Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin memulakan cabaran pada perlumbaan kuda lasak Kejohanan Piala Sultan Mizan 2011 di Terengganu International Endurance Park (TIEP) di Lembah Bidong, petang ini.
Tunaku Mizan, yang menunggang kuda "RTES Smith" bersaing dalam kategori CEI 2, 120km, yang disertai oleh 70 peserta tempatan dan antarabangsa dalam perlumbaan yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM215,000.
Perlumbaan tersebut dilepaskan oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.
Penjenamaan semula Piala Sultan Mizan 2011, yang sebelum ini dikenali Kejohanan Berkuda Lasak Piala Sultan Terengganu sejak 2007, menawarkan hadiah utama RM63,000 dan sebuah jam tangan berjenama AmaSwiss bernilai RM54,000 kepada juara kejohanan tersebut.
Naib juara dan pemenang tempat ketiga masing-masing akan menerima hadiah wang tunai RM44,000 dan RM32,000.
Malaysia membariskan kontinjen terbesar manakala peserta antarabangsa adalah dari Perancis, Australia, Slovakia, Indonesia, Singapura dan Thailand.
Kejohanan berprestif bertaraf dunia itu dianjurkan oleh Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) dan kerajaan negeri.
Penyampaian hadiah dijangka akan diadakan pagi esok.
Saturday, October 8, 2011
Bapa Tumbuk Pemandu Ambulans Minta Maaf
Seorang bapa yang didakwa menumbuk pemandu ambulans kerana dikatakan lambat tiba untuk memberi bantuan kepada isterinya yang bersalin kelmarin, semalam memohon maaf ekoran tindakannya itu.
Mohd. Azril Nor Azmi, 31, yang bekerja sebagai peniaga bagaimanapun menafikan dia menumbuk mangsa, Mahadi Mohd. Jaafar, 39 (gambar kanan), tetapi sebaliknya hanya menampar lelaki itu.
Katanya, dia bertindak demikian secara spontan ketika dalam keadaan tertekan selain bimbang dengan keselamatan anak kembarnya yang baru dilahirkan.
"Saya bertindak spontan apabila dia menjawab 'aku datang pun nasib baik' selepas saya bertanya 'mu pergi mana?' sejurus dia tiba bersama petugas perubatan di rumah saya di Kampung Alur Lintah, Besut, pukul 2.45 pagi kelmarin.
"Saya dalam keadaan tertekan kerana dua anak lelaki yang lahir tidak cukup bulan itu kelihatan tenat kerana tidak diberi rawatan sewajarnya selepas bersalin lebih setengah jam," katanya ketika ditemui di Hospital Sultan Nur Zhairah di Kuala Terengganu, semalam.
Mohd. Azril mendakwa, sebelum itu dia menghubungi Hospital Besut selepas isterinya melahirkan bayi pertama.
"Saya tidak berani menghantar isteri dan bayi ke hospital kerana bimbangkan keselamatan mereka.
"Saya akui saya salah dan saya sudah meminta maaf dengan pemandu ambulans itu tetapi saya kesal kerana kelewatan bantuan tiba, salah seorang anak saya kini kritikal," katanya.
Menurutnya, isterinya, Nur Ain Marwani Chun Abdullah, 25, melahirkan anak pertama di atas sofa di ruang tamu kira-kira pukul 2 pagi.
"Bayi itu kini mengalami pendarahan otak. Bayi kedua yang dilahirkan kira-kira 10 minit kemudian pula dalam keadaan stabil," ujarnya.
Jelasnya, nasib bayi pertamanya itu belum dapat ditentukan kerana diberitahu keadaannya kritikal dan terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan.

Lebih 15,000 Ikan Dilepaskan di Tasik Kenyir
Lebih 15,000 ekor ikan dilepaskan di Tasik Kenyir baru-baru ini bagi tujuan mengekalkan populasi ikan air tawar di tasik berkenaan yang lebih dikenali sebagai “Syurga Pemancing”.
Antara spesies ikan yang dilepaskan di tasik yang mengandungi lebih 340 pulau itu termasuklah kelah, lampam, kerai dan tenggalan.
Program yang bertujuan membiakkan ikan di tasik itu dilakukan Jabatan Perikanan Negeri dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Encik Zakaria Ismail, yang melepaskan ikan-ikan tersebut, berkata pihaknya berharap usaha berkenaan akan membantu mengekalkan populasi ikan di Tasik Kenyir.
“Melalui program ini juga kita cuba memupuk semangat cintakan sungai dan tasik serta menambah sumber perikanan air tawar kepada orang ramai,” katanya.
Beliau berharap program itu juga dapat mengelakkan spesies ikan air tawar daripada pupus dan mengekalkan Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan yang popular, khususnya di kalangan ‘kaki pancing’.

Wacana Melestarikan Pendidikan Terbilang di Terengganu
Memantapkan semangat dan kesedaran semua kakitangan kerajaan tentang agenda merakyatkan pentadbiran dan pembangunan serta bersama memacu merialisasikan cita-cita murni ke arah menjadikan negeri ini anjung ilmu.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan serius membangunkan bidang pendidikan dengan memberi tambah nilai kepada anak-anak negeri ini semata-mata untuk melihat mereka cemerlang dan terbilang.
“Tidak ada politik dalam isu pelajaran, semua dapat sama rata tidak kita anak orang UMNO atau orang Pas,” katanya di majlis Wacana Melestarikan Pendidikan Terbilang Terengganu Anjung Ilmu di Hotel Permai, Kuala Terengganu hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pendidikan Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Haji Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengarah Pelajaran Terengganu, Haji Razali Daud.
Katanya, kerajaan akan terus memperkasakan bidang pendidikan dan melalui program wacana ini kesedaran patriotik dan kesetiaan kepada kerajaan memerintah dapat dipertingkatkan.
“Semua rakyat termasuk guru dan kakitangan kerajaan perlu kepada pemahaman dan pengetahuan mendalam tentang usaha yang telah dan akan dilakukan kerajaan untuk membangunkan negeri ini,” katanya.
Teganukita

Pemuda Disyaki Curi Van Dibelasah Orang Ramai
Hasrat dua lelaki meraih keuntungan dengan menjual sebuah van dicuri tidak kesampaian apabila perbuatan mereka terdedah selepas seorang remaja lelaki mengenali pemilik sebenar kenderaan berkenaan.
Dua suspek terbabit yang berusia 30-an itu turut cedera akibat dibelasah orang ramai apabila kegiatan mereka itu didedahkan remaja lelaki berkenaan di Jalan Rhu Renggeh, Rusila, di Marang, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, remaja berkenaan yang menaiki sebuah motosikal terserempak dengan dua suspek terbabit memandu van curi di Jalan Tok Adis, Kuala Terengganu.
Keadaan suspek yang mencurigakan selain dia mengenali pemilik sebenar van itu menyebabkan lelaki terbabit membuat keputusan mengekori kedua-dua suspek.
Bagaimanapun, suspek terbabit yang menyedari diekori cuba melarikan diri memecut van berkenaan selain beberapa kali menghimpit motosikal ditunggang lelaki terbabit bagi mengelaknya terus mengekori mereka.
Nasib malang menimpa kedua-dua suspek yang mempunyai beberapa rekod jenayah termasuk penyalahgunaan dadah apabila tayar kiri van dinaiki tiba-tiba pecah menyebabkan mereka gagal mengawal kenderaan terbabit sebelum terbabas di Jalan Rhu Renggeh, di Marang.
Sebaik tersadai di tepi jalan, kedua-dua suspek terbabit dibelasah pengguna jalan raya lain sebaik diberitahu mereka mencuri van berkenaan selain berang dengan tindakan suspek cuba menghimpit dan melanggar lelaki yang mengekorinya itu serta memandu secara berbahaya termasuk merempuh dua lampu isyarat.
Pergelutan itu bagaimanapun berjaya dihentikan selepas polis tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian sebelum kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang untuk tindakan lanjut.
Difahamkan, van jenis Nissan Vanette dicuri dua suspek berkenaan adalah milik seorang buruh yang menetap di Kampung Binjai Manis, Manir, Kuala Terengganu.
Kenderaan itu dikatakan hilang sejak Selasa lalu selepas diletakkan di kawasan tempat letak kereta pusat peranginan Batu Buruk kira-kira jam 6 petang ketika mangsa melawat adik iparnya yang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Mangsa membuat laporan kehilangan kenderaannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira jam 8 malam hari yang sama.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Marang, Asisten Superintendan Mohd Zohan Seman yang dihubungi di sini semalam, mengesahkan penahanan dua suspek berkenaan kira-kira jam 3.15 petang kelmarin.
Katanya, kedua-dua suspek yang cedera dibelasah dihantar ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor.
Harian Metro
Pelatih Bomba Maut Van Terbalik di Ajil
Seorang pelatih yang sedang menjalani latihan di Akademi Bomba dan Penyelamat, Wakaf Tapai, maut dalam kemalangan di Kilometer 396.3. Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), di Kampung Kua, Ajil di Kuala Terengganu, malam kelmarin.
Nur Farhana Mohd. Mahat, 26, dari Tangkak Johor, terbunuh apabila van yang dinaikinya bersama tiga lagi anggota bomba di akademi berkenaan terbabas sebelum terbalik.
Ketika kejadian, ibu kepada dua anak itu yang menjalani latihan di akademi tersebut sejak 5 September lalu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di berek Bomba, Tangkak, Johor, selepas mengadu tidak sihat.
Mangsa dibenarkan pulang berehat oleh pihak pengurusan akademi itu selepas beberapa hari dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Nur Farhana diiringi tiga anggota lain iaitu, pemandu van terbabit, Firdaus Ahmad, 26, Wan Siti Suzana Yusof, 27, dan Shahidan A. Razak, 23, dan mereka cuma mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.
Mangsa yang mengalami kecederaan dalaman dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum meninggal dunia pukul 9.45 malam ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Terengganu untuk menerima rawatan lanjut.
Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut dan turut hadir menziarahi jenazah mangsa ialah Komandan Akademi Bomba Wakaf Tapai, Norazam Khamis.
Jenazah Nur Farhana dibawa ke Akademi Bomba Wakaf Tapai untuk dimandi dan dikafankan sebelum diterbangkan menggunakan Helikopter Bomba, pagi ini ke kampung asalnya untuk dikebumikan.
Ibu mertua mangsa, Khatijah Mat Senin, 54, yang berasal dari Kampung Cabang, Kerteh, Dungun, ketika ditemui memberitahu, menantunya itu memperoleh dua cahaya mata hasil perkahwinan dengan anaknya yang juga merupakan seorang anggota bomba.
Katanya, anaknya itu bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Johor, dan mereka sekeluarga gembira selepas arwah terpilih menyertai pasukan dan menjalani latihan di akademi itu.
Utusan

