Saturday, July 3, 2010

E-Book jadi alat ‘perpaduan politik’?

Menteri Besar dan ADUN Ajil ketawa besar – apakah yang mencuit hati mereka?

Di sebalik kemeriahan majlis pembahagian e-Book dan Bantuan Pakaian Sekolah Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, ada sesuatu yang menarik berlaku dan tiada siapa menyangkanya akan berlaku.

Jika ditakdirkan Allah ia akan berlaku, maka berlakulah ia.


Kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid yang kemudian beriringan dan duduk di sebelah Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pada majlis yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Diman pada petang Isnin lalu (28 Jun 2009) itu amat melega dan menggembirakan semua pihak.

[Image] Jika sukan dikatakan sebagai ‘alat perpaduan; ternyata di Terengganu, e-Book menjadi ‘alat perpaduan politik’ yang begitu terserlah yang memang dinanti-nantikan berlaku selama ini.

Melihat kepada kemesraan dan intimnya kedua-dua pemimpin berkenaan – Rosol dan Ahmad Said – majlis menjadi lebih meriah, penuh mesra serta amat bermakna.

Hati siapa yang tidak puas apabila melihat Rosol – bekas guru- ‘kembali’ untuk sama-sama menaburkan bakti bagi menjamin anak-anak dan ibu bapa sama-sama berganding bahu meningkatkan pencapaian pendidikan di dalam DUN berkenaan.

Pada hari berkenaan, seramai 555 orang pelajar menerima e-Book dan 3,726 orang pelajar telah menerima bantuan pakaian sekolah DUN berkenaan.

Majlis yang disempurnakan Menteri Besar selain kehadiran Rosol, turut serta ialah Speaker DUN, Tengku Putera Tengku Awang dan ADUN Telemong, Rozi Mamat.

Dalam ucapannya pada majlis di Ahmad Said berkata, sebanyak 25 peratus perbelanjaan negeri telah dikhususkan untuk bidang pendidikan sahaja.

“Ini selaras dengan matlamat kerajaan untuk memartabatkan pendidikan dan kecemerlangan anak-anak Terengganu dalam pelajaran,” katanya.

Katanya, pelbagai inisiatif dilakukan kerajaan bagi memastikan pencapaian cemerlang pelajar-pelajar negeri ini mengatasi negeri-negeri lain termasuk dalam beberapa peperiksaan awam seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Beliau berharap dengan penyerahan e-Book kepada pelajar sekolah rendah ini ia akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar kerana selain kandungan buku teks, ia (e-Book) juga mengandungi bank soalan, sehingga 300 ribu soalan dapat diakses oleh pelajar.

“Apa yang kerajaan negeri jalankan di bidang pendidikan serta ilmu pengetahuan ini adalah selaras dengan hasrat untuk menjadikan Terengganu sebagai negeri Anjung Ilmu,” jelasnya.

Sebelum majlis penyerahan ini, pada sebelah pagi, Ahmad Said hadir pada majlis Jejak Gemilang Murid Terbilang 2010 di Dewan SMK Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu.


Menteri Besar, Dato' Ahmad Said bersama YB Dato' Rosol Wahid. YB Rozi Mamat dan Tengku Putera Tengku Awang menyampaikan e-Book kepada pelajar sekolah dalam kawasan DUN Ajil, Hulu

Rahsia Terengganu juara Sukma XIII

Oleh Airunnisa Alaui (utusanterengganu@utusan.com.my)

Ahad lalu diisytiharkan cuti umum di Terengganu bagi meraikan kejayaan penuh bermakna kontinjen negeri menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka iaitu mengekalkan kejayaan dua tahun lalu semasa menjadi tuan rumah.

Ia membuktikan kejuaraan dua tahun lalu bukan sekadar 'jaguh kampung' kerana kelebihan beraksi di tempat sendiri, tetapi sebagai kuasa dalam bidang sukan yang perlu diberi perhatian dengan melahirkan jaguh-jaguh di peringkat negara.

Kejayaan itu memperlihatkan keberkesanan pembangunan sukan negeri selain sokongan yang diperlihatkan oleh rakyat.

Kalau dahulu Terengganu bagaikan sekadar pelengkap jumlah kontinjen, 2008 dijadikan pemangkin bagi memecahkan tembok penghalang untuk negeri ini muncul di senarai teratas dan terbaru di Melaka dengan membawa pulang 47 pingat emas.

Semasa lebih 400 anggota kontinjen bersedia untuk berlepas, laungan semangat 'Terengganu Nelang' (Terengganu handalan) bergema di Dewan Besar Universiti Darul Iman (UDM) ketika Menteri Besar, Datuk Ahmad Said menyerahkan bendera negeri.

Laungan itu diterjemahkan dengan kehebatan anak-anak negeri dalam acara yang disertai apabila turut membawa pulang 30 pingat perak dan 43 gangsa.

Sukma adalah kemuncak kejayaan bagi negeri ini ketika atlet Terengganu yang semakin ramai mengibarkan Jalur Gemilang di kejohanan-kejohanan antarabangsa termasuk Azizulhasni Awang yang menjadi pelumba negara pertama meraih pingat emas dalam acara keirin pada Kejuaraan Berbasikal Piala Dunia 2008 dan perak pada tahun ini.

Selain itu, Raja Pecut Le Tour de Langkawi (LTDL), Anuar Manan turut mengharumkan nama Terengganu apabila merangkul kejuaraan dalam pertandingan itu.

Ramai jaguh sukan yang mempunyai potensi besar untuk meraih kejayaan di peringkat antarabangsa seperti Siti Rajiah Ali yang telah memenangi tujuh pingat emas dalam acara kanu pada Sukma XIII.

Kejayaan demi kejayaan yang diperoleh membuktikan Terengganu dengan komitmennya boleh dijadikan contoh kepada negeri-negeri lain dalam melahirkan ramai atlet sukan yang hebat untuk mewakili negara di peringkat antarabangsa.

Itu pandangan bekas Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said yang kini menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri.

Beliau berkata demikian pada Majlis Kesyukuran, Solat Hajat dan Perpisahan beliau di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak dekat Kuala Terengganu, semalam.

Pada majlis tersebut juga, lebih 500 orang atlet turut hadir menyaksikan penyerahan tugas Abdul Rahin kepada Rozi Mamat yang dilantik memegang portfolio Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri yang baru bermula semalam.

Bagi Rahin, Terengganu kini merupakan kuasa baru dalam arena sukan yang perlu dijadikan contoh kepada negeri lain untuk membangunkan sukan dalam usaha melahirkan atlet berwibawa untuk membawa nama negara ke peringkat yang lebih tinggi.

Menurutnya, sudah tiba masanya rahsia kejayaan yang diperoleh atlet sukan negeri itu dikongsi bersama demi memajukan sukan negara.

"Kejayaan Terengganu jelas membuktikan negeri ini mempunyai satu mekanisme yang mantap dalam membentuk program pengurusan pembangunan sukan yang ideal iaitu melalui bengkel 'Terengganu Nelang' yang diadakan untuk semua atlet di negeri ini.

"Melalui bengkel berkenaan ia menerapkan pelbagai konsep pembangunan sukan yang merangkumi program latihan, pembangunan atlet serta struktur kejurulatihan yang merupakan elemen paling penting dalam sesebuah pembangunan sukan.

Katanya, kejayaan Terengganu tidak akan berhenti begitu sahaja dengan pertukaran portfolionya apabila kini digalas oleh Rozi yang mempunyai latar belakang belia yang aktif dalam membangunkan kemajuan sukan negeri.

