Sebuah projek agropolitan di Batu 8, mukim Bebar di sini telah dimulakan untuk membawa sinar harapan kepada 100 keluarga miskin di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Projek itu ialah yang kedua di Pekan selepas projek perintis agropolitan di Runchang yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ogos 2009.
Projek perintis itu melibatkan 30 peserta Orang Asli yang diambil bekerja di 11 Unit Penternakan Haiwan (APU) bagi penternakan biri-biri Dorper. Program sosio-ekonomi bersepadu yang dilaksanakan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) itu terbukti berjaya mengeluarkan masyarakat Orang Asli berkenaan daripada kemiskinan tegar.
Setiap keluarga kini memperoleh pendapatan bulanan antara RM1,000 dan RM2,000. Pada 2010, jualan secara bidaan biri-biri Dorper di Runchang berjaya meraih jualan berjumlah RM$265,550 bagi 465 ekor biri-biri.
PENEMPATAN SEMULA
Berbeza dengan peserta Orang Asli di Runchang yang tinggal di rumah masing-masing, 100 keluarga miskin sekitar Pekan yang dipilih melalui senarai e-kasih ditempatkan di kawasan petempatan semula di Batu 8.
Setiap peserta diberikan sebuah rumah yang selesa dengan tiga bilik dan dilengkapi perabot termasuk set sofa.
Selain itu kawasan petempatan itu yang dijadual dirasmikan Perdana Menteri pada 9 April, turut dilengkapi kemudahan asas seperti dewan serbaguna, masjid, kedairuncit, taska, taman permainan dan pusat perniagaan.
Kesemua peserta projek agropolitan ini terlibat dengan penternakan biri-biri Dorper sebagai aktiviti ekonomi utama. Mereka juga menternak ayam dan itik sebagai aktiviti sekunder.
Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Datuk Jebasingam Issace John berkata Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dilantik sebagai agensi pelaksana yang bertanggungjawab mengambil peserta, menyediakan latihan dan sokongan teknikal, memantau kualiti produk serta melaksanakan khidmat pembelian semula produk bagi projek agropolitan itu.
Pada masa ini, sebanyak 30 APU yang menempatkan 3,000 biri-biri beroperasi sejak Februari lepas.
Beliau berkata 30 APU lagi akan siap dibina menjelang Julai tahun ini bagi meningkatkan lagi pengeluaran biri-biri Dorper yang kini sinonim dengan panggilan "Dorper Pekan" dan mendapat sambutan menggalakkan di pasaran.
"Kami menjangkakan pendapatan bulanan isi rumah ini akan meningkat daripada RM1,000 hingga RM2,000 dalam tempoh tiga tahun pertama kepada RM5,000 dalam masa lapan tahun akan datang," katanya dalam sesi taklimat media di Pekan.
Katanya walaupun peserta dibayar gaji harian RM40 bagi setiap lapan jam bekerja, namun peningkatan pendapatan itu mampu dicapai melalui hasil aktiviti sekunder. Malah setiap peserta juga akan diberi insentif khas hasil keuntungan projek berkenaan.
KEHIDUPAN LEBIH BAIK
Bagi Hasan Iloi, 51, peluang menyertai projek agropolitan itu merubah kehidupannya sekeluarga. Beliau berkata kerja kampung termasuk mengambil upah menoreh getah yang dilakukannya dahulu di Kampung Pelak, Paloh Hinai dekat Pekan menjadikan kehidupannya agak tidak menentu.
"Dulu pendapatan sekitar RM500 sebulan, agak sukar untuk hidup dengan wang sebanyak itu, tetapi dengan pendapatan lebih RM1,000 sebulan kini, ada rumah sendiri, selesalah sedikit kehidupan," katanya.
Malah, isterinya, Norazimah Abu Talib, 43, turut memanfaatkan benih tanaman sayur-sayuran seperti bendi, terung, sawi dan cili yang dibekalkan ECERDC dan Felda dengan bercucuk tanam di halaman rumah.
Katanya selain menghijaukan halaman rumah, sayur-sayuran tersebut dapat digunakan untuk masakan, sekaligus menjimatkan kos perbelanjaan harian. Sementara itu, Zahariah Mahusin, 42, melahirkan rasa syukur dengan rezeki diperoleh kini yang sedikit sebanyak meringankan beban membesarkan dua anaknya berumur lapan dan lima tahun.
"Di sini juga ada disediakan taska, jadi saya tidak terlalu bimbang mengenai anak apabila keluar bekerja," kata ibu tunggal itu.
Walaupun bidang penternakan haiwan berbeza dengan kerja tukang sapu yang dilakukan sebelum ini, namun beliau akan berusaha melaksanakannya dengan sebaik mungkin.
Dalam pada itu, Jebasingam berkata selain memberi fokus kepada membasmi kemiskinan dan menyediakan pendapatan mapan untuk peserta, ECERDC turut mengambil inisiatif memperkenaln program "Sinar ECER", bertujuan meningkatkan kemahiran anak peserta dari segi akademik dan sosial.
Beliau berkata program itu menggabungkan tiga modul -- kelas tuisyen untuk pelajar menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), hari interaktif yang memfokuskan kemahiran pengucapan awam dan keyakinan diri serta 'kids camp' yang menumpukan kepada kemahiran pengurusan.
"Kita mahu generasi kedua ini lebih berjaya dengan tahap pendidikan dan kerjaya yang lebih baik," katanya.
AGROPOLITAN KELANTAN, TERENGGANU
Selain Runchang dan Batu 8, satu lagi lokasi di Tanjung Batu di Pekan bakal dimajukan dengan aktiviti perladangan kelapa sawit yang akan dilaksanakan pada Februari 2012.
Kira-kira 200 orang akan dipilih menyertai program itu yang akan diintegrasikan dengan aktiviti perusahaan burung walit sebagai sumber pendapatan sekunder mereka.
Perancangan sedang dibuat untuk meluaskan projek agropolitan ke dua lagi negeri di Pantai Timur -- Kelantan dan Terengganu.
Di Kelantan, 10 peserta perintis terlibat dalam aktiviti utama perladangan kelapa sawit di Gua Musang. Aktiviti sekunder mereka termasuk akuaponik dan penanaman koko. Seramai 350 peserta lagi dijangka menyertai program itu pada Julai tahun ini.
Sementara di Terengganu, 100 buah rumah dan 52 kandang bagi penternakan kambing Boer akan dibina menerusi projek agripolitan Besut-Setiu.
Fasa satu projek berkenaan melibatkan pembinaan 38 rumah, 20 kandang dan kawasan tanaman rumput, yang dijangka siap pada Ogos. Rencana BERNAMA
Saturday, April 9, 2011
Wanita Malang Temui Suami 'Hilang' Curang Dengan Janda
Malang bertimpa bagi seorang wanita yang bukan saja diceraikan selepas menemui suaminya bersama wanita lain, malah mengalami kecederaan apabila kaki kanannya dilanggar kereta dipandu lelaki terbabit, awal pagi kelmarin.
Sebelum kejadian berhampiran sebuah stesen minyak di Balok, mangsa berusia 35 tahun datang ke bandar ini untuk bertemu suaminya berusia 39 tahun yang tidak pulang ke rumah mereka di Dungun, Terengganu sejak dua minggu lalu selepas memaklumkan mempunyai kerja membaiki kenderaan di bandar ini.
Difahamkan mangsa datang ke rumah sepupunya di Taman Balok Makmur, di Kuantan yang menjadi rumah tumpangan suaminya, Selasa lalu selepas dimaklumkan suaminya mempunyai hubungan dengan seorang janda beranak dua berusia 38 tahun.
“Selepas menunggu beberapa jam, suami pulang ke rumah terbabit kira-kira jam 2 pagi dan terkejut melihat saya berada di rumah.
Dia kemudian bergegas keluar semula dari rumah menuju ke keretanya sebelum masuk kembali ke rumah dan melarikan diri melalui pintu belakang.
“Saya kemudian pergi ke kereta suami dan melihat seorang perempuan dan seorang lelaki dipercayai rakan suami berada di dalamnya. Sebaik ditanya, perempuan terbabit mengaku kekasih suami.
“Saya memaksa wanita itu untuk mengumpan suami supaya mengambilnya di sebuah stesen minyak berdekatan supaya saya juga boleh bertemunya,” katanya ketika dihubungi.
Mangsa berkata, kira-kira jam 6 pagi, suaminya datang ke tempat dijanjikan menaiki kereta lain bagi menjemput wanita itu dan sebaik melangkah keluar dari kenderaan, suaminya sekali lagi tergamam melihatnya turut berada di lokasi itu bersama dua adiknya.
“Sebaik wanita terbabit menaiki kenderaan, saya cuba merapati suami untuk berbincang, namun dalam keadaan berang beliau memarahi dan memaki hamun sebelum menceraikan saya. “Saya kemudian ditolak dan dalam keadaan kelam kabut untuk beredar, suami yang memandu kenderaan melanggar kaki kanan saya,” katanya.
Ibu yang mempunyai anak tujuh berusia sembilan bulan hingga 19 tahun kemudian dibantu dua adiknya membuat laporan polis di Balai Polis Beserah dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi mendapatkan rawatan lututnya.
Sementara itu Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Mohd Haris Daud, ketika ditemui mengesahkan menerima laporan dan kejadian disiasat mengikut Seksyen 337 Kanun Keseksaan.

