Benarkah berita ini?
Apakah sekolah sewenang-wenangnya membuang sekolah 20 pelajarnya pada Khamis (10 Mac 2011) lepas tanpa memberi notis amaran dan peluang membuat rayuan.
Pelajar-pelajar terbabit dikenakan tindakan itu dipercayai sebagai hukuman kerana mengasari seorang pelajar tingkatan empat pada 25 Feb lepas di surau sekolah itu.
Ibu bapa kepada 20 pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di Bukit Kayu Hitam dikatakan kesal dengan tindakan pengetuanya dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang mereka dakwa membuang sekolah pelajar-pelajar itu pada 10 Mac lepas tanpa memberi notis amaran dan peluang membuat rayuan.
Pelajar-pelajar terbabit dikenakan tindakan itu dipercayai sebagai hukuman kerana mengasari seorang pelajar tingkatan empat pada 25 Feb lepas di surau sekolah itu.
Jasmi Mohd Noor, 44, bapa seorang daripada pelajar itu, berkata beliau sedar perbuatan kumpulan pelajar terbabit adalah salah dan pihak sekolah berhak mengambil tindakan disiplin terhadap mereka, namun hukuman buang sekolah adalah keterlaluan.
"Saya kesal dengan tindakan pengetua dan PIBG yang mengambil tindakan buang sekolah, sepatutnya mereka dikenakan hukuman rotan dahulu sebelum mengambil tindakan yang lebih berat," katanya kepada pemberita di sekolah itu di sini Rabu.
Ibu bapa kepada 20 pelajar terbabit telah bersemuka dengan pengetua di sekolah itu pada 8 pagi tadi bagi berbincang mengenai tindakan terhadap anak mereka namun kecewa kerana pengetua berkenaan berkeras tidak mahu mengubah pendiriannya.
Jasmi, seorang bekas guru, berkata ibu bapa pelajar terkejut mendapat tahu mengenai tindakan terhadap anak masing-masing menerusi surat bertarikh 10 Mac yang mereka terima pada 13 Mac.
"Sebelum ini, selepas tiga hari dari tarikh kejadian anak-anak kami diminta keluar dari asrama sekolah itu serta merta tanpa diberi peluang untuk membela diri.
"Ada pelajar yang tinggal di luar Kedah iaitu Terengganu dan Selangor tidak tahu arah tuju setelah diarah keluar sebelum pukul 6.45 petang. Mujurlah mereka tinggal di rumah rakan terdekat sebelum pulang ke rumah masing-masing," katanya.
Seorang lagi bapa, Shukri Ali, 42, berkata beliau bimbang kerana pelajar-pelajar itu akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini.
"Ada tujuh bulan lagi mereka nak duduki SPM. Perkara yang berlaku kepada anak saya itu membuatkan anak saya murung dan tidak semangat," katanya.
Jabatan Pelajaran Kedah tidak dapat dihubungi untuk ulasan.
Kenyataan segera jabatan berkenaan amat diperlukan untuk menjawab dan menjernihkan keadaan, apalagi jumlah pelajar yang dibuang itu suatu jumlah yang besar.
Thursday, March 17, 2011
Ketengah Anjur Festival Kenyir Bermula 8 April
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) akan menganjurkan Festival Kenyir selama lima hari dengan menyediakan pelbagai acara menarik bermula 8 April ini dalam usaha menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia itu.
Festival itu dijangka dihadiri oleh 20,000 pengunjung dan akan dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.
Pengurus Besar Ketengah Hamzah Ngah berkata festival yang diadakan sempena ulang tahun ke-38 Ketengah itu juga diadakan sebagai langkah awal untuk mempersiapkan Tasik Kenyir sebagai kawasan bebas cukai tahun depan.
"Festival yang diadakan dengan kerjasama kerajaan negeri serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu bertujuan mempromosikan lagi Tasik Kenyir dengan pengenalan produk-produk baru.
"Ia termasuk program Island Hopping melibatkan pulau-pulau yang dibangunkan dengan Taman Rama-rama, Taman Herba, Taman Orkid, Taman Burung dan Taman Buah-buahan Tropika," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata antara acara menarik yang akan diadakan sepanjang festival itu termasuk pertandingan perahu naga, pertandingan Muay Thai, kejohanan jet ski, International Kenyir Lake Triathlon, pertandingan bot kawalan jauh, pertandingan motosikal dan kereta klasik, dan pertandingan ayam serama.
Katanya krew produksi dan pelakon siri kartun terkenal Upin dan Ipin juga akan diundang untuk memeriahkan festival itu bagi menarik pengunjung kanak-kanak selain pertandingan mewarna.
"Sebanyak 70 gerai pameran juga disediakan kepada pengunjung yang akan disertai oleh usahawan-usahawan Industri Kecil dan Sederhana, agensi kerajaan dan swasta," katanya.

Juruelektrik Dituduh Culik Kanak-Kanak Perempuan
Seorang juruletrik dihadapkan ke Mahkamah Masjistret di Kuala Terengganu, semalam atas pertuduhan menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dari rumahnya di Kuala Ibai, di Kuala Terengganu, hampir lima tahun lalu.
Wan Chee Hoo, 30, dari Selangor dituduh menculik mangsa dari rumahnya di Taman Ibai Indah, Kampung Tok Hadis, Kuala Ibai kira-kira 12 tengah hari 22 Oktober 2006. Dia dituduh menculik dengan niat hendak menuntut wang tebusan dengan mengurung mangsa dalam sebuah kereta.
Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan jika disabitkan kesalahan.
Tiada pengakuan dicatatkan ketika pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Oii Chooi Gaik.
Mahkamah kemudian menetapkan 28 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam juga tidak ditawarkan sebarang ikat jamin sementara menunggu tarikh sebutan semula kes itu.

Asas Masyarakat Berpengetahuan Mampu Akses Maklumat, Menilai Dan Memanfaatkannya
Rakyat yang mampu mendapatkan akses maklumat, memahami, menilainya secara kritikal dan memanfaatkannya, merupakan asas bagi masyarakat yang berpengetahuan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
Sebuah buku bukan hanya satu instrumen ingatan dan imaginasi, tetapi kemampuan untuk mendapatkan akses mengenai perkara yang tertulis boleh melahirkan "satu kemungkinan bagi merubah dunia, meningkatkan kehidupan orang ramai, dengan mengambil keputusan yang melibatkan kita sebagai warganegara," katanya.
Beliau berkata demikian semasa melancarkan sebuah buku bertajuk "From Alma Baker Mansion to Ombak: Relocation and Restoration of a Colonial Style Malayan House" yang ditulis oleh Ahmad Hisham Kamaruddin di banglo gaya kolonial jurukur New Zealand Charles Alma Baker yang dibina pada 1894 di Batu Gajah, Perak yang dibelinya pada 2004 dan memindahkannya ke Terengganu.
Buku itu diterbitkan oleh Lembaga Warisan Negara.
"Setengah orang mendakwa bahawa televisyen dan radio dan teknologi digital lebih berpengaruh daripada buku. Memang benar ia mempunyai audiens yang besar daripada yang lain dan tidak membebankan tapi ada ramai orang lain termasuk saya, yang masih percaya bahawa buku tidak dapat digantikan," kata Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran.
"Semua orang tahu betapa bergunanya buku. Ia meringkaskan fakta dan idea yang sudahpun diketahui. Ia berhubung fakta baru dan mengembangkan idea baru. Ia membantu dalam pengajaran. Ia membolehkan cendekiawan melibatkan diri dalam dialog. Ia memberitahu kita cara untuk melakukan sesuatu. Ia memberi inspirasi, ia menghiburkan," katanya.
"Sepanjang tempoh sejarah dan begitu juga dengan masa depan merupakan bahan mentah bagi sebuah buku bercetak," katanya.
Mengenai buku itu, Muhyiddin berkata ia merupakan peristiwa penting dalam menerbitkan warisan seni bina negara dan merupakan sebuah buku yang penting dari beberapa segi pandangan.
Katanya buku itu juga penting sebagai satu rekod mengenai jenis tertentu struktur bangunan dalam sejarah seni bina Malaysia, berdasarkan model beberapa variasi banglo India-Inggeris.
Sementara itu, Pesuruhjaya Warisan, Jabatan Warisan Negara Prof Emeritus Datuk Zuraina Majid berkata jabatan itu akan meneroka kemungkinan mengemukakan rumah itu untuk pertimbangan bagi anugerah Aga Khan bagi seni bina.
Anugerah berprestij itu diwujudkan pada 1977 yang antara lain bertujuan mengenal pasti dan menganugerahkan konsep seni bina yang berjaya menangani keperluan dalam bidang reka bentuk kontemporari, penambahbaikan, pemuliharaan, penggunaan semula dan kawasan pemuliharaan dan begitu juga dengan reka bentuk landskap dan menambah baik persekitaran.
"Kami amat gembira bahawa rakyat Malaysia seperti Ahmad Hisham mengambil usaha memulihara warisan. Warisan adalah urusan semua orang (dan) bukan sahaja urusan jabatan itu sahaja," katanya.

