Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Aziz Bari berkata, Kerajaan Terengganu sebenarnya lebih mudah untuk melaksanakan undang-undang hudud kerana diperintah parti haluan sama dengan Kerajaan Pusat.
Mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dalam akhbar Sinar Harian 7 Disember lalu yang mengatakan kerajaan pimpinannya sedia untuk laksanakan hudud namun perlu membuat beberapa persediaan teliti melibatkan semua aspek, Dr Aziz berkata, ia sebenarnya merupakan satu alasan tidak kukuh kerana kerajaan pimpinan Ahmad itu sebenarnya boleh melaksanakan undang-undang berkenaan dan segala kekurangan dari segi teknikal boleh dilihat serta dibaiki apabila ia dilaksanakan kelak.
“Masalah dari segi prasarana hanya boleh dilihat apabila dilaksanakan nanti, kalau tidak dicuba, tidak dilaksanakan macam mana kita hendak tahu sama ada hudud boleh jalan atau tidak.
“Jadi ia amat mengecewakan kerana sepatutnya dengan parti yang sama dengan kerajaan negeri, ia menjadi satu pemangkin atau satu perkara yang memberikan lonja¬kan dan memudahkan pelaksanaan, jadi saya tidak nampak dalam keadaan parti yang sama antara Pusat dan Terengganu, sepatutnya tidak ada masalah, mengapa tidak dicuba dahulu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucapan pada satu program anjuran Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia (Waris) di Mayang Sari Resort, dekat Dungun, petang kelmarin.
Sinar Harian
Saturday, December 10, 2011
5.2 Juta Rakyat Dijangka Mohon BR1M
Kementerian Kewangan menyasarkan 5.2 juta rakyat Malaysia akan mendaftar untuk mendapatkan bantuan kewangan RM500 dari program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Menteri Kewangan Kedua Datuk Sri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kumpulan sasaran itu terdiri daripada mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 bagi satu isi rumah serta ramai tangunggan, warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dan ahli keluarga yang berdaftar di bawah program eKasih.
"Atas tujuan untuk menilai pendapatan sebenar keluarga, hanya ahli keluarga yang bekerja sahaja layak untuk mengisi borang permohonan, bukan seluruh anggota keluarga," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang BR1M hari ini.
Ahmad Husni berkata pemprosesan para pemohon akan dilakukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan permohonan yang tidak layak boleh dikenal pasti melalui rekod.
"LHDNM mempunyai rekod pendapatan individu yang telah mengisytiharkan jumlah pendapatan mereka dan sebarang permohonan yang tidak layak boleh dikenal pasti dengan serta merta," katanya.
Berdasarkan sasaran yang telah ditetapkan, beliau berkata kerajaan telah menyediakan borang pendaftaran lebih daripada yang diperlukan dan juga tidak mengenakan sebarang cas untuk mendapatkan borang permohonan bantuan kewangan tersebut.
"Setakat hari ini, selain memuat turun dari laman web Kementerian Kewangan, sebanyak 862 kaunter telah dibuka di seluruh negara untuk mendapatkan borang permohonan dan 415 daripadanya adalah di sekolah-sekolah yang terpilih," katanya.
Selain itu, Ahmad Husni juga berkata pembayaran akan dibuat pada pertengahan Januari 2012, tetapi, format pembayaran bantuan kewangan belum diumumkan lagi kerana fokus yang ingin diberikan kepada proses pendaftaran.
Pendaftaran permohonan BR1M akan bermula pada hari ini sehingga 10 Januari 2012 dan sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada Talian Hotline BR1M, 1-800-222-500.

Terengganu Akan Lancar Akademi Bola Sepak
Akademi Bola Sepak Negeri Terengganu (ABSNT) tajaan kerajaan negeri Terengganu akan dilancarkan awal Januari tahun depan, kata Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN, Terengganu Zainal Abidin Hussin.
Beliau berkata, akademi itu akan dikendalikan MSN Terengganu dan ia merupakan akademi pertama seumpamanya ditaja kerajaan negeri, yang akan membelanjakan lebih RM1 juta untuk projek perintis akademi itu.
"Sebelum ini, hanya ada akademi bola sepak yang diwujudkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini

Remaja Dikhuatiri Lemas, Dihanyut Arus Deras
Seorang remaja dikhuatiri lemas setelah dihanyutkan arus deras ketika mandi di air terjun Lata Tembakah di Hulu Besut tengah hari tadi.
Muhammad Fakhir Mat Yassin, 17, dari Pengkalan Demit, Kubang Kerian, Kelantan berkelah di situ bersama 34 rakannya yang lain.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, remaja yang bekerja sebagai tukang cat itu dikatakan tidak pandai berenang.
"Kira-kira sejam selepas mereka mandi, mangsa tiba-tiba menjerit meminta tolong kerana dihanyutkan arus ke tempat yang lebih dalam.
"Rakan-rakannya cuba membantu namun gagal mencapai tangannya,” katanya kepada pemberita.

Friday, December 9, 2011
Zeti - Malaysia Pada Kedudukan Baik Untuk Berdepan Persekitaran Mencabar
Malaysia mempunyai ekonomi domestik yang kukuh dan dengan itu, berada pada kedudukan yang lebih baik untuk menghadapi persekitaran mencabar daripada krisis zon euro, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
"Krisis zon euro telah menimbulkan ketidakpastian yang besar. Ia telah menghasilkan turun naik yang ketara.
"Tetapi, perkara yang ingin saya tekankan ialah, kerana pasaran kita sekarang lebih maju, institusi kewangan kita lebih kuat dan bank pusat telah membina penampan dan rizab kita sangat tinggi, kita boleh menghadapi turun naik dengan lebih baik," kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran MobileLink bank pusat di Kuala Lumour hari ini.
MobileLink merupakan sebahagian daripada usaha bank dalam mempromosikan kemasukan kewangan dengan meluaskan jangkauan kepada masyarakat yang lebih luas.
"Sudah tentu, kita akan terjejas. Kami akan terjejas mungkin melalui saluran perdagangan dan melalui pasaran kewangan tetapi kita dalam kedudukan yang lebih baik.
"Ekonomi kita kini lebih pelbagai dan kita mempunyai ekonomi domestik yang kukuh," kata beliau.
Zeti berkata sektor eksport Malaysia akan terjejas tetapi permintaan dalam negeri akan terus kukuh, berkembang pada kadar antara enam dan tujuh peratus, disokong oleh pelaburan dan penggunaan domestik yang kukuh.
Beliau berkata kerajaan kini melaksanakan banyak projek yang diumumkan sebelum ini dan Malaysia telah mendapat aliran masuk pelaburan langsung asing ke dalam bidang pertumbuhan baru.
"Semua ini akan menyokong kita dalam masa yang lebih mencabar.
"Kita juga mempunyai fleksibiliti dasar. Sektor korporat dan sektor isi rumah kita tidak terlebih dimanfaatkan.
"Ini penting kerana ini merupakan isu-isu yang dihadapi negara-negara berdepan dengan krisis, terlebih memanfaatkan sektor awam dan swasta dan mereka mempunyai pengangguran yang tinggi.
"Kita tidak menghadapi semua ini dan mempunyai akses kepada pembiayaan berterusan," katanya.
Zeti berkata negara ini tidak pernah menghadapi gangguan atau gangguan dalam aliran kredit.
"Semua ini adalah sangat, sangat kritikal dalam menyokong ketersediaan kita bertahan persekitaran yang mencabar ini," kata beliau.

PDRM Sudah Sedia Hadapi Pilihan Raya:KPN
Polis Diraja Malaysia sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
"Semua Ketua Polis Negeri telahpun menjalankan latihan...dan pegawai muda, kita dedahkan dengan peraturan semasa pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kelab Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara di Kuantan, hari ini.
Ismail berkata, polis juga telah mula menilai dan menghantar laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk memberi maklumat tentang kesesuaian kawasan yang akan digunakan sebagai tempat mengundi.
Polis turut mengambil kira perubahan elemen sosial, ekonomi dan cuaca dalam mengatur strategi mengawal keselamatan ketika pilihan raya, katanya.
"Saya sentiasa menegur pegawai-pegawai pemerintah untuk sentiasa membuat persiapan awal bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh berlaku termasuk faktor cuaca berubah," katanya.
Ismail berkata PDRM akan turut memantau reaksi mana-mana pihak berhubung isu penggunaan dakwat hitam pada pilihan raya akan datang.
"Apa juga reaksi rakyat terhadap perkara itu, sama ada menyokong atau tidak sesuatu keputusan, mereka hendaklah bertindak sebagai rakyat yang bertanggungjawab dengan tidak membelakangkan undang-undang negara," katanya.

