Saturday, April 17, 2010

Kelah warnai Tasik Kenyir

Oleh AMIR SARIFUDIN (Utusan Malaysia)

Menteri Luar bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (kanan) menangkap ikan kelah menggunakan tangan sewaktu melawat Santuari Kelah di Sungai Petang, Tasik Kenyir, baru-baru ini.

RATUSAN ribu ikan kelah menanti pengunjung. Mungkin sukar dipercayai dengan jumlah yang terlalu banyak ini.

Namun, ia adalah satu hakikat apabila seseorang itu berkunjung ke santuari kelah di Sungai Petang.

Ikan-ikan kelah itu membiak dengan banyak di sungai berkenaan dan ia dikawal rapi dari sebarang aktiviti pencerobohan seperti memancing dan sebagainya.

Sepanjang tiga kilometer di sebahagian daripada Sungai Petang itu, kawasan berkenaan telah digazetkan sebagai santuari kelah oleh kerajaan negeri Terengganu.

Keunikan Sungai Petang itu sebenarnya telah mengubah wajah Tasik Kenyir yang memang terkenal sebagai kawasan pelancongan sepanjang tahun.

Apabila berkunjung ke santuari kelah, pasti seseorang akan terkejut dan kagum dengan panorama di situ.

Kalau setakat mendengar cerita dari mulut ke mulut, ia belum memadai. Sebaliknya perlu melihat sendiri keunikan santuari tersebut.

Ini kerana ratusan ribu ikan kelah seolah-olah menanti setiap pengunjung yang datang.
Sebaik sahaja berada dalam air di santuari tersebut, ikan-ikan kelah berkenaan akan terus berkerumun mengelilingi pengunjung.

Spesies ikan tersebut seolah-olah tahu pengunjung akan memberi mereka makan.

Bagi pengunjung yang tidak biasa dikerumuni ikan-ikan, mungkin merasa agak janggal, namun perasaan itu hanya seketika.

Sebaliknya, perasaan kagum dan seronok akan menyelubungi pengunjung selepas beberapa minit berada di dalam air.

Dengan menabur palet makanan ikan, ikan-ikan kelah berkenaan akan berebut-rebut untuk memakannya.

Pada masa inilah pengunjung berkesempatan untuk memegang ikan-ikan tersebut.
IKAN-ikan kelah sentiasa jinak setiap kali pengunjung datang ke santuari kelah di Tasik Kenyir.

Malah, pengunjung juga boleh meletakkan palet di sebelah tangan kiri dan memegang ikan di sebelah tangan kanan sambil menyuapkan makanan tersebut pada ikan yang dipegang.

Sukar dipercayai, walaupun sedang dipegang, ikan-ikan itu masih terus memakan palet-palet yang diletakkan di atas tangan.

Jika sebelum ini ramai kalangan kita hanya berkesempatan memegang ikan, tapi di santuari ini satu lagi aktiviti menyeronokkan ialah mencium ikan-ikan tersebut.

Pengunjung boleh mencium ikan-ikan berkenaan secara lembut dan tanpa sebarang masalah.
Inilah pengalaman yang boleh dirasai apabila seseorang itu berkunjung ke santuari kelah di Sungai Petang, Tasik Kenyir.

Ikan-ikan kelah berkenaan walaupun hidup secara liar dalam habitat semulajadinya, namun ia tetap jinak kepada para pengunjung.

Apabila dipegang, ikan-ikan berkenaan memberikan tindak balas yang lembut.

Walaupun badan ikan kelah itu licin, namun pengunjung masih boleh memegangnya dan ia satu pengalaman yang amat menyeronokkan.

Bermandi-manda sambil memberi makan ikan kelah suatu kemestian jika pengunjung mahu melalui pengalaman unik di Tasik Kenyir.

Dengan air yang jernih dan bersih, Sungai Petang pasti tidak mengecewakan para pelancong yang mengunjunginya termasuk untuk mandi-manda.

Sehubungan itu, tidak hairanlah santuari kelah di Sungai Petang sesuai dijadikan lokasi untuk kegiatan kaji selidik dan pembangunan dan penyelidikan (R&D).

Beberapa agensi dan universiti dikatakan berminat untuk menjalankan penyelidikan mengenai kelah serta flora dan fauna yang terdapat di sekitar Sungai Petang.

Selain Sungai Petang, beberapa sungai yang terdapat di sekitar Tasik Kenyir juga didapati sesuai untuk hidupan spesies ikan lain seperti toman, tilapia dan beberapa spesies lain.

Ini diakui sendiri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang mengenai keunikan yang terdapat di santuari kelah.
Menurut beliau, sungai-sungai lain di Tasik Kenyir juga kaya dengan pelbagai spesies ikan dan sesuai untuk aktiviti memancing.
Mengenai santuari kelah, beliau berpandangan, ia bukan sahaja menjadi daya tarikan pelancong, malah dapat meningkatkan ilmu pengetahuan orang ramai apabila mengunjungi santuari berkenaan.

Ini kerana, pengunjung boleh mempelajari mengenai spesies kelah yang dapat membiak dengan banyak disebabkan faktor-faktor semulajadi di situ.

Berada di santuari kelah adalah sebahagian daripada keunikan ketika melancong di Tasik Kenyir.
Tasik seluas negeri Melaka itu turut mempunyai lokasi-lokasi lain yang dapat menarik kehadiran pelancong.

Ini kerana Tasik kenyir turut menyajikan keunikan dan keindahan lain apabila berkunjung ke sini.

Gua Bewah - tempat penemuan rangka manusia beribu tahun, pulau tropika, pulau burung, pulau orkid dan banyak lagi. Semua ini menjadi daya tarikan pengunjung apabila berkunjung ke Tasik Kenyir.

Rangka manusia yang ditemui di Gua Bewah telah meletakkan Tasik Kenyir antara lokasi bersejarah bukan sahaja kepada negara, malah di mata dunia.

Di samping itu, memandangkan banyak lokasi menarik dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan di Tasik Kenyir, tidak hairanlah untuk melihat keseluruhan kawasan tasik ini, ia mengambil masa agak lama.

Dengan menaiki bot laju sahaja, seseorang itu memerlukan empat hingga lima hari untuk melawat sebahagian besar tempat-tempat menarik.

Malah, pengunjung juga perlu membuat persiapan awal terutama dari segi bekalan minyak diesel dan petrol bagi kegunaan bot kerana tasik ini amat luas.

Bagi mereka yang gemar bersantai menggunakan houseboat, masa lebih seminggu diperlukan untuk meneroka kawasan-kawasan menarik di Tasik Kenyir.

Kerana keunikan dimiliki Tasik Kenyir inilah menjadikan ia sebagai destinasi menarik untuk kaki pancing.

Namun, mereka yang ingin 'berjuang' mendapatkan ikan-ikan dari tasik ini harus mengetahui petua-petua memancing.

Petua-petua tersebut adalah dari segi umpan.

Memancing di Tasik Kenyir apa berlainan memancing di sungai-sungai lain atau laut.

Di sini, pengunjung memerlukan umpan-umpan tertentu seperti buah-buah kelapa sawit yang diperam bersama bahan-bahan tertentu, umpan anak ikan hidup, palet dan sebagainya.

Sementara itu, Tengku Putera berkata, beberapa projek pelancongan yang mampu menjadi daya tarikan ramai kini dalam proses untuk disiapkan di Tasik Kenyir.

''Ini termasuk mewujudkan pulau burung di mana pelbagai spesies burung boleh didapati di sini.
''Pulau burung ini berkonsepkan langit terbuka tanpa ada jaring atau bumbung. Namun, burung-burung ini tidak akan terbang jauh sebaliknya pengunjung berpeluang memberi makan burung-burung ini,'' katanya.

Begitu juga dengan pulau tropika di mana pelbagai spesies pokok buah-buahan yang hampir pupus sedang giat ditanam di pulau ini.

Ini termasuk pokok ceri Terengganu dan beberapa pokok lain yang sukar diperolehi di tempat lain.

Di samping itu, satu lagi daya tarikan di Tasik Kenyir ialah projek ternakan ikan dalam sangkar.
Pengunjung bukan sahaja berkesempatan untuk melawat tempat-tempat ini, malah belajar dan menimba ilmu dari cara ikan-ikan itu dibiak.

Dengan pakej yang disajikan di Tasik Kenyir, pengunjung pasti tidak mudah kecewa dengan tempat-tempat yang dilawati.

Malah, pembangunan di tasik ini dilihat masih diteruskan termasuk ia bakal memiliki pengangkutan kereta kabel untuk pengunjung melawat pulau-pulau tertentu.