Penuntut, Kakitangan UniSZA Sertai Program Keluarga Angkat
Sebahagian daripada pelajar UniSZA bersama keluarga angkat masing-masing di Bukit Besi, Dungun, Terengganu, baru-baru ini.
Cuma tiga hari namun ia sarat dengan pengalaman dan kenangan.
Itulah yang dirasakan oleh 80 pelajar dan kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) semasa menyertai program keluarga angkat di Bukit Besi,Dungun baru-baru ini.
Pengarah program berkenaan, Mohd. Bukhari Muhammad berkata, program itu memberi peluang kepada peserta untuk memiliki keluarga angkat dan tinggal bersama mereka yang kebanyakannya adalah petani dan pekebun.
Menurutnya, ia bertujuan mengetahui lebih dekat struktur masyarakat yang membawa kepada sebuah komuniti desa berorganisasi, bersatu padu, mesra, peramah dan saling menghormati antara satu sama lain.
“Para peserta dan penduduk kampung teruja dengan pelbagai program bersama seperti kembara desa, kuliah agama, pertandingan sukan rakyat, acara sukaneka dan persembahan kebudayaan oleh pelajar UniSZA serta penduduk kampung.
“Pengalaman tiga hari itu turut diisi dengan program membersih serta mengecat masjid dan kawasan kampung, senamrobik serta aktiviti berkayak di Tasik Puteri,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Program bertemakan ‘Setitik Budi Selaut Kenangan’ itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Besi, Datuk Din Adam.
Tambah Mohd. Bukhari, peserta turut berpeluang mendekatkan diri dengan murid sekolah dan pelajar cilik prasekolah untuk berkongsi kejayaan dan pengalaman mereka berjaya ke universiti menyambung pengajian.
Katanya, turut dianjurkan bengkel motivasi dikendalikan oleh pelajar jurusan kaunseling dan psikologi bagi berkongsi tips pembelajaran cemerlang dan penganjuran pertandingan mewarna bagi kanak-kanak.
“Program sebegini juga boleh memberikan pengalaman tambahan kepada golongan siswa untuk dimanfaatkan selepas meninggalkan kampus kelak,” katanya.
Sebelum berangkat pulang, para peserta bersama keluarga angkat masing-masing dibawa menikmati panorama indah di Taman Rekreasi Air Terjun Cemerung, dekat Dungun.
Pengajar Pusat Latihan Perkayuan Maut Kereta Bertembung Lori
Seorang pengajar di Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu terbunuh apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di kilometer 137 Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu, Kampung Felda Belara dekat sini, pukul 7.35 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Zamri Shamsuddin berkata mangsa Ahmad Afendie Othman, 26, dari Kampung Gong Badak di Kuala Terengganu, sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di Kampung Teris, Hulu Terengganu.
"Kejadian dipercayai berpunca daripada sebuah lori yang datang dari arah bertentangan cuba mengelak lubang dan termasuk ke laluan sebelah kanan lalu bertembung dengan kereta dipandu mangsa," katanya kepada pemberita di sini.
Akibat pertembungan itu, mangsa yang cedera parah di bahagian kepala, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori cedera ringan mendapat rawatan sebagai pesakit luar.
Sementara itu isteri mangsa Norafidah Ismail, 26, ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini berkata tiada perubahan ketara dilihat pada suaminya.
"Saya lihat dia macam biasa saja, cuma dia tertinggal dompet saja hari ini," katanya yang kini hamil enam bulan anak pertama mereka.
Ayah mangsa Othman Ali, 52, yang bekerja di Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu berkata kali terakhir dia berbual melalui telefon dengan anak kedua daripada tujuh beradik itu minggu lalu.
"Arwah kedengaran gembira semasa berbual dengan saya tempoh hari," katanya.

Seminar Antarabangsa Pendidikan Bahasa Melayu Lulus Tujuh Resolusi
Seminar Antarabangsa Pendidikan Bahasa Melayu 2011 yang berakhir semalam meluluskan tujuh resolusi dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi kerajaan.
Presiden Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM) Profesor Madya Dr Hashim Othman berkata seminar anjuran PPBM Cawangan Terengganu dengan kerjasama kerajaan negeri dan Jabatan Pelajaran Terengganu itu memberi fokus kepada penambahbaikan dasar bahasa dan pembudayaan bahasa Melayu itu sendiri.
Beliau berkata antara resolusi yang dibuat ialah meminta kerajaan mengembalikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar untuk semua mata pelajaran di sekolah dan institusi pengajian tinggi awam.
Kementerian Pelajaran juga perlu mengadakan bengkel dan kursus secara berterusan agar pembelajaran bahasa Melayu yang memikat dapat direalisasikan pada peringkat sekolah rendah dan menengah serta melatih kemahiran bahasa Melayu tinggi di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
Selain itu, katanya, Kementerian Pelajaran juga perlu menyediakan Latihan Dalam Perkhidmatan kepada guru bagi membolehkan mereka mencapai tahap penguasaan bahasa Melayu yang tinggi di samping menyusun strategi bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan di Malaysia.
"Kerajaan juga diminta menggerakkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai penerbit buku ilmu dan menyokong kuat kepada Institut Terjemahan Negara Malaysia dalam mengimport ilmu melalui terjemahan.
"Usaha menerbitkan perisian komputer, komik, video dan seumpamanya dalam semua bidang ilmu perlu dilakukan manakala seni dipergiatkan bagi mengembangkan budaya belajar melalui wahana teknologi maklumat dan komunikasi," katanya di Kuala Terengganu, semalam.
Dr Hashim berkata bagi menjayakan resolusi itu, pemimpin terutamanya wakil rakyat dan pegawai kerajaan perlu menguasai dan menggunakan bahasa Kebangsaan dalam semua urusan rasmi.
Kerajaan juga diharap dapat mengiktiraf PPBMM sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong dan membantu usaha positif kerajaan dalam pelaksanaan dasar Bahasa Kebangsaan, katanya.
Sebanyak enam kertas kerja dibentangkan pakar bahasa Melayu tempatan dan dari negara luar seperti Indonesia, Thailand dan China pada seminar yang bermula Isnin lepas.
Seminar yang pertama kali dianjurkan di Terengganu itu disertai 250 peserta dari tiga negara iaitu Indonesia, Thailand dan Malaysia.

