teruji apabila dia beraksi pada siri pertama Piala Dunia Klasik di Manchester, England, dari 30 Okt hingga 1 Nov ini.
Pelumba berusia 18 tahun dari Kemaman itu akan menyertai acara perlumbaan mata, scratch dan madison bersama-sama seorang lagi pelumba kebangsaan, Amir Mustafa Rusli.
"Saya akan memberikan persembahan yang terbaik dalam semua acara ini kerana ia merupakan kejohanan pertama saya sejak diserapkan ke dalam skuad elit," katanya.
Adiq Husainie berkata persiapan yang dilakukan telah mencukupi setelah hampir dua bulan berguru dengan ketua jurulatih kebangsaan, John Beasley, di Melbourne, Australia.
Beliau sebelum ini mempamerkan persembahan cemerlang apabila memenangi pingat gangsa dalam acara scratch 10 kilometer pada Kejohanan Berbasikal Trek Remaja Dunia di Moscow Ogos lepas.
Kecemerlangannya itu disusuli dengan pencapaian satu perak dan dua gangsa pada Kejohanan Berbasikal Remaja Asia (ACC) di Indonesia beberapa hari selepas itu.
Malah, kerana persembahan cemerlang pada kedua-dua kejohanan itu, beliau diserapkan ke dalam skuad elit daripada skuad pelapis, sebaris dengan pelumba kebangsaan yang lain seperti Mohd Azizulhasni Awang, Mohd Rizal Tisin, Mohd Edrus Yunus dan Josiah Ng.
Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Naim Mohammad kagum dengan prestasi pelumba itu yang mempunyai minat dan kesungguhan yang tinggi.
"Tujuan asal PKBM menghantar ke Moscow adalah bagi tujuan pendedahan namun beliau telah mempamerkan persembahan yang memberansangkan dengan memenangi gangsa.
"Malah, sikap peribadi beliau yang mempunyai sasaran memenangi emas di ACC walaupun gagal adalah sesuatu yang bagus.
"Tugas kami akan lebih mudah apabila perlumba itu sendiri bersikap demikian," katanya.

Tiga atlet angkat berat sertai Kejohanan Komanwel
Tiga atlet angkat berat skuad pelapis Terengganu terpilih menyertai Kejohanan Komanwel di Pulau Pinang pada 15 hingga 24 Oktober ini.
Mereka terdiri daripada 12 atlet seluruh negeri yang terbaik dalam sukan ini.
Atlet berkenaan adalah Abdu:l Mubin Rahim, Khairul Ridhuan Amran dan Azaruddin Nordin.
Pengerusi Pembangunan Negeri, Unit Sukan Berpresij Tinggi (USPTN), cawangan pelapis Majlis Sukan Negara (MSN), Nor Adila Zainal Abidin berkata, persembahan yang cemerlang di bawah skuad pelapis menyebabkan mereka terpilih menyertai kejohanan ini.
“Mereka sering menyertai kejohanan sama ada pada peringkat kebangsaan atau Asia. Pencapaian mereka ketika menyertai kejohanan itu memberangsangkan.
“Justeru, mereka t dipilih untuk bersaing pada kejohanan itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Menurutnya, atlet berkenaan diharap dapat mempamerkan persembahan cemerlang, sekali gus berjaya membawa pulang pingat emas.
“Latihan yang diadakan secara berterusan diharap dapat membantu atlet berkenaan untuk beraksi cemerlang pada saingan itu nanti dan memberi persembahan berkualiti,” katanya.

300 peminjam YT ke mahkamah
Pelajar lulusan institusi pengajian tinggi Jordan dan Mesir dianggap paling liat membayar balik pinjaman pendidikan.
Mereka adalah antara 300 pelajar yang terpaksa di hadapkan ke mahkamah oleh Yayasan Terengganu (YT), selain pelajar lulusan tempatan.
Pengarah YT, Mohd Kamaru Al-Amin Ismail berkata seramai 300 pelajar yang membuat pinjaman pendidikan dengan YT sehingga ini telah diambil tindakan mahkamah berikutan gagal membuat pembayaran balik pinjaman tersebut sebagaimana tempoh ditetapkan.
Katanya, tindakan terpaksa diambil setelah kesemua pelajar terbabit didapati ingkar dengan arahan walaupun dikenakan surat amaran mahkamah.
“Kira-kira 2,000 pelajar dikenakan surat mahkamah, tetapi kebanyakannya datang sendiri kepada kita dalam tempoh tiga hari sebelum ke mahkamah untuk menyelesaikan perkara itu dan kita telah menggunakan budi bicara untuk menyelesaikannya.
“Sebaliknya, 300 lagi tidak datang sehingga tindakan tegas terpaksa diambil,” katanya DI Kuala Terengganu baru-baru ini.
Menurutnya, kebanyakan pelajar terbabit adalah lulusan Mesir dan Jordan selain pelajar yang menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara.

