Terengganu mendapat pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM1.4 bilion dan menduduki tempat ketujuh berbanding Kelantan yang hanya menerima RM129 juta sahaja sehingga akhir Oktober lalu.
Pahang mendahului negeri lain di Pantai Timur dengan pelaburan sebanyak RM2.9 bilion.
Daripada keseluruhan pelaburan di negara ini tahun ini iaitu sebanyak RM40.7 bilion dari awal tahun sehingga Oktober tahun ini, RM19.7 bilion atau 48.9 peratus merupakan pelaburan langsung domestik (DDI) manakala bakinya, RM21 bilion atau 51.6 peratus adalah pelaburan langsung asing (FDI), yang tinggi sedikit daripada DDI sehingga tempoh itu.
Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir, hari ini, berasaskan jumlah pelaburan itu, dan dengan berbaki tempoh dua bulan lagi, kerajaan percaya negara boleh mencatatkan angka yang sama pelaburan keseluruhan sebanyak RM47 bilion seperti tahun lepas.
Mukhriz berkata Sarawak mendahului dengan mencatatkan pelaburan tertinggi RM7.3 bilion sehingga Oktober," katanya, sambil menyatakan pelabur terbesar di Sarawak ialah syarikat tempatan, Leader Universal Aluminium (Sarawak) Sdn Bhd.
Ia diikuti oleh Selangor (RM6.8 bilion), Johor (RM6.7 bilion), Pulau Pinang (RM5.7 bilion), Negeri Sembilan (RM3.5 bilion), Pahang (RM2.9 bilion), Terengganu (RM1.4 bilion), Perak (RM966 juta), Kedah (RM765 juta), Sabah (RM720 juta), Kuala Lumpur (RM299 juta), Kelantan (RM129 juta) dan Perlis (RM23 juta).
Menurut Timbalan Menteri itu, era di mana syarikat tempatan lebih berminat melabur di pasaran seberang laut kini sudah berakhir.
"Syarikat-syarikat tempatan kita kini lebih teruja terhadap ekonomi tempatan berikutan pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan juga Projek Permulaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program "Kod Etika Prinsip KL bagi EKS" di Kuala Lumpur, hari ini.
Sementara itu SME Corporation dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah bekerjasama merangka Kod Etika bagi Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS), yang dikenali sebagai "Kod Etika Prinsip KL bagi EKS", yang menyokong prinsip itu bagi mengekang rasuah seperti integriti, ketelusan, kebebasan dan ketepatan.
Kod itu adalah salah satu daripada asas inisiatif mengenai Prinsip Kuala Lumpur Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) yang dipersetujui dan disahkan pada Mesyuarat Peringkat Menteri Apec ke-18 di AS Mei lepas.
Friday, December 23, 2011
Bas Bertingkat Tidak Sesuai Untuk Perjalanan Jauh, Guna Laluan Berbukit, Berselekoh Tajam
Bas bertingkat atau 'double decker' tidak sesuai digunakan untuk perjalanan jauh dan melalui jalan berbukit serta mempunyai banyak selekoh tajam, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.
Katanya jalan yang berkeadaan begitu boleh mempengaruhi kestabilan bas dan menyumbang kepada kemalangan.
Bas bertingkat, kata Abdul Rahim, didapati hanya sesuai digunakan di jalan yang selesa di kawasan bandar serta lebuh raya yang selamat dan rata.
Beliau berkata bagaimanapun, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Darat di Semenanjung, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan di Sabah dan Pengawalselia Pengangkutan Awam di Sarawak berhak menentukan laluan yang boleh dibenarkan menggunakan perkhidmatan bas jenis itu.
"Kelulusan ini tertakluk setelah kenderaan tersebut mendapat piawaian keselamatan sewajarnya dari Bahagian Kejuruteraan Automotif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pemeriksaan teknikal dan keselamatan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer," katanya di Kota Kinabalu hari ini.
Mngenai tragedi kemalangan jalan raya 20 Dis lepas melibatkan sebuah bas ekspres yang mempunyai nombor pendaftaran Brunei, Abdul Rahim berkata JPJ akan menyiasat punca kemalangan dan menjadikannya panduan bagi penguatkuasaan kepada semua operator pengangkutan bas.
Insiden yang berlaku di KM 8.9 Jalan Ranau-Tamparuli itu meragut tujuh nyawa warganegara Brunei yang sedang melancong di Sabah bersama 26 pelancong lain.
Abdul Rahim berkata kematian melibatkan kemalangan bas merupakan satu peratus sahaja daripada 6,872 kematian pada tahun lepas.
Beliau berharap semua operator bas, khususnya perkhidmatan jarak jauh supaya mengutamakan aspek keselamatan manakala bas yang digunakan pula sentiasa diselenggara.
Beliau juga menasihati pemandu supaya tidak mengendalikan kenderaan penumpang dalam keadaan mengantuk.

Penipuan Transaksi Beli Barang Melalui Internet Meningkat Sejak 2009 - Polis
Polis menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dalam membuat transaksi bagi pembelian barangan melalui internet berikutan meningkatnya kes penipuan cara itu sejak tiga tahun kebelakangan ini.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini, sebanyak 1,424 kes dilaporkan berbanding 1,114 kes sepanjang tahun lepas dan 551 kes pada 2009.
Jumlah kerugian untuk tahun ini pula ialah RM3.519 juta berbanding RM3.124 juta sepanjang tahun lepas dan RM786,000 bagi 2009, katanya dalam kenyataan, di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau berkata pada tahun ini, kes paling banyak membabitkan 'mudah.my' dengan 1,009 transaksi melibatkan kerugian RM1.7 juta, diikuti transaksi lain-lain sebanyak 415 kes dengan kerugian RM1.84 juta.
Selain itu, polis juga menerima 2,472 laporan mengenai kes penipuan kewangan atas talian sejak 2008 sehingga Okt tahun ini, dengan kerugian kira-kira RM19 juta.
Ramli berkata modus operandi yang digunakan ialah dengan menyamar sebagai kakitangan bank atau pegawai polis, yang meyakinkan mangsa agar menyerahkan nombor akaun bank bagi mendapatkan tawaran hadiah, menyelesaikan hutang kad kredit atau tawaran mendapatkan barang lelongan kastam.
Katanya mangsa hanya menyedari telah tertipu apabila mendapati wang dalam akaun mereka berkurangan.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan agar menghubungi urus setia Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di talian 03-26163972 pada waktu pejabat, atau bilik gerakan di talian 03-26163999 selepas waktu pejabat.

Karnival Ajak Masyarakat Berubah Ke Arah Kehidupan Sejahtera
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Aibidin berkenan berangkat merasmikan Karnival Hijrah di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu petang semalam.
Mengiringi keberangkatan baginda ialah Tengku Seri Temenggong Raja Tengku Baharuddin; Menteri Besar Datuk Seri Haji Ahmad Said; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi TV Alhijrah, Tan Sri Dr Mohd Yusof Nor.
Sebaik selesai menekan butang gimik pelancaran Sultan Mizan berkenan berangkat ke tapak pameran dan mencemar duli ke konti TV Alhijrah, pameran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta beberapa agensi Pusat dan negeri .
Sebanyak 44 buah agensi dari Jabatan Perdana Menteri (JPM), kerajaan negeri , TV Alhijrah serta manis FM turut serta memeriahkankan carnival yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam.
Karnival anjuran bersama JPM, kerajaan negeri dan TV Alhijrah ini menyelit pelbagai pengisian bercorak keagamaan seperti siaran langsung rancangan Program Assalamualaikum melalui TV Alhijrah, rakaman Foram Perdana semalam dan program bersama Ustaz Don.
Jamil Khir menganggarkan lebih 200,000 orang akan berkunjung ke karnival yang sarat dengan pameran sejarah Islam serta pertama kali diadakan di luar Kuala Lumpur bertemakan 'Hijrah 1Transformasi’.
Dalam ucapan perasmian, Menteri itu berkata karnival yang bertemakan semangat dan konsep hijrah ini mengajak umat untuk berubah ke arah kehidupan yang lebih baik dan sejahtera.
Katanya, berlandaskan roh dan semangat hijrah, seluruh rakyat diajak untuk menghayati erti sebenar istilah hijrah dan tranformasi seperti terkandung dalam tema karnival iaitu
“Hijrah sebagai pencetus kepada era baru tranformasi, bersesuai dengan hasrat kerajaan untuk menerapkan nilai-nilai kecemerlangan dalam bidang keIslaman,” katanya.
Katanya, kerajaan telah mengambil pendekatan dengan memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) bertujuan meminjam semangat hijrah menyuburkan perkembangan prestasi kehidupan merangkumi bidang ekonomi, teknologi dalam kerangka pembangunan Islam.
“Semestinya, segala usaha kerajaan dalam meningkatkan kualiti kehidupan rakyat adalah menepati makna, semangat serta matlamat hijrah seperti disunnahkan oleh Rasullullah s.a.w.,” katanya.

