Saturday, January 23, 2010

Saya tidak akan layan perkara remeh

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan bahawa beliau tidak akan melayan sebarang karenah serta perkara remeh-temeh yang boleh membawa kepada perpecahan.

Menurut Hishammuddin, selagi beliau diberi kepercayaan memegang amanah sebagai pemimpin utama UMNO Terengganu, fokus utamanya adalah melihat agenda lebih besar dan melaksanakan program demi kepentingan rakyat negeri ini.

Beliau berkata, dalam meningkatkan sokongan, UMNO Terengganu telah melancarkan gerakan turun ke bawah bagi mendekati rakyat secara habis-habisan dan usaha itu akan dilakukan secara berterusan bukannya bermusim.

Katanya, setelah sembilan bulan memerhati, belajar dan berbincang, beliau lihat UMNO Terengganu berada pada landa-san baik untuk memastikan Barisan Nasional (BN) terus kekal memerintah negeri ini pada pili-han raya umum akan datang.

“Mesej ini mestilah disampaikan kepada semua peringkat, bahagian lain dan ia hendaklah senada,” katanya pada Program Juara Rakyat bertemakan Pendidikan di Dewan Sekolah Menengah Teknik Terengganu, semalam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Ahmad Said, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dan barisan kepimpinan UMNO negeri ini.

Bercakap pada sidang media selepas itu, Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata, mesyuarat UMNO Terengganu dipengerusikan oleh beliau malam kelmarin telah memutuskan untuk menyahut seruan program Juara Rakyat.

Pada mesyuarat yang dihadiri semua barisan kepimpinan termasuk sayap parti itu, pihaknya bersetuju menjadikan 2010 sebagai tahun untuk parti dan jentera bergerak melaksanakan aktiviti sehingga ke peringkat cawangan serta akar umbi.

Hishammuddin memberitahu, beliau akan memastikan semua pemimpin tanpa mengira pangkat memegang dan memikul tanggungjawab tersebut supaya UMNO negeri ini semakin berkembang serta mencapai tahap membanggakan.

“Saya bangga dan kagum (kerana) apa yang dilakukan sebelum ini sedikit sebanyak membenarkan kita merancang agenda lebih besar.

“Kalau kita benarkan perkara bersifat peribadi, berkisarkan seorang dua pemimpin, satu dua bahagian menjadi perkara pertimbangan kita, akhirnya agenda besar tidak dapat digerakkan,” katanya.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, UMNO memerlukan seorang pemimpin yang sentiasa melihat kepada agenda lebih besar dan ia akan diiktiraf oleh pucuk pimpinan dalam memilih calon BN pada pilihan raya umum akan datang.

“Ini bukan soal individu, kepimpinan atas diputuskan berdasarkan kemampuan, ia bukan kumpulan atau individu kerana yang memutuskan parti nanti adalah rakyat, jadi nasihat saya adalah turun kepada rakyat.

“Sudah ditekankan dalam PRU ini nanti, ia tidak berkisar kepada setiap individu, kepentingan dan relevensinya parti tidak berkisar kepada seorang individu, jadi yang penting sekarang semua pemimpin melihat kepada agenda besar,” katanya.

WWF-Malaysia Mohon Undang-Undang Persekutuan Bagi Pemuliharaan Penyu Digubal

WWF-Malaysia akan menyerahkan satu memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada April mengenai keperluan menggubal undang-undang persekutuan yang komprehensif bagi pemuliharaan penyu.

Pengarah Eksekutif WWF-Malaysia, Datuk Dr Dionysius S. K. Sharma berkata penggubalan perundangan persekutuan memerlukan pindaan Perlembagaan Persekutuan kerana menurut Perlembagaan Persekutuan, hanya negeri-negeri sahaja mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang mengenai penyu.

"Memandangkan kita (Malaysia) masih lagi sebuah negara yang menjadi tempat bagi penyu belimbing bertelur, sudah tiba masanya bagi kerajaan melakukan perubahan sebelum keadaan menjadi bertambah buruk dan penyu pupus di Malaysia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen perundangan bagi penyu "Egg=Life" di sini pada hari Khamis.

Katanya Semenanjung Malaysia, terutamanya di Terengganu telah menjadi tempat penyu bertelur. Namun, kehadiran penyu-penyu bertelur berkurangan 80 peratus sejak 1950-an, umumnya kerana pengambilan telur-telur penyu untuk kegunaan manusia.

Justeru, pembangunan satu perundangan yang komprehensif beserta penguatkuasaan ketat dan sumber mencukupi bagi melaksanakan undang-undang seumpamanya amat diperlukan, katanya.

Bapa Gembira, Mohd Khaidill Semakin Sihat

Oleh: Zulkipli bin CW. Putera (UKOM)

Mohd Khaidill 3 tahun, yang sedang menjalani rawatan selepas pembedahan jantung berlubang pada 20 Januari lalu di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur berada dalam keadaan stabil dan kini telah semakin sihat.

Mohd Khaidill telah bernafas secara normal tanpa memerlukan alat bantuan lagi.

Menurut bapanya, Sharifudin, anaknya sudah mula bersuara meminta makan dan minum. Mohd Khaidill nampak ceria mula bercakap dan menyebut sambil mengingati kampung halamannya.

“Haidill nak balik. Nak duduk rumah’’. Saya terharu mendengar setiap sebutan anak saya tetapi saya tahu itu menandakan anak saya semakin sihat. Dia sudah mula mengenali setiap pelawat yang datang” kata Sharifudin.

Tetapi, atas nasihat doktor, Mohd Khaidill perlu lebih berehat panjang sebelum berpindah ke wad biasa.

Menurut bapanya lagi, berdasarkan perkembangan terkini yang positif, anaknya itu akan dimasukkan semula ke dewan pembedahan esok untuk ditanggalkan tiub sokongan di badannya.

Dalam perkembangan lain, nama adik Mohd Khaidill mula menjadi sebutan ramai bukan sahaja kakitangan pusat perubatan, malah orang luar yang datang menerima rawatan. Bukan sahaja menyebutnya, mereka turut melawat Mohd Khaidill di wad rawatan rapi.

Mereka mengagumi langkah Kerajaan Negeri Terengganu yang begitu mengambil berat terhadap rakyat menghidapi penyakit kritikal seperti jantung belubang. Nama Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said juga bermain di bibir mereka.

Ramai menyifatkan langkah Kerajaan Negeri Terengganu yang sudi menanggung kos rawatan adalah tepat pada masanya bagi membantu rakyat tidak kemampuan untuk mendapatkan rawatan.

Umno Terengganu Sepakat Sokong Jayakan Program Juara Rakyat

Umno Terengganu mencapai kata sepakat menyokong untuk menjayakan program Juara Rakyat dalam usaha parti mendekati hati rakyat, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menurutnya, walaupun terdapat perbezaan pendapat di kalangan pemimpin-pemimpin Umno negeri sebelum ini, namun keputusan yang dicapai secara konsesus itu akan memastikan setiap pemimpin memegang dan memikul tanggungjawab masing-masing berdasarkan keputusan yang dicapai.

"Ini menjadi satu tekad dan persetujuan bersama dan saya akan pastikan semua pegang dan pikul tanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat secara konsesus semalam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Juara Rakyat peringkat negeri di Dewan Sekolah Menengah Teknik Terengganu, Jalan Lapangan Terbang Kuala Terengganu, di Kuala Terengganu, semalam yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.

Hishammuddin berkata relevannya sesebuah parti tidak berkisar hanya kepada seseorang invididu semata-mata, bahkan ia lebih menjurus kepada agenda yang disusun untuk manfaat rakyat.

"Jadi yang penting sekarang, semua pemimpin khususnya di Terengganu ini melihat kepada agenda yang lebih besar. Itu yang akan dinilai oleh pimpinan dalam mengetengahkan barisan dalam pilihan raya yang akan datang," katanya.

Menteri Dalam Negeri itu juga menekankan kepentingan program Juara Rakyat dihayati pimpinan untuk dirasai oleh semua rakyat selain memastikan matlamatnya sampai ke kumpulan sasaran.

Beliau berkata walaupun idea mengenai Juara Rakyat ini datangnya dari pusat, tetapi ia perlu diterjemah dan disesuaikan mengikut suasana serta tempat masing-masing.

"Hari ini program ini dibuat di Kuala Nerus dan saya tengok sambutan amat membanggakan dan ia adalah satu permulaan dalam usaha untuk menyemarakkan semangat perjuangan dalam Umno dan Barisan Nasional," kata Hishammuddin.

Beliau berkata bagi Umno Terengganu, pelbagai program Juara Rakyat dirancang yang akan turut melibatkan penyertaan dari Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Program Juara Rakyat dilancarkan Perdana Menteri pada 9 Jan lepas di Rawang, Selangor adalah sebagai tanda Umno menerima isyarat daripada rakyat supaya kembali mendampingi rakyat selepas ditolak pada pilihan raya umum ke-12 lepas.

Kelmarin, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Terengganu di Bangunan Umno negeri.

Polis Jejaki Tiga Anggota Sindiket Tipu Tukar Hak Milik Tanah

Polis Terengganu sedang menjejaki tiga lelaki, dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan penukaran hak milik tanah menggunakan MyKad palsu di negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil negeri, Supt Azmi Adam berkata kegiatan sindiket itu terbongkar petang Rabu lepas ekoran penahanan tiga lelaki anggota sindiket berkenaan di Pejabat Tanah Daerah kira-kira pukul 4.30 petang untuk menukar milik sebidang tanah berkeluasan 0.516 hektar di Kampung Paya Palas, Kuala Nerus dekat sini.

Katanya berikutan penahanan itu, polis kini memburu tiga lagi anggota sindiket, termasuk ketuanya yang dikenali sebagai Anizam Ibrahim, 42, kad pengenalan bernombor 680827-10-5049 dari Kampung Bukit Tunggal Kuala Terengganu.

Dua lagi lelaki yang turut dicari ialah Md Sabri Ahmad, 45, kad pengenalan bernombor 651021-11-5166 dari Kampung Banggol Air Leleh, Kuala Terengganu dan Nor Belam Jusoh, 41 (790124-11-5133) dari Kampung Bukit Tunggal.

