Saturday, October 5, 2013

Khairy Sangkal Tuduhan Guna Jentera KBS Untuk Kempen Pemilihan Umno

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pada Sabtu menyangkal tuduhan pencabarnya Syed Rosli Syed Harman Jamallulail yang mendakwa beliau menyalahgunakan jentera Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk berkempen bagi pemilihan Umno.

Beliau berkata, tuduhan itu menunjukkan Syed Rosli tidak faham bahawa Pemuda Umno dan belia tidak boleh berpisah kerana ramai di kalangan anggota-anggota persatuan belia juga adalah anggota Pemuda Umno.

"Sebagai Menteri Belia dan Sukan, saya adakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin belia. Mereka ini juga kebanyakannya anggota Pemuda Umno yang menjadi perwakilan.

Tiada Perpecahan Dalaman UMNO Bahagian Kemaman - Ahmad Said


“Biarlah, itu biasalah. Kita beri pilihan kepada rakyat. Tidak semestinya ada masalah. Orang mahu bertanding, kita demokrasi.B iarlah, demokrasi kan.. saya tidak kempen pun, kalau hendak pilih.. pilihlah.”
 - Datuk Seri Ahmad Said

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menafikan sebarang perpecahan dalaman di peringkat Umno Bahagian Kemaman walaupun beliau yang menyandang jawatan ketua bahagian itu bakal dicabar dalam pemilihan parti, 19 Oktober ini.

Beliau berkata, sebagai sebuah parti yang mengamalkan demokrasi, mana-mana pihak tidak seharusnya mengaitkan bahagian tersebut bermasalah berikutan wujudnya pertandingan melibatkan jawatan ketua Umno bahagian.

Katanya, pemilihan dengan kaedah yang lebih terbuka kali ini memberi peluang kepada mana-mana pihak yang merasakan mereka layak untuk bertanding mana-mana jawatan di pelbagai peringkat.

“Biarlah, itu biasalah. Kita beri pilihan kepada rakyat. Tidak semestinya ada masalah. Orang mahu bertanding, kita demokrasi,” katanya semasa ditemui ketika menziarahi keluarga Allahyarham Mohamad Asmu’i Ali@Awang, 20, yang meninggal akibat dilanggar van pengiring ketika berbasikal dalam kejadian di Pulau Serai, Dungun, kelmarin.

Bagi pemilihan Umno Bahagian Kemaman, Ahmad Said bakal bersaing dengan veteran Umno, Mat Dalam Awang bagi merebut jawatan ketua Umno bahagian itu.

Menteri Besar itu bagaimanapun tidak melihatnya sebagai perkara besar sambil menyifatkan Mat Dalam muncul kembali selepas sekian lama menghilang.

“Dia sudah lama hilang tiba-tiba muncul. Biarlah, demokrasi kan.. saya tidak kempen pun, kalau hendak pilih.. pilihlah,” katanya.

Selain Ketua Umno Bahagian Kemaman, hampir kesemua jawatan ketua Umno di bahagian lain turut memperlihatkan pertandingan kecuali Ketua Umno Bahagian Besut yang menyaksikan Nawi Mohamad menang tanpa bertanding.

Terengganu Nafi Lantik Ejen Cari Import Baru


Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menafikan mereka melantik ejen untuk mencari pemain import bagi menghadapi saingan Piala Malaysia (Liga M) musim depan.

Presidennya, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, berkata pihaknya tidak akan menggunakan saluran ejen sebaliknya pergi sendiri ke sesebuah negara untuk memilih pemain yang benar-benar berkualiti. 

Katanya, pihaknya juga tidak berhasrat menggunakan khidmat ‘orang tengah’ 100 peratus kerana mahu memiliki awang import yang berkualiti dan mampu memberikan impak kepada pasukan.

