Saturday, February 11, 2012
Kesian Rakyat Terengganu Jika PAS Memerintah…
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Wakaf Mempelam, Wahid Endut mendedahkan ada seorang lelaki datang berjumpanya pada suatu petang waktu maghrib untuk meminta beras.
Lelaki itu menaiki motosikal dan sudahpun membeli ikan. (lihat video di atas).
Menurut Wahid, ini membuktikan betapa di Terengganu kini rakyat begitu susah sampai tidak mampu membeli beras.
Bukanlah mahu mengata tetapi lelaki ini yang mendakwa mempunyai anak yang ramai dan mungkin berpendapatan rendah tetapi mampu memiliki motosikal dan membeli ikan.
Tinggal? Pastinya dalam kawasan DUN Wakaf Mempelam.
Tidak apalah dan tidak baik untuk mempertikaikan apa yang dilakukan oleh lelaki berkenaan.
Cuma ada beberapa persoalan untuk YB Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan ADUN Wakaf Mempelam yang begitu lama menjadi ADUN.
1. Kenapa kemiskinan dan kemunduran belaku di kawasan Wakaf Mempelam?
2. Apa usaha YB sendiri mengatasi masalah seperti yang dialami lelaki berkenaan?
3. Ketiga, kalau ada usaha YB untuk mendaftar orang ini, tidak kiralah dia penyokong PAS pun dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, beliau mungkin dibantu;
4. Jika daftarkan dia untuk bantuan BR1M, pasti beliau akan mendapat RM500, belum lagi bantuan lain seperti dana Hari Raya dan sebagainya;.
5. Jika anak-anaknya sekolah pasti setiap seorang mendapat RM100 dan dua daripada anaknya akan mendapat pula tambahan RM100 seorang daripada kerajaan negeri untuk bantuan peralatan dan pakaian sekolah;
6. Kalau ada anak remaja setiap tahun ada Dana Remaja sebanyak RM200 seorang dibahagikan oleh kerajaan negeri;
7. Anak-anaknya di sekolah di tahun 5 mendapat e-Book dan bantuan-bantuan lain yang setidak-tidaknya boleh meringankan beban lelaki berkenaan, dan
8. Kalau sakit, ada pula Bantuan Sakit Kronik yang disediakan kerajaan serta banyak lagilah kalau nak disenaraikan.
Apakah YB membiarkan lelaki berkenaan berkeadaan begitu agar dia terus menjadi susah dan boleh dimanipulasikan untuk menyokong PAS dan YB?
Jika benar, YB berdosa besar membiarkan rakyat susah sedangkan YB mendapat elaun begitu banyak sebagai Ahli Parlimen dan ADUN.
Malah isteri YB pun mendapat kedudukan baik di sekolah yang sepatutnya turut dapat membantu menyedar dan memberitahu orang miskin di mana mereka boleh mengadu kalaupun YB tidak boleh bantu.
Maaf YB, hakikatnya, apa yang YB sebutkan seperti yang disiarkan melalui U-Tube itu mendedahkan kelemahan kepimpinan YB sendiri dan PAS amnya.
Jika Pesuruhjaya PAS Negeri seperti YB berfikiran sebegini dan tidak proaktif, kesian jika PAS memerintah Terengganu sekali lagi.
Jangan asyik nak menyalahkan orang lain khususnya kerajaan UMNO dan BN sedangkan hakikatnya tugas dan tanggungjawab YB abadikan di kawasan YB sendiri.
Kalau ditakdirkan YB menjadi Menteri Besar Terengganu seperti disebut orang PAS akhir-akhir ini, bukan seorang lelaki seperti ini datang jumpa YB tetapi juga mungkin satu atau dua bas yang mereka mampu bayar sewa tetapi datang ke rumah YB untuk MEMINTA BERAS.
Lagipun sesuai sangat kalau mereka melakukan demikian kerana PAS memang memperjuangkan negara Kebajikan!!!!
Sultan Mizan Rasmi Masjid Al-Mustaqim
Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Masjid Al-Mustaqim Kampung Gemuruh, Kuala Terengganu semalam.
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin semalam berangkat merasmikan Masjid Al-Mustaqim Kampung Gemuroh di sini sebelum bersama penduduk setempat menunaikan solat Jumaat.
Turut mengiringi baginda ialah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mazlan Ngah; Mufti negeri, Datuk Dr. Alias Abdullah; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat serta Ahli Dewan Undangan Negeri Tepoh, Muhammad Ramli Nuh.
Semasa bertitah, baginda menyeru seluruh rakyat supaya mengimarahkan masjid manakala jawatankuasa dan para pegawai institusi itu perlu mencari jalan terbaik agar masjid sentiasa didekati.
Baginda juga mahukan ahli jawatankuasa dan pegawai masjid memperluaskan peranan mereka dengan turun padang mendekati anak mukim.
"Tindakan ini secara tidak langsung dapat menerapkan kasih sayang dan nilai tambah yang cukup berkesan bagi menarik minat anak mukim ke masjid pada setiap masa dan bukan hanya pada hari Jumaat," titah baginda.
Masjid Al-Mustaqim yang dibina semula dengan kos RM1.8 juta itu mampu memuatkan kira-kira 1,500 jemaah pada satu-satu masa.
Pada majlis yang sama juga, Sultan Mizan turut berkenan menyampaikan tauliah kepada 32 imam dan jurunikah dari daerah itu.
Turut menerima tauliah daripada baginda ialah 10 orang pegawai agama termasuk Ketua Pendaftar, Timbalan Pendaftar serta Pendaftar Bahagian Nikah, Cerai dan Rujuk.
Utusan Malaysia
Pertemuan Musuh Tradisi Untuk Tiga Mata Penuh
Rentak perjuangan Kelantan untuk memungut mata tidak semudah yang disangka apabila mereka dijangka turun berdepan musuh tradisi, Terengganu malam ini.
Namun bagi Kelantan, selepas kempunan memungut mata penuh ketika bertandang ke Kota Kinabalu (Rabu lalu), skuad The Red Warriors berpeluang mengatasi kekecewaan itu di hadapan penyokong sendiri di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam ini.
Namun, apa yang pasti pertembungan dua gergasi Pantai Timur yang sentiasa menjadi tumpuan sejak sekian lama bakal membuktikan siapa lebih jaguh.
Bagaimanapun Kelantan tertekan kerana lawan mereka selepas ini adalah Selangor yang juga berharap menduduki tangga lebih baik.
Berikutan itu, Terengganu dan Kelantan memerlukan mata penuh selepas hanya dipisahkan dengan satu mata dan masing-masingnya menghuni tangga kedua dan ketiga liga ketika ini.
Kehadiran penyerang import Terengganu, Francis Doe Forkey (gambar kiri) yang bergandingan bersama Abdul Manaf Mamat (gambar kanan) dan Ashaari Samsudin pastinya diberi perhatian oleh benteng pertahanan Kelantan.
Terengganu juga mempunyai pemain yang seimbang di segenap posisi terutama dua pemain kebangsaan di benteng pertahanan, Muslim Ahmad dan Zubir Azmi.
Pengurus pasukan, Azman Ibrahim tanpa berselindung mahu semua pemain Kelantan fokus serta memberikan persembahan yang terbaik dalam misi utama untuk merampas semula kedudukan selaku pendahulu liga daripada pasukan Perak.
Menurutnya, pertembungan kali ini juga membawa misi menebus maruah selepas Kelantan tewas dalam perlawanan Piala FA dan suku akhir Piala Malaysia musim lalu.
“Pemain perlu ingat, kita turun dengan misi melangsaikan hutang lalu. Biarpun ia sekadar tiga mata bukannya perlawanan merebut piala, namun kita tidak boleh tewas, terutama ketika beraksi di gelanggang sendiri.
“Muhammad Ghaddar dan Shakir Shaari mengalami sedikit kecederaan dan kita harap kedua-dua mereka mampu pulih dalam tempoh terdekat dan boleh diturunkan malam esok (malam ini).
“Kita juga mengharapkan sentuhan Ghaddar akan lebih kemas dan mengharapkan gandingannya dengan Norshahrul Idlan Talaha mampu memusnahkan gawang lawan,” ujarnya.
Kelantan menganggap Terengganu sebuah pasukan yang hebat dan mantap di semua posisi namun yakin pemain menyedari perkara tersebut.
“Justeru, mereka perlu berusaha untuk membenam cabaran Terengganu kali ini,” katanya.
Beliau juga menaruh harapan supaya pemain import yang beraksi di posisi pertahanan, Obinna Nwaneri dapat beraksi dengan baik dan memberikan impak kepada pasukan selain mampu menyaingi kelincahan Forkey Doe.
Sementara Selangor tidak lagi boleh keciciran tiga mata berharga.
Ini kerana jika skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim benar-benar berhajat mahu menjulang Liga Super musim ini, ada baiknya mereka kembali bangkit mencatatkan kemenangan ketika berdepan cabaran Selangor PKNS dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini.
Sudah pasti, masalah ketumpulan jentera serangan Merah Kuning menjadi agenda utama yang bermain di fikiran Irfan supaya dapat mengejar Perak yang kini cukup selesa menerajui liga dengan 15 mata.
Selain itu, masalah 'tidak tahu hujung pangkal' berhubung Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) yang mengekang penyerang import dari Croatia, Bosko Balaban (gambar kanan) daripada menyarung jersi Selangor setakat ini juga perlu segera 'ditebus' oleh tidak kira mana-mana penyerang tempatan yang diturunkan Irfan malam ini.
Baik Amri Yahyah, Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal, Fitri Shazwan mahupun Azidan Sarudin, masing-masing perlu melunaskan tanggungjawab merobek gawang PKNS jika tidak mahu berterusan berputih mata.
Selangor ketika ini mengutip sembilan mata, empat mata di depan anak buah Abdul Rahman Ibrahim yang ketika ini masih bergelut di kelompok bawahan liga apabila sekadar mengutip lima mata.
Selepas menentang PKNS, Selangor bakal melayan kunjungan Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa depan.

