Gambar: Shuhaimi Ahmad
Banjir di seluruh Terengganu semakin reda dan mangsa dijangka dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing sekiranya cuaca bertambah baik hari ini.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu berkata jumlah keseluruhan mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan hari ini ialah 2,205 orang dengan Kemaman mencatatkan 1,306 orang diikuti Dungun (462), Kuala Terengganu (248), Hulu Terengganu (82), Setiu (80) dan Marang (47).
Beliau berkata jalan utama Kuala Terengganu-Kuantan dan Kuala Terengganu-Kota Baharu masih boleh dilalui semua jenis kenderaan.
Bagaimanapun terdapat 18 jalan negeri masih dinaiki air dan ditutup sama ada kepada kenderaan ringan atau berat iaitu di Kemaman (11), Hulu Terengganu (lima) dan Dungun (dua), katanya.
Paras air di semua sungai utama di Terengganu pagi ini berada di paras biasa.
Saturday, December 5, 2009
BSN Buka Pusat Perbankan Islam di Kuala Nerus
Bank Simpanan Nasional (BSN) kini sedang merancang untuk menambah bilangan Pusat Perbankan Islamnya bagi menawarkan kemudahan perbankan yang mematuhi kewangan syariah dan menyumbang kepada pembangunan perbankan Islam di negara ini.
Pengurus Besar/Ketua Eksekutifnya, Datuk Adinan Maning berkata BSN berharap inisiatif itu akan
menawarkan penyelesaian perbankan yang mematuhi kewangan syariah kepada individu dan perniagaan, kepada komuniti Islam dan bukan Islam.
Dalam satu kenyataan Jumaat, katanya BSN telah memulakan operasi Pusat Perbankan Islamnya di Pengkalan Chepa, Kelantan dan Kuala Nerus, Terengganu pada 1 Disember lepas.
BSN kini mempunyai produk-produk yang mematuhi syariah, dari deposit mudah kepada pembiayaan kewangan, katanya di dalam satu kenyataan di sini.
Menurutnya, urusan perbankan konvensional seperti simpanan, pengeluaran, penggantian buku, kad akaun dan sebagainya masih diteruskan di kedua-dua Pusat Perbankan Islam itu, untuk pelanggan sedia ada.
Ini bertujuan memudahkan pelanggan sedia ada untuk berurusan dengan BSN di samping dapat mempromosikan produk-produk perbankan Islam kepada mereka, katanya.

ADUN janji tangani kerugian mangsa banjir
Kerajaan Negeri akan sedaya upaya mengurangkan kerugian dan bebanan ditanggung rakyat akibat banjir gelombang ketiga yang melanda beberapa kawasan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri, Asha’ari Idris berkata, walaupun jumlah bantuan yang diberikan tidak besar, kerajaan berharap ia dapat menampung perbelanjaan dan kerugian mangsa.
Selain itu, Ashari berkata, Kerajaan Negeri juga akan turut membantu mangsa banjir khasnya dalam kalangan petani yang menanggung kerugian besar akibat banjir melanda daerah ini sejak tiga hari lalu.
“Selain bantuan wang, Kerajaan Negeri juga akan cuba membantu memulihkan kebun dan sawah penduduk dengan mendapatkan kerjasama Jabatan Pertanian. Ini cara kita membantu mangsa kerana tidak mahu mereka hidup susah.
“Kita akan cuba bantu mereka yang memerlukan dengan apa juga cara sekali pun,” selepas merasmikan majlis berkhatan beramai-ramai di Dewan Sivik Sungai Tong di sini.
Bagaimanapun, Asha’ari berkata, mangsa banjir perlu memaklumkan kerugian yang ditanggung kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Pejabat Daerah Setiu (PDS) terlebih dahulu bagi memudahkan bancian dibuat.
Mengenai majlis berkhatan beramai-ramai berkenaan, seramai 231 kanak-kanak berusia antara 10 hingga 15 tahun dari 35 buah kampung dalam DUN Langkap menyertai program tersebut yang diadakan secara tahunan itu.
Mengulas lanjut, Ashari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, berkata, bagaimana pun setakat ini, beliau tidak dapat memberitahu jumlah sebenar peruntukan yang akan digunakan bagi membantu mangsa banjir di kawasan berkenaan.

