Kerajaan Terengganu akan mengkaji semula penghantaran pelajar jurusan perubatan ke Indonesia atas faktor keselamatan berikutan gempa bumi yang sering berlaku di negara itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri sedang mempertimbangkan kemungkinan menghantar pelajar bidang perubatan ke Poland atau Hungary.
“Apa pun keputusan yang bakal diambil nanti, ia adalah yang terbaik untuk pelajar-pelajar kita,” katanya kepada pemberita pada Program Semarak Bestari 1Malaysia di Kampung Baru Seberang Takir, hari ini.
Razif berkata, buat masa ini terdapat seramai 65 pelajar Terengganu sedang menuntut dalam bidang perubatan di 10 buah universiti di Indonesia.
Saturday, October 3, 2009
Laporan polis terhadap pemimpin PAS Terengganu
UMNO Bahagian Kemaman membuat laporan polis berhubung kenyataan Penolong Setiausaha Pas Terengganu, Hanafiah Mat yang mendakwa Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said sendiri turut terlibat dengan masalah sosial.
Setiausahanya, Rosli Ahmad membuat laporan polis jam 4.20 petang kelmarin di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman dan turut ditemani beberapa jawatankuasa UMNO bahagian yang lain.
Rosli berkata, UMNO Kemaman kecewa dengan artikel itu yang bertajuk ’Pemimpin UMNO menagih dadah–sudah tiba masanya menukar kerajaan’ yang disiarkan dalam sebuah laman pro-PAS pada 1 Oktober.
Menurutnya, beliau sedih dengan kenyataan berunsur fitnah itu yang secara jelas mengaitkan Ahmad dengan masalah sosial berkenaan.
Dalam artikel sama juga Hanafiah menyifatkan Ahmad Said gagal melahirkan pemimpin UMNO yang bersih.
Katanya, Hanafiah turut meminta semua rakyat menolak kepimpinan UMNO di negeri ini dan bersama-sama kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang bersih daripada masalah korupsi, bebas keruntuhan akhlak dan tinggi moralnya.
”Kita amat kesal dan sedih dengan kenyataannya yang berunsur biadap dan kurang ajar terhadap Menteri Besar Terengganu sedangkan beliau pemimpin politik yang melaungkan Islam,” katanya.
Rosli berkata, dia akan berbincang bersama Peguam UMNO yang dilantik bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap Hanafiah.
”Selaku Setiausaha UMNO Bahagian Kemaman, saya berasa bertanggungjawab terhadap isu ini, Datuk Ahmad Said telah mengetahui kes ini dan memberi kebenaran untuk saya membuat laporan polis,” katanya.
Sementara itu, Hanafiah Mat menolak dakwaan Setiausaha UMNO Bahagian Kemaman, Rosli Ahmad yang mengaitkan kenyataannya mengenai penglibatan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said dengan masalah sosial.
Menurutnya, kenyataan sebenarnya ialah Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said gagal melahirkan pemimpin pelapis yang boleh menerajui UMNO dengan cara yang bersih.
“Umum mengetahui pemimpin UMNO ada dikaitkan dengan penagihan dadah, tetapi saya tidak bermaksud Ahmad Said yang terlibat, hal ini cuma salah tafsiran,” katanya.
Menurutnya lagi, kenyataannya tiada tuduhan kepada Ahmad Said tetapi lebih kepada kegagalannya di dalam memimpin anak buahnya.
“Saya sedia memberi kerjasama dengan pihak polis sekiranya dipanggil untuk soal siasat.
“Cuma buat masa ini saya masih berada di Bagan Pinang untuk melakukan kerja kempen pilihan raya sehingga 11 Oktober ini,” katanya.

Bumbung masjid runtuh, seorang parah
Sumber: Bernama
Seorang buruh cedera parah manakala dua rakannya mengalami cedera ringan apabila struktur bumbung bahagian hadapan Masjid Kampung Batu Putih dekat sini yang sedang dibaiki runtuh pagi tadi.
Mangsa, Marzuki Nordin, dari Aceh kini dirawat di Hospital Daerah Dungun manakala Iswanda Othman dan Saifuddin Abdullah, menerima rawatan pesakit luar di hospital berkenaan.
Iswanda, 23 yang ditemui di tempat kejadian, berkata ia berlaku kira-kira jam 9 pagi itu ketika dia dan rakannya baru sahaja memulakan tugas mencabut atap masjid itu.
"Ketika itu saya dan Marzuki naik di tepi bumbung masjid dan baru sahaja mencabut 20 keping atap sebelum tiba-tiba runtuh menyebabkan kami berdua terjatuh," katanya.
Beliau berkata, Marzuki cedera parah di kepala manakala dia luka di lengan kanan dan rakannya Saifuddin turut mengalami luka kecil akibat terkena struktur bumbung yang terjatuh itu.
Sementara itu, seorang saksi Mohd Hafiz Kat Wiyah, 19, berkata beliau terdengar bunyi kuat dari arah masjid ketika baru sahaja hendak membuka kedai makannya yang terletak kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.
"Saya lihat bumbung masjid berhadapan kedai makan tempat saya bekerja runtuh dan bergegas ke tempat kejadian bersama dua lagi rakan lain.
"Apabila sampai di tempat kejadian saya lihat seorang sedang mengangkat batu-batu yang runtuh, manakala seorang lagi sedang membantu rakannya yang berdarah di bahagian kepala. Mangsa yang cedera di kepala itu turut muntah darah," katanya.
Melihat keadaan itu, katanya, dia terus berlari kembali ke kedai dan mengambil van untuk membawa mereka yang cedera ke Klinik Kerteh, sebelum seorang daripada mereka dibawa ke hospital.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Batu Putih, Aziz Idris, 54, berkata masjid yang mula dibina pada tahun 2006 itu berharga RM2.1 juta dan baru sahaja digunakan bulan November tahun lalu.
"Penduduk mulai mengesan kerosakan pada bahagian bumbung itu tiga bulan lalu dan telah melaporkannya kepada pihak berkenaan," katanya.
Katanya, sepatutnya satu majlis pernikahan dijadualkan di masjid itu kira-kira jam 12 tengah hari tadi, namun disebabkan kejadian itu ia terpaksa dijalankan di Masjid Kampung Pengkalan Ranggon.
Tinjauan Bernama mendapati, masjid berkenaan tidak dapat dimasuki dari pintu depan apabila hampir keseluruhan bumbung hadapan masjid itu runtuh, manakala bumbung di ruang sembahyang berhampiran pintu masuk juga rosak.

Beng Hong juara badminton Terbuka Terengganu
Pemain perseorangan badminton kebangsaan, Kuan Beng Hong menewaskan bekas juara All England 2003, Muhammad Hafiz Hashim dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Terbuka Terengganu di Stadium Negeri.
Beng Hong, pilihan kedua kejohanan menumpaskan Hafiz yang diletakkan sebagai pilihan pertama kejohanan dengan keputusan 21-18, 21-17 dalam masa kira-kira 30 minit.
Sebagai juara Beng Hong membawa pulang wang tunai RM4,000 manakala Hafiz RM2,000.
Dalam kategori perseorangan wanita, Lydia Cheah Li Ya menepati ramalan muncul juara selepas mengalahkan Tee Jing Yiu dengan keputusan 21-14, 21-19.
Lydia membawa pulang wang tunai RM2,000 sementara naib juara RM1,000 di samping piala.
Sementara itu, dalam kategori beregu lelaki, pasangan Chan Chong Ming/Chew Choon Eng muncul juara setelah mengalahkan pasangan Goh Wei Shem/Vountus Indra Mawan dengan keputusan 21-13, 21-19.
Juara acara beregu menerima hadiah wang tunai sebanyak RM6,000 manakala naib juara pula RM2,000 di samping piala.
Bagi acara beregu wanita, johan disandang pasangan beregu utama kebangsaan Chin Eei Hui/ Wong Pei Tty selepas menewaskan pasangan muda, Amelia Anscelly/Nairul Suhada Abdul Latif dengan keputusan 21-16, 21-11.
Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari yang berpasangan dengan Pei Tty pula muncul juara beregu campuran apabila mengalahkan gandingan Mohd Razif Latif/Nairul Suhada Abdul Latif 21-17, 21-7.
Kejohanan yang bermula dari 30 September hingga 3 Oktober itu menawarkan hadiah keseluruhan hampir RM50,000.

475,182 calon duduki peperiksaan PMR mulai Rabu ini
Seramai 475,182 calon akan menduduki peperiksaan bertulis Penilaian Menengah Rendah (PMR) bermula Rabu sehingga 13 Oktober.
Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini daripada jumlah itu 442,611 orang merupakan calon sekolah bantuan penuh kerajaan, calon swasta (13,561), calon persendirian (338), calon MRSM dan Sekolah Perintis Tentera (4,150), Sekolah Agama Rakyat (1,288) dan Sekolah Agama Negeri (13,234).
Selangor merupakan negeri yang mencatatkan jumlah calon paling ramai iaitu 77,826 orang manakala Labuan mencatatkan jumlah calon paling sedikit iaitu 1,154 orang.
Seramai 28,028 petugas akan mengendalikan peperiksaan itu di 3,496 pusat peperiksaan di seluruh negara dan bagi mempastikan kelancarannya semua calon dikehendaki mematuhi semua syarat dan peraturan peperiksaan yang telah ditetapkan.
Semua calon juga dinasihati supaya sentiasa merujuk jadual peperiksaan dan membawa kad pengenalan dan borang perakuan calon masing-masing ketika berada di dewan peperiksaan.
Ibu bapa diminta sentiasa menasihati anak-anak supaya mengikuti garis panduan kesihatan dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi menggelak penularan virus selesema A H1N1.
Sepanjang tempoh peperiksan Bilik Gerakan PMR akan beroperasi dari 6.45 pagi hingga 7 malam dan ianya boleh dihubungi menerusi talian 03-88893601/3809/3582/3520/3551/3030/3095.

