Saturday, May 8, 2010
BOTR dapat sambutan luar biasa
PESERTA Boat On The Road memulakan perjalanan dari Sri Pentas menuju Tasik Kenyir.
Konvoi tarik 200 peserta dengan 50 kenderaan 4x4
Ekspedisi memancing sambil santai ‘Boat On The Road’ (BOTR) yang bermula dari Bandar Utama Damansara di Petaling Jaya ke Tasik Kenyir, Terengganu semalam, menyasarkan penyertaan 100 kenderaan pacuan empat roda (4x4) tahun depan, berikutan sambutan luar biasa.
Majlis melepaskan konvoi membabitkan lebih 200 peserta dengan 50 kenderaan 4x4 itu disempurnakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said di Sri Pentas kira-kira jam 8 pagi semalam sebelum menuju ke lokasi pertandingan melalui jarak lebih 500 kilometer dan tamat petang esok.
Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima, Datuk Ahmad A Talib, yang turut mengetuai konvoi itu berkata, beliau gembira dengan sambutan itu walaupun ia kali pertama dianjurkan.
“Kami berharap jika acara dapat diadakan tahun depan, jumlah penyertaan akan ditambah sehingga 100 kenderaan. Acara seumpama ini dapat membantu kerajaan mempromosikan aktiviti memancing dan cabaran kenderaan 4x4 di tempat menarik seluruh negara.
“Kami menerima banyak permohonan lebih daripada apa disasarkan namun perlu mengehadkan kepada 50 kenderaan yang lengkap dengan bot saja bagi menyertai ekspedisi ini. Kehadiran mereka bukti program ini berjaya menarik minat kaki pancing dan penggemar sukan lasak,” katanya selepas majlis itu.
Hadir sama, Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Mior Kamarul Shahid; Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa ntv7, 8TV, TV9 dan Rangkaian Radio Kumpulan Media Prima, Datuk Manja Ismail serta Editor Lidah Pengarang Berita Harian, Kamal Ahmad.
BOTR dianjurkan Unit Joran Berita Harian dan TV3 dengan kerjasama Kerajaan Terengganu adalah program pertama seumpamanya yang menemukan kaki pancing yang turut menggemari cabaran kenderaan 4x4.
Acara itu bertujuan mempromosikan slot baru Jelajah Joran membabitkan 13 episod mengenai lubuk memancing di seluruh negara yang dijangka disiarkan TV3, pertengahan bulan Mei.
Peserta berpeluang meraih hadiah keseluruhan bernilai RM10,000 yang ditawarkan. Juara akan membawa pulang RM3,000; kedua RM,2000 dan ketiga RM1,000. Selain itu kerajaan negeri turut menawarkan hadiah RM20,000 kepada pemancing yang berjaya menaikkan ikan naga atau Arapaima Gigas di tasik itu.
Dalam perjalanan ke Tasik Kenyir, rombongan itu semalam turut diraikan Menteri Besar di kediamannya di Kijal, Kemaman dengan hidangan tengah hari selepas peserta beragama Islam menunaikan solat Jumaat.
Sementara itu, Ahmad Said berkata, Tasik Kenyir wujud sejak 30 tahun lalu namun hanya dikenali sebagai lubuk pemancing kerana tidak banyak aktiviti lain yang ditawarkan di situ.
Sehubungan itu, katanya, pihaknya kini giat merangka pelbagai usaha untuk menaik taraf kemudahan dan infrastruktur bagi mempromosikan keindahan Tasik Kenyir sebagai pusat pelancongan yang sesuai untuk semua golongan.
Katanya, beliau berharap program seperti BOTR ini juga akan dapat mempromosikan pelancongan di Terengganu apatah lagi kerajaan negeri sudah memperuntukkan RM100 juta bagi tujuan penambahbaikan tasik terbabit.
Peserta orang kurang upaya (OKU), Baharudin Omar, 48, berkata, beliau meminati aktiviti kembara dan memancing sehingga sanggup berkongsi modal bersama dengan adik beradiknya membeli sebuah bot bagi menyertai ekspedisi itu.
“Selepas menonton televisyen mengenai hebahan ekspedisi ini, saya dan adik, Abdullah, terus mengambil keputusan untuk menyertainya malahan membeli bot sebagai melengkapkan syarat penyertaan, ” kata yang juga ketua kumpulan Asing Kulaan
Terengganu antara lima hab jual bahan binaan
Kementerian Kerja Raya akan menubuhkan lima lagi hab penjualan bahan binaan yang dikeluarkan syarikat bumiputera bagi memudahkan kontraktor mendapatkan bekalan.
Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor memberitahu, lima hab itu akan dibuka di Terengganu, Pahang, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
"Lima hab jualan yang telah beroperasi adalah Konsortium Hardware di Melaka; Konsortium Bahan Binaan di Selangor; Konsortium Bahan Binaan Utara di Kedah; Hab Bekal di Johor, Koperasi Bahan Binaan Bumiputera di Perak dan Trade Hab di Kelantan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat Bina Integrated Industries Sdn. Bhd. (Bina IT) iaitu salah sebuah syarikat pengeluar bahan binaan bumiputera yang berjaya di bawah bimbingan Kementerian Kerja Raya di Kuala Lumpur semalam.
Bina IT merupakan syarikat bumiputera yang mengeluarkan produk kalis air dan cat bagi kegunaan industri serta telah mencapai penjualan produk melebihi RM1 juta setahun.
Shaziman memberitahu, penubuhan hab-hab jualan bahan binaan ini bagi memastikan kontraktor bumiputera dapat membeli bahan binaan pada harga yang lebih murah dan berkualiti.
Katanya, bahan-bahan binaan yang dibekalkan di hab-hab tersebut dibekalkan oleh syarikat-syarikat yang bernaung di bawah Bahagian Pembangunan Usahawan Bumiputera (BPB) Kementerian Kerja Raya.
''Pada masa ini terdapat 500 syarikat bumiputera bernaung di bawah BPB yang mana sebanyak 100 daripada syarikat terbabit telah berjaya mencatatkan jualan melebihi RM1 juta.
''Kemampuan syarikat-syarikat bumiputera ini mencatat jualan yang baik berikutan langkah kementerian memastikan hubungan dan jaringan di kalangan pengilang, pengedar dan kontraktor diperkukuhkan di bawah BPB,'' ujarnya.
Beliau memberitahu, sasaran kementerian bagi pembangunan syarikat- syarikat di bawah BPB ini ialah dapat membekalkan bahan-bahan binaan ke luar negara.
Katanya, pada masa ini banyak syarikat besar negara mendapat kontrak pembinaan di luar negara seperti di Asia Barat, China dan India.
''Apa yang kementerian harapkan adalah syarikat-syarikat ini akan membeli bahan binaan dari syarikat-syarikat bumiputera ini dalam projek-projek mereka di luar negara,'' katanya.
Shaziman juga berkata, kementerian sedang mengadakan rundingan dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk membimbing pelajar lepasan pusat-pusat latihan kemahiran agensi itu untuk dilatih menjadi pembekal-pembekal bahan binaan negara.
Katanya, banyak peluang dalam bidang pembekalan bahan binaan di negara ini terutama bagi Sistem Binaan Industri (IBS) yang sedang berkembang pesat di Malaysia.
"IBS merupakan sistem pembinaan pasang siap dan ia banyak diaplikasi di luar negara seperti di Taiwan dan Korea, maka Malaysia perlu mempunyai lebih banyak syarikat yang mengeluarkan IBS untuk pasaran tempatan dan luar negara," tambahnya.
Sementara itu ditanya mengenai bantahan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar terhadap pembinaan jalan Lingkaran Luar Kuala Lumpur (LLKL) bagi penyuraian trafik ke pusat bandar, Shaziman menegaskan sebarang projek perlu mematuhi memenuhi peraturan Penilaian Alam Sekitar (EIA).
"Kerajaan hanya akan melaksanakan projek itu sekiranya ia mendapat kelulusan EIA dan selagi tidak mendapat kelulusan projek itu tidak akan dilaksanakan," katanya.
Beberapa NGO alam sekitar membantah pembinaan LLKL kerana ia akan memusnahkan Taman Rimba Ampang yang merupakan kawasan tadahan air bagi Kuala Lumpur dan Selangor.

