Saturday, April 27, 2013
Fitnah - Jawi Buat Laporan Polis Terhadap Husam
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan mengambil tindakan terhadap Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang didakwa membuat kenyataan memfitnah jabatan itu menerusi laman sosial.
Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berkata Husam dalam kenyataan menerusi Facebook 125 Putrajaya antara lain mendakwa Jawi bertindak memecat serta-merta anggota jawatankuasa (AJK) surau Abdul Rahman Auf di Presint 11, selepas AJK surau berkenaan membenarkan beliau berta'aruf dengan makmum surau, selepas solat Isyak pada 20 Apri1 lalu.
Bercakap pada sidang media di pejabat Jawi di Putrajaya, Che Mat Ali mengakui pihaknya ada memanggil AJK Surau berkenaan, namun menafikan dakwaan kononnya Jawi mengambil tindakan memecat AJK terbabit.
"Sehubungan itu, saya sudah mengarahkan pegawai Jawi untuk membuat laporan polis berhubung kenyataan Husam, di samping mengambil tindakan saman terhadap Naib Presiden PAS itu," katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa semua surau perlu mematuhi arahan pekeliling Masjid/Surau 2011, yang jelas memaklumkan bahawa Majlis mempunyai kuasa untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap kariah atau sesiapa sahaja yang menggunakan masjid dan surau untuk kepentingan individu dan politik.
Che Mat berkata dalam perjumpaan beliau dengan AJK surau itu pada 24 April lalu, mereka hanya dinasihat, ditegur dan diingatkan mengenai peraturan berkenaan, sambil menambah ia penting dalam menjaga kesucian masjid dan surau.
Beliau berkata kehadiran Husam di surau berkenaan bukan atas jemputan sesiapa dan AJK surau itu juga tidak menerima sebarang permohonan rasmi daripada Husam.
Menurutnya berdasarkan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 atau dikenali sebagai Akta 505, sebagai setiausaha MAIWP, beliau diberi kuasa dan bertanggungjawab untuk memelihara kesucian rumah Allah.
Katanya mengikut Seksyen 97 Akta berkenaan, individu yang didapati mengajar perkara berkaitan agama Islam tanpa tauliah di mana-mana masjid, boleh didakwa dan jika sabit kesalahan ia membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tiga tahun.
"Saya rayu semua yang cuba guna masjid atau surau di Wilayah Persekutuan ini, supaya tidak sewenang-wenangnya langgar akta ini demi menjaga keharmonian," katanya menambah sejak Dewan Rakyat dibubarkan, terdapat pihak yang cuba membawa agenda politik mereka ke dalam masjid.
Najib - Pendirian Parti Politik Sepatutnya Senada Berhubung Isu Keselamatan Negara
Sambil melahirkan rasa kecewa terhadap sikap pembangkang berhubung kejadian di kedua-dua daerah itu, Perdana Menteri berkata di negara luar, kesemua parti politik, tidak kira kerajaan atau sebaliknya (pembangkang) mempunyai pendirian yang sama.
"Dalam keadaan negara berdepan ancaman luar, kita dapat lihat dalam sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi yang sudah matang, soal keselamatan tidak dipertikai meskipun pihak dan parti politik dalam negara tersebut bersaing mendapat sokongan rakyat.
Karpal Desak Anwar Nyata Pendirian Tentang Hudud, Negara Islam
Pengerusi DAP Karpal Singh semalam mendesak Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendiriannya berhubung isu hukum hudud dan konsep negara Islam yang ingin dilaksanakan Pas, sekutunya dalam pakatan pembangkang.
Sebagai calon "perdana menteri" pakatan pembangkang, Anwar perlu menyatakan pendiriannya mengenai isu kontroversi dan kritikal itu, katanya.
Sebagai calon "perdana menteri" pakatan pembangkang, Anwar perlu menyatakan pendiriannya mengenai isu kontroversi dan kritikal itu, katanya.
Liga Super - Terengganu, Pahang, ATM Lonjak Satu Anak Tangga
Terengganu melonjak satu anak tangga selepas meraih tiga mata dengan mengalahkan Negeri Sembilan 1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
PAS Mungkin Keluar Pakatan Sebab Berbeza Ideologi
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meramalkan Pas akan keluar daripada pakatan pembangkang suatu masa nanti kerana terdapat pertembungan ideologi dan dasar yang serius di antara mereka.