JAKIM Rancang Cawangan ILIM Wilayah Timur Di Besut
Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) akan membangunkan sebuah cawangan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Wilayah Timur di Kampung Bukit Kluang, Besut, Terengganu, yang akan mulai beroperasi tahun depan.
Pengarah ILIM, Paimuzi Yahya berkata pusat latihan agama yang memberi tumpuan kepada bidang ilmu falak bernilai RM26 juta itu merupakan cawangan kepada ILIM di Bandar Baru Bangi.
"Ia akan menjadi sebuah pusat latihan yang menyediakan tenaga mahir dalam bidang ilmu falak dan berkaitan dengan amalam ibadah dalam menentukan arah kiblat solat, tanah perkuburan Islam, masjid dan hotel," katanya kepada Bernama selepas merasmikan majlis penutup Kursus Falak (Qiblat) anjuran Jakim di Kota Bharu, kelmarin.
Hadir sama ialah Ketua Penolong Pengarah ILIM, Dr Abdul Ghafar Surip dan Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras (PAQIT), Zamihan Mat Zin.
Paimuzi berkata pusat di kawasan seluas 60 ekar di Besut yang dijangka mulai beroperasi awal tahun itu kini sudah siap 92 peratus pembinaannya.
Beliau berkata apabila siap pusat itu nanti, ia mampu menampung 100 peserta pada suatu masa dengan menyediakan pelbagai kemudahan, termasuk asrama, bilik kuliah, dewan seminar, kantin dan sebagainya.
"Pusat ini berperanan memberi latihan kepada kakitangan dan pegawai agama, termasuk guru Kelas Fardu Ain (Kafa), Takmir dan kakitangan agensi agama yang lain untuk diberi latihan dalam bidang berkaitan," katanya.
Paimuzi berkata Jakim juga bercadang menubuhkan pusat seumpama itu di Kuala Kangsar, Perak di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK-10) untuk Wilayah Utara.
Katanya, pihak Jakim akan mendapatkan kerjasama dengan pihak berkuasa agama seperti Jabatan Hal Ehwal Agama dan Majlis Agama Islam dalam mengendalikan pusat itu di negeri masing-masing.

Banjir - JKM Terengganu Sedia RM500,000
Jabatan Kebajikan Masyarakat memperuntukkan kira-kira RM500,000 sebagai persiapan menghadapi ancaman banjir di negeri itu tahun ini.
Pengarah JKM negeri Zulhami Omar berkata peruntukan itu bertujuan untuk membeli barang keperluan untuk mangsa-mangsa banjir nanti.
"Bagaimanapun peruntukan itu akan ditambah jika keadaan memerlukan," katanya semalam.
Beliau berkata JKM menyediakan keperluan asas, antaranya, beras (2,050 kampit), ikan sardin (4,968 tin), gula (2,668 kampit), selain menyediakan selimut, tikar dan tuala.
Barang-barang tersebut akan dihantar ke 118 pusat pangkalan hadapan di seluruh negeri Terengganu, terutamanya kawasan-kawasan yang sukar sampai dalam masa terdekat ini.
"Kita dahulukan penghantaran ke pulau-pulau seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian dan juga kawasan-kawasan hulu yang sukar sampai semasa banjir," katanya.
Beliau berkata tahun ini 324 buah pusat pemindahan terdiri daripada sekolah, balai raya, masjid dan surau yang dapat menampung hampir 50,000 mangsa banjir disediakan di seluruh negeri ini.
Zulhami berkata di Terengganu musim tengkujuh yang biasanya membawa ancaman banjir berlaku mulai November hingga Mac setiap tahun.
JKM negeri juga akan membekukan cuti pegawai-pegawainya apabila berlaku banjir, katanya.

Thursday, October 8, 2009
JKR panggil kontraktor bina masjid Batu Putih
Oleh R.S.N. Murali (The Star)
Jabatan Kerja Raya Terengganu memanggil kontraktor yang membina masjid Batu Putih, Kerteh baru-baru ini untuk maklumat lanjut mengenai bahan digunakan bagi membina bumbung yang menyebabkan berlakunya keruntuhan.
Difahamkan, pegawai JKR turut meminta kontraktor menyediakan maklumat lanjut membabitkan dokumen-dokumen aspek kejuruteraan lain pembinaan masjid berkenaan.
Masjid yang dibina dengan harga RM2.1 juta itu dibuka awal 2008 yang mampu menampung 500 jemaah.
Menteri Besar Datuk Ahmad Said, yang kecewa dengan kejadian meminta JKR supaya membuat kajian mendalam punca keruntuhan berkenaan.
Jurutera JKR Kemaman, Ir Rosli Daud berkata pasukannya sudah memulakan siasatan.

