Friday, March 29, 2013

Terengganu Dijangka Terima Pelaburan RM25 Bilion Tahun Ini

 

Terengganu dijangka menerima pelaburan RM25 bilion menerusi pelbagai projek berskala besar, termasuk pembinaan dua kompleks kilang besi di negeri itu pada tahun ini.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata satu perjanjian persefahaman (MoU) dengan sebuah syarikat dari China yang bersetuju melabur RM15 bilion akan diadakan bulan depan.

"Pelaburan untuk membina kompleks kilang besi itu nanti dijangka menyediakan 5,000 peluang pekerjaan."

"Selain itu, satu lagi syarikat juga dijangka melabur RM10 bilion untuk membina satu lagi kilang besi dan perinciannya akan diketahui dalam tempoh terdekat nanti," katanya ketika merasmikan Terowong Kemajuan di Kuala Terengganu, semalam.


Terengganu juga, katanya, adalah negeri ketiga yang menerima pelaburan asing langsung (FDI) terbesar di Malaysia pada tahun lepas, dengan pelaburan RM13.4 bilion.

Ahmad berkata terdapat penemuan tiga kawasan bijih besi baru di negeri itu yang bernilai trilion dolar. Bagaimana pun, beliau enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai penemuan itu.

"Dengan keistimewaan bentuk muka bumi Terengganu yang masih terpelihara dengan pelbagai khazanah dan kaya dengan sumber galian asli ini, ia mampu menarik lebih banyak pelabur ke negeri ini.

"Kerajaan negeri akan terus menyediakan pelbagai kemudahan dan menaik taraf infrastruktur sedia ada untuk keselesaan pelabur menjalankan operasinya di sini dalam pelbagai bidang, termasuk perindustrian, akuakultur dan pelancongan," katanya.

Najib Jumpa Presiden Parti Komponen - Dewan Rakyat Bubar Sehari Dua Ini?


Perjumpaann  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan  beberapa pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri di pejabatnya di Kompleks Perdana Putra meningkatkan lagi bahang spekulasi pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.

Malah ada yang meramalkan Dewan Rakyat mungkin dibubarkan hari ini atau sehari dua ini.

Perjumpaan itu dipercayai membincangkan senarai calon BN yang akan bertanding di setiap negeri dan persiapan mutakhir mereka.

Terengganu Belanja RM12 Juta Bantu Pesakit

Imbas kembali....Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan tambahan peruntukan untuk dana tersebut sebanyak RM juta.
 Kerajaan negeri membelanjakan RM12 juta bagi membeli pelbagai keperluan pesakit melalui Dana Kebajikan Sosial Perubatan yang dimulakan sejak 2008.

Dalam tempoh berkenaan, lebih 3,000 pesakit di seluruh negeri mendapat faedah daripada penubuhan dana berkenaan. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar, berkata dana tersebut diwujudkan hampir bagi membantu meringankan beban rakyat berpendapatan rendah.

Kerusi PKR Terengganu Bukan ‘Kerusi Bunuh Diri’


PKR Terengganu menolak pandangan sesetengah pihak bahawa kerusi yang ditandingi parti itu sebagai kerusi ‘bunuh diri’ sebaliknya optimis bahawa kerusi-kerusi PKR di Terengganu bakal ‘hidup semula’

Enggan menoleh ke belakang dengan kekalahan PKR di kesemua tujuh kerusi termasuk dua kerusi Parlimen pada pilihan raya umum lalu, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail menggambarkan bahawa tidak mustahil kerusi-kerusi yang ditandingi PKR pada pilihan raya akan memihak kepada calon parti itu sebagaimana pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999.

Kolej Antarabangsa Mara Ketengah Akan Beroperasi Julai

Kolej Antarabangsa Mara Ketengah yang diwujudkan hasil memorandum persefahaman (MoU) antara Mara dengan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) akan mula beroperasi Julai ini.

Pengurus Besar Ketengah Wan Mat Amin Wan Daud berkata, pengambilan pertama pelajar untuk kolej tersebut adalah seramai 150 orang.

Malaysia Perlu Kerajaan Kuat Bagi Percepat Proses Transformasi - Najib

 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia memerlukan sebuah kerajaan yang kuat untuk mempercepatkan proses transformasi di negara ini.