ATM Dan Pahang Tempah Tiket Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

Wira ATM, Marlon Alex James meledak jaringan hatrik masing-masing pada minit ke-33, 75' dan 83' semalam. 
Pahang dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  mengesahkan slot ke separuh akhir Piala Malaysia 2013 selepas menundukkan lawan masing-masing pada perlawanan suku akhir kedua, semalam.

Pahang  menepati ramalan selaku pasukan pilihan apabila mara ke saingan separuh akhir Piala Malaysia selepas menyingkirkan Selangor PKNS dengan agregat 5-3.

Pada perlawanan kedua, pasukan ATM kendalian B. Sathianathan menumpaskan Lions X11 4-1 untuk menang agregat 5-2 selepas ketinggalan 1-0 pada suku akhir pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura, Sabtu lepas.

Penyerang berbisa skuad 'The Gladiators', Marlon Alex James menjadi wira pasukan selepas meledak jaringan hatrik masing-masing pada minit ke-33, 75' dan 83' untuk membawa ATM ke separuh akhir.

Jalaluddin Jaafar (kanan) mengasak penyerang PKNS, Patrick Ronaldinho pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi.

Maidam Kesan Cubaan Seorang Gadis Mengahwini Bapa Saudaranya

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam) mengesan kes pertama cubaan seorang gadis untuk berkahwin dengan bapa saudaranya seorang pengikut ajaran Syiah minggu lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam Datuk Mohd Rozali Saleh berkata perkara itu dapat dihalang ibu bapanya selepas dimaklumkan anak mereka yang juga adik gadis berkenaan mengenai perkara itu minggu lalu. 

Mereka gagal menghubungi anak gadis mereka selama seminggu dan selepas dimaklumkan anak mereka, ibu bapa gadis itu menyiasat melalui Facebook sebelum mendapati lelaki yang ingin dikahwini anak mereka itu adalah seorang pengikut ajaran Syiah, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pendidikan Fatwa Negeri Terengganu kali 'Mendepani Virus Syiah' di Kuala Terengganu, kelmarin.

'Bukan kerana RM650,000' - Mohd Noor Tepis Tanggapan Liar


Tanggapan liar pihak-pihak tertentu yang menuduh Mohd. Noor Mat sanggup berjalan kaki sejauh 600 kilometer (km) kerana dijanjikan habuan wang sebanyak RM650,000 sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan cabaran Walk4Malaysia dari Kuala Besut, Terengganu ke Putrajaya.

Bagi Mohd. Noor, 47, tuduhan itu sebaliknya telah menjadikan dirinya lebih bersemangat untuk berjalan kaki sehingga akhirnya berjaya menamatkan perjalanan sejauh 600km di Putrajaya semalam.

Dia yang bertugas sebagai pembantu rendah am di Yayasan Islam Terengganu berkata, tuduhan itu seolah-olah mahu memperlekehkan niatnya tetapi dia tetap tabah ketika memulakan perjalanan pada 22 September lalu.

“Apabila saya bernazar untuk berjalan kaki ke Putrajaya selepas kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut Julai lalu, saya tidak dijanjikan dengan apa-apa ganjaran wang tunai.

Aset Polis - Tiada Penyelewengan, Rasuah Tegas Zahid

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam menegaskan tiada unsur penyelewengan atau rasuah dalam kes kehilangan aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk senjata api. 

Sebaliknya kata beliau, kes berpunca daripada kecuaian dan kelemahan segelintir pegawai serta anggota ketika menjalankan tugas selain kelemahan prosedur operasi standard (SOP).

"Saya telah maklum kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar), kita hendak perkemas semula SOP terhadap penjagaan senjata api untuk elak sebarang kecuaian selepas ini. Saya mahu selepas ini apabila laporan audit negara dikeluarkan tiada lagi kehilangan aset PDRM dilaporkan," katanya.