Azmi meminta orang ramai yang mengenali ketiga-tiga lelaki terbabit supaya segera menghubungi polis bagi membantu siatan berhubung kes, yang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana melakukan penipuan.

Azmi berkata pada kejadian Rabu lepas, seorang Penolong Pentadbir Tanah berasa curiga dengan MyKad seorang daripada suspek yang berusia 64 tahun, semasa menyerahkan borang penukaran hak milik tanah lalu membuat pemeriksaan dengan Jabatan Pendaftaran Negara untuk kepastian.

"Setelah pemeriksaan dilakukan, MyKad itu didapati palsu dan pegawai berkenaan telah menghubungi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil negeri untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Berikutan itu, polis menahan lelaki berkenaan bersama dua lagi rakannya berumur, 24 dan 36 tahun yang ketiga-tiga mereka berasal dari Kuala Terengganu.

Azmi berkata polis percaya sindiket terbabit telah lama terlibat dalam aktiviti berkenaan tetapi belum dapat memastikan jumlah kes sebenar.

"Polis akan menyiasat daripada pelbagai sudut termasuk penglibatan orang dalam jabatan kerajaan. Ini kerana geran yang dikemukakan oleh sindiket terbabit merupakan geran asal," katanya.

Dalam satu kes lain, Azmi berkata polis sedang memburu seorang lelaki kerana dipercayai menyamar sebagai Pegawai Daerah Besut dengan meminta sejumlah wang daripada beberapa kontraktor di daerah itu.

"Suspek menyamar dan menghubungi beberapa kenalan pegawai daerah itu melalui telefon untuk meminta wang antara RM5,000 hingga RM6,000 kerana mendakwa mengalami masalah kewangan dan meminta mereka memasukkan wang itu dalam sebuah akaun.

"Bagaimanapun perkara itu terbongkar apabila mangsa menghubungi sendiri pegawai daerah berkenaan dan menafikan beliau ada membuat panggilan untuk meminta wang tersebut," katanya.

Ekoran itu, dua laporan polis dibuat pada 10 dan 11 Jan lepas di Balai Polis Kampung Raja Besut, dan dua laporan lagi dilakukan di Balai Polis Jerteh pada 24 Jan lepas.

Katanya polis akan mendapatkan kerjasama bank dan syarikat telekomunikasi untuk mengesan identiti suspek terbabit.

Tanpa ke laut - Ada nelayan Terengganu Terima Elaun Sara Hidup?

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sedang memantau sebahagian kecil daripada 55,000 nelayan di seluruh negara yang menerima elaun sara hidup RM200 sebulan daripada LKIM tetapi didapati tidak turun menangkap ikan di laut.

Pengerusinya Datuk Abdul Rahim Ismail berkata walaupun jumlah nelayan yang terlibat hanya antara tiga ke lima peratus namun LKIM memandang serius sikap mereka yang terlalu yakin dan selesa yang menganggap bahawa kerajaan tetap akan membantu dalam mengagih elaun itu walaupun mereka tidak ke laut.

"Di sini saya nak ingatkan, kami sedar dan sedang memantau, dan ada langkah-langkah tertentu akan diambil khususnya oleh Jabatan Perikanan jika nelayan-nelayan ini terus menerus tidak turun ke laut," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Ladang Ikan Di Laut (LIDL) LKIM Perak di perairan Pulau Tukun Terendak dekat sini pada Khamis.

Beliau berkata buat permulaan, nelayan yang terlibat akan hanya diberikan amaran dan tindakan lebih tegas akan diambil jika nelayan berkenaan masih gagal mengubah sikap mereka.

"Kami akan beri amaran dahulu, dan selepas itu nama mereka akan senarai hitamkan, sebelum kad nelayan, kad e-diesel, kad e-petrol mereka dibatalkan," katanya.

Abdul Rahim berkata tindakan tegas itu semata-mata bertujuan memastikan bahawa setiap pelaburan kerajaan yang disalurkan melalui LKIM memberikan pulangan yang sewajarnya dalam membantu kumpulan nelayan miskin.

LKIM membayar elaun sara hidup RM200 sebulan kepada 55,000 nelayan di seluruh negara yang layak dan berdaftar dengan agensi itu mulai September lepas dalam usaha kerajaan membantu golongan berkenaan bebas dari kancah kemiskinan.

Sementara itu Abdul Rahim berkata LKIM sebelum ini melancarkan 11 projek LIDL di seluruh negara antaranya di Kedah, Sarawak, Sabah, Terengganu, Johor dan Kelantan yang menunjukkan kejayaan yang amat menggalakkan dalam membantu meningkatkan taraf hidup dan pendapatan nelayan tradisional.

Beliau berkata hasil kajian LKIM pada 2008 di 10 buah Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) di seluruh negara mendapati pendapatan bulanan nelayan tradisional di 10 PNK berkenaan meningkat sebanyak 28.6 peratus.

"Pendapatan bulanan bersih selepas ditolak kos operasi seperti bahan bakar, umpan dan makanan pula meningkat sebanyak 84.25 peratus," katanya.

LIDL merupakan satu kawasan perairan dalam lingkungan lima batu nautika dari pantai dengan keluasan antara satu hingga dua kilometer persegi yang dilabuhkan dengan kombinasi pelbagai jenis unjam bagi menarik kumpulan ikan yang lebih besar.

20 terima Anugerah Guru Unggul

Sebagai usaha untuk menghargai pengorbanan dan jasa golongan pendidik, ExxonMobil mengambil inisiatif memberi penghargaan kepada guru-guru di Negeri Terengganu bagi Anugerah Guru Unggul Pendidikan Terengganu Exxonmobil 2009.

Seramai 20 orang guru yang dipilih Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) berdasarkan jasa dan pengorbanan mereka terhadap peningkatan dan pembangunan pendidikan negeri itu untuk menerima penghargaan tersebut.

Kesemua 20 guru itu dirai dalam satu Majlis Makan Malam Komuniti Kuala Terengganu di Dewan Gamelan, Hotel Primula, di baru-baru ini.

Pada majlis tersebut hadiah bernilai RM30,000 diberikan di mana setiap guru menerima wang tunai sebanyak RM1,500 bersama trofi dan sijil penghargaan.

Majlis penyampaian anugerah disempurnakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Hadir sama Toh Puan Norliza Mahmud dan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi & Sumber Manusia, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengarah Urusan Perniagaan Subsidiari-Subsidiari Exxonmobil di Malaysia, Fatimah Merican.

KPDNKK Terengganu Sita Premis Karaoke Guna Salinan Langgaran

Pasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyita sebuah pusat karaoke kerana didapati mempunyai salinan langgaran dalam bentuk digital.

Pengarah KPDNKK negeri, Mohd Hilmi Mohd Noor berkata ketika serbuan yang dilakukan 20 anggota KPDNKK itu, pekerja pusat karaoke tersebut menutup suis server bagi mengelak pihak berkuasa daripada melakukan pemeriksaan.

"Apabila diminta membuka suis server itu, pekerja terbabit memberikan alasan yang dia terlupa kata laluan, menyebabkan pihak kami terpaksa mengambil tindakan menyita barangan terlibat," katanya kepada pemberita selepas operasi itu di sini pada Khamis.

Katanya, antara barangan yang turut dirampas ialah cakera keras, monitor, server dan pembesar suara.

Beliau berkata serbuan dijalankan berikutan aduan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang mengesyaki premis tersebut memiliki salinan-salinan langgaran dalam bentuk sistem berkomputer digital yang mengandungi lagu dan karya muzik yang dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987.

Mohd Hilmi berkata pemilik premis berkenaan boleh didakwa di bawah Seksyen 41(1)(d) Akta Hak Cipta 1987 kerana memiliki salinan-salinan langgaran yang boleh didenda maksimum sehingga RM20,000 bagi setiap satu salinan.

Beliau berkata operasi itu merupakan yang pertama dijalankan di Terengganu tahun ini dan KPDNKK akan terus mengadakan operasi di pusat-pusat hiburan yang lain dari semasa ke semasa.

Thursday, January 21, 2010

Rombakan Besar Berkuatkuasa 1 Februari

Kerajaan Terengganu membuat rombakan besar-besaran melibatkan 48 pegawai bagi memantapkan pentadbiran selain mengisi kekosongan jawatan.

Pada asasnya, ia dirombak bagi mengisi kekosongan pelbagai jawatan penting, berikutan persaraan Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu, Dato’ Haji Mokhtar Nong.

Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mazlan Ngah berkata semalam, semua pelantikan dan pertukaran jawatan itu berkuatkuasa 1 Februari ini.

Ketika ini Mokhtar sedang bercuti dan tarikh akhir perkhidmatannya ialah pada pertengahan April depan.

Antara yang terlibat ialah Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim dan Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Datuk Adzlan Mohd Dagang yang akan saling bertukar jawatan.

Beliau menyatakan demikian selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Kuala Terengganu.

Mazlan yang juga Pegawai Kewangan Negeri berkata turut terlibat ialah beberapa pegawai daerah iaitu Pegawai Daerah Dungun Zulkifli Mohamad dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Ekonomi Pantai Timur, sementara tempatnya diisi Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu (SATU) Mustofa Abdul Rahman.

Tempat Mustofa akan diisi Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Husein Embong, katanya.

Sementara itu Pegawai Daerah Setiu, Wan Nawawi Wan Ismail akan ditukarkan sebagai Pegawai Daerah Kuala Terengganu, menggantikan Datuk Mohd Alim Muda yang dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pembangunan Kemahiran Terengganu (Tesdec).

Pengarah Institut Integriti Negeri, Mohd Akil Mat pula akan mengisi jawatan Pegawai Daerah Setiu, manakala Pegawai Daerah Hulu Terengganu Aziz Mamat dilantik sebagai Pengarah Yayasan Terengganu, dan tempat beliau akan disi Pegawai Daerah Besut Wan Mohd Wan Ibrahim.

Pengarah Yayasan Islam Terengganu Mohd Zulkifli Abu Bakar pula akan dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Makro) Unit Perancang Ekonomi Negeri, dan tempatnya akan diganti Pengarah Yayasan Terengganu, Md Kamarul Al-Amin Ismail.