Berapa Juta Pula Dapat?
Oleh Ahmad Hj Ishak (Rabu, 05 Mei 2010)
TULISAN saya sebelum ini yang bertajuk ‘Alahai Blogger dan Kisah Ahli Parlimen Dungun’ yang tersiar dalam blog www.citra-bangsa.blogspot.com yang kemudiannya dipetik oleh www.lesungbatu.webs.com yang ditukar tajuknya menjadi ‘Jailani Tolong Sampaikan Rasa Kecut Ahli Parlimen Dungun Dengan Ketua Bahagian’ mendapat komen keras dari seorang pelayar blog ‘lesung batu’ yang mengunakan nama Zakwan2010.
Tulis Zakwan2010…macamlah Terengganu selama ini tiada pembangunan langsung dan berapa juta pula citrabangsa dapat dengan menghentam sesama ahli parti.
Pertama-tama, saya ingin menjemput perhatian Zakwan2010 dan semua pelayar blog ini agar turut melayari blog www.hambali1.blogspot.com dan blog www.teganuku.blogspot.com yang turut menyiarkan tulisan berkaitan isu ini dengan tajuk ‘Jai, Langkah Pertama Anda Sudah Silap’ yang juga berkaitan dengan tulisan sebelumnya dalam blog ‘teganuku’ dengan tajuk ‘Jai, Adillah Dalam Membuat Ulasan’.
Satu pertanyaan timbul di benak saya, kenapa bila kita mempertahankan seseorang dari serangan jahat, kita akan dianggap sebagai ‘menerima juta ringgit’ tetapi dalam masa yang sama, mengapa penulis yang memulakan serangan tidak langsung dipersoalkan berapa juta pula yang dia dapat?
Apakah dunia begitu zalim? Apabila ada yang kena serang, mangsa serangan ini tidak dibenarkan mempertahankan diri.
Atau, memang menjadi budaya orang kita, mereka yang menyerang dianggap sebagai hero manakala bagi yang mempertahankan diri dianggap penjahat?
Isunya di sini, seorang blogger (penulis) tiba-tiba mengajak Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri melihat apa yang mereka anggap buruk telah berlaku di Dungun.
Maka, penulis (blogger) itu menyerang Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan. Serangan ini dilakukan oleh seorang blogger dengan ‘backingnya’ seorang Ahli Parlimen.
Apakah blogger yang bernama Jailani Harun dan Ahli Parlimen Dungun bernama Matulidi Jusoh adalah ‘hero’ dalam situasi ini manakala Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Dr. Rosli Mat Hassan dianggap sebagai penjahat kerana ada blogger mempertahankan dirinya dari fitnah dan serangan jahat tersebut?
Kalaulah blogger ‘citra-bangsa’ yang mempertahankan Ketua Umno Bahagian Dungun dituduh ‘berapa juta pula dapat’, apakah pertanyaan dan tuduhan dari Zakwan2010 itu turut ditujukan kepada blogger ‘hambali1’, blogger ‘teganuku’ dan blogger ‘lesungbatu’ kerana turut menyiarkan tulisan dan komentar tersebut?
Jika Zakwan2010 menyifatkan Ahli Parlimen Dungun dan blogger Jailani Harun sebagai hero, saya ingin mengingatkan pembaca dan pelajar blog-blog ini bahawa ‘budaya masyarakat kita sebenarnya sudah jauh menyimpang’.
Mereka yang menabur fitnah, menyerang dan membuat tuduhan sering dianggap sebagai betul tetapi apabila ada yang mempertahankan diri dari serangan tersebut, maka akan datang pula satu tuduhan baru ‘berapa juta pula dapat’ dari mereka yang mungkin beranggapan fitnah bukan sesuatu kesalahan.
Yang memulakan isu ini ialah Jailani Harun dan Ahli Parlimen Dungun, Matulidi Jusoh. Ketika posting itu dibuat, barangkali Ketua Umno Bahagian Dungun tidak berada di Malaysia kerana beberapa minggu yang lalu, akhbar-akhbar arus perdana melaporkan Datuk Dr. Rosli Mat Hassan yang juga Pengerusi Yayasan Pelajaran Mara (YPM) berada di Tokyo.
Sepatutnya, ketiadaan ketua bahagian itu tidak menjadikan mereka yang dari seseorang tidak bergelar YB kini sudah menjadi YB, bekerja lebih keras memperkukuhkan parti dan menjalankan kerja-kerja menjaga nama baik parti.
Jika ada rasa tidak puashati, atau timbul masalah pembangunan dan peruntukan, tidak bolehkah YB Ahli Parlimen Dungun membawanya ke dalam mesyuarat Umno bahagian dan bukan menceritakan kepada blogger atau penulis untuk menyiarkan tulisan yang tidak bertanggungjawab?
Amatlah malang bagi Zakwan2010 yang ‘menyerang’ saya kononnya ‘macamlah Terengganu selama ini tiada pembangunan langsung’ kerana saya tahu Terengganu pesat membangun hingga ada yang runtuh kerana ‘terlalu cepat membangun’.
Mustahil saya tidak tahu Terengganu pesat membangun kerana saya turut membaca akhbar, menonton TV dan kerap juga ke Terengganu walaupun tidaklah sekerap orang Terengganu pulang ke negeri asal mereka.
Oleh yang demikian, saya berharap sangat, berkata benarlah dalam apa juga keadaan walaupun kita tidak pernah mahu jujur ketika berkata-kata. Bila kita membaca tulisan yang kita rasa berbentuk mempertahankan diri, mulalah kita membuat tuduhan ‘berapa juta pula dapat’ sedangkan pertanyaan itu sepatutnya ditujukan kepada Jailani Harun dan Matulidi Jusoh ‘berapa juta pula dapat’ kerana menyerang Ketua Umno Bahagian Dungun.

LPT2 - Kerajaan Terengganu kecewa pembinaannya tergencat
Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) yang menelan belanja kira-kira RM3 bilion dijangka hanya boleh digunakan dua tahun lagi bukan tahun depan.
Lebuh raya sejauh 183 kilometer itu akan mempunyai sekurang-kurangnya 10 plaza tol itu tidak dapat disiapkan dala tempoh dijangkakan kerana masalah kontraktor.
Kerana itu, kerajaan Terengganu kecewa dengan perkembangan ini dan kemajuan yang perlahan pembinaan LPT2 diakibatkan oleh masalah kontraktor turut merugikan kerajaan negeri.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata pembatalan beberapa kontraktor dan proses menender semula projek itu pastinya akan memberikan kesan kepada projek berkenaan.
Sepatutnya LPT2 bernilai RM3 bilion itu dari sempadan Pahang hingga ke Kampung Gemuruh sepatutnya siap tahun depan.
Namun kini, ia dijangka hanya akan digunakan pada 2012.
“Kerajaan akan mengalami kerugian daripad kelembatan dan proses tender semula kerana harga bahan untuk pembinaan akan naik berlipat ganda.
“Harap-harap selepas ini tiada lagi masalah, “ katannya Rabu lalu.
Beliau sudahpun mengarahkan Jabatan Kerja Raya untuk menjamin perlaksanaan LPT2 berjalan lancar kerana jika segalanya berjalan ikut jadual perjalanan terus antara Pahang dan Kemaman menjadi lebih cepat.
Ini akan membantu mempercepatkan poerjalanan dari Kuala Lumpur ke Kemaman dan tempat lain di Terengganu.

Kes SMS Ugut Bunuh – Blog Abdul Mubin Ismail Dirujuk
Dari www.teganukini.blogspot.com
Dalam perbicaraan kes sms ugutan bunuh pada 26 dan 27 April 2010 di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Peguambela mengemukakan soalan kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Terengganu (Pengurusan), Wan Ahamad Wan Muda sama ada beliau ada beliau dihantar atau tidak oleh Menteri Besar untuk berunding dengan wakil rakyat PAS untuk tidak menyokong undi tidak percaya di Sidang Dewan Undangan Negeri.
Soalan ini merupakan soalan yang dirujuk oleh Peguambela terhadap siaran dalam blog milik Abdul Mubin bin Ismail seorang Guru di Sekolah Menengah Bukit Tunggal Kuala Terengganu. Beliau tinggal di 317 Lorong Batu Putih, Gong Kapas 21200 Kuala Terengganu.
Pada hari pertama menjadi saksi, Wan Ahamad telah membekalkan kepada mahkamah dua jilid nota terdiri daripada keratan akhbar berkait dengan tuduhan wakil-wakil rakyat yang tidak hadir sidang DUN pada sessi pagi 4 April 2009 akibat tiga daripada mereka dikatakan menerima sms ugutan bunuh yang dituduh oleh oleh pihak Pendakwa dihantar oleh En. Ahmad Ramzi bin Zubir, mantan Setiausaha Politik kepada mantan MB Terengganu Datuk Seri Idris bin Jusoh.
Di era Datuk Seri Idris bin Jusoh menjadi Menteri Besar Terengganu, Abdul Mubin ditempatkan sebagai Pegawai Khas kepada exco kerajaan Negeri, Datuk Din bin Adam.
Penempatan ini merupakan penempatan “luar biasa” kerana gaji beliau terus dibayar oleh sekolah tempat beliau mengajar dan kekosongan jawatan akibat ketiadaan beliau tidak boleh diisi oleh guru lain. Keluarbiasaan ini berlaku kerana hubungan akrab Din Din bin Adam dengan Menteri Pelajaran yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Malaysia ketika itu.
Dalam blog berkenaan, Mubin menulis …….. “ PANAS... baru sebentar tadi, saya menerima SMS dan panggilan telefon daripada sumber yang 70% boleh dipercayai. SMS yang baru diterima berbunyi :
YB2 BN dijangka akan meneruskan hasrat untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap MB semasa sidang DUN esok. Mereka dikatakan telah mendapat restu daripada istana(Istana Mana ? ), hanya menunggu lampu hijau daripada Presiden parti. Difahamkan MB telah menghantar SUSK beliau (Menteri Besar 2 @ budak tingkat 16) untuk berunding dengan Harun Taib (Ketua Whip PAS - Manir) dan Tg Hassan (PAS Ladang) bagi mendapatkan sokongan YB2 PAS (telah dinafikan oleh Wan Ahmad kepada Mahkamah pada 27 April 2010)
Perkembangan atau tindakan lanjutan hanya menunggu lampu hijau daripada PM @ Presiden parti. Sama-samalah kita tunggu apakah berita ini akan menjadi kenyataan atau sebaliknya esok. Perkembangan selanjutnya akan dikemaskini dari semasa ke semasa.”
Walau bagaimana pun, Timbalan Setiausaha Kerajaan Terengganu, Wan Ahamad telah menafikannya kepada Mahkamah dan menyatakan bahawa perkara ini merupakan satu fitnah terhadap beliau.
Pihak Pendakwa selepas itu mengemukakan soalan kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Terengganu, Wan Ahamad adakah beliau mengetahui bahawa SMS telah ditaburkan kepada pemimpin UMNO empat peringkat/sayap di Bahagian Kemaman agar membawa anak buah masing-masing datang beramai-ramai ke sidang DUN pagi ini (bagi ‘menyelamatkan’ MB kesayangan mereka itu). Wan Ahamad menjawab “ tidak tahu”.
Dalam blog yang dirujuk oleh Peguambela, Mubin dalam posting bertarikh 14 April 2009 jam 6.30 pagi berkata :-
“ YANG TERKINI & HANGAT : UNDI TIDAK PERCAYA, YANG HADIR & YANG TAK HADIR SIDANG
Mungkinkah usul undi tidak percaya terhadap MB Terengganu menjadi kenyataan pagi ini? Atau segalanya itu hanya gimik politik, ketakutan MB and the geng dengan bayang-bayang sendiri atau ada muslihat lain terhadap semua itu?
Yang mungkin pasti berlaku pagi ini pada sidang DUN ialah :
(1) Semua ADUN BN (tidak termasuk Exco?) mungkin tidak menghadiri sidang DUN pagi ini (takut? boikot? sengaja?) dengan alasan keselamatan lanjutan daripada tiga ADUN BN yang telah menerima SMS ugutan bunuh malam semalam (sebenarnya pihak Pendakwa menuduh En. Ahmad Ramzi yang melakukannya ! )
(2) Semua ADUN BN juga dikatakan bimbang dengan keselamatan mereka, kerana rombongan besar-besaran ahli-ahli UMNO Bahagian Kemaman yang diarahkan menghadiri sidang sebagai tanda sokongan kepada Mat Said kerana telah disogokkan dengan kononnya ADUN BN akan mengusulkan undi tidak percaya kepada MB mereka itu. Kumpulan besar ini (sama ada namanya fan club, kumpulan sorak atau apa namanya sekali pun) mungkin akan mengganggu atau bertindak sehingga ‘mengugut’ ADUN-ADUN BN yang dikatakan akan menggugat bos mereka dalam sidang DUN pagi ini.
Sehingga lewat malam semalam, difahamkan SMS telah ditaburkan kepada pemimpin UMNO empat peringkat/sayap di Bahagian Kemaman agar membawa anak buah masing-masing datang beramai-ramai ke sidang DUN pagi ini bagi ‘menyelamatkan’ MB kesayangan mereka itu.
(3) Semua ADUN BN juga dikatakan tidak bersetuju dengan cadangan MB/DUN untuk melantik mak cik Ketua Wanita UMNO Bahagian Dungun sebagai Senator mewakili DUN Terengganu bagi mengisi kerusi senator yang telah dikosongkan oleh Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh Januari lalu. Kerana itu mereka enggan ‘bersubahat’ dengan mengundi memberi sokongan kepada cadangan perlantikan itu. Menyokong atau bersubahat dengan perlantikan mak cik itu, bagi mereka bermakna mereka menyerlahkan kebengongan sebagai ADUN kerana turut menyumbang saham kecetekan akal lantaran mengiyakan perlantikan seorang senator yang taraf kelayakan, kemampuan dan kebolehannya berada jauh di bawah par piawaian ISO.
Kalau semua yang dinyatakan ini benar, sama-samalah kita lihat siapa yang hadir dan siapa yang tidak hadir pagi ini.
Satu persoalan yang ditanya oleh seorang kawan malam tadi : “pemerhati ramai-ramai yang akan hadir tu (rombongan UMNO Bahagian Kemaman) boleh mengundi menolak usul undi tidak percaya ke?”
Nota : Berasaskan kepada petikan dalam blok diatas, adakah anda merasakan bahawa Mubin terlibat dengan perancangan sms ugutan dan undi tidak percaya ini
?????
YANG TERKINI & PANAS : UNDI TAK PERCAYA & UGUTAN BUNUH
YB Halim (berbaju kuning) dan YB Zakaria menunjukkan repot polis yang telah dibuat mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu awal pagi ini
Kira-kira pukul 1.00 pagi tadi, sekumpulan wartawan pelbagai media berkejar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu kerana dijemput untuk membuat liputan dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu yang membuat laporan polis terhadap satu SMS berbau ugutan bunuh yang diterima mereka.
Sehingga kini tidak diketahui jumlah sebenar ADUN yang menerima SMS berkenaan. Bagaimanapun para wartawan dimaklumkan, sehingga pukul 1.00 pagi ini, hanya tiga ADUN telah menerima SMS dengan ugutan yang sama daripada nombor telefon pengirim yang sama. Dua daripadanya - YB Zakaria @ Mohd Ariffin (BN Paka) dan YB Halim (BN Permaisuri) telah membuat laporan polis di Kuala Terengganu, manakala seorang lagi ADUN, YB Dato’ Rosol (BN Ajil) membuat laporan polis di Balai Polis Ajil, Hulu Terengganu.
Berikut adalah kenyataan laporan polis yang telah dibuat oleh YB Zakaria :
PADA 13.4.2009 JAM 11.21 MALAM, SEMASA SAYA BERADA DI DALAM BILIK NO 906 HOTEL FELDA RESIDENT, JALAN BALIK BUKIT K/TERENGGANU SAYA TELAH MENERIMA SATU SMS UGUTAN YANG DITUJUKAN KE TELEFON SAYA YANG BERNOMBOR 019-9186181 DARIPADA NOMBOR TELEFON +60199158369 DIPERCAYAI MILIK SETIAUSAHA SULIT KANAN KEPADA MENTERI BESAR TERENGGANU YANG BERNAMA HAJI WAN AHAMAD BIN WAN MUDA YANG BERBUNYI “BAIK JANGAN TERUSKAN NIAT YB. YB TAK SAYANG NYAWA?” SAYA MERASA AMAT TAKUT DENGAN UGUTAN TERSEBUT YANG MENGANCAM NYAWA SAYA, MAKA SAYA DATANG KE BALAI BUAT REPOT. SEKIAN REPOT SAYA.
segalanya gara-gara nak terkencing dan terberak kerana kononnya akan ada usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu yang bakal dibuat oleh ADUN-ADUN BN dalam sidang DUN Terengganu yang dijadual menyambung persidangannya mulai pukul 9.30 pagi ini.
Begitulah dunia politik masa kini yang serba canggih sehingga menenggelamkan kewarasan dan kecerdikan sendiri.
DISEDIAKAN OLEH ABDUL MUBIN ISMAIL @ 5:15 AM
YANG TERKINI & HANGAT : UNDI TIDAK PERCAYA, YANG HADIR & YANG TAK HADIR SIDANG