Kerajaan Tidak Pernah Pinggirkan Orang Asli
Kerajaan tidak pernah meminggirkan Orang Asli walaupun mereka golongan minoriti di negara ini, kata Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malek.
Beliau berkata, sejak Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7) hingga Kesembilan (RMK-9) kerajaan telah memberi peruntukan kepada pembangunan sosioekonomi dan pembangunan modal insan Orang Asli melebihi RM1 bilion.
Hassan berkata, dasar memberi peluang pendidikan kepada masyarakat Orang Asli secara intensif sejak 20 tahun dahulu telah membuahkan hasil sebilangan mereka memiliki ijazah sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD).
Beliau berkata, walaupun pelbagai kejayaan telah dicapai, namun kerajaan masih lagi memandang serius isu-isu berhubung pendidikan masyarakat Orang Asli termasuk keciciran yang masih lagi berlaku.
Katanya, kerajaan akan lebih fokus melihat masalah keciciran ini termasuk melaksanakan beberapa langkah melalui program yang sedang dan akan dilaksanakan seperti mesra didik dan memperluaskan kemudahan sekolah komprehensif.
Jelas beliau, program merangsang kecemerlangan pelajar Orang Asli dipergiatkan antaranya mengadakan majlis Anugerah Pelajar Cemerlang sebagai penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar Orang Asli yang cemerlang dalam pencapaian akademik.

Friday, October 7, 2011
Pas Terengganu Akan Keluar Manifesto Sendiri - Wahid Endut
Pas negeri akan mengeluarkan manifestonya sendiri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti, bagaimanapun tidak pasti sama ada akan memasukkan pelaksanaan hukum hudud di negeri itu atau tidak.
Menurut Pesuruhjaya Pas negeri, Abd. Wahid Endut, pihaknya masih dalam peringkat akhir menyiapkan manifesto pilihan raya parti berkenaan bagi menghadapi PRU akan datang.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu bagaimanapun enggan menyebut kandungan manifesto tersebut atas alasan ia belum dimuktamadkan.
"Kita sudah pada peringkat terakhir bagi menyiapkan manifesto Pas Terengganu bagi menghadapi PRU Ke-13, tunggulah," katanya kepada Utusan Malaysia di Kuala Terengganu, semalam.
Mengenai pelaksanaan hukum hudud di Terengganu yang mungkin tersenarai di dalam manifesto tersebut, beliau enggan menjelaskan mengenai perkara itu.
Abd. Wahid bagaimanapun berkata, parti berkenaan sememangnya sudah lama bersetuju untuk melaksanakan hukum hudud di negeri ini.
Malah, tegas beliau, cadangan Pas untuk melaksanakan hukum hudud di Terengganu telah diluluskan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu setelah pindaan dibuat kira-kira lapan tahun lalu.
"Hukum hudud di Terengganu sebenarnya sudah lama lulus dan ia sudah menjadi sebahagian daripada Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu," ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam.
Ditanya sama ada Pas negeri akan bersama kerajaan Pas Kelantan berhubung pendekatan pelaksanaan hukum hudud, Abd. Wahid berkata, ia bergantung pada keadaan.

Bon Jaminan kepada Bekas Atlet Cuba Rogol Teman Wanita Dalam Tandas
Seorang bekas atlet olahraga dan bola baling Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Terengganu mengakui, akibat terpengaruh dengan filem lucah yang ditonton sebelum ini, mendorong dirinya cuba merogol teman wanitanya yang baru berumur 15 tahun di dalam tandas perempuan di Bukit Keluang Beach Resort, Besut, 25 September lalu.
Pengakuan itu diluahkan tertuduh, Mohd Norazlan Razak, 20, dari Kampung Baru Serada, Kuala Terengganu semasa disoal hakim, Datuk Zainal Abidin Kamarudin sebelum hukuman dijatuhkan terhadapnya selepas mengaku bersalah di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan itu di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu, kelmarin.
Selepas mendengar dan mempertimbangkan rayuan tertuduh, Zainal Abidin membenarkan tertuduh yang sebelum ini pernah mewakili Terengganu dalam MSSM dari 2005 hingga 2008 itu, dibebaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik selama tiga tahun dengan cagaran sebanyak RM2,000 oleh seorang penjamin.
Berdasarkan kertas pertuduhan, pada 25 September lalu jam antara 4 pagi hingga 5 pagi bertempat di dalam sebuah tandas perempuan di Bukit Keluang Beach Resort, Besut, tertuduh telah cuba merogol mangsa, 15, tanpa kerelaannya.
Dengan itu, tertuduh didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan yang boleh di penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan disebat, serta bagi Seksyen 511 Kanun Keseksaan pula, tempoh penjara yang dikenakan tidak lebih daripada setengah daripada tempoh yang lama sekali ada diperuntukkan bagi kesalahan itu jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya, Zulfazliah Mahmud manakala tertuduh diwakili peguam bela Sofian Ariffin.
Mengikut fakta kes, tertuduh yang bekerja sebagai pembantu tukang masak cuba merogol mangsa yang dikenali sejak dua tahun itu di dalam tandas perempuan di Bukit Keluang Beach Resort, Besut dengan menindih mangsa selepas membuka seluar dan baju yang dipakainya.
Bagaimanapun, perbuatannya terbantut selepas menerima panggilan telefon daripada kakak mangsa yang menghubunginya untuk meminta bantuan mencari mangsa yang disedari hilang di rumah kira-kira jam 4 pagi, susulan pintu dapur didapati tidak berkunci serta mendapati mangsa tiada di dalam bilik tidurnya selepas dibuka menggunakan kunci pendua.
Walaupun mangsa telah pulang ke rumah sejurus mengetahui dirinya dicari keluarga, namun perbuatan tertuduh berjaya dihidu oleh keluarga mangsa selepas mendapati mangsa telah memakai seluar serta baju terbalik.
Setelah didesak, akhirnya mangsa menceritakan kejadian sebenar kepada keluarganya lalu kakaknya itu telah membuat laporan polis di Balai Polis kampung Raja, Besut dan hasil pemeriksaan Pegawai Perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan mendapati terdapat sedikit kesan kemerahan pada bahagian luar kemaluan mangsa tetapi tiada sebarang kesan koyakan serta kesan kemasukan pada kemaluan mangsa.

