Setiap bayi yang dilahirkan di sini akan diha-diahkan buku akaun Tabung Haji sebagai tanda penghargaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ladang Sahak menyambut orang baru.
Pengerusi JKKK Ladang Sahak, Adnan Salleh berkata, inisiatif itu sudah dilaksanakan dua tahun lalu bertujuan meningkatkan kesedaran ibu apa untuk menabung selain tanda terima kasih JKKK kepada penduduk atas kerjasama dan sokongan yang diberikan selama ini.
“Kemajuan sesebuah kampung bukan terletak pada bahu JKKK semata-mata kerana ia hasil kerjasama penduduk.
“Justeru, kami berpendapat langkah membuka akaun setiap bayi yang dilahirkan di kampung ini mampu menambah kegembiraan ibu bapa yang menerima kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka,” katanya, semalam.
Sebagai umat Islam, kata Adnan, tentunya sudah menjadi misi untuk ke Tanah Suci bagi menunaikan Rukun Islam Kelima.
“Walaupun jumlah yang diperuntukan tidaklah sebesar mana namun diharap dengan permulaan RM2 yang diperuntukkan JKKK dapat memberi dorongan untuk terus menabung pada kemu-dian hari.
“Tabungan ini juga boleh digunakan untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi kelak,” katanya.
Menurutnya, sehingga kini, pihak JKKK sudah membuka akaun Tabung Haji kepada lebih 10 bayi.
Selain itu kata Adnan, langkah buka akaun untuk bayi ini juga kesinambungan Program Lawatan Kasih dilaksanakan JKKK iaitu menziarahi ibu bersalin dan penduduk yang mengalami masalah kesihatan.
Dalam perkembangan berkaitan, pihaknya berhasrat mengadakan pertandingan bayi sihat bagi peringkat kampung sebagai salah satu cara mengeratkan hubungan komuniti setempat.
Sinar Harian
Saturday, February 18, 2012
Pelajar Bertutur Pelbagai Bahasa Ke Hospital Lagi
Noraini ketika di menghadiri persekolahan kelmarin, bagaimanapun dia kini di masukkan ke hospital.
Pelajar yang mampu bertutur dalam pelbagai bahasa selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bulan lalu dikejarkan ke Hospital Daerah Besut semalam setelah mengalami sakit kepala yang serius.
Noraini Ismail, 17, pelajar Tingkatan Lima, Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah, Alor Lintang dikatakan menangis kesakitan sambil memegang kepalanya.
Menurut bapanya, Ismail Salleh, 46, Noraini kemudiannya dirujuk ke Unit Kecemasan hospital itu lewat petang semalam.
Beliau berkata, anaknya mengadu sakit kepala sebaik sahaja dia bangun dari tidur selepas waktu Asar sambil menangis.
Menurut bapanya lagi, Noraini sebelum ini pernah diserang sakit kepala tetapi tidaklah serius seperti semalam.
"Noraini nampak seolah-olah telah pulih sejak seminggu lepas dan dia tidak lagi banyak bertutur dalam bahasa ganjil seperti Korea dan Mandarin, tetapi dia kembali mengulangi bercakap bahasa-bahasa itu selepas kejadian semalam," kata Ismail.
Kelmarin,Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Besut berkata pihaknya menyediakan seorang pegawai dan guru untuk memantau perkembangan pembelajaran Noraini Ismail, 17, yang dikatakan boleh bertutur pelbagai bahasa kesan kemalangan yang menimpanya pada 10 Januari lalu.
Pemangku PPD Besut, Ab Halim Hassan berkata, pelajar itu yang tidak bersekolah sejak kemalangan itu dibenarkan memulakan persekolahannya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nasiruddin Shah di sini, sejak semalam.
Menurutnya, pihaknya meminta seorang pegawai di PPD bersama seorang guru kanan sekolah berkenaan memantau perkembangan Noraini di sekolah.
Trofi Juara Keseluruhan LTdL 2012 Diperkenal
Mohid (dua dari kiri) ketika melancarkan Trofi Cabaran LTdL di Putrajaya semalam.
Buat pertama kalinya satu simbol baharu diperkenalkan pada kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) bagi edisi ke-17 yang akan berlangsung pada 24 Februari ini hingga 4 Mac depan.
Simbol tersebut iaitu trofi berbentuk burung helang akan diberikan kepada juara keseluruhan LTdL 2012 yang juga pemenang Jersi Kuning bermula pada edisi tahun ini dan ia akan dikenali sebagai Trofi Cabaran LTdL.
Trofi tersebut yang diilhamkan daripada ikon burung helang di Dataran Lang, Langkawi bukan sahaja merupakan suatu pengiktirafan terhadap asal usul perlumbaan LTdL ini diperkenalkan, malah juga suatu penghormatan terhadap pengasasnya iaitu bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Mohid Mohamed menjelaskan Trofi Cabaran LTdL ini adalah simbolik kepada pengukuhan imej dan identiti Langkawi pada perlumbaan berstatus 2.0 Hors itu.
“Trofi ini adalah suatu simbol melambangkan identiti Langkawi dalam LTdL dan ia akan diberi kan kepada juara keseluruhan perlumbaan berprestij ini pada hari terakhir nanti,” jelas Mohid pada Majlis Pengumuman Pasukan LTdL di Putrajaya semalam.
“Reka bentuk trofi ini di- ilhamkan daripada monumen burung helang di Dataran Lang yang menjadi mercu tanda Pulau Langkawi.
“Ia juga merupakan suatu pengiktirafan terhadap sumbangan Tun Dr. Mahathir, pengasas perlumbaan ini dan juga tokoh yang paling banyak memberi sumbangan kepada pembangunan sukan berbasikal di negara ini,” ujarnya.
Turut berlangsung dalam majlis itu ialah pengumuman 22 pasukan yang akan bersaing dalam LTdL 2012 yang bakal menyaksikan dua pasukan berstatus pro jelajah, tujuh pasukan pro benua, sembilan pasukan benua dan tiga pasukan kebangsaan.
Kosmo!
Rumah Saudara Baru Terbakar Di Besut
Rumah yang didiami satu keluarga saudara baru di Projek Perumahan Rakyat Termiskin PPRT) di Kampung Belaoh, Keruak, Hulu Besut musnah dalam kebakaran malam Jumaat.
Ketika kejadian kira-kira 8.30 malam itu, keluarga berkenaan tiada di rumah kerana sedang belajar mengaji Al-Quran tidak jauh dari situ.
"Seorang jiran yang tinggal berdekatan rumah kami beritahu berita buruk itu ketika kami sekeluarga sedang asyik mempelajari Al-Quran di rumah mentua saya. Kami lalu bergegas pulang," kata ketua keluarga berkenaan, Mohd Redzuan Yee Abdullah, 27.
Beliau berkata setibanya di rumah yang mereka duduki sejak 17 tahun lalu, mereka hanya mampu melihat rumah mareka sedang dijilat api tanpa dapat menyelamatkannya.
Mohd Redzuan berkata sebelum kejadian, beliau terdengar bunyi letupan yang kuat dari arah rumahnya namun menyangka ia adalah bunyi mercun.
"Kami tinggal sehelai sepinggang. Segala dokumen penting seperti surat beranak dan kad pengenalan di samping dua motosikal serta duit turut musnah," katanya.
Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Jertih dihantar untuk memadam kebakaran.

