Saturday, August 29, 2009

ADUN TERENGGANU BUKAN ‘WAKIL RAKYAT’?

Oleh Hambali Abdul Latiff

Bagi saya, sikap negatif (wakil rakyat BN) sedemikian memburukkan keadaan dan kalaupun ‘marah’ dengan Menteri Besar, mereka perlu sedar bahawa mereka tetap milik rakyat kerana rakyat yang mengundi mereka. Atau apakah mereka menerima arahan daripada pucuk pimpinan di Putrajaya supaya memboikot sidang DUN untuk memalukan Ahmad Said?

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada 24 Ogos lalu, berkata mana-mana wakil rakyat sama ada di peringkat Parlimen atau DUN perlu memahami bahawa antara tugas mereka ialah untuk menghadiri sesi sidang dewan.

''Tidak boleh tidak menghadirinya kecuali ada sebab. Budak-budak taman didikan kanak-kanak pun apabila ibu bapa tidak menghantar mereka pergi ke sekolah, guru akan tanya kenapa.

''Apatah lagi di peringkat lebih atas seperti sekolah menengah dan Parlimen, kita perlu memberikan sebab-sebabnya jika tidak dapat hadir," tegas beliau.

Kerana itu, adalah menarik untuk dilihat kes Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kota Siputeh, Kedah,yang dianggap kosong kerana mendakwa penyandangnya melanggar Artikel 51 UndangUndang Tubuh Kerajaan Negeri.

Datuk Abu Hassan Sarif daripada Barisan Nasional (BN), yang menjadi wakil rakyat Kota Siputeh selama penggal keempat berturut-turut, didapati tidak menghadiri dua kali berturut-turut persidangan DUN pada 9 April dan 9 Ogos lepas tanpa kebenaran.

Artikel 51 menetapkan bahawa jika mana-mana ahli Dewan Negeri tidak hadir dengan kebenaran Speaker dua kali mesyuarat berturut-turut, maka tempatnya hendaklah menjadi kosong.

Isu itu timbul selepas Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail menulis surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kedah memaklumkan mengenai kekosongan kerusi Kota Siputeh pada 17 Ogos lepas.

Itu di Kedah. Di Terengganu pula, isunya bukan sahaja tidak hadir tetapi memboikotnya. Ini terjadi pada sidang DUN Mei lalu.

Sepuluh wakil rakyat yang tidak menghadiri sidang Dewan itu ialah Adun Tepuh, Muhammad Ramli Nuh, Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Datuk Rosol Wahid (Ajil), Alias Abdullah (Alor Limbat), Zakaria Abdullah (Paka), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).

Alasan sudah diketahui umum kenapa boikot dibuat. Malah ekoran daripada peristiwa itu, perbicaraan akan dilangsungkan di mahkamah gara-gara isu sms ugut bunuh.

Itu boikot dengan tidak menghadiri sidang.

Tetapi pada Sidang DUN terbaru – Selasa dan Rabu lalu (25 dan 26 Ogos 2009 lalu) , beberapa wakil rakyat BN daripada UMNO, bagaikan ‘memboikot’ persidangan.

Kenapa? MEREKA TIDAK MENGAMBIL BAHAGIAN PADA SESI PERTANYAAN LISAN atau juga PERBAHASAN.

Dari 13 orang ADUN hanya wakil Permaisuri, Abd Halim Jusoh yang mengemukakan satu soalan sahaja pada hari pertama persidangan.

Amat wajar jika Menteri Besar, Datuk Ahmad Said melahirkan rasa sedih dan terkilan dengan tindakan wakil rakyat BN yang bersikap demikian.

Apabila pemberita bertanyakan beliau mengenai ketiadaan penyertaan wakil rakyat BN dalam mengemukakan soalan dan sesi perbahasan, Ahmad Said tidak mampu berbuat apa-apa kerana tidak berupaya mengawalnya.

“Saya nak buat macam mana, saya bukan ada ‘remote control’ boleh kawal, biarlah rakyat menilainya.

“Mereka itu wakil rakyat, dewan (DUN Terengganu) bersidang tiga kali setahun. Jadi inilah masanya mereka (ADUN) kemukakan masalah dan perjuangkan hak kawasan masing-masing,” jelasnya pada sidang akhbar di Tingkat 16, Wisma Darul Iman, 26 Ogos lalu.

Ini bukan kali pertama. Pada sidang Mei lalu, juga tidak ada soalan lisan daripada wakil rakyat BN.

Untuk setiap enakmen yang dibentangkan oleh Ahmad Said – termasuk peruntukan tambahan perbelanjaan, tanah bagi orang Melayu atau juga perkara lain, hanya dua anggota dewan BN bangun, iaitu Adun Tepuh dan ADUN Air Putih untuk menyatakan “Saya Menyokong’ untuk bacaan-bacaan bagi dua usul.

Bagaimanapun, kedua-duanya juga tidak membahasakan sebarang usul.

Jelas kesemua 13 ADUN BN mengambil tindakan membisu dan tidak menyatakan sebarang pendapat melalui perbahasan – menentang atau menyokong usul dan enakmen yang dibentangkan secara sengaja.

Adalah sesuatu yang aneh apabila usul Menteri Besar tidak dibahaskan oleh ADUN BN umpama rang undang-undang di Dewan Rakyat tidak dibahas oleh ahli Parlimen BN.

Secara jujur, inilah kali pertama saya melihat kejadian ‘memboikot’ seperti ini sama ada di Dewan Rakyat atau mana-mana sidang DUN sejak 25 tahun yang lalu.

BN Terengganu kini mempunyai 24 ADUN ( 1 Menteri Besar, 10 Exco dan 13 wakil rakyat) sementara PAS mempunyai 8 wakil di DUN Terengganu dan Datuk Harun Taib sebagai Ketua Pembangkang.

Persoalannya, kenapa wakil rakyat BN (UMNO) tidak mahu mengambil bahagian dalam soal jawab, perbahasan dan sebagainya?

Apakah isu yang dibawa oleh BN pada sidang itu tidak membabitkan rakyat? Apakah mereka sudah menyelesaikan semua tuntutan rakyat?

Contohnya dalam isu tambahan peruntukan dan enakmen membolehkan tanah orang Melayu digadai di Setiu, apakah ini tidak relevan untuk mereka bahaskan?

Kenapa ADUN PAS pula yang mengambil bahagian dan memberikan pandangan dan langsung tiada daripada wakil BN?

Atau mereka ini hanya Ahli Dewan Undangan Negeri yang profesyen mereka hanya makan gaji dan bukan ‘wakil rakyat’ yang mampu berbahas, mengemukakan pandangan serta berfungsi sebagai wakil rakyat pada sidang DUN.

Bagi saya, sikap negatif sedemikian memburukkan keadaan dan kalaupun ‘marah’ dengan Menteri Besar mereka perlu sedar bahawa mereka tetap milik rakyat kerana rakyat yang mengundi mereka.

Atau apakah mereka menerima arahan daripada pucuk pimpinan di Putrajaya supaya memboikot sidang DUN untuk memalukan Ahmad Said?

Jika tidak, apakah pucuk pimpinan melihat telatah wakil rakyat BN ini sebagai sesuatu yang wajar dilakukan?

Atau pucuk pimpinan UMNO dan Putrajaya merestui tindakan seperti ini sebagai precedent kepada negeri-negeri lain jika mereka menentang atau tidak bersetuju dengan Menteri Besar ?
Jika mereka ‘wakil rakyat’ mereka akan membawa masalah atau permintaan rakyat ke DUN, iaitu tempat paling ‘mulia’ berbicara, berbahas dan mengemukakan pendapat.

Namun, ternyata ADUN UMNO Terengganu mungkin melihat sidang DUN bukan tempat meluahkan perasaan atau pesanan rakyat kawasan mereka sebaliknya suatu persidangan biasa yang tidak penting pun untuk mereka.

Kalau mereka merasakan sidang DUN penting, mereka pasti tidak akan memboikotnya – sama ada secara tidak datang atau langsung tidak mengemukakan soalan lisan dan berbahas di atas kepentingan rakyat bagi isu, usul atau enakmen yang dibentangkan.

Lagipun, kalaupun mereka ini memboikot sidang DUN dengan apa cara sekalipun, apa yang boleh dilakukan oleh UMNO Pusat, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri atau Menteri Besar?
Ini kerana sebelum ini pun, tiada apa-apa amaran atau tindakan susulan dikenakan.

Apakah kejadian boikot yang berlaku pada sidang DUN ini ‘tidak besar’ atau tidak penting bagi UMNO Pusat atau Putrajaya sehingga kesemua mereka terlepas begitu sahaja?

Yang penting bagi mereka - biar Ahmad Said malu dan mesej mereka sampai bahawa kemelut politik UMNO di Terengganu sebenarnya masih panas walaupun Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata ia sudah reda.

Melihat apa yang berlaku pada sidang DUN dua hari itu, apa yang diperkatakan oleh Hishamuddin itu tidak benar.

Kita menunggu apa lagi silap mata kumpulan yang menentang Ahmad Said akan lakukan selepas ini?