'Hadiah' Untuk Pemandu Ambulans Yang Terliwat Tiba...
Mohadi menunjukkan laporan polis yang dibuatnya selepas ditumbuk seorang lelaki di Besut, Terengganu semalam.
Seorang lelaki yang gagal mengawal perasaan marahnya bertindak menumbuk mata seorang pemandu ambulans selepas berang dengan tindakan mangsa yang didakwanya lambat tiba untuk membawa doktor dan dua jururawat bagi membantu isterinya bersalin semalam.
Kejadian pukul 2.45 pagi itu menimpa Mohadi Mohd. Jaafar, 39, sebaik dia tiba di rumah pasangan itu di Kampung Alur Luntah dekat Jerteh. Difahamkan, ketika mereka tiba, isteri lelaki itu telah selamat melahirkan sepasang anak kembar.
Menurut Mohadi, kemungkinan atas sebab itu lelaki tersebut yang marah kerana isterinya bersalin tanpa bantuan doktor dan jururawat terus menumbuk mata kirinya.
“Selepas mendapat panggilan daripada Penolong Pegawai Perubatan di unit kecemasan Hospital Besut pada pukul 2.30 pagi, saya mengambil seorang doktor dan dua jururawat lalu terus memandu ke lokasi yang diarahkan.
“Sebaik saya tiba di rumah pasangan itu 15 minit kemudian, doktor dan dua jururawat terus masuk ke rumah. Seorang lelaki kemudian memarahi saya dan terus menumbuk mata kiri saya kerana katanya sebagai ‘hadiah’ kerana tiba lewat untuk membantu isterinya bersalin,” ceritanya ketika ditemui semalam.
Tambahnya, dalam menahan sakit, dia masih sanggup membawa pasangan bayi itu dan ibunya ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Saya lakukan tugas itu sebagai tanggungjawab hakiki saya membawa orang yang sakit atau memerlukan bantuan ke hospital,” katanya lagi.
Ujar Mohadi, dia kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.
Dia membuat laporan di Balai Polis Jerteh kira-kira pukul 3.25 pagi semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Kamarudin Mohd. Zakaria mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut dan siasatan masih dilakukan sebelum polis mengambil mengambil tindakan lanjut.
Kosmo!
Pulau Duyong Sedia Sambut Peserta Kejohanan Match Racing Malaysia
Semuanya telah sedia untuk edisi keenam Kejohanan Match Racing Malaysia (MMRC) mulai hari ini sehingga Isnin diikuti Kejohanan Match Racing Asia (AMRC) dari 12 hingga 15 Oktober di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa.
Begitupun, persediaan sebenar untuk perlumbaan bermula beberapa bulan lebih awal jelas David Mills, Pengurus Kapal Layar Piala Monsun.
Bot perlu diselenggara dengan betul, perkhidmatan enjin, sistem masa, membaik pulih kebocoran dan pemeriksaan kerosakan untuk mengekalkan dalam keadaan yang mantap untuk perlumbaan.
Sehari sebelum perlumbaan, bot dibersihkan dan digilap, peralatan pelayaran yang diperiksa, bot ditimbang dan diuji dan rig pelayaran dicagarkan untuk memastikan ketegangan adalah betul.
Mills berkata: “Persediaan untuk perlumbaan adalah penting bagi memastikan perlawanan yang adil. Apa yang dilakukan untuk satu bot, perlu dilakukan untuk semua bot.
“Sebagai contoh, bot ditimbang di dalam air untuk memastikan kesemuanya berat yang sama. “
Bukan sahaja bot yang ditimbang, malah juga setiap satu ahli pasukan.
Setiap pasukan yang menyertai perlu menimbang berat semasa pendaftaran untuk memastikan kriteria had jumlah berat 437.5kg dipenuhi.
Mana-mana pasukan yang melebihi berat maksimum akan perlu menghilangkan berat tambahan dengan menyingkirkan berat air.
Setiap pasukan yang menyertai MMRC tiba di Pulau Duyong dengan penuh semangat, bersedia untuk ditimbang dan didaftarkan.
Beberapa pasukan mengambil kesempatan daripada ketibaan awal untuk mengambil bot keluar ke air untuk mendapatkan rasa kapal layar F36 sebelum perlumbaan bermula.
Perlumbaan sebenar bermula hari ini apabila pasukan-pasukan bertarung bagi peluang untuk mewakili Malaysia pada Piala Monsun yang akan berlangsung dari-22-27 November 2011 di tempat yang sama.

Warga Emas Maut Dirempuh Pacuan Empat Roda
Seorang warga emas maut setelah motosikal yang diboncengnya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dari belakang di persimpangan Bukit Kenak dekat sini kira-kira pukul 12.20 tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata mangsa yangdikenali sebagai Minah Che Nik, 69, meninggal dunia di tempat kejadian akibatparah di bahagian badan dan kepala.
Katanya warga emas itu yang membonceng motosikal ditunggangi anaknya yang hanya dikenali sebagai Mohamad Norizan, 23, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Pak Wong, dekat Jerteh.
Menurutnya kemalangan berlaku apabila Mohamad Norizan secara tiba-tiba membelok ke kanan jalan menyebabkan kenderaan pacuan empat roda yang dipandu pemuda berumur 22 tahun di belakangnya tidak sempat mengelak dan melanggar motosikal dua beranak itu.
Mohamad Norizan yang cedara parah di bahagian kepala dikejarkan oleh penduduk ke Hospital Daerah Besut untuk rawatan sebelum dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut.
Pemandu kenderaan pacuan empat roda itu hanya cedera ringan.

Polis Tingkat Kawalan Keselamatan Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Polis Terengganu akan mempertingkatkan kawalan keselamatan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini ketika berlangsung perlawanan suku akhir Piala Malaysia antara Terengganu dan Kelantan, Isnin ini.
Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa, berkata anggota polis daripada pelbagai unit termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) akan ditugaskan mengawasi keadaan di luar dan di dalam stadium bagi memastikan tiada kekacauan berlaku.
Katanya pemeriksaan rapi pada badan dan beg setiap penonton akan dilakukan di pintu masuk stadium bagi mengesan kemungkinan ada penyokong membawa masuk barangan berbahaya seperti senjata atau mercun.
“Saya menyeru penyokong kedua-dua pasukan supaya tidak menimbulkan sebarang provokasi yang boleh mencetuskan ketegangan dan pergaduhan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini Khamis.
Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap penonton yang sengaja mencetuskan kekacauan sebelum, semasa atau selepas perlawanan itu, katanya.
Semalam, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mengingatkan penyokong Terengganu supaya tidak mengulangi perbuatan membaling objek seperti botol air dan mercun ke dalam padang.
Beliau mengulas gelagat penyokong Terengganu yang membaling botol air dan mercun ketika pasukan itu menentang Negeri Sembilan pada perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia di Stadium Sultan Nasiruddin Shah malam Isnin lalu, yang menyebabkan perlawanan tertangguh seketika.
Terengganu akan menentang pasukan Kelantan pada Isnin ini dan pertemuan antara gergasi Pantai Timur itu dianggap sebagai perlawanan pilihan.

Pelajar Latihan Amali Kena Denda Kerana Khalwat
Walaupun berkelulusan tinggi, namun seorang wanita yang sedang menjalani latihan amali di sebuah resort di daerah ini tidak dapat mengawal nafsu hingga sanggup berkurung dalam bilik bersama teman lelaki di sebuah chalet di Pantai Air Tawar di sini tahun lalu.
Pelajar politeknik di Pahang berusia 21 tahun itu mengambil peluang bersama pasangan sebayanya itu dipercayai setelah mereka lama tidak berjumpa kerana tinggal berjauhan, memandangkan tertuduh lelaki bekerja di Selangor.
Namun perbuatan tidak bermoral mereka berjaya dihidu pihak berkuasa menyebabkan mereka ditahan ketika berdua-duanya di dalam bilik tersebut jam 2.30 pagi 30 Julai tahun lalu.
Tertuduh wanita berkenaan berasal dari Seri Gombak Indah, Batu Caves dan pasangannya seorang kerani am rendah beralamat di Taman Batu Caves, Selangor dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini kelmarin dan dijatuhkan hukuman denda RM2,500 setiap seorang selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Syarie, Mohd Nazri Yusof.
Mohd Nazri turut memerintahkan mereka dipenjara selama sebulan jika gagal membayar denda dikenakan.
Kedua-dua pasangan itu dituduh di bawah Seksyen 31 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzir) Terengganu 2001 yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof.
Menurut fakta kes, sepasukan anggota penguat kuasa yang membuat pemeriksaan di sebuah bilik di chalet itu mendapati keadaan dalam bilik gelap dengan pintu tertutup rapat dan berkunci, namun terdapat sebuah motosikal diletakkan di depan bilik tersebut.
Pegawai penguat kuasa memberi salam dan mengetuk pintu selama tiga minit, kemudian tertuduh lelaki cuba melarikan diri melalui pintu belakang namun gagal kerana chalet itu telah dikepung.
Namun akhirnya tertuduh lelaki membuka pintu dan penguat kuasa mendapat lelaki itu memakai kemeja T dengan seluar boxer, manakala pemeriksaan mendapati tertuduh perempuan duduk berhampiran katil sambil menangis.
Kata Nik Mohd shahril Irwan lagi, perempuan itu memakai seluar slek dan baju sejuk tanpa tudung, manakala di atas katil ada sehelai kemeja T dan coli.
Penguat kuasa turut merampas sehelai boxer dan coli berwarna kuning serta sehelai kemeja milik kedua-duanya yang dijadikan bahan bukti.
Mohd Nazri turut menegur tertuduh wanita yang berpendidikan tetapi tidak dapat membezakan antara yang baik dan buruk.
Kedua-duanya membayar denda yang dikenakan dan mereka dibebaskan.
Sinar Harian

