Saturday, July 20, 2013
Keputusan PRK Kuala Besut 10 Malam Rabu
Keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut akan dapat diketahui kira-kira pukul 10 malam, Rabu depan.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya hanya akan mengumumkan keputusan pada pukul 10 malam bagi menghormati umat Islam menunaikan solat terawih.
"Disebabkan sekarang bulan Ramadan, kita hormati pemimpin-pemimpin politik dan orang ramai untuk beribadat.
"Walaupun proses penjumlahan undi selesai awal dan kita sudah mengetahui keputusan pada pukul 9 malam, SPR tetap akan menunggu sehingga pukul 10 malam untuk diumumkan secara rasmi," katanya di sini, hari ini.
Hadi Tidak Minat Kembali Jadi MB Terengganu
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayangkan beliau tidak berminat untuk kembali menjadi Menteri Besar Terengganu walaupun pakatan pembangkang berjaya menyamakan jumlah kerusi dengan Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Abdul Hadi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang berkata, sasaran PAS untuk mewujudkan situasi 'DUN tergantung' 16:16 bukan demi mendapatkan kuasa atau untuk membentuk kerajaan.
"Saya beritahu Timabalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin (Yassin) pada hari penamaan calon...saya kata kepadanya supaya berikanlah kita 16 kerusi dan mereka juga ada 16 kerusi. "Kami tak akan berebut nak jadi Menteri Besar, hanya beri kami 16 kerusi.

Pengundi Awal Kuala Besut Tunai Tanggungjawab
Seramai 1,134 anggota tentera dan pasangan serta 14 pegawai polis layak melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut hari ini.
Kedua-dua pasukan keselamatan itu melaksanakan tanggungjawab mereka seawal pukul 8 pagi di Dewan Serba Guna Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak di Kuala Besut.
Dua saluran disediakan bagi kumpulan pengundi berkenaan. Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.
KDN Dan PDRM Pantau Pihak Yang Cuba Main Sentimen Agama - Ahmad Zahid
Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau mana-mana individu atau badan bukan kerajaan (NGO) yang cuba memainkan sentimen agama di negara ini.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya memandang serius terhadap isu sensitif itu yang boleh merosakkan keharmonian kepelbagaian agama di Malaysia.
"Siapa yang dikenal pasti melakukan hal sedemikian akan dikenakan tindakan serta merta," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa KDN dan PDRM di Kuala Lumpur, malam semalam.

Shisha Haram Bagi Umat Islam - Jawatankuasa Fatwa
Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam memutuskan shisha adalah haram bagi umat Islam.
Selain menghisap shisha, muzakarah yang bersidang pada Rabu lepas, turut melarang umat Islam daripada menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti berkaitan shisha.
Ini diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dalam kenyataan, semalam.

Puspakom Tawar Pemeriksaan Kenderaan Persendirian Percuma Sempena Aidilfiri
Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) menawarkan pemeriksaan sukarela secara percuma kepada pemilik kenderaan persendirian sempena Aidilfitri mulai 22 Julai hingga 7 Ogos depan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohammed Shukor Ismail berkata pemeriksaan secara percuma itu merangkumi pengesahan identiti kenderaan, ujian pengeluaran asap, gelincir sisi, bahagian atas dan bawah kenderaan, brek, suspensi dan ketelusan cermin yang akan dijalankan oleh pemeriksa kenderaan Puspakom yang bertauliah.
"Pemeriksaan kenderaan secara percuma ini merupakan antara tanggungjawab korporat Puspakom dalam usaha meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap keselamatan kenderaan semasa musim perayaan.

PRK Kuala Besut: Lebih 1,000 Layak Undi Awal Hari Ini
Sebanyak 1,134 anggota tentera dan pasangan serta 14 anggota polis layak melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut yang berlangsung hari ini.
Mereka melaksanakan tanggungjawab itu menerusi dua saluran yang dibuka di Dewan Serba guna Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak.
Friday, July 19, 2013
Husam Akui: PAS Tak Akan Boleh Bentuk K'jaan T'ganu Sekalipun Menang Di Kuala Besut
Menang pun tak boleh bentuk kerajaan...Husam Musa |
Naib Presiden parti itu, Datuk Husam Musa berkata kerajaan Terengganu di bawah pemerintahan BN masih boleh dikekalkan.
"Cumanya nanti mereka (BN) tidaklah boleh bertindak sesuka hati. Kami sebagai pengimbang mempunyai peranan yang konstruktif untuk mencadangkan pengurusan negeri yang berorientasikan kebaikan rakyat jelata Terengganu," katanya dalam sidang media di markas besar pilihan raya PAS di Kampung Baharu di Kuala Besut, semalam.