Tambahnya, beliau yakin melalui pendekatan pembangunan seperti penganjuran bengkel 'Terengganu Nelang' akan membolehkan kontinjen sukan Terengganu meraih kejayaan demi kejayaan.

"Saya percaya Rozi mempunyai pendekatan sendiri dalam mengekalkan kecemerlangan sukan negeri ini selain semangat juang yang tinggi di kalangan atlet.

"Jika itu dapat digabungkan tidak mustahil untuk kita sekali lagi menjulang kejayaan kali ketiga berturut-turut dalam Sukma yang bakal berlangsung di Pahang pada 2012 nanti," jelasnya.

Sementara itu, Rozi yang mengakui agak gementar apabila diberikan tanggungjawab baru itu melahirkan rasa bangga apabila berpeluang menerajui sebuah kontinjen sukan yang hebat.

Katanya, beliau yakin mekanisme yang digunakan oleh pemimpin terdahulu berupaya mengekalkan kejayaan sukan di negeri itu.

"Kita sudah ada hala tuju dan perancangan oleh orang terdahulu, jadi tiada salahnya kita meneruskannya memandangkan ia membuahkan kejayaan kepada kita. Bagaimanapun aspek kekeluargaan di dalam komuniti juga perlu diterapkan agar kita dapat bekerjasama antara satu sama lain.

"Memperoleh kejayaan adalah mudah, namun untuk mengekalkan sesebuah kejayaan bukannya senang dan ia memerlukan kesungguhan yang tinggi oleh semua pihak," jelasnya.

Kenapa saya dikaitkan dengan politik Pok Li?

Oleh Hambali Abdul Latiff

Saya tidak faham kenapa rakan saya di Berita Harian pada 1980-an, Jailani Harun (Jai) begitu marah dengan Datuk Rosli Mat Hassan (Pok Li Dungun) hingga mengaitkan saya yang katanya sebagai orang yang cuba mempertahankan Ketua Bahagian UMNO Dungun itu.

Untuk makluman Jai saya tidak ada kena mengena dengan Pok Li dan tidak rapat pun. Saya ‘buta’ tentang politik UMNO Dungun dan mengatakan saya sebagai ‘his cybertroopers’ adalah tidak benar sama sekali.

Satu sen pun duit Pok Li tidak jatuh ke tangan atau poket saya untuk saya bekerja keras mempertahankannya.

Bagaimanapun, terima kasih kerana memberikan saya gelaran ‘Dato’’ walaupun hakikatnya saya tidaklah bergelar sedemikian. Kali pertama saya menerima gelaran percuma seperti ini ialah oleh akhbar New Straits Times sekitar 2001.

Kalau Jai marah atau rasa tidak senang dengan Pok Li, itu hak Jai. Saya tidak ada kena mengena.

Jika Jai mengatakan Pok Li adalah orang yang akan memusnahkan UMNO Terengganu atau akan menyebabkan UMNO kalah dalam pilihan raya umum akan datang, itu pendapatnya. Kalau UMNO kalah Jai betul dan kalau kekal berkuasa Jai salah.

Namun, pada saya bukan Pok Li penentu kemenangan UMNO Terengganu. Setiap ketua bahagian, ketua cawangan, ketua pemuda, ketua wanitam ketua puteri dan seluruh ahli UMNO Terengganu sebenarnya yang bertanggungjawab.

Mungkin Pok Li berkuasa di Dungun tetapi tidak berkuasa di bahagian lain. Jadi, janganlah Jai main rembat sesuka hati.

Sekali lagi saya katakan, saya hormati pendapat Jai tetapi saya menentang sekeras-kerasnya mengaitkan saya dengan Pok Li.

Untuk lebih lanjut, baca dua entri Jai melalui blognya, http://justread-whatever.blogspot.com. Dua entri berkenaan ialah pada 6 dan 17 Jun lalu.

Entri 1: (Ahad 6 Jun 2010)

Dungun Umno chief is 'BIADAP!'

Sunday, June 6, 2010

I dont care if Dungun Umno division chief Dtk Rosli or his cybertroopers like 'Dato' Hambali Latiff and others or even Trengganu Mentri Besar himself get annoyed by this statement - that people like Rosli are the ones who will plunge Umno into major crisis prior to the next general elections, thus will guarantee the Opposition to wrest power in his division and also in the State.

His remarks and attitude will also make the Malays to stay away from Umno for a long, long time. Even those are already members would either opt to quit or not to vote for Umno again.

"YB kalau takda duit, kalau miskin, tak payahlah jadi Ahli Parlimen...". (YB, if you dont have money, if you are so poor, no need to be a Member of Parliament...)

This is what he chided Dungun MP Matulidi Jusoh during a function in Trengganu last week. MB Ahmad Said was there and I believe Ahmad heard it. Others may have heard it too.

So, you are already filthy rich after becoming a 'wakil rakyat' for one term. Why only for a term? You already got a big bungalow, a fleet of cars and plenty of cash to make you a king in Dungun. That's alright. Since you are the Umno chief, you are of the opinion that all Federal and State projects must go through you.

The manner you treat your own deputy gives the impression that the MP job MUST be yours and for being poor, Matulidi is not fit to become a 'wakil rakyat'. You are painting the picture that Umno is a party for the rich and famous. So, go talk to Umno President Najib Tun Razak or his deputy Muhyidin Yassin about it. Suggest to them to regulate that in the party's next assembly. Who knows, your money might win you a higher position in Umno.

And for Najib, Muhyidin and other Umno leaders - you may keep people like him if you may. Let us see the result pretty soon.

If Umno harbors so many division chiefs like this, I dont mind leaving the party or being sacked.

Entri 2: (17 Jun 2010)

Rosli Dungun political empire

Thursday, June 17, 2010

I am not finish yet with Dungun Umno chief Rosli Mat Hassan, whose deputy chief is MP Matulidi Jusoh, the person he chided 'kalau miskin dan takda duit, jangan jadi wakil rakyat la...' before MB Ahmad Said recently. This guy has to go, very soon!

Why? His arrogance and stuck-up behavior in choosing his own team, despising his own deputy and building his own political empire in the division, may lead to Terengganu downfall in the next general election.

Yes, his wife is the division Wanita Umno head, his daughter heads the Puteri wing while his son is the division's treasurer. His ringht hand men are all over Dungun, controlling whatever they can. The District Officer has changed hands three times but the Yang Dipertua Majlis Bandaran Dungun has been there for ages - thanks to his close relation with Rosli.

Even the MB cant do anything. He wont interfere in Umno Dungun affairs because they are buddies. Some said that when Ahmad became Mentri Besar, it was Rosli who showered him with many things - including attires, from head to toes.

So strong is their relation that Rosli was recently awarded a RM30 million road project. How about a 1,000ha logging concession which is already the talk of Dungun town?

I also believe Hishamuddin Hussein who is Terengganu's Umno Liaison Committee chairman is also close to Rosli. If that's the case, may as well Dungun Umno members forget about bringing him down. Hisham wont do anything as he is also like Rosli - already rich!

Then, to whom should we turn to? PM? DPM?

If this is the type of people Umno needs, then bid goodbye to Malaysians in the next general elections. As the common saying now says, Umno is only for the rich and famous. If you dont have money, just join the party and vote. Unless you got plenty of money, you might be able to buy support to climb the political ladder. Only money is the ticket to become a 'wakil rakyat'.