PMR: Pelajar Autisme Catat Keputusan Cemerlang 9A
Kecacatan bukan penghalang untuk berjaya dalam pelajaran menjadi pegangan seorang pelajar penghidap penyakit autisme untuk mencatat keputusan cemerlang 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan semalam.
Lebih manis lagi kejayaan Mohd Daniel Zainuddin, 16, pelajar Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malik itu turut dikongsi bersama adik perempuannnya Nurul Diana yang turut melakar kejayaan yang sama.
Mohd Daniel yang lewat setahun memasuki alam persekolahan, berjaya membuktikan orang kurang upaya sepertinya mampu bersaing bersama 243 calon di sekolah berkenaan sehingga sehingga muncul antara 130 pelajar cemerlang sekolah itu.
Menurutnya, dia hanya mengambil masa satu jam untuk belajar di rumah bersama adiknya yang turut belajar di sekolah yang sama, manakala selebihnya dia hanya menghabiskan masa di sekolah dengan mengikuti program dan kelas tambahan yang dibuat oleh pihak sekolah.
"Gembira dan bersyukur dengan keputusan yang saya dapat ini dan ini merupakan hadiah kepada kedua ibu bapa dan guru yang sanggup berkorban selama ini.
"Saya belajar sama dengan pelajar lain tapi saya sentiasa bersaing dengan adik perempuan saya untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dan saya berjaya melakukannya," katanya kepada pemberita.
Daniel yang merupakan anak kepada wartawan sambilan New Straits Times Terengganu Zainuddin Mohamad, bercita-cita menjadi seorang pensyarah dan tidak berhasrat berhijrah ke sekolah lain sebaliknya hanya mahu meneruskan pengajian di sekolah yang sama.
Ibunya Rozina Mohd Ikram, 41, yang sanggup berhenti kerja sebagai pengurus sebuah syarikat swasta di Kuala Terengganu, semata-mata untuk menjaga anaknya yang istimewa itu amat berbangga dengan kejayaan kedua-dua anaknya itu.
Katanya kejayaan itu merupakan hasil kerja keras guru selain sikap tidak berputus asa yang ditunjukkan Daniel.
Rozina berpesan kepada mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak istimewa supaya tidak berputus asa dan sentiasa beri sokongan kepada anak istimewa mereka.
Dalam pada itu, Terengganu meneruskan kecemerlangan dalam keputusan PMR dengan seramai 1,962 calon (8.95 peratus)daripada 23,157 calon yang menduduki peperiksaan itu tahun ini memperolehi keputusan semua A.
Keputusan itu menyaksikan peningkatan 1.15 peratus berbanding tahun lepas apabila 1,746 (7.8 peratus) daripada 23,630 calon memperolehi semua A.

Pemimpin Politik Jangan Cuba Sokong Mahasiswa Biadab - Zahid
Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang didakwa memijak bendera Perdana Menteri di PWTC, Adam Adli Abd. Halim (tengah) membuat aduan polis di IPD Dang Wangi.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada mana-mana pemimpin politik supaya tidak menyokong sekumpulan mahasiswa yang menunjukkan sikap biadab terhadap Perdana Menteri baru-baru ini.
"Kita tidak mahu mana-mana pemimpin politik cuba menjadi hero atas isu-isu tertentu untuk membela tindakan mahasiswa yang melakukan perbuatan biadab itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada warga emas di Bagan Datoh hari ini sempena perayaan Krismas.
Seorang ahli kumpulan dikenali Solidariti Mahasiswa Malaysia bertindak menurunkan bendera yang mengandungi gambar Datuk Seri Najib Tun Razak kerana membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di satu perhimpunan di ibu negara baru-baru ini.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan berkata dalam memperjuangkan kebebasan, mahasiswa tertakluk kepada undang-undang dan mereka tidak boleh berbuat sesuka hati.
"Sekiranya mahasiswa menjadi anggota parti pembangkang sekalipun, mereka perlu diajar supaya menghormati orang lain sebagaimana mereka mahu orang lain juga menghormati mereka," katanya
PMR - Jumlah Dapat 9A di Terengganu Meningkat, Terus Unggul
Terengganu mencatat sejarahnya tersendiri apabila sekali lagi mengungguli keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) apabila seramai 1,962 calon atau 8.95 peratus berjaya memperoleh A dalam semua mata pelajaran pada tahun ini.
Jumlah tersebut meningkat seramai 216 orang atau 1.15 peratus berbanding tahun lalu iaitu seramai 1,746 (7.81 peratus) selain pencapaian pelajar yang memperoleh minimum D dalam semua mata pelajaran, juga meningkat kepada 93 calon apabila seramai 15,127 orang (69.04 peratus) memperoleh keputusan lulus semua mata pelajaran berbanding tahun lalu seramai 15,034 orang calon (67.23 peratus).
Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Hashim Mohd. Zin berkata, keputusan PMR kali ini juga menunjukkan prestasi membanggakan apabila pencapaian Gred Purata Negeri (GPN) turut meningkat kepada 2.57 berbanding 2.58 pada tahun lalu dan ia mengatasi GPN Nasional iaitu 2.74.
Katanya, ia merupakan rekod pencapaian terbaik PMR dalam tempoh lima tahun selain peningkatan jumlah sekolah yang mencapai prestasi A.
"Pada tahun ini, bilangan sekolah yang mencapai prestasi A atau sekolah berpencapaian tinggi Gred Purata Sekolah (GPS) 1.00-1.80 telah meningkat kepada 26 buah sekolah berbanding 25 buah pada tahun lalu.
"Sekolah Menengah (SM) Sains Sultan Mahmud merupakan sekolah terbaik seluruh negeri dengan mencatatkan nilai GPS 1.03," katanya pada sidang akhbar mengumumkan keputusan PMR 2011, di sini hari ini.
Tambah beliau, selain mencatat bilangan peningkatan sekolah berpencapaian tinggi, Terengganu juga pada tahun ini berjaya mencatat sejarah apabila 18 sekolah berjaya mencapai 100 peratus minimum D (lulus dalam semua mata pelajaran).
Ujarnya, angka itu menunjukkan satu pencapaian terbaik jika dibandingkan tahun lalu yang hanya lapan sekolah lulus 100 peratus.
"Antara sekolah itu ialah SM Sains Sultan Mahmud, SM Imtiaz Besut, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mak Lagam, SMK Lembah Bidong, SMK Tengku Mahmud, SM Imtiaz Kuala Berang, SM Imtiaz Dungun dan SM Imtiaz Kuala Terengganu," katanya.
Sementara itu katanya, keseluruhan pencapaian calon mengikut lokasi mengalami sedikit perubahan mengikut Nilai Gred Purata (GP) apabila pada tahun ini calon bandar menunjukkan peningkatan iaitu 2.42 berbanding tahun lalu 2.47.
"Bagaimanapun pencapaian calon luar bandar sedikit merosot apabila mencatatkan GP 2.72 berbanding 2.67 pada tahun lalu dan kita mengenalpasti pertukaran guru luar bandar ke bandar menjadi faktor utama kemerosotan pencapaian itu," jelasnya.
Bagi prestasi mata pelajaran pula, pencapaian kebanyakannya adalah membanggakan apabila sebanyak lapan daripada 13 mata pelajaran telah menunjukkan prestasi yang menggalakkan berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP).
Selain itu, pencapaian gred A dalam semua mata pelajaran juga meningkat apabila 10 daripada 13 mata pelajaran menunjukkan peningkatan iaitu Bahasa Arab (9.32 peratus), Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Perdagangan dan Keusahawanan (7.99%), KHB Ekonomi Rumahtangga (4.32 peratus) dan Sains (3.15 peratus).
Dalam pada itu ujar Hashim, turut membanggakan pada tahun ini, tiga Calon Berkeperluan Khas (CBK) daripada 103 calon yang menduduki peperiksaan itu, berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan seorang pelajar autisme, Muhammad Danial Zainuddin dari SMK Agama Sheikh Abdul Malek memperoleh 9A.

