Mesyuarat pertama Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu hari ini menyaksikan pelantikan ramai muka baru dengan sebilangan besar daripadanya terdiri daripada golongan muda.
Pesuruhjaya PAS baru Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut (gambar kiri), berkata pelantikan tersebut adalah antara sebahagian daripada persiapan parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13 nanti.
"Bagaimanapun, orang lama yang banyak berpengalaman juga diperlukan dan berada di belakang kami," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu di Kuala Terengganu
Mohd Abdul Wahid berkata mesyuarat itu juga mengambil keputusan melantik presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penasihat kepada Badan Perhubungan PAS Terengganu.
Katanya pelantikan Abdul Hadi memandangkan beliau adalah orang Terengganu dan juga merupakan Anggota Parlimen Marang serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang.
Beliau berkata, selain beliau serta tiga Timbalan Pesuruhjaya Saiful Bahri Mamat, Muhyidin Abdul Rashid dan Dr Alias Razak (ADUN Bukit Tunggal), seramai 22 ahli jawatankuasa baru juga telah dilantik.
Mohd Abdul Wahid berkata Yahaya Ali dikekalkan sebagai setiausaha manakala tiga penolong setiausaha ialah Kamarudin Yunus, Hanafiah Mat dan Zakaria Dagang.
Katanya, M Shukrimun Shamsudin pula dilantik sebagai bendahari, ketua penerangan Nik Muhammad Zawawi Salleh manakala Ariffin Deraman dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya negeri.
Di samping itu, 10 ahli jawatankuasa yang dilantik antaranya Datuk Abu Bakar Chik, Dr Mohd Khazani Abdullah, Dr Azman Ibrahim, Zarani Binti Othman, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (ex officio) dan dua pemeriksa kira-kira.
Mohd Abdul Wahid berkata, beliau mendapat kerjasama yang cukup baik dengan barisan kepimpinan baru yang dilantik itu dan menyifatkannya lebih mantap.
Saturday, June 18, 2011
Kurung, Dera Pelatih - Polis Tahan Tiga Lelaki
Inilah asrama pelatih lelaki (kiri) dan perempuan yang didakwa menjadi tempat 13 penagih dadah dikurung dengan kaki mereka dirantai di Kampung Bukit Gasing, Marang semalam.
Polis menahan tiga lelaki termasuk pengurus sebuah pusat rawatan dan pemulihan akhlak penagih dadah bagi membantu siasatan berhubung kes mengurung dan merantai kaki 13 pelatih dalam kejadian di Marang dekat sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, perbuatan itu terbongkar selepas pihaknya menjalankan siasatan sebaik menerima laporan yang dibuat bapa salah seorang mangsa selepas gagal menemui anaknya di situ.
Katanya, sebaik diserbu, pihaknya menemui 11 lelaki berusia di antara 15 dan 36 tahun dikurung dan kaki mereka dirantai di sebuah rumah yang dijadikan asrama untuk penagih dadah di Kampung Bukit Gasing, Marang.
“Kita turut menyelamatkan dua wanita berusia 23 dan 24 tahun yang dikurung di sebuah rumah berasingan di Jalan Bukit Gasing berdekatan dengan asrama lelaki.
“Pemeriksaan awal mendapati kesemua 11 lelaki yang dikurung dan dirantai di rumah tersebut dipercayai turut didera, ditampar dan dirotan,” katanya semalam.

Pertandingan Gamelan Kebangsaan Mulai 29 Oktober
Kerajaan negeri dengan kerjasama Muzium negeri akan menganjurkan pertandingan gamelan peringkat kebangsaan 2011, Oktober depan.
Pertandingan selama dua hari mulai 29 Oktober yang terbuka kepada semua kumpulan gamelan Melayu di negara ini, antara lain bertujuan mengangkat martabat seni itu ke tahap lebih tinggi.
Muzium negeri dalam satu kenyataan memberitahu, ia juga membuka ruang kepada pencipta, penggubah muzik serta pencinta gamelan untuk menonjolkan hasil-hasil ciptaan mereka kepada umum.
Sebanyak dua kategori gamelan dipertandingkan iaitu kategori gamelan Melayu tradisional dan gamelan Melayu Kontemporari/kreatif.
Menurut kenyataan itu, dalam kategori gamelan Melayu tradisional, kumpulan dikehendaki menyampaikan dua buah lagu iaitu satu lagu gamelan Melayu instrumental dan satu lagu gamelan Melayu secara vokal.
Dalam kategori gamelan Melayu kontemporari, kumpulan perlu mempersembahkan satu lagu gamelan Melayu sama ada instrumental ataupun vokal dan satu lagu Melayu kontemporari atau ciptaan sendiri.
Hadiah RM10,000 bagi juara kategori gamelan Melayu tradisional dan bagi kontemporari, RM5,000 bagi anugerah khas juri dan RM1,000 bagi anugerah pemuzik terbaik di samping RM3,000 bagi hadiah saguhati kepada kumpulan yang bertanding di pusingan akhir nanti.
Kumpulan yang berminat untuk menyertai dan inginkan keterangan lanjut pertandingan ini boleh menghubungi urus setia pertandingan melalui talian 09 6221444 atau layari laman http/:museum.terengganu.gov.my

Remaja Wanita Lemas Ketika Mandi Di Lata Tembakah, Hulu Besut
Kegembiraan seorang remaja wanita yang datang berkelah bersama rakannya di kawasan perkelahan Lata Tembakah, Hulu Besut di senalam berakhir dengan tragedi apabila dia lemas ketika mandi manda di kawasan rekreasi itu.
Sarmiela Mohamed, 20, yang berasal dari Kampung Keluat, Tanjung Pauh, Bachok, Kelantan dikatakan tergelincir ke dalam lubuk ketika sedang bermain air di tingkat tiga, kawasan perkelahan itu kira-kira jam 2 petang.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria berkata mangsa sebelum itu tiba di kawasan perkelahan itu kira-kira jam 11.30 pagi dan terus memasak makanan yang dibawanya bersama rakan-rakannya yang lain.
“Bagaimanapun kira-kira pukul 2 petang, mangsa yang tidak tahu berenang dilaporkan bermain air di satu lokasi berdekatan bersama seorang rakan perempuannya sebelum kedua-duanya tergelincir lalu jatuh ke dalam air,” katanya ketika dihubungi.
Rakan Sarmiela berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang berada berhampiran tempat kejadian, namun mangsa dilaporkan telah hanyut ke dalam lubuk.
Mayatnya berjaya dikeluarkan setengah jam kemudian dengan bantuan orang ramai dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) sebelum dibawa ke Hospital Daerah Besut untuk dibedah siasat.
Sementara itu, bapa mangsa Mohamed Bedollah, 56, ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Daerah Besut di sini, memberitahu pemberita anak keenamnya hampir menemui ajal tahun lepas setelah disembelih oleh seorang rakan yang baru dikenalinya di Kuala Lumpur.
Katanya kejadian itu mengakibatkan anaknya menerima 23 jahitan di bahagian leher setelah seorang rakan perempuan yang menumpang di rumahnya bertindak agresif menyembelih leher Sarmiela ketika sedang tidur.
“Pakcik terkejut apabila menerima berita tentang kematiannya daripada seorang anak lelaki kira-kira jam 3 petang tadi sebelum bergegas ke hospital,” katanya yang kelihatan sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu.
Beliau berkata anaknya itu meminta izin daripadanya untuk berkelah dengan membawa bekalan makanan dan keluar dari rumah kira-kira 9.30 pagi.
Mohamed berkata ini kali kedua beliau kehilangan anak akibat lemas setelah anak lelakinya yang berusia sembilan tahun ditemui lemas dalam sebuah lubang air yang dikorek jengkaut tidak jauh dari rumahnya tiga tahun lalu.