Bazar Ramadan Dataran Shahbandar meriah…

Penularan wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1) tidak menghalang orang ramai berkunjung ke bazar Ramadan untuk membeli juadah yang menjadi satu aktiviti ‘tradisi’ setiap tahun menjelang bulan puasa.

Rata-rata peniaga bazar Ramadan Dataran Shahbandar mengakui kebenaran itu kerana kehadiran pengunjung tidak jauh berbeza jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.

Apa yang pasti bazaar itu tetap meriah dan laluan di sekitarnya boleh dikatakan sesak setiap petang.

Kedatangan pengunjung yang bertali arus membuatkan peniaga bersemangat menjual walaupun sesekali diganggu hujan lebat.

Pebagai jenis kueh-mueh, lauk-pauk dan minuman boleh didapati di situ. Masakan tempatan paling popular tetapi pengunjung juga boleh membeli masakan luar termasuk laksa Penang.

A&W laksana cara mesra masyarakat

Sumber: Sinar Harian

A&W Malaysia Sdn Bhd akan terus mendekati masyarakat terutama ketika Ramadan demi memastikan imej restoran itu turut dikenali masyarakat luar bandar.

Usaha itu adalah program jangka panjang setelah A&W cawangan Kemaman diubahsuai menjadi lebih moden dan berimej milenium.

Ketua A&W Malaysia Sdn Bhd, Mohd Anuar Osman, berkata, sudah tiba masanya pendekatan ‘mesra masyarakat’ dilaksanakan, selain menyemai semangat cintakan bangsa sendiri.

“Ini selaras dengan pelancaran Tabung Kanak-Kanak Kelaparan Sedunia (WHRP) bertujuan mengumpul dana bagi golongan itu.

“Saya mahu semua kakitangan A&W menanam sikap menyayangi pelanggan bagaikan keluarga mereka sendiri,” katanya baru-baru ini.
Mohd Anuar berkata demikian selepas Majlis Pelancaran A&W cawangan Kemaman berwajah baru disempurnakan yang dihadiri lebih 200 pelanggan.

Menurutnya, pendekatan yang dilakukan adalah lebih kepada tanggungjawab sosial demi membantu mereka yang memerlukan.

“Semua pihak harus bekerja keras merealisasikan impian ini.

”Saya harap kakitangan A&W Kemaman bersikap proaktif selain mempunyai daya juang tinggi untuk menaikkan prestasi syarikat,” katanya.

Menurutnya, A&W Kemaman adalah cawangan ke-20 yang dinaik taraf membabitkan kos pembiayaan RM900,000.

“Hujung bulan ini, cawangan yang akan diubahsuai adalah di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

“Dalam pelan peranca-ngan jangka panjang (2015) kami menyasarkan mempunyai 100 cawangan seluruh Malaysia,” katanya.

Sementara itu, pada majlis sama, pertandingan mewarna membabitkan lebih 20 kanak-kanak tabika diadakan bagi mencari pemenang paling kreatif dan mempunyai semangat juang tinggi.:

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Mohd Anuar.

Maskot A&W, Mr Bear tidak ketinggalan menghiburkan pengunjung sepanjang majlis berlangsung.

Solat Terawih bersama imam Timur Tengah


Penduduk di daerah Marang berpeluang menunaikan solat Terawih berimamkan imam dari Timur Tengah di beberapa buah masjid terpilih sepanjang Ramadan kali ini.

Pegawai Agama Daerah Marang, Mohd Ariffin Jusoh berkata, imam terbabit ditempatkan di Masjid Sultanah Nur Zahirah, Bandar Marang, semalam.

Hari ini, mereka ditempatkan di Masjid Sultanah Nur Zahirah, Masjid Merchang dan Masjid Alor Limbat.

Menurut Mohd Ariffin, esok pula, mereka akan mengimamkan solat Terawih di Masjid Wakaf Tapai, Masjid Kelulut dan Masjid Binjai Bongkok.

Sementara pada Isnin 31 Ogos, imam berkenaan akan berada di Masjid Pak Madah, Masjid Pulau Kerengga dan Masjid Bukit Payong.

Mereka akan ke Masjid Binjai Rendah, Masjid Haji Ahmad Ibrahim, Rhu Rendang dan Masjid Kubu pada 1 September, kemudian kembali ditempatkan di Masjid Sultanah Nur Zahirah pada 11 September ini.

Sehubungan itu, kami amat berharap orang ramai mengambil peluang ini untuk turut sama mengimarahkan masjid,” katanya.

Menurut Mohd Ariffin, bersolat Terawih bersama imam dari Timur Tengah perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.

Thursday, August 27, 2009

"Warkah Harapan" dalam kapsul dibuka 50 tahun akan datang

Sedikit kelainan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu semalam apabila pada akhir persidangan, semua ADUN sebulat hati memberikan kerjasama menjayakan ‘Warkah Harapan’ sempena 50 tahun DUN Terengganu.

Warkah dibuat khas untuk harapan generasi akan datang sempena kali ke-50 sidang DUN Terengganu itu mengandungi pesanan dan harapan ADUN Terengganu dan akan dibuka pada 2059.

Beliau berkata, warkah tersebut akan dijadikan tatapan untuk generasi akan datang mengenai apa yang menjadi rahsia seperti yang terkandung di dalam warkah itu.

"Kita harap semua ahli Yang Berhormat masukkan warkah ke dalam kapsul masa ini dan ia akan menjadi rahsia yang hanya akan dapat dibuka pada 50 tahun akan datang.

"Kita pun tak tahu sama ada kita sempat atau tidak untuk membukanya. Di kalangan kita dalam Dewan ini pun saya percaya tak ramai yang sempat (mungkin sudah meninggal dunia)," katanya sebelum mengumumkan penangguhan sidang DUN Terengganu hari ini.

Kesemua 32 ADUN memasukkan warkah khas ke dalam kapsul masa sebelum persidangan itu ditangguhkan pukul 12 tengah hari.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata, kapsul masa itu akan disimpan sebagai rahsia sebelum dibuka semula 50 tahun akan datang iaitu pada 2059.

Tengku Putera juga berkata, warkah itu disediakan khas dengan tulisan mata pena khas oleh pihak Arkib Negara cawangan Terengganu agar tidak luntur sehingga 50 tahun akan datang.

Tanah Melayu Setiu boleh pindah milik

Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini meluluskan Enakmen Tanah Simpan Orang Melayu bagi membolehkannya dipindah atau dipindah milik kepada orang lain.

Bagaimanapun kuasa itu tidak menyeluruh kerana ia hanya membabitkan tanah milikan Melayu dan Persatuan Nelayan Setiu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said berkata, dengan kelulusan itu akan membolehkan tanah Melayu di kawasan terbabit dimaju atau digadai untuk tujuan komersil.

Katanya, pemilik tanah hanya dibenarkan menggadai atau memindah milik kepada Persatuan Nelayan Setiu.

''Kaedah dan perincian mengenai cadangan itu akan ditentukan kemudian," katanya selepas sesi perbahasan pembentangan Enakmen Tanah Simpan Orang Melayu (Pindaan) 2009 di Kuala Terengganu semalam.

Mengenai pembangunan penduduk Pulau Duyung dan sekitar sebagaimana dibangkitkan Dr. Alias Razak (Pas-Bukit Tunggal) Ahmad Said berkata, projek pembinaan akan dimulakan apabila segala urusan termasuk pengambilan balik tanah selesai.

Katanya, pembinaan penempatan tentunya mengambil masa kerana ia membabitkan penduduk yang padat selain pengambilan balik tanah.

"Bila mahu diambil balik...tentunya penempatan baru akan disediakan.

"Salah satu kaedah ialah mendirikan penempatan di kawasan projek perumahan kerajaan yang baru disiapkan, saya harap penduduk bersabar kerana ia tetap dilaksanakan," katanya.

Tukang Karut Malaysian Insider?

Daripada : dukeofumno

Kelmarin, 25 Ogos 2009, Malaysian Insider mendedahkan bahawa Ust. Harun Taib bagaikan "hero" penyelamat kerajaan BN Terengganu. Malaysian Insider dengan bangganya memberikan "hikayat" ceritera politik untuk melariskan "hit" portalnya.

Menurut "tukang karut" Malaysian Insider, Ust. Harun Taib yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu di telah menghalang 9 orang ADUN BN dari "melompat" menyertai PKR dan membentuk kerajaan Pakatan Rakyat di Terengganu. Kononnya Harun lebih senang berurusan dengan MB Datuk Ahmad Said.

Dicanangkan pula nama YB Rosol Wahid sebagai "dalang" ketua kepada "coup de tat" politik kerajaan Terengganu itu telah berjumpa dengan Anwar untuk berbincang mengenai hal ini. Dah di"jual"nya pula nama YB Rosol! Mentang-mentanglah kerajaan Terengganu sedang mengalami "kemelut" kepimpinan lama dan baru. Sedap mulut je Malaysian Insider buat cerita. "Scoop"lah kononnya tu! "Khabar angin" katanya?

Semalam pula, 26 Ogos 2009, YB Rosol Wahid dengan tegasnya menafikan laporan Malaysian Insider itu. "Khabar angin" itu dijawab dengan jelas oleh YB Rosol. Mereka setia dengan BN dan tidak pernah sekalipun berbincang mengenai "lompat melompat" ini dengan mana-mana pihak.