80 pelajar dapat A berpeluang lawat Australia
Dua sahabat karib, Muhammad Nur Aiman Adam dan Muhammad Fikri Ahmad Fauzi (kiri) bersama rakan-rakan lain yang turut berkongsi kejayaan meraih 8A di SMK Lembah Bidong, Setiu, semalam.
Seramai 80 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Bidong dekat Kuala Terengganu yang memperoleh semua A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan berpeluang melawat Australia dan Indonesia pada Februari depan.
SMK Lembah Bidong merupakan antara 10 sekolah terbaik PMR negeri Terengganu tahun ini dan sekolah itu menduduki tangga keempat berbanding tangga kelapan.
Peluang itu diberi sebagai hadiah atas kecemerlangan mereka dalam PMR yang diumumkan hari ini selain berkesempatan menyertai program perkongsian pintar dengan beberapa buah kolej di dua negara berkenaan.
Pengetua SMK Lembah Bidong, Sa'diah Morshidi berkata, daripada 80 pelajar berkenaan, 18 pelajar memperoleh 9A dan mereka akan melawat Perth, Australia manakala 62 lagi pelajar yang mendapat 8A akan ke Indonesia.
Beliau memberitahu, kunjungan selama seminggu itu turut diiringi beberapa orang guru sekolah berkenaan dengan mengunjungi Padburry High School dan Ocean Reef High School, kedua-duanya di Perth, Australia.
"Begitu juga dengan pelajar yang diberi peluang melawat Indonesia selama seminggu berserta guru-guru dan mereka akan ke SMP Maros, Sulawesi dan SMP N5 Bukit Tinggi di Indonesia.
"Ini merupakan kali pertama pelajar sekolah ini yang cemerlang PMR diberi peluang mengadakan lawatan ke luar negara selepas sekumpulan pelajar cemerlang SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) yang ke Australia, Oktober lalu," katanya kepada pemberita di sekolah berkenaan semalam.
Menurut Sa'diah, tahun ini, SMK Lembah Bidong mencatat keputusan PMR jauh lebih baik berbanding tahun lalu dengan gred purata 1.07 peratus berbanding 1.17 peratus tahun lalu di samping pencapaian 100 peratus lulus dalam semua subjek.
Malah jelasnya, tahun lalu, seramai 66 pelajar memperoleh semua A dalam PMR berbanding 80 orang pelajar tahun ini.
Mengenai lawatan pelajar ke luar negara, jelasnya, peluang itu berdasarkan peruntukan Kementerian Pelajaran untuk Sekolah Berprestasi Tinggi (SBP) pada tahun ini yang berjumlah RM700,000 sempena program pengantarabangsa.
"Untuk tahun depan, peruntukan berjumlah RM500,000 dan bagi tahun berikutnya (2013) adalah berjumlah RM300,000 dan kita juga akan beri peluang kepada pelajar yang cemerlang untuk tahun-tahun seterusnya," ujarnya.
Tambahnya, kejayaan sekolah berkenaan dalam PMR turut didorong usaha keras dan komitmen guru-guru serta pelajar termasuk keberkesanan program 'headcount' dalam menilai pelajar lemah serta pelaksanaan sistem 'guru muda'.
Utusan Malaysia
Kementerian Pelancongan Kenal Pasti 'Laluan Kembara Sikal'
Kementerian Pelancongan sedang mengenal pasti 'laluan kembara sikal' bermula dari Johor Baharu ke ibu negara, kata Menterinya Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.
Beliau berkata dari Johor Baharu laluan itu akan membawa penunggang ke Mersing, kemudian ke Rompin, Pekan dan Kuantan di Pahang, dan meneruskan destinasi ke Terengganu dan Kelantan, dan kembali ke Temerloh, melalui Karak dan berakhir di Kuala Lumpur.
"Ini adalah salah satu program pelancongan hijau yang dipromosikan di bawah kalendar Kementerian Pelancongan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan forum 'All I Want is an EcoGreen X'mas' di Kuala Lumpur, kelmarin.
Forum itu dianjurkan oleh Malaysia Youth 4 EcoGreen Initiative (MY4Eco) dan bertujuan memberi motivasi dan melibatkan belia dalam pergerakan 'hijau' dan membawa kepada 'revolusi hijau'.
EcoGreen, adalah satu jenama baru pergerakan hijau platform bagi generasi muda memenangi isu-isu berkaitan hijau.
Beliau berharap forum itu dapat membangkitkan kesedaran tentang keperluan memelihara alam sekitar, sambil menambah ini akan dapat membantu mempromosikan negara sebagai kawasan hijau dengan memiliki banyak tempat yang menarik seperti pantai, taman marin, pulau dan hutan tropika.

Kaunter JPN Seluruh Negara Tutup Sempena Hari Natal
Perkhidmatan kaunter di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Malaysia tidak akan beroperasi selama tiga hari iaitu pada 24, 25 dan 26 Dis sempena cuti umum Hari Natal.
JPN dalam satu kenyataan berkata penutupan operasi kaunter itu membabitkan JPN di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.
Sementara itu perkhidmatan kaunter JPN di Kedah, Kelantan dan Terengganu akan ditutup selama dua hari iaitu pada 24 sehingga 25 Dis dan dibuka semula pada 26 Dis.
Menurut kenyataan itu orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi pejabat Khidmat Pelanggan ibu pejabat JPN Putrajaya di talian 03-98807067/7069/7071/7077.

Sultan Mizan Mencemar Duli Mengacau Asyura di Marang
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mencemar duli menyertai Majlis Memasak Bubur Asyura di Dataran Pejabat Daerah Marang, kelmarin.
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mencemar duli menyertai Majlis Memasak Bubur Asyura bersama-sama rakyat jelata di Dataran Pejabat Daerah Marang, hari ini.
Pada majlis itu, Baginda turut berkenan menyampaikan bubur asyura kepada warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).
Lebih 1,000 penduduk di kawasan Marang menyertai program kali ketiga anjuran Pejabat Daerah Marang dengan kerjasama kumpulan Sultan Sulaiman 78 (SS78).
Pegawai Daerah Marang, A Rahman Che Ali, berkata sebanyak 80 kawah bubur asyura dimasak secara berkumpulan oleh 58 Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) dan 12 agensi kerajaan serta Badan Bukan Kerajaan (NGO).
“Kebanyakan kumpulan mula memasak dan mengacau bubur itu seawal jam 6.00 pagi sebagai tanda sokongan menjayakan program,” katanya ketika berucap di majlis itu.
Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat, Alias Abdullah dan beberapa pemimpin setempat.
Menurutnya, A Rahman berkata program seumpama ini akan diteruskan kerana bukan saja mampu mendekatkan hubungan antara jabatan kerajaan bersama penduduk kampung malah dapat mewujudkan semangat maufakat antara peserta.
Teganukita

Perisai Petroleum Jangka Sumbangan Daripada Garuda Dalam Tahun Kewangan 2012
Perisai Petroleum Teknologi Bhd, yang menyediakan perkhidmatyan sewa kapal luar pantai, menjangka pembelian Garuda Energy (L) Inc akan mula menyumbang kepada pendapatannya dalam tahun kewangan 2012.
Pengarah Urusannya, Zainol Izzet Ishak, berkata pembelian itu ditawarkan bersama dengan jaminan keuntungan bersih tahunan sebanyak US$16.67 juta bagi dua tahun pertama.
"Dalam tempoh dua tahun penugasannya, Unit Pengeluaran Luar Pantai Mudah Alih (MOPU) dijangka menyumbang kira-kira US$50 juta kepada perolehan Perisai," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung luar biasa syarikat itu di Kuala Lumpur , Khamis.
Selain itu, dua lanjutan tempoh, setiap satu selama setahun, juga ditawarkan sebagai opsyen, katanya.
Garuda Energy adalah pemilik MOPU yang diberikan kontrak untuk menjalankan kerja-kerja di luar pantai Terengganu.
Zainol berkata ia merupakan pembelian yang baik bagi syarikat itu kerana ia membawa aset yang sudah pun menikmati aliran pendapatan yang teguh serta meningkatkan pendapatan sesaham kumpulan Perisai.
Beliau berkata pembelian beberapa syarikat tahun ini juga memberikan kepada Perisai beberapa aset yang menjanjikan pendapatan yang mampan bagi kumpulan itu dalam setahun hingga tiga tahun akan datang.
"Urusan pembelian Garuda Energy dijangka selesai menjelang akhir tahun," kata Zainol.
Mengenai prospek industri itu tahun depan, beliau berkata syarikat itu yakin tentang pertumbuhan masa depan terutamanya dengan projek-projek Program Transformasi Ekonomi yang dijangka mula dilaksanakan tahun depan termasuk pelaburan dalam medan-medan hasil rendah dan penemuan-penemuan minyak yang baharu.