Karnival Generasi Muda Terengganu Cemerlang Mac ini
Karnival Generasi Muda Terengganu Cemerlang 2012 akan bergerak empat daerah pada Mac ini bagi memberi peluang kepada belia mengekspresikan diri serta membuka ruang mengetengahkan kehendak serta bakat golongan itu.
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Encik Rusli Yusoff, berkata program anjuran kerajaan negeri menerusi Bahagian Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Kelab Remaja Terengganu (KRT) dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) itu bermula di Kemaman sebelum bergerak ke daerah lain.
Menurutnya, ia bertujuan untuk mendekati golongan belia setempat serta mahu mengekalkan hubungan stategik bersama pertubuhan-pertubuhan belia.
“Langkah ini juga diharapkan dapat dilaksanakan bersama belia setempat dengan tujuan memperkasakan belia seluruh Terengganu.
“Program dilaksanakan secara santai dengan memfokuskan kepada kecenderungan dan pilihan belia, sekaligus menyediakan ruang kepada mereka menonjolkan diri secara sihat dan positif,” katanya kepada Teganukita, baru-baru ini.
Katanya, program pertama di Kemaman dijangka pada 6 Mac di Taman Bandar Cukai; manakala keesokannya, 7 Mac di perkarangan Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak (Parlimen Kuala Terengganu dan Kuala Nerus).
Manakala pada 13 Mac (Hulu Terengganu)diadakan di Padang Astaka, Kuala Berang, diikuti 14 Mac di Besut.
Beliau berkata, program akan bermula jam 10 pagi melibatkan aktiviti berbentuk sukan, selain pameran dan jualan, manakala pada sebelah malam pula akan diadakan persembahan pentas.
Antara karnival sukan seperti futsal, `Street Soccer 3 on 3’, sepak raga, badminton, bola tampar, ping pong, berbasikal fixie dan permainan ekstrem.
“Pameran peluang kerjaya dan pendidikan, selain pendedahan daripada pelbagai agensi kerajaan yang boleh dimanfaatkan oleh belia,” katanya.
Selain itu, kumpulan muzik pop kreatif tersohor dari Indonesia, Wali Band turut dijemput untuk mengadakan konsert jelajah di empat daerah sempena program itu.
Astro Siar 31 Perlawanan Euro 8 Jun hingga 1 Julai
Penyiar rasmi siaran langsung televisyen di Malaysia bagi Euro 2012, Astro bakal menyajikan liputan penuh semua 31 perlawanan dengan 12 daripadanya secara eksklusif hanya menerusi saluran TV satelit itu.
Siaran eksklusif itu termasuk dua perlawanan suku akhir dan satu separuh akhir serta liputan semua perlawanan England dari 8 Jun hingga 1 Julai.
Sempena Kempen Unmissable (Mesti Tonton) Euro 2012, pelanggan Pek Sukan Astro boleh menontonnya menerusi lima saluran khusus Interaktif Kejelasan Biasa (SD) di samping lima saluran Interaktif Kejelasan Tinggi (HD) yang melanggan Astro B.yond dengan ciri butang Merah interaktif.
Ulasan dan sari kata Bahasa Melayu bagi perlawanan terpilih secara langsung juga disediakan pada saluran Astro Arena.
Selain itu, satu tahap baru aksi Euro bakal dinikmati apabila Astro membawa pengalaman menonton menyeluruh dengan TV (HD dan SD), Radio dan aktiviti luaran dan dalam talian.
Laman web www.stadiumastro.com turut akan menghidangkan peminat dengan berita terkini dan lengkap mengenai Euro 2012.
Pada tahun ini buat kali pertama, Astro memperkenalkan Pas Khas Ke Euro 2012 yang boleh didapati dari 1 April dan selepasnya.
Pelanggan Astro yang tidak melanggan Pek Sukan boleh menyaksikan Euro 2012 menerusi Pas Khas berharga RM50 yang akan memberikan mereka, kesemua 31 perlawanan secara langsung tanpa perlu melanggani Pek Sukan Astro.
Naib Presiden Perniagaan Sukan Astro, Lee Choong Khay berkata: “Kami gembira dapat mencipta penanda aras baru industri dengan meluaskan liputan Euro 2012 kepada pelanggan Astro yang tidak melanggani Pek Sukan menerusi Pas Khas Ke Euro 2012.
“Inilah satu lagi ‘Yang Pertama’ daripada Astro yang memberikan saranan nilai yang boleh dipilih menurut keperluan, keutamaan dan belanjawan mereka,” katanya dalam kenyataan semalam.

Acara Keirin Penebus Maruah Azizulhasni, Fatehah
AzizulHasni Awang (kiri) gagal mengatasi kepantasan pelumba Jepun, Kazunari Watanabe dalam saingan akhir acara pecut ACC 2012 di Velodrom Cheras, semalam.
Kecewa setelah gagal menghadiahkan pingat emas kepada Malaysia dalam acara pecut kategori elit di Kejuaraan Lumba Basikal Asia (ACC) 2012 semalam, dua pelumba sensasi negara, Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa tetap berazam untuk menebusnya dalam acara kegemaran mereka, Keirin yang akan bermula hari ini.
Azizulhasni, 24, dan Fatehah, 23, terpaksa akur kepada lawan masing-masing iaitu Kazunari Watanabe (Jepun) dan Lee Wai Sze dari Taiwan pada aksi final acara pecut lelaki dan wanita elit semalam kerana lambat turun memanaskan badan selepas berlaku perubahan jadual di saat-saat akhir oleh penganjur kejohanan.
Perubahan waktu tersebut yang dimulakan satu jam lebih awal daripada jadual asal iaitu 11.30 pagi selepas upacara penyampaian hadiah, akhirnya menjejaskan sesi memanas badan kedua-dua pelumba tersebut, sekali gus menyebabkan mereka kehilangan rentak ketika dalam perlumbaan.
Paling kecewa ialah Azizulhasni yang berhasrat untuk menghadiahkan pingat emas kepada penyokong Malaysia yang setia memenuhi Velodrom Kuala Lumpur, Cheras pagi semalam, namun terpaksa juga menerima kekalahannya kepada Watanabe dalam dua pusingan di final.
Kini kedua-dua pelumba yang berpangkalan di Melbourne itu berhasrat untuk menebus kekecewaan itu dengan mara ke separuh akhir acara Keirin yang dimulakan dengan peringkat awal pada petang ini.
Kata Azizulhasni: "Saya mahu fokus kepada acara Keirin."
Dana Remaja DiAgih awal Mac
Anak jati Terengganu terutama golongan belia di negeri ini terus mendapat manfaat daripada kerajaan negeri yang sememangnya prihatin mengenai pelbagai aspek terutama berkaitan kebajikan, kemudahan dan pendidikan.
Terbaru, kira-kira 85,000 belia di seluruh Terengganu dijangka menerima Dana Remaja pada awal Mac ini.
Borang berkaitan itu mula diisi belia yang layak di Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.
Daripada kira-kira RM17 juta yang peruntukan, setiap belia berusia antara 18 hingga 40 tahun dan belum berkahwin layak menerima RM200.
Tahun lalu, seramai 83,197 belia yang membabitkan peruntukan RM16.6 juta menerima dana itu.
Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Saiful Bahri Baharuddin, dia terharu kerana golongan belia di negeri ini terus mendapat perhatian dengan memberi Dana Remaja.
Katanya, perlaksanaan itu mampu membentuk generasi muda untuk mendaftar sebagai pemilih di mana sebelum ini kurang berminat untuk berbuat demikian.
“Kita harap remaja-remaja yang menerima dana ini supaya tidak menggunakan wang tersebut kepada benda-benda yang tidak mendatangkan manfaat,” katanya.
Teganukini