Adik Mohd Khaidill Selamat Jalani Pembedahan

Pembedahan ke atas adik Mohd Khaidill dilakukan di dewan bedah di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur yang diketuai oleh pakar pembedahan jantung, Dr David Khoo Sin Kiat. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.

Sumber: UKOM

Adik Mohd Khaidill Sharifudin, 3, selamat menjalani pembedahan jantung berlubang dan membesarkan saluran injap Rabu, 20 Januari 2010 di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Ketika dihubungi oleh Radio Terengganu FM, Encik Sharifudin bapa kepada Mohd Khaidill mengucapkan terima kasih di atas jasa baik Menteri Besar, Datuk Ahmad Said kerana sokongan yang nmembolehkan kos rawatan anaknya itu ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Keadaan pesakit jantung berlubang itu stabil dan baik selepas menjalani sesi pembedahan yang bermula pada jam 9.45 pagi.

“Dikesempatan ini, saya juga berterimakasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu, terutama kepada pemimpin nombor satu, Dato’ Ahmad Said, kerana begitu cakna soal kebajikan rakyat sehingga sanggup menanggung semua kos pembedahan ini,” katanya.

Adik Mohd Khaidill telah dipindahkan dari unit pembedahan ke pusat rawatan rapi hospital itu kira-kira pada jam 8.00 malam.

Menurut pakar pusat perubatan itu, Dr David berkata, berdasarkan perkembangan terkini pesakit akan berada di pusat rawatan rapi hospital itu bagi pemantauan dari semasa ke semasa dalam tempoh 48 jam.

Pesakit telah berjaya menjalani pembedahan penutupan lubang dan pembesaran saiz saluran ke injap pada otot jantung serentak dan aliran oksigen dalam darah yang kembali normal.

Encik Sharifudin juga meminta agar semua rakyat Terengganu untuk turut sama-sama berdoa agar adik Mohd Khaidill selamat dan cepat sembuh.

Skuad Sepak Takraw SUKMA Terengganu Guna Khidmat Jurulatih Thailand

Skuad sepak takraw Terengganu yang mensasar untuk memperoleh pingat emas pada Sukma 2010, mula mendapat sentuhan bekas jurulatih kebangsaan Thailand Wittayabontal.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSTNT) Mohd Shapian Ali berkata Wittayabontal mula mengendalikan latihan pasukan Terengganu sebaik tiba di sini 6 Jan lalu.

"Sejak dia latih, kita nampak banyak kemajuan dalam pasukan Terengganu. Baik corak permainan mahupun stamina kerana disiplin ketat," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Mohd Shapian berkata jurulatih berumur 47 tahun, kelahiran Bangkok itu sebelum ini pernah melatih pasukan Laos yang berjaya mengalahkan pasukan Malaysia di Sukan Sea, tahun lepas.

Beliau berkata latihan pasukan Terengganu dibuat dalam tiga fasa iaitu 6.30 pagi (berlari), diikuti latihan tubi (9.30 pagi) dan latihan di gelanggang (12 tengahari hingga 6 petang).

Mohd Shapian berkata Terengganu adalah antara negeri yang terawal membuat persediaan dan akan menyenaraikan 15 orang pemain untuk beraksi dalam Sukma di Melaka nanti.

Beliau berkata kehadiran Wittayabontal ke negeri ini ditaja oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan beliau akan berada di sini sehingga tamat Sukma.

Katanya seramai 18 orang pemain ditempatkan bersama-sama Wiuttayabontal di Komnpleks Belia dan Sukan, Jalan Pasir Panjang di sini sebelum mereka ditempatkan dalam satu kem April ini.

Mohd Shapian berkata skuad sepak takraw Sukma Terengganu, setakat ini telah diuji dan menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan di kejohanan sepak takraw terbuka Dungun beberapa hari lepas.

Skuad itu sekali lagi akan diuji apabila MSNT menganjurkan Sukan Terengganu (Sutera) yang dijangka disertai tujuh negeri pada 5 hingga 7 Febuari ini, katanya.

14 Penerima Biasiswa Fulbright Mengajar B. Inggeris Di Terengganu

Empat belas penerima biasiswa Fulbright dari Amerika Syarikat (AS) kini sedang mengikuti program suaikenal selama dua minggu, sebelum ditempatkan di sekolah-sekolah terpilih di negeri ini untuk membantu pelajar menguasai bahasa Inggeris.

Mereka yang berada di sini di bawah program Pembantu Pengajar Bahasa Inggeris (ETA) yang diwujudkan pada tahun 2006 antara kerajaan negeri dan AS menerusi Suruhanjaya Pertukaran Pendidikan Malaysia-Amerika, akan mengajar selama 10 bulan bermula 1 Februari ini.

Ketika ditemui Bernama di sini Rabu, pelajar-pelajar itu berkata program ETA adalah satu cara yang baik untuk meningkatkan tahap bahasa Inggeris pada kalangan pelajar.

Jeffery Bandler, 22, graduan Kolej Pitzer, memberitahu dia berasa teruja kerana dapat membantu kanak-kanak di Terengganu berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris.

"Saya akan cuba mengatasi setiap masalah yang timbul semasa mengajar pelajar di kawasan luar bandar walaupun saya sedar kesukaran tugas itu," kata pemuda dari Oregon yang akan ditempatkan di Sek Men Keb Matang, Hulu Terengganu.

Elyse H. Akhbari, 23, lulusan Universiti Denison, Ohio, yang akan ditempatkan di Sek Men Keb Lagam, Kemaman, berkata dia akan cuba sedaya upaya menjadikan bahasa Inggeris sebagai subjek yang menarik kepada pelajar.

Graduan Kolej Augsburg, Kathryn R. Auly yang berasal dari Minnesota pula berkata tidak sukar untuk mengajar bahasa Inggeris kepada pelajar yang bersemangat untuk belajar bahasa itu.

Auly akan ditempatkan di Sek Men Keb Kijal, Kemaman.

Lombong Bijih Bukit Besi Operasi Semula

Oleh : AIDA ABD RAHMAN, Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.

Pusat perlombongan bijih besi di Bukit Besi Dungun bakal beroperasi tidak lama lagi jika kajian mengenai jumlah kandungan bijih yang terdapat di kawasan itu mampu menghasilkan pendapatan tinggi dan menjana ekonomi negeri. Menteri Besar, Datuk Ahmad Said menaruh keyakinan bahawa jumlah bijih yang masih terdapat di kawasan itu mencapai satu angka yang munasabah dan sesuai untuk dilombong semula pada masa depan.

“Sekiranya berasaskan kepada laporan-laporan yang kita terima, kita boleh membuka semula lombong Bukit Besi pada masa yang akan datang kerana setakat ini yang telah dimaklumkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) kepada kita dan kajian seterusnya sedang dibuat untuk mendapatkan keputusan muktamad berapakah jumlah deposit bijih yang kita ada,” kata Ahmad Said pada sidang akhbar selepas meninjau tapak perlombongan bijih besi di Bukit Besi, Dungun, Isnin lalu (18 Jan 2010).

Beliau berkata, hasil kajian yang dijalankan oleh JMG tidak lama lagi akan menentukan status pusat perlombongan bijih besi yang terbesar di Asia Tenggara itu, sama ada akan dibuka atau sebaliknya.

Bagaimanapun, Ahmad Said yakin dan percaya kajian mampu mencapai satu angka yang releven kerajaan negeri bakal bekerjasama dengan syarikat yang dilantik untuk menjalankan kembali kerja perlombongan.

Pada masa yang sama, kerajaan negeri juga melihat potensi tanah perlombongan bijih berkenaan dapat menghasilkan hampas besi yang mampu mendatangkan hasil lumayan kepada kerajaan.
“Justeru itu, kita akan tentukan anak syarikat negeri Terengganu yang akan mengendalikan habuk atau hampas besi ini serta tidak beri kepada syarikat lain selain daripada syarikat yang diluluskan kerajaan negeri,”katanya.

Menteri Besar juga mahu memastikan Bukit Besi sebagai kawasan paling hampir dan utama melalui Lebuh Raya Pantai Timur yang bakal siap tidak lama lagi akan dibangunkan sebagai kawasan pelancongan negeri.

Katanya, artifak yang dibina sejak perlombongan dimulakan pada 1926 oleh beberapa syarikat dari British, Jepun dan Cina akan dibaikpulih sebagai bahan sejarah yang boleh dilihat oleh generasi kini dan generasi akan datang.

Ahmad Said berkata, kerja-kerja pembersihan dan baikpulih artifak di seluruh kawasan itu termasuk terowong lama yang dikatakan mencecah sehingga dua kilometer panjang akan diserahkan kepada Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan peruntukan membeli eskabator akan disediakan untuk tujuan itu.

Kerajaan negeri akan mewartakan artifak itu kepada Lembaga Muzium Negeri Terengganu sebelum kawasan bersejarah itu dibuka untuk pelancongan.

Bukit Besi telah meninggalkan beberapa artifak sejarah seperti `chimney’, `stockpile’, `washing plant, dan ` crushing plant’, tempat menyimpan bahan letupan dan sebahagian daripada kuarters yang didiami pekerja perlombongan masih kukuh berdiri hingga kini .

Kawasan perlombongan biji besi di Bukit Besi, Dungun, beroperasi semula.

Manakala Tasik Puteri, Bukit Besi yang wujud hasil daripada perlombongan bijih besi di kawasan itu dimajukan oleh Ketengah sebagai kawasan rekreasi yang menarik.

Bukit Besi menjadi terkenal kerana pengeluaran bijih besi yang terbesar di Asia Tenggara bermula pada suku pertama abad ke-20 dan perkembangan perusahaan perlombongan di situ seiring dengan pertumbuhan perusahaan keluli di Jepun ketika itu.

Risda Keluar Anak Kelapa Sawit Bermutu Tinggi

Risda akan mengeluarkan anak kelapa sawit klon bermutu tinggi yang mampu mengeluarkan hasil dua kali lebih besar apabila makmal tisu kultur di Bangi, Selangor siap dan beroperasi April ini.