MB Mahu Jumpa Syed Azman di Mahkamah Berkaitan Pakaian Sekolah
Bagi menghentikan 'fitnah bersiri' yang dianggapnya melampau, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said akan mengambil tindakan saman terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Batu Buruk, Dr. Syed Azman Syed Ahmad.
Menurut Ahmad Said, tindakan serupa akan diambil terhadap lidah rasmi Pas iaitu Harakah, pengerusi dan penerbitnya berhubung dakwaannya kononnya berlaku penyelewengan peruntukan RM30 juta pembekalan pakaian seragam sekolah.
Bercakap kepada pemberita selepas sesi akhir persidangan Dewan Undangan Negeri di Kuala Terengganu, petang semalam, Ahmad Said berkata, beliau sedih dan kesal dengan sikap wakil Pas itu yang berterusan melemparkan fitnah kepada kepimpinannya dan kerajaan negeri.
''Pembohongan sebegini patut dihentikan dan mereka perlu diajar apatah lagi semakin ramai di kalangan kita yang mudah percaya dengan setiap pembohongan," ujarnya.
Katanya, selain cuba menjatuhkan maruahnya, fitnah itu dilemparkan untuk menghakis kepercayaan umum dan usaha menutup kebaikan yang dihulurkan secara meluas kepada rakyat terutamanya golongan miskin.
''Itulah yang ditakuti Pas apabila pelbagai bentuk bantuan disalurkan untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat, termasuk pemberian e-Book kepada pelajar yang turut menjadi sasaran.
''Maka mereka akan terus mengaitkan dengan ketirisan, kebocoran, penyelewengan untuk menggambarkan kerajaan negeri jahat, mengutamakan kroni dan sebagainya," katanya.
Terdahulu ketika menggulung perbahasan, beliau mengucapkan terima kasih kepada Dr. Azman kerana membuat semua kenyataan bohong itu dalam akhbar Harakah yang bertajuk Seleweng RM30 juta bantuan sekolah?
Dr. Azman kemudian membawa perkara itu sebagai usul tergempar yang ditolak oleh Dewan pada hari pertama sidang.
Wakil pembangkang itu dalam kolum Ganu Kite menulis bahawa Ahmad meluluskan pembekalan pakaian sekolah bernilai RM10 juta selama tiga tahun dengan harga oleh pembekal begitu tinggi daripada harga pasaran.
Ahmad menjelaskan, dalam laporan Ketua Audit Negara kontrak pembekalan pakaian hanya satu tahun iaitu pada tahun 2009 dengan nilai kontrak sebenar RM7.995 juta dan bukannya RM10 juta.
''Tidak disebut dalam laporan Ketua Audit Negara 2010 kononnya berlaku salah lalu dan penyelewengan serta kebocoran sebaliknya pujian diberikan kerana ia telah dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga miskin," ujarnya.
Katanya, pembekal dilantik setelah membuat perbandingan harga yang ditawarkan syarikat lain iaitu Mysutera Sdn. Bhd. yang dahulunya dikenali sebagai KUB Tekstil Sdn. Bhd. (sebagai tanda aras kualiti) dengan harga yang ditawarkan RM161.60 bagi set lelaki dan RM173.90 bagi set perempuan.
''Tetapi harga yang dibekalkan oleh kerajaan hanyalah RM150. Hanya pada tahun itu kerajaan meluluskan pembelian pakaian untuk mengelak pemberian disalah guna manakala pada 2007, 2008 dan 2010 dalam bentuk wang tunai," ujarnya.
Beliau menarik perhatian, sebenarnya terdapat salah faham pihak audit terhadap harga yang ditawarkan pembekal berbanding harga di pasaran kerana menganggap ia harga pasang.
Utusan Malaysia

Lebih 50 Peratus IKS Terengganu Tidak Beri Perhatian Serius Kesihatan Pekerja
Lebih 50 peratus daripada syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negeri Terengganu didapati tidak memberi perhatian serius dan melaksanakan amalan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (OSHMS).
Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) negeri Zulkifli Yahaya berkata keadaan itu menyebabkan semua syarikat IKS terbabit terdedah kepada bahaya kemalangan yang boleh berlaku kepada pekerja di tempat kerja selain penjagaan kesihatan pekerja tidak teratur.
"Walaupun sektor IKS belum lagi mencatatkan kes kemalangan maut di tempat kerja tetapi kita mendapati lebih 50 peratus sektor itu di negeri ini tidak memberi perhatian kepada OSHMS," katanya.
Beliau menyatakannya selepas majlis perasmian Seminar Peraturan OSHMS 2011 Tata Amalan Industri Kualiti Udara Dalaman 2010 (ICOP IAQ) Penaksiran Risiko Bahan Kimia kepada Kesihatan Pekerja Secara Generik (Generik CHRA) di Kuala Terengganu, kelmarin.
Beliau berkata kes kemalangan maut di tempat kerja di negeri ini masih rendah, dengan sektor industri pembinaan paling ramai, membabitkan empat kes sepanjang tahun ini diikuti sektor perdagangan dua kes dan perkilangan satu kes.
Zulkifli berkata sektor industri kimia dan petroleum di negeri ini mematuhi dan mempunyai tahap penjagaan kesihatan dan keselamatan pekerja yang tinggi.
Katanya majikan sektor berkenaan menyedari kesan bahaya yang boleh berlaku kepada pekerja jika tidak memberi perhatian tinggi dalam soal pengurusan bahan kimia dan petroleum yang amat sensitif kepada keadaan sekitar jika tidak ditangani dengan baik.
Majikan juga perlu mengambil kira daripada segi kerugian kos apabila seseorang pekerja ditimpa kemalangan terutama bagi pekerja mahir selain nasib masa depan pekerja itu sendiri, katanya.
Seramai kira-kira 160 peserta dari Kelantan, Pahang dan Terengganu yang terbabit dalam sektor perkilangan, industri kimia, pembinaan dan IKS menyertai seminar sehari itu.

PBSNT Minta Kerajaan Negeri Atasi Masalah Lampu Limpah Di Stadium Dengan Segera
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) meminta kerajaan negeri supaya mengambil tindakan segera meningkatkan pencahayaan lampu limpah mengikut piawaian di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu.
Presidennya Datuk Che Mat Jusoh berkata langkah segera perlu dilakukan bagi mengatasi masalah itu berikutan negeri itu akan menjadi tuan rumah pertandingan pusingan kelayakan Piala AFC 2012 tahun depan.
Mengikut syarat Konfederasi Bola Sepak (AFC), katanya, stadium itu memerlukan pencahayaan lampu limpah sekurang-kurangnya 1,200 lux manakala ketika ini ianya di bawah 800 lux.
Pertandingan Piala AFC 2012 peringkat kumpulan F melibatkan pasukan Terengganu, selaku juara Piala FA 2011, juara liga divisyen satu Hong Kong, Kitchee, Song Lam Nghe An (Vietnam) dan kelab Singapura, Tampines Rovers.
Che Mat pada Khamis berkata sebagai pertama kali pertandingan peringkat Asia berlangsung di Terengganu, imej negeri akan tercalar sekiranya pencahayaan lampu limpah tidak menepati standard minimum yang ditetapkan.
Sebelum ini, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) berkata pihaknya memerlukan sekurang-kurangnya RM3 juta untuk menaiktaraf pencahayaan lampu limpah di stadium berkenaan.
Che Mat berkata tindakan segera perlu diambil memandangkan masa kejohanan itu semakin suntuk iaitu Mac tahun depan.
Kelmarin, wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah membuat pemeriksaan di stadium berkenaan dan mendapati tahap pencahayaan lampu limpahnya tidak menepati syarat untuk mengadakan perlawanan pada waktu malam.
Berikutan itu, FAM memberi tempoh sehingga 21 Disember ini kepada Terengganu untuk meningkatkan pencahayaan lampu limpah jika ingin mengadakan perlawanan Liga Malaysia 2012 pada waktu malam.

Gerhana Bulan - Rakyat Terengganu DiAjak Ke Taman Tamadun Islam 10 Disember
Fenomena gerhana bulan penuh akan dapat disaksikan rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara pada 10 Disember, esok.
Rakyat Terengganu diajak ke Taman Tamadun Islam untuk meyaksikan keajaiban itu.
Menurut laman web falak-online, fenomena sama sebelum ini berlaku pada bulan Jun tahun lalu. Bagaimanapun, gerhana yang akan berlaku, dijangka tidak seperti tahun lepas yang mana ia berlaku pada lewat tengah malam sehingga matahari terbit keesokan paginya.
"Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam, tidak seperti gerhana lepas. Gerhana ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai," laman web itu dipetik.
Fasa gerhana akan bermula pada jam 7.31 petang, namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap dikenali sebagai umbra, kesan gelapnya baru kelihatan iaitu sekitar jam 8.30 malam.
Bulan akan berada dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 hingga 10.57 malam dan akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.
Selain itu, jumlah masa bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 minit dan 16 saat.