TSG Tidak Terjejas Tanpa Anuar Manan - Harrif Salleh
Barisan pelumba TSG yang akan menggalas cabaran pada LTdL 2012 bergambar kenangan denganMenteri Besar, Datuk Sei Ahmad Said (tengah) selepas pelancaran pasukan tersebut kelmarin.
Pasukan lumba basikal profesional Terengganu -- Terengganu Cycling Team (TSG) tidak menganggap ketiadaan Anuar Manan dalam pasukan itu untuk menghadapi Le Tour de Langkawi (LTdL) pada 24 Feb ini sebagai cabaran.
Ketua pasukan TSG Mohd Harrif Saleh berkata, malah pihaknya yakin pasukan TSG masih utuh dan tidak terjejas dengan pelumba-pelumba yang ada sedia untuk meraih kedudukan terbaik.
"Tanpa Anuar dalam pasukan kita, tiada apa-apa terjejas, sebab kita ada tiga pelumba dari luar negara, mungkin lebih baik daripada sebelum ini (prestasi)," katanya kelmarin.
Anuar, anak kelahiran Kuala Ibai, di Kuala Terengganu tidak menyertai pasukan TSG musim ini kerana berhijrah ke pasukan divisyen dua Champion System Hong Kong.
Mohd Harrif, 29, berkata beliau dan rakan-rakan dalam pasukan TSG akan membuat yang terbaik dalam kejohanan LTdL kali ini, baik di peringkat negara mahupun Asia.
"Secara peribadi, saya sendiri menyasarkan terbaik Asia dan sedaya upaya akan dapatkan satu jersi," kata pakar perlumbaan lebuh raya itu.
Mohd Harrif berkata kali ini beliau akan bergandingan dengan adiknya Mohd Zamri Saleh, daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sekaligus akan menguatkan lagi TSG.
Sementara itu, Mohd Zamri, 23, berkata peluang untuk mewakili TSG dalam kejohanan LTdL tahun ini akan dipergunakan sebaik mungkin untuk meningkatkan prestasi sendiri dan nama baik pasukan.
Pelumba ranking ke-16 Asia itu berkata tumpuan beliau sekarang ini ialah untuk mewakili negara ke Sukan Olimpik, selain mengharumkan nama pasukan TSG.
"Tahun ini, bagi saya semangat lebih lagi kerana saya bergabung dengan abang ...Insya-Allah kita buat yang terbaik untuk Terengganu," katanya.
Selain Mohd Harrif dan adiknya, pasukan TSG ke perlumbaan LTdL 2012 turut diwakili Mohd Shahrul Mat Amin, Mohammad Saufi Mat Senan, Shinichi Fukushima dan Jang Chan Jae.
Jurulatihnya ialah Sebastien Ducion dari Itali.
ACC2012 - Azizulhasni, Fatehah Terlepas Pingat Emas
Azizulhasni (kiri) dan Fatehah menunjukkan pingat mereka bersama jurulatih, Beasley semalam.
Pelumba berbasikal trek negara berjaya menambah tiga pingat perak dan dua gangsa pada hari ketiga Kejohanan Berbasikal Asia ke-32 dan Kejohanan Berbasikal Remaja Asia ke-19 di sini Jumaat.
Ketiga-tiga pingat perak itu diraih menerusi Azizulhasni Awang, Fatehah Mustapa dan Ummi Hamimah Mohamad, masing-masing bagi acara pecut lelaki elit, wanita elit dan remaja perempuan.
Pingat gangsa berkenaan disumbangkan Lauretta Eva Adrian dalam saingan 500 meter remaja perempuan dan trio Muhammad Fauzan Nor Azman, Malek Marcus McCrone dan Muhammad Asri Suraizi Mat Riadzi bagi acara pecut berpasukan remaja lelaki.
Azizulhasni yang tampil selepas enam tahun tidak beraksi di depan penyokong tempatan ternyata kecewa kerana sasaran menyumbang emas kepada negara tidak berhasil.
"Ada perubahan jadual hari ini dan saya pun dimaklumkan pada saat akhir. Jadi, saya agak kelam kabut sedikit dan sempat membuat latihan memanaskan badan dalam masa 20 minit sahaja. Saya tahu sebagai pelumba profesional, saya kena buat persediaan awal lagi.
"Kecewa tidak dapat menyumbang emas pada hari ini kerana ahli keluarga saya hadir untuk memberi sokongan kepada saya dan pasukan," katanya ketika ditemui di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras.
Acara pecut lelaki elit itu dimenangi pelumba Jepun, Kazunari Watanabe manakala Zhang Lei dari negara China di tempat ketiga selepas menewaskan adiknya, Zhang Miao.
Sementara itu, Fatehah turut meluahkan kekecewaan beliau kerana gagal beraksi cemerlang ekoran tindakan penganjur yang sentiasa mengubah jadual waktu kejohanan.
"Saya memang sangat kecewa sebab tidak cukup membuat latihan pemanas badan. Penganjur tukar jadual kejohanan dan saya dimaklumkan ketika baru sampai di sini tadi. Kalau ikut jadual yang ditetapkan semalam, saya dah sampai awal iaitu 9.30 pagi untuk 'warming up'.
"Saya tetap mencuba untuk dapat emas tetapi gagal. Masa di trek tadi kaki saya berat. Insya-Allah bagi acara keirin saya akan cuba untuk sumbang emas untuk Malaysia," katanya.
Fatehah berkata penganjur sepatutnya memaklumkan kepada semua peserta tentang perubahan jadual sehari sebelum kejohanan diadakan.
"Bukan saya dan Azizul sahaja yang kecewa dengan penganjur tetapi pelumba dari negara lain turut merungut dengan tindakan pengajur yang mengubah jadual pada hari kejohanan," katanya.
Pelumba wanita elit Hong Kong menepati sasaran emas dengan menewaskan Fatehah dan Shi Jingjing dari China di tempat ketiga.
Sementara itu, Ummi Hamimah tidak dapat menahan rasa kecewanya dan menitiskan air mata kerana gagal mencapai sasaran untuk mendapatkan emas bagi acara pecut remaja perempuan.
Pelumba berusia 18 tahun itu tewas kepada pelumba Korea Selatan An Hyeji.
"Saya memang berharap sangat untuk dapat pingat emas, sedih sangat sebab ibu saya datang dari Dungun, Terengganu semata-mata untuk bagi sokongan. Hari ini saya memang salah percaturan sebab guna gear berat pada pusingan pertama.
"Saya pun masa atas trek tadi saya agak cemas dan ia sedikit mengganggu konsentrasi saya hari ini," katanya.
3.5 Juta Rakyat Malaysia Enggan Jalani Rawatan Kesihatan
Orang ramai perlu membuat pemeriksaan darah mengesan penyakit darah tinggi lebih awal.- Gambar hiasan
Ketidakprihatinan masyarakat terhadap penyakit darah tinggi kini membimbangkan apabila kira-kira 3.5 juta penghidap penyakit tersebut di negara ini langsung tidak mendapatkan rawatan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, jumlah tersebut meliputi 61 peratus daripada jumlah keseluruhan iaitu 5.7 juta orang.
Katanya, golongan berumur 30 tahun dan ke atas dikenal pasti berisiko diserang penyakit darah tinggi yang merupakan faktor utama kepada serangan jantung dan strok.
Serangan jantung dan strok mencatatkan 17.5 juta kematian di seluruh dunia setakat ini.
“Rekod kita mendapati 2.2 juta pesakit darah tinggi menjalani rawatan tetapi 3.5 juta lagi pesakit langsung tidak berbuat demikian.
“Ini bermakna masyarakat bersikap sambil lewa terhadap penyakit tersebut yang merupakan pembunuh senyap,’’ katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Saintifik Persatuan Hipertensi Malaysia di Kuala Lumpur semalam.
Kosmo!
Operasi Kesan 1.3 Juta Pati Tidak Daftar 6P Mula 16 Feb
Operasi bersepadu bagi mengesan 1.3 juta pekerja/pendatang asing tanpa izin (Pati) yang tidak mendaftar dalam proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) akan dilakukan secara besar-besaran di seluruh negara bermula 16 Februari ini, kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad.
Beliau berkata, operasi itu akan dilaksanakan selepas tamatnya proses pemutihan Program 6P pada 15 Februari.
“Operasi ini akan digerakkan secara menyeluruh melibatkan semua penguat kuasa dan ia akan diperhalusi sehingga ke peringkat negeri bermula di Semenanjung terlebih dahulu.
“Ia akan dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen bersama-sama dengan agensi penguatkuasa yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Ikatan Sukarelawan (Rela), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya kepada mStar Online.
Menurut Alias, sehingga kini, seramai 380,000 Pati telah mendaftar menerusi proses pemutihan Program 6P.
“Daripada jumlah itu, seramai 93,000 Pati telah pulang ke negara asal masing-masing dengan suka rela melalui proses pengampunan,” katanya.
Alias bagaimanapun menjelaskan bahawa operasi bersepadu itu bukan sahaja menumpukan perhatian kepada Pati yang tidak mendaftar tetapi akan turut melibatkan para majikan yang gagal untuk berbuat demikian.
“Kita sudah berikan masa yang cukup untuk mereka. Kegagalan mereka untuk mendaftar dan memberi kerjasama menunjukkan mereka sengaja mengambil kesempatan dan tidak mempedulikan peraturan.
“Majikan juga akan dikenakan tindakan undang-undang,” katanya lagi.
Operasi bersepadu itu antara lain dijangka melibatkan 1,400 anggota penguat kuasa imigresen dengan bantuan 2.8 juta anggota Rela di seluruh negara.
“Di pihak Jabatan Imigresen sendiri, kita telah melakukan operasi berskala kecil dari semasa ke semasa membabitkan seramai 780 pegawai penguat kuasa di seluruh negara,” jelas Alias.