Then, Rosli should be retained as division chief and re-elected as a 'wakil rakyat' a year or two from now.

I am glad that someone showed me a SMS sent by 'an Umno rascal' during the last general election, an instruction not to vote for Umno candidate for Sura state seat in Dungun. Why? The Umno candidate who lost to Pas didnt get 'somebody's' blessing.

It looks like Umno will keep people like this, forever! Nobody dares to bring him down either...

DUN Batu Burok Terus DiBantu

Oleh AIDA ABD RAHMAN (UKOM)

Lebih RM1 juta dibelanjakan bagi tujuan menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pelajaran di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk biarpun tidak dihargai oleh sebahagian penduduk kawasan itu.

Ini membuktikan kerajaan negeri tetap menyediakan pelbagai kemudahan kepada penduduk yang tidak memilih dan memihak kepada wakil rakyat Barisan Nasional.

Menurut Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, ia bagi memastikan semua penduduk menerima keistimewaan serta hak yang sama khususnya dalam aspek pendidikan

“Walaupun tiada wakil BN (Barisan Nasional), kita melantik Pegawai Pembangunan DUN, Datuk Che Mat Jusoh untuk ambil cakna mengenai penduduk di kawasan Batu Buruk.” kata beliau.
Beliau menyatakannya pada majlis pengagihan e-Book dan bantuan pakaian sekolah bagi DUN Batu Buruk, di Kompleks Seri Iman, Kuala Terengganu, kelmarin.

Menteri Besar berkata dalam aspek pengagihan e-Book umpamanya, setiap pelajar Tahun Lima tanpa mengira latar belakang dan kawasan mereka layak menerima kemudahan pembelajaran itu setiap seorang.

Seramai 819 murid Tahun Lima melibatkan lima sekolah di kawasan DUN Batu Buruk mendapat e-Book, sementara 2,019 murid menerima baucar pakaian sekolah.

Ahmad Said yang berpegang kepada prinsip biarlah manusia tidak tilik pandang setiap kebaikan yang dibuat, setidak-tidaknya Allah swt yang tilik pandang terhadap segala kebaikan itu.

“Biarpun ada di kalangan kita yang tidak menghargai kebaikan dan segala kemudahan yang disediakan (kerajaan), saya tetap menjalankan fardu kifayah ini bagi memastikan rakyat Terengganu akan berubah menjadi lebih baik.

“Kita sanggup menyediakan peruntukan yang besar dalam bajet tahunan (Bajet 2010) untuk pendidikan anak Terengganu dan menjadi negeri ketiga di Malaysia selepas Sarawak dan Sabah, di mana sebanyak RM20 juta kita sediakan (untuk pendidikan),” katanya.

SPR Diminta Permudahkan Pendaftaran Pengundi

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mempermudahkan proses pendaftaran rakyat yang layak mengundi sebagai pemilih, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata ini kerana ramai rakyat, terutamanya golongan remaja, yang layak mengundi tetapi tidak mendaftar.

"Saya minta carilah jalan yang paling mudah untuk rakyat mendaftar, walaupun termasuk (kaedah) pergi dari rumah ke rumah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Kuala Nerus di Kuala Terengganu, semalam.


Razali berkata pada masa ini, terdapat sejumlah empat juta generasi muda yang layak mengundi tetapi belum mendaftar, dan golongan inilah yang bakal menentukan kerajaan pada masa depan.

Di pihak kementeriannya, beliau berkata golongan belia sering diingatkan mengenai kepentingan menjadi pemilih berdaftar dan SPR sering diundang ke majlis anjuran Kementerian Belia dan Sukan untuk memberikan penerangan mengenai perkara itu.

Kerajaan Terengganu Buka 40,000 Hektar Ladang Kelapa Sawit di Indonesia

TDM Berhad menyerahkan dividen dan keuntungan kepada kerajaan negeri yang diwakili Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Oleh : ESAH BINTI ABDULLAH (UKOM)

Kerajaan negeri melalui syarikat miliknya, TDM Berhad akan membuka ladang kelapa sawit seluas 40,000 hektar di Kalimantan, Indonesia dan fasa pertama 850 hektar telah pun selesai ditanam.

Tahun ini kita akan tanam 500 hektar lagi,” kata Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pada majlis penyerahan dividen dan keuntungan TDM Berhad kepada kerajaan negeri di Wisma Darul Iman Rabu lalu (30 Jun 2010).

Ahmad Said berkata, kerajaan juga mengenal pasti kawasan seluas 8,000 hektar di Cemerong, Kemaman dan hasil kajian 6,000 hektar sesuai untuk tanaman kelapa sawit manakala 2,000 hektar tidak sesuai untuk tanaman itu.

Pada majlis itu, Ahmad Said menerima tiga replika cek bernilai RM21.5 juta daripada Pengerusi TDM Berhad, Datuk Roslan Awang Chik. Hadir sama Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Abdul Razak Ismail.

Ia merupakan pembayaran dividen bagi tahun 2009 kepada Agensi Kerajaan Negeri Terengganu, membabitkan RM14.8 juta, RM1.6 juta kepada Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dan RM5.033 juta kepada Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).

Katanya, lain-lain agensi yang menerima agihan dividen termasuklah Permodalan Terengganu Berhad (PTB), Yayasan Terengganu, Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu dan Pesama Timber Copration.

“Tahniah dan syabas kepada TDM, kerana dalam keadaan ekonomi yang tidak begitu menarik dan keadaan harga yang tidak stabil tapi masih mampu membuat keuntungan sebanyak RM77.5 juta tahun lalu,” katanya.

TDM katanya, berusaha untuk membuat bayaran dividen sekurang-kurangnya 30 peratus dari keuntungan bersih tahunan disatukan selepas cukai dan faedah minoriti setiap tahun serta bergantung kepada kesediaan hasil yang boleh diagih.

“Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember tahun lalu, TDM membayar dividen 12 sen bersih sesaham, jumlah ini lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya iaitu 10.5 sen sesaham,” katanya.

TDM Berhad adalah syarikat pegangan pelaburan milik kerajaan negeri dan operasi teras dalam tiga sektor iaitu perladangan dengan mengurus 12 ladang kelapa sawit, penjagaan kesihatan memilik tiga pusat perubatan di Kelana Jaya, Selangor, Kuatnan, Pahang dan Kuala Terengganu.

Manakala bahagian makanan, di bawah TDM Poultry di Chendering menternak ayam itik secara intergrasi disamping mempunyai visi mantap dalam aktiviti berasaskan pertanian dan menghasilkan daging ayam itik halal dalam pasaran tempatan.

Friday, July 2, 2010

Menteri Rayu Syarikat Tempatan Taja Annuar Manan

Kementerian Belia dan Sukan merayu agar lebih ramai syarikat tempatan khususnya dari Terengganu tampil bagi menaja pelumba basikal negara, Annuar Manan.

Menterinya Datuk Ahmad Shabry Cheek
berkata tajaan ke atas Annuar bukan sahaja akan membantu mengembangkan laluan anak muda itu dalam menjulang nama negara di arena lumba basikal dunia, bahkan turut membantu mempromosikan syarikat terbabit dengan lebih meluas.

"Annuar ini antara pelumba lima bintang negara, dan sudah tiba masanya syarikat tempatan muncul sebagai antara penaja utama beliau.