Jemaah haji mula tiba semalam
Kepulangan jemaah haji bagi fasa kedua tahun ini akan sampai secara berperingkat bermula semalam sehingga 23 Disember nanti dengan lima penerbangan.
Pengarah Lembaga Tabung Haji Terengganu, Mohammad Mokhzani Mukhtar berkata, penerbangan pulang jemaah haji tiba di lapangan terbang Sultan Mahmud pada jam 8 malam dengan pesawat KT10.
“Bagi penerbangan kedua pula tiba esok dengan pesawat KT14 pada jam 3.15 petang diikuti pesawat yang ketiga KT17 pada 15 Disember jam 8.15 pagi.
“Manakala penerbangan keempat tiba pada 22 Disember dengan pesawat KT40 jam 4.05 petang dan terakhir pada 23 Disember jam 3.05 petang menaiki pesawat KT42,” katanya.
Menurutnya, hanya penerbangan pertama yang mengalami perubahan jadual dan diharapkan keluarga atau waris boleh bersiap sedia serta merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan di pekarangan lapangan terbang bagi penerbangan seterusnya.
Sementara itu, Mokhzani berkata, jemaah yang berangkat ke Makkah akan balik dengan penerbangan yang sama dan hanya kes terpencil sahaja dalam kalangan jemaah pulang dengan penerbangan lain sekiranya tidak dapat menyelesaikan ibadat haji dalam masa yang ditetapkan.

Juara Bertahan WMRT Ian Williams Tersingkir
Juara bertahan siri Jelajah Dunia Match Racing (WMRT) dua tahun berturut-turut Ian Williams gagal ke saingan suku akhir Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun di Pulau Duyong, Kuala Terengganu.
Williams dari pasukan Pindar hanya mengumpul empat mata untuk menduduki tempat ke-11 keseluruhan selepas mengharungi 11 perlawanan dalam pusingan timbal balik yang berakhir Jumaat.
Aksi mengecewakan daripada Williams itu menyebabkan pelayar itu menduduki ranking ketiga dalam sirkit WMRT dengan 75 mata di belakang pendahulu Torvar Mirsky dari Australia dan pelayar New Zealand Adam Minoprio.
Bagaimanapun, juara bertahan Piala Monsun Datuk Peter Gilmour dari pasukan Yanmar berjaya melangkah ke suku akhir.
Lapan pasukan yang berjaya menempah tiket ke suku akhir ialah pelayar Britain Ben Ainslie dari pasukan Origin, Sebastian Col (All 4 One), Mathieu Richard (French Match Racing Team), Phil Robertson dari pasukan Waka Racing.
Turut layak ialah pelayar Torvar Mirsky (Mirsky Racing), Damien Ielh (French Match Racing) dan pelayar Minoprio dari pasukan French Match Racing.
Dalam pada itu, pasukan tunggal negara yang diwakili pelayar Hazwan Hazim dari pasukan Taring Pelangi terpaksa menamatkan cabaran lebih awal apabila gagal meraih sebarang mata dan menduduki tangga terakhir di kalangan 12 pasukan yang bersaing pada edisi kelima tahun ini.
Sementara itu, pada pusingan pertama peringkat suku akhir petang semalam menyaksikan Ainslie, Col, Minoprio dan Gilmour, masing-masing berjaya memungut satu mata setelah menewaskan lawan masing-masing.
Empat lagi perlawanan peringkat suku akhir akan disambung kira-kira pukul 10 pagi ini yang akan menyaksikan Ielh menentang Ainslie, Robertson menentang Col, Minoprio menentang Richard dan Gilmour bertemu Mirsky.
Dalam pada itu, Minoprio, dalam sidang akhbar selepas tamat saingan semalam berkata beliau tidak menjangka dapat mara ke suku akhir ekoran prestasi kurang cemerlang semasa pusingan timbal balik itu.
Kejohanan tersebut menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM1.57 juta dengan pasukan juara menerima US$104,000 (RM360,000) manakala pasukan terakhir (di tempat ke-12) akan menerima US$14,400 (RM50,000).

Friday, December 4, 2009
Najib sampaikan hadiah Monsun Cup
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyempurnakan upacara penutup dan penyampaian hadiah Kejohanan Piala Monsun Ahad ini (lusa).
Timbalan Presiden ISAF David Irish berkata menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM1.57 juta dengan pasukan juara menerima US$104,000 (RM360,000) manakala pasukan terakhir (di tempat ke-12) akan menerima US$14,400 (RM50,000).