Terengganu azam terus hambat skuad Merah Kuning

Dengan persaingan Liga Super kian hangat, Terengganu kini tidak boleh keciciran sebarang mata andai mahu terus menghambat Selangor di persada.

Terengganu kini ketinggalan dari segi mata, namun memiliki kelebihan dua perlawanan dalam tangan selepas pendahulu liga, Selangor beraksi menentang Perak, semalam.

Selangor semalam cemas seketika sebelum bangkit mengatasi Perak 4-1 di Stadium Shah Alam selepas pemain skuad Seladang, Nazri Khalid mencuri tumpuan apabila mengejutkan Selangor 1-0, selepas bijak memperdayakan Khairul Anuar Baharom sebelum menewaskan penjaga gol, Mohd. Iqbal Suhaimi pada minit ke-35.

Tersentak dengan jaringan itu, Selangor memperkemaskan serangan dan Safee Sali mendapatkan gol penyamaan tiga minit kemudian, hasil tujahan kaki kiri selepas menerima hantaran Amirulhadi Zainal.

Tanda kemenangan Selangor kian jelas, apabila Safiq Rahim melakukan rembatan lencong yang menerjah gawang Perak untuk kedudukan 2-1 pada minit ke-78.

R. Surendran menjaringkan dua gol pada minit ke-84 hasil sepakan penalti dan melalui tandukan pada minit ke-88 setelah memperolehi umpanan Amirulhadi.

Kemenangan itu melebarkan kelebihan Selangor di tangga teratas liga kepada enam mata ke atas Terengganu.

Namun, jurang itu mampu dirapatkan kembali apabila bertemu Johor FC di tempat lawan malam ini manakala kegagalan akan memberikan lawan itu kesempatan untuk memintas di tangga kedua.

Jurulatih Irfan Bakti Abu Salim berkata, tiada guna memikirkan segala kemungkinan mengenai Selangor, sebaliknya Terengganu perlu menumpukan perhatian terhadap kemampuan sendiri.

“Kami tak fikirkan soal Selangor, sebaliknya memikirkan pasukan kami sendiri. Kami sudah melupakan kekalahan pada (separuh akhir) Piala FA tempoh hari dan akan fokus kepada saingan liga,” kata Irfan.

Terengganu tersingkir daripada Piala FA selepas tewas 4-1 kepada Kedah secara agregat dan kini menyandarkan harapan mereka merebut gelaran liga dan Piala Malaysia.

Irfan menyambut kepulangan kapten, Marzuki Yusoff yang pulih daripada kecederaan tetapi terpaksa melupakan khidmat penyerang muda, Abdul Manaf Mamat dan Firdaus Fuzi yang menjalani penggantungan.

Jadual liga yang kembali bersambung selepas rehat hampir sebulan bakal menyaksikan Kelantan mahu merosakkan sambutan keraian juara Piala FA, Negeri Sembilan di Stadium Paroi.

Setelah dinobat juara Piala FA, Negeri Sembilan mendapat 'nafas baru' apabila melaungkan kesediaan mereka untuk menggempur mana- mana pasukan dalam saingan Liga Super.

Skuad Rusa, di tangga keempat liga, percaya mereka masih berpeluang untuk bergelar juara Liga Super, jika mampu mengekalkan momentum kemenangan.

Lantaran itu, skuad kendalian, Wan Jamak Wan Hassan menjanjikan laluan sukar buat pasukan Kelantan, pada perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini hari ini.

Kedah pula ingin bangkit daripada kekecewaan kekalahan final, Sabtu lalu dengan kemenangan ke atas Kuala Lumpur di tempat lawan.

BN, UMNO Terengganu bantu kempen PRK Hulu Selangor

Oleh Ruslan Abdul Rahman (Teganukita)

UMNO Terengganu turut membantu jentera pilihan raya kecil Barisan Nasional (BN) di Hulu Selangor bagi memastikan P.094 Hulu Selangor kembali ke tangan BN.

Pagi ini, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dijangka turut menyertai perarakan Barisan Nasional (BN) pada penamaan calon pilihan raya itu.

Ketua Penerangan MIC P. Kalamanathan adalah calon BN pada pilihan raya kecil itu.

Kelmarin beberapa majlis perkenalan atau ramah mesra di antara jentera tempatan dan barisan pimpinan UMNO Terengganu telah diadakan di beberapa kawasan mengundi yang menjadi fokus UMNO Terengganu.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Tengku Putera Awang berkata, pada kali ini pihaknya telah melantik Ketua UMNO Bahagian Setiu, Datuk Haji Mohd.Jidin Shafie mengetuai kontinjen Terengganu.

Katanya, jentera UMNO Terengganu akan bertindak sebagai membantu jentera pilihanraya BN tempatan yang sedia ada sahaja.

Beliau yakin dan percaya kekuatan UMNO dan BN di Hulu Selangor itu boleh kerana majoriti yang diperolehi penyandang yang lalu adalah kecil sahaja iaitu 198 undi sahaja.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor kosong selepas penyandangnya Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada 25 Mac lalu akibat barah otak.

Pada pilihan raya umum 2008, wakil rakyat dari pembangkang itu menang dengan majoriti yang amat tipis.

Manakala Penolong Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Mohd Pehimi Yusof pula berpuas hati dengan persiapan awal yang telah dibuat oleh pengurusan UMNO Terengganu untuk tujuan membantu kempen pilihan raya kecil itu.

Ketika ditemui di Hulu Selangor, beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Besut menyifatkan pilihan raya kecil ini penting untuk menentukan BN terus kukuh di Parlimen dan melihatkan keadaan pembangkang yang berpecah sesama mereka pada masa ini, peluang kemenangan untuk BN adalah positif.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Shabery Cheek ketika menyampaikan ucapan kepada jentera pilihan raya BN dan Umno di sebuah perkampungan Felda menyifatkan penebusan maruah UMNO adalah penting dari segala-galanya.

“Maruah UMNO akan tertebus jika kita memenangi pilihan raya ini kerana kita telah merasakan betapa siksa dan pedihnya berada di bawah kerajaan pembangkang di Selangor, hingga segala kemudahan yang kita bina suatu masa dulu di halang dan disekat untuk kita menggunakkannya,” katanya dengan tepukan gemuruh dari orang ramai.

Menteri Belia dan Sukan Malaysia itu berharap semua pihak akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan calon BN dalam pilihan raya kecil ini bagi menebus maruah UMNO dan BN yang dihina di Selangor dengan pelbagai halangan dan sekatan oleh kerajaan pembangkang, termasuk kejadian hendak menggunakan padang bola pun dikenakan bayaran, tandas pun mereka menguncinya.

“Kita di Terengganu pernah dihina sebegini, kanak-kanak tadika dihalau, balai raya dihalang penggunaannya dan macam-macam perkara lagi, kini orang Selangor pula merasainya pula betapa peritnya berada di bawah penguasaan pembangkang dan BN dan UMNO Terengganu telah berjaya menebusnya kembali,” kata Ahmad Shabery yang juga Ketua Penerangan UMNO.

SM Imtiaz YT buktikan kecemerlangan

Keputusan peperiksaan UPSR yang amat memberangsangkan memerlukan lebih banyak sekolah asrama penuh dan sekolah berasaskan agama yang mendapat permintaan tinggi di kalangan ibu bapa dan pelajar diwujudkan di Terengganu.

Berikutan itu, kerana pencapaian baik Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu, khususnya SM Imtiaz Besut menjadi pendorong Kerajaan Negeri berhasrat membina sekolah berkenaan di setiap daerah.

Kerajaan Negeri sudah berjanji bahawa setiap daerah akan memiliki sekurang-kurangnya sebuah SM Imtiaz bagi memastikan kecemerlangan pendidikan di negeri ini ditingkatkan secara berterusan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said membuat janji itu pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah-sekolah Menengah Imtiaz YT di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, kelmarin.
Serentak dengan itu mulai tahun ini tiada lagi pihak luar yang menguruskan SM Imtiaz, sebaliknya pengurusan sekolah berkenaan diletakkan di bawah Unit Pengurusan Sekolah Menengah Imtiaz Yayaysan (YT) Terengganu.

Kita yakin pengurusan SM Imtiaz boleh diperkukuhkan lagi selepas pengurusannya diletakkan sendiri di bawah YT dan tidak lagi di bawah pengurusan syarikat lain seperti tahun sebelum ini.

“Kita juga rasa kurang sesuai pengurusan SM Imtiaz diuruskan syarikat lain sedangkan YT berkemampuan menguruskan sendiri,” katanya.

Tidak dinafikan, SM Imtiaz YT kini semakin membuktikan kecemerlangannya dan ini dibuktikan dengan SM Imtiaz Besut muncul antara sekolah terbaik di Terengganu apabila 34 daripada 53 pelajarnya memperoleh 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 yang diumumkan akhir Disember lalu. Selain itu, 12 pelajarnya juga memperoleh 8A diikuti lima orang mendapat 7A dan masing-masing seorang yang memperoleh 6A dan 5A.