Beliau berkata Malaysia tidak mampu mempunyai sebuah kerajaan yang lemah kerana ia akan menyebabkan ketidakstabilan dan ketidaktentuan.

TCS Galas Usaha Pacu Terengganu Maju 2020

Datuk Seri Ahmad Said meminta semua Pegawai Tadbir Negeri Terengganu (TCS) bersama-sama menggalas usaha bagi memacu Terengganu untuk muncul sebagai negeri maju menjelang 2020.

“Kerajaan negeri amat optimis dan komited untuk terus membangunkan Terengganu. Oleh itu, saya berharap semua TCS saling bergandingan dalam melaksanakan tanggungjawab dan peranan masing-masing dengan penuh etika bagi merealisasikan hasrat itu.

Ketengah Sasar 10,000 Pengunjung Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-40

 Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) menyasarkan 10,000 orang pengunjung akan menghadiri program sambutan Hari Ketengah Ke-40 tahun penubuhannya bulan depan.

Pengurus Besarnya Wan Mat Amin Wan Daud berkata sambutan ulang tahun selama tiga hari bermula 11 hingga 13 April itu akan berlangsung di Bandar Al Muktafi Billah Shah.

Malaysia Antara Pelabur Terbesar Di Afrika

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia merupakan pelabur ketiga terbesar di Afrika selepas Perancis dan Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata Malaysia juga mendahului China dari segi saiz pelaburan langsung asingnya (FDI) di Afrika. "Malaysia sudah mengatasi China dari segi saiz FDI ke Afrika, menjadikan kita pelabur ketiga terbesar di belakang Perancis dan AS.

Terengganu Sasar Penurunan 32 Peratus Kadar NRW

Kerajaan negeri mensasarkan kadar Non Revenue Water (NRW) dapat diturunkan sehingga 32 peratus sehingga akhir tahun ini bagi memastikan keupayaan sistem agihan dan pembekalan air kepada pengguna berada pada tahap maksimum.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata pihaknya yakin sasaran itu mampu diperoleh kerana Syarikat Air Terengganu (Satu) sentiasa berusaha meningkatkan kualiti kerja selain menyedari keupayaan menurunkan NRW akan memberi pulangan pendapatan besar kepada rakyat kerajaan negeri.

Wang Ihsan RM1,000 Untuk Penduduk 5 Kampung Lahad Datu

Malandi, 90, menunjukkan bantuan wang ihsan RM1,000 yang diterimanya di Lahad Datu, semalam.
Seramai 370 penduduk dari lima kampung yang terjejas akibat insiden pencerobohan pengganas Sulu, menerima bantuan wang ihsan RM1,000, sumbangan kerajaan persekutuan semalam.

Sumbangan kepada ketua keluarga dari Kampung Sungai Bilis, Kampung Sungai Merah, Kampung Lok Sambuang, Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian itu disempurnakan anggota Dewan Undangan Negeri Tungku Datuk Mohd Suhaili Said di perkarangan pejabat urusetia daerah kecil Tungku, dekat Lahad Datu.

FAM Digesa Beri Maklum Balas Tuntutan Peminat Bola Sepak Tempatan

Satu gerakan gabungan penyokong bola sepak tempatan yang menggelarkan diri mereka 'Presiden FAM Sila Letak Jawatan' (PFSLJ) menggesa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi maklum balas segera berhubung kemerosotan mutu bola sepak tanah air.

Wakil PFSLJ, Al Fadli Awaludin berkata tindakan FAM yang belum memberi respons terhadap masalah (kemerosotan mutu bola sepak) itu menunjukkan bahawa segala dakwaan yang dibangkitkan mereka berhubung perkara itu sebelum ini, adalah benar.

LTKN Peruntuk RM6 Juta Majukan Koperasi Seliaannya

 

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) memperuntukkan RM6 juta bagi membiayai program pembangunan 15 koperasi kendalianya di seluruh negara tahun ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Ahmad Loman berkata peruntukan itu sebagai modal membolehkan koperasi itu menjalankan pelbagai kegiatan pembangunannya.

Persatuan Sepak Takraw Terengganu Terima Jemputan Thailand, China

Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSTNT) menerima jemputan untuk menyertai kejohanan di Thailand dan China, masing-masing pada Mei dan Ogos ini.

Presidennya Mohd Shapian Ali berkata mereka akan menghantar barisan pemain pelapis yang bakal mewakili Teregganu pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Perlis tahun depan.