Friday, April 8, 2011
Jabatan Perpaduan Negara Tubuh 126 Sekretariat Rukun Negara
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) menubuhkan 126 Sekretariat Rukun Negara (SRN) melibatkan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan swasta sehingga tahun lepas.
Ketua Pengarah JPNIN Datuk Azman Amin Hassan berkata sebanyak 3,653 Kelab Rukun Negara (KRN) diwujudkan di sekolah-sekolah menengah dan rendah di seluruh negara.
"Bagi penubuhan SRN kita sediakan geran pelancarannya sebanyak RM3,000 manakala bagi KRN pula sebanyak RM1,000 sebagai permulaan untuk mereka melaksanakan aktiviti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas merasmikan program Kem Pemantapan Kendiri dan Kepimpinan Sekretariat Rukun Negara Survival Laut anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di pulau Bidong dekat Kuala Terengganu, semalam.
Turut hadir Timbalan Naib Canselor UMT Prof Dr Yahaya Ibrahim.
Azman Amin berkata, bagi tahun ini JPNIN akan bergerak lebih aktif lagi dengan menyasarkan untuk mewujud sebanyak 20 SRN dan 500 KRN di seluruh negara yang melibatkan peruntukan kira-kira RM3.6 juta.
Katanya, di bawah SRN tiga komponen lain akan dilaksanakan iaitu program berbentuk motivasi yang akan diadakan di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), program kolokium yang berbentuk akademik di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan program bersama komuniti masyarakat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Mengenai Program Survival Laut, Azman Amin berkata, ia memberi fokus kepada ketahanan diri di samping jejak warisan di mana pulau itu mempunyai sejarah tersendiri yang merupakan pulau penempatan pelarian Vietnam satu ketika dulu.
"Ini akan dapat memperkayakan lagi pengetahuan pelajar tentang sejarah negara kita dan mereka dapat melihat sendiri peninggalan yang ada di Pulau Bidong," katanya.
Program Survival Laut yang diadakan selama tiga hari dan berakhir hari ini disertai 10 buah IPTA dan IPTS melibatkan 152 peserta dari seluruh negara.
Salamfone Lancar Perkhidmatan Mudah Alih Di Malaysia
Salamfone Sdn Bhd, anak syarikat Reach Telecom Kuwait, kelmarin melancarkan perkhidmatan mudah alihnya yang berlandaskan Syariah, di Kuala Terengganu.
Dalam kenyataan kelmarin, syarikat itu berkata perkhidmatan mudah alih Salamfone akan beroperasi menggunakan sistem rangkaian Maxis dan tambah nilai boleh diperoleh di kedai 7-11, stesen Petronas, stesen Shell dan ATM RHB Bank, Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Kuwait Finance House.
Ketua Pegawai Eksekutif Salamfone, Kamshul Kasim bekata empat pasaran awal utama pasaran perkhidmatan mudah alih ialah Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan, memandangkan negeri ini mempunyai bilangan penduduk Islam yang ramai di Malaysia.
Berdasarkan pelancaran awal yang berlangsung pada 29 Mac di Terengganu, 2 April di Kelantan dan 4 April di Kedah, Kamshul berkata minat terhadap Salamfone sangat menggalakkan dengan pengedar membeli stok kad SIM.
Salamfone ialah operator rangkaian maya mudah alih pertama di dunia yang berlandasakan Syariah, menawarkan kelas baharu pekhidmatan mudah alih yang bertumpukan kandungan Islam.

Kastam Syor Kerajaan Tubuh Badan Penasihat Untuk Pantau Prestasi Jabatan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia mencadangkan kepada kerajaan untuk menubuhkan sebuah badan penasihat kastam yang berfungsi untuk memantau prestasi jabatan itu.
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mohamed Khalil Yusuf berkata badan itu dicadang supaya dianggotai tokoh-tokoh masyarakat termasuk di bidang akademik, korporat, perniagaan dan politik, yang bertindak menasihat dan memberi teguran yang perlu untuk menambahbaik jabatan itu daripada semasa ke semasa.
Beliau berkata cadangan penubuhan badan penasihat itu adalah antara strategi jangka pendek yang diputuskan hasil Mesyuarat Pengarah Kastam SeMalaysia ke-65 di Tasik Kenyir, Hulu Terenggganu pada 4 hingga 6 April lepas, dalam usaha menambah baik dan meningkatkan kembali integriti jabatan.
"Dalam mesyuarat kali ini kami meneliti draf pindaan undang-undang Akta Kastam 1967 dan akta-akta berkaitan dengan jabatan ini yang dianggap sudah tidak lagi sesuai serta boleh menyumbang kepada penyelewengan.
"Hasilnya, kami (cadangkan) pinda 82 undang-undang sedia ada dan menambah 49 peruntukan baru, yang akan dikemukakan kepada kementerian untuk dihantar kepada Jabatan Peguam Negara untuk dipertimbangkan," katanya ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu, sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur, kelmarin.
Mohamed Khalil berkata kajian untuk meminda akta yang dianggap lapuk dan perlu penambahbaikan itu sudah lama dilakukan dan ia tiadak kaitan dengan dengan penahanan 63 kakitangan jabatan Kastam termasuk pegawai kanan bergelar Datuk dalam Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia baru-baru ini.
Beliau berkata dalam mesyuarat kali ini juga Jabatan Kastam memutuskan untuk membangunkan sistem yang dikenali sebagai e-Rotation atau e-Perkhidmatan di mana pegawai kastam yang bertugas akan ditukarkan ke tempat baru mengikut penentuan secara elektronik.
Selain itu, katanya Jabatan Kastam juga bersetuju untuk menjadikan unit tataterbit jabatan itu sebagai badan pemantau terhadap pemilikan harta para pegawai.
"Arahan kerajaan kini memanglah pegawai kerajaan kena isytihar harta, tetapi soalnya sekarang adakah ia dipantau secara teliti setiap perisytiharan harta yang dimaklumkan, apakah ada satu badan untuk memantaunya?" katanya.