TSG Sasar Kemenangan Peringkat Pada LTdL 2012
Pasukan Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG) merancang strategi untuk meraih kemenangan peringkat pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 dari 22 Feb hingga 4 Mac depan.
Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Mohd Sophian Abdu Bakar berkata kelab itu mahu memperbaiki kedudukan keseluruhan selepas Mohd Hariff Salleh dan Anuar Manan terlepas beberapa peluang kemenangan peringkat pada edisi ke-16 tahun ini.
"Sebagai persediaan, pihak pengurusan akan memberi tumpuan terhadap kecergasan pelumba sebelum menyusun perancangan terakhir pada Januari ini.
"Apa yang penting ketika ini ialah memastikan tahap kecergasan pelumba berada di tahap yang baik supaya dapat dipertingkatkan lagi beberapa minggu sebelum LTdL bermula," katanya dalam kenyataan di Kuala Terengganu semalam.
Menurutnya pelumba-pelumba TSG akan menjalani kem latihan pusat dan tidak menolak kemungkinan lokasi latihan sama seperti tahun ini iaitu di Chiang Mai, Thailand.
Mohd Sophian juga berkata TSG akan mengekalkan jumlah 14 pelumba dalam pasukan itu.
"Masih terlalu awal untuk menyenaraikan nama pelumba kerana pengurusan akan menandatangani kontrak baru dengan pelumba. Kami berharap dapat menarik beberapa pelumba baru tempatan dan luar untuk memantapkan pasukan ini, terutama dalam aspek pendakian yang masih menjadi kelemahan kami," katanya.
Katanya pengurusan TSG juga berharap akan dapat mengekalkan empat tenaga pelumba luar termasuk pelumba veteran Jepun, Sinichi Fukushima pada musim baru nanti.
Selain TSG, pasukan kebangsaan dan satu lagi pasukan kelab, LeTua Cycling Team (L2A) akan membawa cabaran negara pada edisi tahun depan yang melibatkan sejumlah 22 pasukan.
Edisi ke-17 LTdL tahun depan meliputi jarak kayuhan sejauh 1,410.7km.

Pelajar Tatiuc berpeluang ke Kolej Universiti Dublin
Graduan Kolej Universiti Tati (Tatiuc) berpeluang melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Dublin, Ireland (UCD) dengan termeterainya perjanjian (MoA) antara kedua-dua kolej universiti itu pada 18 November lalu.
Ia seiring dengan tujuan MoA yang bermatlamat meningkatkan hubungan Tatiuc dan UCD dalam bidang akademik.
Perjanjian itu akan membuka ruang kepada graduan melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Pembuatan dan Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND).
Malah, Rektor Tatiuc, Dr Mohd Rozailan Mamat @ Ibrahim berkata, graduan Tatiuc juga bakal mendapat faedah dari segi yuran perbelanjaan pengajian.
“Pihak UCD bersetuju untuk memberi pengurangan yuran pengajian kepada pelajar Tatiuc sebanyak 40 hingga 60 peratus,” katanya.
Pada majlis menandatangani perjanjian tersebut Tatiuc diwakili pengerusinya, Ahmad Razif Abd Rahman dan Mohd Rozailan sementara UCD diwakili pendaftarnya, Profesor Mark Rogers.

Ahmad Said Nafi Giant Tidak Bayar Sewa
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menyangkal dakwaan bahawa pasar raya besar Giant di Bandar Baru Kijal, Kemaman tidak mampu membayar sewa dan mempunyai tunggakan hutang yang tinggi.
Malah, beliau yang juga Adun Kijal itu menyatakan ia adalah satu andaian pembohongan oleh pihak pembangkang.
Menurutnya, Giant merupakan satu pasar raya besar bertaraf antarabangsa dan sebelum membuka cawa-ngannya di situ, kajian pasa-ran dibuat.
“Betullah Kijal ada 20,000 orang tetapi Kemaman secara keseluruhannya mempunyai 150,000 orang penduduk dan mempunyai potensi masa depannya.
Bukannya macam pasar malam. “Ini masalah yang memalukan kerana dakwaan syarikat bertaraf antarabangsa berhutang. Macam mana pelabur asing dan luar nak datang kalau sentiasa diperlekehkan. Ini tidak betul, kita ada rekod. Sewa terakhir pada bulan 11, telah dibayar pada 3 November lalu, melalui cek RHB Bank,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada ketika menjawab soa-lan Mohd Abdul Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam) pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dun Ke-12 di Wisma Darul Iman diKuala Terengganu, kelmarin.
Dalam soalannya, Mohd Abdul Wahid bertanya jumlah tunggakan sewa pasar raya Giant di Bandar Baru Kijal dan turut melahirkan rasa curiga kerana ada dakwaan wujud masalah untuk membayar sewa.
Jelas Ahmad lagi, pihaknya mempunyai rekod bahawa nilai jualan pasar raya itu adalah RM500,000 sehari.
“Tidak perlu bimbang kerana kita akan jadikan kawasan itu sebagai hub tekstil dan menjadikannya sehebat Nilai 3 dan Segamat. Sebabnya, ramai orang Terengganu dan Kelantan yang suka membeli pakaian.
“Sebab itu Giant dibuat sebagai nukleus, iaitu tarikan bagi Bandar Baju Kijal. Selepas ini, kita nak buat hotel dan perumahan di tanah seluas 40 hektar di kawasan berhampiran Giant. Hospital baru juga akan dibuat di Kijal, bernilai RM500 juta di atas tanah seluas 20 hektar,” katanya.
Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas-Batu Burok) dalam soalan tambahannya, melahirkan kebimbangan sekiranya projek tersebut tidak berjalan sekiranya pemerintahan bertukar.
Ahmad yang kelihatan serius menjawab, itu adalah andaian tidak berasas.
“Kita terserah pada takdir, Tuhan yang menentukan segala-galanya. Apabila wakil Besut menjadi Menteri Besar, dia majukan Besut dan wujudkan Taman Ilmu dan sebagainya dan kita teruskannya dan siapkan.
“Kita mesti ada dan kelebihan mesti juga diberi pada kawasan sendiri, takkan kita nak abaikan. Nanti orang kata ‘dok rok cetong’. Sebab itu kita buat rancangan dan teruskan. Andai kata orang lain pula (menjadi MB), kita redha. Itu rezeki dia tapi projek mesti dijalankan,” katanya.
Katanya, banyak benda lagi yang perlu dibuat, antaranya ialah hotel dan sekolah integriti di kawasan itu dan ia merupakan satu-satunya bandar baru yang diwujudkan sejak puluhan tahun lalu.
Sinar Harian
2 Pengedar Dadah Dikehendaki Berjaya di Berkas
Dua pengedar dadah yang dikehendaki polis akhirnya terjerat apabila berjaya dicekup bersama 25 penagih setelah polis menyerbu port penagihan dadah di tepi Jalan Mak Lagam, dekat Bandar Cheneh Baru, di Kemaman, Selasa lalu.
Biarpun kedua-dua lelaki berusia 31 dan 29 tahun yang berasal dari Felda Neram 2 itu licik, namun polis lebih cekap malah sebanyak 13 paket heroin dianggarkan bernilai RM1,950 turut dirampas bersama kedua-dua suspek.
Sembilan paket heroin seberat 20 gram bernilai RM1,350 ditemui pada lelaki berusia 31 tahun dan empat paket heroin seberat 9 gram bernilai RM600 pula dirampas daripada lelaki berusia 29 tahun.
Dengan serbuan itu, polis juga berjaya merampas 20 motosikal pelbagai jenis termasuk sebuah daripadanya merupakan motosikal curi yang dilaporkan hilang di Kuantan, Pahang beberapa hari sebelumnya.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, Asisten Superintendan Hamzah Awang Dollah berkata, penagih dadah yang ditahan pula berusia antara 18 hingga 50 tahun.
Menurutnya, operasi yang berakhir jam 12 tengah hari itu dilakukan polis Bahagian Jenayah Narkotik Daerah dengan kerjasama enam anggota dari Balai Bandar Cheneh Baru selepas pihaknya melakukan intipan selalam sebulan yang lalu.
“Sebaik mendapat maklumat daripada penduduk polis menjalankan risikan sebelum memasuki kawasan berkenaan yang dipercayai baru dua bulan dijadikan tempat penagihan membabitkan anak dan peneroka di kawasan itu.
“Dengan tertangkapnya pengedar dan penagih ini, ia dapat mengurangkan kes dadah di kawasan Felda Neram 2, Bandar Cheneh Baru dan Felda Cerul,” katanya.
Katanya, dalam operasi tersebut polis juga berjaya menahan seorang lelaki berusia 30 tahun yang menggunakan motosikal jenis Modenas Kriss dipercayai dicuri di Kuantan selain dua penagih yang ditangkap berusia 25 dan 26 tahun dari Felda Cherul turut didapati terbabit dalam jenayah curi besi.
Semua penagih dan pengedar terbabit ditahan secara berperingkat sebaik mereka memasuki kawasan berkenaan pada waktu siang untuk melepaskan ketagihan dadah.
“Polis akan memerangi kegiatan dadah habis-habisan terutama dikawasan penempatan Felda yang membabitkan remaja dan peneroka,” katanya.
Hamzah berkata, pengedar berumur 31 tahun yang ditangkap disiasat mengikut Seksyen 39(b)Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala lelaki yang berusia 29 tahun disiasat mengikut Seksyen 39(A)(2) akta sama.
Sinar Harian
Tidak Wujud 'senarai hitam' Mewakili Negara - Kim Swee
Pintu sentiasa terbuka buat pemain-pemain yang telah meninggalkan skuad Harimau Muda A pada saingan musim hadapan untuk mewakili negara dalam mana-mana kejohanan bawah 23 tahun.
Jelas Ong Kim Swee, tidak wujud pendekatan senarai hitam terhadap pemain berkenaan selagi memenuhi piawaian yang ditetapkan daripada aspek kecergasan dan mutu permainan.
''Tidak benar sama sekali tanggapan bahawa saya tidak akan lagi memberikan peluang kepada pemain-pemain yang bertindak meninggalkan skuad Harimau Muda mewakili negara di pentas antarabangsa.
''Selagi mereka semua dapat memenuhi tahap kecergasan dan gaya permainan yang saya mahukan semasa mewakili skuad negeri, saya tetap akan panggil dan pintu buat mereka sama sekali tidak akan tertutup.
''Saya mempunyai data setiap pemain selama empat tahun dan saya tahu di mana tahap mereka sebenar walaupun ada antara mereka tidak lagi bersama skuad Harimau Muda selepas ini.
''Mengenai mengapa saya tidak panggil Shakir dan Faizal, saya ada sebab tersendiri seperti Shakir yang gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama di Kedah manakala Faizal baru sahaja pulih daripada kecederaan yang panjang, " katanya yang ditemui di Wisma FAM, baru-baru ini.
Sebelum ini, terdapat desas-desus mengatakan pemain-pemain yang bertindak meninggalkan skuad Harimau Muda bakal dipinggirkan daripada mewakili negara dalam kejohanan Bawah 23 tahun negara.
Ia bagaikan terbukti apabila beberapa pemain seperti Mohd. Faizal Muhammad, Ahmad Shakir Ali dan Ahmad Aminuddin Shaharuddin bagaikan sudah tiada dalam perancangan Kim Swee selepas bertindak meninggalkan skuad Harimau Muda A pada musim ini.
Pada Sukan SEA XXVI Indonesia dan kelayakan Olimpik, Faizal Muhammad tidak dipanggil untuk menjalani pemilihan walaupun dia baru mempamerkan persembahan cemerlang dengan skuad Terengganu pada saingan Piala Malaysia.
Malahan, lima pemain terbaru yang membuat keputusan untuk tidak lagi menyambung kontrak bersama Harimau Muda A seperti Mohd. Muslim Ahmad, K. Gurusamy, Mohd. Zamir Selamat, K. Sasikumar dan Abdul Shukor Jusoh diramalkan akan mengalami nasib yang sama.
Namun, ia dinafikan oleh Kim Swee sendiri yang berkata, dia bersedia membawa mana-mana antara lima pemain itu pada tiga lagi baki kelayakan akhir Olimpik tahun depan.
''Mereka yang bermain dengan skuad negeri musim depan akan dipantau oleh saya tahap dari masa ke semasa dan mereka masih ada dalam perancangan saya," ujarnya.