Walaupun mereka sedar bahawa terdapat sedikit "salah faham" diantara ADUN-ADUN BN di Terengganu, namun perkara itu tidaklah sampai ke tahap "sanggup mengkhianati amanah rakyat dan parti". Sememangnya ada sedikit kemelut dalaman di kalangan ADUN-ADUN BN di Terengganu, namun mereka semua yakin bahawa kemelut itu akan berakhir dalam sedikit masa lagi berikut jaminan yang diberikan oleh Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Yang menariknya pula, setelah di"follow up" kepada Ustaz Harun Taib mengenai perkara ini, Harun dengan "selamba"nya menafikan dan menyatakan bahawa dirinya sikit pun tidak tahu menahu tentang senario ADUN "lompat-melompat" di Terengganu ini. Jadi, bagaimana pula Malaysian Insider boleh menabalkan Harun Taib sebagai "hero" penyelamat pula? Tak ke "kantoi" namanya tu?

Mana Malaysian Insider nak letak muka? Dan terang-terang Malaysian Insider menipu! Nampaknya Malaysian Insider sudah menuju ke arah portal "sampah". Malaysian Insider sudah berjalan seiringan dengan Malaysia Today hasil kerja tangan Raja Petra. Apakah Malaysian Insider berharap dapat menjadi "Malaysia Today Kedua"? Tak mahu buat "akuan bersumpah" macam Raja Petra ke? Siapakah dibelakang Malaysian Insider? Ada sesiapa boleh beritahu? Nampak macam ada perkataan "Kali" di belakang Malaysian Insider tu. "Kali" apakah itu? "Bentong Kali" ke?

197 pelajar ditangkap khalwat

Sebanyak 197 pelajar sekolah menengah serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negeri ini ditangkap khalwat dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Daripada jumlah itu, Kemaman mencatatkan kes tangkapan kes tertinggi iaitu 126 kes manakala Dungun (55), Besut (49), Kuala Terengganu (35), Marang (29), Setiu (8) dan Hulu Terengganu lima kes.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, Bahagian Penguat Kuasa Syariah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) telah mengambil langkah bagi mengurangkan kes berkenaan.

Beliau berkata, antaranya ialah mengadakan program penerangan mengenai kesalahan jenayah syariah serta implikasi terhadap kesalahan berkenaan.

Katanya, kempen juga diadakan di sekolah serta institusi pengajian tertinggi terbabit di seluruh daerah dengan kerjasama agensi-agensi pertubuhan belia dan Rukun Tetangga.

"JHEAT juga mengadakan penerangan khas kepada pegawai-pegawai dan ahli jawatankuasa masjid, pemimpin-pemimpin masyarakat dan lain-lain untuk diberi penjelasan pula kepada segenap lapisan masyarakat mengenai usaha menangani kes berkenaan," katanya.

Beliau menjawab soalan bertulis Mohd. Nor Hamzah (Pas-Bukit Payung) berhubung isu tangkapan khalwat pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Mengulas lanjut Razif berkata, JHEAT juga membuat rondaan, risikan, pemeriksaan mengejut di hotel-hotel, chalet, rumah rehat, pusat hiburan, taman rekreasi dan seterusnya membuat pendakwaan di mahkamah mengikut bidang kuasa yang ada.

Rosol – Lain hulu lain parang...

ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid berpendapat, strategi menjaga setiap individu adalah penting dalam keadaan politik di Terengganu sekarang.

Beliau berharap peranan ketua lima perlu diaktifkan semula dan jangan sibuk berpolitik sesame UMNO.

Katanya, kedatangan Pengerusi UMNO Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein ke Terengganu beberapa hari yang lalu dengan kehadiran begitu ramai orang pada beliau bukan satu petunjuk kekuatan UMNO Terengganu.

“Kehadiran begitu ramai orang pada saya bukan indikator kekuatan UMNO dan BN Terengganu.

“Strategi sekarang ialah menjaga setiap individu...atau 'head count'...ini lebih penting. Peranan ketua lima perlu diaktifkan semula. Malangnya kita hanya sibuk berpolitik sesama kita, “ tegasnya.

Melalui blognya Rosol berkata, beliau mempunyai harapan yang menggunung agar UMNO terus perkasa, terutama di bawah kepimpinan mantan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

“Harapan kita agar diadakan program-program memperkasakan UMNO dan BN. Saya katakan demikian kerana masa telah terlalu suntuk untuk pilihanraya akan datang. Sehingga kini saya tidak melihat satu usaha ke arah itu...,” tegasnya.

Beliau mengakui mungkin tidak terlihat atau tersalah pandang barangkali.

“Saya tidak tahu sejauhmana kefahaman Pengerusi Perhubungan tentang senario politik Terengganu. Kalau nak disamakan dengan politik Johor, saya rasa satu kesilapan.

“Saya bercakap dengan orang kuat UMNO Johor bahawa orang Melayu Johor amat taksub kepada UMNO. Dan ini berbeza dengan Terengganu..” tegasnya.

Diakhir penulisannya Rosol berkata: “Lain hulu lain parang...lain padang lain belalang..”.

Dungun mendahului kes H1N1 di Terengganu

Sebanyak 895 kes influenza A (H1N1) dikesan di negeri ini sehingga kelmarin oleh Jabatan Kesihatan Terengganu sejak wabak itu menular ke seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna, Dr. A. Rahman Mokhtar berkata, bagaimanapun tiada kes melibatkan kematian dilaporkan.

Beliau menambah Dungun mencatatkan kes jangkitan tertinggi sebanyak iaitu 180 kes, diikuti Kuala Terengganu (146), Marang (145), Hulu Terengganu (136), Setiu (133), Kemaman (99) dan Besut (56).

"Melalui hasil laporan sebanyak enam kes penularan melibatkan kes import dan selebihnya adalah melibatkan kes tempatan.

"Sehingga semalam terdapat sebanyak 28 buah sekolah dan 12 buah institut pengajian tinggi (IPT) termasuk Pusat Latihan Khidmat Negara dan asrama telah ditutup," katanya semasa menjawab soalan lisan Dr. Alias Razak (Pas-Bukit Tunggal) berhubung jumlah rakyat Terengganu yang dijangkiti H1N1 di Persidangan Dewan Undangan Negeri semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, walaupun jumlah kes dicatatkan tinggi namun kerajaan negeri masih belum merancang untuk memberikan vaksin tersebut kepada pesakit.

Beliau memberitahu, vaksin yang diperlukan tersebut masih belum terdapat di pasaran dan keberkesanannya juga masih diragui.

"Setakat ini hanya pesakit berisiko tinggi sahaja akan diberikan pelalian ini kerana mereka mudah dijangkiti," jelasnya.

Budak putus tiga jari kena mercun

Seorang kanak-kanak, Muhammad Nur Sufyan, 6, dari Kampung Chabang Tiga, di sini, hilang tiga jari tangan kiri selepas terkena mercun pada hari pertama umat Islam berpuasa, Sabtu lalu.

Bapa mangsa yang hanya mahu dikenali Pak Zuki, 46, berkata beliau tidak tahu sama ada mercun yang meletup kira-kira jam 8.25 malam itu dibakar oleh anaknya atau kanak-kanak lain yang bermain di halaman rumahnya.

Katanya, selepas berbuka puasa beliau melihat anaknya keluar bersama sebatang lilin untuk bermain dengan beberapa rakannya di halaman rumah.

“Tidak lama kemudian saya terdengar letupan kuat dan melihat anak saya naik ke rumah dalam berlumuran darah dan saya bergegas membawanya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapat rawatan lanjut.

“Saya tak tahu sama ada dia bermain mercun atau terkena mercun sesat. ..Yang pastinya, saya tidak akan salahkah mana-mana pihak lain hingga anak saya ini kehilangan tiga jari,” katanya ditemui di HSNZ di sini, semalam.

Muhammad Nur Sufyan kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan merawat luka selepas kehilangan ibu jari, jari telunjuk dan hantu serta luka ringan di muka dan badan.
Sementara itu, Pengarah HSNZ, Dr Mohd Jusoh ketika dihubungi mengesahkan mangsa masih diberi rawatan di wad 5CD.

Wednesday, August 26, 2009

Kemelut Umno Terengganu akan selesai

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, yakin kemelut politik di Terengganu akan dapat diselesaikan tidak lama lagi berdasarkan sokongan majoriti wakil rakyat Barisan Nasional (BN) terhadap beliau sekarang.

Katanya hubungan beliau dengan wakil-wakil rakyat BN semakin baik dan keadaan itu dapat dilihat dengan kehadiran mereka pada persidangan dua hari Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, yang berakhir hari ini.

"Apabila kita cadangkan (usul) mereka menyokong dan apabila pengundian dijalankan mereka semua setuju," katanya kepada pemberita selepas persidangan dewan hari ini.

Ditanya mengenai sikap wakil-wakil Barisan Nasional yang berdiam diri tanpa mengambil bahagian dalam perbahasan, seolah-olah membuat protes secara senyap terhadap beliau, Ahmad berkata: "Kita nak buat macam mana?"