Bilangan mangsa banjir di Terengganu meningkat
GEMBIRA: (Dari kiri) Alias Mohd Nor Taib, 70, Ismail Saleh, 73, dan Harun Mohamad, 65, gembira menerima sumbangan wang sebanyak RM300 setiap orang pada majlis penyerahan bantuan banjir di Dewan Masjid Sultanah Nur Zahirah, Marang, Terengganu. - Foto Berita Harian
Daripada jumlah itu, Kemaman mencatat angka tertinggi dengan 2,161 orang diikuti Dungun (599), Marang (329), Besut (51), Kuala Terengganu (248), Setiu (113) dan Hulu Terengganu (107) dan Besut (51).
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu berkata, semua jalan utama boleh dilalui tetapi beberapa jalan kampung di Marang, Hulu Terengganu, Setiu, Kemaman dan Dungun masih ditutup.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu melaporkan paras air di semua sungai utama di Terengganu keseluruhannya turun sejak semalam walaupun ada yang masih pada paras bahaya.
jurucakap jabatan itu berkata, bacaan paras sungai pada 9 pagi ini menunjukkan paras air di Sungai Dungun di Jambatan Jerangau ialah 12.38 meter (bahaya 12.20 meter) dan Sungai Berang di Pengkalan Ajal 16.15 meter (bahaya 16 meter).
Ainslie Tempah Tiket Awal Ke Suku Akhir
Pelayar Britain Ben Ainslie berjaya menempah tiket awal ke suku akhir apabila mendahului saingan dari 11 pasukan lain pada hari kedua Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun di Pulau Duyong semalam.
Pelayar berusia 32 tahun, yang mengetuai pasukan Origin itu, beraksi cemerlang apabila mengutip tujuh mata dari sembilan pusingan 'round robin' sejak semalam walaupun dalam keadaan cuaca tidak menentu dengan kelajuan tiupan angin antara 12 hingga 15 knot.
Pasukan tersebut, yang menduduki ranking ke-19 dalam senarai Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF), turut dianggotai oleh Iain Percy, Matthew Cornwell, Christian Camp dan Mike Mottl.
Mengekori rapat pasukan Origin ialah pelayar Mathieu Richard dari Frecnh Match Racing Team dan pelayar Phil Robertson dari Waka Racing yang masing-masing memperoleh enam mata.
Bagaimanapun, agak mengejutkan apabila juara bertahan World Match Racing Tour (WMRT), Ian Williams dari pasukan Pindar, yang juga pesaing rapat kepada penyandang juara Datuk Peter Gilmour, hanya memperoleh tiga mata apabila tewas enam daripada sembilan pusingan itu.
William terpaksa berusaha keras esok untuk memenangi baki dua pusingan jika mahu mengekalkan kejuaraannya tahun lepas.
Willliam, dalam sidang media selepas tamat perlumbaan, melahirkan rasa kecewa kerana gagal mempamerkan aksi cemerlang sehingga pasukannya menduduki antara tempat tercorot di antara 12 pasukan yang bersaing pada kejohanan ini.
"Kami datang ke sini untuk menang tetapi masih belum menduduki tempat baik untuk mencapai kejayaan. Saya harap untuk melakukan terbaik pada dua pusingan akhir dalam acara 'round robin' supaya dapat melangkah ke suku akhir," katanya.
Dalam pada itu, pelayar negara Hazwan Hazim dari pasukan Taring Pelangi ternyata bukan tandingan untuk pasukan asing dalam sirkit terakhir WMRT itu apabila gagal mengutip sebarang mata.

