Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) membina 30 buah rumah bernilai kira-kira RM38,000 sebuah bagi golongan fakir dan miskin di negeri ini sepanjang tahun ini.
Yang Dipertua Maidam Datuk Omar Pilus berkata selain memperluaskan bantuan dalam bentuk pembinaan rumah baharu, Maidam turut menghulurkan bantuan untuk memperbaiki rumah sedia ada.
Bercakap pada majlis penyerahan zakat daripada Bank Islam sebanyak RM324,938 di Maidam baru-baru ini, beliau berkata hampir RM10 juta telahpun dibelanjakan khusus untuk bantuan pendidikan menengah dalam bentuk seragam sekolah, baucar makanan waktu rehat, tambang bas dan yuran asrama.
Friday, December 28, 2012
Insiden Diikat - Nazara Serah Kepada Peguamn
Ketua Penerangan Persatuan Felda Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Naraza Muda menyerahkan kepada peguamnya untuk bertindak berhubung insiden beliau ditahan dan diikat semasa konvoi Kembara Oren di Felda Kampung Awah, Sabtu lalu.
"Hal itu saya sudah serahkan kepada peguam," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Dalam kejadian tersebut, Naraza, merujuk pada kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas Maran, Shamsuri Hussin dikatakan telah ditahan dan diikat pihak yang menghalang laluan konvoi berkenaan ketika mereka berada di Felda Kampung Awah.
Belia Boleh Tuntut Rebat Telefon Pintar RM200 Mulai Selasa
Pengumuman rebet telefon pintar dibuat oleh Perdana Menteri melalui Bajet 2013. |
Belia yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa ini.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata, permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.
Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada, katanya dalam satu kenyataan semalam.
Jamshah - Polis Tingkatkan Rondaan Ke Rumah Di Landa Banjir
IPK Terengganu menubuhkan Bilik Gerakan Banjir negeri dan daerah telah dibuka dan beroperasi 24 jam. Bilik Gerakan negeri boleh dihubungi melalui telefon 6354744.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, semua Ketua Polis Daerah sudah diarahkan menubuhkan pasukan rondaan dan lawatan bagi mencegah sebarang jenayah tidak berlaku di kediaman ketika musibah yang melanda penduduk.
25 Sukarelawan NSTP Media Prima Mulakan Misi Bantu Mangsa Banjir
Ahmad Izham Omar (tiga dari kanan) mengibarkan bendera sebagai simbolik pelepasan sukarelawan Media Prima pada majlis Pelepasan Briged Sukarelawan NSTP-Media Prima di Sri Pentas, semalam. |
Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, berkata sukarelawan berkenaan dijangka menyampaikan bantuan berbentuk makanan dan kelengkapan harian kepada mangsa banjir di kawasan yang terjejas teruk seperti di Hulu Terengganu, Kemaman dan Kuantan.
Beliau berkata, sukarelawan akan mengagihkan bantuan kepada 257 keluarga di sekitar Hulu Terengganu bermula esok sebelum bergerak ke Cherating bagi menyampaikan bantuan kepada 306 keluarga di Kemaman dan 312 keluarga di Kuantan.
Maidam Berjaya Kutip Zakat RM98.3 Juta
Wan Ismail (kiri) menyerahkan zakat Bank Islam.
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) berjaya mengutip RM98.3 juta sehingga 26 Disember tahun ini di mana zakat pendapaan merupakan penyumbang tertinggi dengan jumlah kutipan RM 37.4 juta diikuti zakat perniagaan (RM30 juta) dan zakat simpanan (RM18.2 juta).
Yang Dipertua Maidam, Datuk Bentara Luar Dato’ Omar Pilus berkata, Maidam mensasarkan jumlah kutipan zakat RM100 juta tahun ini.
Katanya, sebanyak RM80.5 juta telah dikeluarkan bagi agihan zakat dan jumlah tertinggi ialah untuk golongan miskin (RM30.4 juta) diikuti fisabilillah (RM24.9 juta).
TPM Diberikan Taklimat Mengenai Banjir
Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkatakan sesuatu ketika mendengar taklimat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu mengenai perkembangan banjir di Terengganu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, yang tiba dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, kira-kira jam 1.30 petang ini diberi taklimat mengenai perkembangan terkini banjir di Terengganu.