Penoreh Maut Motosikal Terbabas di Balik Bukit
Seorang penoreh getah maut apabila motosikal yang ditungganginya terbabas di Kilometer 2 Jalan Jerteh-Keruak dekat Kampung Balik Bukit dekat sini kira-kira 1 tengah hari, semalam.
Razali Awang, 41, yang berasal dari Kampung Buloh, Gong Duet cedera parah di bahagian kepala setelah tercampak ke dalam parit sedalam dua meter.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata sebelum kejadian, mangsa dikatakan pergi ke bandar Jerteh seorang diri untuk membeli barang keperluan.
Dalam perjalanan pulang, motosikalnya terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan yang mengakibatkan mangsa tercampak ke dalam longkang, kata Kamaruddin kepada media semalam.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.Razali dikatakan tinggal seorang diri setelah ibu bapanya meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia Dilancar Hari Ini
KERAPU SEGAR ... Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Raihan Sharif menunjukkan ikan kerapu segar yang jauh lebih murah terdapat di Kedai Ikan Rakyat, Setiawangsa, Kuala Lumpur hari ini.
Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia yang dilancarkan hari ini menawarkan barangan basah seperti ikan, ayam, daging dan sayuran pada harga rendah sehingga 40 peratus berbanding harga pasaran.
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Raihan Sharif berkata kedai inisiatif Restoran Ikan Bakar Sekinchan (RIBS) itu harus dicontohi pihak swasta lain dalam membantu kerajaan meringankan beban rakyat.
"Kerajaan akan membantu pihak swasta dalam hal ini seperti mendapatkan bekalan pada harga yang berpatutan melalui agensi-agensi kerajaan yang berkaitan," katanya selepas pelancaran kedai yang terletak di Plaza Centrum, Setiawangsa, di Kuala Lumpur.
Katanya kementerian juga akan sentiasa memantau kualiti produk di kedai itu yang turut memasarkan barangan industri kecil dan sederhana.
Sementara itu, pemilik RIBS dan Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia Datuk Jamal Yusof berkata pihaknya mensasarkan untuk membuka 33 cawangan kedai itu di seluruh negara, termasuk tiga yang akan dibuka dalam masa terdekat di Bandar Mahkota Cheras, Setapak dan Bandar Permaisuri.
"Walaupun kami menawarkan barangan pada harga jauh lebih murah, kualitinya akan tetap dijaga. Setiap hari kami akan pastikan barangan jualan adalah segar," katanya.
Kedai itu beroperasi setiap hari dari 6 pagi hingga 10 malam, katanya.
Burung Walit - Persatuan Alu-alukan Langkah Kerajaan Terengganu
Timbalan Presiden Persekutuan Persatuan Pedagang Sarang Burung Malaysia, Datuk Tok Teng Sai mengalu-alukan langkah kerajaan mempermudahkan penukaran status tanah untuk tujuan pemeliharaan burung walit bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.
''Banyak tanah pertanian terbiar di kampung-kampung yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk untuk mendapatkan pendapatan berterusan.
''Ia juga dapat membantu mengeluarkan mereka dari lingkaran kemiskinan dan pada masa yang sama melonjakkan ekonomi negeri apabila sarang burung benar-benar digerakkan sebagai suatu industri baru," ujarnya.
Katanya, ia boleh digerakkan melalui koperasi-koperasi kampung dengan pemilikan saham penduduk supaya boleh diuruskan secara terancang.
Di samping itu katanya, ia turut dijadikan satu lagi produk tarikan pelancong bagi negeri ini dengan mewujudkan pusat sarang burung dengan penyediaan produk-produk cenderahati, muzium dan rumah burung.
''Tidak semua ingin beli batik dan keropok lekor, mengapa tidak kita turut sediakan sarang burung kelak.
Di Korea ginseng di mana-mana baik dalam coklat malah di dalam rokok," ujarnya.
Kelmarin, kerajaan negeri menyatakan kesediaannya menimbangkan permohonan penukaran status tanah pertanian kepada kawasan ternakan burung walit.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, langkah itu berikutan bidang tersebut semakin mendapat sambutan di luar jangkaan di negeri ini ekoran permintaan yang tinggi dan harga lumayan hingga mencecah RM6,000 sekilogram.
Katanya, produk berkenaan diperlukan dalam kuantiti yang banyak, sekitar dua tan sebulan bagi dieksport ke pasaran China melalui Guangzhou.
Sehubungan itu, beliau memberitahu, sidang Dewan Undangan Negeri semalam bahawa tiada berlaku lambakan produk sarang burung di negeri ini.
"Sarang burung walit di Terengganu diakui berkualiti dan bersih oleh pembeli berbanding di negeri lain kerana ia bebas daripada sebarang percemaran udara," katanya ketika menjawab soalan lisan Muhammad Ramli Nuh (BN-Tepoh) pada persidangan DUN di Kuala Terengganu.
Namun katanya, kerajaan negeri tidak membenarkan atau meluluskan mana-mana permohonan sekiranya ada individu ingin mengusahakan ternakan itu di kawasan bandar.
"Mereka perlulah fikirkan lokasi yang sesuai. Kita terpaksa bertindak tegas bagi mengelak pelbagai kemungkinan berlaku termasuk, diserang penyakit, rungutan dan gangguan bunyi.

Terengganu Mungkin Adakan Perlawanan Liga M 2012 Pada Waktu Siang?
Pasukan bola sepak Terengganu mungkin akan mengadakan perlawanan pada waktu petang pada Liga Malaysia 2012 berikutan pencahayaan lampu limpah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah tidak mencapai tahap yang dikehendaki.
Pengarah Pertandingan Liga Malaysia yang juga Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Ahmad Fuad Daud, berkata untuk perlawanan pada waktu malam, stadium itu memerlukan pencahayaan lampu limpah sekurang-kurangnya 1,200 lux.
"Kita dapati beberapa tempat pencahayaan lampu limpah di stadium itu di bawah 800 lux," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pemeriksaan di stadium itu, malam kelmarin
Turut hadir wakil Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pegawai Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).
Ahmad Fuad berkata, FAM memberi tempoh sehingga 21 Disember ini kepada Terengganu untuk meningkatkan kecahayaan lampu limpah jika ingin mengadakan perlawanan pada waktu malam.
Beliau berkata, buat masa ini stadium yang boleh diguna untuk pertandingan bola sepak pada waktu malam ialah Stadium Bukit Jalil, Stadium Darul Aman, Kedah, Stadium Utama Kangar, Perlis dan Stadium Olahraga Universiti Sains Malaysia (USM).
Dua lagi stadium yang sedang diperbaiki dan boleh digunakan untuk pertandingan waktu malam ialah Stadium Shah Alam dan Stadium Kuala Lumpur yang dijangka siap Mac 2012, katanya.
"Di stadium yang lain, perlawanan akan diadakan pada waktu siang," katanya.
Ahmad Fuad berkata, pertandingan waktu siang bagi Liga Malaysia akan bermula jam 4.45 petang manakala pertandingan peringkat kalah mati jam 4.15 petang.
Sementara itu, jurucakap MBKT berkata untuk meningkatkan tahap kecahayaan lampu limpah di stadium itu seperti yang dikehendaki FAM memerlukan peruntukan hampir RM3 juta