Hotel Permai Sasar Perolehan Tertinggi Tahun Ini
Wan Abu Bakar Omar dan Azman Ali (tengah) gembira bersama kakitangan Permai semasa majlis Makan Malam Tahunan Permai Hotel di Kuala Terengganu, kelmarin.
Hotel Permai di sini menyasarkan perolehan RM8.5 juta bagi tahun ini dengan perkembangan perniagaan yang semakin menyakinkan.
Pengurus besarnya, Azman Ali berkata, hotel yang dijenamakan semula melalui pengurusan baru sejak 2010 yakin perolehan tertinggi itu dapat dicapai.
"Ia dilakukan dengan memperkukuhkan strategi pemasaran termasuk melalui promosi berkesan di samping terus meningkatkan mutu perkhidmatan.
"Kita mahu hotel ini sinonim dengan pengenalan Terengganu," katanya ketika ditemui pada majlis makan malam tahunan bagi meraikan warga kerjanya di Kuala Terengganu, malam semalam.
Turut hadir Pengerusi Hotel Permai, Tan Sri Wan Abu Bakar Omar dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Zaabar Mohd. Adib.
Katanya, perolehan hotel dengan 220 bilik itu meningkat daripada RM7.3 juta pada 2010 kepada RM7.7 juta pada tahun lalu ketika industri pelancongan Terengganu semakin 'segar'.
Beliau turut menarik perhatian tentang penglibatan hotel dalam pelbagai kegiatan luar agar dapat bersama-sama kerajaan dalam mengembangkan industri ini dan mendekatkannya dengan masyarakat.
"Ini termasuk dalam kegiatan sukan kapal layar dan berbasikal di samping kami turut merancang menganjurkan pesta sukan pantai," ujarnya.
Sementara itu, pada majlis tersebut, Mariani Mamat dan Mohd. Azam Sulong dipilih sebagai pekerja terbaik dan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM500, sijil dan hamper.
Utusan Malaysia
Friday, February 10, 2012
PAS Nak Buat Apa Dengan Ahmad Said?
Datuk Seri Ahmad Said pernah kata PAS Parti Ajaran Sesat ketika kempen pilihan raya di Dewan Undangan Negeri Johor (DUN) Tenang pada 23 Januari 2011.
Dua hari sebelum itu pada 21 Januari 2011 Ahmad Said juga mengatakan PAS Parti Ajaran Sesat pada Majlis Mesra Veteran UMNO Bahagian Besut Bersama Pemimpin 2011, di Dewan Majlis Daerah Besut.
Bukan dua tempat itu sahaja, banyak kali sudah tapi kenapa hari ini baru PAS marah kepada Ahmad Said kerana mengatakan PAS Parti Ajaran Sesat?
Hari ini Pas memberi tempoh tiga hari kepada Menteri Besar Terengganu itu supaya menarik balik kenyataannya bahawa parti itu merupakan "parti ajaran sesat".
Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Datuk Abu Bakar Chik berkata, jika dalam tempoh berkenaan Ahmad tidak menarik balik kenyataan yang dilaporkan oleh sebuah akhbar arus perdana itu, maka tindakan akan diambil terhadap beliau.
Tindakan apa? Saman? Sembahyang Hajat?
"Tuduhan itu sangat berat," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu hari ini pada majlis Mesra Media bersama Pesuruhjaya dan Pemimpin Pas negeri Terengganu yang turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Terengganu Abdul Wahid Endut.
Ahmad Said, ketika berucap pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal pada Rabu lepas, dilaporkan berkata, perjuangan Pas kini tersasar jauh daripada perjuangan Islam sebenar dan menyifatkan Pas sebagai "parti ajaran sesat".
Abu Bakar berkata Pas belum menetapkan bentuk tindakan yang akan diambil terhadap Ahamd sekiranya Menteri Besar itu gagal menarik balik kenyataan berkenaan.
Hairan juga dah begitu lama Ahmad Said labelkan PAS sedemikian, hari ini baru nak 'melompat'. Apa hal ni? Tidak ada isu nak ganggu atau 'ganyang' Ahmad Said?
Kita tunggu sama ada Ahmad Said nak minta maaf atau tidak.
Lihat gaya Ahmad Said, beliau tidak akan meminta maaf kerana ada sebab beliau menyatakan PAS sedemikian.
Nak tahu, baca www.teganukita.blogspot.com, portal rasmi Unit Komunikasi Negeri!

Kerajaan Terengganu Hadiahkan Komputer Kepada 3,000 Guru Tahun Lima
Menteri Besar mengetok gong menandakan pelancaran Program Pendidikan Anjung Ilmu (PPAI) 2012 di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu, semalam.
Kira-kira 3,000 guru tahun lima sekolah rendah di negeri ini bakal menerima komputer riba secara berperingkat mulai pertengahan tahun ini dengan peruntukan kira-kira RM4.5 juta.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, ia adalah langkah susulan selepas pengagihan alat bantu pengajaran dan pembelajaran itu kepada guru-guru tahun enam selesai dilakukan.
''Pemberian itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperluaskan penggunaan peralatan teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kalangan anak negeri,'' katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Apresiasi Kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Ia dilakukan serentak dengan pelancaran Program Pendidikan Anjung Ilmu (PPAI) 2012 di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu, semalam.
Pada masa yang sama, katanya, bekalan kemudahan bagi warga pendidik itu bagi merangsangkan lagi mereka agar bersama menterjemah hasrat kerajaan negeri mewujudkan kelas maya di semua sekolah rendah selaras dengan perubahan zaman.
"Kita jangka mahu bagi awal tahun ini tetapi stok komputer belum ada, jadi kita akan bagi selewat-lewatnya pertengahan tahun ini.
"Saya harap dengan pemberian kemudahan ini, ia akan memberi semangat lagi kepada guru-guru untuk terus melakar kejayaan kepada anak Terengganu," katanya.
Sultanah Lawat Kompleks Tuanku Nur Zahirah
Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat melawat Kompleks Tuanku Nur Zahirah (KTNZ) di Kampung Tanjung Bunut, Manir dekat Kuala Terengganu semalam.
Baginda tiba di kompleks songket dan batik berkenaan kira-kira pukul 4 petang bersama puteri, Tengku Fatimatuz Zahra.
Ketibaan baginda disambut isteri Menteri Besar Terengganu Toh Puan Norliza Mahmud; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera; dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, Azmi Razik.
Baginda turut diberi taklimat kira-kira 15 minit oleh Azmi berkenaan kompleks itu yang mula beroperasi 25 Mei tahun lalu dan kini menjadi ikon pelancongan terbaru di Terengganu.
Kompleks yang dibina dengan kos RM4.6 juta itu mampu meningkatkan ekonomi negeri dengan kedatangan peminat songket dan batik dari dalam dan luar negara.
KTNZ juga akan menjadi pusat informasi berkaitan perkembangan dan pembangunan tekstil tenun songket bersepadu selain pusat penyelidikan serta menyalurkan khidmat profesional berkaitan seni dan teknologi bertaraf antarabangsa.
Sementara itu bercakap kepada pemberita, Mohamed Awang berkata Terengganu bakal mewujudkan Institut Kemahiran Sultanah Nur Zahirah yang akan dilaksanakan di KTNZ.
Katanya institut berkaitan songket, batik, ukiran kayu dan kraftangan itu akan dikelolakan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU).
"Kita menjangkakan institut ini akan mula beroperasi pada pertengahan tahun ini dan kita menyasarkan golongan muda dan penduduk tempatan untuk mengikuti kursus di situ," katanya.
Beliau berkata pihaknya menyasarkan seramai 30 hingga 40 pelajar dapat mengikuti kursus di institut itu dalam satu sesi dan setiap penuntut akan diberikan elaun sebanyak RM450 sebulan oleh YPU.
Katanya penuntut akan mengikuti kursus di institut itu selama setahun setengah dan penubuhan institut itu setanding dengan Institut Kraftangan dan sijilnya juga diiktiraf Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).
Mohamed berkata penubuhan institut itu bertujuan menggalakkan remaja dan penduduk tempatan untuk mempelajari teknik pembuatan songket, batik dan kraftangan sekaligus dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Beliau berkata lepasan institut itu juga bakal ditawarkan pekerjaan di KTNZ atau memilih untuk menjadi usahawan songket dan batik.