Thursday, June 16, 2011
Gara-Gara Piala FA – Yang Di-Pertuan Agong DiHina
Marah dan geram dengan sikap individu menghina Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, GanuSoccer.net petang kelmarin membuat laporan polis mengenai kes penghinaan berkenaan.
Laporan sebelum ini menyebut penghinaan itu dilakukan oleh dua individu dipercayai penyokong pasukan bola sepak tanah air bertindak kurang ajar apabila sanggup menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menerusi laman sosial Facebook.
Individu terbabit didapati bukan saja mengubah suai gambar Yang di-Pertuan Agong dengan menggantikan wajah baginda dengan sebiji bola tetapi turut mengeluarkan komen mempersendakan ketua negara Malaysia itu apabila mengaitkannya dengan kemenangan Terengganu ke atas Kelantan pada final Piala FA, Sabtu lalu.
Tindakan dua individu tidak bertanggungjawab dikenali sebagai Nik Rabani dan Kay Shakila itu disedari ahli Kelab Peminat Terengganu (Terengganu FC) yang membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, pada jam 1.15 petang, kelmarin.
Berdasarkan akaun individu terbabit, Nik Rabani mendakwa menetap di Kota Bharu manakala Kay Shakila pula mendakwa menuntut di Universiti Teknologi Mara.
Ketua Penerangan Terengganu FC, A Rashid Ridha Muhamad, berkata tindakan dua penyokong terbabit disedari ahlinya kira-kira jam 9 malam kelmarin dan mereka menyifatkan ia sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab.
"Individu berkenaan yang dipercayai penyokong Kelantan mendakwa Yang di-Pertuan Agong membeli perlawanan akhir Piala FA bagi memastikan kemenangan Terengganu.
"Sebelum ini, kita sudah menasihatkan dua individu berkenaan untuk menarik balik kenyataan itu menerusi laman Facebook milik Terengganu FC tetapi sehingga laporan ini dibuat, tiada tindakan diambil dua individu terbabit.
"Bukan niat untuk mengeruhkan keadaan tetapi saya berharap polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan sewajarnya terhadap dua individu berkenaan," katanya yang ditemui di Balai Polis Chabang Tiga, kelmarin.
Berikutan laporan ini beberapa blog menyiarkan rasa tidak puas hati mereka dengan komen berkenaan.Blog sejarah melayu umpamanya mengulas:
“Penyokong pasukan bola sepak terkenal dunia yang kalah final World Cup pun tak taksub seperti penyokong bola sepak di negeri PAS ini .
Kalau penyokong partinya pun taksub kepada pemimpin itu aku tak hairan sangat, tapi kalau kerana kalah saja pasukan bola sepak mereka sampai menghina Yang Di Pertuan Agong merupakan perbuatan yang melampau .
Ada ka patut 2 orang penyokong Kelantan yang bangang ini dek kerana kalah final Piala FA 2011 telah menghina Yang di-Pertuan Agong kononnya membeli perlawanan .
Budak 2 ekor yang masih hingusan ini pasti kuat menyokong PAS .PAS pun lebih kurang la kalau kalah saja pilihanraya semuanya disalahkan SPR kononnya tidak adil dan bawa pengundi hantu .
Sepatutnya budak bangang ini pi marah Daudsu Jamaluddin yang score gol sendiri pada minit terakhir perlawanan bukannya menghina Yang Dipertuan Agong .
Harap SKMM dan polis dapat menyiasat perbuatan kurang ajar ini.”
Yang penting seperti disebut GanuSoccer melalui laman twiternya: “Diharap isu penghinaan terhadap YDPA ditanggani dengan sewajarnya oleh pihak BERKUASA, isu ini bukan melibatkan kenegerian tetapi lebih kepada moral RAKYAT itu sendiri terhadap INSTITUSI keRAJAan yang ada di MALAYSIA kita. Diingat, isu KENEGERIAN tidak timbul disini, dimana jua kita berdiri, RAJA mana pun kita berdaulat, ianya harus dipertahankan demi DAULAT TUANKU itu sendiri.”

Keajaiban, Kekalahan Kelantan & Selangor Penuhi Impian Terengganu
Hanya keajaiban sahaja mampu menjadikan impian Terengganu menjadi juara berganda – Piala FA dan Liga Super - menjadi kenyataan.
Dengan hanya berbaki satu perlawanan, juara baru Piala FA itu kekal menghuni tangga ketiga dengan 50 mata, ketinggalan tiga mata di belakang musuh tradisi, Kelantan.
Selangor pula mengekori rapat di tempat kedua dengan kelebihan satu mata di hadapan Terengganu.
Walaupun belum menyerah kalah, Terengganu terpaksa ‘mendoakan kekecewaan orang lain’ untuk mendapatkan sesuatu yang mereka idamkan pada 6 Julai nanti.
Selain berusaha mencatat kemenangan besar ke atas Felda United pada perlawanan terakhir di Cheras, skuad Penyu mengharapkan Selangor rebah di tangan Sabah dan Selangor tewas di Ipoh menetang Perak.
Apa yang penting adalah Terengganu terus meraih kemenangan dan mencari tiga mata penuh.
Terengganu perlu menyediakan pasukan terbaik selain mengharapkan sokongan peminat terutamanya di Lembah Klang bagi memberi keyakinan luar biasa kepada pemain seperti yang ditunjukkan pada final Piala FA baru-baru ini.
Sementara tiga mata penuh yang diraih oleh The Red Warriors ketika menumbangkan Perak 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu cukup penting buat Kelantan mengintai kejuaraan Liga Super buat kali pertama.
Ketua jurulatih, Datuk M. Karathu mengakui kemenangan tersebut cukup penting buat pasukannya untuk terus memacu kedudukan selaku peneraju liga ketika dua pencabar terdekat iaitu Selangor dan Terengganu terus memberikan tekanan.
"Apa yang penting, kita perlu berfikiran positif dan yakin Kelantan mampu menjadi juara liga buat kali pertama musim ini. Bukan senang bagi Terengganu berhadapan Felda United dan tidak mudah juga bagi Selangor menentang Perak di Ipoh," katanya.
Tambahnya, untuk perlawanan terakhir bertemu Sabah nanti, beliau yakin The Red Warriors mampu mengutip mata di Kota Kinabalu meskipun bakal berdepan laluan sukar.
"Peluang untuk menjuarai liga semakin hampir. Jadi ia perlu digunakan sebaik mungkin. Saya tidak mahu memikirkan nasib pasukan lain (Selangor dan Terengganu) yang sedang mengekori rapat daripada belakang, katanya.
Amat nyata Liga Super musim ini menarik dan kompetatif dan kemungkinan besar satu lagi piala Liga Malaysia akan ke Pantai Timur, selepas Terengganu melakukannya melalui Piala FA.
Notis Kenaikan Bayaran Perkhidmatan Astro Dianggap Tidak Sah - Rais
Notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
"Bayaran perkhidmatan asas yang dikenakan oleh Astro kepada pelanggan sekarang tidak akan diubah, apa-apa pertambahan Astro perlu berunding dahulu dengan SKMM sebelum memutuskan untuk menaikkan caj perkhidmatan mereka," katanya.
Astro perlu mendapat kelulusan dari SKMM sebelum menaikkan harga perkhidmatan saluran televisyen berbayar mereka, kata Rais.
Kementerian akan berbincang dengan Astro mengenai isu tersebut, kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Malam Penghargaan Industri Filem 2011 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) di Kuala Lumpur, malam semalam. Turut hadir ialah Ketua Pengarah Finas Mohd Mahyidin Mustakim.
Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.
Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.

Rasuah: Bekas Jurulatih Piala Presiden T-Team Didakwa
Bekas jurulatih pasukan bola sepak Piala Presiden T-Team dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu, semalam atas enam pertuduhan mengatur perlawanan bola sepak membabitkan pasukannya dengan pasukan Pahang pada Mac tahun lalu.
Sufian Ngah, 41, didakwa memberi rasuah sebanyak RM1,500 dan RM500 kepada enam pemain pasukan T-Team, bagi tujuan tersebut pada Mac tahun lalu kira-kira 7 malam di Kampung Hulu Takir, Jalan Seberang Takir.
Bagaimanapun, Sufian yang bekerja sebagai kerani di sebuah bank di Kuala Terengganu mengaku tidak bersalah atas tuduhan memberi rasuah kepada Mohd Azwan Mat Ali, Muhammad Shariquddin Ibrahim, Nadzmeer Mohamad, Azuan Hussien, Mohd Hanifzam Muda dan Hafiz Mohd Noor.
Dia didakwa memberi suapan tersebut sebagai upah mengatur keputusan perlawanan membabitkan perlawanan bola sepak Piala Presiden antara pasukan T-Team dengan pasukan Pahang.
Dia didakwa mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.
Hakim Tuan Zainal Abidin Kamaruddin membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin berserta dua syarat iaitu dia dikehendaki melapor diri di pejabat SPRM Cawangan Terengganu setiap dua minggu dan dilarang meninggalkan daerah Kuala Terengganu tanpa kebenaran mahkamah.
Mahkamah menetapkan 30 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi memberi peluang tertuduh melantik peguam.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Syafinas Shabudin.
Sementara di Shah Alam, bekas jurulatih penjaga gol pasukan bola sepak Piala Presiden Selangor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam hari ini selepas dipercayai terbabit memberi suapan dan mengatur perlawanan dalam kejohanan Piala Presiden, Mac lalu.
Lelaki berusia 36 tahun itu yang ditahan pukul 4.30 petang merupakan individu ketiga diberkas SPRM selepas seorang ahli perniagaan warga Singapura, R.K. Rajendran dan bekas jurulatih pasukan bola sepak Piala Presiden T-Team, Sufian Ngah.
Siasatan mendapati suspek ketiga itu dipercayai terlibat memberi suapan bersama Rajendran kepada pemain bola sepak pasukan Selangor dan T-Team Terengganu pada Mac 2010.
Dia juga jurulatih sebuah kelab dan bekas pemain bola sepak Selangor dari 1994 hingga 2000. Penahanan dibuat selepas suruhanjaya itu mengambil keterangan sembilan pemain bola sepak sejak semalam.