Atlet menembak Sukma sedia ke Kuala Lumpur
Seramai 13 penembak Kategori Rifel dan Pistol skuad Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu bersedia untuk menghadapi dua Kejohanan di Kuala Lumpur pada 6 hingga 10 Oktober ini.
Pertandingan yang akan disertai nanti adalah Kejohanan Menembak Tun Hanif dan Kejohanan Menembak Sports Excel Kali Keempat.
Pengurus menembak skuad Sukma negeri, Nazihan Harun berkata, 13 atlet berkenaan terdiri daripada lelaki dan wanita, namun hampir sepuluh atlet terlibat tidak dapat bersama-sama mengharungi kejohanan itu kerana terlibat dengan peperiksaan.
“Mereka yang terlibat dengan peperiksaan terpaksa menarik diri daripada menyertai kejohanan, manakala atlet lain yang dihantar sudah pun mempunyai persediaan mental dan fizikal mencukupi untuk memberi saingan sengit nanti,” katanya.
Menurutnya, persediaan mencukupi akan memberi keyakinan kepada atlet untuk memberi persembahan berkualiti.
“Kami amat mementingkan persiapan mencukupi kerana atlet akan lebih berkeyakinan dan bersedia menghadapi pihak lawan,” katanya.
Menurutnya, semua atlet diharap bijak menggunakan peluang ini untuk menilai kelemahan diri dan kelebihan pihak lawan supaya pengalaman itu mampu mendidik mereka mempertingkatkan mutu persembahan masing-masing.
“Penembak yang akan menyertai kejohanan ini terdiri daripada atlet Sukma seluruh negara.
"Jadi, atlet kita perlu menggunakan peluang ini untuk menilai tahap keupayaan diri masing-masing dan cuba mempertingkatkan keupayaan untuk persembahan lebih mantap pada temasya Sukma nanti,” katanya.
Nazihan berkata, atlet juga harus lebih bersemangat untuk menghadapi kejohanan itu agar sasaran yang diburu dapat direalisasikan.
“Terpulang kepada atlet untuk menentukan sama ada mereka mampu merealisasikan sasaran atau tidak.
“Berdasarkan pemerhatian saya ketika menjalani latihan, mereka berpeluang meraih sekurang-kurangnya satu pingat emas, namun jika lebih bersungguh-sungguh, kemungkinan mereka dapat meraih lebih daripada satu emas,” katanya.

Isu dadah & Pemuda Umno Kemaman (1)
Oleh Hambali Abdul Latiff (www.hambali1.blogspot.com)
Beginilah...apabila Mat Sabu (Mohamad Sabu) ditangkap berkhalwat di hotel Perdana Kota Bharu sekitar 1990-an, riuh rendah orang PAS mengatakan Mat Sabu jangan dipersalah atau dikatakan beliau berkhawat sebelum dibuktikan bersalah.
Dipendekkan cerita, Mat Sabu lepas. Peguam yang bergelut untuk membebaskan Mat Sabu ialah Datuk Shukri Mohamad ( daripada Parti Melayu Semangat 46 kemudian masuk UMNO).
Maknanya Mat Sabu ‘jangan dianggap bersalah sebelum dibuktikan bersalah’, kata pemimpin PAS ketika itu.
Ternyata selepas itu Mat Sabtu hidup sebagai orang bebas dan tidak ada kena mengena dengan tuduhan khalwat dengan isteri orang - Mat Sabu kini orang bersih.
Namun sebelum dia ‘dibersihkan’ oleh Shukri, Mat Sabu juga berada dalam keadaan seperti orang lain yang menghadapi pertuduhan.
Bagaimanapun, dalam kes pemimpin Pemuda UMNO Kemaman yang ditahan polis kelmarin ‘kononnya menagih dadah’ pemimpin PAS Terengganu cepat melatah dengan mengatakan sudah tiba masanya rakyat ngeri Terengganu khususnya dan satu Malaysia amnya menolak UMNO dan Barisan Nasional kerana kepimpinannya korup, rosak akhlak dan moral.
Menurut Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai, Haji Hanafiah Ramly@Mat, mereka yang ditangkap adalah Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Ahmad Tarmizi Johar dan Ahli Jawatankuasa UMNO, Bahagian Japilus Ismail.
Selain itu katanya, abang Japilus yang turut ditangkap disyakki menjadi pengedar dadah tersebut dan ketiga-tiga mereka merupakan pimpinan pelapis yang telah dididik oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said, yang juga adalah Ketua UMNO Bahagian Kemaman.
Apakah pemimpin PAS Terengganu seperti Haji Hanafiah sudah yakin mereka itu bersalah? Benarkah mereka itu melakukan perbuatan itu, termasuk abang Japilus yang dikatakan mengedar dadah?
Apa bukti yang mereka ini ada? Jangan cepat melenting, silap-silapkan kena saman malu!
Begitu juga dengan kenyataan Hanafiah yang mengaitkan kes ini dengan Datuk Ahmad Said.
Beliau menyifatkan Ahmad Said gagal melahirkan kepimpinan UMNO yang bersih kerana menurutnya Ahmad Said sendiri turut dikaitkan dengan masalah-masalah sosial yang berkenaan.
Apa maksud Hanafiah Ahmad Said turut dikaitkan dengan masalah social berkenaan? Ahmad Said juga penagih atau bersangkutan dengan penagih?
Hanafiah jangan cari pasal. Bagaimana sekiranya mereka yang ditahan itu terbukti tidak terbabit?
Juga, memandangkan polis baru menahan dan perbicaraan belum dilakukan, janganlah buat andaian yang berbagai.
Tidak perlulah pemimpin PAS menyeru semua rakyat Terengganu dan Malaysia supaya bersama-sama kepimpinan pakatan pembangkang yang menurut pemimpin PAS mereka adalah bersih dari masalah korupsi, bebas keruntuhan akhlak dan tinggi moralnya.
Jangan terlalu angkuh kerana pemimpin PAS juga menghadapi masalah yang sama dalam soal korupsi dan soal moral.
Bagaimana dengan kejadian pemimpin PAS memukul isteri, mengabaikan isteri atau menggunakan dana parti untuk kepentingan peribadi?
Bagaimana dengan wakil rakyat PAS yang tidak ‘berfungsi’ dan hanya mengambil gaji tetapi tidak berbakti kepada rakyat? Bukankah ini antara perbuatan yang salah dan dilarang oleh Islam?
Walaupun belum ada yang ‘sangkut’ di tangan SPRM kerana kes rasuah umpamanya di kalangan pemimpin politik Kelantan tetapi masa akan menentukan bahawa ‘pelanduk boleh melupakan jerat’ tetapi ‘jerat tidak akan melupakan pelanduk’?
Beberapa siasatan membabitkan rasuah di kalangan pemimpin pakatan pembangkang di Selangor dijangka akan menyerlahkan kebenaran bahawa rasuah dan penyalahgunaan kuasa melampaui parti, bangsa atau juga agama.
Jadi, tunggu keputusan mahkamah sebelum menghukum dua Pemuda UMNO berkenaan dan sambil itu tidak adil mengaitkan Ahmad Said atau sesiapa juga pemimpin Terengganu dengan kes berkenaan.

Mohd Ayub semakin pulih & stabil
Mohd Ayub 7 tahun, yang sedang menjalani rawatan selepas pembedahan jantung berlubang pada 30 September lalu di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur kini telah semakin pulih dan stabil.
Kiri - Mohd Ayub dipindahkan dari Unit Rawatan Rapi ke wad biasa.
Atas - Mohd Ayub dibantu ketika menaiki katil di wad biasa.
Semua tiub di badannya telah dibuka dan Mohd Ayub telah dipindahkan dari unit rawatan rapi dan ditempatkan di wad biasa pada jam 12.30 tengahari semalam.
Mohd Ayub telah dapat makan dan minum seperti biasa serta dapat menonton televisyen.
Sehari sebelum itu, keadaan Mohd Ayub agak stabil dan bertambah baik selepas selamat menjalani pembedahan kira-kira jam 9.30 pagi kelmarin (30 September) di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
Perunding Anaesthetist, pusat perubatan itu, Dr. Hoe Kah Siong berkata, berdasarkan perkembangan, pesakit mungkin dibenarkan keluar dari pusat rawatan rapi hospital itu dalam masa terdekat sebelum dihantar ke wad biasa.
Beliau berkata, pada awal pagi Khamis, Ayub mula meminta makanan dan minuman.