Wednesday, March 16, 2011
Haram Judi - Hadi Sokong Anwar, Kit Siang, Tolak Nik Aziz?
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen semalam menegur Menteri Besar Kelantan itu berhubung pendirian Musyridul Am PAS berkenaan yang mengharamkan segala perjudian termasuk loteri kebajikan di Kelantan. Peliknya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut hadir dan 'bersetuju' dengan kenyataan Anwar. Turut berada di situ ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Daripada http://hambali1.blogspot.com/Tajuk asal - HARAM JUDI - TUNDUKKAH NIK AZIZ KEPADA DESAKAN PKR, DAP
Kerajaan Kelantan kini benar-benar terdesak dan kerjasama antara PAS dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini teruji dengan kes pengharaman judi di negeri itu.
Malah, kita mahu melihat bagaimana Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat berdepan dengan desakan PKR dan DAP dalam isu ini.
Nik Aziz dikatakan membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada sekutunya dalam konteks mengharamkan semua judi di Kelantan.
Isnin lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, kerajaan Kelantan tetap tidak berganjak dengan keputusan mengharamkan perjudian termasuk loteri kebajikan di negeri itu walaupun didesak supaya pengharamannya ditarik semula.
Berikutan pengharaman itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh mendesak kerajaan Kelantan supaya menarik balik pengharaman itu kerana ia dibenarkan kepada kaum bukan Islam di bawah Undang-Undang Kerajaan Persekutuan dan Kelantan.
Persoalannya, apakah beliau akan ‘menarik balik’ atau bertegas sebagai sifatnya sebagai Musyridul Am PAS dan selama ini menganggap hanya Kelantan negeri Islam.
Sudah pasti rakyat Malaysia – Islam dan bukan Islam – akan memerhatikan dengan mendalam dan mengambil perhatian berat sebarang keputusan Nik Aziz.
Yang nyata, hari ini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Menteri Besar Kelantan itu berhubung pendirian Musyridul Am PAS berkenaan yang mengharamkan segala perjudian termasuk loteri kebajikan di negeri itu.
Nampaknya Nik Aziz sehingga ini tidak berganjak walaupun didesak sekutunya DAP dam PKR supaya menarik balik pengharaman berkenaan.
Anwar berkata, sepatutnya kerajaan Kelantan berbincang bersama dengan pemimpin parti lain sebelum melakukan sebarang perubahan dari segi undang-undang, peraturan atau pelaksanaan undang-undang di negeri itu.
"Saya percaya ini akan memberi gambaran tepat sekali gus mengelakkan salah faham yang boleh mengeruhkan suasana atau disalah tafsir," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pembangkang di Parlimen di sini, semalam.
Peliknya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut hadir dan bersetuju dengan kenyataan Anwar. Turut berada di situ ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Amat jelas, kini PAS Pusat dan PAS Kelantan mempunyai pandangan berbeza mengenai pengharamkan judi ini.
Sehubungan itu, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkata beliau menyambut baik kesediaan PAS untuk berbincang bersama PKR dan DAP berhubung pengharaman segala perjudian termasuk loteri kebajikan di Kelantan, selewat-lewatnya lusa (Khamis).
“Lokasi perbincangan itu masih belum ditetapkan sama ada di Kedah atau Kelantan,” katanya.
Anwar yang juga Penasihat PKR itu berkata, antara yang terbabit dalam perbincangan itu nanti termasuk Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke; Naib Presiden PKR, Tian Chua; Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Amat jelas PKR dan DAP sedang mendesak PAS Kelantan, khususnya NIk Aziz sendiri dengan menetapkan selewat-lewatnya Khamis ini.’
Kenapa Anwar dan Kita Siang begitu terdesak mengenai isu ini hingga bagaimana memberikan kata dua kepada ‘Tok Guru’.
Kita mahu melihat reaksi PAS Kelantan dalam isu ini.
Jika Nik Aziz ‘berlembut dan membenarkan judi’ seperti loteri kebajikan, ia akan menggambarkan sikap sebenar PAS yang boleh ‘pejam mata sebelah’ dalam isu seperti ini hanya kerana mahu mendapatkan sokongan bukan Melayu.
Tetapi apakah rakyat Islam Kelantan boleh membiarkan keadaan itu berlaku dan sanggupkah mereka berlembut?
Atau mungkin juga mereka akan mula menilai sikap sebenar Nik Aziz dan PAS Kelantan yang selama ini mendakwa mereka Islam tetapi sebenarnya hanya untuk kepentingan dan kemenangan politik semata-mata.
Permaisuri Agong, PM Terima Anugerah Tertinggi Pengakap
Datuk Mat Razali Kassim sedang menerima bintang persekutuan Pengakap Malaysia dari Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. - Gambar oleh Harish Fadzillah.
Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam dianugerahkan Bintang Semangat Padi Kelas Pertama (Emas) daripada Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan anugerah itu sempena Majlis Pengurniaan Bintang dan Pingat PPM peringkat kebangsaan di Istana Melawati di di Balairong Istana Melawati, Putrajaya, semalam.
Laporan Teganukita menyebut, pada majlis berasingan, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Terengganu, Rozi Mamat adalah antara penerima bintang di Majlis Pengurniaan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia itu.
Beliau menerima Bintang Semangat Perak iaitu anugerah keempat tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia yang disampaikan kepada tokoh-tokoh yang memberi perkhidmatan dan bakti yang terpuji kepada pergerakan pengakap.
Turut menerima bintang yang sama ialah Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Azlan Dagang, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Datuk Mat Razali Kassim dan Pengarah Pelajaran Terengganu, Razali Daud bersama-sama beberapa penerima lain dari seluruh negara, termasuk dari Sabah dan Sarawak.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Toh Puan Seri Norliza Mahmud, Yang Di Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Tengku Putera Awang dan Setiausaha Kerajaan Terengganu, Datuk Mazlan Ngah adalah antara tetamu yang hadir selain beberapa Menteri Pusat.
Penerima-penerima lain dari Terengganu pada majlis hari ini ialah Yang Di Pertua Majlis Daerah Setiu, Ishamudin Hashim, Haji Ahmad Awang (Unit Perancang Ekonomi Terengganu) dan Zulkifli Ali (Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan, Pengurusan Majlis dan Protokol).
Mereka menerima Pingat Perkhidmatan Gemilang (PPG) iaitu pingat yang dianugerahkan kepada pemimpin-pemimpin bertauliah yang telah banyak menabur jasa dan bakti cemerlang di atas perkembangan pengakap.
Manakala Pegawai Pengurusan Majlis dan Protokol , Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Mohd.Zahari Jannah menerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) iaitu pingat kepada mereka yang memberi sumbangan yang sama juga dengan PPG.
Ahmad Said bersyukur dan bangga di atas anugerah yang diterima oleh pimpinan dan pegawai dari Terengganu di majlis berkenaan semalam.
Bintang Semangat Padi adalah anugerah tertinggi PPM yang disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang dan penerima yang layak hanya daripada kalangan pemimpin negeri dan negara.
Pada majlis itu, Raja Permaisuri Agong turut dimahsyurkan selaku Pesuruhjaya Pengakap Negara Kehormat manakala Perdana Menteri diisytihar sebagai Presiden Agung Pengakap Malaysia.
Turut hadir Ketua Pengakap Negara, Datuk Seri Dr Shafie Mohd Salleh.
Seramai 130 orang dikurniakan bintang dan pingat hari ini iaitu Bintang Pahlawan, Bintang Semangat Padi Perak, Bintang Semangat Rimba Emas, Bintang Semangat Rimba Perak, Bintang Semangat Rimba Perak (Kehormat) serta pingat perkhidmatan Gemilang dan pingat perkhidmatan Cemerlang.
Ia dikurniakan sebagai pengiktirafan kepada pemimpin-pemimpin pengakap yang telah berjasa kepada bangsa dan negara selaras dengan komitmen terhadap PPM.
Anugerah khas Bintang Pahlawan iaitu anugerah tertinggi yang diberi kepada pemimpin dan anggota-anggota pengakap yang telah memberi khidmat dalam menyelamatkan nyawa dan harta benda masyarakat sekelilingnya diterima Pengakap Remaja Sekolah Menengah Kapar Indah iaitu Muhammad Syazwan Zakaria
Sementara itu, antara penerima Bintang Semangat Padi Perak iaitu anugerah kedua tertinggi PPM adalah Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Noriah Kasnon adalah antara penerima Bintang Semangat Rimba Perak iaitu anugerah yang disampaikan kepada tokoh-tokoh yang telah memberi perkhidmatan dan bakti terpuji kepada pergerakan Pengakap.
TTPM Arah Syarikat Haji Bayar RM17,500
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) semalam, memerintahkan Aflah Haj dan Umrah Service membayar RM17,500 kepada dua pelanggannya selepas syarikat pengendali pakej haji dan umrah itu gagal memberi perkhidmatan ditawarkan.
Presiden TTPM, Reihana Abd Razak dalam keputusannya, memerintahkan wakil syarikat itu, Mustafar Ismail membayar RM10,500 kepada W Abd Razak W Hassan, 50, dan RM7,000 kepada Mohamad Idris, 50, dalam tempoh 30 hari bermula semalam.
Mohammad ketika ditemui berkata, beliau bersyukur kerana keputusan TTPM membolehkannya mendapatkan semula wang yang dibayar kepada syarikat berkenaan selepas menunggu hampir dua tahun.
“Saya membuat pembayaran tiga kali bermula November 2008, Januari dan Mac 2009. Syukur kerana berjaya mendapatkan semula wang berkenaan. Dengan duit yang ada, saya sedang mencari syarikat lain untuk meneruskan impian untuk ke tanah suci sekali lagi bagi mengerjakan umrah.
“Terima kasih kerana TTPM menyelesaikan masalah ini tidak sampai sebulan,” katanya, semalam.
TTPM turut memerintahkan syarikat pemaju perumahan, SePurnama Development Sdn Bhd membayar RM5,000 kepada Mamat Salleh, 59, dalam tempoh 14 hari daripada tarikh perintah dikeluarkan bermula semalam.
Wang itu dibayar Mamat sebagai pendahuluan bagi menempah rumah mampu milik Fasa 2 di Kampung Padang, Setenga, Kuala Berang.
Tuntutan bagi mendapatkan semula wang pendahuluan itu dibuat selepas permohonan Mamat untuk mendapatkan pinjaman di bank tidak berjaya dan usahanya untuk menemui pegawai syarikat pemaju untuk mendapatkan wang pendahuluan itu sebelum ini tidak berhasil.