Mahkamah Tolak Petisyen BN Bagi Telok Pasu, Rantau Abang
Ridhuan |
Hakim Datuk Seri Mariana Yahya menolak petisyen itu dalam perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.
Dun Telok Pasu dimenangi calon PAS, Ridhuan Hashim mengalah calon BN Datuk Abdul Rahin Mat Said dengan majoriti 109 undi dalam pilihan raya umum lalu.
BN Diharap Bantu Nasib Penjual Kuih Tradisional
Penjual kuih 'akok', sejenis kuih tradisional yang terkenal di Pantai Timur, berharap kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut dapat membantu memajukan industri makanan tradisional itu di Terengganu.
Che Rokiah Che Mat, 64, pengusaha 'Akok Kak Long' di Kampung Pengkalan Atap di sini, yakin BN akan mengekalkan kerusi Kuala Besut yang dimenanginya dalam pilihan raya umum ke-13, Mei lalu.
Beliau berkata kemenangan dalam pilihan raya kecil pada 24 Julai ini akan memberi peluang kepada kerajaan BN untuk membantu golongan pembuat kuih tradisional itu, misalnya memberi bantuan berupa peralatan dan perkakas memasak.
Syarikat Tempatan, Brunei Lapur RM4B Majukan Projek Taman Ilmu Terengganu
Projek itu yang dijangka bermula bulan depan, membabitkan pembinaan enam universiti dan kemudahan asrama dengan keupayaan antara 30,000 hingga 50,000 orang.
Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif POSC TI, Dr Abdullah Kamil Fikri, berkata ketika ini kerja membaik pulih sedang dijalankan di Fasa Satu projek itu yang membabitkan kemudahan perpustakaan, kompleks sukan dan dewan konvensyen.
Guru Tidak Harus Mudah Terpengaruh Media Sosial
Guru digesa agar tidak mudah terpengaruh dengan sebarang paparan negatif mengenai kerajaan menerusi media sosial sehingga timbul sikap tidak mempercayai dan membenci pemerintah.
Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata guru sebagai profesion yang mulia dan dihormati, perlu mahir menilai sesuatu isu serta tidak membelakangi tanggungjawab mendidik anak bangsa.
Katanya banyak perkara negatif dipaparkan dalam media sosial yang tidak diketahui sumber sebenar dan ini perlu ditapis setiap guru yang merupakan golongan terpelajar.

23 Julai Keputusan Bantahan Parlimen Ketereh, 4 DUN
Mahkamah Pilihan Raya di Kota Bharu, semalam menetapkan 23 Julai ini bagi keputusan bantahan awal petisyen yang difailkan untuk membatalkan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) bagi kerusi Parlimen Ketereh dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).
DUN berkenaan ialah Air Lanas, Kok Lanas, Mengkebang dan Manek Urai.
Hakim Pilihan Raya Datuk John Louis O'hara menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah daripada pihak pempetisyen dan responden bagi setiap petisyen berkenaan.
Hakim Pilihan Raya Datuk John Louis O'hara menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah daripada pihak pempetisyen dan responden bagi setiap petisyen berkenaan.
T-Team Lantik Che Ku Marzuki Sebagai Jurulatih Harungi Piala Malaysia
T-Team melantik Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Nor sebagai jurulatih bagi menghadapi kempen Piala Malaysia musim ini.
Ketua Pegawai Eksekutif T-Team, Ab Rashid Jusoh berkata jurulatih Eduardo Almeida dari Portugal ditugaskan semula untuk mengendalikan Akademi Bolasepak Young Titans.
Che Ku Marzuki pada mulanya dilantik menggantikan Peter Butler yang disingkir semasa menghadapi kempen Liga Super.

Parlimen: Punca Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Runtuh
Penggunaan bahan binaan dan kualiti kerja tidak mengikut spesifikasi dalam pembinaan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu adalah antara punca menyebabkan keruntuhan struktur bumbung stadium itu pada 2009, Dewan Rakyat diberitahu semalam.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata jawatankuasa penyiasatan kementerian itu juga mendapati faktor lain adalah reka bentuk bumbung yang tidak memadai serta pengawasan dan kawalan kualiti tidak dilaksanakan di tapak projek.
Ketengah Belanja RM1 Juta Bantu Golongan Kurang Bernasib Baik
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) membelanjakan kira-kira RM1 juta kepada 4,834 penerima sumbangan dari Tabung Amanah Masyarakat Ketengah tahun ini bagi membantu golongan miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya.
Pengurus Besar Ketengah Wan Mat Amin Wan Daud berkata sumbangan itu bertujuan meringankan beban kewangan kepada mereka yang berkenaan.
"Jumlah penerima sumbangan juga semakin meningkat berbanding seramai 3,157 orang tahun lalu, 2,610 (2011) dan 1,064 (2010) 2010 dan insya-Allah akan lebih ramai diberi bantuan seiring dengan peningkatan sumbangan dari lima anak syarikat Ketengah.

