Thursday, September 5, 2013
Skandal Dengan Isteri Orang, Pelakon Adi Putra Disiasat
Pelakon Adi Putra, 32, didakwa menjalinkan hubungan skandal dengan isteri orang dan aktor itu kini disiasat polis selepas suami wanita berkenaan, seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.
Menurut laporan akhbar Berita Harian hari ini, pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.
Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi Whatsapp sejak 29 Julai lalu.
Ali Rustam Sah Bertanding Naib Presiden UMNO
Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam semalam menamatkan teka-teki jawatan yang akan ditandingi beliau pada pemilihan UMNO akhir tahun ini apabila mengesahkan bertanding jawatan Naib Presiden parti itu.
Beliau berkata, dengan penawaran itu, dapat memberi peluang kepada ahli parti membuat pilihan terbaik dalam proses mentransformasi dan pendemokrasian dalam parti.
"Selepas saya fikirkan pandangan rakan-rakan (mengatakan) saya pernah pegang jawatan naib presiden dan Majlis Tertinggi (MT), maka jawatan yang sesuai untuk saya tawarkan diri kali ini adalah naib presiden UMNO.
Kerajaan Perlu Rangka Pelan Jelas Bagi Golongan Berpendapatan Rendah Dan Sederhana Dalam Belanjawan 2014
Kerajaan perlu menyediakan satu pelan untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam Belanjawan 2014 bagi menangani kos sara hidup yang meningkat akibat pemotongan subsidi minyak petrol dan diesel.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyarankan kerajaan memperkenalkan beberapa langkah antaranya pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia dan potongan cukai yang lebih khusus.
"Pemuda Umno harap kerajaan mengambil serius tentang kenaikan harga barangan yang pasti akan berlaku selepas ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Pergerakan pemuda Umno di Kuala Lumpur, semalam.

JAWI Tahan Sepasang Atlet Terengganu
Operasi mencegah maksiat JAWI di sebuah kelab dangdut di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, kelmarin. |
Pemain bola tampar lelaki berusia 20 tahun ditahan bersama pasangannya, pemain hoki wanita dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi.
Ketua Penguat Kuasa JAWI, Wan Jaafar Wan Ahmad, berkata atlet lelaki terbabit memberi alasan mereka menginap sebilik kerana bimbang kekasihnya dirampas lelaki lain.
Isu Penjualan Rumah - Pelakon Fail Notis Terhadap Bapa
Pelakon terkenal, Wan Nor Azlin Wan Mohd Hussin memfailkan notis tunjuk sebab terhadap bapanya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini, supaya memberi alasan mengapa tidak boleh dipenjarakan berhubung isu penjualan rumah di Taman Keramat.
Dalam prosiding di hadapan Hakim Mohamed Fouzi Mokhtar, peguam, Mahyuddin Md Zahari yang mewakili Wan Nor Azlin, 45, memaklumkan pihaknya telah menyerahkan notis kepada defendan, Wan Mohd Hussin Wan Ibrahim pada Ahad lalu.
Peguam Roshdan Sujak Rafie yang mewakili Wan Mohd Hussin, 76, kemudian mengesahkan kata-kata Mahyuddin.
Waran Tangkap Terhadap 'SiTanggang Moden' Dilanjut
"Tidak akan berputus asa..." |
Hakim Syarie, Rosdi Harun, mengeluarkan perintah itu selepas Nasrun yang berdepan perintah waran tangkap difailkan bapanya, Mustafa Ismail, 67, gagal dihadapkan ke mahkamah sehingga kini.
Dalam sebutan kes itu semalam, Rosdi memaklumkan mahkamah menerima surat Nasrun yang memohon penangguhan kes atas alasan bekerja di pelantar minyak.
Pemain Kelantan Digantung Dua Tahun Kerana Ambil Dadah Terlarang
Pemain pertahanan Kelantan, Zamri Ramli dikenakan hukuman penggantungan selama dua tahun oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas didapati bersalah mengambil dadah terlarang dalam perlawanan akhir Piala FA, 29 Jun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak berkata pemain berusia 23 tahun itu didapati positif dadah jenis Methamphetamine pada ujian anti-doping sampel A.
"Keputusan ujian makmal ke sampel A di India didapati positif dan dadah tersebut adalah bahan larangan di bawah peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA)," katanya.
Malaysia Bantah Serangan Ketenteraan Ke Atas Syria - Anifah
Malaysia mengambil pendirian menentang sebarang kuasa luar melancarkan tindakan ketenteraan terhadap Syria, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Beliau berkata campur tangan ketenteraan bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan konflik dalaman di Syria malah akan mengorbankan penduduk yang tidak berdosa dan kemusnahan harta benda di negara itu.
"Penyelesaian politik adalah yang terbaik. Kami tidak pernah percaya campur tangan ketenteraan akan menyelesaikan masalah...seperti dilihat di Libya, Iraq dan Afghanistan.