Manifesto PRU-13 PAS Tidak Masukkan Hudud
PAS tidak akan memasukkan pelaksanaan hukum hudud dalam manifesto pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata pelaksanaan hukum hudud tidak perlu diterjemahkan secara terperinci, cukup sekadar secara umum kerana yang penting ialah konsep mencegah kemungkaran berlandaskan undang-undang syariah yang adil.
Pelaksanaan hukum hudud di Kelantan dan Terengganu boleh dikuatkuasakan dalam tempoh terdekat.
“Negeri lain kita bersetuju dengan pendapat bahawa orang bukan Islam tidak akan dipaksa dan mereka perlu diberi peluang membuat penilaian,” katanya ketika ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN), di Kuala Terengganu, kelmarin.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika ditanya sama ada PAS akan memasukkan pelaksanaan hukum hudud dalam manifesto pakatan pembangkang.
Ditanya adakah PAS akan menjadi tulang belakang jika pakatan rakyat menang, Abdul Hadi yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, kepimpinan UMNO tidak perlu bimbang kerana semua parti dalam pakatan pembangkang sudah menerima Islam dan Melayu adalah teras kepimpinan dan menentukan hala tuju negara.
“Parti dalam pakatan pembangkang tidak bimbang, sebaliknya kepemimpinan UMNO berada dalam kebimbangan jika pakatan menang pada pilihan raya.
“Pemimpin beragama Islam dan berketurunan Melayu akan menjadi tulang belakang untuk menentukan hala tuju negara.
“Pemimpin UMNO tidak perlu bimbang kerana pakatan sudah menerima dan mengakui Islam sebagai agama Persekutuan,” katanya sambil menyalahkan UMNO kerana gagal memperkasakan Islam dan bahasa Melayu.
Diminta mengulas kenyataan PAS sedia bekerjasama dengan UMNO ketika membahaskan Bajet 2012 Terengganu, Abdul Hadi berkata, parti itu sudah banyak bekerjasama dengan UMNO dalam pelbagai isu antarabangsa dan nasional.
“Antara kerjasama yang PAS berikan ialah berkaitan dengan isu keamanan dunia, kita juga memberi kerjasama dan hadir pada persidangan antarabangsa menangani masalah penduduk di Palestin.
“Di peringkat nasional, kita duduk semeja membincangkan isu dadah, gejala jenayah dan pernah menjadi wakil Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN),” katanya.

Masalah Kesesakan Pekan Batu Enam Bakal Selesai
Masalah kesesakan yang sering berlaku di pekan Batu Enam dekat sini, bakal diatasi apabila bulatan di situ digantikan dengan persimpangan lampu isyarat.
Ia akan dilaksanakan di bawah Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tepoh-Batu Enam yang turut merangkumi beberapa projek lain, antaranya sambungan jalan dari bulatan Batu Enam dan menaik taraf jalan di sekitar kawasan itu.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri semalam, kerajaan negeri telah mohon untuk membuat sambungan jalan dari bulatan Batu Enam ke Jambatan Manir.
"Ia juga akan disambung bermula dari kawasan Durian Burung dan Jambatan Buluh Gading sehingga ke Batu Enam semula serta ia bakal dijadikan empat lorong.
"Kerajaan juga merancang untuk menaikkan taraf Jalan Persekutuan dari Tepoh ke Gemuruh, menjadikannya empat lorong yang akan bersambung ke jalan masuk Lebuh Raya Pantai Timur di samping menaik taraf persimpangan Tepoh," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Muhammad Ramli Noh (BN-Tepoh) berkenaan status terkini RKK Tepoh - Batu Enam.
Ahmad turut memaklumkan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri turut bercadang mewujudkan satu sungai baharu dan dua kolam takungan air di kawasan itu bagi mengatasi masalah banjir yang sering berlaku di kawasan Kuala Nerus.
"Kalau ikut kajian ketika pembinaan empangan Kenyir dulu, keseluruhan kawasan itu merupakan kawasan tadahan air hujan, tetapi kini sudah jadi kawasan perumahan yang utama di bahagian Kuala Terengganu Utara.
"Untuk itu kita telah melantik konsultan berkaitan dan ketika kajian itu dibentangkan baru-baru ini, tebatan banjir perlu dibina di kawasan itu melibatkan kos RM300 juta," jelasnya.

Tiga Anggota Polis Ditahan Berkaitan Senjata Api Yang Hilang
Sepucuk pistol milik seorang anggota polis yang hilang ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Penanti, Pulau Pinang pada 2009, digunakan oleh sekumpulan penjenayah yang merompak sebuah kedai emas di Wakaf Tapai, Marang pada 28 November lalu.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa mengesahkan perkara itu setelah tertangkapnya empat suspek dalam kes rompakan tersebut, tiga daripadanya anggota polis yang bertanggungjawab atas kehilangan senjata itu, pada 29 dan 30 November lalu.
Beliau berkata, polis sebelum itu menemui sebuah motosikal dan beberapa peralatan yang digunakan suspek dalam rompakan tersebut di kebun kelapa sawit di Kampung Pak Bilis, Jalan Tambak Baru kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian.
"Hasil penemuan itu, pihak kami menahan pemilik motosikal berusia 30 tahun di Kampung Tok Lam dekat sini dan siasatan lanjut membawa kepada penangkapan seorang lagi suspek iaitu anggota polis berusia 29 tahun dan bertugas di cawangan pengangkutan di Hulu Terengganu.
"Penangkapan anggota polis itu membawa kepada penemuan barang kes termasuk sepucuk pistol jenis Revolver .38 yang digunakan dalam rompakan itu selain barang kemas yang disamun serta tiga butir peluru hidup," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang kepada 329 pegawai, anggota dan kakitangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di Kuala Terengganu semalam.
Pada 28 November lalu, sebuah kedai emas dirompak manakala pemiliknya nyaris cedera apabila dikejar dua perompak bersenjatakan pistol.
Ketika kejadian pukul 11.30 pagi itu, suspek turut melepaskan tembakan yang mengenai sebuah kereta dinaiki dua kanak-kanak sebelum melarikan diri dengan barang kemas hasil rompakan.
Jamshah berkata, siasatan lanjut mendapati, pistol tersebut diperoleh daripada dua anggota polis yang bertugas di Cawangan Pengangkutan di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Kuala Lumpur.
Berikutan itu, katanya, dua anggota polis terlibat, masing-masing berusia 29 dan 33 tahun turut ditahan dan mereka kini digantung tugas dan reman sehingga 14 Disember depan bagi membantu siasatan.
Tambah beliau, pistol berkenaan dipercayai dijumpai salah seorang anggota polis di Pulapol namun ia tidak diserahkan kepada pihak pengurusan.
"Tindakan tegas akan diambil terhadap tiga anggota polis terlibat sekiranya mereka terbukti bersalah. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan jika sabit kesalahan, mereka yang terlibat boleh dihukum gantung sampai mati," jelasnya.

Keberkesanan TeG Di 5 PBT Memuaskan
Kerajaan negeri setakat ini berpuas hati dengan keberkesanan penggunaan sistem Terengganu Electronic Government (TeG) di lima pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini yang membabitkan kos RM2.6 juta.
Kesemua lima PBT itu ialah Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT), Majlis Daerah Besut (MDB), Majlis Daerah Marang (MDM), Majlis Daerah Setiu (MDS) dan Majlis Daerah Dungun (MDD).
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, MDHT kini mengguna pakai 73 peratus sistem seumpama itu diikuti MDB (51 peratus), MDM (70 peratus), MDS (60 peratus) dan MDD (56 peratus).
Beliau bagaimanapun memberitahu, hanya dua PBT iaitu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) tidak menggunakan sistem tersebut.
"Kesemua PBT di negeri ini kecuali MBKT dan MPK mengguna pakai sistem TeG ini untuk kemudahan pelanggan berurusan," katanya ketika menjawab soalan Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas-Batu Buruk) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini hari ini.
Ahmad Razif menjelaskan, antara kemudahan menerusi sistem elektronik itu yang diguna pakai di lima PBT ialah e-aduan, e-payment, e-zakat dan e-pms.