Taklimat tersebut disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Terengganu, Datuk Mazlan Ngah, di Bilik Orang Kenamaan di lapangan terbang tersebut.
LTdL 2013 - Penganjur Sedia Laluan Alternatif Elak Banjir
Laluan alternatif akan disediakan pihak penganjur perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) sekiranya berlaku banjir ketika perlumbaan tersebut diadakan.
Edisi ke-18 yang akan berlangsung mulai 21 Februari hingga 2 Mac melibatkan 10 peringkat perlumbaan dengan jarak sejauh 1,427.6 kilometer.
"Pihak kami kini sedang mengkaji beberapa laluan alternatif yang boleh digunakan untuk melancarkan perlumbaan.
Edisi ke-18 yang akan berlangsung mulai 21 Februari hingga 2 Mac melibatkan 10 peringkat perlumbaan dengan jarak sejauh 1,427.6 kilometer.
"Pihak kami kini sedang mengkaji beberapa laluan alternatif yang boleh digunakan untuk melancarkan perlumbaan.
Sasaran Wujudkan SBT Di Setiap Negeri Dicapai - Muhyiddin
Muhyiddin pasa satu majlis pengiktirafan SBT sebelum ini. |
Beliau berkata, sehingga kini Kementerian Pelajaran berjaya mengiktiraf sebanyak 91 SBT, termasuk 25 SBT semalam di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) 1.0 dari 2010 hingga 31 Disember 2012.
"Berdasarkan kecemerlangan berterusan yang ditunjukkan oleh 66 SBT yang diiktiraf sebelum ini, pihak kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pelaksanaan SBT dalam tempoh GTP 2.0 iaitu bagi 2013 hingga 2015 dengan sasaran 10 SBT setahun.
Timbalan Menteri KPWKM Lawat Mengsa Banjir Di SK Kompleks Gong Badak
Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), YB Dato’ Noriah Kasnon semalam melawat mangsa banjir Pusat Pemindahan Bencana di SK Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu.
Kehadiran beliau diiringi Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Zuhami Omar dan disambut oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, Muhammad Ramli Nuh.
Difahamkan kebanyakan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan tersebut terdiri daripada penduduk Taman Desa Tanjung Damai, Gong Badak.
Kehadiran beliau diiringi Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Zuhami Omar dan disambut oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, Muhammad Ramli Nuh.
Difahamkan kebanyakan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan tersebut terdiri daripada penduduk Taman Desa Tanjung Damai, Gong Badak.
Wednesday, December 26, 2012
Banjir di Terengganu Ragut 2 Nyawa, Seorang Masih Hilang
Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu mangsa Mohd Hamidi Abdul Hamid, 15, dan seorang rakannya, dipercayai bermain dan mendayung sampan berhampiran rumahnya.
Semalam, seorang wanita Samhanim Ramli, 36, yang lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Lanjut di Jambatan Permaisuri, Setiu.
Mayat Samhanim yang dijumpai malam semalam. |
"Kejadian itu disedari keluarga mangsa setelah hampir dua jam mangsa tidak pulang ke rumah.
"Keluarganya melihat sampan yang dinaiki mangsa kosong dan lantas mencari mangsa di kawasan sekitar.
Menurutnya ahli keluarga mangsa bagaimanapun berjaya menemui mangsa kira-kira 4.30 petang tadi berhampiran sampan berkenaan.
Panik dengan kejadian itu bapa mangsa memanggil Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) lalu menghantar mangsa ke hospital dan pihak hospital mengesahkan mangsa telah meninggal.
Difahamkan kediaman mangsa di taman perumahan itu ditenggelami air sedalam 1.5 meter berikutan hujan lebat sejak dua hari lalu.
Dalam pada itu Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang turut melawat mangsa banjir di daerah ini hari ini berkata banjir yang melanda daerah Kemaman tahun ini adalah antara banjir terburuk sejak lebih 30 tahun lalu.
Sementara itu, keadaan banjir yang melanda negeri di Pantai Timur pagi dan tengah hari ini semakin buruk dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan di Kelantan, Pahang dan Terengganu meningkat kepada 17,443 petang ini berbanding 13,746 orang pada pagi.
Keadaan banjir di Terengganu paling buruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 10,412 orang petang ini berbanding 6,550 hari ini.