Pensijilan Label GI MyIPO Lindungi Jenama Tempatan
Pensijilan Label Petunjuk Geografi (GI) Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) berperanan melindungi produk-produk tempatan daripada dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab menggunakan jenama yang sama untuk mengaut keuntungan dalam dan luar negara.
MyIPO berkata produk-produk makanan yang boleh mendapat pengiktirafan menerusi pensijilan Label GI ialah Beras Kedah, Keju Langkawi, Cencaluk Melaka, Belacan Melaka dan Gula Melaka sementara produk bukan makanan ialah seperti Batik Terengganu dan Batik Kelantan.
Menurut kenyataan MyIPO di Kuala Lumpur semalam, setiap jenama yang memperolehi pensijilan Label GI merupakan instrumen penjenamaan berkesan untuk mempromosi barangan kerana produk tersebut telah mencapai piawaian yang ditetapkan MyIPO dari segi kawalan mutu dan kualiti.
"Pensijilan itu juga dapat memberi keyakinan kepada pengguna terhadap jenama sesuatu produk dan pada masa yang sama pensijilan itu merupakan jaminan kepada pemilik jenama itu ia tidak boleh ditiru dan digunapakai pihak lain yang hanya mahu mengaut keuntungan dalam masa yang singkat," kata kenyataan itu.
Sebagai contoh, Jenama Beras Bario dari Sarawak yang bakal memperoleh pensijilan Label GI pada Januari tahun depan akan dilindungi dan diiktiraf oleh MyIPO kerana beras berkenaan mempunyai kualiti, reputasi dan ciri unik yang berkait rapat dengan tempat asal geografinya yang mana dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti iklim dan tanah, menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, tuan punya Beras Bario mempunyai hak eksklusif untuk mengeksploitasi Beras Bario bagi mendapat pengiktirafan dalam dan luar negara.
Selain itu, antara produk makanan yang kini masih dalam proses pendaftaran untuk memperoleh pensijilan Label GI MyIPO ialah produk dari negeri Sabah seperti Kerepek Pisang Sekaki Tawau, Koko Tawau dan Belacan Kampung Laut Papar sementara dari Sarawak ialah Beras Bajong dan Beras Biris.
Tempoh perlindungan pensijilan petunjuk geografi yang berdaftar adalah selama 10 tahun dari tarikh pemfailan dengan MyIPO manakala pembaharuan pendaftaran boleh dibuat bagi setiap 10 tahun selagi ia mencapai piawaian yang ditetapkan oleh MyIPO.
Pengusaha produk atau orang ramai yang ingin maklumat lanjut mengenai pensijilan Label GI MyIPO boleh menghubungi pejabat Perbadanan Harta Intelek Malaysia di talian 03-26981102 atau melayari laman web di www.myipo.gov.my.

Sukma 2010 - Terengganu Yakin Dapat Capai Sasaran 64 Pingat Emas
Terengganu yakin akan mencapai sasaran 64 pingat emas pada Sukma XIII di Melaka tahun depan dengan tambahan sembilan jenis sukan baru.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata sembilan sukan baru itu ialah kanu, lawan pedang, judo, tenis, ragbi, kabaddi, formula future, bola tampar dan golf.
"Keyakinan ini berasaskan kepada kenu dan formula future yang kita jangka banyak menyumbangkan pingat kepada kita," katanya kepada pemberita selepas majlis suaimesra persatuan sukan berpotensi memenangi pingat Temasya Sukma XIII Melaka 2010, di Kuala Terengganu, semalam.
Abdul Rahin berkata dalam sukan formula future, anak-anak Terengganu pernah menyertai kejohanan peringkat dunia di Itali tahun lepas dan ini mencerminkan Terengganu mempunyai kedudukan tinggi dalam sukan tersebut di Melaka nanti.
Beliau berkata Terengganu agak ke hadapan dalam mempersiapkan atlet formula future yang mempunyai masa depan yang cerah dalam sukan berkenaan.
Terengganu, juara Sukma XII Terengganu 2008, memperoleh 61 pingat emas, 39 perak dan 47 gangsa dan yakin dapat mengulangi sekali lagi kecemerlangan tahun depan.
Abdul Rahin berkata sebelum ini Terengganu menyasarkan 51 pingat emas melalui angkat berat, akuatik, berbasikal, bola sepak, boling padang, hoki wanita, karate, memanah, menembak, olahraga, pencak silat, sepaktakraw, tinju, ekuestrian dan silambam.
Beliau berkata insentif dan elaun daripada kerajaan negeri telah diberikan kepada pengurus-pengurus sukan bagi memastikan sukan-sukan berkenaan cemerlang dalam kejohanan dwi-tahunan itu.