(1) Semua ADUN BN (tidak termasuk Exco?) mungkin tidak menghadiri sidang DUN pagi ini (takut? boikot? sengaja?) dengan alasan keselamatan lanjutan daripada tiga ADUN BN yang telah menerima SMS ugutan bunuh malam semalam (Pendakwa menuduh En. Ahmad Ramzi menghantarnya)

(3) Semua ADUN BN juga dikatakan tidak bersetuju dengan cadangan MB/DUN untuk melantik mak cik Ketua Wanita UMNO Bahagian Dungun sebagai Senator mewakili DUN Terengganu bagi mengisi kerusi senator yang telah dikosongkan oleh Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh Januari lalu. Kerana itu mereka enggan ‘bersubahat’ dengan mengundi memberi sokongan kepada cadangan perlantikan itu. Menyokong atau bersubahat dengan perlantikan mak cik itu, bagi mereka bermakna mereka menyerlahkan kebengongan sebagai ADUN kerana turut menyumbang saham kecetekan akal lantaran mengiyakan perlantikan seorang senator yang taraf kelayakan, kemampuan dan kebolehannya berada jauh di bawah par piawaian ISO.(suatu penghinaan kepada Ketua Wanita yang dipilih secara sah oleh oleh perwakilan menurut perundangan UMNO)