15 penerjun tawan WDI, Felda Residence
Sebanyak 15 penerjun, lima daripadanya dari luar negara 'menakluki' dua bangunan tertinggi di negeri ini apabila berjaya membuat penerjunan di Wisma Darul Iman (WDI) dan Hotel Felda Residence di Kuala Terengganu, semalam.
Mereka adalah daripada 11 penerjun negara manakala empat lagi dari New Zealand, Turki, Australia dan India membuat penerjunan di WDI setinggi 18 tingkat diikuti Hotel Felda Residence setinggi 20 tingkat.
Program yang diadakan bersempena Terjunan Antarabangsa Malaysia Menara KL 2009 itu merupakan siri terjunan anjuran Menara Kuala Lumpur yang bermula di Kompleks Teruntum Pahang pada 4 Oktober lalu.
Aktiviti mencabar di WDI bermula kira-kira jam 9.30 pagi itu berjaya dilakukan tanpa sebarang kecederaan dengan disaksikan lebih 500 kakitangan WDI dan pelajar sekolah sekitar Kuala Terengganu.
Sebelum melakukan terjunan, peserta diberi latihan dan taklimat bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mazlan Ngah merasmikan aktiviti di WDI dengan disaksikan oleh kakitangan dari beberapa jabatan.
WDI yang mempunyai ketinggian 107 meter menjadi lokasi kedua penerjun selepas Kompleks Teruntum, Pahang.
Program berlangsung selama 23 hari bermula 3 Oktober lalu berjaya memikat hati penonton kerana turut disertai penerjun profesional tempatan.
Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Mohamad berkata, sirkit seterusnya akan diadakan di Menara Taming Sari, Melaka pada 11 dan 12 Oktober ini diikuti Menara Alor Setar, Kedah (14, 15 dan 16 Oktober), Menara Komtar, Pulau Pinang (18 Oktober) dan berakhir di Menara KL (23 hingga 25 Oktober).
Beliau memberitahu, tahun ini menyaksikan kelainan apabila penerjunan turut dilakukan pada waktu malam iaitu di Menara Taming Sari selain Menara Alor Setar dan Menara KL yang bakal dijayakan 30 penerjun berpengalaman.
"Tahun ini kami sasarkan 50 penerjun antarabangsa untuk sertai aktiviti mencabar ini dan sehingga kini ia telah melebihi sasaran dengan jumlah keseluruhan penerjun hampir 100 orang," katanya hari ini.
Beliau mengulas lanjut, sirkit penerjunan waktu malam itu dilakukan setelah mengambil kira faktor ketinggian, keselamatan dan tempat mendarat yang dijamin selamat di samping faktor teknikal lain.
Zulkifli berkata, sejak program itu diperkenalkan sembilan tahun lalu, lebih 100 penerjun antarabangsa antaranya Australia, Jepun, New Zealand, India, Ireland, Singapura, China, Switzerland, Finland, Amerika Syarikat, Rusia, Denmark, United Kingdom dan Malaysia mendaftar menyertai terjunan di Menara KL nanti.
Selain bangunan WDI, aktiviti seumpama itu turut dipertontonkan kepada orang ramai di Hotel Felda Residence, Kuala Terengganu sebelum bertolak destinasi seterusnya iaitu di Menara Taming Sari, Melaka.
Lokasi terakhir penerjun adalah di Menara Kuala Lumpur pada 25 Oktober. Sehingga hari ini lebih 100 peserta pelbagai negara mendaftarkan diri untuk membuat terjunan di menara tertinggi di Asia.

Take a cruise down the river with style
A double-decker cruise boat, complete with a floating restaurant, is expected to debut in Terengganu by the end of next year.
Currently moored at a jetty in Bangkok, the state was in the midst of negotiations with the Thai owner who had offered to sell it for RM1.2mil, state Tourism, Culture, Art and Heritage committee chairman Datuk Zaabar Mohd Adib said.
“We will finalise the procurement in a few months after the boat has undergone refurbishment,” he said yesterday.
Zaabar said the double-decker cruise boat, which has a capacity of at least 120 passengers, was equipped with the required tourist facilities.
“Sungai Terengganu is a picturesque waterway and the cruise boat will certainly be a catalyst for the local tourism industry.
“Probably we will introduce an exquisite dinner package comprising mouth-watering local cuisine,” he said.
Zaabar said two more 20-seater boats with the design and motifs of Terengganu’s water ferry (bot penambang) would also be put on service by next year.
He added that the state government had also placed an order for a 50-seater cruise boat that would ply the river, ferrying tourists from Dataran Shahbandar and the Islamic Civilisation Park.
“These boats which are being fabricated at a dockyard in Pulau Duyong will also make stopovers at the two jetties,” he said.

Kejohanan Ping Pong Utk Pemain Pantai Timur
Persatuan Ping Pong Terengganu buat julung kalinya akan menganjurkan Kejohanan Ping Pong Terbuka Terengganu yang menampilkan pemain dari negeri-negeri di pantai timur bermula 22 hingga 24 Okt ini.
Setiausaha PPT Mohamed Taib berkata matlamat kejohanan yang dianjurkan dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) untuk merebut Piala Datuk Rahin Mohd Said itu adalah untuk menguji pemain-pemain yang akan mewakili negeri-negeri di pantai timur ke Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka tahun depan.
" Inilah satu gelanggang terbaik bagi negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu untuk melihat pencapaian atlet masing-masing sebelum Sukma bermula," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.
Beliau berkata kejohanan itu yang menawarkan hadiah keseluruhan hampir RM10,000 terbahagi kepada empat kategori iaitu berpasukan lelaki, perseorangan lelaki, perseorangan wanita serta beregu wanita, dan kejohanan itu akan diadakan di Dewan Persatuan Ping Pong Terengganu, Bukit Jong, Jalan Kelantan di Kuala Terengganu.
Mohamed berkata bayaran penyertaan ialah RM50 untuk acara berpasukan, perseorangan RM5 dan beregu RM8 seorang dan bayaran boleh dibuat sebelum tarikh tutup penyertaan 12 Okt ini kepada setiausaha atau penolong setiausaha persatuan.
Penyertaan boleh dibuat melalui borang khas yang disediakan dan borang itu boleh dihantar kepada Mohamed di alamat 11439 Depan Kuari Bukit Jong, Jalan Kelantan atau Mohd Rizal Ghazali, D-565, Kampung Paloh, Sungai Kiat atau melalui Persatuan Ping Pong Terengganu.

