Polis Terengganu menahan sepasang suami isteri dan merampas 1,000 biji pil kuda bernilai RM20,000 serta 10 botol dadah jenis heroin bernilai RM10,000 dalam satu serbuan pada malam 17 April lalu, di Kampung Durian Kasim, Ajil, Hulu Terengganu.
Lelaki berumur 33 tahun berasal dari Rantau Panjang, Kelantan dan isterinya, 24, dari Kampung Raja, Besut dikatakan tinggal di Kampung Alur Lintang, Besut dan dipercayai terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah sejak lebih dua tahun lalu di sekitar daerah Marang, Hulu Terengganu dan Besut.
Polis percaya dengan penahan pasangan itu juga ia akan dapat membantu kes kematian seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Nor Shazwina Alia berusia dua tahun yang dipercayai didera pada 2008.
Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustafa, berkata pasangan itu berjaya ditahan selepas pihaknya mendapat maklumat orang awam yang kemudian melakukan serbuan ke atas sebuah kereta Proton Waja yang dinaiki pasangan itu ketika berhenti di hadapan sebuah rumah di kampung berkenaan kira-kira jam 11.30 malam.
Katanya, ketika itu kedua-dua suspek cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran anggota polis, namun berjaya ditahan.
“Apabila pemeriksaan dijalankan, polis menemui 1,000 biji pil kuda jenis YABA dan 10 botol dadah dipercayai heroin, kira-kira 50.4 gram yang disorok di bawah tempat duduk pemandu kereta berkenaan.
"Polis juga percaya sebelum pasangan terbabit ditahan, kedua-dua mereka sedang menjalankan kegiatan pengedaran dadah di sekitar daerah Hulu Terengganu pada malam itu dan mereka juga disyaki penagih apabila ujian air kencing didapati positif kesan dadah jenis metapetamine dan morfin,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Program Pencegahan Jenayah – Reaching Out Walk About bersama masyarakat daerah Kemaman di tapak Pasar Tani di sini, kelmarin.
Jamshah yang menyertai konvoi bermotosikal polis trafik bersama lebih 20 anggota serta pegawai tiba di daerah ini sejak kelmarin dan turut melawat sekitar tapak pasar tani dan pasar malam sekitar bandar ini serta beberapa lokasi terpilih untuk bertemu dengan penduduk.
Mengenai kes kematian Nor Shazwina Alia, Jamshah berkata wanita terbabit juga dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung kes dera serta kematian kanak-kanak itu yang juga dikatakan anak angkat pasangan berkenaan, pada 22 September 2008.
Saturday, April 23, 2011
Misi selamat terumbu karang
Biarpun anak Terengganu sering dianggap pencinta lautan, namun bukan semua arif dengan khazanah marin terutama terumbu karang yang menghuni samudera di kepulauan negeri ini.
Sehubungan itu, kesempatan menyertai program khusus bagi menzahirkan kecintaan dan kesedaran memulihara terumbu karang dianggap peluang keemasan yang datang bergolek.
Penulis teruja mencuba kelainan dengan mengikuti program Garden International School Children anjuran Reef Check Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempromosikan kecintaan terhadap alam sekitar dalam usaha menyelamat terumbu karang. Program ini dijayakan dengan kerjasama Tanjung Jara Resort dan CIMB Bank, minggu lalu.
Sekalipun hanya berpeluang mengikutinya selama dua hari berbanding jadual tiga minggu yang ditetapkan, penulis amat berpuas hati kerana aktiviti yang dikendalikan di Tanjung Jara Resort dan Pulau Tenggol, Dungun mencabar minda dan membuka mata terhadap rahsia alam.
Paling menarik, program ini disertai kira-kira 50 orang termasuk 33 peserta cilik berusia 10 hingga 12 tahun termasuk 18 pelajar tempatan dari tiga sekolah di Dungun iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Dungun, SK Pulau Serai dan SK Kuala Abang. Tidak ketinggalan, pelajar dari dua sekolah antarabangsa cawangan Kuantan, Pahang dan Kuala Lumpur.
Biarpun berdepan dengan sedikit masalah komunikasi, ia tidak menjadi masalah kerana warga asing yang menyertai program itu sangat peramah malah peserta tempatan bijak menyesuaikan diri.
Pengurus Besar Reef Check Malaysia, Julian Hyde pula bijak menghidupkan suasana malah kebolehannya berbahasa Melayu menjadikan peserta cilik tempatan tidak kekok mendapatkan penerangan mengenai kehidupan marin dan teknik snorkeling.
Adalah menjadi aspirasi Reef Cheek melalui program itu untuk memberi pendedahan berhubung pemuliharaan terumbu karang selain menyuburkan rasa cinta terhadap alam kepada tunas negara.
Berita Harian

3 Remaja Hamil Terengganu Dapat Manfaat Daripada Sekolah Harapan
Sejak dibuka pada September lepas, Sekolah Harapan telah memberi penempatan kepada 49remaja hamil, kata Pengarahnya Datuk Ab Rahaman Ab Karim.
Tiga daripada mereka dari Terengganu dan paling ramai menghuni ialah Johor seramai 14orang.
Beliau berkata buat masa ini terdapat 35 remaja di rumah tersebut dengan sebahagiannya telah melahirkan anak, sementara yang lain sedang menunggu masa untuk bersalin.
"Sejak sekolah ini dibuka, seramai 28 bayi telah dilahirkan dan kesemua bayi tersebut diambil oleh keluarga kepada ibu bayi berkenaan," katanya kepada pemberita selepas perasmian sekolah itu oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, di Melaka kelmarin.
Hadir sama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan isteri Datin Seri Asmah Abdul Rahman.
Rosmah yang dalam lawatan sehari ke Melaka, tiba di sini pukul 11 pagi dan meluangkan masa kira-kira sejam untuk mendengar taklimat serta melawat pelajar di sekolah itu yang idea penubuhannya dicetuskan oleh Mohd Ali.
Ab Rahaman berkata remaja terbabit yang berusia antara 14 dan 18 tahun, datang dari Johor (14 orang), Melaka (8), Pahang (8), Negeri Sembilan (5), Kelantan (5), Terengganu (3), Kuala Lumpur (2), dan masing-masing seorang dari Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata remaja terbabit ditempatkan di sekolah itu sehingga habis tempoh berpantang sebelum kembali kepada keluarga masing-masing.
Ab Rahaman berkata pihaknya juga berusaha dengan kerjasama keluarga masing-masing untuk menikahkan remaja terbabit dengan pasangan masing-masing dan setakat ini dua daripada 49 remaja itu sudah berkahwin.
"Pada tahun lepas, seramai lima orang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan dua daripadanya mendapat keputusan 3A dan seorang memperoleh 2A," katanya menambah seramai 14 orang akan menduduki peperiksaan SPM dan dua Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.
Beliau berkata kesemua remaja terbabit dijaga dengan baik termasuk pemantauan daripada Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
"Suka saya maklumkan di sini, bahawa remaja di sini dijaga dengan baik dari segi kesihatan, makan minum dan rehat yang mencukupi, kita bawa balik mereka ke pangkuan agama, kita beri kaunseling, ajar mereka bersembahyang, membaca al-Quran, kita beri kemahiran sebagai seorang ibu untuk mereka menjaga bayi nanti dan kemahiran sebagai seorang isteri," katanya.
Katanya pada tahun ini kos mengurus dan pembangunan dijangka sekitar RM1.1 juta berbanding RM547,171 pada tahun lepas.
Beliau juga berkata sekalipun kapasiti 35 orang sudah dicapai, pihaknya menimbang kemungkinan meningkatkannya kepada 50 orang memandangkan terdapat 15 lagi remaja hamil memohon untuk masuk ke sekolah itu.
Selain itu kata beliau, isteri Perdana Menteri ketika lawatannya turut menyumbang idea bagi menambahbaik sekolah tersebut seperti usaha untuk menikahkan remaja terbabit dengan pasangan masing-masing, memberi input agama yang mencukupi dan memulihkan semangat mereka agar kembali menjadi warganegara yang baik.

Lawatan PM Ke Terengganu Untuk Lihat Sendiri Suasana Hidup Rakyat
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Terengganu pada 30 April ini bertujuan bertemu dan melihat sendiri kehidupan rakyat negeri itu.
Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata kebanyakan aturcara Program Turun Padang Perdana Menteri selama sehari itu berkisar kepada pertemuan dengan rakyat.
"Perdana Menteri sudah pesan, tiada protokol untuk rakyat berjumpanya kerana beliau mahu melihat sendiri suasana hidup rakyat dan beliau tidak mahu lihat yang elok-elok sahaja.
"Datuk Seri Najib akan menemui pelbagai lapisan rakyat tanpa mengira latar belakang parti di beberapa kawasan pinggir bandar seperti di Batu Enam, Bukit Tunggal, Manir dan Pulau Duyong," katanya kepada pemberita di Marang, semalam.
Beliau sebelum itu mewakili Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said merasmikan Mesyuarat Agung Serikandi Kali ke-24/2011. Turut hadir Yang Dipertua Serikandi Toh Puan Seri Norliza Mahmud.
Tengku Putera berkata Perdana Menteri akan turut menemui rakan online, facebook dan twitter beliau dalam siri pertemuan 'Mari Berjumpa, Mari Berhubung'.
"Rakan online anak Terengganu termasuk yang berada di Sarawak dan Pulau Pinang pun sudah mengesahkan akan balik untuk berjumpa Datuk Seri Najib," katanya.
Tengku Putera berkata program turun padang Perdana Menteri ke Terengganu adalah yang ketiga selepas melawat Johor dan Sarawak sebelum ini.
Lawatan Perdana Menteri ke Terengganu akan diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang mempunyai program berasingan di Dungun.