Wednesday, April 6, 2011
T-Team Kalahkan Kelantan - Selangor Rampas Tangga Teratas Liga
Norfarhan (tengah) diraikan rakan-rakan sepasukannya selepas menjaringkan gol kedua T-Team ketika menentang Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi. T-Team menang 4-3.
Selangor berjaya melonjakkan diri ke tangga teratas Liga Super setelah mencatat kemenangan 2-1 ke atas Harimau Muda A pada perlawanan di Stadium Shah Alam semalam pada ketika Kelatan tewas.
Pendahulu liga sebelum ini, Kelantan mengalami nasib berbeza apabila tewas 3-4 kepada T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Ini bermakna reputasi Kelantan selaku kuasa bola sepak Malaysia akhirnya tercalar di Kuala Terengganu malam tadi pada aksi penuh mendebarkan.
Kelantan yang turun selaku pendahulu Liga Super tewas 3-4 kepada pasukan berstatus kelab, T-Team yang sekali gus turut menebus kekecewaan mereka selepas disingkirkan Kelantan pada aksi Piala FA sebelum ini.
Lebih manis lagi, dua daripada tiga gol yang dijaringkan T-Team semalam disumbangkan bekas pemain Kelantan, Norfarhan Mohammad dan Indra Putra Mahyuddin.
T-Team yang dibimbing Yunus Alif membuka jaringan pertama pada minit ke-21 menerusi Zairo Anuar Zailani hasil sepakan percuma.
Norfarhan terus menambah derita bekas pasukannya itu dengan gol kedua pada minit ke-46. Jaringan itu hadir hasil gerakan solo pemain pertahanan, Norfarhan yang berjaya menggelecek empat pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan kencang yang menerjah jaring.
Bersambung babak kedua, gawang Kelantan yang dikemudi Khairul Fahmi bolos lagi, kali ini menerusi jaringan cantik Indra pada minit ke-51.
Pasukan pelawat cuba merapatkan jurang gol, namun beberapa percubaan daripada Norshahrul Idlan Talaha gagal membuahkan hasil.
Bagaimanapun pada minit ke-62, Kelantan berjaya merapatkan jurang gol menerusi jaringan pemain gantian, Danial Fadzly Abdullah.
Dua minit kemudian, pasukan pelawat menambah gol kedua hasil percubaan jarak jauh S. Chanthuru yang berjaya menewaskan Syamsuri Mustafa.
Kealpaan Kelantan memburu gol penyamaan bagaimanapun dihukum tuan rumah dengan gol keempat minit ke-79 mene- rusi Haris Safwan Kamal.
Namun, Danial Fadzly terus memberi tekanan apabila menjaringkan gol ketiga Kelantan hasil sepakan penalti pada minit ke-86.
Akibat kekalahan tersebut, Kelantan kini jatuh ke tangga ketiga liga dengan kutipan 17 mata. Selangor kini mengumpul 20 mata iaitu satu mata di hadapan pencabar terdekat, Perak selepas sembilan perlawanan. Harimau Muda A terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit ke-6 menerusi Mohamad Fandi Othman.
Pada babak kedua perlawanan, tertekan dengan jaringan pihak lawan, Selangor memperolehi jaringan pertama menerusi Mohd Asaruddin Putra Omar pada minit ke-80.
Gol kemenangan skuad bimbingan K. Devan itu akhirnya disumbangkan oleh Mohd Amirulhadi Zainal pada minit ke-84.
Turut berjaya memperbaiki kedudukan hasil kemenangan Selasa ialah Perak yang kini menduduki tangga kedua liga hasil kemenangan 2-1 ke atas Perlis di Stadium Perak, Ipoh.
Pasukan pelawat, Perlis terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-42 menerusi Azwan Zainon. Gol Perak disumbangkan oleh Shahrulnizam Mustafa pada minit ke-56 dan Akmal Rizal Rakhli pada minit ke-88.
Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Johor FC mengalahkan Kedah 2-1. Gol bagi Johor FC disumbangkan oleh Fendi Ahmad (minit ke-37) dan Mohd Rashid Mohd Aya (minit ke-52). Manakala gol saguhati Kedah dijaringkan oleh Mohd Khyrel Muhymeen pada minit ke-52.
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Kuala Lumpur menang tipis ke atas Negeri Sembilan 1-0, hasil jaringan Mohd Badrul Hisyam Azmi pada minit ke-5. Felda United pula seri 1-1 dengan Sabah pada perlawanan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.
Hasrat Pelayar Negara Sertai Kejohanan Dunia Terbantut
Hasrat skuad pelayaran Malaysia menyertai beberapa kejohanan dunia terbantut kerana menghadapi masalah kewangan dalam persiapan program kelayakan ke Sukan Olimpik London 2012 dan Sukan Sea 2011 di Jakarta November ini.
Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) Mohd Afendy Abdullah berkata terdapat 10 kejohanan pelbagai kategori peringkat dunia termasuk di Eropah terpaksa dilupakan kerana masalah kewangan.
"Peruntukan pembiayaan penyertaan disediakan Majlis Sukan Negara (MSN), jika lewat sampai ia menghadapi masalah dan kelayakan Malaysia akan hilang," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur semalam.
Beliau berkata MYA telah mendaftarkan pelayar untuk mengambil bahagian dan bayaran penyertaannya perlu dijelaskan pada 15 April ini. "Jika tidak penyertaan mereka terpaksa dilupakan," kata Mohd Afendy.

AirAsia Tawar 20 Peratus Diskaun
AirAsia sekali lagi menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus untuk tempat duduk ke semua destinasi bagi tempoh terhad tiga hari, bermula hari ini.
Tawaran itu boleh didapatkan secara eksklusif dalam talian menerusi laman sesawang AirAsia di www.airasia.com sehingga 8 April untuk tempoh perjalanan antara 9 April, 2011 dan 26 Mei, 2011, kata AirAsia dalam satu kenyataan semalam.
Promosi itu turut melibatkan kesemua penerbangan jarak jauh yang dikendalikan oleh AirAsia X, kecuali penerbangan ke Jepun.
Promosi itu termasuklah laluan AirAsia yang baru diperkenalkan iaitu Kota Kinabalu - Jakarta, yang akan bermula pada 7 Mei, 2011 dengan penerbangan tiga kali seminggu pada hari-hari Selasa, Khamis dan Sabtu melalui habnya di Kota Kinabalu, Malaysia.