Kampus Antarabangsa UniSZA Di China Beroperasi Ogos Ini
Kampus Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di China akan mula beroperasi pada Ogos ini.
Naib Canselor UniSZA Prof Dr Yahya Ibrahim berkata pihaknya akan menandatangani memorandum perjanjian persetujuan (MOA) dengan konsortium melibatkan kerjasama tiga buah universiti terbesar di China iaitu Guandong University of usiness Studies, University Guangzhou serta University Beihang.
Beliau berkata kampus antarabangsa itu akan terus beroperasi sebaik sahaja MOA itu ditandatangani dengan kemasukan 200 pelajar dari China untuk semester pertama.

Mara: 4 Lagi MRSM Bakal Dibuka
MRSM berkenaan terletak di Arau, Perlis yang dijangka siap pada penghujung tahun hadapan, selain di Kuala Kangsar, Perak; Tanjung Karang, Selangor dan Semporna, Sabah.
Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Ibrahim Ahmad berkata pembinaan MRSM baharu itu yang dijangkakan siap dalam tempoh setahun hingga dua tahun akan memberikan tambahan tempat kepada 1,000 pelajar pada setiap sesi pengambilan.
Pegawai Polis Terbabit Dalam Kemalangan Di Kuala Besut Dilapor Stabil
Pegawai polis trafik Insp Farid Hasni Mamat, 33, yang putus kaki kanannya akibat kemalangan di Kuala Besut, Terengganu semalam kini dilaporkan dalam keadaan stabil.
Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Putera, Mohd Mahdi Musa yang melawat pegawai tersebut di Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di kOTA bHARU, berkata beliau difahamkan pihak hospital terpaksa memotong kaki kanannya sehingga bawah lutut akibat kemalangan itu.
"Beliau baru sahaja menjalani pembedahan yang mengambil masa selama empat jam bermula pukul 5 pagi tadi," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa di HUSM semalam.
Thursday, July 18, 2013
Isu Tanah - Pemimpin PAS 'Menepuk Muntah Di Dulang'...Terbongkar Fitnah, Pembohongan Sendiri!
"Dasar kita semua rakyat Terengganu, berhak mendapat lot tanah. Jadi dia
wakil rakyat dia berhak minta. Buat apa nak serah (balik kepada kerajaan negeri). Hak dia. Rakyat
biasa kita hampir 20,000 lot. " - Datuk Seri Ahmad Said
Diberitahu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini bahawa lebih 50 lot sudah terjual dan Kerajaan Negeri berbelanja beratus juta ringgit bagi tujuan ini kerana banyak tanah yang ‘sudah terlepas’ antara Bulatan Penyu di Ladang hinggalah ke Flat Kolam dalam bandar raya Kuala Terengganu.
Walaupun ada pihak menyifatkan langkah Menteri Besar, Ahmad Said ini sebagai ‘rasis’ namun, namun atas dasar mahu mengekalkan pegangan orang Melayu dan mengekalkan orang Melayu dalam bandar, langkah ini terpaksa dilakukan.
Kawasan yang dikatakan banyak tanah orang Melayu terjual. |
Melalui dasar ‘Demokrasi Tanah’, turut mendapat tanah ialah Exco Kerajaan Negeri, pembesar, pentadbir dan semua pihak, khususnya penjawat awam dan guru.
Kerana itu, Menteri Besar bertegas, kerajaan negeri tidak akan menarik balik tanah yang dianugerahkan kepada empat orang pemimpin Umno Besut untuk menghargai jasa individu berkenaan sebagai wakil rakyat.
Katanya, wakil rakyat berkenaan, seperti juga anak negeri tersebut yang lain, berhak memohon dan memiliki tanah tersebut.
Beliau mengakui bahawa setiap orang daripada empat pemimpin Umno Besut tersebut memiliki satu hektar tanah setiap seorang di kawasan Bukit Dendong, Mukim Tembila dalam daerah Besut.
"Dasar kita semua rakyat Terengganu, berhak mendapat lot tanah. Jadi dia wakil rakyat dia berhak minta. "Buat apa nak serah (balik kepada kerajaan negeri). Hak dia. Rakyat biasa kita hampir 20,000 lot. "Takkan kerana empat orang ini, kita nak itu (tarik balik)," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Pejabat Daerah Besut semalam.
Beliau berkata demikian bagi menjawab desakan PAS yang meminta kerajaan negeri menarik balik tanah yang diberikan kepada empat pemimpin Umno di Besut.
Ahli jawatankuasa PAS Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu sidang media di Kuala Besut pagi semalam mencabar timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengarahkan beliau memulangkan semula tanah berkenaan.