Bebankan Pengguna - Semak Semula Perbankan Islam
Majoriti institusi kewangan kini menawarkan sistem perbankan Islam sebagai alternatif yang semakin popular kepada pelanggan. – Gambar hiasan
Bank Negara Malaysia dan Majlis Fatwa Kebangsaan diminta mengkaji semula syarat-syarat dan terma yang diguna pakai dalam sistem perbankan Islam yang didakwa membebankan pengguna.
Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, saranan itu dibuat ekoran persepsi yang semakin meluas bahawa sistem pengiraan kadar keuntungan yang digunakan dalam sistem perbankan Islam yang diamalkan oleh bank-bank dilihat mengaut keuntungan berlebihan.
Katanya, sejak tahun 2003 sehingga kini, persatuan itu telah menerima kira-kira 4,000 aduan mengenai ketidakpuasan hati pelanggan terhadap sistem perbankan Islam di negara ini.
“Satu kes yang kami terima berlaku apabila seorang pelanggan telah membeli sebuah rumah pada harga lebih RM200,000 dan membayar secara tetap selama dua tahun, namun pada tahun ketiga dia mengalami masalah dan tidak dapat membayar ansuran.
“Apa yang berlaku ialah bank telah menyamannya kerana gagal membayar pinjaman lebih RM600,000 iaitu selepas mengira nilai pinjaman selama 30 tahun.
“Tindakan itu keterlaluan sampai pelanggan bank tersebut diisytiharkan bankrap,’’ katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.
Tiga Beranak Maut Kereta Dinaiki Bertembung Lori Barang
TigTiga beranak maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung sebuah lori barang di kilometer 21.5 Jalan Dungun-Bukit Besi berdekatan Kampung Paya Kemudi di sini, Sabtu.
Kejadian itu berlaku kira-kira 11.40 pagi ketika Tengku Shafudin Tengku A Rahman bersama lima anggota keluarganya dalam perjalanan menghadiri kenduri kahwin saudara mereka.
Dalam insiden itu, Tengku Shafuddin, 46, dan isterinya, Salwiah Abdul Rahman, 42, mati di tempat kejadian manakala anak mereka Tengku Muhammad Aqil, 9, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Dungun.
Sementara itu, Ibu Tengku Shafuddin, Tengku Nik Asiah Tengku Embong, 70, yang parah di kepala dan patah kaki kanan, kini dilaporkan kritikal di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.
Dua lagi anaknya, Tengku Amir Haziz, 10, patah peha kanan dan dirawat di HSNZ manakala Tengku Nor Azira, 18, yang cedera ringan, menerima rawatan di Hospital Dungun.
Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira yang dipandu Tengku Shafuddin dari arah Bukit Besi ke Dungun dikatakan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah lori dari arah sama.
Dalam kejadian itu, sebuah kereta jenis sama yang berada di belakang lori tersebut dikatakan cuba mengelak daripada melanggar kenderaan mangsa dan ini menyebabkan ia berpusing serta terbabas ke bahu jalan, sebelum merempuh tiang elektrik.
Pemandu kereta Mohd Adli Rashid Abdullah, 36, bersama isterinya, Haslinda Mohamad, 35, serta dua anak mereka yang berusia empat dan sembilan tahun, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketika kejadian, Mohd Adli yang juga kakitangan Jabatan Alam Sekitar Kuantan, berkata mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang ke rumah ibunya di Kuala Berang.Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah DSP Ismail Abdullah ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan berhubung kemalangan tersebut.
Pemandu lori terbabit, Mohamad Abdullah, 58, dari Kampung Gong Pasir, Dungun pula cedera di bahagian lutut dan dirawat sebagai pesakit luar.

PEMBOHONGAN PAS KE 5 : SSMZA Runtuh - UMNO, BN Lemah Tadbir Urus
Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu dipersalahkan kerana kejadian bumbung yang runtuh dan kecurian peralatan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).
Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dr Alias Razak menyifatkan ‘tragedi’ SSMZA menunjukkan kelemahan tadbir urus dan ketidakupayaan kerajaan Umno dan barisan Nasional (BN)
“Setelah dua tahun (bumbung) stadium runtuh dibiar (dan) tidak dibaiki, wlaupun ada jaga satu dua orang, stadiu itu besar dan jauh (terpencil) maka ia terdedah kepada mereka yang tidak bertanggungjawab untuk mencuri peralatan,
“Ini semua (merupakan) satu kelemahan dan ketidakupayaan tadbir urus kerajaan Umno (dan) Barisan Nasional terhadap harta rakyat,”jelasnya yang juga merupakan DUN Bukit Tunggal.
Beliau menyatakannya selepas memperbaharui laporan ‘tragedi’ SSMZA di pejabat SPRM Kuala Terengganu pada kelmarin (Khamis, 16 Februari 2012).
Menurutnya, dalam taklimat JKR kepada Jawatankuasa Kira-kira dan Kewangan Negara (PAC) punca-punca keruntuhan termasuk rekabentuk yang tidak memadai bagi menyokong struktur bumbung, salah jajaran geometri dan kawalan kualiti tidak dilaksanakan di tapak pembinaan.
Apakah tuduhan Dr Alias ini benar?
Ikuti jawapan seorang pegawai JKR mengenai tuduhan ini:
1. Tuduhan Dr. Alias adalah satu pembohongan kerana penerimaan sesuatu projek dibuat oleh sesebuah jabatan yang bertanggung jawab dalam pelaksanaannya. Apabila projek itu siap, tidak perlu dibawa kepada kerajaan negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Persidangan Dewan Undangan Negeri untuk menerima serahan sesuatu projek;
2. Dalam isu SSMZA, serahan projek dibuat olek kontraktor-kontraktor projek kepada Jabatan Kerja Raya semasa projek berkenaan disiapkan. JKR menerima serahan projek ini bagi pihak Kerajaan Negeri;
3. Kejadian keruntuhan SSMZA bukan kerana UMNO atau BN tetapi akibat kecuaian pihak AKITEK PERUNDING semasa menyediakan rekabentuk stadium ini;
4. Tindakan harus diambil oleh pihak kerajaan terhadap akitek yang cuai ini dan bukanya kepada pegawai dan kakitangan JKR yang telah menyelia pembinaan stadium ini hingga siap dan dapat digunakan sebagai venue untuk Sukan Malaysia (SUKMA) yang telah mengharumkan nama Terengganu sebagai kuasa baru sukan Negara; dan
5. Dalam isu ini kerajaan yang memerintah hanyalah meluluskan belanjawan sahaja. Keseluruhan perjalanan projek SSMZA adalah diuruskan pegawai kerajaan dan bukanlah oleh orang politik . Oleh itu adalah tidak bermoral sama sekali pihak PAS menyalahkan UMNO dalam keruntuhan bumbung stadium ini.
Jelas dan nyata jawapan berkenaan dan amat jelas keruntuhan bumbung stadium ini tidak ada kaitan sama sekali dengan mana-mana parti politik, UMNO mahupun BN.
Menurut pegawai JKR, ketika Terengganu dibawah kerajaan PAS pada tahun 1999-2004 yang lalu, pihaknya juga yang berkhidmat menjaga projek-projek pembangunan. Apabila negeri ini diambilalih semula oleh BH, pihaknya juga yang jaga projek-projek pembangunan.
“Kebetulan bumbung stadium yang runtuh didirikan semasa pemerintahan Barisan Nasional,” katanya.
ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad yang menyifatkan ‘tragedi’ SSMZA yang bernilai RM292 juta adalah skandal yang lebih besar daripada ‘skandal lembu negara (National Feedlot Corporation - NFC) yang melibatkan pinjaman RM250 juta juga berlebih-lebihan dalam kenyataannya.
Apakah kenyataan Dr. Alias ini akan berdepan sama Kerajaan Negeri berikutan ia bersifat fitnah, tidak berasas serta tidak bertanggungjawab?
RM72 Juta Tingkatkan Taraf Kesihatan Rakyat Terengganu
Kerajaan negeri memperuntukkan RM72 juta bagi Tabung Dana Khas Perubatan agar rakyat mendapat kemudahan rawatan terbaik dan tidak terbeban dengan masalah kewangan sejak lima tahun lalu.
Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Anwa Sulaiman berkata, Terengganu merupakan satu-satunya negeri yang menyalurkan peruntukan khas kepada pihak hospital bagi menyediakan dana dalam usaha meningkatkan taraf kesihatan rakyat.
Katanya, Tabung Dana Khas Perubatan itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu dana khas bertujuan menaik taraf perkhidmatan perubatan melibatkan peruntukan RM62 juta manakala dana khas untuk kebajikan sosial perubatan bernilai RM10 juta.
"Sejak 2007m, sumbangan berjumlah RM72 juta telah disalurkan melalui dana berkenaan bertujuan membeli pelbagai kemudahan peralatan termasuk 20 ambulans (RM3.2 juta) dan mesin Echocardiography bernilai RM1 juta," katanya pada majlis penyampaian sumbangan RM2 juta kepada Tabung Dana Bantuan Kebajikan Sosial Perubatan di Kompleks Rawatan Harian, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di Kuala Terengganu, kelmarin,
Katanya, selain ambulans dan mesin Echocardiography, menerusi tabung itu juga peralatan untuk perkhidmatan reproduktif bagi Program Bayi Tabung Uji turut dibangunkan melalui peruntukan sebanyak RM500,000.
Tambahnya, sejak ia dilaksanakan November 2009 hingga Disember 2010, lima bayi telah dilahirkan melalui kaedah tabung uji sekali gus menjadikan HSNZ sebagai salah sebuah daripada empat hospital kerajaan di negara ini yang menawarkan perkhidmatan itu.
Selain itu, jelasnya, Terengganu juga mencipta sejarah dalam perubatan negara apabila menggunakan peralatan canggih Mesin Tomografi Berkomputer Multiclise (MSCT) yang mampu menghasilkan 64 imej pada setiap imbasan.
Mesin berharga RM2 juta itu juga dapat ditingkatkan keupayaannya sehingga 128 imej melebihi keupayaan mesin imbasan biasa.
Anwa menambah, keprihatinan kerajaan negeri dalam menyediakan perkhidmatan perubatan terbaik buat rakyat disambut baik oleh pihak jabatan.