Pemuda Kena Kerja Keras Untuk Tawan Sungai Limau - Khairy

Pergerakan Pemuda Umno perlu bekerja keras untuk menawan pengundi muda di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau bagi memastikan Barisan Nasional (BN) merampas kerusi itu daripada PAS.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin berkata pengundi muda, yang meliputi kira-kira 11,000 dari 27,222 pengundi di DUN itu, kurang memberi sokongan kepada BN.

"Jumlah ini tidak begitu kecil atau besar namun Pemuda perlu melaksanakan lebih banyak program menyeluruh, termasuk agama, dan membabitkan belia untuk menawan golongan itu," katanya kepada pemberita semalam.

Norish Karman Hanya Dapat 30 Peratus Daripada RM1.2 Juta


Selepas empat tahun menuntut hak selepas perceraian, pelakon Norish Karman terpaksa berpuas hati apabila menerima 30 peratus daripada RM1.2 juta, nilai anggaran tiga buah kenderaan mewah selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sShah Alam mengisytiharkan aset berkenaan sebagai harta sepencarian. 

Kenderaan yang dimaksudkan ialah Nissan Murano, Nissan Elgrand, dan Mercedes CLK manakala dua buah lagi kereta yang turut dituntut, SsangYong Stavic dan Toyota Caldina telah dilupuskan.

Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain bagaimanapun menolak tuntutan lain iaitu sebuah banglo bernilai RM2 juta di Bangi, Selangor dan dua buah kondominium di Danau Permai dan Abadi Indah masing-masing bernilai RM300,000.

Beliau turut menolak tuntutan Norish bagi dua pegangan saham syarikat milik bekas suaminya, Datuk Hashimudin Abdul Kadir sebanyak 70 peratus di Perspec Prime (M) Sdn. Bhd. dan syarikat Virtual Peak (M) Sdn. Bhd. selain saham sendiri sebanyak 60 peratus dalam syarikat Bintang Syurga (M) Sdn. Bhd. 

PAS Benarkan Calon Berkempen Secara Terbuka

Buat kali pertama sejak penubuhannya lebih 60 tahun lalu, PAS membenarkan calon yang bertanding untuk jawatan dalam parti untuk berkempen secara terbuka.

Pengarah Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi (kanan) berkata, calon-calon boleh mempromosikan diri mereka sendiri tetapi tidak boleh menyerang pihak lawan mereka.

"Kami melarang sebarang kenyataan, video, karikatur ataupun menggunakan pelbagai medium dan alat lain untuk memperkecilkan atau fitnah calon-calon lain.

"Mereka yang membuat serangan peribadi akan berhadapan dengan tindakan disiplin," katanya.

Tiga Penuntut UMK Lemas Di Hutan Lipur Lata Tembakah

Anggota Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam mengangkat mayat salah seorang pelajar Universiti Malaysia Kelantan yang lemas di air terjun Lata Tembekah di Besut, Terengganu, semalam.
Kegembiraan 18 pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) untuk bermandi-manda di Hutan Lipur Lata Tembakah di Hulu Besut,  berakhir tragedi setelah tiga daripada mereka ditemui lemas, semalam.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendent Kamaruddin Mohd Zakaria berkata dalam kejadian pada 1 tengah hari itu mangsa yang lemas dikenali sebagai Vicky Vikneswaran a/l Balakishnan, 21, dari Sungai Petani Kedah, Jainathan a/l Umabathy, 21, dari Ipoh Perak dan Mohanraj a/l Madhanra, 22, dari Kuala Pilah.

"Semua mayat dijumpai tidak jauh dari tempat mereka dilaporkan lemas oleh pasukan penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat iaitu dekat air tingkat tujuh," katanya di Jertih.

258 Terima Rawatan Di Pusat Rehabilitasi 1Malaysia Seberang Takir

Perdana Menteri beramah mesra dengan pesakit pada majlis perasmian pusat berkenaan.
Seramai 258 pesakit kronik terutama berkaitan saraf menerima rawatan di Pusat Rehabilitasi 1Malaysia Seberang Takir, sejak pusat itu beroperasi Mei lepas.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir,  Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata lebih membanggakan apabila 12 pesakit berjaya pulih sepenuhnya.