"Saya bukan ada remote control yang boleh kawal keluar suara dan sebagainya macam nak buat jalut bercakap. Jadi biarlah rakyat menilai sendiri mereka.

Ahmad tidak menafikan masih ada "tiga atau empat" wakil rakyat BN yang enggan memberikan kerjasama kepada beliau untuk memimpin negeri itu serta sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu.

Katanya, beliau telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan wakil-wakil rakyat yang terlibat bagi menyelesaikan kemelut politik dalaman Umno itu.

"Tetapi ada yang berkeras lagi kerana ini melibatkan perasaan masing-masing, kita tengoklah macam mana nanti," katanya.

Rosol nafi beliau dan 8 Adun Umno sertai PKR

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Datuk Rosol Wahid, menafikan laporan sebuah portal berita kononnya beliau dan lapan lagi Adun bercadang meninggalkan Umno untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Beliau berkata, laporan portal The Malaysian Insider itu semata-mata untuk menjatuhkan imej Umno di samping sebagai provokasi supaya mereka menyertai PKR.

Ketika ditemui pemberita pada persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini hari ini, Rosol berkata beliau bersama Adun Umno yang lain itu tidak pernah pun berbincang mengenai perkara itu walaupun beliau mengakui masih wujud masalah dalaman dalam kalangan pemimpin parti itu di Terengganu.
"Perkara ini tidak akan berlaku dalam kumpulan kita. Khabar angin ini hanya untuk menimbulkan suasana tidak selesa di kalangan wakil rakyat kita (Umno).

"Apa yang pasti, kita masih lagi wakil rakyat BN...itu tiada kompromi. Apa yang berlaku sebenarnya bagi memastikan kerajaan kita kuat dan kita yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak," katanya.

The Malaysian Insider melaporkan sembilan Adun Umno diketuai Rosol dikatakan bersetuju menyertai PKR dan akan bergabung dengan lapan Adun Pas bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan baru di Terengganu.
Namun, menurut laporan portal itu, hasrat berkenaan terganggu apabila Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Harun Taib, yang juga Ketua Dewan Ulama Pas, tidak bersetuju dengan rancangan itu kerana beliau dikatakan lebih senang bekerjasama dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Ditanya mengenai tiada pembabitan wakil rakyat BN dalam sesi soal jawab dan perbahasan pada dua hari persidangan dewan itu berlangsung, Rosol mengakui perkara itu kerana masih ada masalah dalaman di kalangan wakil rakyat parti itu dengan Menteri Besar yang belum selesai.

"Malah, kita juga tidak dimaklumkan mengenai perkembangan terkini pembangunan negeri. Bagaimana kita nak pertahankan (pendirian kerajaan negeri dalam dewan) sedangkan kita pun tiada maklumat," katanya.

Tanpa mahu menjelaskan masalah dalaman yang berlaku, beliau berkata perkara itu sudah dibangkitkan semasa pertemuan dengan Najib pada 23 Ogos lalu.
Beliau berkata, Presiden Umno itu juga memberi jaminan bahawa kemelut politik yang berlaku di Terengganu akan diselesaikan segera.

Sementara itu, Harun yang juga Adun Manir, berkata beliau tidak tahu menahu mengenai sembilan Adun Umno akan menyertai PKR bagi membolehkan mereka bergabung dengan lapan Adun Pas untuk membentuk kerajaan baru di negeri ini.

Katanya, beliau ada berjumpa dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengadakan ceramah di Kemaman baru-baru ini, namun mereka tidak membincangkan mengenai pembentukan kerajaan baru itu.

"Apa yang disebut-sebutkan itu, tiada dalam maklumat saya," katanya.

DUN Terengganu mempunyai 32 kerusi, dengan 24 dikuasai Umno dan lapan oleh Pas.

Terengganu lulus peruntukan tambahan RM280j

Dewan Undangan Negeri Terengganu yang bersidang hari ini meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM280.814 juta bagi perbelanjaan rancangan kemajuan di negeri itu tahun ini.

Daripada jumlah itu, RM250.214 juta dibelanjakan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, RM600,000 (Pejabat Kerja Raya negeri) dan RM30 juta lagi Pejabat Pengarah Tanah dan Galian.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, peruntukan tersebut adalah dibenarkan dalam undang-undang dan dibuat oleh mana-mana kerajaan.

''Yang penting kesemua peruntukan disalur untuk membantu melicinkan pembangunan dan kesejahteraan rakyat di negeri ini," katanya.

Beliau menggulung pelbagai isu dibangkitkan oleh beberapa wakil pembangkang selepas usul mengenai permohonan peruntukan tersebut dilulus dan dibentangkan Ahmad Razif Abd.Rahman (BN-Seberang Takir).

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, peruntukan tambahan diperlukan kerana kerajaan negeri ingin melaksanakan pelbagai projek untuk rakyat.

Katanya, yang utama kerajaan negeri ingin membina sebanyak 10,000 unit rumah kos rendah mampu milik kepada golongan kurang berkemampuan bagi memastikan mereka mendiami rumah lebih selesa.

Selain itu, jelasnya, kerajaan negeri juga akan membina 5,000 unit rumah dan sebahagian lagi pembinaan 5,000 unit rumah kos rendah.

Mengenai soalan tambahan Datuk Harun Taib (Pas-Manir) berhubung pembinaan jambatan baru di negeri ini, Ahmad berkata, tidak timbul pelaksanaan berkait rapat dengan politik.

Katanya, hasil pengalaman ada juga pembinaan projek kemudahan asas termasuk jambatan dibuat kerana janji kerajaan manakala ada juga kerana keperluan atau permintaan semasa.

26 kes kesalahan hutan bernilai RM290,842,44

Sebanyak 26 kes kesalahan hutan dikesan dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini yang melibatkan anggaran nilai pokok sebanyak RM290,842,44.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said berkata, kesalahan itu melibatkan kes pembalakan haram, pemindahan kayu balak tanpa kebenaran dan pemilikan hasil hutan tanpa cukai.

Katanya, walaupun ia menunjukkan peningkatan dari segi jumlah kes kecurian, namun terdapat pengurangan daripada segi anggaran nilaian pokok.

"Tahun lalu hanya 23 kes dikesan sehingga akhir tahun yang melibatkan anggaran nilai pokok sebanyak RM1,101,659,90 berbanding pada tahun ini sebanyak 26 kes sehingga Julai.

"Hasil siasatan didapati terdapat tujuh kes pembalakan haram yang merupakan kes sejak tahun lalu dan sebanyak lima kes baru pada tahun ini.

"Daerah yang mencatatkan kesalahan hutan yang mempunyai jumlah nilaian pokok tertinggi pula adalah Ajil iaitu RM127,704,50," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan bertulis Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (Pas-Ladang) di Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Said berkata, dari segi perundangan kes-kes ini akan diambil tindakan di bawah Seksyen 15, 40 dan 84 Akta Perhutanan Negara.

"Seksyen itu merangkumi larangan mengambil hasil hutan dari hutan simpanan atau tanah kerajaan melainkan jika dilesenkan.

''Selain itu, larangan memindah apa-apa hasil hutan dari tanah milik, tanah rizab, tanah lombong atau tanah milik sementara melainkan melalui lesen pemindah dan kesalahan memiliki hasil hutan secara menyalahi undang-undang," tegasnya.

Tambahnya, bagi membanteras kejadian kecurian balak beberapa langkah-langkah pencegahan telah diambil.

Antara langkah tersebut adalah mewujudkan pasukan rondaan di setiap daerah pentadbiran.
''Langkah lain adalah mewujudkan peta hot spot bagi kawasan tumpuan rondaan dan meningkatkan rondaan, semakan di kawasan hot spot, menggali parit di jalan masuk hutan, menyita peralatan kilang dan mempergiatkan pemeriksaan kayu-kayu balak dalam transit,'' katanya.

JPA keluar pekeliling larang penjawat awam sertai perhimpunan haram

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan pekeliling yang melarang penjawat awam melibatkan diri dalam perhimpunan haram atau apaapa bentuk gerakan yang boleh menganggu ketenteraman awam dan mengancam keselamatan negara.

Pekeliling itu yang bertarikh 13 Ogos dan ditandatangani Ketua Pengarah JPA Tan Sri Ismail Adam menggariskan bentuk larangan iaitu:

• penglibatan secara aktif di luar waktu bekerja dengan menyertai apaapa bentuk gerakan atau perhimpunan haram yang dianjurkan oleh manamana pihak;

• menggunakan masa pejabat dan meninggalkan pejabat untuk melihat dan menyertai gerakan atau perhimpunan haram dan

• menggunakan peralatan pejabat seperti mesin cetak dan mesin penyalin, komputer untuk mencetak dan mengedar risalah berkaitan apaapa gerakan atau perhimpunan haram.

Ismail berkata jika cukup bukti, penjawat awam terlibat dalam perhimpunan haram atau sebarang gerakan yang boleh mengancam keselamatan negara, mereka boleh disabitkan kesalahan kerana melanggar tiga tatakelakuan penjawat awam khususnya Peraturan 4(1) PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 iaitu tidak memberi taat setia kepada Yang diPertuan Agong, negara dan kerajaan dan boleh dikenakan tatatertib.