Satu persoalan yang ditanya oleh seorang kawan malam tadi : “pemerhati ramai-ramai yang akan hadir tu (rombongan UMNO Bahagian Kemaman) boleh mengundi menolak usul undi tidak percaya ke?”(suatu rekaan untuk mensensasikan dan menyedapkan cerita, perkara ini dibangkitkan oleh Peguambela di Mahkamah setelah merujuk kepada salinan berita daripada blog ini yang dibekalkan oleh Wan Ahamad kepada Mahkamah)
DISEDIAKAN OLEH ABDUL MUBIN ISMAIL @ 6:23 AM
Seterusnya Setelah semua ADUN yang boikot Sidang Dewan pada sessi pagi masuk semula Sidang pada sessi petang, dalam posting nya pada pada Selasa, April 14, 2009 @ 2:29 PM ,
Mubin berkata :-
“YANG HURU & YANG HARA
Tiada apa yang luar biasa berlaku di Dewan Undangan Negeri Terengganu pada hari kedua sidang. Segala-galanya hanyalah secara kebetulan tanpa diduga. Mungkin yang dirancang berbeza dengan apa yang berlaku. Yang berlaku adalah gambaran betapa huru dan haranya pentadbiran Mat Said sebagai MB dan huru-haranya 'budak tingkat 16' yang tersilap percaturan.
Seperti posting saya terdahulu, tiada siapa yang menyangka tindakan menghantar SMS oleh budak tingkat 16 kepada tiga ADUN BN (sebenarnya pihak Pendakwa menuduh En. Ahmad Ramzi yang melakukannya ! ) seolah-olah menjadi skrip lengkap yang menambahkan lagi derita dan kegelisahan Mat Said and the geng. Segala itu bukan skrip asal yang tersurat tetapi merupakan bonus ke arah memperkuatkan sebab musabab dan jelasnya 'kesalahan' dan kelemahan Mat Said. Justeru makanya tindakan budak tingkat 16 berkenaan (sebenarnya pihak Pendakwa menuduh En. Ahmad Ramzi yang melakukannya !) telah dengan sendirinya menjadi manifestasi kepada kegelojohan serta takutnya hilang kuasa seorang MB.
Sambil kita mengenepikan sebab musabab yang menjadi kebetulan itu, soal usul undi tidak percaya atau apa saja tindakan yang dibuat oleh 10 ADUN BN hari ini bukan lagi menjadi isu. Yang jelas isunya, Mat Said sudah tidak disukai oleh majoriti ADUN BN sendiri. Dan apabila tindakan dengan kegelojohan dan kebodohsombongan budak tingkat 16 itu (sebenarnya pihak Pendakwa menuduh En. Ahmad Ramzi yang melakukannya !) dijelmakan dengan cara yang maha aib dan jijik sebegitu, sudah pasti 'besarnya kemaluan' seorang pegawai kanan kerajaan dan seorang MB menjadi semakin sukar disembunyikan kebogelannya.
10 atau 13 ADUN BN sudah mempunyai alasan kukuh untuk tidak menghadiri siding (kerana mereka belum mengtahui sebenarnya pihak Pendakwa menuduh En. Ahmad Ramzi yang melakukannya !) . Jaminan keselamatan adalah faktor terpenting yang perlu diselesaikan pihak bertanggungjawab. Nyawa bagi seorang ADUN/wakil rakyat amat mahal harganya. Bukan menafikan ajal dan maut di tangan Tuhan, tetapi hakikatnya perlu diperkirakan.
Seperti yang berlaku di Kuala Terengganu mahupun di Bukit Gantang, kematian seorang wakil rakyat memerlukan ratusan malahan mungkin ribuan juta ringgit untuk menggantikannya, berbeza dengan kematian seorang pegawai kerajaan atau orang awam biasa yang tidak memerlukan belanja yang besar tujuan mengurus satu PRK. Kerana itu, pendirian ADUN BN bukanlah pendirian yang sengaja direka-reka. (ADUN berkenaan berkata kepada Mahkamah, sekiranya beliau tahu sms ini dihantar oleh En. Ahmad Ramzi , mereka anggap ini suatu gurauan sahaja !!!!) Mereka memerlukan satu tahap keselamatan yang benar-benar terjamin, untuk mereka menghadirkan diri ke sidang.
Difahamkan tengah hari tadi, Dato' Rosol Wahid (BN Ajil) (tidak menerima sms daripada Wan Ahmad tetapi daripada computer yang dituduh oleh pendakwa dihantar oleh En. Ahmad Ramzi bin Zubir !) yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan DUN Terengganu telah menghubungi Ketua Polis Negeri Terengganu bagi mendapatkan jaminan keselamatan para ADUN BN agar mereka selamat dan selesa ke dewan sidang. (sebenarnya Mubin berkata dalam posting ini “Tiada apa yang luar biasa berlaku di Dewan Undangan Negeri Terengganu pada hari kedua sidang”) Khabarnya KP hanya menyakinkan secara verbal bahawa tahap keselamatan mereka terjamin tetapi dalam masa yang sama menafikan bentuk bantuan atau iringan (kerana pada hakikat sebenarnya negeri Terengganu adalah selamat !) keselamatan yang sewajarnya dalam erti kata bagi menjamin keselamatan.
Apa sebenarnya makna keselamatan terjamin yang diyakinkan oleh KP itu? Sedang pada masa yang sama, ADUN BN dan rakyat sendiri tidak pernah tahu di mana KP (apakah ini suatu penghinaan terhadap KP ?) itu berada dan kalau beliau berjalan di jalan raya pun, apakah beliau yakin yang dirinya atau rakyat bebas daripada bahaya sebagaimana ugutan? (sebenarnya pihak Pendakwa menuduh En. Ahmad Ramzi dan bukan Wan Ahamad yang melakukannya . Adun berkenaan pula memberitahu Mahkamah bahawa mereka akan menanggap suatu gurauan sahaja sekiranya tahu En. Ahmad Ramzi yang menghantar sms berkenaan !)
Kerana itu saya kira, tindakan yang diambil oleh ADUN BN setelah mengadakan perbincangan pasca-nasihat KP Terengganu untuk terus tidak menghadiri sidang pada sebelah petang dan kemungkinan besar untuk sidang hari akhir pagi esok (sekiranya tiada bentuk meyakinkan keselamatan) merupakan tindakan yang tepat untuk jaminan keselamatan dan pembaziran.
Sekali lagi isunya bukan tidak hadir atau sebab musabab ugutan bunuh itu. Isu yang jelas menebalkan muka Mat Said and the geng adalah sudah menjadi realiti tiadanya Deris, Rosol and the geng sdn bhd dalam sidang kali ini dan ini menjadi isyarat jelas kepada pucuk pimpinan UMNO, waima pihak istana sekali pun, betapa jelas dan terbukti bahawa tahap penerimaan dan rasa hormat sesama mereka dalam BN, sudah semakin kabur dan berbalam.
Harap-harapnya hari ini atau paling tidak pun pagi esok, akan ada kejutan baru yang berlaku. Sama ada terhadap budak tingkat 16 (sebenarnya pihak Pendakwa menuduh En. Ahmad Ramzi yang melakukannya !) atau Mat Said atau 13 ADUN BN yang menderhaka itu. Kejutan itu diharap juga boleh menjadi penawar kepada kehuruharaan yang sedang menjadi mimpi ngeri pihak-pihak yang berkaitan. “
Rabu, April 15, 2009
YANG KENA KECEK @ YANG TEKUP BATU @ YANG HANGAT-HANGAT TAHI AYAM
Isu 10 ADUN BN Terengganu memboikot @ tidak hadir @ ponteng sidang dewan menjadi isu yang sudah tidak sensasi lagi. Isu SMS ugutan juga sudah tidak menjadi isu yang menakutkan dan tidak juga menjadi isu besar apabila hanya dengan ‘jaminan kenyataan’ PM yang mengatakan kesahihan SMS itu masih diragukan.
Sebab itu dalam posting terdahulu saya pernah sebutkan bahawa segalanya itu bukan isu yang perlu dijadikan keutamaan. Yang penting dan isunya sekarang, apakah manifestasi ketidaksenangan ADUN BN terhadap MB Mat Said itu sampai atau tidak?
Ramai yang mengatakan 10 ADUN BN berkenaan hanya hangat-hangat tahi ayam. Soalnya sejauh mana perancangan mereka sehingga mereka tersekat di situ sahaja sehingga adanya tuduhan bahawa mereka hanya hangat-hangat tahi ayam. Kalau mereka mempunyai perancangan bagi memalukan MB dan menjelaskan ketidaksukaan mereka kepada MB Mat Said atas banyak sebab, maka tindakan mereka itu sebenarnya sudah berjaya.
Bagaimanapun, kalau perancangan dan ketidaksengajaan insiden SMS itu kerana ada agenda tersembunyi yang benar-benar inginkan kedudukan MB Mat Said dinilai semula oleh pemimpin tertinggi mahupun istana, maka benarlah tuduhan banyak orang bahawa tindakan mereka hanya hangat-hangat tahi ayam. Malah boleh dikatakan bahawa tindakan mereka menjelaskan lagi kekecutan telur semata-mata ada kepentingan sehingga mereka terpaksa menekup batu.
Insiden ADUN BN Terengganu ‘dikecek’ (dalam bahasa yang lebih sopan - ditipu?) dengan janji-janji dan jaminan yang muluk-muluk bukan pertama kali berlaku. Malahan sebelum ini pun, menurut kenyataan dan butir percakapan orang yang terlibat sendiri (khasnya Dato’ Rosol), mereka bolehlah dikatakan telah ‘dikecek atas darat kering’ oleh PM Pak Lah. Walaupun Rosol tidak mengatakan sedemikian, tetapi hakikat dengan apa yang berlaku begitulah.
Kalau kita imbaskan kembali insiden kemelut perlantikan MB Terengganu Mac 2008 lalu, Rosol menyatakan bahawa tindakan mereka mempertahankan Deris Jusoh untuk dilantik semula sebagai MB adalah atas arahan Pak Lah, bukan kerana tidak bersetuju dengan pihak istana yang memilih Mat Said sebagai MB. Tetapi agak malang, akhirnya Pak Lah sendiri yang mengalah dan mengarahkan semula ADUN-ADUN BN menerima Mat Said. Mereka dikambinghitamkan dan menjadi mangsa. Fobianya berpanjangan, kesan sampingan amat dirasai, tambahan bukan mudah pula mereka terpaksa berkerja keras mempertahankan maruah menutup kemaluan yang terlodeh amat itu.
sekarang, apakah jaminan mulut berdasarkan kenyatan PM Najib sekali lagi akan mengulangi kena keceknya ADUN-ADUN BN ini? Apakah Najib juga akan menuruti langkah Pak Lah dengan mengecek ADUN BN untuk ke sekian kalinya?
Persoalan ini nampak agak ganjil dan seolah-olah ada sesuatu yang tersirat di sebalik ‘insiden yang tidak dirancang’ itu. Wallahuaklam. Cuma yang maha tahu perihal perkara ini adalah DS Najib dan ADUN-ADUN BN itu sendiri. Orang lain hanya mampu membuat andaian dan ramalan sahaja.
Sidang Dewan hari ini tidak berhenti rehat dan diteruskan sehingga tamat kerana petang ini Mat Said diminta memberi penjelasan kepada TPM sebelum dimohon mengadap Tuanku Agong. Itu bukan kejutan dan itu bukan perkara utama yang ingin sangat kita lihat dan dengar.
Yang ingin kita lihat, bagaimana wajah Mat Said selepas pertemuan itu dan yang ingin kita dengar "Mat Said masih dipercayai dan mendapat sokongan majoriti ADUN (terutama ADUN BN) untuk beliau meneruskan tugas sebagai MB".
Sementara adegan yang tidak ingin kita dengar dan lihat ialah ADUN BN ini sekali lagi kena tipu (kecek) dan apa saja tindakan mereka adalah kerana mengikut telunjuk orang-orang tertentu tanpa memikirkan selepasnya dan akhirnya akan ada yang berkata “nak buat sangat, tapi tekup batu belaka”.
DISEDIAKAN OLEH ABDUL MUBIN ISMAIL @ 5:47 PM
Jumaat, April 17, 2009
YANG TERKINI : SENSASILAH PULAK
Awal pagi tadi seorang wakil rakyat (MP) BN (bukan MP Terengganu tapi MP senegeri dengan PM) menghubungi saya. Walaupun MP berkenaan kawan lama saya, sebelumnya beliau tidaklah biasa menghubungi saya sebegitu awal. Kekangan masa dan kesibukan beliau sebagai YB, saya amat sedari. Sangkaan saya ada kes-kes kecemasan atau berita kurang baik yang ingin disampaikan.
Diringkaskan cerita (kami berbual menerusi telefon hampir setengah jam), kesimpulan dari cakap-cakap saya dengan beliau ialah YB kawan saya ini telah dihubungi oleh orang-orang tertentu untuk mendapatkan pandangan SIAPA YANG SELAYAKNYA MENJADI MB TERENGGANU, sekiranya Mat Said ingin ditukarkan? (En. Alias ? En. Rosol atau En. Din ? )
Apa sudah jadi?
Kenapa persoalan sedemikian yang menjadi topik perbincangan kami?
Ada apa-apa yang sensasi?
DISEDIAKAN OLEH ABDUL MUBIN ISMAIL @ 3:52 PM
YANG DILAPORKAN (1) (oleh En. Alias bin Abdullah)
LAPORAN PENUH ISU UGUTAN BUNUH MELALUI SMS TERHADAP ADUN-ADUN BARISAN NASIONAL TERENGGANU.
KRONOLOGI PERISTIWA :
Pada 11hb April 2009, YAB Dato’ Ahmad b. Said, Menteri Besar, membuat kenyataan dalam Sinar Harian dan di nota kaki TV 1, dengan secara prejudis mendakwa kononnya ADA USAHA DARIPADA ADUN-ADUN BN MEMBUAT PAKATAN UNTUK MENGEMUKAKAN USUL UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP MENTERI BESAR di dalam sidang dewan kali ini dan beliau ‘memberi amaran akan mengambil tindakan disiplin serta dipecat daripada ADUN’. (Nota Kaki TV 1 jam 5.30 petang 11 April berbunyi : ”MB Terengganu Dato’ Ahmad Said : Anggota Dewan Undangan Negeri BN yang bawa usul tidak percaya kepada beliau bakal diambil tindakan disiplin dan dipecat”). (Maksud sebenar Ahmad ialah mencadangkan kepada MPPR nagi memecat exco, dan mencadangkan kepada PM bagi mengambil tindakan disiplin terhadap ADUN, tetapi telah kenyataan MB telah disensasikan)
Pada 12hb April 2009, YB Dato’ Rosol Wahid, selaku Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan menafikan laporan tersebut di dalam akhbar Sinar Harian dan menganggap bahawa Menteri Besar membuat dakwaan liar dan tidak berasas kerana takut kepada bayang-bayang sendiri.
3. a) Pada 13hb April 2009 lebih kurang pukul 11.25 mlm YB Dato Rosol bin Wahid ADUN Ajil telah menerima sms ugutan bunuh dari telefon bernombor +31234567890 yang berbunyi “baik jgn teruskn niat YB, YB tak sayang nyawa?” (Laporan Polis K. Berang 647/09). (nombor ini diakui sebagai nombor daripada komputer yang dituduh oleh pihak Pendakwa dihantar oleh En. Ahmad Ramzi daripada rumahnya ! )
b) Pada tarikh yang sama lebih kurang pukul 11.21 malam, YB Abd Halim bin Jusoh ADUN Permaisuri telah menerima sms ugutan yang sama kandungan daripada telefon bimbit bernombor 0199158369 yang dipercayai milik Wan Ahmad bin Wan Muda, Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Terengganu. (Laporan Polis K.Terengganu No.003286/09). (nombor ini diakui sebagai nombor yang dihantar daripada komputer yang dituduh oleh pihak Pendakwa dihantar oleh En. Ahmad Ramzi daripada rumahnya ! )
c) Pada tarikh yang sama lebih kurang pukul 11.21malam, YB Zakaria @ Ariffin bin Abdullah ADUN Paka juga telah menerima sms yang sama kandungannya daripada telefon bimbit bernombor 0199158369. (Laporan Polis K.Terengganu 003285/09). (nombor ini diakui sebagai nombor yang dihantar daripada komputer yang dituduh oleh pihak Pendakwa dihantar oleh En. Ahmad Ramzi daripada rumahnya ! )
4. Akibat daripada SMS ugutan bunuh tersebut, (yang dituduh oleh Pendakwa En. Ahmad Ramzi yang menghantarnya) telah menimbulkan ketakutan bukan sahaja kepada ADUN-ADUN yang menerima ugutan tersebut sahaja malah ia menimbulkan ketakutan kepada ADUN-ADUN BN yang lain terutama ADUN penyokong Kerajaan tentang ancaman keselamatan nyawa mereka. Apatah lagi pada sebelah petang hari tersebut 13hb April 2009, difahamkan bahawa pejabat MB telah menghantar sms kerahan kepada orang-orang Kemaman supaya hadir ke Dewan Undangan Negeri pada 14 dan 15 April 2009 untuk memberi sokongan kepada Menteri Besar, Ahmad Said.
5. Hasil penemuan awal yang dibuat, terhadap carian nombor telefon bimbit 0199158369 didapati didaftarkan atas nama Hj W Ahmad SUSK MB, manakala nombor +31234567890 masih belum dapat dikenal pasti. ( Pihak Pendakwa menuduh En. Ahmad Ramzi yang menghantarnya )
6. Pada 14 April 2009 lebih kurang jam 9.00 pagi, bertempat di Hotel Felda Residence, Kuala Terngganu, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, YB Dato’ Rosol Wahid bersama-sama 9 lagi ADUN Kelab Penyokong Kerajaan telah berbincang keseriusan ancaman bunuh tersebut dan memutuskan untuk tidak menghadiri sidang Dewan Negeri pada hari ini sehingga mendapat jaminan keselamatan daripada pihak berkuasa. Apatah lagi pihak ADUN Kelab Penyokong Kerajaan difahamkan bahawa suspek masih lagi berkeliaran bebas dan kehadiran orang ramai di Dewan Undangan Negeri pada hari ini agak luarbiasa.(suspek sebenar ialah En. Ahmad Ramzi mantan Setiausaha Politik kepada mantan MB En. Idris bin Jusoh yang telah dituduh oleh Pendakwa di Mahkamah)
KESIMPULAN
Kekalutan yang berlaku adalah berpunca daripada dakwaan yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab yang dibuat oleh Menteri Besar Terengganu melalui akhbar Sinar Harian bertarikh 11 April 2009 yang antara lain mendakwa kononnya wujud pakatan antara ADUN Barisan Nasional untuk mengemukakan USUL UNDI TIDAK PERCAYA TERHADAP MENTERI BESAR YAB DATO’ AHMAD B. SAID di dalam persidangan Dewan Undangan Negeri kali ini.
Walaupun penafian tentang dakwaan tersebut dibuat oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, YB Dato’ Rosol Wahid dibuat, Menteri Besar masih mempercayai usaha tersebut masih ada dan akan dibuat di Dewan Undangan Negeri.
Ekoran daripada ugutan yang dibuat oleh YAB Dato’ Ahmad b. Said pada 8 April 2009 jam 9.30 malam di Kediaman Menteri Besar kepada ADUN yang hadir semasa pre-council, YAB Dato’ Ahmad b. Said terus membuat kenyataan berupa ugutan melalui kenyataan media pada 11 April 2009. Kemuncak siri ugutan tersebut adalah UGUTAN BUNUH melalui sms yang dipercayai daripada telefon bimbit yang didaftarkan atas nama Wan Ahmad Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar.(sebenarnya dihantar oleh En. Ahmad Ramzi bukan Wan Ahmad sebagaimana dakwaan di Mahkamah) Ugutan bunuh tersebut merupakan suatu ancaman yang amat serius, ancaman keselamatan dan menimbulkan kebimbangan kepada ADUN-ADUN.
Ketidakhadiran ADUN-ADUN ke Dewan Undangan Negeri pada hari ini adalah atas faktor keselamatan, ANCAMAN KE ATAS NYAWA MEREKA (UGUTAN BUNUH) dan tiada kaitan sama-sekali dengan dakwaan ‘boikot’ atau cubaan untuk menjatuhkan Menteri Besar Ahmad Said, yang dibuat oleh pihak yang berkepentingan dan tidak bertanggungjawab. Walau bagaimanapun ADUN-ADUN berkenaan memberi akujanji untuk menghadiri sidang dewan sekiranya keselamatan mereka terjamin dan pihak yang bertanggungjawab membuat ugutan bunuh tersebut dibawa ke muka pengadilan.(sebenarnya mereka telah dipaksa hadir sidang DUN sessi petang 14 April 2009 oleh PM. Tidak timbul pun soal keselamatan kerana memang bumi Darul Iman sentiasa selamat. Tiada kelihatan pasukan keselamatan membuat kawalan terhada Wisma Darul Iman dimana DUN ditempatkan !)
Sekian terimakasih.
Disediakan oleh YB Alias b. Abdullah
Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan BN Terengganu
Bertarikh pada:14 April 2009.
DISEDIAKAN OLEH ABDUL MUBIN ISMAIL @ 11:20 AM
Nota : En Alias Abdullah merupakan sumber rujukan kepada semua ADUN yang terlibat, segala tindakan yang berbentuk perundangan dibuat oleh ADUN berkenaan setelah consult En. Alias.

