Saturday, December 25, 2010
T'Team Tagih Khidmat Bekas Penyerang Kebangsaan Dalam Liga Super Musim Depan
"Kita akan cuba gabungkan mereka berdua dan kita yakin kedua-dua bekas pemain kebangsaan ini akan dapat memberikan sesuatu yang kita harapkan," katanya di Kuala Terengganu, hari ini.
Selain itu, Yunus berkata untuk musim depan, T'Team juga mendapatkan khidmat bekas pemain kebangsaan, Indra Putra Mahayuddin yang pertama kali mewakili T'Team tahun ini.
Beliau berkata T'Team setakat ini sudah mengadakan empat perlawanan persahabatan untuk menguji keserasian pemain-pemain sebelum membentuk pasukan sebenar.
Katanya Zairo Anuar Zalani yang mengalami kecederaan masih belum diuji, namun sudah mula menunjukkan kecergasan setelah menjalani rawatan.
Selain itu T'Team juga akan diperkuatkan oleh beberapa orang bekas pemain kebangsaan seperti penjaga gol Syamsuri Mustafa, Rosdi Talib, Subri Sulong, Nur Fadzly Alias dan Shahrul Ezrain Syamsuddin.
Beberapa muka baru yang berbakat dalam bola sepak seperti Azrol Hazran Aminudin Baki, Mohd Kamal Rodiarjat Md Ali, Abdul Alif Alias, Shamsul Kamal Mohd dan Mohd Shazlan Alias juga ditonjol dalam pasukan itu.
Yunus berkata beliau yakin kehadiran pemain-pemain berpengalaman itu akan menjadikan T"Team lebih hebat dan disegani tahun depan.
Beliau berkata sasaran T'Team tahun depan ialah untuk memperbaki kedudukannya di tangga yang lebih baik lagi dalam pertandingan Piala Malaysia dan Liga Super.
Dalam pertandingan tahun ini, T'Team menduduki tempat ketiga dalam kumpulan Piala Malaysia dan tempat ke tujuh pertandingan Liga Super, katanya.
Loji Penapisan PPTSB di Kemaman Terbakar Malam Tadi
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh, Khairulhasni Mokhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pengurusan loji memaklumkan mengenai kebakaran itu kira-kira jam 11.54 malam tadi.
Menurutnya, sepasukan anggota bomba seramai 30 anggota bersama empat jentera dari balai Bomba dan Penyelamat Bandar Kerteh, Balai Paka, Balai Kompleks Petronas Kerteh dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.
“Anggota bomba dan penyelamat bertungkus lumus mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan lain dan berjaya memadamkan api kira-kira 30 minit kemudian,” katanya yang mengetuai operasi berkenaan.
“ Pihak kami terpaksa menunggu dan menjalankan pemeriksaan rapi sehingga jam 3 pagi bagi memastikan kebakaran itu dipadamkan sepenuhnya,” katanya.
Katanya lagi, sepasukan pekerja daripada syarikat loji penapisan minyak berkenaan yang dikenali sebagai Pasukan Tindak balas Kecemasan (ERT) seramai 30 anggota juga turut membantu usaha memadamkan kebakaran itu.
Khairulhasni berkata, siasatan awal mendapati kebakaran dikatakan berpunca daripada sebatang paip minyak yang mengalami kebocoran namun pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci untuk mengetahui punca sebenar kebakaran.
Hasil tinjauan dari luar kawasan tersebut mendapati sebahagian daripada paip di pusat pemprosesan minyak itu terbakar teruk.
Friday, December 24, 2010
Minta Pegawai Tadbir Ditukarkan Tidak Wajar - SUK
Amat tepat sekali jika Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah menyatakan kesalnya dengan 'serangan' seorang wakil rakyat pembangkang terhadap seorang pegawai tadbir yang dilakukan dalam sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hassan Mohd Ramli membuat kecaman terhadap Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Zainal Abidin Hussin berkaitan beberapa keputusan yang didakwa dibuat oleh Zainal Abidin dikatakan tidak disenangi penduduk terutama dalam soal penyediaan premis perniagaan.
Berikutan itu, Wan Hassan berulang kali meminta Zainal Abidin ditukarkan.
Kebetulan, pada pegumuman Mazlan, Rabu lalu, Zainal Abidin terbabit dalam pertukaran membabitkan 15 pegawai tadbir berkuatkuasa 1 Januari depan.
"Beliau (Zainal Abidin) berpandukan syarat dan peraturan, ini mungkin tidak disenangi dan menjadi penyebab timbulnya tohmahan terhadapnya," katanya.
Beliau berkata, Zainal Abidin bersama 14 pegawai tadbir negeri akan bertukar berkuat kuasa mulai 1 Januari depan dan pertukaran itu tidak harus dicanang sebagai hukuman terhadapnya.
Zainal Abidin akan mengambil alih jawatan sebagai Pengarah Majlis Sukan Negeri yang baru menggantikan Rosdi Awang yang beralih ke jawatan Ketua Penolong Setiausaha (Baitulmal) Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu.
Mazlan ditanya wartawan apakah pertukaran itu kerana desakan berkenaan, menafikan keputusan dibuat kerana isu yang ditimbulkan pada persidangan DUN berkenaan.
“Saya anggap dia pekerja yang baik kerana sudah memegang jawatan itu sejak majlis itu diwujudkan. Beliau membuktikan keupayaannya merancang dan mentadbir majlis berkenaan,” kata Mazlan.
Menurutnya, pegawai tadbir itu telah menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sepanjang menerajui pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu sejak dinaikkan status sebagai majlis perbandaran.
"Pertukaran itu adalah proses biasa, apabila ada pegawai yang bersara dan walaupun seorang, ia akan berangkai, melibatkan banyak pihak,” katanya.
Bagi Mazlan, serangan oleh ADUN PAS itu tidak adil kepada pegawai tadbir berkenaan.
Menurut Mazlan, dalam situasi itu, pegawai berkenaan tidak boleh
"Tidak elok wakil rakyat itu melakukan di dalam Dewan sedangkan beliau boleh merujuk kepada saya untuk dapatkan penjelasan," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco, Rabu lalu (21 Disember 2010) di Kuala Terengganu.
Mengenai kekosongan jawatan, Mazlan berkata secara keseluruhan masih terdapat kekosongan pegawai tadbir terutama di Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah dan lain-lain yang belum diisi dan kini dalam proses pengambilan.
"Kini ada kira-kira 202 pegawai tadbir kerajaan negeri Terengganu dan ada 22 kekosongan. Kalau ada yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat, kita akan isi kelak,'' katanya.
Terengganu Sekali Lagi Ungguli Keputusan PMR?
Jumlah tersebut meningkat sebanyak 0.69 peratus selain pencapaian minimum D juga meningkat sebanyak 3.85 peratus daripada 63.38 peratus pada 2009 kepada 67.24 peratus pada tahun ini.
Menurutnya, keputusan PMR tahun ini mencatatkan pencapaian yang sangat memberangsangkan apabila Nilai Gred Purata Negeri (GPN) turut meningkat kepada 2.58 berbanding 2.60 tahun lalu dan ia mengatasi GPN Nasional iaitu 2.74.
Katanya, sebanyak 25 buah sekolah (19.4 peratus) daripada 129 buah mencapai nilai Gred Purata Sekolah (GPS) kurang daripada 1.80.
"Pada tahun ini sebanyak 14 daripada 129 buah sekolah (10.9 peratus) memperoleh keputusan 100 peratus berbanding tahun lalu iaitu 12 buah sekolah sahaja.
"Pada tahun ini Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Kuala Berang, Hulu Terengganu merupakan sekolah terbaik seluruh negeri dengan mencatatkan nilai GPS 1.03," katanya pada sidang akhbar mengumumkan keputusan PMR 2010 di Kuala Terengganu, semalam.
Sekolah lain di daerah Kuala Terengganu yang mencatat keputusan 100 peratus calon lulus ialah SM Sains Sultan Mahmud; SM Imtiaz Kuala Terengganu; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), Batu Rakit; Sekolah Menengah Agama (SMA) Sultan Zainal Abidin manakala dari daerah Kemaman pula Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mak Lagam dan SMK Chukai.