Memantapkan kedudukan UMNO Terengganu
Harap-harap perlantikan pengerusi biro oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Hishamuddin Hussein pada 28 September lalu, akan menggerakan UMNO Terengganu ke satu tahap yang lebih dinamik.
Ia dianggap sebagai pasukan terbaik yang akan menghadapi menghadapi pilihan raya ke 13 nanti.
Pasukan pilihan Hishamuddin ini adalah gandingan baru dan lama yang ‘menggabungkan’ ADUN dan Ahli Parlimen serta Ketua-Ketua Bahagian, kecuali pemimpin Puteri UMNO.
Perlantikan ini dengan sendirinya menyusun semula UMNO Terengganu dan menggantikan pengerusi biro yang dibuat oleh Datuk Ahmad Said yang ‘digugurkan’ oleh Majlis Tertinggi UMNO untuk menduduki Timbalan Pengerusi Perhubungan.
Hishamuddin sendiri mengumumkan pelantikan pengerusi-pengerusi biro yang baru itu dengan beliau sendiri mengetuai Biro Politik.
Menurut beliau, penubuhan biro itu penting dalam usaha memantapkan kedudukan UMNO selain keutuhan parti terus terpelihara.
Ahmad Said yang juga Menteri Besar Terengganu diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Biro Pengurusan UMNO negeri.
Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri ketika mengumumkan pelantikan itu berkata, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dilantik sebagai Pengerusi Biro Pengundi Luar.
‘‘Bekas Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Rosli Mat Hassan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Strategi dan bekas Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh akan mengetuai Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan.
‘‘Pengerusi Biro Agama dan Pendidikan kini diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Khazan Che Mat,” katanya.
Beliau berkata, Pengerusi Biro Penambahan Ahli dan Daftar Pemilih akan diketuai Exco kerajaan negeri, Yahya Khatib Mohamad manakala Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dilantik sebagai Pengerusi Biro Perancangan dan Penerangan.
Katanya, Biro Ekonomi diketuai oleh Ahli Parlimen Setiu, Datuk Md. Jidin Shafee manakala Biro Sekretariat Bilik Gerakan diketuai ADUN Kota Raja, Muhamad Pehimi Yusof.
Senator Fatimah Hamat pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perayu Undi dan Gerak Mesra dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri, Saiful Bahari Baharuddin mengetuai Jawatankuasa Sasaran Pengundi Muda dan Belia.

Friday, October 2, 2009
Kepekaan Ahmad Said ringankan beban pelajar
Daripada Duniaku…Siapa Yang Tahu.blogspot.com
Alhamdulillah.. saya kagum dengan pendekatan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan kerajaan negeri Terengganu apabila mengambil berat nasib seorang pelajar berusia 7 tahun yang memerlukan pembedahan jantung berlubang.
Bayangkanlah sekiranya nasib yang sama menimpa anak kita, sudah pasti lah kita berbesar hati, terharu dan berterima kasih banyak2 kepada usaha Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said kerana keprihatinan dan inisiatifnya itu.
Beliau bukan sekadar melawat keluarga itu pada Ramadan lalu tetapi juga telah berjanji bagi pihak kerajaan negeri untuk membiayai pembedahan jantung adik Mohd Ayub Mansor, dari Kampung Simpang Tok Ku, Cabang Tiga, Kuala Terengganu.
Jelas janji Datuk Ahmad Said benar dan tertunai! Adik Mohd Ayub selamat dibedah. Usaha dan tawakal sudah dilakukan dan selebihnya berserahlah kepada Allah S.W. untuk menentukan nasib adik Mohd Ayub selepas ini.
Saya sekeluarga mendoakan adik Mohd Ayub Mansor akan kembali sihat. Dia adalah murid Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang Tiga dan menghidap penyakit itu sejak dilahirkan.
Juga telah dinyatakan dalam blog teganuku.blogspot.com bahawa kerajaan negeri Terengganu telah membiayai pembedahan adik Mohd Ayub sebanyak RM30,000.
Pembedahan selama dua jam setengah bermula jam 9.30 pagi semalam berjalan lancar dan selepas ini, adik Mohd Ayub tidak perlu lagi berulang-alik untuk ke Institut Jantung Negara lagi!
Perbedahan yang berlangsung di Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur itu akan menjadi sejarah kepada keluarga pelajar berkenaan dan Terengganu amnya kerana keputusan cepat yang dibuat oleh Menteri Besarnya.
Pendapat saya, tidak semestinya pembedahan jantung dilakukan di Institut Jantung Negara sahaja. Masih terdapat hospital2 swasta lain yang prihatin dan berkemampuan menawarkan kepakaran2 mereka untuk membantu! Syabas kepada Datuk Ahmad Said dan juga Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur.. mungkin juga suatu hari nanti, YB Datuk akan mengusahakan pula Pusat Perubatan Jantung di negeri Terengganu! Siapa tau? Kalau benarlah ianya berlaku.. terbuktilah bahawa Datuk Ahmad Said, Menteri Besar negeri Terengganu yang pernah dilabelkan sebagai ‘cap ayam’ oleh orang yang tidak menyenangi beliau, telah berjaya mengamalkan “rakyat didahulukan…” dan mendekati hati rakyat! Syabas sekali lagi..

RM17.5 juta hadiah pelajar cemerlang
Kerajaan Negeri melalui Yayasan Terengganu (YT) akan membelanjakan sebanyak RM17.5 juta sebagai ‘ha-diah’ atau penghargaan kepada kira-kira 23,000 pelajar di negeri ini yang mencatatkan kecemerla-ngan dalam peperiksaan pada tahun ini.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, pembe-rian hadiah yang bersifat penghargaan itu diberikan bertujuan menambahkan motivasi dalam kalangan pelajar untuk meneruskan kecemerlangan dalam pendidikan.
“Penyampaian hadiah kecemerlangan yang kita adakan sejak 30 tahun lalu ini seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk muncul sebagai negeri anjung ilmu selain perang-sang kepada pelajar lain.
“Tradisi ini yang telah diperkenalkan sejak sekian lama akan diteruskan mes-kipun sebelum ini dunia berhadapan dengan krisis ekonomi. Namun, ia telah menjadi hasrat kita meletakkan pendidikan sebagai agenda utama,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Pasu, Manir dan Bukit Tunggal serta Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri DUN Teluk Pasu di Sekolah Mene-ngah Kebangsaan (SMK) Manir.
Menurut Ahmad, seramai 150 graduan di negeri ini yang mendapat ijazah sarjana kelas pertama turut mendapat ‘manfaat’ apabila pinjaman dibuat ditukar kepada tajaan biasiswa.
“Pembiayaan pelajaran yang diterima ini diharap mampu membakar semangat pelajar untuk terus belajar bersungguh-sungguh, selain mempertingkatkan prestasi masing-masing nanti,” katanya.
Pada majlis berkenaan seramai 380 pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi ketiga-tiga DUN tersebut menerima wang tunai dan sijil penghargaan.

Apa silap Bazar Warisan?
Sumber: Sinar Harian
Bazar Warisan boleh diibaratkan seperti ‘hidup segan mati tak mahu’ berikutan keadaannya yang sunyi dan dikatakan kurang dikunjungi pengunjung luar walaupun kos pembinaan menelan belanja kira-kira RM17 juta.
Masalah itu sudah lama berlarutan sejak pembukaan bazar berkenaan pada awal 2008 namun suasananya amat berbeza di Pasar Besar Kedai Payang yang sentiasa riuh dan menerima kunjungan orang ramai walaupun Bazar Warisan terletak berhadapan dengan pasar terbabit.
Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Daerah Kuala Terengganu, Tengku Jalal Tengku Nara berkata, pihak persatuan meminta peniaga yang menyewa di bazar berkenaan membuka premis mereka.
“Kebanyakan premis sudah disewa tetapi peniaga tidak membukanya kerana tidak mahu menanggung kerugian walaupun mendapat lesen dengan alasan tidak ramai pengunjung berbanding di Pasar Besar Kedai Payang.
“Setakat ini premis yang dibuka hanya 30 buah sahaja daripada 65 premis disediakan di situ,” katanya.
Menurutnya, ramai peniaga takut membuka perniagaan disebabkan sewa bulanan agak mahal antara RM600 hingga RM1,800 sebulan mengikut keluasan kedai dan menganggap mereka tidak mampu menampung sewa bulanan jika tiada sambutan orang ramai.
“Sekiranya tiada tindakan diambil, pihak berkuasa tempatan (PBT) yakin Bazar Warisan yang menjadi salah satu mercu tanda negeri ini akan berkubur begitu sahaja,” katanya.
Sementara itu, peniaga kedai kraf tangan, Fatimah Hamila Abdul Salam, 24, berkata, sambutan pengunjung kurang memberangsangkan kecuali pada hari cuti sahaja
“Kadang-kadang saya risau sekiranya promosi untuk memperkenalkan Bazar Warisan tidak dilakukan dengan giat, saya takut ramai peniaga Melayu di sini akan ‘gulung tikar’ kerana kebanyakan mereka bergantung kepada hasil jualan barangan,” katanya.
Bagi peniaga kain batik dan sutera, Nurul Syahida, 25, berkata kebanyakan pengunjung menganggap barang yang dijual di bazar mahal berbanding di Pasar Besar Kedai Payang walhal harganya sama sahaja.
“Tiada perbezaan harga walaupun dekorasi dalam kedai nampak eksklusif dan saya melihat di bazar ini lebih selesa kerana keadaan kedai tersusun, selain pelbagai kemudahan disediakan kepada pengunjung.
“Saya berharap akan ada tindakan selanjutnya dari pihak MBKT untuk mempromosikan Bazar Warisan supaya menjadi salah satu destinasi pelancongan yang baru kepada pelancong,” katanya.