Kembara Belia Terengganu Berkonvoi 800km
Dr Rosli Mat Hassan (tengah) bersama sebahagian peserta Program Kembara Belia Terengganu pada majlis pelancaran program itu di Padang Merdeka, Dungun, semalam
Program Kembara Belia Terengganu (KBT) 2011 selama empat hari bermula di sini hari ini dengan konvoi bermotosikal sejauh hampir 800 kilometer.
Pengarah program, Prof. Madya Dr. Azemi Che Hamid berkata, kembara anjuran bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu dijayakan dengan kerjasama kerajaan negeri serta penaja utama syarikat UMW Pennzoil Distributor Sdn. Bhd.
Menurutnya, kembara melibatkan lebih 150 peserta terdiri daripada kalangan mahasiswa UiTM dan belia tempatan akan menjayakan pelbagai kegiatan kemasyaratan terutama bersama kalangan sebaya di enam lokasi persinggahan.
Pada masa yang sama mereka akan turut didedahkan pendidikan keselamatan jalan raya dan kaedah menyelenggarakan kenderaan masing-masing.
Beliau yang juga Timbalan pengarah Penyelidikan Jaringan Industri UiTM Terengganu berkata, ia merupakan program kali kedua dan dapat dijayakan dengan komitmen bersama sektor korporat.
Para peserta dilepaskan oleh Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura, Datuk Dr. Rosli Mat Hassan di padang Merdeka di sini pagi ini. Turut hadir, Pengurus Besar Kanan UMW Pennzoil Distributor Sdn. Bhd., Mohd. Ruslan Abdul Ghani.
Mereka bertolak ke Felda Cerul, Kemaman untuk diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing bagi menyertai program komuniti bersama masyarakat di Felda itu.
"Petang Khamis ini, kembara akan menyertai program kemasyarakatan di dua tempat iaitu Kampung Kuala Kejir dan Felcra Bukit Kapah di Daerah Hulu Terengganu.
"Keesokannya, mereka akan berkonvoi ke Bukit Kluang, Besut dalam program bersama komuniti nelayan sebelum mengakhiri program di Dataran Shahbandar pada Sabtu ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tambah Dr. Azemi, program itu memberi peluang kepada golongan belia yang menunggang motosikal mendekati masyarakat dengan pelbagai program yang diadakan di setiap daerah.
Katanya, penganjuran itu merupakan satu pendekatan bijak daripada pihak UiTM dan UMW dalam usaha menyediakan program yang berfaedah kepada golongan belia khususnya dalam bidang permotoran.
Sementara itu, Mohd. Ruslan pula menyifatkan penglibatan pihaknya dalam program berkenaan adalah sebagai tanggungjawab sosial korporat dan diteruskan dengan kejayaan program pertama.
Baginya, program sebegini dapat dijadikan sebahagian daripada pendekatan ke arah pembangunan modal insan yang berkualiti, selain mengekalkan hubungan industri antara syarikat dengan institusi pengajian tinggi terkemuka itu.
Utusan Malaysia

LPPKN Mempromosi Perkhidmatan Kesihatan Reproduktif
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Terengganu akan mengadakan promosi perkhidmatan kesihatan reproduktif percuma sempena sambutan Hari Bapa.
LPPKN dalam satu kenyataan memberitahu, ia akan diadakan klinik-klinik LPPKN daerah Kuala Terengganu, Besut dan Dungun bermula 20 hingga 26 Jun ini.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah pemeriksaan warga sihat, pemeriksaan payu dara dan pap smear, perkhidmatan perancang keluarga (tidak termasuk implanon), pendaftaran baru serta perundingan untuk perancang keluarga.
Bakal turut diadakan ialah pameran perkhidmatan LPPKN, aktiviti Kembara Kaunseling serta aktiviti untuk golongan lelaki dan bapa manakala 50 pengunjung lelaki bertuah pula akan menerima hadiah istimewa sumbangan LPPKN.
Promosi yang diadakan pada hari bekerja itu akan bermula dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang (Ahad hingga Rabu) manakala pada hari Khamis pula dari pukul 8 pagi hingga 4 petang.

Penglibatan Aktif Rosmah Di Peringkat Antarabangsa Beri Impak Positif
Penglibatan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam pelbagai konvensyen mahupun seminar antarabangsa dilihat sebagai sesuatu yang positif dalam memartabatkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa, persidangan Dewan Rakyat diberitahu semaam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata undangan sebegitu seharusnya dilihat sebagai pengiktirafan dan penghormatan kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai dasar, strategi dan pelaksanaan yang baik dalam bidang pendidikan, pendidikan awal dan penjagaan kanak-kanak serta aspek pembangunan wanita dan kebajikan.
Beliau berkata melalui penglibatan dan pendekatan sebegini, Malaysia dapat berkongsi pengalaman dan pencapaian dalam bidang tersebut.
"Secara tidak langsung, ia juga akan dapat meyakinkan persepsi antarabangsa terhadap pencapaian Malaysia dalam bidang berkenaan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Juslie Ajirol (BN-Libaran).
Juslie ingin tahu mengenai persepsi antarabangsa berhubung penglibatan Rosmah yang pro-aktif menyertai forum, konvensyen dan seminar global sebagai suara hak wanita, pembangunan modal insan dan masyarakat di peringkat dunia.
Dalam pada itu, Mohammad Nazri berkata peranan anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) adalah sama seperti yang dilakukan semasa ia diterajui oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.
Beliau berkata pada ketika itu, Bakti banyak memainkan peranan dalam menjalankan kerja-kerja amal untuk membantu masyarakat di Malaysia dan peranan itu kekal hingga sekarang.
"Kita telah lihat bahawa ia diterima baik dan tiada pertikaian pun mengenai peranan mereka. Oleh itu, sekarang Bakti juga melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan dulu dan tiada perbezaan antara dulu dan sekarang," katanya

Warga Singapura Didakwa Rasuah Enam Pemain Bola Sepak T-Team
Seorang lelaki warga Singapura mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Shah Alam semalam terhadap enam pertuduhan memberi rasuah kepada enam pemain bolasepak T-Team Terengganu tahun lepas bagi mengatur keputusan satu perlawanan Piala Presiden antara pasukan itu dan Selangor.
R.K. Rajendran, 51, didakwa memberi suapan wang tunai RM200 masing-masing kepada Mohd Azwan Mat Ali, Muhammad Shariquddin Ibrahim, Mohd Nadzmeer Mohammad, Mohd Azuan Hussein, Mohd Hanifzam Muda dan Mohd Hafiz Mohd Noor pada 7 malam Mac tahun lepas di Hotel Grand Blue Wave di Shah Alam.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.
Timbalan Pendakwa Raya Fadzilah Mohd Osman dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan ikat jamin RM6,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin warga Malaysia dikenakan terhadap Rajendran, dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.
Beliau memohon agar kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu kerana kebanyakan saksi adalah dari Terengganu.
Hakim M.Bakri Abdul Majid kemudian menetapkan ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin warga tempatan dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.
Beliau juga menetapkan 30 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.
Rajendran diwakili oleh peguam V.Shanmugam.