Pengerusi Risda Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata makmal berharga RM5 juta itu mampu mengeluarkan sebanyak 100,000 anak pokok kelapa sawit setahun untuk peringkat permulaan.

"Anak kelapa sawit klon ini mampu mengeluarkan hasil dua kali ganda berbanding anak kelapa sawit sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kelab Usahawan Pekebun Kecil Risda Negeri Terengganu, di sini Selasa.

Turut hadir Pengarah Risda Negeri Terengganu, Zainabon Ismail.

Zainabon berkata Risda Terengganu merupakan yang pertama menubuhkan kelab usahawan pekebun kecil Risda di negara ini.

Artifak Zaman Kesultanan Melaka Dipercayai Masih Ada Di Kampung Cina

Jabatan Warisan Negara akan membuat pemantauan berkala di kawasan pembinaan di Kampung Cina di sini bagi mengesan bahan sejarah yang mungkin masih ada ekoran penemuan pelbagai artifak zaman Kesultanan Melaka di situ baru-baru ini.

Pegawai JWN Zon Timur Norul Khatijah Mohd Nor berkata jabatan itu akan menghantar kakitangannya ke kawasan berkenaan sehingga projek pembinaan untuk mengindahkan kawasan itu siap.

"Kita yakin masih ada lagi artifak yang akan ditemui di kawasan itu memandangkan ia merupakan pelabuhan dan pusat perdagangan pada zaman lampau," katanya kepada Bernama.

Antara artifak yang ditemui di situ ialah duit syiling berbentuk bulat bertulisan jawi zaman dahulu, syiling bertulisan Arab, sauh, tembikar serta pasu dari China.

Norul Khatijah berharap orang ramai khasnya pekerja pembinaan di kawasan berkenaan yang menemui barang-barang lama di situ supaya menyerahkan kepada JWN untuk dipulihara.

Katanya mana-mana individu yang memiliki atau enggan menyerahkan artifak yang ditemui di kawasan berkenaan boleh dikenakan denda mengikut seksyen 47 Akta Warisan Kebangsaan 2005, yang jika disabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Hati Seorang Menteri Besar

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said telah meluangkan masa hampir sejam melawat pesakit jantung berlubang, Mohd Khaidill Sharifudin kanak-kanak berusia tiga tahun yang selesai menjalani ujian catheter di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, pada jam 10.30 pagi Selasa, 19 Januari 2010 lalu.

Peluang berada di Kuala Lumpur untuk tugas rasmi turut digunakan oleh Ahmad Said untuk mengambil tahu secara dekat perkembangan pesakit berkenaan.

Itulah sebenarnya sikap Menteri Besar yang mengamalkan slogan ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ yang secara praktiknya mengamalkan ‘turun padang’dan rakyat didahulukan.

Beliau diberikan taklimat oleh pakar perubatan hospital itu, Dr David mengenai penyakit serta prosidur pembedahan Mohd Khadill. Turut hadir ialah Setiausaha Sulit YAB MB, Encik Azman Ghani dan keluarga Mohd Khaidill.

Mohd Khaidill Sharifudin, menghidap penyakit jantung berlubang menjalani pemeriksaan melalui imbasan 2D Ecocardiogram pada 2 Januari, 2010 lalu.

Pesakit dari Kampung Lubuk Lesung, Kemaman itu telah dibawa ke hospital berkenaan dan telahpun menjalani pemeriksaan awal penyakitnya pada 1 Disember 2009 lalu, untuk pengesahan tahap penyakit yang dialaminya.

Menurut bapanya, Mohd Khaidill telah dimasukkan pada jam 10.00 pagi kelmarin dengan menjalani beberapa pemeriksaan perubatan seperti x-ray, ujian darah dan berpuasa sejak jam 2.00 pagi tadi untuk persediaan bagi ujian catheter tersebut.

Menurut pakar perubatan Hospital Prince Court, pesakit menghadapi masalah jantung berlubang dan juga mengalami ruang injap pembuluh darah ke paru-paru yang agak sempit akan menjalani pembedahan penutupan lubang dan pembesaran ukuran pada otot jantung serentak bagi memastikan paras oksigen dalam aliran darah yang normal.

Mohd Khaidill dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court pada 18 Januari 2010, dan menjalani ujian catheter pada jam 9.00 pagi tadi. Berdasarkan keputusan ujian tersebut pesakit berkenaan akan dimasukkan ke bilik pembedahan pada jam 9.00 keesokannya (Rabu).

Wednesday, January 20, 2010

48 pegawai tadbir Terengganu bertukar

Seramai 48 Pegawai Tadbir Negeri akan bertukar jawatan di pelbagai pejabat kerajaan seluruh negeri berkuatkuasa 1 Febuari ini akibat persaraan Datuk Mukthar Nong dari jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Setiasaha Kerajaan Negeri, Datuk Haji Mazlan Ngah telah menandatangani surat Arahan Pertukaran berkenaan.

Sebelum daripada itu kelihatan Mazlan dilapangan terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu bersama Datuk Ahmad Said pulang dari Kuala Lumpur menaiki penerbangan Fire Flyz.

Menurut sumber, mereka pulang daripada mengadap Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong menyembah senarai pertukaran Pegawai Tadbir bagi mendapat perkenan. Pada lewat petang, senarai pertukaran siap ditangatangani oleh Mazlan dan telah diedarkan.

Katanya, gaji pegawai-pegawai terbabit akan dibayar daripada peruntukan pejabat yang menerima pertukaran itu mulai tarikh tersebut. Beliau menyatakan demikian dalam surat Pemberitahuan Pertukaran Pegawai Tadbir Negeri Terengganu yang diedarkan kepada ketua-ketua pejabat berkenaan hari ini. Antara pegawai utama yang terlibat segaimana dibawah.

Datuk Mat Razali Kasim, Datuk Bandar Bandaraya Kuala Terengganu bertukar jawatan dengan Datuk Azlan Dagang, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah UPEN.

Tuan Haji Osman Muda, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri telah mendapat kepercayaan pentadbiran negeri menduduki jawatan ketiga tertinggi sebagai Pengarah Tanah dan Galian.

Osman yang sebelumnya Setiausaha Sulit Kanan Kepada Mantan Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh. Tempat beliau di Pejabat Kewangan Negeri diganti oleh Haji Mustaffa Khalid.

Tuan Mamat Tuan Ngah dari jawatan kumpulan sejak pentadbiran yang lalu telah di lantik sebagai Pegawai Daerah Besut, mengambil tempat Haji Wan Muhamad Ibrahim yang ditukarkan sebagai Pegawai Daerah Hulu Terengganu.

Pegawai Daerah Setiu Haji Wan Nawawi Ismail dilantik sebagai Pegawai Daerah Kuala Terengganu bagi menggantikan tempat yang dikosongkan oleh Datuk Mohd Alim Muda yang dipinjamkan ke TESDEC sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Pegawai Daerah Setiu diganti oleh Haji Mat Akil Che Mat.

Haji Aziz Mamat telah dipinjam ke Yayasan Terengganu sebagai Pengarah Yayasan Terengganu mengantikan Haji Md Kamarul Al-Amin Ismail yang dipinjamkan ke Yayasan Islam Terengganu sebagai Pengarah.

Haji Zulkifli Mohamad ditempatkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif ECER Terengganu yang dikosongkan semenjak Dato’ Wan Mokthar Mat Nor mengosongkan jawatan tersebut dua tahun lalu.

Haji Wan Ahamad Wan Muda Setiausaha Sulit Kanan kepada YAB Menteri Besar ditukarkan ke pentadbiran Negeri sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) mengambil jawatan yang dikosongkan oleh Haji Hussein Embong yang dipinjamkan ke Syarikat Air Terengganu (SATU) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Mustofa Abdul Rahman telah ditukarkan dari SATU ke jawatan Pegawai Daerah Dungun.

Sumber: teganukini

Dr Ramzi demam, perbicaraan ditangguh

Perbicaraan Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohd Zubir, bekas Setiausaha Politik mantan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh, yang dijadualkan bermula di Mahkamah Session hari ini, terpaksa ditangguhkan kerana tertuduh dikatakan deman serta mengalami penanahan dalam kerongkong (tonsilitis) dan sedang dirawat di Hospital Specialist Kuala Terengganu.

Mahkamah diberitahu tentang keadaan Ahmad Ramzi oleh peguambelanya Datuk Hazman Ahmad yang menyerahkan surat pengesahan sakit tersebut kepada hakim Mohamad Khalid Ab Karim.

Selain Hazman, tertuduh juga diwakili oleh peguam Rosli Abd Rahman dan Mohamed Noor Mahmud, sementara peguam Alias Abdullah sebagai peguam pemerhati kepada Ahmad Ramzi. Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwaraya Shahidani Abd Aziz @ Juned dibantu Nor Azimol Azmi Mohd serta Ooi Choi Goek.

Berikutan perkembangan terbaru itu, hakim Mohamad Khalid menetapkan Feb 9 dan 11, dan Mei 18 hingga 21 untuk kes itu dibicarakan.

Pada Jun 4, 2009, Ahmad Ramzi, 38, telah dituduh dibawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dalam Mahkamah Session Kuala Terenggan dengan tiga pertuduhanan melakukan ugutan jenayah dengan mengancam mendatangkan kematian kepada ADUN Paka Mohd Ariffin Abdullah, ADUN Permaisuri Abdul Halim Jusoh dan ADUN Ajil Datuk Rosol Wahid dan satu pertuduhan dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menfitnah Wan Ahamad Wan Muda melalui laman web http://ownsn-sbiz.com/v1 dengan menggunakan nombor talipon bimbit Wan Ahamad Wan Muda pada 13 April 2009.

Jika didapati bersalah, Ahmad Ramzi boleh dihukum penjara maksima dua tahun kerana ugutan SMS dan penjara tidak lebih satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali untuk kesalahan kedua.

Turut kelihatan hadir diluar dewan perbicaraan termasuk saksi perbicaraan iaitu Datuk Rasol Wahid, Abdul Halim Jusoh, Hj Zakaria Abdullah (ADUN Paka) dan beberapa ahli keluarga.
Semalam, blog http://hambali1.blogspot.com melaporkan ;

KES SMS UGUT BUNUH DI MAHKAMAH HARI INI?