Kencana Raih KOntrak RM1b Untuk Kerja Fabrikasi
Kencana Petroleum Bhd meraih kontrak bernilai RM1 bilion daripada firma perkhidmatan gas dan minyak Amerika Syarikat (AS), Bechtel International Inc.
Ia adalah kontrak terbesar bagi penyedia perkhidmatan minyak dan gas bersepadu tempatan itu bagi tahun ini.
Kontrak yang diperoleh menerusi anak syarikat milik penuhnya, Kencana HL Sdn Bhd itu adalah bagi kerja fabrikasi dan pemasangan struktur serta komponen untuk kemudahan pemprosesan gas asli cecair (LNG) di Australia.
Di bawah kontrak itu, Kencana HL akan melaksanakan kerja fabrikasi, memasang, menguji dan memuatkan modul peralatan proses untuk Kemudahan Loji Projek Wheatstone yang terletak di utara Ashburton (berdekatan Onslow), di Australia Barat.
Projek Wheatstone, satu daripada projek industri minyak dan gas terbesar di Australia, adalah usaha sama antara anak syarikat Chevron di Australia (73.6 peratus), Apache (13 peratus), Kuwait Foreign Petroleum Exploration Company (tujuh peratus) dan Shell (6.4 peratus).
Kencana dalam kenyataannya di Bursa Malaysia berkata, projek itu akan dilaksanakan Kencana HL di limbungan fabrikasinya di Lumut Perak selama 29 bulan.
“Penyerahan struktur dan komponennya pula akan dilakukan secara berperingkat mulai suku ketiga 2014 hingga suku ketiga 2015,” katanya.
Kontrak di Australia itu adalah yang kelima diperoleh oleh Kencana bagi tahun ini.
April lalu, Kencana menerusi Kencana HL, meraih kontrak bernilai RM208 juta daripada Kebabangan Petroleum Operating Company Sdn Bhd (KPOC) bagi kerja fabrikasi struktur kecil untuk projek pembangunan Hab Utara Kebabangan di pesisir pantai Sabah.
Menerusi Kencana HL juga, Kencana turut memperoleh kontrak pembangunan platform lapangan minyak Cendor, di luar pesisir Terengganu bernilai RM216 juta pada Mac lalu.
Sebulan sebelum itu, Kencana turut memperoleh kontrak daripada Petrofac E&C Sdn Bhd untuk projek kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pelaksanaan (EPCC) Mobile Offshore Production Unit (MOPU) dan Wellhead Support Structure (WESS), bernilai RM115 juta di luar pantai Terengganu.
Awal tahun ini pula, Kencana menerusi pakatannya bersama Sapura Energy Ventures dan Petrofac Energy Developments Sdn Bhd (PED), turut dianugerahkan kontrak kerja perkhidmatan berisiko (RSC) bagi pembangunan telaga minyak kecil milik PETRONAS di luar pesisir pantai Terengganu.
Dengan projek terbaru yang diperolehnya di Australia itu, jumlah keseluruhan kontrak yang diperoleh Kencana setakat ini adalah bernilai kira-kira RM3.5 bilion.

Enggan Jual Lembu Gergasi Walaupun Ditawar RM11,000
Walaupun ditawarkan RM11,000, penternak lembu dari Kampung Gemuruh, Tepoh di Kuala Terengganu, Yusof Mohammad, 39, tidak sanggup menjual lembu jantan baka Bali Brahman, miliknya seberat lebih satu tan.
Yusof berkata sepanjang menceburi bidang ternakan sejak lebih 20 tahun lalu, beliau tidak pernah melihat lembu setinggi 1.7 meter dan 1.6 meter panjang itu.
"Ketika membeli lembu ini daripada penternak di Kampung Buluh, Setiu pada harga RM6,000 pada September lalu, keadaannya tidaklah sebesar ini, tetapi berbekalkan pengalaman, selera haiwan ini bertambah apabila makan sehingga 20 kilogram rumput sehari, lima kilogram palet dan vitamin.
"Walaupun lembu ini kuat makan, ia perlu dijaga rapi bagi mengelakkannya cedera jika terjatuh kerana ia sangat berat,” katanya ditemui di rumahnya.
Yusof berkata, harga semasa seekor lembu di pasaran sekitar RM2,000 hingga RM3,000, justeru walaupun ada seorang lelaki menawarkan membeli lembu kesayangannya itu pada harga hampir empat kali ganda menjelang Aidiladha lalu, dia tidak sanggup melepaskannya kerana sukar mencari lembu sebesar dan jinak seperti itu.
Katanya, tukang masak di kampung itu yang datang melihat lembu berkenaan memaklumkan sekiranya ternakan itu disembelih dagingnya dapat dimasak 10 kawah dan dapat diberi makan kepada 4,000 orang.
Yusof berkata, selain lembu gergasi yang menjadi perhatian penduduk, dia memiliki seekor lembu baka Mega dan 20 ekor lembu tempatan, 90 ekor kerbau serta tiga ekor kerbau denak untuk menangkap kerbau liar di seluruh negara.
Menceritakan pengalamannya sebagai penternak dan penangkap kerbau liar, Yusof berkata, dia mula mengikut bapanya mengambil upah menangkap kerbau liar sejak kecil, justeru, berbekalkan pengalaman itu dia menjadikannya sebagai kerjaya dan mula menternak beberapa ekor lembu dan kerbau sejak 20 tahun lalu.
Kini, Yusoff berkata, dia bersyukur kerjaya yang diceburinya itu memberi pulangan memuaskan kerana setiap tahun dia menjual antara 40 hingga 50 ekor kerbau dan lembu terutama pada musim perayaan termasuk Aidiladha.
Berita Harian

Pesara Terima Pencen, Bayaran Khas 16 Disember
Pembayaran pencen dan Bayaran Khas Pesara kali kedua akan dibuat pada 16 Disember ini sempena sambutan Krismas.
Menurut kenyataan Jabatan Perkhdimatan Awam, hari ini, penerima yang dibayar melalui bank boleh menuntut pembayaran pencen dan bayaran khas berkenaan di bank-bank yang terbabit pada tarikh berkenaan.
Bayaran khas sebanyak RM500 itu pula akan dikredit terus ke akaun bank penerima pencen termasuk penerima di bawah Skim B.
"Dengan itu, penerima pencen di bawah Skim B tidak perlu mengisi borang
tuntutan pencen di kaunter bank bagi mengeluarkan RM500 itu," kata kenyataan itu.
Bayaran Khas Pesara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika beliau membentangkan Belanjawan 2012, Oktober lalu.
Penerima pencen yang menerima waran pencen bertarikh 17 hingga 31 Disember boleh
menunaikan waran mereka mulai 16 Disember.
Maklumat lanjut boleh didapati daripada Pusat Panggilan Setempat di talian
03-88854906/4475/4476/4478/4479.

T-Team Ikat Pemain Bosnia Hadapi Saingan Liga Malaysia
Pasukan bola sepak T-Team mengikat seorang lagi pemain import bagi menghadapi persaingan Liga Malaysia tahun depan.
Pengurus pasukan Rozi Mamat berkata berharap Bojan Petrit, 24, berasal dari Bosnia Herzegovina akan dapat membantu T-Team dalam pertandingan itu nanti.
Sebelum ini T-Team telah mengambil bekas pemain pasukan Perlis yang berasal dari Zambia, Zacharia Simikounda.
Pasukan terakhir Bojan sebelum datang ke Terengganu ialah FC Navy Bazar, Bosnia.
Rozi berkata beliau yakin pasukan T-Team akan lebih menyerlah lagi pada tahun depan dengan adanya kedua-dua pemain import berkenaan.
Beliau berkata pasukan T-Team sekarang sedang mengadakan perlawanan persahabatan dengan beberapa pasukan bagi memantapkan pemain import dengan pemain tempatan.
"Apabila selesai semuanya nanti, kita akan baiki mana-mana yang tidak betul sebelum menghadapi kejohanan sebenar,” katanya.
Rozi berkata mutu permainan pemain-pemain tempatan telah meningkat dari semasa ke semasa.
"Sasaran kita sekurang-kurangnya juara liga tahun depan,” katanya.
Pencapaian terbaik T-Team dalam Liga Malaysia ialah melayakkan diri ke pusingan separuh akhir Piala Malaysia tahun lepas.

Ketua Polis Terengganu Kesal Laporan Akhbar Tabloid
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa menafikan laporan sebuah akhbar tabloid tempatan kononnya pistol yang digunakan dalam rompakan kedai emas di Wakaf Tapai 28 Nov lepas adalah senjata yang dilupuskan.
Kesal dengan dakwaan itu, beliau berkata siasatan mendapati pistol berkenaan adalah yang dilaporkan hilang oleh seorang anggota polis semasa penugasan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang, tiga tahun lalu.
Menurutnya tidak berlaku kegiatan penyewaan senjata api yang akan dilupuskan dan disewakan kepada anggota bagi tujuan jenayah sebagaimana dilaporkan tabloid itu.
Menurut akhbar itu, tiga anggota polis antara empat yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan menyewakan senjata api jenis revolver .38 kepada pihak tertentu yang kemudian digunakan untuk melakukan jenayah seperti rompakan.
Ia mendakwa senjata berkenaan disewakan antara RM2,000 hingga RM5,000 dan bayaran dilakukan secara komisyen menggunakan wang hasil rompakan.
Beliau berkata jika pihak media mengetahui sesuatu maklumat berhubung sesuatu kes mereka harus merujuk kepada pihak tertentu dan bukan terus melaporkan di akhbar tanpa pengesahan daripada pihak polis terlebih dahulu.