MB Johor Yakin BN Dapat Kepercayaan Pengundi Tenang
"Jentera parti bersama-sama wakil rakyat BN Johor sama ada di peringkat Ahli Dewan Undangan Negeri mahupun Ahli Parlimen akan berusaha meraih sokongan padu rakyat di DUN Tenang," kata beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri dan dilantik sebagai pengarah pilihan raya BN bagi pilihan raya tersebut.
Beliau berkata jentera BN telah disusun dan gerak kerjanya telah diatur bagi menghadapi pilihan raya itu.
Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 59, di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur pada 17 Disember lepas akibat jangkitan kuman dalam darahnya serta kencing manis.
Hari penamaan calon ialah pada 22 Januari.
Pada pilihan raya umum 2008, Allahyarham memenangi kerusi tersebut buat penggal kedua selepas menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.
Dalam pilihan raya umum sebelum itu, beliau mengalahkan Mohd Saim dengan majoriti lebih 5,000 undi.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Chua Tee Yong yang juga Anggota Parlimen Labis dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa pilihan raya mewakili parti MCA.
Hujan, Ribut Petir Di Kelantan, Terengganu, Pahang Dan Johor
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan terletak berhampiran tebing sungai.
Selain Kelantan dan Terengganu, Pahang (Kuantan, Maran, Temerloh, Pekan serta Rompin) dan Johor (Mersing) juga dijangka mengalami keadaan cuaca yang serupa.
Jabatan itu turut mengeluarkan amaran angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak setinggi 4.5 meter yang dijangka berlaku di perairan Codore Reef North, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor timur, Sarawak (Miri), Labuan, Sabah (Pantai Barat, Pedalaman serta Kudat), selatan Samui, Pulau Tioman, Pulau Layang-Layang dan Palawan mulai Ahad ini hingga Jumaat.
Keadaan ini berbahaya kepada bot kecil, kegiatan rekreasi dan sukan laut.
Ramai Usahawan Melayu Terengganu Tidak Mempunyai Sijil Halal
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri Datuk Mohamed Awang Tera berkata ini berbeza dengan usahawan bukan Islam yang lebih cakna mengenai logo halal.
"Adalah malang bagi pengusaha kita kerana tidak cakna tentang logo halal, yang berbeza dengan orang bukan Islam yang proaktif dan tahu kehendak pasaran sekarang."
"Kita harap melalui pendedahan ini, usahawan kita akan lebih peka dengan sensitiviti pasaran terutama di kalangan orang Islam yang perlu ada logo halal," katanya selepas merasmikan Seminar Standard Halal Terengganu 2010 di Kuala Terengganu, semalam.
Beliau berkata, pasaran makanan halal di seluruh dunia berjumlah lebih RM7 trilion dengan jumlah penganut Islam lebih 1.6 bilion di seluruh pelusuk dunia.
"Mereka ada di merata tempat, di Eropah, Timur Tengah, Timur Jauh dan inilah pasaran yang boleh kita kongsi dengan syarat kita mempunyai pengetahuan mengenai kaedah standard halal ini," katanya.
Sementara itu, Mohamed Awang berkata Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah membina sebuah bangunan untuk menempatkan pelbagai kilang pengeluaran makanan halal di Cendering di sini dengan peruntukan antara RM5 dan RM6 juta.
Katanya, bangunan itu boleh menempatkan antara lapan dan 12 unit kilang untuk memproses pengeluaran makanan halal seperti keropok, air nira nipah, nira kelapa dan sebagainya yang diseliakan oleh PMINT.
PMR 2010 - Prestasi Terengganu Sangat Memberangsangkan
Ini menunjukkan secara keseluruhannya, keputusan peperiksaan PMR 2010, Terengganu menunjukkan peningkatan dalam semua aspek iaitu pencapaian Semua A, Minimum D dan Gred Purata Negeri berbanding dengan tahun 2009.
Nilai Gred Purata Negeri (GPN) kali ini meningkat kepada 2.58, berbanding 2.60 pada tahun 2009.
Ini bermakna, pencapaian ini mengatasi Gred Purata Nasional sebanyak 2.74.
Jika dilihat perbandingan Gred Purata mata pelajaran peringkat negeri dengan Nasional (GPMP) bagi 11 mata pelajaran, ia mengatasi GPMP peringkat Nasional.
Daripada 129 buah sekolah, sebanyak 25 buah sekolah (19.4 %) mencapai nilai GPS kurang daripada 1.80.
***Semakin kecil nilai Gred Purata menunjukkan
semakin baik pencapaian
Pencapaian A dalam semua mata pelajaran yang diambil telah meningkat sebanyak 0.69 % daripada 7.12 % tahun 2009 kepada 7.81% pada tahun 2010.
Sementara pencapaian Minimum D telah meningkat sebanyak 3.85 % daripada 63.38 % pada tahun 2009 kepada 67.23 % pada tahun 2010.
Kenyataan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) menyebut, secara keseluruhannya keputusan PMR Negeri Terengganu tahun 2010 menunjukkan peningkatan prestasi sangat memuaskan.
Sementara itu nilai Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi 8 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Mathematics,Science, KHB Pertanian, KHB Perdagangan & Keusahawanan dan Bahasa Arab menunjukkan pencapaian memuaskan.
Peperiksaan bertulis PMR tahun ini dijalankan pada 05 hingga 12 Oktober 2010, melibatkan 23,630 orang calon di 185 pusat peperiksaan dan dikendalikan oleh 1,768 petugas di seluruh Negeri Terengganu.
JPNT menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu atas sumbangan, kerjasama dan komitmen yang tinggi kepada JPNT yang membolehkan prestasi PMR pada tahun ini telah menunjukkan peningkatan dari segi kualiti dan juga kuantiti.
Balai Polis Cendering Menang Balai League Table Kategori E
Katanya program yang dilaksanakan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) itu didapati menampakkan hasil positif, terutama dari segi peningkatkan kerjasama berpasukan serta persaingan sihat antara balai-balai yang bertanding.
Beliau berkata konsep penubuhan BTL memberi fokus usaha meningkatkan lagi prestasi anggota, dan dalam tempoh antara Januari dan November lepas, indeks jenayah jalanan serta keseluruhannya kelihatan amat memberangsangkan.
"Kami yakin dalam tempoh lapan hari sebelum tahun baru, sasaran yang ditetapkan dalam NKRA akan tercapai iaitu penurunan 20 peratus jenayah jalanan dan lima peratus jenayah keseluruhan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan BTL siri 2/2020 dan 3/2010 di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata kejayaan program BTL ini turut menunjukkan peningkatan kerjasama antara polis dan masyarakat serta agensi lain seperti Rela dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan membina persaingan positif antara 753 balai di seluruh negara.
BTL bertujuan menilai prestasi balai-balai dalam menurunkan kadar jenayah serta inisiatif yang diambil bagi menambah baik kaedah pencegahan jenayah yang dijalankan.
Lima kategori balai dipertandingkan dengan pembahagian berdasarkan antaranya faktor populasi penduduk, kawasan pentadbiran, jumlah laporan tahunan, beban jenayah, beban dadah dan kes trafik.
Untuk BTL Siri 2/2010 yang bermula dari Mei hingga Ogos, juara dimenangi oleh Balai Polis Petaling, Brickfields, untuk kategori balai A, Balai Polis Pandaman, Klang (kategori balai B), Balai Polis Luyang, Kota Kinabalu (kategori balai C), Balai Polis Batang Kali, Selangor (kategori balai D) dan Balai Polis Changkat Jering (kategori balai E).
Bagi Siri 3/2010 dari September-November pula, Balai Petaling sekali lagi mengekalkan prestasi terbaik dengan menjuari kategori balai A, Balai Polis Perai, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang (kategori balai B), Balai Polis Kg Tawas, Ipoh, Perak (kategori balai C), Balai Polis Arang Gombak, Selangor, (kategori balai D) dan Balai Polis Chendering, Kuala Terengganu (kategori balai E).
Juara BTL menerima RM500, tempat kedua RM300 dan ketiga RM200 untuk setiap anggota dan kakitangan di balai tersebut.
Shabery Ajak Rakyat Malaysia Menyumbang Tabung Akujanji
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ‘mencabar’ warga Malaysia memberi sumbangan dalam Tabung Akujanji Ganjaran Piala AFF Suzuki 2010.
Ia bagi menyuntik semangat pada pemain skuad bola sepak negara dalam misi menjulang gelaran berprestij tersebut minggu depan.