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-baqarah ayat 191: Maksudnya: “...dan fitnah itu adalah lebih besar bahayanya dari pembunuhan.”

Masih ingatkah anda semua kepada kes sms ugut bunuh -membabitkan Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir?

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner II Hamzah Mohd. Jamil sebelum ini berkata mereka mempunyai bukti untuk mempercayai Dr Ramzi terlibat dengan penghantaran SMS itu.

Pada 13 April lepas, tiga ADUN Umno: Datuk Rosol Wahid (Ajil), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) menerima SMS ugutan, antaranya dilaporkan berbunyi "YB tak sayang nyawa?".

SMS itu dijadikan alasan 10 ADUN BN termasuk ketiga-tiga mereka yang menerima SMS itu enggan hadir pada hari kedua persidangan DUN Terengganu pada keesokan hari.

Sms itu yang menggugat ‘ketenangan politik Terengganu’ dan menyebabkan ada yang tertuduh sebagai pengirimnya, meninggalkan kesan pahit kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Malah kes itu yang meninggalkan kesan mendalam kepada individu tertentu, pastinya tidak akan berakhir dengan keputusan mahkamah semata-mata.

Akibat sms berkenaan, ADUN UMNO bercakaran sesama sendiri, pemboikotan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menyebabkn campurtangan pentadbiran di Putrajaya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menjadi pemimpin pertama yang ‘tidak percaya’dan menafikan ia disebarkan oleh Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Terengganu.

Kesan besar kes ini terbukti apabila Khutbah Jumaat 8 Mei 2009 di masjid fi Terengganu membawa tajuk ‘Bahaya Fitnah’ mengingatkan kaum Muslimin dan rakyat Terengganu supaya:

“Marilah kita sama-sama beriman dan berusaha dari masa kesemasa mempertingkatkan keimanan ke hadrat Allah s.w.t. dengan menjunjung tinggi segala titah perintahnya dan menjauhi segala larangan. Maka muga dengan keimanan, ketaatan dan ketakwaan itu akan membahagiakan kehidupan kita di duniadan memberi keselamatan di akhirat kelak.

Kita mengakui bahawa kita sekarang berada dizaman serba moden, dan tidak mustahil akan datang, kita temui zaman yang lebih canggih lagi. Banyak peralatan baru yang talah diciptakan seperti kemajuan ICT dan komunikasi, akibat dari perkembangan minda manusia yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Walau bagaimanapun disebalik kemunculan alat-alat canggih , timbul pula perkara-perkara negative yang betentangan dengan jaran islam sekiranya tidak digunakannya secara betul seperti budaya fitnah dan penyebaran khabar angin melalui kemudahan peralatan tersebut.”

Malah rakyat diingatkan bahawa “Islam mengigatkan kita agar berwaspada dan berhati-hati terhadap sesuatu berita atau perkhabaran yang diterima, sama ada melalui seseorang, media cetak, media elektronik seperti televisyen, internet dan sebagainya, supaya tidak mudah dipercayai sebelum diperiksa terlebih dahulu kebenarannya, lebih-lebih lagi orang yang membawa berita itu orang fasik.”

Sebagaimana firman Allah dalam surah al-hujrat ayat 6:
Maksudnya: “wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menetukan) kebenaran, supaya kamu tidak menimpa sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”

Anehnya, pihak-pihak yang terbabit dalam penyebaran sms berkenaan bagaikan ‘tidak berdosa’dan sehingga kini lepas bebas daripada sebarang tindak-tanduk mereka!

Hari ini kes berprofil tinggi itu disebut semula di Mahkamah Sesyen, Kuala Terengganu.

Tidaklah diketahui apakah – kes sms ugut bunuh – ini akan terlepas daripada liputan media sekali lagi.

Perbicaraan selama tiga hari bermula hari ini seharusnya mendapat liputan meluas kerana ia membabitkan teknologi terkini, selain smsnya ‘berbau fitnah’.

Sebelum ini Ketua Biro dan wartawan akhbar dan media elektronik bagaikan ‘terlepas pandang’ apabila kes ini disebut di Mahkamah Sesyen Ahad 27 September .

Perbicaraan yang ditetapkan bermula hari ini, esok dan lusa (19,20 dan 21 Januari 2010) akan disambung pada 9,10,11 Februari 2010.

Menjadi pertanyaan ialah bagaimana Jabatan Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Terengganu untuk kali pertamanya gagal menghubungi akhbar dan media elektronik untuk membuat liputan.

Malah, mengejutkan, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Terengganu yang selalunya ‘begitu intim’ dengan wartawan seolah-olah ‘menutup mulut’ pada kes ini.

Rakyat Terengganu sebenarnya ‘rindu’ dengan kes ini. Malah, kes ‘sms ugut bunuh’ ini dikatakan menjadi ‘pemanas’ kepada kemelut UMNO Terengganu yang kemudian menyebabkan sebilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mendesak Menteri Besar meletakkan jawatan.

Ia kini diperkatakan bagaimana semua wartawan di Terengganu tidak tahu kes itu disebut pada hari berkenaan.

Pada Jun pula Dr Ramzi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu semalam atas empat tuduhan menghantar ugutan jenayah menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) terhadap tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), April lalu.

Beliau menghadapi empat pertuduhan bagi kes itu.

Bagi pertuduhan pertama, Ahmad Ramzi, 37, didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada ADUN Paka, Mohd. Ariffin Abdullah untuk menimbulkan kegentaran kepada beliau.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di E726 Jalan Kubang Parit, Kampung Kubang Parit, di Kuala Terengganu kira-kira pukul 11.21 malam, 13 April lalu.

Dua tuduhan ialah menakutkan ADUN Permaisuri dan ADUN Ajil sementara tuduhan keempat ialah memfitnah Wan Ahamad Wan Muda menggunakan telefon bimbit untuk mengugut ketiga-tiga ADUN berkenaan.

Kita mengharapkan mahkamah akan membawa keadilan kepada yang dituduh dan yang kena tuduh dalam kes ini kerana ‘sms’ini berniat jahat dan memang sengaja direka.

Juga, jika ada ‘kepala’atau yang merancang perbuatan terkutuk ini, ia hendaklah diseret sama ke mahkamah kerana perancang ini lebih bahaya daripada sesiapa juga yang melakukan penghantaran atau penyebaran sms ugutan bunuh ini.

Mensejarahkan UMNO dari bumi Darul Iman

BLOG HAMBALI MEDIA ALTERNATIF PENYELAMAT MB (siri 2)

Sebagai pemilik blog media alternatif , Hambali bekerja keras memantau perkembang media masa berkait dengan isu sms ugutan bunuh dalam usaha menyelamat bosnya dari fitnah media massa. Entah cukupkah tidurnya? melihat entri dalam blog nya dilewat malam atau awal pagi.
Dalam enterinya pada Mei 2009 bertajuk ’10 ADUN Patut Letak Jawatan ?, beliau maklumkan rakan lama nya, Zabidi Saidi (bekas Editor Watan (baru),menulis melalui bloknya, Memo Belakang bahawa Dr. Ramzi Zubir bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh jadi dalang mengirim sms ugut tiga orang ADUN.

Rakanya memberi peringatan kepada pusat bahawa perkembangan isu ini serius, mampu mensejarahkan UMNO dari bumi Darul Iman ini , dengan kata rakannya itu “ Oleh itu Najib Razak selaku Presiden UMNO perlu melihat kes ini secara serius. Inilah ujian pertama bagi Hishamuddin (Hussein) sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu. Semoga beliau dapat mempertahankan Terengganu dari jatuh ke tangan PAS? Janganlah dalam sejarah nanti, nama anda disebut sebagai pengerusi perhubungan UMNO Terengganu ketika BN Terengganu tumbang pada pilihanraya umum 2012,” kata Zabidi.

Bloger Zabidi Saidi tidak kurang juga hebatnya, menggunakan pedangnya untuk menegak kebenaran. Selalunya mata pena Harakah tajam kepada kerajaan. Tapi kali ini keadaan sebaliknya berlaku, Zabidi Saidi bersama Ahmad Said. Pasti beliau mengenal hati budi Ahmad semasa bersama kepimpinan Pemuda dan Bahagian Kemaman, atau sekurang-kurangnya ahli UMNO Kemaman yang dipimpin Ahmad.

Kita berehat seketika, harap Sdr. Hambali dan Zabidi Saidi meneliti jawapan yang diberi kepada soalan Hambali dalam bahagian dulu dan memberi ulasan dalam blognya bagi mengharmonikan ketegangan politik Teganu.

Mari kita sama-sama meneliti soalan daripada Sdr Hambali berikutnya untuk kita beri jawapan dan ulasan bagi mengharmonikan lagi iklim politik Teganu.
Pertanyaan selanjutnya ialah:

1. Siapa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ‘orang yang bertanggungjawab’ tetapi masih bebas?

Pemilik telefon yang menghantar SMS kepada Dato’ Rosol nombor +31234567890 masih belum dapat dikenal pasti, sebagaimana yang dilaporkan oleh YB Alias dalam blog mubin, mungkinlah orang yang belum dikenalpasti itu masih bebas.

2. Apakah pihak polis ‘tidak cekap’ atau tidak pandai dalam menjalankan tugasnya sehinggakan ‘orang yang bertanggung jawab’ masih bebas?

Rujuk jawapan kepada soalan 4 di atas.

3. Apakah pemilik blog berkenaan tidak percaya atau ragu-ragu dengan tugas dan penyiasatan polis?

Jawapannya : Biasanya soalan ini ditimbulkan oleh pihak pembangkang menjelang Pilihanraya. Pihak Polis biasanya dituduh oleh pembangkang sebagai alat kepada parti pemerintah.
Ulasan Hambali satu alternative jawapan…. Apapun, rasanya elok kalau kita serahkan semua perkara ini kepada polis. Jawapan atau buktinya akan terserlah juga akhirnya apabila polis menamatkan siasatannya.