Mohd Azizulhasni, Nicol Dinobat Olahragawan Dan Olahragawati 2010
Pasukan hoki negara yang memenangi pingat perak pada Sukan Asia di Guangzhou dipilih sebagai Pasukan Lelaki Kebangsaan pada majlis Anugerah Sukan Negara 2010 di Kuala Lumpur, semalam.
Jaguh berbasikal negara Mohd Azizulhasni Awang dan ratu skuasy Datuk Nicol Ann David dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2010 atas pencapaian cemerlang mereka pada kejohanan peringkat dunia tahun lepas.
Mohd Azizulhasni dan Nicol masing-masing menerima piala dan wang tunai RM10,000, yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada satu majlis di sebuah hotel di di Kuala Lumpur malam semalam.
Nicol, 28, mencipta sejarah apabila dijulang sebagai Olahragawati Kebangsaan buat kali kelapan dalam tempoh 11 tahun.
Pencapaian terbaiknya sepanjang tahun lepas termasuk dua emas di Sukan Asia, Guangzhou (November), pingat emas individu pada Sukan Komanwel, New Delhi (Oktober) di samping menjuarai Kejohanan Skuasy Wanita Dunia di Chennai, India (Mac) buat kali kelima.
Nicol merupakan pemain nombor satu dunia selama 55 bulan dan telah lima kali berturut-turut dinobat pemain terbaik sirkit Persatuan Pemain Skuash Wanita Antarabangsa (Wispa).
Calon olahragawati yang lain ialah atlet terjun Pandelela Rinong, gimnas Elaine Koon, penembak negara Nur Suryani Taibi, pakar wushu Chai Fong Ying dan ahli karate-do Lim Lee Lee.
Sementara itu, Mohd Azizulhasni, 22, menerima anugerah itu buat kali kedua berturut-turut.
Pelumba dari Terengganu itu, menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia apabila menunjukkan sikap tidak mengaku kalah apabila meneruskan kayuhan meskipun betisnya tertusuk serpihan kayu sepanjang 20sm ketika bertanding acara keirin pada Siri Piala Dunia Klasik UCI (International Cycle Union) di Manchester, England bulan lalu.
Beliau yang turut dikenali sebagai "The Pocket Rocketman" berjaya menamatkan perlumbaan itu di tempat ketiga.
Pencapaian terbaik beliau tahun lepas termasuk emas acara keirin Siri Piala Dunia UCI 2 di Cali, Colombia (Disember), emas pada Sukan Asia, Guangzhou dalam acara yang sama serta dua emas dan satu perak pada kejohanan Trek Piala Asia ACC, Jepun (Jun).
Atlet lain yang tersenarai sebagai calon Olahragawan ialah perseorangan badminton Datuk Lee Chong Wei, ahli bina badan Sazali Abdul Samad, penjaga gol hoki negara S.Kumar, pakar karate R. Puvaneswaran, pemain skuasy Mohd Azlan Iskandar dan atlet bowling Alex Liew.
Selain itu, kejayaan buat pertama kali pasukan hoki lelaki kebangsaan memenangi pingat perak di Sukan Asia tahun lepas melayakkan pasukan itu merangkul anugerah Pasukan Lelaki Kebangsaan 2010.
Anugerah Pasukan Wanita Kebangsaan menjadi milik pasukan skuasy wanita hasil kejayaan mereka memungut emas pada Sukan Asia dan gangsa di temasya Kejohanan Wanita Berpasukan Dunia ke-17, New Zealand.
Senarai pemenang Anugerah Sukan Negara 2010:
Olahragawan Kebangsaan - Mohd Azizulhasni Awang (berbasikal)
Olahragawati Kebangsaan - Datuk Nicol Ann David (skuasy)
Pasukan Lelaki Kebangsaan - Skuad Hoki Negara (Azlan Misron, Azreen Rizal Nasir, Baljit Singh, Faisal Saari, Hafifihafiz Hanafi, Izwan Firdaus, Ahmad Tajuddin, S. Kumar, Mohamad Sukri Abdul Mutalib, Mohd Madzli Ikmar Mohd Nor, Mohd Sharun Nabil Abdullah, Muhamad Amin Rahim, Muhammad Marhan Mohd Jalil, Muhammad Razie Abdul Rahim, Nabil Fiqri Mohd Nor, Roslan Jamaluddin, Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil).
Pasukan Wanita Kebangsaan - Skuasy (Datuk Nicol Ann David, Delia Odette Arnold, Sharon Wee, Low Wee Wern)
Olahragawan Paralimpik Kebangsaan - Zul Amirul Sidi Abdullah (Renang)
Olahragawati Paralimpik Kebangsaan - Nabilah Ahmad Sharif (Badminton)
Jurulatih Lelaki Kebangsaan - Stephen Van Huizen, Tai Beng Hai (Hoki Lelaki)
Jurulatih Wanita Kebangsaan - Tiada pemenang
Anugerah Kepimpinan Sukan - Prof Datuk AR W. Y. Chin (Snuker & Billiard)
Anugerah Tokoh Sukan - Tiada pemenang
Anugerah Khas - Datuk Lim Tiong Kiat (Badminton), Datuk Nashatar Singh Sidhu (Olahraga).
220 Pesakit Mendapat Manfaat Tabung Penyakit Kronik
Tabung Penyakit Kronik yang diperkenalkan Kerajaan Terengganu sejak tahun lalu sudah memberi manfaat kepada 220 pesakit yang menderita pelbagai penyakit berbahaya dan memerlukan perhatian segera.
Daripada jumlah itu, pesakit jantung (71 kes), buah pinggang (57 kes), kanser (36 kes) dan lain-lain kes termasuk bantuan peralatan dan sokongan melibatkan 56 kes.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, YB Yahya Khatib Mohamad, berkata berdasarkan rekod, peruntukan diterima menerusi tabung itu sejak September tahun lalu berjumlah RM2 juta dan kira-kira RM360 ribu sudah dibelanjakan sehingga Februari lalu.
Katanya, tabung itu diwujudkan atas kesedaran kerajaan melihat pelbagai penderitaan rakyat yang memerlukan perhatian segera terutama yang berdepan dengan penyakit kritikal dan memerlukan bantuan perubatan.
“Rayuan-rayuan itu biasanya dikemukakan kepada agensi kerajaan dan swasta, pemimpin masyarakat, malah ada yang memohon terus dengan kerajaan negeri. Tidak kurang juga kisah malang mereka mendapat liputan di dada akhbar tempatan dan media elektronik bagi mendapat belas kasihan dan simpati orang ramai.
“Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kesihatan contohnya, walaupun menyediakan berbagai skim bantuan untuk golongan miskin dan yang memerlukan, namun skim dan bantuan itu dalam kadar maksimum dan agak terhad,” katanya.
Katanya, menyedari kelemahan itu kerajaan mengambil langkah segera dengan menubuhkan tabung berkenaan yang boleh dinikmati oleh seluruh rakyat yang layak dan boleh memohonnya melalui pemimpin di kawasan masing-masing.