Menteri Besar berkata pembinaan SM Imtiaz di dua daerah yang masih tidak mempunyai sekolah elit berkenaan akan ditentukan selepas SM Imtiaz di Kemaman siap dalam tempoh dua tahun lagi.

Menurutnya, ketika ini Terengganu memiliki empat SM Imtiaz, masing-masing di Kuala Terengganu, Besut, Dungun dan Kuala Berang, tidak termasuk sebuah SM Imtiaz yang akan dibina di Kemaman.

“Apabila SM Imtiaz di Kemaman siap, kita merancang membina dua lagi SM Imtiaz di daerah yang masih belum mempunyai sekolah elit berkenaan iaitu di Setiu dan Marang.

“Bagaimanapun, pembinaan SM Imtiaz di dua daerah itu juga bergantung kepada peruntukan dan kawasan bersesuaian,” katanya.

Mengulas mengenai pembinaan SM Imtiaz Kemaman, Ahmad Said berkata, tender tanah bagi projek pembinaan itu akan dikeluarkan pada pertengahan tahun ini.

Menurutnya, apabila sekolah berkenaan siap nanti, ia dijangka mampu menampung seramai 1,000 pelajar.

Thursday, April 15, 2010

Baruh Raja dibangunkan semula

ADUN Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar menerangkan sesuatu kepada Ahmad Said dan Idris ketika meninjau ke kawasan Baruh Raja.

Sistem perparitan baru akan dibina untuk kegunaan kawasan pertanian di Kampung Baruh Raja, berdekatan Bukit Puteri yang dulunya sawah padi.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, kawasan itu kini terbiar kerana tidak mempunyai sistem pengairan lengkap disebabkan parit sedia ada tertimbus.

Dengan sistem pengairan sempurna di situ membolehkan petani menanam padi semula di kawasan seluas 92 hektar berkenaan.

Ahmad Said meninjau kawasan itu diiringi ADUN Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar dan ADUN Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh.

Gambar: Air kumbahan dari kem tentera berhampiran turut dialirkan ke kawasan Baruh Raja

Kelulusan serta merta gembirakan Persatuan Tenis Besut

Ahli Persatuan Tenis Besut menganggap kelulusan membina gelanggang tenis yang diberikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said selepas 12 tahun berjuang sebagai Ahad lalu sebagai sejarah buat persatuan berkenaan.

Paling mengharukan, permohonan mereka diluluskan serta merta oleh Ahmad Said dalam pertemuan singkat di kediaman rasmi Pegawai Daerah Besut, Wan Mamat Wan Ngah, di Air Tawar.

Setiausaha Kehormat Persatuan, Shamsol Kamal Mohd berkata, hampir 12 tahun ahli jawatankuasa persatuan bertungkus-lumus memohon gelanggang tenis sendiri namun semuanya hampa.

Menurutnya, pada masa kini, ahli persatuan terpaksa menumpang di gelanggang tenis Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Putera untuk latihan harian dan masalah itu menyebabkan aktiviti mereka terhad.

“Kesempatan lawatan kerja Menteri Besar ke daerah ini, mendorong ahli jawatankuasa persatuan sepakat menemui beliau sendiri secara bersemuka dan merayu agar mendapat kelulusan pembinaan gelanggang secara rasmi.

“Tanpa membuat temu janji, kami bertemu dengan beliau (Ahmad Said) sebaik sahaja beliau selesai menikmati makan tengah hari di rumah pegawai daerah untuk mengemukakan surat rayuan berkenaan dan beliau melayan kami dengan mesra,” katanya.

Shamsol berkata, Ahmad Said terus menandatangani surat meluluskan pembinaan dua gelanggang berkenaan dan menyerahkan surat yang ditandatangani kepada Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, semua ahli persatuan mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Menteri Besar kerana meluluskan serta merta pembinaan gelanggang tenis selepas bertahun memperjuangkannya selama ini.

“Kini, persatuan mempunyai kira-kira 50 ahli termasuk 20 remaja dan ramai antara mereka mewakili negeri pada pertandingan tenis yang dianjurkan di negeri ini.

“Lebih menggembirakan, gelanggang tenis yang diluluskan akan dibina di kawasan eksklusif iaitu berdekatan Padang Golf Bukit Keluang yang masih dalam pembinaan,” katanya.

Tahun lalu, Sinar Harian pernah menyiarkan rayuan persatuan itu memohon gelanggang dan rentetannya, Pegawai Daerah Besut ketika itu, Wan Mohd Wan Ibrahim mengumumkan Kerajaan Negeri meluluskan pembinaan enam gelanggang tenis.

Bagaimanapun, Ahmad Said meluluskan hanya dua gelanggang terlebih dahulu berikutan atas sebab tertentu iaitu kewangan dan keperluan.

Terengganu Cadang Bawa Jemaah Haji Selatan Thai Melalui LTSM

Kerajaan Terengganu bercadang untuk menjadikan Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini sebagai lokasi penerbangan jemaah haji dari selatan Thailand iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

Ahmad Said berkata beliau telah berunding dengan rakannya di Thailand untuk membawa jemaah haji dari sana melalui LTSM.

Katanya ini kerana jika rakyat di Selatan Thailand hendak menunaikan fardhu haji melalui Lapangan Terbang Bangkok, ia akan mengambil masa perjalanan antara 18 dan 22 jam untuk sampai ke ibu kota Thailand itu, namun menerusi LTSM di sini ia cuma mengambil masa kira-kira enam jam sahaja.

"Bagaimanapun jemaah haji Thailand yang hendak ke Mekah itu mesti melalui visa yang dikeluarkan negaranya," katanya selepas mesyuarat Exco di Kuala Terengganu semalam.

Tasik Kenyir sasar 300,000 pelancong

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata kedatangan pelancong ke Tasik Kenyir sangat mengkagumkan apabila ia meningkat dari setahun ke setahun.

Pada tahun 2007 bilangan pelancong ke tasik terbesar buatan manusia itu cuma seramai 93,000 orang sahaja.

"Bilangan itu terus melonjak kepada 133,000 pada 2008 manakala pada tahun lepas ia bertambah hampir 60,000 orang kepada 190,000," katanya.

Bercakap kepada pemberita semalam, beliau berkata dengan peruntukan kira-kira RM100 juta bagi menambah tempat-tempat penginapan, membina jeti pelancongan serta pembukaan beberapa buah taman di kawasan itu, kerajaan negeri berharap sasaran untuk menarik kira-kira 300,000 pelancong ke kawasan itu akan menjadi kenyataan.

Kastam Terengganu lupus rokok seludup RM3j

Kastam Diraja Malaysia (KDRM) negeri melupuskan 5,131,858 batang rokok seludup seberat 7.6 tan bernilai kira-kira RM3 juta termasuk cukai sebanyak RM2,418,336.05 di pejabat Penguat kuasa KDRM di Kuala Terengganu, hari ini.

Aziz Yacub (dua dari kiri) mengeluarkan sisa-sisa rokok yang dimusnahkan dengan menggunakan mesin pengisar di Pejabat Penguatkuasa Kastam, Panji Alam, Kuala Terengganu, semalam.

Pengarahnya, Datuk Aziz Yacub berkata, rokok pelbagai jenama itu merupakan hasil rampasan dan kompaun sejak Januari tahun lalu hingga Februari tahun ini membabitkan 18 kes siasatan dari seluruh daerah sepanjang tempoh itu.

Katanya, selain rokok berkenaan, turut dilupuskan 38 botol arak dan 24 botol samsu serta 21 unit telefon bimbit.

"Kesemua rokok yang dimusnahkan merupakan rokok-rokok tidak mempunyai label stem cukai atau tanda dakwat keselamatan pada kotak rokok serta hampir 98 peratus merupakan rokok kretek dan selebihnya adalah rokok putih.

"Rokok-rokok tersebut dimusnah menggunakan sejenis mesin pengisar yang dipanggil 'shredder' bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar sebelum dibuang ke tempat pelupusan sampah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Eksekutif Gabungan Pengilang Tembakau Malaysia (GPTM), Shaik Abbas Ibrahim.
Mengulas lanjut, Aziz berkata, untuk rekod, sehingga April tahun ini, Kastam Terengganu telah berjaya memperoleh 36 kes yang melibatkan rampasan rokok seludup sebanyak 2,330,998 batang bernilai RM238,978.00 serta pengelakan cukai sebanyak RM1,126,807.36.