Malaysia Emergency Response Services (MERS) 999 akan dilancarkan pada 9 September ini bagi memudahkan saluran bantuan penggilan dengan lebih efisien.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata sistem bersepadu itu menggabungkan lima agensi bantuan kecemasan.
Yang terbabit ialah Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam satu platform bagi mengendali dan menyalurkan panggilan serta maklumat kecemasan melalui satu nombor iaitu 999.

Kekukuhan Ringgit Cermin Keyakinan Pelabur Susulan Rasionalisasi Subsidi
Pengukuhan ringgit merupakan petunjuk awal pelabur yakin terhadap ekonomi negara susulan langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan.
Pengerusi Kumpulan AmBank Tan Sri Azman Hashim berkata hari ini, kerajaan mengambil langkah yang betul dan ini memberi kesan positif kepada pasaran.
Bercakap kepada Bernama selepas majlis graduasi Program Peningkatan Tenaga Mahir Sektor Kewangan (FSTEP) di sini, Azman juga berkata kadar inflasi sekarang "sangat stabil dan belum ada sebarang kebimbangan lagi".
LKIM, UMT & Universiti Tempatan Bekerjasama Bangunkan Nelayan Muda
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan bekerjasama dengan beberapa universiti tempatan bagi memperkasakan generasi kedua nelayan, sebagai usahawan industri hiliran sektor perikanan.
Pengerusinya Datuk Irmorhizam Ibrahim berkata, setakat ini Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bersedia mengadakan kerjasama tersebut, terutama dari segi kajian dan perkongsian idea baharu dalam sektor perikanan.
"Dengan kepakaran dimiliki institusi berkenaan, ia dapat melahirkan usahawan serta nelayan muda yang berjaya dan moden.

Pelajar Terlibat Kes Buang Bayi Di Dungun Dikesan
Polis Terengganu berjaya mengesan suspek utama yang terlibat kes pembuangan mayat bayi yang ditemui di dalam loji kumbahan di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dungun Khamis lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K Manoharan berkata, hasil pemeriksaan di asrama milik seorang pelajar perempuan awal pagi Selasa pihak universiti menemui kesan darah dan tidak menolak kemungkinan ia milik pelajar berkenaan.
"Pelajar yang berusia 19 tahun itu kini dihantar ke Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut, kita juga sedang melihat aspek kesihatan, psikologi dan sampel darah pelajar berkenaan.
Permohonan PR Tidak Dapat Diproses Kerana Tiada Makluman Perubahan Pucuk Pimpinan - ROS
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) tidak dapat memproses permohonan Pakatan Rakyat (PR) sebagai sebuah parti politik kerana parti itu tidak pernah memaklumkan mengenai penukaran pucuk pimpinan mereka sejak 2009.
Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, hanya sekali PR mengemukakan permohonan kepada ROS untuk mendaftarkan pertubuhan berkenaan sebagai sebuah parti politik.
"PR hanya mohon sekali pada 2009, mereka sepatutnya maklum kepada kita berhubung pucuk pimpinan parti.