Skuad Malaysia yang dibimbing K. Rajagobal akan beraksi menentang Indonesia dalam dua final timbal balik bermula di Stadium Nasional, Bukit Jalil Ahad ini sebelum hari penentuan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta 29 Disember.
Ketika kerajaan Indonesia menjanjikan imbuhan RM1 juta kepada semua pemain dan jurulatihnya seandainya muncul juara, namun skuad Malaysia pula hanya mempunyai tabung akujanji tersebut yang kini terkumpul RM88,200 untuk dijadikan suntikan semangat bagi bergelar juara.
Justeru, Ahmad Shabery menyeru semua warga Malaysia termasuk syarikat-syarikat korporat dan swasta agar memenuhi tabung akujanji berkenaan agar satu sejarah baru mengiringi peningkatan sukan bola sepak negara yang dipamerkan ketika ini.
“Saya difahamkan bahawa kerajaan Indonesia menawarkan RM1 juta kepada seluruh skuad mereka jika memenangi piala ini, jadi lebih kurang RM40,000 seorang termasuk jurulatih mereka,” kata Ahmad Shabery pada Majlis Penyampaian Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) kepada atlet ke Sukan Asia Guangzhou di Kuala Lumpur semalam.
“Namun kita pula telah mewujudkan tabung akujanji untuk diberikan kepada pemain kita sekiranya muncul juara. Begitupun, hanya enam syarikat persendirian sahaja yang telah berjanji memberi sumbangan.
“Oleh itu, saya cabar semua rakyat Malaysia tidak kira syarikat korporat mahu pun individu, memenuhkan tabung akujanji ini supaya ia menjadi suntikan kepada pemain kita untuk membawa pulang Piala AFF Suzuki buat julung kalinya,” jelasnya lagi.
Jelas Ahmad Shabery, sumbangan orang ramai kepada tabung akujanji ini mungkin dapat melebihi jumlah ganjaran yang dijanjikan oleh kerajaan Indonesia terhadap pasukan mereka seandainya semua rakyat Malaysia bersikap ‘sentimental’ dalam misi skuad negara menjuarai sesuatu kejohanan di peringkat antarabangsa.
“Kerajaan Malaysia telah menyumbang RM10 juta bagi pembangunan bola sepak negara dan kalau boleh wang itu kita tidak mahu sentuh, biarlah ia disalurkan kepada program pembangunan sahaja.
“Saya percaya tabung akujanji ini mampu mencapai jumlah yang lebih besar daripada ganjaran Indonesia kepada pemain mereka, itu pun kalau semua rakyat kita memainkan peranan dan menunjukkan sokongan mereka dengan cara yang betul.
“Ini adalah kali pertama kita mara ke final sejak 14 tahun, bukan selalu Malaysia dapat peluang seperti ini untuk membawa pulang Piala AFF Suzuki buat julung kali. Oleh itu saya harap kita semua dapat memainkan peranan dan sokongan kita kepada skuad negara.
“Apalah sangat kalau kita derma RM1 kepada setiap pemain dan jurulatih kita, berbanding ganjaran terhadap peningkatan yang dipamerkan dalam bola sepak kita,” jelasnya lagi.
Tabung Akujanji Ganjaran Piala AFF Suzuki 2010 ini dikendalikan oleh Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM). Pihak berminat boleh menghubungi Pejabat SAM dengan menelefon 03-20780985 (Isnin, Selasa dan Khamis, 10 pagi - 4 petang) ataupun faksimili 03-20706294.
Empat Balai Terima Anugerah Liga Balai
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, kesemua balai tersebut adalah tiga balai polis di daerah ini iaitu Balai Polis Cendering, Balai Polis Cabang Tiga dan Balai Polis Manir serta Balai Polis Chukai dalam daerah Kemaman.
"Kesemua balai ini dipilih berdasarkan kejayaannya mengurangkan kadar jenayah setempat seperti yang digariskan sebagai salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
"Semua pencapaian ini dinilai terus oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui data kadar indeks jenayah yang dihubungkan secara langsung untuk tujuan pemantauan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di Kuala Terengganu, kelmarin.
Lawatan tersebut merupakan yang terakhir beliau ke semua IPD di negeri ini sebelum menamatkan tugasnya di negeri ini.
Majlis penyerahan tugas kepada penggantinya, Datuk Jamshah Mustapha akan dilakukan pada Isnin depan.
Tambah Mohd. Shukri, anugerah BLT yang hanya dimenangi oleh kira-kira 20 buah daripada 754 balai polis di seluruh negara disampaikan oleh Ketua Polis Negara di Kuala Lumpur semalam.
"Kemampuan memperoleh empat daripada 20 itu memperlihatkan prestasi yang cukup membanggakan warga polis seluruh negeri ini," jelasnya.
Katanya, IPD daerah ini pernah menjadi contoh terbaik dalam pengurusan keselamatan pilihan raya kecil pada tahun 2008 lalu di mana kaedah yang dilaksanakan menjadi contoh kepada IPD di negeri-negeri lain.
"Selain itu, ia telah mampu menurunkan kadar jenayah sebanyak 22.5 peratus berbanding tahun lalu di mana ia satu pencapaian yang besar memandangkan status daerah ini sebagai bandar raya.
"Pendekatan yang diambil pihak kami ialah mendekatkan diri dengan masyarakat setempat untuk membanteras jenayah termasuk di sekolah yang telah menampakkan hasil yang baik," katanya.
Sementara itu ujarnya, bangunan IPD daerah ini yang beroperasi sejak tahun 1960-an akan dinaik taraf dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) berdasarkan keperluan yang mendesak berikutan kepesatan daerah ini.
"Pembangunan itu meliputi pembinaan prasarana baru yang lebih selesa, penambahan kelengkapan logistik dan kekuatan anggota yang akan dikemas kini mengikut kapasiti penduduk," katanya.
PMINT Anjur Pertandingan Cipta Logo
Pegawai Perhubungan Awam PMINT, Wan Khairul Hakimin Wan Ahmad berkata pertandingan itu bertujuan memilih logo yang menonjolkan imej baru menggantikan logo PMINT sedia ada.
"Hadiah yang ditawarkan ialah RM5,000 serta sijil manakala empat hadiah sagu hati RM500 setiap satu serta sijil turut disediakan. Penyertaan adalah percuma dan ia terbuka kepada semua warganegara Malaysia," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Terengganu, semalam.
Wan Khairul Hakimin berkata tarikh tutup pertandingan ialah pada 16 Januari ini.
Katanya maklumat berkaitan pertandingan itu boleh didapati di laman web PMINT iaitu www.pmint.gov.my.
Lelaki Miliki 72kg Daun Ketum Ditahan Selepas Kereta Terbabas Dalam Parit
Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu ASP Abdul Hamid Ahmad berkata kemalangan berlaku pada kira-kira pukul 11 pagi semalam apabila kereta Proton Waja yang dipandu lelaki berumur 37 tahun itu terbabas ke dalam parit di Jalan Kampung Langkap.
Beliau berkata polis yang mendapat maklumat mengenai kemalangan bergegas ke tempat kejadian namun sikap lelaki itu yang mencurigakan ketika menjawab pertanyaan polis menyebabkan polis membuat pemeriksaan lanjut.
"Hasil pemeriksaan, polis menemui 14 guni daun ketum bernilai kira-kira RM2,600 yang disembunyikan di dalam semak tidak jauh dari tempat kereta itu terbabas," katanya semalam.
Abdul Hamid berkata polis menahan lelaki yang berasal daripada Pasir Mas, Kelantan untuk siasatan lanjut, dan siasatan siasatan awal mendapati daun ketum itu dibawa dari Kedah untuk diproses dan dijual di sekitar daerah Setiu.
Beliau berkata ia merupakan rampasan daun ketum terbesar di daerah Setiu tahun ini, dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.
Apabila Anak Jururawat, Kakitangan Hospital Positif Dadah...
Suspek pertama, 33 tahun yang difahamkan sudah beberapa tahun bertugas di hospital daerah itu ditahan dalam satu serbuan oleh sepasukan polis narkotik di rumahnya dekat Jalan Bunga Raya, Sura kira-kira jam 3 pagi kelmarin.
Suspek yang baru sahaja menimang cahaya mata kedua hasil perkahwinan dengan isterinya, seorang suri rumah itu didapati positif dadah setelah menjalani pemeriksaan air kencing.