Dzulkefly berkata tindakan itu bagi membuktikan bahawa kerajaan BN benar-benar menepati slogan 'Rakyat didahulukan', dan bukannya "dimangsai".
Dzulkefly mendakwa, tanah berkenaan diberikan ketika Datuk Seri Idris Jusoh menjadi ADUN Jerteh. Selain Idris, tiga lagi pemimpin Umno yang didakwa menerima tanah berkenaan ialah MP Besut pada masa itu, Datuk Abdullah Muhamad Zain, ADUN Kota Putera Muhammad Pehimi Yusof, dan ADUN Hulu Besut Nawi Mohamad.
Nawi yang juga ADUN Hulu Besut pada hari Isnin lalu telahpun mengakui bahawa beliau mendapat tanah berkenaan dan menjelaskan bahawa rakyat lain juga layak menerima tanah daripada kerajaan negeri.
Amat jelas, PAS mengitarkan isu lama dengan membangkitkan soal tanah yang dianugerahkan kepada empat pemimpin Umno di Besut.
Sedangkan, PAS juga pernah memberi tanah kepada wakil rakyat parti itu semasa mentadbir Terengganu, dakwanya. Pemimpin PAS tidak henti-henti menfitnah Kerajaan BN Negeri zalim dalam isu pembahagian tanah dan mendakwa merampas tanah rakyat selain membahagikan tanah kepada kroni.
Mereka melemparkan tuduhan itu untuk menutup perbuatan mereka yang salah dan melampau termasuk sewenang-wenangnya mengaku tanah umpamanya di berhadapan Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB), di Jalan Santong, Paka (rujuk Lebong 16) sebagai milik mereka.
Selain itu, mereka berbohong mengatakan Kerajaan BN zalim menghalau orang Melayu bandar demi pembangunan selain membahagi-bahagikan tanah untuk kroni.
Yang wajar diketahui ialah Kerajaan Barisan Negeri melaksanakan ‘pendemokrasian tanah’ melalui slogan 1Rakyat 1Lot Tanah. Untuk kali pertamanya melalui pentadbiran Ahmad Said, kerajaan negeri Terengganu MENYATAKAN DENGAN JELAS bahawa rakyat negeri tidak kira penyokong parti apa atau fahaman politik mereka berhak mendapat sebidang tanah, sama ada tapak rumah atau tanah pertanian.
PTG Terengganu mendapat pelbagai pengiktirafan dan hadiah kecemerlangan kerana mampu menyelesaikan masalah tanah dalam masa yang singkat berbanding negeri lain.
Dalam tempoh empat tahun lalu 12,000 lot tapak rumah di seluruh negeri diberi hak milik manakala 8,000 kes pemilikan tanah pertanian juga dapat diselesaikan.
Melalui dasar membolehkan setiap rakyat Terengganu berpeluang memiliki tanah untuk kediaman atau tanah pertanian seluas kira-kira dua hektar, mereka boleh mengemukakan permohonan kepada Pejabat Tanah di daerah masing-masing.
Setiap permohonan dilakukan akan dinilai secara telus melalui kad pengenalan pemohon. Keutamaan diberi kepada individu yang masih belum mempunyai tanah.
Paling penting hasrat untuk melihat sekurang-kurangnya 1rakyat 1lot tanah dapat dicapai. Bagaimanapun, dalam konteks berkenaan, individu yang mempunyai kemampuan untuk membeli tanah sendiri diharapkan bersikap bertimbang rasa.
Sebaliknya, APA YANG DILAKUKAN KERAJAAN PAS ?
1. Kerajaan yang merampas tanah sebenarnya ialah kerajaan PAS ketika mereka memerintah antara 1999-2004. Contohnya Rancangan Tatatur Perpindahan Banjir di Kawasan Pengkalan Merbau, Mukim Hulu Nerus Daerah Setiu.
2. Senarai kelulusan kepada peserta-peserta terbabit telah diluluskan oleh Kerajaan BN Terengganu pada zaman Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad menjadi Menteri Besar melalui Surat PTG.TR 07/171998/0008(7). Tetapi apabila kerajaan pembangkang mengambil alih Terengganu, di bawah Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang ketika itu, senarai baru telah dibuat menggantikan senarai sebelumnya melalui Surat PTG.TR 07/17/1999/0005 (9). Amat jelas, mereka mereka yang tersenarai sebelumnya dibatalkan dan digantikan dengan penyokong parti parti PAS yang mengambil alih kerajaan pada November 1999.
3. Seramai 1,080 ditipu untuk mendapatkan tanah dan wang yang mereka bayar kepada sebuah syarikat yang diarahkan dimasukkan secara ‘bank in” oleh Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) dan wakil rakyat DUN Paka pada Februari 2004.
Beberapa mangsa membuat satu laporan polis di Balai Polis Ketengah 22 Feb 2013 membabitkan Kerajaan PAS Terengganu membabitkan peserta Rancangan Tanah Berkelompok.