Ternakan Ikan Dalam Sangkar Tasik Como Dapat Sambutan
Jabatan Perikanan Terengganu menerima banyak permohonan daripada para usahawan yang berminat untuk mengusahakan projek ternakan ikan air tawar di kawasan projek pembangunan ikan dalam sangkar Sungai Como di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.
Pengarahnya Jabatan Perikanan negeri Zakaria Ismail berkata semua permohonan bagi mengusahakan projek di atas kawasan industri akuakultur seluas 28,000 hektar yang disediakan kerajaan negeri khusus buat ternakan ikan air tawar itu akan ditimbang sebaiknya.
Jawapan ini bertentangan dengan pendapat sesetengah pihak mengatakan projek itu kini semuanya hanya tinggal nama dan duit rakyat berjumlah RM 50 juta yang dibelanjakan kononnya untuk meningkatkan pendapatan penduduk kampung gagal sama sekali.
Media pembangkang di Terengganu pernah melaporkan kononnya keadaan sebenar di kawasan berkenaan amat memeranjatkan apabila mendapati sangkar ikan yang diberitakan diusahakan oleh 25 orang graduan dan sekumpulan peserta PPRT itu tidak langsung kelihatan.
Malah kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Rozi Mamat pada sidang Dewan Undangan Negeri tahun lalu mengatakan projek itu masih berjalan juga disanggah.
Malah pada Jun tahun lalu, satu majlis Promosi Hasil Ternakan Ikan Sungai Como, Tasik Kenyir turut diadakan.
Terengganu Agrotech Development Sdn. Bhd. (TADC) bersama Jabatan Perikanan Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis Promosi Ikan Sg. Como di Taman Syahbandar pada 16 Jun, dirasmikan oleh Rozi sendiri.
Pelbagai acara menarik diadakan pada pagi tersebut di mana acara yang paling mendapat perhatian ramai adalah pertandingan memasak. 2 orang wakil dari TADC turut menyertai pertandingan ini. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Chef Ismail yang tidak kering idea dengan celoteh spontan.
Gerai TADC mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Tarikan utama gerai TADC semestinya ikan air tawar yang dijual secara hidup dengan harga murah terdiri daripada spesies Tilapia, Patin dan Siakap. Kakitangan TADC juga berpeluang bergambar dengan Chef Ismail.
Pembangkang mendakwa Sungai Como di Tasik Kenyir merupakan kawasan yang tidak sesuai untuk dijadikan kawasan penternakan ikan dalam sangkar. Ikan mudah menjadi ‘stress’ kerana air dikawasan berkenaan mempunyai arus di bawahnya agak panas akibat kurang tumbuhan dalam air dan keadaan air yang terlalu jernih.
Beberapa tahun sebelum ini, keseluruhan projek ternakan ikan dalam sangkar yang diusahakan oleh sekumpulan peneroka dari Felcra Bukit Kepah, juga menemui kegagalan yang serupa.
Justeru penduduk kampung berhampiran merasa pelik dengan cadangan Rozi Mamat yang sekali lagi memilih tempat yang sama untuk satu projek yang menelan belanja puluhan juta ringgit, sedangkan ianya pasti menemui kegagalan dan tidak membawa pulangan yang diharapkan.
Penduduk setempat juga mengesyakki kemungkinan peruntukkan wang rakyat sebanyak RM 50 juta itu telah diselewengkan.
Rozi yang juga ADUN Telemung, mestilah bertanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan tersebut, dan wajar membuat penjelasan dengan menyertakan butiran lengkap perbelanjaan yang digunakan untuk pengetahuan rakyat, kata mereka.
Kenyataan itu bertentangan dengan apa yang disebut oleh Jabatan Perikanan Terengganu apabila mengatakan: "Permohonan daripada syarikat atau usahawan memang banyak diterima, tetapi kami kena tapis dahulu, lihat dari segi kewangan dan sebagainya sebelum beri peluang kepada mereka memasuki kawasan projek itu," katanya.
Beliau berkata syarikat atau usahawan yang terpilih nanti hanya perlu menyediakan benih ikan dan lain-lain kemudahan, sementara sangkar disediakan oleh kerajaan.
Menurutnya sehingga ini empat syarikat sudah diberikan kebenaran untuk menjalankan ternakan ikan di kawasan itu, yang membabitkan 800 sangkar dan pengeluaran kira-kira 100 tan metrik hasil setiap tahun.