Ramai Peniaga Gagal Pamer Tanda Harga Barang Kawalan
Kegagalan mempamerkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan yang dikawal merupakan kesalahan paling banyak dilakukan peniaga sepanjang Skim Kawalan Harga Musim Perayaan tahun ini dengan mencatatkan 122 kes melibatkan kompaun RM20,100.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe berkata peniaga harus mengambil inisiatif untuk mendapatkan kadbod atau kertas berwarna merah jambu dan meletakkan tanda harga itu.
"Belilah kad manila berwarna merah jambu, guntinglah satu-satu dan pamerkannya.
"Kita sebenarnya bukannya mahu menangkap sesiapa dan mengenakan apa-apa tindakan tetapi disebabkan tugas, pihak penguatkuasa terpaksa mengambil tindakan setelah peniaga tidak mematuhinya," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke pasar besar Tesco Mutiara Damansara Petaling Jaya, hari ini.
Lawatan itu sempena hari pertama Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas yang akan berkuatkuasa sehingga Selasa depan.
Menurut Tan, bentuk tanda harga merah jambu itu tidak memerlukan sebarang ukuran standard sebaliknya peniaga hanya perlu menggunakan kertas berwarna merah jambu untuk menunjukkan harga barangan berkenaan.
Mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, peniaga individu yang gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi harga barangan terkawal boleh didenda sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000 manakala syarikat pula boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000.
Peniaga yang menjual barangan melebihi harga kawalan pula boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau dikompaun sehingga RM50,000 manakala bagi syarikat pula, mereka boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.
Pada Isnin lepas, kementerian itu mengumumkan penetapan harga maksimum runcit bagi 13 jenis barang di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena sambutan Hari Krismas kali ini.

Denggi: Peningkatan 4 Kes di Terengganu Bagi Tempoh 11 - 17 Disember
Sejumlah 522 kes demam denggi dilaporkan bagi tempoh 11 hingga 17 Disember dengan dua kematian, satu di Selangor membabitkan kelindan lori berusia 31 tahun dan di Johor mangsa seorang tukang cuci berusia 44 tahun.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata hasil pemeriksaan di sekitar kediaman mangsa, menjumpai bekas pembiakan aedes seperti bekas plastik, kasut buruk, bekas air sembahyang Cina, tong cat serta tempayan yang tidak digunakan.
"Tindakan penguatkuasaan telah dikenakan terhadap pemilik kedua-dua premis dengan dua kompaun bernilai RM500 setiap satu telah dikeluarkan," katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya, hari ini.
Beliau berkata peningkatan kes yang dikesan sejak awal Oktober lepas itu juga dipengaruhi musim hujan yang memudahkan lagi pembiakan nyamuk Aedes.
Selain itu, katanya tujuh buah negeri iaitu Selangor 33 kes, Perak (18 kes), Sarawak (lapan kes), Terengganu (empat kes), Kedah (dua kes), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (dua kes), Putrajaya (dua kes) dan Johor (satu kes), menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya.
Dr Hasan berkata untuk tempoh sama kementerian juga menjalankan pemantauan terhadap 97 lokaliti wabak denggi di 21 buah daerah di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, katanya tiga lokaliti hot spot iaitu Flat Taman Gembira dan Vista Angkasa di Zon Klang Lama dan Apartment Taman Bukit Kenangan di daerah Hulu Langat Selangor, dikenal pasti menyumbang kepada 48 kes demam denggi.

Tarikh Terima Opsyen SBPA Dilanjutkan Ke 15 Januari, Opsyen Persaraan 60 Tahun Kekal
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi penjawat awam kepada 15 Jan depan, kata Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Datuk Dr Ismail Alias.
Beliau yang mengumumkan perkara itu berkata bagaimanapun, tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan 60 tahun kekal pada 30 Dis ini.
"Kita akan meneruskan SBPA, dan sebenarnya Cuepacs tidak menolak SBPA. Opsyen yang kita beri itu, ada dua. Pertama, opsyen umur persaraan 60 tahun itu tetap pada 30 Dis tarikh tutupnya kerana ia melibatkan banyak isu perundangan.
"Manakala opsyen SBPA, memandangkan tempoh itu agak terdesak, JPA bersetuju supaya ia dilanjutkan kepada 15 Jan depan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan rundingan dengan Cuepacs yang diketuai oleh Presidennya Datuk Omar Osman, di ibu pejabat JPA di Putrajaya, hari ini.
Rundingan itu yang berlangsung selama lebih tiga jam diadakan untuk menyelesaikan isu berbangkit berhubung pelaksanaan SBPA yang akan dikuatkuasakan bermula 1 Jan ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengarahkan supaya Cuepacs dan JPA mengadakan rundingan dengan segera bagi menyelesaikan isu tersebut.
Sebelum ini, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Disember lalu bagi mereka membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan yang lama.
Dr Ismail berkata pada keseluruhannya, rundingan tersebut mendapat kata sepakat untuk melaksanakan SBPA dan lima isu termasuk 'Exit Policy' yang dibangkitkan oleh Cuepacs turut dibincangkan.
"Jadi dalam konteks ini, pendekatan kita ialah melihat kepada beberapa isu yang telah dikemukakan oleh Cuepacs, berbincang dan akhirnya mendapat persetujuan tertentu," katanya.
Beliau berkata bagi penjawat awam yang telah pun menandatangani surat tawaran opsyen SBPA, mereka tidak perlu bimbang kerana JPA telah memaklumkan bahawa opsyen SBPA masih berjalan seperti yang ditetapkan cuma tempohnya akan dilanjutkan.
Sementara itu, Omar pada sidang media sama berkata rundingan hari ini mencapai kata sepakat yang amat baik dan persetujuan bersama hari ini merupakan jaminan kepada penjawat awam untuk menandatanganinya.
Omar berkata lima perkara yang telah dibangkitkan oleh Cuepacs ternyata selesai apabila mendapat hak rundingan awal, disusuli dengan rundingan tiga bulan sekali khusus berhubung SBPA dan rundingan akan diadakan sehingga perkara berbangkit dapat diselesaikan bersama.
Katanya opsyen bagi umur persaraan 60 tahun tiada masalah dan penjawat awam boleh menandatangani tawaran opsyen tersebut atas kapasiti masing-masing, hanya tawaran opsyen SBPA yang diberikan dalam tempoh 15 hari itu yang didapati singkat.
Beliau berkata rundingan hari ini turut bersetuju untuk melakukan penambahbaikan gred iaitu bagi gred 17 dalam kumpulan pentadbiran dan keselamatan khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Jabatan Imigresen.
"Kita dah bersetuju dalam tempoh tiga bulan ini akan dibuat semakan semula, akan melakukan kajian menyeluruh. Jadi, kita harap bersabar," katanya.
Mengenai 'Exit Policy', Omar berkata rundingan hari ini mencapai persetujuan supaya wakil Cuepacs hadir dalam panel di JPA sebagai pemerhati sebelum seseorang penjawat awam itu dikenakan tindakan.
Katanya langkah itu bagi mengelak sebarang ketidakadilan atau kejadian dianiaya dan sebelum sebarang tindakan diambil atau dibersarakan awal, wakil Cuepacs akan hadir untuk memberi pandangan.
"Jadi, kita dah berunding, jabatan tidak boleh membersarakan kakitangan di bawah exit policy. Ia (jabatan) hanya akan melaporkan kepada JPA mengenai masalahnya, dan di JPA nanti, Cuepacs akan hadir sebagai pemerhati, dan dari situ kita akan selesaikan.
"Apabila kita dalam (panel) itu, kita rasa adil sebelum menentukan seseorang penjawat awam itu untuk dibersarakan awal," katanya.
Omar berkata satu taklimat akan diadakan pada minggu hadapan antara Cuepacs dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah.
Katanya taklimat itu berhubung kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus yang didapati tidak begitu jelas mengenai golongan penjawat awam yang akan menikmati kenaikan tersebut dan sama ada ia dikira berdasarkan gaji pokok atau gaji hakiki.