Katanya dua lagi peraturan ialah Peraturan 4(2))a),(b) dan (c) iaitu penjawat awam tidak boleh membelakangkan tugasnya dan membiarkan kepentingan peribadi bercanggah dengan tugasnya serta Peraturan 21(1) dan (2) mengenai larangan penglibatan penjawat awam dalam politik.

Ismail berkata ketiga-tiga peraturan itu bertujuan mempertahankan prinsip "Berkecuali" dan "Kesaksamaan" dalam perkhidmatan awam disamping berlandaskan konsep integriti bagi memastikan perkhidmatan awam merupakan perkhidmatan yang benarbenar stabil serta berkecuali terhadap mana-mana pihak, kumpulan termasuk gerakan, fahaman dan parti politik.

Oleh yang demikian, katanya, penjawat awam hendaklah melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan untuk memberi perkhidmatan kepada orang awam.

Terengganu akan tarik balik saman terhadap kerajaan pusat

Kerajaan Terengganu sepatutnya menerima wang royalti minyak secara langsung daripada kerajaan persekutuan lebih RM15 bilion dari tahun 2000 hingga sekarang.

Bagaimanapun, setakat ini, kerajaan negeri belum mendapat kesemua jumlah wang royalti tersebut kerana masih dalam peringkat perbincangan dengan Petronas.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata setakat ini, pihaknya di peringkat akhir perbincangan dengan Petronas sebelum kerajaan pusat bersetuju menyerahkan kembali pengurusan wang royalti minyak kepada kerajaan negeri.

Berikutan itu, Kerajaan Terengganu akan menarik balik kes saman terhadap kerajaan pusat berhubung isu wang royalti minyak selepas rundingan terhadap beberapa perkara berkaitan selesai.

"Rundingan untuk mengembalikan pengurusan wang royalti petroleum dan gas kepada kerajaan Terengganu sedang berjalan kerana ada perkara-perkara kecil yang kita tidak setuju.

"Sebab itu kita belum menarik balik kes (saman) tersebut. Bila perkara itu selesai baru wang royalti itu diserahkan kepada kerajaan negeri," katanya menjawab soalan Datuk Harun Taib (PASManir) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu semalam.

Saman terhadap kerajaan pusat berhubung isu wang royalti tersebut difailkan di mahkamah oleh PAS pada 2000 ketika memerintah Terengganu dari 1999 hingga 2004.

Pejabat Menteri Besar menang acara sukan

Pejabat Menteri Besar memenangi acara sukan antara pejabat itu dengan New Starits Times Kuala Lumpur baru-baru ini, selepas menang tiga daripada empat acara dipertandingkan.

Acara itu ialah bolasepak, bowling, bola jarring dan badminton. Pelawanan ini adalah kali kelima sejak diperkenalkan pada 1997.

NST memenangi acara terakhir dipertandingkan iaitu bolasepak dengan kemenangan 3-1.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Pengarang Kumpulan Pengurusan NST, Zainul Arifin Mohamed serta Pengarang kumpulan Berita Harian, Mior Kamarul Shahid hadir menyaksikan perlawanan di Stadium Sultan Nasiruddin Shah.

Ahmad Said dan Zainul Arifin turut menyampaikan hadiah.


Menteri Besar gembira kerana sukan ini bukan sekadar mereratkan silaturahim tetapi juga mendedagkan wartawan dan pekerja NST dengan perkembangan dan pembangunan Terengganu.

Zainul Arifin pula berharap kerjasama ini membolehkan media mendekati pentadbiran Terengganu secara lebih dekat, khususnya memahami slogan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan.

Terengganu tidak cadang beri kuasa pada pegawai masjid

Kerajaan negeri Terengganu tidak bercadang memberikan kuasa kepada pegawai masjidnya menahan tanpa waran orang Islam yang melakukan kesalahan membabitkan arak.

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata undang-undang serta penguatkuasa yang ada di negeri ini telah cukup untuk mengatasi masalah orang Islam melibatkan arak.

"Susah juga nak beri kuasa...takut salah guna kuasa dan sebagainya, sebab itu (menahan) kena ada tauliah dan pelantikan serta kursus.

"Lagipun kita dah ada pegawai penguatkuasa yang dilantik. Jadi saya rasa itu telah memadai dan tak perlu melibatkan pegawai masjid lagi," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu (DUN) di Kuala Terengganu semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah kerajaan negeri Selangor yang membenarkan pegawai masjid di negeri itu menahan orang Islam yang melakukan kesalahan melibatkan arak.

Empat pegawai masjid iaitu nazir, imam, bilal dan siak diberi kuasa itu mengikut kesalahan jenayah syariah mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Jangan salah guna wang zakat

Jangan salah gunakan bantuan zakat yang diberikan sebaliknya ia hendaklah digunakan untuk membeli barangan keperluan bagi membolehkan mereka melalui Ramadan dan beribadat dengan lebih selesa.

Ini kerana ada segelintir penerima yang menyalahgunakan bantuan zakat yang diberikan membeli barangan tidak berfaedah dan bukannya barangan keperluan harian.

Dalam mengutarakan nasihat itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh mengingatkan penerima bantuan zakat bahawa sumbangan itu dihulurkan untuk meringankan beban terutama membeli barangan keperluan harian.

"Tidak semua yang menyalahgunakan bantuan untuk memberi barangan tidak berfaedah terutama pakaian baru dan sebagainya tetapi ia sebagai peringatan kerana kita perlu memastikan bantuan yang diberikan itu memberikan manfaat dan digunakan sebaiknya," katanya.

Beliau berucap pada majlis penyampaian bantuan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) kepada 1,318 warga miskin di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepuh, baru-baru ini.

Walaupun bantuan yang diterima tidak banyak iaitu hanya RM250 tetapi jika digunakan sebaiknya ia dapat sedikit sebanyak menampung perbelanjaan harian terutama untuk membeli barangan keperluan sepanjang Ramadan, tambah Muhammad Ramli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepuh.

Sementara itu penerima bantuan yang ditemui meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas sumbangan yang akan membolehkan mereka melalui Ramadan dengan lebih selesa sekali gus menjadikan bulan ibadah ini dilalui dengan penuh bermakna.

Ibu tunggal dari Kampung Sungai Ikan, Senik Mat, 67, berkata walaupun sumbangan itu tidak sebesar mana bagi kebanyakan orang berada, tetapi bagi golongan sepertinya ia sangat bermakna untuk membolehkannya menyediakan keperluan Ramadan dengan lebih baik.

"Saya akan guna wang itu sebaik mungkin kerana yang paling penting adalah memastikan bekalan makan mentah sepanjang Ramadan ini mencukupi," katanya.

Warga emas, Nawang Mamat, 70, dari kampung yang sama akan menggunakan sebaik mungkin bantuan yang diberikan dengan hanya membeli barangan keperluan harian bagi membolehkan dia melalui Ramadan dengan hidangan yang lebih enak daripada biasa.

"Bantuan yang diberikan ini sudah mencukupi kerana saya tinggal berdua bersama isteri dan tidak banyak yang perlu dibelanjakan. Apa pun kami sangat bersyukur menerimanya," katanya

Monday, August 24, 2009

Pelan perniagaan baru PMINT

Bermula tahun depan (2010), Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) akan melaksanakan beberapa pelan perancangan perniagaan baru yang memperlihatkan penglibatan PMINT di dalam pelbagai bidang ekonomi.

PMINT berharap dengan pelaksanaan setiap perancangan perniagaan tersebut, ianya bukan sahaja akan memberi pulangan yang menguntungkan kepada PMINT, malahan akan turut menyumbang kepada peningkatan kadar pertumbuhan ekonomi negeri dan memberi manfaat kepada rakyat.

Pengurus Besarnya, Datuk Zakaria Awang, bekata penglibatan PMINT di dalam pembangunan hartanah akan terus kekal menjadi perniagaan utama untuk menjana pendapatan. Pada tahun ini, sebanyak 18 projek pembangunan hartanah sedang dalam pembangunan.

Beliau menyatakan perkara ini pada majlis makan malam anjuran PMINT di Taman Tamandun Islam Kuala Terengganu baru-baru ini.

Antaranya ialah Projek Paya Bunga Square dan beberapa projek premis perumahan komersial dan perkedaian serta projek bengkel dan kilang IKS di beberapa kawasan seluruh Negeri Terengganu yang berpotensi menjana keuntungan jangka masa panjang kepada PMINT.

Selain pembangunan hartanah, penglibatan PMINT di dalam sektor-sektor lain seperti pertanian dan perikanan, perkilangan dan pelancongan masih lagi aktif beroperasi melalui anak syarikat PMINT.

Dalam tempoh lebih dua tahun beroperasi, TADC Sdn. Bhd. dan TTI Management Sdn. Bhd. telah memperoleh pendapatan yang membanggakan daripada operasi mereka.

Walaupun pendapatan yang diperolehi tidak besar, namun operasinya telah menyumbang kepada usaha membantu Kerajaan Negeri membasmi kemiskinan dan merakyatkan pembangunan.

Begitu juga dengan Pertima Terengganu Sdn. Bhd. yang juga berjaya mengekalkan prestasi kewangannya.