Azizulhasni, Fatehah ke Final Pecut ACC2012
Pelumba trek sensasi negara, Azizulhasni Awang (gambar kiri) cemerlang di laman sendiri apabila berjaya mara ke saingan akhir pecut Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2012 yang berlangsung di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras semalam.
Turut cemerlang ialah pelumba wanita, Fatehah Mustapa yang juga berjaya menempatkan diri ke akhir ini menandakan bahawa sekurang-kurangnya dua pingat perak berada dalam genggaman hari ini.
Azizulhasni yang juga dikenali sebagai The Pocketrocketman melakukan kejutan selepas menumpaskan pemenang pingat emas Sukan Asia Guangzhou 2010, Zhang Lei pada peringkat separuh akhir dan akan bertemu pelumba Jepun, Kazunari Watanabe di peringkat akhir.
"Saya memang gembira sangat, sebenarnya saya diletakkan 40 peratus sahaja untuk memenangi perlumbaan ini selebihnya adalah milik Zhang Lei, kerana peringkat kelayakan dia mencatat masa kedua terpantas dan dia merupakan pakar dalam kategori ini," katanya ketika ditemui media semalam.
Jelasnya, dia hanya mahu berlumba sahaja dalam acara tersebut kerana lebih memikirkan perlumbaan keirin, bagaimanapun tanpa disangka prestasinya meningkat dari masa ke semasa.
"Antara faktor utama saya boleh beraksi dengan baik mungkin kerana beraksi di hadapan penyokong sendiri dan sudah lama tidak beraksi di trek ini, malah John Beasley (ketua jurulatih) juga terkejut dengan prestasi saya.
"Saya hanya mensasarkan memenangi pingat tetapi tidak sangka mampu mara sehingga ke akhir, jadi saya cuba buat yang terbaik esok (hari ini)," kata Azizulhasni yang tidak sangka bertemu Watanabe sedangkan kedua-duanya bertukar pendapat sebelum saingan suku akhir.
Sementara itu, Fatehah yang memenangi pingat gangsa pada awal pagi dalam saingan 500 meter ujian masa, mara ke akhir selepas menumbangkan pelumba Jepun, Kayono Maeda di separuh akhir.
Fatehah akan bertemu dengan pemenang pingat emas acara 500 meter ujian masa, Lee Wai Sze dari Hong Kong dan ia merupakan kali pertama pelumba kelahiran Terengganu itu mara ke saingan akhir ACC.

Malaysia Catat Jumlah Dagangan Tertinggi RM1.3 Trilion Tahun Lepas
Malaysia mencatatkan jumlah dagangan paling tinggi tahun lepas iaitu RM1.3 trilion, naik 8.7 peratus daripada 2010, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau menyasarkan pertumbuhan antara lima dan enam peratus untuk jumlah dagangan Malaysia tahun ini.
Laporan Buku Tahunan Daya Saing Dunia 2011 oleh Institut Pembangunan Pengurusan menempatkan Malaysia dalam kedudukan lima teratas dari segi perdagangan antarabangsa, selepas Singapura dan Hong Kong, melepasi Amerika Syarikat, Switzerland, Australia, Kanada dan United Kingdom.
Mustapa berkata eksport mengembang 8.7 peratus kepada RM694.55 bilion tahun lepas manakala import meningkat 8.6 peratus kepada RM574.23 bilion.
Lebihan dagangan meningkat 9.4 peratus kepada RM120 bilion.
"Ini merupakan yang ke-14 tahun berturut-turut dicatatkan oleh negara sejak 1998," kata Mustapa.
Beliau berkata permintaan untuk pengeluaran dan barangan pengguna dari pasaran Asia telah merancakkan sumbangan sektor ini sebanyak 71.3 peratus daripada jumlah eksport Malaysia.
Eksport ke Asia mengukuh 11.2 peratus kepada RM495.19 bilion dalam 2011.
"Dalam tempoh lima tahun, penguasaan eksport ke Asia meningkat lapan peratus daripada 63 peratus pada 2007, seiring dengan rantau ini menjadi pusat pertumbuhan ekonomi baharu dunia," kata Mustapa hari ini ketika mengumumkan prestasi perdagangan Malaysia untuk tahun lepas semalam.
Barangan perkilangan sekali lagi menjadi penyumbang utama, menguasai 67.7 peratus atau RM470.3 bilion daripada jumlah eksport, kata beliau.
Mustapa juga berkata China, untuk kali pertamanya, muncul sebagai pasaran eksport terbesar Malaysia pada tahun 2011, dengan eksport ke negara itu mengembang 13.9 peratus kepada RM91.25 bilion.
Kira-kira 70 peratus daripada eksport ke China ialah barangan perkilangan dan ia terdiri terutamanya kimia dan bahan kimia, produk getah, produk elektrik dan elektronik, barangan perkilangan logam, makanan diproses dan produk petroleum.
Sementara itu, eksport ke Asean menguasai 25 peratus daripada jumlah eksport Malaysia dengan pertumbuhan 5.8 peratus dicatatkan pada 2011 kepada RM171.54 bilion.
Walaupun dengan ketidaktentuan di zon Euro, eksport Malaysia ke semua pasaran utama Kesatuan Eropah, kecuali Belanda dan United Kingdom, mencatatkan peningkatan tahun lepas.
Eksport ke EU menambah 4.7 peratus kepada RM71.95 bilion dengan minyak sawit menguasai eksport terbesar, mencatatkan peningkatan 31 peratus kepada RM6.88 bilion.
Mustapa berkata pasaran pertumbuhan utama pada 2011 ialah Indonesia, Nigeria, Bangladesh, Arab Saudi, Belgium dan Jerman di mana eksport mengembang lebih daripada RM1 bilion untuk setiap negara.

600,000 Pengundi Baru Dijangka Daftar Saat Akhir - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan antara 500,000 dan 600,000 pengundi baru akan mendaftar sebagai pemilih pada saat-saat akhir apabila demam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semakin dirasai.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, secara purata SPR dalam tempoh tiga bulan menerima pendaftaran pengundi baru seramai 200,000 orang dan 50,000 lagi bertukar alamat dengan bilangan itu terus meningkat apabila pilihan raya umum semakin hampir.
"Inilah sikap rakyat Malaysia, suka saat akhir. Bila nama tak sempat diproses kerana mendaftar lewat, dia salahkan SPR. Dia kata dah mendaftar tetapi tak boleh mengundi, dia hebohkan besar-besaran, parti politik pun ambil kesempatan pada hal tiap-tiap hari kita beri ingatan melalui media massa.
"Seramai 3.6 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun belum mendaftar, jadi dekat pilihan raya nanti dia mendaftar. Bila demam pilihan raya mungkin 500,000 hingga 600,000 permohonan, beban nak proses itu bayangkan, jadi kadang-kadang tak sempat nak pamer dan macam-macam, dia pun salahkan SPR. Inilah masalah pada tiap-tiap kali SPR menghadapi pilihan raya umum," katanya.
Beliau ditemui selepas menyampaikan taklimat persediaan Pilihan Raya Umum Ke-13 kepada 225 pegawai polis, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan polis marin di sebuah hotel, di Kota Bharu, semalam.
Turut hadir, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.
Bagaimanapun, Wan Ahmad berkata, SPR bersedia menghadapi situasi tersebut dengan jumlah pemilih terkini dianggarkan 12.4 juta orang dengan Kelantan mempunyai seramai 840,000 pemilih membabitkan 519 pusat mengundi dan 909 barung.
Beliau berkata, seramai 15,655 petugas akan dilantik di negeri ini bagi menghadapi pilihan raya umum nanti dengan 54 pasukan penguat kuasa akan ditubuhkan berdasarkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memastikan kelancaran perjalanan pilihan raya.
Mengulas tempoh berkempen, beliau berkata, perkara tersebut akan diputuskan selepas pembubaran Parlimen dibuat.
Menurut Wan Ahmad, SPR tidak berdepan masalah sekiranya Parlimen dibubarkan sebelum Mac ini atau lebih lewat kerana ia memberi peluang kepada suruhanjaya itu untuk terus memperkemas pentadbiran termasuk memberi latihan berterusan kepada pengawai dan petugas bagi memastikan pilihan raya diadakan dengan lancar.
Beliau berkata, dianggarkan sebanyak RM200 juta diperlukan bagi mengendalikan pilihan raya umum nanti mengambil kira pertambahan bilangan pengundi, pusat mengundi, bilangan petugas seramai kira-kira 200,000 orang dan banyak lagi.
"Itu bajet SPR, tidak termasuk polis dan agensi-agensi lain yang terlibat. Maka itu, rugi rakyat tak mendaftar sebagai pengundi kerana mereka yang akan menentukan masa depan negara,"