Enam Sekeluarga Tinggal Sehelai Sepinggang
Beginilah keadaan rumah yang hangus dalam kebakaran di Kampung Pengkalan Teras Keluang, Besut, Terengganu, semalam.
Enam sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka di Kampung Pengkalan Teras Keluang Besut, musnah dalam kebakaran semalam.
Mangsa, Fauzi Ali, 38, seorang tukang rumah memberitahu, dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu, kesemua anggota keluarganya tiada di rumah.
Ketika itu dia yang bekerja sebagai tukang rumah berada di Kampung Mak Sara di Jerteh manakala isteri dan empat anaknya berada di rumah keluarganya di Kampung Tiong, tidak jauh dari rumah mereka.
Kejadian itu disedari oleh seorang jiran yang cuba menghubungi mangsa tetapi gagal lalu menghubungi anak saudara mangsa yang tinggal di Kuala Krai, Kelantan.
Fauzi berkata, anak saudaranya itu berjaya menghubunginya lalu memberitahu mengenai kejadian itu.
"Pada mulanya saya amat bimbangkan isteri dan anak-anak saya tetapi saya bersyukur mendapati mereka selamat,'' ujarnya.
Menurutnya, dia diberitahu bahawa api marak dengan cepat memusnahkan semua perkakas rumah termasuk dua mesin jahit isterinya dan sepuluh pasang pakaian pelanggan serta dokumen penting.
Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Zamri Awang Long berkata, seramai enam anggota bersama sebuah jentera bomba dikejarkan ke tempat kejadian dan api dapat dikawal 15 minit kemudian.
Katanya, punca kebakaran masih dalam siasatan dan kerugian belum ditaksirkan.
Anak-anak Bekas Tentera Sertai Bengkel Motivasi Kecemerlangan
Sebahagian daripada anak-anak veteran ATM yang menyertai bengkel motivasi pelajar cemerlang di Besut, Terengganu, baru-baru ini.
Bengkel Motivasi Kecemerlangan Pelajar anjuran Jabatan Hal Ehwal Veteran, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama dua hari di Besut yang berakhir semalam ternyata memberi impak kepada calon-calon peperiksaan umum tahun ini.
Bagi sepasang kembar, Zuraina dan Zuraini Shaari 17, bengkel tersebut membantu mereka membuat persiapan untuk memperoleh kejayaan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
Anak bekas tentera itu berkata, program selama tersebut berkesan dalam menerapkan semangat setia kawan serta membina jati diri.
Zuraina berkata, dia bertuah dilahirkan sebagai anak tentera kerana berpeluang menyertai pelbagai program untuk kecemerlangan pendidikan.
"Saya berpuas hati kerana dapat menyertai program ini yang disusun begitu baik," ujar pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar, Dungun itu.
Hasil menyertai program itu, dia yakin mampu meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM hujung tahun ini.
Zuraini pula memberitahu, ini pertama kali dia menyertai program itu dan mendapati sesuai dengan keperluan pembelajaran serta petua-petua mengulangkaji pelajaran yang diperoleh di sekolah.
"Pada program motivasi, kami mampu menerapkan semangat mahukan kejayaan dan gabungan semua itu dapat melengkapkan pembelajaran yang berkesan," ujarnya.
Mereka adalah di antara 160 orang pelajar tingkatan tiga dan lima dari Kelantan dan Terengganu yang menyertai bengkel itu.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Musa Ali semasa berucap di majlis penutup bengkel itu berkata, program itu merupakan aktiviti tahunan dalam memberi pendedahan kepada anak-anak bekas tentera dalam bidang pelajaran.
Jelas beliau, pelaksanaannya adalah untuk menunjukkan bahawa jabatan tidak pernah melupakan jasa bekas tentera dalam menjaga keamanan negara.
"Keamanan ini perlu terus dijaga oleh anak-anak bekas tentera melalui kejayaan mereka dalam pelajaran," katanya.
Justeru ujar beliau, jabatan itu akan terus menyenaraikan program kecemerlangan dalam memastikan anak-anak bekas tentera terus mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan.
JHEAT lahir 1,000 Hafiz dan Hafizah
Enam peserta beramah mesra selepas memenangi pertandingan hafazan mengikut kategori masing-masing di Kuala Terengganu, semalam.
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (Jheat) dijangka melahirkan 1,000 Hafiz dan Hafizah setiap tahun sekiranya Kelas Hazafan al-Quran (KHAQ) di negeri ini diikuti dengan sempurna oleh pelajar.
Pesuruhjaya Jheat, Datuk Haji Shaikh Harun Shaikh Ismail, berkata pihaknya komited melahirkan seramai mungkin Hafiz dan Hafizah di Terengganu kerana pada masa kini masyarakat terutama ibu bapa seakan lupa terhadap tanggungjawab itu.
Katanya, sebagai permulaan, sebanyak sepuluh Sekolah Menengah Agama di negeri ini membabitkan pelajar tingkatan satu dipilih bagi mengikut KHAQ. Mereka perlu menghafaz al-Quran sekurang-kurangnya enam juzuk dalam tempoh setahun.
“Apabila tamat tingkatan lima nanti, mereka sudah mampu menghafaz 30 juzuk dan lancar dengan jenis bacaan fateh, taranum, munabbih dan fasohah.
“Kelas ini diwujudkan di atas desakan ibu bapa yang mahukan anak masing-masing `celik al-Quran’ selain menampung lebihan pelajar yang gagal mengikut program sama di lima Sekolah Menengah Imtiaz,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Menghafaz al-Quran peringkat negeri Terengganu di Auditorium, Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu, malam semalam(14 Mac).
Hadir sama Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, YB Haji Muhammad Ramli Nuh, Imam Besar negeri, Haji Aizi Saidi Abd Aziz dan beberapa pegawai kanan kerajaan.
Seramai 15 peserta berjaya menperdengarkan bacaan masing-masing di hadapan lapan hakim profesional.
Peserta persendirian lelaki, Mohd Jalaluddin Al-Fahmi Jusoh, 23, tahap hafaz 1 hingga 30 juzuk, dinobatkan sebagai juara bagi pertandingan itu. Beliau memperoleh wang tunai RM7,000 berserta sijil.
Manakala bagi peserta persendirian perempuan, Jueziatul Husna Mohd Zainun, 25, turut dinobatkan juara dan memperoleh hadiah dalam jumlah yang sama.
Mereka yang berjaya menjadi juara bagi setiap tahap hafaz iaitu 1 hingga 10 juzuk, 1-20 juzuk dan 1 hingga 30 juzuk layak mewakili negeri untuk ke pertandingan akhir peringkat kebangsaan.
Menurut Dato’ Haji Shaikh Harun, pendekatan ini nyata memberi tanda positif untuk melahirkan lebih ramai penghafaz al-Quran di Terengganu, selain dapat membantu mencapai matlamat kerajaan negeri.
“Pihak kami turut memperkenalkan kelas Bahasa Arab di hampir semua sekolah rendah dan menengah di negeri ini bagi membiasakan pelajar dengan bahasa Syurga itu sejak awal usia lagi.
“Ibu bapa disarankan perlu peka terhadap program yang diwujudkan di setiap sekolah anak dan perlu mendalaminya bersama-sama bagi mengelak terus ketinggalan,” katanya.
Unit Komunikasi Negeri
Piala FA - Terengganu Terpaksa Tunggu Perlawanan Kedua
Pemain Perak K. Nanthakumar (tengah) diasak pemain Terengganu, Hasmizan Kamarodin (kanan) dan Ahmad Nordin Alias pada perlawanan Piala FA di Stadium Perak, malam tadi.
Selangor, Pahang dan Perak membawa kelebihan jaringan gol ke perlawanan suku akhir kedua selepas menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan suku akhir pertama malam semalam.
Perak menang tipis 3-2 ke atas Terengganu di Stadium Perak. Gol tuan rumah dijaringkan oleh Isma Aliff Md Salim pada minit ke-14, Md Fazrul Hazli (minit ke-79) dan Akmal Rizal Rakhli (minit ke-82) sementara gol Terengganu dijaringkan Abd Manaf Mamat (minit ke-40) dan Reeshafiq Alwi (minit ke-90).
Perlawanan timbal balik suku akhir kedua akan berlangsung pada Jumaat dan Sabtu untuk menentukan empat pasukan mara ke separuh akhir Piala FA.
Kelantan yang merupakan juara Piala Malaysia musim lepas gagal memanfaatkan bermain di tempat sendiri apabila terpaksa seri 2-2 menentang pasukan kelab dari Kuala Lumpur, Felda United di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV.
Pasukan pelawat terlebih dahulu mendahului 1-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Muhammad Zamri pada minit ke-31 tetapi skuad Red Warriors berjaya mengikat kedudukan 1-1 menerusi Md Badhri Radzi pada minit ke-45.
Skuad bimbingan Datuk M. Karathu berjaya memperoleh gol kedua apabila Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol pada minit ke-70 tetapi pasukan Felda United tidak mahu mengaku kalah menjaring gol penyamaan pada minit ke-90 menerusi penyerangnya, Liew Kit Kong.
Di Shah Alam, juara Liga Super musim lepas, Selangor menumpaskan Johor 3-1 pada aksi di Stadium Shah Alam.
Bermain di tempat sendiri, pasukan The Red Giants terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi lorongan bola Mohd Amri Yahyah kepada Mohd Amirulhadi Zainal yang berjaya memperdayakan tiga pertahanan Johor untuk menjaringkan bola selepas empat minit babak kedua bermula.
Selang enam minit kemudian, Rudie Ramli menambah lagi tekanan pasukan Johor apabila berjaya mencuri peluang dengan menolak masuk bola hasil hantaran Azidan Sarudin untuk menewaskan penjaga gol pelawat, Mohd Amirul Abu Seman.
Perlawanan bertambah rancak apabila pasukan Merah Kuning terus melebarkan jurang setelah kawalan solo Mohd Amri Yahyah berjaya membolosi gawang Johor pada minit ke-71.
Bagaimanapun, Johor yang beraksi dalam Liga Perdana bangkit mencari gol sagu hati menerusi Mohd Alif Mohd Yusof pada minit ke-78 akibat kelekaan pertahanan Selangor.
Di Kuantan, pasukan tuan rumah, Pahang menang tipis 2-1 kepada Kuala Lumpur di Stadium Darul Makmur.
Skuad Tok Gajah mendahului 1-0 pada separuh masa pertama yang dijaringkan Famirul Asraf Sayuti pada minit ke-29.
Namun skuad Kuala Lumpur bangkit menyamakan jaringan menerusi Ahmad Azlan Zainal pada minit ke-55 sebelum memastikan kemenangan dengan menghukum barisan pertahanan Kuala Lumpur menerusi Azamuddin Mohd Akil yang menyumbat gol pada minit ke-64.
Pameran Mistik Terengganu Akan Diputuskan Majlis Jawantankuasa Fatwa Kebangsaan
Majlis Fatwa Negeri Terengganu (MFNT) masih belum dapat memberi kata putus mengenai cadangan sebuah syarikat mengadakan pameran mistik di Dataran Shahbandar di sini pada bulan depan.
Ahli Jawatankuasa MFNT Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, pihaknya telah mengadakan satu mesyuarat jawatankuasa fatwa yang dipengerusikan oleh Mufti Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Dr Alias Abdullah petang semalam.
"Saya maklumkan keputusan mesyuarat itu, jawatankuasa MFNT tidak membuat keputusan yang muktamad dan perkara itu (pameran) kita bawa kepada Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk memutuskannya," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Ujian Hafazan Al-Quran peringkat negeri Terengganu di sini malam tadi yang disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Muhamad Ramli Nuh.
Pada ujian itu seramai 18 peserta telah bertanding dalam tiga kategori hafazan Al-Quran iaitu satu juzud hingga 10 juzud, satu juzud hingga 20 juzud dan satu juzud hingga 30 juzud untuk memilih peserta dari Terengganu ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada bulan depan.
Shaikh Harun yang juga Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) berkata, pameran mistik itu merupakan satu perkara baru di mana didapati ada imbasan berkaitan dengan larangan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini.
"Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini tidak membenarkan pameran berhubung dengan perkara-perkara mistik seperti keranda, jin, syaitan dan perkara-perkara lain oleh syarikat berkenaan," katanya.
Beliau berkata, pameran seumpama itu merupakan pertama kali diadakan di Semenanjung Malaysia di mana sebelum ini pernah diadakan di negara Brunei Darussalam.
"Jadi kita kembalikan perkara ini kepada majlis Fatwa Kebangsaan dan memang wajar serta relevan sekali pihak kebangsaanlah yang akan mengeluarkan kata putus mengenai pameran itu," katanya.
Shaikh Harun berkata, Dr Alias selaku Mufti kerajaan Terengganu akan membawa perkara ini ke persidangan mufti-mufti seluruh Malaysia tidak lama lagi.
Katanya, Dr Alias akan berbincang terlebih dahulu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku urusetia dan diharap persidangan itu diadakan secepat mungkin.