Pantai Timur Diramal Hujan Mulai Sabtu Ini
Hujan sekejap-kejap dan kadang kala sederhana yang boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu mulai Sabtu ini hingga Isnin depan.
Kawasan yang dijangka terlibat ialah Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Mas, Machang dan Pasir Puteh di Kelantan sementara di Terengganu di Besut, Setiu, dan Kuala Terengganu.
Menurut Jabatan Meterologi Malaysia semalam , keadaan yang sama juga diramal berlaku di Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Mersing dan Kota Tinggi di Johor mulai Isnin hingga Rabu depan.
Sementara itu ribut petir dan hujan lebat di Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan berterusan sehingga lewat petang semalam.
Kawasan berkenaan ialah Gombak, Hulu Selangor dan Hulu Langat di Selangor dan Seremban, Kuala Pilah dan Rembau di Negeri Sembilan.
Jabatan itu juga mengeluarkan amaran angin kencang timur laut dengan kelajuan 60 kmsj dan ombak melebihi 5.5 meter di kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Sarawak, Tioman, Bunguran, Condore, Reef North, Reef South dan Layang-Layang yang dijangka berterusan sehingga Selasa depan.
Amaran angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dan ombak melebihi 4.5 meter juga dijangka berlaku sehingga Selasa depan di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Wilayah Persekutuan Labuan dan beberapa kawasan di perairan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Kudat) serta Samui dan Palawan.
Keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak, menangkap ikan, perkhidmatan feri, bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Wednesday, December 7, 2011
Hudud Terus Diperkata Pada Sidang DUN Terengganu
Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu yang masuk hari kedua semalam agak tegang semasa wakil kerajaan Khazan Che Mat (BN-Batu Rakit) (gambar kiri )menjawab soalan lisan yang dikemukakan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Ru Rendang).
Abdul Hadi ingin tahu bilakah kerajaan Terengganu bercadang untuk menguatkuasa dan melaksanakan enakmen kesalahan jenayah Syariah (Hudud dan Kisas yang diwartakan pada 2002) oleh kerajaan Terengganu.
Khazan berkata sehingga ini kerajaan tidak mampu untuk menjanjikan bila tarikh tepat enakmen itu dapat dilaksanakan.
Bagaimanapun katanya kerajaan pasti melaksanakan enakmen itu apabila semua prasarana, kemudahan-kemudahan, persiapan, teknikal sudah sempurna dan apabila para ulama berpendapat bahawa pelaksanaannya sesuai dan mampu mencapai Syariah daripada perlaksanaannya.
Pada ketika itu, Mohd Nor Hamzah (PAS-Bukit Payong) bangun mencelah kerana tidak puas hati dengan jawapan Khazan, namun ia tidak dibenarkan Speaker, dan dari situ ketegangan pula bermula.
Wakil Bukit Payong itu tidak mengendahkan arahan Speaker supaya duduk sehinggalah Speaker menasihatkan anggota dewan supaya jangan menunjukkan perangai yang tidak sepatutnya.
Sebelum itu penyokong kerajaan Rosol Wahid mencelah dengan menyatakan isu hudud timbul kembali kerajaan pilihan raya semakin hampir.
Katanya, semasa PAS memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2004, Presiden PAS Abdul Hadi sendiri yang ketika itu menjadi Menteri Besar Terengganu iaitu pada 6 Mac 2000 menyatakan keberatan untuk melaksanakan hudud hanya 0.0001 peratus atau 1/10,000 sahaja.
Sementara itu Khazan berkata kerajaan Terengganu sedang berusaha ke arah itu di mana 32 orang hakim Mahkamah Syariah akan dihantar berkursus di Institut Kehakiman Mahkamah Syariah di Riyadh tahun lepas.
Katanya, tahun ini kerajaan negeri telah menghantar hakim-hakim untuk berkursus, dan ini adalah antara usaha-usaha ke arah perlaksanaan hudud di Terengganu.

PRU13 - SPR Jamin Daftar Pemilih Paling Bersih
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata peruntukan bajet pilihan raya bagi negeri Terengganu akan datang adalah sebanyak RM6.5 juta.
Bajet itu sebahagian bajet keseluruhan negara sebanyak RM300 juta.
Timbalan Pengerusinya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar memberii jaminan daftar pemilih yang akan digunakan oleh suruhanjaya itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang adalah daftar pilihan raya sebersih-bersihnya.
Ketika ini SPR bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membersihkan nama mereka yang sudah meninggal dunia.
“SPR sejak dulu lagi memberi perhatian yang serius membersihkan daftar pemilih ini,” katanya kepada pemberita selepas program Taklimat Pengurusan Pilihan Raya kepada pegawai pengurus, penolong pegawai pengurus dan pembantu pilihan raya negeri Terengganu di Kuala Terengganu semalam.
Menurut Wan Ahmad tiap-tiap tahun SPR membersihkan lebih kurang 50,000 nama mereka yang sudah meninggal dunia daripada daftar pemilih di seluruh negara.
“Proses membersih daftar pemilih mereka yang telah meninggal dunia disemak oleh SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara setiap hari,” katanya.
Wan Ahmad berkata jumlah pemilih yang berdaftar di seluruh negara sekarang ini lebih kurang 12.4 juta dan berharap mereka yang belum berdaftar supaya berbuat demikian.
“Insya-Allah kalau mereka berdaftar sekarang nama mereka akan sempat di proses dan diwartakan untuk mengundi pada pilihan raya akan datang,” katanya.
Beliau berkata bagi warga negara yang bertanggungjawab daftar pemilih adalah penting kerana ia akan menentukan masa depan negara.
Bagi negeri Terengganu, untuk pilihan raya umum ke-13 nanti, Wan Ahmad berkata pihaknya akan membuka sebanyak 342 pusat mengundi, 332 daripadanya adalah bangunan sekolah.
Katanya SPR akan membuka sebanyak 1,145 saluran tempat mengundi serta melantik lebih 9,000 orang petugas pilihan raya, majoritinya terdiri daripada guru-guru berpengalaman dalam pilihan raya lepas.

Tidak Laksana Hudud Bukan Maksud Tolak Islam
Islam melarang keras perbuatan menjual agama semata-mata untuk meraih sokongan dan keuntungan politik, berdasarkan ayat al-Quran yang bermaksud “jangan jual ayat-ayat ku dan agama ku semata-mata untuk mendapat keuntungan yang sedikit”.
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata, walaupun kita tidak mampu melaksanakan hukum hudud tetapi kita ada undangan-undang yang menghukum pencuri dan penzina.
“Tidak laksanakan hudud bukan maksud tolak agama tolak Islam sebaliknya kita mengantikan dengan undang-undang syariah yang menghukum setiap pesalah itu dengan adil,” katanya di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.
Khazan (BN-Batu Rakit) menjawab soalan lisan yang dikemukakan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang (Pas-Rhu Rendang) mengenai pelaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 2002 sebagaimana yang telah diwartakan.
“Kita buat apa yang kita mampu dan laksanakan apa yang perlu diutamakan, serta apa yang dituntut oleh agama rasmi di negara kita,” katanya.
Tambahnya, tidak boleh disabitkan kafir jika sesuatu perkata itu tidak laksana kerana benar-benar tidak mampu, contohnya menunaikan rukun haji yang menurut hukumnya adalah wajib tetapi jika tidak mampu tidak boleh dihukum kafir.
Tegasnya, kita ada jawatankuasa fatwa dan ada agensi agama yang membantu, menasihat dan sentiasa memperingati serta mendorong dan mengesyorkan kepada kerajaan apa-apa yang patut di laksanakan demi memertabatkan agama dalam konteks negara kita.
“Sebenarnya orang luar sangat menghormati negara kita sebagai negara Islam contoh, cuma orang-orang yang disebelah ‘sana’ (pembangkang) yang tidak mengiktiraf negara ini Islam,” katanya.
Teganukita

Terengganu, Kelantan Risiko Banjir Hujung Minggu Ini
Menteri Besar ketika melawat kawasan dilanda banjir di Terengganu dua minggu lalu.
Kawasan rendah di Terengganu dan Kelantan berisiko mengalami banjir hujung minggu ini berikutan hujan lebat yang dijangka turun Jumaat hingga Sabtu ini.
Berikutan itu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran peringkat kuning mengenai hujan sekejap-sekejap kadang kala sederhana di kedua-dua negeri itu.
Kawasan yang terbabit di Kelantan ialah Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang dan Pasir Mas manakala di Terengganu pula membabitkan daerah Besut, Setiu dan Kuala Terengganu.
Jabatan itu dalam kenyataan semalam turut mengeluarkan amaran angin kencang dengan kelajuan 60 kilometer sejam dan laut bergelora kategori ketiga dengan ombak setinggi 5.5 meter bagi kawasan perairan Pahang, Johor timur, Sarawak, Tioman, Bunguran, Condore, Reef North, Reef South dan Layang-Layang.
Keadaan itu yang di jangka berterusan hingga hari ini dan berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.
Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dan ombak setinggi 4.5 meter juga dikeluarkan bagi perairan Kelantan, Terengganu, Labuan dan dan kawasan pedalaman, pantai barat dan Kudat di Sabah serta di Samui, dan Palawan.
Keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri, katanya.
Peruntukan RM320 Ribu Bagi Bantu Koperasi di Terengganu
Kerajaan negeri memperuntukan RM320,000 bagi memberi bantuan sokongan kepada pengusaha koperasi di Terengganu tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’ Mohamed Awang Tera berkata, peruntukan itu melibatkan bantuan sokongan seperti penganjuran kursus, seminar dan lawatan.
Menurutnya, ia tidak melibatkan pinjaman modal dan pembiayaan pembangunan kerana pertubuhan koperasi di bawah bidang Kerajaan Persekutuan.
“Kerajaan negeri fokus kepada bantuan sokongan untuk memperluaskan perkhidmatan koperasi termasuk usaha mewujudkan koperasi baru,” katanya menjawab soalan YB. Muhamad Ramli Nuh (BN-Tepuh) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.
Mengenai koperasi nelayan semakin mengecil yang dibangkitkan Muhammad Ramli, Dato’ Mohamed berkata, Kerajaan negeri telah menasihatkan pengurusan koperasi terlibat untuk mengalih perniagaan mereka kepada skop lebih maju.
“Mereka (koperasi) perlu alih strategi bisnes sekiranya tidak mampu bertahan. Cari skop bisnes lain selain menjual air batu, diesel dan peralatan menangkap ikan.
“Ada koperasi di Kemaman contohnya, telah beralih kepada bisnes restoran manakala di Setiu menceburi perniagaan homestay untuk menjana pendapatan,” ujarnya.