Sidang DUN Terengganu bermula esok

Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu berlangsung lagi esok dan lusa.
Antara perkara yang menjadi tumpuan esok ialah usul wang pembangunan tambahan untuk pembangunan negeri dijangka berjumlah RM280.814 juta.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said juga dijangka mengemukakan beberapa enakmen berkaitan perbekalan tambahan 2009 dan tanah simpanan bagi orang Melayu 2009.
Persidangan dijangka bermula 9.30 pagi dengan soalan-soalan.

Sejauh ini tidak kedengaran kemungkinan akan berlaku ‘kejutan’ seperti sidang DUN 13-15 Mei lalu apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa mengarahkan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu yang tidak menghadiri persidangan DUN pada hari kedua kembali menunaikan tanggungjawab itu seperti biasa.

10 ADUN BN Terengganu itu enggan menghadiri hari kedua persidangan DUN pada 14 Mei itu kerana mendakwa keselamatan diri mereka terancam.

Tindakan kesemua ADUN BN itu dipercayai mempunyai kaitan dengan SMS berbentuk ugutan yang diterima oleh tiga wakil rakyat BN bagi DUN Permaisuri, Paka dan Ajil malam semalam berhubung kemelut politik di negeri ini.

Sepuluh wakil rakyat yang tidak menghadiri persidangan Dewan itu ialah ADUN Tepuh, Muhammad Ramli Nuh, Mohd. Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Datuk Rosol Wahid (Ajil), Alias Abdullah (Alor Limbat), Zakaria Abdullah (Paka), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd. Pehimi Yusof (Kota Putera).

Ketiadaan mereka pada sesi soal jawab pagi hari kedua itu menyebabkan sidang didominasi semua lapan ADUN dari Pas. Hanya tiga wakil rakyat BN yang kelihatan menghadiri persidangan Dewan pagi tersebut.

Reaksi kepada tindakan 10 ADUN itu Perdana Menteri menegaskan, khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan mengancam nyawa mereka yang dikatakan menjadi punca kemelut itu sebenarnya bukan dihantar dari pejabat Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

“Mereka (mendakwa) dapat SMS, tapi SMS itu tidak berpunca dari pejabat Menteri Besar. Tidak ada kesahihan tentang SMS yang dihantar, jadi saya minta supaya mereka semua hadir persidangan seperti biasa,” katanya.

Najib turut menolak dakwaan tindakan 10 ADUN itu bermotif untuk menjatuhkan Ahmad.
Sidang yang dijangka akan berlangsung separuh hari, bagaimanapun tidak akan ada sebarang jawapan kepada soalan daripada wakil BN kerana ADUN BN tidak mengemukakan sebarang soalan pada sidang kali ini.

Pada sidang DUN Mei lalu, wakil rakyat BN juga tidak mengemukakan sebarang soalan.
Sidang DUN Terengganu hanya berlangsung tiga kali setahun dan kali akhir dijangka November depan untuk pembentangan bajet 2010.

Pelajar jangan jadi sampah masyarakat

Golongan pelajar perlu berazam menjadi insan yang membawa kebaikan dan bukannya golongan yang digelar 'sampah masyarakat' serta sering mencetuskan masalah kepada masyarakat dan keluarga.

Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Besut, Nawi Mohamad berkata, pelajar sepatutnya menghabiskan masa dengan belajar kerana pelajaran merupakan aset berguna pada masa depan selain mampu menghindari mereka daripada perkara-perkara negatif.

Menurutnya, sebagai golongan yang telah mendapat pendidikan, sewajarnya mereka memiliki nilai-nilai terpuji dan disukai ramai serta boleh membawa manfaat kepada masyarakat dan negara.

Selain itu, katanya, tiada gunanya mereka mempunyai kebolehan yang tinggi dan cemerlang dalam pelajaran jika berterusan melakukan perkara buruk yang menjejaskan imej diri serta keluarga.

''Golongan pelajar perlu menjadi aset yang berguna kepada masyarakat kerana merekalah bakal pemimpin yang akan membentuk masa depan negara dan bangsa," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menutup Program Motivasi dan Kecemerlangan Diri Pelajar Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Payong di Bukit Keluang Beach Resort, Besut.

Seramai 45 pelajar sekolah itu mengikuti program tiga hari yang bertujuan mendedahkan teknik belajar berkesan bagi meningkatkan potensi diri serta keyakinan untuk menghadapi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) nanti.

Nawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut berkata, kejayaan dalam pelajaran bergantung sepenuhnya kepada sejauh mana seseorang itu mampu mengawal diri mereka.

Katanya, setiap pelajar perlu mengenal pasti kebolehan dan potensi diri masing-masing dan berusaha supaya masa yang dihabiskan mampu membuahkan hasil.

"Jangan terikut-ikut dengan perkara negatif yang dilakukan oleh rakan-rakan sebaliknya cubalah buat perbezaan supaya kejayaan yang akan kita cipta nanti lebih baik daripada orang lain," katanya.

Beliau menambah, pelajar yang berada di tingkatkan 6 sebenarnya hanya selangkah lagi untuk memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) dan usaha hendaklah dibuat berterusan bagi mencapai kejayaan itu.

Projek laluan pejalan kaki atas air

Kerajaan Negeri dengan kerjasama Kementerian Pelancongan berusaha meningkatkan dan menambah baik produk pelancongan yang berpotensi maju di Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Za’abar Mohd Adib berkata, antara projek yang sedang dalam pembinaan adalah laluan pejalan kaki atas air (Board Walk) merangkumi kiosk jualan serta jeti bot penambang dan wakaf pelancong.

Menurutnya, semua projek yang dibina :berhampiran Pasar Besar Kedai Payang ke Jeti Shahbandar itu adalah di bawah pakej rancangan ekonomi kedua dijangka siap akhir tahun 2010.

“Pihak kerajaan akan terus bekerjasama dengan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Terengganu dan agensi berwajib untuk meningkatkan kemudahan pelancongan di negeri ini.

“Justeru, saya berharap sektor pelancongan di Terengganu akan terus unggul dan saya juga yakin adanya pelbagai produk yang telah, sedang atau bakal dibina nanti secara tidak langsung turut menjadi ‘tiket’ kepada :pembangunan sektor terbabit secara lebih dinamik,” katanya.

MPD : Gerai makanan kotor akan ditutup

Bazar Ramadan menjadi tumpuan utama masyarakat beragama Islam untuk mencari juadah berbuka puasa

















Dato' Ahmad serta isteri ketika melawat dan meninjau sambil membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan di Shahbandar, Kuala Terengganu kelmarin.

Bagi sebahagian suri rumah pula, kewujudan tempat perniagaan khas sempena bulan mulia itu dikatakan dapat meringankan sedikit beban di dapur yang menjadi rutin harian mereka.

Kebersihan pula adalah faktor utama yang seharusnya diambil kira sebelum orang ramai membeli makanan di Batu 4 Dungun, selain saranan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said agar pihak berkenaan turut memantau kebersihan pengusaha makanan yang menyediakan produk jualan mereka di rumah sebelum menjualnya di bazar Ramadan.

Malah pihak berkuasa tempatan turut memberi perhatian pada kebersihan makanan dan gerai.

Pada tahun 2008, Majlis Perbandaran Dungun (MPD) mengarahkan empat premis menjual makanan di bazar Ramadan ditutup kerana gagal mematuhi tahap kebersihan ditetapkan.

Setiausaha MPD, Mohd Sophian Abu Bakar dalam satu kenyataannya berkata, harapannya pada tahun ini adalah untuk melihat semua premis menjual maka-nan beroperasi di daerah ini, terutama di beberapa lokasi bazar Ramadan mematuhi peraturan berkaitan aspek kebersihan.

“Antara kesalahan utama yang sering dilakukan pengendali makanan adalah tidak menutup makanan yang dimasak dan tidak menggunakan penyepit atau sarung tangan semasa menyediakan makanan.

“Ada juga peniaga yang tidak menggunakan apron, tidak memakai kasut dan gagal menutup kepala.

"Bagi penjual wanita pula mereka suka memakai barangan kemas seperti gelang dan cincin semasa mengendalikan makanan, keadaan ini sebenarnya boleh menjejaskan kebersihan produk makanan yang dijual,” katanya.

Menurut Sophian, pihaknya sentiasa memantau keadaan itu dan sekiranya ada pihak yang gagal mematuhi peraturan, tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang berkenaan.

“Anggota penguat kuasa yang ditugaskan di setiap lokasi bazar Ramadan akan membuat pemantauan dari masa ke semasa, jika ada peniaga melanggar arahan ini, kita akan ambil tindakan tegas termasuk mengenakan kompaun, jika masih mengulangi kesalahan ini, kita tidak teragak-agak untuk mengeluarkan arahan menutup premis,” katanya.

RM30 juta bina akademi penerbangan KISTAA

Sebanyak RM30 juta dilaburkan Kolej Islam dan Sains Teknologi (KIST) untuk mewujudkan Akademi Penerbangan KIST (KISTAA) di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu.

Presiden KIST, Muhammad Zamly Abdullah berkata, pihaknya telah mendapat kelulusan Jabatan Penerbangan Awam untuk menyewa premis dan tanah milik Malaysia Airport Sdn Bhd di lapangan terbang itu.