Kecuali kalau kita terus mempersoalkan kredibiliti polis, kita akan kemukakan pula teori lain dan kata-kata bahawa memang wujud konspirasi - tiada siapa boleh menghentikannya.

Hanya hasil siasatan polis dan minda dan mulut orang yang menganggapnya satu konspirasi terpaksa menutupnya sendiri selepas mengetahui bahawa yang melakukan perbuatan menghantar sms itu rupa-rupanya mungkin dari ‘kandang sendiri’.

3 Respons to "SMS UGUT BUNUH - WUJUD KONSPIRASI?" diterima oleh Hambali, Komen yang dihantar oleh Insan berbunyi ;

“ Ini macam nak menghina Polis DIRAJA Malaysia je ni. Buat hal dengan Raja lagi. Nak Derhaka ke Raja ke ape? Tak habis2 diaorang ni. Cukup2 la tu. fikir la untuk kemajuan rakyat dan negeri pula. beri la peluang ke YAB Dato MB menjalankan agenda beliau untuk membangunkan negeri dan membantu rakyat.

Kenapa puak penentang seperti takot je dengan isu sms? puak ditentang ok je. tak takot pun.aku tengok puak penentang ni takot gile. ke ada ape2 ni? dia kata kita takot dgn bayang2. tapi aku tengok dia takot lagi dengan bayang2 sendiri.dulu kata nak buat sesi penerangan bersiri tentang isu ni. tapi dok jadi katanya sebab arahan orang atas. aku dok nampak ni arahan orang atas. arahan orang atas ke atau takot tembelang yang sudah pecah? bak kata pepatah. Berani kerana benar. TAKOT kerana SALAH. untuk puak penentang.. lu pikir la sendiri

4. Atau lebih jauh – pemilik blog berkenaan mempersoalkan polis sebagai pihak yang cuba melindungi ‘suspek’?

Polis professional, tidak bertindak kepada laporan semata-mata. Jika berdasarkan kepada laporan YB. Halim ADUN Permaisuri dan YB Zakaria ADUN Paka. Jika Polis terus bertindak tanpa menyiasat, terus saja tangkap SUSK MB, tak profesionalah Polis.

Bagaimana pula dengan pemilik telefon yang menghantar SMS kepada Dato’ Rosol nombor +31234567890 masih belum dapat dikenal pasti, sebagaimana yang dilaporkan oleh YB Alias di atas ?, siapa Polis perlu tangkap ?

(Bersambung di siri ketiga)

Benarkah PM mahu MB Terengganu ditukar?

Daripada : www.hambali1.blogspot.com (18 Januari 2010)

Menarik membaca komen pada entri bertajuk K’JAAN UMNO PERAK DAN TERENGGANU ATAS EHSAN SULTAN? dalam www.teganukini.blogspot.com semalam.

Saya mengatakan komen berkenaan menarik kerana ia menggambarkan betapa kemelut politik Terengganu yang dikatakan selesai oleh Datuk Seri Hishamuddin Hussein sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri nampak belum selesai.

Malah, satu komen mengatakan Perdana Menteri sendiri berhasrat menukarkan Menteri Besar Terengganu. Betulkah?

Cakap-cakap dan tindakan mahukan Datuk Ahmad Said disingkirkan sebagai Menteri Besar jelas masih diperkatakan hebat di belakang tabir.

Hakikatnya komen-komen berkenaan menggambarkan betapa peranan pihak tertentu perlu dihentikan segera dan jangan sampai pihak istana bertindak balas kerana tiadanya political will daripada pemimpin tertinggi UMNO mengatasi kemelut politik Terengganu.

Persoalan timbul kini ialah benarkan Hishamuddin berjaya meredakan kemelut politik Terengganu dan apakah Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak sungguh-sungguh mahu menjamin Terengganu terus berada dalam tangan Barisan Nasional (BN).

Ramai mula mempersoalkan keberkesanan Hishamuddin di Terengganu dan dengan mengasingkan kuasa Perhubungan Negeri dengan Menteri Besar tidak akan mendatangkan banyak faedah kepada UMNO.

Kenapa di Perlis sebagai contoh – kemelut politik juga ada tetapi Menteri Besar dilantik sebagai Ketua Perhubungan dan tidak digantikan?

Pertanyaan lain ialah apakah Najib sebagai Perdana Menteri tidak melihat betapa pentingnya survival UMNO melalui kekuatan UMNO Terengganu. Jika salah langkah atau tindakan, bukan Terengganu sahaja yang hilang Menteri Besarnya kerana Najib juga terpaksa turun daripada kedudukannya sebagai Perdana Menteri jika UMNO Terengganu gagal mempertahankan negeri berkenaan.

UMNO tidak punya banyak pilihan. Kuasa yang ada tidak banyak. Kini hanya Johor, Terengganu, Sabah, Pahang, Melaka, Perak dan Negeri Sembilan sahaja yang boleh dianggap ‘bernyawa’.

Negeri lain seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perlis semakin terhimpit.
Saya tidak mahu buat kesimpulan tetapi bacalah 4 komen berikut:

1. Kata Law (LLB) Center: “Cukup-cukup la derhaka ke Raja. Raja itu payung. Payung kepada semua rakyat dan semua kaum. Dan sepatutnya wakil rakyat itu menjaga payung ini. Ini tidak, digoncangnya pagar istana. DERHAKA ke Raja.Ini semua patut dihentikan. YAB PM perlu memberikan arahan kepada budak hitam yang dikepalai oleh 'ore demo' ini STOP. There must be a STOP to this. Mari la kita sama-sama bangunkan negeri daripada menentang YAB MB. Anda sebagai wakil rakyat perlu tahu bahawasanya jika anda menentang MB anda juga menentang Istana. Macam mana nak jadi wakil rakyat jika Raja tak berkenan? Bukan sahaja wakil rakyat.. agaknya jika menyebabkan Raja murka nak jadi rakyat pun payah! (17 JANUARY 2010 07:46)

2. martkilau kata: “Masa marah lantik MB Mat Said kerajaan nak kaji cara lantik MB. Menteri anggap undang-undang sedia ada sudah lapuk, timbulkan masalah Undang-undang yang ketinggalan zaman, khususnya berkaitan pelantikan pemimpin kerajaan negeri, kata wajar dikaji semula supaya tidak timbul masalah pada masa depan, kata Menteri BN. Menteri berkata, kajian semula itu perlu kerana ada antara undang-undang negeri itu digubal pada awal 1900-an dan sudah tidak lagi sesuai pada zaman ini. Nasib baik tak pinda, dengan "KEDAULATAN" UMNO dapat ambil balik semula Perak dan Terengganu ! (17 JANUARY 2010 08:06)

3. Kata ali: “Dengar sumber dari Kementerian Kewangan PM nak tukar MB. Perkara ni hangat dikata masa PM datang ke Trg utk Monsun Cup dan beri bantuan banjir. Jika betul la perkara ini memang UMNO tak bersyukur la ada Agong yang baik dan beriman. Pasal apa kata camtu? Sebab MB ni adalah MB pilihan Raja. Kalau nak tukar maknanya tak setuju dengan perintah Raja. Dengan kata lain .. DERHAKA la. Come on la .. wakil rakyat goncang pagar Istana kerja nak bela 'oghe Besut'? Patutnya PM kena respect Agong dengan memberikan sokongan sepenuhnya ke MB. Kalau sokong MB maknanya dia sokong Agong. Kalau dia sokong MB maknanya dia kena suruh budak2 hitam ni STOP menentang MB. Patutnya dia syukur sebab Agong lantik jadi PM sebab masa dekat2 dilantik dulu ada suara dari bekas Menteri di JPM yang background law kata jangan lantik sebab ada kes2 yang ragu2. Bayangkan jika dia sokong MB. Confirm Terengganu akan maju berbanding dengan ZAMAN HADHARI yang penuh dengan hipokrit dan projek mega yang membazir yang mana hasilnya sekarang adalah ... ? RUNTUH satu per satu. (17 JANUARY 2010 08:18 )

4. martkilau kata: Dato' Seri Utama dah confirm kuasa mutlak Sultan Terengganu lantik Ahmad Said sebagai MB. Derhaka namanya jika 3 budak hitam ungkit lagi. Tak sempurna hidup jika dimurkai !”Najib tak payah layan 3 budak hitam ni. Hormatilah Tuanku Mizan yang beriman dan telah lantik kita jadi PM walaupun ada suara yang tak suka. Hishamuddin kena kenanglah jasa Sultan Terengganu yang telah anugerah Darjah Kerabat (DK) kepada Tun Hussein Onn, jadi setaraf dengan Raja. UMNO dan Istana sama-samalah ambil tindakan kepada 3 budak hitam, tindakan disiplin dan tarik balik gelaran, bagi jadi pengajaran ! (17 JANUARY 2010 09:30)

Baca entri asal K’JAAN UMNO PERAK DAN TERENGGANU ATAS EHSAN SULTAN? untuk lebih jelas kenapa komen-komen tersebut dibuat.

Rakyat Perak yang telah menyerahkan kuasanya pada suatu masa dulu kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah dimana pada Pada 13 Februari 2008, Mohammad Nizar, 52 dilantik oleh DYMM Sultan Perak sebagai Menteri Besar.

Barisan Nasional mengambilalih semula pemerintahan kerajaan negeri Perak ekoran tindakan Adun Bota, Nasaruddin Hashim melompat spring ke Umno semula menjadikan bilangan Kerusi BN kembali kepada 28. Di Pihak Pakatan pula kini hanya tinggal 28 Kerusi setelah 2 Adun PKR dan seorang Adun DAP mengistiharkan keluar parti sebagai wakil rakyat bebas dan menyokong BN.

Mohamad Nizar membawa perkara ini ke Mahkamah dimana Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak pada 6 Feb 2009, menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, adalah tidak mengikut perlembagaan.

Peguam Sulaiman Abdullah, mewakili anakguamnya Mohammad Nizar, berkata bahawa Zambry tidak boleh menuntut pejabat Menteri Besar kerana Mohammad Nizar belum meletak jawatan dan pejabat Menteri Besar tidak pernah dikosongkan.