300 Sekolah Naik Taraf Sekolah Kluster Kecemerlangan Menjelang 2015
Kementerian Pelajaran Malaysia menyasarkan sebanyak 300 buah Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) menjelang 2015, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abd Ghafar Mahmud.
Beliau berkata sehingga kini 124 buah sekolah dinaikkan taraf kepada SKK termasuk 30 sekolah hari ini, manakala 26 buah sekolah lagi telah mendapat pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) sebelum ini.
Katanya 16 SKK telah dinaikkan taraf sebagai SBT kohort 1 pada 2010 sementara 10 SKK lagi sebagai SBT kohort 2 pada Februari lepas.
"Saya berharap warga SKK menjadi 'role model' dan pembimbing kepada sekolah lain yang berhampiran dan seterusnya menjadi contoh dan 'show case' di peringkat kebangsaan dan antarabangsa," katanya ketika mengumumkan 30 sekolah yang dinaikkan taraf SKK pada majlis Pengiktirafan SKK Fasa 4 di sini Jumaat.
Johor mendahului senarai SKK dengan empat sekolah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Kelantan masing-masing tiga sekolah, Melaka, Sabah, Kuala Lumpur dan Pahang masing-masing 2 sekolah manakala Pulau Pinang, Kedah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Kedah dan Terengganu masing-masing satu sekolah.
Katanya kejayaan beberapa sekolah perlu dicontohi seperti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail Johor Baharu yang berjaya mendapat satu pingat emas dan satu pingat gangsa untuk '2nd Apec Future Scientist Conference' di Thailand, sementara Sekolah Menengah Sains (SMS) Selangor, SMS Hulu Selangor dan Kolej Islam Sultan Abdul Aziz Shah yang telah memenangi satu pingat emas, satu pingat perak dan dua pingat gangsa di Akademi Sains Korea di Busan bagi Program 'Student's Camp for Gifted in Science'.
Begitu juga SMK Ave Maria Convent Ipoh berjaya mendapat pingat Perak dalam pertandingan pancaragam 'Singapore International Band 2010' dan Sekolah Sukan Bukit Jalil mendapat tempat pertama dalam pertandingan hoki 'International Hockey Tournament' yang diadakan di Perth, Australia.
Tambah beliau dalam tempoh suku tahun pertama tahun ini, SKK telah menjayakan sebanyak 17 program pengantarabangsaan, termasuk SMK Victoria, Kuala Lumpur yang telah berjaya mendapat tempat pertama bagi pertandingan Poster Sains (Inovasi) di '10th ACA (Independent) Life Sciences Symposium 2011' yang diadakan di Singapura bulan lalu.

RM3.38b Diperuntukkan Tingkat Sektor Pertanian
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan sebahagian Kor Tani yang terdiri daripada petani, penternak dan nelayan ketika menghadiri Perhimpunan Petani, Penternak dan Nelayan 2011 di MAEPS, Serdang, semalam.
Kerajaan memperuntukkan RM3.38 bilion bagi membiayai perbelanjaan mengurus serta pelaksanaan projek-projek pembangunan pertanian tahun ini, kata Datuk Seri Najib Razak.Perdana Menteri berkata bidang pertanian akan terus diberi perhatian dan keutamaan kerana sektor itu adalah kritikal untuk kesejahteraan rakyat.
Antara projek yang diberikan keutamaan ialah melaksanakan projek Empangan Paya Peda di Terengganu bagi menyediakan saliran pertanian untuk tanaman padi dengan kos sebanyak RM319 juta.
"Jika gagal untuk menambah sumber bekalan makanan, rakyat akan menghadapi inflasi harga kenaikan barangan makanan yang tinggi.
"Oleh itu, salah satu daripada jawapan kepada ancaman ini, kita perlu berusaha dengan lebih gigih agar sumber bekalan makanan tempatan dapat ditingkatkan," katanya ketika menyampaikan amanat pada Hari Perhimpunan Petani, Penternak dan Nelayan di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar. Najib berkata antara perbelanjaan yang telah diluluskan oleh kerajaan ialah pemberian subsidi harga padi sebanyak RM480 juta, pemberian subsidi baja padi (RM409 juta) dan insentif peningkatan hasil padi (RM80 juta).
"Selain itu, insentif pengeluaran hasil padi sebanyak RM150 juta di mana disediakan bantuan kos pembajakan dan baja tambahan, subsidi harga beras (RM167 juta), subsidi benih padi (RM85 juta) dan insentif hasil tangkapan nelayan (RM170 juta)," katanya.
Beliau berkata pada tahun ini juga, kerajaan telah meluluskan peruntukan khas bagi tujuan penyelenggaran dan memperbaiki saluran pertanian dan usaha untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi berjumlah RM165 juta.
"Di samping itu, kerajaan sedang mempertimbangkan peruntukan tambahan yang diperlukan tetapi ini tertakluk kepada perbelanjaan negara untuk menampung perbelanjaan tambahan.
"Tetapi peruntukan RM400 juta tambahan telah diluluskan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani selaras dengan Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara," katanya.
Selain pembiayaan kewangan dan perbelanjaan yang besar, Najib berkata kerajaan juga menyediakan peruntukan melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) yang telah diberikan peruntukan sebanyak RM120 juta pada tahun ini bagi menyediakan pinjaman mikro tanpa penjamin dan cagaran, serta kemudahan yang disediakan oleh Agrobank.
Beliau berkata Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) pertanian yang akan dipacu oleh sektor swasta, mencatatkan jumlah keseluruhan pelaburan untuk bidang itu berjumlah RM18.9 bilion, iaitu RM8.2 bilion merupakan pelaburan oleh kerajaan manakala swasta (RM10.7 bilion).
"NKEA pertanian disasar untuk menambah sumbangan kepada pendapatan negara kasar (GNI) sebanyak RM28.9 bilion pada 2020 dan membuka sebanyak 74,600 peluang pekerjaan," katanya.
MHS Meterai Kontrak RM3 Bilion Untuk Sedia Perkhidmatan Helikopter
MHS Aviation Berhad (MHS), penyedia perkhidmatan pengangkutan helikopter menandatangani kontrak RM3 bilion untuk menyediakan perkhidmatan helikopter kepada syarikat minyak dan gas utama yang beroperasi di Malaysia.
Kontrak itu ditandatangani antara para pehawai MHS dan Petronas Carigali Sdn Bhd, ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc dan Newfield Peninsular Malaysia Inc.
"Kontrak 10 tahun itu, bermula 1 April 2011 hingga 31 Mac 2021, dengan opsyen melanjutkannya sehingga 31 Mac, 2026," kata Ketua Pegawai Eksekutif MHS Ir Ma'som Mahadi.
MHS akan menawarkan perkhidmatan ke lebih 100 pelantar luar pesisir melalui Lapangan terbang Kerteh Terengganu, kata Ma'som.
Mengulas mengenai pemeteraian itu, beliau berkata: "menerusi pengalaman lebih 20 tahun, kami yakin dapat menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan."
Menerusi tambahan lima pesawat baharu Eurocopter EC225 dalam kumpulan pesawat syarikat, syarikat itu mampu memenuhi keperluan pelanggan menggunakan kemudahan dan peralatan teknologi terkini.

2 Pasukan Benua, 5 Pasukan Kebangsaan Pada Kejohanan MCMC 2011
Perlumbaan sehari (one-day-race) bertaraf antarabangsa, Kejohanan Lumba Basikal Piala Ketua Menteri Melaka 2011 (MCMC 2011) yang bakal berlangsung Ahad ini mene- rima sambutan hebat apabila dua pasukan benua dan lima pasukan kebangsaan mengesahkan penyertaan masing-masing.
Kelima-lima pasukan kebangsaan itu adalah Iran, Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei.
MCMC 2011 dirangka untuk menjadi sehebat perlumbaan klasik sehari yang gah dan dinanti-nantikan ramai pelumba Eropah seperti Paris-Roubaix serta Milan-San Remo.
Justeru, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) telah mendaftar kejohanan tersebut atas kategori 1.2 dalam kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).
Presiden PKBM, Abu Samah Abd Wahab mengesahkan yang Iran akan diwakili majoriti pelumba pasukan benua Iran, Suren Cycling Team yang cemerlang pada Le Tour de Filipinas 2011 (LTdF 2011) dan pernah menyertai Le Tour de Langkawi 2011 (LTdL 2011).
Manakala Le Tua Cycling Team (LeTua) dan Terengganu Cyling Team (TSG) yang kian harum di pentas antarabangsa, pasti membariskan nama besar termasuk Anuar Manan serta Mohd. Harrif Salleh.
“Suren mempunyai beberapa nama besar seperti Vahid Ghaffari, Ebrahim Javani, Meysam Ameli, Hamid Shirisisan, Abolfazl Nazari Daghalian dan Ramin Mehrabani Azar.
“Le Tua pula sudah pasti tampil dengan beberapa nama besar. Saya menjangkakan Ng Yong Li akan berkayuh. Saya dengar mereka juga ada beberapa pelumba import.
“Selain dua pasukan benua, kejohanan ini menerima kejutan terbaru apabila Thailand baru saja mengesahkan penyertaan.
“Saya percaya Indonesia akan menghantar pelumba handalan untuk menguji kekuatan menjelang Sukan SEA 2011 yang akan diadakan di Palembang nanti.
“Saya yakin, menerusi kejohanan ini kita boleh mengukur dan mengenal pasti pelumba terbaik dari Thailand, Brunei, Indonesia dan Singapura.
“Mungkin pada masa hadapan kami akan jemput pasukan kebangsaan Filipina dan Vietnam,” kata Abu Samah dalam satu kenyataan semalam.
Beliau menegaskan, MCMC 2011 akan diperisakan lagi dengan penyertaan pasukan negeri termasuk Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Johor dan Kedah yang boleh mengukur kehebatan pelumba masing-masing bersaing dengan tonggak luar.
“Dua kejohanan besar yang menawarkan hadiah kemenangan wang tunai menarik adalah satu senario baik kepada pasukan lebuh raya kebangsaan Malaysia.
“Ia memberi peluang kepada pelumba kita cara terbaik menangani kerenah perlumbaan sehari seperti Sukan SEA, Sukan Asia dan Sukan Komanwel.”
Menyentuh tentang GP Melaka, beliau percaya Mohd. Harrif kini dalam prestasi terbaik untuk muncul juara buat kali kedua selepas berbuat demikian di GP Kelantan, apatah lagi dengan ketiadaan juara GP Kuala Lumpur, Mohd. Adiq Hussainie Othman yang kini menyertai Tour de Korea 2011 (TdK 2011).
“Laluan GP Melaka serta MCMC 2011 menjanjikan ruang terbaik kepada semua pelumba kerana ia landai bercampur berbukit.
“Saya percaya pemecut akan menyimpan tenaga dan mungkin melakukan pemisahan pada 15 kilometer terakhir,” katanya.