23 Penagih Ditahan Dalam Operasi Ke Atas Pusat Pengedaran Ketum

Operasi ke atas sebuah pusat haram air ketum di Kampung Pengkalan Teras, Keluang dekat Kampung Raja pagi ssemalam berjaya menahan 23 penagih air ketum termasuk empat penjawat awam berumur antara 16 hingga 58 tahun.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria memberitahu operasi yang diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah DSP Noor Zainy Mohd Noor yang disertai Ketua Polis Balai Kampung Raja Inspektor Abdullah Che Soh itu berjaya merampas satu guni daun ketum mentah dan 300 bungkus air ketum di sebuah rumah di kampung berkenaan.

Thursday, March 28, 2013

Manifesto BN Bukan Janji Memberikan 'Bulan & Bintang' - Ahmad Said

Sidang media terakhir sebelum PRU-13?...wartawan yang hadir pada sidang media semalam bergambar kenangan dengan Menteri Besar.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu Datuk Seri Ahmad Said memberi jaminan manifesto tambahan BN Terengganu akan membabitkan perkara yang boleh dan mampu dilaksanakan, bukan janji-janji memberikan 'bulan dan bintang'.

Katanya, BN akan menawarkan kepada rakyat pekara-perkara yang boleh dilaksanakan dan berdasarkan kemampuan kewangan, bukan janji manis yang tidak mampu dilakukan.

Menurutnya, manifesto tambahan BN Terengganu amat berbeza dengan pembangkang yang hanya pandai berjanji setiap kali musim pilihan raya, tetapi mampu melaksanakannya.

Jika negeri kaya seperti Selangor pun pembangkang gagal tunaikan janji, buat apa berjanji dengan rakyat untuk menawarkan banyak perkara percuma kepada rakyat, jelas Ahmad Said.

Selepas gagal melaksanakan, pembangkang akan memberikan alasan bahawa mereka sudah berusaha tetapi tidak mampu melakukannya.

Malah, mereka turut mencari pelbagai alasan termasuk menjadikan BN sebagai ‘kambing hitam’ kerana kegagalannya menunaikan janji-janji tersebut.

Menurutnya, ini terbukti a pabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejak tahun lalu lagi telah pun mengumumkan manifesto PAS dengan tujuan memancing undi semata-mata.

Antara perkara dalam Manifesto PAS yang tidak masuk akal ialah melaksanakan pengecualian cukai kediaman, memberi cuti 30 hari bergaji bagi kakitangan kerajaan kematian suami dan menyediakan 17,000 peluang kerja dalam tempoh tiga tahun.

Katanya, sebelum ini, PAS juga pernah berjanji untuk menghapuskan cukai pintu, tetapi janji tersebut tidak dilaksanakan walaupun mereka berjaya memerintah negeri ini pada tahun 1999 hingga 2004.

“Inilah kebiasaan pemimpin pembangkang, mereka sanggup menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat, tetapi bila sampai masa ia hanyalah janji kosong saja kerana mereka hanya mahukan undi dan jawatan wakil rakyat, tetapi tidak berniat pun membela rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusi Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.

Walaupun kerajaan BN Terengganu belum bersedia mengumumkan manifesto Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13), ia bukanlah suatu rahsia yang sukar diteka rakyat.

Soal seperti perumahan rakyat, pendidikan, kebajikan ibu tunggal, warga emas, pembangunan industri, memajukan sektor pelancongan negeri kini adalah antara teras pembangunan negeri.

Menteri Besar berkata beberapa perkara yang tidak ada dalam manifesto PRU-12 seperti perumahan dan e-Book diperkenalkan kerajaan negeri membuktikan kerajaan negeri cakna rakyat.

 “Kita tidak akan mengumumkan perkara itu dalam tempoh terdekat walaupun menyedari ramai yang ingin mengetahui apa isi kandungan manifesto.

“Apabila tiba masa sesuai, kita akan umumkannya, apa yang penting, rakyat perlu bersabar menanti pengumuman manifesto yang pasti menjanjikan banyak kebaikan untuk rakyat ,” katanya. 

Manifesto tambahan itu dibuat berdasarkan keupayaan kewangan Kerajaan negeri dan bukan janji kosong seperti yang dilakukan part-parti pakatan pembangkang.