Kerajaan Terengganu Sedia RM3.67j Untuk Pelajar Peringkat Ijazah
Kerajaan negeri memperuntukkan RM3.6 juta kepada 3,677 pelajar seluruh Terengganu yang bakal melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara peringkat ijazah bagi kemasukan pertama tahun ini.
Sebahagian daripada pelajar yang menerima bantuan persediaan melanjutkan pelajaran ke IPT daripada kerajaan Terengganu melalui Yayasan Terengganu.
Berdasarkan bilangan itu, setiap pelajar layak menerima wang tunai RM1,000 sebagai langkah meringankan bebanan kewangan ibu bapa, selain melahirkan modal insan serba boleh pada masa akan datang.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata kerajaan serius dan sentiasa memberi fokus untuk menjadikan pendidikan sebagai satu landasan melahirkan modal insan yang serba boleh.
Lagu Negaraku Di Pawagam: KKMM Dapatkan Maklum Balas Orang Ramai
Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang mendapatkan maklum balas daripada orang ramai berhubung keberkesanan pelaksanaan nyanyian lagu Negaraku di pawagam terlebih dahulu sebelum memutuskan sama ada untuk meneruskannya pada masa hadapan.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pada keseluruhannya setelah lagu Negaraku berkumandang di pawagam, semua penonton berdiri kecuali beberapa insiden kecil di Pulau Pinang apabila ada beberapa penonton tidak berdiri.
"Keseluruhannya sambutan adalah baik. Cuma kita akan mendengar maklum balas mengenai apakah ia perlu dipanjangkan tempoh atau mengulangi pada tahun depan berasaskan kepada kaji selidik yang kita akan edarkan selepas ini.
Sultan Terengganu rasmi Kompleks Haji dan TH Hotel
Sultan Terenganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan Kompleks Haji dan TH Hotel Terengganu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu Selasa.
Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah turut berangkat ke majlis berkenaan yang bermula pada jam 11 pagi.
Keberangkatan baginda berdua disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan isteri To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud dan Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahimi.
Malaysia Book Of Records Mahu Bina Muzium Pamer Rekod Kejayaan Dalam Negara
Malaysia Book Of Records (MBR) merancang untuk membina muzium selewat-lewatnya sebelum 2015 untuk mempamerkan rekod kejayaan yang dicipta di dalam negara.
Pegawai Eksekutif MBR, Aziz Hamdan Ahmad berkata pihaknya kini sedang mengenal pasti lokasi muzium itu.
"Ramai menteri dan menteri besar menawarkan bangunan bagi menempatkan muzium Malaysia Book Of Records di negeri-negeri, tetapi kita belum memberi sebarang maklum balas.
Ahli Rukun Tetangga Dilindungi Insuran Berkepompok
Kerajaan mengiktiraf peranan ahli-ahli Rukun Tetangga (RT) yang membantu menjaga ketenteraman dalam masyarakat dengan menyediakan insuran perlindungan berkelompok kepada mereka yang ditimpa kemalangan ketika bertugas.
Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Terengganu, Encik Baharuddin Daud berkata, warga rukun tetangga berkorban masa dan tenaga menjaga keamanan dalam kampung tanpa mengharap imbuhan.
“Kerajaan menghargai pengorbanan mereka dan mewujudkan skim insuran bagi membantu meringankan beban mereka bila ditimpa kemalangan,” katanya selepas merasmikan Program Secangkir Kasih Sekalung Budi di Terengganu Equestrian Resort(TER) , Kuala Ibai baru-baru ini.

Keputusan Rayuan Mengerjakan Haji Dua Minggu Lagi
Keputusan 631 rayuan untuk mengerjakan ibadah haji tahun ini akan diketahui dalam tempoh dua minggu lagi, kata Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Beliau berkata Tabung Haji terpaksa meneliti dengan mendalam setiap rayuan berikutan pengurangan 20 peratus kuota haji yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi tahun ini.
"Sehingga kini, visa (untuk mengerjakan haji) yang telah dikeluarkan ialah sebanyak 22,300 namun terdapat banyak rayuan permohonan, kebanyakannya daripada isteri yang mahu suami ikut serta mengerjakan rukun Islam kelima itu.

Kuliah Pengajian Al-Furqan Tingkatkan Kesedaran Masyarakat Mendalami Al-quran
Kuliah Pengajian Al-Furqan di Institut Al-Quran Terengganu (IQ Terengganu) dapat membantu melahirkan masyarakat yang celik Al-Quran serta mendalami ilmunya dengan lebih mendalam.
Pengarahnya Datuk Dr Alias Abdullah berkata kuliah ini merupakan program pengajian Al-Quran khas yang diadakan setiap hujung minggu untuk rakyat Terengganu yang berumur 18 hingga 65 tahun yang telah dipilih berdasarkan kelayakan dan sesi temuduga.
"Melalui kuliah ini, pelajar diajar asas bacaan Al-Quran, termasuklah tajwid hingga ke tahap yang lebih tinggi," katanya ketika ditemui di IQ Terengganu di Marang, semalam.

UMT Buat Tinjauan Udara Pantau Mamalia Marin
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini memulakan program tinjauan melalui udara bagi mengesan spesis mamalia marin di perairan negeri pantai timur termasuk Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Program lapan hari melibatkan lima penyelidik itu mendapat kerjasama Kota Baharu Flying Club (KBFC) dengan menggunakan pesawat ringan jenis Piper 28.
Ketua Program Spesis Marin Terancam Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) UMT, Prof Madya Dr Saifullah Ariffin Jaaman berkata program pertama kali anjuran UMT itu bertujuan mengesan mamalia marin seperti ikan lumba-lumba, paus dan dugong di kawasan berkenaan.
Bantuan Kewangan RM10,000 Kepada Waris Pelumba Basikal
Kerajaan negeri bersetuju menyumbang RM10,000 kepada waris pelumba basikal Terengganu yang maut dalam kemalangan ketika menjalani sesi latihan, Jun lalu.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata mesyuarat mingguan Exco meluluskan bantuan kewangan itu sebagai menghargai sumbangan atlet berkenaan dalam sukan berbasikal negeri.
Beliau mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat mingguan Exco dan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan Huaxicun di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, Rabu minggu lalu.

