Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said melahirkan rasa kesal terhadap perbuatan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memperlekehkan keluaran batik tempatan di luar negara.
Beliau menganggap perbuatan Anwar Tidak wajar dan Ketua Pembangkang itu mempunyai agenda tersendiri apabila dia tidak mahu mengakui batik Malaysia khususnya batik Terengganu, mempunyai pelbagai keunikan termasuk corak dan rekaan.
“Batik Malaysia bukan hanya digemari masyarakat tempatan malah pelancong luar negara termasuk Itali dan Perancis.
“ Apabila datang ke Terengganu mereka tidak akan melepaskan peluang membelinya untuk dijadikan kenang-kenangan dan cederahati kepada rakan senegara,” katanya.
"Kita bertungkus lumus perkenal batik kita sehingga ke luar negara, tiba-tiba orang kita sendiri memperlekehkannya.
"Kalau dia tidak suka kerajaan Malaysia, jangan kata semua tak betul, jangan buat benda yang tak rasional. Nak sokong batik Indonesia, sokonglah, tapi jangan sampai melemahkah pengeluaran batik kita," katanya.
Beliau menyatakan perkara itu diminta mengulas tindakan Anwar yang dilaporkan memperlekehkan batik tempatan pada satu festival di Jakarta baru-baru ini.
Ahmad berkata kerajaan negeri "merasa tempias" daripada perbuatan Anwar itu, memandangkan Terengganu adalah pengeluar utama batik sutera dan kain batik di negara ini.
"Lagipun batik kita berbeza dari keluaran negara jiran itu kerana batik mereka banyak gunakan gambar binatang, burung dan sebagainya, sedangkan batik kita berbentuk bunga atau abstrak yang lebih menarik," katanya.
Menteri Besar berkata, sekiranya benar batik Malaysia jelik atau buruk, sudah lama ia tidak boleh bertahan di pasaran, namun dakwaan itu sememangnya meleset ekoran tekstil itu semakin hebat di mata dunia.
“Anwar bukannya seorang yang pakar mengenai batik dan tidak wajar beliau mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan industri batik di negara ini termasuk Terengganu,” katanya.