JHEAT Pelawa Orang Ramai Sertai Menghafaz al-Quran
Layari laman sesawang http://jheatweb.terengganu.gov.my untuk menyertai Majlis Menghafaz al-Quran peringkat negeri 2012.
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sedang mempelawa orang ramai bagi tujuan ini.
Penyertaan dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap pertama (1 hingga 10 juzuk dan taranum); tahap dua (1 hingga 20 juzuk) dan tahap tiga (1 hingga 30 juzuk termasuk dua soalan tafsir dari juzuk ketujuh).
JHEAT dalam satu kenyataan memberitahu, pemohon sama ada lelaki dan wanita perlu mematuhi syarat-syarat umum termasuk berumur tidak kurang dari tujuh tahun dan tidak melebihi 25 tahun.
Borang permohonan boleh diperoleh daripada JHEAT (Bahagian Dakwah) dan semua Pejabat Agama Daerah atau dengan melayari laman sesawang http://jheatweb.terengganu.gov.my.
Tarikh tutup permohonan pada 23 Februari ini.

Pemuda UMNO Terengganu Yakin BN Kekal Memerintah Selepas PRU ke 13
Pemuda UMNO Terengganu yakin Umno dan Barisan Nasional (BN) mampu mempertahankan negeri Terengganu daripada jatuh ke tangan pembangkang berikutan rakyat mula mempercayai apa yang dilaksanakan parti itu.
Ketuanya, Saiful Bahari Baharuddin berkata, semua jentera parti di 32 Dewan Undangan Negeri sudah lama menyusun gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, dalam bakal diadakan dalam tempoh terdekat.
Semangat, gerak kerja dan usaha berterusan penting tetapi antara perkara penting yang perlu dilakukan segera ialah mendaftar pengundi.
Exco Keahlian Pergerakan Pemuda Umno Hishamuddin Yahaya berkata di Kuala Lumpur semalam, sikap tunggu dan lihat menjadi satu punca mengapa kira-kira 40,000 anggota Pergerakan Pemuda Umno yang layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pengundi.
Katanya, kebimbangan dan sikap teragak-agak muncul di kalangan mereka yang belum menjadi pemilih, termasuklah was-was sama ada dapat mengundi atau tidak pada pilihan raya akan datang walaupun sudah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Memang kita akui pendaftaran di kalangan anggota Pemuda Umno sekarang agak perlahan. Mereka masih ragu-ragu sama ada sempat mengundi atau tidak dalam pilihan raya umum yang sudah dekat ini," katanya semalam.
Beliau berkata terdapat kira-kira 700,000 anggota Pemuda Umno dan hanya 40,000 daripada jumlah itu yang belum mendaftar.
Hishamuddin berkata pada tahun lepas, kira-kira 100,000 anggota pergerakan sudah didaftarkan atas usaha semua peringkat, terutama di bahagian-bahagian yang menjelaskan peri pentingnya menjadi pengundi dan bukan hanya menjadi anggota parti.
Justeru, katanya, semua Ketua Pemuda Umno Bahagian diingatkan supaya mendaftarkan anggota di peringkat masing-masing untuk menambah bilangan pengundi, sekali gus kekuatan parti.
"Kita mengingatkan mereka tidak kira bila pilihan raya umum akan diadakan pada Mac atau Jun atau Disember ataupun tahun depan, yang pentingnya semua bahagian perlu memainkan peranan masing-masing untuk mendaftarkan anggota Pemuda sebagai pengundi," katanya.
Beliau berkata dalam hal pendaftaran pengundi, bukan parti politik sahaja yang perlu memberikan kerjasama mendaftarkan pengundi tetapi juga usaha oleh pertubuhan bukan kerajaan dan SPR sendiri.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini memaklumkan kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lepas, dengan 65 peratus daripada mereka adalah Bumiputera.
Sehingga akhir tahun lalu, jumlah pengundi berdaftar di negara ini ialah seramai 11.08 juta orang, berbanding jumlah keseluruhan mereka yang berumur 21 tahun ke atas adalah 15.47 juta orang.
Pada 8 Feb lepas, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendedahkan hampir 400,000 anggota Umno belum mendaftar sebagai pengundi.
Bagi menyelesaikan masalah tersebut, kata beliau, pihaknya kini menjalankan gerakan khas di peringkat Ibu Pejabat Umno untuk mengesan anggota yang belum mendaftar sebagai pengundi.
Namun di sebalik itu Saiful Bahari menjelaskan, Pemuda Umno kini sedang giat menggempur di seluruh kawasan bagi mengesan setiap masalah rakyat, selain menyakinkan bahawa Umno dan BN adalah parti yang mampu membela nasib rakyat.
“Kita atur gerak kerja mengikut peti undi. Dengan bantuan Ketua-ketua Bahagian setiap kawasan, kita berjumpa dengan rakyat hingga ke akar umbi. Kita mahu mendengar keluhan mereka dan cuba menghulurkan bantuan apa yang termampu.
“Selain itu, kita juga sentiasa mengutamakan daftar pengundi bagi memastikan bilangan pengundi baru pro BN sentiasa bertambah dan ianya sudah pasti membantu kita untuk kekal mentadbir Terengganu,” ujarnya.
Katanya, pembangkang sering menabur fitnah terhadap Umno dan ini membuatkan rakyat keliru. Tugas kita adalah menerangkan kepada rakyat kedudukan sebenar.
“Kita tidak mahu rakyat terus tertipu dengan pembangkang yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat berkuasa. Selepas itu, nasib rakyat tidak akan dibela. Sejak BN mentadbir negeri Terengganu, dapat dilihat hidup rakyat semakin selesa.
“Selaku sayap, kita akan membantu sebaik mungkin untuk memastikan Umno dan BN sentiasa menjadi pilihan rakyat. Walau apapun yang pembangkang fitnah, kita akan terus menyakinkan rakyat Terengganu bahawa kita adalah yang terbaik,” katanya.
Sumber - Teganukita & Bernama

T-Team Enggan Tersingkir Perlawanan Pertama, Terengganu Tetap Waspada
Juara Piala FA musim lepas, Terengganu tidak akan mengambil risiko atau memandang rendah apabila bertemu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam perlawanan pembukaan Piala FA di tempat sendiri malam ini.
T-Team yang akan bertandan ke Pasir Gudang pula tidak mahu badi kalah pada perlawanan pertama berulang.
Musim lepas, T-Team kalah dengan sepakan penalti dengan Kelantan yang akhirnya Kelantan bertemu Terengganu pada perlawanan akhir.
Bagaimanapun, T-Team akan turun sebagai pasukan bukan pilihan apabila bertemu Johor FC dalam perlawanan saingan kalah mati Piala FA itu di Stadium Pasir Gudang.
Jurulatih pasukan itu, Yunus Alif enggan mendabik dada dengan keupayaan anak buahnya dan menganggap Johor FC merupakan pasukan hebat selain mempunyai kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.
"Kita hormati dan tidak boleh memandang rendah keupayaan pasukan itu terutamanya dalam perlawanan kalah mati ini,” katanya di Kuala Terengganu, kelmarin.
Berharap anak buahnya memenangi perlawanan pertama itu bagi menghidupkan peluang dalam perlawanan seterusnya, beliau berkata, T-Team akan turun habis-habisan dangan barisan pemain berpengalaman yang diketuai bekas penjaga gol kebangsaan Syamsuri Mustafa.
Yunus akan mempertaruhkan Mohd Faiz Subri, peledak berbisa untuk mengepalai jentera serangan dan dibantu bekas pemain Selangor Fadli Saari (gambar kiri).
Mohd Faiz menjaringkan dua gol ketika T-Team bertemu Felda United di Stadium Hang Jebat Melaka Selasa lepas.
Yunus yakin prestasi pasukan T-Team kini dalam keadaan memberangsangkan dan diharapkan momentum positif itu terus dikekalkan ketika menentang Johor FC nanti.
Jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris menagih persembahan terbaik daripada anak buahnya agar misi untuk melangkah ke pusingan seterusnya menjadi kenyataan.
"Kita tidak sekali-kali boleh pandang remeh terhadap pasukan lawan ini. Kalau silap percaturan, kita boleh keluar awal.
"Saya tidak mahu macam itu kerana saingan Piala FA adalah perlawanan kalah mati. Saya mahu mereka (pemain) sentiasa waspada," katanya.
Perak kini menunggu untuk bertemu pemenang perlawanan antara Terengganu dan PDRM pada pusingan kedua selepas berjaya mengetepikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 1-0 dalam saingan pusingan pertama Piala FA di Stadium Perak, Ipoh malam semalam.
Gol tunggal perlawanan dicipta oleh pemain import Perak, Michal Kubala seawal minit ke-3 melalui situasi sepakan percuma dari jarak 25 meter.