"Mengenai soal dasar, ada yang mahu tubuhkan negara Islam dan laksanakan hukum hudud, hari ini perbahasan dalam suratkhabar jelas membuktikan pertembungan yang serius dan tidak ada sepakat di antara mereka.
Calon DUN Manir Tidur 2 Jam Sehari Demi Kemenangan BN
Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir, Yusof Awang Hitam sanggup bersengkang mata untuk bertemu pengundi di kawasan itu bagi memastikan kemenangannya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Yusof Awang, 50, yang mempunyai jadual tugasan padat bertemu seberapa ramai pengundi di kawasan itu, hanya tidur dua jam setiap hari.
Yusof Awang, 50, yang mempunyai jadual tugasan padat bertemu seberapa ramai pengundi di kawasan itu, hanya tidur dua jam setiap hari.
Jangan Ulangi Kesilapan 1999 - Idris Jusoh
Calon Barisan Nasional bagi kawasan Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh mengingatkan rakyat Terengganu agar tidak mengulangi kesilapan pada tahun 1999 yang menyaksikan negeri ini jatuh ke tangan PAS.
Beliau berkata ini kerana selepas memenangi pilihan raya umum ke-11 (PRU11) PAS telah melakukan pelbagai kemungkaran, penganiayaan dan bersikap tamak sehingga 2004.
Beliau berkata ini kerana selepas memenangi pilihan raya umum ke-11 (PRU11) PAS telah melakukan pelbagai kemungkaran, penganiayaan dan bersikap tamak sehingga 2004.
Sultan Johor Ketuai Senarai Anugerah Terengganu
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, mengetuai 324 penerima darjah kebesaran Terengganu sempena Hari Keputeraan ke-51, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, semalam.
Sultan Ibrahim adalah penerima tunggal Darjah Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia Darjah Pertama (DK).
Najib Arah Polis Berkas Segera Penjenayah Tembak Mati TKP Kastam
Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan polis supaya menyegerakan siasatan dan usaha memberkas penjenayah yang menembak mati Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim semalam.
Sambil mengutuk sekeras-kerasnya insiden kejam itu, perdana menteri berkata ia merupakan satu kejutan kerana berlaku di Putrajaya yang menjadi pusat pentadbiran negara serta melibatkan penjawat awam yang sedang menjalankan tugas.
Sambil mengutuk sekeras-kerasnya insiden kejam itu, perdana menteri berkata ia merupakan satu kejutan kerana berlaku di Putrajaya yang menjadi pusat pentadbiran negara serta melibatkan penjawat awam yang sedang menjalankan tugas.
Imam Masjid Nabawi Ajak Umat Islam Di Malaysia Bersatu Padu
Imam Masjid Nabawi di Madinah, Arab Saudi Sheikh Salah Al-Budair mengajak umat Islam di Malaysia supaya bersatu padu dan mengelakkan perbalahan sesama masyarakat yang boleh memberi mudarat kepada negara.
Katanya umat Islam di negara ini sebaliknya perlu mencari jalan melakukan amalan kebaikan yang bermanfaat kepada masyarakat secara keseluruhan kerana setiap amalan kebaikan yang dilakukan akan diingati selamanya, walaupun selepas seseorang itu telah meninggal dunia.
Lahad Datu - Tiga Pemimpin Pembangkang, 2 Semenanjung, Satu Sabah Jadi Dalang
Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata segala maklumat dan butir-butir mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata segala maklumat dan butir-butir mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
Bekas MB Kedah Mohon Maaf Kepada Dr Mahathir
Ketua Umno Bahagian Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid kelmarin memohon maaf secara terbuka kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung krisis antara mereka pada 2006.
Permohonan maaf itu dibuat pada Majlis Negarawan Ulung Bersama Dr Mahathir di Dataran Umno Padang Terap di depan lebih 5,000 anggota dan penyokong parti berkenaan.
Keputusan UPSI Gantung Adam Adli Sah
Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar kes semakan kehakiman pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abdul Halim, semalam
mengingatkan pelajar itu supaya menghormati pemimpin walaupun pegangan politik berbeza.
Hakim Datuk Zaleha Yusuf berkata demikian dalam penghakimannya selepas menolak permohonan Adam
Adli untuk mencabar keputusan UPSI yang menggantungnya kerana melanggar peraturan universiti.