Katanya, beliau turut menyeru orang ramai agar tidak terlibat dengan aktiviti penyeludupan, pengedaran dan penjualan barang-barang belum lulus kastam terutamanya rokok kerana ia merupakan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967.

Tambahnya, jika sabit kesalahan mereka terlibat boleh didenda tidak kurang 10 kali nilai barang dan tidak melebihi 20 kali nilai barang atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, Shaik Abbas turut memaklumkan, hasil kajian dilakukan oleh beberapa buah universiti sejak bulan Jun hingga Ogos tahun lalu mendapati 38.7 peratus perokok menghisap rokok seludup.

Katanya, kajian tersebut telah dilakukan sejak 15 tahun lalu dan dijalankan selama tiga kali setiap tahun.

"Hasil kajian daripada 44,000 paket rokok yang dikutip di jalanan di seluruh negara mendapati 38.7 peratus adalah paket rokok seludup. Jumlah ini jelas sekali amat membimbangkan serta ia menyebabkan kerugian kepada pengedar rokok yang sah," jelasnya.

Terengganu Kerjasama Dengan AirAsia Bawa Pelancong China

Kerajaan Terengganu akan mengadakan kerjasama dengan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dalam usaha membawa pelancong timbal balik antara Terengganu dengan negara China.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata AirAsia akan membawa pelancong dari Guangzhou, China ke Terengganu bermula Ahad ini dengan kerjasama Dewan Perniagaan China Terengganu (DPCT).

"Selepas ini kita merancang mengadakan pula kerjasama dengan syarikat penerbangan Orient Flight Airline dari Thailand bagi membawa jemaah haji negara itu melalui Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di Kuala Terengganu.

"LTSM kita mempunyai kemudahan lengkap sebagai sebuah lapangan terbang antarabangsa dan apa gunanya lapangan terbang yang dibina pada harga RM930 juta itu jika tidak ada penerbangan peringkat antarabangsa," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco semalam.

Sebelum itu, kerajaan Terengganu telah mengadakan kerjasama dengan FireFlay untuk membawa pelancong dari Singapura terus ke Terengganu dengan menanggung beberapa perbelanjaan seperti bayaran promosi, kos tempat meletak pesawat serta cukai lapangan terbang selama tiga tahun sebagai insentif.

Wednesday, April 14, 2010

Ahmad Said & e-Book

Analisis oleh HAMBALI ABDUL LATIFF

John A. Davies mengatakan sesuatu kepada Menteri Besar pada perbincangan lebih satu jam semalam.

Skeptikal mengenai penggunaan e-Book dalam kelas akan berlanjutan. Tiada had dan batas sama ada dalam konteks peruntukan, peralatan mahupun waktu.

Individu termasuk ibubapa dan guru akan mengambil isu remeh temeh untuk memperkatakan mengenai e-Book ini. Ada mengatakan masalah salah guna, terlalu mahal, masalah ketiadaan elektrik, masalah kepada guru, sukar menggendalikan peperiksaan dan berbagai lagi.

Sesetengahnya akan mengatakan e-Book adalah bagi tujuan mencari sokongan politik dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said sanggup menggunakan perbelanjaan besar bagi tujuan sokongan politik.

Saya tidak pelik dengan kata-kata sebegini. Pengalaman sama pernah saya hadapi ketika menjadi Penyelaras Akhbar Dalam Darjah (ADD) Berita Harian antara 1984 dan 1986.

Saya yang bertanggungjawab memperkenalkan program ADD ke sekolah-sekolah di Malaysia bermula di Batu Pahat, Johor hingga ke Kota Kinabalu Sabah pada 1980-an turut menghadapi masalah yang sama, termasuk Pejabat Pelajaran Negeri ketika itu.

Skeptikal penggunaan akhbar dalam kelas banyak ditimbulkan tetapi penerimaan di Johor, Kelantan, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Perak serta Kuala Lumpur amat menakjubkan.
Lebih sukar apabila orang politik campur tangan. Namun kini penggunaan akhbar untuk pembelajaran bukan sahaja oleh Berita Harian tetapi juga Utusan Malaysia dan akhbar berbahasa Inggeris.

Langkah pertama saya dan Berita Harian kini sudah berjaya.

Sebagai orang yang memperkenalkan ADD sama ada di sekolah, maktab perguruan dan juga university, saya faham sangat kalau ada bantahan apalagi daripada guru-guru dan pegawai pelajaran.

Namun, di Terengganu, Ahmad Said nampaknya mendapat kerjasama erat Pejabat Pelajaran Negeri, malah mereka kini bekerjasama untuk mengumpul soalan untuk diisi dalam e-Book bagi dimafaatkan pelajar.

Saya tidak mahu memperkatakan mengenai proses pengisian dan penggunaan tetapi lebih kepada bagaimana kesedaran Ahmad Said mengenai e-Book dan kepentingannya dalam pembelajaran kanak-kanak sekolah rendah.

Apa yang menarik perhatian saya, jika sebelum ini orang politik, guru, pegawai pendidikan dan ibubapa memberikan pujian dan sokongan, semalam, Naib Presiden Intel Corporation menyatakan lebih daripada yang diperkatakan sebelum ini.

Beliau menyatakan perkara ini bukan dalam konteks perniagaan tetapi dalam konteks pengalamannya berbincang dengan pemimpin bagi penggunaan teknologi maklumat (IT) untuk tujuan pembelajaran.

“Menteri Besar anda mempunyai kepimpinan terpuji. Jarang pemimpin berani mengambil risiko besar sebegini. Salah langkah dia akan dikritik dan sesetengahnya boleh hilang kedudukan,” katanya dalam perbualan ringkas dengan saya semalam.

Turut serta ialah Pengurus Wilayah Asia, Inter Technology Asia Pte Ltd., Andrew Allison.
Saya hanya mendengar dengan tekun. Bagaimana John boleh berpendapat sedemikian.
Menurut John, banyak pemimpin yang bercakap mengenai IT, komputer dan pembelajaran maya. Namun banyak yang hanya tertinggal di rangka kepala sahaja.

Namun Ahmad Said berani menterjemahkannya kepada dasar.

Untuk dijadikan dasar dan program ia memerlukan political will dan keberanian. Keberanian untuk mengumum dan menyediakan peruntukan.

Malah, menurutnya untuk meluluaskan RM50 juta bagi tujuan ini tidak ramai yang berani, apalagi membahagikan e-Book kepada setiap murid.

Sesetengah pemimpin bimbang ia akan hilang begitu sahaja. Sesetengahnya pula membahagikannya tetapi terpilih kepada murid tertentu sahaja.

John mengeluh panjang apabila mendengar e-Book bukan untuk anak yang bapanya menyokong kerajaan sahaja tetapi juga untuk anak yang membangkang.

John menganggap cara pentadbiran Ahmad Said bukan sahaja berani memperkenalkan langkah ke hadapan tetapi juga demokrasi dalam menyediakan kemudahan mendapatkan ilmu di negeri ini.

Saya bangga dengan kepimpinan Menteri Besar ini, katanya. Beliau mengulangi kata-kata Menteri Besar ketika pertemuan selama hampir sejam semalam apabila mengatakan: “A STEP FORWARD IS BETTER THAN NOT TAKING A STEP AT ALL”.

Hakikatnya, walau apa juga kritik terhadap dasar ini, jelas e-Book Terengganu akan menjadi model pembelajaran penting di negeri ini dan tidak lama lagi di negara ini.

Yang pasti, John yang akan ke Indonesia dan kemudian akan ke sebuah negara Afrika selepas ini akan menjadikan e-Book Terengganu sebagai modal perbualannya.

Beliau teruja dengan lawatan singkatnya ke Terengganu semalam apabila pada tengah hari beliau melihat demonstrasi penggunaan e-Book di salah sebuah hotel sebelum melawat kilang selepas mengadakan perbincangan selama hampir satu jam dengan Ahmad Said.

Selepas berbual dengan John dan Andrew, saya bertambah yakin bahawa visi Ahmad Said mengenai e-Book ini akan menjadi kenyataan.

Terengganu selepas ini bukan sahaja dilihat sebagai negeri pelancongan terkemuka tetapi juga anjung ilmu yang menggunakan teknologi semasa dalam pembelajaran.

Ia juga akan menjadi rujukan kepada negara-negara yang akan turut menggunakan e-Book sama ada di Asia, Afrika , Amerika Tengan tetapi juga Eropah.

Kita tunggu ketikanya dan dengan sedikit pengalaman memajukan ADD, saya yakin penuh penggunaan e-Book akan melonjak ke tahap lebih cemerlang.

Kerana itu visi e-Book Ahmad Said perlu didokong dan disokong!


Perbincangan mengenai e-Book di Pejabat Menteri Besar.