Kontraktor Yang Dapat Projek Di Tasik Kenyir Perlu Komited – Ahmad Said
Kontraktor yang mendapat kontrak untuk membangunkan kawasan Tasik Kenyir sebagai kawasan peranginan bebas cukai diingat supaya lebih komited dan memberi tumpuan sepenuhnya agar projek yang dirancang kerajaan siap mengikut jadual.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata prestasi kemajuan kerja beberapa projek yang sedang berjalan didapati agak perlahan dan ketinggalan.
Beliau berkata sebagai contoh pembinaan infrastruktur tapak utama pulau bebas cukai dalam kawasan Tasik Kenyir di Pulau Bayas yang melibatkan RM17 juta mendapati hanya mencapai sembilan peratus indeks kemajuan berbanding 15 peratus yang ditetapkan dalam jadual asal.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan bersama 43 Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong untuk melihat perkembangan terkini pembangunan Pulau Bayas di Tasik Kenyir yang akan menjadi pulau utama kawasan bebas cukai.

Promosi Tarik Pelancong Indonesia ke Pulau Redang
Sejajar dengan penekanan Malaysia untuk mempromosi pelancongan gaya hidup mewah serta mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE) pada tahun ini, Tourism Malaysia di sini mengintensifkan kempennya untuk menarik lebih ramai pelancong Indonesia melalui pelbagai program promosi.
Pengarah Tourism Malaysia di Indonesia Jamil Darus, kelmarin menganjurkan program Travex di Balik Papan, Kalimantan Timur, iaitu suatu acara yang mempertemukan 13 pengusaha hotel dan agensi pelancongan Malaysia dengan 60 agensi pelancongan dari Balik Papan dan Samarinda.
Pada masa yang sama di Jakarta, satu seminar pelancongan diadakan di Kedutaan Besar Malaysia bagi mendedahkan kepada agensi pelancongan Indonesia serta media tempatan kepada percutian mewah yang tersedia di Bukit Tinggi, Pahang iaitu The Cheteau, Spa and Organic Wellness Resort dan Colmar Tropicale, sebuah pusat peranginan yang bertemakan perkampungan Perancis.
Ia juga mendedahkan mereka kepada kemudahan percutian mewah yang disediakan di The Taaras Beach and Spa Resort, di Pulau Redang, Terengganu.
Hari ini Jamil meneruskan program dengan acara promosi pelancongan Malaysia di sebuah sekolah elit di Balik Papan mengenai pelbagai kemudahan percutian di pusat-pusat peranginan Malaysia.

3,000 Spesies Orkid Warnai Tiga Pulau di Tasik Kenyir
Ahmad Said (kiri) melawat ke Pulau Orkid yang dibangunkan di Pulau Hulu Selimbar, Pulau Hilir Selimbar dan Pulau Belit di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, kelmarin .
Lebih 3,000 spesies orkid bakal mewarnai tiga buah pulau seluas 2.7 hektar yang sedang dibangunkan di Pulau Hulu Selimbar, Pulau Hilir Selimbar dan Pulau Belit di Tasik Kenyir.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, projek pelancongan bernilai RM2 juta itu akan ditanam spesies orkid liar serta hibrid dari dalam dan luar negara seperti Thailand, China dan Taiwan.
Menurutnya, projek itu kini mencapai tahap 35 peratus siap dengan tanaman 400 spesies orkid dan dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini.
“Sebahagian spesies orkid liar yang bakal ditempatkan di pulau ini berasal dari Terengganu yang diperolehi dari sekitar tasik ini sendiri, Chemerong di Dungun, kawasan Gunung Tebu (Besut) dan Lata Payong (Setiu).
“Apabila siap kelak, pengunjung boleh melihat pelbagai jenis orkid termasuk yang terbesar di dunia dan yang paling kecil, hanya boleh dilihat dengan kanta pembesar dan ada juga yang paling wangi dan paling busuk” katanya kepada pemberita membuat lawatan ke pulau berkenaan kelmarin.
Turut serta, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri,Rozi Mamat; Pengarah Unit Perancangan Ekonomi negeri, Datuk Mat Razali Kasim dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Wan Mat Amin Wan Daud.
Ahmad Said berkata dua jambatan yang menghubungkan tiga pulau itu telah siap termasuk sebuah jambatan gantung dan laluan pejalan kaki.
“Kini, kontraktor sedang membina kiosk jualan dan cenderamata, pusat penyelidikan dan pembenihan orkid serta beberapa lagi kemudahan lain.
“Pelbagai jenis dan warna orkid hibrid boleh dibeli pengunjung apabila dibuka kelak dan ada pokok orkid yang bernilai mencecah RM10,000 turut ditempatkan di pulau ini. Orkid yang mahal ini biasanya untuk tujuan perubatan, penyelidikan dan ia spesies terancam,” katanya.
Jelas beliau, Pulau Orkid merupakan satu daripada 10 buah pulau kecil yang terdapat di bahagian utara tasik buatan manusia itu sedang dibangunkan mengikut tema tertentu sebagai tarikan pengunjung melalui program ‘Kenyir Island Hopping’.
Dalam lawatan itu, Ahmad turut mengunjungi Taman Tropika seluas 5.5 hektar di Pulau Tekak Besar yang telah siap 85 peratus dengan hampir 3,000 spesies tumbuhan termasuk herba dan melawat Taman burung di Pulau Terengganu Mati seluas 1.7 hektar.
Teganukita
Polis Terengganu Kesan Dua Suspek Kes Culik Ahli Perniagaan
Polis Terengganu sedang mengesan dua lelaki bagi membantu siasatan kes culik seorang ahli perniagaan bulan lepas, yang dikurung dan dibelasah selama lapan hari di sebuah rumah di Kelantan.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata seorang daripada mereka, Syukri Mohamad Abiah, 30, dari Felda Bukit Goh, Kuantan, Pahang, turut dikehendaki polis berhubung satu kes bunuh di Kemaman, dan samun di Kuantan.
Seorang lagi suspek ialah Mohd Haikal Rasdi, 27, dari Pasir Puteh, Kelantan, katanya pada sidang media, di Kuala Terengganu, kelmarin.
"Kita berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua lelaki ini agar menghubungi balai polis berdekatan," katanya.
Mengulas kes culik itu, Manoharan berkata ahli perniagaan berusia 38 tahun tersebut dilarikan sekumpulan lelaki pada 14 Jan lepas.

MAS - Kuala Terengganu Antara Destinasi Paling Digemari
Bangkok, Hong Kong dan London merupakan destinasi kegemaran pada Malaysia Airlines Travel Fair (MATF) yang diadakan dari 10 hingga 17 Februari, 2012.
Dalam satu kenyataan kelmarin, Malaysia Airlines (MAS) berkata promosi tahunan itu menarik kebanyakan pelanggan melalui laman sesawangnya, dengan 46 peratus urus niaga dilaksanakan dalam talian dan 45 peratus pelanggan mendapatkan tawaran harga diskaun itu melalui ejen pelancongan.
Naib Presiden Kanan bagi Malaysia dan Asean, Muzammil Mohamad, berkata pelanggan-pelanggan nampaknya memilih destinasi percutian dan membeli belah yang lebih menjimatkan di rantau ini seperti Bangkok dan Hong Kong.
"London terus menjadi pilihan percutian jarak jauh pelanggan kami di Malaysia disebabkan oleh hubungan tradisi dengan UK," katanya.
Kata beliau di dalam negara, Kuching, Miri, Kota Kinabalu dan Tawau terus menerima permintaan yang lebih besar manakala Langkawi, Kuala Terengganu, Pulau Pinang dan Kota Bahru merupakan destinasi paling digemari di Semenanjung Malaysia.