RM100 juta tanam semula sawit
Sumber: Utusan Malaysia
Felda menyediakan peruntukan RM100 juta bagi melaksanakan projek tanaman semula kelapa sawit di negeri ini secara berperingkat-peringkat mulai tahun ini.
Pengurus Besar Wilayah Felda Terengganu, Faizoull Ahmad berkata, penanaman semula itu dilaksanakan kerana kebanyakan pokok kelapa sawit di negeri ini telah melebihi usia 25 tahun.
Katanya, ia sejajar usaha menanam semula pokok kelapa sawit yang berusia lebih 25 tahun menjelang 2012 yang diumumkan Pengerusi Felda, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor baru-baru ini.
"Kawasan terlibat ialah Felda Neram 1, Felda Neram 2, Felda Cerol, Felda Kerteh 3, Felda Kerteh 4, Felda Kerteh 5, Felda Chalok, Felda Tersat dan Felda Tengkawang.
"Kos keseluruhan membabitkan peruntukkan RM100 juta," katanya selepas Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Felda Wilayah Terengganu di Tepoh semalam.
Mengulas lanjut, Faizoull berkata, para peneroka yang terlibat dalam penanaman semula kelapa sawit itu akan menerima RM1,000 sebulan untuk empat hektar tanah pada tahun pertama.
"Pada tahun kedua, mereka akan menerima RM1,200 sebulan dan pada tahun kedua pula RM1,300 sebulan.
"Pada tahun keempat iaitu ketika pokok kelapa sawit mengeluarkan hasil, para peneroka akan menerima RM1,500 sebulan dan jumlah ini tidak termasuk hasil jualan pengeluaran," ujarnya.
Dalam pada itu, katanya, pihaknya akan bekerjasama dengan FAMA untuk menanam beberapa tanaman sayuran dalam menjayakan gagasan Felda sebagai Gedung Makanan Negara.
"Antara tanaman yang akan diusahakan dengan kerjasama FAMA ialah cili, terung, bendi dan timun.
"Selain itu, para peneroka di sini juga akan menjalankan usaha menternak tilapia dan lembu selain menanam pisang dan cili," katanya.

Wednesday, September 30, 2009
Pelajar dibedah hasil pembiayaan Kerajaan Negeri Terengganu
Daripada Kamaruddin Mat Akib di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur
Janji kerajaan negeri Terengganu untuk membiayai pembedahan budak jantung berlubang berusia 7 tahun, ditepati.
Tepat jam 9.30 pagi tadi, Mohd. Ayub Mansor dari Kampung Simpang Tok Ku, Cabang Tiga selesai menjalani pembedahannya.
Pembiayaan pembedahan sebanyak RM30,000 ditanggung kerajaan negeri Terengganu.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pada 29 Ogos lalu berjanji akan membantu pelajar berkenaan mendapatkan rawatan untuk penyakit dihadapinya.
Menurut pakar bedah jantung yang ditugaskan Dr. David Khoo Sinkeat pembedahan berlangsung selama dua jam setengah pagi tadi, bermula jam 9.30 pagi.
Perbedahan berlangsung di Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur dan hasil pemeriksaan didapati satu lubang di jantung pesakit bersaiz satu inci.
Melalui pembedahan itu lubang sudah ditampal dan terdapat satu saluran darah yang lebih telah diikat.
Dijangka dengan rawatan itu jantung Mohd Ayub akan berfungsi dengan baik selepas ini.
Pesakit dilaporkan belum stabil sepenuhnya dan masih menggunakan perlatan pernafasan serta masih ditempatkan di unit rawatan khas di bawah pengawasan pasukan pembedahan yang diketuai oleh Dr.David.
Pesakit ditemani oleh ibubapa serta neneknya sepanjang berlangsungnya pembedahan dan rawatan tersebut.
Mohd Ayub Mansor, murid Tahun 1 Sekolah Kebangsaan Pusat Cabang Tiga, menghidap penyakit itu sejak dilahirkan dan sebelum ini terpaksa menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), setiap enam bulan sekali.
Pada 20 Ogos lalu, Ahmad Said dan isteri To’ Puan Norliza Mahmud melawat mangsa di rumahnya semalam (29 Ogos) dan menghulurkan sumbangan wang tunai bagi menyambut Aidilfitri.
Ahmad Said memberi jaminan kerajaan negeri akan menanggung sepenuhnya kos rawatan pesakit yang dianggarkan RM30,000.
Keluarga Mohd Ayub gembira selepas Kerajaan Negeri sanggup menanggung kos rawatan pembedahan.

Kes ‘sms ugut bunuh’ cuba digelapkan?
PENDAPAT…
Oleh Pok Teh Bakap
Hairan bagaimana kes berprofil tinggi di Terengganu – kes sms ugut bunuh -membabitkan Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, yang disebutkan di Mahkamah Sesyen, Kuala Terengganu boleh terlepas daripada liputan media.
Ia kini diperkatakan bagaimana semua wartawan di Terengganu tidak tahu kes itu disebut pada hari berkenaan.
Dr Ramzi bermesra dengan Hishamuddin pada majlis sambutan hari raya di Marang dan majlis pertemuan ADUN serta Ahli Parlimen UMNO dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Hishamuddin Hussein sehari selepas kesnya disebut di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.
Ketua Biro dan wartawan akhbar dan media elektronik bagaikan ‘terlepas pandang’ apabila kes ini disebut di Mahkamah Sesyen Ahad lalu.
Bagaimanapun, mahkamah menetapkan pada Ahad lalu (27 September) perbicaraan kes ‘sms ugut bunuh’ ini pada akhir bulan Oktober dan awal November 2009 depan selama enam hari.
Mengikut satu sms yang diterima – perbicaraan ditetapkan pada 19,20 dan 21 Januari 2010 dan 9,10,11 Februari 2010.
Juga menjadi pertanyaan ialah bagaimana Jabatan Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Terengganu untuk kali pertamanya gagal menghubungi akhbar dan media elektronik untuk membuat liputan.
Malah, mengejutkan, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Terengganu yang selalunya ‘begitu intim’ dengan wartawan seolah-olah ‘menutup mulut’ pada kes ini.
Rakyat Terengganu sebenarnya ‘rindu’ dengan kes ini. Malah, kes ‘sms ugut bunuh’ ini dikatakan menjadi ‘pemanas’ kepada kemelut UMNO Terengganu yang kemudian menyebabkan sebilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mendesak Menteri Besar meletakkan jawatan.
Bagaimanapun, Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengatakan masalah yang melanda UMNO Terengganu sudah selesai.
Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner II Hamzah Mohd. Jamil sebelum ini berkata mereka mempunyai bukti untuk mempercayai Dr Ramzi terlibat dengan penghantaran SMS itu.
Pada 13 April lepas, tiga ADUN Umno: Datuk Rosol Wahid (Ajil), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) menerima SMS ugutan, antaranya dilaporkan berbunyi "YB tak sayang nyawa?".
SMS itu dijadikan alasan 10 ADUN BN termasuk ketiga-tiga mereka yang menerima SMS itu enggan hadir pada hari kedua persidangan DUN Terengganu pada keesokan hari.
Pada Jun pula Dr Ramzi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu semalam atas empat tuduhan menghantar ugutan jenayah menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) terhadap tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), April lalu.
Beliau menghadapi empat pertuduhan bagi kes itu.
Bagi pertuduhan pertama, Ahmad Ramzi, 37, didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada ADUN Paka, Mohd. Ariffin Abdullah untuk menimbulkan kegentaran kepada beliau.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di E726 Jalan Kubang Parit, Kampung Kubang Parit, di sini kira-kira pukul 11.21 malam, 13 April lalu.

Dua pemimpin Pemuda Umno diberkas terbabit dadah
Polis menahan dua orang pemimpin Pemuda Umno bahagian setelah disyaki mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Kijal, malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Roslan Abdul Wahid, berkata kedua-duanya yang berumur 41 tahun itu adalah antara 74 orang yang diberkas dalam Ops Sepadu yang dijalankan oleh jabatan berkenaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dan Kemaman.
"Seorang daripada mereka ditahan di ruang tamu di rumah berkenaan jam 9 malam, manakala seorang lagi ditahan bersama abangnya dalam sebuah bilik di rumah yang sama.
"Kita merampas satu tiub straw yang mengandungi dadah jenis heroin daripada seorang daripada mereka," katanya di Kuala Terengganu, semalam.
Beliau berkata pemeriksaan air kencing yang dijalankan mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah.
Seorang daripada merekA kemudian dilepaskan dengan jaminan polis setelah kenyataan diambil manakala seorang lagi bersama abangnya telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman sebelum dilepaskan dengan jaminan RM3,000 seorang.
Operasi itu dijalankan oleh 100 anggota dan pegawai dari cawangan narkotik di kawasan-kawasan panas di daerah Dungun dan Kemaman dalam usaha untuk membersihkan kawasan berkenaan daripada kegiatan pengedaran dan penagihan dadah.