PRIHATIN – Tindakan Segera Untuk Meriam

Bukan sahaja gembira kerana dikunjungi Menteri Besar, Datuk Ahmad Said DAN adun Jabi, Ramli Ali. Tetapi gembira kerana tindakan pantas Menteri Besar.

Begitulah yang dialami oleh Meriam bt Embong, 58 tahun dari Kampung Cabang Oh, Jabi pada 11 April 2010 (Ahad).


Dr A Rahman Mokhtar memeriksa perut Meriam

Beliau bertuah kerana Menteri Besar mengnjunginya. Serentak dengan itu mengumumkan akan membiayai apa juga pembedahan untuk meringankan bebannya menanggung penyakit busung (perut yang membesar akibat lendir dan air).

Meriam tinggal bersama-sama anak dan cucunya. Namun, beliau tidak berdaya lagi berulang alik ke hiospital di Jertih untuk mengambil ubat bagi meringankan penyakit yang dialami sejak lebih tiga tahun.

Lebih mengejutkan Meriam, tetamu yang datang ada bersama mereka seorang doktor. Beliau ialah ADUN Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar.

Meriam mendapat pemeriksaan percuma dan beliau tidak teragak-agak membiarkan perut dan tangannya diperiksa Dr Rahman.

Suasana di rumah Meriam sedikti gamat apabila Ramlan bertanyakan Meriam, “Kenalkah siapa ni?” sambil menunjukkan kepada Ahmad Said.

“Tak kenal...YB ambo kenallah, YB UMNO yang mari sokmo...” katanya selamba.

Beliau kemudian agar tersipu-sipu apabila diperkenalkan bahawa yang datang ke rumahnya ialah Menteri Besar Terengganu.

“Terima kasih banyak...ambo tak seka (sangka) Menteri Besar boleh mari...” katanya.

Ahmad Said berkata Meriam akan dirujukkan ke hospital pakar di Kuala Lumpur dan semua perbelanjaan, termasuk pembedahan (jika perlu) akan ditanggung oleh kerajaann negeri.

Ahmad Said mengambil langkah segera menelefon doctor di pusat perubatan Kuala Lumpur untuk menghantar Meriam menjalani pemeriksaan – Gambar HAMBALI

Lawatan spontan ke rumah Meriam dibuat di atas keperihatinan ADUN Jabi dan Menteri Besar yang pada hari itu dalam rangka meninjau masalah rakyat di daerah Besut, sehari suntuk.

e-Book – kepimpinan Ahmad Said bertaraf global

Ahmad Said menjawab soalan wartawan sambil John A Davies (tiga dari kiri) turut memberikan perhatian. – gambar HAMBALI.

Terengganu kini adalah setaraf di hadapan dengan negara-negara maju dan membangun lain yang menggunakan kemudahan komputer dalam pembelajaran, termasuk e-book, demikian Naib Presiden Intel Corporation yang berpengakalan di Amerika Syarikat, John E. Davies.

Malah, Terengganu kini sedang menjadi contoh dan kajian kes bagi Intel dalam konteks memperkenalkan penggunaan e-book untuk dicadangkan ke beberapa negara lain di Asia dan Afrika.

Menurutnya pada ketika India yang terkenal kerana kehadapan dalam konteks teknologi maklumat, bekalan komputernya di sekolah hanya terhad untuk guru.

Tetapi menurut John, Terengganu lebih ke hadapan apabila muridnya lebih dahulu mendapat kemudahan komputer riba dan e-book ternyata begitu menarik minat pelajar.

“Langkah ke hadapan oleh Menteri Besar untuk menggunakan e-book ini adalah keputusan politik yang berani.

“Ia memerlukan kepimpinan yang berani untuk meneroka dan meminta rakyat menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan peralatan berkaitan dengannya dalam pembelajaran dan pendidikan,” katanya.

Menurutnya kepimpinan yang ditunjukkan Ahmad Said bukan sahaja dalam politik tetapi juga pendidikan.

“Kepimpinan sebegini penting untuk memajukan teknologi maklumat serta pendidikan bertaraf global, mengatasi pembelajaran cara biasa,” katanya.

Bercakap pada sidang media selepas mengadakan perbincangan hampir satu jam dengan Menteri Besar Terengganu di Pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Iman semalam, John berkata Intel begitu berminta menjalin kerjasama dengan kerajaan negeri dalam menyebarkan penggunaan e-book ke Asia Tenggara.

John disertai Andrew Allisomn, Pengurus Serantau Intel Technology Asia Ltd yang berpengkalan di Singapura selain Pengurus Intel Malaysia, Ryaz Patel.

Beliau memuji langkah kerajaan negari yang berani bukan sahaja dalam konteks memperkenalkan e-book tetapi juga memperuntukkan wang yang besar bagi tujuan ini.

“Saya kagum apabila mengetahui peruntukan dalam Bajet 2009 dan 2010 untuk pendidikan begitu besar yang jarang dilakukan oleh pemimpin walaupun padsa peringkat sesebuah negara.

Beliau yakin kerjasama kerajaan negeri dengan Jabatan Pelajaran Negeri akan membuatkan hasil yang baik untuk murid, sekolah, ibub apa dan sistem pembelajaran dan pendidikan di negara ini.

Beliau kagum apabila Menteri Besar mengatakan keputusan peperiksaan akhir tahun pelajar darjah lima tahun lepas di negeri ini meningkat sebanyak empat peratus apabila diperkenalkan e-book.


John E Davies memperkatakan sesuatu kepada Menteri Besar sambil Andrew Allison turut tertarik dengan perbualan.

Penggunaan tenaga solar di Tasik Kenyir

Kerajaan negeri akan memperluaskan penggunaan tenaga solar bagi keperluan beberapa lokasi serta pulau kecil yang sudah dimajukan sebagai tarikan pelancong di sekitar Tasik Kenyir.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, buat masa ini, hanya Gua Bewah dan Santuari Kelah yang menggunakan sistem bekalan elektrik seperti itu iaitu masing-masing 10 tahun dan tiga tahun.

Sehubungan itu jelasnya, kerajaan negeri bercadang melantik perunding dari luar negara untuk membuat kajian selama setahun bagi membolehkan beberapa lokasi menarik di Tasik Kenyir turut mendapat bekalan elektrik dari tenaga solar.

“Kita tak boleh dapat bekalan (elektrik) dari tanah besar ke Tasik Kenyir sebab kosnya sangat tinggi. Jadi kita akan lantik konsultan (perunding) untuk dibuat kajian bagi penyediaan tenaga solar ini.

“Perlu (kajian) setahun untuk kita pungut segala data mengenainya,” katanya selepas mengadakan lawatan ke taman dan pulau kecil iaitu Taman Burung, Taman Tropika, Taman Orkid dan Pulau Tekak Besar di sekitar Tasik Kenyir.

Turut sama, isteri beliau, Toh Puan Norliza Mahmud serta Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Za’abar Mohd. Adib.

Beliau serta anggota rombongan turut mengiringi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal pada sesi taklimat mengenai kemajuan Tasik Kenyir di Petang Island Resort di Tasik Kenyir.

Pada perkembangan sama, Ahmad berkata, Taman Burung di tasik berkenaan dijangka mula dibuka kepada pengunjung pada pertengahan bulan depan selain menyiapkan Taman Orkid yang kini memiliki kira-kira 250 spesies orkid liar.

Beliau menjangkakan, tanaman orkid di taman itu akan berkembang dari 1,800 kepada 2,000 kehidupan orkid liar selain membawa masuk 1,000 lagi spesies orkid liar dari negara-negara rantau Asia Tenggara.

15 Kumpulan Sertai Festival Gamelan Sedunia Di Terengganu Julai Ini

Lima belas kumpulan gamelan akan mengambil bahagian dalam Festival Gamelan Sedunia 2010 anjuran kerajaan negeri Terengganu di Kuala Terengganu, Julai ini.

Penolong Pengarah Muzium negeri Mohd Noor Ismail berkata kumpulan-kumpulan itu termasuk dari Indonesia, Jepun, Eropah dan peserta tempatan.

Beliau berkata kerajaan negeri berharap festival itu akan menjadi medan pertemuan antara kumpulan-kumpulan gamelan dari seluruh dunia untuk mengenali antara satu sama lain, katanya kepada Bernama di sini Selasa.

Katanya ia juga bertujuan mengangkat kumpulan gamelan tempatan ke pentas antarabangsa setanding dengan kumpulan gamelan antarabangsa.

Mohd Noor berkata sempena festival itu juga akan diadakan bengkel alat muzik gamelan Jawa, Melayu dan Bali kepada pemuzik-pemuzik gamelan.

Beliau berkata festival itu akan berlangsung di Dataran Syahbandar di sini, dan ini merupakan tahun kedua ia diadakan oleh kerajaan negeri.