"Antara aktiviti yang dijalankan di sini ialah penilaian dan rawatan kepada pesakit, memberi pendidikan kepada pesakit mengenai penjagaan rutin harian di rumah, memberi pendidikan kepada penjaga mereka serta memantau keberkesanan rawatan kepada pesakit.


Program Pengiktirafan Veteran Atm Perlu Berterusan - Hishammuddin

Semua program pengiktirafan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu dijalankan secara berterusan dan bukannya bermusim, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata perkara itu perlu bagi memastikan kebajikan golongan itu sentiasa dijaga dan terbela. Untuk itu, semua pihak yang bertanggungjawab termasuk swasta dan kesatuan perlu bekerjasama dan kreatif dalam mewujudkan program yang dapat memberi manfaat kepada veteran tentera untuk jangka panjang sesuai dengan peredaran masa, katanya.

Hishammuddin berkata selain itu, kerajaan komited dalam mewujudkan jaringan dengan veteran ATM supaya agenda utama untuk meningkatkan taraf sosioekonomi dan memelihara kebajikan mereka dapat diteruskan oleh generasi masa depan.

Peserta Walk4Malaysia ‘Tawan’ Putrajaya



Selepas 13 hari berjalan kaki sejauh lebih 600 kilometer tanpa menghiraukan hujan dan panas serta pelbagai cabaran lain, akhirnya peserta Program Walk For Malaysia (Walk4Malaysia) yang diketuai Mat Noor Mat, akhirnya berjaya ‘menawan’ Putrajaya, semalam.

Ketibaan Mat Noor yang kini sudah melunaskan nazarnya untuk berjalan kaki dari Kuala Besut ke Putrajaya jika Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Kecil Kuala Besut (PRK) baru-baru ini, disambut Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan di perkarangan pejabat Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya, jam 11.35 pagi.

Hadir sama menyambut ketibaan peserta Walk4Malaysia ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Mohd Zuber Embong; Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,  Rozi Mamat dan Nawi Mohamad serta beberapa ketua jabatan serta pemimpin Umno.

Piala Malaysia: Polis Perketat Kawalan Di Stadium Sultan Muhammad

Polis Kelantan akan menugaskan 500 anggota untuk mengawal keselamatan sempena perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, esok.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata ia termasuk 100 anggota sukarelawan simpanan polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan turut dibantu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

"Kita juga akan mengadakan pemeriksaan badan terhadap semua penonton di 11 pintu masuk stadium pada hari perlawanan bagi memastikan tiada barangan terlarang seperti mercun atau senjata dibawa masuk," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perbarisan Tamat Latihan Rekrut Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu, kelmarin.

Ahli Perniagaan Cabar Husam Yang DiPertua PAS Kubang Kerian

Nudin...sokongan dan dorongan daripada akar umbi.
Selepas lebih dua penggal tidak dicabar, akhirnya pemilihan Pas kali ini bakal menyaksikan jawatan Yang Dipertua Pas Kawasan Kubang Kerian disandang Datuk Husam Musa akan ditentang Ketua Pas Cawangan Sungai Machang, Nudin Awang, 56.

Mesyuarat pemilihan Pas kawasan berkenaan akan berlangsung hari ini.

Nudin yang juga ahli perniagaan menyatakan hasrat untuk mencabar jawatan itu setelah mendapat sokongan dan dorongan daripada akar umbi.

Elak Nikah Mutaah, Jangan Rosak Keturunan


Pendakwah terkenal, Dr Zaharuddin Abd. Rahman menegaskan perkahwinan mutaah sepertimana yang menjadi amalan dalam ajaran Syiah sebenarnya akan merosakkan keturunan.