Terengganu Tuan Rumah Simposium Tekstil Tradisi Asean
Satu simposium mengenai tekstil tradisi Asean akan diadakan di Taman Tamadun Islam di sini selama tiga hari mulai 21 Mac ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri Datuk Mohamed Awang Tera berkata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijadual merasmikan simposium tersebut.
"Ini pertama kali Terengganu menjadi tuan rumah simposium seumpama ini bagi pihak Malaysia. Antara objektif simposium ialah untuk mengenal pasti punca atau asal usul songket dan tekstil Asean.
"Yang lebih penting lagi ialah untuk mengenal pasti bagaimana Asean hendak menghadapi cabaran supaya tekstil mereka tidak pupus pada masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian 1Asean 1Jalinan di Kuala Terengganu, semalam.
Peserta dari negara Asean seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Kemboja, Thailand dan Vietnam akan menyertainya di samping dari negara sokongan Asean seperti Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Korea dan Australia.
"Seramai 330 peserta terdiri daripada para pengusaha, pemilik syarikat, pencinta seni songket dan tekstil akan hadir," kata Mohamed.
Beliau berkata Terengganu sendiri telah mempromosi songket dan batik ke negara-negara Eropah tahun lepas.

Tuesday, March 15, 2011
Pengusaha Bot Pelancong Diingat Tingkatkan Aspek Keselamatan
Pengusaha bot pelancong di negeri ini diingatkan supaya mempertingkat aspek keselamatan penumpang agar imej Terengganu sebagai negeri pelancongan tidak tercalar.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad said berkata kejadian bot terbakar dan karam ketika membawa pelancong di perairan Pulau Perhentian semalam tidak akan terjadi jika pengusaha memberi penekanan kepada keselamatan penumpang.
"Kita tidak mahu lagi berlaku kejadian-kejadian yang tidak diingini hingga boleh mencederakan pelancong," katanya kepada pemberita selepas melawat seorang pelancong yang cedera dan dirawat di Hospital Daerah Besut di Jerteh, semalam.
Ahmad berkata kejadian semalam boleh disifatkan kes terpencil dan berharap ia tidak menjejaskan jumlah kedatangan pelancong ke Pulau Perhentian yang terkenal dengan keindahan menakjubkan itu.
Dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi semalam, sebuah bot pelancong yang dalam perjalanan ke Pulau Perhentian terbakar kira-kira setengah jam setelah berlepas dari Jeti Pelancongan Kuala Besut di sini.
Ketika kejadian, bot itu membawa 40 penumpang terdiri dari tiga pelancong asing, 33 pelancong tempatan dari Melaka, dua penduduk Pulau Perhentian serta pemandu bot dan pembantunya. Kesemua mereka diselamatkan oleh bot nelayan di kawasan itu.
Tiga penumpang yang melecur kini dirawat di Hospital Besut manakala yang lain termasuk 17 kanak-kanak dan remaja berumur antara tiga dan 15 tahun ditempatkan di sebuah resort di Bukit Keluang di Besut.
Seorang pelancong tempatan, Jaafar Aman, 38, berkata beliau telah lama merancang untuk melancong ke pulau itu tetapi pengalaman yang menakutkan semalam menyebabkan beliau serik dan tidak lagi berhajat meneruskan percutian ke pulau peranginan itu.
"Saya dan isteri Norima Othman, 36, tidak dapat melupakan saat cemas ketika bot sedang marak terbakar dan kami hanya mengambil tindakan terjun ke laut apabila keseluruhan bot hampir musnah.
"Sungguh menakutkan melihat api yang marak dengan cepat, mujur juga bot penyelamat cepat sampai di lokasi kejadian," katanya.

TDM Bina Hospital Pakar Swasta Di Kuantan
Terengganu Development Management (TDM) Berhad, sebuah syarikat milik kerajaan negeri Terengganu akan membina sebuah hospital pakar swasta bernilai RM120 juta di Kuantan.
Pengerusinya Datuk Roslan Awang Chik berkata hospital setinggi tujuh tingkat, yang dijangka siap pembinaannya tahun depan, bakal dilengkapi dengan kemudahan teknologi perubatan terkini.
"Hospital baru itu untuk menggantikan bangunan hospital lama yang sedia ada di Kuantan kerana ruangnya semakin terhad," katanya di sini Isnin.
Roslan berkata hospital baru itu juga akan muncul sebagai hospital pakar swasta yang terbesar di wilayah Pantai Timur.
Sebelum ini TDM sudah mempunyai tiga buah hospital bersaiz sederhana iaitu Kuala Terengganu Specialist Hospital di Terengganu, Kelana Jaya Medical Centre di Selangor dan Kuantan Medical Centre di Pahang.
Roslan berkata adalah menjadi matlamat TDM untuk kekal sederhana dengan konsep pakar perubatan komuniti yang menawarkan penjagaan kesihatan tanpa elemen-elemen kemewahan.
"Atau dengan lain perkataan, perkhidmatan yang ditawarkan menitikberatkan pelanggan atau pesakit dan seterusnya mampu dinikmati oleh orang ramai," katanya.
Beliau berkata perkhidmatan di semua hospital TDM adalah setanding dengan apa yang terdapat di hospital di negara-negara maju.
Dalam hal ini, TDM terus bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan untuk menawarkan khidmat kepada orang ramai, katanya.