Hikayat Kliwon Politik di Terengganu
(Bahagian Pertama)
Kliwon –jenis polong - dibela manusia. Dia mesti makan pulut kuning dan sekurang-kurangnya lima biji telur kampung setiap hari. Kalau tidak dapat makan dia akan meracau. Selain itu jika perlu minum, darah tuannya yang dihirup.
Ceritanya, selepas kemelut politik ‘berakhir’, ada dua (ekor) Kliwon wujud di Terengganu.
Satu yang besar dan satu lagi yang kecil. Kliwon Besar sudah biasa makan besar dan bertuankan orang besar sementara Kliwon Kecil pula kadang kala makan besar dan kadang kala kecil dan bertuankan orang yang sederhana besar.
Menurut ceritanya Kliwon Besar ini kini tidak bertuan. Tuan Besar Politik yang menjadi sandarannya sebelum ini kini sudah mula tidak pedulikannya. Dia bingung sebab Tuan Besar Politik sekarang semakin kurang selesa. Semuanya kerana salahnya sendiri.
Tuan Besar Politik lamanya pula lebih banyak di Kuala Lumpur. Kalau balik kawasan pun dia tidak lagi campur banyak politik Terengganu.
Lagipun Tuan kepada Kliwon Besar ini sudah mulai kecewa – dua kali dia gagal menduduki tempat penting penting kerana gara-gara ‘tangan ghaib’.
Dia marah sungguh kepada ‘tangan ghaib’ berkenaan dan tidak hairan kalau penyokongnya memberikan pelbagai gelaran kepada ‘tangan ghaib’ berkenaan.
Kliwon Besar dapat menghidu bahawa dia kini hanya mempunyai beberapa hari sahaja untuk menduduki tempatnya sekarang. Dia semakin hilang arah dan tidak tahu apa mahu dilakukan lagi.
Kerana tidak dapat makan pulut kuning dan telur ayam kampong, selain darah di badan tuannya tidak dapat lagi sedut, dia meracau ke seluruh negeri.
Di sebalik mendakwa dia Kliwon terbaik, dia sebenarnya gagal menjalankan tugas yang diamanahkan kerana dia banyak berpolitik daripada menjalankan pentadbiran.
Amanah daripada Tuan Besar Politik sekarang tidak diendahnya. Dia main kayu tiga. Kononnya hormat kepada Tuan Politik besar sekarang tetapi sebenarnya mensabotaj dengan menurut perintah Tuan Besar Politik sebelum ini.
Kliwon ini dikatakan baru-baru ini berjumpa seseorang yang khabarnya rapat dengan ‘tangan ghaib’. Sejauh mana rapat tidak diketahui namun bagi Kliwon Besar, orang ini segala-galanya.
Seolah-olah apabila bertemu orang berkenaan, Kliwon Besar ingat macam jumpa ‘tangan ghaib’.
Kerana terlalu rindukan pulut kuning dan darah, Kliwon Besar tanpa berfikir jauh, memukul canang ke seluruh negeri mengatakan dia sudah mendapat restu untuk menggantikan Tuan Besar Politik.
Dia mencanangkan kononnya sudah menghadap ‘tangan ghaib’ dan mendapat perintah untuk ‘memperbetulkan kepincangan politik dan pentadbiran Terengganu’. Malah canang ini turut dipukul kepada seluruh kakitangan pentadbiran seperti biasa dilakukan sebelum ini untuk ‘memburukkan imej’ Tuan Besar Politik.
Bagi Kliwon Besar yang memang ‘berkuasa’ ke atas pentadbiran dan tender projek kerajaan negeri – masanya sudah sampai untuk dia ‘mengembangkan semula sayapnya’ yang sekian lama terkena getah.
Bagi Kliwon Besar, dia kini ditugaskan untuk memulihkan semula imej dan semangat anggota pentadbiran yang dikatakan pada kedudukan yang moralnya begitu rendah akibat pertukaran dan sebagainya.
Kliwon Besar sebenarnya tidak tahu, malah dia mendapat informasi salah.
Pertama, ‘tangan ghaib’ begitu marah dengan cara Kliwon Besar mencanangkan bahawa beliau sudah mendapat amanah;
Kedua, Kliwon Besar lupa bahawa apa juga kejadian – runtuh, bocor atau tidak siap – ada kaitan dengannya dan dia boleh dipersoal kerana antara yang bertanggungjawab meluluskannya; dan,
Ketiga, Kliwon Besar tidak tahu dia akan digantikan dalam tempoh segera kerana pelbagai ‘salah laku’ dan ‘tingkah lakunya’ yang tidak digemari oleh ‘tangan ghaib’ dan Tuan Besar Politik.
Kliwon Besar akan dimasukkan ke dalam botol dan akan dihanyutkan di Sungai Terengganu. Nasib baik dia tersangkut di dahan dekat Kuala Berang yang ada mereka yang bersimpati dengannya dan jika tidak dia akan hilang ditelan kabus.
Kliwon Besar akan ‘hilang’ dalam beberapa minggu lalu. Tungguhlah!
(Ikuti apa akan jadi kepada Kliwon Kecil pada Bahagian Kedua nanti)

Tuesday, September 29, 2009
10,000 hadir sambutan Aidilfitri di Marang
Berita dan Gambar oleh Shuhaimi Ahmad
Lebih10,000 rakyat Marang semalam menyertai sambutan hari raya dihadiri oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Hishamuddin Husssein serta Badan Perhubungan Terengganu.
Sambutan di Marang Waterfront berlangsung dalam suasana ceria dan majlis turut dihadiri Datuk Ahmad Said sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO yang juga Menteri Besar.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek. Semua Adun dan Ahli Parlimen menghadiri perjumpaan itu kecuali Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid, Adun Kuala Berang, Mohd Zawawi Ismail dan Adun Paka, Zakaria Abdullah.
Hishammmuddin yang juga Menteri Dalam Negeri gembira dengan kehadiran pemimpin dan rakyat pada majlis itu.

KDN tumpu usaha kurang jumlah kemalangan maut
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menumpukan usaha mengurangkan jumlah kemalangan di kawasan yang dikenal pasti banyak kemalangan maut tahun depan, selepas jumlah mangsa maut dalam Ops Sikap ke-20 berakhir kelmarin, meningkat sebanyak 27.4 peratus berbanding tahun 2008.
Bilangan kes kematian dalam Ops Sikap kali ini bertambah 57 kes berbanding 208 kematian tahun lalu, manakala kemalangan maut pula mencatatkan peningkatan sebanyak 29.56 peratus atau bertambah 55 kes daripada 186 sebelumnya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata dalam usaha mengurangkan jenayah, kementerian mengenal pasti 50 kawasan panas, justeru, akan menggunakan kaedah sama dengan memberi tumpuan kepada lokasi yang akan dikenal pasti banyak kemalangan maut.
Katanya, adalah penting untuk semua pihak berkaitan melihat kepada kemalangan berlaku dan memberi tumpuan kepada kawasan tertentu yang sering terjadi kemalangan.
Bagaimanapun, yang jelas katanya, beliau sangat kecewa dan sedih dengan angka kematian tinggi dicatatkan dalam Ops Sikap ke-20, berakhir kelmarin.
“Saya kadang-kadang seperti nak hilang akal pun ada memikirkan mengenai kadar kemalangan maut yang terus meningkat, sebab sudah tidak tahu apa lagi hendak dibuat,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan Umno Terengganu di Marang, semalam.
Beliau turut menyerikan majlis sambutan hari raya yang dihadiri 10,000 penduduk sekitarnya.
Hishammuddin berkata, beliau melihat Ops Sikap dilaksanakan seperti biasa, tapi jumlah kematian tetap meningkat dan keadaan itu sangat menyedihkan.
"Tiap-tiap tahun kita lihat tragedi berulang dan ini saya harap pihak berkenaan dapat memperhalusi sekali lagi (langkah mengatasi) selepas meneliti laporan mereka nanti.
"Inilah kali pertama saya memimpin kementerian ini, jadi biar saya dapat maklum balas daripada semua agensi berkaitan terlebih dulu, sebelum kita putuskan mengenai langkah pencegahan," katanya.
Perangkaan juga menunjukkan bilangan kemalangan secara keseluruhan turut mencatatkan peningkatan sebanyak 8.37 peratus daripada 15,996 kemalangan yang berlaku dalam tempoh sama tahun lalu.
Dalam pada itu, penunggang motosikal terus menjadi penyumbang terbesar korban jalan raya dengan 147 kematian berbanding 76 pengguna kereta pada Ops Sikap kali ini.
Ops Sikap ke-20 selama 15 hari bermula 13 September lalu membabitkan lebih 2,000 penguat kuasa termasuk polis, bomba dan ambulans dalam usaha mengurangkan kemalangan jalan raya termasuk kemalangan maut.