Kami telah menyewa Balai Bomba Lama Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang akan diubah suai untuk dijadikan pusat pembelajaran dan pejabat pengurusan KISTAA, selain satu ruang khas pula akan dibina bersebelahan Balai Bomba Lama, digunakan untuk memuatkan empat unit kapal terbang latihan dalam satu-satu masa.

“Kerja pembinaan dan ubah suai akan dilakukan secepat mungkin kerana semua urusan perjanjian sewa tanah terbabit dengan Malaysia Airport Sdn Bhd telah selesai,” katanya kepada :Sinar Harian:.

Menurut Muhammad Zamly, KISTAA akan mengambil pelajar pertama antara September dan Oktober ini setelah mendapat kelulusan rasmi operasi daripada Jabatan Penerbangan Awam.

Sementara menunggu KISTAA siap dibina, pejabat sementara KISTAA sekarang beroperasi berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

“KISTAA akan menggunakan kapal terbang jenis Tecnam buatan Itali yang juga kapal terbang pertama digunakan di Malaysia dan lebih istimewa kapal terbang ini hanya menggunakan minyak petrol biasa,” katanya.

Menurutnya, penggunaan kapal terbang itu sekali gus membantu menjimatkan kos, selain tahan lasak dan telah dipandu uji jurulatih KISSTA yang diketuai Kolonel (B) Mazlan Hussien.

“Kami juga telah melantik jurulatih yang pakar dalam bidang masing-masing untuk mengendalikan KISTAA dan majoritinya adalah anak Terengganu.

“Secara tidak langsung, ia membuka peluang kepada anak negeri ini terutamanya pesara Tentera Udara Diraja Malaysia untuk memohon dan tinggal di kampung halaman sendiri,” katanya.

Menurut Muhammad Zamly, pihaknya berhasrat berganding bahu bersama Kerajaan Negeri untuk memajukan Terengganu, seterusnya menjana pendapatan masyarakat sekitar dan mencipta pelbagai peluang pekerjaan sampingan lain.

“Sesi temu duga untuk kemasukan ke KISTAA akan dijalankan setelah mendapat kelulusan rasmi Jabatan Penerbangan Awam.

“Pelajar yang berminat boleh melayari laman web www.kist.edu.my atau hubungi Mejar (B) Ibrahim menerusi talian 019-918 5423 atau Kolonel (B) Mazlan (019-9854023) untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.

Felda Residence sedia 80 jenis menu berbuka

Sumber: Berita Harian

Felda Residence menyediakan lebih 80 jenis juadah berbuka puasa terdiri daripada masakan Melayu Tradisonal dan citarasa Malaysia untuk dinikmati sepanjang Ramadan ini, pada harga pakej yang sangat berdaya saing iaitu RM42 untuk dewasa dan RM25 bagi kanak-kanak.

Majlis pelancaran buffet Ramadan untuk tahun kedua disempurnakan Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor bertempat di restoran D'Saji di hotel Felda Residence di sini, kelmarin.
Sepanjang Ramadan tahun lalu, ketika kali pertama buffet Ramadan diperkenalkan di hotel itu, seramai 4,285 pengunjung memilih Restoran D'Saji untuk berbuka puasa bersama keluarga.

Selain menikmati pelbagai juadah disediakan, pengunjung juga dapat menikmati pemandangan Kuala Sungai Terengganu, Pulau Duyong dan Taman Tamadun Islam (TTI).

Pengunjung tidak perlu bimbang untuk menunaikan solat magrib dan menunaikan solat tarawih kerana pengurusan Felda Residence menyediakan surau berserta imam bagi memudahkan Umat Islam menunaikan solat tarawih.
Antara hidangan istimewa disediakan ialah Nasi Bukhari Kambing, Nasi Bukhari Basmathi dan Nasi Kabsa.

Cruising to Kenyir

By JOLEEN LUNJEW (The Star)

Cruising effortlessly on the highway behind the wheel of the Audi Q7 4.2 litre quattro, I can’t help but think up excuses on why I shouldn’t give the luxurious SUV back. This RM770,000 German beauty handles corners like she was built for it — and she was — thanks to her quattro technology.

Sadly no, the car is not mine. It was part of DRB-Hicom’s first long distance media drive that combined an amazing race titled DRB-Hicom Amazing Hunt in Lake Kenyir, where members of the media were given the opportunity to test drive the fleet of vehicles under the conglomerate’s wing.

The luxurious, dreamy Audi Q7 4.2 litre quattro.

The destination was Lake Kenyir Resort & Spa, a lovely four-star resort located in Lake Kenyir, Terengganu, South-East Asia’s largest man-made lake. And the fleet of cars to choose from?

Twenty-five various models from Audi, Suzuki, Mitsubishi, Honda, Isuzu, Chevrolet and Proton.
Each team (of two or three) had the opportunity to test drive three vehicles. Two models on the way to Lake Kenyir, and one for the drive back. After lunch in Kuantan, I reluctantly handed over the Q7 keys in exchange for another SUV, the Chevrolet Captiva. It would be unfair to compare the two as they belong in totally different categories but compare I did.

No prizes for guessing which ride I preferred!

It took a good six hours to reach the resort but it was worth the journey as the resort is simply beautiful and serene. We each had our own private traditional Malay designed timber chalet that overlooked the vast lake. The interior is spacious, and the balcony is delightful for bird watching.
Get the perfect view from the resort’s coffee house;

DRB-Hicom Berhad group managing director Datuk Mohd Khamil Jamil said that Lake Kenyir Resort & Spa was chosen as the venue so participants could experience the splendour of Lake Kenyir as well as the newly renovated resort.

“We’ve changed the resort name, previously known as Kenyir Lake View Resort, after completing a RM10mil upgrading and refurbishing exercise early last year. The upgrading works involved 135 chalets, the main lobby, restaurants, spa, conference facilities and staff hostels which were carried out in phases since Dec 2006.

“We wish to position Lake Kenyir Resort & Spa as the only international class resort located on Lake Kenyir,” says Khamil.

Lake Kenyir is home to nine out of the 10 hornbill species found in Malaysia. The tenth is only found in Perak.

During a previous trip to the resort, Canadian Paul Benjamin Jones, a former Ontario Breeding Bird Atlas regional co-ordinator and a bird-watching enthusiast, managed to sight all nine hornbill species in one day. I myself saw a few hornbills just outside my chalet.

The team who came in second in the Amazing Hunt.

The 260,000ha lake, surrounded by a lush tropical jungle, also serves as another gateway to Taman Negara. It has become a popular retreat for nature lovers, anglers, bird watchers and photo enthusiasts.

Lasir Falls, a beautiful and popular waterfall 45 minutes away by boat, is excellent for a dip in the clear cold waters. We had a picnic lunch there too.

While we were there, DRB-Hicom organised the Amazing Hunt within the resort grounds where seven teams of five had to complete various tasks which challenged our minds and tested our physical strength.

Our first task was to find 10 items that could be found within the resort such as a ciku, starfruit, bamboo leaves, betel nut, hibiscus, a live black ant and bird of paradise. This task was the most tiring as we had to run all over the resort to find the items. The hilly slopes didn’t help either.

Other tasks included riding a Modenas motorbike across a narrow plank, kayakking to an island to retrieve some treasure and diving into the swimming pool to retrieve a golf ball which had to be putted into a hole.

The writer’s second test car, a Chevrolet Captiva.

We were extremely exhausted after finishing the hunt, more so from the running around. But it was all worth it as our team won second place.

It was time to head back to hazy Kuala Lumpur after three lovely days of breathing in Kenyir’s fresh air. We managed to book another Audi for the ride home, this time, a sexy fiery red A4 1.8T.

She was a breeze to drive, and powerfully responsive too. I loved her sleek design.
It was difficult parting with her. I wished I could take her home but the staff at Glenmarie Holiday Inn was quick to take the car back as soon as we entered the compound. They must have had many experiences where people resisted returning the cars!

Oh well, I guess I would just have to nurse my separation issues. My lovely Audis, till we meet again.

GETTING THERE

Lake Kenyir Resort & Spa

Tel: (09) 666 8888

www.lakekenyir.com

From Kuala Lumpur, the shortest route is via Kuantan taking the Jerangau-Jabor Highway to Lake Kenyir.

Those from the south can take the Kota Tinggi-Mersing route to Kuantan, then up the Jerangau-Jabor Highway.

For those coming from the north, head towards Kuala Terengganu then make your way to Lake Kenyir.

If you don’t fancy driving, there is the Transnasional Coach Service departing from Hentian Putra Station, Kuala Lumpur which drops you off at the resort’s doorstep.

You can also fly to Kuala Terengganu. The resort has a shuttle service for the 40-minute journey from the airport.

Serang polis : 4 warga Bangladesh ditahan

Polis menahan empat lagi warga Bangladesh berhubung kejadian dua anggota polis diserang sekumpulan lelaki rakyat negara itu di Kampung Gemuruh, Tepoh Rabu lalu.