Mohd Noor berkata festival tahun lepas telah disaksikan lebih 5,000 peminat gamelan di negeri ini.

Tuesday, April 13, 2010

LAWATAN AHMAD SAID GEMBIRAKAN RAKYAT BESUT


Saya berterima kasih kepada rakan-rakan yang mengulas dalam facebook mengenai lawatan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said ke Besut sepanjang hari kelmarin (Ahad 11 April 2010).

Lawatan itu mendekatkan beliau dengan rakyat, khususnya di tempat yang dilawati selain membolehkan semua anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) memahami apa yang dimahukan oleh pentadbiran negeri.

Kepada Mohd Fauzi Muhammad, Mohd Zaidi Sulong, Feeza Ab, Noor Azmi Mohd Nors serta Hasbullah Latiff, terima kasih. Malah Hasbullah mengatakan: “"saya harap demi rakyat daerah besut DSidris dan ahmad said sentiasa berhubung rapat. pemimpin silih berganti, rakyat sentiasa hauskan pembangunan. justeru, mereka ber2 semoga tidak bermusuh lagi. akrbkan silaturrahim demi BESUT dan orang2nya. alhamdulillah sedap dengar kabar tu."

Hakikatnya, hubungan Ahmad Said dan Datuk Seri Idris Jusoh (ADUN Jerteh) begitu rapat dan mesra, dan begitu juga dengan ADUN Jabi, Ramlan Ali, ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad, Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar serta ADUN Kota Putera, Mohd Pehemi Yusof.

Mereka bergandingan bahu meninjau masalah rakyat khususnya longkang, kawasan perumahan, jeti nelayan, kawasan penanaman padi serta banyak lagi.

Bayangkan, lawatan Ahmad Said yang bermula jam 9.00 pagi berakhir jam 5 petang dan hanya rehat makan tengah hari antara jam 2 hingga 3 petang di kediaman Pegawai Daerah Besut.

Dalam tinjauan dari Jabi ke Hulu Besut, Jerteh, Seberang Jerteh, Kuala Besut dan Kota Putera, Ahmad Said dapat menyelami sendiri masalah yang dihadapi penduduk melalui wakil rakyat Barisan Nasional (BN).


Ahmad Said mendengar penerangan daripada ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad

Dengan kerja kuat dan perpaduan sedemikian, tidak pelik jika Besut yang BN menang keseluruhan satu Parlimen dan empat DUN pada pilihanraya umum Mac 2008 akan mengulanginya sekali lagi pada pilihan raya umum ke 13 nanti.


ADUN Kota Putera, Mohd Pehimi menyatakan sesuatu kepada Menteri Besar


Malah, DUN Jabi dalam Parlimen Setiu tetapi di bawah pentadbiran Majlis Daerah Besut, akan turut kekal di bawah BN.

Apakah maknanya ini? Bukankah ia simpanan tetap (fixed deposit) untuk BN pada pilihan raya umum akan datang?

Jadi tidaklah menghairankan apabila Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan tambahan RM10 juta untuk Daerah Besut bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur dan pembangunan di daerah berkenaan.


Ahmad Said meninjau Lata Belatan diiringi Pegawai Daerah Besut, Tuan Mamat Tuan Ngah dan Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, Wan Mustafa Wan Hasan.

Daripada jumlah itu, RM7.6 juta diperuntukkan bagi membina kemudahan sistem perparitan dan saliran lebih besar bagi mengatasi masalah banjir di daerah ini, sementara RM2.4 juta pula bagi tujuan membina jalan baru ataupun menaik taraf jalan sedia ada.

Peruntukan itu tidak termasuk dalam bajet PBT bagi Daerah Besut yang diumumkan sebelum ini iaitu RM2.7 juta dan tambahan RM2.3 juta.

Sebenarnya jumlah keseluruhan yang diluluskan termasuk peruntukan kelmarin sebanyak RM15 juta bagi memberi kemudahan kepada rakyat.

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan dengan ahli JKKK di Dewan Majlis Daerah Gong Kemuntong, dekat Jertih, Ahmad Said berkata, antara projek pembangunan yang akan dijalankan bermula tahun ini sehingga tahun depan adalah membesarkan dan membina longkang di semua DUN.

Ahmad Said dan Idris tinjau pembinaan pusat jualan makanan di Jerteh.

Selain itu, usaha akan dijalankan bagi membina saliran ke kawasan sawah padi terbiar seluas 92 hektar di Baroh Raja dekat Kampung Dengir yang sebelum ini tidak dapat diusahakan kerana masalah pengairan.

Kerajaan juga akan membangunkan Hutan Lipur Lata Belatan dekat Jabi dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk pengunjung.

Mengenai masalah jeti nelayan di Kuala Besut, Ahmad Said memberi jaminan masalah itu akan dapat diatasi pada tempoh segera.

Dengan perbincangan dan arahan-arahan yang dikeluarkan, dijangkakan apa juga masalah yang ditimbulkan oleh ADUN-ADUN berkenaan akan dapat diatasi segera.

Tidak hairanlah apabila mengumumkan peruntukan itu, beliau mendapat tepukan gemuruh ahli JKKK Besut dan jelas terbayang di wajah mereka, Ahmad Said turun bagi mengatasi masalah rakyat sesuai dengan tema ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan.’


Menyatakan sesuatu mengenai jeti nelayan di Kuala Besut ditemani Dr A Rahman Mokhtar

Zaid Ibrahim sekular, pewain tegar?


Saya tidak pasti berapa ramai lagi ‘orang PAS’ yang tidak akan membantu Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkempen di Hulu Selangor.

Penggendali sebuah laman proPAS di Terengganu semalam mengatakan beliau tidak akan bantu pembangkang kali ini kerana tiga sebab berikut:

1. Zaid Ibarahim adalah berfahaman sekular yang tegar.

2.Zaid Ibrahim pernah menyaman hudud Kelantan dan Terengganu. 3. Zaid Ibrahim adalah peminum wain yang tegar.

Menurut penggendali laman itu, walaupun sebelum ini mereka tidak pernah lekang dengan pilihan raya kecil membantu pembangkang, tetapi untuk ke Hulu Selangor tidak sekali-kali.

Baca entri berikut: Ini mungkin PRK Pertama Kami tak Hadir

12 April 2010

Semenjak Pilihanraya umum ke 12 Mac 2008, sudah beberapa kali pilihanraya kecil diadakan. bermula dengan parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu,Penanti, Bukit gantang, Bukit Selambau, Permatang Pasir, manik Urai dan Bagan Pinang. Kesemua pilihanraya kecil tersebut samada Dun atau parlimen kami sempat menjenguknya.

Misalnya di Permatang Pauh, sebaik selesai Muktamar Pas ke-54 di Ipoh kami terus ke Permatang Pauh. Begitu juga di Bukit Selambau, walaupun semua pertugas Terengganu diarahkan ke Bukit Gantang, kami sempat menjenguk 2 hari di Bukit Selambau.


Sementara di Bagan Pinang, kami berada agak lama sedikit dari tempat lain dan gerakjerja juga lebih kuat dan tersusun.
Kini Pilihanraya Kecil datang lagi, ianya di parlimen Hulu Selangor, sempadan dengan Tanjung Malim Perak, dulu dikenali sebagai Parlimen Kelumpang.

Kerusi ini adalah kerusi PKR, tidak boleh tidak ianya mestilah diserahkan kepada PKR.

Kecuali ada seseuatu yang diluar jangka.
PKR sendiri dikhabarkan akan meletakkan Zaid Ibrahim sebagai calon. Saya bukanlah jenis yang berselindung-selindung.

Terus terang secara jujur saya katakan bahawa mungkin inilah pilihanraya kecil selepas PRU 12 yang saya tidak akan hadir sekiranya sah Zaid Ibarhim sebagai calon PKR.

Saya ada 3 sebab sendiri yang membuatkan saya tidak akan turut sama didalam PRK tersebut:


1. Zaid Ibarahim adalah berfahaman sekuler yang tegar.

2.Zaid Ibrahim pernah menyaman hudud kelantan dan Terengganu.

3. Zaid Ibrahim adalah peminum wain yang tegar.


Mungkin ada pengunjung dan pembaca yang tidak dapat menerima alasan saya, terserah kepada anda, saya juga tidak bercadang untuk mempengaruhi anda supaya sama sama tidak ke PRK tersebut, ini cumalah luahan saya.


Selamat maju jaya, Berjuanglah kerana untuk mencari redha Allah, bukannya redha manusia.
Selamat berPRK.

Sukhoi boleh guna landasan Gong Kedak


Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Gong Kedak dekat Bukit Puteri akan dijadikan salah satu daripada pangkalan udara penting di Pantai Timur.