Dilaporkan, majlis undi lot peserta RTB Bandar Ketengah Jaya, Mukim Rasau, diadakan pada 17 Februari 2004 di Padang Astaka Ketengah Jaya di mana setiap peserta diminta untuk membayar sebanyak RM1,300 kepada akaun bank syarikat tertentu yang dilantik di nombor akaun 13020017601056 sebelum 1 Mac 2004.
Menurut Seksyen 67 dan 68 Kanun Tanah Negara, bayaran Lesen Menduduki Sementara (LMS) untuk RTB hanya RM10 setahun dan RM5 untuk pendaftaran.
4. Banyak tanah di kawasan bandar Kuala Terengganu yang bernilai tinggi diagihkan kepada syarikat-syarikat kroni pemimpin PAS ketika parti itu memerintah negeri ini dari tahun 1999 hingga 2004. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said, mendedahkan pemimpin PAS berselindung di sebalik nama syarikat dan koperasi dalam mengagih-agihkan tanah di Terengganu sepanjang pemerintahan parti tersebut menyebabkan kerajaan negeri menanggung kerugian yang besar.
5. ADUN Alor Limbat, Alias Abdullah pernah mendedahkan pada Persidangan DUN Terengganu bahawa kawasan komersial lot PT3378 berkeluasan 11516 meter persegi diberikan kepada Koperasi Pengguna Insaf Terengganu (Koinsaf) pada 18 September 2002 dengan bayaran premium RM340,000.00 sahaja. Koinsaf itu ditubuhkan pada 29 Disember 2001 dengan dipengerusikan oleh Bendahari PAS Kemaman waktu itu, Roslin Abdul Rahman dan Ahli Jawatankuasanya termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar waktu itu, Hussin Ismail.
Setelah BN mengambil alih tampuk pentadbiran Terengganu pada 2004, kerajaan negeri membeli semula hartanah tersebut dan Koinsaf memperolehi RM8 juta lebih (RM8,061,200.00).
6. Pemimpin PAS juga berlindung di atas sebuah syarikat bagi mendapatkan tanah lot kedai lot PT3431. Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu Nik Mohd.Zawawi bin Salleh (ADUN PAS Kuala Besut) dan Ahli Parlimen PAS Hulu Terengganu waktu itu, Mahyuddin Abd Rashid. Kadar premium lot 1-3 ialah RM50,000 manakala lot keempat RM76,200.00 Bila BN ambil alih, kerajaan negeri mengambil balik untuk kegunaan awam dengan terpaksa membayar RM465,715.00 bagi lot PT3428, RM372,500.00 (lot PT 3429), RM372,500.00 (lot PT3430) dan RM365,000.00 (lot PT3431).
7. Persatuan Khairunisa (milik isteri wakil rakyat PAS) membayar premium untuk separuh bahagian dari keseluruhan 4,932 meter persegi lot PT1830 Mukim Batu Burok. Selepas itu Kerajaan Negeri semasa BN terpaksa bayar RM2 juta lebih (RM2,096,100) bagi tujuan mengambil balik tanah itu untuk kegunaan awam.
8. Alias juga sekali lagi mendedahkan tanah pertanian di Durian Mentangau, Dungun diluluskan kepada syarikat milik ADUN PAS Ladang, Dr.Sulaiman Abdullah seluas 50 hektar. Tanah seluas 10,000 ekar diluluskan kepada North East Plantation (NEP) yang dipegerusikan Datuk Hishamuddin Yahya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Pengerusi Harakah.
Perbuatan PAS yang ‘menepuk muntah di talam, terpercik ke muka sendiri’ dengan jelas tidak mengamalkan pembahagian tanah secara demokrasi dan kemudian memfitnah dan membuat pembohongan dengan pelbagai tuduhan terhadap kepimpinan Ahmad Said dan Kerajaan BN Negeri.
Pasangan 'Gila Seks' Persenda Islam, Ramadan Didakwa Di Mahkamah Sesyen, Khamis
Pasangan yang mempersenda umat Islam dan Ramadan melalui laman Facebook mereka, Alvin Tan, 25, dan Vivian Lee, 24, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta, di Kuala Lumpur, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah. Ku berkata demikian ketika dihubungi Bernama tetapi beliau enggan menyatakan jenis dakwaan yang akan dikenakan terhadap mereka serta masa pasangan itu akan dihadapkan ke mahkamah.
Menurut sumber polis, pasangan itu sepatutnya menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada pukul 3 petang ini tetapi mereka tidak berbuat demikian.
Anwar Tipu Sijil Cuti Sakit Elak Ke Mahkamah?