Pelancong Britain mati lemas di Pulau Perhentian
Seorang pelancong rakyat Britain mati lemas ketika mandi di pantai berhampiran chalet penginapannya di Pulau Perhentian Besar dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi, kelmarin.
Wanita dikenali sebagai Suzanne Lock Kam, 62, dipercayai berenang bersendirian kira-kira 15 meter dari pantai dan beberapa pelancong lain berada tidak jauh dari situ.
Suzzane yang diselamatkan kumpulan pelancong berkenaan disahkan mati ketika dalam perjalanan ke Klinik Desa Pulau Perhentian Kecil dan mayatnya dihantar ke Hospital Besut di Jerteh untuk bedah siasat.
Wanita yang berasal dari Kampar, Perak dan mendapat taraf kerakyatan Britain itu, tiba ke pulau peranginan itu bersama suaminya Terry Michael, 73, pada 17 April.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria mengesahkan kejadian berkenaan.

Atlet Formula Future Giat Berlatih
Atlet Formula Future di bawah bimbingan Persatuan Sukan Air Negeri Terengganu kini giat menjalani latihan sebagai persediaan ke Program Klinik dan Pemilihan Wakil Formula Future Terengganu di Kuala Lumpur yang dijadualkan 5 Mei ini.
Seramai 25 atlet akan dihantar ke program berkenaan, namun, hanya 10 peserta terbaik akan dipilih untuk membawa bendera Terengganu nanti.
Jurulatih, Khairul Azlan Mohd berkata, bagi memantapkan stamina dan aksi terbaik, kesemua atlet kini menjalani latihan setiap hari di Lagun Kuala Ibai, di sini.
“Jika sebelum ini, atlet hanya menjalani latihan dua kali seminggu, namun untuk memantapkan lagi persembahan, kita meningkatkan latihan dengan mengadakannya setiap hari.
“Sehubungan itu, saya berharap agar atlet akan membuat yang terbaik bukan sahaja untuk mengharumkan nama Terengganu, tetapi juga nama negara,” katanya.
Menurutnya, sukan Formula Future Terengganu berjaya melahirkan atlet yang bukan sahaja cemerlang pada peringkat kebangsaan, malah turut dikenali peringkat dunia.
“Malah, atlet yang menjalani latihan untuk persediaan itu (klinik dan pemilihan) juga sangat membanggakan hingga menyukarkan kami di peringkat pengurusan untuk membuat pilihan memandangkan kesemuanya menunjukkan prestasi membanggakan,” katanya

Friday, April 22, 2011
Takaful Ikhlas Sedia Hadiah RM200,000 Bagi Kempen IKHLAS Rumah Impianku
Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Kempen IKHLAS Rumah Impianku sempena pembukaan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2011 di Ipoh. Foto: Ihsan Takaful Ikhlas.
Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS), syarikat penyedia perkhidmatan dan produk takaful, menawarkan hadiah sehingga RM200,000 sempena pelancaran Kempen IKHLAS Rumah Impianku.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Sdn Bhd Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata Kempen IKHLAS Rumah Impianku ini adalah kerjasama Takaful IKHLAS dan Majalah Anjung Seri.
"Kerjasama pintar ini meliputi penyediaan pakar hiasan dalaman Anjung Seri untuk mereka ruang kediaman rumah impian pemenang Cabutan Bonanza," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama semalam.
Syed Moheeb berkata hadiah cabutan bertuah bagi Kempen IKHLAS Rumah Impianku ini berjumlah RM200,000, yang menawarkan hadiah utama pakej pengubahsuaian ruang kediaman serta barangan kelengkapan rumah dengan sentuhan idea rekaan pelakon dan pengacara Wardina Safiyyah dan suaminya yang bernilai RM60,000 untuk seorang pemenang.
"Takaful Ikhlas memahami keadaan yang dialami setiap kakitangan kerajaan apabila hendak mengubah suai rumah dan perbelanjaan besar yang dihadapi ketika pengubahsuaian rumah tersebut."
"Dengan itu, Kempen IKHLAS Rumah Impianku ini memberi peluang kepada mereka untuk mengubah suai rumah menggunakan kepakaran pereka hiasan dalaman yang terkemuka serta dapat menambah baik bilik atau kawasan tertentu rumah dan pengunaan barang-barang elektrik dan perabot bermutu," kata Syed Moheeb.
Selain itu, terdapat juga hadiah sampingan bagi 10 orang pemenang yang bernilai RM5,000 manakala hadiah cabutan bulanan bernilai RM5,000 akan diberikan kepada lima pemenang bertuah.
Syed Moheeb menjelaskan bahawa Kempen IKHLAS Rumah Impianku ini dikhaskan untuk kakitangan kerajaan dan mereka yang memilih Takaful IKHLAS sebagai penyedia perlindungan takaful perumahan bagi pinjaman yang diluluskan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) dari 1 April, 2011 hingga 30 September, 2011.
"Kempen IKHLAS Rumah Impianku adalah kesinambungan usaha untuk menggalakkan kakitangan kerajaan yang mengambil pinjaman dengan BPP untuk memilih perkhidmatan Takaful IKHLAS sebagai syarikat takaful untuk melindungi pinjaman hartanah mereka," katanya.
Kempen itu dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena pembukaan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2011 di Ipoh, semalam.
Takaful IKHLAS menjadi panel BPP sejak 2006. BPP merupakan badan kerajaan di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggung jawab mengendalikan pinjaman perumahan kepada warga kerja sektor awam.
Sebelum melancarkan kempen itu, Syed Moheeb berkata Takaful IKHLAS telah memperkenalkan kadar terendah kepada kakitangan awam. "Ini merupakan inisiatif kami agar setiap kakitangan kerajaan dapat menikmati perlindungan pinjaman yang terbaik di pasaran."
"Takaful IKHLAS merupakan pilihan yang unggul kepada warga kerja kerajaan
Malaysia bagi pembiayaan perumahan kerana kadar yang lebih kompetitif dan perlindungan yang komprehensif," katanya.
Syed Moheeb menjelaskan bahawa pelbagai kemudahan disediakan untuk memudahkan warga kerja kerajaan berurusan dengan lebih cepat antaranya pusat perkhidmatan setempat di Putrajaya dan membina laman sesawang yang interaktif serta mesra pengguna.
Bagi kakitangan awam yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Kempen Rumah Impianku ini mereka boleh melayari www.takaful-ikhlas.com.my.
Takaful IKHLAS sentiasa menekankan faktor kepuasan pelanggan dan memenangi pelbagai anugerah untuk perkhidmatan produk yang ditawarkan semenjak Syarikat mula beroperasi pada 2003.
Sehingga hari ini, Takaful IKHLAS, yang menawarkan rangkaian produk keluarga dan am yang komprehensif, mempunyai lebih 1.7 juta pemegang sijil (polisi) berdaftar.
Syarikat takaful yang beriltizam untuk menjadi penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan berlandaskan Syariah yang terpilih ini juga mempunyai lebih 7,000 orang ejen yang sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan dan penerangan mengenai keperluan takaful masyarakat di seluruh Malaysia.
Takaful IKHLAS, yang mula beroperasi pada Julai 2003, merupakan anak syarikat MNRB Holdings Berhad, sebuah Syarikat pemegangan pelaburan yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia di mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad melalui Skim Amanah Saham Bumiputera.
Takaful IKHLAS mempunyai pusat perkhidmatan pelanggan di Pejabat Korporatnya di Bangsar South, Kuala Lumpur serta pejabat wilayah di Klang, Kota Bharu, Johor Bahru, Sungai Petani, Sarawak, Melaka, Sabah, Pahang, Ipoh, Kuala Terengganu dan Putrajaya.
LIma Lelaki Dituduh Rogol, Seks Luar Tabii Gadis Bawah Umur
Lima lelaki, termasuk tiga tertuduh juvana dihadapkan di dua mahkamah berasingan semalam, atas pertuduhan merogol dan melakukan hubungan luar tabii terhadap seorang gadis berusia 14 tahun di sebuah rumah di Dungun, Mac lalu.
Dalam pertuduhan pertama, dua rakan karib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan memasukkan kemaluan ke dalam mulut mangsa pada 13 Mac lalu.
Mohd Syafiq Radin, 19, berasal dari Jalan Teratai, Dungun dan rakannya, Mohd Suhaimi Md Said, 22, dari Jalan Sultan Sulaiman, Dungun didakwa memasukkan zakar ke dalam mulut mangsa antara jam 12.01 pagi dan 2 pagi.
Mohd Syafiq yang menuntut di sebuah kolej swasta dan Mohd Suhaimi yang tidak bekerja didakwa melakukan perbuatan itu dalam bilik atas sebuah rumah teres di Dungun.
Pendakwaan mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan itu dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud di hadapan Hakim Azman Mustapa. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan.
Azman mengenakan jaminan RM7,000 bagi setiap tertuduh dan menetapkan 7 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Sementara itu, di Mahkamah Majistret Dungun, dua tertuduh juvana berusia 16 dan 17 tahun didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol, manakala seorang lagi berusia 17 tahun didakwa mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii terhadap mangsa yang sama.
Hakim Aznika Anas kemudian menetapkan jaminan RM4,000 bagi setiap tertuduh dan menetapkan 31 Mei untuk sebutan semula kes.
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang gadis berusia 14 tahun yang keciciran sekolah menjadi mangsa seks sekumpulan lelaki termasuk teman lelakinya.