Menurutnya, perkahwinan ini akan menyebabkan keturunan pasangan yang kahwin mutaah menjadi "rojak" sepertimana yang pernah berlaku di negara Iran.

“Di negara Iran, sebuah kitab menceritakan kisah bagaimana seorang lelaki yang bermutaah sejak berumur 20 tahun telah mengahwini anaknya ketika beliau berumur 40 tahun.

Vincent Tan Berharap Saksi Pemain Malaysia Beraksi Untuk Cardiff City


Pengerusi Cardiff City FC Tan Sri Vincent Tan masih menaruh harapan untuk melihat pemain bola sepak Malaysia beraksi untuk kelab miliknya itu di masa depan.

Pemilik kelab berpangkalan di Wales itu bagaimanapun berkata adalah agak mustahil untuk pemain Malaysia mewakili kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu buat masa ini kerana undang-undang imigresen di United Kingdom amat ketat.

"Kami pastinya mahu berbuat demikian tetapi standard bola sepak Malaysia belum begitu baik tetapi saya percaya ada beberapa perancangan sedang diusahakan di negara ini.

'BBQ' Pertandingan Kuda Lasak Meriah


Kira-kira 500 peserta Pertandingan Kuda Lasak Piala Sultan Mizan 2013 dan tetamu jemputan hadir pada Majlis Jamuan Makan Malam bagi meraikan peserta pertandingan itu di Lembah Bidong malam semalam.

Majlis yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said itu diserikan dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian daripada  Kumpulan Sutra.

Penyampaian replika cek sumbangan pertandingan daripada  beberapa agensi kerajaan dan swasta kepada Menteri besar turut diadakan.



Harapan 765 Pelabur Skim Ponzi Musnah

Harapan 765 pihak menuntut dalam kes skim Ponzi untuk mendapatkan kembali RM8.3 juta daripada RM100 juta wang mereka berkecai Khamis apabila Mahkamah Rayuan membenarkan pihak pendakwa merampas wang berkenaan.

Dengan keputusan itu, wang berkenaan akan diserahkan kepada Perbendaharaan, kata Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandez, yang mewakili Bank Negara, manakala Susheel Kaur mewakili Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dalam keputusan sebulat suara berkata responden (pihak menuntut) gagal mengetepikan beban seperti yang diperuntukkan Seksyen 61(4) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Fama Beli Duku Daripada Pekebun Di Terengganu Untuk Stabilkan Harga


Bagi menstabilkan harga buah duku di pasaran tempatan dan negara jiran, Lembaga Pemasaran dan Pertanian Persekutuan (Fama) membeli buah duku daripada pekebun-pekebun duku di negeri ini.

Pengarah Fama Wilayah Pahang/Terengganu Mamat Yunos berkata Fama setakat ini sudah membeli lebih 200 tan metrik duku pada harga RM1,100 setan metrik.

"Sekarang ini kita sedang rancak membeli buah duku dari ladang-ladang di sekitar kawasan Besut, Hulu Terengganu dan Marang," katanya Khamis.

163 Laman Web Iklan Produk Kesihatan Ditutup

Sebanyak 163 laman web yang dikesan mengiklan dan menjual produk kesihatan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan telah disekat dan ditutup pada Jun lepas.

Menteri Kesihatan  Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata laman web berkenaan dikesan melalui operasi bersepadu melibatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, polis dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Jumlah laman web yang ditutup itu juga meningkat apabila sebanyak 99 laman web ditutup dalam operasi bersepadu yang sama dijalankan pada September hingga Oktober tahun lepas.

Muhyiddin Minta Pengundi DUN Sungai Limau Memberikan Kemenangan Kepada BN

Barisan Nasional (BN) meminta pengundi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Kedah, pada 4 Nov agar 'lebih mesra' dengan memberikan kemenangan kepada BN yang kembali menerajui negeri itu selepas pilihan raya umum lepas.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan negeri kini dipimpin tokoh muda berkaliber Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai Menteri Besar yang mampu membawa Kedah menjadi lebih maju.