Penggunaan Pukat Tunda Udang Antara Punca Penyu Pupus
Penggunaan pukat tunda udang dikenali pasti menjadi salah satu punca utama kepada kepupusan penyu sama ada di negara ini atau negara-negara lain di dunia. Ketua
Pengarah Perikanan Datuk Ahamad Sabki Mahmood berkata untuk mengurangkan kesan penggunaan pukat itu, Amerika Syarikat telah menetapkan peraturan agar semua negara yang ingin mengeksport hasil tangkapan udang laut ke negara itu, mereka hendaklah menggunakan alat Peranti Penyisih Penyu (TED) pada pukat yang digunakan.
“Tanpa menggunakan alat itu (alat yang dapat mengeluarkan penyu setelah terperangkap di dalam pukat) hasil udang yang ditangkap adalah dilarang untuk di eksport ke negaranya. “Peraturan ini adalah merujuk kepada ‘U.S. Shrimp Import Embargo’ yang telah berkuatkuasa mulai tahun 1996,” katanya selepas merasmikan Bengkel Penyu dan Peranti Penyisih Penyu di Kuala Terengganu, kelmarin.
Teks ucapannya disampaikan oleh Pengarah Bahagian Pelesenan dan Pengurusan Sumber Jabatan Perikanan Gulamsarwar Jan Mohammad yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif Marine Research Foundation Dr Nicholas T Pilcher.
Ahmad Sabki berkata TED yang berharga RM400 seunit itu telahpun diterima pakai oleh nelayan Sabah dan beliau berharap nelayan di pantai timur turut menggunakannya dalam usaha mengelakkan kepupusan habitat itu.
Katanya untuk meningkatkan penggunaan TED di kalangan nelayan pantai timur, pihaknya akan mengadakan lebih banyak promosi dan membekalkan TED secara percuma.
Ancaman-ancaman lain kepada penyu ialah aktiviti pembangunan yang tidak terancang di kawasan pendaratan penyu, pencemaran, hakisan, penambakan pantai, perdagangan telur penyu dan aktiviti penggunaan alat menangkap ikan, kata beliau.
Katanya usaha pengurusan dan pemuliharaan penyu di negara ini telah dilaksanakan sejak 1960, terutama di negeri-negeri yang mempunyai pendaratan penyu seperti Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, Perak dan Pulau Pinang.
Beliau berkata matlamat pelaksanaan program pengurusan dan pemuliharaan penyu adalah untuk mengurus, memulihara dan melindungi populasi penyu di negara ini dari terus diancam kepupusan.
Katanya Jabatan Perikanan sepanjang tahun 2000 hingga 2010, telah mengeramkan sejumlah 3 juta biji telur penyu dan sejumlah 1.9 juta ekor anak penyu berjaya ditetas dan dilepaskan semula ke habitat asalnya di laut.
“Anak-anak penyu ini adalah hasil daripada pendaratan ibu-ibu penyu yang telah mendarat sebanyak 34,000 kali di pantai-pantai negara ini di mana 90 peratus pendaratan adalah di pantai-pantai Terengganu,” katanya.
Ahmad Sabki berkata penyu adalah khazanah marin yang perlu dipulihara dan dilindungi kerana keunikannya dan sebagai satu-satunya reptilia marin yang wujud sejak berjuta tahun dahulu hingga sekarang.
“Negara kita bertuah kerana empat daripada tujuh jenis penyu yang mendarat di dunia masih mendarat dan bertelur di pantai-pantai kita. Bagaimanapun pendaratan penyu Belimbing dan penyu Lipas untuk bertelur sudah berkurangan.
“Jika tidak diurus dan dilindungi dengan baik, sudah pasti penyu lain seperti penyu Agar dan penyu Karah turut berkurangan dan akhirnya akan pupus dan tidak dapat diwarisi oleh generasi akan datang,” katanya.

Tuesday, April 5, 2011
Petronas Rai Warga Media di Tasik Kenyir
Sebahagian pegawai Petronas dan pengamal media yang menyertai program Petronas Bersama Media Terengganu di Lake Kenyir Resort and Spa, Hulu Terengganu, baru-baru ini.
Petronas Wilayah Timur bersama anak-anak syarikatnya meraikan warga media di negeri ini dalam program selama dua hari di Tasik Kenyir di sini baru-baru ini.
Ia merupakan sebahagian daripada langkah mengeratkan lagi jalinan hubungan antara para pegawai syarikat petroleum nasional itu dengan petugas media.
Tasik itu dipilih sebagai lokasi bagi memberi kesempatan bersama dalam program santai dalam persekitaran alam semulajadi yang belum terusik.
Majlis Petronas Bersama Media itu turut dihadiri oleh Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporatnya, Mohd. Medan Abdullah dan Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur, Zulkifli Ismail.
Ketika berucap pada majlis makan malam di Tasik Kenyir Resort, Mohd. Medan menyifatkan jalinan hubungan antara kedua belah pihak penting dalam usaha bersama menyumbang ke arah kesejahteraan rakyat negeri ini.
Program diisi dengan kembara memancing para pegawai kanan Petronas dengan ketua-ketua biro dan pimpinan Kelab Wartawan Terengganu di samping kembara mencari karun dan menyusur pulau-pulau.

JKDM Cadang Pinda Akta Kastam Dan Akta Berkaitan Elak Penyelewengan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan mencadangkan kepada kerajaan supaya meminda Akta Kastam 1967 dan akta-akta berkaitan dengan jabatan itu yang dianggap sudah tidak lagi sesuai serta boleh menyumbang kepada penyelewengan.
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf berkata kajian untuk meminda akta yang dianggap lapuk dan perlu penambahbaikan itu telah lama dilakukan dan tidak mempunyai kaitan dengan dengan penahanan 62 kakitangannya termasuk pegawai kanan bergelar Datuk akibat salah guna kuasa dan rasuah oleh SPRM baru-baru ini.
"Kita bercadang meminda undang-undang dan JKDM telahpun mengenal pasti peruntukan undang-undang yang kita anggap tidak sesuai dengan keadaan semasa serta boleh beri peluang untuk pelbagai bentuk penyelewengan oleh pelbagai pihak sama ada pihak swasta dan warga kastam sendiri.
"Draf cadangan untuk pindaan undang-undang itu telah dikemukakan kepada Jawatankuasa Pindaan Undang-undang untuk diperhalusi dalam mesyuarat kali ini sebelum kita kemukakan kepada pihak kementerian untuk dipertimbangkan bagi kelulusan Menteri bagi peraturan dan kalau libatkan akta untuk dibentangkan dalam Parlimen," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama dan TV3 selepas merasmikan dan mempengerusikan Mesyuarat Pengarah Kastam Semalaysia kali ke-65 di Tasik Kenyir di Hulu Terengganu hari ini.
Mesyuarat tiga tahun sekali yang diadakan selama empat hari bermula semalam hingga 7 April ini telah lama dirancang untuk diadakan dan dihadiri oleh hampir semua Pengarah Kastam dari seluruh Malaysia kecuali Pahang dihadiri oleh wakilnya.
Mengulas lanjut, Mohamed Khalid berkata, draf untuk pindaan itu mencakupi semua akta berkaitan pungutan hasil negara termasuk Akta Kastam 1967, Akta Cukai, Akta Cukai Jalan, Akta Cukai Perkhidmatan, Akta Cukai Eksais, serta Akta Zon Bebas Cukai. "Pindaan juga akan dilakukan terhadap Akta Zon Bebas Cukai kerana kita dapati akta ini ada ruang untuk disalahgunakan dan kita perlu cadangkan pindaan untuk memantapkan tahap kawalan kastam," katanya.