Bekas pembantu peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay pada Rabu membuat laporan polis berhubung dakwaan penggunaan dokumen cuti sakit palsu ketua pembangkang itu bagi menangguhkan perbicaraan kes perhimpunan Bersih 3.0.
Yuktes tiba bersama-sama dua rakannya di Balai Polis Jalan Travers, di sini pada kira-kira 10.40 pagi untuk membuat laporan polis itu. Bercakap kepada pemberita kemudian, beliau mendakwa Anwar menyerahkan dokumen cuti sakit palsu itu pada September tahun lepas kepada mahkamah.
200 Unit Rumah Flat Dibangunkan Di Pulau Perhentian
Ahmad Said melawat Pulau Perhentian sempena Mesyuarat Exco pada Mei 2012. |
Beliau berkata projek yang bermula setahun lalu dijangka dapat disiapkan dalam tempoh dua tahun lagi jika segala perancangan dibuat mengikut jadual.
"Esok (hari ini) saya akan ke Pulau Perhentian untuk memantau projek tersebut termasuk pembinaan masjid baru bernilai RM12 juta di Pulau Perhentian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Negeri di Pejabat Daerah Besut semalam.
Terima Kasih PM Lulus RM250 Juta Untuk Dalamkan Muara - Nelayan Besut
Kira-kira 2,000 nelayan daerah Besut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana meluluskan peruntukan RM250 juta bagi projek mendalam muara sungai Kuala Besut untuk kepentingan mereka.
Pengerusi Persatuan Nelayan Besut Che Busu Ismail yang mewakili nelayan daerah Besut menganggap pengumuman peruntukan projek itu oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Mohd Yassin di Alor Peroi, Kuala Besut kelmarin sebagai satu rahmat yang dinanti-nanti oleh setiap nelayan sejak berpuluh-puluh tahun lalu.
Pemuda BN Bantu Kempen Raih Undi Pengundi Muda Kuala Besut
Keadaan cuaca panas, lebih-lebih lagi berdekatan dengan pesisir pantai, bukan penghalang Pemuda Barisan Nasional (BN) meneruskan kempen termasuk mengadakan tinjauan mesra di kampung-kampung sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut bagi meraih sokongan pengundi.
Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkata sokongan generasi muda kepada BN berada di tahap yang tinggi dan menggalakkan terutama dengan pendekatan kempen Pemuda melawat pengundi secara terus dari rumah ke rumah.
"Oleh kerana berkempen dalam bulan puasa, pendekatan menerusi ziarah rumah ke rumah kami dapati adalah paling berkesan sebabnya kita tiada ceramah besar mahupun kempen berskala besar, lebih-lebih lagi pada hari kerja.

FAM Gantung 17 Pengadil Liga M
Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk Astaman Aziz memberitahu, FAM telah mengambil tindakan tersebut hasil daripada laporan penilaian pengadil sejak Januari sehingga Jun lalu.
Jelas Astaman, hukuman tersebut dibuat selepas mengambil kira laporan daripada pegawai penilai yang mendapati beberapa keputusan yang dibuat oleh pengadil terbabit terlalu mengikut emosi.
Kempen 16:16 Pas Tidak Memberi Apa-apa Makna, Tidak Akan Diterima Rakyat
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said semalam menyifatkan kempen "16:16 Terengganu Baru" tidak memberi apa-apa makna kerana Barisan Nasional (BN) ketika ini masih lagi mempunyai 17 undi termasuk undi Speaker berbanding 15 undi pembangkang.
Katanya mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu seorang Speaker yang dilantik mempunyai satu undi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.
Mengulas perkara yang sama, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata usaha PAS mewujudkan pentadbiran kerajaan Terengganu yang tergantung menerusi kempen 16:16 tidak akan diterima rakyat, terutamanya pengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.
MB Lawat Projek di Pulau Perhentian Hari Ini
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said akan melakukan lawatan kerja ke Pulau Perhentian pagi ini bagi meninjau projek-projek kerajaan bagi memastikan ia berjalan mengikut jadual.
Beliau berkata, antara projek besar yang sedang dilaksanakan di pulau peranginan tersebut ialah masjid baru dan rumah pangsa mengandungi 200 unit bagi menempatkan golongan miskin.
“Lawatan kerja saya ini bagi memastikan semua projek yang dilaksanakan di Pulau Perhentian berjalan lancar supaya rakyat mendapat faedah.
Pusat KomunitiBaharu Dibina di Pulau Perhentian
Penduduk Pulau Perhentian bakal memiliki pusat komuniti baharu manakala gelanggang bola pantai sedia ada akan ditambah baik, selewat-lewatnya pada hujung tahun ini.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata kedua-dua projek itu akan dibiayai menerusi peruntukan RM1 juta yang diberi kepada Majlis Daerah Besut bagi tujuan pembangunan di pulau terbabit.