Kerajaan Negeri Belanja RM1j lagi Untuk 20,000 Remaja
Kerajaan negeri akan membelanjakan RM1 juta lagi untuk diagihkan kepada kira-kira 20,000 remaja atau belia di negeri ini yang dikesan tercicir daripada menerima dana khas Aidilfitri lalu.
Bayaran RM200 seorang itu akan diagihkan kepada golongan itu sebelum menjelang Hari Raya Aidiladha bulan depan.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, keputusan itu dicapai oleh semua Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri setelah semakan dibuat ke atas senarai penerima dan didapati masih ada yang belum tersenarai.
"Berdasarkan semakan yang dilaksanakan, didapati ada juga yang kehilangan MyKad dan sebagainya sehingga tak menerimanya," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco, Kuala Terengganu, kelmarin (5 Oktober).
Katanya, kerajaan negeri mengharapkan remaja yang menerima dana itu supaya berbelanja secara berhemah dan bukannya menggunakan wang itu kepada perkara yang tidak berfaedah.
“Untuk tahun ini kira-kira 50,000 orang sepatutnya menerima bantuan dana khas raya membabitkan peruntukan RM4 juta,” katanya.
Program Bakti Remaja diperkenalkan sejak 2000 lagi di mana remaja yang berumur 21 tahun ke atas layak menerima RM200 seorang.
DataranBelia Permata Kini Dataran WiFi di Seberang Takir
Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir membelanjakan RM250,000 bagi menjadikan Dataran Belia Permata di Seberang Takir, dekat Kuala Terengganu sebagai Dataran WiFi.
ADUN berkenaan, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, peruntukan itu bagi membina sebuah bangunan dua tingkat yang mengandungi dewan terbuka dan bilik khas untuk kelas komputer.
Menurutnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, projek yang dijangka siap dua bulan lagi itu turut melibatkan pembinaan sebuah kios perkhidmatan baik pulih e-Book pelajar sekolah secara percuma.
"Selain restoran dan pusat tertentu yang menyediakan perkhidmatan itu, kita mengambil inisiatif agar kemudahan WiFi ini memberi manfaat untuk perkhidmatan Internet tanpa wayar secara percuma," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan e-Book Tahun 4 peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir di Kampung Baru Seberang Takir hari ini.
Pada majlis itu, seramai 608 murid dari lima buah sekolah di DUN berkenaan menerima agihan e-Book percuma yang melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Takir seramai 83 orang dan SK Bukit Tok Beng (108 orang).
Selain itu, SK Kompleks Seberang Takir (128 orang) dan SK Teluk Ketapang (171 orang) dan SK Tok Jembal (119 orang).
Tambah Ahmad Razif, kemudahan itu dibangunkan bagi memastikan penduduk luar bandar menikmati kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) selain merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan desa.
"Walaupun kosnya agak tinggi, ia sedikit sebanyak melengkapkan kawasan luar bandar dengan jalur lebar bagi membolehkan rakyat di kawasan berkenaan mempunyai akses kepada teknologi maklumat sama seperti penduduk bandar," katanya.

Pemandu Lori Dipenjara 32 Tahun Mengaku Rogol Adik Ipar
Seorang pemandu lori semalam dihukum penjara 32 tahun oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu setelah mengaku bersalah atas dua tuduhan melakukan sumbang mahram terhadap adik iparnya sehingga mangsa melahirkan anak.
Lelaki berusia 52 tahun itu mengaku melakukan persetubuhan di luar nikah terhadap adik iparnya yang berusia 15 tahun pada Ogos 2009 di sebuah rumah di Bukit Payong, Marang, dekat Kuala Terengganu.
Bapa kepada tiga orang anak itu turut didakwa mengulangi perbuatan tersebut sebulan kemudian di tempat yang sama.
Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan.
Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun bagi setiap pertuduhan dan diperintahkan berjalan secara berturut-turut.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zalina Awang manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Harga Tiket Perlawanan Terengganu Bertemu Kelantan Dinaikkan
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan menaikkan harga tiket bagi perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia antara Terengganu menentang Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah di sini Isnin ini.
Setiausaha PBSNT, Abdullah Salleh berkata harganya ialah RM15 untuk tempat duduk terbuka dan RM25 untuk tempat duduk berbumbung berbanding masing-masing RM10 dan RM20 sebelum ini.
Harga tiket bagi tahun depan akan dibincangkan kemudian, katanya kepada Bernama.
Beliau berkata tiket bagi perlawanan separuh akhir juga akan dinaikkan, sekiranya Terengganu layak.
“Kenaikan harga itu diambil pada mesyaurat eksekutif PBSNT semalam. PBSNT berpendapat kenaikan harga itu tidak membebankan peminat kerana inilah pertama kali PBSNT menaikkan harga tiket.
“Lagipun negeri-negeri lain telah menaikkan harga tiket masing-masing, kecuali Terengganu yang masih mengekalkan harga RM10 dan RM20,” katanya.
Abdullah berkata mesyuarat itu juga mengambil keputusan akan mula menjual tiket perlawanan Isnin ini pada pagi Ahad di semua pintu masuk stadium bagi mengelak kesesakan.
Katanya 10 peratus tiket akan disediakan kepada peminat Kelantan.
Beliau berkata satu lagi mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat bagi membicangkan langkah-langkah keselamatan semasa perlawanan itu.
“Kita minta sungguh-sungguh supaya peminat mematuhi arahan dan tidak membawa masuk sebarang objek ke dalam stadium bagi mengelak persatuan dihukum.
“Yang penting kita mahu lihat satu perlawanan yang berkualiti dan hebat daripada kedua-dua pasukan,” katanya.

Suspek Utama Kes Bunuh Diberkas, Dua Lagi Masih Diburu
Polis Terengganu berjaya memberkas suspek utama dalam pergaduhan menyebabkan kematian seorang lelaki di Kampung Batangan, Marang pada 16 Sept lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP K Manoharan berkata suspek berusia 25 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2.30 petang Selasa lalu di hadapan sebuah kedai runcit di Flat Sri Kolam, di sini.
Katanya kejayaan menahan suspek itu berikutan edaran gambar-gambar suspek oleh pihak media.
“Suspek kini ditahan reman selama seminggu bagi siasatan lanjut dan kes ini disiasat di bawah Sekyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya kepada pemberita di pejabatnya Khamis.
Menurut Manoharan ekoran daripada itu, seorang remaja berusia 17 tahun telah datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Marang dan dipercayai berada di tempat kejadian semasa pergaduhan itu.
Beliau berkata dengan maklumat daripada remaja berkenaan pihaknya percaya dapat menyelesaikan kes berkenaan dan dapat membantu mengesan dua lagi suspek utama yang masih bebas.
Dalam kejadian 16 Sept itu, mangsa Hassan Harun, 37, bersama dua rakannya telah pergi ke Kilang Bata, Kampung Batangan, Marang di sini untuk bertemu dengan suspek bagi membincangkan perkara berkaitan hutang.
Bagaimanapun, apabila memasuki sebuah pondok pengawal kilang di situ, berlaku pergaduhan dengan empat orang rakan suspek yang berada dalam pondok tersebut, katanya.
Mangsa yang cedera dipukul dengan sebatang besi dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini oleh rakannya namun meninggal dunia pada 27 Sept lepas.