Mesyuarat UMNO Bahagian Terengganu Bermula 7 Mei Ini
Mesyuarat Perwakilan Umno bagi semua 1,008 cawangan Umno di Terengganu telah selesai dijalankan dengan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini seperti pergaduhan berlaku.
Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata ia termasuk sayap Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri Umno peringkat cawangan juga telah disempurnakan.
Sehubungan itu, katanya Mesyuarat Perwakilan Umno di lapan bahagian di negeri itu akan bermula 7 hingga 28 Mei ini.
"Bagi mesyuarat di bahagian-bahagian Umno negeri, ia akan dirasmikan pemimpin Umno dari pusat. Dijangka Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden akan hadir merasmikan namun jadual lengkap belum diperolehi.
"Mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri akan diadakan Sabtu ini untuk membincangkan perkara tersebut," katanya kepada pemberita di Marang, hari ini.
Tengku Putera mewakili Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said merasmikan Mesyuarat Agung Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) Kali ke 24/2011 yang turut dihadiri Yang Dipertuanya Toh Puan Seri Norliza Mahmud.

Rakyat Manir, Bukit Tunggal Tunggu Lawatan Najib
Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir tidak sabar-sabar menerima kunjungan pemimpin utama negara, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang dijangka melawat kawasan itu pada 30 April ini.
Kawasan Manir menjadi antara lokasi pilihan sempena lawatan sehari Perdana Menteri ke Terengganu bagi menemui pemimpin setempat dan penduduk di Padang Bola Kampung Pulau Bahagia, Manir, pada sebelah petang, selain beberapa kawasan lain di sekitar Kuala Nerus.
Datuk Seri Mohd Najib yang dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada jam 8.45 pagi dan terus memulakan lawatan kerja ke Pekan Batu Enam, DUN Bukit Tunggal serta Parlimen Kuala Nerus.
Lawatan kerja di Pasar Batu Enam melibatkan kawasan menjual kuih muih, pasar basah, sayur-sayuran, buah-buahan dan pelbagai barangan lain.
Sejurus kemudian, Perdana Menteri bakal menziarahi rumah seorang warga emas yang uzur, Puan Chik Mamat, 85, di Kampung Pengkalan Arang, sebelum meneruskan aktiviti gotong- royong membaiki rumah seorang penduduk miskin, Raja Azizah Raja Ali, 57, di kampung yang sama.
Pegawai Pembangunan DUN, Encik Yusuf Awang Hitam (gambar kiri), berkata pemimpin dan penduduk setempat sedang sibuk membuat pelbagai persiapan bagi menerima kunjungan Perdana Menteri.
“Pihak kami berjanji akan melakukan tugas sebaik mungkin supaya Program Perjumpaan Mesra YAB Perdana Menteri Bersama Rakyat DUN Manir berjalan lancar dan sempurna,” katanya.
Sementara itu, dijangka Kira-kira 3,000 orang, termasuk sebahagian besarnya peniaga akan menyambut ketibaan Perdana Menteri di Pekan Batu Enam dalam kawasan dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Tunggal, pada lawatan itu.
Pelbagai persiapan awal sedang rancak dilakukan di kawasan itu bagi menyambut ketibaan pemimpin nombor satu negara, yang sememangnya amat dinanti-nantikan penduduk kawasan tersebut.
Satu lagi kawasan DUN pembangkang yang menjadi tumpuan lawatan Perdana Menteri ialah Manir yang letaknya tidak jauh dari Pekan Batu Enam.
Kehadiran beliau dijangka menaikkan semangat jentera parti Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk melakukan persiapan awal bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Najib dijadualkan menikmati sarapan pagi di Kedai Alias, di Pasar Batu Enam yang menjadi tumpuan penduduk kawasan itu.
Mengikut jadual yang diatur, beliau akan melawat kawasan menjual kuih muih, pasar basar, sayur-sayuran, buah-buahan dan pelbagai barangan lain di Pekan Batu Enam.
Unit Komunikasi Negeri

Adiq Juarai Peringkat Ke-6 Tour De Korea
Pelumba negara Mohd Adiq Hussainie Othman menjuarai peringkat keenam Tour de Korea 2011 (TDK 2011) dari Chungju ke Yeonju sejauh 138.8 kilometer semalam.
Selepas menduduki tempat ketiga pada perlumbaan peringkat kelima pada Rabu, pelumba mewakili pasukan Drapac Professional Cycling Team yang berpangkalan di Australia ini, menang dengan masa tiga jam 39 minit 23 saat pada purata kelajuan 37.96 kmj.
Dengan kejayaan itu, anak jati Terengganu itu yang merupakan pelumba dalam program Road To London 2012, berjaya memperbaiki kedudukan individu keseluruhan di tempat ke-12 dengan masa 23:37:30s manakala jersi kuning masih milik Markus Eibegger daripada pasukan dari Iran, Tabriz Petrochemical Cycling Team.
Pengurus pasukan, Omar Saad, kagum dengan bakat semula jadi Mohd Adiq Hussainie yang jelas hebat pada disiplin trek serta lebuh raya dan kejayaan Khamis membuktikan dia mampu pergi jauh dalam perlumbaan bertaraf profesional.
"Perlumbaan hari ini sangat sukar kerana menempuh beberapa kawasan berbukit dan kami lakukan apa saja untuk pastikan Mohd Adiq tidak tercicir jauh kerana ada beberapa pemecut yang hebat seperti Sung Baek, Sohrabi, Erler dan Kam Po," kata Omar dalam satu kenyataan dari Korea pada Khamis.
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Abu Samah Abdul Wahab berkata Mohd Adiq Hussainie kini berada di landasan terbaik untuk muncul pelumba lebuh raya bertaraf dunia.
"Kalau kekal dengan prestasi sebegini, beliau wajar dihantar berlumba pada Tour de France, Giro d'Italia atau Spanish Vuelta," katanya.
Abu Samah berkata PKBM perlu merangka program terbaik dan mencari pasukan yang sesuai dengan corak kayuhannya.
"Saya bangga dengan kemenangannya. Skuad lebuh raya perlukan siri kejayaan bagi mengimbangi kejayaan pasukan trek. Saya ingin ucapkan syabas kepada Mohd Adiq Hussainie," katanya.
TDK 2011 merangkumi sembilan peringkat perlumbaan sejauh 1,335.9km dan menawarkan hadiah berjumlah US$80,000 (RM240,000).