Beliau tidak menetapkan sebarang kos setelah mengambil kira pemohon (Adam Adli) adalah seorang pelajar.
96 Anggota, Pegawai TLDM Undi Pos Atas Kapal
Seramai 96 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertugas di perairan negara dekat Lahad Datu mengundi secara pos bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) semalam.
Anak kapal KD Terengganu, yang menjalankan tugas rondaan dan mengawal perairan pantai timur Sabah sejak awal bulan lepas, tidak ketinggalan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi walaupun dalam kesibukan bertugas memastikan keselamatan perairan negara daripada diancam anasir luar.
Anak kapal KD Terengganu, yang menjalankan tugas rondaan dan mengawal perairan pantai timur Sabah sejak awal bulan lepas, tidak ketinggalan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi walaupun dalam kesibukan bertugas memastikan keselamatan perairan negara daripada diancam anasir luar.
Bonus Sembilan Bulan Gaji Daripada TDM
Ahmad Said bersama penerima replika kunci rumah pada Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar dan Pekerja Cemerlang serta Penyerahan Kunci Rumah Pekerja Kompleks Sungai Tong dan Bukit Bes |
Bagaimanapun , Pengerusinya, Datuk Roslan Awang Chik berkata, pemberian bonus tersebut diagihkan kepada beberapa kategori berdasarkan prestasi dan jangka masa seseorang bekerja dengan TDM dan jumlah maksimum bonus adalah sembilan bulan gaji.
Cadangan Husam Batal Festival Belia Dikecam
Ahmad Shabery(berdiri di tengah) dan Tengku Adnan bersama warga belia melaungkan slogan 1Malaysia selepas taklimat Festival Belia 2013 di Putrajaya semalam. |
Menurut Ahmad Shabery, cadangan itu amat dikesali kerana kos yang dikeluarkan kerajaan untuk menganjurkan festival itu sebahagian besarnya ditanggung oleh pihak swasta.
Fama Terengganu Berjaya Lahir 248 Usahawan PKS
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu telah berjaya melahirkan 248 orang usahawan dalam bidang Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negeri ini dalam masa tujuh tahun lalu.
Pengarah Fama Negeri Hasan Jusoh berkata kebanyakan usahawan itu bergiat dalam bidang makanan dan minuman, dengan sembilan daripada mereka mempunyai modal melebihi RM1 juta.
"Semua usahawan di bawah bimbingan Fama itu boleh dianggap berjaya," katanya kepada Bernama., sambil menyatakan bahawa pada tahun lepas, nilai jualan mereka dianggarkan melebihi RM36 juta.
Thursday, April 25, 2013
Jelajah Kempen Ahmad Said Berterusan, Tekankan Perpaduan & Kemenangan Cemerlang
Ahmad Said berbual dengan bekas ADUN, Khazan Che Mat ketika melawat DUN Batu Rakit semalam. |
"Ahmad Said menekankan perpaduan dalam parti, kerjasama, menolak ‘cah
keting’ dan merapatkan saf jentera pilihan raya bagi
menjamin kemenangan cemerlang BN kali ini."
Analisis Hambali Abdul Latiff
Hari ini masuk hari ketiga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said sebagai ‘peneraju’ Pilihan Raya Umum ke-13 Terengganu menjelajah hampir 16 jam setiap hari ke kawasan Parlimen.
Beliau ‘meninggalkan’ Parlimen Kemaman dan kawasan yang ditandinginya – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal – semata-mata untuk membantu calon-calon Parlimen dan DUN di semua lapan kawasan Parlimen dan DUN yang bertanding untuk kemenangan cemerlang Bn kali ini.
Biasanya apabila selepas penamaan calon, pemimpin akan berada di kawasan masing-masing dan ‘menjaga kawasannya sebaik dan selama mungkin’. Kata orang berkurunglah siang dan malam.
Namun tidak dengan Ahmad Said – juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan Menteri Besar Terengganu.
Beliau mengambil langkah yang sama dengan pemimpin negara, khususnya Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang terus menjelajah ke negeri-negeri untuk menjamin kemenangan cemerlang bagi kerusi Dewan Rakyat.
Bermula dengan Parlimen Besut kelmarin dan semalam Setiu, hari ini Ahmad Said berada di Parlimen Hulu Terengganu sejak pagi dan hingga lewat mala mini.