Menurut portal banjir negeri, mangsa yang paling ramai dipindahkan sehingga 6 petang ini ialah di daerah Besut seramai 2,666 orang diikuti Kemaman (2,272 orang), Dungun (1,983 orang), Hulu Terengganu (1,390 orang), Besut (1,088 orang), Kuala Terengganu (807 orang) dan Marang (206 orang). Sehingga tempoh itu, 30 pusat pemindahan dibuka di Setiu, Kemaman (23), Dungun (29), Hulu Terengganu (16), Besut (10), Kuala Terengganu dan Marang (masing-masing 7).
Polis - Tiada Mangsa Korban Tanah Runtuh Di Jabor
Anggota bomba
memeriksa kereta yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kilometer 139
Jalan Jerangau-Jabor dekat kampung Air Putih, Kemaman hari ini.
|
Lapan buah kereta tertimbus apabila tebing jalan masuk utama Jabor-Jerangau ke Jalan Air Puteh di kilometer 139 di Kemaman runtuh, berikutan hujan lebat berterusan di kawasan itu, awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Che Suza Che Hitam berkata, jalan tersebut dibuka kira-kira 5 petang ini dan turut terbabit dalam runtuhan tanah itu ialah sebuah lori dan lima kenderaan jenis sedan.
Amanat Hadi - Presiden Pas Perlu Beri Respons
Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang diminta untuk memberikan jawapan balas terhadap isu Amanat Haji Hadi yang dilihat antara paling panas kebelakangan ini.
Pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid berkata, ia perlu bagi memenuhi tuntutan masyarakat selaras dengan prinsip Islam
“Kita minta supaya Haji Hadi respons kepada tuntutan masyarakat, supaya dia boleh membetulkan balik apa yang salah, itu prinsip Islam.
15 Sekolah Di Terengganu Mungkin Ditutup Sementara Jika Banjir Belum Reda
Sebanyak 15 sekolah di seluruh Terengganu berkemungkinan terpaksa ditutup sementara sekiranya kawasan itu terus dilanda banjir apabila sesi persekolahan 2013 bermula enam hari lagi.
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Zakaria Hussin berkata, pihaknya sudah bersedia dengan pelbagai kemungkinan akibat banjir besar yang melanda negeri itu yang dikatakan terburuk sejak 10 tahun lalu.
"Jika banjir masih belum reda, sesi persekolahan 2013 membabitkan sekolah yang akan ditangguhkan dan akan diganti setiap hari Sabtu seperti mana yang pernah berlaku seperti tahun-tahun sebelum ini.
Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Zakaria Hussin berkata, pihaknya sudah bersedia dengan pelbagai kemungkinan akibat banjir besar yang melanda negeri itu yang dikatakan terburuk sejak 10 tahun lalu.
"Jika banjir masih belum reda, sesi persekolahan 2013 membabitkan sekolah yang akan ditangguhkan dan akan diganti setiap hari Sabtu seperti mana yang pernah berlaku seperti tahun-tahun sebelum ini.
Muhyiddin Lawat Mangsa Banjir Di Terengganu Esok
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual melawat mangsa banjir di Terengganu, esok (27 Disember 2012).
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, Muhyiddin akan melawat daerah Kemaman yang kini terjejas teruk akibat banjir selepas kawasan Besut dan Setiu yang kini kian pulih.
Sejurus tiba di Lapangan Terbang Kerteh, Muhyiddin dijadual akan terus dibawa menaiki helikopter melawat mangsa di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Bukit Mentok di Kemaman.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, Muhyiddin akan melawat daerah Kemaman yang kini terjejas teruk akibat banjir selepas kawasan Besut dan Setiu yang kini kian pulih.
Sejurus tiba di Lapangan Terbang Kerteh, Muhyiddin dijadual akan terus dibawa menaiki helikopter melawat mangsa di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Bukit Mentok di Kemaman.
Warga Kerja PMINT Diminta Sokong Barisan Nasional
Warga kerja Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) diminta menyokong calon-calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan usaha berterusan dilaksanakan bagi membangunkan negeri dan membela nasib rakyat negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said, berkata masih banyak agenda Kerajaan BN selepas pilihan raya nanti bagi mencapai tujuan tersebut dan perancangannya akan terbantut jika negeri ini dikuasai parti pembangkang.