Kepentingan UMNO melebihi kepentingan peribadi
Pergolakan dalam UMNO Terengganu kini mula menampakkan tanda-tanda pemulihan apabila pihak yang terlibat dilihat mula kembali ke landasan asal perjuangan dengan meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata walaupun sebelum ini banyak pihak yang beranggapan masalah dalaman Umno Terengganu tidak dapat diselesaikan,
namun sifat keikhlasan, kejujuran dan meletakkan agenda parti melebihi agenda peribadi menjadi kunci penyelesaian masalah itu.
"Saya tidak tengok kemelut UMNO Terengganu ini seperti ramai melihatnya seolah-olah berada dalam keadaan teruk, jadi nak kata kemelut pun... saya dengarlah orang kata, orang cakap dan orang tulis.
"Tetapi dalam hati kecil saya akhirnya kita boleh buktikan ia bukanlah satu kemelut yang tidak boleh ditangani," katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri dan majlis perjumpaan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Exco, Ahli Parlimen dan Ketua Umno Bahagian di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Semua ADUN dan Ahli Parlimen UMNO menghadiri perjumpaan itu kecuali Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid, Adun Kuala Berang, Mohd Zawawi Ismail dan Adun Paka, Zakaria Abdullah.
Hishammmuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kehadiran ramai wakil rakyat dan pucuk pimpinan bahagian jelas membuktikan kepada semua pihak bahawa UMNO Terengganu tidak berpecah seperti tanggapan sesetengah pihak.
"Ia hanya memerlukan kita duduk bersama menyelesaikan apa yang perlu ditangani secara bersua muka dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua pimpinan di peringkat bahagian," katanya.
Katanya, keadaan itu jelas menunjukkan asas perjuangan pemimpin dalam UMNO tidak pernah berubah iaitu semangat untuk bergerak sebagai satu pasukan demi satu hala tuju dan matlamat iaitu pastikan UMNO sentiasa relevan kepada orang ramai.
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan masalah akan terus mendatang pada masa akan datang, tetapi dengan sifat yang ada pada pemimpin UMNO negeri yang mementingkan parti dan rakyat, apa jua rintangan diyakini dapat diatasi.
Beliau berkata, pemimpin UMNO perlu memastikan apa jua tindakan yang dilakukan oleh mereka mestilah tidak sampai ke tahap mengeruhkan keadaan kerana ia akan memberikan bonus kepada musuh parti, sekali gus akan merugikan parti sendiri.

UMNO Terengganu bantu bagi menangkan Bagan Pinang
UMNO Terengganu sedang mempersiapkan jenteranya bagi membantu UMNO Negeri Sembilan untuk menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang 11 Oktober ini.
Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Hishamuddin berkata perkara ini antara yang dibincangkan pada mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri semalam.
Turut hadir, Timbalan Pengerusi yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Ketua Penerangan yang juga Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Laporan dari Putrajaya semalam menyebut, Barisan Nasional (BN) menerima lebih daripada satu nama yang dicadangkan sebagai calon BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang di Negeri Sembilan.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata: "Lebih dari satu (calon) telah dinamakan dan ini (calon) akan diputuskan esok pada sebelah petang di Bagan Pinang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pelajaran.
"Apa sahaja keputusan oleh pucuk pimpinan, ahli-ahli parti dari semua peringkat dan parti-parti komponen akan terima secara baik," katanya.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Azman Mohamad Noor dari BN pada 4 Sept. Penamaan calon ditetapkan Sabtu ini manakala pengundian pada 11 Oktober.
Selain itu mesyuarat turut membincangkan persiapan mengadakan Konvensyen Perpaduan Melayu pada November ini.
Mesyuarat turut membincangkan soal penubuhan biro-biro Umno negeri sebagai persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

MB malu lihat kampung setinggan
Sumber: Utusan Malaysia
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said sedih dan malu dengan keadaan perkampungan setinggan di beberapa kawasan sekitar bandar Kuala Terengganu yang tidak terurus dan mencemarkan pemandangan,
Beliau berkata, pemandangan tersebut sekiranya dibiarkan boleh memberikan imej buruk kepada negeri itu yang terkenal dengan pelbagai lokasi pelancongan menarik.
"Saya begitu sedih dan malu setiap kali melihat perkampungan setinggan seperti di Kampung Ladang, Kampung Pulau Kambing dan Kampung Tanjung di mana kemudahan infrastrukturnya tidak lengkap selain sistem pengairan yang tidak sistematik.
"Selain itu, kebanyakan para remaja terlibat dengan dadah serta ada yang menjadikannya sebagai rumah tumpangan untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah," katanya.
Beliau berucap di depan kira-kira 100 orang ahli Persatuan Bekas Pegawai Tadbir Negeri Terengganu dalam sambutan Majlis Hari Raya anjuran persatuan tersebut di Hotel Primula semalam.
Sebelum ini, Utusan Malaysia pernah melaporkan tentang kedaifan keadaan penduduk perkampungan setinggan di sekitar Kampung Tanjung yang tidak terurus di mana keadaan sistem longkang dan jalan raya yang tersumbat dan berlubang.
Selain itu, keadaan rumah yang tidak selaras dan hanya menggunakan pagar zink memberikan imej yang buruk kepada negeri itu.
Mengulas lanjut, beliau menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa kerajaan tidak membangunkan kawasan perkampungan tersebut.
Jelasnya, kerajaan negeri kini dalam usaha membangunkan beberapa kawasan tersebut secara berperingkat-peringkat.
Tambahnya, nilai harga tanah di kawasan tersebut yang amat tinggi menyebabkan projek-projek pembangunan tidak dapat dijalankan secara serentak.
"Contohnya, nilai tanah di Kampung Ladang yang mencecah sehingga RM4 juta hanya untuk seekar tanah dan hanya sesuai dibina 12 unit rumah sahaja.
"Jika dibina rumah bertingkat, pasti ada yang tidak bersetuju kerana tidak mahu membayar yuran pengurusan pula.
"Oleh itu kita tiada pilihan lain selain terpaksa membangunkan juga kawasan tersebut walaupun melibatkan peruntukan yang tinggi kerana keperluan pembangunan," katanya.

Sunday, September 27, 2009
Gembira Pelajar Terengganu Cemerlang
Oleh : SURIATI BINTI ALI (UKOM)
Ahmad Saidberbual mesra dengan dua pelajar cemerlang SPM 2008, Lau Jia Cheng dan Khairina Abdullah. -Foto SHUHAIMI AHMAD.
Kerajaan negeri sanggup mengeluarkan belanja sehingga jutaan ringgit semata-mata ingin melihat pelajar di negeri ini terus menempa kejayaan sekaligus menjulang nama Terengganu di mata dunia.
Pelbagai program dan jenis bantuan diwujudkan bagi merealisasikan impian itu selain menambah dan mengubahsuai infrastruktur bertujuan memberi semangat dan keselesaan kepada pelajar.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, pelajar sewajarnya bersyukur kerana mempunyai kerajaan yang cakna mengenai pendidikan dengan menghulurkan pelbagai bantuan termasuk sokongan moral dan kewangan.
“Jika cemerlang, mereka tidak perlu risau berikutan kerajaan negeri sedia membantu sehingga ke peringkat universiti termasuk luar negara,” katanya ketika berucap di Majlis Jejak Gemilang Murid Terbilang, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini (27 September).
Kira-kira 1,000 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beberapa sekolah terpilih di negeri ini hadir di majlis itu bagi mendengar amanat Menteri Besar seterusnya mengikuti program motivasi.
Pelajar yang hadir pada Majlis Jejak Gemilang Murid Terbilang yang dirasmikan oleh Menteri Besar di Wisma Darul Iman.
Ahmad Said turut memberitahu kerajaan negeri mengakui terdapat segelintir pihak sering mencemuh pelajar Terengganu berikutan sebelum ini kurang mendapat tempat di mana-mana Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
“Cemuhan dan kritikan itu tidak dianggap negatif sebaliknya sebagai perangsang untuk terus berusaha dengan mencari formula kejayaan.
“Berkat kesabaran dan daya usaha pihak yang dipertanggungjawab, pelajar Terengganu kini mampu membuktikan mereka lebih cemerlang berbanding pelajar di negeri lain dan berjaya memonopoli tempat di beberapa IPTA ,” katanya.
Katanya, sebagai bukti, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Terengganu berjaya menjuarai lapan tahun berturut-turut dan jika diizinkan Allah S.W.T, diharapkan kecemerlangan itu dapat diteruskan bagi tahun ini.

Terengganu beli produk IKS tambah KDNK
Sumber: Bernama
Kerajaan negeri Terengganu mengambil langkah membeli produk-produk yang dikeluarkan oleh usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) bagi meningkatkan sumbangan mereka dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Mohamed Awang Tera berkata, melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), kerajaan negeri membeli kesemua produk yang dihasilkan oleh lebih 2,000 usahawan IKS untuk dipasarkan di rangkaian kedai T’shoppe di negeri ini serta beberapa buah negeri lain.
“Untuk itu, kita mewujudkan Pusat Pengumpulan Dan Pemasaran Produk Usahawan di setiap daerah di negeri ini yang mana setiap produk yang dibeli akan dikumpul untuk ditambah nilai termasuk dari segi pembungkusan dan penjenamaan semula.
“Produk-produk seperti batik, kerepek, kraftangan inilah yang akan kita pasarkan di kedai rangkaian francais T’shoppe dan pasaraya yang terpilih,” katanya ditemui di majlis rumah terbuka beliau di Kemaman hari ini.