Sultan Johor Pengerusi Mesyuarat Ke-224 Majlis Raja-raja
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-244, (kanan) dan berjalan bersama Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ketika berangkat menghadiri mesyuarat itu di Istana Negara di Kuala Lumpur, 15 Jun 2011.
Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar semalam mempengerusikan Mesyuarat ke-224 Majlis Raja-Raja di Istana Negara di Kuala Lumpur.
Mesyuarat hari pertama itut dihadiri semua Raja Melayu kecuali Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang gering.
Terengganu diwakili Tengku Seri Bendahara Raja Tengku Mustaffa Kamel dan diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said sementara Kedah oleh Tunku Bendahara Datuk Seri Tunku Annuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Kecuali Kelantan, Raja-raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka oleh Ketua Menteri masing-masing.
Sultan Kelantan diiringi wakil Menteri Besar Datuk Mohd Amar Abdullah manakala Yang Dipertua Negeri Sarawak diiringi wakil Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu.
Rogol: Nelayan Dijel 17 Tahun, 12 Sebatan
Seorang nelayan masih mampu tersenyum apabila dihukum penjara 17 tahun dan sebatan 12 kali oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu, semalam kerana merogol dan melakukan seks oral terhadap seorang remaja berusia 15 tahun, tiga tahun lalu.
Baharuddin Muhammad, 39, dijatuhi hukuman tersebut oleh Hakim Zainal Abidin Kamarudin selepas dia mengaku bersalah atas dua tuduhan merogol dan satu tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap mangsa.
Bagi tuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan mangsa di bawah sebuah rumah bernombor 320, Jalan Bukit Losong, Losong Panglima Perang di sini kira-kira pukul 10 malam, 7 Januari 2008.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan.
Tertuduh turut didakwa merogol mangsa di dalam sebuah bilik di rumah yang sama kira-kira pukul 12.30 tengah malam, 7 Februari 2008 dan kira-kira pukul 2.30 pagi, 9 Februari 2008.
Bagi kesalahan rogol, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.
Zainal Abidin menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan sebatan dua kali bagi tuduhan seks luar tabii. Tertuduh turut dihukum penjara 10 tahun dan sebatan lima kali bagi setiap pertuduhan rogol yang dihadapinya.
Mahkamah memerintahkan hukuman ke atas pertuduhan melakukan seks luar tabii dijalankan berasingan dengan pertuduhan merogol.
Bagaimanapun hukuman bagi kedua-dua pertuduhan merogol diperintah berjalan serentak.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ooi Chooi Gaik manakala tertuduh diwakili oleh peguam Abdul Aziz Muda.

Felcra Peruntuk RM21 Juta Bagi Program Bantuan Rumah
Felcra Berhad memperuntukkan RM21 juta untuk Program Bantuan Rumah (PBR) di seluruh negara di bawah konsep baik pulih dan bina baru untuk golongan miskin, kata Pengerusinya Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
Beliau berkata pelaksanaan PBR adalah selaras dengan matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah untuk menaik taraf sosio ekonomi rakyat luar bandar.
"Sebanyak 372 unit rumah dibina baru dan 248 unit rumah dibaik pulih di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan PBR Parlimen Pasir Salak semalam.
Beliau berkata, PBR merupakan usaha kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk membantu rakyat miskin tegar yang memerlukan tempat kediaman lebih selesa.
Katanya Felcra diberi tanggungjawab sebagai jentera pelaksana untuk program tersebut di Perak, Kelantan, Terengganu dan Sabah.
Tajuddin berkata ia juga sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melihat rakyat memiliki rumah sendiri dan Felcra akan terus merealisasikan matlamat itu sehingga mencapai sasarannya.

Kelaut Sokong Kerajaan Mansuhkan Subsidi Super Diesel
Persatuan Pengusaha dan Industri Laut Dalam (Kelaut) Kelantan menyambut baik keputusan kerajaan memansuhkan subsidi super diesel kepada pengusaha bot laut dalam.
Presidennya Datuk Nik Sapeia Nik Yusof berkata ia perlu bagi mengurangkan kos pengurusan kerajaan.
"Kelaut juga berharap bekalan minyak diesel kepada nelayan laut dalam diurus sendiri oleh Kelaut bagi memastikan bekalan mencukupi dan permintaan tidak tergendala," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Kelaut di Kota Bharu, semalam.
Nik Sapeia juga berharap lesen import ikan diberi kepada ahli-ahli persatuan bagi menampung kos operasi yang semakin meningkat ekoran pembatalan subsidi tersebut.
Katanya peluang mengimport sendiri ikan untuk pasaran tempatan dan mengurus bekalan diesel oleh Kelaut dapat memastikan bekalan sentiasa mencukupi dan mengurangkan masa menunggu di pangkalan.
Pada Selasa, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar berkata walaupun kerajaan telah memansuhkan subsidi super diesel kepada nelayan laut dalam, mereka masih menikmati pelbagai insentif dan galakan yang lebih baik berbanding nelayan pantai.
Kelaut mempunyai 30 ahli dengan jumlah bot 210 buah yang beroperasi di perairan Kelantan dan Terengganu dengan jumlah pendaratan antara 250 metrik tan dan 300 metrik tan setahun.

UMT Rangka Program Diploma Sains Akuakultur
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sedang merangka program baru, Diploma Sains Akuakultur bagi melahirkan graduan yang berkemahiran dalam penternakan ikan.
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT Prof Dr Noor Mohamed Shazili, berkata jika mendapat kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi, UMT akan menawarkan kursus Diploma Sains Akuakultur yang pertama seumpamanya di negara ini pada 2013.
Beliau menyatakan demikian selepas merasmikan Program Penggalakan Sains-Bengkel Pembiakan Aruhan Ikan Air Tawar untuk pelajar UMT dan murid sekolah sekitar Terengganu semalam.
Beliau berkata, Diploma Sains Akulkultur membuka peluang pekerjaan yang lebih baik memandangkan banyak industrti perikanan di negara ini sekarang berasaskan akuakultur.
Sistem Pembiakan Aruhan dijalankan dengan sperma ikan jantan disenyawakan dengan telur ikan betina yang disuntik hormon untuk menggalak kematangan dan mempercepat proses pematangan.

58,094 Kes Tuntutan Pengguna Berjaya Diselesaikan TTPM - Ismail Sabri
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) berjaya menyelesaikan 58,094 kes yang difailkan pengguna terhadap pembekal barangan dan perkhidmatan atau pengilang dengan nilaian berjumlah RM135.2 juta bagi tempoh Januari 2000 sehingga 31 Mei lepas.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah itu membabitkan 97.73 peratus daripada 59,441 kes dengan jumlah tuntutan bernilai RM275.6 juta.
Katanya dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini sebanyak 4,542 tuntutan yang didaftarkan berbanding pemfailan sebanyak 2,272 bagi tempoh sama pada tahun lepas.
"Saya percaya peningkatan ini disebabkan oleh kesedaran pengguna dan promosi secara meluas yang dilakukan melalui program-program kementerian seperti ceramah, seminar, taklimat dan publisiti melalui media massa.
"Malah lebih banyak tuntutan lagi akan dibuat selepas pelancaran portal 1Malaysia Pengguna Bijak pada minggu lepas kerana pengguna boleh mendaftarkan tuntutan mereka hanya melalui SMS (sistem pesanan ringkas)," katanya ketika melancarkan Malaysian Consumer Law Journal (My.Consum.L.J) di Menara Suruhanjaya Syarikat Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.
Turut hadir Timbalannya Datuk Tan Lian Hoe dan Pengerusi TTPM Pretam Singh Darshan Singh.
Beliau berkata pengguna boleh mendaftar tuntutan melalui SMS dengan menaip TTPM Tuntut dan sertakan nama, nombor kad pengenalan, alamat dan aduan dan hantar ke 15888.
Ismail Sabri berkata TTPM kini mempunyai lebih 40 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak bagi memperluaskan penyampaian dan perkhidmatan.
Katanya dalam tahun ini 10 cawangan baru TTPM telah dibuka iaitu di Batu Pahat, Muar, Port Dickson, Taiping, Seri Manjung, Kulim, Gombak, Kuala Kubu Baru, Sri Aman dan Keningau.
"Kita memperbanyakkan cawangan TTPM ini adalah untuk memudahkan pengguna membuat tuntutan manakala presiden TTPM akan bertugas secara giliran sama ada seminggu sekali atau sebulan sekali bergantung kepada aduan yang diterima," katanya.
Mengenai My.Consum.L.J yang julung kali diterbitkan di Malaysia, Ismail Sabri berkata ia merupakan suatu percubaan, menerbitkan keputusan TTPM, artikel dan rencana mengenai isu-isu perundangan yang berkaitan dengan pengguna secara spesifik.
"Jurnal ini dijadikan rujukan kepada presiden TTPM untuk membuat keputusan dan dijadikan bacaan umum kepada pengguna bagi meluaskan pengetahuan mereka mengenai hak-hak pengguna," katanya.
Cetakan 500 pertama jurnal itu akan dijadikan rujukan di perpustakaan, mahkamah dan pejabat KPDNKK.