“Pemimpin BN akan melaksanakan banyak lagi agenda bagi memacu Terengganu menjadi sebuah negeri maju menjelang tahun 2020.
1.5 Juta Pelajar Sekolah Rendah, Menengah Dilindungi Insurans
Kira-kira 1.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah akan diberi perlindungan skim insurans bermula Januari depan, kata Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar.
Syed Hamid berkata skim dikenali sebagai skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian dengan had sebanyak RM100,000 seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najid Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2013 September lepas di Parlimen.
Bot Karam Di Pelabuhan Cendering Akibat Angin Kencang, Ombak Besar
Dua bot yang berlabuh di Pelabuhan Perikanan Cendering di Kuala Terengganu tenggelam akibat angin kencang dan ombak besar Isnin lalu.
Kedua-dua bot terbabit ialah TRS 749(U2) kapal menunggu peranti-peranti unjam dan TRS 889 pukat jerut C2 laut dalam.
Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri, Mohd Saffe Mohd berkata, usaha untuk menyelamatkan bot berkenaan sudah dibuat tetapi gagal kerana angin kencang.
Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri, Mohd Saffe Mohd berkata, usaha untuk menyelamatkan bot berkenaan sudah dibuat tetapi gagal kerana angin kencang.
Sekolah Banjir - Sesi Persekolahan 2013 Mungkin Ditangguh
Sesi persekolahan 2013, yang akan bermula 1 dan 2 Jan nanti mungkin ditangguhkan bagi sekolah-sekolah yang terjejas akibat banjir.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan), Sufa'at Tumin berkata, keputusan itu akan ditentukan Pengarah Pelajaran Negeri berdasarkan maklumat yang diterima melalui Majlis Keselamatan Negara dan Bilik Gerakan Banjir Negeri.
"Kita akan tengok keadaan. Tapi setakat ini kita masih belum buat sebarang keputusan kerana ada seminggu lagi sebelum sekolah bermula, mungkin banjir sudah surut dan sekolah dapat berjalan seperti biasa pada masa itu," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan), Sufa'at Tumin berkata, keputusan itu akan ditentukan Pengarah Pelajaran Negeri berdasarkan maklumat yang diterima melalui Majlis Keselamatan Negara dan Bilik Gerakan Banjir Negeri.
"Kita akan tengok keadaan. Tapi setakat ini kita masih belum buat sebarang keputusan kerana ada seminggu lagi sebelum sekolah bermula, mungkin banjir sudah surut dan sekolah dapat berjalan seperti biasa pada masa itu," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini
KWSP Perkenal Pengeluaran Haji sehingga RM3,000
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Rabu memperkenalkan 'Pengeluaran Haji' yang membolehkan ahli KWSP mengeluarkan simpanan mereka sehingga RM3,000 daripada Akaun 2 bagi membiayai kos ibadah haji berkuat kuasa 1 Januari ini.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi KWSP, Datuk Ibrahim Taib berkata, permohonan mudah tanpa perlu mengisi borang itu boleh dibuat ahli berumur kurang 55 tahun dengan syarat mereka telah menerima surat tawaran menunaikan haji daripada Lembaga Tabung Haji (LTH).
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, beliau berkata ahli yang berminat boleh mengunjungi laman web myEPF di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-8922 6000.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi KWSP, Datuk Ibrahim Taib berkata, permohonan mudah tanpa perlu mengisi borang itu boleh dibuat ahli berumur kurang 55 tahun dengan syarat mereka telah menerima surat tawaran menunaikan haji daripada Lembaga Tabung Haji (LTH).
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, beliau berkata ahli yang berminat boleh mengunjungi laman web myEPF di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-8922 6000.
SPRM Akan Siasat Tatacara Bantuan Kepada Mangsa Banjir
Pengagihan bantuan kepada mangsa banjir perlu dibuat mengikut tatacara yang tepat. |
Pengarah SPRM Pahang Moh Shamsuddin Yusof berkata berdasarkan siasatan terhadap bantuan itu, terdapat beberapa kelonggaran dan kes tersebut dirujuk kepada jabatan yang terlibat untuk tindakan selanjutnya.