"Dengan kesediaan beliau untuk berlatih dan bertanding di Perancis yang merupakan kuasa dunia dalam arena lumba basikal, saya percaya masanya akan tiba untuk beliau berpeluang menyertai pertandingan Tour de France yang berprestij itu," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Annuar di Putrajaya.

Annuar yang merupakan atlet kelahiran Terengganu dan kini ditaja oleh sebuah syarkat dari Korea, akan berlepas ke Brittani, Perancis 6 Julai ini untuk menyertai sesi latihan selama tiga bulan.

Sepanjang tempoh tersebut, beliau akan menyertai empat perlumbaan utama dan perlumbaan kompetitif di setiap hujung minggu bagi memantapkan prestasinya.

Pelabuhan Kemaman Dicadang Hab Perdagangan

Kerajaan negeri Terengganu diharap menjadikan Pelabuhan Kemaman sebagai hab perdagangan barangan yang dibawa masuk dari negara rantau Asia untuk pasaran Pantai Timur.

Yang dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Terengganu Datuk Tengku Ismail Tengku Jaafar berkata pelabuhan yang terletak di Teluk Kalong itu dilihat lokasi paling strategik untuk tujuan itu.

"Sebagai negeri yang bergantung kepada hasil minyak mentah, hab perdagangan ini boleh dilihat sebagai sumber pendapatan baru untuk Terengganu jika minyak sudah tidak ada nanti," katanya ketika ditemui pada seminar Mempromosi Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2010 kali ke-tujuh yang akan diadakan di Nanning, Guangxi, China Oktober ini.

Yang turut hadir, Pengarah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Wilayah Timur Hasziah Mohd Yazid dan Naib Setiausaha Sekretariat ekspo berkenaan, Gong Qijun.

Katanya, berbanding pelabuhan lain seperti Pelabuhan Klang di Selangor atau Pelabuhan Pasir Gudang di Johor, pelabuhan Kemaman paling dekat dengan negara seperti China, Hong Kong dan Vietnam.

"Sudah tentu barangan yang diimport dari negara-negara itu dapat dijual dengan lebih murah kerana kosnya berkurangan berbanding jika ia dihantar ke pelabuhan di Selatan atau di Pantai Barat terlebih dahulu. Ia akan menguntungkan penduduk Pantai Timur secara keseluruhannya," katanya.

Tengku Ismail, yang juga ahli lembaga pengarah Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu, berkata yayasan itu kini sedang menyiapkan kertas kerja berhubung cadangan tersebut yang akan diserahkan kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat untuk dipertimbangkan.

"Jika kerajaan bersetuju, ia bakal menjadi hab perdagangan pertama seumpamanya di Pantai Timur.

"Infrastruktur asas mungkin mencecah RM50 juta. Dengan keluasan 80 hekatar hingga 120 hekatar, kawasan berkenaan akan ditempatkan gudang-gudang dan pelabuhan pedalaman. Dalam masa sama, ia juga akan melonjakkan eksport barangan kita," katanya.

Menurutnya, cadangan itu juga selari dengan perancangan pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dalam menjadi pemangkin sektor ekonomi yang lebih rancak di negeri-negeri terlibat.

"Ia juga dapat melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera dalam jangka masa panjang," katanya.

Pelancaran Hari Koperasi Negara Peringkat Terengganu

Sambutan Hari Koperasi Negara dan Pelancaran 1 Kampung 1Koperasi peringkat negeri Terengganu dilancarkan semalam.

Timbalan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Md Yusof Samsudinmewakili Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merasmikan sambutan itu di Pusat Dagangan Negeri Terangganu.

Bercakap selepas majlis perasmian itu, beliau berkata pertumbuhan sektor koperasi di negara ini mencatatkan peningkatan memberangsangkan apabila pada tahun lepas sebanyak 1,286 koperasi baru didaftarkan berbanding sasaran tahunan sebanyak 800.

Beliau berkata angka tahun lepas itu merupakan jumlah tertinggi dicatatkan sejak penubuhan SKM dua tahun lepas.

"Jumlah pendaftaran koperasi pada tahun lepas amat luar biasa dan ia merupakan peningkatan hampir dua kali ganda berbanding sasaran kita iaitu hanya 800 koperasi setiap tahun sehingga tahun 2013.

"Ini menunjukkan peningkatan kesedaran rakyat terhadap kepentingan dan sumbangan koperasi kepada diri mereka sebagai anggota, koperasi dan negara," katanya kepada pemberita, di sini.

Md Yusof berkata sebelum penubuhan SKM, hanya kira-kira 230 koperasi baru mendaftar dengan Jabatan Koperasi setiap tahun.

Usahawan Pantai Timur Digesa Sertai Ekspo Perdagangan Luar Negara

Usahawan di Pantai Timur perlu lebih aktif menyertai ekspo perdagangan di luar negara dalam usaha mengembangkan perniagaan masing-masing, kata Pengarah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Wilayah Timur Hasziah Mohd Yazid.

Ini kerana, katanya penyertaan usahawan dan syarikat dari Pantai Timur, termasuk Terengganu, di dalam ekspo perdagangan di luar negara amat sedikit berbanding syarikat dari Pantai Barat.

"Ekspo seperti Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) dapat memberi pendedahan dan peluang kepada syarikat tempatan mencari rakan niaga, sekaligus mengembangkan perniagaan mereka ke luar negara," katanya semalam.

Beliau ditemui pada seminar Mempromosi Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2010 ke-tujuh yang akan diadakan di Nanning, Guangxi, China, dari 20 hingga 24 Oktober ini.

Yang turut hadir, Naib Setiausaha Sekretariat ekspo berkenaan, Gong Qijun dan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Terengganu Datuk Tengku Ismail Tengku Jaafar.

Seminar berkenaan merupakan yang terakhir dari beberapa siri promosi CAEXPO 2010 yang turut diadakan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.

Menurut Hasziah, ekspo yang akan diadakan itu diharap dapat dijadikan platform untuk usahawan mengembangkan perniagaan masing-masing selain meneroka peluang yang ditawarkan.

Katanya China menjadi rakan niaga Malaysia yang terbesar dengan jumlah dagangan US$36.3 bilion.

"Hubungan ekonomi di antara Malaysia dan China juga telah mencatat pertumbuhan pesat dalam perdagangan dan pelaburan dalam tempoh 10 tahun lalu," katanya.

Walau pun menghadapi cabaran ekonomi dunia, katanya eksport Malaysia ke China mencatat pertumbuhan dua angka iaitu 12.2 peratus atau US$19.1 bilion pada 2009 manakala import Malaysia dari China menurun 9.3 peratus atau US$17.2 bilion.

Antara Januari hingga Mei 2010, katanya China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia dengan jumlah eksport ke China sebanyak US$19.1 bilion, iaitu pertumbuhan 89.2 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2009.

"Dengan perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACAFTA) mulai 1 Januari 2010, cukai untuk lebih 90 peratus barangan telah diturunkan sehingga sifar peratus. Ini diharap akan menggalakkan lagi perdagangan Malaysia dan China," katanya.

Beliau berkata Ekspo China-ASEAN juga boleh dianggap sebagai simbol kerja sama antara negara-negara ASEAN dengan China, yang tidak hanya di arena perdagangan dan pelaburan, malah juga pelancongan.

"Tahun lalu, 100 syarikat Malaysia menyertai ekspo ini dalam lima kluster industri iaitu makanan dan minuman, produk SME, Jenama Malaysia serta agensi kerajaan."