Pemuda UMNO lancar My-Geng BN
Wan Ahmad Farid Wan Salleh (tiga dari kanan) menyerahkan baju My-Geng BN kepada ahli Pemuda BN di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu, malam semalam.
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu melancarkan program My-Geng BN bagi menarik lebih ramai golongan muda mendekati Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.
Ketuanya, Badrul Hisham Zaki berkata, program secara bersemuka itu antara lain bertujuan mendapatkan maklum balas mengenai sikap pengundi muda melalui pendekatan yang lebih mesra.
Menurutnya, dalam usaha mengukuhkan sokongan rakyat khususnya golongan muda kepada parti, pelbagai pendekatan diatur sama ada di peringkat bahagian atau cawangan bersesuaian dengan minat dan kehendak golongan tersebut.
"Daripada maklum balas yang kita dapat, golongan muda tidak lari daripada BN tetapi mereka kurang diberi pendedahan mengenai dasar dan matlamat sebenar perjuangan parti ini.
"Sebab itu, program yang bakal menyusul selepas ini tidak terlalu memfokuskan kepada aktiviti yang berskala besar kerana hasrat kita bukan sahaja mahu melihat mereka bersama BN, malah memastikan golongan tersebut berada pada landasan yang tepat," katanya pada majlis pelancaran program itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu malam semalam.
Pelancaran disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Turut hadir, timbalannya, Datuk Ahmad Sabri Alwi.
Kata Badrul Hisham, program My-Geng BN itu bakal meletakkan jentera Pemuda BN di bahagian berkenaan pada kedudukan bersiap sedia untuk menghadapi cabaran sengit PRU akan datang.
Dalam pada itu, katanya, berdasarkan situasi politik semasa, pakatan pembangkang berada dalam zon kritikal berikutan penolakan rakyat terhadap gabungan tiga parti itu yang semakin ketara khususnya dalam pilihan raya kecil sebelum ini.
"Jentera pembangkang terutamanya Pas kini sudah mula merasai penolakan itu. Sebab itu, mereka tidak duduk diam dengan mengadakan ceramah demi ceramah bagi memastikan parti mereka terus bertapak," katanya.
Dengan tema Aspirasi Anak Muda Kini, turut diedarkan pelekat kenderaan, kemeja T, topi dan pelancaran My-Geng BN dalam laman sosial Facebook.
TDM keluar 25 Peratus Minyak Kelapa Sawit
Syarikat pegangan pelaburan milik Terengganu, TDM Berhad (TDM) mampu mengeluarkan 25 peratus minyak kelapa sawit yang membabitkan 12 ladang seluas 32,897 hektar di Terengganu.
Bagi memastikan kelestarian hasil sumbangan sektor peladangan, TDM turut memperoleh 25,000 hektar daripada sejumlah pakej tanah seluas 40,000 hektar di Kalimatan, Indonesia.
Pengerusi TDM, Datuk Haji Ruslan Awang Chik, berkata tanah di Kalimantan itu sedang giat diusahakan secara berperingkat-peringkat, di mana kawasan seluas 3,000 hektar selesai dimajukan sepanjang tahun lalu.
Katanya, sasaran bagi tahun 2010 adalah untuk meningkatkan hasil pengeluaran kepada 20.05 tan metrik sehektar atau sejumlah 651,10 tan metrik.
“Langkah-langkah sudah pun diperkenalkan demi mencapai sasaran ini termasuk melalui program penanaman semula dengan mengunakan klon-klon kelapa sawit yang dapat memberikan hasil lebih banyak dan pertanian teliti menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
“Sasaran lain adalah terima guna Kod Amalan Pertanian Baik (COGAP) untuk mencapai objektif Persidangan Meja Bulat Minyak Sawit Mampan (RSPO), memulihkan semula pokok kelapa sawit dengan baja, memperbaiki proes pemindahan tanaman dan menambah keupayaan kilang-kilang,” katanya.
Menurutnya, langkah seterusnya, diambil untuk meningkatkan kadar pengekstrakan, kualiti minyak dan isirong kelapa sawit dengan menambahbaik aliran proses serta operasi di kedua-dua kilang milik TDM di Sungai Tong, Setiu dan Kemaman.
Pelumba Malaysia Pamer Prestasi Lebih Baik - Naim
Mohd Hariff Salleh, mengekalkan jersi Hijau selaku 'Raja Pecut' dalam kesemua enam peringkat saingan.
Prestasi pelumba lebuh raya negara telah meningkat seperti yang terbukti pada perlumbaan berbasikal Jelajah Malaysia 2011 (JM2011) yang melabuhkan tirainya di sini Ahad.
Ketua Pegawai Operasi JM2011, Datuk Naim Mohamed berkata pelumba negara telah mempamerkan peningkatan prestasi walaupun Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) sebelum ini memberi perhatian kepada acara trek.
Pada perlumbaan JM2011, pelumba negara mendominasi dua daripada empat jersi utama dengan pelumba pasukan Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG), Mohd Hariff Salleh, mengekalkan jersi Hijau selaku 'Raja Pecut' dalam kesemua enam peringkat saingan.
Manakala pelumba kebangsaan Muhammad Adiq Hussainie Othman pula merampas jersi Merah (Raja Bukit) pada peringkat terakhir.
Naim, yang juga Naib Presiden PKBM, berkata pencapaian pelumba tempatan adalah petanda baik mengenai kemajuan program pembangunan acara lebuh raya.
"Perlumbaan Jelajah Malaysia perlu diteruskan kerana saya percaya pelumba tempatan akan lebih menyerlah dan lebih ramai bakat baru dapat digilap," katanya.
Menurutnya daripada 62 pelumba Malaysia yang mengambil bahagian pada edisi kali ini, hanya 21 pelumba gagal menamatkan saingan mereka.
Selain itu, katanya, walaupun penganjuran JM2011 boleh dikatakan sederhana dengan kekangan kewangan tetapi ia berjaya menarik penyertaan yang tertinggi dalam sejarah penganjurannya.
"Pada awalnya kita (PKBM) agak kuatir kita tidak berupaya untuk meneruskan kesinambungan penganjuran Jelajah Malaysia sebab kekurangan penajaan. Namun perjalanan perlumbaan masih tetap dapat diteruskan dengan baik," kata Naim.
Perlumbaan jelajah berbasikal tertua itu menarik penyertaan 30 pasukan yang merupakan pertambahan 10 pasukan berbanding tahun lepas.
Mengenai rungutan pelumba mengenai hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM180,000, Naim berkata PKBM akan meningkatkan jumlah hadiah wang tunai itu jika pelumba Malaysia mampu membuktikan mereka setanding pelumba pasukan luar negara.
Menurutnya, kriteria hadiah wang tunai itu bukan keutamaan dan tumpuan perlumbaan dikhususkan kepada aspek penganjuran, penyediaan kemudahan, penginapan, logistik dan keperluan teknikal.

MB Lawat Mangsa Kebanaran Bot Pelancong
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said melawat tiga mangsa kebakaran bot di Hospital Besar Jerteh pada petang ini dan menghulurkan bantuan peribadi kepada mangsa bagi meringankan beban mangsa.
Kebakaran bot yang berlaku kelmarin (13 Mac) kira-kira 10.30 pagi melibatkan 3 mangsa yang megalami kecederaan ringan dua dari mangsa trauma dan seorang melecur di bahagian tangan, manakala 33 mangsa yang lain di tempatkan Kluang Beach Resort dalam keadaan selamat.
Dalam lawatan tersebut beliau menemui dan bertanyakan seorang mangsa, Jaafar bin Aman yang masih dalam keadaaan trauma.
Jaafar memberitahu bot mula bertolak pada pukul 10 pagi, selepas lima minit bot bergerak, satu kepulan asap kecil keluar dari belakang bot menyebabkan penumpang mulai cemas dan 20 minit kemudian api yang mula marak ,menyebabkan semua penumpang diarahkan oleh pemandu ke bahagian hadapan sebelum mereka terpaksa terjun ke dalam laut menggunakan jaket keselamatan dan bergantung kepada tali yang disediakan.
Selepas 15 minit kemudian, penumpang diselamatkan oleh bot nelayan yang dihubungi oleh pihak ‘boatman’ melalui telefon bimbit.
Semua mangsa yang selamat di tempatkan di Kluang Beach Resort di uruskan sepenuh oleh Kementerian Pelancongan Negeri Terengganu dan mangsa yang berada di hospital juga semakin pulih dari trauma kejadian.

HSBZ Bakal Jadi Pusat Pengesanan Dadah Perangsang
Hasil cadangan mesyuarat Jawatankuasa Anti Dadah Terengganu akhir tahun lalu, kerajaan negeri bersetuju membantu mewujudkan Makmal Dadah dan Penyelidikan di Jabatan Patologi, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar berkata, projek itu dianggarkan menelan kos RM1.5 juta.
Katanya, ia kelak bakal menjadikan HSNZ sebagai pusat pengesanan Amphetamine Type Simulant (ATS) pertama di Pantai Timur dan kedua di negara ini selepas Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Menurutnya, kos berkenaan juga meliputi penyediaan Perkhidmatan Ujian Pengesanan ATS iaitu untuk pengubahsuaian makmal serta pembelian peralatan dan mesin yang berjumlah kira-kira RM500,000.
“Usaha ini bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk memerangi jenayah penyalahgunaan dadah di negeri ini yang semakin membimbangkan terutamanya melibatkan generasi muda.
“Kewujudan perkhidmatan pengesanan ATS ini juga dapat membantu agensi terlibat, terutama pihak polis mempercepatkan kes penyalahgunaan dadah terutamanya jenis ATS,” katanya kepada Utusan Malaysia, di Kuala Terengganu, kelmarin.
ATS adalah gelaran yang diberi kepada sekumpulan dadah jenis perangsang atau stimulants seperti Methamphetamine, Methcathinone dan Ecstasy manakala dadah yang paling popular ialah ecstasy dan syabu di mana ia merupakan ATS yang paling banyak disalahgunakan.
Menurut Dr A. Rahman, usaha kerajaan mewujudkan pusat berkenaan tidak bermakna negeri ini begitu kritikal dalam masalah dadah berbanding negeri lain.
Dengan adanya perkhidmatan ini katanya, ia dapat membantu mempercepatkan penyelesaian kes penyalahgunaan dadah dan pada masa yang sama dapat mengurangkan masalah berkenaan.
“Ketika ini, setiap tangkapan kes yang memerlukan ujian pengesahan terpaksa dirujuk ke HKL dan ini mengakibatkan tertuduh direman lebih lama di lokap sementara menanti keputusan ujian.
“Hal ini mengakibatkan banyak kes tertangguh serta tempoh pengendalian yang sepatutnya lebih cepat memakan masa yang agak lama,” katanya.

Pemuda UMNO Gotong-Royong Cat Masjid
Khazan Che Mat (dua dari kiri) bersama penduduk mengecat Masjid Kampung Gelong Gajah, Batu Rakit, Kuala Terengganu, kelmarin.
Lebih 100 ahli Pergerakan Pemuda UMNO Batu Rakit menyertai gotong-royong mengecat Masjid Kampung Gelong Gajah, dekat Batu Rakit kelmarin.
Setiausaha penyelaras pergerakan itu, Nazri Mamat berkata, ia sebahagian daripada program turun padang yang berterusan bagi merapatkan hubungan dengan penduduk setempat.
Sebelum itu, mereka bersama-sama memasang atap rumah seorang warga emas, Jusoh Muda, 68, di Kampung Padang Kemunting.
Menurutnya, sambutan yang diberikan oleh golongan terbabit amat memuaskan sehingga kerja mengecat masjid dan memasang atap rumah dapat disiapkan pada hari tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Agama negeri, Khazan Che Mat turut hadir menjayakan program itu.
Peniaga Alat Komunikasi Dikesan Jual Video Lucah
Seorang peniaga alat komunikasi di sebuah pasar raya di sini, bukan saja menjual telefon bimbit, malah menawarkan klip video lucah percuma kepada pelanggannya semata-mata untuk melariskan jualan.
Malah, selain menawarkan klip video lucah percuma, kedai berkenaan turut menarik ramai pelanggan terutama remaja yang mahu mendapatkan klip video lucah serendah RM3 bagi setiap muat turun.
Bagaimanapun, urus niaga tidak bermoral itu tidak berpanjangan apabila Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan (BKPFP) Kementerian Dalam Negeri (KDN) cawangan Terengganu berjaya mengesannya, bulan lalu.
Ketua BKPFP KDN Cawangan Terengganu, Mahdini Mustapa, berkata pihaknya mengesan taktik licik peniaga terbabit menjual klip video lucah selepas melakukan pemeriksaan rutin di premis itu yang dikendalikan pekerja lelaki dan wanita.
“Walaupun kita menemui klip video lucah itu dalam jumlah sedikit, kita mengarahkan pekerja terbabit memadamkan semua klip video lucah di depan penguat kuasa BKPFP dengan amaran supaya mereka tidak mengulangi kesalahan sama.
“Kita tidak mengambil tindakan penguatkuasaan kerana ketika ini kerajaan mahu menumpukan perhatian terhadap pendidikan pencegahan,” katanya di Kuala Terengganu, semalam.
Beliau berkata, peniaga yang melakukan kesalahan itu boleh didenda antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 5, Akta Penapisan Filem 2002 membabitkan filem lucah atau bahan publisiti filem lucah.
Mahdini bagaimanapun berkata, tindakan itu tidak bermakna peniaga yang menjual bahan terlarang itu akan dilepaskan begitu saja, sebaliknya bakal berdepan dengan undang-undang sekiranya melakukan kesalahan sama sebanyak tiga kali.
"Apa yang penting, ibu bapa perlu sentiasa memeriksa telefon bimbit anak masing-masing bagi mengelak mereka menyimpan bahan tidak bermoral seperti klip video lucah kerana ia menjadi satu punca kepada masalah sosial," katanya.