Friday, May 7, 2010
Terengganu hantar 350 pelajar perubatan ke Mesir, Russia
Sebahagian daripada para pelajar gembira menunjukkan surat tawaran kewangan pada majlis Bantuan Persediaan Yayasan Terengganu Ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, semalam.
Terengganu akan menghantar lebih ramai pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di luar negara bagi menambah bilangan doktor.
Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata tahun ini Terengganu akan menghantar seramai 360 orang pelajar ke Russia dan Mesir untuk tujuan itu.
''Ketika ini, kita sedang memilih mereka yang layak selepas 360 pemohon didapati lulus proses kelayakan," katanya.
Ahmad Said berharap bakal lulusan perubatan itu kelak berkhidmat di tempat sendiri berikutan negara kekurangan doktor.
Bercakap kepada pemberita di Kuala Terengganu, beliau juga menyatakan Terengganu menyediakan RM18 juta untuk bantuan persediaan 23,000 pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi tahun ini.
Terdahulu, beliau menyampaikan bantuan persediaan Yayasan Terengganu kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA)/IPTS) bagi sesi 2010/2011 kepada 1,960 orang pelajar matrikulasi dengan masing-masing menerima RM500.
Selain itu, negeri tidak akan menetapkan sebarang syarat kepada pelajar perubatan tajaannya di luar negara dalam usaha memastikan mereka kembali berkhidmat di negara ini.
Ahmad Said menyifatkan, langkah mengenakan pelbagai syarat itu dilihat tidak tepat.
''Perkara ini timbul sekarang kerana ketika ini kita masih kekurangan doktor namun ia dijangka dapat diselesaikan selepas kita berjaya melahirkan lebih ramai doktor pada masa depan.
''Sepatutnya kita berbangga apabila pelajar kita diiktiraf oleh negara asing dan diambil bekerja di sana kerana ia menunjukkan pelajar perubatan kita berkualiti," katanya.
Mengulas laporan graduan perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang bekerja di negara asing kerana ditawarkan gaji lebih lumayan, beliau berkata isu yang sama berlaku sebelum ini apabila ramai doktor lebih gemar berkhidmat di hospital swasta berbanding kerajaan.
''Apa yang kita harapkan graduan perubatan ini mempunyai semangat patriotisme dan ingin berbakti kepada masyarakat untuk kembali berkhidmat di negara ini," tambahnya.
ECERDC promosikan Tanjung Bidara, IDBX, Taman Ilmu di Teluk
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) akan mengadakan misi pelaburan untuk menarik pelabur dari Teluk serta meningkatkan hubungan perniagaan dua hala antara Malaysia dan negara-negara Timur Tengah.
Misi berkenaan yang bermula pada 7 hingga 17 Mei ini, akan diketuai oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan agendanya termasuk siri pertemuan perniagaan dengan bakal pelabur yang telah dikenal pasti dari rantau Teluk.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ECERDC, Datuk Jebasingham Issace John berkata mereka akan menawarkan pakej bersepadu kepada pelabur dari rantau Teluk yang akan termasuk insentif bukan fiskal dan fiskal yang menarik, sumber asli yang banyak, infrastruktur yang baik dan bekalan modal insan yang tersedia.
"Kami menyasar untuk menarik pelaburan bernilai RM30 bilion di rantau berkenaan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), itulah sebabnya bagi tahun ini, ECERDC mengambil langkah strategik mempromosikan ECER secara agresif sebagai destinasi pelaburan pilihan.
"Bagi pihak kami, beberapa projek utama telah dikenal pasti di bawah pelbagai sektor termasuk sektor pelancongan, minyak dan gas serta petrokimia, sektor pembuatan, pertanian dan juga pendidikan dan sektor ICT," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.
Antara projek pelancongan utama yang dijangka diketengahkan ialah projek pelancongan di Pantai Sepat, projek pelancongan pantai di Cherating di Pahang dan projek pelancongan pantai di Tanjung Bidara di Terengganu.
Di bawah sektor minyak, gas dan petrokimia, projek-projek yang menjadi tumpuan ialah taman polimer Kertih dan Kompleks Industri Petroleum Petronas (PPIC) di Terengganu, Kompleks Petrokimia Bersepadu Gebeng (GIPC) di Pahang dan Taman Perindustrian Maritim di selatan Kuantan dan minyak dan gas Tanjung Agas.
Antara projek pembuatan yang akan dipromosikan ialah Taman Perindustrian Automotif Pekan-Peramu, Taman Halal Gambang dan Kluster Perindustrian Minyak Sawit di Pahang serta Taman Halal Pasir Mas di Kelantan.
Bagi projek pertanian pula, Taman Pengeluaran Ternakan dan Taman Bioteknologi dan Herba masing-masing di Kelantan dan Pahang serta projek pengeluaran ternakan di Terengganu dan Pahang, serta Perladangan Nanas Bersepadu Rompin di Pahang.
Dalam sektor teknologi komunikasi maklumat, tumpuan adalah pada Taman Ilmu, The International Digital Business Exchange (IDBX) dan Pusat Animasi Global, kesemuanya di Terengganu.
Bidang utama untuk pelaburan lain ialah perniagaan halal, kata Jebasingham. Pasaran bernilai kira-kira AS$2.1 trilion setahun dengan Majlis Kerjasama Teluk mengimport hampir AS$44 bilion nilai produk halal.

Kerja-Kerja Awal Empangan Hidroelektrik Kedua Sedang Berjalan
Kerja-kerja awal pembinaan empangan hidroelektrik kedua di Tasik Kenyir bertempat di Sungai Tembat dan Sungai Puah, Hulu Terengganu sudah dimulakan.
Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Terengganu Md Yuslan Md Yusof berkata kerja-kerja pembersihan tapak seperti penebangan hutan dengan kerjasama Jabatan Hutan sudah bermula sejak awal tahun ini.
"Pembinaan empangan hidroelektrik yang ketiga di Terengganu dengan kapasiti 250 megawatt itu dijangka siap pada 2014," katanya tanpa mendedahkan kos dan keluasan keseluruhan projek berkenaan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Baiti Jannati (Rumahku Syurgaku) TNB peringkat negeri Terengganu di rumah Zainol Salleh, 56, semalam.
Terengganu ketika ini mempunyai dua buah stesen janakuasa hidroelektrik Sultan Ismail di Paka yang mampu mengeluarkan tenaga dengan kapasiti 1,200 megawatt dan Ampangan Hidroelektrik Sultan Mahmud Tasik Kenyir dengan kemampuan 400 megawatt.
Mengenai projek Baiti Jannati, Md Yuslan berkata aktiviti tanggungjawab sosial korporat TNB yang dimulakan sejak 2007, sehingga kini berjaya membaiki 65 buah rumah orang miskin di seluruh negara, dengan 11 daripadanya di Terengganu.

Program Sepakat Bestari Di Kuala Terengganu Jumaat Dan Sabtu Ini
Program Sepakat Bestari-Karnival 1Malaysia Seni Budaya Terengganu Komuniti Bestari Daerah Kuala Terengganu di Kampung Atas Tol Bukit Payong, esok dan Sabtu ini, akan menampilkan pelbagai acara menarik termasuk pameran, persembahan kebudayaan, dan demonstrasi membuat juadah tradisional.
Penolong Pengarah Perkhidmatan Komunikasi Pembangunan Masyarakat Jabatan Penerangan Terengganu, Ahmad Ammar Othman berkata program itu dianjurkan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dengan kerjasama pelbagai agendi kerajaan yang lain.
Katanya selain demonstrasi memasak kueh lok-lik atau bepang yang menjadi makanan tradisi rakyat Terengganu, laksa Terengganu dan emping yang semakin jarang ditemui kini boleh didapati di karnival itu nanti.
Selain itu pelbagai aktiviti seperti persembahan rodat dan wayang kulit, silat gayong dan pertandingan wau juga akan diadakan bagi memeriahkan program dua hari itu, selain pameran oleh agensi-agensi kerajaan dan Komuniti Bestari.
Ahmad berkata Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said akan merasmikan majlis itu pada petang Sabtu.

TLDM Sasar Punyai 18 Kapal Perang
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan mempergiatkan usaha mengganti peralatan pertahanan negara yang usang dengan peralatan canggih sebagai usaha menyediakan sebuah armada laut elit yang setanding dengan pasukan pertahanan laut di rantau ini, kata Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.
Kapal KD Kelantan yang ditauliahkan itu adalah kapal ketiga yang berjaya dibina sepenuhnya oleh pihak limbungan tempatan selepas KD Perak dan KD Terengganu.
Katanya bagi tujuan itu, kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan rancangan pembinaan enam buah kapal peronda (PV) generasi kedua serta empat buah kapal latihan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).
"Pembinaan aset canggih itu dilihat perlu bagi menggantikan tujuh peratus aset TLDM yang sudah usang dan dibimbangi akan memberi kesan terhadap operasi keseluruhan angkatan laut negara," katanya kepada pemberita selepas upacara pentauliahan KD Kelantan di Pangkalan TLDM di Lumut semalam.
Panglima Tentera Laut berkata TLDM kini mempunyai enam kapal perang iaitu lima yang telah ditauliahkan manakala satu lagi akan ditauliahkan pada hujung tahun ini.
Katanya sasaran TLDM adalah untuk mempunyai sekurang-kurang 18 buah kapal perang bagi melengkapkan tahap kesiagaan pasukan itu bagi mengawasi perairan negara.
Dengan pembinaan enam lagi menerusi perancangan RMK-10, bakinya diharap akan dapat dilaksanakan pula pada RMK-11, katanya.
"Penyertaan aset-aset ini sesungguhnya bakal memantapkan lagi keupayaan tempur armada TLDM dalam merealisasikan hasrat utama rakyat dan kerajaan Malaysia terhadap kewujudan TLDM dalam mempertahankan integriti perairan negara," katanya.
Hadir sama pada upacara itu ialah Panglima Armada Laksamana Madya Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badarudin dan Pengarah Urusan Boustead Heavy Industries Corporation Bhd Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor.

Maxis Akan Perluas Liputan Ke Negeri-negeri Pantai Timur
Maxis Berhad bercadang untuk memperluaskan liputan jalur lebar ke negeri-negeri pantai timur dengan membina 50 peratus tapak lagi tahun ini.
Ketua Pegawai Operasi Jean-Pascal van Overbeke berkata kawasan yang disasarkan ialah bandar besar seperti Bachok, Panji, Pasir Mas dan Peringat sementara di Pahang adalah Bentong, Kuantan dan Temerloh dan Chukai, Dungun, Kuala Berang dan Kerteh di Terengganu.
"Dengan meningkatkan kawasan liputan kami, pelanggan akan menikmati lebih kelajuan dalam penggunaan kemudahan digital.
"Selain itu, kami juga akan terus meningkatkan liputan jalur lebar yang sedia ada di Tanah Merah dan Tumpat di Kelantan, Maran, Pekan, Penyor, Raub dan Semantan di Pahang dan Nerus, Marang dan Pantai di Terengganu," katanya dalam satu kenyataan.
Van Overbeke berkata Maxis telah menaik taraf prasarana telekomunikasi di Pahang, Kelantan dan Terengganu, membolehkan pelanggan menikmati capaian Internet yang lebih baik.
Beliau juga berkata promosi modem jalur lebar percuma sekarang telah dilanjutkan sehingga akhir bulan berikutan permintaan ramai.