Wednesday, June 15, 2011
SUK Perinci Ganjaran Skuad Piala FA, Pemenang Emas SUKMA ke 14
(Ekslusif)Ganjaran untuk pemain bola sepak pasukan Terengganu,pengurus dan pegawai yang menerima durian runtuh kelmarin akan diperincikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah (gambar kiri).
Mesyuarat Exco di Kuala Lumpur malam semalam memutuskan perincian mengenai habuan itu akan dibincangkan pada mesyuarat Exco Rabu depan.
Difahamkan Mazlan juga menyediakan cadangan ganjaran untuk pemenang emas Sukan Malaysia ( SUKMA) ke 14 di Wilayah Persekutuan yang meletakkan Terengganu sebagai juara tiga kali berturut-turut.
Menurut seorang Exco, Menteri Besar berjanji akan menunaikan segala janjinya kepada skuad SUKMA dan pasukan bolasepak Terengganu
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said ketika berucap pada majlis meraikan Skuad Penyu dan wira-wira Sukan Malaysia ke-14 di Dataran Shahbandar malam kelmarin yang dihadiri kira-kira 10,000 penyokong berkata kerajaan negeri memberikan ganjaran berupa wang tunai RM10,000 seorang.
Lebih istimewa, skuad penyu akan dibawa ke London dan penaja utama skuad penyu iaitu Top IT turut menghadiahkan komputer riba kepada pasukan itu.
Ganjaran berkenaan diberikan setelah skuad penyu berjaya meraih gelaran juara pada perlawanan akhir Piala FA, setelah menumpaskan Kelantan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.
Pada majlis itu, Ahmad Said mengigatkan para pemain agar tidak leka dan lalai dengan ganjaran yang diberikan kepada mereka.
Katanya dengan ganjaran yang diberikan kepada pemain diharap dapat menyuntik semangat para pemain untuk terus memburu kejayaan dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia.
Sementara itu bagi atlet Sukan Malaysia yang berjaya membawa pulang pingat emas, kerajaan negeri memberi ganjaran wang tunai masing-masing sebanyak RM5,000, perak RM3,000 dan RM2,000 bagi pemenang pingat gangsa.
Berikutan kejayaan itu, Menteri Besar itu turut mengumumkan cuti umum bagi seluruh negeri itu Ahad ini.

6 Julai Tentukan Kelantan, Selangor atau Terengganu Juara Liga Super
Penalti Abdul Hadi menyumbangkan gol pertama Terengganu bagi menewaskan T-Team di Kuala Terengganu semalam dengan 3-2. Gambar Harith Fadzilah.
Kelantan paling lega daripada keputusan perlawanan Liga Super malam semalam, sementara Selangor dan Terengganu turut menunggu peluang untuk menjadi juara Liga Super musim ini.
Saingan tiga penjuru antara Kelantan, Selangor dan Terengganu kini sengit selepas penyudahan keputusan, malam tadi yang menyaksikan ketiga-ketiga pasukan berkenaan merakamkan kemenangan penting.
Di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu yang masih segar dengan kejuaraan Piala FA langsung tidak mendapat bantuan daripada kelab senegeri, T-Team apabila dipaksa berhempas pulas untuk mencatat kemenangan 3-2.
Dengan keputusan itu, skuad Penyu kini masih berada di tangga ketiga liga iaitu mengumpul 50 mata, tiga mata di belakang Kelantan dan satu mata di belakang Selangor.
Hanya kekalahan Kelantan dan Selangor pada perlawanan terakhir 6 Julai akan menentukan siapa juara Liga Super.
Abdul Hadi Yahya membuka jaringan Terengganu menerusi penalti di minit ke-59, namun T-Team menyamakan kedudukan 1-1 dua minit kemudian menerusi Shamsul Kamal Mohamad. Indra Putra Mahayuddin mengejutkan skuad Penyu apabila meletakkan T-Team mendahului 2-1 pada minit ke-73.
Fahmi Izzudin Zuki dan Abdul Manaf Mamat menghidupkan harapan Terengganu untuk menghambat kejuaraan liga dengan menambah dua gol, masing-masing pada minit ke-74 dan 86.
Apapun, wajah ketua jurulatih The Red Warriors, Datuk M Karathu terpancar ceria melihat anak didik menang 1-0 ke atas Perak di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV apabila berkata: “Apa yang penting kami mendapat tiga mata berharga malam ini.”
Satu ketika mahkota kejuaraan tampak milik mutlak Kelantan ketika Selangor dan Terengganu seperti mahu seri sebelum menang. Anak didik K Devan menewaskan Felda United 2-1 manakala Terengganu mengatasi T-Team 3-2.
Yang pasti, persaingan merebut gelaran Liga Super semakin panas apabila kejuaraan hanya akan ditentukan pada hari terakhir liga, 6 Julai ini dan Kelantan dengan pungutan mata lebih daripada Terengganu dan Selangor bangkit daripada kekecewaan dalam final Piala FAmenunjukkan kebangkitan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu apabila menundukkan Perak 1-0.
Semalam, bintang penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha muncul wira pasukannya dengan menjaringkan gol tunggal kemenangan pada minit ke-53, sekali gus menebus kekecewaan gagal menyempurnakan sepakan penalti pada babak pertama.
Skuad Red Warriors memegang kelebihan dua mata ke atas Selangor dan tiga mata meninggalkan Terengganu ketika baki satu perlawanan. Anak buah Datuk M. Karathu bakal menjulang trofi andai menumpaskan Sabah di Kota Kinabalu dalam perlawanan terakhir.
Norshahrul sebelum itu berpeluang membuka jaringan pada minit ke-24 apabila Kelantan dihadiahkan sepakan penalti, tetapi tendangannya dapat dibaca Nasril Nourdin.
Kelantan yang tampak agak lesu selepas kekecewaan terlepas kejuaraan Piala FA kepada Terengganu Sabtu lalu, menguasai perlawanan sebaik sepak mula dengan beberapa percubaan tepat dihasilkan sepanjang babak pertama, tetapi gagal menjelmakan jaringan.
Gol tunggal Norshahrul kekal hingga tamat permainan untuk mengekalkan Kelantan di persada liga buat menyalakan impian memburu mahkota kejuaraan buat julung kali dalam sejarah mereka.
Penyandang juara, Selangor belum menyerah kalah dengan terus menghambat pendahulu selepas menang tipis 2-1 di Stadium Shah Alam.
Pemain tengah kebangsaan, Mohd. Syafiq Rahim muncul penyelamat Merah Kuning apabila menjaringkan gol kemenangan menerusi penalti pada minit ke-74, selepas dia dijatuhkan oleh Muhammad Juzaili Samion.
Terdahulu, tonggak pertahanan, P. Gunalan membuka jaringan Selangor pada minit ke-23 selepas melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Mohd. Hamsani Ahmad, namun Mohd. Azrul Ahmad mengejutkan tuan rumah dengan gol penyamaan di minit ke-68.
Di JOHOR BAHARU, Johor FC tidak mensia-siakan peluang terakhirnya bermain di gelanggang sendiri apabila turut menang tipis 2-1 ke atas Pahang pada perlawanan di Stadium JCorp, Pasir Gudang.
Dua jaringan tuan rumah masing-masing dijaringkan oleh Mohd Khairul Ismail pada minit ke-24 dan Mohd Rashid Aya (min-84) sementara gol tunggal skuad Tok Gajah disumbat oleh Azamuddin Mohd Akil (min-58).
Di ALOR SETAR, Kedah terikat seri 1-1 dengan Negeri Sembilan pada perlawanan di Stadium Darul Aman.
Kedah terlebih dahulu di hadapan apabila menjaringkan gol pembukaan oleh Badrol Bakhtiar pada minit ke-73. Namun harapan Kedah terpaksa berkubur apabila pemainnya sendiri, Shahril Faizal menjaringkan gol sendiri pada minit ke-81.
Di KANGAR, jaringan Razlan Oto pada minit ke-27 membolehkan Sabah mengutip tiga mata penuh apabila menang 1-0 ke atas pasukan tercorot liga, Perlis pada aksi di Stadium Utama Negeri.
PENJAGA gol Perak, Md Nazril Nouridin (kanan) menghalang cubaan pemain Kelantan, Mohd Badri Radzi dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Mohamad Ke IV, malam tadi.
TSG Rancang Sertai Dua Kejohanan Asia Mulai Bulan Depan
Pasukan Terengganu Pro Asia Cycling (TSG) akan menyertai dua kejohanan lumba basikal peringkat Asia pada bulan depan dan September.
Pengurus Pentadbirannya Abdul Majid Ambak berkata antara kejohanan itu ialah Jelajah Tasik Quinghai, China mulai 1 hingga 10 Julai dan Jelajah Brunei dari 7 hingga 11 September ini.
"Sebenarnya banyak lagi jemputan yang kita terima, tetapi kita tidak dapat tunaikan dihubungi di Kuala Terengganu, semalam.
Abdul Majid berkata TSG tahun ini sudah menyertai 14 kejohanan peringkat Asia sehingga bulan ini, yang terbaru disertainya ialah Le Tour de Singkarak, Sumatera Barat, pada minggu lepas.
Beliau berkata TSG akan menghantar seramai lima hingga enam orang pelumba untuk menyertai setiap kejohanan itu.
Katanya TSG telah mengambil seorang anggota baru iaitu Chan Jae Jang dari Korea Selatan bagi memperkuatkan pasukan itu bulan lepas.
"Pelumba itu telah membuktikan kewibawaan dan prestasi yang baik ketika mewakili TSG di Singkarak," katanya.
Abdul Majid berkata sekarang ini TSG mempunyai sembilan pelumba tempatan dan lima pelumba import.
Pelumba tempatan terdiri daripada Anuar Manan, Mohd Haris Salleh, Mohd Shahrul Mat Amin, Yusrizal Usop, Mohd Saufi Mohd Senan, Mohd Faiz Sharifuddin Abdul Kadir, Mohd Sobri Abdulah, Mohd Nor Umardi Rosdi, Nor Amirul Fakaruddin Marzuki.
Pelumba import pula ialah dua pelumba Jepun, Shinichi Fokushima dan Motoi Nara, dua pelumba Korea To Hyeong Kim dan Chan Jae Jang serta seorang pelumba Thailand, Phuchong Udonsin.
PM Minta Negeri Sediakan Tapak Rumah Mampu Milik
Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-112 di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya pagi semalam membuat keputusan untuk meminta kerajaan negeri menyediakan tanah di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti untuk menjayakan Program Rumah Mampu Milik.
Program itu yang akan dilancarkan bulan depan menetapkan rumah adalah berharga RM220,000 ke bawah.
Mesyuarat selama hampir tiga jam bermula pukul 9 pagi itu turut di hadiri Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said serta beberapa menteri kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan. pagi ini
Permintaan itu dibangkitkan Perdana Menteri ketika mempengerusikan mesyuarat berkenaan.
Program berkenaan yang kemudiannya diperluaskan secara besar-besaran ke seluruh negara itu akan dilaksanakan melalui kerjasama pihak swasta bagi menawarkan harga rumah yang lebih berpatutan kepada golongan berkenaan.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Perdana Menteri mahu semua negeri mengenal pasti kawasan sesuai di semua daerah untuk menyegerakan rancangan yang akan membantu lebih ramai golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah.
Program Rumah Mampu Milik diperkenalkan selepas kerajaan mengambil kira keluhan orang ramai termasuk di laman-laman sosial bahawa amat sukar untuk mendapatkan rumah di bawah lingkungan RM220,000 terutamanya di Lembah Klang.
Mohd. Ali berkata, mesyuarat yang berakhir pukul 12.30 tengah hari itu turut membincangkan mengenai isu-isu berbangkit antaranya berkenaan Dasar Tenaga Boleh Diperbaharui dan keadaan infrastruktur di negeri-negeri.