‘Pagar makan padi’ bersama teman wanita
Oleh Hamid Salleh (Berita Harian)
Kehilangan barang kemas bernilai RM300,000 milik seorang kerabat diraja Terengganu yang disimpan di Pejabat Istana Badariah di sini, sejak Mac lalu dipercayai selesai dengan tertangkap seorang anggota polis dan teman wanitanya, malam kelmarin.
Difahamkan anggota polis berusia awal 40-an yang bertugas di istana berkenaan ditangkap bersama teman wanita di rumahnya di Flet Hiliran di sini, kira-kira jam 11 malam.
Menurut sumber, sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu yang mendapat maklumat berkenaan, menyerbu flet itu dan menahan anggota polis terbabit bersama teman wanitanya.
Katanya, polis turut merampas beberapa barang kemas termasuk gelang, cincin dan kerongsang emas daripada teman wanita anggota polis itu.
Beliau berkata, kedua-dua mereka ditahan reman selama empat hari di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut ke atas mereka.
Difahamkan, barang kemas milik kerabat diraja itu sebelum ini disimpan di dalam peti besi di pejabat istana berkenaan bagaimanapun, ia dikeluarkan oleh seorang pekerja untuk tujuan tertentu sebelum meletakkannya semula di pejabat.
"Anggota polis itu mencuri barang kemas berkenaan sedikit demi sedikit tanpa disedari kakitangan pejabat itu sejak Mac lalu," kata sumber berkenaan.
Kehilangan barang kemas itu disedari oleh pekerja pejabat istana berkenaan baru-baru ini dan laporan dibuat di Balai Polis Kuala Terengganu, kira-kira jam 5 petang, Isnin lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Abdul Halim Arshad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

Wednesday, October 7, 2009
Klon Salak Terengganu dilancar
Kerajaan Terengganu akan mengambil inisiatif untuk memajukan lagi pengeluaran buah salak dan menjadikan negeri itu sebagai hab pengeluaran buah salak negara.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Rozi Mamat berkata, Jabatan Pertanian Terengganu akan mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk dibangunkan dengan tanaman salak sebagai satu lagi tanaman pengeluaran makanan negeri Terengganu.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Klon Salak Terengganu di Stesen Mardi Jerangau dekat sini hari ini, beliau berkata kerajaan negeri sedang menimbang memberi peruntukan khas kepada petani-petani di Terengganu bagi membolehkan mereka menanam pokok salak secara besar-besaran.
Sementara itu, Ketua Pengarah Mardi, Dr. Abdul Shukor Abdul Rahman berkata, Mardi telah berjaya membuat penyelidikan klon Salak Terengganu yang dijalankan di Stesen Mardi Jerangau sejak tahun 1990.
Beliau juga berkata, kawasan tanaman salak di Semenanjung Malaysia hanya sekitar 2,000 hektar yang mengeluarkan hasil kira-kira 2,700 tan metrik manakala permintaan dijangka meningkat lebih 3,000 tan metrik pada tahun depan.

Primula Beach Resort rai murid istimewa
Walaupun 1 Syawal sudah dua minggu berlalu, suasana sambutannya masih meriah dengan program Rumah Terbuka Aidilfitri diadakan di serata negeri ini.
Tidak terkecuali hotel bertaraf lima bintang, Primula Beach Hotel Kuala Terengganu di sini yang mengadakan Majlis Jamuan Teh bagi meraikan murid-murid istimewa di hotel berkenaan petang kelmarin.
Seramai 120 murid istimewa dari sekitar Kuala Terengganu diraikan dengan jamuan istimewa selain menerima duit raya sumbangan hotel tersebut.
Selain itu, murid-murid terlibat turut teruja apabila diberi peluang melawat bilik penginapan termasuk bilik eksklusif deluxe dan suite di hotel itu.
Terdahulu, Pengurus Besar hotel, Marzuki Husin berkata, aktiviti meraikan murid-murid istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri seumpama itu merupakan program tahunan sejak tahun 1996.
Katanya, ia diadakan untuk meraikan murid-murid istimewa di samping memberi peluang kepada mereka merasai suasana eksklusif seperti di hotel.
Murid istimewa dari Sekolah Kebangsaan Seri Budiman 2 dan Sekolah Kebangsaan Gelugor itu turut mengadakan persembahan nyanyian.
Hadir sama Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Ngah Bidin.