Bisnes Lemang Terjejas Akibat Debu Dari Bukit Panjang
Selepas dibelenggu masalah debu sejak dua minggu lalu, hanya tiga daripada 21 peniaga di deretan gerai lemang Kijal, Jalan Bukit Anak Dara, dekat Bandar Baru Kijal yang masih meneruskan perniagaan walaupun majoriti yang lain bertindak menutup gerai kerana tidak tahan menghidu habuk saban hari.
Lebih teruk lagi, masalah itu bukan sahaja memberi kesan kepada mereka, bahkan pengguna jalan raya turut berdepan dengan masalah jarak penglihatan terhad lebih-lebih lagi apabila kenderaan berat seperti lori tanah turut melalui jalan tersebut.
Roslina Mohamad, 36, yang mula berniaga di gerai lemang berkenaan sejak enam tahun lalu berkata, masalah itu berlaku sejak dua minggu lalu kerana kerja-kerja mengambil tanah giat dilakukan di kawasan Bukit Panjang menyebabkan laluan itu menjadi jalan lori mengangkut tanah.
“Masalah debu ini cukup memberi kesan kepada kami kerana kami berniaga makanan, kalau pelanggan yang mementingkan kebersihan, mereka tidak akan singgah di gerai kami melihat keadaan di depan kedai yang habuk berterbangan,” katanya kepada Sinar Harian yang turun meninjau masalah yang di hadapi peniaga terbabit, kelmarin.
Luahnya, keadaan bertambah teruk ketika waktu tengah hari dan petang kerana debu yang berterbangan menyebabkan laluan itu kelihatan seperti dilanda jerebu tebal.
Menyedihkan lagi, masalah itu mengakibatkan peniaga bukan sahaja terpaksa menutup hidung mengelak menghidu asap membakar lemang, malah terpaksa pula menahan dari menghidu debu jalan.
Akibat situasi itu, Roslina yang membuka gerai pada jam 8 pagi hingga 11 malam setiap hari, mengakui ada rakan-rakannya yang berniaga bersebelahan gerainya mengalami demam dan batuk.
“Menjual lemang adalah punca pendapatan utama saya, kalau tak berniaga apa saya dan anak-anak nak makan. Saya dan peniaga di sini bukan mahu menghalang kerja-kerja pembangunan tetapi cuma mengharap agar pemaju menyiram air di sepanjang laluan lori agar masalah debu ini dapat diatasi,” rayu ibu kepada dua anak ini.

Wanita Maut Dirempuh Kereta di Besut
Seorang penyelenggara stor di sebuah syarikat elektrik terbunuh apabila sebuah kereta terbabas lalu merempuhnya di persimpangan lampu isyarat Kampung Raja semalam.
Mangsa dikenali sebagai Shamsinar Suria Ramia, 27, menetap di Jalan Aman, Kampung Raja, ketika itu sedang menunggang motosikalnya dari arah Jalan Kampung Cawat dan berhenti di persimpangan lampu isyarat Kampung Raja kerana isyarat lampu merah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Supritendan Noor Zainy Mohd Noor, berkata kejadian tersebut berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton Wira telah dipandu laju dari arah Kampung Tembila menuju ke arah Kampung Cawat.
"Pada masa sama, lampu isyarat hijau menyala menyebabkan sebuah kereta jenis Toyota RAV4 bergerak menghala ke arah Kuala Besut," katanya di Besut, semalam.
Jelasnya, oleh kerana Proton Wira dipandu laju, pemandu tersebut tidak dapat mengawal kenderaannya dan melanggar kereta Toyota RAV4 dari arah Jerteh itu di pertengahan persimpangan lampu isyarat berkenaan.
"Akibat pelanggaran itu, pemandu kereta Toyota RAV4 terbabas lalu merempuh Shamsinar Suria yang sedang berada di atas motosikalnya di sebelah kiri persimpangan hingga menyebabkan dia jatuh dan mengalami cedera parah," katanya.
Mayatnya, kemudian dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan petang semalam.
Noor Zainy berkata, pemandu kereta Proton Wira tersebut kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Pameran Nostalgia Kampung Cina di Muzium Terengganu
Orang ramai berpeluang melihat wajah silam Kampung Cina, salah satu penempatan terawal di pusat bandar raya ini dalam pameran di Muzium Negeri mulai 20 Februari hingga 18 Mac depan.
Pameran Nostalgia Kampung Cina itu dianjurkan oleh muzium bersama kakitangan akademik serta pelajar Fakulti Seni Reka dan Arkitek Bangunan Universiti Taylor's, Selangor.
Antara tarikan utama adalah lukisan lama pemandangan Kampung Cina yang berusia lebih 100 tahun serta beberapa artifak milik penduduk yang ada di antaranya merupakan generasi ketujuh di penempatan itu.
Pengarah Muzium Terengganu, Mohd. Yusof Abdullah berkata, lebih 30 lukisan dan 30 gambar lama selain 20 gambar baru penempatan berusia lebih 200 tahun itu turut dipamerkan, di samping artifak lain.
Katanya, Kampung Cina yang merupakan salah sebuah penempatan masyarakat Cina tertua di negara ini mempunyai keunikan tersendiri kerana ia menjadi penempatan pelbagai kaum dan perkongsian budaya.
"Pengunjung dapat menyelami suasana kehidupan silam apabila pelbagai dekorasi seperti papan tanda lama, pintu, meja serta beberapa barang-barang dapur bakal dijadikan hiasan di galeri tersebut.
"Pada majlis perasmian nanti, sebuah buku berkenaan kampung ini juga bakal dilancarkan yang memaparkan sejarah penempatan itu," katanya semalam.
Dalam pada itu, Universiti Taylor's yang diwakili pensyarahnya, Normah Sulaiman memberitahu, pada pameran itu, orang ramai juga dihidangkan dengan pertunjukan video mengenai kampung itu yang dihasilkan pelajar.
"Pengunjung juga berpeluang melihat ketelitian lukisan terukur (measure drawing) yang dilakukan -pelajar yang mengambil masa dua tahun untuk diterjemahkan dalam lukisan, " katanya.
Selain itu, katanya, seminar berkenaan Kampung Cina (27 Mac), demonstrasi kaligrafi dan origami (12 Mac) serta persembahan muzik klasik Cina (20 Mac) juga diadakan sempena pameran itu.

Imtiaz Mulakan Pendidikan Tadika Prasekolah Mac Ini
Sekolah cemerlang, Imtiaz Besut dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan memulakan pendidikan kanak-kanak peringkat prasekolah dengan membuka tadika Imtiaz UIAM mulai Mac ini di Besut.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Seri Idris Jusoh, yang juga Penasihat Imtiaz, berkata tadika ini akan menggunakan penghantaran bahasa Inggeris sepenuhnya di mana ia dibuka kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun.
“Pihak UIAM akan menyediakan tenaga pengajar yang mahir dalam bahasa Inggeris dan Al-Quran,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran ‘Letak Kerja Melestarikan Kecemerlangan UPSR Tahun 2012′ dan menyampaikan sijil penghargaan kepada guru-guru daerah Besut anjuran Pejabat Pelajaran daerah di Demong Beach Resort di Jerteh semalam.
Katanya objektif penubuhan tadika ini bagi membuka peluang kepada kanak-kanak di peringkat awal agar mahir bertutur dalam bahasa Inggeris dan Arab di samping pintar membaca Al-Quran.

Peniaga Pasar Tani Mampu Raih Pendapatan Bersih Lebih RM2,000 Sebulan
Kewujudan pasar tani Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) banyak membantu penduduk di negeri ini meraih pendapatan yang bukan saja memuaskan tapi juga konsisten setiap bulan.
Pengarah Fama Terengganu Hassan Jusoh berkata secara purata, peniaga pasar tani mampu menerima pendapatan bersih antara RM1,500 hingga RM2,500 sebulan.
Jumlah itu sudah cukup untuk menyara kehidupan di negeri ini, katanya kepada Bernama di Kuala Terengganu, kelmarin.
Katanya sehingga kini, Fama Terengganu telah mewujudkan 18 pasar tani di seluruh negeri dengan kira-kira 1,000 peserta yang menjana jualan bernilai RM25 juta setahun.
Peniaga terbabit lazimnya mendapat bekalan daripada pengusaha ladang kontrak Fama, sekali gus memberi nilai lebih kepada modal yang dikeluarkan, katanya.
Selain itu kata Hassan, Fama Terengganu juga berjaya melahirkan lebih 1,500 usahawan tani dalam pelbagai bidang setakat ini.