UMT Lancar Kapal Penyelidik Bulan Depan
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan melancarkan kapal penyelidik, RV Discovery, pada bulan depan, kata Pendaftar UMT Zakaria Ibrahim.
Beliau berkata majlis perasmian itu akan disempurnakan Canselor UMT Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.
“RV Discovery atau Research Vessel Discovery sepanjang 35 meter, seberat 300 tan dengan kos RM13 juta yang dibina oleh Kay Marine Sdn Bhd pada September 2008 merupakan satu-satunya kapal penyelidik kepunyaan UMT,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Pembantu Perpustakaan 2011 di Kuala Terengganu.
Zakaria berkata UMT akan mengadakan majlis konvokesyen selama dua hari pada 1 dan 2 Okt manakala kemasukan kira-kira 2,200 pelajar baru sesi 2011 pada September.
Mengenai rancangan pembangunan UMT, beliau berkata pembinaan dua kampus baru iaitu di Bukit Kor, di daerah Marang melibatkan kawasan seluas 160 hektar dan satu lagi di Lembah Bidong, Setiu melibatkan kawasan seluas 200 hektar akan fokus universiti itu.
Bagi projek di Bukit Kor, beliau berkata kerja-kerja penyediaan tapak sedang dilaksanakan manakala permohonan tanah di Lembah Bidong, masih belum diputuskan oleh kerajaan negeri.
Zakaria berkata ketika ini UMT mempunyai seramai 1,563 kakitangan dengan kekuatan 477 pensyarah. Jumlah penuntut UMT kini melebihi 6,000 orang.
Sementara itu, Seminar Pembantu Perpustakaan anjuran Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah UMT, yang disertai 70 peserta daripada 16 institusi pengajian tinggi di seluruh negara antara lain bertujuan berkongsi pengalaman dalam bidang perpustakaan.
“Bagi merealisasikan perkhidmatan berkualiti, pembantu perpustakaan merupakan tunjang utama sesebuah perpustakaan, perlu meningkatkan ilmu terutama dalam bidang teknologi maklumat.
“Pembantu perpustakaan adalah gambaran kepada seluruh operasi perpustakaan kerana mereka yang berada di barisan hadapan dalam menentukan kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan,” kata Zakaria