Kurang Deposit Rayuan Syariah Terengganu Disambut Baik
Jawatankuasa Undang-undang Syariah Badan Peguam menyambut baik langkah Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu yang mengurangkan kadar deposit/jaminan bagi kes rayuan dan semakan di negeri itu.
Pengerusi jawatankuasa itu, Shamsuriah Sulaiman berkata, kadarnya dikurangkan daripada RM5,000 kepada RM200 bagi rayuan dan semakan dari mahkamah tinggi syariah ke mahkamah rayuan syariah dan daripada RM1,000 kepada RM100 dari mahkamah rendah syariah ke mahkamah tinggi syariah.
"Kami menggesa agar di masa depan, kajian dan rundingan komprehensif dilakukan dengan pihak-pihak yang relevan sebelum kadar itu dinaikkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Banjir - JPAM Kerah 2,000 Anggota Hadapi Kemungkinan
Kira-kira 2,000 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terlatih kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan banjir di negeri ini.
Pengarah JPAM negeri, Leftenan Kolonel Kamal Mokhtar berkata, kesemua anggota sukarela itu bersedia dikerah pada bila-bila masa terutama bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat.
"Kita akan memberi tumpuan di daerah Hulu Terengganu, Besut dan Kemaman kerana tiga daerah ini pada kebiasaannya lebih dulu dilanda banjir sebelum diikuti daerah lain," katanya ketika dihubungi hari ini.
Kamal berkata, buat masa ini, enam anggota jabatan berkenaan sudah ditempatkan di setiap daerah di negeri ini untuk menyelaraskan langkah-langkah perlu.
Menurutnya, jika keadaan mendesak, pihaknya akan meminta bantuan keanggotaan dari dua negeri berjiran iaitu Pahang dan Kelantan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
"Pada masa ini, kita ada seramai 26,000 anggota JPAM yang berdaftar di negeri ini manakala 2,000 lagi anggota cukup terlatih dan mampu dikerah pada bila-bila masa," katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga telah membuat persiapan dari segi logistik dengan menempatkan dua buah bot bagi menghadapi banjir di Kemaman dan Hulu Terengganu manakala tiga bot untuk Besut, Dungun dan Kuala Terengganu.
Jelasnya, JPAM Terengganu dilengkapi 17 buah bot pelbagai jenis di samping enam buah kenderaan pacuan empat roda bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat.
Selain itu, kata Kamal, 16 anggota penyelamat pantai JPAM yang sebelum ini ditempatkan di Pulau Redang dan Bukit Keluang, Besut turut dikerah untuk membantu kerja-kerja menyelamat di daratan, jika berlaku banjir.

Thursday, October 6, 2011
20,000 Lagi Terima Dana Khas Raya - Ahmad Said
Khabar menggembirakan buat kira-kira 20,000 rakyat terutama remaja yang tercicir daripada mendapat dana khas Aidilfitri lalu apabila mereka bakal menerima bantuan itu menjelang Hari Raya Aidiladha bulan depan.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, keputusan itu dicapai setelah semakan dibuat ke atas senarai penerima dan didapati masih ada yang belum tersenarai.
"Ada lebih RM1 juta lagi yang kerajaan negeri akan agihkan kepada 20,000 orang. Kita juga dah semak dan didapati ada juga yang kehilangan MyKad dan sebagainya sehingga tak menerimanya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Kuala Terengganu semalam..
Ahmad Said berkata, untuk tahun ini kira-kira 50,000 orang sepatutnya menerima bantuan dana khas raya membabitkan peruntukan RM4 juta.
Benarkah Tahap Stres Pelajar Kita Tinggi?
Enam pelajar yang ditahan pihak polis kerana ponteng sekolah dan menonton video lucah di sebuah rumah di Pangsapuri Seri Sena, Kangar, Perlis.
Hasil kajian Kementerian Kesihatan mendapati pelajar di negara ini mengalami tahap stres yang tinggi.
Dapatan itu diperoleh menerusi projek rintis Program Minda Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Murid sekolah bagi mengenal pasti tanda-tanda stres, keresahan dan kemurungan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, daripada 6,540 orang murid yang telah disaring, 17.1 peratus daripadanya mengalami tanda-tanda keresahan yang teruk, 5.2 peratus kemurungan yang teruk dan 4.8 peratus stres yang teruk.
Daripada jumlah semua pelajar yang disaring itu juga, kata beliau, seramai 2,345 iaitu 36 peratus murid telah mengikuti intervensi latihan kemahiran daya tindak kesihatan mental.
Sejumlah 279 guru pula dilatih untuk mengenal pasti dan mengendalikan masalah emosi, tingkah laku dan permasalahan mental di kalangan murid.
“Bilangan tersebut cukup tinggi, oleh yang demikian kementerian sedang berusaha untuk meningkatkan latihan dan kemahiran Gaya Daya Tindak ke atas pelajar di seluruh negara.
“Banyak sebab yang menjadi penyumbang kepada masalah pelajar dalam hal ini terutama sekolah, peperiksaan, keluarga dan sebagainya tetapi apa yang penting ialah melakukan persediaan awal mengenai kemahiran menangani stres,” katanya kepada pemberita di Putrajaya semalam.
Projek rintis kementerian dengan kerjasama Kementerian Pelajaran itu bermula pada Mac lalu dan dijalankan di enam buah sekolah di enam negeri.
Sekolah-sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah kebangsaan (SMK) Datuk Haji Ahmad Badawi, Pulau Pinang; SMK Simpang Bekoh, Jasin, Melaka; Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Perak dan Sekolah Menengah St Michael, Penampang, Sabah.
Dua lagi ialah Maktab Rendah Sains Mara, Gemencheh, Negeri Sembilan dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik, Petaling Jaya.
Menurut Tiong Lai, kementerian akan memperluaskan projek itu di semua sekolah dalam usaha meningkatkan kesejahteraan di kalangan murid dan warga sekolah serta sebagai persediaan mengelakkan perkara lebih serius berlaku.
“Bukan sahaja pelajar, malah projek ini turut melibatkan latihan kepada guru-guru bagi mengendali masalah stres di kalangan pelajar.
“Ia penting bagi memastikan tiada masalah yang lebih serius berlaku kepada pelajar yang memerlukan khidmat nasihat ketika saat-saat genting,” katanya.
Dalam pada itu, Tiong Lai turut berharap Kementerian Pelajaran mempertimbangkan cadangan untuk memperluaskan Projek Rintis Minda Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Murid sekolah bagi meningkatkan kesejahteraan mental pelajar di seluruh negara.
Sementara itu, kata beliau, saringan kesihatan mental di klinik kesihatan juga telah diperluaskan secara berperingkat di klinik seluruh negara bermula Jun lalu.
“Perkhidmatan ini akan dapat mengenalpasti lebih awal masalah kesihatan mental di kalangan masyarakat yang mendapatkan rawatan di klinik kesihatan, sehingga kini seramai 637 klinik kesihatan telah melaksanakan perkhidmatan ini.
“Dari segi latihan pula, seramai 687 pegawai kesihatan yang terdiri daripada 138 doktor dan 549 paramedik telah menerima latihan kesihatan mental komuniti bagi mengesan masalah mental di kalangan masyarakat,” katanya.
MB Alu-alukan Piala Monsun Bagi Menggalakkan Pelancongan
Kerajaan negeri menyerahkan kepada kerajaan Pusat dan pihak-pihak yang terlibat termasuk T-Best sama ada akan meneruskan kontrak penganjuran kejohanan kapal layar, Piala Monsun yang sepatutnya berakhir pada 2012.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan jika kejohanan bertaraf dunia itu diteruskan kerana ia mampu memberi pulangan dari segi pelaburan asing dan meningkatkan industri pelancongan dalam jangka masa panjang.
Malah jelasnya, Terengganu mempunyai banyak kemudahan asas bagi menganjurkan kejohanan tersebut dan jika dihentikan, dikhuatiri boleh menyebabkan pembaziran.
"Kita serah kepada pihak-pihak berkenaan terutama penganjur kejohanan Piala Monsun iaitu T-Best sama ada meneruskan Piala Monsun pada masa akan datang atau sebaliknya.
"Kita harap begitulah (Piala Monsun diteruskan) sebab kita ada kemudahan dan kita tak mahu pembaziran," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Kuala Terengganu semalam.
PAS baru-baru ini meminta kontrak penganjuran Piala Monsun di negeri ini yang akan berakhir pada tahun hadapan tidak akan disambung kerana mendakwa pulangan yang diterima rakyat tidak seberapa.
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat mendakwa, pulangan sedikit yang diterima rakyat atas penganjuran acara itu amat tidak berbaloi.
“Berapa sangat pendapatan yang diperoleh rakyat yang berniaga keropok goreng, pisang goreng dan air minuman ketika Piala Monsun berlangsung di Pulau Duyong, Kuala Terengganu setiap tahun.
“Yang ramai berlumba pada sukan itu orang luar, jadi kita harap kontrak Piala Monsun tidak disambung lagi selepas kontrak tamat pada 2012 ini,” katanya 30 September lalu.
Ahmad Said berkata, semua pihak perlu akur dengan rasional penganjuran kejohanan tersebut kerana ia mampu memberi pulangan pelaburan dan pengiklanan untuk jangka panjang.
"Kerajaan negeri sentiasa menyokong segala usaha untuk menarik kunjungan pelancong," katanya.
Ahmad Said menyokong sekiranya kontrak kejohanan lumba kapal layar Piala Monsun yang bakal berakhir tahun depan terus disambung di Terengganu.
"Ia urusan pihak penganjur dengan pihak-pihak yang berkenaan. Kita harap kontraknya disambung semula sebab fasiliti kita sudah ada. Kalau tak sambung rugilah kita," katanya selepas mempengerusikan menyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.
Menurut beliau, penganjuran sukan berkenaan secara tidak langsung telah meningkatkan kedatangan pelancong ke Terengganu.
Ahmad berkata, iklan mengenai acara lumba kapal layar itu merupakan pelaburan jangka panjang kerajaan negeri dalam menarik pelancong asing.
"Memang ada pelancong dari luar yang datang ke Terengganu menerusi kejohanan ini. Jadi apa saja aktiviti yang boleh tarik orang datang ke Terengganu, kita sokong," katanya.
Menurut satu laporan PAS menyifatkan penganjuran acara sukan berprestij itu hanya mahu menonjolkan keegoan kerajaan BN dan Umno di negeri ini.
“Bukan ini yang rakyat mahukan, sebaliknya rakyat mahukan kerajaan yang adil dan menjaga hati nurani mereka,” katanya.