23,677 calon PMR di Terengganu
Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Sultan Sulaiman memakai penutup hidung dan mulut sewaktu menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) di dewan sekolah itu di Kuala Terengganu hari ini.
Seramai 475,182 calon menduduki PMR di seluruh negara bermula hari ini hingga Selasa depan.
Terengganu sahaja mencatatkan sejumlah 23,667 calon termasuk dari Sekolah Agama Bantuan Kerajaan mengambil peperiksaan itu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata di Putrajaya hari ini daripada 475,182 calon berkenaan, 442,611 adalah calon kementerian manakala bakinya ialah calon swasta, persendirian, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Perantis Tentera, Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Negeri.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, sebanyak 3,496 pusat peperiksaan disediakan membabitkan 28,028 petugas bagi mengendalikan peperiksaan itu.
Muhyiddin berkata demikian selepas melawat pusat pemeriksaan PMR di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 8(1) di Putrajaya bagi meninjau perjalanan peperiksaan itu.
Muhyiddin juga mengumumkan Kementerian Pelajaran membenarkan sekolah mengambil cuti peristiwa atau cuti berganti pada 20 Oktober ini sempena sambutan Deepavali pada 17 Oktober ini.
"Setelah meneliti permohonan dan pandangan yang dikemukakan, Kementerian Pelajaran bersetuju untuk memberi kebenaran kepada sekolah mengambil cuti peristiwa bagi yang mempunyai baki cuti peristiwa dan cuti berganti bagi sekolah yang sudah habis baki cuti peristiwa," katanya.
Beliau berkata, keputusan itu diambil bagi memudahkan ibu bapa membuat perancangan untuk balik kampung serta mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Bagaimanapun, katanya, kebenaran cuti itu hanya diberikan kepada sekolah yang memohon dan bukan kelulusan keseluruhan.
Katanya, sekolah yang mengambil cuti berganti pada 20 Oktober ini perlu menggantikan hari persekolahan pada 31 Oktober depan.

Melaka tuan rumah kejohanan terbesar Asia
Azizulhasni Awang, pelumba sensasi negara dijangka menyertai Kejohanan Lumba Basikal Gunung Asia Ke-15 di Melaka, 5 hingga 8 November depan.
Dalam kenyataan Isnin, presidennya Abu Samah Abdul Wahab berkata ini merupakan kali kedua PKBM menjadi tuan rumah acara yang dianjurkan Persekutuan Berbasikal Asia (ACC) itu.
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) akan menjadi tuan rumah Kejohanan Lumba Basikal Gunung Asia Ke-15 dan Kejohanan Lumba Basikal Gunung Junior Asia pertama di Melaka pada 5 hingga 8 Nov itu bertempat di Hutan Rekreasi Ayer Keroh, yang dahulunya dikenali sebagai Taman Botani Ayer Keroh, dikenal pasti sebagai venue bagi acara merentas desa, manakala acara menuruni bukit akan berlangsung di Bukit Beruang.
Kejohanan itu dijangka disertai pelumba dari 20 negara dan setakat ini, sembilan negara -- Jepun, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Taiwan, Hong Kong, Vietnam, Iran dan Malaysia -- telah mengesahkan penyertaan.
"Kejohanan ini penting kerana ia bukan saja akan menentukan siapakah yang menjadi juara Asia, tetapi juga merupakan sebahagian daripada kejohanan peringkat benua di bawah Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) yang memberi peluang kepada penunggang mengumpul mata ranking," kata Abu Samah.
Beliau berkata kejohanan itu juga akan memberi pendedahan kepada penunggang basikal gunung tempatan berlumba dengan pelumba terbaik Asia.
"Melalui pendedahan yang secukupnya, kami boleh meningkatkan kesedaran tentang acara berbasikal gunung, yang belum banyak mendapat sokongan, walaupun ia mempunyai banyak peminat di seluruh negara," kata Abu Samah.
Kejohanan itu akan menjadi medan latihan bagi skuad kebangsaan yang akan mewakili Malaysia dalam kejohanan berbasikal gunung pada Sukan SEA Laos Disember ini.
"Kami harap para pelumba kebangsaan akan mempamerkan prestasi membanggakan pada kejohanan ini. Kami ada juara Asia dan pelumba trek seperti Azizulhasni Awang dan Rizal Tisin, yang telah memenangi pingat pada Kejohanan Dunia. Oleh itu, bukan sesuatu yang mustahil bagi penunggang basikal gunung mencapai kejayaan serupa," katanya.