Segala-galanya ini dilakukan untuk membantu calon-calon Parlimen dan DUN agar rakyat yakin bahawa mereka adalah calon pilihan Ibu Pejabat BN Pusat yang ditentukan oleh Najib dan kepimpinan tinggi parti.
Dengan kehadiran Ahmad Said ke semua kawasan Parlimen dan DUN turut membuktikan bagaimana padunya UMNO dan BN Terengganu dalam mengharungi pilihan raya ini.
Ahmad Said tidak berceramah ke sana sini seperti pemimpin PAS, termasuk melemparkan fitnah kepada BN pada kempen pilihan raya.
Pengerusi BN ini mengambil pendekatan mengunjungi rakyat, makan bersama rakyat, bertukar pendapat sambil menyertai program untuk bersama rakyat.
Pada ucapan di hadapan penyokong parti yang diatur sempena lawatan, Ahmad Said menekankan perpaduan, kerjasama, menolak ‘cah keting’ dan merapatkan saf jentera pilihan raya. Tujuannya ialah menjamin kemenangan cemerlang BN kali ini.
Malah ketika mengadakan perjumpaan dengan jentera pilihan raya DUN Kuala Besut, petang kelmarin, Ahmad Said berkata kerajaan negeri akan mencadangkan Perdana Menteri melantik Ketua UMNO Bahagian Besut, Dato’ Seri Idris Jusoh sebagai salah seorang anggota kabinet apabila Barisan Nasional (BN) berkuasa semula selepas pilihan raya nanti.
Berikutan itu, bagi mempastikan harapan itu berjaya pengundi di Parlimen Besut perlu mempastikan Idris calon Parlimen Besut,mendapat manjoriti besar dalam PRU13.
Malah, Ahmad Said juga menafikan tomahan sesetengah pihak beliau dan Idris bermusuhan dalam politik sejak krisis jawatan Menteri Besar pada 2008.
“Itu anggapan orang dan sememangnya dalam politik macam-macam orang melihat pemimpin, yang pasti kami tekad untuk bekerjasama mempastikan BN kekal di Terengganu,” katanya.
Amat nyata usaha menggunakan perpecahan UMNO untuk menumbangkan BN Terengganu tidak akan berjaya.
Malah, bukan sekadar itu sahaja.
Bekas ADUN BN yang tidak bertanding, turut hadir pada majlis Menteri Besar turun padang ini.
Ini menggambarkan suasana perpaduan yang amat jitu di kalangan BN dan harapan PAS dan PKR menggunakan ‘perpecahan dalaman UMNO’ sama sekali kantoi!
Hakikatnya perpaduan inilah akan menjadi salah satu kekuatan BN selain aku janjinya yang menawarkan keamanan dan kemakmuran kepada rakyat Terengganu.
Apapun jelajah Menteri Besar akan berterusan dan sejauh ini tidak diketahui lagi, bila Ahmad Said akan ke Kemaman dan kawasan DUNnya sendiri!
BN Komited Jadikan Setiu Pusat Industri Perikanan Negara
Imbas Kembali...Menteri Besar ketika melawat pemberita ketika melawat ladang ternakan udang di Kampung Nyatuh, Setiu pada Mac 2012. |
Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pusat berkenaan melibatkan pelaburan RM300 juta kini sedang dalam peringkat pelaksanaan dengan menawarkan 700 peluang pekerjaan.
"Sehingga kini sejumlah 250 peluang pekerjaan telah wujud hasil daripada projek akuakultur di Setiu," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kepada pekerja dan anak-anak peladang TDM Plantation Sdn Bhd di Setiu semalam.
Hudud Jadi Isu Di Kalangan Pembangkang Pada Pilihan Raya Ke13
Hudud menjadi isu pilihan raya bukan ditimbulkan oleh UMNO atau Barisan Nasional tetapi oleh Pas sendiri.
Amat nyata pembangkang kini bercakaran sesama sendiri mengenai isu ini dan langsung tidak ada kena mengena dengan kenyataan pemimpin atau kempen Barisan Nasional.
Kini ada pertentangan dan pertikaian pendapat yang serius antara pemimpin dalam pakatan pembangang, termasuk Pengerusi DAP, Karpal Singh yang bertegas tolak hudud.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menolak hudud dilaksanakan di Selangor kerana negeri itu didiami pelbagai kaum.