“Walaupun manifesto tersebut masih di peringkat rahsia, kita berjanji kandungannya menjurus kepada soal kebajikan rakyat, masalah-masalah perbandaran dan penyediaan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

 “Berdasarkan rekod, BN tidak pernah terburu-buru melancarkan manifesto pilihan raya, tetapi sejarah membuktikan bahawa setiap janji yang dinyatakan dalam manifesto akan dilaksanakan selepas BN menang dalam pilihan raya,” katanya.

Pembangkang Menang Di 7 Negeri - Kit Siang

 

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang meramalkan Perlis dan Negeri Sembilan adalah dalam jangkauan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13, sekaligus meningkatkan bilangan kerajaan negeri Pakatan daripada lima pada 2008 kepada tujuh pada 2013.

Dalam temubual eksklusif dengan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, ahli parlimen Ipoh Timor itu menyatakan keyakinan bahawa gabungan itu boleh mengekalkan kuasanya di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, dan menawan semula Perak.

Dr Mahathir - Tiada Calon Lebih Sesuai Daripada Najib Untuk Tadbir Malaysia


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada calon yang lebih sesuai untuk mentadbir Malaysia dan Barisan Nasional (BN) selain Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya tidak ada calon dan saya tidak jangka itu akan berlaku...," kata bekas perdana menteri ketika ditanya sama ada Najib perlu berundur sekiranya Barisan Nasional (BN) gagal mencatat pencapaian cemerlang pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Demo Tuntut Tian Chua Minta Maaf

 
Sekumpulan anggota beberapa NGO pro-Umno hari ini berhimpun secara aman di hadapan ibu pejabat PKR menuntut supaya Naib Presidennya Tian Chua memohon maaf susulan dakwaan beliau menyatakan insiden di Lahad Datu adalah "sandiwara Umno".

Bahkan kumpulan itu juga mendesak ahli parlimen Batu itu memohon maaf kepada balu anggota keselamatan yang terbunuh dalam insiden tersebut.

Perhimpunan yang diketuai Timbalan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Omar Salleh berlangsung dengan aman.


Pendapatan Isi Rumah Bulanan Rakyat Malaysia Meningkat 7.2 Peratus Setahun

Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (PPIR) 2012 mendapati pendapatan isi rumah bulanan purata rakyat Malaysia naik daripada RM4,025 pada 2009 kepada RM5,000 tahun lepas, menyaksikan peningkatan sebanyak 7.2 peratus setahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata peningkatan pendapatan isi rumah bandar meningkat pada kadar 6.6 peratus setahun daripada RM4,705 pada 2009 kepada RM5,742 tahun lepas manakala bagi kawasan luar bandar, bertambah pada kadar 6.4 peratus iaitu daripada RM2,545 kepada RM3,080.

Terengganu Akan Peluas Penyerahan E-Book Di Semua Hospital Daerah

Kerajaan Negeri Terengganu akan memperluas pemberian E-Book kepada Jabatan Pediatrik setiap hospital di negeri ini bagi memastikan pesakit kanak-kanak tidak ketinggalan dalam pelajaran semasa di hospital.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata buat permulaan Jabatan Pediatrik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu terpilih sebagai hospital perintis menguji keberkesanan penggunaan E-Book itu.

Mustafa - Dakwaan Ahli Pas Pernah Cuba Bunuh Dr Mahathir Mengarut

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini menempelak cubaan pihak-pihak tertentu mengaitkan Pas dengan pengakuan bekas ahli seumur hidup parti itu, Zainon Ismail yang mengaku pernah merancang untuk membunuh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menyifatkan cubaan Zainon dan beberapa media membangkitkan semula isu 30 tahun lalu itu kerana sudah menjadi "alat Umno", beliau bagaimanapun meminta polis segera menyiasat kerana isu bunuh bukan perkara main-main.

Sumber Air Terengganu, Cukup Untuk Tempoh 30 Tahun

Terengganu mempunyai sumber air mentah yang mencukupi berdasarkan unjuran keperluan permintaan untuk tempoh 30 tahun akan datang. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata sungai-sungai di Terengganu, terutama Tasik Kenyir, Hulu Terengganu masih terpelihara daripada sebarang pencemaran industri dan pertanian.

Katanya, keadaan ini menjadikan kualiti air terawat di Terengganu adalah antara yang terbaik berbanding negeri lain.