Terengganu Perlukan Banyak Program Kebudayaan Tarik Pelancong
Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu (PPNT) menyarankan pihak bertanggungjawab menganjurkan lebih banyak program kebudayaan bagi menarik pelancong tinggal lebih lama di negeri itu.
"Kita bimbang apabila pelancong datang ke sini, tidak ada apa yang hendak ditonton dan mereka akan pulang atau beralih ke tempat lain. Ini akan hanya merugikan pengusaha pelancongan terutama peniaga kita," kata Pengerusi PPNT Wan Supian Wan Ishak kepada Bernama di Kuala Terengganu, semalam.
Beliau mencadangkan agar pertunjukan kebudayaan seperti tarian dan persembahan rodat diadakan di lokasi-lokasi strategik secara berjadual.
"Kita tidak mahu pelancong hanya datang untuk melihat tempat-tempat menarik di Terengganu tanpa dihidangkan persembahan seni budaya negeri ini," katanya.
Wan Supian berkata kerajaan negeri perlu mengadakan semula kalendar pelancongan yang memaparkan jadual persembahan, pesta atau kejohanan sukan di negeri itu sepanjang tahun bagi memudahkan pelancong merancang percutian mereka ke Terengganu.
Thursday, April 21, 2011
Terengganu Akan Bantu Kelantan Untuk Bekalan Air?
Kira-kira 200 penduduk Pasir Puteh berpiket buat kali kedua apabila perkhidmatan bekalan air bersih gagal diselesaikan di hadapan pejabat AKSB, petang 18 April lalu di Pasir Puteh.
Terkejut juga dengan berita ini!
Tiba-tiba sahaja Kerajaan PAS Kelantan berkata pihaknya akan berunding dengan kerajaan Terengganu untuk pembelian lima juta liter air sehari dari daerah Besut.
Terkejut bukan sahaja kerana tiba-tiba sahaja kerajaan Kelantan mengumumkan demikian tetapi permintaan dibuat ketika PAS Terengganu begitu bersungguh-sungguh berusaha menggugat kepimpinan Barisan Nasional di negeri ini melalui slogan 'PAS Ganti UMNO'.
Apa pun, kerajaan Terengganu perlu memikirkan permintaan ini dari segi kemanusiaan kerana tujuan bekalan air itu dipohon ialah menampung keperluan penduduk di kawasan Semerak di Pasir Puteh.
18 April lalu, kira-kira 200 penduduk daerah Pasir Puteh berpiket secara aman buat kali kedua di hadapan pejabat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) di bandar itu, petang semalam apabila tuntutan memorandum yang dihantar kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 7 April lalu tidak mendapat maklum balas positif daripada pihak kerajaan negeri.
Mereka berkumpul selama setengah jam bermula pukul 4.00 petang dengan disertai Pengerusi Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat (MKPM) Parlimen Pasir Puteh, Zawawi Othman.
Penduduk terbabit mengangkat sepanduk sinis "Terima Kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan Kami Rakyat Pasir Puteh bersyukur atas keprihatinan kerajaan mengatasi masalah air penduduk - Daripada Rakyat Jajahan Pasir Puteh," selain melaungkan "Kerajaan Negeri Bohong."
Zawawi berkata, kerajaan negeri sepatutnya menyuntik lebih banyak dana untuk meningkatkan perkhidmatan bekalan air bersih kepada penduduk, selain telus dalam perbelanjaan pinjaman mudah berjumlah RM510 juta yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat bagi tujuan berkenaan.
Apa pun itu masalah antara rakyat Kelantan dengan kerajaan PAS Kelantan!
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Kelantan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman, berkata langkah mendapatkan bekalan dari terengganu adalah sebagai satu alternatif mengatasi masalah air yang dihadapi penduduk di Semerak.
Kawasan iyu terletak di hujung daerah Pasir Puteh dan bersempadan dengan Besut.
Sehingga ini, kerajaan Terengganu belum menyatakan pendirian mereka mengenai permintaan Kelantan ini.
Yang pasti kerajaan pimpinan Datuk Seri Ahmad Said rasanya akan memberikan perhatian mendalam dan menilai dengan baik dari sudut membekalkan air kepada penduduk di sekitar Pasir Puteh khususnya.
Sebagai negeri berjiran pastinya Terengganu akan menilai dari semua aspek kelebihan membekalkan air kepada beberapa kawasan di Pasir Puteh kerana ia bukan sahaja membantu negeri jiran tetapi juga meringankan beban rakyst Kelantan dalam keperitan.
Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu semalam, Mad Anizam berkata kos untuk pembelian air berkenaan belum diketahui.
Pada masa ini, syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mendapatkan bekalan air dari Loji Rawatan Air Merbau Chondong untuk disalurkan ke kawasan Semerak dan juga seluruh daerah Pasir Puteh dan Machang.
Md Anizam juga berkata bagi memastikan Loji Rawatan Air Wakaf Bunut yang membekalkan air ke sekitar bandar Pasir Puteh termasuk sekolah-sekolah dan Hospital Tengku Anis tidak lagi mengalami masalah penurunan air sehingga menjejaskan penyaluran air, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pasir Puteh telah diarah menyediakan pelan khas.
Mengulas mengenai masalah air di Ayer Lanas, Jeli, beliau berkata masalah air di kawasan itu dijangka dapat diselesaikan penghujung Mei ini.
Beliau berkata kerja menaik taraf Loji Rawatan Air di Ayer Lanas sedang giat dilaksanakan untuk mengeluarkan sehingga 10 juta liter sehari keperluan air bersih berbanding 2.6 juta liter sehari sebelum ini.
Katanya kerajaan pusat telah memberikan RM520 juta kepada Kelantan sejak 2001 bagi membaiki sistem bekalan air di Kelantan.

Menjamin Bumiputera Miliki Harta Dalam Bandar
Ahmad Said pada sidang media di kediaman Pegawai Daerah Besut pada 11 April 2011 - Gambar Harris Fadzilah.
Kerajaan negeri akan membuat penyusunan semula semua bandar-bandar di negeri ini secara berperingkat dengan menetapkan 80 peratus Bumiputera akan memiliki atau menyewa lot-lot perniagaan.Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, tidak boleh dielakkan bila ada pembangunan baru yang akan dilaksanakan , tentu membabitkan pengambilan balik tanah mengikut nilai harga semasa.
“Untuk pembangunan dalam kawasan bandar kita terpaksa lakukan biarpun kadang-kadang ia menjadi isu kepada pihak yang suka ambil kesempatan dengan menangguk di air keruh,” katanya kepada pemberita selapas membuat tinjauan ke daerah Besut, Isnin lalu (11 April 2911).
Katanya, melalui Lembaga Amanah Tabung Warisan Negeri urusan mengambil balik tanah dilakukan bertujuan membina lot-lot perniagaan untuk diagihkan kepada masyarakat setempat yang membabitkan seluruh daerah.
“Kerajaan juga akan pastikan masyarakat Melayu dalam bandar yang terbabit dengan pengambilalihan tanah ini akan ditempatkan semula di kawasan sama kerana bimbang jika dipindahkan jauh dari tempat asal mereka akan kehilangan sumber pendapatan,” katanya.
Katanya, bagi memastikan hak milik orang melayu tidak hilang, kerajaan menetapkan 80 peratus diberikan kepada Bumiputera untuk memiliki atau menyewa lot-lot perniagaan yang disediakan.
Sehubungan itu, dua lot rumah pangsa mampu milik lima tingkat yang mengandungi 144 unit berharga RM26 juta sedang dalam pembinaan di Kuala Besut untuk mengatasi isu kekurangan rumah kediaman di kalangan masyarakat hari ini.
Unit Komunikasi Negeri
Bukit Wan muncul kampung paling bersih dan ceria di Terengganu
Kampung Bukit Wan, Kuala Terengganu muncul johan bagi kategori Kampung Luar Kawasan Operasi dalam Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2010.
Kemenangan itu membolehkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) itu menerima RM100,000 bagi menjalankan projek dan wang tunai RM10,000.
Malah, kerajaan negeri juga bakal menghantar JKKK kampung itu melawat Australia tahun depan.
Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said menyampaikan hadiah kemenangan itu di majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Bukit Sawa, Marang, petang semalam.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, PembangunanMasyarakat dan Wanita negeri, Yahya Khatib Mohamad; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, Alias Abdullah dan Adun Jabi, Ramlan Ali.
Kg Bukit Wan yang terletak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit sebelum itu turut diumumkan pemenang JKKK bagi kategori Kebersihan Persekitaran (jalan utama dan jalan kampung), Kebersihan Infrastruktur Dalam Kawasan dan Keceriaan Lanskap.
Kemenangan itu membolehkan mereka menerima wang tunai RM1,000 bagi setiap kategori.
Pengerusi JKKK Bukit Wan, Chek Harun Ismail, berkata sebaik sahaja dicalonkan mewakili daerah dalam pertandingan itu pada September tahun lalu, hampir 80 peratus masyarakat di kampung berkenaan melibatkan diri dan menggandakan usaha membersih serta mengindahkan kawasan kampung.
“Setiap hujung minggu, pada Jumaat dan Sabtu kami akan turun padang bergotong-royong memastikan setiap sudut dalam kampung kami ceria, bersih dan indah dengan tanaman serta lanskap yang menarik pandangan.
“Apa yang membanggakan, majoriti belia di kampung kami turut sama membantu. Suasana itu pastinya sukar ditemui di kampung lain dan ia memberi kelebihan kepada kami dalam memastikan matlamat dan slogan `Kampung Kita, Tanggungjawab Kita’ terlaksana,” katanya.
Perkara itu turut diakui Setiausahanya, Ambak Ismail yang sentiasa menyuntik semangat kepada golongan muda di kampung mereka untuk turut sama dalam sebarang aktiviti kampung dengan menjaga kebajikan dan keperluan golongan itu dalam setiap program, mahupun menyalurkan dana yang disediakan kerajaan sebaik mungkin.
Selain kemenangan terbaru, kampungnya juga pernah memenangi johan Anugerah JKKK Cemerlang Daerah Kuala Terengganu 2010, tempat ketiga Anugerah Desa Cemerlang peringkat negeri 2009 dan tempat ketiga Anugerah kebersihan dan Pengurusan Kubur Terbaik peringkat negeri 2010.
Sementara johan bagi kategori Kampung Dalam Kawasan Operasi dimenangi PAKR Bukit Sawa, Marang diikuti tempat kedua, Kg Guntong Luar, Setiu dan tempat ketiga Kg Medan Jaya, Marang.
Manakala tempat kedua dan ketiga bagi kategori Kampung Luar Operasi pula menjadi milik Kg Tok Dor, Hulu Terengganu dan Kg Tanjung Baru, Hulu Terengganu.
Johan berjaya membawa pulang RM100,000 (projek) dan wang tunai RM10,000, tempat kedua mendapat RM750,000 (projek) dan wang tunai RM7,500, sementara tempat ketiga memperolehi RM50,000 (projek) serta wang tunai RM5,000.
Selain pemenang tempat pertama yang bakal mendapat penajaan kerajaan melawat Australia, pemenang tempat kedua dan ketiga pula masing-masing berpeluang ke Beijing dan Shanghai, China.