57 Kes Baru H1N1 Dikesan Di Seluruh Negara
Sebanyak 57 kes baru Influenza A(H1N1) dikesan di seluruh negara sehingga pukul 5.30 petang Rabu, menjadikan jumlah terkumpul kes itu 13,889.
Sehingga pukul 8 pagi Khamis, 13 laporan kejadian kluster penyakit serupa influenza (ILI) dilaporkan berlaku di Perak, Johor, Kelantan, Selangor, Sarawak, Negeri Sembilan dan Terengganu.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata bagaimanapun tiada laporan kematian terbaru akibat penyakit itu, dengan jumlah kematian disebabkan H1N1 kekal 82 orang.
Beliau berkata "Jumlah kes ILI yang masih dirawat di wad di seluruh negara adalah sebanyak 632 kes. Daripada jumlah itu, 76 kes telah disahkan positif H1N1.
"Bilangan yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sembilan kes dengan enam daripadanya mempunyai faktor-faktor risiko," katanya dalam satu kenyataan di semalam.
Dr Mohd Ismail mengingatkan orang ramai bahawa penularan jangkitan H1N1 terus aktif dalam komuniti dan menasihatkan mereka yang mengalami gejala ILI supaya segera mendapatkan pemeriksaan perubatan di klinik berhampiran.
Beliau juga menggesa masyarakat agar terus berwaspada dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan terhadap penyakit itu.

Thursday, May 6, 2010
Pakej Percutian 1Malaysia turut promosikan Terengganu
Firefly Holiday, sebuah portal pelancongan yang menawarkan pakej percutian di seluruh dunia dengan kemudahan tempahan, dilancar secara rasmi sempena Arabian Travel Market (ATM) 2010 yang berlangsung di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) semalam.
Ia dilancarkan Menteri Pelancongan Malaysia Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, yang turut melancarkan pakej percutian 1Malaysia yang ditawarkan Malaysia Airlines.
Sejak memulakan perkhidmatan ke Singapura pada Julai 2009, penerbangan Firefly telah menghubungkan pelancong dari Singapura ke pelbagai destinasi di Malaysia seperti Kuala Lumpur melalui Subang, Terengganu, Ipoh dan Kuantan.
"Firefly Holiday adalah sesuai untuk semua perjalanan kerana ia menawarkan kemudahan bermula dari membuat tempahan sehingga tiba ke destinasi yang dikehendaki," katanya pada majlis yang diadakan di pavilion Malaysia.
Bagi operator pelancongan, ia menyediakan kemudahan menyeluruh untuk semua perjalanan.
"Pada dasarnya, mereka adalah rakan kongsi tempatan secara online, oleh itu kemudahan yang ditawar bukan hanya kepada pelancong tetapi juga ejen," kata Ng.
Sejak ditubuhkan pada April 2008, Firefly Holiday hanya menawarkan pakej kepada rakyat Malaysia dan serantau, untuk lebih 100 destinasi Malaysia Airlines di seluruh dunia melalui pakej percutian antarabangsanya.
Firefly Holiday adalah anak syarikat Malaysia Airlines.
Pengarah urusan Firefly Datuk Eddy Leong berkata: "Kami akan bekerja secara agresif dengan ejen pelancongan di sini di ATM untuk menarik mereka bekerjasama dengan kami dan memasarkan Firefly Holiday kepada pelanggan mereka".
Sementara itu, "1Malaysia Summer Specials" ditawarkan oleh MASholidays, cawangan pelancongan Malaysia Airlines.
Pakej percutian yang ditawarkan bermula dari serendah 2,446 dirhams (RM2,150) seorang, termasuk tiket pergi balik kelas ekonomi Malaysia Airlines, penginapan empat hari tiga malam berserta sarapan pagi.
Tempoh perjalanan ialah dari sekarang hingga 31 Julai 2010.
Pengurus besar wilayah Malaysia Airlines untuk timur Tengah, Afrika dan Amerika Selatan Merina Abu Tahir berkata: "Pelanggan mempunyai pelbagai bentuk pilihan percutian iaitu dari membeli belah di Kuala Lumpur sehingga percutian di pantai Pulau Pinang dan Langkawi serta eko-pelancongan di Sabah dan Sarawak".

Banjir di Gong Badak akan diatasi
Banjir yang seringkali melanda Gong Badak dan kawasan sekitarnya dijangka dapat ditangani apabila kerajaan negeri meluluskan proses pengambilan tanah bagi menaik taraf sistem perparitan di kawasan itu.
Proses pengambilan tanah berkenaan meliputi kawasan bersebelahan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) di kampus Kusza di Gong Badak.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said ketika memberi jaminan itu berkata, selain itu, langkah yang sama turut dilaksanakan di kawasan berdekatan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dan kawasan sekitar Kampung Tok Jembal.
Beliau bagaimanapun tidak menyebut keluasan sebenar kawasan yang terlibat dengan proses pengambilan tanah tersebut tetapi menjelaskan, ia membabitkan sebahagian besar tanah milik kerajaan.
"Hari ini, mesyuarat Exco kerajaan negeri meluluskan proses pengambilan tanah untuk kerja-kerja pembinaan sistem perparitan di sebelah UDM di kampus Kusza.
"Begitu juga di kawasan sebelah lapangan terbang (LTSM) dan di Kampung Tok Jembal.
Sebelum ini banjir berlaku di kawasan ini malah ada juga lapang sasar di situ yang tenggelam.
"Untuk fasa pertama, membabitkan kos kira-kira RM5 juta," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Darul Iman semalam.
Ahmad memberitahu, kerja-kerja bagi pengambilan tanah di kawasan berkenaan dijangka mengambil masa setahun dan sejurus dilaksanakan kelak, sistem perparitan itu akan menyalurkan air ke sungai-sungai berdekatan.
"Usaha ini sekurang-kurangnya dapat membantu menangani masalah banjir yang sering melanda kawasan tersebut," katanya.

Kastam Terengganu Sasar Kutipan Cukai RM585 Juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu mensasarkan untuk memperoleh kutipan cukai sebanyak RM585 juta pada tahun ini berbanding sasaran RM500 juta pada tahun lepas.
Pengarahnya Datuk Aziz Yacub berkata peningkatan sasaran perolehan cukai itu berikutan keadaan ekonomi pada masa kini yang semakin stabil dan kukuh.
"Pada tahun lepas JKDM Terengganu membuat kutipan sebanyak RM480 juta daripada RM500 juta yang kita sasarkan, tetapi pada tahun ini kami yakin kutipan itu akan meningkat.
"Lebih 90 peratus kutipan itu disumbangkan oleh cukai yang dikutip daripada industri gas dan petroleum, dan setakat bulan lepas kita berjaya membuat kutipan sebanyak RM127 juta," katanya selepas program ujian kemahiran menembak jemputan jabatan itu di Lapang Sasar Lembah Bidong semalam.
Beliau berkata sejak pertengahan Februari hingga Isnin lepas, JKDM Terengganu melakukan pemeriksaan terhadap 167 premis di Kuala Terengganu dan Kemaman dan berjaya mengesan 16 kes cuba mengelak cukai kastam melibatkan rokok dan arak.
Aziz berkata ia melibatkan nilai barangan berjumlah hampir RM5,000 dengan nilai cukai sebanyak RM18,950.
Sementara itu, sebanyak 45 peserta dari 11 pasukan yang terdiri daripada jabatan penguatkuasa di negeri ini termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pasukan Gerakan Am Batalion ke Sembilan (PGA), Jabatan Imigresen negeri serta Jabatan Kastam Kelantan dan Pahang mengambil bahagian pada program itu.
Pasukan dari Ibu Pejabat Polis Kontijen Terengganu muncul juara apabila menewaskan pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.

Enam penaja serah tajaan jayakan Boat On The Road
MIOR Kamarul (enam dari kanan) bersama penaja konvoi dan pertandingan memancing Boat On The Road, di Balai Berita, semalam.
Enam penaja tampil menyerahkan tajaan keseluruhan bernilai RM27,000 sebagai komitmen terhadap penganjuran konvoi dan pertandingan memancing Boat On The Road dari TV3 Sri Pentas ke Tasik Kenyir, Terengganu mulai esok hingga Ahad ini.
Acara tiga hari itu mendapat kerjasama Kerajaan Terengganu yang membantu membiayai sebahagian kosnya apabila menyediakan peruntukan RM150,000 kerana program berkenaan turut mempromosikan sektor pelancongan di tasik buatan terbesar di Asia Tenggara itu.
Penaja berkenaan ialah Tourism Malaysia, Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd (UFL-Coleman), TCE Tackles Sdn Bhd, Boat Explorer Sdn Bhd, Outworld Pro Gear serta Super Best Power Sdn Bhd.
Tajaan diserahkan kepada Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Mior Kamarul Shahid di Balai Berita Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir, Timbalan Pengarang Kumpulan BHSB, Mahfar Ali.
Pada majlis itu, Tourism Malaysia menaja wang tunai dan hamper bernilai RM12,000 yang diserahkan Pengarah Bahagian Pembangunan Industrinya, Zulkifly Md Said. UFL-Coleman pula menaja perkakasan rekreasi termasuk bot tiub, lampu dan kotak sejuk bernilai RM5,000 diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Radha Krisnan.
TCE Tackles Sdn Bhd yang diwakili Pengurus Pemasarannya, Micheal Tan menyerahkan tajaan peralatan memancing bernilai RM3,000. Sebuah bot gentian kaca bernilai RM3,000 pula ditaja Boat Explorer Sdn Bhd yang diserahkan Pengarah Urusannya, Mike Thien.
Syarikat Outworld Pro Gear pula menaja 15 beg kalis air bernilai RM1,500 untuk dijadikan hadiah peserta. Tajaan diserahkan Pengurus Programnya, Khairil Yusree. Manakala Pengurus Besar Super Best Power (M) Sdn Bhd, Kamal Mohd Noor, menyerahkan pek minuman kopi kesihatan bernilai RM2,500 untuk diagihkan kepada peserta.
Konvoi dan pertandingan memancing Boat On The Road dianjurkan Unit Joran Berita Harian dan TV3 sempena mempromosikan 13 episod Jelajah Joran yang memaparkan aksi memancing di beberapa lubuk di seluruh negara, termasuk Tasik Kenyir, jam 5 petang mulai 16 Mei.
Sempena pertandingan itu, penganjur menjemput kaki pancing menyertai Kategori Tebing dekat Pangkalan Gawi, jam 9 pagi pada 8 Mei ini yang menawarkan hadiah keseluruhan RM3,000 dengan yuran cuma RM10. Maklumat hubungi 013-3310166 atau 019-3419991
Forum Melayu Bangkit usaha satukan kaum
Dalam usaha menyatupadukan orang Melayu yang semakin renggang, Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) dengan kerjasama Institut Integriti Terengganu akan mengadakan forum Melayu Bangkit pada 13 Mei ini.
Pengerusi Gertak, Razali Idris berkata, forum ini bakal membincangkan isu Dasar Ekonomi Baru (DEB), wawasan 2020 dan perancangan ke arah penyatuan orang Melayu secara khusus.
“Forum ini akan dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tetamu khas untuk menyampaikan ucaptama dan pihak kita mengalu-alukan kehadiran semua pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) turut serta,” katanya.
Menurutnya, setakat ini pengesahan NGO yang bakal hadir adalah daripada Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT), Kelab Permotoran, Persatuan Silat, Persatuan Kerabat Diraja Terengganu, Pekida dan NGO wanita.
“Oleh itu, diharapkan forum ini bakal membuka minda orang Melayu dalam membuat penilaian ke arah pembangunan sejagat,” katanya.