Nelayan Akan Diwajib Guna TED Untuk Selamatkan Penyu
Gulamsarwar Jan Mohammad (dua, kanan) menerangkan alat TED yang dicadangkan akan dipasang pada pukat tunda udang bagi mengelak kepupusan penyu di Kuala Terengganu,semalam.
Jabatan Perikanan bercadang mewajibkan nelayan menggunakan alat Peranti Penyisih Penyu (TED) pada pukat tunda udang bagi mengelak kepupusan penyu.
Pengarah Bahagian Pelesenan dan Pengurusan Sumber jabatan itu, Gulamsarwar Jan Mohammad berkata, langkah itu penting kerana penggunaan pukat jenis tersebut dikenal pasti sebagai punca utama penyu terperangkap dan mati.
Menurutnya, masalah serupa turut berlaku secara meluas di negara-negara lain sehingga menyebabkan reptilia tersebut kian pupus. Beliau memberitahu, peraturan seumpama itu telah dilaksanakan di Amerika Syarikat (AS) supaya negara-negara pengeksport hasil tangkapan laut menggunakan TED pada pukat tunda mereka.
“Tanpa TED hasil tangkapan udang adalah dilarang untuk dieksport ke AS dan peraturan ini adalah merujuk kepada US Shrimp Import Embargo yang berkuat kuasa bermula 1996,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Penyu dan TED sebagai mewakili Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Datuk Ahamad Sabki Mahmood di Kuala Terengganu, semalam.
Turut hadir, Pengarah Eksekutif Yayasan Penyelidikan Marin (MRF) Sabah, Dr. Nicolas J. Pilcher dan Pegawai Penyelidik Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec), Nazuki Sulong.
Gulamsarwar menjelaskan, pihaknya sedang memperhebatkan usaha untuk memberi kesedaran kepada golongan nelayan mengenai kepentingan peralatan tersebut dalam usaha menyelamatkan penyu daripada pupus.
Katanya, alat berkenaan mula digunakan di Sabah dan setakat ini lebih 100 TED berharga kira-kira RM400 seunit telah dipasang pada pukat tunda dan ia akan diperluaskan ke Semenanjung pula kelak.
Sementara itu katanya, dari tahun 2000 hingga 2010, sebanyak tiga juta biji telur penyu telah dieramkan manakala 1.9 juta ekor penyu berjaya ditetaskan sebelum dilepaskan semula ke laut.
“Anak-anak penyu ini adalah hasil 34,000 kali pendaratan ibu penyu di negara ini dengan 90 peratus daripadanya mendarat di pantai Terengganu,” tambahnya.
APMM Tahan Lapan Nelayan Asing
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot asing bersama lapan nelayan yang menangkap ikan secara haram berhampiran pelantar Malong, Kuantan kelmarin.
Kehadiran bot yang mencurigakan itu dikesan kira-kira pukul 10.35 pagi oleh Kapal Maritim Lang kira-kira 74 batu nautika dari perairan Kuantan.
Kesemua nelayan itu sedang menangkap ikan berdasarkan penemuan 50 kilogram ikan pelbagai jenis di dalam sebuah tong.
Ketua Penguat Kuasa Maritim Malaysia Kuantan, Kapten Maritim Abdul Aziz Idrus berkata, lapan nelayan Thailand itu berusia 22 hingga 45 tahun.
Menurut Abdul Aziz lagi, APMM turut merampas 1,600 liter minyak diesel selain merampas satu unit enjin, generator, kompas dan pelbagai peralatan menangkap ikan.
Bot berkenaan dibawa ke Pusat Tahanan Vessel Maritim Malaysia di Jeti Geliga Slipway, di Kemaman untuk siasatan lanjut.
“Mereka yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah memberi alasan bot terkandas, namun pemeriksaan lanjut mendapati mereka sebenarnya sedang menaikkan pukat,” ujarnya lagi.
Beliau menambah, mereka kini ditahan di bawah Akta Perikanan 1985 sebelum dirujuk kepada pihak Imigresen atas kesalahan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Burung Walit - MPKT Sita Empat Rumah
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menyita empat unit kediaman yang dijadikan premis sarang burung walet di Perumahan Kondo Rakyat Kuala Ibai dekat Kuala Terengganu semalam.
Operasi selama tiga jam bermula pukul 11 pagi melibatkan 50 anggota itu dijalankan hasil aduan orang ramai tentang kegiatan haram berkenaan yang beroperasi sejak beberapa tahun lalu.
Pengarah Jabatan Kawalan Bangungan MBKT, Zakaria Abdullah berkata, ia merupakan sebahagian daripada 14 unit kediaman yang dikenal pasti digunakan untuk tujuan itu sehingga mengganggu ketenteraman penduduk.
Katanya, mereka telah diberi notis peringatan agar merobohkan kembali ubah suai haram yang telah dilakukan sebelum MBKT mengambil tindakan dalam tempoh 14 hari. “Untuk permulaan, empat unit telah disita manakala 10 buah lagi akan disita dalam masa terdeka,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi.
Sehubungan itu, kata beliau, mereka terlibat telah diminta mengubah suai kembali rumah tersebut sebagai tempat kediaman untuk mengelak dikenakan tindakan.
Dalam pada itu, seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Maimunah, 45, mengaku bahawa sejak kegiatan tersebut dijalankan beberapa tahun dahulu, penduduk tinggal dalam keadaan tidak selesa.
Katanya, ia ekoran bunyi bising setiap hari yang dikeluarkan oleh sistem pembesar suara bagi menarik burung tersebut bersarang menyebabkan pencemaran kawasan sekitar. Tambahnya, selain itu, najis haiwan berkenaan turut memenuhi bumbung dan ruangan pejalan kaki di perumahan itu setiap hari.
“Keadaan ini telah berlarutan sejak beberapa tahun biar pun telah beberapa kali aduan dibuat,” ujarnya

Belajar Sepanjang Hayat Mampu Baiki Mutu Perkhidmatan Awam
Mazlan bermesra dengan peserta sebelum merasmikan kursus - Foto: Harish Fadzillah.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, mengingatkan penjawat awam supaya mengamalkan konsep belajar sepanjang hayat bagi memperbaiki mutu perkhidmatan awam dan meningkatkan perkhidmatan berkualiti.
Justeru itu, katanya, pelbagai seminar yang dianjurkan kerajaan amat penting kepada mereka serta pengurus-pengurus Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC ), bagi mencetuskan semangat patriotik dan jati diri agar cintakan agama, bangsa dan negara yang semakin terhakis.
”Moga kita tidak lupa kepada pejuang-pejuang bangsa sebelum dan selepas kemerdekaan seperti Pahlawan Mat Kilau, Datuk Bahaman dan lain-lain lagi serta kepada mantan Perdana Menteri terdahulu iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi, sehinggalah kepada pemimpin sekarang iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak,” ujar beliau.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kursus Pemantapan Kepimpinan Awam Negeri Terengganu, Persekutuan dan GLC di Wisma Darul Iman, semalam. Ketua-ketua jabatan agensi negeri dan Persekutuan serta penjawat awam menghadiri kursus tersebut.
Mazlan berkata, pemimpin terdahulu banyak menyumbang jasa kepada tanah air dan tidak boleh dilupakan begitu sahaja.
”Saya juga mengharapkan dengan adanya seminar sebegini, pegawai-pegawai dan penjawat awam Negeri, persekutuan serta pemimpin-pemimpin di GLC akan terus berusaha dengan lebih gigih, rajin bekerja serta sentiasa menyokong dasar dan polisi yang digubal oleh pihak Kerajaan Negeri dan juga Persekutuan.
”Sebagai contoh, penjawat awam dan pengurus-pengurus GLC di Terengganu perlu menghayati apa yang dikatakan gagasan ”Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Terengganu (MPPT),” katanya.
Beliau berkata, teras atau nilai dalam gagasan tersebut perlu dihayati oleh penjawat-penjawat awam dan pengurus-pengurus GLC kerana ianya berteraskan cakna rakyat dan berteraskan kepada tanggungjawab untuk memudahkan segala urusan rakyat dengan kerajaan.