"Setiap tahun, Jabatan Audit Negara ada menegur mengenai bantuan banjir yang tidak mengikut tatacara yang tepat.
Hanya Empat Stadium Dibenarkan Anjur Permainan Waktu Malam Setakat Ini
Hanya empat stadium setakat ini mendapat kelulusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menganjurkan permainan pada waktu malam.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata empat stadium itu ialah Stadium Shah Alam di Selangor; Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang; Stadium Jalan Besar di Singapura dan Stadium Negeri Sarawak di Kuching.
Hamidin yang juga Naib Presiden FAM berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat bersama anggota majlis JKPT bagi membincangkan perkara berkaitan stadium dengan lebih lanjut hujung minggu ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata empat stadium itu ialah Stadium Shah Alam di Selangor; Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang; Stadium Jalan Besar di Singapura dan Stadium Negeri Sarawak di Kuching.
Hamidin yang juga Naib Presiden FAM berkata pihaknya akan mengadakan mesyuarat bersama anggota majlis JKPT bagi membincangkan perkara berkaitan stadium dengan lebih lanjut hujung minggu ini.
KP1M Salur Bantuan Untuk Mangsa Banjir di Terengganu, Pahang
Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) menggerakkan usaha untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di Terengganu dan Pahang dengan menghantar lima kontena berisi barangan keperluan asas termasuk makanan.
Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, bantuan itu adalah untuk kegunaan mangsa banjir di dua negeri yang dilapor menempatkan kira-kira 10,000 mangsa di pusat pemindahan.
"Kita hantar bantuan seperti barangan kebersihan diri, makanan, minuman, selimut termasuk tilam dengan masing-masing sebanyak 1,000 pek," katanya kepada pemberita ketika mengulas bantuan yang disalur kepada mangsa banjir di Pahang dan Terengganu selepas mengagih bantuan misi kemanusian KP1M di daerah New Bataan, Compostela Valley dekat Davao (Mindanao).
Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, bantuan itu adalah untuk kegunaan mangsa banjir di dua negeri yang dilapor menempatkan kira-kira 10,000 mangsa di pusat pemindahan.
"Kita hantar bantuan seperti barangan kebersihan diri, makanan, minuman, selimut termasuk tilam dengan masing-masing sebanyak 1,000 pek," katanya kepada pemberita ketika mengulas bantuan yang disalur kepada mangsa banjir di Pahang dan Terengganu selepas mengagih bantuan misi kemanusian KP1M di daerah New Bataan, Compostela Valley dekat Davao (Mindanao).
Enam Jalan Persekutuan, 16 Jalan Negeri Ditutup Akibat Banjir
Enam Jalan Persekutuan dan16 Jalan Negeri di seluruh Terengganu ditutup kepada semua kenderaan akibat ditenggelami air.
Menurut laporan portal Kenyataan Banjir Negeri Terengganu, sehingga tengah hari tadi, Jalan Persekutuan yang ditutup termasuk Jalan Bukit Diman - Felda Tersat (paras air : 1.5 meter); Jalan Utama Mengkawang – Tersat , Hulu Terengganu (1m), Jalan Gong Kedah (0.5 meter), Jalan Felda Neram 1 (0.3m) dan Jalan Chukai-Air Puteh, Kemaman (1m).
Manakala Jalan Negeri termasuk Jalan Sungai Tong – Pelong (0.6 m), Jalan Permaisuri – Hulu Seladang, Setiu (0.6 m), Jalan Matang / Nibong / Kuala Telemong (0.6m), Jalan Kg. Kejil – Kg.Bukit Perah (2 m) dan Jalan Batu 24/Pengkalan Ajal (2m ) dan Jalan Kuala Berang – Ajil, Hulu Terengganu (1.2m).
Menurut laporan portal Kenyataan Banjir Negeri Terengganu, sehingga tengah hari tadi, Jalan Persekutuan yang ditutup termasuk Jalan Bukit Diman - Felda Tersat (paras air : 1.5 meter); Jalan Utama Mengkawang – Tersat , Hulu Terengganu (1m), Jalan Gong Kedah (0.5 meter), Jalan Felda Neram 1 (0.3m) dan Jalan Chukai-Air Puteh, Kemaman (1m).