Ketengah bina 83 rumah untuk rakyat miskin
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) sedang membina 83 buah rumah untuk penduduk miskin di wilayah itu dalam usaha membantu menyediakan tempat tinggal bagi golongan tersebut.
Pengurus Besarnya, Hamzah Ngah berkata, projek pembinaan di bawah Program Pembangunan Rumah Penduduk Miskin itu melibatkan peruntukan RM2.739 juta.
Menurutnya, projek itu dijangka disiapkan sepenuhnya pada bulan ini.
''Sebanyak 49 buah rumah dibina di Dungun membabitkan kos RM1.617 juta manakala 20 buah lagi di Kemaman (RM462,000) dan 14 buah di Hulu Terengganu (RM660,000)," katanya baru-baru ini.
Hamzah menambah, pembinaan 83 buah rumah itu merupakan tambahan kepada 58 buah rumah yang siap dibina sebelum ini.
Katanya, sebelum ini sebanyak 23 buah rumah dibina di Dungun, 24 di Kemaman dan 11 buah rumah lagi di Hulu Terengganu.
''Rumah yang mempunyai tiga bilik itu bernilai RM33,000 seunit," ujarnya.
Jelasnya, Ketengah juga membaik pulih 111 buah rumah penduduk miskin melibatkan peruntukan sebanyak RM1.221 juta membabitkan 59 buah rumah di Dungun, Kemaman (36) dan Hulu Terengganu (16).

Dua peserta China menang Kenyir Cup
Kehadiran kira-kira 150 pemancing dari China memang menghangatkan cabaran Kenyir Cup Goodwill Fishing Competition Terengganu-China 2009.
Ini terbukti apabila tempat kedua dan ketiga menjadi milik pasangan dari China, Yeung Wei Chi serta Wong King Tsuen dan Duzu Gui dan Wei Qiang Ghong dengan membawa pulang, RM10,000 serta RM5,000.
Bagaimanapun peserta tempatan berjaya mencuri tumpuan apabila pasangan - Mohd Zaki Mat Zin, 50, dan Asri Mat Isa, 38 - membawa pulang RM15,000 setelah memenangi piala berkenaan yang diadakan di Tasik Kenyir pada 4 hingga 5 Oktober lalu, di sini.
Lebih manis, Mohd Zaki yang berasal dari Kampung Kuala Pueh, Hulu Terengganu turut mengungguli Anugerah Khas-Toman Terbesar apabila menaikkan ikan sepanjang 78 sentimeter (sm) dan tempat pertama Anugerah Sagu hati-Belida Terbesar setelah menjinakkan ikan sepanjang 85.5 sm.
SementaraAsri yang juga pemandu bot laju di Tasik Kenyir yang berasal dari Kampung Pasir Dula, Hulu Terengganu juga pulang bergaya selepas turut memenangi tempat kedua Anugerah Khas-Toman Terbesar dan pertama bagi Anugerah Saguhati-Belida Terbesar.
Asri berkata, kemenangan yang tidak terduga itu adalah rezeki baginya dan dia berhasrat menggunakan duit dimenanginya itu bagi perbelanjaan keluarga serta lima anaknya, selain keperluan berkaitan. :
Menurutnya, dia mencari rezeki sebagai pemandu bot sejak 18 tahun lalu tetapi sepanjang tempoh itu tidak pernah menyertai pertandingan memancing.
“Tahun ini adalah julung kali saya berbuat demikian dan Kenyir Cup 2009 ini adalah pertandingan memancing kedua disertai. :
“Sokongan rakan membuatkan saya bersemangat menyertai pertandingan dan tidak menyangka akhirnya dinobatkan sebagai juara,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, malam semalam.
Menurutnya, ternyata angka 47 membawa tuah kepada saya dan pasangan sebagai peserta.
Dalam pada itu, Mohd Zaki turut melahirkan kegembiraan memenangi pertandingan berkenaan dan berharap acara seumpama itu dapat diadakan lagi pada masa akan datang kerana ia juga dapat memberi peluang kepada kaki pancing berkumpul.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Terengganu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Kenyir Cup Goodwill Fishing Competition Terengganu-China 2009, Datuk Za’abar Mohd Adib.
Pertandingan memancing Kenyir Cup 2009, anjuran Kerajaan Terengganu dan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri itu menarik lebih 200 penyertaan.

Kenyir Cup hingga tahun 2011
Kerajaan Negeri bercadang menganjurkan pertandingan memancing Kenyir Cup selama tiga tahun berturut-turut bagi memastikan objektif penganjuran dapat dicapai, sekali gus melonjakkan lagi sektor pelancongan di Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Za’abar Mohd Adib berkata, penyertaan juga dijangka bertambah dengan sasaran peserta bukan sahaja dari China tetapi juga negara lain.
“Melihat pertandingan memancing Kenyir Cup 2009 yang diadakan buat julung kalinya ini berjaya dan berpotensi untuk meningkatkan sektor pelancongan, khususnya di Tasik Kenyir serta Terengganu, amnya, Kerajaan Negeri bercadang meneruskan penganjurannya setiap Oktober, bermula tahun ini sehingga 2011.
“Seiring hasrat itu, usaha ke arah pengkayaan dan penambahbaikan akan turut dilakukan, termasuklah penginapan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media sempena Kenyir Cup Goodwill Fishing Competition Terengganu-China 2009, di Kuala Terengganu kelmarin.
Za’abar berkata, langkah ini perlu dilaksanakan bermula sekarang supaya lebih ramai peserta boleh hadir pada penganjuran akan datang.
“Pertandingan ini juga ada potensi yang baik bagi produk pelancongan,” katanya.
Sementara itu, pertandingan yang berlangsung selama dua hari berakhir 5 Oktober itu menyaksikan pasangan peserta tempatan, Mohd Zaki Mat Zin, 50, dan Asri Mat Isa, 38, muncul johan, sekali gus berjaya membawa pulang RM15,000 berserta piala.
Za’abar yang juga Pengerusi Kenyir Cup Goodwill Fishing Competition Terengganu-China 2009 berkata, kejayaan penganjuran sulung itu juga akan menjadi pemangkin bagi penganjuran pertandingan seumpama itu pada masa akan datang