Sementara itu, dalam serbuan berasingan di Jalan Kenanga, seorang remaja 16 tahun lelaki, difahamkan anak seorang jururawat di hospital daerah turut ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan terbabit dan kedua-dua suspek ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 sebelum dilepaskan dengan jaminan polis sementara menunggu laporan ujian air kencing untuk proses pendakwaan di mahkamah.
Thursday, December 23, 2010
15 Pegawai Tadbir Kerajaan Terengganu Bertukar Mulai 1 Jan 2011
Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Mazlan Ngah (gambar kiri) berkata pertukaran itu dibuat berikutan seorang daripada pegawai tadbir iaitu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pusat Pembangunang Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) Datuk Mohd Alim Muda akan bersara pada Mac 2011 dan mula bercuti pada 1 Januari.
"Pertukaran itu adalah proses biasa apabila ada pegawai yang bersara dan walaupun seorang ia berangkaian dan akan melibatkan banyak pihak.
"Selain Mohd Alim yang akan bersara pada Mac ini, ada lagi pegawai tadbir yang akan bersara iaitu pada bulan Mei, Julai, November dan Disember nanti dan rombakan akan dibuat kemudian," katanya selepas menghadiri mesyuarat Exco di Kuala Terengganu, semalam.
Katanya antara 15 pegawai tadbir yang terlibat dalam pertukaran itu adalah Pengarah ECER Terengganu, Zulkif Mohamad yang akan bertukar memegang jawatan Timbalan Rektor (Hal Ehwal Korporat) Kolej Universiti TATi (TATiUC) manakala Pegawai Daerah Setiu Mohd Akil Mat mengambil alih tempat Mohd Alim sebagai CEO TESDEC.
Mazlan berkata. Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Hulu Terengganu Mohamad Nor Ibrahim dilantik sebagai Pegawai Daerah Setiu manakala Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Mustafar Khalid bertukar menjadi YDP Majlis Perbandaran Kemaman.
YDP Majlis Daerah Setiu Harun Mohamad akan bertukar menjadi YDP Majlis Perbandaran Dungun manakala YDP Majlis Perbandaran Kemaman, A. Rahman Yahya (gambar kanan) bertukar ke jawatan Timbalan Pegawai Kewangan negeri.
Walaupun rombakan pegawai dibuat, masih terdapat kekosongan pegawai tadbir terutama di Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah dan lain-lain yang belum diisi dan kini dalam proses pengambilan.
"Kini ada kira-kira 202 pegawai tadbir kerajaan negeri Terengganu dan ada 22 kekosongan. Kalau ada yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat, kita akan isi sepenuhnya pada 2011 nanti," katanya.
12 Berentap Akhir Bintang Manis FM
Seramai 43 peserta termasuk dari Kelantan, Terengganu dan Pahang telah dipilih untuk beradu nasib pada saingan peringkat separuh akhir dengan 12 daripadanya layak ke peringkat akhir bagi merebut gelaran juara.
Kesemua peserta akan diperkenalkan kepada umum pada satu majlis ramah mesra bersama Bintang Manis FM di sebuah hotel di Kota Bharu, 15 Januari ini.
Ketua Penyiaran Manis FM, Mohd. Noor Ismail berkata, pertandingan itu yang julung kalinya diadakan, ternyata mendapat sambutan menggalakkan daripada pendengar setia stesen radio berkenaan dengan mempamerkan bakat nyanyian mereka untuk dinilai oleh juri.
"Pertandingan itu terbuka kepada mereka yang berumur 17 tahun dan ke atas. Kami mengadakan pencarian ini selama sebulan sebelum memilih 12 peserta ke peringkat akhir.
"Objektif pertandingan ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang Kota Bharu, semalam.
343 pelajar Terengganu terima ARP
Daripada jumlah itu, seramai 148 pelajar menerima pingat perak manakala selebihnya pingat gangsa yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat.
Ia disampaikan pada Majlis Penganugerahan dan Pentauliahan ARP peringkat negeri di Kuala Terengganu, semalam.
Ketika berucap merasmikan majlis itu, Rozi berkata, penganugerahan pingat itu dibuat berdasarkan peningkatan pencapaian golongan muda melalui empat komponen utama.
"Empat komponen utama yang dinilai untuk tujuan pentauliahan ialah penglibatan dalam program khidmat masyarakat, kemahiran serta kreativiti, rekreasi fizikal dan penjelajahan lasak yang bukan bersifat pertandingan.
"Ketika ini juga, seramai 15 peserta dari negeri ini sedang dinilai oleh pihak badan operasi ARP untuk dianugerahkan pingat emas yang mana pengiktirafan ini belum diperoleh oleh anak negeri," katanya pada majlis itu.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) negeri, Abd. Aziz Abd. Rahman dan Pegawai Rakan Muda JBS negeri, Rokiah Awang.
Penilaian kali ini melibatkan para pelajar dari enam buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin, SMK Seri Bukit Puteri (Besut), Asrama Yayasan Terengganu (Kemaman), SMK Ketengah Jaya (Dungun), SMK Merchang (Marang) dan SMK Saujana (Setiu).
Rozi yakin anugerah itu mampu menjadi perangsang ke arah melahirkan generasi muda yang berdisiplin, bermoral, penyayang, beretika dan progresif selain berupaya menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran negara.
"Pengiktirafan itu membuktikan nilai-nilai positif dan peribadi kental telah diterapkan sebagai persediaan untuk memimpin negara sekali gus menyumbang kepada pembangunan negara yang dinamik.
"Diharapkan lebih banyak sekolah di negeri ini dapat mewujudkan program sebegini kerana pengiktirafannya bukan saja pada peringkat gangsa iaitu sekolah.
''Ia juga pada peringkat perak dan emas iaitu antarabangsa apabila mereka dinilai bersama remaja dari seluruh dunia," ujarnya.
Dalam pada itu, Abd. Aziz menjelaskan, ARP adalah anugerah berkembar yang mana penerimanya turut diberikan Anugerah Remaja Antarabangsa dikenali sebagai 'The Duke of Edinburgh Award For Young People' yang diperkenalkan pada 1956 di United Kingdom.
''Ia telah berkembang pesat di seluruh dunia dengan pelbagai nama seperti The President Award di Afrika Selatan, Young Canadian's Challenge di Kanada dan The National Youth Achievement Award di Singapura.
"Apabila diperkenalkan di negara ini, ia dikenali sebagai ARP dan Kementerian Belia dan Sukan bertindak sebagai badan berkuasa anugerah peringkat kebangsaan," jelasnya.
Tambah beliau, program ini adalah satu-satunya program yang mengiktiraf penglibatan golongan muda berusia 14 hingga 25 tahun tanpa mengira perbezaan jantina, agama, budaya mahupun kemampuan fizikal dan mental.
TCT Azam Beri Saingan Kepada 10 Pro-Asia di LTdL
Pasukan lumba basikal profesional Terengganu "Terengganu Pro-Asia Cycling (TCT)" yakin mampu memberi saingan kepada 10 pasukan pro-benua yang akan menyertai kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) pada Januari.
Ketua pasukan TCT, Anuar Manan berkata ini kerana TCT menyenaraikan pelumba-pelumba terbaik di benua Asia untuk menghadapi cabaran kejohanan berprestij itu.
"Saya yakin pasukan TCT mampu menyinar dalam kejohanan itu, walaupun ia merupakan pendatang baru dalam kejohanan tersebut," katanya di Kuala Terengganu, semalam.
Pasukan TCT dilancarkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said kelmarin dan sekaligus memperkenalkan seramai 12 pelumba TCT termasuk tiga pelumba dari luar negara.
Pelumba import terdiri daripada Shinichi Fukushima, Motoi Nara daripada Jepun dan Phuchong Udomsin dari Thailand.
Pelumba tempatan terdiri daripada Anuar Manan, Mohd Harrif Salleh, Mohd Shahrul Mat Amin, Yusrizal Usoff, Mohammad Saufi Mat Senan, Mohamad Fais Sharifuddin Abd Kadir, Mohd Shobry Abdullah, Mohd Nor Umardi Rosdi dan Nur Amiraul Fakhruddin Mazuki.
Anuar, yang mewakili team Geumsan Ginseng Asia musim lepas, berkata beliau akan cuba mempertahankan jersi hijau yang dimenanginya pada LTdL tahun depan.
"Pemilihan saya untuk membarisi TCT bagi saingan LTdL musim depan langsung tidak menggugat kedudukan saya untuk meraih pencapaian lebih baik dalam kejohanan itu," katanya.
Anuar berkata beliau tidak bimbang menyertai pasukan TCT walaupun baru ditubuhkan kerana melihat pasukan itu mampu bertahan lama dan pergi lebih jauh.
Bagi menghadapi kejohanan LTdL, pasukan TCT akan menjalani latihan di Thailand mulai minggu depan di bawah jurulatih dari Jepun, Shinichi Fuikushima dan dibantu Syed Hussaini Syed Mazlan, katanya..
Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM700,000 bagi menaja 12 pelumba itu.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, penajaan pelumba berkenaan termasuk gaji, basikal, makanan ubatan dan pakaian untuk pelumba berkenaan mewakili pasukan TCT nanti.
Beliau berkata, sembilan pelumba basikal negara adalah anak jati Terengganu yang sudah mencipta nama mereka dalam kejohanan lumba basikal di peringkat Asia termasuk Sukan Komanwel di New Delhi 2010 serta meraih pingat.
Ahmad Said berkata, dengan penubuhan pasukan TCT itu, Terengganu sudah mempunyai pasukan sendiri dan sudah ditawarkan untuk mengambil dalam Le Tour de Langkawi (LTdL), Januari ini.
“Pihak penganjur LTdL sudah mempelawa pasukan Terengganu mengambil bahagian dan yakin pasukan itu mampu mencipta nama serta meraih kejayaan,” katanya ditemui media selepas merasmikan penajaan pasukan TCT di kediaman Menteri Besar, di Kuala Terengganu, malam kelmarin.
461 Hektar Akan Diusahakan Dengan Tanaman Herba Di Terengganu
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, kementerian induk bagi pelaksanaan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) untuk pertanian, kelmarin mengumumkan tanah itu akan diusahakan dengan tujuh jenis tanaman herba yang mendapat permintaan tinggi iaitu Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing, Dukung Anak, Hempedu Bumi, kayu gaharu dan serai wangi.
Menurut kenyataan Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu), Tongkat Ali dijangka menjana pendapatan tahunan tertinggi, dianggarkan RM225,000 setiap hektar diikuti Dukung Anak yang dijangka menjana anggaran RM136,500 setahun bagi setiap hektar.
Datuk Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata perdagangan global bagi produk semulajadi berjumlah RM777 bilion pada 2006 dan diunjurkan meningkat tiga kali ganda kepada lebih RM2 trilion menjelang 2020.
Beliau berkata projek itu yang akan mewujudkan 285 peluang kerja, merupakan langkah penting bagi memastikan kelestarian sumber bahan mentah dalam usaha Malaysia untuk menjadi peneraju dalam pengeluaran ubat-ubatan nutraseutikal dan botanikal.
ECERDC juga merancang untuk membangunkan dua lagi taman herba di Chegar Perah dan Rantau Manis, yang masing-masing dijadual dilaksanakan pada 2011 dan 2013.
"Permintaan global bagi produk pertanian berkembang pesat dan Malaysia boleh memanfaatkannya berikutan negara kaya dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan semulajadi. Kami bercadang meningkatkan dua kali ganda sumbangan sektor pertanian terhadap Pendapatan Kasar Negara melalui peningkatan pengeluaran produk bernilai tinggi dan meningkatkan peratusan bahan mentah untuk dijadikan produk hiliran.
"Melalui infrastruktur, teknik pengurusan dan teknologi lebih baik, kami juga mensasarkan untuk meningkatkan produktiviti bagi membolehkan petani-petani turut serta dalam projek kami untuk menggandakan pendapatan bulanan mereka," kata Noh.
Menurut kenyataan itu, pasaran tahunan global bagi sarang burung (EBN) dianggarkan bernilai RM10.2 bilion, dengan Malaysia merupakan pengeluar kedua terbesar dengan anggaran nilai jualan RM1.5 bilion.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) juga akan mengeluarkan Garis Panduan Perusahaan Sarang Burung Malaysia (1GP) untuk orang awam minggu ini.
Ia meliputi Amalan Baik Penternakan Haiwan (GAHP MS 2273:2009) dan Amalan Baik Pengeluaran (GMP MS 2333:2010), kerana piawaian MALAYSIA STANDARD (MS) diiktiraf oleh negara-negara pengimport utama seperti China.
Menurut Pemandu, di bawah program perintis akuakultur sangkar bersepadu, 11 bidang berpotensi (marin dan air tawar) telah dikenal pasti, satu daripadanya ialah kultur sangkar air tawar di Tasik Temenggor, Perak.
Program usahasama antara Jabatan Pertanian dan Trapia Malaysia Sdn Bhd yang dikenali sebagai Program Pertanian Synergi telah diwujudkan dengan objektif melahirkan para usahawan baru dalam industri itu.
Trapia, dipilih sebagai syarikat induk untuk mengetuai Entry Point Project, sebuah syarikat usahasama antara syarikat tempatan dan syarikat Norway, Genomar.
Usahasama itu membolehkan perpindahan teknologi dari Norway ke Malaysia dan pada masa yang sama mewujudkan pasaran eksport yang ketika ini dianggarkan 7,500 tan metrik bagi isi ikan Genomar Supreme Tilapia bernilai RM32.25 juta setahun.
Terengganu Antara Negeri Alami Penurunan Kadar Pertumbuhan Penduduk
Tujuh negeri - Labuan, Sabah, Sarawak, Johor, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan -adalah antara negeri yang mencatatkan penurunan kadar pertumbuhan penduduk.
Malaysia kini mempunyai 27,565,821 penduduk, dengan lelaki melebihi wanita pada nisbah 105:100, demikian menurut laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.
Penduduk lelaki kini adalah 14,112,667 orang dan wanita 13,453,154 orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika mengumumkan laporan itu pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini. Ia turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof.
Beliau berkata semasa tempoh bancian dari 6 Julai hingga 22 Ogos lepas, terdapat 6,396,174 isi rumah dan 7,380,865 tempat kediaman di seluruh negara.
Banci 2010 adalah yang kelima dijalankan untuk menghasilkan data yang berguna bagi merancang dan melaksanakan dasar pembangunn negara.
Banci sebelum ini dijalankan pada 1970, 1980, 1991 dan 2000. Nor Mohamed berkata laporan terperinci mengenai bancian itu merangkumi kedudukan demografik, kelahiran, umur, jantina, etnik, bandar dan luar bandar pula akan dimaklumkan mulai Julai tahun depan.
Katanya Selangor mempunyai taburan penduduk tertinggi dalam negara dengan 5,411,324 orang (19.63 peratus) setelah mencatat kadar pertumbuhan penduduk 3.17 peratus.
Putrajaya yang mempunyai 67,964 penduduk mencatat pertumbuhan penduduk paling pesat iaitu 17.77 peratus akibat perpindahan kebanyakan pejabat kerajaan serta perpindahan penduduk ke kuarters kerajaan di situ.
Nor Mohamed berkata penurunan kadar pertumbuhan penduduk adalah sejajar dengan kadar pertumbuhan penduduk di negara maju lain disebabkan beberapa faktor termasuk tumpuan kepada kerjaya.
Mengenai kadar kesuburan penduduk, beliau berkata ia menurun kepada 2.3 peratus pada tahun lepas berbanding tiga peratus pada tahun 2000.
"Pada tahun 2015 terdapat kemungkinan kadar kesuburan penduduk di Malaysia turun kepada 2.1 peratus seperti juga di negara maju," katanya.
Ramalan Hujan Sekejap-Sekejap Di Pantai Timur Hingga 30 Dis
Menurutnya, keadaan tersebut boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berdekatan tebing sungai.
Di Terengganu, dijangka melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman sementara di Kelantan, ia mambabitkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang dan Kuala Krai.
Daerah di Pahang ialah Kuantan, Maran, Temerloh, Pekan dan Rompin, manakala di Johor hanya melibatkan daerah Mersing.
Jabatan itu juga meramalkan angin kencang Timur Laut selaju 40 hingga 60kmsj dengan ombak setinggi 4.5 meter di perairan Condore dan Reef North hingga 31 Dis.
Ia berbahaya kepada aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
Hukuman Daripada 14 Hari Jadi Dua Tahun Penjara
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd Rahim Uda menjatuhkan hukuman itu terhadap Deputi Superintendan, Nordin Ahmad, 52, (gambar) dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Kuala Lumpur yang disabitkan kesalahan menerima suapan RM5,000 bagi membebaskan seorang tahanan daripada pusat pemulihan akhlak pada 2005.
Dalam penghakimannya, Abd Rahim berkata, rasuah adalah kesalahan serius dan haram di sisi Islam jika dibiarkan berleluasa dalam masyarakat boleh menyebabkan runtuhnya sebuah negara dan memberi kesan bukan saja kepada mangsa, tetapi juga orang awam.
Malah katanya, lebih dikesalkan tertuduh selaku pihak berkuasa yang mendapat kepercayaan tinggi masyarakat untuk menjaga ketenteraman serta keselamatan awam tidak amanah dalam menjalankan tugasnya.
"Mahkamah tidak boleh lari daripada hakikat bahawa rasuah adalah barah berbahaya yang boleh mengakibatkan runtuhnya sebuah negara, selain hukumnya dalam Islam adalah haram,” katanya.
Penghakiman itu diputuskan beliau selepas mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya, Ng Siew Wee, yang memohon mahkamah menjatuhkan hukuman lebih berat terhadap Nordin, kerana kes berkenaan membabitkan kepentingan awam, selain tertuduh adalah seorang penjawat awam dan kerajaan serius membanteras gejala rasuah.
Pada 25 April lalu, Mahkamah Sesyen Kemaman menjatuhkan hukuman penjara 14 hari dan denda RM25,000 terhadap tertuduh mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575).
Bagaimanapun, tertuduh mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi di sini, untuk mengetepikan sabitan kes dan mengurangkan hukuman.
Dia yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun didapati bersalah menerima suapan kira-kira jam 8.05 malam pada 23 Oktober 2005, di sebuah rumah pangsa di Kampung Fikri, Kemaman ketika bertugas sebagai pegawai di Bahagian Tahanan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.
Peluang Berniaga Burger Kambing KAMBEST
Pengerusinya, Datuk Razhi Yahaya berkata syarikatnya yang merupakan milik penuh Bumiputera telah memasarkan tiga jenis inti burger berasaskan daging kambing, iaitu Chevon Oblong Burger, Chevon Burger dan Chevon Frankfurter di pasaraya di Lembah Klang sejak dua bulan lalu.
Katanya PAMSB yang beroperasi sejak sembilan tahun lalu kini mempunyai lebih 1,000 kambing dan bebiri di ladangnya -- Ladang Intergrasi di Baling, Ladang Pembiak-Bakaan di Pengkalan Hulu, Perak dan Pusat Transit di Sepang, Selangor.
Kambing-kambing yang telah cukup umur akan dihantar ke kilang di Puchong, Selangor bagi diproses menjadi burger dengan resipi ala Perancis dan kilang ini adalah usahasama PAMSB dengan sebuah syarikat lain," katanya kepada Bernama di sini.
Dalam usaha mengembangkan lagi pasaran produk berkenaan, katanya syarikatnya telah bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Wilayah Kedah (Keda) untuk melahirkan peniaga burger berasaskan kambing di kalangan penduduk miskin tegar melalui Program Peningkatan Pendapatan (3P).
Seramai 16 orang peniaga perintis yang dipilih Keda melalui program itu telah menjalani kursus Pengendalian Perniagaan Burger Kambing anjuran PAMSB dan setiap peserta dibekalkan peralatan penyediaan burger termasuk kiosk bernilai RM10,000.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif syarikat, Muhd Huzaimi Razhi berkata pihaknya menyasarkan peningkatan pengeluaran produk sehingga 15,000 peket setiap tiga minggu berbanding 5,000 peket sekarang ini.
Katanya syarikat itu juga akan meluaskan pemasaran produk berkenaan hingga ke beberapa negeri lain seperti Melaka, Terengganu dan Kelantan.
Muhd Huzaimi berkata sesiapa yang berminat menyertai perniagaan menjual burger KAMBEST boleh menghubunginya di talian 0132084981 atau e-mail zemy12@yahoo.com.
UMT Menang Tempat Ketiga Pertandingan Perniagaan IPT Malaysia
Kumpulan Usmec dari Universiti Sains Malaysia (USM) memenangi tempat pertama dan tempat kedua ialah Kumpulan Mitec dari UniKL.
Pada majlis penutup pertandingan, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Abdul Rahim Md Noor berkata tiada pengalaman dan kurang pendedahan dalam bidang keusahawanan merupakan antara penyebab ramai pelajar lepasan institusi pengajian tinggi kurang berminat menjadi usahawan.
Beliau berkata pendedahan berterusan perlu diberikan kepada pelajar IPT supaya mereka mendapat gambaran dan mengetahui selok-belok perniagaan.
"Jadi apa yang perlu kita buat sekarang ini adalah memberi pendedahan terus kepada pelajar. Kita perlu ajar mereka bagaimana hendak buat pemasaran, bagaimana mereka hendak mendaftar perniagaan mereka dan sebagainya," kelmarin.
Abdul Rahim berkata keluarga juga memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan pelajar berminat untuk menceburi bidang perniagaan sekaligus menjadikan ia sebagai kerjaya pilihan.
"Sesetengah keluarga mungkin tidak begitu memberi fokus pada bidang ini. Kita mesti membudayakan keusahawanan di luar kampus," katanya.
Wednesday, December 22, 2010
Banjir Di Kijal, Kemaman Pulih Seperti Biasa
Banjir di kawasan Kijal, Kemaman pulih seperti biasa petang semalam dan semua pusat pemindahan telah ditutup, kata Pegawai Kebajikan Masyarakat daerah Kemaman, Ghazali Awang.
Mangsa terakhir seramai 17 orang dari kampung Padang Kemunting, Kijal dibenarkan pulang pukul 2 petang semalam, katanya semalam.
Katanya pusingan pertama banjir yang melanda Kemasik dan Kijal menyebabkan 1,068 orang berpindah.
Keadaan jalan utama Kuala Terengganu-Kuantan yang mendap akibat banjir di Kerteh, Ahad lalu.
Hampir 850 orang daripada 284 keluarga telah dipindahkan ketika banjir itu melanda Ahad dan Isnin lalu. Sebanyak 10 buah pusat pemindahan telah dibuka di daerah Kemaman.
Pusat pemindahan itu ialah di Balai Raya Kampung Gong Cengal, Pusat Sumber Kampung Cabang, Balai Orang Ramai Kampung Baru Kerteh, Balai Raya Kampung Bukit Kukuran, kuarters Balai Polis Kerteh, Sekolah Kebangsaan Kemasik, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Rangon, Balai Raya Bukit Teruna, Balai Raya Batu 9 dan Balai Raya Masjid Padang Kemunting.
Ketika banjir jalan ke Lapangan Terbang Kerteh ditenggelami air sedalam setengah meter namun masih boleh dilalui untuk semua kenderaan.
Banjir adalah disebabkan oleh hujan lebat disertai air pasang.
Ghazali berkata paras air sungai di Kemaman juga kembali seperti biasa.
Sunday, December 19, 2010
PM Mahu Aktiviti Berkaitan Belia Dilaksanakan Mengikut Aspirasi Mereka
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu setiap aktiviti dan program berkaitan belia dilaksanakan berdasarkan aspirasi kehendak golongan berkenaan.
Beliau berkata tanpa mengambil kira perkara itu, golongan belia akan dilihat semakin sukar untuk didekati.
"Jangan fikir apa yang kita suka golongan berkenaan akan suka dan jangan fikir apa yang kita tak suka, golongan berkenaan juga tidak suka," katanya ketika berucap pada himpunan remaja sempena pelancaran Kelab Motor Terengganu 2010 di Stadum Tertutup Kompleks Sukan Terengganu, Gong Badak di Kuala Terengganu, semalam.
Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Najib dan Ahmad Said bersama barisan EXCO ketika merasmikan Himpunan Remaja sempena Pelancaran Kelab Motor Terengganu 2010 di Stadium Tertutup Sultan Mizan Gong Badak Kuala Terengganu, semalam.
Perhimpunan berkenaan berjaya mengumpul lebih 32,000 remaja dan 16,000 remaja bermotosikal di Terengganu, yang bertujuan mendidik golongan itu agar lebih berhemah dan tidak terbabit dengan aktiviti lumba haram.
Najib berkata golongan belia kini telah melalui proses perubahan yang besar dan pendekatan yang digunakan tidak boleh lagi dilaksanakan seperti tahun-tahun 60-an dan 70-an.
Perdana Menteri juga meminta semua pihak tidak berterusan melabelkan golongan merempit sebagai samseng jalan raya.
"Jangan kata mereka samseng jalan raya... mereka boleh jadi bengang atau bosan di rumah, jadi timbulah budaya ini yang sebenarnya kita perlu juruskan kepada perlakuan yang baik agar mereka dapat mematuhi undang-undang, tidak menunggang secara berbahaya dan sebagainya," katanya.
Perdana Menteri berkata golongan berkenaan perlu diberi peluang dan kemudahan tertentu, misalnya sirkit perlumbaan, bagi membolehkan mereka berlumba dengan cara yang betul.
Najib berkata kerajaan Barisan Nasional sedang melaksanakan empat transformasi melibatkan kerajaan, ekonomi, politik dan sosial.
"Dalam transformasi sosial yang kita perjuangkan itu termasuklah program seperti hari ini yang kita mahu membentuk belia untuk pimpinan masa depan," katanya.
Najib berkata golongan belia cerminan masa depan dan mereka perlu dibimbing dengan pendekatan sewajarnya untuk menjadi pelapis kepada kepimpinan masa depan.
Tasik Kenyir Disahkan Tidak Dicemari E-Coli - Kementerian Kesihatan
Kementerian Kesihatan pada Sabtu mengesahkan bahawa Tasik Kenyir, Terengganu, tidak dicemari dengan bakteria Escherichia coli (E-Coli) sebagaimana didakwa beberapa akhbar awal bulan ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata tinjauan serta siasatan terhadap tahap pemcemaran tasik itu dibuat pada hari Ahad lepas, dan air mentahnya didapati berada dalam julat yang biasa.
Beliau berkata Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu mengambil sampel air mentah dari tujuh 'Houseboat' dan dua pusat peranginan di kawasan itu, dan ia dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri untuk dianalisis.
"Keputusan dua hari lepas mendapati tahap pencemaran E-Coli adalah pada tahap 2 hingga 920 MPN/100ml, di mana ia adalah jauh di bawah tahap maksimum kesesuaian sebagai air mentah iaitu pada 5000 MPN/100ml berdasarkan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata penemuan bakteria E-Coli adalah satu kelaziman di dalam permukaan seperti tasik dan sungai kerana ia tersebar luas.
"Ia adalah satu bakteria yang besar dengan lebih 700 serotaip dikenal pasti, namun sebahagiannya adalah tidak merbahaya dan tidak menyebabkan sebarang penyakit kepada manusia," katanya menambah penemuan bakteria itu dalam air digunakan sebagai indikator pencemaran samada bagi air mentah ataupun air terawat.
Beliau seterusnya menasihatkan orang ramai supaya tidak meminum terus dari sumber air mentah walaupun air itu kelihatan jernih atau bersih, manakala pengusaha tempat-tempat peranginan dinasihati supaya membangunkan sistem rawatan kumbahan di kawasan masing-masing.
"Tahap pencemaran tidak dapat ditentukan dengan hanya melihat dengan mata kasar, air perlu dimasak atau dirawat sebelum minum," tambahnya.
Kementerian Kerja Raya Lulus Peruntukan Tambahan RM410 Juta Untuk Fasa 2 LPT
Menterinya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata kerja pembinaan pakej-pakej tersebut dihentikan ekoran kenaikan kos bahan binaan seperti besi, keluli dan simen berikutan kenaikan harga petroleum pada 2007 dan 2008.
"Kontrak pembinaan enam pakej tersebut telah dihentikan, lima daripadanya secara persetujuan bersama," katanya kepada pemberita selepas menutup kejohanan Sukan Jabatan Kerja Raya di Stadium Darul Makmur di Kuantan, semalam.
Beliau berkata kementerian tersebut telah melantik kontraktor baru untuk melaksanakan enam pakej tersebut yang bernilai RM410 juta.
Shaziman berkata pelaksanaan projek lebuh raya itu kini 75.6 peratus siap berbanding jadual asal 82.9 peratus.
Fasa kedua LPT sepanjang 184 kilometer bermula dari Jabor, Kemaman, ke Kampung Gemuruh, di bahagian utara Kuala Terengganu, merupakan kesinambungan daripada fasa pertama yang bernilai RM3.7 bilion dari dari Karak ke Kuantan sepanjang 159 kilometer.
Kerja pembinaan fasa pertama bermula Mac 2006.
Kolej perubatan Ireland di Terengganu
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari negeri ini yang berkelayakan dan memenuhi syarat akan dipilih untuk mengikuti pengajian di kolej perubatan itu.
"Mereka akan mengikuti pengajian selama tiga tahun pertama di kampus cawangannya yang kedua di negara ini sebelum menghabiskan masa pengajian dua tahun lagi di republik berkenaan.
"Kelebihannya di sini, kos pengajian dapat dijimatkan sehingga RM500,000 berbanding kos keseluruhan sebanyak RM1.5 juta jika pengajian selama lima tahun dibuat sepenuhnya di negara tersebut," katanya dihubungi Utusan Malaysia di Kuala Terengganu, Jumaat (17 Disember 2010).
Tambah Ahmad Razif lagi, kursus 'tiga campur dua' itu bermakna para pelajar akan mengikuti pengajian selama tiga tahun di negeri ini diikuti dua tahun lagi di kampus induknya di Ireland.
"Kursus perubatan ini dibuka kepada pelajar seluruh Malaysia yang layak dan berminat, manakala Terengganu menetapkan penampungan 50 pelajar negeri ini di kampus cawangannya di sini setiap tahun.
''Ia diharap mampu menjayakan hasrat kerajaan negeri untuk membolehkan doktor wanita hanya merawat pesakit wanita dan doktor lelaki untuk pesakit lelaki pada masa depan," katanya.
Katanya, bagi mengurangkan kos penghantaran pelajar di negara-negara yang menjadi tumpuan selama ini, kerajaan negeri akan berusaha mencari destinasi baru.
"Untuk tujuan itu, kerajaan negeri akan menghantar wakil ke Republik Czech tidak lama lagi untuk menandatangani perjanjian dalam bidang pengajian perubatan dengan Universiti Charles.
"Sebelum ini, kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu telah melaksanakan perjanjian yang sama dengan Akademi Perubatan Moscow (MMA) dan Universiti Perubatan Volvograd di Rusia," ujarnya lagi.
Giant Bandar Baru Kijal dapat sambutan
Kewujudannya bakal membantu perkembangan bandar baru Kijal dan memesatkan penjanaan kegiatan ekonomi setempat.
Gedung membeli belah itu yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mendapat sambutan luar dugaan apabila berjaya mencatat hasil jualan melebihi setengah juta ringgit semalam.
Pasar raya Giant itu merupakan cawangan ketiga di negeri ini setakat ini selepas kewujudan Giant di Padang Hiliran, Kuala Terengganu dan pasar raya TMC di Mesra Mall Kuala Terengganu.
Pengarah Bahagian Makanan, GCH Retail (M) Sdn. Bhd., Ian Cruddas berkata, selain lokasi yang strategik dan konsep harga berpatutan, tawaran pelbagai pilihan barangan menjadi faktor sambutan menggalakkan daripada orang ramai.
"Selain memberi nilai-nilai hebat kepada pelanggan, kami juga komited memajukan kehidupan rakyat Malaysia dengan memberi khidmat kepada komuniti setempat," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad berkata, Giant Bandar Baru Kijal merupakan penyewa terbesar di lokasi yang bakal dibangunkan sebagai pusat tekstil itu.
Ujarnya, pembangunan di tanah seluas kira-kira 160 hektar itu yang membabitkan kos keseluruhan kira-kira RM100 juta, turut menarik perhatian sebuah gedung tekstil terkenal untuk membuka cawangannya di lokasi ini.
Mat Rempit - Terengganu Menongkah Arus?
Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (dua dari kiri), Rozi (dua dari kanan) dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Badrul Hisham Zaki (kanan) pada majlis perasmian program Juara Rakyat Parlimen Kuala Terengganu.
Ketika banyak pihak mencemuh mat rempit atau samseng jalanan yang rata-rata membabitkan kumpulan remaja yang sering dituduh mengganggu ketenteraman masyarakat, Kerajaan Terengganu menongkah arus dengan mengangkat martabat golongan itu.
Inisiatif ini dilakukan bersandarkan keyakinan mat rempit atau samseng jalanan mampu diubah untuk menjadi kumpulan yang mampu memberi nilai tersendiri kepada masyarakat.
Sudah pasti, melalui usaha ini, kumpulan mat rempit atau samseng jalanan di Terengganu dilihat bertuah dan dicemburui. Ini kerana kerajaan negeri menzahirkan keprihatinan yang tinggi untuk melihat golongan itu menyumbang sesuatu yang lebih positif - umpamanya dalam sukan permotoran, kerja amal dan kebajikan atau pembangunan ekonomi.
Merintis penubuhan Kelab Motosikal Terengganu (KMT) dengan matlamat menghimpunkan mat rempit dalam kumpulan besar, tidak dinafikan mungkin ramai skeptikal dengan usaha mewujudkan kelab permotoran ini. Mungkin ada yang menganggap usaha ini hanya akan memburukkan lagi fenomena lumba haram - apatah lagi Terengganu dilihat antara negeri penyandang rekod paling parah dalam gejala ini.
Menjelaskan relevan KMT dalam membanteras gejala mat rempit dan samseng jalanan, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat, berkata kerajaan negeri sedar sindrom negatif yang menjangkiti remaja di Terengganu makin serius serta memerlukan perhatian padu untuk menanganinya, sekali gus memastikan golongan ini tidak terus hanyut memburu keseronokan berlumba haram.
Rozi berkata, KMT yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini pada Himpunan Remaja Terengganu 2010 di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu disasarkan menarik sehingga 32,000 keahlian dengan pecahan 1,000 keahlian di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus menjadikannya kelab permotoran terbesar di Malaysia.
"Penubuhan KMT menunjukkan kerajaan negeri prihatin terhadap golongan ini. Kita tahu sebahagian besar mat rempit dan samseng jalanan ini adalah remaja yang bakal menjadi pelapis masa depan negara. Kita mahu membantu mereka menjadi individu yang lebih baik dengan meninggalkan gejala tidak sihat dan bersama-sama dengan kita menjayakan pelbagai aktiviti yang dirancang untuk mereka.
"Kita mahu remaja ini tahu, kita mengiktiraf mereka dan sedar apa yang mereka inginkan. Kita tidak sisih dan pinggirkan mereka, sebaliknya kita sokong minat mereka. Orang muda ini suka berkumpulan, jadi kita kena wujudkan satu kumpulan yang mereka suka, yang boleh pandu mereka ke jalan yang betul dengan melakukan aktiviti sihat, tanpa perlu meninggalkan minat mereka.
"Sebab itu kita tubuhkan KMT supaya kita dapat kumpulkan semua mereka ini dalam satu kumpulan dan memudahkan mesej menembusi golongan sasar. Kita akan bincang dengan mereka aktiviti yang sesuai dan kita akan lihat apa yang mereka mahu dan apa yang mereka perlu kita sediakan," katanya.
Rozi berkata, penyertaan KMT dibuka kepada remaja seawal usia 16 tahun hingga belia 30 tahun dengan syarat utama, mereka perlu memiliki lesen memandu sebagai mematuhi peruntukan undang-undang untuk membolehkan mereka menyertai pelbagai aktiviti dan program permotoran yang dirancang.
"Apa yang kita harapkan, usaha kita menubuhkan KMT ini tidak hanya dapat mengurangkan masalah lumba haram di kalangan mat rempit dan samseng jalanan, tetapi juga dapat melahirkan jaguh sukan permotoran yang boleh mengharumkan nama Terengganu dalam arena sukan umpamanya,” katanya.
Rozi yang juga Pengerusi Gerakan Belia 4B Terengganu berkata, kerajaan negeri merangka pelbagai aktiviti dan program untuk remaja di negeri ini dan Festival Remaja Terengganu 2010 yang dilengkapkan dengan pelbagai pengisian bermanfaat adalah antara bukti komitmen padu kerajaan negeri dalam mengiktiraf golongan berkenaan.
"Pelbagai pengisian yang diatur sempena festival bermula Jumaat dan Sabtu ini. Antaranya forum perdana dan sukan malam membabitkan pelbagai acara seperti bola sepak jalanan dan bola jaring; pertunjukan belon udara; kereta kawalan jauh; pameran kereta; ekspo peluang kerjaya dan pendidikan serta persembahan artis popular seperti Akim AF, Elyana, Nadia AF, Mus May, Azlan and the Typewriter, Dafi dan Jamal Abdillah.
"Kita juga menjemput Zizan dan Along Raja Lawak serta Didie Alias sebagai pengacara yang akan turut menghiburkan pengunjung. Kita berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana sudi turun untuk melancarkan penubuhan KMT dan perasmian himpunan terbesar ini.
"Kehadiran Perdana Menteri membuktikan pucuk pimpinan negara cakna dan prihatin dengan golongan muda, sekali gus mengiktiraf peranan mereka sebagai generasi pemimpin pelapis. Sehubungan itu, kita mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk memeriahkan Himpunan Remaja Terengganu ini," katanya.
Berita Harian (18 Dis 2010)
Azizulhasni Dahului Senarai Keirin UCI
Jaguh trek pecut negara, Azizulhasni Awang menemui semula sentuhan apabila menjuarai acara keirin pada pusingan kedua Kejohanan Trek Piala Dunia Klasik UCI di Velodrom Alcides Nieto Patino di Colombia, semalam untuk sekali gus mendahului carta pungutan mata siri kejohanan itu.
Selepas kurang menyengat pada pusingan pertama di Melbourne dengan sekadar tempat ke-11 dan 2 mata disebabkan keletihan selepas Sukan Komanwel New Delhi dan Sukan Asia Guangzhou 2010, Azizul yang mewakili pasukan Yayasan Sime Darby (YSD) bingkas dengan kayuhan mantap untuk memenangi saringan 4 acara itu.
Tanpa Chris Hoy yang tidak mengambil bahagian dalam acara itu, Azizul melangkah yakin ke perlumbaan final dengan menewaskan pelumba Perancis yang mewakili pasukan Cofidis, Francois Pervis dan pelumba Republik Czech, Denis Spicka.
Dengan kemenangan itu dan 12 mata yang dikutip, pelumba 21 tahun kelahiran Dungun itu kini mendahului senarai pungutan mata dengan 14, dan dianugerah jersi pelangi UCI selaku pemenang dan pendahulu acara keirin, menjelang baki dua pusingan di Beijing dan Manchester selepas ini, sebelum ke kejohanan dunia.
Pengurus pasukan, Datuk Naim Mohamad berkata, keputusan jurulatih merehatkan Azizul bagi acara Pecut Berpasukan nyata berbaloi apabila pemenang emas Guangzhou 2010 itu mempamer kayuhan bertenaga di depan lebih 3,000 penonton yang memberi sokongan kepada pelumba bertubuh kecil berbanding pesaing lain.
“Alhamdulillah, lagu Negaraku yang berkumandang di Cali menghangatkan pelumba YSD dari Malaysia serta penonton yang hadir untuk menyaksikan perlumbaan kelas dunia ini, sekali gus meletakkan Azizul di tangga teratas senarai mata Piala Dunia, di depan Chris Hoy, Puerta Zapata, Francois Pervis, Teun Mulder, Christos Volikakis, Denis Spicka, Mickael Bourgain, Simon Ven Velthooven dan Scott Sunderland.
“Begitupun, Azizul mungkin sukar mempertahankan jersi pelangi UCI kerana dia pasti menjadi sasaran pelumba lain pada baki perlumbaan kerana pesaing lain juga saling merebut mata untuk kelayakan ke Sukan Olimpik,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Kelmarin, trio Pecut Berpasukan YSD membabitkan Edrus Md Yunos, Rizal Tisin dan Josiah Ng menduduki tempat keenam untuk mengumpul lima mata, dan menduduki tangga kesembilan keseluruhan dalam senarai mata selepas gagal di Melbourne.