Jangan Ulangi Baling Objek Ke Padang, FRU Perlu Proaktif - Ahmad Said
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said mengingatkan penyokong Terengganu supaya tidak mengulangi perbuatan membaling objek ke dalam padang ketika pasukan mereka menentang pasukan lain dalam perlawanan suku akhir Piala Malaysia nanti.
Beliau mengulas tindakan penyokong Terengganu membaling objek seperti mercun dan botol ketika pasukan itu menentang Negeri Sembilan pada perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia di Stadium Sultan Nasiruddin Shah baru-baru ini.
"Setakat guna suara tak kisahlah, tapi jangan sampai timbulkan kemarahan orang lain. Kalau campakkan botol air sebegitu rupa, saya pun tak suka.
"Saya juga minta polis dan Unit Simpanan Persekutuan supaya bersikap lebih proaktif bagi mengelak kekacauan dalam setiap pertandingan," katanya selepas mempengerusikan menyuarat exco kerajaan negeri di Kuala Terengganu semalam.
FRU diminta lebih proaktif ketika menjalankan tugas mengawal keselamatan pemain setiap kali perlawanan bola sepak diadakan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.
Katanya, pasukan FRU sewajarnya menempatkan lebih ramai anggota di setiap penjuru stadium supaya keadaan dan tingkah laku penonton lebih terkawal.
“Sekiranya terpandang aksi penonton yang kurang menyenangkan seperti membaling botol minuman dan mengeluarkan kata-kata kesat, mereka sepatutnya bertindak lebih awal dengan mendekati penonton itu untuk memberi amaran tegas.
“Langkah ini perlu dilaksanakan segera kerana sudah kerap kali perkara sama seperti membaling mercun dan bergaduh berlaku di stadium itu,” katanya
Beliau mengingatkan penonton supaya bertindak lebih sopan dan menjaga tingkah laku ketika menyaksikan pertemuan pasukan Terengganu dan Kelantan pada pusingan suku akhir pertama Piala Malaysia, 10 Oktober nanti.
“Saya mendapati memang wujud satu kumpulan kecil yang sering menimbulkan kekacauan di stadium dan saya ingatkan kepada kumpulan ini agar menghormati budaya kita serta jangan sesekali memalukan imej Terengganu,” katanya.
Ahmad Said berkata rasa tidak puas hati sememangnya lumrah termasuk terhadap keputusan yang dibuat oleh pengadil, namun kelakuan tidak bertanggungjawab yang menyebabkan ada yang tercedera tidak boleh dibiarkan.
"Kita ada rakaman siapa yang buat, dia tak boleh lari. Sebelum buat sesuatu fikir dulu, nanti kena masuk penjara, denda dan sebagainya," katanya.
Beliau berharap Terengganu dan T-Team yang juga dari Terengganu dapat melangkah lebih jauh dalam Liga Malaysia musim ini, sekurang-kurangnya ke separuh akhir.

Orang Ramai Boleh Salur Cadangan PenaPenambahbaikan
Pandangan dan cadangan orang ramai berhubung dengan penambahbaikan proses pilihan raya boleh disalurkan dalam sesi pendengaran awam pertama yang akan diadakan akhir November ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata melalui sesi pendengaran awam itu orang ramai boleh menyerahkan memorandum dan membentangkannya serta memberikan sebarang maklum balas berhubung pilihan raya.
Beliau berkata sekurang-kurangnya enam sesi pendengaran awam akan diadakan dan berharap ia dapat diselesaikan Disember ini.
"Satu di Kuala Lumpur, satu di Sabah, satu di Sarawak, satu di utara Semenanjung mungkin di Kedah, satu di pantai timur mungkin di Terengganu dan satu di selatan sama ada Melaka atau Johor," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.
Ongkili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata sesi pendengaran awam itu akan diadakan selepas tiga sesi mesyuarat di peringkat jawatankuasa diadakan.
Beliau berkata sesiapa sahaja dialu-alukan untuk hadir pada sesi itu termasuklah institusi berdaftar.
"Bersih bukan pertubuhan berdaftar, jika mereka mahu datang, mereka perlu datang secara individu," katanya.
Beliau berkata sebarang pendapat dan pandangan juga boleh disalurkan melalui beberapa cara seperti khidmat pesanan ringkas (SMS) dan melayari laman web.
"Kita juga akan membuka laman web di Parlimen agar orang ramai boleh mengemukakan cadangan. Termasuk di laman portal kementerian saya di myideas.my," katanya.
Mengenai mesyuarat kali pertama jawatankuasa itu yang akan diadakan Rabu depan, Ongkili berkata ia akan memberi penekanan kepada empat fokus utama iaitu peraturan pilihan raya, proses pilihan raya, daftar pemilih dan memperkasakan institusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM).
Semalam Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat mengesahkan pelantikan sembilan anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.
Sembilan anggota yang dilantik itu terdiri daripada lima Anggota Parlimen Barisan Nasional yang mewakili semua kaum terbesar termasuk Ongkili sendiri (wakil bagi Sabah dan Kadazan), Datuk Alexander Nanta Linggi (Sarawak dan Iban), Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (Umno dan Melayu), Tan Sri Dr Fong Chan Onn (MCA dan Cina) serta Anggota Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan (MIC dan India).
Tiga wakil rakyat pembangkang ialah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali, Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli dan Timbalan Pengarah Pilihan Raya DAP, Anthony Loke manakala Konsensus Bebas diwakili Anggota Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.

54 Atlet Terengganu Wakili Negara ke Sukan SEA
Seramai 54 atlet Terengganu akan mewakili negara bagi kejohanan Sukan Sea di Jakarta, Indonesia dari 11 hingga 22 November ini.
Menterio Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata semalam, penyertaan mereka pada kejohanan itu akan turut disertai seramai tujuh orang pegawai dan jurulatih.
Beliau memberitahu, kesemua atlet berkenaan akan menyertai acara seperti lumba basikal, kanu, softball, olahraga, silat, judo, sepak takraw, angkat berat, lawan pedang dan perahu layar.
"Kita serah kepada kontinjen negara untuk menentukan sasaran emas oleh atlet-atlet kita pada Sukan Sea nanti," tambahnya