KR Masuk Kampung 32 Kampung di DUN
Seramai 15,000 jentera wanita Jalinan Rakyat (JR) bergerak masuk ke kampung-kampung membabitkan 32 kawasan Dewan Undangan negeri (DUN) seluruh negeri untuk membuat bacian sikap pengundi sebagai persiapan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Perhubungan Terengganu, Datuk Hajah Fatimah Hamat berkata, sehingga ini petugas JR berjaya menyiapkan 80 peratus bacian daripada jumlah keseluruhan pengundi.
“Usaha mengenalpasti sikap dan kecenderungan individu ini akan berterusan hingga ke tarikh PRU diumumkan oleh Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi Teganukita.
Tambahnya, usaha keras dan semangat yang ditunjukkan JR amat membanggakan dan yakin bacian dapat diselesaikan dalam masa terdekat dan tumpuan utama untuk menjinakkan pengundi ‘atas pagar’ .
“Jentera wanita dibekalkan dengan ilmu politik dan pengetahuan pelbagai isu semasa untuk menjelaskan dasar-dasar kerajaan serta menjawab segala tomahan dan fitnah yang sengaja diadakan pihak pembangkang,” katanya.
Katanya, wanita bekerja dan suri rumah merupakan golongan yang sangat setia kepada Barisan Nasional (BN) dan tidak mudah terpengaruh dengan cerita rekaan parti pembangkang.
“Saya sangat yakin dengan undi wanita yang mampu menyumbang kemenangan kepada BN dalam PRU-13 nanti,” katanya.

Tugas media, Setajam Mata Pedang : Dato' Sri Ahmad Shabery
“Umum mengetahui peranan wartawan dan media amat penting dalam kehidupan masyarakat. Setajam mata pedang, sesuatu tulisan itu mampu untuk merubah kehidupan mahupun kejayaan negara.
“Dewan wujudnya laman sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya, semua orang mampu menjadi wartawan tetapi atas profesionalisme wartawan sebenarlah yang akan terus memastikan masyarakat mendapat maklumat berita yang tepat dan benar,” kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Sri Ahmad Shabery Cheek
Beliau menyatakan sempena Malam Anugerah Kewartawanan Kawat-Exxonmobil (AKKEM) 2011, di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu, baru-baru ini.
Hadir sama Pengerusi Subsidiari-Subsidiari ExxonMobil (Malaysia), J. Hunter Farris dan Presiden Kawat, Encik Ayob Mamat.
Ahmad Shabery berkata, sebagai individu yang menjadi sebahagian daripada `wartawan’ , beliau turut gembira apabila ada pihak yang berusaha memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada golongan itu.
Katanya, bukan semua pihak tahu menghargai dan berterima kasih kepada wartawan serta media.Oleh itu, usaha menganjurkan AKKEM membawa pengertian yang tersendiri dalam pembangunan dunia kewartawanan negara ini.
Beliau kemudiannya menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.

Ibu Tidak Putus Doa Anak Sedar Daripada Koma
“Setiap detik saya memikirkan keadaan anak dan berdoa dia sedar daripada koma secepat mungkin,’’ kata Norizah Zakaria, 41, ibu kepada Nor Hidayah, 7, yang masih kritikal selepas terjatuh ke dalam longkang di Kampung Mak Chili, Chukai, Selasa lalu.
Norizah yang ditemui di Wad Rawatan Intensif Pediatrik dan Penjagaan Bayi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di Kuala Terengganu, semalam berkata, keadaan anak bongsunya belum menunjukkan sebarang perkembangan positif.
Katanya, dia tidak dapat menahan sebak apabila melihat keadaan Nor Hidayah dipenuhi wayar di tubuh selain terpaksa menggunakan bantuan mesin pernafasan sepenuhnya.
“Sebelum ini dia boleh menggerakkan jari dan lidah namun hari ini (semalam) keadaan Nor Hidayah berubah sama sekali.
“Saya sebak doktor memberitahu tubuh anak tidak menunjukkan sebarang tindak balas ketika diperiksa.
“Ketika menjalankan imbasan pada otaknya, doktor masih tidak menemui sebarang tanda positif dia akan tersedar daripada koma,’’ katanya.
Sementara itu, bapa Nor Hidayah, Mohamad Embong, 47, berkata, selepas kejadian menimpa anaknya disiarkan Harian Metro semalam, ramai saudara mara serta kenalan menghubungi memintanya tabah selain memberikan kata-kata semangat.
Menurutnya, dia dan isteri hanya mampu berdoa agar Nor Hidayah dipanjangkan umur serta segera sedar.
“Walaupun masih bertarung nyawa, namun saya dapat rasakan Nor Hidayah boleh bangkit selepas mendengar seruan suara daripada kami sekeluarga,’’ katanya.
Mohamad berkata, dia bimbang air yang memasuki bahagian otak Nor Hidayah akan menyebabkan fizikal anaknya gagal menerima isyarat sekali gus membuatkan sistem dalam badan gagal berfungsi.
Harian Metro

Anak Hakim Mahkamah Tinggi Nyaris Maut
Anak Hakim Mahkamah Tinggi Terengganu dan rakannya nyaris maut apabila kereta dipandunya terbalik selepas terbabas apabila cuba mengelak dua buah kenderaan di Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di Rhu Renggeh dekat Bukit Chendering di sini.
Mangsa, Hayder Amin Mohd Yazid, 18, berkata, ketika kejadian antara jam 7.40 hingga 7.50 malam kelmarin, dia dalam perjalanan dari Kemaman ke Kuala Terengganu selepas selesai mengajar silat kepada pelajar di sebuah sekolah pondok di Kerteh.
Katanya, sampai di lokasi kejadian, secara tiba-tiba sebuah kenderaan membuat pusingan U lalu dia mengelak sebelum sebuah lagi kenderaan keluar simpang menyebabkan kenderaan dipandu terbabas ke kanan jalan sebelum terbalik di jalan bertentangan.
“Saya tidak sempat brek apabila kereta itu tiba-tiba muncul sebelum sebuah lagi keluar simpang. Saya hanya sempat mengelak menyebabkan kereta ini terbabas lalu merempuh pasu bunga di atas pembahagi jalan sebelum terbalik dan berada di jalan bertentangan.
“Kami bernasib baik dan bersyukur kerana terselamat. Saya tidak mengalami sebarang kecederaan manakala rakan saya, Ikran Rafaer (18) hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi kejadian, kelmarin.
Tinjauan mendapati, rempuhan kuat juga menyebabkan serpihan pasu bunga bertaburan di atas jalan raya manakala kereta jenis Perodua Kelisa dipandu Hayder tidak dapat bergerak kerana mengalami kerosakan teruk di bahagian enjin termasuk satu tayar kereta tercabut.
Bapanya, Datuk Mohd Yazid Mustafa turut kelihatan di lokasi kejadian kira-kira setengah jam selepas kejadian.
Dalam pada itu, anak keempatnya itu juga mendakwa telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang di sini, semalam.
Timbalan Ketua Polis Marang, Asisten Superintendan Mohamad Zohan Seman mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu semalam, namun beliau berkata, kejadian itu masih dalam siasatan pihaknya.