Peluang Dapat Lampu Limpah Di SSINS?
Hasrat besar untuk melihat juara Piala FA musim ini, Terengganu beraksi pada waktu malam bakal menjadi kenyataan apabila Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Rozi Mamat mengarahkan Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) duduk semeja dan menyediakan laporan lengkap mengenai piawaian lampu limpah itu.
Rozi yang juga pengurus skuad T-Team bertegas tidak mahu kejadian sama berulang di mana lampu limpah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu kerap kali dibaiki, tetapi tetap tidak mencapai piawaian ditetapkan.
“Itu pastinya tidak betul (kerap dibaiki). Justeru, kerajaan negeri mengarahkan PBSNT dan MBKT menyediakan laporan lengkap yang tepat. Berpandukan laporan itu, kerajaan negeri akan menilainya dan membuat keputusan membaiki lampu limpah di stadium berkenaan.
“Kami tak kisah berbelanja lebih asalkan lampu limpah itu mengikut piawaian ditetapkan dan tahan lama tanpa sebarang masalah. Siapa sanggup membaiki benda sama setiap tahun, apa lagi setiap kerja baik pulih membabitkan perbelanjaan besar,” katanya pada majlis Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri di Hotel Primula, semalam.
Kelmarin, akhbar Berita Harianmelaporkan situasi itu agak memalukan apabila tiga pasukan bola sepak yang memenangi tiga trofi utama musim ini iaitu Terengganu, Negeri Sembilan dan Kelantan, gagal menepati piawaian kecerahan lampu limpah minima 800 lux ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Berita Harian

MAS Gantung 4 Laluan Rangkaian Serantau Sabah
Malaysia Airlines (MAS) akan menggantung empat lagi laluan yang membabitkan rangkaian serantau Sabah awal tahun depan.
Langkah berkenaan adalah tambahan kepada pelaksanaan perasionalan yang melibatkan lapan laluan rangkaian antarabangsanya yang diumumkan minggu lalu.
Penggantungan berkenaan meliputi perkhidmatan dua kali seminggu laluan Kota Kinabalu-Osaka mulai 6 Januari, perkhidmatan tiga kali seminggu bagi laluan Kota Kinabalu-Perth dari 31 Januari, penerbangan empat kali seminggu bagi Kota Kinabalu-Haneda mulai 1 Februari, dan penerbangan empat kali seminggu bagi laluan Kota Kinabalu-Seoul dari 21 Februari.
"Penggantungan ini sehingga dimaklumkan kelak dan merupakan sebahagian daripada penyatuan rangkaian serantau yang melibatkan operasi pesawat satu lorong," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ahmad Jauhari Yahya dalam satu kenyataan hari ini.
"Kami akan mengkaji semula keadaan ini dalam masa kira-kira tiga bulan dari tarikh penggantungan laluan pertama dan akan memutuskan selanjutnya menjelang awal April 2012," katanya.
Ketika penggantungan itu, Ahmad Jauhari berkata, MAS akan mengambil kesempatan daripada operasi perkongsian kod sedia adanya dengan Korean Air untuk menawarkan perkhidmatan penyambungan secara terus antara Sabah dan Korea Selatan menggunakan penerbangan terus pergi balik Seoul-Kota Kinablau.
"Kami juga akan terus menawarkan sambungan antarabangsa secara langsung ke Kota Kinabalu melalui penerbangan harian B737 sedia ada kami dari Hong Kong dan Taipei."
Di samping itu, beliau berkata, MAS juga akan menggunakan 86 penerbangan mingguan sedia ada antara Sabah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mengadakan sambungan segera kepada penumpang yang memilih penerbangan perkhidmatan penuh antara Sabah dan bandar-bandar Perth, Tokyo dan Osaka.
Dalam kenyataan itu, Malaysia Airlines menyatakan kekesalan di atas segala kesulitan penumpang akibat penggantungan laluan ini dan memberi jaminan akan memenuhi semua tempahan awal sehingga kini bagai laluan yang terbabit.
Syarikat akan menawarkan syarikat penerbangan alternatif, yang ditanggung kosnya, untuk meminimumkan ketidakselesaan penumpang, katanya.
Bagi operasi Sandakan-Kuala Lumpur, Malaysia Airlines akan terus menawarkan penyambungan ini melalui Kota Kinabalu, perkhidmatan 22 kali seminggu dari Sandakan dan 25 kali seminggu dari Kuala Lumpur, kedua-duanya dengan menggunakan penerbangan harian B737 dan perkhidmatan harian MASwings ATR yang kini beroperasi di antara Sandakan dan ibu negeri Sabah.

Maidam Henti Hantar Pelajar Ke Mesir
Mulai tahun depan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan menghantar semua pelajar tajaannya ke Jordan dan tidak lagi ke Mesir.
Pegawai Eksekutif/Setiausaha Maidam Wan Harujan Sulaiman berkata ini kerana Maidam mendapati sistem pengajian di Mesir agak ketinggalan selain faktor keselamatan pelajar itu sendiri yang kurang terjamin.
"Ini adalah dasar kerajaan dan kita kena ikutlah," katanya ketika ditanya pemberita mengenai perkara itu di Kuala Terengganu, semalam.
Wan Harujan berkata Maidam mengikut langkah Yayasan Terengganu yang tidak lagi menghantar pelajar tajaannya ke Mesir bagi mengelak pelajar-pelajar gagal dan sekaligus merugikan kerajaan.
Bagiamanapun, katanya, 260 pelajar yang sedang belajar di Mesir akan terus ditanggung oleh Maidam sehingga pengajian mereka selesai.
Wan Harujan berkata Maidam akan menimbang menghantar semula pelajar tajaannya ke Mesir pada masa akan datang sekiranya keadaan di negara itu sudah kembali stabil.
Pegawai-pegawai Maidam telah dihantar ke Mesir minggu lepas untuk bertemu dan menasihat pelajar-pelajar supaya mereka menumpukan perhatian kepada pelajaran kerana tidak mahu mereka gagal.
Wan Harujan juga berkata Maidam akan menambah insentif sekiranya pelajar mendapat kejayaan cemerlang dan terbaik.

Masyarakat Cina di Marang Minat Masak Asyura
Majlis Memasak Bubur Asyura anjuran Pejabat Daerah Marang dengan kerjasama Kumpulan Sultan Sulaiman 78 (SS78) bukan saja disertai peserta Melayu, tetapi turut menarik minat penyertaan masyarakat Cina.
Seorang peserta, Fong Swee Fuan, dari Kumpulan Kaum Tiong Hua, berkata dia bersama beberapa rakan lain begitu teruja dan tidak kekok menyertai program seumpama ini walaupun menjadi kelaziman disertai masyarakat Melayu.
Katanya, dia bersama beberapa rakan lain akan menyertai lagi majlis seumpama itu jika ada mana-mana pihak menganjurkan lagi program berkenaan pada masa akan datang .
“Saya sememangnya menggemari makanan tradisional ini kerana sudah biasa merasai keenakannya sejak kecil lagi.
“Rata-rata penduduk di kampung saya iaitu di Wakaf Tapai tidak akan melepaskan peluang memasak bubur asyura setiap kali menjelang bulan Muharam,” katanya ketika ditemui di majlis itu semalam.
Menurutnya, jika ada penduduk yang bergotong-royong memasak bubur asyura, mereka tidak lupa menghantar makanan tersebut ke rumahnya kerana mereka tahu dia memang menyukainya.
Ng Soo Che, berkata program seumpama ini wajar diteruskan kerana mampu memperkukuhkah hubungan antara pelbagai kaum dan secara tidak langsung mewujudkan semangat 1Malaysia.
“Walaupun berasa sedikit penat dan letih, dia tetap seronok kerana dapat bersama-sama masyarakat Melayu menjayakannya," katanya.

Diskaun, Rebat Tol Hingga 37 Peratus
Plus akan memberi diskaun tol 10 peratus untuk pengguna lebuh raya pada 25 Disember ini.
Pengguna lebuh raya akan menikmati diskaun dan rebat tol antara lima hingga 37.5 peratus sempena perayaan Krismas yang akan disambut pada Ahad ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Mohd. Saleh Santhiman berkata, pemberian diskaun dan rebat tol itu melibatkan 20 syarikat konsesi yang mengendalikan 24 buah lebuh raya.
Beliau dalam kenyataannya di Kuala Lumpur semalam menjelaskan, antara lebuh raya tersebut ialah Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB) yang menawarkan diskaun 10 peratus bagi semua kelas kenderaan mulai 11 malam pada 24 Disember hingga 8 pagi, 25 Disember.
Selain itu, pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SLDH), Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK), Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) pula akan menikmati kadar rebat sepanjang masa sebanyak 10 peratus bagi pengguna kenderaan kelas 1 pada 25 dan 27 Disember.