Indeks Jenayah Di Terengganu Turun 13.6 Peratus
Polis Terengganu berjaya mengurangkan indeks jenayah sebanyak 13.6 peratus dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini berbanding tempoh sama pada tahun lepas.
Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustafa berkata perkembangan itu memberi gambaran keberkesanan usaha membendung jenayah yang dilaksanakan di negeri itu.
"Penurunan indeks jenayah ini telah memberi impak yang positif iaitu mengurangkan ketakutan masyarakat terhadap jenayah.
Melalui beberapa program yang dilaksanakan seperti Ops Payung, Ops Samseng Jalanan dan rondaan setiap malam, kita yakin dapat mengurangkan lagi kadar indeks jenayah di seluruh negeri," katanya.
Beliau menyatakannya pada perhimpunan bulanan polis di Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu di Kuala Terengganu, semalam.
Jamshah berkata kehadiran anggota polis yang mengadakan rondaan dan sekatan jalan raya dari tengah malam sampai ke pagi di kawasan 'panas', juga dapat mencegah jenayah dan turut membendung masalah samseng jalanan yang agak kritikal di negeri itu.

Festival Kenyir Dijangka Tarik 20,000 Pengunjung
Seramai 20,000 pengunjung dijangka memeriahkan Festival Kenyir yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 6 Mei ini.
Program yang julung kali diadakan itu dianjurkan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dengan kerjasama kerajaan negeri serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sempena sambutan ulang tahun ke-38 Ketengah.
Pengurus Besar Ketengah, Hamzah Ngah berkata, program itu akan diadakan di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, di Hulu Terengganu.
"Program ini bertujuan meningkatkan kunjungan pelancong domestik dan asing ke Tasik Kenyir serta memaparkan kesesuaian tasik itu sebagai lokasi untuk pelbagai jenis aktiviti darat, air dan udara, sebagai persiapan bagi mempromosi Tasik Kenyir sebagai kawasan Zon Bebas Cukai yang dijangka mula beroperasi pada Ogos tahun depan," katanya di Kuala Terengganu, semalam.
Sebanyak 170 gerai pameran dan jualan daripada agensi kerajaan, swasta dan usahawan akan dibuka sepanjang festival itu manakala acara seperti 'Kenyir Island Hopping' akan membawa pengunjung singgah di beberapa pulau.
Aktiviti lain termasuk pertandingan jet ski dan bot berhias serta pertunjukan perahu naga Putrajaya dan permainan bot kawalan jauh.
Hamzah berkata penganjur menyediakan kemudahan pengangkutan bas dan van percuma dari Kuala Berang, Hulu Terengganu ke Pengkalan Gawi.

Pertandingan Keris Di Muzium Terengganu
Muzium Terengganu akan menganjurkan pertandingan keris dan pasar antik pada 30 April dan 1 Mei ini di perkarangan muzium itu.
Penolong Kurator Lembaga Muzium Negeri Terengganu Ariffin Muda berkata program kali ini merupakan kesinambungan kepada pertandingan Keris-Pasar Antik 2010 tahun lalu yang melibatkan 239 bilah keris dan 16 gerai jualan barangan antik.
Tahun lalu, peserta termasuk dari Sulawesi dan Yogyakarta, katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
"Peserta juga terdiri dari kalangan muda yang menampakkan minat terhadap warisan zaman berzaman ini dan seharusnya ia kekal dipelihara supaya tidak hilang dari generasi masa kini," kata Ariffin.
Penyertaan terbuka kepada seluruh warga Malaysia dan luar negara yang dikenakan yuran RM10 bagi setiap bilah keris dan RM50 bagi gerai jualan antik.
Mereka yang berminat boleh menghubungi urusetia pertandingan di talian 09-6221444.

Kompleks Tabung Haji Kuala Terengganu Siap Julai Tahun Depan
Pembinaan Kompleks Tabung Haji Kuala Terengganu (KTHKT) di Mukim Kuala Nerus di Kuala Terengganu, dijangka siap mengikut jadual, kata Pengurus Besar Kanan Kewangan Korporat dan Perkhidmatan Lembaga Tabung Haji (TH) Mohd Hisham Harun.
Beliau berkata, kerja-kerja pembinaan kompleks yang menelan belanja RM70.3 juta itu telah dimulakan dan kini lima peratus siap.
"KTHKT dijangka dapat memulakan operasi pada Julai tahun depan," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian zakat Tabung Haji kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) di Kuala Terengganu, semalam.
TH memperoleh kelulusan tanah pada Jun 1995 untuk membangunkan KTHKT di atas tanah seluas kira-kira 3.2 hektar berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini.
Kompleks itu dibangunkan oleh TH Properties Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh TH.
Pembinaan kompleks tersebut merupakan satu langkah TH meningkatkan lagi perkhidmatannya kepada jemaah haji terutamanya dari Terengganu, Pahang dan Kelantan.
Mohd Hisham berkata kompleks itu akan dilengkapi hotel dengan 182 bilik, dewan bankuasi serbaguna, kolam renang untuk lelaki dan perempuan serta pelbagai kemudahan lain.
Jelasnya, KTHKT direka bentuk khas bagi kegunaan pada musim haji dengan mempunyai dewan ketibaan khas untuk jemaah, tempat mendaftar dan imigresen, tempat pemeriksaan bagasi serta dewan berlepas.
Katanya kompleks itu juga menyediakan kemudahan dewan seminar yang boleh memuatkan sehingga 1,000 orang.
Kompleks itu akan digunakan untuk urusan operasi penerbangan haji secara terus ke Jeddah dan Madinah tanpa melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Pada majlis itu, TH menyampaikan zakat bagi pihak pendeposit TH di Terengganu sebanyak RM2,931,925.89 dan zakat anak syarikat TH, TH Travel & Services Sdn Bhd sebanyak RM150,000 kepada Tengku Sri Bendahara Raja, Tengku Mustafa Kamel Sultan Mahmud yang mewakili Maidam.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif dan Setiausaha Maidam Wan Harujan Sulaiman.
PBT, JKK Perlu Tingkat Kebersihan Kampung
Pemenang pertandingan kebersihan dan keceriaan kampung menerima hadiah daripada Menteri Besar semalam.
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) diarah supaya menambah kualiti kerja bagi meningkatkan kebersihan dan keceriaan di setiap lokasi kampung dalam bandar serta kawasan dalam pentadbiran PBT.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, mengeluarkan arahan itu apabila mendapati kampung di luar kawasan operasi PBT jauh lebih bersih dan ceria berbanding kampung yang berada di kawasan operasi PBT.
Kampung Dalam Kawasan Operasi dan Kampung Luar Kawasan Operasi adalah dua kategori utama yang baru diperkenalkan bagi Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung peringkat Negeri Terengganu Tahun 2010.
“Nampaknya luar kawasan operasi PBT atau Majlis Daerah lebih bersih jika dibanding dengan kampung dalam kawasan operasi. Jadi kita minta jawatankuasa kerja dalam operasi PBT meningkatkan kualiti dan memastikan kawasan mereka benar-benar bersih pada tahun ini dan tahun akan datang.
“JKKK juga perlu menggandakan penglibatan mereka dalam usaha memastikan masyarakat dapat memajukan ekonomi mereka, sekaligus bebas dari belenggu kemiskinan dan mampu menurunkan kadar kemiskinan,” katanya di majlis penyampaian hadiah sempena pertandingan itu, di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Bukit Sawa, Marang, petang semalam.
Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Yahya Khatib Mohamad; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, Alias Abdullah dan Adun Jabi, Ramlan Ali.
Mazlan yang juga pengerusi jawatankuasa pertandingan itu berkata, penyertaan peserta dari seluruh daerah pada kali ini amat menggalakkan berbanding tahun sebelumnya.
Beliau berkata, pertandingan bukan hanya bertujuan menilai dari aspek kebersihan dan keceriaan kampung sahaja, tetapi juga melihat dari sudut ekonomi dan kepimpinan kampung, selain pembabitan secara aktif masyarakat kampung dan JKKK dengan aktiviti yang mampu menjana pembangunan setempat.
“Pertandingan ini mampu menyedar dan mewujudkan tanggungjawab di kalangan semua penduduk terhadap kebersihan kawasan persekitaran tempat tinggal mereka. Pada masa yang sama mampu menjadikan Terengganu selaku negeri contoh dari aspek kebersihan kepada negeri lain,” katanya.
Sementara johan bagi kategori Kampung Dalam Kawasan Operasi dimenangi PAKR Bukit Sawa diikuti tempat kedua, Kg Guntong Luar, Setiu dan tempat ketiga Kg Medan Jaya, Marang.
Manakala tempat pertama bagi kategori Kampung Luar Operasi pula menjadi milik Kg Bukit Wan, Kuala Terengganu, diikuti Tok Dor, Hulu Terengganu dan Kg Tanjung Baru, Hulu Terengganu masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga.
Johan berjaya membawa pulang RM100,000 (projek) dan wang tunai RM10,000, tempat kedua mendapat RM750,000 (projek) dan wang tunai RM7,500, sementara tempat ketiga memperolehi RM50,000 (projek) serta wang tunai RM5,000.
Wednesday, April 20, 2011
Anak Sulong PAS Mati Dalam Kandungan...
PENDAPAT
Oleh Pok Teh Bakap
Oleh Pok Teh Bakap
Anak Sulong Yang Tidak Mampu Dilahirkan PAS di Sarawak
Ketika ini PAS mungkin sedang bermurung sakan.
Kenapa? Anak sulongnya tidak dapat dilahirkan di Sarawak.
Ia meninggal dalam perut dan PAS tidak sempat mengangungnya sampai cukup umur untuk lahir.
Menurut laporan akhbar Sinar Harian baru-baru ini, Pengarah Penerangan PAS Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pihaknya melihat perkembangan positif rakyat terhadap PAS pada pilihan raya DUN Sarawak Sabtu lalu.
Ini kerana menurutnya, bila kebanyakan penduduk Bumiputera dikatakan berpakat menolak Barisan Nasional (BN).
“Kita sangat yakin dengan Muara Tuang dan berharap sekurang-kurangnya dapat anak sulung di Sarawak. Kita juga menaruh harapan di kawasan lain yang dipertaruhkan PAS pada pilihan raya ini. Dari segi perkembangan, kita melihat kaum Iban dan Bumiputera lain cukup marah dengan BN apabila salah satu kampung di Muara Tuang sudah tiga tahun tiada bekalan air dan mereka menganggap kerajaan menipu mereka bulat-bulat,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi Sinar Harian baru-baru ini.
Berikutan itu beliau mengatakan PAS menantikan ‘anak sulung’ pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 terutama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang.
Namun, apa yang diharapkan PAS tidak menjadi kenyataan.
Mereka terlopong menunggu kehadiran anak sulung berkenaan, kerana keputusan di Sarawak menunjukkan PAS lingkup di semua kawasan.
Tiada apa boleh dikatakan lagi seperti disebut Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Ahad lalu bahawa beliau akur pembangkang telah gagal menawan Sarawak pada pilihan raya negeri ke-10 semalam.
Namun, ealaupun kalah dan gagal menumbangkan BN, Nik Aziz gembira dengan peratusan undi yang meningkat terhadap pakatan pembangkang.
Menteri Besar Kelantan itu berkata ia membuktikan rakyat Sarawak semakin menerima kehadiran pembangkang di negeri itu terutama undi yang diterima DAP.
Lihatlah betapa PAS taksub dengan DAP, Nik Aziz gembira kerana undi DAP bertambah. Sokong mereka yang terang-terang menentang pembentukan negara Islam dan meningkatnya undi mereka dianggap ‘gembira’.
Jelas PAS turut terbabit yang membolehkan DAP mendapat pertambahan undi?
Apa untungnya kepada rakyat Islam di Sarawak PAS mendokong DAP?
Apapun, seperti kata Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, undi kaum Cina yang meningkat terhadap DAP itu berkemungkinan kerana mereka telah terpengaruh bahawa pembangkang akan membentuk kerajaan baru di negeri itu.
"Mungkin mereka telah tersilap percaturan kerana percaya dakyah DAP dan apa pun kemenangan BN di Sarawak membuktikan rakyat Sarawak tetap mahukan kemajuan dan perpaduan yang dibawa BN," katanya.
Pada pilihan raya negeri itu Sabtu 16 April 2011 itu, BN memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan dengan DAP memenangi 12 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiga manakala satu lagi kerusi dimenangi calon Bebas.