MPEN Adakan Penerangan Bergerak MEB
Sesi turun padang dan penjelasan menyeluruh Model Ekonomi Baru (MEB) akan diadakan di seluruh negara bagi mengikis persepsi negatif terhadap agenda kerajaan dalam membasmi kemiskinan dan penstrukturan semula masyarakat di negara ini.
Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Datuk Dr Mahani Zainal Abidin berkata masih ramai yang merasa bimbang dan kurang senang terhadap model itu, terutama di kalangan Bumiputera.
Sehubungan itu katanya, Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) yang kini dipengerusikan oleh Tan Sri Amirsham A Aziz, akan mengadakan sesi penerangan di seluruh negara.
"Memang konsep MEB ini agak kompleks kerana ia bukan sahaja meliputi ekonomi, malah sosioekonomi, mungkin sebab itu masih ada yang kurang faham mengenainya," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan taklimat mengenai MEB anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Terengganu (DPMMT), di Kuala Terengganu semalam.
Turut hadir Yang Dipertua DPMMT, Datuk Tengku Ismail Tengku Jaafar.
Beliau turut meminta MEB tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak memandangkan model itu tidak menetapkan kuota 30 peratus dalam pemilikan ekonomi, sebaliknya memperkenalkan meritokrasi dan ketelusan.
"MEB isu ekonomi, ia untuk semua, jadi kita harap ia dilihat sebagai "politically blind"," katanya sambil menambah MEB masih tidak jauh bezanya dengan Dasar Ekonomi Baru, cuma pelaksanaannya sahaja yang baharu.
Dr Mahani berkata orang ramai juga dialu-alukan untuk turut sama memberi pandangan mereka terhadap model ekonomi yang dirangka MPEN itu.
"Kerajaan memang mahu ia dibincangkan. Mereka yang mempunyai pandangan atau idea berhubung MEB, boleh menhantarkannya menerusi e-mel kepada http://www.neac.gov.my/.

Berkeperibadian tinggi elak dadah, jenayah
Golongan pelajar diingatkan cemerlang bukan sahaja dalam bidang pelajaran malah turut menjadi insan berguna kepada keluarga dan masyarakat.
Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pelajaran Terengganu, Che Soh Che Muda berkata, pelajar perlu memperkuatkan diri dengan disiplin dan berkeperibadian tinggi bagi mengelak terjebak ke dalam gejala sosial termasuk penagihan dadah dan jenayah.
Beliau memberitahu, sebagai pelajar, mereka merupakan harapan kedua ibu bapa serta keluarga untuk berjaya ke arah kehidupan masa depan yang lebih gemilang.
Katanya, masyarakat juga menaruh harapan yang sama kepada pelajar agar mereka menjadi golongan yang membawa kebaikan dan faedah kepada semua orang.
"Justeru itu, ibu bapa kena pikul tanggungjawab yang berat untuk memastikan anak-anak jagaan mereka bukan sahaja berjaya dalam pelajaran malah membawa manfaat kepada orang lain," katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap menyempurnakan majlis penutupan program Sehari Mengenali Sepanjang Hayat Membenci di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Payong, Hulu Besut semalam.
Program sehari itu dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Besut dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang bertujuan menyedarkan pelajar sekolah menengah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut mengenai bahaya rokok, dadah, alkohol dan HIV/AIDS.
Che Soh berkata, oleh kerana punca segala gejala itu datangnya dari rumah, ibu bapa perlu memainkan peranan dan memikul tanggungjawab penuh terhadap anak-anak mereka.
"Ibu bapa perlu sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak mereka dan dengan bantuan masyarakat sekeliling, usaha itu boleh membendung mereka melakukan perkara tidak baik," katanya.
Aktiviti di sekolah pula, tambahnya, boleh membantu membimbing pelajar menjadi insan berkeperibadian tinggi serta berjaya dalam pelajaran dan kokurikulum.

Wednesday, May 5, 2010
Siri ‘runtuh’- jangan salahkan Mat Said, tanyalah BPR!
Oleh Hambali Abdul Latiff
Mahu namakan atau menjenamakan semula apa sahaja terhadap Terengganu – umpamanya ‘Darul Runtuh’ pun tidak mengapa - kalau rakyat Terengganu sendiri tidak malu menyebutnya.
Saya yang sering dituduh sebagai ‘bukan rakyat Terengganu – pun malu kalau ada orang mengatakan Terengganu sebagai ‘Darul Runtuh’. Namun, mungkin pada sesetengah orang, khususnya orang PAS mereka bangga menyebutnya kerana ia akan dijadikan modal politik.
Persoalannya, apakah ketua pentadbir – Menteri Besar, Datuk Ahmad Said – seronok mendengar Terengganu digelarkan sedemikian?
Tentunya tidak seronok, apa lagi ia juga akan memberikan kesan negatif kepada pihak lain. Apakah Yang Dipertuan Agong seronok Terengganu Darul Iman dijenamakan semula sebagai Terengganu Darul Runtuh?
Tentunya tidak!
Apabila pemimpin PAS bertalu-talu mempersendakan Terengganu sedemikian, jelas mereka melihat isu ini sebagai isu yang boleh dimainkan untuk mendapat simpati rakyat.
Kerana itu tidak pelik sekiranya Ketua Pemuda PAS Terengganu, Mohd Nor Hamzah (gambar) dalam Harakahdaily Online semalam mengatakan siri keruntuhan bangunan-bangunan di negeri Terengganu perlu dijadikan isu rakyat terhadap sikap acuh tak acuh pemimpin Umno/BN negeri.
Persoalannya benarkah dakwaan sedemikian/ Apakah Ahmad Said tidak mengambil langkah sewajarnya dalam isu-isu berkenaan?
Apakah Menteri Besar tidak mengambil berat terhadap kes-kes runtuh dan bocor seperti Pusat Akuatik, Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Stadium Tertutup, bangunan da masjid lain yang runtuh atau bocor?
Memanglah mudah pemimpin PAS menuduh bahawa wujud rasuah dan rasuah dan sikap acuh tak acuh di kalangan pimpinan Umno/BN negeri yang menyebabkan berlakunya insiden keruntuhan itu amat memalukan rakyat keseluruhannya.
Tambahnya, negeri ini dilihat sebagai antara negeri yang banyak isu politik, bermula percakaran sesama Umno, tekanan pihak kerajaan BN yang merimaskan rakyat hinggalah runtuhan bangunan yang kerap kali berlaku.
Justeru, ujarnya rata-rata rakyat Malaysia menjenamakan Terengganu sebagai ‘Darul Runtuh’.
Namun, katanya setakat mana para pemuda PAS negeri sebagai ‘orang dalam’ memanfaatkan isu itu yang perlu dinilai kembali dalam usaha menghasilkan persepsi yang sepatutnya kepada rakyat.
Persoalannya ada dua tiga perkara jika dikaitkan dengan keruntuhan ini.
Pertama, beberapa siri siasatan sudah dibuat terhadap bangunan atau apa sahaja yang runtuh, bocor atau tidak sempurna di Terengganu;
Kedua, siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga sudah dibuat seperti ditegaskan oleh SPRM; dan
Ketiga, kerajaan negeri berusaha membaikpulih segala kemudahan yang ‘menghadapi masalah’ yang membuktikan kerajaan negeri ialah sebuah kerajaan yang responsif dan bertanggungjawab.
Ahmad Said sudah sebut bahawa kerja-kerja membaikpulih bumbung stadium yang runtuh iu dijangka akan bermula segera. Kerajaan Terengganu telah mengeluarkan tender baru-baru ini dan kini menunggu keputusan lembaga tender untuk memilih kontraktor untuk kerja-kerja baikpulih SSMZA itu.
Bukankah ini tandanya kerajaan negeri bertanggungjawab dan tidak melengah-lengahkan kerja untuk membolehkan stadium digunakan semula seberapa segera.
Jadi kalau PAS mahu mengajak rakyat untuk percaya bahawa keruntuhan dan kerosakan yang berlaku akibat pemimpin UMNO acuh tidak acuh, ia ‘jauh panggang dari api’.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terenganu sudah membut kenyataan baru-baru ini bahawa pihaknya telah selesai menjalankan siasatan kejadian bumbung utama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang runtuh pada 2 Jun tahun lepas.
Pengarah SPRM Terengganu Ahmad Saberi Hussin berkata kertas siasatan mengenai kejadian itu telah dihantar ke pejabat Pendakwa Raya dua minggu lepas untuk tindakan lanjut.
Dalam kejadian 2 Jun tahun lepas, bumbung utama stadium yang berharga RM292 juta itu runtuh setelah setahun siap dibina untuk kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) melibatkan tempat utama dan sehingga ini kerja-kerja baik pulih stadium itu masih belum dijalankan.
Mengenai runtuhan para besi tingkat empat ketika kerja-kerja pembinaan konkrit tangki air di Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pula, Ahmad berkata SPRM tidak melakukan siasatan berhubung kejadian itu.
Hakikatnya, Ahmad Said sendiri pun rimas dengan kejadian-kejadian yang berlaku di Terengganu dan beliau sudah acap kali menyatakan biarlah BPR melakukan siasatan.
Sebenarnya jika ada pendakwaan, Ahmad Said juga akan turut lega kerana mereka yang bersalah wajar dihadapkan ke muka pengadilan.
Lagipun, jika SPRM mula mendakwa mereka yang disyaki melakukan rasuah atau ada penyelewengan, kerajaan negeri akan dilihat telus.
Namun jika SPRM lambat atau berhati-hati, siapa mahu disalahkan?
Apakah wajar menuduh Ahmad Said yang sengaja melambat-lambatkan pendakwaan berkenaan?
PAS perlulah menerima realiti bahawa mudah mempersalahkan orang lain atau mempersoalkan niat pemimpin UMNO tetapi terimalah juga usaha baik yang dilakukan pentadbiran negeri.
Rakyat Terengganu pun tidak bodh sangat dan mereka juga berasa malu untuk menamakan semua Terengganu Darul Iman dengn Darul Runtuh.
Mereka juga berdoa supaya mereka yang bertanggungjawab - sudah pasti bukan Ahmad Said – dibawa ke pengadilan.
Jadi adilkah PAS mahu mempengaruhi rakyat untuk membenci pentadbiran Menteri Besar sekarang bagi tujuan mendapat sokongan dalam pilihan raya akan datang?