Karpal Tersungkur, Azizan Terjatuh, Nik Aziz Didukung
Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh jatuh tersungkur daripada kerusi rodanya semasa hadir memberi ceramah di hadapan kira-kira 1,000 penyokong DAP di Padang Taman Jajar, Jalan York, Dato Keramat malam kelmarin.
Kejadian pukul 10 malam itu berlaku ketika Karpal, 73, yang merupakan calon Parlimen Bukit Gelugor diangkat dengan kerusi roda oleh empat penyokong DAP tetapi malangnya beliau terlepas ke lantai pentas utama.
Terengganu Cadang Idris Jadi Menteri Kabinet - Ahmad Said
Kerajaan negeri akan mencadangkan Perdana Menteri melantik Ketua UMNO Bahagian Besut, Dato’ Seri Idris Jusoh sebagai salah seorang anggota kabinet apabila Barisan Nasional (BN) berkuasa semula selepas pilihan raya nanti.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, bagi mempastikan harapan itu berjaya pengundi di Parlimen Besut perlu mempastikan Idris calon Parlimen Besut,mendapat manjoriti besar dalam PRU13.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, bagi mempastikan harapan itu berjaya pengundi di Parlimen Besut perlu mempastikan Idris calon Parlimen Besut,mendapat manjoriti besar dalam PRU13.
Paka Semakin Pesat Membangun, Ramai Jadi Kontraktor
Paka, sebuah kawasan yang asalnya menempatkan sebuah pekan kecil dengan pohon kelapa dan belukar menghiasi sekitar, mula beransur-ansur berubah wajah dengan tempias daripada limpahan perkembangan industri minyak dan gas.
Kawasan tersebut sedang berkembang sebagai sebuah bandar perindustrian yang dapat menampung keperluan penduduk menerusi peningkatan peluang pekerjaan sekali gus menjana ekonomi masyarakat setempat yang memanfaatkan peluang tersedia.
Penduduknya yang telah mencecah kira-kira 150,000 orang dan umumnya mereka sentiasa mahu meningkatkan taraf kehidupan masing-masing menerusi pelbagai punca rezeki.
Seorang Penyokong Parti Politik Cedera Dipukul Pihak Lawan
Seorang penyokong parti politik cedera setelah diserang sekumpulan penyokong parti lawan dalam kejadian di Simpang 3 Pekan Dungun, malam Selasa lalu.
Jurucakap Pilihan Raya Polis Kontinjen Terengganu Supt Koh Ah Tiam berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam sekumpulan pasukan pemantau pilihan raya menurunkan bendera salah sebuah parti yang dipasang di kawasan berkenaan kerana menghalang lalu lintas.
Jurucakap Pilihan Raya Polis Kontinjen Terengganu Supt Koh Ah Tiam berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam sekumpulan pasukan pemantau pilihan raya menurunkan bendera salah sebuah parti yang dipasang di kawasan berkenaan kerana menghalang lalu lintas.
Rekod Buruk, Mat Taib Tidak Layak Sertai PAS - Karpal
Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berpendapat bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib tidak layak menyertai Pas apatah lagi bersama dengan Pakatan Rakyat (PR).
Beliau berkata, pemimpin yang mempunyai rekod lampau yang buruk tidak layak diterima sebagai ahli komponen parti PR.
Percutian Ke Terengganu Menanti 10 Pemenang Bertuah
Pelbagai aktiviti menarik sepanjang percutian di Resorts World Kijal, Kemaman, Terengganu menanti 10 pemenang yang berjaya menghasilkan karya terbaik sempena peraduan Warkah Buat Ibu 2 anjuran Resorts World Genting (RWG) dengan kerjasama akhbar Kosmo!.
Pegawai Perhubungan Awam dan Komunikasi RWG, Chen Pelf Yeen berkata, kelainan pada kali ini, pemenang bukan sahaja boleh membawa ibu mereka bercuti malah mereka juga diberi pilihan membawa dua orang lagi bercuti ke negeri itu selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Mei nanti.
Pegawai Perhubungan Awam dan Komunikasi RWG, Chen Pelf Yeen berkata, kelainan pada kali ini, pemenang bukan sahaja boleh membawa ibu mereka bercuti malah mereka juga diberi pilihan membawa dua orang lagi bercuti ke negeri itu selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Mei nanti.