Manakala Jalan Negeri termasuk Jalan Sungai Tong – Pelong (0.6 m), Jalan Permaisuri – Hulu Seladang, Setiu (0.6 m), Jalan Matang / Nibong / Kuala Telemong (0.6m), Jalan Kg. Kejil – Kg.Bukit Perah (2 m) dan Jalan Batu 24/Pengkalan Ajal (2m ) dan Jalan Kuala Berang – Ajil, Hulu Terengganu (1.2m).
Jumlah Mangsa Dipindah Meningkat Kepada 7,864 Orang
Mereka kini tempatkan dipindahkan di 124 pusat pemindahan banjir.
Sebanyak 129 kawasan di Terengganu kini berada dalam keadaan banjir.
Hulu Besut masih mendahuhui jumlah yang dipindah apabila kini 300 berada di Masjid Gong Duek, 176 di SMK Wataniah,115 di Balairaya Pengkalan Atap dan SK Bukit Payong iaitu 209.
Di Hulu Terengganu, paling ramai mangsa di pusat pemindahan ialah di SK Pengkalan Ajal iaitu 230. Surau Kampung Menerong, 223, SK Matang (151), 218 di Dewan Sivik Batu 24 dan Balai Raya Batu 23 seramai 153.
Bagi Daerah Dungun, seramai 260 mangsa masih di Dewan Sivik Batu 48, Dungun dan di Kuala Terengganu, mangsa paling ramai adalah di SK Tok Jembal iaitu 260 mangsa.
Portal Banjir Majlis Keselamatan menyebut, di Setiu pula mangsa paling ramai adalah di masjid Lama Setiu seramai 209.
Air di beberapa batang sungai termasuk sungai Besut di Kampung La; sungai Dungun iaitu di Pasir Raja dan Kuala Jengai; sungai Nerus, di kampung Langkap; sungai Setiu di Permaisuri; dan sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu kekal berada di paras bahaya.
Namun, setakat ini tiada jalan utama yang menghubungi negeri ini ditutup kepada kenderaan.
Lawatan Sultan Terengganu Pengubat Kesedihan Mangsa Banjir Di DUN Jabi
Lawatan Sultan Terengganu umpama pengubat kesedihan bagi mangsa banjir ketika mereka menghadapi musibah.
Sultan Mizan Zainal Abidin.petang semalam berkenan melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir Kampung Bukit Rambutan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi.
Ia menjadi lokasi kunjungan pertama Sultan Terengganu melawat mangsa banjir di negeri ini tahun ini.
Sultan Mizan diiringi Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said serta Pegawai Daerah Besut, A Rahim Jusoh.
Tukang Rumah Nyaris Maut DiHanyutkan Air Banjir Di Penarik
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.36 pagi tadi ketika Khairi Said, 27, melintas di sebatang jalan di Kampung Tasik untuk ke tempat kerja di Kampung Bari dekat Setiu.
Pada mulanya beliau memberanikan diri menunggang motosikalnya jenis Honda EX5 meredah banjir di kawasan yang ketika itu air limpahannya mencecah sedalam 0.5 meter.
Mangsa Pertama Korban Banjir Terengganu
Wanita ditemui lemas setelah terjatuh ke dalam sungai Lanjut berdekatan Jambatan Permaisuri, Setiu, semalam. |
Ketua Operasi Penyelamat Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Mohd Izani Zakaria ketika mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya dengan bantuan penduduk kampung, menemui mayat mangsa pada pukul 6.30 petang berdekatan tempat mangsa terjatuh.
Samhanim Ramli, 36, dikatakan tergelincir ketika sedang menahan pukat jaring bersama suaminya, Wan Amran Wan Sudin di sungai tersebut kira-kira pukul 3 petang.
Mayat dibawa ke Hospital Setiu untuk bedah siasat.
Banjir - Benteng Empangan Paya Peda Terpaksa Dipecah
Sebahagian Empangan Paya Peda..,paras air di musim kemarau. |
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata meskipun tindakan itu menyebabkan kawasan sekitarnya dilandar banjir, namun ia terpaksa dilakukan demi mengurangkan risiko tekanan pada kandungan air berlebihan di empangan.
Katanya langkah itu dibuat untuk membolehkan air daripada empangan berkenaan dialir keluar secara terancang.