Thursday, February 16, 2012
Lampu Limpah SSINS - Ahmad Said 'Hangin' Kerana Memalukan
Ahmad Said menjawab soalan wartawan mengenai lampu limpah di SSINS selepas mensyuarat Exco di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam. - Gambar teganuku
Mungkinkah akan hangat semula pertelingkahan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) gara-gara lampu limpah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah?
Isu lampu limpah diperkatakan sejak beberapa minggu lalu akhirnya memuncak apabila hampir 10,000 penonton yang hadir menyaksikan perlawanan di antara Terengganu dengan Kedah terpaksa bergelap selama lebih setengah jam malam kelmarin.
Berikutan itu, perlawanan ditamatkan lewat berbanding perlawanan yang berlangsung di tempat lain.
Insiden itu berlaku ketika pemain kedua-dua pasukan melangkah masuk ke padang untuk memulakan babak kedua perlawanan dengan tuan rumah mendahului 1-0 seminit sebelum berakhir babak pertama.
"Kejadian ini (lampu stadium padam) sangat memalukan, saya amat tak puas hati dengan kejadian ini."
Demikian luahan Ahmad Said mengenai insiden lampu limpah yang terpadam lebih setengah jam sehingga perlawanan bola sepak Liga Super Terengganu melawan Kedah itu tergendala.
Masalah lampu limpah padam satu hal tetapi yang menyebabkan Menteri Besar ‘hangin’ ialah cara pemeriksaan lampu limpah yang dilakukan oleh FAM yang menurutnya tidak telus.
Beliau diberitahu, ketika pemeriksaan pertama oleh FAM sebelum liga bermula, Persatuan Bolasepak Terengganu (PBSNT) diberitahu kedatangan pegawai pemeriksa berkenaan. Selepas pemeriksaan, stadium dikatakan boleh digunakan untuk perlawanan sebelah malam dan mencukupi bacaan 800 lux.
Bagaimanapun, pihak FAM ada menasihati supaya penjagaan lampu perlu dilakukan sepanjang masa kerana pencahayaan mungkin akan semakin berkurangan dari masa ke masa.
Dan selepas itu tiba-tiba minggu lalu, ada pegawai FAM datang lagi membuat pemeriksaan tanpa memaklumkan PBSNT dan pihak yang ‘mengawasi’ stadium berkenaan.
Kemudian ada kenyataan akhbar bahawa lampu di stadium berkenaan tidak sesuai untuk perlawanan sebelah malam. Ini kerana bacaan pencahayaan di kesemua lampu sekadar mencatat bacaan 500 lux berbanding 800 lux jumlah maksimum yang ditetapkan.
Siapa yang hantar pegawai berkenaan secara 'senyap-senyap' datang untuk menguji bacaan pencahayaan lampu limpah berkenaan?
Ahmad Said kesal dengan sikap sambil lewa pihak-pihak berkenaan yang tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri lebih awal mengenai apa masalah sebenar yang berlaku membabitkan lampu limpah stadium itu.
"Ini yang buat saya marah dan masalah ini sesuatu yang memalukan. Sepatutnya pihak yang bertanggungjawab sama ada MBKT (Majlis Bandaraya Kuala Terengganu) atau PBSNT (Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu) maklumkan pada kita apa masalah sebenar.
"Sepatutnya pihak yang bertanggungjawab sama ada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) atau PBSNT atau pihak-pihak yang berkenaan memaklumkan masalah sebenar kepada kita (kerajaan negeri) supaya kita boleh mengatasinya," katanya selepas mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di Kuala Terengganu semalam.
Menteri Besar berkata, sehingga kini pihak yang bertanggungjawab terhadap stadium itu langsung tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri apa yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah lampu limpah di stadium itu yang berlarutan sejak sekian lama.
"Kalau kita tahu apa masalah sebenarnya, boleh kita cari jalan menanganinya. Kalau FAM tetapkan limpahan cahaya lampu 800 lux, kita pasang 900 lux, kalau mahu ikut peringkat antarabangsa iaitu 1,200 lux, kita pasang 1,300 lux walaupun ia menelan belanja sehingga RM3 juta. "Tapi kalau ia perlu pasang tiang dan kabel baru memerlukan RM3 juta, sedangkan kabel yang sedia ada kita sudah belanja RM1 juta. Kalau buat baru membazirlah. Susah-susah kita main siang saja," katanya.
Menurut Ahmad Said, kerajaan negeri atau beliau sendiri tidak perlu panggil mereka yang terlibat kerana itu tugas mereka untuk beri penjelasan.
Ahmad Said selanjutnya berkata, beliau pelik bagaimana masalah itu masih berulang sedangkan sebelum ini lampu limpah itu telah dibaik pulih dengan meningkatkan tahap pencahayaannya.
Difahamkan kerajaan negeri sudah berbelanja lebih RM800,000 untuk tujuan itu.
Beliau tidak menolak kemungkinan perlawanan-perlawanan akan datang yang dilangsungkan di stadium berkenaan terpaksa diadakan pada sebelah siang sekiranya masalah itu masih berlarutan.
Mengulas mengenai insiden memalukan itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh berkata, perkara itu sememangnya tidak dapat dielakkan.
“Lampu (limpah) padam itu biasalah. Setahu saya tahun ini di stadium lain pun ada lampu yang padam. Pada saya, masalah ini (lampu limpah) berlaku kerana gangguan bekalan elektrik yang tidak dijangkakan sama sekali.
“Justeru, saya harap masalah ini tak akan berlaku lagi. Kita akan serahkan kepada MBKT (Majlis Bandaraya Kuala Terengganu) untuk membuat keputusan mengenai perkara ini,” katanya kepada pemberita kelmarin.
Pada perlawanan dengan Kedah itu, sebahagian penonton turut menjadi mangsa kerana tiket yang dijual menyebut perlawanan akan diadakan pada jam 4.45 petang, sebaliknya perlawanan diadakan pada sebelah malam.
Kini penyokong Terengganu sendiri tertanya-tanya kenapa ada dua pengumuman, termasuk di akhbar, iaitu perlawanan sepatutnya berlangsung pada sebelah petang kerana masalah lampu limpah.
Dan siapa pula yang membenarkan perlawanan diadakan pada sebelah malam, tidak sampai 24 jam pun selepas pengumuman awal dibuat?
Sesuatu perlu dilakukan segera kerana jangan sampai penonton menjadi mangsa ‘permainan’ pihak-pihak tertentu selain wang rakyat dibazirkan kerana kelemahan pengurusan sedangkan Menteri Besar berusaha menyediakan peruntukan yang besar untuk pasukan bolasepak kelab T-Team dan pasukan Terengganu!
Hospital Swasta Baru RM200 Juta Dibina Di Batu Buruk
Kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM200 juta bagi membina sebuah lagi hospital swasta di Batu Buruk bagi menampung kesesakan pesakit di hospital kerajaan.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pembinaan hospital di bawah TDM bakal menyediakan 150 katil yang akan memberi altenatif kepada rakyat di negeri ini untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik dan selesa.
“Kerja-kerja pembinaan dijangka paling lewat dapat dimulakan pada Jun depan,” katanya.
Beliau menyatakan demikian selepas Majlis Penyerahan Sumbangan dana bantuan Kebajikan Sosial Perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kompleks Rawatan Harian, Kuala Terengganu, petang semalam.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A. Rahman Mokhtar; Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Haji Anwa Sulaiman dan Pengarah HSNZ, Tengku Ramlah Tengku Senik.
Ahmad Said berkata, hospital ini akan dibina di atas tapak kuarters kerajaan yang terletak bersebelahan Sekolah Menengah Sultan Zainal Abidin (Atas) Batu Buruk dan rumah berkenaan akan dirobohkan bagi membina bangunan hospital berkenaan.
Selain itu kerajaan telah memperuntukkan RM72 juta bagi mengisi Tabung Dana Khas untuk pembangunan kesihatan di negeri ini dalam tempoh lima tahun bermula 2007 hingga akhir 2010.
Tabung berkenaan dibahagikan kepada dua iaitu menaik taraf perhidmatan perubatan (RM62 juta) dan untuk kebajikan sosial perubatan (RM10 juta).
Menteri Besar kemudiannya menyerahkan sumbangan RM2 juta untuk Dana Bantuan Kebajikan Sosial Perubatan negeri kepada Dr. Haji Anwa serta RM20,000 untuk Tabung Kebajikan Perubatan HSNZ yang diterima Pengarah HSNZ, Tengku Ramlah.
Ahmad Said juga turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM22,088 beserta kerusi roda kepada tiga orang pesakit kronik.

Henjutan Hariff Sehebat Anuar Manan?
Hariff diramal mampu memperkuatkan cabaran skuad lebuh raya negara dalam misi memenangi pingat pertama ACC.
Meskipun tanpa khidmat Anuar Manan, skuad elit lebuh raya negara tetap yakin untuk melakukan kejutan pada Kejuaraan Lumba Basikal Asia (ACC) 2012, Sabtu ini.
Jurulatihnya, Syed Muhammad Husaini Syed Mazlan menjelaskan, kehadiran Mohd. Hariff Salleh yang menggantikan tempat Anuar dalam acara itu diramal mampu memperkuatkan lagi cabaran negara dalam misi memenangi pingat pertama dalam ACC.
Kali terakhir Malaysia mendapat pingat perak menerusi Nor Effendy Rosli pada edisi 1993 di Ipoh, Perak.
Menurut Syed Muhammad Hussaini, tahap kemampuan Hariff adalah hampir setaraf dengan bekas rakan sepasukannya di Terengganu Pro Asia (TSG) itu.
"Saya diberitahu oleh jurulatih TSG, Sebastien Duclos bahawa kondisi Hariff kini 90 peratus dalam keadaan terbaik," kata Syed Muhammad Hussaini semalam.
"Bagi saya, tahap prestasi dan kemampuan Hariff adalah sama dengan Anuar selepas menjalani latihan intensif di Chiang Mai, Thailand baru-baru ini.
"Justeru, saya dapat rasakan bahawa dengan kehadiran Hariff, kita mampu mencipta kejutan atau sekurang-kurangnya memberi saingan kepada pasukan pilihan seperti Iran dan Kazakhstan," jelasnya lagi.
Hariff, 24, yang menyumbang pingat gangsa dalam acara scratch pada saingan trek minggu lalu, bakal membuat penampilan pertama dalam acara lebuh raya menggantikan Anuar yang diketepikan ekoran masalah disiplin.
Selain pemenang Jersi Hijau. Raja Pecut Jelajah Malaysia (JM) 2011 itu, tiga pelumba lagi yang akan bergandingan dengannya ialah abangnya, Zamri, Amir Mustafa Rusli dan Mohd. Akmal Amrun.
"Saya akui saingan kali ini amat sukar dan kita tidak menetapkan sebarang sasaran.
"Tetapi saya yakin kita mampu memberi saingan kepada pasukan pilihan lain dan jika menang pingat pun, saya anggap ia sebagai satu bonus buat kita," kata Syed Muhammad Hussaini lagi.
Mengenai isu Anuar pula, jurulatih dari Terengganu itu menjelaskan, masalah komitmen yang ditunjukkan oleh pelumba pasukan Champion System itu terhadap sesi latihan skuad negara menjadi punca dia diketepikan.
"Anuar masih lagi dalam skuad ini tetapi dia hanya sebagai pelumba simpanan bersama Nor Rizuan Zainal.
"Dia masih seorang pelumba yang bagus dan terbaik pernah kita ada buat masa ini, namun masalahnya ialah dia gagal memberi komitmen penuh kepada skuad negara.
"Jadi, bila tiada komitmen, masalah untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap akan timbul kerana kita tidak tahu di mana tahap prestasinya ketika ini," jelas Syed Muhammad Hussaini lagi.
Acara lebuh raya 179.2 kilometer lelaki elit akan berlangsung di Putrajaya pada pukul 9 pagi, Sabtu ini.