FAM Lulus 26 Pemain Import Sertai Liga Malaysia
Jawatankuasa Pemeriksaan, Pemantauan dan Ketelusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah meluluskan seramai 26 pemain import bagi mewarnai arena bola sepak Malaysia menjelang musim depan.
Menurut FAM dalam satu kenyataan, jawatankuasa yang bermesyuarat hari ini telah menimbangkan permohonan 35 pemain import dari persatuan dan kelab-kelab yang beraksi di dalam Liga Super dan Liga Perdana.
Keputusan untuk memberi kelulusan kepada 26 pemain itu dibuat berdasarkan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA).
"Daripada jumlah tersebut, 26 pemain telah diluluskan, termasuk empat diluluskan bersyarat sehingga sijil ITC (International Transfer Certificate) diterima," menurut kenyataan itu.
Syarat itu menetapkan bahawa status pemain ditentukan oleh kelab terakhir yang disertai, misalnya jika dari Amerika Latin dan Eropah, pemain mestilah dari Divisyen 2 ke atas, manakala bagi negara Asia, pemain mestilah dari Divisyen 1 dan ke atas.
Antara pemain yang mendapat kelulusan FAM untuk beraksi dalam Liga Super dan Liga Perdana adalah Marlon James dan Bruno Sebastian Martelotto dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Esseh Sodjine Sougan Adah (Johor), Danilo Rafael Dos Santos Vivaldo (Kedah), Mohamad Ghaddar, Dennis Agayare dan Emmanuel Ayaah Okine (Kelantan) dan Ramez Dayoub (Selangor).
Sementara itu, empat pemain -- Daniel Soares Neves (Kedah), Mbele Lelo (Selangor), Evans Chusilo (MP Muar) dan Christian Contes (Perlis) -- diluluskan secara bersyarat.
Bagaimanapun, permohonan pemain Terengganu, Tercio Nunes Machado dan Oladimeji Mathew Talabi dari pasukan kelab Negeri Sembilan, Betaria FC, yang juga pendatang baru dalam Liga Perdana, telah ditarik balik.
Jawatankuasa itu juga membuat keputusan tidak meluluskan permohonan tujuh pemain atas sebab-sebab tidak memenuhi syarat-syarat FAM yang mengikuti piawaian Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Mereka ialah Richard Offiong (Johor), Tito Fernando Da Silva Pinto dan Tiago Lima Leal (Johor FC), Bianchi Parades Santiago (Felda United), Marquen Nuquen Goncalves (Negeri Sembilan), Sergey Ivanov (Pahang) dan Helmi Loussaief (Selangor PKNS).

Konvesyen Saudara Muslim Peringkat Kebangsaan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim (gambar kiri) akan merasmikan Konvensyen Saudara Muslim Peringkat Kebangsaan bertempat di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu hari ini.
Konvensyen ini berlangsung selama dua hari dan diadakan dua tahun sekali, bakal menghimpunkan 800 orang saudara baru dari seluruh negara.
Program anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) itu diisi dengan ceramah, motivasi, wacana serta pembentangan kertas kerja oleh beberapa tokoh ilmuan dalam negara.
Terengganu menjadi negeri pertama menjadi tuan rumah bagi konvensyen berkenaan kerana sebelum ini ia diadakan di sekitar ibu negara dan pertama kali diadakan di luar Kuala Lumpur.

Yunus Resah Penyerang Kurang Berbisa
Biarpun dibarisi dua bintang import di posisi serangan dan pertahanan dalam mengharungi kancah Liga M musim depan, jurulatih T-Team, Yunus Alif, mengakui skuad kendaliannya masih belum menampakkan bisa penggempur yang diketuai pemain Zambia, Zachariah Simukonda.
Yunus berkata, dengan hanya tinggal 20 hari saja lagi sebelum kancah liga bermula, beliau sukar mencorak formula ampuh memantapkan lagi pasukannya yang gagal mendakap sebarang trofi musim lalu.
“Saya akui T-Team kini berdepan dengan ketumpulan bahagian serangan kerana gandingan Zachariah dengan Mohd Fadzli Saari masih belum serasi.
“Hal ini sudah tentu merunsingkan saya tetapi saya percaya ia bakal berubah. Mereka memerlukan sedikit masa untuk membentuk gandingan mantap termasuk masalah komunikasi antara pemain tempatan dan import,” katanya yang sibuk menguruskan persiapan anaknya yang bakal melangsungkan perkahwinan di Kuantan, Sabtu ini.
Pada aksi pemanas badan dua minggu lalu, T-Team yang turut diperkuatkan pemain Bosnia Herzegovina, Bojan Petrit, 24, hanya mencatat satu kemenangan ke atas Sime Darby FC 3-2, seri 0-0 dengan Polis, tumpas kepada Felda United 1-2, Tentera 2-3 dan Kelantan 0-2.
Harian Metro

Thursday, December 22, 2011
Hadi Perlu Tarik Balik Amanat Hadi Demi Perpaduan Islam
Kejadian dua solat berasingan dalam satu kariah yang masih berlaku di negeri ini boleh diselesaikan jika wujud sikap mahu memperbetulkan keadaan selain akur dengan titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Jumaat lalu.
Semua pihak hendaklah sedar bahawa teguran Sultan Mizan itu lahir daripada ketua agama negeri yang bertanggungjawab terhadap perkara yang berlaku dalam institusi masyarakat Islam di negeri ini.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu atau MAIDAM, Datuk Mazlan Hashim, mengakui masalah itu sudah berlarutan lebih 30 tahun lalu, namun amat sukar menyelesaikannya apabila ada pihak tidak memberi kerjasama.
Ia lebih parah apabila pihak berkenaan lebih mementingkan agenda politik daripada memelihara kesucian agama Islam.
Kita berharap pemimpin PAS sedar dan bertanggungjawab akibat dasar ketidaksefahaman politik yang menyebabkan umat Islam di negeri ini turut berpecahbelah.
Malah pengaruh kepada ‘Amanat Haji Hadi’ pada satu ceramah di Banggol Peradong, Marang pada 7 April 1981 itu turut dikesan berlaku di Pahang, Johor dan Kedah.
Yang diharapkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya itu sebagai menghormati titah Sultan Terengganu selain mengarahkan semua penyokong PAS menghentikan solat Jumaat berasingan dalam satu kariah.
Ia penting sebagai memelihara kesucian dan martabat agama Islam selain menunjukkan kesetiaan kepada Sultan.
Bukan tiada usaha untuk kerajaan negeri dan PAS duduk semeja untuk mengatasi masalah ini tetapi usaha itu ditolak mentah-mentah oleh PAS.
Datuk Seri idris Jusoh, ketika menjadi Menteri Besar, pernah membuat tawaran sebagai ketua kerajaan negeri kepada PAS untuk diwartakan markas dan masjid milik parti itu digunakan sebagai masjid kerajaan.
Bagaimanapun, tawaran itu ditolak dan PAS yang ketika itu angkuh mengembangkan aktiviti menentang kerajaan menerusi ceramah dan khutbah dibaca pada setiap Jumaat di masjid yang tidak diiktiraf kerajaan.
Kita berharap tiada lagi markas PAS dijadikan tempat solat Jumaat berasingan selain masjid mempunyai lambang dan bendera parti termasuk sepanduk yang digantung di pagar-pagar dan kawasan masjid yang mengutuk pemimpin UMNO.
Kita menyambut baik apabila mesyuarat khas akan diadakan hari ini bagi membincangkan isu dan mencari penyelesaian masalah dua solat Jumaat dalam satu kariah ini.
Mesyuarat itu diharapkan dapat mencari jalan terbaik bukan sahaja mengatasi masalah yang berlaku di 11 masjid yang dikenal pasti di seluruh negeri, terutama di daerah Besut, tetapi juga sebagai rangka pencegahan masa akan datang.
Mesyuarat khas itu pastinya akan mengambil kira pandangan semua ahli majlis termasuk mencari kaedah dan tindakan sesuai bagi menyelesaikan isu yang turut mendapat teguran Sultan Mizan.
Walaupun setakat ini MAIDAM belum ada cadangan meminta Sultan Mizan sebagai ketua agama negeri campur tangan bagi menyelesaikan isu solat Jumaat berasingan, namun jika formula atau langkah pencegahan yang akan digubal gagal mendapat kerjasama pihak-pihak terbabit, adalah wajar MAIDAM mencari alternatif lain.
Ini termasuk menghadap dan memberi cadangan memohon Sultan Mizan campur tangan serta mengeluarkan titah bagi menghenti dan menyekat tersebarnya perbuatan yang dilarang agama Islam.
Mesyuarat khas itu perlu mempertimbang dengan adil dan menilai siasatan menyeluruh termasuk kedudukan antara masjid dan jumlah kariah bagi membenarkan sesetengah masjid itu diberi kelulusan untuk menunaikan solat Jumaat.
Adalah wajar untuk menilai cadangan bahawa jika kedudukan masjid dan jumlah kariah memenuhi peraturan ditetapkan, kelulusan bersyarat boleh diberikan.
Kita berharap tidak akan ada langkah terakhir iaitu titah daripada Sultan Mizan menghentikan kegiatan ini kerana tindakan secara pentadbiran dan kerjasama dengan pemimpin PAS negeri adalah langkah terbaik menyelesaikan masalah ini.
Kerana itu kita berharap pemimpin PAS khususnya Abdul Hadi dapat sama-sama membantu menyelesaikan isu ini dengan menarik balik Amanat beliau untuk perpaduan lebih erat di kalangan umat Islam di negeri ini.
Selain itu pemimpin PAS turut memberikan kerjasama erat dengan apa juga cara penyelesaian isu ini hasil mesyuarat khas kerana ia penting untuk akidah dan syiar Islam di Terengganu.
Nota : Sebahagian besar bahan rencana ini sudah disiarkan di Bicara Terengganukita - Trg FM, tengah hari semalam