Khalid Tolak Hudud Di Selangor, Perlu Persetujuan Rakyat
Ketika pemimpin Pas seperti Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat tetap dengan pendirian mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bahawa undang-undang itu tidak akan dilaksanakan di Selangor.
DAP, satu lagi gabungan pakatan pembangkang, awal-awal lagi menentang cadangan itu.
Bercakap kepada pemberita semalam, Abdul Khalid berkata, hukum hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa mendapat persetujuan seluruh rakyat Malaysia serta rakyat Selangor khususnya.
Najib - Ketepi Hal Remeh-Temeh, Sokong Pembentukan Kerajaan Kukuh
Najib melawat bilik gerakan BN Kampung Serambi, Pekan, semalam. |
Katanya, aspek paling utama ialah pembentukan Kerajaan BN yang kukuh dengan majoriti dua pertiga di Parlimen bagi memastikan pembangunan lebih cemerlang pada masa depan.
Keputusan Tarik Diri Demi Sekat Legasi Nik Aziz - Che Johan
Timbalan Ketua Umno Bahagian Pasir Mas Che Johan Che Pa berkata keputusannya tidak bertanding kerusi Parlimen Pasir Mas pada pilihan raya umum ini bagi memastikan legasi Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disekat daripada terus memecah belah umat Islam dan mempromosi politik kebencian.
Beliau yang tidak mengemukakan kertas pencalonan mewakili Barisan Nasional (BN) pada hari penamaan calon Sabtu lepas, menjelaskan keputusan itu sebagai pengorbanannya buat umat Islam dan Umno khususnya dalam memastikan PAS tumbang di kawasan itu.
5 Mei Cuti Umum di Terengganu, Kedah
Mohd Zulkifli |
Langkah itu diambil kerana Ahad adalah hari bekerja di Terengganu dan Kedah, sekali gus memudahkan penjawat awam, pekerja swasta dan rakyat kedua-dua negeri itu keluar mengundi pada hari berkenaan.
Di Besut, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, berkata keputusan itu dibuat pada satu mesyuarat khas baru-baru ini.
Wednesday, April 24, 2013
Semua Boleh, Perjuangan PAS Semakin Keliru - Ahmad Said
Perjuangan PAS dilihat mengelirukan rakyat apabila mengeluarkan kenyataan bertentangan berhubung sesuatu isu iaitu perkara yang "dikatakan tidak boleh" sebelum ini tetapi kini "dikata boleh".
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata antara contoh kenyataan yang mengelirukan itu ialah pemimpin parti itu sebelum ini mengatakan haram bagi Umno bekerjasama dengan parti bukan Islam seperti MCA.
"Tetapi kini mereka (PAS) boleh pula berkawan dengan DAP dan tidak haram," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan Menteri Besar Terengganu dengan jentera pilihan raya BN Kuala Besut di Besut semalam.
Turut hadir calon BN bagi kawasan Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh dan calon BN di kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Besut Dr A Rahman Mokhtar.
Idris ketika berucap sebelum itu berkata perjuangan PAS sejak akhir-akhir ini makin mengarut. "Dulu dia (PAS) kata suara wanita aurat, tetapi sekarang dia ambil pula artis-artis wanita jadi calon pilihan raya umum kali ini," katanya.
Beliau berkata PAS kini sanggup mengambil artis untuk menjadi calon sebagai wadah perjuangan mereka pada pilihan raya umum ke-13 ini. PAS meletakkan penyanyi Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin bertanding di kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan untuk menentang calon BNTan Sri Mohd Isa Abdul Samad.-BERNAMA
Imam Madinah Iktiraf Usaha Barisan Nasional - Muhyiddin
Imam Masjid Al-Nabawi di Madinah, Al-Syeikh Solah Muhammad Al-Budair mengiktiraf usaha Kerajaan Barisan Nasional (BN) meningkatkan dan mengembangkan syiar Islam di negara ini yang dilihat selari dengan tuntutan agama.
Malah, beliau kagum dengan usaha kerajaan menerusi institusi agama yang mengimarahkan rumah ibadat, khususnya masjid demi mendekatkan umat Islam dengan amal salih.