GMN bakal manfaat generasi baru Felda
Gedung Makanan Negara (GMN) yang akan dilaksanakan Felda mulai Januari depan dengan anggaran kos RM750 juta dalam tempoh 10 tahun, disasarkan sebagai bidang penjana hasil kedua terpenting organisasi itu selepas kejayaan sektor perladangan kelapa sawit sejak lebih 50 tahun lalu.
Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor, berkata Felda yang menjana pendapatan lebih RM10 bilion setahun menerusi penanaman kelapa sawit dengan nilai keuntungan lebih RM1 bilion setahun, yakin GMN yang memberi fokus dalam pengeluaran produk sayuran, daging dan ikan mampu menjana pulangan lebih tinggi.
Beliau berkata, Felda sedang menyiapkan rangka tindakan (blueprint) yang dijangka selesai dua bulan lagi bagi merumus satu belanjawan jangka panjang untuk merealisasikan projek itu selain menterjemahkan hasrat kepemimpinan negara melihat GMN sebagai satu cabang perniagaan berjaya pada masa depan.
“GMN akan jadi bidang kedua yang kita harap akan memberi pulangan besar tidak kurang seperti kelapa sawit. Ia akan jadi asas yang penting serta utama dalam Felda selain kelapa sawit kerana projek ini adalah untuk manfaat generasi baru Felda pada masa akan datang.
“Blueprint itu akan menyediakan rancangan perjalanan GMN untuk tempoh setiap lima tahun. Projek ini bukan saja membabitkan kawasan tanah milik peneroka Felda, (malah) jika tanah Felda tidak mencukupi, kita akan berbincang dengan penduduk di kampung berhampiran yang memiliki tanah untuk terbabit sama.
“Justeru, kita akan menubuhkan Unit GMN yang dianggotai pakar serta profesional dari dalam organisasi kita dan pihak luar untuk merencana operasi GMN dan memastikan penubuhannya mencapai matlamat serta sasaran kita,” katanya selepas Majlis Jamuan Hari Raya Felda kelmarin.
Yusof berkata, projek GMN yang dijangka memberi pulangan modal dalam tempoh 15 tahun, bermatlamat menampung keperluan makanan dalam negara dan mengurangkan pergantungan import makanan.

HK-based company now has exclusive rights to premier sailing races
Sumber: The Star
A Hong Kong-based private company now has the exclusive rights to World Match Racing Tour (WMRT), which organises a string of premier sailing races including Terengganu’s Monsoon Cup.
Regal Faith Ltd acquired from F10 Holdings Ltd, their interest in ProMatch Tour Ltd, which holds the exclusive rights of WMRT.
Businessman Datuk Patrick Lim, who help found Terengganu’s Monsoon Cup, is reportedly the owner of Regal Faith.
There are eight other races in WMRT’s calendar, including the Marseille International Match Race, Korea Match Cup and Danish Open, which would be broadcast to over 100 countries around the world.
In a statement on Wednesday, WMRT said the investment by Regal Faith and its consortium of investors based in Hong Kong, Malaysia and Australia sees the company take an equity stake in the Tour.
The new investor is expected to further develop world class venues around the world, whilst adding stability and structure to the existing professional sailing circuit.
“The WRMT had grown significantly over the last three years since being granted the sole and exclusive rights and official sanction to run and manage the professional world tour or series in match racing by the International Sailing Federation (ISAF),” said the statement.
Match racing veteran Peter Gilmour had been appointed Acting President and will become the Tour Advisor once a full time replacement had been found.
“It has taken over three years to finalise this transaction and we will see considerable new plans develop over the coming months. The sport has seen aggressive development in events, America’s Cup and independent team participation, spectators, media interest and sponsors,” said Gilmour.
WMRT director Craig Mitchell said the investment would enable the tour to be further expanded and developed.
“Regal Faith Ltd’s investment in the WMRT demonstrates the value that has been built up in the Tour over the last three years,” he said.

Jertih Souq & janji pilihan raya Idris
Status bandar Jertih di utara Terengganu, yang dianggap sebuah pekan lama dijangka berubah wajah apabila proses pembangunan bandar itu dilaksanakan menerusi ‘Projek Jertih Souq’.
Itu janji bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga ADUN Jertih.
Jertih Souq atau ‘Pasar Jertih’ dijanjikan akan dibangunkan berkonsepkan pembangunan mesra alam dan akan dibangunkan dalam dua fasa mulai tahun 2006 dan dijangka siap akhir tahun depan bagi memberi imej baru kepada pusat perdagangan dan kewangan daerah Besut, Terengganu.
Ia dikatakan akan menjadi daya tarikan baru kepada penduduk daerah Besut dan pintu masuk utama ke Terengganu dari utara.
Pelbagai kemudahan termasuk hotel, taman bandar, medan makan, bazar, pasar utama, 400 unit pusat pameran dan perniagaan, terminal bas dan kereta sewa serta 1,200 petak tempat letak kereta akan disediakan.
Menurut perancangan itu pembangunan semula di kawasan lapan hektar itu akan menjadi bandar Jertih antara bandar serba moden di negeri ini.
Pembinaan Jertih Souq yang tidak mengabaikan keindahan alam semula jadi berhampiran seperti sungai dan kampung tradisional dijangka menjadi daya tarikan pelancong.
Malah, keunikan bandar ini akan lebih terserlah dengan Masjid Hadhari di pinggir Sungai Besut yang bersambung dengan kawasan pembangunan Jertih Souq.
Reka bentuk bangunan berasaskan tradisi dan seni bina Islam akan memberi lebih perhatian kepada pencinta seni bina apabila hampir keseluruhan premis baru dibina berkonsepkan seni bina Melayu dan Islam.
Laporan Bernama pula menyebut lebih 300 peniaga kecil bumiputera di Jerteh bakal menjalankan perniagaan dalam suasana kondusif apabila projek Jertih Souq menjadi kenyataan.
Pojek bernilai RM70 juta itu dapat menempatkan perniagaan barangan basah dan kering di pasar serba moden serta menjadikan bandar Jerteh sebagai pusat pertumbuhan ekonomi yang baru di utara Terengganu.
"Sebelum ini peniaga di pasar Jertih bukan sahaja menghadapi pelbagai masalah seperti bumbung bocor, bau busuk dan ruang niaga yang sempit menyebabkan pengguna beralih ke tempat lain," katanya ketika melawat pasar Jertih tidak lama dahulu.
Beliau membuat kenyataan itu pada lawatan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jertih pada pilihan raya umum 2008 lalu bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md Zin, yang juga mempertahankan kerusi Parlimen Besut.
Idris berkata pembangunan Jertih Souq meliputi pembinaan infrastruktur secara bersepadu yang membabitkan kawasan sepanjang 700 meter dari Kampung Balik Bukit melalui pesisir Sungai Jerteh sehingga ke Masjid Hadhari di bandar berkenaan.
Beliau berkata projek fasa pertama membabitkan pembinaan terminal bas dan kereta sewa yang moden serta lot kedai yang dibina berkonsepkan bazar di samping taman dan medan selera bertaraf empat bintang.
Manakala fasa kedua pula membabitkan, antaranya, pembinaan hotel bertaraf empat bintang, dewan besar dan teater serta gelanggang sukan boling dan futsal, katanya.
Perkataan "Souq" diambil daripada perkataan Parsi yang membawa maksud "deretan kedai-kedai kecil", sesuai dengan konsep pembinaan pusat perdagangan tersebut.
Namun selepas lebih setahun setengah pilihan raya berlalu, Jerteh Souq bagaikan ‘tidak bergerak’.
Keadaan itu menyebabkan sebuah laman web varu-baru ini mendakwa tidak pernah ada secara rasminya apa yang digembar-gemburkan sebagai Jerteh Souq, sebagaimana di paparkan papan tanda mega projek tersebut yang sudah semakin usang disini.
Sekiranya diteliti, tender yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Besut (MDB) pada bulan Jun tahun 2006 adalah Membina & Menyiapkan Bangunan Perniagaan & Kemudahan Di Medan Selera, Jerteh (MDB.01/05/06).
Dengan makna lain, Jerteh Souq adalah nama ‘politik’ yang digunakan untuk propaganda dan supaya ia dilihat lebih hebat oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh.
Tinjauan yang dibuat oleh sebuah laman web ke bandar Jerteh baru-baru ini mendapati projek mega tersebut sedikit pun tidak mengalami apa-apa perubahan sejak tinjauan dibuat pada Februari tahun lalu (2008).
Ketika lalu untuk masuk ke tapak pembinaan ’Jerteh Souq’, wartawan laman itu mendakwa sempat berbual kepada seorang peniaga kecil-kecilan yang menjaja ’petai’ berhampiran pintu zink disitu.
Apabila ditanya, bila ’Jerteh Souq’ itu akan siap, beliau menjawab ringkas, ”tunggu Haji Deris naik semula (jadi MB)”.
Tanpa meneruskan pertanyaan, beliau sendiri berkata, ”nak siap guano, pitih abih doh!”. ”Tu semo kerjo puok-puok dio lah,”katanya lagi.
Menurut laman web berkenaan, walaupun kerja-kerja yang telah dilaksanakan bagi pembinaan tersebut agak minimum, namun tuntutan yang dibuat keatas kerja yang telah dilaksanakn melebihi dari sepatutnya.
Ini bermakna kerja-kerja pembinaan 'Jerteh Souq' tersebut kini terbengkalai.
Persoalan ialah apakah projek ini akan diteruskan atau dibatalkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said?
Ahmad Said perlu menyatakan pendirian kerajaan negeri mengenai projek ini kerana ia adalah antara projek utama Barisan Nasional di bawah kepimpinan Idris.
Malah, dilihat kepada janji Idris, Jerteh Souq adalah antara inti kepada manifesto Idris untuk menang di Jerteh pada pilihan eaya umum lalu.