"Cabaran bagi BN dan Umno di kawasan itu bukan mudah tetapi kita anggap ia sebagai satu cabaran yang perlu kita hadapi dan membantu dalam memberi kemenangan kepada kita," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Badan Perhubungan Umno Melaka di Bandar Hilir, di Melaka kelmarin.

PRK Dun Sungai Limau 4 November

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau bakal diadakan pada 4 November depan. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan perkara tersebut, semalam.

 "SPR telah menetapkan penamaan calon pada 23 Oktober dan pengundian biasa pada 4 November 2013. "Permohonan undi pos boleh dibuat pada hari ini (semalam).

"Tarikh tutup undi pos luar negara adalah pada hari penamaan calon (23 Oktober) dan untuk petugas media dua hari selepas penamaan calon", katanya.



Malam Bahasa Semarakkan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2013 Terengganu

Bagi menyemarakkan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2013, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur dengan kerjasama Pejabat Daerah Hulu Terengganu akan mengadakan program Malam Bahasa Jiwa Bangsa, pada Rabu depan.

Pengarah DBP Wilayah Timur Azmi Ibrahim berkata program yang akan berlangsung di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu itu merupakan program apresiasi sastera sempena sambutan bulan bahasa peringkat negeri Terengganu.

"Program ini bertujuan menyatukan semangat dan suara rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dalam menzahirkan kempen bulan bahasa kebangsan melalui pendeklamasian puisi, persembahan budaya dan tradisional, serta nyanyian selain memartabatkan bahasa kebangsaan.

Thursday, October 3, 2013

Ahmad Said Saran MSNT Kaji Kaedah Terbaik Tahap Keselamatan Pelumba

Ahmad Said dan isteri melawat keluarga pelumba yang maut semalam - Gambar TV3
Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) disaran mengkaji kaedah terbaik bagi memastikan tahap keselamatan atlet lumba basikal di negeri ini lebih terjamin.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata penambahbaikan itu penting bagi mengelak insiden kemalangan maut melibatkan pelumba negeri, Mohamad Asmu'i Ali, 20, semalam tidak berulang pada masa depan.

"Saya difahamkan mereka telah mengikut standard prosedur yang ditetapkan tapi malang tidak berbau kemalangan itu tetap terjadi itulah yang dikatakan takdir, dah sampai masa dan sampai giliran dia...kira redha.

"Walaupun kita sentiasa memberikan peringatan namun perkara ini tidak dapat dielakkan dan masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu dibaiki dan dipertingkatkan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengunjungi rumah keluarga Allahyarham Mohamad Asmu'i Ali di Kampung Dusun, Kuala Ibai di Kuala Terengganu hari ini.

Mohamad Asmu'i maut akibat cedera parah digilis van pengiring setelah terjatuh di Kilometer 71, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Kampung Batu Tiong, Pulau Serai pada kira-kira 11 pagi semalam.

Ahmad Said berkata kerajaan negeri akan mempertimbangkan bentuk bantuan yang wajar diberikan kepada keluarga Allahyarham bagi menghargai sumbangan dan jasanya dalam sukan lumba basikal.

"Saya ucapkan takziah kepada keluarga Asmu'i dan harap keluarganya bersabar. Negeri (Terengganu) juga kehilangan seorang pelumba basikal yang berbakat dan akan mewakili Terengganu ke temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2014 di Perlis," katanya.

Ahmad Said , yang ditemani isterinya, Toh Puan Norliza Mahmud, turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga mangsa.

Sementara itu, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri Supt Alias Hashim berkata pihaknya bersedia bekerjasama dengan pihak persatuan jika memerlukan polis pengiring.

"Saya harap akan ada satu perjumpaan yang membabitkan pihak polis trafik dengan pihak MSNT bagi membincangkan mengenai perkara ini," katanya.