Polis Terengganu Kaji Semula Pemberian Permit Senjata Api
Polis Terengganu akan mengkaji semula pengeluaran permit lesen senjata api kepada pertubuhan dan orang perseorangan yang didapati menyalahgunakan permit itu untuk kepentingan peribadi, berikutan beberapa kes kecuaian serta kekerapan pemilik lesen memburu binatang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K Manoharan, berkata Ketua Polis Daerah kini mengkaji semula permit yang dikeluarkan kepada pemilik senjata api terbabit.
"Amaran keras akan diberikan kepada pemilik senjata api yang menyalahgunakan senjata mereka dan pihak polis tidak ragu-ragu untuk membatalkannya jika didapati mereka berbuat demikian," katanya kepada pemberita di pejabatnya semalam.
Beliau berkata, lesen yang diberikan adalah untuk menjaga tanaman dan jika ingin berburu, mereka perlu memohon permit daripada Jabatan Perhutanan.
Katanya, sejak awal tahun lalu hingga April ini, terdapat lima kes membabitkan tertembak orang awam dan empat daripadanya menyebabkan kecederaan manakala satu lagi mengakibatkan kematian.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang kontraktor berusia 37 tahun membuat laporan kira-kira 8.15 malam Sabtu lalu di Ibu Pejabat Polis Kuala Berang berikutan penemuan selaras senapang milik sebuah agensi kerajaan di bawah jagaannya.
Beliau mendakwa kehilangan senjata api tersebut hanya disedari pada 12.30 malam ketika pulang daripada berburu bersama empat rakannya di Bukit Aceh, Hulu Terengganu.
Senapang itu ditemui penduduk kampung di tepi jalan di Kampung Tajil, Kuala Berang dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 35 Akta Senjata Api iaitu menyebabkan kehilangan senjata api.

Trend Menginap Di Hotel Ketika Balik Kampung Dikesali
Trend anak-anak menginap di hotel dan resort apabila pulang ke kampung menziarah ibu bapa yang semakin menular dikhuatiri boleh merencatkan institusi keluarga.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali berkata, sikap sedemikian tidak wajar dalam tradisi Melayu kerana ia mungkin mengguris perasaan kedua ibu bapa dan sanak-saudara.
Katanya, walaupun ibu bapa tidak pernah menyuarakan kekesalan atas perbuatan sikap sedemikian, ia sebenarnya menjejaskan hubungan dan suasana kerana waktu bersama mereka akan semakin terbatas.
"Apabila anak-anak sudah berjawatan dan sekali-sekala pulang ke kampung, mereka lebih gemar tinggal di hotel dan bukan lagi di rumah di mana mereka dibesarkan," ujarnya.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) daerah Besut di Dewan Sivik Jabi kelmarin.
Ramlan berkata, apa yang berlaku menunjukkan pentingnya sikap tanggungjawab, disiplin dan kesedaran tentang sikap menghormati orang-orang tua ditekankan kepada anak-anak sejak kecil.
"Walaupun mereka berjaya menjadi seorang pelajar cemerlang tetapi mereka juga mempunyai tanggungjawab terhadap kedua ibu bapa dan janganlah melukakan hati mereka ini," katanya.
Justeru, Ramlan berkata, anak-anak perlu diberi didikan dan kesedaran tentang tanggungjawab sebagai seorang anak kepada kedua ibu bapanya dan juga peranan yang perlu dimainkan dalam masyarakat sejak kecil lagi.

Sunday, April 3, 2011
Terengganu Mahu Jadi Hab AirAsia Pantai Timur
Ahmad Said bertanyakan sesuatu kepada Kamarudin ketika beliau mengunjungi Menteri Besar di pejabatnya di Wisma Darul Iman, Khamis lalu. - Gambar Harith Fadzilah
Kerajaan negeri Terengganu merancang untuk menjadikan negeri itu sebagai hab penerbangan AirAsia bagi pantai timur Semenanjung.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri juga merancang untuk mengadakan kerjasama dengan AirAsia bagi melatih anak-anak Terengganu sebagai juruterbang dan jurutera syarikat tersebut.
"Baru-baru ini kita telah mengadakan rundingan dengan AirAsia bagi menjadikan Terengganu sebagai hab penerbangan AirAsia di sebelah pantai timur serta melatih anak-anak Terengganu menjadi juruterbang serta dan jurutera.
"Rundingan seterusnya akan diadakan tidak lama lagi," katanya kepada pemberita semalam.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun. Khamis lalu mengunjungi Ahmad Said di pejabatnya.
Beliau turut melawat Pejabat Unit Komunikasi Negeri di Kuala Terengganu.
Ahmad Said berkata sebelum ini kerajaan negeri bekerjasama dengan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) untuk melatih rakyat Terengganu menjadi juruterbang serta jurutera dan bekerja dengan MAS setelah tamat mengikuti kursus.
Beliau sebelum itu merasmikan kejohanan Terengganu World Invitational Jetrace Challenge (TWIJC) 2011 anjuran kerajaan negeri dan Kelab Terengganu Marina pada Jumaat malam.
Kejohanan berlangsung di Ri-Yaz Marina and Spa, Pulau Duyong selama tiga hari.
Beberapa nama besar yang menyertai kejohanan kali kedua ini antaranya Amy Green dari Amerika Syarikat, Paolo M. Collini (Kanada), Mehdi Menad (Perancis), Pancho Marjak (Finland), Seth Milkinson (United Kingdom) dan Toshi Ohara (Jepun).
Kejohanan disertai oleh 60 peserta dengan 25 pasukan yang menyediakan hadiah keseluruhan RM114,500 melibatkan lapan kategori antaranya Novice Runabout 4-Stroke Stock, Expert Runabout Open (Malaysia saja), Veterans Runabout Open, Pro-am Runabout 4-Stroke Stock dan Women Runabout Open.
Sukan Bertaraf Dunia Mampu Jana Ekonomi
Salah seorang peserta bertanding pada TWIJC di Pulau Duyung, semalam. Gambar Harith Fadzilah
Penganjuran pelbagai program dan sukan bertaraf antarabangsa mampu meningkatkan graf kedatangan pelancong asing ke Terengganu. Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said, berkata sektor pelancongan kini menjadi tulang belakang dan antara yang terpenting untuk menjana ekonomi negeri dan seterusnya membantu mengubah kehidupan rakyat supaya dapat hidup lebih selesa.
Katanya, kerajaan negeri tidak boleh mengharapkan kepada hasil petroleum dan gas semata-mata kerana sumber itu berkemungkinan akan berkurangan pada masa akan datang.
“Pelbagai pendekatan dilaksanakan, termasuk menganjurkan sukan bertaraf dunia seperti yang berlangsung sekarang ini, melaluinya peserta dapat mengenali secara lebih dekat tentang keindahan, kemakmuran dan keunikan yang dimiliki Terengganu.
“Kita perlu bijak berfikir dan melakukan sesuatu untuk menarik lebih ramai pelancong asing ke negeri ini yang sememangnya kaya dengan adat resam dan keindahan alam semulajadi,” katanya kepada media selepas merasmikan Terengganu World Invitational Jetrace Challenge (TWIJC) 2011, di Pulau Duyong, Kuala Terengganu, malam kelmarin (1 April).
TWIJC berlangsung selama tiga hari dan berakhir hari ini bakal mempamerkan aksi lasak 25 pasukan dari sembilan negara. Malaysia pula menghantar 12 pasukan termasuk satu dari Terengganu.
Ahmad Said turut memberitahu, sebagai anak jati Terengganu, kita perlu tonjolkan sifat peramah, budi pekerti mulia dan sentiasa senyum ketika melayan tetamu atau pelancong yang datang.
“Saya percaya sekiranya semua pihak terutama pemandu teksi dan peniaga di negeri ini mempamerkan sifat mulia ini, sudah tentu Terengganu menjadi lokasi wajib pelancong asing untuk dikunjungi setiap kali datang ke Malaysia,” katanya. Unit Komunikasi Negeri