Perlembagaan Perak sangat sangat jelas katanya bahawa Sultan tidak ada kuasa untuk melucutkan jawatan Menteri Besar .

Disamping alasan Nizar telah menasihat dan memohoan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengelakkan berlaku sebarang kebuntuan dalam pentadbiran hal ehwal negeri itu memandangkan tiga anggota DUN tersebut telah meletak jawatan.

Alasan lain yang digunakan ialah tidak ada pembubaran DUN dan tidak ada usul tidak percaya dibentangkan terhadap Nizar di DUN.

Namun, Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah menggunakan “Kedaulatan” baginda dengan titah untuk tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menitahkan supaya Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin dan barisan exconya meletak jawatan berkuat kuasa serta merta.

Apakah isu “Ketuanan Melayu’ dimainkan oleh Pak Lah selaku PM dan Najib selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Perak telah menambat perhatian Sultan ?

Situasi di Perak adalah ulangan peristiwa yang telah berlaku kepada PAS semasa memerintah Terengganu pada 1959, Kerajaan PAS Terengganu ketika itu hanya bertahan dua tahun empat bulan 10 hari sahaja, Menteri Besar kerajaan PAS Terengganu ketika itu ialah Mohd Daud Abdul Samad.

Pada 1959 kerajaan negeri Terengganu Darul Iman telah dibentuk oleh PAS yang memenangi pilihan raya negeri pertama . Bagaimanapun pada tahun 1962 UMNO berjaya mendapat sokongan dua Adun PAS iaitu Abdul Kadir Mohamed (Kuala Terengganu Tengah) dan Wan Said Mohd Noor (Kuala Besut) telah keluar PAS dan memberi sokongan kepada UMNO telah menyebabkan kerajaan yang dibentuk oleh PAS tidak stabil.

DYMM Sultan Terengganu telah menolak permintaan Menteri Besar ( PAS) untuk membubarkan dewan keranapihak Umno boleh membentuk kerajaan dengan adanya Adun yang cukup setelah Adun PAS menyeberang ke pihak mereka. Akhirnya, pada 30 Oktober 1961, kerajaan PAS pimpinan Mohd Daud tumbang dalam satu undi tidak percaya.

Situasi di Perak dan Terengganu menzahirkan Sutan mempunyai “kedaulatan” untuk mengampuni perkenan atau sebaliknya nasihat Nizar dan Mohd Daud untuk membubar Dewan.
Tindakan Raja diatas menyangkal teori Demokrasi yang menggariskan Raja berindak atas nasihat (advice) sebagaimana dalam praktis ‘comman law’ di England. Apabila diberi nasihat oleh Menteri Besar,atau Perdana Menteri, Raja mesti memberi perkenan. Raja juga dikatakan sebagai simbul sahaja sebelum ini.

Jika DUN dibubarkan, Nizar dan Mohd Daud akan menjadi Menteri Besar sementara untuk tempoh maksimum 90 hari ,( atau 60 hari bagi Terengganu sekiranya Undang-Undang Tubuh Negeri masih belum dipinda selaras dengan Perlembagaan Persekutuan) sebelum pilihan raya dan ahli Dewan Undangan Neger baru dilantik.

Keputusan pilihan raya tidak dapat diramalkan tetapi yang pasti Perak dan Terengganu belum pasti menjadi milik UMNO. pada masa itu.

YB. Dato’ Seri Utama Rais Yatim telah diajukan soalan oleh wartawan Berita Minggu dalam akhbar berkenaan 8 Mac 2009 bagi mengesahkan perkara di atas dengan soalan ;

“Apa yang membezakan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dengan negeri lain?”

Jawapannya “Perbezaannya ada pada beberapa aspek. Salah satu daripadanya adalah kuasa diraja. Kuasa diraja negeri Perak yang ada di bawah 16 (4) tadi didapati hanya ada di beberapa negeri. Dua daripadanya ialah Perlis di bawah Sesyen 39 dan Terengganu di bawah kuasa lama 1911 yang pada tahun 1948 dipinda dan menjadi kuasa mutlak bagi Sultan Terengganu. Dalam proses melantik seseorang Menteri Besar, Sultan di ketiga-tiga negeri ini berkuasa penuh untuk menentukan siapa yang baginda rasa wajar. Jadi kuasa ini dianggap kuasa tradisional.

Kuasa turun-temurun dunia Melayu ini lagi dan selepas Inggeris mengaturkan pada 1948, di bawah Perjanjian Persekutuan Malaya 1948. Semua negeri Melayu mempunyai beberapa bidang pindaan kepada Perlembagaan yang ada. Jadi bagi negeri Perak, Perlis dan Terengganu khususnya mempunyai kuasa-kuasa itu.

Tambahnya lagi “Kuasa untuk memberi pengampunan semuanya ada. Kuasa untuk menentukan Raja itu boleh menjalankan tugas dalam bidang tradisi ada di beberapa kelompok kuasa di Negeri-Negeri Melayu Yang Bersekutu, tetapi tidak ada di dalam Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.”

Kedaulatan Raja Melayu mula terserlah semasa negara di terajui Pak Lah dan Najib?

Tuesday, January 19, 2010

Terengganu Cadang Buka Semula Perlombongan Bijih Besi Di Bukit Besi

Kerajaan negeri Terengganu bercadang membuka semula kawasan perlombongan bijih besi di Bukit Besi dan mengarahkan Jabatan Mineral dan Geologi supaya membuat kajian tentang perkara itu, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

"Selepas kajian dibuat dalam tempoh enam bulan dan laporan berhubung perkara itu dibentangkan nanti, baru kita dapat memutuskan sama ada ia akan dibuka kembali.

"Perlombongan ini akan dilakukan dengan usahasama pihak tertentu dengan anak syarikat kerajaan negeri memegang sebahagian besar kepentingannya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan hampir sehari ke kawasan bekas perlombongan itu di Bukit Besi semalam.

Di zaman era kegemilangan Bukit Besi dahulu pada tahun-tahun 50-an hingga 70-an, dilaporkan seramai 3,800 orang bekerja di situ sehingga menjadikan Bandar Bukit Besi bandar paling maju di Terengganu sehingga membawa kepada pembinaan pelbagai prasarana untuk menampung keperluan ekonominya.

Bagaimanapun, semua era kegemilangan itu lenyap selepas bahan mineral berkenaan habis dilombong pada 1974.

Namun, kini kawasan itu dikatakan masih mempunyai bahan galian tersebut.

Ahmad, bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah sebenar keluasan kawasan yang terlibat dengan kajian itu.

Katanya, selain itu kerajaan negeri akan memulihkan infrastruktur dan artifak-artifak lama yang pernah dibina semasa zaman perlombongan sebagai satu tarikan pelancongan terbaru di negeri ini.

"Kita akan minta Jabatan Muzium untuk mewartakan kawasan-kawasan serta artifak yang terlibat sebelum usaha memulihara kembali tinggalan sejarah itu dilakukan," katanya.

Tumpu Sungai Terengganu sebagai aset pelancongan

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Tengku Putera Tengku Awang meminta Kerajaan Negeri memberi tumpuan terhadap Sungai Terengganu yang dianggap aset penting bagi memajukan industri pelancongan negeri.

Menurutnya, sungai boleh dijadikan produk pelancongan kerana ia memiliki daya tarikan tersendiri sebagaimana dilaksanakan di negara luar yang menjadikan sungai sebagai penambah sumber ekonomi negara.

“Kami minta Kerajaan Negeri menghidupkan sungai sebagai aset pelancongan kerana sungai memberi tarikan besar sebagaimana yang dilakukan negara luar seperti di Birmingham, England,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat berusaha menjaga kebersihan bagi memastikan standard kebersihan sungai dapat meningkatkan keyakinan rakyat untuk merealisasikan perkara berkenaan.

Menurutnya, rakyat perlu bersungguh-sungguh menjaga sungai dan tidak sesekali mencemarinya dengan bahan buangan atau menjadikannya sebagai tempat membuang sampah.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan pengusaha keropok losong di Kampung Losong Haji Su sentiasa merebut peluang memajukan kawasan itu dengan menjadikannya lokasi pelancongan kerana ia memiliki daya tarikan tersendiri.

Tengku Putera berkata, kawasan berkenaan berpotensi kerana berada di kawasan strategik, menarik, santai, nyaman dan sesuai untuk menarik pelancong dalam negeri dan luar negara.

Secara tidak langsung, ia dapat memperkenalkan negeri ini ke peringkat lebih tinggi.

“Mereka yang datang ke pangkalan ini juga boleh melihat Bandaraya Kuala Terengganu, Pulau Duyong dan Piala Monsun. Ini memberi tarikan lebih besar kepada mereka yang berkunjung.

“Cuma, pengusaha perlu memainkan peranan lebih baik dalam soal kebersihan, susun atur dan cara melayan tetamu,” katanya.

Peserta Bakti Remaja terima bantuan

Sebahagian daripada 848 peserta Program Bakti Remaja Dewan Undangan Negeri Bandar menerima bantuan daripada ADUN kawasan itu, Toh Chin Taw di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Chung Hwa Wei Sin di Kuala Terengganu, kelmarin.

Mereka merupakan kumpulan terakhir daripada seramai 88,449 ahli masyarakat Cina di negeri ini yang menerima bantuan melalui program tersebut untuk tahun 2009.

Setiap seorang menerima sebanyak RM200.

Menurut Toh, melalui program Bakti Remaja, kerajaan negeri menyediakan dua bentuk kursus iaitu kursus jangka pendek setengah hari dan kursus tiga hari dua malam.

Katanya, program itu bertujuan membentuk jati diri di kalangan generasi muda Cina dalam menghadapi cabaran masa kini.

Sementara itu Toh juga berkata, kira-kira 8,000 penduduk Cina di seluruh negeri akan menerima bantuan sempena Tahun Baru Cina pada 30 Januari ini membabitkan peruntukan RM3 juta.

Katanya, pembahagian bantuan itu akan diadakan serentak di seluruh negeri bagi membolehkan masyarakat Cina membuat persiapan menyambut Tahun Baru Cina pada 14 Februari.