Dasar Gaji Minimum Sebelum Hujung Tahun - PM
Najib Tun Razak menyampaikan cenderamata penghargaan kepada G. Rajasekaran sebagai menghargai jasa beliau sepanjang berkhidmat dengan MTUC selepas merasmikan portal aduan pekerja yang digerakkan oleh Pemuda UMNO pada Majlis Makan Malam sempena Hari Pekerja 2011 di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya, Selangor, semalam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap dasar gaji minimum dapat dilaksanakan sebelum penghujung tahun ini.
Beliau berkata ini kerana beliau dimaklumkan oleh Kementerian Sumber Manusia bahawa Rang Undang-Undang Majlis Konsultasi Gaji Negara 2011 akan dibawa ke Kabinet untuk diputuskan tidak lama lagi, seterusnya akan dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini.
"Kalau lulus rang undang-undang ini, maka kita akan wujudkan majlis tersebut, saya berharap sebelum penghujung 2011 gaji minimum akan dapat dilaksanakan," katanya ketika berucap pada majlis makan malam sempena sambutan Hari Pekerja anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di Kuala Lumpur malam semalam.
Turut hadir ialah Presiden MTUC Mohd Khalid Atan, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Najib berkata selain dasar gaji minimum, beberapa perkara lain seperti elaun sara hidup (Cola), persaraan dan pekerja asing yang diutarakan oleh Mohd Khalid dalam ucapannya terdahulu akan dibawa ke majlis tersebut untuk diperhalusi secara mendalam.
"Apa yang dilontarkan oleh Presiden MTUC mendapat sokongan kerajaan, harus kita perjuangkan. Apa yang difikirkan baik oleh majlis itu akan dibawa kepada pertimbangan Menteri Sumber Manusia. Semua perkara ini amat wajar dihalusi secara mendalam supaya keputusan-keputusan kita nanti akan mendatangkan kebaikan untuk semua," katanya.
Beliau berkata kerajaan telah mengambil beberapa tindakan yang mencerminkan bahawa beliau amat memahami hasrat para pekerja dan menyelami permasalahan mereka seperti menaikkan gaji posmen dan pengawal keselamatan di atas paras kemiskinan.
Dalam pada itu, Najib turut menyifatkan MTUC sebagai "umbrella body" bagi kesatuan-kesatuan sekerja di negara ini kerana ia merupakan satu badan yang boleh memainkan peranan positif untuk menjaga kebajikan para pekerja.
"Kepada 12 juta para pekerja Malaysia, saya ucapkan tahniah kerana telah berjaya mentransformasikan negara dari sebuah negara pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi dalam jangka masa hanya satu generasi sahaja," katanya.
Beliau berkata cabaran untuk pekerja, majikan, kerajaan dan rakyat termasuk penjawat awam dan pekerja swasta pada masa kini ialah untuk sama-sama menyumbang ke arah menjayakan transformasi negara kepada sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
"Bagi menjayakan wawasan negara dan bagi kita merealisasikan masa depan yang lebih baik dan lebih terjamin kepada para pekerja dan rakyat Malaysia pada keseluruhannya, maka kita perlu masing-masing berganding bahu sebagai satu pasukan negara Malaysia," katanya.
Najib berkata era di mana pekerja, majikan dan kerajaan selalu berada di dalam pendekatan bersifat konflik atau perbalahan secara terbuka pada tahun 60-an dan 70-an dahulu bukan lagi satu pendekatan realistik yang boleh menjamin pembangunan yang mapan dan kadar pertumbuhan yang tinggi.
"Sebaliknya pendekatan yang lebih wajar yang menjadi landasan dan ikutan kita ialah menjadikan ketiga-tiga pihak ini sebagai satu pasukan, dapat bergabung dalam satu perkongsian untuk mencari penyelesaian yang positif.
"Ini supaya kita saling beruntung, mendapat keuntungan dan rezeki yang lebih, majikan dapat menjalankan urusan mereka dengan baik dan kerajaan juga beruntung kerana negara bertambah lebih maju dan harmoni," katanya.
Beliau berkata hubungan itu merupakan yang paling ideal untuk merapatkan jurang perbezaan pendapat dan memperjuangkan hasrat dan tuntutan dengan kaedah yang sebaik-baiknya.
"Jika apa yang dituntut kita itu adalah amat adil dan munasabah. Jika apa yang diminta oleh pekerja memang patut dipertimbangkan maka bagi saya tidak ada sebab kerajaan mahupun majikan harus ketepikan tuntutan itu," katanya.
Pada majlis itu, Najib turut melancarkan portal aduan pekerja yang dibangunkan dengan kerjasama Pergerakan Pemuda Umno.
JPNT Siasat Sekolah Menengah Paksa Pelajar Tinggal di Asrama
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Razali Daud, berkata pihaknya sedang menyiasat berhubung tindakan sebuah sekolah menengah memaksa pelajar tinggal di asrama.
Dilaporkan, sebuah sekolah menengah meminta pelajar yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tinggal di asrama mendapat reaksi negatif.
Malah, ada di kalangan pelajar dikatakan meminta berpindah ke sekolah lain kerana tidak mahu tinggal di asrama yang menghimpunkan pelajar yang berpotensi mencapai keputusan cemerlang.
Tindakan sekolah itu juga dikatakan menyebabkan pelajar dikatakan sanggup ditukarkan ke kelas lain daripada berada di kelas terbaik bagi mengelak 'dipaksa' tinggal di asrama.
“JPNT belum menerima laporan berhubung perkara itu tetapi demi menjaga nama baik jabatan, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kuala Terengganu diminta menyiasat perkara itu,” katanya ditemui selepas merasmikan Program Elit 2011 Pelajar Praufniversiti Daerah Kuala Terengganu di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nilam, Kuala Terengganu, kelmarin.
"Kita tidak wajibkan pelajar tinggal di asrama jika mereka boleh belajar di rumah dengan selesa dengan diberi perhatian oleh ibu bapa atau keluarga dengan baik. Tetapi kalau pelajar tinggal jauh dari sekolah atau masalah keluarga yang besar sehingga berlaku gangguan untuk belajar, ia eloklah tinggal di asrama.
"JPNT tidak pernah mengeluarkan arahan kepada mana-mana sekolah selain sekolah berasrama penuh untuk memastikan pelajar tinggal di asrama yang disediakan," katanya.
Hadir sama Setiausaha Agung Gabungan Pendidikan Melayu Terengganu (GAGASAN), Syed Anwar Syed Mohamad serta 45 pelajar Tingkatan Enam terbaik daerah ini yang mempunyai potensi mendapat semua A dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011.
Razali berkata, jika pihak sekolah mahu pelajar tinggal di asrama dengan matlamat memastikan pelajar mendapat bimbingan terbaik hingga menjadi pelajar cemerlang, tetapi ia perlu dilakukan dengan cara betul dan kerelaan hati pelajar, bukannya dilakukan secara ugutan menukar kelas seperti didakwa.
"Bagi saya hubungan pelajar dengan keluarga amat kuat dan kalau pelajar itu lebih selesa tinggal di rumah bersama ibu bapa, kita terima dengan baik tapi sekiranya diminta tinggal di asrama untuk mengikuti sesuatu kem itu mesti diikuti," katanya yang kesal kerana kemelut antara ibu bapa, pelajar dan sekolah itu tidak sepatutnya terjadi.
Beberapa ibu bapa pelajar yang tidak mahu dikenali berkata, pengurusan sekolah dikatakan bertindak sedemikian selepas tidak ramai pelajar memilih tinggal di asrama.
“Kita khuatir tindakan pengurusan sekolah akan menjejaskan tumpuan pelajar terhadap pelajaran apabila turun ke kelas lebih rendah walaupun sebelum ini berada dalam kelas pertama.
"Pelajar yang dipaksa tinggal di asrama dikatakan mendapat bimbingan intensif guru untuk mencapai keputusan cemerlang," kata seorang bapa pelajar.
Berita Harian

Nor Mazlina Raih Anugerah Penyelidikan UniSZA
Nor Mazlina Abu Bakar (kiri) bersama Dr. Habshah Midi menunjukkan Anugerah Penyelidikan Berinovasi Tinggi di UniSZA, Kuala Terengganu, baru-baru ini.
Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Nor Mazlina Abu Bakar meraih Anugerah Penyelidikan Berinovasi Tinggi pada Seminar Kebangsaan Pasca Siswazah Statistik, Institut Statistik Malaysia (ISM) baru-baru ini.
Ia berdasarkan penyelidikannya bertajuk Robust Diagnostic F for the Identification of Outliers in the Fixed Effect Panel Data Model yang dihasilkan bersama Pensyarah Institut Penyelidikan Matematik, Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Habshah Midi.
Menurut Nor Mazlina, penyelidikan itu merupakan sebahagian daripada penyelidikan peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) beliau dengan Dr. Habshah dalam masa yang sama adalah penasihat pengajian Ph.D beliau.
"Penyelidikan yang kami hasilkan adalah penggabungan kaedah statistik teguh dan kaedah diagnostik bagi mengenal pasti data-data terpencil.
"Hasil penggabungan kedua-dua kaedah itu ternyata mempunyai impak yang besar dan berjaya menarik perhatian panel hakim dalam seminar itu," katanya ketika ditemui di UnisZA, di sini baru-baru ini.
Seminar anjuran ISM itu diadakan di Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya yang turut disertai oleh hampir 300 peserta lain termasuk dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan Universti Teknologi Mara.
Dengan tema Memperkasakan Ahli Statistik dalam Membuat Keputusan seminar ini bertujuan menyediakan satu platform bagi ahli akademik dan pemain industri berkongsi penyelidikan dalam bidang berkenaan.
Nor Mazlina berkata, kajian yang lebih mendalam sedang dijalankan bagi menambah baik hasil kajian sedia ada dan seterusnya mengaplikasikannya dalam bidang ekonometrik.
"Dengan anugerah berkenaan, ia akan dikongsi bersama dengan penuntut di UniSZA sebagai panduan dalam penyelidikan pelbagai bidang statistik dan memberi lebih pendedahan tentang penggunaan ilmu itu dalam industri.
"Ia juga selaras dengan peranan yang mahu dimainkan oleh UniSZA untuk melahirkan lebih banyak kajian dan penyelidikan dalam pelbagai disiplin ilmu," ujarnya.

PKBM Gugur Empat Pelumba Senior
Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) memandang serius persiapan ke Sukan SEA di Indonesia, apabila menggugurkan empat pelumba senior lebuh raya yang dilihat mengalami penurunan prestasi.
Keempat-empat pelumba tersebut, Zamri Mohd. Salleh, Nor Ridzuan Zainal, Fallanie Ali dan Wan Mohd. Najmee Wan Mohamad mempunyai peluang samar untuk mengambil bahagian dalam temasya dwi tahunan itu November ini.
Menurut Presiden PKBM, Abu Samah Wahab, keputusan dibuat selepas mendapat pandangan daripada ketua jurulatih lebuh raya negara, Graham Seers yang melihat keempat-empat pelumba itu kurang menyerlah termasuk dalam saingan Grand Prix Kebangsaan.
"Kami telah mengenalpasti 10 pelumba yang akan bersaing merebut tempat ke Sukan SEA, senarai terakhir enam pelumba akan diumumkan Oktober ini," katanya.
Jelasnya, jika keempat-empat pelumba tersebut mampu meningkatkan prestasi mereka pada baki perlumbaan Grand Prix Kebangsaan, mungkin mereka akan dipertimbangkan semula disenaraikan dalam skuad kebangsaan.
"Kami telah menyenaraikan 10 pelumba dalam senarai pendek ini iaitu Suhardi Hassan, Muhammad Rauf Nur Misbah, Ahmad Fakrullah Alias, Faris Razak, Mohd Nazri Muhammad, Sarham Miswan, Nik Mohd Azwan Zulkifli, Mohd Aim Mohd Fauzi, Mohd Al-Ghazali Abdul Hamid dan Mohd Zulhilmi Hafiz.
"Bagaimanapun pemilihan terakhir dijangka bertambah sengit dengan mengambil kira pretasi pelumba yang berkayuh untuk pasukan profesional seperti Amir Mustafa, Mohd Adiq Hussainie (Drapac Porsche), Saufi Mat Senan, Shahrul Mat Amin Terengganu Cycling Team (TSG) dan Ng Yong Li (Le Tua)," katanya.
Katanya, PKBM mahu mengulangi kejayaan 2005 di Manila apabila berjaya memenangi pingat emas melalui Suhardi Hassan, setelah hampar apabila sekadar memenangi perak di Korat (2007) dan gangsa pada temasya sukan itu di Laos (2009).