"Penyertaan Malaysia ini telah merekodkan jumlah jualan RM204.5 juta. Memandangkan Malaysia kini berazam untuk mengeksport perkhidmatan ke China. Untuk ekspo yang akan diadakan ini, kluster industri perkhidmatan turut ditambah," katanya.

Hafizh tekad bangkit di Gong Badak 9-10 Julai

Sekalipun hanya mampu menyerlah pada dua dari empat pusingan yang diharungi sepanjang siri Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS musim ini, rookie dalam kategori CP130, Hafizh Syahrin Abdullah belum menyerah kalah.

Pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline itu berharap mampu memberi cabaran menjelang saingan pusingan kelima yang akan berlangsung di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, Kuala Terengganu pada 9 dan 10 Julai ini.



Hafizh memulakan langkah gemilang sebaik mengharungi musim pertamanya dalam saingan kelas perdana tahun ini dengan meraih podium pada Pusingan 1 di Alor Setar dan Pusingan 3 di Batu Kawan baru-baru ini. Namun malang menyelubungi Hafizh pada Pusingan 2 di Johor dan Pusingan 4 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) apabila gagal menamatkan perlumbaan.

Untuk rekod, Hafizh berkedudukan tempat keenam dengan kutipan 40 mata, ketinggalan 36 mata kepada pendahulu keseluruhan ketika ini, Ahmad Fazli Sham (Shell Advance Yamaha Maju) yang memegang 76 mata.

“Sekalipun, saya meraih keputusan tempat kedua sebanyak dua kali namun masih banyak perkara yang perlu saya pelajari sepanjang musim ini,” kata Hafizh.

“Dalam merealisasikan matlamat penghujung musim, saya perlu memenangi saingan di Terengganu ini. Saya perlu bermula (muncul juara) di sini, sekiranya masih bercita-cita menamatkan cabaran akhir musim di tempat ketiga.”

Lelaki Belanda dituduh tipu yayasan diraja dibicara Disember

Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan Disember ini untuk perbicaraan kes seorang lelaki warga Belanda, Albert Zvonko Berdik, yang menghadapi pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi memperdaya sebuah yayasan diraja.

Hakim SM Komathy Suppiah menetapkan 16 ,17 dan 20 hingga 23 Disember ini sebagai tarikh perbicaraan. Beliau membuat keputusan itu dalam kamarnya selepas mengadakan pertemuan dengan peguam yang mewakili tertuduh, J Kuldeep Kumar, dan Timbalan Pendakwa Raya, Natrah Dollah.


Pada 4 Mei lalu, Berdik, 65, didakwa menggunakan satu dokumen disebut sebagai "bill of exchange, Bedford International Financial Group" didakwa bernilai €150 juta (€1 = RM4.21) kononnya untuk didermakan kepada Yayasan Diraja Sultan Mizan.

Bagaimanapun, tertuduh mengetahui dokumen itu adalah palsu ketika ia diserahkan kepada yayasan tersebut di Istana Terengganu, Jalan Kia Peng di sini pada tengah hari 16 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Thursday, July 1, 2010

Exxonmobil Sumbang RM200,000 Bagi Dua Program Berkaitan Sains Dan Matematik

ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc (EMEPMI) menyumbang RM200,000 bagi menaja program Saintis Tunas dan menyokong penyertaan kontinjen Malaysia dalam pertandingan International Mathematical Olympiad (IMO).

Pengarah Eksplorasi EMEPMI Mohd Izham Ismail berkata sebagai sebuah syarikat yang bergantung kepada sains dan teknologi, ExxonMobil amat prihatin terhadap keperluan untuk meningkatkan pendidikan sains dan teknologi dalam negara bagi menghasilkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan kompetetif pada masa depan.

"Sumbangan kami terhadap program ini adalah sejajar dengan usaha kami untuk menjadikan sains dan teknologi lebih menarik. Kami berharap program sebegini dapat memberi inspirasi kepada pelajar untuk menjadi generasi pelapis saintis dan jurutera di masa depan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran dan penyampaian hadiah Program Saintis Tunas anjuran Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) dengan kerjasama ExxonMobil yang dirasmikan oleh Penolong Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) Mohd Zulkifli Abu Bakar.

Mohd Izham berkata Program Saintis Tunas merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan oleh PSKT dan Upen di bawah program penggalakan sains dan teknologi negeri Terengganu.

Mengenai IMO pula beliau berkata ia merupakan satu pertandingan matematik yang paling berprestij di dunia bagi pelajar peringkat menengah yang berlangsung di Kazakhstan selama 12 hari mulai esok.

Katanya kontinjen Malaysia yang terdiri daripada dua ketua pasukan dan enam pelajar sekolah menengah itu akan bertanding dengan ahli matematik muda dari lebih 100 buah negara di dunia.

Beliau berkata EMEPMI banyak mengadakan program-program pembangunan modal insan, dan antara yang ditajanya ialah Program Sains Tunas, Anugerah Pelajar Cemerlang, Anugerah Guru Unggul, program meningakatkan penguasaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, Anugerah Kewartawanan ExxonMobil-Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) dan sebagainya.
Sementara itu Mohd Izham berkata dari segi kegiatan huluan, EMEPMI mengeluarkan satu perempat daripada minyak mentah dan membekalkan lebih kurang setengah daripada permintaan gas asli negara.

Beliau berkata dalam kegiatan hiliran pula, tiga anak syarikat ExxonMobil iaitu Esso Malaysia Berhad, ExxonMobil Malaysia Sdn Bhd dan ExxonMobil Borneo Sdn Bhd mengendalikan 560 stesen minyak di negara ini.

Harga Ikan Di Terengganu Melambung

Harga ikan segar di Terengganu naik sehingga RM10 sekilogram berikutan bekalan tempatan berkurangan sejak sebulan lepas.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Terengganu Selatan (PNKTS) Hamzah Jusoh, berkata ketika ini Terengganu terpaksa bergantung ikan daripada pantai barat.

"Ikan tempatan sekarang berkurangan dan harganya melambung. Ada bot yang masuk, tetapi tidak ada ikan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Hamzah berkata sebagai contoh harga ikan tenggiri di dalam perahu ketika ini berharga RM21 sekilogram berbanding RM11 sebelum ini dan ikan kembung gred A RM12 sekilogram (RM6).

Beliau berkata kekurangan bekalan ikan itu jelas dapat dilihat di Kompleks Perikanan Pulau Kambing di sini pukul 8 pagi aktiviti penjualan ikan sudah berhenti berbanding pukul 10 pagi sebelum ini.

"Pendapatan nelayan sekarang amat merosot dan ramai yang tidak keluar ke laut kerana hendak beli minyakpun tidak mampu," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata nelayan-nelayan bernasib baik kerana mendapat bantuan kerajaan RM200 sebulan, sekaligus mengurangkan bebanan mereka.

Isu Fitnah Terhadap Felda

DATANG BERAMAI-RAMAI...

Program Perjumpaan dan Sidang Akhbar Pemimpin-Pemimpin Felda (Belia, Peneroka, Penerokawati ) Seluruh Negeri Terengganu mengenai isu fitnah terhadap FELDA pada 4 Julai 2010 (Ahad) di Perkarangan Pejabat Felda Wilayah Terengganu, Tepoh, Kuala Terengganu.

Anjuran Majlis Belia Felda (MBFM) Wilayah Terengganu.
Semua warga media dijemput hadir. Maklumat Lanjut Hubungi 013-9841957 (Fauzi).