Tuesday, October 6, 2009
Mohd Ayub pulang hari ini
Mohd Ayub Mansor – pelajar tahun satu yang menjalani pembedahan di Kuala Lumpur dijangka pulang ke Kuala Terengganu hari ini.
Beliau yang beransur pulih menjalani pembedahan jantung ditanggung kosnya oleh kerajaan negeri.
Pagi Sabtu lalu, Menteri Besar dan isteri melawat Mohd Ayub di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
Beliau yang diiring isteri, To’ Puan Norliza Mahmud dan Setiausaha Sulit Kanan, Wan Ahamad Wan Muda, meluangkan masa hampir sejam untuk bertanyakan khabar pesakit dan keluarganya.
Menurut laporan TeganuKita, pakar perubatan hospital itu, Dr David Khoo Sin Keat, turut berada di hospital dan memberi penerangan mengenai keadaan kesihatan Mohd Ayub.
Berdasarkan keadaan semasa, Dr Dr David menjangkakan pesakit berkenaan dijangka keluar dari hospital berkenaan hari ini.
Menteri Besar berkata, kerajaan negeri akan terus memberi bantuan kepada pesakit kronik yang menghadapi masalah kewangan untuk mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakit mereka.
“Kita akan tengok kes-kes yang boleh dibantu dan pesakit akan diberi bantuan perubatan mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri,” katanya selepas melawat pesakit berkenaan.
Beliau berharap Mohd Ayub akan dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain selepas ini dan kerajaan sedia memberi bantuan lain seperti ubat-ubatan tambahan kepada kanak-kanak tersebut selepas rawatan itu.
Ahmad Said turut merakamkan penghargaan kepada kakitangan hospital berkenaan, khususnya Dr David yang terbabit secara langsung dalam menjayakan pembedahan berkenaan.

Menteri Besar dan isteri melihat keadaan adik Mohd Ayub Mansor yang selamat menjalani pembedahan jantung di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
Beliau yang diiring isteri, To’ Puan Norliza Mahmud dan Setiausaha Sulit Kanan, Wan Ahamad Wan Muda, meluangkan masa hampir sejam untuk bertanyakan khabar pesakit dan keluarganya.
Menurut laporan TeganuKita, pakar perubatan hospital itu, Dr David Khoo Sin Keat, turut berada di hospital dan memberi penerangan mengenai keadaan kesihatan Mohd Ayub.
Berdasarkan keadaan semasa, Dr Dr David menjangkakan pesakit berkenaan dijangka keluar dari hospital berkenaan hari ini.
Menteri Besar berkata, kerajaan negeri akan terus memberi bantuan kepada pesakit kronik yang menghadapi masalah kewangan untuk mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakit mereka.
“Kita akan tengok kes-kes yang boleh dibantu dan pesakit akan diberi bantuan perubatan mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri,” katanya selepas melawat pesakit berkenaan.
Beliau berharap Mohd Ayub akan dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain selepas ini dan kerajaan sedia memberi bantuan lain seperti ubat-ubatan tambahan kepada kanak-kanak tersebut selepas rawatan itu.
Ahmad Said memastikan tahap kesihatan adik Mohd Ayub stabil sepanjang berada di wad Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur sambil dibantu Dr David.
Ahmad Said turut merakamkan penghargaan kepada kakitangan hospital berkenaan, khususnya Dr David yang terbabit secara langsung dalam menjayakan pembedahan berkenaan.
International Jump 2009 di Wisma Darul Iman, Hotel Felda Residence esok
Acara "KL Tower International Jump Malaysia" 2009 akan berlangsung di empat lokasi baru, termasuk Wisma Darul Iman dan Hotel Felda Residence di Kuala Terengganu.
Bagi dua lokasi ini penerjunan akan berlangsung esok.
Untuk penerjunan di Wisma Darul Iman, perasmian akan dilakukan oleh Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mazlan Ngah.
Terjunan kali ini turut menampilkan kelainan dengan mengadakan terjunan pada waktu malam di tiga lokasi iaitu di Menara Taming Sari, Melaka (10-11 Okt), Menara Alor Setar (15-16 Okt) dan Menara Kuala Lumpur (23-25 Okt).
Bagaimanapun di lokasi keempat, iaitu Menara Komtar Pulau Pinang, penerjunan adalah hanya pada waktu siang.
Pengurus Besar Kanan Menara Kuala Lumpur, Fadzil Ibrahim berkata di Kuala Lumpur, Rabu lalu, 30 orang penerjun antarabangsa dan tempatan telah mendaftar untuk melakukan aksi terjun di sebelah malam di tiga lokasi itu.
"Tiga lokasi ini dipilih kerana faktor ketinggian dan tempat mendarat yang selamat selain daripada faktor teknikal yang lain," katanya.
Untuk acara tahunan kali ini, empat lagi lokasi baru diperkenalkan iaitu Kompleks Teruntum, Pahang (4 Okt), Hotel Felda Residence, Terengganu (7 Okt), Gua Damai, Batu Caves, Selangor (20 Okt) dan Wisma Darul Iman, Terengganu (7 Okt).
Fadzil berkata setakat ini 100 orang penerjun dari 23 negara termasuk Malaysia telah mendaftar untuk menyertai sukan ekstrem itu.