Penjawat Awam Penuhi Syarat Boleh Mohon Tanah Di Terengganu
Ahmad Said berucap pada pertemuan dengan penjawat awam di Jerteh, Besut kelmarin. - Gambar Harith Fadzilah.
Penjawat awam kerajaan negeri dan persekutuan yang berkhidmat di Terengganu boleh memohon mendapatkan tanah di negeri itu sekiranya mereka telah berkhidmat dalam tempoh yang ditetapkan.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, penjawat awam boleh membuat pilihan sama ada untuk memilih tanah pertanian seluas satu hektar ataupun satu lot rumah kediaman di mana-mana kawasan di negeri ini.
Beliau berkata syarat bagi penjawat awam negeri untuk memperoleh tanah itu ialah mereka mestilah telah berkhidmat melebihi 5 tahun manakala bagi persekutuan pula perlu melebihi 10 tahun berkhidmat secara terus menerus di Terengganu.
"Tawaran ini merupakan satu insentif bagi menghargai khidmat kakitangan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan penjawat awam daerah Besut di Dewan Majlis Daerah Besut di Gong Kemuntong Jerteh, kelmarin.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Mara yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Jerteh Datuk Seri Idris Jusoh.
Ahmad Said berkata keutamaan akan diberi kepada penjawat awam yang telah berkahwin, tetapi mereka hanya dibenar membuat satu permohonan tanah.
"Pemberian tanah ini terikat kepada syarat tertentu. Mereka yang telah memperoleh tanah itu nanti, tidak boleh menjual dan menggadaikannya kepada mana-mana pihak kecuali kepada institusi kewangan seperti bank sekiranya pemilik tanah membuat pinjaman untuk membina rumah di atas tanah berkenaan sahaja," katanya.
Beliau berkata borang permohonan tanah itu boleh didapati di semua pejabat daerah di negeri ini pada bila-bila masa mulai sekarang.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Ahmad meminta semua penjawat awam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
"Mereka perlu menghormati kerajaan yang ada di mana tempat mereka berkhidmat tanpa prasangka atau mensabotaj dengan bertindak secara negatif kerana mempunyai fahaman politik yang berbeza," katanya.
Terengganu Tangga Kedua, Selangor Masih Teratas
Kapten Mohd. Amri Yahyah (kanan) diasak pemain pertahanan Sabah, Rosdin Wasli pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam malam tadi. Selangor menang 1-0.
Terengganu kekal di tangga kedua dengan 25 mata setelah mencatat keputusan seri 1-1 ketika bertemu Perak di Stadium Perak, Ipoh.
Perak, yang berada di tempat keempat liga dengan 23 mata, membuka jaringan pada minit kelapan menerusi Shafiq Jamal sebelum Abdul Hadi Yahya menyamakan kedudukan pada minit ke-59.
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pula, pasukan T-Team dan Johor FC terikat 1-1.
Gol T-Team disumbangkan oleh Mohd Shahrul Ezrain pada minit ke-10 sebelum Johor FC menyamakan kedudukan menerusi jaringan Shahrizal Mohd Saad pada minit ke-48.
Juara bertahan, Selangor terus gah di tangga teratas Liga Super dengan berkelebihan empat mata setelah berjaya menewaskan Sabah 1-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.
Selepas tamat 13 perlawanan bagi pusingan pertama, Selangor mengumpul 29 mata hasil sembilan kemenangan, dua seri dan dua tewas.
Pada aksi di Shah Alam malam tadi, jaringan tunggal pemain tengah, Azidan Sarudin pada minit ke-71 sudah cukup untuk memberikan tiga mata penuh buat Selangor.
Skuad bimbingan K. Devan itu jelas menguasai sepenuhnya permainan babak pertama tetapi kekebalan penjaga gol Sabah, Syed Adney Syed Hussein gagal dibolosi.
Selangor memperoleh beberapa peluang tetapi gagal disempurnakan Fadzli Saari, Amri Yahyah, Hardi Jaafar, Safiq Rahim dan Amirulhadi Zainal.
Rembatan leret Azidan dari luar kotak penalti pada minit ke-39 pula sempat ditepis keluar Syed Adney.
Pada awal babak kedua, Sabah berpeluang memperoleh jaringan pada minit ke-61 tetapi percubaan Leopold Alfonso Otong berjaya dihadang Nasriq Baharom ketika keadaan kelam-kabut dalam kotak penalti.
Gol kemenangan Selangor akhirnya hadir pada minit ke-71 menerusi sepakan percuma Azidan yang gagal ditangkap kemas Syed Adney lalu bola bergolek perlahan masuk ke gawang Sabah.
Ini merupakan kemenangan ketiga berturut-turut Selangor selepas mereka menewaskan Felda United dan Perak, juga dengan jaringan 1-0.
Selangor akan membuka tirai saingan pusingan kedua bertemu Sabah di Kota Kinabalu pada Sabtu ini.
Di Stadium Utama, Kangar, Kelantan memulihkan rentak kejayaan apabila membelasah pasukan tercorot, Perlis 5-1.
Selepas seri tanpa jaringan dengan Sabah minggu lepas, Kelantan berjaya mengumpul mata penuh untuk naik satu anak tangga di tempat ketiga dengan 24 mata.
Mohd Badhri Mohd Radzi muncul wira pasukan Kelantan apabila menjaringkan hatrik pada babak kedua di minit ke-46, 66 dan minit ke-78.
Sebelum itu, Norshahrul Idlan Talaha membuka jaringan Kelantan pada minit keenam dan 43 dan gol saguhati Perlis disumbangkan oleh Mohd Faiz Subri pada minit ke-11.
Perlis masih tercengkam di tangga terbawah liga dengan tujuh mata, selepas hanya mampu menang sekali dalam 13 perlawanan.
Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, pasukan Felda United mengatasi Kuala Lumpur 2-1 untuk kemenangan kelima.
Azrul Ahmad menjadi wira pasukan Felda United apabila menjaringkan dua gol tersebut pada minit ketujuh dan 13 manakala gol tunggal Kuala Lumpur diperoleh menerusi Syafiq Johair pada minit ke-43.
Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang dan Negeri Sembilan masing-masing berkongsi satu mata apabila seri 1-1.
Negeri Sembilan mendahului babak pertama dengan jaringan Idris Abdul Karim pada minit ke-10 sebelum Pahang bangkit di babak kedua untuk menyamakan kedudukan menerusi Famirul Asraf Sayuti pada minit ke-79.
Kosmo!, Bernama
Karnival Candat Sotong Tarikan Baru Pelancongan?
Karnival Candat Sotong Harian Metro 2011 menjadi antara aktiviti dalam kalendar pelancongan negeri yang dijangka mampu menarik penyertaan pelawat tempatan dan luar negeri ke Terengganu.
Program anjuran akhbar Harian Metro dengan kerjasama Kerajaan Terengganu bakal dijalankan di Pulau Warisan dan Ri-Yaz Heritage Maria Resort & Spa, Pulau Duyong, Kuala Terengganu, selama tiga hari bermula 29 April depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, berkata karnival yang julung kali dilaksanakan itu menjadi medan bagi mempromosikan negeri ini serta membuka peluang perniagaan kepada penduduk setempat untuk menambah pendapatan.
“Aktiviti candat sotong sememangnya sinonim di Terengganu dan penganjuran karnival itu akan menjadi tarikan terbaru pelancong ke negeri ini. Malah, kita yakin jumlah pengunjung dan peserta akan meningkat menerusi pengajuran karnival ini.
“Tarikan pelancongan itu pula ditambah dengan faktor keadaan negara yang lebih stabil dan selamat berbanding beberapa negara lain yang sebelum ini menjadi destinasi tumpuan pelancong,” katanya selepas pembentangan kertas cadangan karnival itu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini.
Datuk Abdul Rahin berkata, pemilihan Kuala Terengganu sebagai lokasi karnival amat tepat seiring dengan kedudukan pantainya yang menghadap Laut China Selatan apatah lagi aktiviti mencandat sotong hanya boleh diadakan di Pantai Timur terutama Terengganu.
“Penganjuran karnival ini akan memberi impak positif kepada pelbagai lapisan masyarakat di negeri ini amnya dan Kuala Terengganu khasnya menerusi pembabitan pelbagai pihak,” katanya.