Lupakan Gangsa, Fatehah Tumpu Pect & Keirin
Fatehah (kanan) tetap puas meskipun sekadar memenangi pingat gangsa dalam acara 500 meter ujian masa wanita elit semalam.
Meskipun hanya mampu memenangi pingat gangsa, pelumba wanita negara, Fatehah Mustapa tetap puas.
Fatehah, 23, menjadi penyumbang pingat kedua buat Malaysia pada saingan hari kedua Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2012 semalam apabila menduduki tempat ketiga dalam acara 500 meter ujian masa wanita elit.
Satu lagi pingat disumbang oleh Mohd. Edrus Yunos yang memenangi emas pertama Malaysia menerusi acara 1 kilometer ujian masa lelaki elit.
Menurut Fatehah, dia tidak kisah meskipun hanya berjaya memenangi gangsa kerana ia dilihat sebagai mengulangi pencapaiannya di ACC 2011 Korat, Thailand tahun lalu.
"Saya tidak kisah sangat memenangi gangsa acara ini kerana bagi saya ia adalah kejayaan yang sama seperti dicatatkan pada edisi di Korat tahun lalu.
"Pelepasan saya pada awal perlumbaan agak baik, namun ketika suku pusingan, kayuhan saya menjadi perlahan.
"Namun, saya tetap bersyukur kerana berjaya mempertahankan pingat ini. Semangat saya hari ini juga agak berbeza daripada semalam (kelmarin), saya rasa jauh lebih bagus hari ini (semalam)," ujarnya lagi.
Fatehah yang turut beraksi pada separuh akhir pecut wanita elit semalam, mencatat 36.394s untuk berada di belakang pelumba Hong Kong, Le Wai Sze (35.32s) yang memenangi emas dan pelumba China, Xu Yu Lei (35.962s) perak.
"Wai Sze memang handal dalam acara ini, malah dia juga menjuarainya pada edisi di Korat tahun lalu, jadi memang sukar untuk mengalahkannya.
"Catatan terbaik saya di velodrom terbuka ialah 36.01s yang dicatat pada penampilan pertama di ACC 2008 di Nara, Jepun, manakala di velodrom tertutup pula ialah 35.05s ketika Sukan Asia 2010 Guangzhou.
"Sasaran memang satu pingat dalam acara ini dan ia berjaya direalisasikan, malah John (Beasley, jurulatih) juga berpuas hati dengan prestasi saya, jadi sudah tentu saya gembira," jelas Fatehah lagi.
Selepas ini, pelumba kelahiran Hulu Terengganu itu akan memberi tumpuan pada acara keirin dan pecut hari ini.
50 Peratus Daripada 121,000 Lot Tanah Ada Tunggakan Cukai
Pejabat Tanah & Daerah Kuala Terengganu menyarankan pemilik tanah membuat pembayaran cukai tanah dengan segera bagi mengelak dikenakan denda dan tanah mereka diambil balik oleh kerajaan negeri.
Pentadbir Tanah, Nawawi Wan Ismail, berkata pihaknya mengesan lebih 50 peratus daripada sejumlah 121,000 lot tanah di daerah Kuala Terengganu mempunyai tunggakan cukai tanah.
“Mereka gagal berbuat demikian kerana gemar bersikap tidak ambil penduli, memadang remeh mengenai peraturan ditetapkan, selain gagal mengesan waris selepas kematian pemilik asal.
“Tahun lalu, PDKT terpaksa mengeluarkan 20 Notis 8A kepada 20 pemilik bagi membolehkan tanah berkaitan dirampas mengikut akta yang ditetapkan,” katanya.
Katanya, selepas mengadakan rundingan dan pemilik tanah itu bersetuju membayarnya, PDKT menarik balik tindakan itu serta menyerahkan kembali tanah tersebut.
“PDKT kesal dengan sikap pemilik tanah kerana tidak prihatin tentang tanggungjawab masing-masing walaupun terpaksa menanggung bebanan tunggakan berjumlah lebih RM100,000,” katanya selepas memberi menyempurnakan taklimat kepada Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin di pejabatnya, pagi semalam.
Nawawi turut memberitahu cukai tanah yang tidak dibayar mulai 1 Jun pada setiap tahun akan menjadi tunggakan dan boleh dikenakan denda lewat bayar.
“Pemilik tanah akan diberi surat peringatan untuk tempoh tertentu sekiranya mempunyai rekod lewat bayar dan tunggakan.
“Jika masih ingkar membayar, Pentadbir Tanah boleh menyampaikan Notis 6A dengan memberi tempoh selama tiga bulan untuk menjelaskan segala urusan.
“Sekiranya tetap gagal berbuat demikian, tanah berkenaan boleh dirampas dan menjadi hak milik mutlak kerajaan negeri,” katanya.
Katanya, membayar cukai tanah adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik di mana ia perlu membayarnya mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun.
“Penentuan kadar cukai yang perlu dibayar dikira berdasarkan keluasan dan kategori penggunaan tanah atau berpandukan Peraturan Tanah Terengganu.
Teganukita

Terengganu Perlu Gunakan Peluang Projek Baru Skuasy CIMB-SRAM
Memasuki tahun ketujuh pembabitan CIMB sebagai rakan sukan kepada Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), usaha pembangunan sukan skuasy tanah air terus diperkasakan lagi dengan pengenalan dua projek terbaru iaitu 'Program Pembangunan Skuasy Remaja Negeri' dan 'Projek 100'.
Institusi perbankan negara itu menerusi Yayasan CIMB memberikan sokongan tidak berbelah sejak 2006, menyokong SRAM dengan jutaan ringgit untuk penganjuran beberapa kejohanan bertaraf dunia di samping komitmen membangunkan sukan teras negara itu di peringkat akar umbi.
Ketika sirkit remaja kebangsaan mula dianjurkan pada 2006, ia hanya menarik penyertaan 120 pemain tetapi selepas tujuh tahun berlalu, jumlah itu kini meningkat kepada 700 pemain untuk kesemua enam kategori (Bawah 9, 11, 13, 15, 17 dan 19 tahun).
Di bawah Program Pembangunan Skuasy Remaja Negeri, setiap persatuan negeri akan disalurkan peruntukkan RM10,000 bagi memulakan inisiatif sendiri mencari bakat-bakat baru di peringkat akar umbi, khususnya pada usia seawal tujuh tahun untuk diasah.
Presiden SRAM, Datuk Syed Mustaffa Syed Ali berkata, dana bagi tujuan itu diperuntukkan menerusi pengurangan jumlah sirkit remaja kebangsaan dari tiga seperti asalnya kepada hanya dua tahun ini.
"Saya yakin inisiatif ini akan membantu negeri seperti Terengganu memantapkan lagi mutu pemain mereka," katanya pada penyampai sijil pengiktirafan pencapaian cemerlang kepada pemain di Dewan Perdana, Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil semalam.
Sijil disampaikan oleh Ketua Pemasaran dan Komunikasi Kumpulan CIMB, Effendy Shahul Hamid.

Muhammad Edrus Raih Pingat Emas Pertama Malaysia
Edrus Yunus (tengah) bersama pemenang pingat perak dari Iran, Mahmoud Parash (kiri) dan pemenang gangsa Wu Lok Chun dari Hong Kong di atas podium pada ACC 2012 di Kuala Lumpur, semalam.
Selepas hambar tanpa sebarang kilauan pingat pada hari pembukaan Kejohanan Berbasikal Asia ke-32 dan Kejohanan Berbasikal Remaja Asia ke-19 semalam, Muhammad Edrus Md Yunos memberi keceriaan kepada skuad negara semalam.
Pada acara yang berlangsung di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras, Muhammad Edrus mencatat masa terpantas acara 1km ujian masa lelaki elit dengan catatan 1 minit 6.647 saat.
Beliau berjaya mengatasi saingan terdekat, Mahmoud Parash dari Iran dengan hanya perbezaan 0.439s.
"Saya tidak menyangka yang saya boleh meraih pingat emas. Sudah lama saya tidak bertanding dalam acara 1km ini. Kejayaan pingat emas ini boleh dikatakan sebagai bonus kepada saya.
"Sebelum bertanding pun saya tidak letak sebarang sasaran dan hanya mahu melakukan yang terbaik. Jurulatih saya, John Beasley sasar pingat sebarang warna," katanya.
Kerajaan Terengganu Sedia Bantu Pelajar Mampu Bertutur Bahasa Asing Jumpa Pakar
Kerajaan Negeri Terengganu sedia membantu Noraini Ismail, 17, gadis yang dikatakan berupaya bertutur dalam pelbagai bahasa asing setelah terlibat dalam kemalangan.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr A Rahman Mokhtar berkata kerajaan negeri sedia membawa pelajar Tingkatan Lima jurusan Pendidikan Seni Visual (PSV) Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah itu berjumpa pakar jika dipersetujui keluarganya.
"Apa yang terjadi kepada Noraini merupakan perkara yang jarang berlaku, oleh itu ianya patut diselesaikan oleh mereka yang pakar dalam bidang itu," katanya ketika melawat Noraini di rumahnya di Kampung Gong Medang dekat Kampung Raja semalam.
Dalam kejadian 10 Jan lalu, Noraini yang terbabit dalam kemalangan telah koma selama 11 jam dan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan dan dibenarkan pulang ke rumah tiga hari kemudian.
Pelajar itu sekali lagi dikejarkan ke HUSM pada hari kelima selepas kemalangan setelah tidak mampu bercakap dan mengadu sakit kepala. Semasa rawatan kali kedua itu Noraini tiba-tiba boleh bertutur bahasa asing.
Dr A Rahman berkata sepanjang kariernya sebagai doktor perubatan sebelum menjadi wakil rakyat belum pernah lagi berhadapan dengan kes seumpama itu.
Sementara itu, rombongan dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Besut yang diketuai Pemangku Pegawai Pelajaran Daerah, Ab Halim Hasan yang turut melawat Noraini pagi ini terkejut apabila gadis itu tiba-tiba bertutur dalam bahasa Mandarin dengan mereka.
Ab Halim berkata, Noraini pada ketika itu sedang berbual dengan mereka apabila gadis itu menerima panggilan telefon daripada bapanya.
"Noraini tiba-tiba bertutur dalam bahasa Mandarin selama kira-kira tiga minit," katanya dan memberitahu seorang pegawainya sempat merakam perkara itu menerusi kamera video yang dibawanya.
Ab Halim berkata pihaknya bersetuju melanjutkan cuti selama sehari lagi memandangkan cuti sakit pelajar itu berakhir hari ini.
"Insya-Allah, Noraini akan kembali ke sekolah Ahad ini, kita harap dengan bergaul dengan rakan-rakannya semula di sekolah kemungkinan dia akan pulih semula dan kembali seperti biasa," katanya.