Rayuan Pendakwa Terhadap Pembebasan Anwar 11, 12 Disember Deepan

Mahkamah Rayuan menetapkan 11 dan 12 Disember untuk mendengar rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas kes itu dikemukakan di hadapannya untuk pengurusan kes.

Mewakili pihak pendakwa ialah Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah manakala Anwar diwakili Karpal Singh.

Anak 10 Tahun Jadi Pemuas Nafsu Bapa Di Bandar Al-Muktafi Billah Shah

Suspek yang turut memiliki dua isteri ini dibawa ke Kompleks Mahkamah di Kuala Terengganu, kelmarin, untuk mendapatkan perintah tahanan reman mengikut Seksyen 376 B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.
Seorang penjaga dusun tergamak menjadikan anak sulungnya sebagai pemuas nafsu sejak mangsa berusia 10 tahun dan berlarutan sehingga mangsa kini berusia 16 tahun, dalam kejadian di Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun.

Menurut sumber, perbuatan jijik suspek berusia 38 tahun terhadap mangsa terbongkar selepas dipaksa ibunya menceritakan kejadian sebenar apabila dimaklumkan perubahan sikap mangsa yang cuba melarikan diri serta terlalu takut setiap kali berhadapan suspek.

Perubahan ketara anak sulung daripada tiga beradik itu mula disedari ibu saudaranya selepas mangsa dirogol dalam kejadian terbaru 12 September lalu, kira-kira jam 9.30 malam di sebuah kebun di Bandar AMBS Dungun sebelum memaklumkan kepada ibunya.

Pelumba Basikal Terengganu Maut Dalam Nahas Jalan Raya, Khairy, Naim Ucap Takziah

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi akaun twitternya megucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohamad Asmu'i Ali. "Al Fatihah dan takziah kepada keluarga pelumba basikal Terengganu Mohd Asmu'i Ali Awang, 19, yang maut ketika menjalani latihan di sepanjang Jalan Kuala Terengganu-Kuantan pada 11.30 pagi," katanya.

Timbalan presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Naim Mohamad dalam satu kenyataan turut mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham bagi pihak PKBM.

"Negara kehilangan seorang pelumba muda yang berbakat. Kemalangan boleh berlaku di mana sahaja. Kami (PKBM) sangat sedih di atas kemalangan yang telah menimpa Allahyarham.

Pemberian E-book Beri Kesan Baik Kepada Pelajar Di Terengganu

Usaha kerajaan negeri Terengganu memperkenal penggunaan e-Book di kalangan pelajar sekolah rendah menampakkan kejayaan dengan sesetengah sekolah menunjukkan perkembangan akademik memberangsangkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas Negeri
Ghazali Taib berkata sebagai contoh kejayaan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bunga di Kuala Terenggaanu dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas apabila melaksanakan sistem kelas maya secara optimum.

"Apa yang kita lihat, penggunaan e-Book walaupun tidak capai tahap 100 peratus, tetapi ada kemajuan dari segi penggunaan ICT.

PAS Mahu PRK DUN Sungai Limau Diadakan Sebelum Belanjawan 2014

PAS kelmarin mencadangkan agar pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau diadakan sebelum pembentangan Belanjawan 2014 pada 25 Okt.

Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata selain mengelak persepsi kerajaan menggunakan pembentangan belanjawan untuk menarik pengundi, pelaksanaan segera PRK itu juga dapat mengelak pertembungan dengan pemilihan Umno dan PAS.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu menunggu sehingga Khamis ini untuk mengadakan mesyuarat berkaitan kekosongan DUN Sungai Limau kerana ia perlu disegerakan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Kerajaan Terengganu Rancang Pembangunan Bandar-bandar Di Seluruh Negeri


Kerajaan Terengganu menyediakan perancangan terperinci dalam membangunkan bandar-bandar utama di semua daerah negeri ini bagi memastikan rancangan pembangunan itu sesuai dengan peredaran masa dan kehendak rakyat.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata hasil pembangunan yang dirancang itu akan dapat dilihat dalam tempoh lima tahun apabila muncul pembangunan bandar-bandar baharu yang lebih ketara di seluruh negeri.