Khalwat troopers of Terengganu
Sumber: The Star
The Terengganu PAS Youth wants to mobilise its vigilante squad to check on the rising cases of khalwat (close proximity) in the state.
Its chief, Mohd Nor Hamzah, said the squad comprised volunteers from the Youth Welfare Association – Perkerti, a non-governmental organisation under the party’s purview.
“The squad can scrutinise areas deemed ‘hotspots’ where khalwat cases are rampant,” he said here yesterday.
“We have details on these areas.” Mohd Nor said the intention was not to nab the offender or for the squad to act as enforcement officers.
“We would merely advise Muslim couples that it’s morally wrong to commit khalwat,” he said.

Tasik Kenyir Destinasi Semakin Menarik
Pendapat
Oleh Mohd Ilham Manan
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Terengganu yang memberikan perhatian mendalam terhadap memajukan TasIk Kenyir.
Tidak lupa juga kepada Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) yang turut menyertai kerajaan negeri untuk memajukan tasik berkenaan.
Pengumuman Menteri Besar, Datuk Ahmad Said Terengganu kelmarin bahawa kerajaan negeri merancang untuk membuka sebuah ladang anggur di Tasik Kenyir akhir tahun ini akan menjadikan kawasan tasik berkenaan sebagai destinasi yang lebih menarik.
Dalam konteks pelancongan, usaha kerajaan negeri ini akan menjadikan negeri ini maju setapak lagi apabila ladang seluas 10.117 hektar itu akan ditanam dengan baka anggur daripada Thailand.
Saya melihat apa yang diperkatakan oleh Menteri Besar mengenai ladang anggur itu sebagai sesuatu yang realistik kerana ia bukan bertujuan untuk komersial, sebaliknya akan menjadi satu daya tarikan kepada pelancong.
Bagi pelancong yang datang ke Tasik Kenyir, mereka bolehlah membeli sekilo dua untuk makan sambil melawat-lawat kebun berkenaan.
Saya amat yakin dengan apa yang disebutkan oleh Ahmad Said bahawa kebun anggur itu akan berjaya kerana teknologi Thailand dalam bidang tanaman sudah cukup terkenal.
"Kita pilih baka anggur daripada Thailand kerana ia lebih sesuai dengan iklim negeri ini berbanding baka dari United Kingdom atau Amerika (Syarikat)," kata Ahmad Said.
Dengan kebun anggur itu dijangka mengeluarkan hasil dalam masa dua tahun, ia sangat sesuai dan seiring dengan usaha kerajaan negeri memajukan pulau-pulau di tasik berkenaan.
Bagi menjayakan usaha ini, Ketengah mungkin akan dilantik untuk mengurus ladang itu kelak.
Bagi saya memilih Ketengah adalah langkah wajar kerana ketika ini Ketengah sendiri memberikan penekanan terhadap pelancongan dan pembangunan Tasik Kenyir.
Ia menyediakan peruntukan lebih RM10 juta, tahun ini untuk pembangunan pelancongan di pulau buatan manusia terbesar itu.
Pengurus Besar Ketengah, Hamzah Ngah berkata kelmarin, melalui peruntukan itu Ketengah mengenal pasti beberapa projek, antaranya membina terminal pelancongan Gawi serta menaik taraf kemudahan di Taman Herba dan Pulau Sah Kecil di Tasik Kenyir.
Saya melihat usaha kerajaan Terengganu ini akan membolehkan Tasik Kenyir terus berkembang sebagai sebuah pusat pelancongan utama di Terengganu pada masa akan datang.
Malah, jika promosi dijalankan dengan baik, tidak hairan jika Tasik Kenyir dikenali di seluruh dunia.

Bersihkan Runtuhan Dengan Segera
Daripada Terengganu-Lening
Kerajaan negeri berharap masalah bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak yang runtuh dalam kejadian awal Jun lalu, dapat diselesaikan selewat-lewatnya Disember ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata, masalah itu perlu ditangani secepat mungkin terutama menjelang Liga Malaysia musim depan selain persiapan latihan atlet Terengganu bagi Sukan Malaysia (Sukma) 2010 di Melaka nanti.
Beliau juga berharap supaya jawatankuasa penyiasat mengenai bumbung stadium runtuh itu dapat menyerahkan laporan kepada Kabinet atau kerajaan negeri awal November ini bagi membolehkan stadium berkenaan diguna pakai untuk kontinjen Terengganu dan skuad bola sepak T-Team.
Ini kerana, jelasnya, stadium tersebut turut menempatkan beberapa venue sukan lain terutama boling dan skuasy yang akan membantu Terengganu mengekalkan kejuaraan Sukma di Melaka tahun depan.
“Kami amat berharap agar kemudahan yang ada di stadium ini (Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin) dapat digunakan sebaik mungkin, jadi kami harap jawatankuasa penyiasat sudah di peringkat akhir untuk siapkan laporan mengenainya.
“Kita hanya ada dua stadium yang boleh diguna pakai dengan stadium yang bumbungnya runtuh ini hanya sebahagian saja infrastruktur tak boleh guna, jika ia (bumbung runtuh) dapat dibuang dan dibersihkan, saya percaya kita dapat guna stadium ini,” katanya.
Beliau yang juga Presiden Kelab Bola Sepak T-Team menyatakan demikian ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka sambutan Aidilfitri di kediamannya di Kampung Jeram di sini hari ini.
Pada 2 Jun lalu, negara digemparkan dengan kejadian runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak yang menjadi venue utama Sukma 2008 sehingga menyebabkan kira-kira separuh daripada strukturnya musnah.
Runtuhan berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi melibatkan bumbung di bahagian timur stadium bernilai RM292 juta itu yang menempatkan pintu masuk utama, pintu A, B dan B1 ke tempat duduk awam serta bumbung tempat duduk tetamu diraja serta orang kenamaan.
Rahin seterusnya yakin stadium utama itu selamat digunakan sebaik kerja pembersihan bumbung runtuh siap dilakukan memandangkan struktur asal di bahagian bawahnya cukup kuat bagi menampung kapasiti 10,000 hingga 15,000 penonton.
Beliau menambah, kerajaan negeri turut mengesahkan yang Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di Batu Buruk yang sebelum ini dilaporkan mengalami masalah resapan air kini sudah siap dibaik pulih.

Akhbar Kosmo! cenderamata kenduri kahwin
Lazimnya majlis kenduri kahwin diserikan dengan pemberian bunga telur kepada tetamu sebagai cenderahati tetapi berbeza pula pada majlis kenduri kahwin di rumah anak pasangan Ab. Ghani Mohd. Nor dan isteri, Hasmah Awang di Kampung Bukit di sini, semalam.
Para tetamu yang datang ke kenduri tersebut diberikan cenderamata senaskhah akhbar kompak Kosmo! sebagai pengganti bunga telur yang diagihkan sendiri oleh Mohd. Nor.
Tidak ketinggalan mengagihkan akhbar tersebut kepada tetamu ialah pasangan pengantin baru iaitu Masitah Ab. Ghani, 24, dan suaminya, Hasrizal Muhammad, 24.
Menurut Ab. Ghani, 63, inisiatif itu dilakukan bukan bertujuan mencari keunikan sebaliknya sebagai sumbangannya kepada Kumpulan Utusan setelah 33 tahun menjadi vendor syarikat akhbar itu.
"Saya menjadi vendor dengan syarikat Utusan Melayu sejak 33 tahun lalu dan tergerak hati saya untuk membalas jasa melalui pemberian akhbar ini," katanya ketika ditemui pada majlis itu.
Masitah, anak kedua daripada tiga beradik adalah seorang akauntan di Putrajaya manakala Hasrizal yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan merupakan kakitangan di Jabatan Kehakiman, juga di Putrajaya.
Sebelum itu, majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Tengku Tengah Zahrah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung di Kuala Ibai di sini pagi semalam.

Felda fokus tiga perkara mulai 2010
Felda akan memfokuskan kepada tiga perkara utama mulai tahun 2010 iaitu rancangan penanaman semula sawit berumur 25 tahun ke atas, perumahan dan pembangunan komuniti dalam usaha untuk memenuhi kehendak dan meningkatkan taraf hidup masyarakat Felda.
Pengerusinya, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor berkata, Felda akan membelanjakan RM2.1 bilion untuk menanam semula sawit yang berusia 25 tahun ke atas seluas 92,000 hektar sehingga 2012.
“Tindakan menanam semula telah bermula sekarang dan sasaran kita semua rancangan tanaman semula selesai akhir tahun 2012,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya di Felda Residence di Kuala Terengganu, semalam.
Yusof berkata, projek perumahan dan pembangunan komuniti juga merupakan antara dua perkara yang akan diberikan penekanan bagi memenuhi kehendak masyarakat Felda.
Beliau berkata, industri penanaman sawit memberi pulangan lebih kurang RM10 bilion setahun dan memberi keuntungan kepada Felda sekitar RM1 bilion setahun.