Monday, March 14, 2011
Semua 242 Pelajar Malaysia Di Kawasan Gempa Bumi Di Jepun Selamat
Semua 242 pelajar Malaysia yang berada di 10 kawasan yang menerima gegaran berkekuatan lebih 6 pada skala Richter semasa gempa bumi melanda Jepun, Jumaat lepas dilaporkan selamat, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung, berkata pelajar berkenaan adalah dari 20 institusi pengajian tinggi (IPT) di Sendai yang mengalami gegaran kuat.
Katanya, berdasarkan rekod Japan Education Student Organization, jumlah pelajar Malaysia yang melanjutkan pengajian di Jepun adalah seramai 2,465 orang termasuk 1,327 tajaan kerajaan Malaysia, 201 kerajaan Jepun dan 937 pelajar persendirian.
"Bagaimanapun, jumlah pelajar yang berdaftar dengan kedutaan adalah seramai 1,521 orang," katanya ketika menjawab soalan tambahan John Fernandez (DAP-Seremban).
Fernandez ingin tahu mengenai usaha yang dilakukan kerajaan supaya pelajar Malaysia di luar negara berdaftar dengan Jabatan Penuntut Malaysia atau kedutaan termasuk di Jepun yang didakwa terdapat pelajar yang gagal dikesan selepas gempa bumi dan tsunami melanda negara itu, baru-baru ini.
Bernama yang memetik Dr Hou sebagai berkata, Wisma Putra akan menyelaraskan operasi di Jepun dan semua pihak termasuk pelajar dan ibu bapa perlu mendapatkan nasihat dan arahan seterusnya daripada Wisma Putra.
Menjawab soalan asal Fernandez, beliau berkata, jumlah pelajar Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Penuntut Malaysia adalah sembilan orang di Singapura, 124 di China, 3,811 di United Kingdom, 948 di Amerika Syarikat, 513 di Perancis dan 672 di Jerman.
Katanya, pendaftaran pelajar di Jabatan Penuntut Malaysia dibuat secara sukarela namun ramai di kalangan mereka yang tidak mendaftar.
"Usaha berterusan akan dibuat oleh Jabatan Penuntut Malaysia dan kedutaan untuk menasihatkan pelajar dan warga Malaysia di luar negara mendaftar bagi memudahkan urusan sekiranya berlaku sebarang bencana atau krisis yang melanda negara berkenaan," katanya.
Kilang Bio Organik Jimat Kos Operasi TDM 10 hingga 15 Peratus - Ahmad Said
Terengganu Development Management (TDM), melalui anak syarikatnya TDM Plantation Sdn Bhd (TDMP) dijangka dapat mengurangkan kos operasinya antara 10 hingga 15 peratus setahun apabila menggunakan baja keluaran sendiri.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata ini berikutan TDMP telah membina sebuah kilang baja bio organik dan juga Medan Infodesa di Sungai Tong, bernilai RM3.4 juta.
"Sekarang kami dapat mengurangkan kebergantungan terhadap penggunaan baja kimia sebanyak 15 peratus atau penjimatan kos operasi lebih kurang RM15 juta setahun dengan adanya kilang baja bio organik sendiri.
"Sebelum ini TDM membelanjakan antara RM50 hingga RM60 juta untuk kos pembajaan ladang kelapa sawitnya setahun," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kilang Baja Bio-Organik dan Medan Infodesa (MID) di Sungai Tong, semalam.
Turut hadir Pengerusi TDM Berhad Datuk Roslan Awang Chik.
Ahmad berkata sebagai langkah permulaan, kapasiti pengeluaran Kilang Baja Bio-Organik yang mula beroperasi Jun 2010 itu adalah sebanyak 2,000 tan metrik sebulan atau 24,000 tan metrik setahun.
Beliau berkata pengeluaran baja bermutu tinggi dari kilang itu buat masa ini hanya cukup untuk menampung penggunaan baja di ladang-ladang milik TDM sahaja.
Katanya sekarang ini TDM merancang untuk membina sebuah lagi kilang seumpama itu di kawasan Ladang Tayor Kemaman memandangkan kos operasi begitu tinggi tahun ini.
Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan kos untuk pembinaan kilang tersebut.
Mengenai MID, Ahmad berkata ia amat sesuai digunakan untuk aktiviti seperti kursus profesional dalam bidang multimedia, pembangunan perisian aplikasi, laman web, penyenggaraan komputer serta rangkaian komputer.
Ini selaras dengan objektif Program Infodesa Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dalam mengatasi masalah jaringan digital antara komuniti bandar dan luar bandar.
Sementara itu, Roslan berkata bahagian perladangan TDM yang mengeluarkan 25 peratus minyak kelapa sawit dari Terengganu, menguruskan 12 ladang sawit seluas 32,879 hektar.
Katanya bagi memastikan kelestarian sumbangan hasil dari bahagian peladangan, TDM sudahpun memperoleh 25,000 hektar dari sejumlah pakej tanah seluas 40,000 hektar di Kalimantan, Indonesia.
Menurut Roslan tanah di Kalimantan itu sedang giat diusahakan secara berperingkat, dan daripada jumlah itu seluas 3,000 hektar telah selesai dimajukan pada tahun lepas.

Jelajah 1 Malaysia - Tabriz Petrochemical Juara, TSG Pasukan Terbaik Malaysia
Pasukan Tabriz Petrochemical Team (TPT) dari Iran mencuri tumpuan apabila muncul juara keseluruhan perlumbaan basikal Jelajah Malaysia 2011 (JM2011) yang berakhir di Nilai, semalam.
Pelumba pasukan Mehdi Sohrabi turut muncul juara keseluruhan selepas menguasai peringkat keenam dan terakhir perlumbaan dari Batu Caves, Selangor ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan.
Bekas juara edisi 2007, Mehdi, 30, melintasi garisan penamat dalam perlumbaan sejauh 175.1 kilometer itu dengan catatan masa tiga jam 59 minit 44 saat.
Selain menjuarai peringkat keenam, Mehdi juga berjaya menyarung jersi Kuning, selaku pelumba terbaik keseluruhan dan jersi Biru sebagai pelumba terbaik Asia, kedua-dua jersi yang dimenangi pada dua peringkat pertama.
Pasukan Iran itu dinobatkan sebagai pasukan terbaik keseluruhan dan pasukan terbaik Asia, kesemua lima daripada sembilan gelaran yang menjadi rebutan dalam saingan kali ini.
Mereka mencatatkan masa terkumpul 69 jam 31 minit dan lima saat.
"Perlumbaan amat sengit dan ramai pelumba mempunyai peluang memenangi jersi Kuning. Saya mendapat sokongan rakan sepasukan untuk merampas semula jersi itu hari ini," kata Mehdi.
Sementara itu, Mohd Hariff Salleh dari pasukan Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG) merangkul gelaran Raja Pecut (jersi Hijau) dengan 66 mata.
Katanya beliau dan pasukannya telah banyak menimba pengalaman dan mempelajari daripada jelajah itu.
Pasukan TSG, pasukan benua Malaysia yang baru dibentuk itu, juga muncul sebagai pasukan terbaik Malaysia dengan mengumpul catatan masa 69'52.55s diikuti skuad kebangsaan dan Kuala Lumpur.
Pelumba pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Amir Mustafa Rusli, memenangi jersi Putih, selaku pelumba terbaik Malaysia, dengan jumlah catatan masa terkumpul 23'11.32s.
Gelaran Raja Bukit (jersi Merah) menjadi milik pelumba kebangsaan Muhammad Adiq Husainie Othman dengan jumlah 12 mata.