Pertukaran EXCO - Ulasan Zabidi banyak tersasar

Blog Catatan Zabidi menulis Jumaat (25 Jun 2010) dengan tajuk ‘Yahya dan Khazan Selamat’.

Kata Zabidi Saidi (penggendali blog ini), “Nampaknya dua Exco selamat dalam rombakan Exco yang dibuat oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said semalam. Yahya Khatib Mohamad yang engkari arahan Ahmad Said supaya tidak menentang Ketua UMNO Bahagian Marang, Datuk Abdul Rahman Bakar dua tahun lepas dalam pertandingan Ketua UMNO bahagian dikekalkan Exco.”

Kata Zabidi lagi, sebaliknya beliau ditukar dari Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam kepada Exco Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Wanita.

Nampaknya Ketua UMNO Bahagian Marang hanya sesuai menjaga kebajikan rakyat sahaja. Kata-kata Zabidi ini mungkin mengguris hati orang tertentu!

Mengenai Exco Penerangan dan Hal Ehwal Agama, Zabidi berkata: “Khazan yang banyak mengkritik Ahmad Said dalam pertemuan semua ADUN dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu yang baru, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dikekalkan Exco bagi jawatan yang sama.

Meneliti apa yang ditulis Zabidi, mengenai Yahya dan Khazan (Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Khazan Che Mat) apakah bermakna kedua-dua mereka ini berada dalam zon bahaya akan digugurkan?

Rasanya Zabidi tersasar jika meramalkan sedemikian kerana tiada dalam perkiraan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said untuk menggugurkan sesiapa.

Kata-kata Zabidi bahawa “Ahmad Said tidak kejam memecat dua orang penentangnya, Yahya dan Khazan. Jadi mereka patut berterima kasih kepada Ahmad Said walaupun mereka menentang arahan Ahmad Said, mereka masih dikekalkan jawatan Exco” tidak sewajarnya dibuat.

Kata-kata seperti ini menggambarkan seolah-olah penentangan serius kedua-dua mereka terhadap Ahmad Said.

Sedangkan hakikatnya mereka berdua tidak sedemikian kerana Zabidi sendiri merngatakan pada pandangan beliau pertukaran jawatan adalah perkara biasa untuk memantapkan lagi Exco yang ada.

Menurut Zabidi, “Ini bermakna KPI semua Exco memuaskan hati Ahmad Said. Jika beliau tidak puas hati, sudah tentu ada Exco yang digugurkan dari jawatan mereka.”

Malah terkaan Zabidi bahawa “nampaknya ramai ADUN biasa yang berangan menjadi Exco terpaksa menggigit jari apabila tiada Exco yang digugurkan dalam rombakan kecil Ahmad Said itu,” juga mungkin tidak benar sama sekali.

Apa yang pasti sehingga semalam (Rabu, 30 Jun 2010), iaitu sehari sebelum berkuatkuasanya pertukaran lima jawatan EXCO seperti diumumkan Menteri Besar, tiada pun tanda-tanda ada bantahan.

“Tidak ada masalah,” jawab Menteri Besar kepada satu soalan wartawan The Star yang bertanyakan apakah ada bantahan terhadap pertukaran berkenaan.

“Tiada masalah. Tidak ada pun kata nak berhenti....well accepted.” Tegas Ahmad Said.

UMT pilihan penuntut luar negara

Penubuhan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sejak 2001 membuka mata ramai penuntut tempatan dan antarabangsa untuk melanjutkan pengajian di universiti berkenaan.

Penolong Pendaftar Kanan Sekolah Siswazah UMT, Zul-Atfi Hashim berkata, saban tahun apabila tibanya musim pendaftaran penuntut ke universiti, rata-ratanya memilih UMT dan sentiasa ada peningkatan dari segi permohonan.

“Peningkatan permohonan penuntut menyambung pengajian di UMT menunjukkan mereka menaruh keyakinan dan kepercayaan kepada kami untuk memberi didikan sempurna sehingga berjaya menamatkan pengajian.

“Perkara ini berlaku kerana UMT mempunyai pakar dalam pelbagai bidang ditawarkan dan segala kelengkapan mencukupi untuk pembelajaran serta penyelidikan yang bakal penuntut lalui,” katanya pada majlis Pendaftaran Pelajar Pasca Siswazah UMT Semester Julai 2010/11 di Auditorium, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah.

Menurutnya, penuntut lepasan ijazah berpeluang menyambung pengajian ke peringkat sarjana dan PhD di UMT tanpa perlu mempertikaikan kepakaran tenaga pengajar kerana mereka adalah antara yang terbaik serta sentiasa komited dalam menjalankan tugas masing-masing.

Beliau berkata, UMT selaku sebuah universiti pilihan di Terengganu, Malaysia dan luar negara mempunyai kebenaran (geran) penyelidikan dalam pelbagai bidang dan tidak menghalang siswazah melakukan kerja penyelidikan mereka.

“Dengan adanya semua kelengkapan sempurna, ia mampu menarik lebih ramai penuntut tempatan dan luar negara untuk menjadikan UMT sebagai sebuah universiti pilihan mereka,” katanya.

Pada majlis berkenaan, seramai 530 penuntut termasuk dari negara luar, antaranya Libya seramai lapan orang hadir mendaftar sebagai graduan Sarjana dan PHD di universiti berkenaan pada majlis Pendaftaran Pelajar Pasca Siswazah UMT Semester Julai 2010/11.


Sinar Harian

Buka Ladang Sawit Baru Bantu Golongan Miskin

Pengerusi TDM, Senator Datuk Roslan Awang Chik menyampaikan replika cek kepada Menteri Besar pada majlispenyampaian dividen di Wisma Darul Iman semalam.

Kerajaan Terengganu merancang membuka sekurang-kurangnya 40,000 hektar ladang sawit bagi membantu golongan miskin serta memberi pendapatan baru kepada Yayasan Terengganu (YT).

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata sebahagian daripada kawasan ladang sawit yang akan dibuka itu telah dikenalpasti dan perjanjian akan ditandatangani dengan TDM Berhad, anak syarikat kerajaan negeri bagi kerja pembersihan dan penanaman sawit.

Beliau berkata Terengganu kini mempunyai kira-kira 5,500 rakyat miskin dan miskin tegar dan pihaknya yakin jumlah itu dapat dikurang atau dihapuskan dalam tempoh sekurang-kurangnya empat tahun projek berkenaan bermula.

"Sebahagian daripada 40,000 hektar ladang yang akan dibuka itu pula akan diberikan untuk YT bagi membolehkan YT membiayai pinjaman, biasiswa pelajar anak-anak Terengganu serta pengurusan yayasan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian dividen 2009 TDM Berhad sebanyak RM20.5 juta kepada Kerajaan Terengganu termasuk anak syarikat kerajaan negeri yang mempunyai saham dalam TDM Berhad. TDM Berhad memperoleh keuntungan kira-kira RM77.5 juta pada tahun kewangan 2009.

Ahmad Said berkata pembukaan ladang untuk YT itu penting sebagai hasil utama yayasan itu pada masa depan yang kini hanya bergantung kepada hasil minyak dan gas.

"Satu ketika nanti kemungkinan pengeluaran gas dan minyak tidak ada lagi di Terengganu, maka ladang berkenaan dijadikan sandaran baru untuk yayasan bergerak pada masa depan dan ketika ini YT membelanjakan lebih RM100 juta setahun untuk bidang pendidikan dan pengurusan," katanya.