Insiden Pencerobohan Satukan Rakyat Malaysia Tanpa Mengira Asas Politik


Insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah mempunyai impak positif apabila ahli politik termasuk pembangkang mula menyedari kepentingan pertahanan yang kuat untuk negara, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya insiden yang menyaksikan ramai anggota keselamatan terbunuh dan cedera itu membuktikan ia bukan sandiwara kerajaan dan ekoran itu serangan politik oleh pembangkang terhadap isu pertahanan dan keselamatan negara juga makin berkurangan.

Beberapa Pemain Selangor Berdepan Hukuman FAM

Beberapa pemain Selangor bakal berdepan dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas terlibat dalam insiden pergaduhan dengan pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM)pada aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Shah Alam, 25 Januari lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM Datuk Taufik Abdul Razak, yang enggan menamakan pemain-pemain berkenaan, berkata kesemua mereka mungkin dijatuhkan hukuman sama sebagaimana yang diterima pemain ATM iaitu denda dan digantung permainan.

Terengganu Komited Lahirkan Intelektual Beragama

 

Terengganu komited dalam usaha melahirkan golongan profesional dan intelektual yang mempunyai latar belakang agama yang kukuh dalam memenuhi keperluan dunia pada hari ini dan masa hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Dato’ Haji Ahmad Razif Abd Rahman berkata, untuk merealisasikan hasrat tersebut kerajaan negeri sedang berusaha melaksanakannya dari peringkat bawah.

PDRM Pelawa Suksis Serta PVR

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempelawa Pasukan Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) menyertai Polis Sukarelawan Simpanan (PVR).

Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pembantu) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, SAC Wan Mohammad Wan Abdullah berkata setakat ini 212 anggota Suksis menyertai PVR sejak Januari lalu.

Wednesday, March 27, 2013

PRU-13 - Ada Sebab Mengapa PM Masih Menunggu

Anggota pasukan keselamatan menggunakan bot laju CB 90 membuat pemeriksaan terhadap salah sebuah bot yang melalui perairan pantai timur Sabah dalam Ops Daulat yang masuk minggu ketiga.
Spekulasi bilakah Parlimen akan dibubarkan datang bersilih ganti, namun Pengarah Eksekutif yang juga Ketua Pengarang Kumpulan The Star Datuk Seri Wong Chun Wai memberi sebab mengapa Perdana Menteri masih menunggu masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

Dalam temu bual bersama, program pilihan raya bagi SwitchUp TV hari ini,

beliau berkata, ada beberapa perkara yang masih belum selesai di Lahad Datu merupakan punca utama Datuk Seri Najib Tun Razak belum mengambil tindakan berkenaan.

“Tiada siapa menjangkakan akan berlaku pencerobohan sedemikian oleh pengganas Filipina.

 “Walaupun pasukan polis sedang menjalankan proses pembersihan, kita masih lagi membaca bahawa ada ketikanya berlaku tembakan balas daripada saki baki pengganas,” kata Wong dalam program ‘GE13:The Showdown’ bersama pengacara Anne Edwards.

Beliau berkata dengan beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terjejas oleh pencerobohan yang berlaku, adalah mustahil bagi ahli politik untuk pergi ke sana dan menyampaikan kempen mereka dengan berkesan.

Pada masa yang sama, Wong berkata masih terdapat beberapa lagi program dan dasar yang masih belum diumumkan oleh Najib. “Najib akan cukup tempoh empat tahun berkhidmat di pejabatnya pada 3 April ini. 
Beliau merupakan seorang yang sangat metodologikal, beliau suka mengikuti benda dengan cara tertentu, sangat teliti dan beliau berkata akan menyelesaikan semua perkara sebelum pembubaran dilakukan.

“Saya fikir masih ada beberapa benda yang beliau mahu selesaikan dan Najib juga mahu membuat sentuhan terakhir dalam beberapa projek pilihannya.

“Saya juga fikir ada beberapa lagi program untuk diumumkan bagi melengkapkan kad laporan tahun keempat beliau,” katanya. Wong juga berkata senarai calon Barisan Nasional masih belum diselesaikan dan ia boleh jadi satu beban yang cukup besar sebelum Parlimen dibubarkan.

“Saya melihat masih dengan banyak nama dan pembahagian kerusi masih belum diselesaikan. Jika mereka masih belum menyelesaikannya bagaimana pilihan raya mahu diadakan,” katanya

Menurutnya, Pakatan Rakyat juga berhadapan dengan masalah yang sama kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum menyelesaikan isu pemilihan calon dan pertukaran kerusi antara parti komponennya.