Melecur Terlanggar Periuk Sup Panas - Utamakan Keselamatan Pelajar
Haziq Haikal Mohd. Razif dirawat di Wad Kebakaran Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu selepas melecur tangan dan paha akibat terkena tumpahan kuah sup di kantin sekolahnya, kelmarin.
Pengurusan kantin sekolah di negeri ini diminta supaya tidak memandang ringan faktor keselamatan terutamanya ketika menyediakan makanan kepada pelajar.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, faktor itu perlu dititikberatkan bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.
Ahmad Razif berkata, beliau memandang serius soal keselamatan di sekolah termasuk kawasan kantin dan akan mengarahkan Pejabat Pelajaran negeri menyiasat mana-mana laporan yang diterima berhubung kecuaian.
Beliau diminta mengulas kejadian dua murid Tahun Satu di sebuah sekolah rendah di Kuala Terengganu yang melecur setelah tertumpah periuk sup ketika sedang beratur untuk membeli makanan di kantin kelmarin.
Mohd. Nabil Faris Mohd. Azidi melecur di bahagian leher, tangan dan bahagian perut manakala rakan sekelasnya, Haziq Haikal Mohd. Razif pula melecur di tangan kanan dan paha kanan.
Kedua-dua mereka kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu sejak kelmarin.
Dalam pada itu, Ahmad Razif yang terkilan dengan kejadian itu berharap agar pihak sekolah dan pengurusan kantin sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam semua aspek terutamanya keselamatan pelajar.
Pada kejadian kelmarin, dua murid tahun satu sebuah sekolah di Kuala Terengganu melecur di beberapa bahagian badan selepas ditolak sehingga terlanggar periuk berisi sup panas ketika beratur di kantin sekolah itu.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10 pagi itu mengakibatkan Mohd. Nabil Faris Mohd. Azidi, 7, melecur di leher, tangan dan perut manakala rakan sekelasnya, Haziq Haikal Mohd. Razif pula melecur di tangan dan paha kanan.
Haziq Haikal ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) berkata, ketika kejadian, dia sedang beratur di belakang Mohd. Nabil untuk membeli makanan.
Katanya, dia sempat melihat beberapa murid lain menolak mereka dari belakang sehingga terlanggar sebuah periuk berisi sup panas yang diletakkan di atas sebuah meja di kantin sekolah tersebut.
"Periuk itu tumpah dan supnya terkena tangan saya. Nabil pula melecur teruk sebab dia di depan saya ketika itu," katanya sambil memberitahu jumlah murid yang beratur terlalu ramai ketika kejadian.
Dalam pada itu, datuk kepada Haziq Haikal, Mohd. Fauzi Abdullah, 52, ketika ditemui melahirkan rasa terkilan di atas kecuaian pihak kantin sekolah yang meletakkan periuk sup di tempat yang tidak sepatutnya.
"Kita faham perangai budak-budak apabila berada di kantin sekolah. Saya berharap pihak sekolah dan kantin mengambil langkah lebih bertanggungjawab selepas ini bagi mengelak kejadian seperti ini daripada berulang," katanya yang tidak bercadang untuk membawa perkara itu ke peringkat yang lebih tinggi.
Kerajaan Negeri Terengganu Biayai Kos Pembedahan Kembar Siam
Kerajaan negeri Terengganu akan membiayai kos pembedahan untuk memisahkan kembar siam yang bercantum di bahagian dada, Nur Shazwanie dan Nur Shazrinie, sekiranya doktor memutuskan ia selamat dilakukan.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri kini menunggu keputusan yang dibuat doktor berhubung pasangan kembar yang dilahirkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 22 Sept lepas.
"Kalau keluarga kurang kemampuan, kita sebagai kerajaan yang prihatin pada rakyat kita bantulah. Cuma kita tak mahu sampai merayu kepada orang ramai minta sumbangan untuk pembedahan, kita sebagai kerajaan yang prihatin, kita akan bantu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kuala Terengganu, semalam.
Pasangan kembar Siam, Nur Shazwanie Zulkifli dan Nur Shazrinie kini berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor pakar di sana.
Ahmad Said berkata kerajaan negeri mempunyai dua tabung bantuan iaitu Tabung Pesakit Kronik dan Tabung Darul Iman dan kes pasangan kembar Siam itu akan diteliti terlebih dahulu sebelum bantuan dihulur mengikut kesesuaian.
Bapa pasangan kembar itu, Zulkifli Ngah, 41, seorang peniaga ikan dari Kemaman sebelum ini berkata beberapa imbasan awal yang dilakukan belum dapat mengesahkan sama ada kembar itu berkongsi organ penting seperti hati dan jantung bagi menentukan tahap risiko jika pembedahan dilakukan.

Madu Terengganu Dijangka Tembusi Pasaran Global
Koperasi Pemungut Madu Lebah Asli Terengganu Berhad (Kopemat) yakin madu lebah Terengganu akan menembusi pasaran global pada masa depan.
Timbalan Pengerusi Kopemat Ibrahim Ismail berkata ini berikutan usaha kerajaan negeri Terenganu menganjurkan Persidangan dan Pameran Madu Asia pada September tahun depan.
Persidangan dan Pameran Madu Asia itu dijangka dihadiri peserta dari 20 hingga 30 negara dan ini akan membuka peluang lebih luas lagi kepada Terengganu untuk mencari pasaran madu di luar negara, katanya di Kuala Terengganu, semalam.
Pada minggu lepas, hampir 100 penyelidik dan saintis dari dalam dan luar negara mengikuti seminar lebah kebangsaan di sini, katanya, sambil mendakwa Terengganu mengeluarkan madu lebah terbaik dan berkualiti di Malaysia.
Menurutnya, kebanyakan lebah di Terengganu bersarang pada pokok tualang dan bunga tualang menjadi sumber makanan serangga itu.
Ibrahim berkata Terengganu kini mengeluarkan kira-kira 2,000 kg madu lebah semusim (bagi tempoh tiga bulan) dan jumlah itu mungkin bertambah apabila kerajaan negeri mewujudkan satu pulau madu di Tasik Kenyir.
Bagi tujuan itu, katanya kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan RM1.6 juta untuk membangunkan pulau madu itu.
Selain itu, Ibrahim berkata pemanjat madu lebah di Terengganu sekarang ini bukan lagi terdiri daripada orang-orang tua, tetapi merupakan para remaja lepasan sekolah kerana harga madu yang begitu baik.
Madu lebah kini dijual pada harga RM45 dan RM49 sebotol pada peringkat pengeluar.
Kopemat, dengan kerjasama Jabatan Perhutanan, katanya akan menawarkan kursus keselamatan dan membaca peralatan sistem Penentu Kedudukan Sejagat (GPS) kepada pemungut-pemungut madu lebah bagi memudahkan kerja-kerja mereka.
Di Terengganu sekarang ini terdapat lebih 300 pemungut madu lebah dan kira-kira 70 orang daripadanya adalah ahli Kopemat, katanya.

Hotel Permai Taja Pasukan MMRC 2011
Hotel Permai mengorak selangkah lagi dalam usaha memajukan sukan kapal layar di negeri ini apabila menaja satu pasukan sempena Kejohanan Malaysian Match Racing (MMRC) 2011 di Pulau Duyong di Kuala Terengganu mulai esok.
Pengurus Besarnya, Azman Ali berkata, pasukan Permai Hotel Match Racing Team dianggotai lima anak muda yang mempunyai pengalaman dalam sukan kapal layar.
Beliau berkata, tujuan utama pihaknya turut serta dalam kejohanan itu ialah bagi menunaikan tanggungjawab terhadap komuniti setempat dalam memajukan sukan tersebut tanpa memikirkan soal menang atau kalah.
“Menang atau kalah adat pertandingan, tetapi kalau boleh memang kita nak menang.
“Apa pun, kita harap penajaan ini akan memberi perangsang dan dorongan kepada pasukan ini untuk terus maju dalam sukan pelayaran,” katanya.
Permai Hotel Match Racing Team yang akan diketuai oleh bekas juara pada tahun 2009 iaitu Hazwan Hazim Dermawan itu turut disertai oleh Syed Ahmad Syahmi Syed Ahmad Helmi, Mohd. Hazarul, Mohd. Hafizi Rosli dan Nik Ashraf Qaedi Nik Azizan.
Penajaan termasuk penginapan, makan minum, pengangkutan pergi-balik dan urusan penyewaan bot.
Dalam pada itu, Hazwan gembira dengan penajaan yang diterima daripada hotel berkenaan.
“Penajaan ini akan memberi semangat kepada saya dan rakan-rakan untuk berusaha memberikan yang terbaik dalam kejohanan itu nanti.
“Saya berazam untuk kembali merampas kejuaraan yang terlepas dalam kejohanan yang sama tahun lepas pada kali ini,” katanya.
Tambah Hazwan, dia menjangkakan saingan utama akan hadir daripada juara MRRC 2008, Nurul Ain Md. Isa yang mewakili Ri-Yaz Heritage Match Racing Team.
MMRC merupakan acara kelayakan bagi Piala Monsun iaitu acara penutup siri jelajah dunia, World Match Racing Tour