"Cadangan untuk membaik pulih gelanggang bola pantai datang daripada golongan muda di sini. Oleh itu kita akan membina astaka dan juga pagar supaya bola tidak lagi keluar daripada gelanggang semasa mereka bermain.

SMK Seri Bukit Puteri Sekolah Pertama Dapat Panel Solar Di Terengganu
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bukit Puteri di sini muncul sekolah pertama di Terengganu mendapat bantuan panel solar daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.
Timbalan Menteri berkenaan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pemberian panel solar itu merupakan langkah kementerian untuk menggalak dan memperkasa penggunaan solar sebagai tenaga boleh diperbaharui di negara ini khususnya di kalangan pelajar.
"Kerajaan mahu supaya tenaga boleh diperbaharui ini dipromosi dan diguna secara besar-besaran kerana ia percuma tak perlu bayar apa-apa...diperolehi secara semulajadi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Jimat Air, Jimat Tenaga semalam.

Srikandi Sumbang RM5,000 Kepada Keluarga Allahyarham Dr A Rahman
Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Terengganu (Srikandi) mengadakan majlis tahlil dan bacaan Yasin di kediaman bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Terengganu, di Kampung Telok Bayu, Kuala Besut, semalam.
Pengerusi Srikandi, To’ Puan Seri Hajah Norliza Mahmud serta ahli-ahli persatuan itu hadir bersama-sama balu alahyarham, Hajah Azizah Nik Omar.
To’ Puan Seri Norliza kemudiannya menyampaikan cek bernilai RM5,000 sumbangan Srikandi kepada Hajah Nik Azizah. Allahyarham meninggal dunia bulan lalu selepas mengalami penyakit kanser paru-paru.
Polis Terengganu Tubuh Pasukan Pemantau Banteras Penjualan Mercun
Polis Terengganu telah menubuhkan pasukan khas untuk memantau dan melakukan risikan kegiatan pengedaran dan penjualan mercun di pasar, bazar dan rumah kediaman sepanjang Ramadan ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata pasukan itu ditubuhkan di setiap daerah sejak awal Ramadan ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata pasukan itu ditubuhkan di setiap daerah sejak awal Ramadan ini.
Pegawai Polis Putus Kaki Kanan Dirempuh Kereta
Seorang pegawai polis trafik yang bertugas untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut putus kaki kanan setelah motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta di hadapan Sekolah Kebangsaan Alor Peroi di Kuala Besut, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 4.40 petang itu, Insp Farid Hasni Mamat, 33, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, terhumban kira-kira 10 meter berhampiran tembok sekolah akibat impak rempuhan itu. Ketika kejadian mangsa bersama Pegawai Penguatkuasa Tadbir Trafik Ibu Pejabat Kontinjen Pahang ASP Zainalabidin Othman, 48, sedang melakukan rondaan berhampiran kawasan sekolah itu.
Menurut Zainalabidin, selepas selesai melakukan pemeriksaan di sekolah tersebut, mereka berdua menuju ke Sekolah Kebangsaan Kampung Baru apabila sebuah kereta dari arah bertentangan dipandu laju memotong sebuah kenderaan lain.

Malaysia Negara Kelapan Paling Murah Jual Petrol Dan Diesel Kepada Rakyat
Beliau berkata harga murah itu hasil pemberian subsidi yang besar oleh kerajaan ke atas petrol dan diesel termasuk gas memasak.
"Daripada 227 negara di dunia, Malaysia berada pada kedudukan nombor lapan negara paling murah menjual petrol dan diesel kepada rakyatnya," katanya.
PRK Kuala Besut Bawa Rezeki Sektor Pelancongan
Pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Besut membawa rezeki berganda kepada pengusaha pelancongan di Terengganu khususnya di Besut, selain memeriahkan Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013.
Ketua Sekretariat TMT 2013 Ahmad Fathil Abd Ghani berkata semua tempat penginapan di daerah itu habis ditempah dan pemilik rumah persendirian juga menikmati limpahan rezeki apabila banyak yang mahu menyewa sekalipun kadar sewanya melambung tiga kali ganda.
"Limpahan rezeki ini turut dinikmati pengusaha restoran, warung, syarikat yang menyewakan kenderaan serta peniaga barang keperluan harian. Malah, Pulau Perhentian padat dengan pelawat yang rata-rata adalah jentera parti bertanding," katanya semalam.

PRK: Polis Gesa Henti Bawa Bendera Naik Motor
Polis mengingatkan para penyokong parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut agar berhenti mengarak bendera parti dengan bermotosikal.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata pemantauan polis mendapati ada segelintir remaja yang terlibat membantu kempen parti-parti secara berkonvoi dengan motosikal sambil mengibarkan bendera parti masing-masing.