Penahanan itu menjadikan jumlah kesemua warga negara tersebut yang ditahan untuk membantu siasatan kes berkenaan berjumlah sembilan orang.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah II negeri, Supritendan K. Manoharan berkata, dua daripada lelaki itu yang berusia 25 dan 28 tahun ditahan pada Khamis lalu.

Katanya, kedua-duanya ditahan berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Petiti, Manir, di sini kira-kira pukul 9.45 malam.

"Dua lagi yang masing-masing berusia 34 tahun ditahan di kebun getah di Kuala Belara, Manir, kira-kira pukul 12.30 tengah hari keesokan harinya," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, polis menjejaki saki-baki mereka terlibat yang merupakan pekerja di tapak projek Lebuh Raya Pantai Timur di Kampung Gemuruh. "Kita percaya sebahagiannya telah melarikan diri selepas kejadian tersebut (serang anggota polis)," ujar beliau.

Manoharan berkata, pihaknya akan turut mendapatkan penjelasan daripada dua anggota polis terbabit untuk siasatan kes berkenaan.

"Polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dan adil. Jika anggota polis itu melakukan kesalahan, mereka akan didakwa," katanya.

Rabu lalu, dua anggota polis nyaris maut selepas diserang sekumpulan 15 lelaki warga Bangladesh ketika menjalankan operasi cegah jenayah di Kampung Gemuruh, Tepoh di sini.

Salah seorang daripada anggota polis itu turut diacu dengan pistolnya sendiri selepas senjata apinya tersebut dirampas oleh salah seorang warga asing ketika mereka sedang bergelut.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, kedua-dua anggota polis itu cedera di kepala dan kaki.

Mereka berdua yang menunggang sebuah motosikal pergi ke tempat kejadian selepas menerima maklumat daripada pekerja projek Lebuh Raya Pantai Timur di Kampung Gemuruh mengenai kegiatan curi besi.

Sunday, August 23, 2009

Kurma & Air Zam Zam Percuma untuk rakyat Terengganu

Kerajaan merancang untuk mengagihkan 300,000 bungkus buah kurma dan air zam-zam itu kepada 300,000 buah rumah di seluruh negeri.

Program agihan air zam-zam dan kurma ini akan dibuat pada minggu pertama atau kedua bulan puasa ini.

Kerajaan Negeri membelanjakan RM8.3 juta untuk membeli kurma dan air zam-zam untuk diagih kepada umat Islam di Terengganu pada bulan Ramadan ini.

Pengagihan akan dilaksanakan oleh pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) serta pejabat-pejabat Dewan Undangan Negeri.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata, kerajaan negeri sudah mengarahkan Pejabat Setiausaha Kerajaan supaya dapatkan senarai rumah-rumah termasuk taman-taman perumahan daripada JKKK bagi tujuan itu.

Semua umat Islam di negeri Terengganu akan menerimanya tanpa mengira fahaman politik mereka," katanya.

PENDAPAT…

Oleh Bapa Prihatin

Dadah, seks bebas ancam pelajar Terengganu

Sebagai bapa kepada anak-anak remaja saya cukup bimbang dengan berita bahawa gejala anak-anak muda kita, khususnya pelajar sukar dikawal.

Mereka dikatakan terlibat dengan dadah, seks bebas dan sebagainya yang semuanya ini akan memusnahkan masa depan anak-anak remaja kita.

Siapa harus dipersalahkan? Bagi saya ibu bapalah yang perlu melihat diri sendiri sebelum menuding jari kepada orang lain, khususnya pihak polis atau kerajaan.

Saya yang turut menghadiri Forum Gejala Sosial yang dianjurkan oleh Yayasan Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Negeri Terengganu (YAKEP) di Maahad Tahfidz Wal Tarbiyah, Khamis lalu.

Saya cukup bimbang apabila tahap penglibatan pelajar di negeri Terengganu dengan gejala sosial penyalahgunaan dadah dan seks bebas ditahap yang mencemaskan.

Seperti diterangkan oleh Pegawai Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) Encik Azmi Abdullah seramai 106 orang penagih baru dikesan sepanjang bulan Januari hingga April, 2009.

Beliau berkata agensi tersebut telah membuat ujian air kencing keatas pelajar diseluruh negeri Terengganu dan mendapati seramai 3650 orang pelajar adalah positif menggunakan dadah.

Dari jumlah tersebut katanya, seramai 59 orang adalah dikategorikan sebagai penagih dan 39 daripadanya mengalami ketagihan pil kuda.

”Baru-baru ini saya buat kem motivasi, daripada 59 orang yang dipanggil, 39 orang telah hadir yang terdiri dari mereka yang positif pil kuda dan rasa sedihnya, dalam sesi kaunseling yang diadakan, mereka mengaku telah melakukan hubungan seks, dalam usia baru tingkatan empat dan tingkatan lima,”katanya.

Saya terkejut kerana menurut Encik Azmi, mereka yang terlibat bukan sahaja dikalangan golongan rendah dan sederhana, namun ada anak seorang Ekskutif yang bergaji RM20,000 sebulan turut ‘kantoi’ dalam penagihan pil kuda.

Saya amat bersetuju bahawa gejala yang melibatkan Mat Rempit dan lumba haram perlu dibanteras, walaupun sukar.

Memanglah gejala seperti ini pelakunya turut terlibat dengan dadah dan alkohol yang sukar untuk dibendung tetapi lebih baik lambat, asalkan jangan tiada langsung.

Yang pasti kerana pil kuda, MEREKA jadi berani, dia tak takut langgar polis, walaupun polis ada pistol,”jelasnya.

Encik Azmi turut menjelaskan, kejatuhan moral dan akhlak pelajar dan remaja yang terlibat dengan gejala sosial sekarang ini begitu teruk sehingga tidak lagi mendengar teguran dari sesiapa.

Saya mendapat tahu, seorang wakil rakyat (YB) tempatan cuba menegur mereka yang terlibat dengan gejala terbabit dikampungnya baru-baru ini, sebaliknya mereka yang terlibat dengan masalah sosial ini bertidak mengugut YB tersebut.

Encik Azmi juga menjelaskan dalam forum itu, kebanyakkan penagih dadah sekarang menggunakan dadah tiruan (sintetik) yang diproses dalam Negara Malaysia sendiri.

Golongan yang mencuba dadah kini pula, katanya, tidak memulakan kegetiatan penyalahgunaan mereka dengan jenis dadah dan dos yang rendah, tetapi mengambil jenis dan dos yang tinggi.

Selain Encik Azmi yang mewakili ADK, turut menjadi ahli panel Forum yang bertajuk “Remaja Harapan Negara” itu adalah Cif Inspektor Abdul Rahman Dollah dari Polis Diraja Malaysia dan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus.

Premis akan disita jika makanan tercemar

Oleh : Mohd Shuhaimi bin Ahmad (UKOM)

Awas premis makanan menyediakan makanan tercemar.

Kerajaan negeri memberi amaran tegas kepada peniaga dan pengusaha makanan sempena Ramadan ini supaya menekankan aspek kebersihan bagi mengelak makanan tercemar.
Peniaga yang didapati gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu akan didakwa mengikut Akta Makanan dan premis mereka juga boleh disita.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata Jabatan Kesihatan Negeri dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan menjalankan pemeriksaan secara bersepadu ke tempat perniagaan terutama Bazar Ramadan bagi memastikan peniaga mematuhi arahan yang ditetapkan.
















Orang ramai perlu memilih gerai yang bersih bagi mengelak daripada keracunan makanan pada bulan Ramadan ini. -Foto Arkib Ukom


Katanya, pihak berkuasa juga akan mengunjungi premis memproses makanan bagi memastikan makanan dihasilkan di tempat yang bersih, selain pemakaian apron serta penutup kepala dipraktikkan ketika menyediakan makanan.

Pada masa yang sama, pengguna atau pembeli juga harus bijak memilih dan memboikot peniaga yang gagal menyediakan makanan dalam keadaan bersih termasuk makanan tidak tertutup.

“Apa yang penting dalam memastikan kebersihan ditingkatkan adalah yang pertama, sikap peniaga sendiri yang harus menekankan ciri kebersihan dan kedua, pembeli sendiri perlu memboikot kalau makanan yang dijual tidak tertutup dan tidak bersih,” katanya ketika siang akhbar selepas Mesyuarat Mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, Rabu (19 Ogos) lalu.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr Abdul Rahman Mokhtar dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nordiyanah Hassan.

Dr Nordiyanah berkata, sepanjang Ramadan lalu, sebanyak 4,361 premis diperiksa dalam 163 operasi (lawatan) dan 35 daripadanya ditutup akibat gagal mematuhi spesifikasi ditetapkan.

Malah, daripada operasi itu, pihaknya turut mengeluarkan 119 amaran kepada peniaga, selain merampas 655 barangan yang bernilai lebih RM4,000.

Katanya, pada 2008 juga, Jabatan Kesihatan mendapati 53 peratus daripada 385 sampel makanan yang diambil tercemar atau melanggar dari seri mikrobiologi.

Beliau berkata, peniaga Bazar Ramadan juga dinasihatkan memakai topeng muka bagi menjauhi diri daripada risiko gejala penyakit H1N1 berikutan mereka berdepan dengan ramai pelanggan setiap hari.