FAM Tidak Lanjut Tempoh Pendafteran Pemain Liga Super
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan memanjang tempoh pendaftaran pemain untuk Liga Super musim depan, yang tempoh pendaftaran tamat Khamis ini, kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.
Beliau berkata, kalau dilanjutkan, ia akan memberi masalah kepada pihak sekretariat untuk menentukan jadual perlawanan, penyediaan pengadil perlawanan, kad akreditasi dan sebagainya.
Katanya, FAM telah banyak memberi peluang kepada pasukan untuk menyiapkan pasukan masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan.
"Kita lebih perlu untuk meningkatkan serta memartabatkan profesionalisme kita dari segi pengurusan persatuan dan kelab supaya segala keperluan yang ditetapkan oleh FAM seperti pendaftaran pemain dapat dipenuhi dalam masa yang diberikan," katanya pada majlis menandatangani perjanjian antara FAM dengan pembekal vaksin, Sanofi Pasteur di Wisma FAM di Petaling Jaya semalam.
Beliau diminta mengulas permohonan beberapa pasukan agar tarikh tutup pendaftaran pemain di panjangkan.
Azzuddin menegaskan sekiranya pihak pengurusan pasukan masih gagal memberikan senarai penuh pemain mereka menjelang esok, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM dijangka akan mengambil tindakan susulan dengan menasihatkan pengurusan pasukan untuk mendaftar pemain terutama pemain import mereka pada musim kedua pendaftaran dari 6 hingga 20 April tahun depan.
Beliau berkata, FAM mahu meningkatkan mutu liga bola sepak tempatan terutama Liga Super supaya setanding dengan liga bola sepak negara lain.
Sehubungan itu, JKPT FAM akan sentiasa mencari mekanisme terbaik dalam memperbaiki mutu bola sepak tempatan supaya mendapat pengiktirafan antarabangsa, katanya.

Golongan Muda Terdedah Kepada Risiko Serangan Jantung
Golongan muda juga tidak terkecuali daripada menghidapi penyakit kardiovaskular atau serangan jantung ekoran gaya hidup yang tidak sihat, kata pakar jantung Dr Annuar Rapaee.
Beliau yang pernah berkhidmat sebagai pakar jantung lebih 10 tahun di Hospital Serdang, Selangor dan Pusat Perubatan Tropicana, Damansara berkata walaupun penyakit ini sering menyerang seseorang yang berumur lebih 40 tahun, tetapi golongan muda juga merupakan antara yang berisiko diserang penyakit senyap ini.
Darah tinggi dan diabetes merupakan antara penyumbang kepada serangan jantung selain merokok, katanya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Nangka (Sibu) ketika menyampaikan ceramah tentang penyakit tersebut di Wisma Bernama di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau menjelaskan dari pengalamannya, seorang pesakit berusia 26 tahun pernah dikenal pasti mengidap penyakit jantung yang agak kritikal kerana dipercayai menghisap rokok lebih daripada 20 batang sehari.
"Sebatang rokok mempunyai 4,000 bahan toksid yang bukan sahaja menjadi penyebab sakit jantung tetapi juga risiko penyakit kanser, yang perbuatan merokok bukan sahaja memberi kesan kepada perokok tersebut malah kepada orang di sekelilingnya," katanya.
Sehubungan itu Dr Annuar menasihati perokok supaya menghentikan tabiat tersebut kerana nikotin di dalam rokok boleh menyebabkan bekalan oksigen ke jantung berkurangan, tekanan dan kepekatan darah meningkat di samping merosakkan sel yang melindungi saluran darah.
Beliau berkata, antara gejala serangan sakit jantung ialah pesakit mengalami sakit pada dada, sukar bernafas, kesakitan gigi dan sering merasa berdebar-debar.
"Ujian saringan sangat penting bagi mengenal pasti penyakit kardiovaskular kerana ia kadang kala tidak menunjukkan sebarang simptom atau gejala," katanya.

Terengganu Tidak Lupus Hutan Simpan
Kerajaan tidak bercadang melupuskan sebahagian daripada 539,294 hektar hutan simpanan kekal di negeri ini bagi mendapatkan hasil untuk perbelanjaan kerajaan, kata Datuk Seri Ahmad Said.
Menteri Besar berkata, Kerajaan negeri berkeupayaan untuk mencari sumber pendapatan lain selain mengorbankan khazanah alam yang meliputi 41.6 peratus keluasan Terengganu.
“Tiada cadangan untuk lupuskan hutan simpanan kekal untuk tambah hasil negeri,” katanya menjawab soalan Dato’ Harun Taib (PAS-Manir) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.
Mengenai pertanyaan Ramlan Ali (BN-Jabi) untuk menjadikan kawasan hutan simpan di Bukit Bintang, Setiu sebagai padang ragut, Ahmad Said berkara, perkara berkenaan boleh dibincangkan dan dipohon melalui Pejabat Perhutanan Negeri.
“Hutan simpan yang diwartakan ada dua kategori iaitu hutan simpan dan hutan simpan kekal,” jelasnya.

Terengganu Tidak Bercadang Laksana Gaji Minimum Kepada Kakitangan GLC
Kerajaan negeri Terengganu tidak bercadang melaksanakan skim gaji minima kepada kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, bagaimanapun kerajaan negeri bersedia mematuhi dan mengikut jika kerajaan pusat melaksanakannya.
"Kita ikut kerajaan buat kerana kita kerajaan Barisan Nasional yang seia sekata. Kerajaan Persekutuan bayar setengah bulan bonus, kita bayar juga. Tidak ada masalah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam) pada persidangan DUN yang ingin tahu adakah kerajaan Terengganu bercadang melaksanakan Skim Gaji Minima kepada kakitangan GLC.

Spesies Ikan Terkecil Di Dunia Ditemui Di T'gganu
Spesies ikan paling kecil di dunia, 'Paedocypris' dari keluarga 'Cyprinidae' dengan saiz 7.8 milimeter ditemui di kawasan paya Bukit Bauk, di Dungun.
Pengarah Jabatan Perhutanan negeri Azmi Nordin berkata, ikan tersebut ditemui semasa ekspedisi Bukit Bauk yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia pada 2006.
"Beberapa ekor ikan dari famili Cyprinidae itu, spesis ikan paling kecil di dunia, ditemui di kawasan ini," katanya semalam.
Azmi berkata, berdasarkan kajian yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), ikan tersebut tidak terdapat di tempat lain termasuk di luar negara setakat ini.
Beliau berkata, pihaknya sedang mengambil langkah untuk membiak ikan itu supaya tidak pupus dan mungkin dijadikan daya tarikan pelancong pada masa akan datang.
Menurut Azmi, buat masa ini pihaknya belum dapat menunjukkan ikan itu kepada umum kerana dibimbangi ada pihak yang akan mencarinya dan dijual dengan harga yang tinggi.
Lagipun, katanya, kawasan ikan itu ditemui terdedah kepada pengunjung dan besar kemungkinan orang akan tertumpu ke situ sekiranya kawasan itu dihebahkan.
"Ini satu aset untuk negeri dan jika ia pupus, rugilah negara," katanya.
Beliau berkata selain itu, Bukit Bauk seluas 7,596 hektar juga mempunyai pelbagai khazanah berharga seperti pokok-pokok bunga yang masih belum dieksploitasi sepenuhnya.

Pemandu, Kelindan Nyaris Maut Kemalangan Lori
Seorang pemandu lori dan kelindannya nyaris maut apabila lori sarat dengan muatan kelapa yang dibawanya tiba-tiba terbakar di kilometer 145 Kuantan-Kuala Terengganu berhampiran Ladang Tabung Tentera, Cheneh, Kemaman, awal pagi semalam.
Penolong Penguasa Kanan Bomba dan Penyelamat Negeri, Mohd Rozairi Abdul Rahim, berkata kemalangan berlaku ketika Zahari Awang Hamat bersama kelindan lori itu dalam perjalanan dari Kuantan menuju ke Kuala Terengganu kira-kira jam 3.15 pagi.
Beliau berkata, apabila sampai di tempat kejadian lori yang itu terbakar, dan ia dipercayai berpunca dari tayar belakang lori berkenaan.
"Zahari bertindak memberhentikan lorinya di tepi jalan setelah melihat ada kepulan asap keluar daripada tayar belakang lori itu dan terus menelefon bomba," katanya.
Rozairi berkata, sebuah jentera bersama empat anggota bergegas ke tempat kemalangan selepas pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 3.34 pagi dan ketika sampai, hampir 50 peratus lori treler bersaiz 40 kaki itu terbakar.
"Kami mengambil masa hampir setengah jam untuk mengawal kebakaran berikutan lori itu agak besar dan sarat dengan kelapa. Hampir separuh muatan hangus terbakar,” katanya.
Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.