Main bola sepak dalam hujan
Tidak banyak pihak mahu mengadakan sebarang program ketika musim tengkujuh kerana ia bakal mengundang masalah.
Bagaimanapun keadaan sebaliknya berlaku apabila Persatuan Bola Sepak Daerah Setiu (PBDS) menganjurkan Kejohanan Bola sepak Sembilan Sepasukan Piala Monsun 2009 baru-baru ini.
Kejohanan dua hari itu terbuka kepada pasukan bola sepak di daerah itu dan ia berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana di sini.
Sebanyak 28 pasukan bola sepak di daerah Setiu menyertai pertandingan itu yang terbahagi kepada empat kumpulan.
Yang Dipertua PBDS, Marzuki Sulong berkata, pihaknya berpuas hati dengan penganjuran yang disertai pemain dari golongan remaja dan veteran itu.
"Ia mendapat sambutan memuaskan meskipun mereka terpaksa bermain dalam keadaan cuaca yang tidak menentu,'' katanya.
Menurutnya, persatuan itu menamakan Piala Monsun kerana kejohanan itu agak mencabar dan diadakan pada musim tengkujuh.
Katanya, para pemain terbabit dapat juga beraksi di atas padang yang dipenuhi air hujan walaupun ada di kalangan mereka terjatuh atau menyepak bola tidak tepat pada sasarannya.
Pasukan JKR Setiu muncul johan dan mendapat hadiah wang tunai RM2,000, tempat kedua Guntong Town A (RM1,500), Guntong Town B (RM1,000) dan keempat (RM500).
Sumber: UtusanOnline

Terengganu kenal pasti masalah infra elak banjir
Kerajaan Terengganu telah melaksanakan kajian menyeluruh di seluruh negeri bagi mengenalpasti kawasan bermasalah untuk memastikan ia bebas banjir ekoran infrastruktur yang tidak sempurna.
Sehubungan itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Yahya Khatib Mohamad berkata, kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan bagi melaksanakan kerja-kerja baikpulih kemudahan infrastruktur berkenaan.
Beliau memberitahu, kebanyakan sistem longkang dan jalan raya di beberapa kawasan yang sering banjir tidak teratur dan rosak teruk.
''Daripada pemantauan, masalah utama beberapa kawasan yang sering dilanda banjir contohnya di sekitar Marang adalah disebabkan ketiadaan longkang dan jika ada terlalu sempit dan cetek.
"Ia menyebabkan aliran air hujan yang lebat tidak dapat ditampung dan mudah menyebabkan banjir walaupun hujan beberapa jam, justeru kita akan mengumumkan peruntukan berkenaan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) nanti," jelasnya.
Beliau menyatakan demikian selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Banjir 2009 di Masjid Sultanah Nur Zahirah di Marang semalam.
Turut hadir Pegawai Daerah Marang, A. Rahman Che Ali.
Pada majlis itu, seramai 393 mangsa banjir di sekitar Marang menerima bantuan RM300 bagi meringankan beban mereka yang kediaman mereka dilanda banjir sejak 21 November lalu.
Bagaimanapun hanya mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan sahaja diberikan bantuan tersebut.
Dalam pada itu Yahya berharap mangsa banjir yang ditempatkan di beberapa pusat pemindahan bersabar dan menerima dugaan banjir itu sebagai ujian dari Allah.
Jelasnya, ini berikutan ada sesetengah mangsa banjir mengeluh dan melahirkan rasa tidak puas hati dengan layanan dan persediaan yang dibuat oleh Majlis Keselamatan Banjir (MKN) dan Pejabat Daerah.
"Kerajaan negeri akan menambah nilai dari semasa ke semasa bantuan, layanan dan persediaan kepada mangsa-mangsa banjir tersebut bagi memberi mereka keselesaan.
"Bagaimanapun mereka juga perlu faham yang ada beberapa keadaan yang tidak mengizinkan pihak kita untuk melaksanakan,'' katanya.