Bantuan RM100 Setiap Pelajar Diagih Minggu Depan - Ahmad Said
Bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar di negeri ini oleh Kerajaan Terengganu akan dmula diagihkan minggu depan.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, sejumlah RM12 juta diperuntukkan dengan melibatkan kira-kira 120,000 yang layak mendapat bantuan tersebut dengan maksimum dua pelajar bagi satu keluarga.
“Bantuan tersebut diberikan dalam bentuk wang tunai bertujuan membeli pakaian sekolah pelajar,” katanya.
Beliau mengumumkan perkara itu pada sidang media selepas menyaksikan majlis Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Kolej Universiti Tati, Petmal Oil Sdn. Bhd. dan Universiti Malaysia Perlis di Wisma Darul Iman hari ini.
Katanya, ibu bapa berpendapatan RM1,500 ke bawah, layak menerima sumbangan tersebut.
“Kerajaan negeri menetapkan setiap keluarga akan mendapat bantuan maksimum hanya untuk dua orang atau RM200 bagi setiap keluarga,” ujarnya.

Maidam Bincang Tindakan Terhadap Masjid Adakan Dua Solat Jumaat Hari Ini
Isu dua solat Jumaat dalam satu kariah di beberapa masjid di negeri ini akan dibincangkan dalam satu mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) hari ini.
Yang Dipertua Maidam Datuk Mazlan Hashim berkata mesyuarat itu akan disertai pegawai tinggi kerajaan negeri Terengganu termasuk setiausaha kerajaan negeri, penasihat undang-undang, pegawai kewangan, mufti, ketua polis negeri dan pengelola istana.
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ketika merasmikan pembukaan Masjid Sultan Ismail di Chendering dekat sini baru-baru ini, melahirkan rasa dukacita kerana kejadian solat dua Jumaat dalam satu kariah masih berlaku di Terengganu.
Menurut Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) terdapat 11 masjid yang kebanyakannya di Besut dan Marang masih melakukan perbuatan itu walaupun pelbagai usaha telah dilakukan bagi menghentikannya.
Katanya, keputusan mesyuarat itu akan dipersembahkan kepada Sultan Mizan.
"Esok (hari ini) baru tahu apa tindakan selanjutnya yang perlu diambil terhadap masjid-masjid berkenaan," katanya pada sidang media, di Kuala Terengganu, semalam.
Mengulas lanjut, Mazlan berkata masih terlalu awal bagi pihaknya memanggil pihak terbabit bagi memberi penjelasan.
"Selepas ini (hari ini) kita akan keluar laporan sejauh mana tindakan yang sudah diambil terhadap masjid-masjid berkenaan sebelum ini," katanya.

Note Baru Ringgit Malaysia....
TATiUC, UniMAP latih 500 Belia Nigeria Dilatih Bidang Kejuruteraan
Mengorak langkah seiring matlamatnya menjadi universiti kemahiran menjelang 2015, kepakaran Kolej Universiti Tati (TATiUC) diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila diberi kepercayaan melatih belia Nigeria bermula tahun ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, melalui kerjasama dengan Petmal Oil Sdn. Bhd., seramai 500 belia negara Afrika itu akan mendapat latihan kemahiran berkaitan kejuruteraan di kampus TATiUC di Kemaman dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Menurutnya, Petmal yang merupakan sebuah syarikat yang dilantik Kerajaan Nigeria melalui sebuah badan, ‘Youth Development Programme’ bertanggungjawab mengurus kemasukan pelajar yang ditaja sepenuhnya kerajaan berkenaan.
“Kini, TATiUC sedang melatih kumpulan pertama seramai 50 orang dalam bidang Teknologi Kimpalan Arka selama 6 bulan dan di kampus UniMAP mereka bakal mengikuti latihan kemahiran pendawaian elektrik, pemesinan dan automotif,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara TATiUC, UniMAP dan Petmal di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu semalam.
Mewakili TATiUC, Rektornya, Dr. Mohd Rozailan Mamat; UniMAP diwakili Naib Canselornya, Brig. Jen. Datuk Prof. Dr. Kamarudin Hussin dan Pengerusi Petmal, Datuk Paduka Long Mohd. Noor Affendi Long Ibrahim mewakili syarikat itu.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, YB. Rozi Mamat.
Ahmad Said berkata, pihak TATiUC melalui Petmal turut menghantar satu kertas cadangan kepada ‘Youth Development Programme’ untuk dilantik sebagai konsultan bagi cadangan penubuhan sebuah institusi kemahiran di Nigeria.
“Jika diterima, sebahagian pelajar Nigeria akan dilatih di negara mereka sendiri dengan seliaan dan kawalan mutu dilakukan TATiUC.
“Malah, beberapa orang pensyarah dan pengurusan TATiUC akan dihantar bertugas di negara itu untuk memastikan onstitusi tersebut beroperasi dengan baik mengikut piawaian yang ditetapkan,” jelasnya.
Dalam pada itu, Menteri Besar turut mengumumkan peruntukan RM50 juta daripada Kerajaan Negeri kepada TATiUC bagi membina sebuah kompleks asrama yang boleh memuatkan sehingga 1,000 pelajar.
“Projek ini dijangka siap pada 2013 dan mampu menampung lebih 3,000 pelajar dalam satu-satu masa sekali gus menjadi penggerak kepada pembangunan Bandar Baru Kijal yang sedang rancak dalam pembinaan,” ujarnya.

Ashaari Shamsuddin Terima Anugerah Belia Negara Terengganu
Penyerang tengah skuad bola sepak Terengganu, Ashaari Shamsuddin menerima Anugerah Belia Negara 2011 peringkat negeri atas sumbangannya kepada kejayaan sukan bola sepak Terengganu.
Beliau menerima wang tunai RM3,000 dan piala iringan daripada Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Rozi Mamat dalam majlis di Kuala Terengganu, semalam.
Ashaari turut membantu membawa skuad Liga Super Terengganu menjuarai Piala FA, naib juara Liga Super dan Liga Malaysia musim ini.
"Kejayaan ini bukan untuk saya seorang malah untuk dikongsi bersama oleh semua anak Terengganu yang berjuang dalam arena bola sepak negara yang telah berjaya menaikkan imej negeri," katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut.
Beliau juga menerima dua anugerah lain iaitu Anugerah Setia Tempatan dan Anugerah Perkasa.
Di majlis itu juga, Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu, Mat Yusof Mat Ali Yusof dianugerahi Tokoh Belia Lelaki sementara Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Chalok, Setiu, Che Dayang Che Sulaiman menerima anugerah Tokoh Belia Wanita yang masing-masing membawa pulang wang tunai RM3,000 dan piala iringan.
Anugerah dalam lain-lain kategoti turut disampaikan.