T-Team Menang, Terengganu Sekadar Seri
Pasukan T-Team meraih kemenangan menewaskan Sabah 3-0 di stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu, malam semalam.
Gol T-Team dijaringkan Mohd Haris Safwan Mohd Kamal pada minit kedua, Zairo Anuar Zailani (minit kelapan) dan Mohd Norfarhan Muhamaad (minit ke-41) (gambar kiri).
Negeri Sembilan mencatat keputusan seri 1-1 dengan Terengganu pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Seremban.
Gol tuan rumah dijaringkan Ahmad Fakri Saarani (minit kedua), manakala gol Terengganu dijaringkan Abdul Manaf Mamat (minit ke-57).
Pasukan Selangor pula merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Super Kelantan apabila meraih tiga mata penuh selepas menewaskan Pahang 2-1 di Stadium Shah Alam Sabtu malam.
Selangor kini mengumpul 17 mata iaitu sama dengan mata yang dikumpul oleh Kelantan selepas lapan perlawanan.
Pasukan bimbingan K.Devan itu yang mengawal permainan sejak babak pertama perlawanan memperoleh jaringan pertama menerusi Mohd Hardi Jaafar seawal minit kelima. Mohd Amri Hadi Yahya menjaringan gol kedua Selangor pada minit ketujuh, manakala Pahang memperoleh gol tunggal melalui S. Karthigesu pada minit ke-87.
Di Stadium Perak, Ipoh, pasukan tuan rumah yang bertemu Felda United berjaya mengunakan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila menang tipis 1-0 melalui jaringan Akmal Rizal Rakhli pada minit ke-37.
Sementara itu, di Stadium Kuala Lumpur, pasukan Kedah menewaskan Kuala Lumpur 1-0 Kuala Lumpur.
Perlis pula seri 2-2 dengan Johor FC pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Utama, Kangar.
Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan pada minit kelapan menerusi Shahrizal Mohd Saad diikuti Mohamaed Rashid Mohamed Aya pada minit ke-20.
Tertekan dengan jaringan lawan, Perlis mengatur serangan dan memperoleh gol pertama pada minit ke-34 menerusi Azmizi Azmi dan Phul Sarkh Lom menyamakan kedudukan pada minit ke-90.

Terengganu Mampu Anjur TWIJC Buat Kali Kedua
Terengganu membuktikan kebolehan menjadi tuan rumah bagi acara berprestij Terengganu World Invitational Jetrace Challenge (TWIJC) 2011, buat kali kedua, di Pulau Duyung, Kuala Terengganu.
Hadiah keseluruhan yang ditawar dalam kejohanan yang turut disertai juara dunia,
pelumba professional dan amatur ini hampir RM120,000.
TWIJC berlangsung selama tiga hari dan berakhir hari ini bakal mempamerkan aksi lasak 25 pasukan dari sembilan negara.
Malaysia pula menghantar 12 pasukan termasuk satu dari Terengganu. Aktiviti sampingan yang dianjurkan adalah, pameran Maritim, pertandingan layang-layang, pertandingan sepak raga bulat, pertandingan sepak bulu ayam, pertandingan bola sepak pantai dan pertandingan menangkap itik.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Rahin Mohd Said berkata, pelbagai acara sukan rakyat diadakan semata-mata ingin menarik minat rakyat tempatan dan luar Terengganu datang menonton sukan berprestij ini.
“Pada masa sama, ia mampu memperkenalkan budaya dan adat resam Terengganu kepada pelancong asing,” katanya.
Peserta Malaysia, Encik Zulfaizal yang bakal bertanding dalam kategori expert runabout open, pro-am runabout open dan endurance, berkata dia akan melakukan yang terbaik dalam kejohanan kali kedua disertainya di negara sendiri.
"Pengalaman yang dicungkil sebelum ini akan digunakan sepenuhnya supaya memperoleh kejayaan membanggakan secara tidak langsung dapat mengharumkan nama Malaysia khususnya Terengganu,” katanya.
Juara dunia, Amy Green dari Amerika Syarikat, berkata, dia cukup bertuah kerana terpilih dan berpeluang mengikuti TWIJC di Terengganu.
Katanya, kejohanan sama sewajarnya diteruskan, kerana Terengganu memiliki keindahan pantai dan sungai yang cukup unik dan amat sesuai menganjurkan sukan seperti ini.
“Pengalaman selama empat hari berada di Terengganu tidak akan dilupakan dan akan kembali jika mempunyai masa dan kelapangan,” katanya.

Fenomena Banjir Di Utara Dan Pantai Timur Akibat Musim Peralihan
Kejadian banjir akibat hujan lebat di beberapa kawasan utara dan pantai timur Semenanjung ketika ini berpunca daripada musim peralihan angin monsun timur laut kepada angin monsun barat daya.
Jurucakap Jabatan Meteorologi berkata musim peralihan ini biasanya berlaku pada Mac hingga April, membabitkan pergerakan angin yang tidak dapat dijangka, namun fenomena ini bukanlah sesuatu yang luar biasa.
"Apabila masuk musim peralihan maka pergerakan angin tidak menentu, kadang kala akan menyebabkan hujan lebat serta ribut petir namun proses peralihan ini tidak lama," katanya di Kuala Terengganu, kelmarin.
Pada 28 Mac lepas, hujan lebat berlaku di beberapa daerah di Terengganu menyebabkan 1,013 orang daripada 255 keluarga dipindahkan ke 14 pusat pemindahan.
Pada hari yang sama di Pulau Pinang, hujan lebat serta ribut petir mengakibatkan lebih 100 rumah dan beberapa kenderaan di Seberang Perai rosak, manakala di Perlis, hujan menyebabkan 3,062 mangsa banjir dari 759 keluarga dipindahkan ke 33 pusat pemindahan di kawasan Kangar, Padang Besar dan Arau.