Jumlah penagih dadah Terengganu menurun
Jumlah penagih dadah yang sebelum ini merimaskan masyarakat khususnya penduduk negeri ini mula menunjukkan penurunan sebanyak 74.67 peratus dalam tempoh bulan Januari hingga Oktober tahun ini.
Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri, Rujhan Ramli berkata, sepanjang tempoh itu seramai 116 penagih dadah telah ditahan dan direkodkan berbanding tahun 2008 sebanyak 458 orang.
Katanya, bagaimanapun masyarakat tidak boleh leka dengan jumlah tersebut memandangkan jumlah itu bakal meningkat pada bila-bila masa sahaja jika tidak diawasi.
"Walaupun negeri ini berada di tangga ke sembilan di seluruh negara namun ia tidak bermakna masyarakat perlu mengambil mudah sahaja untuk sama-sama bekerjasama membanteras penyalahgunaan dadah," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Satu Suara Satu Tujuan Satu Malaysia di Menara Yayasan Islam Terengganu semalam.
Rujhan menambah, setakat bulan Januari hingga Oktober lalu, kes penagih baru juga menurun iaitu seramai 94 orang berbanding 361 orang manakala penagih ulangan seramai 22 orang ditahan berbanding 97 orang tahun lalu.
Jelasnya, selain itu, sehingga bulan Oktober ini, bilangan kes pemulihan dalam komuniti di negeri ini yang direkodkan adalah seramai 1,707 orang.
"Mereka terdiri daripada bekas penagih yang telah menjalani pemulihan di institusi (187), dijatuhkan hukuman oleh mahkamah (318), dibebaskan dari penjara (1,165) dan kes sukarela (37) orang," jelasnya.
Dalam pada itu, beliau juga meminta golongan guru lebih serius membantu AADK membanteras dadah di kalangan pelajar sekolah.
Beliau turut melahirkan rasa kecewa kerana terdapat segelintir guru yang tidak faham apa yang dimaksudkan dengan dadah.

Tuesday, December 1, 2009
Terengganu dilanda banjir semula
Berikutan hujan lebat berterusan sejak dua hari lepas, Terengganu dilanda banjir semula dengan 241 penduduk dari tiga buah kampung di daerah Marang dipindahkan ke pusat pemindahan sejak petang semalam hingga pagi ini.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu berkata, penduduk yang dipindahkan terdiri daripada penduduk Kampung Paya Kijing seramai 168 orang, Kampung Seberang Marang (65) dan Kampung Pulau Kerengga (8).
Beliau berkata, setakat ini tiga pusat pemindahan telah dibuka untuk menempatkan mangsa terbabit dengan kebanyakan mereka mula berpindah mulai jam 6 petang semalam sehingga pagi ini.
Katanya, setakat ini bilik gerakan banjir MKN masih belum dibuka dan hanya akan berbuat demikian apabila banjir berlaku di lebih daripada satu daerah.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Pengairan dan Pengairan (JPS) negeri berkata, paras air semua sungai utama di Terengganu masih berada pada tahap biasa.
Banjir musim tengkujuh pertama kali melanda Terengganu awal bulan lalu manakala gelombang kedua yang menyaksikan lebih 10,000 penduduk dari semua daerah di negeri itu terpaksa dipindahkan berlaku sejak 23 November lalu dan hanya berakhir Ahad lalu.
Setakat ini, tiga kematian dicatatkan akibat banjir membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun, Tuan Nor Farah Amira Tuan Harun yang lemas ketika bermain di tepi Sungai Terengganu di Kampung Getang, Telemong, Hulu Terengganu, 7 November lalu.
Mangsa kedua membabitkan seorang pelajar berumur 15 tahun dari Kuala Besut, Mohd Syahmi Mohd Yusof, yang lemas pada 24 November, manakala mangsa ketiga, Muhammad Aifa Afif Mohd Yusof, 13, dari Marang, lemas ketika mandi bersama rakannya pada 25 November lalu.
Semalam, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama yang melanda perairan Condore dan Samui (Kelantan dan Terengganu) akan berterusan sehingga hari ini.
Jabatan itu dalam kenyataannya turut berkata angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di perairan itu bermula 4 hingga 6 Disember ini.
Sehubungan itu kawasan Pantai Timur Semenanjung (Kelantan dan Terengganu) terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut.
Keadaan ini berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut, kata kenyataan itu.
Jabatan itu turut mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat kuning yang dijangka turun di beberapa daerah di Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) selain di Terengganu dan Johor.
Keadaan ini dijangka berterusan sehingga esok.
Kenyataan itu turut memberi amaran hujan lebat dari satu masa ke satu masa dan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan rendah berdekatan tebing sungai.
Sementara itu ribut petir yang berlaku di perairan Johor Barat, Johor Timur, Pahang, Terengganu, Bunguran, Condore dan Reef North dijangka berterusan sehingga malam ini.
Keadaan ini menyebabkan angin kencang sehingga 40 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 2.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