Polis Rampas Syabu Bernilai RM160,000 Dari Anggota Sindiket Jo Denan
Polis menahan dua lelaki anggota sindiket Jo Denan yang dipercayai aktif mengedar syabu di negeri ini dan Terengganu serta merampas syabu bernilai kira-kira RM160,000 daripada mereka.
Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata penahanan dan rampasan itu dibuat setelah kedua-duanya terlibat dalam nahas jalan raya di Wakaf Che Yeh di Kota Bharu, Ahad.
"Kereta yang dinaiki mereka yang datang dari Kuala Krai menuju Kota Baharu dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lori yang dipakir di bahu jalan kira-kira 9.35 pagi," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan Isnin.

50 Rumah Dibaikpulih Di Jabi
Iskandar beramah mesra dengan penduduk kampung di Pekan Jabi. |
Pegawai Khas Ahli Dun itu, Hazali Mat,berkata kebanyakan rumah-rumah itu siap sepenuhnya dan kira-kira 20 peratus lagi dalam pembinaan dan dijangka akan disiapkan tidak lama lagi untuk memberi keselesaan kepada penghuninya.
Hazali berkata, semua projek itu adalah kesinambungan daripada wakil rakyat terdahulu dan diteruskan oleh Ahli dun yang baru iaitu Mohd Iskandar Jaafar yang memegang jawatan itu selepas memenangi pilihanraya umum tidak lama dulu.
50 Kenderaan Sertai Kembara Merdeka Jalur Gemilang
Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) anjuran Jabatan Penerangan Negeri Terengganu bermula di daerah Besut apabila 50 kenderaan membawa Jalur Gemilang merentasi beberapa kampung sekitar daerah itu semalam.
Majlis pelancaran program yang diadakan dalam suasana dan mood hari raya yang berlangsung di Kampung Bukit Payong,Hulu Besut, menyaksikan penyertaan penduduk pelbagai peringkat termasuk pelajar dan kanak-kanak tadika di daerah berkenaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, diberi penghormatan melakukan upacara pelepasan konvoi kenderaan termasuk 30 motosikal yang ditunggang pemuda.
MAS Tawar Lebih Satu Juta Tiket Pada Pameran MATTA
Malaysia Airlines (MAS) kini bersedia untuk acara dwi-tahunan, Pameran MATTA, dengan menawarkan lebih satu juta tempat duduk dengan diskaun sehingga 55 peratus.
Naib Presiden Kanannya Muzammil Mohamad berkata jualan akan dipacu tawaran eksklusif yang dibuat sempena pameran tersebut.
"Tahun ini kami melanjutkan tempoh sah laku tambang penerbangan MAS daripada sebulan kepada tiga bulan dan tambang berkenaan sedia bagi perjalanan sehingga pertengahan 2014," kata beliau dalam sidang media di Petaling Jaya, Isnin.

Felda Miliki Hotel Di Kota Kinabalu
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) melangkah setapak lagi apabila mengambil alih sebuah hotel bertaraf empat bintang di Sabah, Hotel Grand Borneo, bagi menambah kemudahan penginapan di bandar raya ini, sekali gus meningkatkan industri pelancongan di Sabah.
Pengerusinya Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata Hotel Grand Borneo yang beroperasi sejak November 2009 itu, diambil alih Felda pada 1 Jun lepas.
"Dalam hal ini, suka saya memaklumkan bahawa Hotel Grand Borneo milik Felda ini menawarkan penginapan yang selesa pada kadar yang juga selesa.
"Kita percaya pengambilalihan (membeli) hotel ini akan membawa keuntungan kepada Lembaga Felda meskipun akan memakan masa.

Harga RON97 Naik 15 Sen Kepada RM2.85 Selitar Mulai Tengah Malam
Harga RON97 dinaikkan 15 sen kepada RM2.85 seliter mulai tengah malam ini.
Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman mengesahkan kenaikan harga itu dalam satu temu bual semalam.
Beliau berkata harga RON97 perlu diselaraskan berikutan kenaikan harga minyak dunia, selain ringgit yang susut nilai berbanding dolar Amerika Syarikat (US).

Tuesday, September 3, 2013
Persidangan CIE-TVET Mampu Melahirkan Penyelidik Berinovasi
Persidangan Pendidikan (Penyelidikan dan Inovasi) dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (CIE-TVET) mampu melahirkan penyelidik yang berupaya menghasilkan inovasi untuk dikomersialkan di peringkat global.
Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Profesor Datuk Dr Mohd Noh Dalimin berkata CIE-TVET bertujuan membudayakan penyelidikan dan inovasi dalam kalangan pensyarah dan pelajar serta memperkasakan profesionalisme warga pendidik ke arah meningkatkan kualiti graduan.

Hishamuddin Rais, Adam Adli Ditahan Di IPD Dang Wangi
Aktivis politik Hishamuddin Rais dan aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim ditahan polis Isnin malam bagi membantu siasatan insiden mengibar bendera alternatif pada malam sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka, Jumaat lepas.
Kedua-dua aktivitis itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur.
Kedua-dua aktivitis itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur.