Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menafikan dakwaan sesetengah pihak menerusi internet bahawa kerajaan lambat bertindak untuk memindahkan pelajar Malaysia dari Mesir yang kini dilanda kacau bilau.
Sebaliknya, beliau berkata kerajaan bertindak pantas untuk menguruskan pemindahan rakyat Malaysia dari Mesir, dan ini dilakukan hampir serentak dengan langkah oleh negara lain termasuk Amerika Syarikat.
"Rakyat perlu tahu bahawa bukan mudah untuk mendapatkan hak pendaratan di Mesir. Ia mungkin mengambil masa, melainkan sudah tentulah jika keadaan di sana mencapai tahap bahaya.
"Selepas diberi hak pendaratan, kami segera mulakan usaha memindahkan pelajar Malaysia keluar dari Mesir sejak semalam, dan kami harap dapat menyelesaikan proses pemindahan itu sebelum Isnin ini," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu.
Sehubungan itu, Anifah merayu kepada pihak terbabit, khususnya blogger, supaya tidak mempolitik atau mensabotaj usaha murni kerajaan Malaysia untuk memindahkan atau membawa keluar lebih 11,000 rakyat negara ini dari Mesir ke Jeddah, Arab Saudi.
"Saya sangat kecewa dengan tuduhan ini apabila pada masa kerajaan kita di bawah kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) menumpukan usaha untuk memberi keutamaan kepada keselamatan rakyat kita di Mesir, segolongan pihak tertentu pula mengambil kesempatan daripada keadaan ini demi kepentingan politik mereka.
"Sekarang adalah masa bagi semua rakyat Malaysia, tanpa mengira fahaman politik, untuk berganding tenaga dalam memastikan kejayaan proses pemindahan dan bukannya mencari salah," katanya.
Ditanya sama ada kerajaan akan menanggung kos pengangkutan udara atau penerbangan pelajar Malaysia yang terjejas dari Jeddah ke Kuala Lumpur, Anifah berkata kerajaan akan membuat keputusan berhubung perkara itu dalam sehari dua lagi.
"Kita tunggu sajalah pengumuman itu. Kerajaan akan menanggung sepenuhnya kos memindahkan rakyat kita dari Mesir ke Jeddah, dan semasa di Jeddah, kami akan menyediakan penginapan dan makanan percuma," katanya.
Anifah berharap ibu bapa pelajar Malaysia di Mesir tidak terlalu bimbang kerana kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk menjaga kebajikan anak mereka.
Mengenai perkembangan terkini proses pemindahan itu, beliau berkata kira-kira 3,600 pelajar Malaysia, yang dibawa menggunakan tujuh kapal terbang -- dua buah Boeing 747 Malaysia Airlines, dua buah Airbus A320 AirAsia dan tiga buah pesawat pengangkut C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia -- dijangka tiba di Jeddah menjelang tengah malam (kira-kira 6 pagi Sabtu waktu Malaysia).
Beliau berkata penerbangan ulang-alik sama ada dari Kaherah atau Iskandariah ke Jeddah akan diteruskan sehingga kesemua rakyat Malaysia dibawa keluar dari Mesir, yang digegarkan oleh tunjuk perasaan ganas untuk mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.
Mengenai permintaan kerajaan Sabah untuk menggunakan penerbangan sewa khas untuk membawa keluar pelajar Sabah dari Mesir, Anifah berkata lebih baik jika kerajaan negeri menggunakan khidmat pesawat komersil yang beroperasi di Timur Tengah.
Langkah itu, katanya untuk mengelak daripada berdepan kesukaran menguruskan hak pendaratan atau ruang udara yang akan mengambil masa.
Saturday, February 5, 2011
Anifah Nafi Kerajaan Lambat Pindahkan Rakyat Malaysia Dari Mesir
Sebahagian pelajar Malaysia kumpulan pertama seramai 356 yang di bawa dari Mesir dengan pesawat Malaysia Arilines (MAS) dan AirAsia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah pada Jumaat. Foto BERNAMA
Pasangan Adik Beradik Syukur Terlepas Daripada Rusuhan
Sepasang adik beradik yang merupakan pelajar tahun kedua jurusan perubatan di Universiti Mansurah, Mesir, melahirkan rasa syukur kerana tidak terperangkap dalam kejadian demonstrasi di negara itu.
Wan Mohamad Saifullah Wan Ariffin, 19 dan kakaknya, Wan Nor Syazdiana, 23, merupakan kumpulan pertama pelajar Terengganu yang tiba dari Mesir semalam.
Wan Mohamad Saifullah berkata keadaan keselamatan di Mansurah agak terkawal dengan penduduknya mengadakan demontrasi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan secara aman di bangunan kerajaan di Ad Daqaliyah.
"Pada mulanya kami merasa risau juga dengan keselamatan apabila melihat ada penduduk yang membawa parang dan kayu, namun selepas itu kami merasa lega apabila dimaklumkan mereka adalah penduduk setempat yang melakukan rondaan untuk mengawal keadaan di situ.
"Ini kerana terdapat sebuah penjara kecil tidak jauh dari kawasan itu dilaporkan telah diceroboh dan ada banduan yang terlepas," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seberang Marang, di Kuala Terengganu, semalam.
Wan Mohamad Saifullah, yang merupakan pelajar tajaan Yayasan Terengganu, berkata keadaan itu menyebabkan beliau dan kakaknya tidak terlalu risau dengan keselamatan mereka, namun tetap berikhtiar untuk keluar dari Mesir untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Wan Nor Syazdiana pula berkata, mereka terpaksa meminta pertolongan daripada keluarga salah seorang rakan pelajar di Mesir untuk membeli tiket penerbangan setelah kekurangan wang serta kesukaran menghubungi keluarganya.
"Masing-masing sukar menghubungi keluarga kerana kehabisan kad isian semula, kebetulan ada seorang rakan kami dapat menghubungi keluarganya dan meminta bantuan untuk membeli tiket penerbangan pulang untuk kami seramai lapan orang termasuk saya dua beradik," katanya.
Katanya, walaupun tempahan tiket penerbangan mereka dijadualkan hari ini, namun mereka semua bertolak awal dari Mansurah ke Kaherah pada Selasa lepas dan mereka bernasib baik apabila berjaya mendapat tempat duduk penerbangan Gulf Air pada hari tersebut.
Ibu pasangan beradik tersebut Wook Awang, 51 turut bersyukur kerana kedua-dua anaknya selamat pulang ke tanah air dan berharap kejadian rusuhan di Mesir akan berakhir secepat mungkin bagi membolehkan anaknya itu kembali meneruskan pengajian.

Struktur Dewan Undangan Negeri Terengganu DiUbahsuai
Bangunan Dewan Undangan Negeri, yang terletak di tingkat U2 Wisma Darul Iman, diubahsuai sejak digunakan pada tahun 1987,iaitu kira-kira 24 tahun yang lalu.
Kerja-kerja pengubahsuaian sedang berjalan sekarang ini supaya memenuhi ciri-ciri keperluan masa kini.
Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri, YB Dato'Tengku Putera Awang berkata, selepas ini keadaan tempat persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu akan lebih selesa.
"Ia adalah tempat yang mulia bagi tujuan perbincangan untuk kesejahteraan rakyat,oleh itu tempat yang mulia ini mestilah disempurnakan sebaiknya," katanya.
Jurufoto Teganukita, Zulkifli Putera merakamkan kerja-kerja ubahsuai tersebut.

356 Pelajar Tajaan Mara Ditempatkan Di Asrama Tabung Haji Di Jeddah
Kumpulan pertama pelajar Malaysia terdiri daripada 356 pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang berjaya dibawa keluar dari Kaherah, Mesir akan ditempatkan sementara di asrama Tabung Haji di Jeddah.
Pengerusi Mara Datuk Seri Idris Jusoh berkata kumpulan berkenaan akan didaftarkan oleh tiga pegawai Mara yang dibawa khas dari Kuala Lumpur pada Rabu lepas.
"Tiga pegawai Mara itu kini berada bersama pelajar berkenaan dan mendaftar semua pelajar ini bagi menentukan identiti mereka sebelum laporan dibuat kepada keluarga mereka dari semasa ke semasa," katanya kepada Bernama di Jerteh, semalam.
Bagaimanapun, Idris berkata sekumpulan 300 lagi pelajar tajaan Mara yang menaiki penerbangan AirAsia yang telah mendarat di Jeddah masih terkandas dalam pesawat kerana ketiadaan ejen syarikat penerbangan itu di Jeddah.
"Kita telahpun mendapatkan bantuan daripada Wisma Putra yang sedang berusaha memastikan kesemua pelajar tersebut dapat masuk ke Jeddah," katanya.

Pelajar Malaysia Diminta Jangan Sertai Demonstrasi Di Mesir: Saifuddin
Pelajar Malaysia yang berada di Mesir ketika ini diminta jangan menyertai sebarang aktiviti tunjuk perasaan anti Presiden Hosni Mubarak kerana ia hanya mengundang bahaya.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata apa jua pandangan terhadap pemerintahan Mubarak perlu diketepikan dahulu kerana keutamaan sekarang adalah untuk meninggalkan Mesir yang kini sedang bergolak.
"Saya tahu mereka ada pandangan tertentu tapi keadaan sekarang amat tegang, jangan pertaruhkan nyawa untuk menyertai rusuhan sebegitu kerana bimbang nyawa mereka terancam," katanya, semalam.
Di Kaherah hari ini sepuluh ribu rakyat Mesir membanjiri Dataran Tahrir, untuk menghadiri sembahyang Jumaat dan seterusnya menyertai demonstrasi anti-Mubarak.
Mereka berharap sekurang-kurangnya sejuta lagi penunjuk perasaan akan menyertai demonstrasi itu.
Saifuddin berkata pelajar yang berada di sana ketika ini perlu mengikut arahan pemindahan dan bergerak keluar mengikut perancangan agar semua rakyat dan pelajar Malaysia boleh dipindahkan dengan selamat.
"Yang penting keluar dari Mesir dahulu," katanya.
Saifuddin mengulas tindakan beberapa pelajar di Mesir yang berhasrat menyertai kumpulan anti Mubarak yang desakan supaya presiden negara itu meletak jawatan di Dataran Tahrir, Kaherah.
Malaysia telah melancarkan misi "Ops Piramid" untuk memindahkan lebih 11,000 rakyat Malaysia di negara itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay dan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shahlan Ismail adalah antara yang berada di Mesir bagi menguruskan pemindahan rakyat Malaysia.
Seramai 760 rakyat Malaysia telah berjaya dibawa keluar sejak semalam dan kini ditempatkan di Pusat Transit Tabung Haji Madinatul Hujaj di Jeddah, Arab Saudi.
Sejak 28 Jan lepas, beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar utama Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Mubarak meletakkan jawatan.

Friday, February 4, 2011
Masjid Abidin Adakan Solat Hajat Minta Lindungi Pelajar, Rakyat Malaysia
Sebahagian pelajar Malaysia kumpulan pertama seramai 356 yang di bawa dari Mesir dengan pesawat Malaysia Arilines (MAS) dan AirAsia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah pada Jumaat. Foto BERNAMA
Masjid Abidin Kuala Terengganu hari ini mengadakan solat sunat memohon Allah melindungi dan menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.
Solat itu dilakukan selepas solat Jumaat dan tujuannya dimaklumkan kepada jemaah sebelum khutbah.
Selain mendoakan pelajar Malaysia dan khususnya Terengganu, solat juga memohon Allah menyelesaikan kekusutan politik di Mesir dengan menggembalikan keamanan dan kestabilan di negara berkenaan.
Kebanyakan jemaah yang menunaikan solat Jumaat di masjid yang juga dikenali dengan nama Masjid Besar atau Masjid Puteh menunaikan solat sunat berkenaan.
Tidak diketahui apakah masjid lain di Terengganu turut mengadakan solat hajat bagi tujuan sedemikian
Sementara itu, kumpulan pertama pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir berjaya dibawa keluar dari Kaherah pada pukul 3 petang semalam waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia) dan selamat tiba di Jeddah.
Kumpulan itu yang terdiri daripada 356 orang pelajar termasuk seorang bayi, berjaya dibawa keluar menerusi pesawat Boeing 747 milik Malaysia Airlines (MAS).
Naib Pengerusi Eksekutif Hubungan Luar MAS, Kapten Datuk Mohd Nawawi Awang berkata MAS menggunakan pesawat itu bagi memaksimumkan jumlah pelajar dan rakyat Malaysia untuk dibawa keluar dari Kaherah ke Jeddah.
"Pesawat ini mampu ulang alik sebanyak tiga kali dalam sehari. Pun begitu, hari pertama kita tidaklah terlalu sukar (untuk mendarat di Kaherah) dan semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang," katanya kepada pemberita di Kaherah, hari ini.
Sementara itu, suasana ceria jelas terpancar di wajah pelajar-pelajar yang berjaya dibawa keluar dari Kaherah.
Ada antara mereka yang menangis, tertawa dan ada juga yang sibuk dengan telefon bimbit masing-masing menghubungi ibu bapa untuk memaklumkan keadaan terkini mereka.
Haslisah Khalil, 19, pelajar ijazah jurusan perubatan di Universiti Ainshams berkata, beliau bersyukur di atas keprihatinan kerajaan Malaysia yang mengambil inisiatif membawa mereka pulang.
"Gembiralah...sebab keadaan amat menakutkan saya walaupun telah diberikan perintah berkurung oleh pengurusan Rumah Negeri Selangor. Kami hanya boleh keluar selepas pukul 1 tengah hari. Itu pun dengan secepat mungkin.
"Perintah berkurung yang dikenakan ke atas kami bermula pukul 8 pagi hingga 1 tengah hari. Waktu itu kami manfaatkan membeli barangan asas seperti roti dan gula. Waktu itu juga, kami terpaksa berebut-rebut dengan wanita Arab," katanya yang kini berada di tahun satu jurusan tersebut.
Mohd Shauqi Ismail, 26, yang berasal dari Melaka berkata tindakan kerajaan membantu warganya dalam kesusahan termasuk di luar negara membuktikan bahawa kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak prihatin dan bertanggungjawab.
"Saya rasa bersyukur dan gembira hari ini. Sama ada bantuan tiba menerusi kapal terbang ke, kapal ke, apa yang penting ialah keselamatan kita. Jadi kita tak kira apa pun yang datang selamatkan kita," katanya.
Pelajar tahun satu jurusan Syariah Islamiah, Universiti Al-Azhar itu turut ditemani isteri yang juga menuntut di univerisiti itu dan anaknya berusia dua tahun.
Kesemua pelajar tersebut kini ditempatkan sementara di asrama Tabung Haji di Jeddah.
Pemindahan pelajar selain mengunakan pesawat milik MAS, ia juga turut mendapat kerjasama AirAsia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia.
Pada masa ini dianggarkan terdapat 14,000 pelajar Malaysia di Mesir yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di sana.
Sejak 28 Jan lepas, beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.
MB Nasihat Penuntut Anak Terengganu Hubungi Bilik Operasi
Suasana yang tidak terkawal di Kaherah menyebabkan kerajaan Terengganu berusaha bersungguh-sungguh menyelamatkan pelajar anak Terengganu.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menasihati penuntut-penuntut anak Terengganu di Mesir menghubungi sekretariat bilik operasi yang ditubuhkan kerajaan Malaysia untuk urusan membawa pulang.
Katanya, semua penuntut berkenaan yang berada di Mesir dilaporkan dalam keadaan selamat kerana sejak awal lagi mereka diarahkan supaya berada di rumah masing-masing atas faktor keselamatan.
Sementara itu Yayasan Terengganu (YT) juga dalam proses terakhir untuk membuka bilik operasinya di Kuala Terengganu bagi membantu ibu bapa serta keluarga pelajar negeri ini di Mesir mendapatkan maklumat mengenai keadaan mereka di sana.
Ketua Penolong Pengarah (Tajaan) YT, Mohd. Razali Mahmud berkata, keluarga pelajar boleh menghubungi talian 09-6224559 atau 09-6310164 bagi mendapatkan perkembangan selanjutnya.
Menurutnya, seorang ketua pelajar akan dilantik di setiap asrama pelajar Terengganu di Jeddah untuk menyalurkan maklumat terbaru mengenai situasi di sana kepada pihak sekretariat sebelum dimaklumkan kepada bilik operasi di YT.
"Bilik operasi yang kita buka secepat mungkin ini akan kita selaraskan. Seorang ketua pelajar dilantik di asrama di Mesir dan Jeddah untuk hantar maklumat kepada sekretariat di sana. Selepas itu, sekretariat kerajaan Malaysia di sana menyalurkan maklumat mengenai perkembangan pelajar kepada bilik operasi YT di sini untuk pengetahuan ibu bapa," katanya kepada Utusan Malaysia semalam.
Mohd. Razali berkata, pada masa ini, terdapat kira-kira 700 pelajar Terengganu yang menuntut di Mesir iaitu di Universiti Iskandariah, Universiti Mansurah, Universiti Tanta dan Universiti Al-Azhar.
Daripada jumlah itu, 247 pelajar di bawah tajaan YT, manakala selebihnya ditaja pihak lain termasuk swasta dan persendirian.
Kedudukan di Kaherah tidak terkawal lagi apabila berlakunya pertembungan antara kumpulan penunjuk perasaan yang menyokong Presiden Hosni Mubarak dan kumpulan anti kerajaan di Dataran Tahrir awal pagi semalam.
Sekurang-kurangnya lima terkorban apabila penyokong Hosni Mubarak melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan anti kerajaan yang berkumpul di Dataran Tahrir, di Kaherah.
Dilaporkan ratusan penunjuk perasaan anti kerajaan mengalami kecederaan dalam pertembungan dengan kumpulan pro kerajaan sedang menunggu giliran untuk menerima rawatan kecemasan di Dataran Tahrir.
Dalam pertembungan semalam, tembakan senjata api berlarutan sehingga lebih daripada satu jam di sekitar kawasan demonstrasi kerana tidak berpuas hati dengan pengumuman Mubarak yang hanya akan berundur pada September depan.
Menteri Kesihatan Mesir, Ahmad Samih Farid memberitahu televisyen kerajaan bahawa lima orang penunjuk perasaan disahkan terbunuh manakala 836 yang lain mengalami kecederaan.
Katanya kebanyakan korban adalah akibat daripada membaling batu dan serangan menggunakan besi dan kayu.
Ahmad Said berkata akibat kedudukan yang semakin berbahaya di Mesir, bagi tujuan menyelamat, kerajaan negeri Terengganu semalam menghantar tiga orang pegawai ke Jeddah, Arab Saudi untuk menguruskan kepulangan anak-anak Terengganu yang menuntut di Mesir berikutan pergolakan di negara itu.
Menteri Besar berkata mereka diketuai Pegawai Pelajar Terengganu di Mesir Ahmad Kamal Abdullah dan dibantu pegawai dari Yayasan Terengganu dan pegawai dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu (SUK).
"Kita harap ibu bapa jangan bimbang dan sama-samalah kita berdoa mudah-mudahan mereka semua selamat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina, di Kuala Terengganu, semalam.
Ahmad Said berkata kerajaan negeri akan menyiapkan bilik operasi khusus untuk memudahkan pegawai-pegawai itu menguruskan kepulangan penuntut-penuntut berkenaan.
Katanya penuntut-penuntut itu akan dibawa balik dengan kapal terbang dan juga kapal laut dan mungkin ramai lagi penuntut-penuntut anak Terengganu di sana yang tidak berdaftar.
Sementara itu, 70 daripada pelajar Negeri Sembilan yang menuntut di Kaherah selamat menaiki penerbangan pertama membawa keluar rakyat Malaysia dari negara itu pada pukul 1 tengah hari ini (waktu Malaysia), kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Mereka bagaimanapun akan diturunkan di Jeddah, Arab Saudi untuk mendapatkan perlindungan sementara di negara itu, katanya.
"Yang lain akan dibawa keluar mulai esok. Pelajar yang menuntut di Mansoura, Ziqgaziq, Tonta dan Iskandariah akan dibawa dengan kapal melalui pelabuhan Iskandariah," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.
Beliau berkata, kesemua pelajar Negeri Sembilan berada dalam keadaan sihat dan selamat.
Pelajar-pelajar itu dibawa dengan pesawat C-130 Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang melakukan penerbangan 12 kali sehari dari Jeddah ke Kaherah.
Pada masa ini terdapat lebih kurang 250 pelajar Negeri Sembilan menuntut di Mesir dan sebahagian daripada mereka berlindung di Rumah Negeri Sembilan yang terletak di pusat bandar Kaherah.
Sementara itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kumpulan pertama pelajar Melaka seramai 60 orang dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur antara jam 4.30 dan 5.30 pagi esok.
"Selebihnya akan dipindahkan dari Kaherah ke Jeddah dulu, kemudian baru dibawa pulang ke Malaysia, kalau begini, cepat sikit kita boleh bawa lebih banyak pelajar keluar dari Kaherah dalam masa satu hari," katanya.
Beliau menasihati ibu bapa pelajar supaya tidak bimbang dan kerajaan negeri telah menubuhkan sebuah pusat informasi di bangunan Yayasan Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh bagi membolehkan ibu bapa mendapat maklumat terkini mengenai anak-anak mereka.
Kira-kira 200 pelajar Melaka menuntut di Mesir dengan sebahagian besar daripada mereka mendapat pinjaman dari Tabung Amanah Pendidikan Melaka (Tapem).
Kumpulan pertama pelajar Malaysia berlepas ke Jeddah
Seramai 345 pelajar dari kumpulan pertama pelajar Malaysia di Mesir berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah ke Jeddah, Arab Saudi, kira-kira jam 3.30 petang semalam waktu tempatan dengan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS).
Seramai 200 pelajar yang lain pula dijadualkan berlepas ke Jeddah dengan pesawat Air Asia kemudian.
Semalam, Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay, berkata seramai 645 pelajar Malaysia di Mesir dikatakan akan dipindahkan ke Jeddah dengan pesawat AirAsia dan Malaysia Airlines (MAS) hari ini.
"Bagi kumpulan kedua, sebanyak 300 pelajar akan dipindahkan menggunakan pesawat AirAsia...kami akan menghantar mereka ke asrama Tabung Haji di Jeddah," katanya kepada Bernama di Jeddah.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Ismee Ismail berkata seramai 35 kakitangan Tabung Haji kini ditugaskan membantu proses pemindahan pelajar Malaysia di lokasi berkenaan.
Beliau berkata tujuh daripada mereka adalah petugas Tabung Haji di Kuala Lumpur yang dihantar khas bagi membantu 28 kakitangan badan berkenaan di Jeddah.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd Datuk Kamarudin Meranun pula berkata pihaknya sedang menunggu kebenaran untuk mendaratkan pesawat syarikat itu di Lapangan Terbang Kaherah sebelum berlepas ke Jeddah.
Beliau berkata ia perlu dilakukan sebelum menentukan jumlah sebenar pesawat yang akan digunakan untuk membantu kerajaan memindahkan pelajar dari Mesir ke Jeddah.
"Sekarang ini kita dah hantar satu penerbangan, kita tengah menunggu kelulusan terakhir daripada mereka," katanya.
Di ABU DHABI, sehingga kini, pesawat C130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) belum dibenarkan kerajaan Arab Saudi memasuki Jeddah.
Pesawat itu yang berlepas dari Pangkalan TUDM Subang pada 9.30 malam, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi pukul 12 tengah hari waktu Malaysia.
Ia membawa makanan dan mempunyai misi menyelamat dan membawa keluar rakyat Malaysia dari Kaherah ke Jeddah.

Pasukan Lumba Basikal Kebangsaan Tenggelam Lagi...
Analisis Oleh Syed Riduan Ahmad (Berita Harian),3 Feb 2011
Pasukan seperti TSG dan LeTua boleh bertindak sebagai pengantara untuk memberi pendedahan kepada pelumba negara sementara MNCF dan Majlis Sukan Negara (MSN) bertindak sebagai kilang melahirkan pelumba pelapis.
Sistem sebegini turut membantu menjimatkan kos melatih pelumba di mana menerusi pasukan seperti LeTua dan TSG yang diuruskan dengan lebih berkesan, setiap sen bajet dibelanjakan dengan berhati-hati.
Kelab atau pasukan kebangsaan? Itu persoalan yang harus difikirkan badan induk sukan berbasikal negara, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) mengenai penyertaan pasukan tempatan di Le Tour de Langkawi (LTdL) yang sudah 16 edisi dianjurkan.
Pada kejohanan 10 peringkat yang berakhir Selasa lalu, pasukan kebangsaan Malaysia sekali lagi tenggelam untuk akhirnya menduduki tangga ke-21 daripada 23 pasukan yang dijemput mengambil bahagian dengan Amir Mustafa Rusli muncul pelumba terbaik di tangga ke-51 keseluruhan.
Ia jauh berbanding pasukan benua tempatan - Le Tua Cyling (L2A) (tangga ke-16) dan Terengganu ProAsia Cycling (TSG) di tangga kelapan.

Kenyataannya memang pahit untuk ditelan tetapi itulah hakikatnya - dua pasukan profesional dibarisi pelumba berpengalaman luar negara untuk membantu pelumba tempatan akhirnya membawa keputusan yang lebih dihormati dan harus menjadi panduan kepada MNCF.
Selepas 16 edisi, ternyata pasukan yang menampilkan semua pelumba kebangsaan sukar untuk menyaingi pelumba handalan Asia dan Eropah, apatah lagi untuk menyaingi pelumba pasukan berstatus ProTour yang tiada dalam senarai penyertaan kali ini.
Malangnya, tanpa pelumba ProTour pun, pelumba tempatan masih sukar untuk menyerlah dan mungkin sudah tiba masanya untuk MNCF mengambil inisiatif mencari kelab pangkalan dan menghantar pelumba tempatan beraksi bersama pasukan terkemuka untuk menimba pendedahan dan pengalaman.
Dalam jangka panjang, mungkin dua atau tiga tahun, pencapaian pasukan kebangsaan dengan sendirinya akan meningkat sebaik pelumba berpangkalan di Eropah ini dipanggil menyarung jersi negara pada temasya penting seperti Sukan SEA, Sukan Komanwel dan Sukan Asia.
Selepas 16 edisi, ternyata pasukan yang menampilkan semua pelumba kebangsaan sukar untuk menyaingi pelumba handalan Asia dan Eropah, apatah lagi untuk menyaingi pelumba pasukan berstatus ProTour yang tiada dalam senarai penyertaan kali ini.
Malangnya, tanpa pelumba ProTour pun, pelumba tempatan masih sukar untuk menyerlah dan mungkin sudah tiba masanya untuk MNCF mengambil inisiatif mencari kelab pangkalan dan menghantar pelumba tempatan beraksi bersama pasukan terkemuka untuk menimba pendedahan dan pengalaman.
Dalam jangka panjang, mungkin dua atau tiga tahun, pencapaian pasukan kebangsaan dengan sendirinya akan meningkat sebaik pelumba berpangkalan di Eropah ini dipanggil menyarung jersi negara pada temasya penting seperti Sukan SEA, Sukan Komanwel dan Sukan Asia.
Pasukan seperti TSG dan LeTua boleh bertindak sebagai pengantara untuk memberi pendedahan kepada pelumba negara sementara MNCF dan Majlis Sukan Negara (MSN) bertindak sebagai kilang melahirkan pelumba pelapis.
Sistem sebegini turut membantu menjimatkan kos melatih pelumba di mana menerusi pasukan seperti LeTua dan TSG yang diuruskan dengan lebih berkesan, setiap sen bajet dibelanjakan dengan berhati-hati.
Resital Aseni Memukau Penonton
Oleh Suriati Ali (UKOM)
Sembilan jenis persembahan tradisional yang dipamerkan penuntut Akademi Seni Terengganu (Aseni) cukup mengagumkan dan memukau ratusan penonton yang hadir sempena Resital Pelajar Tahun Akhir sesi Febuari 2009.
Gamelan; muzik berjudul anak udang, semalam di Kuala Terengganu; teater realiti; tarian Rain Forest dan muzik berjudul jangan ditanya.
Manakala empat lagi tarian anak tedung; teater monolog; tarian song of the bird dan wayang di persembahkan oleh 17 pelajar akademi itu diadakan Di Dewan Auditorium 1, Komplek Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Terengganu, malam kelmarin (2 Februari).
Persembahan hampir empat jam itu turut ditonton Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Wan Ahmad Wan Muda dan Pengarah Aseni, Tengku Mohd Arifin Tengku A. Rahman.
Tengku Mohd Arifin berkata, resital atau persembahan muzik seumpama ini perlu dilaksanakan setiap pelajar yang mengambil sijil seni muzik sebagai syarat bergraduat sebelum menempuh alam pekerjaan sebenar.
Katanya, selama dua tahun menimba ilmu dalam bidang ini, pelbagai jenis tarian dan adat budaya Melayu dipelajari mereka termasuk berkaitan memulihara dan menyuburkan budaya warisan Terengganu.
“Saya yakin selepas ini, mereka mampu bergelar pengamal dan pengiat seni budaya profesional setanding mereka yang sudah berjaya.
“Program yang dapat menyemarakkan aktiviti dan industri kesenian Terengganu ini akan diteruskan pada tahun depan,” katanya.
Menurutnya, pendekatan ini penting kerana bukan saja dapat menjadi rujukan kepada penyelidik dan pencinta seni malah memberi peluang kepada individu kurang berbakat mempelajarinya.

Bidaan Oleh Negeri Tentukan Laluan LTdL Mulai Tahun Depan - Ahmad Shabery
Pemilihan laluan bagi perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) akan ditentukan berdasarkan konsep pembidaan oleh negeri-negeri mulai tahun depan dan bukan lagi ditentukan oleh Kementerian Belia dan Sukan.
Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata konsep pembidaan telah lama diamalkan di luar negara dan ia adalah sebagai langkah menyemarakkan sokong peminat sukan berbasikal di negara ini.
"Konsep membida supaya negeri mereka dijadikan laluan mungkin satu perkara baru di sini, tetapi ia merupakan satu perkara biasa dalam perlumbaan di luar negara seperti Tour de France.
"Sekarang ini, Scotland membida agar perlumbaan Tour de France melalui negara mereka dan ramai negara juga berbuat perkara yang sama," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Kampung Tengah, Kerteh, di Kemaman semalam.
Ahmad Shabery berkata pemilihan laluan untuk LTdL edisi ke-17 tahun depan akan bergantung kepada bidaan dan tawaran yang dibuat oleh negeri.
Katanya Terengganu merupakan negeri terawal menawarkan diri untuk menjadi laluan perlumbaan itu dengan berjanji akan memberikan sumbangan istimewa.
Justeru itu, Ahmad Shabery berkata pihaknya sedang menimbangkan untuk menjadikan Terengganu sebagai sebagai laluan peringkat terakhir dan bukan lagi Kuala Lumpur seperti lazimnya.
Pada LTdL 2011 edisi ke-16, yang berakhir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, Selasa lalu, melibatkan 10 peringkat perlumbaan dengan jarak kayuhan sejauh 1,315.4 kilometer serta menawarkan hadiah wang tunai RM1 juta.
Kementerian Belia dan Sukan membelanjakan RM17 juta untuk menjayakan edisi tahun ini melibatkan peringkat laluan perlumbaan meliputi negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Kuala Lumpur.

Parkir Automatik Pertama Di Malaysia Beroperasi
Ahmad Said melakukan perasmian parkir jenis Rotary di Kuala Terengganu, kelmarin - Gambar Zul Putra.
Oleh Mohamad Shahrir Hamid (Pelatih UKOM)
Parkir Automatik (Rotary Type) yang pertama dibina di negara ini, memulakan operasi kelmarin (2 Feb 2011) dengan tawaran meletak kereta secara percuma selama satu minggu.
Pencetus idea pembinaan parkir berharga RM 9.8 juta itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said, merasmikan bangunan itu yang terletak di Jalan Batas Baru, dan kini menjadi kebanggaan rakyat Terengganu itu.
Parkir percuma diberikan kepada pengguna kenderaan yang menggunakan kemudahan canggih diilhamkan kepakaran teknologi dari China bermula semalam (3 Februari) dalam usaha memahirkan pengguna tentang teknologi baru itu.
“Saya bangga kerana Terengganu mempunyai parkir automatik pertama seumpamanya di negara ini dan menyelesaikan masalah pengguna jalan raya terutama dalam Bandaraya Kuala Terengganu meletakkan kenderaan mereka,” jelas Ahmad Said.
Beliau juga berharap ramai pengguna akan menggunakan kemudahan yang telah disediakan kerajaan itu demi kesenangan serta keselesaan rakyat.
Beliau berkata, hanya London dan Tokyo sahaja yang menggunakan Rotary Type seumpama itu dalam usaha menjimatkan penggunaan kawasan serta keselamatan kenderaan lebih terjamin.
Pembinaan Rotary Type memakan masa tidak sampai setahun bermula 9 Mei 2010 dan siap sepenuhnya Disember 2010. Parkir tersebut mampu memuatkan lebih 200 buah kereta pada suatu masa serta 32 kenderaan pelbagai guna (MPV).
Caj RM 2.50 dikenakan pada 1 jam pertama bagi pengguna bersesuaian dengan teknologi canggih tersebut. Bagi jam seterusnya mereka perlu membayar RM1 setiap jam.
Seramai dua pekerja bertanggungjawab mengendalikan parkir automatik rotary type yang telah memulakan operasinya hari ini. Pada masa yang sama, beliau menafikan sekeras-kerasnya tuduhan pembangkang pembinaan parkir tersebut dijalankan selepas ditolak oleh negeri lain.
Menteri Besar juga telah mengenal pasti beberapa jalan utama di negeri ini bakal dibaik pulih bagi memberi keselesaan maksimum kepada pengguna jalan raya serta melicinkan kesesakan lalu lintas.
“Kita akan membuka jalan tiga lorong sekiranya perlu bagi mengelak kesesakan lalu lintas dan perkara ini akan dipantau dari semasa ke semasa bagi memastikan keselesaan serta keselamatan pengguna jalan raya bersesuaian dengan moto ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’,” katanya.

Lapan Pelayar Muda Diserap Ke Dalam Skuad Elit
Lapan pelayar muda pelapis negara yang mempamerkan pencapaian cemerlang sepanjang tahun lepas akan diserap ke skuad elit negara kendalian Majlis Sukan Negara (MSN).
Pengurus besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA), Mohd Afendy Abdullah berkata nama kelapan-lapan pelayar muda tersebut telah diterima oleh pihak MSN dan kini telah bergelar pelayar elit negara.
"Lapan pelayar muda tersebut ialah Khairulnizam Mohd Afendy, Afizuddin Mazlan, Ahmad Latif Khan Ali Sabri Khan, Romzi Mohamad, Hafizuddin Mazlan, Khairunisa Mohd Afendy, Ku Anas Ku Zamil dan Norashikin Mohd Sayed," katanya di Kuala Lumpur semalam.
Mohd Afendy berkata dalam masa terdekat, beliau akan mencadangkan dua atau tiga lagi nama pelayar muda kepada MSN untuk diserapkan ke dalam skuad elit negara.
Beliau berkata pemilihan tersebut dibuat berdasarkan pencapaian cemerlang mereka (pelayar) seperti temasya Sukan Olimpik Remaja di Singapura pada Ogos tahun lepas dan beberapa siri kejohanan pelayaran peringkat dunia yang lain.
"Kita mempunyai barisan pelayar muda yang cukup berbakat dan saya yakin bahawa mereka mampu melonjakkan nama negara dalam masa dua atau tiga tahun lagi," katanya.
Beliau berkata MYA sentisa berusaha mencari bakat baru setiap tahun untuk melahirkan lebih ramai pelayar muda yang berbakat.

Pindah Sahaja Pasar Malam Maut Kuala Ibai
Kenderaan melalui jalan Kampung Tok Adis, Kuala Ibai berisiko tinggi apabila laluan biasa ditutup untuk aktiviti pasar malam menyebabkan kerap berlaku kemalangan. Gambar kecil, kakitangan Hospital Sultanah Nur Zahirah memeriksa mayat Masri Mamat. 4 terkorban tempoh dua tahun di Jalan Kampung Tok Adis-Kampung Laut.
Bukan sekali kemalangan tetapi sudah beberapa kali!
Pasar Malam Kuala Ibai di Jalan Kampung Tok Adis-Kampung Laut di Kuala Terengganu sudah meraih reputasi sebagai pasar malam maut apabila sudah banyak pengguna menjadi korban kerana keliru dengan perubahan aliran trafik di kawasan itu setiap kali pasar malam beroperasi.
Justeru, orang ramai yang sudah tidak tahan melihat banyak kemalangan maut menyayat hati, termasuk terbaru minggu lalu membabitkan seorang lelaki baru 20 hari mendapat anak sulung, meminta supaya pasar malam di kawasan itu dipindahkan ke tapak lain.
Dalam tempoh dua tahun, pasar malam di situ sudah merekodkan empat kemalangan maut selain kemalangan yang membabitkan kecederaan. Dalam kejadian terbaru Rabu lalu, seorang jurukimpal terbunuh selepas motosikalnya bertembung dengan kereta.
Penduduk, Awang Ali, 39, dari Kampung Tok Adis, berkata orang ramai runsing dengan kesesakan trafik dan perangkap kemalangan kepada pengguna jalan raya.
Katanya, kemalangan sering berlaku terutama membabitkan orang luar yang datang dari kawasan Masjid Tengku Tengah Zaharah dan mengambil Jalan Kampung Tok Adis untuk ke Kampung Laut.
“Ketiadaan tanda jalan dikatakan menjadi punca menyebabkan ramai pengguna luar terus memandu di laluan bertentangan selepas kawasan pasar malam, sedangkan mereka sepatutnya masuk semula ke laluan kiri dan meneruskan perjalanan ke destinasi mereka.
"Sudah jelak kami lihat kejadian kemalangan di kawasan ini pada hari pasar malam beroperasi, malah kawasan ini sudah menjadi tidak ubah seperti perangkap maut kerana pengguna jalan raya yang terkeliru akan tersalah dan memandu di laluan bertentangan," katanya.
Daud Alias, 42, dari Kampung Laut, di sini, berkata setiap kali hari pasar malam keadaan lalu lintas menjadi tidak terkawal ditambah pula dengan ketiadaan papan tanda amaran bagi memudahkan pengguna jalan raya di kawasan itu.
"Setiap kali pasar malam beroperasi, mesti ada pengguna jalan raya yang tersasar memasuki laluan bertentang yang jelas membahayakan nyawa pengguna jalan raya sehingga ada yang terbabit dalam kemalangan maut," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Samiun Salleh, berkata sudah banyak kali pihaknya mengadakan perbincangan dengan persatuan peniaga pasar malam di kawasan itu, namun sukar untuk mengalihkan lokasinya kerana tiada kawasan baru sesuai.
Katanya, pihaknya terpaksa menggunakan jalan terbabit sebagai tapak pasar malam kerana tiada tapak alternatif untuk berpindah.
Berita Harian
Thursday, February 3, 2011
Misi Selamat Pelajar - Layari http://mesir.terengganu.gov.my
Bagi ibubapa dan masyarakat awam yang ingin mengetahui mutakhir usaha kerajaan negeri Terengganu dalam Misi Membawa Pulang Pelajar Terengganu boleh mengetahuinya melalui laman rasmi kerajaan Terengganu,
http://mesir.terengganu.gov.my./
Selain itu, pelayar juga boleh mendapatkan maklumat di blog http://misipulang.blogspot.com/.
Laman yang dibangunkan sejak kelmarin itu hari ini melaporkan empat pelajar Terengganu dari Kaherah selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangs (KLIA) Sepang pagi ini.
Mereka tiba dilapangan terbang KLIA dari Khaherah, Mesir dengan menaiki penerbangan syarikat Gulf Air.
Mereka adalah pelajar tajaan Yayasan Terengganu, Maidam dan Jabatan Perkhidmatan Awam.
Laman misipulang turut melaporkanLaman Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sudah mengarahkan pentadbiran negeri membuka seketeriat di Jeddah bagi memantau misi membawa pulang pelajar Terengganu.
Setiausaha Kerajaan Terengganu Datuk Mazlan Ngah telah mewujudkan Seketeriat Terengganu di Jeddah yang di anggotai oleh Pegawai Tadbir Negeri, Pegawai Yayasan Terengganu dan Pegawai Majlis Agama Dan Adat Terengganu (MAIDAM).
Pentadbiran Negeri diwakili oleh Ustaz Haji Lukema Meri Saleh, Yayasan Terengganu diwakili oleh Ustaz Ahmad Kamal bin Abdullah dan MAIDAM diwakili oleh Ustaz Yaacob bin Abdullah. Beliau seterusnya berkata pegawai bekenaan akan bertugas secara bergilir-gilir mengikut tempoh yang akan ditetapkan.
Ketiga-tiga pegawai ini telah berlepas dari Kuala Terengganu Ke KLIA jam 10.00 pagi hari ini (3Febuari 2011) dan meneruskan penerbangan ke Jeddah jam 3.00 petang hari yang sama menggunakan Saudi Arabian airalines 3811 dan dijangka akan tiba diJeddah jam 16.40 petang waktu Arab Saudi.
Mazlan seterusnya berkata Seketeriat Negeri juga telah ditubuhkan yang diketuai oleh Datuk Haji Wan Ahamad bin Wan Muda Tmbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) dan Razali Mahmud Ketua Penolong Pengarah Yayasan Terengganu (Tajaan) dilantik sebagai setiausaha. Pejabat Seketeriat negeri telah dibuka di Pejabat Yayasan Terengganu.
Mazlan seterusnya berkata kerajaan juga telah menyediakan laman web bagi kerajaan mengeluarkan maklumat mengenai perkembangan misi membawa pulang pelajar Terengganu yang akan menjadi kemudahan kepada orang ramai mengtahui perkembangan misi berkenaan.
Menurut Mazlan lagi, alamat laman web resmi berkenaan ialah mesir.terengganu.gov.my.
Pesawat pertama bawa rakyat Malaysia dari Mesir tiba di KLIA awal pagi esok
Kolonel Dzulkarnain Ahmad (dua dari kiri) yang mengetuai penerbangan bersama anggota krew penerbangan TUDM yang pertama dalam misi bantuan untuk pelajar-pelajar Malaysia di Mesir memeriksa carta perjalanan sebelum berlepas bersama pesawat Charlie di Pangkalan Tentera Udara Subang semalam.
Pesawat pertama dalam misi membawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 5 pagi esok.
Belum dapat dipastikan pelajara dari negeri mana akan tiba awal pagi esok
Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail berkata, penerbangan pertama membawa 309 orang termasuk pelajar serta mereka yang uzur dan wanita mengandung itu akan berlepas dari Kaherah, pada 1 tengah hari ini waktu tempatan (7 malam waktu Malaysia).
Beliau berkata, satu lagi penerbangan akan turut berlepas pada waktu yang sama dan akan membawa 345 orang pelajar Malaysia namun pesawat itu akan mendarat di Jeddah sebelum berpatah balik ke Kaherah untuk menyambung misi.
Shahlan kini berada di Kaherah untuk memantau keadaan di negara yang bergolak itu atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, esok kerjasama antara Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Air Asia dan Sistem Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) akan melakukan 12 kali penerbangan membawa pelajar dan rakyat Malaysia keluar dari Kaherah.
"Tiga pesawat iaitu dua Air Asia dan satu pesawat MAS akan terbang terus ke KLIA. Bagaimanapun tiga pesawat Charlie C-130 milik TUDM akan melakukan penerbangan ulang alik dari Kaherah ke Jeddah di Arab Saudi,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Shahlan berkata, operasi membawa keluar melalui jalan udara melibatkan pemindahan kira-kira 1,000 orang rakyat Malaysia.
Beliau berkata Sabtu ini pula, sebuah kapal Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) KD Bunga Mas 5 akan membawa keluar kira-kira 500 orang pelajar dan rakyat Malaysia dan dijangka terus belayar ke Pelabuhan Klang.
Shahlan berkata, keseluruhan operasi melibatkan 5,000 orang rakyat Malaysia yang terperangkap di Mesir.
Katanya, kerajaan melalui Kementerian Luar dan Majlis Keselamatan Negara sedang melakukan yang terbaik untuk membawa keluar semua 11,000 rakyat Malaysia di Mesir.
"Kita gerakkan pelajar dari semua bandar seperti Kaherah, Iskandariah, Mansoura, Tartar dan Zagazig serta semua bandar-bandar kecil yang lain jadi ia memerlukan perancangan yang teliti.
"Kita berharap semuanya akan berjalan lancar dan operasi pemindahan seterusnya akan dirancang sebaik selesai perancangan pertama misi membawa pulang,” katanya.
Tiga Pegawai Ke Jeddah Bagi Membawa Pulang Pelajar Terengganu
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said hari ini meminta ibubapa pelajar jangan bimbang dengan anak-anak mereka di Mesir kerana keadaan terkawal.
Bilik gerakan dibuka untuk memindahkan terlebih dahulu pelajar dari Mesir, termasuk di Mansurah ke Jeddah dan menginap di asrama Tabung Haji sebagai transit sebelum pulang ke tanah air menaiki kapal laut.
Bagi misi menyelamatkan pelajar ini, Terengganu menghantar tiga pegawai ke Jeddah di ketuai pegawai khas hal ehwal pelajar di Mesir, Haji Ahnmad Kamal Abdullah (bekas ADUN Sura/bekas Imam Besar), seorang Pegawai Yayasan Terengganu (YT) dan seorang dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu hari ini.
Menteri Besar berkata demikian di Dewan Tunku Abdul Rahman pagi ini selepas mengunjungi rumah terbuka MCA sempena Tahun Baru Cina.
Hadir sama, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri, Tengku Putera Awang, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah dan Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Azlan Dagang.
Kelmarin beliau berkata kerajaan negeri terus memantau perkembangan pelajar tajaan Yayasan Terengganu di Mesir melalui laporan Wisma Putra di Putrajaya.
Katanya, kerajaan negeri telah menasihati pelajar-pelajar yang tinggal di rumah sewa supaya berpindah ke Asrama Terengganu di Kaherah dan Mansurah yang masih ada kekosongan.
"Kita nasihatkan mereka supaya jangan terlibat dengan demonstrasi. Mereka hendaklah berada di tempat yang selamat," katanya.
Kini ada 247 pelajar Yayasan Terengganu yang sedang mengikuti pengajian Islam dan kedoktoran di Mesir.
Sementara itu, YT meminta ibu bapa pelajar Terengganu bersabar menunggu kepulangan anak mereka dari Mesir kerana Kementerian Luar sedang menguruskan kepulangan semua pelajar Malaysia yang berada di negara sedang bergolak itu.
Pengarah YT, Aziz Mamat berkata, pihaknya tidak boleh menguruskan kepulangan pelajar dari Terengganu secara terus kerana urusan itu tertakluk kepada bidang kuasa Kementerian Luar.
“Sebagai penaja, YT dan pelbagai agensi lain hanya menunggu tindakan selanjutnya dari Wisma Putra bagi menguruskan kepulangan pelajar yang berada di Mesir. Kita tidak boleh bertindak secara terus walaupun didesak oleh ibu bapa pelajar yang ditaja,” katanya semalam.
“Kita bertuah kerana terdapat beberapa pegawai kerajaan, termasuk Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Haji Kamaru Al-Amin Ismail, kebetulan berada di negara tersebut atas urusan rasmi,” katanya.
Katanya, daripada maklumat yang diterima dari Kementerian Luar dan pegawai tersebut para pelajar Terengganu masih berada di negara Mesir dan mereka akan dipindahkan ke negara berdekatan dalam tempoh terdekat sebelum dibawa pulang ke Malaysia sama ada dengan menaiki kapal laut atau kapal terbang.
Unit Komunikasi Negeri Terengganu

Kerajaan Terengganu Arah JPS Jalankan Kajian Atasi Hakisan Pantai
Laporan Teganuku pada Februari 2010 yang memetik sumber sebuah akhbar harian mengenai hakiksan di Pantai Tok Jembal.
Kerajaan Negeri Terengganu telah mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menjalankan kajian bagi mencari pendekatan atau sistem bersesuaian untuk mengatasi masalah hakisan yang berlaku di beberapa kawasan pantai.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata kajian itu penting kerana hakisan yang berlaku terutama di sepanjang pantai Kampung Tok Jembal dan Pantai Teluk Lipat di daerah Dungun adalah agak serius.
"Kita mahu JPS buat kajian mendalam bagi mengatasi masalah yang berlaku. Masalah ini sering terjadi terutama pada musim tengkujuh apabila laluan ombak terhalang oleh benteng pemecah ombak di kawasan projek pembangunan.
"Bila kita halang laluan ombak seperti membina pelabuhan di Cendering, hakisan akan berlaku di kawasan sekitar seperti Rhu Rendang, begitu juga apabila kita buat pelabuhan di Kemaman, hakisan berlaku pula di kawasan Pupuk Semangat dan ia tidak berkesudahan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa mengadakan lawatan ke Kampung Cina di sini sempena sambutan Tahun Baru Cina mlam kelmarin.
Turut mengiringi beliau Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri Toh Chin Yaw dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Datuk Adzlan Mohd Dagang.

MB Ucap Tahniah Kepada Polis Terengganu
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menyampaikan ucapan tahniah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Terengganu atas kejayaan mengurangkan kadar jenayah di negeri ini sebagaimana digariskan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Menurutnya, penurunan tersebut boleh dilihat melalui penurunan kes jenayah kepada 4,037 pada 2010 berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak 5,319, selain 2,242 kes atau 55.5 peratus kes yang dapat diselesaikan.
“Penurunan sebanyak 1,282 kes ini bersamaan dengan 24.10 peratus dan mencapai kadar yang ditetapkan NKRA iaitu 20 peratus,” katanya.
Beliau berkata, bagi jenayah narkotik, Ibu Pejabat Polis (IPK) Terengganu telah mengendalikan 9,456 kes dengan melibatkan tangkapan seramai 9,467 orang, selain peningkatan kes di bawah Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya dengan 256 kes, membabitkan tangka-pan seramai 357 orang.
“Secara keseluruhannya, kita masih menikmati keadaan persekitaran selamat dan aman. Usaha yang berterusan mesti sentiasa diteruskan bukan sahaja pihak PDRM tetapi juga oleh seluruh lapisan masyarakat yang inginkan persekitaran tenteram, aman dan selamat,” katanya.

551 murid terima e-Book di Langkap
Seramai 551 murid Tahun Lima daripada 24 sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap menerima e-Book yang disumbangkan Kerajaan Negeri untuk kemudahan pembelajaran dan pengajaran di sekolah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Asha’ari Idris berkata, pengagihan e-Book telah memasuki tahun ketiga kepada murid sekolah rendah yang layak menerima, walaupun sebelum ini pelbagai kata-kata tidak puas hati dilontarkan kepada Kerajaan Negeri.
“Namun, hasil kesungguhan Kerajaan Negeri untuk melihat kejayaan dalam bidang pendidikan terutama murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah di negeri ini, usaha itu berjaya dilaksanakan secara menyeluruh.
“Apa yang penting, peranan ibu bapa amat penting bagi memastikan e-Book digunakan secara berhati-hati dan dijaga sebaik mungkin agar tidak mudah rosak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pembahagian e-Book sekolah daerah Setiu DUN Langkap di Dewan Sivik Sungai Tong.
Menurutnya, penggunaan e-Book secara berperingkat kepada murid sekolah rendah diharap dapat meningkatkan prestasi kecemerlangan sekolah di luar bandar apabila menerima kemudahan itu.
“Ini sebab, daerah Setiu antara yang terbaik di peringkat negeri sejak belakangan ini, terutama dalam keputusan peperiksaan awam.
“Kita berhasrat biarlah kecemerlangan ini sentiasa berterusan demi menyahut saranan Kerajaan Negeri melahirkan lebih ramai cendekiawan dalam kalangan anak jati Terengganu pada peringkat tertinggi,” katanya.
Asha’ari berkata, demi memantapkan sistem pendidikan di Terengganu, Kerajaan Negeri sentiasa komited dengan memberi peruntukan besar terhadap pembangunan pelajar terutama di peringkat sekolah setiap tahun.
“Oleh itu, saya menyarankan setiap rakyat dapat menilai sendiri kecaknaan Kerajaan Negeri dalam menyediakan perkhidmatan terbaik dan tidak mudah mendengar cakap-cakap kosong pihak tidak bertanggungjawab demi kepentingan masing-masing,” katanya.
Antara murid sekolah yang terlibat dalam pembahagian e-Book peringkat DUN Langkap termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Teras, Fikri (Sungai Tong), Batu 29, Sungai Tong, Bari, Kampung Rahmat, Chalok, LKTP Chalok Barat dan Bukit Putera.
Selain itu, SK Langkap, Seri Langkap, Sungai Lerek, Merbau Menyusut, Sungai Las, Kampung Tayor, Kampung Bukit, Jelapang, Alur Lek Kasar, Pak Ba, Pelong, Bukit Mundok, Payong Baru dan Kampung Jaya.

Kerajaan Pusat Lulus Pembinaan Sekolah Sukan Kedua Di Terengganu
Ahmad Said mengumumkan sekolah sukan kedua akan dibina berhampiran Kompleks Sukan Gong Badak - Gambar Zul Putra.
Kerajaan pusat bersetuju membina sekolah sukan di negeri Terengganu dan tender untuk projek berkenaan akan dikeluarkan pada Jun depan.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata sekolah sukan kedua di Terengganu itu akan dibina di kawasan seluas lapan hektar di Gong Badak, iaitu berhampiran Kompleks Sukan Gong Badak.
Sebelum ini Terengganu sudah mempunyai sebuah sekolah sukan iaitu Sekolah Sukan Bukit Nenas di Setiu.
"Buat permulaan kerajaan pusat telah meluluskan RM25 juta bagi kerja-kerja tapak dan ia dijangka akan siap dalam tempoh 24 bulan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri semalam.
Ahmad Said berkata konsep sekolah itu sama dengan Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Bandar Penawar, di Johor.
Katanya majoriti pengambilan pelajar yang berbakat dalam bidang sukan untuk ke sekolah itu adalah dari Terengganu yang melibatkan antara 60 dan 70 peratus.
"Bagaimanapun pelajar hendaklah seimbangkan bidang akademi dan tidak hanya bagus dalam bidang sukan semata-mata," katanya.
Ahmad berkata sekolah itu penting bagi Terengganu kerana negeri itu merupakan kuasa sukan baru di negara ini dan ia dilihat perlu bagi menggilap bakat-bakat yang ada.
JPJ Ronda 24 Jam Laluan Sakaratulmaut Di Terengganu
Jabatan Pengangkutan Jalan Terengganu (JPJ) akan melaksanakan rondaan 24 jam setiap hari sepanjang perayaan Tahun Baru Cina dengan tumpuan di laluan paling kerap berlaku kemalangan.
Pengarahnya Abdul Rahman Emang Anyie berkata tiga jalan utama yang dikenal pasti jalan sakaratulmaut ialah laluan Jerangau-Jabor-Kuala Terengganu-Marang-Dungun, Chukai-Paka-Marang dan Jerteh(Besut)-Kuala Terengganu.
"Operasi Tahun Baru Cina 2011 JPJ Terengganu yang melibatkan 109 anggota dan pegawai akan diadakan selama sebulan bermula 21 Jan lalu hingga 20 Feb ini," katanya kepada pemberita pada majlis JPJ Bersama Media, di Kuala Terengganu, kelmarin.
Menurutnya selain itu, kaedah penguatkuasaan juga dipelbagaikan termasuk penguatkuasaan di terminal bas dan penguatkuasaan secara penyamaran di dalam bas ekspres.
Katanya sebanyak 69 bas diperiksa di depoh syarikat bas di Terengganu.
Selain itu beberapa kesalahan dikesan sepanjang taktik penyamaran yang dimulakan dari 7 Jan hingga 26 Januari lalu termasuk ada kes pemandu bas ekspres yang tiada lesen memandu, katanya.

Juruteknik Didakwa Edar Metamphetamine
Seorang juruteknik semalam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu atas dakwaan mengedar dadah jenis metamphetamine.
Mohd Hafiz Abd Ghani, 29, didakwa mengedar metamphetamine dengan berat kasar 200 gram di hadapan rumahnya di Kampung Pengadang Baru, Jalan Gelugor, pada 9.30 malam, 19 Jan lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Tertuduh hanya tunduk dan mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Faraziana Zainuddin namun tiada pengakuan direkodkan.
Siti Faraziana menetapkan 30 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia bersabit kes itu.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Masriwani Mahmud.

Terengganu Sedia Jadi Tuan Rumah LTdL
Oleh Esah Abdullah (UKOM)
Kerajaan negeri menawarkan diri dan bersedia mengeluarkan belanja untuk menjadi tuan rumah dalam kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) pada masa akan datang.
“Atau sekurang-kurangnya menjadi destinasi terakhir ‘final stage’ bagi kejohanan itu,” kata Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco, di Wisma Darul Iman, semalam.
Katanya, perkara sebegini biasa berlaku bagi negara luar yang sanggup mengeluarkan belanja semata-mata untuk menarik sesuatu kejohanan ke tempat mereka kerana di sebalik acara yang berlangsung banyak faedah yang diperolehi termasuk publisiti dari sudut pelancongan.
“Sebab itulah saya beri tawaran kepada penganjur agar kejohanan LTdL akan datang peringkat akhir diadakan di Terengganu dan ianya boleh dimulakan dari Kemaman dan berakhir di Bandar Kuala Terengganu,” katanya.
Dato’ Seri Ahmad seterusnya melahirkan rasa bangga dengan pencapaian pasukan Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG) yang pertama kali menyertai LTdL yang baru berakhir semalam.
“Pelumba kita telah memberi saingan hebat dan sering berada dalam kelompok hadapan dalam setiap pusingan (10 pusingan) sepanjang kejohanan berlangsung dan akhirnya berjaya menempatkan diri dalam senarai 10 pasukan terbaik kejohanan,” katanya.
Katanya, sebagai persiapan menyertai kejohanan akan datang, pasukan kedua akan diwujudkan bagi membantu pasukan pertama mengatur strategi memenangi kejohanan yang disertai.
“Kerajaan bercadang menghantar pasukan kedua ini menjalani latihan di India dan pasukan pertama akan menjelajah ke seluruh negara sebelum di hantar ke Shanghai,” katanya.

Piala Emas Khir Johari: Terengganu Sasar Juara Tahun Ini
Terengganu meletak sasaran untuk menjadi juara sepak takraw Piala Emas Khir Johari yang akan berlangsung di Kuching, Sarawak Mac ini.
Pengurus pasukan Azmi Mohamad berkata ini kerana sudah tiga kali berturut-turut Terengganu tidak bernaib baik memenangi piala yang berprestij itu sejak tahun 2007.
"Kita telah muncul sebagai naib juara sejak tahun 2007, 2008 dan 2009. Kali ini kita harap kita tidak akan gagal lagi," katanya di Kuala Terengganu, semalam.
Azmi berkata pada kali ini, Terengganu akan menghantar pasukan terbaik dengan gabungan pemain lama dan baru untuk memastikan mereka berjaya merangkul piala tersebut.
Katanya pasukan akan diperkuatkan dengan tiga pemain elit kebangsaan yang mewakili negara pada Sukan SEA di Guangzhau, China baru-baru ini iaitu Mohd Shazwan Husin, Mohd Nasir Manjor Ahmad dan Mohd Fadli Roslan.
Azmi berkata Terengganu juga akan menurunkan pemain muda yang sedang membuat persiapan untuk menghadapi Sukma di Kuantan, Pahang 2012.
Katanya pemain-pemain itu telah membuktikan kemampuan masing-masing ketika mewakili Terengganu dalam kejohanan Piala Presiden PSM Datuk Ahmad Ismail di Bukit Jalil baru-baru ini yang menyaksikan Terengganu muncul juara.
Begitu juga Terengganu telah memilih jurulatih berpengalaman Nordin Ali sebagai jurulatih bagi memastikan matlamat pasukan tercapai tahun ini.
Katanya Nordin akan dibantu bekas jurulatih kebangsaan Thailand, Vitaya Boonta.

3,000 pengunjung sertai perarakan Tahun Baru Cina
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan orang ramai yang hadir semasa perarakan sempena perayaan Tahun Baru Cina di Kampung Cina, Kuala Terengganu, malam kelmarin - Gambar Zul Putra.
Kira-kira 3,000 pengunjung memeriahkan Majlis Persembahan sempena sambutan Tahun Baru Cina di Kampung Cina, Jalan Bandar, di Kuala Terenganu, malam kelmarin.
Ia dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan isteri, Toh Puan Norliza Mahmud di samping Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Toh Chin Yau dan mereka turut serta dalam perarakan pembukaan majlis.
Pelbagai hiasan menyerikan sepanjang laluan satu kilometer kawasan perniagaan lama itu dan premis-premis juga turut diperindahkan melalui pertandingan yang diadakan.
Menteri Besar turut meluangkan masa melawat setiap rumah yang menyertai pertandingan termasuk keluarga Melayu dan India dan memberi angpau kepada setiap peserta dan kanak-kanak.
Pelbagai persembahan yang diadakan seperti pertunjukan Pertukaran Topeng Muka, persembahan Akrobatik dan Pertandingan Menghias Rumah yang turut disertai oleh kaum Melayu (empat buah) dan India (dua buah) di sepanjang jalan di Chinatown.
Acara pemberian angpau, minum teh, pemberian buah limau, acara bergambar bersama haiwan Tahun Baru Cina, Arnab serta nyanyian lagu-lagu klasik juga dapat dilihat di sepanjang jalan berkenaan.
Selain itu, jualan seni kraf tangan dan persembahan muzik tradisional Cina di samping tarian singa memeriahkan lagi sambutan.
Menurut Chin Yau, program seumpama itu sentiasa dinantikan oleh masyarakat setempat yang turut memancarkan perpaduan di antara semua kaum di mana budaya dan tradisi Cina dapat diketahui dengan lebih dekat.
Ketua Belia Wanita MCA, Monna Ong merakamkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang membantu menjayakan program itu dan juga menjadikan kampung Cina sebagai pusat pelancongan warisan.
"Saya amat gembira dengan kehadiran Menteri Besar bagi memeriahkan lagi Majlis Persembahan dan ramai kaum Melayu yang turut terlibat bagi menjayakan program ini" katanya.
Program yang amat meriah ini yang di sertai oleh pelbagai kaum menunjukkan sikap rakyat Terengganu yang mengamalkan konsep Satu Malaysia bagi mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian negeri.