ECER Sasar Pelaburan RM30 Bilion Dari Timur Tengah Pada 2010
Majlis Pembangunan ECER (ECERDC) menyasarkan memperoleh pelaburan bernilai RM30 bilion dari Timur Tengah tahun depan dalam sektor pertanian, pengeluaran makanan, pelancongan dan pendidikan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Jebasingam Issace John semalam berkata majlis itu akan menganjurkan misi khusus ke negara anggota Majlis Kerjasama Teluk pada Mac 2010 bagi menarik pelaburan tambahan untuk Wilayah Ekonomi Pantai Timur itu (ECER).
"Banyak perkara yang kita boleh kongsi (dengan pelabur Timur Tengah) di Pantai Timur. Antara pantai menarik di negara ini terletak di Terengganu dan Pahang, oleh itu kami akan dapatkan mereka untuk melihat kelompok pelancongan kita," katanya.
"Selain itu, terdapat industri pertanian, pengeluaran makanan dan industri halal, Ia merupakan antara bidang yang kami kenal pasti untuk kerjasama dan pelaburan," katanya kepada pemberita sempena Forum Perniagaan Arab-Malaysia di sini.
Jebasingam berkata menerusi portfolio pelabur yang bercampur-campur sedia ada, ECERDC boleh menjangkakan menambah pelaburan dari GCC dalam tempoh yang sesuai.
"Banyak perkara yang boleh kita kongsi. Pantai Timur secara asasnya mempunyai tradisi dan budaya Islam," katanya.
Ditanya sama ada masalah kewangan semasa Dubai akan menjejaskan rantau ini, beliau berkata: "Krisis atau tidak, pemintaan untuk makanan dan pertanian terus wujud dan industri halal merupakan sektor penting yang diperhatikan dunia ketika ini."
Beliau bagaimanapun berkata wilayah ekonomi itu tidak semata-mata memberi tumpuan terhadap Timur Tengah malah turut menyasarkan Asia Pasifik. (Sumber BERNAMA)

Agong Selamat Jalani Pembedahan Lutut Di Jerman
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin selamat menjalani pembedahan lutut di Pusat Perubatan Klinikum Rechts Der Isar, Der Technischen Universitat Munchen di Munich, Jerman semalam.
Seri Paduka Baginda juga turut menzahirkan penghargaan Baginda kepada seluruh rakyat atas doa serta ingatan tulus ikhlas mereka sepanjang Baginda menjalani rawatan di pusat tersebut.
Sepanjang rawatan tersebut, Seri Paduka Baginda ditemani oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah serta dua anakanda Baginda.
Istana Negara dalam kenyataan di sini hari ini, berkata Baginda kini sedang menjalani proses pemulihan di pusat perubatan tersebut dan dijangka dibenarkan keluar dalam jangka waktu terdekat.
Pembedahan itu dilakukan oleh sekumpulan pakar perubatan pusat tersebut yang diketuai Prof Andreas B. Imhoff.
Seri Paduka Baginda dijangka berangkat kembali ke tanah air pada 12 Disember ini.

Terima Kasih AMANAH RAYA BERHAD
Semalam Amanah Raya Berhad menyerahkan bantuan untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Perak dan Kedah.
Bantuan itu disampaikan di lobi Parlimen melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Bencana Negara.

Sebanyak 307 Pemegang Kad Pengenalan Merah di Terengganu
Seramai 307 orang di Terengganu masih memegang kad pengenalan merah, Dewan Rakyat diberitahu semalam.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata bilangan mereka yang memegang kad pengenalan merah di negara ini sehingga September 2009 adalah seramai 374,500 orang.
Daripada jumlah itu, seramai 64,731 orang adalah mereka yang dilahirkan di negara ini yang turut memegang kad pengenalan merah.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Tan Tee Beng (PKR-Nibong Tebal) yang ingin tahu jumlah rakyat Malaysia yang masih memegang kad pengenalan merah dan pecahannya mengikut negeri.
Abu Seman berkata rakyat Malaysia yang memegang kad pengenalan merah mengikut negeri adalah seperti berikut; Sabah (12,000 orang), Selangor (11,307), Perak (6,589), Johor (5,509), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (4,906), Kedah (2,822), Pulau Pinang (2,209) dan Pahang (1,981).
Negeri Sembilan (1,947), Kelantan (1,295), Melaka (789), Sarawak (771), Wilayah Persekutan Labuan (653), Perlis (326), Terengganu (307), Wilayah Persekutuan Putrajaya (17) dan lain-lain (11,303).
"Kad pengenalan merah diberi kepada seseorang yang bukan warganegara Malaysia tetapi bermastautin secara tetap di Malaysia," katanya.