13 Artis Berkempen Untuk BN Di Kedah
Artis tempatan yang berkempen untuk BN menerusi program Ziarah Syukur di Alor Setar semalam. |
Antara artis tersebut ialah Datuk Aziz Sattar, Datuk Mustapha Maarof, Mariani Ismail, Norlia Ramli, Hail Amir, A. R. Badul, Kismah Johar, Noniswara Baharudin, Kuza, Sheera Iskandar, Farawahida Razali, Salma Mentor dan Yantzen.
PRU13 - BN Masih Di Hati Askar Pencen
Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PVTB) Cawangan Terengganu menyeru pesara tentera memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Yang Dipertuanya, Alias Ab Razak berkata, ini kerana kerajaan tidak pernah mengabaikan dan sentiasa membela nasib tentera yang tidak berpencen.
Yang Dipertuanya, Alias Ab Razak berkata, ini kerana kerajaan tidak pernah mengabaikan dan sentiasa membela nasib tentera yang tidak berpencen.
Anjur Ceramah Tanpa Permit: 13 Kertas Siasatan Dibuka Di Terengganu
Polis Terengganu membuka 13 kertas sisatan berkaitan penganjuran ceramah tanpa permit oleh parti politik di sini sejak hari penamaan calon Sabtu lepas.
Jurucakap Pilihan Raya Polis Kontinjen Terengganu Superintenden Koh Ah Tiam berkata semua parti yang bertanding diingat agar mendapatkan permit untuk berkempen dari balai polis daerah di kawasan masing-masing.
Jurucakap Pilihan Raya Polis Kontinjen Terengganu Superintenden Koh Ah Tiam berkata semua parti yang bertanding diingat agar mendapatkan permit untuk berkempen dari balai polis daerah di kawasan masing-masing.
Lahad Datu - Lahad Datu: Tian Chua Nafi Keluarkan Kenyataan fitnah terhadap Umno
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Chua Tian Chiang atau Tian Chua menafikan beliau mengeluarkan kata-kata fitnah terhadap Umno berhubung pencerobohan militan di Lahad Datu, Sabah.
Tian Chua menerusi pernyataan pembelaan yang diserahkan kepada Mahkamah Tinggi semalam berkata kenyataannya itu adalah komen yang wajar dan terlindung di bawah 'keistimewaan bersyarat' sebagai ahli Parlimen dan demi kepentingan awam.
Kabel Rumah Pam Lesap, Pesawah Terjejas
Rozi melihat kabel yang dihubungkan ke rumah pam di Kampung Matang dipotong pencuri. |
Difahamkan kecurian kabel di rumah pam di Kampung Matang, Hulu Terengganu itu sudah berlanjutan kira-kira 10 tahun lalu menyebabkan kerajaan mengalami kerugian selain menimbulkan masalah kepada pesawah terlibat.
Saman Fitnah Wan Ahmad Terhadap Mat Sabu Didengar 21 November
Mahkamah Tinggi semalam menetapkan dua hari bermula 21 Nov depan untuk perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar terhadap Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu dan tiga yang lain berhubung artikel yang diterbitkan dalam akhbar Harakah pada Februari lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Norhazira Abu Haiyan, yang mewakili Wan Ahmad dan peguam Azhana Mohd Khairuddin, yang mewakili kesemua defendan.
FAM Pinda Beberapa Perlawanan Liga Malaysia
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan meminda tarikh perlawanan yang ditetapkan pada 4, 5 dan 6 Mei bagimemudahkan pegawai dan pemain mengundi, kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.
Beliau berkata, empat perlawanan Liga Super yang dijadual berlangsung pada 4 Mei akan dipinda kepada 22 Mei di venue yang telah ditetapkan.
Beliau berkata, empat perlawanan Liga Super yang dijadual berlangsung pada 4 Mei akan dipinda kepada 22 Mei di venue yang telah ditetapkan.
Tengku Adnan - Anggota Umno Dipecat Tidak Akan Diterima Semula
Anggota Umno yang dipecat kerana bertanding sebagai calon Bebas tidak akan diterima semula ke dalam parti, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
"Bagi saya, mereka adalah pengkhianat dan tidak berlaku adil kepada anggota parti yang lain. Apabila anda berada dalam parti ini, anda harus sentiasa memperkukuh disiplin parti, anda juga perlu mematuhi perjuangan parti.