Wednesday, February 2, 2011
Kerajaan Usaha Bawa Pulang Pelajar Menggunakan Kapal Atau Pesawat
Penunjuk perasaan anti kerajaan berarak sambil membawa sepanduk wajah Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang diberi gambaran berupa Adolf Hitler di Dataran Tahrir, Kaherah hari ini. Jalan raya sekitar Kaherah dibanjiri penunjuk perasaan mendesak Mubarak supaya meletak jawatan sejak seminggu lalu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.
"Beberapa langkah segera akan diambil untuk membawa keluar pelajar-pelajar kita dari Mesir," katanya kepada di Kuala Lumpur, malam semalam.
Antara langkah berkenaan ialah meminta kapal Bunga Mas 5, iaitu sebuah kapal serbaguna yang dikawal oleh Tentera Laut Diraja Malaysia yang bertugas di Teluk Aden, untuk belayar ke Pelabuhan Adabiyah yang terletak kira-kira dua jam setengah perjalanan dari selatan Kaherah, bagi membawa keluar pelajar-pelajar berkenaan.
"Kapal itu dijangka tiba di Pelabuhan Adabiah pada 5 Februari. Ia dapat memuatkan kira-kira 500 pelajar kita," katanya.
Najib juga berkata bahawa beliau sudah berunding dengan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman untuk meminta syarikat penerbangan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia untuk melakukan penerbangan khas ke Kaherah untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia.
"Mereka (MAS dan AirAsia) akan memaklumkan kepada saya Rabu mengenai kemungkinan menggunakan pesawat mereka untuk tugas ini," katanya. Beliau berkata kerajaan juga akan berusaha membawa pelajar-pelajar Malaysia ke Jeddah untuk ditempatkan sementara di pusat Tabung Haji di sana sehingga ada penerbangan pulang ke Malaysia.
Bagaimanapun menurutnya ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu termasuk urusan visa pelajar berkenaan.
"Kerajaan sedang berurusan dengan kerajaan Arab Saudi untuk mendapatkan kebenaran khas membawa para pelajar kita ke Jeddah," kata Najib.
Perdana Menteri berkata kerajaan akan memberi maklumat lanjut mengenai perkara itu kepada pelajar dan ibu bapa pada Rabu.
Sementara itu Kohilan yang berada di Kaherah ketika dihubungi Bernama berkata pesawat C-130 Charlie Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga akan digunakan bagi membawa keluar pelajar Malaysia di Mesir secara berperingkat ke negara jiran terdekat.
Katanya Dewan Malaysia Abbasiyah, Rumah-Rumah Negeri di Kaherah, dan Rumah MARA di Iskandariah menjadi kawasan perlindungan selamat kepada pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.
"Bagi memastikan keselamatan di sana (rumah perlindungan) serta keperluan harian mencukupi, kerajaan akan meningkatkan kawalan keselamatan serta menyalurkan dengan segera bekalan makanan serta keperluan yang lain," katanya.
Terdahulu beliau dan Sahlan Ismail yang mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai Rumah Negeri dan wakil-wakil pelajar di Mesir, mendapati rata-rata pelajar Malaysia berada dalam keadaan terkawal dengan moral mereka tinggi.
Sementara itu, Sahlan berkata pegawai kedutaan ditempatkan dengan segera di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah untuk membantu pelajar dan warganegara Malaysia yang terkandas.
"Kami hadapi masalah untuk berikan bantuan makanan dan minuman ekoran laluan di bandar dan lorong dikawal oleh penduduk Mesir yang berdemonstrasi, jadi tugas pegawai kedutaan adalah untuk menyediakan makanan, dan minuman di samping membantu dalam urusan tempahan tiket," katanya.
Beliau berkata sehingga ini 150 pelajar dan rakyat Malaysia yang terkandas sejak Sabtu lepas berjaya pulang ke tanah air dengan pembiayaan sendiri menerusi Oman, Abu Dhabi dan Amsterdam.
"Kami jumpa mereka di lapangan terbang dan beri kata-kata semangat sebelum mereka pulang, kami juga akan usahakan untuk (bawa pulang) yang lain," katanya.
Sahlan berkata dalam masa yang sama rakyat Malaysia atau ibu bapa khususnya dinasihatkan agar menangguhkan perjalanan yang tidak perlu ke Mesir memandangkan amat sukar untuk mendapatkan penerbangan pulang, di samping kesesakan lapangan terbang dan perintah berkurung yang dikuatkuasakan.
Beliau berkata kerajaan dan pejabat kedutaan akan terus menyalurkan maklumat mengenai perkembangan semasa kepada semua pelajar dan pegawai-pegawai Malaysia di Mesir serta kepada rakyat Malaysia.
Anuar Manan Tempat Kedua, TSG Tempat Kelima
Pasukan Malaysia -- Terengganu Pro Asia Cycling Team, pasukan kebangsaan dan Le Tua Cycling Team -- menamatkan saingan mereka masing-masing di kedudukan tempat kelima, lapan dan 10, daripada 10 pasukan Asia yang bertanding pada kejohanan berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi ke-16 tahun ini.
Pelumba dari pasukan Androni Giocattoli, Jonnatha Monsalve menjadi atlet berbasikal pertama dari Venezuela memenangi gelaran juara keseluruhan kejohanan berkenaan.
Pelumba dari pasukan Itali itu muncul juara keseluruhan individu apabila mencatatkan masa kayuhan 10 hari berjumlah 30 jam 8 minit dan 57 saat.
"Saya amat gembira untuk memenangi kejohanan peringkat awal pembabitan saya sebagai pelumba profesional, ia perkembangan yang baik untuk memulakan karier. Saya gembira dapat memenangi peringkat di Genting Highlands, kerana saya tahu ia memang sukar dan saya tahu rakan senegara saya pernah memenanginya tahun lepas, itu sebabnya saya juga teruja untuk memenanginya," kata pelumba berumur 22 tahun itu.
"Ini juga adalah kemenangan buat pasukan, pasukan saya bekerja keras untuk rangkul juara keseluruhan saya ini. Saya gembira dapat beraksi cemerlang di Kuala Lumpur," tambahnya.
Selain memenangi jersi kuning, Monslave turut berjaya peroleh jersi merah atau gelaran "Raja Bukit" selepas mengumpulkan 45 mata.
"Saya amat menghormati Libardo (Nino Carridor) kerana di menyertai banyak perlumbaan sehingga mencapai usia 42 tahun. Saya gembira dapat menewaskannya. Saya benar-benar mahukan kemenangan kerana saya sudah bersedia untuk perlumbaan ini sejak Disember dan apabila saya ada dua saat defisit kepada Libardo, saya terpaksa buka langkah dengan kayuhan lebih pantas, dan akhirnya saya berjaya," tambahnya.
Sementara itu pelumba pasukan Farnese Vini-Neri Sottoli, Andrea Guardini, muncul juara saingan peringkat akhir hari ini, menjadikan beliau sudah lima kali beroleh kemenangan dalam saingan peringkat LTdL kali ini.
Dalam peringkat akhir hari ini dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ke Kuala Lumpur yang berakhir di Dataran Merdeka, Guardini mencatatkan masa kayuhan 2 jam 24 minit dan 30 saat.
Pelumba berumur 21 tahun dari Itali itu juga memenangi jersi biru (raja pecut) saingan leaderboard dengan 117 mata, 16 mata di hadapan pelumba Malaysia Anuar Manan dari Terengganu Pro Cycling Team.
Pelumba dari Russia Boris Shpilevsky dari pasukan Tabriz Petrochemical Team pula menduduki tempat ketiga dengan 97 mata.
"Saya gembira dapat memenangi lima peringkat dalam perlumbaan profesional saya, dan juga mata keseluruhan. Anuar (Manan) nampak bersungguh benar untuk memenangi mata terbaik keseluruhan, malang baginya dia kalah segalanya dalam peringkat ke-7 apabila dia tidak dapat pecut. Dia kehilangan kira-kira 15 mata," katanya.
Pasukan Tabriz Petrochemical Team mencuri tumpuan dalam kejohanan Le Tour de Langkawi 2011 apabila ia berjaya mengekalkan gelaran juara keseluruhan selepas 10 hari perlumbaan dengan jumlah catatan masa 90 jam 30 minit dan 59 saat, manakala pasukan Azad University Cycling Team dan Chipotle Development Team masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Dalam kategori pelumba Asia, kemenangan pelumba Iran Rahim Emami sebagai pelumba Asia terbaik tahun ini membantu pasukannya Azad University Cycling Team memenangi saingan keseluruhan pasukan Asia.

Keluarga Pelajar Di Mesir Makin Cemas
Jutaan rakyat di seluruh Mesir berhimpun secara besar-besaran bagi menuntut Presiden Hosni Mubarak berundur selepas hampir 30 tahun berada di puncak kuasa. Pakatan pembangkang bertegas bahawa Hosni telah kehilangan kuasa dan mesti berundur. Pusat perhimpunan aman itu ialah di Dataran Tahrir, Kaherah dalam usaha mereka mengadakan perhimpunan sejuta rakyat pada Isnin. - Foto AP
Keluarga pelajar Terengganu yang sedang belajar di Mesir melahirkan rasa bimbang dan cemas tentang keselamatan pelajar berkenaan, sekaligus meminta mereka segera dibawa pulang.
Ketua Penolong Pengarah Yayasan Terengganu Razali Mahmud berkata ibu bapa terutamanya melahirkan rasa bimbang tentang keselamatan anak-anak mereka berikutan keadaan kucar-kacir yang berlaku di negara itu.
"Kita dapat maklumat yang keadaan di sana sudah ke tahap oren. Semalam Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay bersama beberapa pegawai dari Majlis Keselamatan Negara telah berlepas ke Mesir untuk menilai keadaan semasa di sana.
"Mereka tentu ada pelan untuk membawa keluar pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di negara itu ke negara-negara berdekatan seperti Jordan atau ke Arab Saudi," katanya ketika dihubungi semalam.
Razali berkata pihaknya faham di atas kebimbangan ibubapa dan penjaga terhadap keselamatan anak-anak mereka, namun kerajaan sedang mengambil langkah-langkah yang positif bagi mengatasi masalah itu.
Katanya terdapat kira-kira 11,000 rakyat Malaysia berada di negara itu dan dari jumlah itu 7,000 adalah pelajar.
Yayasan Terengganu menaja 247 pelajar yang menuntut dalam jurusan pengajian Islam dan Kedoktoran di Mansurah, Iskandariah dan Kaherah, Mesir.
Sementara itu, menurut laporan mStar, keadaan keselamatan di Mesir ketika ini semakin membimbangkan berikutan kejadian kecurian dan jenayah yang turut melibatkan pelajar Malaysia.
Berdasarkan maklumat terkini, sebuah rumah pelajar perubatan Universiti Mansurah di Iskandariah dipecah masuk oleh penjenayah yang mengambil kesempatan ekoran kekalutan di negara itu ketika ini.
Bagaimanapun Timbalan Setiausaha pelajar Perubatan Cawangan Mansurah (PCM), Nik Nur Fariha Mohamed Zalami berkata, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan berlaku dalam insiden berkenaan.
Menurut pelajar tahun empat Universiti Mansurah itu, keadaan di bandar utama Mesir iaitu Kaherah dan Iskandariah yang kini dipenuhi dengan ribuah penunjuk perasaan berada dalam keadaan luar kawalan dan membimbangkan.
"Dua bahagian ini iaitu Kaherah dan Iskandariah cukup berbahaya, kumpulan pelajar yang berada di sana berada dalam keadaan berjaga-jaga," katanya ketika dihubungi mstar Online di sini, Selasa.
Nik Nur Fariha kini berada di Aldgate, London. Beliau meninggalkan Mesir bersama beberapa rakannya pada Jumaat lalu iaitu selepas tiga hari berlakunya rusuhan bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.
Maklumat berkenaan disampaikan oleh Pengerusi PCM, Ahmad Azizi Md Jusoh yang kini masih berada di Mansurah, Mesir.
Selain itu, Nik Nur Fariha yang menjadi perantara saluran maklumat antara pelajar perubatan di Mansurah dan wakil persatuan mereka di Malaysia mengenai perkembangan terkini di mesir berkata, situasi di bandar Mansurah agak terkawal berbanding di kawasan lain.
Bagaimanapun katanya, keadaan berkenaan dikhuatiri akan berubah dalam masa terdekat berikutan perkembangan terkini iaitu kumpulan penunjuk perasaan mula memasuki kawasan bandar Mansurah.
"Tapi buat masa ini kawasan blok kediaman pelajar Malaysia sains perubatan di Tir'ah masih selamat.
"Tiada anggota polis, sebaliknya tugas mengawal keselamatan diambil alih oleh pihak tentera. Manakala pada waktu malam masyarakat arab tempatan turut mengadakan kawalan keselamatan di kawasan berkenaan," katanya.
Terdapat 755 pelajar Malaysia belajar di Universiti Mansurah dengan 298 daripadanya ialah lelaki manakala 457 adalah wanita.
Tambahnya lagi, pelajar Malaysia di Mansurah kini sudah bersiap-sedia menunggu arahan daripada pihak Keduataan Besar Malaysia, Kaherah untuk dipindahkan.
"Walaupun tiada sebarang arahan diterima, tapi kumpulan pelajar di sana sudah bersiap-sedia untuk sebarang kemungkinan," katanya.
Jelas beliau, kumpulan pelajar Malaysia di Mansurah bagaimanapun tidak menghadapi masalah bekalan makanan.
"Bekalan makanan masih boleh dibeli, tapi sejak berlakunya rusuhan, harga barang makin naik dan lebih mahal," katanya.
Sejak Selasa minggu lalu, beberapa demonstrasi jalanan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansurah.
Daripada 11,319 pelajar Malaysia di negara itu, 6,135 sedang mengikuti jurusan pengajian Islam dan selebihnya dalam bidang perubatan.