''Setiap yang terpilih itu akan menerima wang tunai antara RM200 dan RM400 seorang,'' ujar beliau.

KT antara pusat Peperiksaan Syariah RPF

Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC) telah melantik Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) sebagai fasilitator peperiksaan bagi program Perancang Kewangan Berdaftar Syariah, berkuatkuasa serta merta.

Menerusi MPM, MFPC akan menawarkan empat pengambilan setahun pada permulaannya iaitu Mac, Mei, Ogos dan November.

Pusat peperiksaan adalah di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.

Program ini telag diluluskan oleh Bank Negara Malaysia sebagai kelayakan profesional untuk permohonan Lesen Penasihat Kewangan dan Lesen Wakil Penasihat Kewangan.

Ia dibuka kepada semua, terutamanya perancang kewangan, agen insuran, agen takaful, agen saham amanah, pegawai bank dan peguam.

Presiden MFPC Kee Wah Soong berkata kerja sama dengan MPM akan mencipta kesan sinergi untuk memberikan khidmat yang lebih baik kepada pengamal perancangan kewangan Syariah di Malaysia dan segmen perkhidmatan kewangan pada umumnya.

"Kami juga percaya kerja sama ini akan menyumbang kepada pertumbuhan perbankan dan perkhidmatan kewangan Islam di Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menandatangani memorandum persefahaman antara MFPC dan MPM kelmarin.

"Bersama-sama MPM, kami berhasrat untuk mengembangkan program ini di universiti dan mungkin ia akan menjadi mata pelajaran pilihan," katanya.

Kee berkata MFPC juga bercadang untuk mempromosikan program ini ke negarnegara serantau seperti China, Indonesia dan Vietnam.

Program Syariah RFP mengandungi tujuh modul perancangan kewangan syariah, termasuk pengurusan risiko dan takaful, perancangan zakat dan takaful, dan perancangan harta syariah.

Kesemua modul melibatkan sekurang-kurangnya 42 jam kuliah.

Majlis Kebangsaan MFPC, bersama-sama dengan Majlis Penasihat Syariah, juga telah menubuhkan Tabung Biasiswa Syariah RFP bernilai RM300,000 untuk menggalakkan perkembangan profesional berterusan di kalangan pengamal perancangan kewangan.

112 Anggota Dan Pegawai Polis Terengganu Disiasat Tahun Lepas

Seramai 112 anggota dan pegawai polis yang bertugas di Terengganu disiasat kerana melakukan pelbagai kesalahan tatatertib sepanjang tahun lalu, kata Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan.

Beliau berkata daripada jumlah itu seramai 13 orang merupakan kalangan pegawai manakala 99 orang lagi anggota pangkat rendah.

"Dalam hal ini, 22 orang ditahan kerja, lapan digantung kerja sementara menunggu proses siasatan dilengkapkan manakala 30 anggota berpangkat rendah didapati bersalah dan disabitkan hukuman," katanya kepada pemberita semalam.
Beliau berkata antara kesalahan yang dilakukan oleh anggota polis berkenaan termasuklah ponteng kerja, penyalahgunaan dadah dan perkara-perkara lain yang boleh merosakkan nama baik polis.

Mohd Shukri berkata kadar jenayah di Terengganu tahun lepas menurun dengan kadar jenayah indeks dengan mencatatkan 5,319 kes berbanding 5,995 kes tahun 2008.

Pada masa sama, sejumlah 2,890 kes daripada 5,319 kes yang dilaporkan berjaya diselesaikan.

Katanya Jabatan Jenayah Komersial telah menyiasat 737 kes penipuan, pecah amanah, pemalsuan wang dan 378 daripada kes itu berjaya diselesaikan pada tahun lepas.

Mengenai pembangunan prasarana, Mohd Shukri berkata kontinjen Terengganu diperuntukkan RM8.5 juta untuk kerja-kerja pembaikan bangunan balai, rumah kelamin dan pagar keselamatan sepanjang tahun lepas.

Beliau berharap projek pembangunan semula ibu pejabat kontinjen Terengganu yang tertangguh sekian lama melibatkaan kos RM110 juta dapat dilaksanakan di bawah RMK-10.

Mensejarahkan UMNO dari bumi Darul Iman

BLOG HAMBALI MEDIA ALTERNATIF PENYELAMAT MB (siri 2)

Sebagai pemilik blog media alternatif , Hambali bekerja keras memantau perkembangan media masa berkait dengan isu sms ugutan bunuh dalam usaha menyelamat bosnya dari fitnah media massa. Entah cukupkah tidurnya? melihat entri dalam blog nya dilewat malam atau awal pagi.

Dalam enterinya pada Mei 2009 bertajuk ’10 ADUN Patut Letak Jawatan ?, beliau maklumkan rakan lama nya, Zabidi Saidi (bekas Editor Watan (baru),menulis melalui bloknya, Memo Belakang bahawa Dr. Ramzi Zubir bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh jadi dalang mengirim sms ugut tiga orang ADUN.

Rakanya memberi peringatan kepada pusat bahawa perkembangan isu ini serius, mampu mensejarahkan UMNO dari bumi Darul Iman ini , dengan kata rakannya itu “ Oleh itu Najib Razak selaku Presiden UMNO perlu melihat kes ini secara serius.

Inilah ujian pertama bagi Hishamuddin (Hussein) sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu. Semoga beliau dapat mempertahankan Terengganu dari jatuh ke tangan PAS?

Janganlah dalam sejarah nanti, nama anda disebut sebagai pengerusi perhubungan UMNO Terengganu ketika BN Terengganu tumbang pada pilihanraya umum 2012,” kata Zabidi
Bloger Zabidi Saidi tidak kurang juga hebatnya, menggunakan pedangnya untuk menegak kebenaran. Selalunya mata pena Harakah tajam kepada kerajaan.

Tapi kali ini keadaan sebaliknya berlaku, Zabidi Saidi bersama Ahmad Said. Pasti beliau mengenal hati budi Ahmad semasa bersama kepimpinan Pemuda dan Bahagian Kemaman, atau sekurang-kurangnya ahli UMNO Kemaman yang dipimpin Ahmad.

Kita berehat seketika, harap Sdr. Hambali dan Zabidi Saidi meneliti jawapan yang diberi kepada soalan Hambali dalam bahagian dulu dan memberi ulasan dalam blognya bagi mengharmonikan ketegangan politik Teganu.

Mari kita sama-sama meneliti soalan daripada Sdr Hambali berikutnya untuk kita beri jawapan dan ulasan bagi mengharmonikan lagi iklim politik Teganu.

Pertanyaan selanjutnya ialah:

1. Siapa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ‘orang yang bertanggungjawab’ tetapi masih bebas?

Pemilik telefon yang menghantar SMS kepada Dato’ Rosol nombor +31234567890 masih belum dapat dikenal pasti, sebagaimana yang dilaporkan oleh YB Alias dalam blog mubin, mungkinlah orang yang belum dikenalpasti itu masih bebas.

2. Apakah pihak polis ‘tidak cekap’ atau tidak pandai dalam menjalankan tugasnya sehinggakan ‘orang yang bertanggung jawab’ masih bebas?

Rujuk jawapan kepada soalan 4 di atas.

3. Apakah pemilik blog berkenaan tidak percaya atau ragu-ragu dengan tugas dan penyiasatan polis?

Jawapannya : Biasanya soalan ini ditimbulkan oleh pihak pembangkang menjelang Pilihanraya. Pihak Polis biasanya dituduh oleh pembangkang sebagai alat kepada parti pemerintah.

Ulasan Hambali satu alternative jawapan…. Apapun, rasanya elok kalau kita serahkan semua perkara ini kepada polis. Jawapan atau buktinya akan terserlah juga akhirnya apabila polis menamatkan siasatannya.

Kecuali kalau kita terus mempersoalkan kredibiliti polis, kita akan kemukakan pula teori lain dan kata-kata bahawa memang wujud konspirasi - tiada siapa boleh menghentikannya.

Hanya hasil siasatan polis dan minda dan mulut orang yang menganggapnya satu konspirasi terpaksa menutupnya sendiri selepas mengetahui bahawa yang melakukan perbuatan menghantar sms itu rupa-rupanya mungkin dari ‘kandang sendiri’.

3 Respons to "SMS UGUT BUNUH - WUJUD KONSPIRASI?" diterima oleh Hambali, Komen yang dihantar oleh Insan berbunyi ;

“ Ini macam nak menghina Polis DIRAJA Malaysia je ni. Buat hal dengan Raja lagi. Nak Derhaka ke Raja ke ape? Tak habis2 diaorang ni. Cukup2 la tu. fikir la untuk kemajuan rakyat dan negeri pula. beri la peluang ke YAB Dato MB menjalankan agenda beliau untuk membangunkan negeri dan membantu rakyat.

Kenapa puak penentang seperti takot je dengan isu sms? puak ditentang ok je. tak takot pun.aku tengok puak penentang ni takot gile. ke ada ape2 ni? dia kata kita takot dgn bayang2. tapi aku tengok dia takot lagi dengan bayang2 sendiri.dulu kata nak buat sesi penerangan bersiri tentang isu ni. tapi dok jadi katanya sebab arahan orang atas. aku dok nampak ni arahan orang atas.

arahan orang atas ke atau takot tembelang yang sudah pecah? bak kata pepatah. Berani kerana benar. TAKOT kerana SALAH. untuk puak penentang.. lu pikir la sendiri
4. Atau lebih jauh – pemilik blog berkenaan mempersoalkan polis sebagai pihak yang cuba melindungi ‘suspek’?

Polis professional, tidak bertindak kepada laporan semata-mata. Jika berdasarkan kepada laporan YB. Halim ADUN Permaisuri dan YB Zakaria ADUN Paka. Jika Polis terus bertindak tanpa menyiasat, terus saja tangkap SUSK MB, tak profesionalah Polis.

Bagaimana pula dengan pemilik telefon yang menghantar SMS kepada Dato’ Rosol nombor +31234567890 masih belum dapat dikenal pasti, sebagaimana yang dilaporkan oleh YB Alias di atas ?, siapa Polis perlu tangkap ?

(Bersambung di siri ketiga)