Najib - Saya Mahu Jadi PM Setiap Rakyat Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berkata, beliau faham jika komuniti Kristian merasakan bahawa kerajaan tidak melakukan secukupnya untuk melibatkan mereka.
"Bagaimanapun, saya perlu menyatakan, secara ikhlas, bahawa kita sebenarnya berjaya mencapai banyak perkara bersama tanpa diketahui umum," katanya sambil menambah antaranya, menghapuskan sekatan terhadap penganut Kristian yang ingin ke Baitulmuqadis bagi upacara keagamaan.
"Ini adalah keterangkuman yang saya cari kerana saya percaya ada tempat untuk kita semua di bumi Malaysia," kata beliau pada majlis minum petang sempena sambutan Hari Krismas anjuran pihak pengurusan Gereja Luther di Petaling Jaya, semalam.
Gelaran Datuk - Koo Ham Ingatkan Karpal Jangan Perbesarkan
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, meminta supaya isu gelaran Datuk tidak diperbesarkan hingga menjejaskan kepimpinan dalam parti itu.
Beliau berkata, situasi itu tidak sepatutnya dibangkitkan oleh Pengerusi parti, Karpal Singh kerana soal penerimaan darjah kebesaran telah mendapat sokongan majoriti Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).
Menurutnya, sementara Karpal menentang, majoriti ahli menyuarakan pendapat agar beliau menerima anugerah berkenaan.
Guna Sepenuhnya Pengalaman Veteran Umno Pastikan BN Menang
Cawangan dan bahagian Umno di seluruh negara digesa menggunakan sepenuhnya pengalaman dan pengaruh anggota veteran parti itu bagi memastikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Setiausaha Kelab Veteran Umno Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub berkata, pengalaman dan pengaruh luas anggotanya mampu memberikan 'peluru' yang diperlukan BN bagi menidakkan impian pembangkang menakluk Putrajaya.
"Apa yang kami mahu ialah untuk membantu menguatkan parti sesuai dengan moto kami 'veteran pemangkin kepimpinan Umno'.
Setiausaha Kelab Veteran Umno Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub berkata, pengalaman dan pengaruh luas anggotanya mampu memberikan 'peluru' yang diperlukan BN bagi menidakkan impian pembangkang menakluk Putrajaya.
"Apa yang kami mahu ialah untuk membantu menguatkan parti sesuai dengan moto kami 'veteran pemangkin kepimpinan Umno'.
ATM Gerakkan Anggota Di Kawasan Banjir
Anggota Tentera turut membantu membawa penduduk Kampung Gong Duek, Besut Terennganu untuk keluar selepas Jalan Pasir Akar ditutup akibat banjir. |
Beliau berkata, sejak sebelum kejadian banjir, anggota ATM telah bersiap siaga dan digerakkan termasuk di kawasan pedalaman bagi memudahkan tugasan koordinasi dan menyelamat mangsa banjir.
"Ini termasuk di Ulu Tembeling, Pahang di mana kita telah atur gerak secepat mungkin supaya hubungan antara satu kawasan dan kawasan lain tidak terputus.
Tuesday, December 25, 2012
Apabila Banjir Pun Menjadi Kepentingan Sokongan & Politik
Lihat betul-betul gambar ini...keadaan kenderaan dan apa di dalamnya. |
Tidak
ada pun kata-kata Menteri Besar supaya bantu mangsa UMNO atau BN sahaja.
Sebaliknya bantuan disalurkan sama rata – tidak kira penyokong PAS atau
UMNO – seperti dilakukan untuk pembahagian bantuan sebelum ini sama ada
melalui pelbagai dana, e-Book atau bantuan Hari Raya.
Seharusnya ketika bencana menimpa atau dugaan mendatang, lupakan politik buat seketika.
Namun mungkin kerana tidak mahu dilihat tidak melakukan kerja atau mempunyai niat untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa PAS boleh melakukan perkara serupa, Unit Amal PAS membuat sesuatu yang sedikit janggal.
Mendakwa bahawa anggota Unit Amal Dewan Pemuda PAS Kuala Nerus antara yang terawal menghulurkan bantuan kecemasan bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang melanda Kampung Pak Tuyu, Gong Badak, tidak lain dan tidak bukan bertujuan mendapatkan ‘kredit’.