Terengganu Biayai 150 Pelajar Perubatan Sambung Master, Doktor Falsafah
Terengganu Development Management Berhad (TDM), syarikat perladangan yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri Terengganu, diarah menyediakan dana khas bagi graduan perubatan negeri itu melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata langkah itu bertujuan menampung kekurangan doktor pakar yang kritikal dalam semua bidang perubatan di negeri itu.
"Kita sasarkan akan membiayai kos pendidikan untuk 150 pelajar berbanding 40 orang sebelum ini. Setelah tamat pendidikan, kita harap mereka ini dapat berkhidmat sebagai doktor pakar di pusat perubatan milik kerajaan negeri," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis Penyampaian Tabung Dana Khas di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, semalam.
Kos perbelanjaan bagi seorang pelajar perubatan di Ireland adalah yang tertinggi setakat ini iaitu sebanyak RM1.5 juta diikuti Russia (RM400,000), Mesir (RM350,000) dan Indonesia (RM300,000).

Seri Dengan Kedah - Mat Zan Terkilan, Che Mat Jusoh Puas Hati?
Jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris kecewa dengan keputusan kurang memuaskan Terengganu apabila sekadar seri 1-1 dengan Kedah dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di Kuala Terengganu, malam kelmarin.
Beliau berkata, keputusan tersebut sepatutnya boleh diatasi sekiranya para pemain Terengganu tidak lalai setelah mengatasi 1-0 pada babak pertama.
Beliau berkata, pemain Terengganu banyak mengikut rentak permainan perlahan pasukan Kedah membuatkan semua percaturan yang dirancang tidak menjadi.
"Saya terkilan kehilangan dua mata menyebabkan peluang Terengganu untuk membaiki kedudukan tidak kesampaian,” katanya kepada pemberita.
Pengurus pasukan, Che Mat Jusoh pula berkata, Terengganu tidak pernah menang apabila menentang Kedah dalam Liga Super sejak tiga tahun lalu.
Baginya keputusan seri dengan Kedah malam tadi sudah memadai.
Beliau berkata, Kedah bermain baik terutamanya pada babak kedua menyebabkan mereka memperoleh gol penyamaan.
Katanya, beliau tetap berpuas hati dengan persembahan pasukan Terengganu walaupun kadang-kadang berlaku salah faham semasa mereka di tengah padang.
Menyentuh mengenai prestasi Terengganu ketika menentang Kedah, Che Mat yang juga pengurus pasukan berkata, beliau berpuas hati dengan keputusan perlawanan malam itu.
“Biarpun kita agak longgar di bahagian pertahanan kerana ketiadaan Mazuki (Yusof), saya tetap berpuas hati kerana mampu seri memandangkan tahun ini masuk tahun ketiga kita tak pernah menang dengan Kedah dalam Liga Super,” katanya.
Pada masa yang sama, Che Mat juga menolak spekulasi berhubung seorang lagi pemain import Terengganu, Erison Da Silva Santos Carnietto yang dikatakan semakin kurang mendapat kepercayaan daripada jurulatih, Mat Zan Mat Aris kerana direhatkan dalam perlawanan itu.
“Saya nasihatkan kepada semua pihak agar jangan cepat buat penilaian mengenai masa depan pemain itu.
“Tak semestinya dia tidak diturunkan sebab persembahan dia tak bagus sebab masa lawan Singapura (Lions XII) dulu, dia main bagus. Ini mungkin satu strategi,” ujar beliau.
Ditanya mengenai persiapan menghadapi kejohanan Piala AFC yang bermula bulan depan pula, Che Mat memberitahu, setakat ini pasukannya sudah bersedia untuk bersaing dalam kejohanan peringkat Asia Tenggara itu.
“Persiapan kita sama saja. Tidak ada perbezaannya. Setakat ni, inilah pemain-pemain kita (yang akan membawa cabaran Terengganu) dalam kejohanan tersebut dan kita sudah bersedia sepenuhnya,” katanya.

RM32 Juta Baiki Rumah Rakyat Miskin di Terenganu
Ahmad Said meninjau keadaan jalan yang rosak akibat hakisan di Pantai Rhu Sepuluh, Setiu, baru-baru ini.
Kerajaan negeri memperuntukkan RM32 juta tahun ini bagi membantu rakyat miskin di Terengganu, termasuk membaik pulih kediaman dan masalah atap bocor.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, rumah kediaman rakyat miskin akan diperbaiki, termasuk menggantikan atap yang rosak agar kehidupan mereka lebih selesa.
Menurutnya, jumlah peruntukan itu diagihkan oleh kerajaan negeri kepada kesemua 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan setiap DUN menerima RM1 juta.
“Tahun lalu kerajaan negeri memperuntukkan RM500,000 untuk tujuan yang sama dan untuk tahun ini jumlah itu kita tambah lagi RM500,000 menjadikan RM1 juta bagi setiap DUN.
“Kami percaya menerusi bantuan yang diperkenalkan dua tahun lalu tiada lagi masalah rumah rosak dan atap bocor yang dihadapi oleh rakyat dalam tempoh lima tahun lagi,” katanya.
Beliau berucap pada majlis perjumpaan Menteri Besar bersama Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Daerah Setiu di Dewan Pejabat Pelajaran Daerah dekat Setiu, kelmarin.
Hadir sama Ahli Parlimen Setiu, Datuk Mohd. Jidin Shafee; Exco kerajaan negeri, Asha’ari Idris; ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh; Pegawai Daerah Setiu, Mohamad Nor Ibrahim dan Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Ishamudin Hashim.
Majlis perjumpaan pemimpin masyarakat itu diadakan sempena lawatan kerja Menteri Besar ke Setiu, termasuk meninjau tapak Pasar Pekan Seri Langkap dan Projek Besut/Setiu Agropolitan (BSA) di Kampung Panchur Berderu, Sungai Tong.
Rombongan itu turut melawat lokasi lain seperti meninjau masalah hakisan Pantai Rhu Sepuluh dan Ladang Akuakultur Ternakan Udang Bersepadu (iSHARP) di Kampung Nyatuh.
Ahmad Said berkata, kerajaan negeri juga menyediakan RM1.5 juta bagi dua DUN iaitu Langkap dan Permaisuri untuk membina jalan baru serta membaik pulih jalan raya yang rosak di kawasan itu.
Kata beliau, pihaknya akan membelanjakan kira-kira RM6 juta untuk membina sebuah pasar baharu dua tingkat di pekan Seri Langkap.
“Di samping itu kita juga peruntukkan RM2 juta untuk pembinaan sistem pengaliran di Beris Tok Ku dan RM200,000 bagi menaik taraf jalan di Kampung Rhu Sepuluh yang dilanda hakisan pantai baru-baru ini,” ujarnya.
Utusan Malaysia
Perniagaan Tukar Wang Asing Babit Spekulasi Haram - Majlis Fatwa
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.
Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.
"Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang membabitkan pertukaran wang asing membabitkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam."
"Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di Kota Bharu, semalam.
Abdul Shukor berkata, banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran wang asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu membabitkan penggunaan internet di kalangan individu yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.
"Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu," katanya.
Beliau berkata, keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Katanya, keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.
"Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati selepas sistem perniagaan skim itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah," katanya.