Beliau mengakui ada masalah berlaku pada peringkat awal apabila seketul batu mengenai enjin pesawat namun ia merupakan satu kejadian terpencil.

Beliau menyangkal dakwaan bahawa mengalami masalah sehingga tidak dapat digunakan untuk penempatan pesawat pejuang Sukhoi.

Beliau diberi penghormatan menaiki sendiri pesawat tempur itu yang dikendalikan seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di lapangan terbang berkenaan, semalam.

Menurutnya, beliau terbang menaiki jet Sukhoi bagi membuktikan kepada masyarakat bahawa pesawat itu dapat menggunakan landasan berkenaan yang sebelum ini didakwa bermasalah.

“Tiada masalah teknikal pada landasan ini dan Sukhoi dapat beroperasi dengan baik kerana saya sendiri menaiki jet itu di landasan terbabit," katanya yang dibawa terbang selama 30 minit sehingga ke Kota Bharu, Kelantan.

"Kerajaan merancang untuk membina sebuah terminal di sini yang akan mengawal penerbangan pesawat Sukhoi selain pesawat pengangkutan seperti CN235 dan Charlie serta helikopter.

"Terminal ini dirancang dibina kerana tidak ada kemudahan seumpama ini di sini dan pembinaannya dijangka dijalankan di bawah Rancangan Malaysia ke-10," ujarnya selepas melakukan lawatan rasmi ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Gong Kedak kelmarin.

Hadir sama Panglima Tentera Udara Malaysia (TUDM), Jeneral Datuk Seri Radzali Daud.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan beberapa laman blog yang menyatakan landasan di pangkalan tentera udara itu mengalami masalah infrastruktur.

Ahmad Zahid turut menghabiskan masa selama 50 minit menaiki pesawat Sukhoi dan berlegar-legar di ruang udara Terengganu dan Kelantan.

Beliau melahirkan keyakinan terhadap kemampuan pesawat Sukhoi sebagai aset terbaik pertahanan udara negara selain anggota kumpulan teknikal dan juruterbangnya.

"Sukhoi merupakan pesawat terbaik yang telah kita perolehi dan ia akan menjadikan pertahanan udara barisan hadapan kita yang terbaik," ujarnya.

Dalam pada itu, Radzali berkata, pengoperasian penuh Sukhoi akan mengalami sedikit kelewatan ekoran masalah teknikal berhubung integrasi peralatan dari Barat yang dimiliki oleh pasukan keselamatan tersebut.

"Tiada tarikh tetap untuk melaksanakan pengoperasian penuh pesawat ini.

"Kita akan dapatkan bantuan daripada tentera udara India berhubung beberapa peralatan dan senjata yang masih perlu dilaksanakan," katanya.

MAIDAM kutip RM9.3 juta

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) berjaya mengutip sebanyak RM9.3 juta pelbagai zakat dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata, daerah Kuala Terengganu mencatatkan pungutan zakat tertinggi iaitu RM6.2 juta dan diikuti oleh Kemaman sebanyak RM1.6 juta.

Sementara itu, Dungun sebanyak RM589,057, Besut (RM351,709), Hulu Terengganu (RM309,143), Marang (RM189, 258) dan Setiu (RM116,877).

Menurut beliau, kutipan zakat yang diterima itu meningkat sedikit berbanding tiga bulan pertama tahun sebelumnya kira-kira RM9.007 juta.

''Setiap tahun dianggarkan unjuran kenaikan kutipan zakat di negeri ini antara 10 hingga 11 peratus, '' katanya selepas Majlis Penyerahan Zakat oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) negeri sebanyak RM166,500 kepada MAIDAM di Pejabat MAIDAM di sini pagi ini.

BSN Terengganu diwakili oleh Pengurus BSN, Mohamad Hafis Hashim manakala MAIDAM diwakili oleh Yang Dipertuanya, Datuk Senara Muda, Mazlan Hashim.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Wan Harujan Sulaiman.

Menurut Khazan, sepanjang tahun lalu MAIDAM berjaya mengutip zakat RM73.561 juta dan pada tahun ini jumlah itu dianggarkan terus meningkatkan berdasarkan kesedaran orang ramai.

Indeks Kadar Jenayah Letak Terengganu Yang Terbaik Di Negara Ini

Penurunan indeks kadar jenayah di Terengganu sebanyak 28 peratus bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini meletakkan negeri itu sebagai yang terbaik di negara ini.

Namun, Ketua Polis negeri Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata di sebalik kejayaan itu pihaknya bimbang kerana jenayah membabitkan kegiatan penyalahgunaan dadah dan komersial semakin meningkat berbanding tahun lepas.

Dalam tempoh tiga bulan lepas, sebanyak 2,640 kes dengan tangkapan seramai 2,753 orang dicatatkan bagi kes penyalahgunaan dadah berbanding hanya 1,738 kes dengan tangkapan 1,875 orang dalam tempoh yang sama tahun lepas, DI Besut, semalam.

Angka itu kata Mohd Shukri menunjukkan peningkatan kes dadah sebanyak 902 kes atau 52 peratus, dan pertambahan tangkapan 878 orang atau 47 peratus.

Kesemua kes itu berkaitan Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah 1983, katanya.

Mengenai jenayah komersial pula, Mohd Shukri berkata sehingga akhir Mac lepas terdapat 219 kes melibatkan kerugian sebanyak RM2.145 juta berbanding tempoh yang sama tahun lepas dengan 173 kes melibatkan kerugian RM2.852 juta.

Daripada jumlah itu polis berjaya menyelesaikan 101 kes, kata beliau.

Selain itu Mohd Shukri mendedahkan pihaknya juga berdepan dengan masalah pelanggaran disiplin oleh pegawai dan anggota yang semakin meningkat.

Sepanjang tiga bulan pertama tahun ini tujuh anggotanya di Kemaman telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), manakala tujuh anggota lagi didapati positif dadah semasa pemeriksaan rutin oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.

Sehubungan itu, Mohd Shukri berkata semua ketua polis daerah telah diarah memberi penekanan serius kepada usaha-usaha menangani masalah membabitkan penyalahgunaan kuasa, rasuah, jenayah dan penyalahgunaan dadah pada peringkat dalaman tersebut.

Unit Perubatan Tradisional Dan Komplimentari di HSNZ dapat sambutan

Dua lagi unit Perubatan Tradisional dan Komplimentari (PTK) yang menawarkan khidmat akupunktur dan urutan tradisional akan diwujudkan masing-masing di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan dan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar tahun ini.

Enam hospital yang menawarkan unit berkenaan ketika ini ialah Hospital Putrajaya; Hospital Sultan Ismail, Johor Baharu; Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang; Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu; Hospital Duchness of Kent, Sandakan dan Hospital Umum Kuching, Sarawak.

Pengarah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplimentari Kementerian Kesihatan Dr Ramli Abd Ghani berkata unit yang diperkenalkan sejak 2007 di enam buah hospital kerajaan di seluruh negara itu mendapat sambutan yang menggalakkan terutama bagi pesakit strok.

"Kalau dilihat rawatan moden untuk strok tidak banyak boleh dibuat selain fisioterapi dan ubat, di unit PTK ini kami berikan pilihan kepada pesakit strok dan pesakit kronik untuk menerima rawatan akupunktur, urut atau kedua-duanya.

Beliau berkata ketika ini lima buah institusi pengajian tinggi swasta tempatan menawarkan kursus PTK diperingkat ijazah dan diploma iaitu Kolej Universiti Antarabangsa INTI, Universiti Pengurusan dan Sains (MSU), Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Universiti Tunku Abdul Rahman dan CUCMS.

"Politeknik pula tidak lama lagi akan memulakan pengajian di peringkat diploma urutan Melayu selain perubatan Melayu seperti bekam, perubatan herba, urut dan rawatan selepas bersalin," katanya.

"Kami juga memperkenalkan perubatan herba untuk kes-kes kanser di mana pesakit yang menjalani kemoterapi diberi herba untuk meningkatkan sistem ketahanan badannya dan juga mengurangkan kesan sampingan kemoterapi seperti pening, muntah dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kesembilan Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM) di sini pada Ahad.

Terdahulu, Dr Ramli turut menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS) dan MPHM yang diwakili oleh presiden masing-masing iaitu Datuk Prof Dr Abu Abdullah dan Dr(H) Mohamed Mohd Nor.

Ketengah Diminta Majukan Sektor Lain Selain Pertanian

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) diminta melihat potensi lain yang ada di wilayah itu dalam usaha meningkatkan sumber ekonomi penduduknya.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata antara sektor yang boleh dimajukan ialah aktiviti di Tasik Kenyir yang merupakan tasik buatan manusia terbesar di Malaysia dan penternakan burung puyuh secara besar-besaran.
"Dengan keluasan 260,000 hektar, ia mampu dijadikan sebagai destinasi pelancongan yang menarik sekiranya usaha bersepadu dan terancang dilaksanakan dengan baik.