Azizulhasni Awang juarai kejohanan Columbia
Sumber: Terengganu-Lening
Pelumba sensasi negara, Azizulhasni Awang menggegar persada basikal trek antarabangsa dengan menjuarai acara pecut pada satu kejohanan undangan yang disertai jaguh-jaguh dunia di Colombia, kelmarin.
Lebih manis kejayaan di Gran Caracol de Pista Medellin (Grand Prix Medellin) itu dicipta dengan menewaskan pelumba Perancis yang juga juara dunia, Gregory Bauge pada perlumbaan akhir.
Bauge adalah pelumba yang menewaskan Azizulhasni pada perlumbaan akhir acara sama dalam Kejohanan Trek Dunia dekat Pruzskow, Poland, Mac lalu.
"Saya puas dan gembira kerana berjaya membalas dendam ke atas Bauge apatah lagi dalam keadaan saya sedang belajar ketika ini.
"Malah, berbaloi rasanya saya datang bertanding terutama selepas melalui perjalanan selama 31 jam dan transit selama 26 jam sebelum dapat sampai di sini," katanya.
Terdahulu pada pusingan kelayakan bagi menentukan undian saringan, Azizulhasni turut cemerlang apabila muncul pelumba paling pantas dengan mencatat masa 10.352 saat.
Pelumba kelahiran Terengganu itu mengatasi pelumba Belanda, Teun Mulder (10.393s) yang kedua terpantas diikuti Bauge (10.445s) ketiga.
Ini membolehkan Azizulhasni bertemu pelumba di kedudukan tercorot, Juan Sivira dari Venezuela pada pusingan pertama dan menang mudah.
Sepanjang laluannya ke akhir, Azizulhasni turut menewaskan beberapa pelumba lain sebelum menempah pertemuan dengan Bauge.
"Ia satu pencapaian yang melegakan saya terutama menjelang pusingan pertama Piala Dunia Klasik di Manchester, England dari 30 Oktober-1 November ini," tegas Azizulhasni yang bimbang tentang status pelumba-pelajarnya.
Selain Manchester, Azizulhasni akan turut bertanding pada Piala Dunia II di Melbourne, Australia (19-21 November ini), Piala Dunia III di Cali, Colombia (10-12 Disember) dan Piala Dunia IV di Beijing, China (22-24 Januari 2010).

Terengganu Pengeluar Utama Undang
Terengganu bakal menjadi antara pengeksport udang harimau dan udang putih utama negara apabila Projek Integrasi Taman Akuakultur Udang (I-Sharp) bernilai RM200 juta dilaksanakan di Setiu bermula tahun 2011.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industrri Asas Tani Terengganu, Rozi Mamat berkata, kerajaan negeri meluluskan tanah seluas 1,200 hektar untuk melaksanakan projek itu.
Katanya, projek tersebut di bawah penyeliaan syarikat milik kerajaan (GLC), Blue Archipelago Berhad yang menyelia projek ternakan undang Kerpan di Kedah.
Menurut beliau, fasa pertama melibatkan penggunaan 400 hektar tanah itu dan pembinaan 500 kolam ternakan udang dijangka beroperasi bermula akhir tahun depan.
''Ketika ini, kerja-kerja pembersihan dan pecah tanah sedang dijalankan dalam memulakan pembinaan infrastruktur untuk pelaksanaan projek tersebut,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Sambutan Aidilfitri dan pelancaran pembangunan I-Sharp di Sekolah Kebangsaan Penarek di sini, semalam.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Blue Archipelago Berhad, Dr. Shahridan Faiez.
Katanya, projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan menyediakan pekerjaan dan pendapatan tambahan untuk kira-kira 1,300 penduduk.
Rozi berkata, selain kolam ternakan, kilang memproses udang, pusat penetasan udang, sebuah makmal, tempat penginapan dan bangunan pentadbiran akan turut dibina dalam projek itu.
''Sebanyak RM200 juta diperuntukan untuk melaksanakan projek I-Sharp tersebut," ujarnya.
Shahridan pula memberitahu, apabila fasa pertama projek tersebut mula beroperasi, ia akan mampu mengeluarkan antara 10,000 hingga 12,000 tan udang putih dan 5,000 tan udang harimau.
''Udang-udang berkenaan akan dieksport di pasaran premium antarabangsa terutama Kesatuan Eropah (EU), Jepun dan Amerika Syarikat (AS)," katanya.