Menurut laporan portal pembangkang, tinjauan Squad BO mendapati kelibat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, Mohamad Ramli Nuh tidak kelihatan sehingga tengah malam itu.
Sejumlah 28 buah keluarga dari Taman Sri Tanjung dan Taman Darul Iman 6, Kampung Pak Tuyu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh dikatakan terlibat dengan banjir pada 23 Disember (kelmarin).
Mendaftar mangsa di pusat pemindahan. |
Kerajaan lagi yang kena!
Bukan pemimpin PAS sahaja yang sedar masalah dan punca banjir ini, malah Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Permaisuri, Abdul Halim Jusoh turut merayu kerajaan supaya melaksanakan segera projek tebatan banjir yang membawa manfaat kepada lebih 30 buah kampung termasuk Hulu Seladang, Che Long, Guntung, Permaisuri, Nyatoh dan Kampung Buluh.
"Penduduk terbabit saban tahun terpaksa dipindahkan akibat banjir sejak lebih 20 tahun lalu dan ini menyukarkan penduduk," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir.
Kalau mahu dilihat ‘pemimpin PAS Terengganu” buat kerja, mana laporan lain?
Setakat jam 10.30 pagi ini ada dua berita sahaja dilaporkan mengenai banjir dan satu bantuan oleh PAS!
Pemeriksaan kesihatan turut diadakan pada penempatan mangsa. |
Sedangkan ketika turun padang pelbagai agensi kerajaan, sama Kerajaan Negeri, Polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pengangkutan Jalan atau sebagainya tidak pun meletakkan bendera UMNO atau Barisan Nasional pada kenderaan mereka.
Malah, setiap penempatan mangsa, tiada pun bendera UMNO atau BN.
Contohnya dinyatakan Dewan Pemuda PAS Terengganu telah membuka bilik gerakan banjir bagi memantau dan memberikan khidmat ke seluruh neger Terengganu melalui Unit Amal. Bilik Gerakan banjir Pemuda boleh di hubungi pada nombor 0199229158 yang di uruska sendiri oleh Pengarah Unit Amal Negeri Ustaz Saiful Anbiya.
Sekadar bertanya khabar dan lihat...paling baik dapat dilakukan ialah kritik. |
Perhatikan apa yang dilakukan kerajaan negeri: Bukan untuk memperlekeh. Sebaliknya kalau pemimpin PAS berganding bahu dengan kakitangan agesi kerajaan, ia akan lebih mempercepat dan memudahkan bantuan disalurkan.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said serta pemimpin UMNO pun melakukan kerja ‘turun padang’ tetapi tidak pula menyatakan tiada pun wakil rakyat PAS di tempat yang dimenangi parti itu untuk membantu mangsa banjir.
Malah Ahmad Said semalam mengingatkan mangsa banjir di negeri ini – tidak ada sebut UMNO atau PAS - agar mendaftar kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memudahkan penyaluran bantuan susulan.
Katanya dari segi bantuan keperluan asas termasuk makanan tidak menjadi masalah kerana kerajaan Terengganu sudah bersedia sejak September lepas. Ketika melawat mangsa banjir semalam, beliau diiringi Pengarah JKM negeri Zuhaimi Omar.
Tidak ada pun kata-kata Menteri Besar supaya bantu mangsa UMNO atau BN sahaja.
Sebaliknya bantuan disalurkan sama rata – tidak kira penyokong PAS atau UMNO – seperti dilakukan untuk pembahagian bantuan sebelum ini sama ada melalui dana, e-Book atau bantuan Hari Raya.
Janganlah kerana kepentingan politik yang sempit dan taksub, banjir pun mahu dipolitikkan.
Sebaik-baiknya kita bersatu hati membantu rakyat yang menderita dan ketika seperti ini kalau diandaikan pilihan raya diadakan, mereka pun tidak ada minat memangkah. Ini kerana dalam kepala mereka berserabut dengan masalah yang menimpa.
Jadi janganlah disukar dan dikusutkan lagi mereka dengan masalah dan bantu membantulah antara kita kerana BANJIR TIDAK MEMILIH SAMA ADA KITA PENYOKONG UMNO ATAS PAS.
INGATLAH kebanyakan yang jadi mangsa di negeri ini adalah Melayu dan Islam.