Tfm Duduki Ranking Ketiga Seluruh Negara
Stesen Radio Terengganu fm (Tfm) kini menduduki ranking ketiga senarai stesen radio negeri RTM seluruh negara daripada segi jumlah pendengar.
Pengarah Jabatan Penyiaran Terengganu, Dr. Nawiyah Che Lah memberitahu, berdasarkan kaji selidik wave 1 yang dijalankan Mac lalu, jumlah pendengar kembali melonjak kepada 308,000 berbanding 232,000 pada September tahun lalu.
Beliau berharap, melalui beberapa pendekatan baru, jumlah pendengar itu dapat terus ditingkatkan untuk mencecah atau mengatasi jumlah 320,000 pendengar yang dicatatkan pada Mac 2010.
Bercakap kepada pemberita di Kuala Terengganu baru-baru ini, beliau berkata, kejatuhan jumlah pendengar selepas Mac tahun lalu antara lain mempunyai kaitan dengan perubahan program dan pertukaran jadual tugas penyiar yang menyebabkan pendengar merasa kurang serasi.

Kem Bijak TaHa bermanfaat
Keberkesanan dan manfaat Kem Bijak TaHa anjuran Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Berita Harian yang dianjurkan sejak tahun lalu menarik kepercayaan dan minat untuk ibu bapa terus menghantar anak mereka menyertai kem berkenaan yang diadakan pada musim cuti sekolah.
Buktinya, Kem Bijak TaHa Wilayah Timur yang diadakan selama dua hari pada 8 dan 9 Jun di sebuah resort di Marang , menarik penyertaan bukan saja peserta daripada negeri jiran seperti Kelantan dan Pahang, tetapi juga sejauh Johor dan Melaka.
Malah, penganjurannya yang sebelum ini dihadkan kepada 150 orang kerana tempat yang terhad, menyebabkan penganjur terpaksa menerima penyertaan luar jangka dengan hampir 200 peserta mengambil bahagian dalam kem itu.

Doktor pelatih hilang sejak Mei lalu ditemui selamat di Kuantan
Seorang doktor pelatih yang dilaporkan hilang hampir sebulan ditemui selamat di sebuah pusat beli-belah di Kuantan, Sabtu lalu tetapi tidak dapat menyatakan dengan jelas apa yang berlaku kepadanya.
Dr Mohd Noor Azam Mohd Nazri, 26, berkata di rumah keluarganya di Taman Bunga Raya di sini, semalam, sepanjang dilaporkan hilang, beliau tidak sedar apa yang berlaku sehingga membawanya ke Kelantan, Terengganu dan Pahang.
"Apa yang saya tahu, saya mendengar arahan daripada satu suara yang saya tidak pasti dari mana. Saya rasakan kehilangan saya hanya empat hari saja" Mohd Noor Azam Mangsa
“Apa yang saya tahu, saya mendengar arahan daripada satu suara yang saya tidak pasti dari mana. Saya rasakan kehilangan saya hanya empat hari saja,” katanya.
Mohd Noor Azam adalah lulusan Akademi Perubatan Moscow dan sedang menjalani latihan di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar sejak Oktober tahun lalu. Menceritakan detik beliau ditemui, Mohd Noor Azam berkata beliau ditahan oleh seorang pengawal keselamatan di sebuah pasar raya di Kuantan kerana tidak membayar makanan yang dimakannya.
“Ketika ditahan, mereka memeriksa dompet saya untuk memastikan sama ada saya betul-betul tiada wang atau sebaliknya. Ketika membuka dompet saya itu, baru saya berada dalam keadaan sedar.
“Sebaik sedar, saya berasa sangat lapar dan letih. Kaki juga berasa sangat lenguh, mungkin saya berjalan terlalu jauh,” katanya.
Difahamkan, Dr Mohd Noor Azam dilaporkan hilang sejak 16 Mei lalu selepas dihantar ke tempat kerja oleh bapanya.
Katanya, ketika berjalan menuju ke pejabatnya pada hari itu, beliau mendengar suara yang pernah didengarnya sebelum ini dan ketika itulah beliau tidak sedar apa-apa.
Ibunya, Natrah Shaari, 52, berkata beliau menerima maklumat mengenai penemuan anaknya daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan ketika beliau dan keluarga dalam perjalanan ke Kuantan.
“Kami tergerak hati untuk pergi sendiri mencari Azam di Kuantan selepas diberitahu dia ada mengeluarkan duit di sebuah mesin ATM di sana,” katanya.
Natrah berkata, apabila sampai di IPD Kuantan, beliau melihat anaknya berada dalam keadaan sihat tetapi pakaian yang dipakainya lusuh dan bukan miliknya.
“Beg kerjanya juga tiada bersamanya, sebaliknya dia menggalas sebuah beg mengandungi berus gigi, berus sabut, kain pelikat, kemejanya yang sudah lusuh dan beberapa barang lagi yang bukan miliknya,” katanya.
Sebelum kejadian itu, Mohd Noor Azam pernah hilang dua kali tetapi kehilangannya hanya dua hari saja.
Berita Harian
TADC Labur RM21 Juta Projek Ternakan Ikan Dalam Sangkar
Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn Bhd (TADC) melabur RM21 juta dalam bidang ternakan ikan dalam sangkar di Sungai Como, Tasik Kenyir sejak 2007.
Pengerusinya Razali Idris berkata projek itu kini mempunyai kira-kira 2,200 sangkar yang melibatkan kawasan ternakan seluas lebih 10 hektar.
"Sebanyak 200 sangkar pertama dibina pada 2007 dengan kos RM1 juta dan ia berjaya menghasilkan 20 hingga 50 metrik tan sehingga tahun 2009," katanya di Kuala Terengganu, semalam.
Razali berkata anak Syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) berjaya mengeluarkan 200 metrik tan hasil ikan tahun ini.
Katanya tiga jenis ikan tumpuan projek itu ialah spesies talapia pada 2007, diikuti spesies patin, talapia hibrid dan talapia air tawar.
Beliau berkata buat masa ini, pasaran utama ikan-ikan itu ialah di Lembah Klang, Negeri Sembilan, Ipoh, Johor Bharu dan Kuala Terengganu, dan berkemungkinan dieksport jika bekalannya mencukupi.
Projek tersebut memberi peluang pekerjaan kepada peserta e-kasih, katanya.
Razali berkata TADC juga membuat inisiatif membuka premis jualan di Taman Jaya Chendering, Permint Jaya di sini, dengan menjual empat tan metrik sebulan.
TADC juga sedang berbincang dengan beberapa agensi kerajaan yang lain, yang berminat untuk membuka cawangan, dalam usaha mengembangkan francais kepada usahawan yang berminat, katanya.
Untuk masa akan datang, Razali berkata sasaraan TADC, berdasarkan keupayaan yang ada, untuk mengeluarkan sehingga 100 tan metrik ikan talapia merah dan patin, sebulan.
Beliau berkata pengeluaran projek itu dari semasa ke semasa sentiasa meningkat iaitu pada tahun 2009 sebanyak 85 tan metrik, 96 tan metrik pada 2010 dan 50 tan metrik sehingga Jun 2011.
Razali berkata untuk projek akuakultur, kerajaan negeri meluluskan kawasan seluas 2,800 hektar untuk ternakan ikan dalam sangkar di tasik buatan manusia itu.
Sasaran projek itu ialah untuk memenuhi pengeluaran makanan negara, dan TADC akan menarik seberapa ramai pengusaha untuk melabur dalam bidang tersebut, katanya.