"Sebagai contoh daerah ini (Kuala Terengganu), ia akan melibatkan pembangunan Kampung Ladang Sahak, Tanjung, Batas Baru, Gong Kapas, Cabang Tiga dan Kuala Terengganu City Centre (KTCC)," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Kuala Teregganu, Isnin.


LPT2 Menghubungkan Jabor-kuala Terengganu Siap September 2014

Jajaran Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang menghubungkan Jabor-Kuala Terengganu akan siap dan dibuka sepenuhnya pada September 2014.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan Negeri Ir Rosli Othman berkata jajaran sepanjang 184 kilometer itu melibatkan 15 pakej.

"Daripada 15 pakej itu, sebanyak tujuh pekej telah ditender semula dan kerja-kerja pembinaannya sedang berjalan," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Kuala Terengganu, Isnin lalu.

Hishammuddin: Keserasian 3 naib presiden terbukti

Keserasian tiga naib presiden Umno telah terbukti dalam memastikan Umno dapat kekal bergerak dalam satu entiti yang kukuh, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya, kalau ada tuduhan mengatakan wujud pakatan antara beliau dan dua lagi naib presiden iaitu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk mengekalkan jawatan itu, ia perlu dilihat dari segi keserasian. 

"Kita bergerak dalam satu entiti yang kukuh, kalau itu dikatakan pakatan ia tidak dapat dinafikan kerana kita mempunyai keserasian dalam menempuh pelbagai cabaran," katanya kepada pemberita selepas majlis Hari Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Bertemu Pelanggan di Jerteh, hari ini.

Kerajaan Tidak Akan Sekat Akses Laman Sosial Facebook - Ahmad Shabery Cheek

Kerajaan tidak akan menyekat akses akaun laman sosial Facebook atau laman-laman web yang lain kerana ia memberi banyak faedah kepada masyarakat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, walaupun terdapat pihak yang menyalahgunakan laman web atau laman sosial seperti Facebook untuk menyebar fitnah tetapi bukan semua terbabit dengan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

"Menyekat Facebook bukanlah satu pilihan yang baik. Ini kerana kita tahu ia banyak membawa faedah berbanding penyalahgunaan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Wednesday, October 2, 2013

Polis Tembak Mati Pembunuh Nasi Kukus Di Paka?

Polis menembak mati tiga penjenayah kerana dipercayai terlibat dengan kes bunuh, samun bersenjata dan curi kenderaan dalam insiden berbalas tembakan di Jalan Intan di Gerik, awal hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata sebelum itu, ketiga-tiga lelaki berumur 25 hingga 34 tahun dan berasal dari Kelantan itu ditahan dalam Ops Cantas, kira-kira pukul 1.40 pagi

"Kereta jenis Proton Wira yang dinaiki mereka berhenti ketika diarahkan polis, namun suspek terus mengundurkan kenderaan dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.

Kemudahan Perkhidmatan Pelanggan Airbus di Sepang Letak Malaysia Di Peta Antarabangsa


Kemudahan Perkhidmatan Pelanggan Airbus yang baharu akan meletakkan Malaysia di peta antarabangsa sebagai pusat untuk perkhidmatan kejuruteraan aeroangkasa khusus, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Pusat itu terletak bersebelahan kemudahan Kejuruteraan Pesawat Sepang (SAE), mewakili peluasan jaringan global dan menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan baik pulih pesawat penting khusus 24 jam.

Pejabat sedia ada yang menawarkan perkhidmatan ini terletak di Toulouse, Hamburg, Wichita dan Beijing. Bercakap pada majlis pembinaan hangar kedua di kemudahan SAE di Sepang hari ini.