Sajian Monsun di Sumai Suite Hotel Hingga Hujung Tahun
Pihak pengurusan dan chef Sumai Suite Hotel menunjukkan Sajian Monsun yang diperkenalkan oleh hotel berkenaan di Kuala Terengganu, baru-baru ini.
Menyambut ketibaan musim tengkujuh, Sumai Suite Hotel di pinggir pantai Batu Buruk di sini mempromosikan Sajian Monsun sehingga hujung tahun ini sebagai tarikan kepada pelanggan.
Hasil kreativiti chef, sajian di hotel bertaraf tiga bintang itu mengangkat makanan tempatan dan tradisional dengan diberi cita rasa baharu yang mengetengahkan keenakan tersendiri.
Harganya pula amat berpatutan seperti di kebanyakan restoran yang ternyata cukup berbaloi bagi pengunjung yang singgah menjamu selera bersama keluarga dan rakan atau yang bermalam di situ.
Sajian yang juga disediakan sempena dengan musim kejohanan perahu layar dunia, Piala Monsun yang bakal bermula tidak lama lagi termasuk nasi ayam persinggahan, dilengkapi sup cendawan dan jus roselle.
Eksekutif Jualan Kanan Sumai, Zubir Yatim memberitahu, sajian oleh Chef Engku Mohd. Adad Engku Ismail dan Chef Masri Paya serta Chef Sobri Johari bermula dengan harga RM10.
"Sajian pelengkap seperti cecambah hainan (RM5), salad buah dan ayam (RM5) dan potongan buah-buahan (RM5) turut disediakan," ujarnya sewaktu mengadakan promosi sajian berkenaan baru-baru ini.
Di samping itu katanya, pelanggan boleh memesan ayam goreng bersalut serbuk roti dengan isian bayam dan cendawan kisar berharga RM12.
Untuk pencuci mulut, pengunjung boleh menikmati tapai pindang (RM8) dengan limpahan krim susu dan tepung ubi atau pisang kukus goreng yang dinikmati bersama aiskrim (RM5) atau aiskrim beralaskan bepang (RM5).
"Di sini selain merasai suasana bilik hotel yang selesa, anda boleh nikmati juadah dalam suasana santai di restoran atau di ruang terbuka sambil menikmati elusan angin pantai," ujarnya.
Utusan Malaysia
Sukan Kuda Lasak Antarabangsa Piala Sultan Mizan 2011 Bermula Esok
Kejohanan kuda lasak antarabangsa, Sultan Mizan Cup 2011 di Lembah Bidong mulai esok bakal disertai 60 pelumba yang akan bersaing merebut hadiah keseluruhan bernilai RM45,000.
Selain Malaysia, kejohanan selama dua hari itu akan disertai penunggang dari Argentina, Australia, Republik Chech, Chile, Indonesia, Singapura, Thailand, Emeriah Arab Bersatu (UAE) dan Uruguay.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyertai kejohanan kelas dunia yang merupakan acara sukan utama dalam kalendar tahunan negeri.
Pengurus Acara dan Perhubungan Awam Asia Promote Ventures, Noor Nazatul Janah Mahmood dalam satu kenyataan semalam memberitahu, kejohanan kali ini diberi wajah baru yang bukan sekadar bagi mereka yang meminati sukan berkuda.
Menurut beliau, dalam usaha membudayakan sukan itu di negeri ini, elemen hiburan dan santai akan turut disediakan bagi penglibatan pelbagai peringkat usia sebagai satu tarikan.
"Selain perlumbaan kuda lasak, aktiviti lain turut disediakan seperti pertandingan mewarna model kuda untuk pelajar dan kanak-kanak," jelasnya.
Katanya, turut diadakan pada hari itu ialah Pony Club Mounted Games Challenge, pertandingan mengecat muka, pameran berkaitan kehidupan marin dan batu karang, gerai-gerai makanan serta pertandingan bola sepak jalanan.
"Saya harap orang ramai tidak melepaskan peluang memeriahkan karnival yang akan berlangsung pada 7 dan 8 Oktober di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TEIP) di Lembah Bidong," katanya.
Tambah beliau, perkara lain yang dijangka menjadi tarikan utama pada karnival itu nanti ialah model kuda yang diperbuat daripada gentian kaca yang menyamai saiz kuda sebenar.
"Model kuda ini merupakan sebahagian daripada kerja seni yang dihasilkan oleh para pelajar berdasarkan tema kejohanan iaitu menonjolkan keunikan dan kecantikan batu karang di Terengganu," ujarnya.
Pertandingan bola sepak jalanan juga akan diadakan yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu bawah 18 tahun dan terbuka dengan hadiah wang tunai ditawarkan.
Beliau berkata, karnival itu akan turut dimeriahkan dengan persembahan Faizal Tahir, kumpulan Hujan, Bunkface, Shiha Mentor 5, Black Mentor 3 dan Faizal AF4 pada sebelah malamnya secara percuma.
"Karnival ini percuma dan terbuka kepada orang ramai mulai 7 Oktober dari pukul 3 petang hingga 10 malam dan 8 Oktober dari pukul 9 pagi hingga 10 malam," kata Noor Nazatul.

Kelantan Tuntut RM2.4 Bilion Pampasan Taman Negara
Kerajaan Pas Kelantan menuntut pampasan RM2.4 bilion daripada kerajaan persekutuan bagi penggunaan 1,043 km persegi wilayah negeri itu yang dijadikan sebahagian Taman Negara.
Selain Kelantan, Taman Negara turut meliputi kawasan di Pahang (2,477km persegi) dan Terengganu (853km persegi).
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata surat tuntutan itu dihantar 12 Sept lepas kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.
Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan exco di Kota Bharu, semalam beliau berkata tuntutan itu termasuk kehilangan nilai sewa ekonomi sebanyak RM27,682 sehektar yang terlepas iaitu bila mana penuaian hutan untuk balak daripada pengurusan hutan secara berkekalan tidak dibenarkan.
"Untuk keseluruhan hutan, nilai bersih kini yang terlepas ialah RM1.2 bilion bagi pusingan atau tempoh 30 tahun," katanya.
Husam berkata tuntutan seterusnya ialah pulangan terlepas iaitu bila mana peluang terhenti untuk hutan diteroka bagi perladangan komoditi utama seperti getah dan kelapa sawit.
Ditanya kenapa baru sekarang tuntutan itu dikemukakan, beliau berkata ia perlu bagi menampung sumber kewangan negeri.

Wednesday, October 5, 2011
IKIMfm Siar Dua Rancangan Khas Sempena Musim Haji Ini
Buat kali pertamanya pendengar Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) akan disajikan dengan dua rancangan sempena musim haji tahun ini iaitu Laporan Haji dan Debaran Mabrur yang akan disiarkan menerusi radio tersebut bermula 20 Okt hingga 11 Nov ini.
Pengarah Radio IKIMfm Nik Roskiman Abdul Samad berkata rancangan Laporan Haji akan disampaikan secara langsung oleh petugas radio itu, Nik Hasnah Ismail dengan membawakan berita terkini perkembangan jemaah haji Malaysia dari Mekah dan Madinah.
Katanya Laporan Haji akan disiarkan selama 10 hingga 15 minit pada jam 12.15 tengah hari, diikuti rancangan tazkirah Debaran Mabrur oleh penceramah jemputan yang akan bersiaran selama 10 minit pada 1.30 tengah hari, setiap hari Isnin hingga Jumaat.
"IKIMfm juga akan menyiarkan laporan khas kemuncak ibadah haji pada hari wukuf di Arafah, melontar jamrah dan sambutan Hari Raya Aidiladha dari Tanah Suci Mekah," katanya kepada pemberita di sini Rabu.
Beliau berkata program yang mendapat kerjasama Lembaga Tabung Haji dan tajaan Bank Rakyat (M) Berhad itu selain bermatlamat menyalurkan maklumat kepada pendengar khususnya umat Islam mengenai perjalanan ibadah haji, juga bertujuan mendidik umat Islam untuk lebih cenderung menunaikan ibadat pada usia muda.
Ditanya mengenai perbezaan rancangan terbitan radio itu berbanding media lain yang turut membuat liputan dari Tanah Suci Mekah, Nik Roskiman berkata IKIMfm akan cuba membongkar dan berkongsi falsafah di sebalik perjalanan ibadah haji kepada pendengar dalam bentuk penceritaan.
"Ia juga satu usaha kami dalam mengubah persepsi masyarakat terhadap media bahawa kami juga berperanan dalam mendidik dan berdakwah kepada orang ramai, bukan sekadar medium hiburan semata-mata," katanya.
Turut hadir, Ketua Hal Ehwal Awam Bank Rakyat Saliman Zainal.
IKIMfm yang merupakan penyiar radio Islam tunggal negara boleh didengar menerusi frekuensi 91.5fm di Lembah Klang, Perlis 89.0fm, Kedah 89.0fm, Langkawi 89.0fm, Pulau Pinang 89.0fm, Ipoh 102.7fm, Negeri Sembilan 102.7fm, Melaka 89.5fm, Johor Baharu 106.2fm, Kuantan 89.6fm, Kuala Terengganu 100.2fm, Kota Baharu 89.8fm, Kuching 93.6fm dan Kota Kinabalu 93.9fm.