Selain bekerjasama dengan syarikat multinasional di dalam menganjurkan acara sukan air dan sukan lasak seumpamanya, KETENGAH juga boleh menganjurkan pelbagai aktiviti lain dalam usaha menarik kedatangan pelancong ke negeri itu," katanya kepda pemberita selepas merasmikan sambutan ke-37 tahun KETENGAH di Bandar Al-Muktafi Billah Shah.

Hadir sama, Pengurus Besar Ketengah Hamzah Ngah.

Manakala industri penternakan burung puyuh pula, kata beliau, turut menjanjikan pulangan lumayan kerana permintaan yang tinggi.

"Untuk memastikan industri ini bersifat komersial, KETENGAH perlu memastikan penternak puyuh tidak lagi bergantung kepada bekalan benih dari Kedah dan Melaka semata-mata tetapi perlu mempunyai pusat penetasan sendiri.

"Penternak boleh menghasilkan sehingga 150,000 ekor puyuh sebulan jika mempunyai pusat penetasan sediri. Dengan jumlah itu, saya yakin penternak yang dilahirkan KETENGAH mampu memenuhi permintaan di Pantai Timur dan Lembah Klang sekaligus mampu menjadi sebuah lagi projek untuk membasmi kemiskinan," tambahnya.

Sunday, April 11, 2010

Rasol berjuang kerana takhta, wanita & harta?

Saya tidak faham kenapa Haji Saiful Bahari Mamat (Ustaz) begitu kasar mengata kepada Datuk Rosol Wahid, ADUN Ajil.

Cara Haji Bahari mengata macam bukan pemimpin Islam. Caranya kasar dan perbandingannya terlalu keras dan berupa tuduhan.

Dalam entri terbarunya pada blognya Saiful Bahari berkata: “Cakap saje berdegar-degar tapi ekor bergelumang tahik. Perjuangan mereka berprinsipkan 3 Ta (Takta, Wanita & Harta). Mana mereka berani, apatah lagi apabila masing-masing ada ‘file’ tersendiri.”

Ini adalah tuduhan berat dan apakah pemimpin PAS Terengganu ini benar-benar yakin Rosol jenis manusia yang mementingkan 3 Ta?

Selain itu, apa maknanya meletakkan gambar badak yang punggungnya tertonggeng dan memakai ‘spender’ seperti itu?

Apakah beliau menyamakan Rasol dengan badak berkenaan?

Baca entri berkenaan:

Sapa ada ‘Stone’? Datuk Rasol ke Datin Chew

http://ustsaifulbahri.blogspot.com/

Sebagaimana dijanjikan Datin Paduka Chew Mei Fun melepaskan semua jawatan — sebagai Ketua Wanita MCA dan kedudukan lain dalam parti itu dan kerajaan berkuat kuasa serta-merta. Chew juga mengumumkan beliau akan melepaskan kesemua jawatan dalam kerajaan iaitu sebagai Senator dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Beliau sebelum ini memutuskan akan meletakkan jawatannya jika Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dipilih sebagai presiden parti 28 Mac lalu.Chew juga melepaskan jawatannya sebagai Ketua Wanita Selangor dan ketua Skuad Bantuan Krisis parti.

Chew memberitahu sebagai Ketua Wanita MCA beliau tidak boleh menerima hakikat pemilihan Chua sebagai presiden di sebalik skandal seks DVD yang menimpanya pada 2007.

“Sebagai ketua, menjadi tugas dan tanggungjawab saya untuk mempertahankan kesaksamaan gender dan menghormati hak kaum wanita.Status semasa parti secara langsung menjejaskan kepercayaan dan misi ini, jika kita sengaja menutup mata, orang ramai khususnya wanita akan kecewa dengan kita. Jika menerima pemimpin-pemimpin ini tanpa menyoal, pemimpin yang bukan model peranan teladan, ia akan membawa kepada mesej negatif khususnya kanak-kanak”

Saya sendiri mengucapkan tahniah atas sikap beliau yang mengotakan apa yang di ikrarkan. Ada sikap dan ada maruah. Meskipun jalan yang terlebih baik bagi Chew adalah keluar dari parti MCA yang berketuakan pelakon 1 Malaysia yang layak mendapat anugerah majalah Playboy itu. Sikap dan kejujuran orang yang seperti Chew tidak akan dihargai dalam BN. Apalah sangat harga maruah dikalangan pendokong parti korup dalam BN. Beralihlah kepada Pakatan Rakyat kearah perjuangan Malaysia yang lebih bermaruah.

Lihatlah! Apalah erti harga diri dan ikrar yang berulang-ulang sepertimana yang diucapkan oleh ADUN Terengganu yang diketuai oleh Datuk Rosol. Bulan Mac ketika perlantikan Ahmad Said menjadi MB Terengganu. Mereka berikrar akan mengosong kerusi DUN masing-masing.

Pengerusi Kelab Penyokong BN Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, pihaknya tidak berganjak daripada tuntutan supaya Ahmad perlu meletakkan jawatan sebagai menteri besar:

“Tiada kompromi dalam hal ini. Kita berjuang untuk kepentingan rakyat Terengganu kerana kepimpinannya menyebabkan ketidakstabilan kepada parti dan pentadbiran kerajaan negeri. Pentadbiran Ahmad telah menjadi percakapan bukan sahaja di kalangan orang Umno tetapi juga rakyat secara keseluruhan sejak beliau menjadi menteri besar setahun lalu,” katanya.

Rosol serta ADUN BN bertemu Perdana Menteri dan mengadakan sekali lagi sidang media. Sekali lagi, kesemua 23 ADUN Terengganu mengulangi untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri jika Ahmad dilantik sebagai Menteri Besar.

Kebanyakan Adun itu hanya golkha dalam parti mereka kecut perut dan hilang semua ‘stone’ mereka apabila tuntutan mereka tidak diendah apatah lagi kalau seperti Chew dengan jawatan dalam parti dan kerajaan. Mereka sanggup letak jawatan? Jauh panggang dari api. Kita sedia maklum tahap mana prinsip dan maruah pemimpin UMNO ni. Cakap saje berdegar-degar tapi ekor bergelumang tahik. Perjuangan mereka berprinsipkan 3 Ta (Takta, Wanita & Harta). Mana mereka berani, apatah lagi apabila masing-masing ada ‘file’ tersendiri.

Sidang dewan lepas nampak jugak kejantanan adun-adun penyokong Deris ni. Termasuklah Din Adam dan Alias Alor Limbat. Ingatkan keluar jugak jurus-jurus serta buah yang mengelolekkan Ahmad Said ke tepi gelanggang. Rupanya jaguh kampong hanya sekadar bersilat pulut. Bersilat untuk pertunjukan dihadapan pengantin. Sidang dun kali ini lebih longlai dari Datin Chew. Lebih lembut dari Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu atau mungkin takut digertak oleh Mat Said yang suka ajak ‘bergocoh’ atau hendak disumbat ADUN-ADUN tersebut ke dalam Zoonya di Kemaman menyebabkan mereka warak kesekeliannya.

Kalau nak buat berlaga pemimpin seperti ini tak boleh dibawa masuk ke ‘bong’. Tak sempat dua parih, nescaya lari berkericit (lari terberak-berak). Apatah lagi pemimpin seperti ini nak diharapkan sebagai pendesak kepada kerajaan pusat untuk dikembalikan royalti ke Terengganu. Nak berjuang demi kepentingan rakyat. Jangan diharap. Meliut julai dan dahan sudah tahu pohon hendak tumbang kemana.

Diharapkan Datuk Rosol belajar dengan Datin Chew yang berjaya menunjukkan kejantanannya berbanding ADUN Terengganu yang sudah hilang ‘stone’ mereka meskipun banyak kawasan yang diperintah oleh sekelian adun ini mempunyai pelbagai kampong yang berbatu-batu.

Datuk Rosol di Kuala Berang ada Batu hampar, Datuk Din Adam ada Jongok Batu, Adun Paka tinggal di Bt 48, masih adalagi Bt 5 dan Bt 7. Orang Besut ada Batu Tumbuh. Adun Kerteh ada Bt Putih. Adun Tepoh ada Bt 6. Adun Alor Limbat ada Lubuk Batu. Ada Batu balak, Bukit Batu, Batu Bunga, Batu rakit…. dan… .batu..batu.. ada berapa banyakk batu daaaaa….

Habis kemana hilangnya batu-batu ini? … mungkin dicuri oleh Datin Chew agaknya.