Adiq Julang Nama Malaysia di Korea Selatan
ADIQ (kanan) melakar sejarah tersendiri apabila menduduki tempat ketiga pada peringkat kelima Jelajah Korea 2011 semalam.
Pelumba muda negara, Mohd. Adiq Hussainie Othman melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menaiki podium pada Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Korea 2011 semalam.
Pada perlumbaan peringkat kelima dari Danjing ke Chungjun sejauh 148.50 kilometer (km) itu, Adiq berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.
Kejayaan Adiq yang juga pemenang pingat gangsa acara perlumbaan mata pada Kejohanan Asia (ACC 2011) di Korat, Thailand Februari lalu turut dikongsi pasukan kebangsaan Malaysia.
Ini kerana Malaysia berjaya menduduki tempat pertama pada perlumbaan peringkat kelima tersebut yang dianggap antara laluan paling getir pada Jelajah Korea 2011.
Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Abd Wahab jelas gembira dengan prestasi semasa barisan pelumba negara.
"Pelumba negara tidak banyak mencapai kejayaan pada beberapa perlumbaan seperti Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011, Jelajah Malaysia (JM) 2011, Jelajah Thailand 2011 dan Jelajah Taiwan 2011.
"Begitu juga di Korat (ACC 2011). Pencapaian di Taiwan juga sangat menghampakan dan saya memang berharap mereka bangkit mencipta kejayaan.
"Kejayaan hari ini (semalam) sedikit sebanyak melegakan saya.Persembahan pelumba negara dipantau oleh banyak pihak khususnya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang banyak mengeluarkan dana pembangunan kepada persatuan.
"Justeru pencapaian Adiq Hussainie membuktikan pasukan kebangsaan Malaysia masih ada pelumba berbakat.
"Saya difahamkan, cuaca di Korea sekarang pun agak sejuk. Kejayaan pada cuaca sejuk membuktikan pelumba Malaysia boleh berkayuh dalam cuaca seperti itu," katanya.
Abu Samah menjelaskan, pasukan kebangsaan Malaysia turut melakar kejayaan apabila menduduki tempat kedua keseluruhan pada perlumbaan peringkat keempat dari Gunsan ke Danjing sejauh 137.80km.
Sebelum ini, Adiq pelumba yang diikat kontrak dengan Drapac Professional Cycling Team, muncul pelumba terbaik negara apabila menduduki tempat ke-13 pada perlumbaan peringkat pertama dari Gumi ke Geochang sejauh 108.10km.
Dalam pada itu, Abu Samah akan meminta jurulatih negara, Graham Seers mengenal pasti punca kegagalan seorang lagi pelumba muda negara, Ahmad Fakrullah Alias yang gagal menamatkan perlumbaan pada Jelajah Korea kali ini.
"Saya mendapat tahu yang dia kurang menyerlah di Thailand. Terbaru, dia gagal menamatkan perlumbaan di Korea. Saya difahamkan, dia menarik diri selepas 50km berkayuh.
"Kita mesti siasat punca sebenar kenapa perkara ini berlaku kerana jarak 50km adalah sangat pendek kepada seseorang pemecut yang handal.
"Apatah lagi kalau dia cukup latihan sebelum menyertai kejohanan besar," katanya.
Edisi ke-10 Jelajah Korea 2011 berstatus 2.2 dalam kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) meliputi sembilan peringkat perlumbaan sejauh 1,335.9km yang menawarkan hadiah kemenangan sejumlah AS$80,000 (RM240,000).
Jelajah Korea 2011 disertai 20 pasukan termasuk pasukan pro benua yang muncul juara berpasukan keseluruhan LTdL 2011, Tabriz Petrochemical Cycling Team.
Kosmo!
UMT Meterai Perjanjian Perkhidmatan Bersama Telekom Malaysia
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Telekom Malaysia (TM) telah memeterai Majlis Menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Direct Over Metro-E (DOME) 120 Mbps bertempat di Menara Kuala Lumpur baru-baru ini.
Majlis perjanjian perkhidmatan DOME tersebut telah dihadiri oleh Naib Presiden, TM Retail, En. Hamdan bin Ismail, Pengurus Besar TM Terengganu, Haji Badrulhisham Bahari, Pegawai-pegawai kanan UMT dan Pengarah Pusat Teknologi Maklumat UMT, Prof. Madya Dr. Mohd Pouzi bin Hamzah.
Melalui perjanjian perkhidmatan tersebut, UMT akan menerima perkhidmatan internet di kelajuan 120 Mbps yang akan memudahkan lagi semua warga UMT melayari internet untuk kegunaan penyelidikan dan pembelajaran.
Perjanjian selama lima tahun ini berakhir pada tahun 2014 akan menyaksikan kerjasama di antara TM dan UMT dalam pelbagai bidang yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Laluan Baru Hubungkan Kuala Besut - Pasir Putih
Kerajaan negeri merancang untuk membina satu laluan baru yang akan menghubungkan Kuala Besut ke Pantai Bisikan Bayu, Semerak, Pasir Putih, Kelantan, tidak lama lagi.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, jalan sejauh 1.5 kilometer itu bakal menjadi laluan altenatif kepada penduduk sekitar daerah Besut ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
“Kalau tidak ada aral, sebutan tender akan dibuka pada Jun depan dan kerja-kerja mengukur akan dimulakan segera,” katanya kepada pemberita dalam siri lawatan ke Besuit, di Rumah Pegawai Daerah Besut, Air Tawar, Besut kelmarin.
Ahmad Said bagaimanapun berkata pihak kerajaan masih belum dapat menentukan kos sebenar bagi projek berkenaan kerana masih dalam peringkat kajian.
Katanya, ini merupakan satu lagi laluan baru bukan saja memudahkan penduduk di sini untuk ke Pasir Putih, tetapi juga boleh dibangunkan kawasan pelancongan di sekitar jalan berkenaan.
“Sepanjang laluan berkenaan nanti boleh dibangunkan chalet atau hotel bagi tujuan pelancongan dan ini boleh menyemarakkan industri pelancongan sekali gus memberi pendapatan sampingan kepada penduduk sekitar,” katanya.
Beliau menjelaskan kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada projek pembinaan jalan-jalan baru, menaikkan taraf jalan sedia ada serta menurap semula jalan-jalan yang ada di seluruh negeri demi memberi keselesaan kepada rakyat menjalankan urusan masing-masing.

Pulau Besar - MB Kesal Sikap Lewa Kontraktor
Sikap sambil lewa segelintir kontraktor di negeri ini yang melengah-lengahkan kerja pembinaan, terutama membabitkan projek pembangunan kerajaan dan rakyat amat dikesali.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata mereka yang ingin berjaya perlu mengikis sikap negatif itu supaya mereka tidak terus dibelenggu masalah hutang, tekanan serta mengelak daripada dikenakan penalti dan ditamatkan kontrak.
Beliau berkata, apa yang penting, setiap kontraktor perlu bijak merancang sumber kewangan dan bersikap jujur dalam setiap projek yang berjaya diperolehi.
Menurut beliau, tindakan menamatkan kontrak pembinaan atau projek boleh dielak sekiranya kontraktor dilantik bijak merancang jadual dan sumber kewangan.
“Kerajaan negeri tidak mahu perkara sama berlaku kepada projek pembinaan Chalet Eksklusif, Pulau Besar, Setiu yang terbelangkai sehingga kini akibat kelalaian dan kelemahan kontraktor yang dilantik.
“Berdasarkan jadual, 20 unit chalet di kawasan itu sepatutnya sudah boleh digunakan tetamu terutama peserta Kejohanan Sukan Lumba Kuda Antarabangsa yang dianjurkan pada 2008 lalu.
“Disebabkan kegagalan kontraktor, ia hanya dapat menyiapkan 12 unit termasuk satu unit chalet jenis Club House saja sejak di bina 2006 lalu,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja di Setiu, baru-baru ini.
Menurutnya, pihaknya terpaksa mengambil tindakan tegas dengan menamatkan kontrak pembinaaan selepas beberapa amaran diberikan kerana gagal memenuhi syarat.
“Kerajaan negeri melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) akan mencari kontraktor baru dalam tempoh terdekat bagi menyiapkan semua chalet yang dirancang.
“Pulau Besar akan menjadi destinasi pelancongan terbaru di kawasan Setiu apabila chalet bercirikan rumah tradisional Melayu Terengganu siap dibina kelak,” katanya.