Dengan mengambil contoh Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng yang dikatakan menghilangkan diri selepas wujudnya protes selepas beliau masih tidak diberikan kerusi untuk bertanding pada pilihan raya umum kali ini.

Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 yang sedang berlangsung akan berakhir Sabtu ini sementara Sidang Kemuncak Asean akan diadakan di Brunei pada 24 April mungkin juga menjadi sebab pembubaran terpaksa ditangguhkan.

“Jika anda seorang ketua bagi sebuah kerajaan sementara, anda tidak boleh menandatangani perjanjian dengan mana-mana parti,” katanya sambil menambah pertahanan merupakan industri yang menelan belanja berbilion ringgit dengan perjanjian yang dibuat.

 “Saya juga pasti bahawa Najib mahu menghadiri Sidang Kemuncak Asean sebagai seorang pemimpin yang dipilih rakyat,” katanya. Bagaimanapun, beliau berkata ada kemungkinan Parlimen dibubarkan pada Rabu, kerana masih tidak ada sebarang indikasi ia akan dibubarkan ketika ini.

 “Saya rasa perkara ini akan lebih jelas pada minggu-minggu akan datang,” katanya

 Parlimen dijangka akan dibubarkan pada minggu hadapan bagi memberi ruang pilihan raya umum ke-13 diadakan. Kali terakhir pilihan raya umum diadakan adalah pada 8 Mac 2008.

Peguam Negara - Kes Altantuya Perlu Bukti Kukuh Untuk Dibuka Semula


Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menegaskan, kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu enam tahun lalu, tidak boleh dibuka semula dengan sewenang-wenangnya.

Mengulas gesaan Majlis Peguam untuk membuka semula kes itu, beliau berkata, bukti baru yang kukuh perlu dikemukakan.

Igor Sani Kecewa Tidak Diberi Cukup Masa Pada Sesi Ujian

Bekas pemain liga divisyen dua Portugal, Igor Sani melahirkan rasa kecewa kerana tidak diberi masa secukup untuk menjalani ujian pemilihan bersama pasukan T-Team. Sani, yang tiba di Kuala Terengganu, Ahad lepas.

Katanya, beliau tidak dapat membuktikan kewibawaannya sebagai penyerang dalam sesi ujian yang dikendalikan oleh jurulatih Peter Butler kelmarin.

DAP Syor DUN Negeri Pembangkang Dibubar Serentak

Penasihat DAP Lim Kit Siang mencadangkan supaya Dewan Undangan Negeri di bawah kerajaan Pakatan Rakyat dibubar serentak dengan pembubaran Parlimen untuk kemudahan pengundi.

Di antara empat negeri di bawah Pakatan Rakyat beliau berkata, Dun Selangor akan tamat tempoh pada 20 April manakala Kelantan enam hari kemudian.

2 Pelumba Kebangsaan Mantapkan TSG

Dua pelumba basikal kebangsaan, Zulhilmi Mohammad dan Yusrizal Usoff (gambar kanan)  memperkuatkan pasukan lumba basikal profesional Terengganu (TSG) apabila mereka menyertai pasukan itu awal bulan ini.

Pegawai Eksekutif TSG, Nik Mohd Syahrom Nik Mohd Hashim berkata, kedua-dua pelumba kelahiran Cendering Terengganu itu, masing-masing berumur 21 dan 23 tahun, mewakili pasukan kebangsaan pada kejohanan Le Tour d Langkawi (LTdL) tahun ini.

Selangor Bubar DUN 22 April Jika Parlimen Tidak Dibubar


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor pada 22 April ini jika Parlimen masih belum dibubarkan sebelum tarikh itu.

Keputusan itu diambil berikutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat masih teragak-agak untuk membubarkan Parlimen. Ramai meramalkan Parlimen akan dibubar minggu lalu.

2 Kakitangan Pejabat Tanah Besut Kerna Dakwa


Dua kakitangan Pejabat Tanah Daerah Besut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di Kuala Terengganu, kelmarin atas dakwaan menipu seorang lelaki bagi mendorong mangsa membuat sejumlah pembayaran kepada mereka, Jun lalu.