Takaful IKHLAS Buka Cawangan Di Kuala Terengganu
Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) akan membuka cawangan di Kuala Terengganu pada April tahun hadapan, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman.
Beliau berkata Kuala Terengganu dipilih sebagai lokasi cawangan terbaru, iaitu yang ke-11 syarikat itu berikutan sambutan menggalakkan pelanggan di negeri ini terhadap perkhidmatan syarikat itu.
"Walaupun sebelum ini kami tidak mempunyai pejabat cawangan di negeri ini, namun pelanggan kami di Terengganu telah menyumbang sebanyak 12 peratus terhadap
pendapatan syarikat bagi tahun kewangan 2008," katanya pada Program Ibadah Korban Peringkat Negeri Terengganu di Masjid Mukim Binjai di Kuala Terengganu.
Syarikat penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan yang menawarkan pelbagai produk perlindungan inovatif berdasarkan prinsip dan nilai Islam setakat ini mempunyai dua pusat perkhidmatan pelanggan di Kuala Lumpur dan Selangor, serta pejabat wilayah di Kuala Lumpur, Kota Baharu, Johor Baharu, Sungai Petani, Kuching, Melaka, Kota Kinabalu, Kuantan, Ipoh dan Putrajaya.
Syed Moheeb berkata pada tahun hadapan Takaful IKHLAS akan memindahkan operasi ibu pejabatnya dari Petaling Jaya ke Kerinchi yang kelak akan dikenali Bangsar South.
Pada majlis korban itu, Takaful IKHLAS menyumbang 10 ekor lembu korban untuk diagih-agihkan kepada penduduk di enam buah kampung di sekitar Mukim Binjai, Kemaman.
Takaful IKHLAS turut menyerahkan sumbangan zakat wang RM200 dan barangan keperluan seperti minyak, susu, gula serta bihun kepada 150 orang fakir miskin di empat buah DUN iaitu DUN Air Putih, Chukai, Kijal dan Kemasik dan bantuan zakat RM10,000 kepada Persatuan Persaudaraan Islam Terengganu.

50 Peratus Bekas Pelatih IPM Cendering Ceburi Bidang Perikanan
Lebih 50 peratus bekas pelatih Institut Perikanan Malaysia (IPM) Cendering di Kuala Terengganu terlibat secara langsung dalam industri perikanan, dengan kebanyakannya memilih untuk menjadi nelayan dan nakhoda.
Ketua IPM Cendering Dr Mohd Fadzil Shuhaimi Ramli berkata selebihnya pula menceburi bidang yang berkait dengan laut seperti bekerja sebagai pengendali bot kargo, perahu penambang dan sebagainya.
Bercakap di Kuala Terengganu semalam, beliau berkata angka itu diperolehi menerusi kajian IPM tahun lepas.
Beliau berkata IPM melatih hampir 1,000 orang setahun terutama kepada kalangan anak-anak nelayan di seluruh negara, dalam bidang yang berkaitan dengan perikanan, antaranya seperti kursus pengendalian peralatan menangkap ikan, ilmu-ilmu pelayaran dan membaiki enjin bot.
Selain itu Dr Mohd Fadzil berkata institut itu juga mengadakan kursus pembangunan nakhoda untuk meramaikan nakhoda tempatan dalam negara, yang sebelum ini dikuasai warga negara asing.
Dr Mohd Fadzil berkata setiap kursus yang memakan masa antara satu minggu hingga satu setengah tahun diberikan secara percuma, dan menurutnya IPM yang dulunya dikenali sebagai sekolah perikanan, membelanjakan kira-kira RM3 juta tahun ini untuk menganjurkan kursus-kursus tersebut.
(Sumber Bernama)