Terengganu Perhebat Promosi Tarik Pelancong ASEAN
Kerajaan negeri akan memperhebatkan promosi pelancongan negeri dengan memberi tumpuan kepada usaha menarik pelancong dari negara-negara rantau ASEAN.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said berkata, langkah kerajaan negeri itu untuk meningkatkan lagi jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini yang dianggarkan mencecah tiga juta orang pada tahun ini.
Katanya, walaupun tumpuan diberikan kepada negara-negara ASEAN seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina dan Brunei, promosi ke negara lain turut dilakukan.
Menurut beliau, Terengganu mencatatkan penurunan jumlah kedatangan pelancong daripada 3.1 juta orang pada 2008 kepada 2.93 juta pada 2009 manakala tahun lalu mencatatkan jumlah kunjungan pelancong seramai 2.5 juta orang.
Bagaimanapun katanya, statistik kedatangan pelancong domestik dan negara jiran tidak banyak mengalami penurunan berbanding pelancong asing kerana beberapa faktor antaranya keadaan cuaca dan harga minyak.
"Kerajaan negeri yakin sasaran kedatangan tiga juta pelancong ke negeri ini tahun ini tercapai berdasarkan banyak aktiviti peringkat kebangsaan dan antarabangsa diadakan termasuk promosi serta kerjasama pelbagai pihak," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu Ke-22 di Kuala Terengganu, kelmarin.
Hadir sama Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu, Ahmad Fathil Abdul Ghani dan Pengerusi Persatuan Pelancongan Negeri, Wan Supian Datuk Wan Ishak.
Dalam perkembangan lain, Abdul Rahim berkata, pemandu pelancong yang berdaftar dan mempunyai lesen tetapi tidak berpeluang bekerja dalam industri pelancongan akan dikenal pasti.
Katanya, usaha itu untuk memastikan segala pengalaman yang diperolehi ketika berkursus dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam memperkenalkan Terengganu kepada pelancong.
"Pada masa ini terdapat 47 orang pemandu pelancong dan 60 pemandu alam semulajadi yang berdaftar dengan Pejabat Kementerian Pelancongan di Terengganu," ujar beliau.

SPRM Wujud Bilik Khas Dilengkapi Perakam Video Untuk Temubual Saksi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mewujudkan bilik khas yang dilengkapi perakam video di semua bangunan suruhanjaya itu bagi menemu bual saksi selewat-lewatnya hujung tahun ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata kamera litar tertutup (CCTV) juga akan ditempatkan di setiap laluan pejabat dan jeriji besi dipasang di tingkap bangunan terbabit.
"Bilik khas tersebut dilengkapkan dengan alat perakam dan kamera video untuk memantau serta merekod penyataan dan tingkah laku saksi dan juga pegawai SPRM itu sepanjang perjalanan sesi temu bual.
"Semua bangunan SPRM di seluruh negara terlibat dan dijangka siap pada hujung tahun ini, dan setakat ini, bilik khas yang dipanggil 'Video Interview Room' (VIR) itu telah diwujudkan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan Perak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Laporan Tahunan Jawatankuasa Aduan SPRM 2010 di Akademi Pencegahan Rasuah Khamis lalu.
Beliau berkata langkah itu diambil bagi menangkis tohmahan serta tuduhan orang luar bahawa SPRM mengasari dan memaksa saksi yang ditemu bual agar mengaku kesalahan tanpa rela.
Abu Kassim berkata perolehan CCTV bernilai RM4.25 juta, yang merangkumi pembekalan dan pemasangan, ditempatkan di setiap laluan bangunan SPRM bagi mengawal serta mengenal pasti aliran keluar masuk pegawai dan orang awam. Beliau berkata alat pengimbas sinar-X dan pengesan logam turut dipasang di setiap bangunan SPRM sebagai langkah memperketat kawalan keselamatan.
"Buat masa ini, semua bangunan SPRM telah dipasang CCTV tersebut, kecuali Johor, yang akan dipasang tidak lama lagi, dan dua bangunan menggunakan CCTV sedia ada iaitu Pahang dan Kelantan.
"Sementara itu, hanya tujuh bangunan SPRM iaitu di Perlis, Selangor, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Labuan telah dipasang jeriji manakala lapan lagi belum dipasang atas faktor bangunan persekutuan serta kekangan kewangan ," katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Aduan SPRM Datuk Mohd Noor Abdullah berkata tiga pegawai SPRM telah dibuang kerja kerana salah laku pada tahun lepas, manakala 13lagi diberi amaran, lima ditahan gaji dan seorang masing-masing diturunkan pangkat, didenda serta dibebaskan.
Mohd Noor berkata kesalahan pegawai terbabit merangkumi penyalahgunaan kuasa, kecuaian dalam tugas dan tidak mematuhi prosedur kerja.
Beliau berkata pihaknya menerima 54 aduan daripada orang ramai sepanjang tahun lepas, dan 57 peratus daripadanya dapat diselesaikan. Beliau berkata bagi meningkatkan ciri keselamatan serta memudahkan aduan dilakukan oleh orang awam, ibu pejabat SPRM serta SPRM di beberapa negeri akan beroperasi di kompleks sendiri.
"SPRM telah mendapat kelulusan jemaah menteri untuk membina bangunan Ibu Pejabat SPRM di Presint 7, Putrajaya secara Bina-Sewa-Pindah Milik dengan tempoh pembinaan antara 2011 sehingga 2014.
"Setakat ini juga, sebahagian SPRM negeri telah mempunyai dan memulakan operasi di kompleks sendiri seperti Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di Jalan Duta, SPRM Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang," katanya.
Abu Kassim berkata kompleks SPRM di negeri lain seperti Melaka, Kelantan, Johor dan Pahang sedang dalam proses pembinaan. Jawatankuasa Aduan ditubuhkan pada Februari 2009 bagi memantau pengendalian aduan berhubung perbuatan salah laku yang tidak bersifat jenayah terhadap pegawai SPRM serta mengenal pasti kelemahan dalam tatacara kerja SPRM yang mungkin menimbulkan aduan, selain membuat cadangan mengenai tatacara kerja, jika difikirkan patut dan sesuai.
Selain Mohd Noor, yang merupakan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, jawatankuasa itu turut dianggotai bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Muhammad Mohd Noor dan bekas Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah.
Anggota lain ialah Peguamcara dan Peguambela dari Tetuan Chooi & Co. Chooi Mun Sau serta Peguamcara dan Peguambela dari V.M. Ravi & Associates, V. Ravindran.

Banjir Di Terengganu Pulih Sepenuhnya
Keadaan banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila lapan orang dari satu keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir Balai Raya Kampung Tok Amat, Marang dibenarkan pulang pagi Khamis lalu.
Bagaimanapun, bilik gerakan MKN sentiasa bersiap sedia pada bila-bila masa sekiranya banjir berulang.
Pada Isnin lepas, hujan lebat berlaku di beberapa daerah di Terengganu menyebabkan 1,013 orang daripada 255 keluarga dipindahkan ke 14 pusat pemindahan.
Jurucakap Majlis keselamatan Negara (MKN) negeri Terengganu berkata berikutan dengan itu semua 14 pusat pemindahan banjir yang dibuka sejak tiga hari lalu, ditutup pada hari berkenaan.