Kontraktor Bersih Sisa Runtuhan Bumbung Stadium Dipilih Minggu Depan

Kerja-kerja pembersihan dan pengalihan struktur runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu dijangka akan dijalankan sebaik sahaja Lembaga Perolehan Negeri Terengganu memilih kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja itu minggu depan.

Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Datuk Seri Prof Judin Abdul Karim berkata jabatan itu sedang menyenarai pendek beberapa kontraktor daripada 48 kontraktor yang mengemukakan cadangan masing-masing.

"Oleh kerana kerja-kerja itu sangat rumit, Mei lepas JKR Terengganu merujuk kepada ibupejabat JKR bagi mendapatkan nasihat pakar teknikal yang berkaitan," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam.


Pada Selasa, Menteri Besar Terangganu Datuk Ahmad Said menyuarakan rasa malu dengan keadaan stadium itu, yang sejak bumbungnya runtuh pada 2 Jun tahun lepas sehingga kini masih belum dibersihkan mahupun dibaiki.

Beliau turut melahirkan rasa kecewa kerana kerja-kerja membersihkan sisa runtuhan bumbung itu masih tertangguh walaupun pihak JKR memaklumkan bahawa tender kerja-kerja itu sudah dibuka.
Judin berkata kerja-kerja pembersihan runtuhan perlu dilakukan dengan teliti dan cermat bagi memastikan keselamatan struktur stadium dan keselamatan pekerja terjamin.

"Prosedur dan turutan kerja pengalihan serta pembersihan adalah sangat kritikal kerana ia boleh menjejaskan kestabilan struktur. Ini memerlukan kontraktor yang berkemampuan, mempunyai kebolehan dan memenuhi syarat-syarat sahaja yang layak dipertimbangkan," katanya.

Dalam kejadian pada 2 Jun tahun lepas, bumbung stadium yang menempatkan pintu A, B, dan B1 ke tempat duduk awam serta tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan runtuh.

Ia berlaku selepas setahun stadium bernilai RM292 juta itu siap dibina dan menjadi venue utama sukan termasuk Sukan Malaysia (Sukma) ke-12 pada 2008.

Kerajaan Terengganu Belum Terima Laporan Untuk Baiki Stadium Runtuh

Kerajaan Terengganu tidak dapat membuat keputusan untuk membaikpulih bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang runtuh selagi tidak menerima laporan penilaian daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata walaupun jawatankuasa tender terletak di bawah kerajaan negeri, kerajaan tidak dapat membuat keputusan selagi laporan penilaian dari JKR tidak diterima.

"Memang mereka (JKR) serah kepada kerajaan negeri untuk membuat keputusan membaiki stadium itu, tetapi kalau laporan penilaian yang dibuat JKR tidak diterima, bagaimana kami mahu buat keputusan.

"Kita kena ikut laporan yang mereka (JKR) buat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Kuala Terengganu semalam.

Beliau berkata sehingga kini kerajaan negeri belum menerima laporan yang diperlukan untuk membolehkan Lembaga Tender kerajaan negeri bersidang.

SSMZA siap dibina dengan harga kira-kira RM292 juta untuk kejohanan Sukan Malaysia ke-12 pada 2008.

Bumbung utama stadium itu runtuh 2 Jun tahun lepas setelah setahun stadium itu digunakan.

Fama Labur RM1.5 Juta Untuk Program Ladang Kontrak

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) melabur lebih RM1.5 juta untuk pembelian hasil tanaman program ladang kontrak di Terengganu tahun ini.

Pegawai Fama Wilayah Timur Mohd Zaimi A Razak berkata daripada pelaburan itu, sebanyak RM1 juta sudah dibelanjakan untuk membeli hasil pertanian petani seperti lada merah, labu madu, tembikai susu dan jagung di negeri ini.

"Fama membeli produk pertanian dengan tujuan menolong petani-petani supaya tidak mengalami kerugian," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian jual beli antara Fama dan peserta ladang kontrak daerah Setiu, semalam.

Mohd Zaimi berkata dalam tempoh terdekat ini, Fama akan membelanjakan RM500,000 untuk membeli 460 metrik tan lada merah, labu madu dan tembikai susu daripada peserta kelompok Kampung Bari Pantai, Saujana Tambahan, Rhu Tapai dan Telaga Papan, di sini.

Beliau berkata projek itu membabitkan seramai 87 peserta dengan keluasan tanaman 104 hektar, dan hasilnya bakal dituai Ogos ini.

Sepanjang tahun ini, Fama mensasarkan jumlah peserta program ladang berkelompok seramai 2,000 orang berbanding 1,400 orang ketika ini, katanya.

Wednesday, June 30, 2010

MB Malu Stadium Belum Dibersihkan

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said sekali lagi melahirkan rasa kecewa kerana kerja-kerja pembersihan runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini masih belum dijalankan.

Sehingga ini, beliau berkata masih belum ada sebarang maklumat berhubung kerja-kerja pembersihan runtuhan itu daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Saya tak tahulah, JKR yang buat penilaian dan mengeluarkan tender. Saya difahamkan ramai sangat yang masuk untuk mendapatkan kerja-kerja pembersihan itu sehingga 40 kontraktor.

"JKR ada penilaiannya sendiri melalui lembaga tendernya. Kalau saya, senang saja pilih yang murah untuk jimat kos.
Nak nilai apa yang lama sangat sehingga lima dan enam bulan belum selesai lagi. Sayapun rasa malu juga," katanya selepas majlis penyerahan E-Book kepada pelajar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk di Kuala Terengganu.

Pada majlis itu Ahmad Said menyampaikan e-Book kepada 819 murid Tahun Lima melibatkan lima sekolah di kawasan DUN Batu Buruk serta baucar pakaian sekolah melibatkan 2,019 murid.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kerja-kerja pembersihan bumbung stadium yang runtuh pada 2 Jun tahun lalu masih terbengkalai sehingga kini walaupun laporan kertas siasatan tentang punca kejadian itu diumumkan oleh kerajan negeri April lepas.

Stadium berharga kira-kira RM292 juta itu runtuh setahun selepas ia siap dibina untuk kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) ke-12 pada 2008.

Ahmad berkata pada September ini, kerajaan negeri merancang untuk mengadakan program perhimpunan 40,000 remaja seluruh Terengganu di stadium itu dan sehubungan itu, beliau berharap kerja-kerja pembersihan dilakukan secepat mungkin.

"Saya dah beritahu supaya buat cepat. Kalau mereka buat kerja betul-betul dalam tempoh sebulan boleh siap dan boleh digunakan untuk perhimpunan remaja berkenaan," katanya.

Jika kerja-kerja pembersihan runtuhan itu belum juga dilakukan, Ahmad berkata program perhimpunan remaja "terpaksa diadakan di luar stadium itu".

Kem MyHeSS Sesi Kedua Hari Ini

MB turut menyertai program MyHeSS Eksekutif 2010, 2 Jun lalu. - Gambar Zulkifli Putra

Kem MyHeSS Eksekutif 2010 disambung semula hari ini dengan beberapa program yang disusun dan acara penutupnya oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Program membabitkan pemeriksaan, khidmat nasihat dan penjagaan kesihatan untuk penjawat awam itu akan membabitkan interpretasi keputusan penilaian kesihatan, kaunseling penilaian kesihatan termasuk tahap kesihatan, tahap kecerdasan dan pemakanan selain ceramah minda sihat.

Sesi pertama kem ini dijalankan 2 dan 3 Jun lalu dan akan membabitkan hampir 50 penjawat awam termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kerajaan Negeri.