Wednesday, December 21, 2011
Sultan Mizan Berkenan Berangkat Rsmi Karnival Hijrah
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat merasmikan Karnival Hijrah 2011 di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, petang ini (22 Disember).
Papan lapis tertera kalimah 'Bismillahirrahmanirrahim' adalah antara tarikan pada karnival berlangsung selama tiga hari dan berakhir 24 Disember ini..
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata 14 Disember lalu, papan lapis itu ditemui seorang usahawan di Ankara, Turki, apabila membelah kayu balak berasal dari Afrika.
Karnival yang pertama kali diadakan itu dianjurkan bersama oleh Jabatan Perdana Menteri, kerajaan negeri Terengganu dan TV AlHijrah.
Pengunjung berpeluang menyaksikan beberapa artifak dan replika kegemilangan Islam seperti lampu Masjid Mamluk, pameran mengenai halal hab selain menyertai klinik Al-Quran.
Mereka juga akan dapat melihat alat menguji ketulenan emas, penyediaan perkhidmatan dan urusan haji oleh Lembaga Tabung Haji selain Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan.
Karnival ini mensasarkan kehadiran 200,000 pengunjung dan akan diperluaskan ke negeri lain pada masa akan datang sekiranya mendapat sambutan,
Program bual bicara 'Assalamualaikum' dan Konsert Ulang Tahun TV AlHijrah akan disiarkan secara langsung oleh TV AlHijrah semasa karnival itu.
Semalam, puluhan kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) giat menjalankan kerja-kerja terakhir, termasuk membersihkan kawasan karnival dan memasang karpet di pentas utama.
Peniaga dan kakitangan pelbagai agensi kerajaan serta swasta turut sibuk di gerai masing-masing sebagai persediaan menanti kehadiran ratusan ribu pengunjung.
Pelbagai aktiviti diadakan termasuk rakaman program 30 minit bersama Ustaz Don, dialog harmoni, sesi perkenalan dengan penyampai-penyampai TV Al-Hijrah, Forum Perdana dan program Adik-Adikku terbitan RTM.
Dengan tema `Hijrah 1 Tranformasi’, karnival yang menggabungkan 44 agensi di bawah ini menjangkakan satu fenomena baru di dalam penglibatan agensi-agensi kerajaan Malaysia untuk membawa kepada rakyat pelbagai inovasi dan kemajuan yang telah diperkenalkan oleh agensi masing-masing.
Karnival bercorak Islam yang universal ini adalah pertama kali dianjurkan bertujuan menerangkan tentang kegemilangan Islam dan dakwah yang menepati kaedah masa dan zaman.
Peniaga kraftangan, Haji Ismail Abdulllah, berkata dia cukup bertuah kerana terpilih mempromosikan barangan kraf Terengganu sempena karnival itu.
Katanya, penganjuran karnival seumpama ini wajar diteruskan kerana bukan saja memberi peluang kepada puluhan peniaga untuk mempromosikan produk masing-masing malah mampu menaikkan imej Terengganu yang nyata serius memartabatkan karnival bercorak Islam.

Marang Dikenal Pasti Kawasan Jelapang Padi Kedua Di Terengganu
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menuai padi menggunakan jentera di jelapang padi di Sri Cempaka, Kampung Jelapang, Setiu baru-baru ini.
Daerah Marang akan dijadikan kawasan jelapang padi kedua Terengganu kerana didapati mempunyai banyak kawasan yang sesuai untuk diusahakan dengan tanaman itu namun pada masa yang sama dibiarkan oleh pemiliknya.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Asha'ari Idris yakin bekalan padi untuk menampung keperluan di Terengganu akan mencukupi sekiranya kesemua kawasan itu diusahakan.
"Saya pergi melawat daerah Marang baru-baru ini. Saya tengok masih ada tanah terbiar sedangkan kemudahan asas hampir semuanya ada," katanya tanpa menjelaskan keluasan tanah terbiar itu.
Asa'ari berkata Terengganu kini terpaksa mengimport hampir 40 peratus bekalan beras untuk menampung keperluan penduduk negeri ini.
Katanya kawasan pengeluaran padi yang paling luas setakat ini di Terengganu ialah di Jelapang, Setiu yang melibatkan kawasan lebih 100 hektar dan kos kemudahan asas hampir RM50 juta.
Beliau berkata mengikut perancangan, Terengganu memerlukan kawasan seluas 24,000 hektar pada tahun 2020 bagi tanaman padi untuk menampung keperluan dalam negeri.
"Yang menjadi kebimbangan kita sekarang ini tanah-tanah padi di negeri ini sudah banyak bertukar menjadi tanah perumahan kerana ditukar syarat," katanya.
Sehubungan itu, katanya kerajaan akan mengambil tindakan mewartakan tanah padi seperti hutan kekal supaya tanah padi itu berkekalan pada masa akan datang.
Tiada Niat Sertai Umno - Nasharudin
Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang mendapat kecaman hebat daripada beberapa pemimpin parti itu berhubung kesetiaannya terhadap PAS menegaskan beliau tidak mempunyai niat sebesar zarah sekalipun unntuk menyertai Umno.
Menurut beliau, dakwaan kononnya dia terperangkap dalam agenda Umno terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan tidak berasas.
"Saya tegaskan di sini bahawa saya adalah ahli PAS dan perjuangan saya kekal bersama parti untuk menjunjung risalah Islam, menyumbang kepada ummah dalam apa jua keadaan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Nasharudin berkata, sepanjang bersama PAS beliau tidak pernah mengeluarkan ungkapan akan menyertai Umno.
"Janganlah gunakan alasan mudah seperti ini untuk menyimpulkan tindakan, pandangan atau perhitungan politik saya pada ketika kita mengharung gelombang percaturan politik yang jauh lebih mencabar," katanya.
Beliau tampil bagi menjelaskan beberapa dakwaan, tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan oleh beberapa pihak terhadapnya menerusi media massa, blog dan laman sosial seperti Facebook dan Twitter sejak kebelakangan ini.
Dakwaan beliau terperangkap dalam agenda Umno dilemparkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, susulan kenyataan Nasharudin dan Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mengenai kedudukan mereka dalam parti.
Polemik itu timbul apabila Ketua Penerangan PAS Selangor, Shaari Sungip mendakwa Hasan akan digugurkan sebagai calon di kerusi Gombak Setia pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) akan datang kerana tidak mendapat pencalonan mencukupi daripada cawangan.

Mengejutkan - Borang BR1M Dijual RM10
Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu membuat apa-apa pembayaran kepada mana-mana individu bagi mendapatkan borang BR1M,” kata Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Dun) Rhu Rendang, Nik Dir Nik Wan Ku.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai aduan orang ramai mengenai tindakan segelintir pihak yang didakwa tidak bertanggung jawab menjual borang BR1M dengan kadar bayaran sebanyak RM2 dan RM10 kepada pemohon bantuan itu di kawasan berkenaan.
Beliau yang terkejut dengan perkembangan itu berkata, borang bantuan BR1M diedarkan secara percuma kepada orang ramai bermula 10 Disember lalu dan tarikh akhir bagi menghantar borang itu adalah pada 10 Januari 2012.
“Ia boleh didapati di semua pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Penerangan, Pusat Khidmat Masyarakat termasuk melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan masing-masing.
“Kita juga telah sebarkan maklumat dan cara mendapatkan borang percuma ini di setiap masjid di kawasan ini. Pemohon diingatkan supaya lebih berhati-hati dan jika perkara itu berlaku saya cadangkan mereka buat laporan polis,” katanya.
Pemohon bantuan boleh menghubungi talian Hotline BR1M di 1-800-222-500 untuk mendapat kepastian bagi mengelak mereka menjadi mangsa sindiket penipuan seperti itu atau layari laman web http://www.treasury.gov.my

Pindaan Rang Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga Diluluskan Dewan Negara
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2011 yang bukan saja melindungi mangsa daripada aspek penderaan fizikal tetapi juga emosi, mental dan psikologi.
Rang undang-undang itu juga terpakai kepada lelaki dan wanita, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Heng Seai Kie ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, diKuala Lumpur.
Katanya pindaan rang undang-undang itu antara lain akan membenarkan mahkamah mengeluarkan perintah untuk menghalang pihak ketiga daripada melakukan keganasan terhadap mangsa dan memudahkan urusan mendapatkan Perintah Perlindungan.
Beliau berkata sebanyak 7,246 kes keganasan rumah tangga telah dirujuk ke Bahagian Kaunseling dan Psikologi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak bahagian itu diperkenalkan pada 2002.
Katanya jumlah kes yang dilaporkan menerusi talian NUR 15999 dari 2007 hingga 31 Nov lepas adalah sebanyak 535 kes dengan 204 dilaporkan sepanjang 2007 hingga 2008, 58 kes (2009), 120 kes (2010) dan 153 kes dari Jan hingga 31 Nov lepas.
"Antara tindakan terhadap kes yang dilaporkan ialah mangsa akan diberikan perintah perlindungan sementara atau perintah perlindungan, kaunseling serta dirujuk ke Badan Pendamai termasuk diberikan perlindungan di tempat selamat.
"Ahli-ahli Badan Pendamai adalah badan kaunseling yang ditubuhkan JKM atau Jabatan Agama Islam Negeri. Mereka yang dilantik dalam badan itu terdiri daripada pakar-pakar kaunseling, agama, kekeluargaan dan psikologi," katanya.
Beliau turut memaklumkan kepada Dewan Negara bahawa nisbah kaunselor di bawah kementerian dan jumlah kes yang diuruskan adalah 1:12.