Kedua-dua tertuduh, Tuan Faizul Azli Tuan Man, 25, dan Tuan Saiful Adli Tuan Mansor, 28, dari Jertih, Besut, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin.

Polis Besut Tumpas Geng Pecah Pejabat Kerajaan, Tadika

Polis Besut memberkas lima lelaki termasuk dua beradik yang aktif melakukan kegiatan pecah rumah, pejabat kerajaan serta tadika di daerah itu sejak dua tahun lepas, menerusi operasi sepanjang minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata suspek berusia antara 23 dan 36 tahun itu diberkas pasukan khas yang ditubuhkan polis bagi menumpaskan geng terbabit yang dipercayai terbabit dalam sembilan kes.

Jakim Lancar Aplikasi Telefon Pintar Kesan Premis Makanan Halal


Umat Islam kini boleh mengesan premis yang memiliki sijil halal menggunakan telefon pintar menerusi aplikasi 'Halal Square'dan 'Halal Inside'.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sistem itu memaparkan carian status halal syarikat, produk, premis makanan dan menu yang tersenarai dalam direktori Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta lengkap dengan tarikh luput sijil halal.

Putus Cinta - Duda Ditemui Mati tergantung Di Dungun

Beberapa rakan arwah sempat melihat mayat mangsa di Unit Forensik Hospital Dungun sebelum dibedah siasat bagi mengesahkan punca kematian.
“Sebaik tiba di rumah, saya memanggil namanya beberapa kali tetapi tidak ada jawapan. Apabila saya cuba buka pintu bilik, ia tertutup rapat.

"Saya terpaksa menggunakan sepenuh tenaga untuk menolak pintu, namun saya terkejut, sebaik pintu dibuka, saya lihat dia dalam keadaan tergantung,” kata Maznah Kasim, 54, ibu kepada Fauzi Mohd Rosli, 29, yang ditemui mati tergantung di rumahnya, dekat Dungun tengah hari kelmarin.

Tuesday, March 26, 2013

Janji Ditepati Untuk 40,000 Kakitangan Tujuh Agensi BBDS

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) bersama sebahagian warga kerja 7 agensi pada Perhimpunan Perdana Bersama 7 Agensi Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan (BBDS) Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.
 Perdana Menteri semalam mengumumkan empat berita gembira kepada 40,000 pegawai dan kakitangan tujuh Agensi Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan (BBDS) pada Perhimpunan Perdana yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bersetuju menubuhkan dana pencen kepada kakitangan BBDS, memberi imbuhan tetap perumahan, pemberian saguhati kepada mereka yang telah tamat perkhidmatan dan mencadangkan agar caruman majikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diselaraskan.

Tujuh badan berkanun terbabit ialah Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Bank Simpanan Nasiona (BSN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Najib berkata, pendapatan negara berkembang dengan baik, justeru itu hasilnya harus dikongsi dengan pekerja dan rakyat.

"Inilah ramuan dan formula di mana kita dapat memakmurkan ekonomi, pekerja dan rakyat. "Dengan ini kerajaan bersetuju menubuhkan dana pencen bagi tujuh kakitangan BBDS di mana potongan KWSP setiap bulan dibahagi kepada dua, iaitu sebahagian dicarum ke dalam KWSP manakala sebahagian lagi dicarum ke dana pencen," katanya.

Menurut Najib, sekiranya pekerja dijaga dengan baik, mereka turut akan memberi respons yang baik sekali gus menyumbang kepada pembangunan negara.

"Memakmurkan ekonomi dahulu dan mensejahterakan rakyat adalah ramuan yang dipegang sejak mengambil alih tampuk kerajaan," katanya.

Sementara itu, Presiden Gabungan BBDS, Tuan Azman Tuan Yaacob berkata, berita gembira tersebut semenangnya ditunggu-tunggu oleh mereka selama ini.

"Terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah meluluskan empat tuntutan tersebut. Ternyata kerajaan hari ini adalah kerajaan yang menepati janji," katanya.

Beliau berkata, keempat-empat tuntutan itu telah diperjuangkan sejak 2009.

Azman turut memberitahu satu jawatankuasa pemandu telah dibentuk untuk membincangkan keempat-empat pengumuman tersebut.

"Mesyuarat antara pegawai-pegawai tujuh agensi terbabit akan dibuat setiap minggu. Saya percaya perkara ini dapat dilaksanakan pada tahun ini juga," katanya.