Melalui program itu, semua pemeriksaan dilakukan meliputi pemeriksaan fizikal, berat badan, kandungan lemak dalam tubuh dan pemeriksaan darah.

Selain itu, juga dijalankan ujian kecergasan bagi melihat tahap kecergasan dalam badan sama ada stabil atau memerlukan sesi rawatan selanjutnya.

Pada sesi pemeriksaan ini, jika masalah kesihatan dapat dikesan, nasihat akan terus diberikan oleh pegawai kesihatan dan jika penyakit itu kronik, rujukan perlu dibuat secara terus kepada pakar di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Jelas bahawa sambutan yang diterima daripada kepimpinan negeri sentiasa positif walaupun masing-masing mempunyai komitmen kerja.


. Melalui jalinan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Jabatan Kesihatan tidak mustahil masalah kesihatan dapat dicegah dari peringkat awal, selain mengurangkan risiko tidak dijangka khususnya untuk pentadbir dan pemimpin politik.

Ahmad Saiud pada 2 Julai lalu berkata pegawai kerajaan dan kepimpinan negeri perlu sihat bagi membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna.

Apabila mereka tidak sihat, akan banyak masalah kepada penjawat awam untuk melicinkan perjalanan pentadbiran negeri.

Beliau menganggap pemeriksaan kesihatan yang kerap di kalangan pemimpin politik dan pegawai amat perlu dan kerana itu kerajaan negeri menganjurkan kem pemeriksaan itu selama dua hari berkenaan.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nordiyanah Hassan menjelaskan, pemeriksaan kesihatan secara teratur dan berjadual terutama kepada barisan kepimpinan negeri sangat penting bagi memantapkan sistem pentadbiran supaya tahap produktiviti dapat dipertingkatkan.

Katanya, program kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (SUK) itu merupakan program pemeriksaan kesihatan tahunan.


“Langkah Kerajaan Negeri mengambil pendekatan ini supaya sebahagian daripada rawatan penyakit tidak berjangkit terutamanya bagi program Jabatan Kesihatan.

“Kita akan memberi tumpuan kepada pemeriksaan penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, jantung, buah pinggang dan pelbagai penyakit berkaitan sistem tubuh kepada Menteri Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan isteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta pegawai kanan kerajaan,” katanya.

Ada yang baru tahu

Oleh Zainal Yusof (www.citra-bangsa.blogspot.com)
Isnin, 28 Jun 2010

MENERIMA email dari seorang pembaca buku Kemelut Politik Terengganu dari Bangi, Selangor yang memuji kandungan buku ini menyebabkan saya teringin mahu menyiapkan buku ini, dengan sedikit pindaan, untuk diulang cetak kali ke 3.

Hakikatnya, Geng 10 dan ketuanya, tidak pernah berhenti untuk menjatuhkan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yang bertungkus lumus membangunkan Terengganu selepas Menteri Besar sebelumnya asyik sibuk mencipta tamadun dengan idea besar kononnya dialah anak Besut yang mempunyai fikiran bertaraf dunia.

Baru-baru ini, Jumaat, 25 Jun 2010, Idris Jusoh dilihat berjalan sama dengan bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Dr. Ramzi menuju ke Tingkat 4, PWTC. Dr. Ramzi dilihat membibit beg, yang mungkin beg Idris Jusoh yang dipertahankannya hingga dia kini mengadap hakim untuk dibicarakan.

Walau apa pun alasan yang mungkin Dr. Ramzi berikan, sebenarnya dia sudah terlajak ketika mahu mempertahankan Idris hingga menyebabkan dia digari dan dimasukkan ke dalam lokap polis.

Hari ini, Datuk Rosol Wahid sudah tidak banyak bersuara. Mungkin pergi sambung belajar tetapi Rosol tentunya menyesal kerana keterlanjurannya mengoncang pintu pagar Istana Terengganu.

Rakan-rakan Rosol macam mana? Khabarnya Din Adam juga sekarang ini makin sibuk menjaga politik Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menjadi antara Menteri yang paling ramai mempunyai (menyingkirkan) Setiausaha Politik.

Kelebihan yang ada pada diri Menteri Besar Terengganu sekarang ialah kesabaran. Beliau tidak mudah melatah dengan serangan dari budak-budak higusan di Terengganu, termasuklah serangan ‘bawah tanah’.

Serangan biadap dan jijik dari pengelola blog ‘Jarang Anak Melayu’ yang bernama Abdul Mubin Ismail juga tidak dipedulikan langsung. Mungkin budak seperti Abdul Mubin ini hanya laku kepada Din Adam yang turut memasang cita-cita mahu menjadi Menteri Besar Terengganu.

Dalam politik Dungun, Din semakin hanyut walaupun dia menang di DUN Bukit Besi. Untuk menjadi Ketua Umno Bahagian Dungun, Din sudah ditolak oleh perwakilan cawangan walaupun bukan sedikit wang yang dibelanjakan untuk mencari sokongan.

Bagi mereka yang belum membaca buku Kemelut Politik Terengganu ini, harap dapatkan senaskhah dengan cara meminjam dari sesiapa yang ada menyimpannya atau belilah. Harganya Cuma RM20 termasuk belanja pos.

Semua tulisan dalam buku itu bukan direka-reka sebaliknya ada kompilasi dari apa yang sudah pernah tersiar, gabungan beberapa penulis politik yang gigih dan prolifik.

Jangan terkejut, walaupun buku itu sudah hampr enam bulan beredar tetapi masih ada yang baru tahu dan mungkin juga masih ada yang tidak tahu. Beritahu kawan-kawan, jika ada yang berhasrat untuk membelinya....email sahaja kepada citra_bangsa@yahoo.com.



Kelab Pengguna Terengganu pada tahap 85 Peratus

Penubuhan kelab pengguna di Terengganu mengatasi peringkat nasional kerana ketika ini di seluruh negara hanya terdapat 1,227 sekolah atau 55 peratus sekolah menengah menubuhkan kelab pengguna.

Sedangkan ketika ini penubuhan kelab pengguna di negeri ini hampir mencapai sasaran tahap nasional apabila 114 daripada 135 sekolah menengah telah menubuhkan kelab pengguna masing-masing.

Ini bermakna penubuhan kelab pengguna di negeri ini telah mencapai tahap 85 peratus dan setiap kelab ini akan diberikan geran penubuhan sebanyak RM500 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Berikutan itu, Kerajaan negeri bersedia menimbang untuk memberi peruntukan tambahan bagi mendorong sekolah menengah di negeri ini menubuhkan kelab pengguna.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar berkata, ia juga sebagai galakan dan sokongan daripada Kerajaan Negeri ke arah merealisasikan hasrat (KPDNKK) bagi mewujudkan sebuah kelab pengguna di setiap sekolah menengah di seluruh negara menjelang 2012.

“Sekiranya peruntukan ini tidak mencukupi, kita bersedia menimbang untuk memberi peruntukan tambahan bagi memastikan kelab pengguna ini boleh menjalankan pelbagai aktiviti tanpa kekangan kewangan seterusnya memastikan penubuhan kelab pengguna di negeri ini boleh mencapai tahap seratus peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Taklimat dan Agihan Geran Penubuhan Kelab Pengguna Sekolah Menengah Negeri Terengganu 2010 Fasa Kedua di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu (PPAT), di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu, Mohd Hilmi Mohd Noor dan Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Terengganu, Mohd Zukee Mohd Ragam.