Polis Sedang Kenal Pasti Individu Terlibat Rasuah Bola Sepak Negara
Polis sedang mengenal pasti beberapa individu yang disyaki terlibat dalam rasuah bola sepak di negara ini termasuk beberapa individu yang pernah dikenakan tindakan pada tahun 1994 atas kesalahan yang sama.
Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci mengenainya bagi memastikan gejala itu dapat diatasi.
"Pada 1994, seramai 126 pemain bola sepak dikenakan tindakan kerana terlibat dengan rasuah bola sepak dan kami mengesyaki ada di antara mereka terlibat dengan kegiatan terbabit ketika ini," katanya kepada pemberita selepas majlis keberangkatan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di Johor Bahru, semalam.
Tunku Ismail sempena keberangkatan itu diberikan taklimat mengenai keadaan keselamatan Johor dan kegiatan rasuah bola sepak daripada Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.
Menurut Abdul Jalil, modus operandi yang digunakan dalam kegiatan itu masih sama iaitu mendekati para pemain dengan memberikan pelbagai hadiah istimewa sebelum menjerat mereka untuk menjual perlawanan.

Buruh Didakwa Bunuh Pembantu Kedai Kain
Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu, semalam atas dakwaan membunuh pembantu kedai kain, 1 Februari lalu.
Albert a/k Majang, 23, berasal dari Melikin, Serian, Sarawak didakwa membunuh Wan Manisah Wan Mansur di tingkat bawah kedai UB Textiles Sdn Berhad, Lot, PT 3502(7), Pusat Niaga Paya Keladi, di sini, pada pukul 8 malam tarikh tersebut.
Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Tertuduh hanya tersenyum dan mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan.
Majistret Abdul Hayyi Salim menetapkan 18 Mac ini untuk sebutan semula kes. Tiada jaminan ditawarkan.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen di sini, seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah atas dakwaan melakukan rompakan dengan bersenjatakan sebilah parang.
Mahadi Mamat, 29, didakwa merompak seutas gelang emas bernilai RM2,000 daripada Nur Aien Mohd Nazeri di 1675, Kampung Bukit Payung, Jerteh pada pukul 9.30 pagi, 29 Jan lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 14 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.
Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Masriwani Mahmud.
Masriwani sebelum itu memberitahu mahkamah tertuduh mempunyai empat rekod jenayah lampau dan memohon supaya tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin.
Tertuduh bagaimanapun merayu supaya dibenarkan diikat jamin berikutan dia menyara ibu bapanya yang uzur serta seorang anak saudara yang kematian bapa.
Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin oleh Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris.
Mahkamah menetapkan 7 Mac untuk sebutan semula kes

Sultan Mencemar Duli Lawat Pejabat Daerah KT
Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat melawat Pejabat Daerah Kuala Terengganu (PDKT) dan mendengar taklimat mengenai pembangunan sekitar Kuala Terengganu, pagi semalam.
Menyambut keberangkatan baginda ialah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Setiausaha Kerajaan, Datuk Mazlan Ngah; Pegawai Daerah, Nawawi Wan Ismail dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri serta ketua-ketua jabatan.
Taklimat disampaikan oleh Nawawi meliputi pelbagai aspek, termasuk keseluruhan pembangunan dalam kawasan pentadbiran PDKT, sejarah penubuhannya, bidang kuasa, profil daerah, halatuju, struktur pentadbiran, carta organisasi, penubuhan daerah Kuala Nerus, dan fungsi serta peranan organisasi tersebut ke arah kesejahteraan penduduk.
Teganuku

Thursday, February 9, 2012
MB, Umno Tidak Campur Tangan Sekat Duit Zakat Kepada Pelajar Ke Mesir
Ahmad Said pada sidang media semalam menyifatkan tuduhan bahawa UMNO sekat pemberian zakat kepada pelajar di Mesir sebagai liar dan tidak bertanggungjawab
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said menafikan dakwaan kononnya Umno menyekat pemberian bantuan wang zakat kepada anak-anak Terengganu yang melanjutkan pelajaran ke Mesir.
Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai tuduhan liar dan tidak bertanggungjawab, Ahmad Said yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu berkata, Umno tidak pernah campur tangan dalam urusan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).
"Maidam bukan di bawah kuasa Menteri Besar. Saya tidak pernah sekalipun campur tangan untuk menentukan orang ini layak dan orang ini tidak layak menerima biasiswa ini kerana Maidam mempunyai jawatankuasa, fatwa dan mengikut lapan Asnaf yang layak menerimanya," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu, semalam.
Beliau sebelum itu menyaksikan penyampaian zakat perniagaan Maybank Islamic berjumlah RM600,000 oleh Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic Muzaffar Hisham kepada Ketua Pegawai Eksekutif Maidam Wan Harujan Sulaiman.
Pada 26 Jan lepas, Wan Harujan menerima SMS berbunyi : "Umno Terengganu sekat duit zakat kepada pelajar Terengganu di Mesir..........fikirkan".
Ahmad berkata bahawa pada 2008, Maidam telah mengeluarkan zakat berjumlah RM1.37 juta kepada 274 pelajar, 2009 sebanyak RM1.47 juta (313 pelajar), 2010 sebanyak RM1.26 juta (285 Pelajar), 2011 sebanyak RM1.69 juta (286 pelajar) dan tahun ini dijangka sebanyak RM2.11 juta kepada 286 pelajar.
Katanya beliau tidak pernah dimaklumkan siapa yang menerima zakat tersebut dan siapa yang tidak menerimanya kerana tidak pernah meminta senarai penerima daripada Maidam.
Wan Harujan juga menafikan penglibatan Umno dalam bantuan wang zakat kepada pelajar ke Mesir.
"Maidam dalam mesyuaratnya bebas membuat keputusan berlandaskan syariah serta peraturan yang ditetapkan dengan pertimbangan diberi berasaskan kepentingan pengagihan mengikut Asnaf yang layak," katanya.
Sebelas Pelumba TSG Sambung Kontrak Musim 2012
Pengendali pasukan lumba basikal profesional Terengganu, Terengganu Pro Asia Cycling Team (TPCT) yang menguruskan Terengganu Cycling Team (TSG) menyambung kontrak lapan pelumba tempatan dan tiga pelumba luar negara untuk musim 2012.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata pelumba tempatan yang tidak bersama pasukan TSG musim ini ialah Anuar Manan yang berhijrah ke pasukan divisyen dua Champion System yang berpangkalan di Hong Kong.
"Motoi Nara pelumba dari Jepun juga tidak menyertai pasukan TSG musim ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran pasukan TSG musim 2012 di Kuala Terengganu, malam tadi.
Beliau berkata pelumba tempatan yang akan mewakili TSG tahun ini ialah Mohd Hariff Saleh, Mohd Shahrul Mat Amin (gambar atas kiri), Yusrizal Usoff, Mohammad Saufi Mat Senan, Muhamad Faiz Syarifuddin Abd Kadir, Muhammad Shobry Abdullah, Mohd Nor Umardi Rosli dan Nur Amirull Fakhruddin Mazuki.
Tiga pelumba luar negara yang masih bersama pasukan TSG ialah Shinichi Fukushima (gambar kanan) dari Jepun, Jang Chan Jae dan Kim Do Hyoung dari Korea, katanya.
Ahmad berkata dua pelumba baru yang berasal dari Terengganu untuk memperkuatkan pasukan TSG tahun ini ialah Mohd Zamri Saleh, daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Mohd Saifu Anuar Aziz.
Katanya TPCT telah mengambil jurulatih import berpengalaman dari Itali iaitu Sebastien Ducios bagi memantapkan lagi pasukan TSG menghadapi pelbagai kejohanan musim ini.
Beliau berkata bagi mencapai hasrat memasuki divisyen 2 pro-benua, anggaran sebanyak RM6 juta setahun diperlukan manakala bagi divisyen satu pro-tour lebih kurang RM10 juta diperlukan.
Katanya TSG menyertai 27 kejohanan sepanjang tahun lepas iaitu 13 kejohanan luar negara manakala 14 peringkat tempatan.
Bagi tujuan promosi TSG, Ahmad berkata satu-satunya majalah Bahasa Malaysia iaitu Roda Pantas telah menyediakan satu ruang kepada TSG setiap bulan untuk memuatkan berita dan gambar TSG.
Selain itu, majalah Asia Cycling juga memuatkan berita TSG bagi pasaran Asia, katanya