"Mereka bermotosikal secara berkumpulan dengan membawa bendera-bendera parti yang besar yang boleh mengganggu ketenteraman dan boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya," katanya dalam sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah Besut semalam.

Wednesday, July 17, 2013
'Rentahan Haram' Halang Pembinaan Pangsapuri Untuk Mangsa Ombak Besar
Ahmad Said 'berkampung' di Kuala Besut bagi memenangkan calon BN....gambar TerengganuToday. |
Katanya, ketika PAS memerintah tahun 1999-2004 banyak tanah kerajaan diserahkan kepada rakyat tanpa melalui kelulusan Jabatan Tanah.
"PAS semasa memerintah banyak memberi tanah kepada penduduk tanpa melalui pejabat tanah sebab itu kerajaan ada peraturan setiap pemohonan tanah mesti melalui beberapa proses di pejabat tanah...parti tidak ada hak beri tanah," katanya.
PAS mendakwa kerajaan Barisan Nasional Terengganu merampas dan meroboh beberapa rumah yang dibina di Kampung Lay Out, Tok Saboh, bagi kerja pembinaan pangsapuri 72 unit yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Sabtu lalu. Yang Dipertua PAS Besut Wan Azhar Wan Ahmad mendakwa tanah lot perumahan di situ diberikan kerajaan Terengganu yang ditadbir PAS pada 1999 hingga 2004.
Laporan TerengganuToday yang memetik Penolong Pegawai Tanah (Kanan) Besut, Mohd Noor Azahar (gambar atas) berkata, pihak Pejabat Tanah Besut pada 4 Oktober 2012 menjelaskan, pihaknya terpaksa bertindak mengikut undang-undang Seksyen 426 iaitu memindahkan mana-mana bangunan atau mengambil milik mana mana tanah sebagai perlanggaran terhadapnya.
Katanya kalau tidak berbuat demikian, pembinaan awal tapak flat tidak dapat dijalankan dan penduduk mangsa ombak besar di Pengkalan Atap akan terus berada dalam keadaan bahaya.
Ketika PAS memerintah (1999-2004) didapati banyak rumah atau bangunan yang dibina ditanah kerajaan secara rentahan haram telah dirobohkan untuk keperluan kerajaan semasa itu kerana ia adalah prosedur biasa Pejabat Tanah dan pihak berkuasa.
Kerajaan BN yang hendak membina pangsapuri perumahan rakyat setinggi empat tingkat yang dilakukan pecah tanah oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin pada 13 Julai lalu pun difitnah dengan isu-isu yang diputar belitkan oleh Pas.
Pangsapuri tersebut mengandungi 72 unit rumah berharga RM10.35 juta di Kampung Kandang Lembu,Tok Saboh telah mula difitnah oleh Pas dengan isu kononnya menzalimi rakyat.
Kerajaan tidak dapat melakukan kerja-kerja pembinaan flat empat tingkat untuk perpindahan rakyat dari Kampung Pangkalan Atap Kuala Besut yang dilanda ombak, berikutan rentahan haram dan binaan bangunan di atas tanah kerajaan oleh seorang dua itu.
Amat nyata mereka yang terbabit itu sebenarnya melanggar undang-undang “Rentahan Haram” di tanah kawasan Bangsal Lembu Kampong Tok Saboh, Mukim Kuala Besut, Daerah Besut.
Kesalahan yang mereka lakukan ialah di bawah Seksyen 425, Kanun Tanah Negara iaitu ‘MENDIRIKAN BANGUNAN DI ATAS TANAH KERAJAAN’.
Sebagaimana yang disebut di dalam notis itu kesalahan mendirikan bangunan di atas kerajaan, jika disabitkan kesalahannya boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10 ribu atau dihukum penjara bagi satu jangka masa tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali atau tindakan juga boleh diambil di bawah Seksyen 426 1 (C) di bawah akta yang sama iaitu tanpa waran memusnahkan, membinasa atau memindahkan mana-mana bangunan atau mengambilmilik mana mana tanah sebagai perlanggaran terhadapnya.
Jadi, selagi mereka tidak meninggalkan rentahan haram di tanah milik kerajaan itu, selagi itu flat untuk rakyat tidak dapat dibina dan menyusahkan penduduk-penduduk yang sedang menunggu untuk berpindah ke flat itu dari kawasan pantai yang dilanda ombak.
Oleh itu pihak Pejabat Tanah telah menghantar beberapa kali notis kepada yang membuat rentahan haram itu tetapi mereka tidak menghiraukan notis tersebut. (sila lihat lampiran notis kepada Encik Rosli Jaafar bertarikh 8 Februari 2012 dan juga Encik Ramli Jaafar bertarikh 15 Julai 2012).
Namun notis itu tidak dihiraukan, termasuk yang ditampal di bangunan haram yang di bina di atas tanah kerajaan itu.