Terengganu Rombak Barisan Pemain Hadapi Kelantan
Pasukan Terengganu akan membuat rombakan barisan pemain bagi menghadapi perlawanan menentang Kelantan di Stadium Sultan Mohammad ke-IV di Kota Baharu pada Selasa ini.
Ketua jurulatih, Mat Zan Mat Aris, berkata ia ekoran persembahan yang kurang memberangsangkan ketika aksi menentang Selangor PKNS malam tadi.
Katanya fungsi di beberapa bahagian pasukan itu tumpul dan kurang menjadi lantas beliau membuat keputusan untuk membuat rombakan barisan kesebelasan utamanya.
"Kelantan merupakan seteru utama kami jadi kita perlu satu pasukan yang mantap untuk menyaingi mereka," katanya.
Mat Zan berkata antara yang dilihat paling ketara memerlukan perubahan ialah di bahagian tengah.
Pada aksi padang sendiri di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi, Terengganu hanya mampu seri 1-1 dengan Selangor PKNS.
Gol tuan rumah dijaringkan oleh pemain import kelahiran Liberia, Francis Forkey Doe pada minit ke-37 sebelum Mohd Helmi Remeli menyamakan kedudukan untuk pasukan pelawat sembilan minit kemudian.
Mat Zan berkata keputusan seri itu meleburkan impian Terengganu untuk berada di takhta Liga Super.

LTdL 2012 - TSG Sasar Kemenangan Peringkat & Baiki Kedudukan Keseluruhan
Harrif (kiri) dan abangnya, Mohamed Zamri bawa cabaran TSG ke LtdL 2012
Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG) menyusun perancangan teliti untuk memastikan pelumba yang bakal mengibar cabaran pasukan itu pada kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 bersedia memenuhi sasaran kemenangan peringkat dan memperbaiki kedudukan keseluruhan edisi lalu.
Menteri Besar, Dattuk Seri Ahmad Said berkata, TSG memberi tumpuan terhadap kecergasan pelumba sebelum menyusun perancangan terakhir menjelang perlumbaan yang masuk edisi ke-17 bermula 22 Februari hingga 4 Mac depan.
Menurut beliau, pasukan lumba basikal profesional yang ditubuhkan kerajaan negeri pada April tahun lalu itu telah menyertai 27 kejohanan sepanjang tahun 2011 termasuk 13 kejohanan di luar negara.
“Apabila memasuki tahun 2012, pelumba TSG menyertai latihan intensif di Terengganu dan memasuki kem latihan di Chiang Mai, Thailand antara 3 Januari hingga 6 Februari lalu.
"Apa yang penting ketika ini adalah memastikan tahap kecergasan pelumba berada di tahap yang baik supaya dapat dipertingkatkan lagi menjelang bermulanya LTdL,” katanya pada majlis pelancaran TSG di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu malam tadi.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah; Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar Negeri, Dattuk Toh Chin Yaw; Pengerusi Persatuan Berbasikal Terengganu, Datuk Ahmad Sidi Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Mohd Sophian Abu Bakar.
Tambah Ahmad Said , keyakinan sasaran itu di LTdL berdasarkan pencapaian TSG yang mencipta nama pada tahun lalu dengan menduduki tangga ke-4 daripada 70 pasukan dalam Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) Asia Tour.
Pada perlumbaan LTdL edisi ke-16 tahun lalu kata beliau, TSG berada kedudukan tangga ke-8 keseluruhan daripada 23 pasukan bertanding, manakala kedudukan ke-5 kategori Asia mengatasi pasukan negara.
“TSG telah menyambung kontrak lapan pelumba tempatan, mengambil dua pelumba baru dan mendapatkan khidmat tiga pelumba luar negara iaitu dua dari Korea dan satu dari Jepun serta kepakaran jurulatih dari Perancis, Sebastian Duclos,” ujarnya.
13 pelumba yang menggalas cabaran di LTdL ialah Mohamed Harrif Salleh, 23, selaku ketua pasukan; abangnya, Mohamed Zamri Salleh, 28; Faiz Syarifuddin Abd Kadir, 22; Muhammad Shobry Abdullah, 21; Anwar Aziz Muhd Shaiful, 25; Mohd Shahrul Mat Amin, 22 dan Mohamad Saufi Mat Senan, 21.
Selain itu, Nur Amirul Fakruddin Marzuki, 20; Mohd Nor Umardi Rosdi, 25; Yusrizal Yusof, 21; Shinichi Fukushima, 40 (Jepun); Jang Chan Jae, 23 (Korea) dan Kim Do Hyeong, 25 (Korea).
Pada majlis itu, TSG yang diwakili Pengerusi Lembaga Pengarahnya, menerima tajaan daripada Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) sebanyak RM400,000, Kolej Universiti Tati (RM50,000) dan Shimano (RM120,000) disaksikan Menteri Besar sendiri.
Selain memberi fokus kepada kejohanan LTdL, TSG bakal menyertai lebih 22 kejuaran sepanjang 2012 termasuklah Tour de Taiwan (10 Mac), Tour of India (25 Mac), Le Tour de Filipinas (14 April), Tour de Korea (22 April), Tour de Japan (20 Mei) dan Polygon Tour de Jakarta (16 Jun).
Pocketrocketman Ke Suku Akhir Pecut ACC 2012
Azizulhasni Awang mendengar arahan jurulatihnya John Beasley sebelum beraksi dalam acara pecut pada ACC 2012 di Velodrom Cheras, semalam.
Jaguh basikal trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang tidak menghadapi masalah untuk menempatkan diri ke saingan suku akhir acara pecut individu pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2012 di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras semalam.
Kehebatan Azizulhasni atau digelar The Pocketrocketman gagal dikekang oleh pelumba Iran, Ahmad Asgherpourdarabi dalam perlumbaan pusingan pertama dan menempah ke suku akhir bertemu jaguh dari Jepun, Kazunari Watanabe dari Jepun hari ini.
Menurut Azizulhasni, dia tidak menyangka dapat mencatat masa 10.3 saat pada peringkat kelayakan yang dijalankan pada sebelah pagi tatkala prestasinya masih belum mantap sepenuhnya.
"Saya masih belum menganggap kayuhan saya berada pada tahap terbaik dengan menyangka saya akan hanya mencatat dalam lingkungan 10.5s tetapi pada peringkat kelayakan saya mampu mencatat 10.3s," katanya ketika ditemui semalam.
Jelasnya, masih banyak yang perlu diperbaikinya menjelang saingan suku akhir hari ini dan dia berazam mahu melayakkan diri ke peringkat akhir seterusnya meraih pingat.
"Watanabe bukan calang-calang pelumba. Saya tewas kepadanya pada kejohanan yang sama dua tahun lalu di Sharjah, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang menyebabkan saya gagal mara ke saingan akhir dalam acara ini.
"Saya belum merasakan mampu memberi yang terbaik tetapi beraksi di tempat sendiri di hadapan penyokong sendiri, mungkin akan memberi semangat yang luar biasa buat saya," katanya.
Ditanya mengenai bila kali terakhir dia beraksi di velodrom tersebut, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu berkata ia adalah pada 2006 pada kejohanan yang sama sekali gus mengimbau kembali kenangannya.
"Saya mahu mengekalkan momentum ini, saya puas hati dapat menempatkan diri ke suku akhir, saya perlu yakin dengan diri sendiri untuk mara ke peringkat akhir," kata pelumba berusia 23 tahun itu.
Turut mara ke suku akhir pecut adalah Fatehah Mustapa bagi kategori wanita elit, pelumba yang berpengkalan di Melbourne itu juga akan mengambil bahagian dalam acara 500 meter ujian masa.
Dua lagi pelumba negara, yang beraksi dalam pecut elit Muhamad Edrus Yunus dan Ju Pha Som Net tersekat di peringkat repercharges.
Utusan Malaysia