Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said mengingatkan penduduk yang terlibat dengan banjir supaya segera berpindah bagi mengelak kejadian lebih buruk berlaku.
Beliau juga meminta penduduk supaya menjaga keselamatan diri dan anak-anak mereka serta menyimpan dokumen penting di tempat selamat.
Dilaporkan terdapat penduduk yang enggan berpindah walaupun diminta berbuat demikian.
Tiga daerah iaitu Setiu, Besut dan Hulu Terengganu telah dinaiki air dan ratusan orang telah berpindah.
Sementara itu, Kerajaan Terengganu memberi jaminan bekalan makanan dan barangan keperluan untuk mangsa banjir yang berpindah ke pusat-pusat pemindahan di negeri ini mencukupi.
Ahmad Said berkata pihaknya telah mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri mengagihkan bekalan ke pusat-pusat pemindahan dengan segera.
"Kita sudah bersedia menghadapi banjir kerana ini bukan kali pertama kita menghadapi musim tengkujuh, malah setiap tahun.
"JKM telah memperuntukkan RM1.1 juta bagi menyediakan keperluan makanan seperti sardin, minyak masak, gula, susu bayi, selimut dan lain-lain untuk diagihkan kepada mangsa di pusat pemindahan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika melawat pusat-pusat pemindahan banjir di daerah Setiu di semalam.
Daerah Setiu adalah antara tiga daerah yang paling teruk dilanda banjir dan sehingga pukul 3 petang ini seramai 939 mangsa dari 243 keluarga dipindahkan ke 15 pusat pemindahan manakala Besut melibatkan 164 mangsa dan Hulu Terengganu 70 orang.
Ahmad berkata bagi mereka yang kehilangan harta benda akibat banjir, mereka hendaklah membuat laporan kepada pihak terbabit seperti JKM untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu Menteri Besar berkata beliau dimaklumkan terdapat tiga rumah roboh akibat dipukul ribut manakala sebuah jambatan juga turut roboh dihanyutkan air di daerah ini.
"Sebenarnya Jambatan Cik Mohid di sini yang roboh baru dibina oleh Pejabat Daerah. Cuma kita tidak puas hati kerana aras jambatan yang baru dibina itu juga rendah. Sepatutnya jambatan baru itu hendaklah dibina lebih tinggi," katanya.
Thursday, November 24, 2011
Malaysia Airports Peruntuk RM600,000 Setiap Tahun Untuk Sekolah Angkat
Malaysia Airports memperuntukkan RM600,000 setiap tahun bagi menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya termasuk menganjurkan Beyond Borders Regional Awards di sekolah angkatnya.
Pengerusi Malaysia Airports Tan Sri Dr Aris Othman berkata program itu bermatlamat membantu pelajar kurang berkemampuan memperbaiki standard akademik mereka terutama dalam kecekapan berbahasa Inggeris dan memajukan lagi kemahiran menulis dalam bahasa itu.
"Paling penting, kami mahu menggalakkan semua guru dan pelajar agar terus meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka dan menyanjungi kepentingan pendidikan sebagai satu budaya.
"Kami percaya pemberian ganjaran adalah kaedah terbaik untuk memotivasikan mereka, justeru, anugerah ini dianjurkan," katanya pada majlis pelancaran Beyond Borders Regional Awards 2011 Seksyen Timur di Sekolah Kebangsaan (SK) Mengabang Telipot di Kuala Terengganu, semalam
Beliau berkata setiap tahun, pelbagai aktiviti dan program seperti bengkel guru, bengkel penulisan kreatif Bahasa Inggeris, tuisyen intensif untuk pelajar Tahun Lima bagi mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains, klinik UPSR serta ceramah motivasi diadakan di sekolah angkat di semua negeri kecuali Johor dan Perlis.
"Malaysia Airports memperkenalkan Beyond Borders Award untuk menjadikan program pembelajaran di sekolah angkat kami lebih proaktif dan inovatif," kata Dr Aris.
Empat sekolah angkat yang bertanding di seksyen timur ialah SK Mengabang Telipot (Terengganu), SK Batu Tiga (Pahang), SK Parang Puting (Kelantan) dan SK Wakuba (Sabah).
Bagi kawasan utara, anugerah itu diadakan pada 13 Nov di SK Sungai Batu, Pulau Pinang manakala kawasan tengah pula di SK Labu, Negeri Sembilan pada 20 Nov.

Kerajaan Sedia RM10 Juta Bina Kem Pengakap
Kerajaan Terengganu menyediakan peruntukan kira-kira RM10 juta bagi menyiapkan dan menyediakan kemudahan Kem Pengakap Tengku Muhamad Ismail di Telaga Batin di Kuala Terengganu.
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata pelbagai kemudahan disediakan di kem itu untuk program pengakap yang akan diadakan dari semasa ke semasa.
"Kita akan lihat kemudahan-kemudahan lain yang perlu ditambah dari semasa ke semasa bagi keselesaan pengakap mengadakan perhimpunan di kem itu," katanya pada majlis Jamuan Negeri sempena Jambori Malaysia ke-12 dan Jambori Pengakap Antarabangsa Terengganu di Kuala Terengganu, malam kelmarin.
Jambori itu yang dirasmikan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin Jumaat lepas, menyaksikan 21 buah negara mengambil bahagian melibatkan 10,800 peserta.
Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail di Telaga Batin itu memiliki kemudahan lengkap dan terbaik dengan 65 buah bilik biasa dan 24 bilik tetamu kehormat serta mempunyai kawasan lapang untuk perkhemahan.
Sementara itu Bendahari Kehormat Majlis Pengakap Negeri Terengganu Tengku Ahmad Shabirin Awalludin ketika ditemui pada majlis itu berkata syarikat pengedar kenderaan mewah BMW, Quil Automobiles Sdn Bhd telah menaja 60 buah kereta BMW serta wang tunai RM50,000 untuk jambori itu.
Katanya Kementerian Kewangan Malaysia telah meluluskan penajaan kereta berkenaan pada 16 Nov lepas untuk digunakan sepanjang jambori itu berlangsung.
Tengku Ahmad Shabirin berkata sebuah lagi syarikat iaitu Nexedge Technology Sdn Bhd pengedar rasmi perlatan telekomunikasi jenama Kenwood telah menyumbangkan peralatan Radio Telekomunikasi Kenwood bernilai RM50,000.
Beliau berkata semua sumbangan telah disampaikan kepada Ahmad untuk kegunaan penganjuran jambori yang bermula pada 17 Nov hingga Jumaat ini.

Terengganu Sedang Rancak Pilih Pemain Import
Terengganu kini sedang rancak memilih pemain import bagi membantunya menghadapi kejohanan Liga Malaysia tahun depan.
Dua pemain dari Rusia telah diuji pada kelmarin dan semalam dan seorang pemain dari Ghana pula akan diuji.
"Ramai lagi pemain import daripada Brazil, Nigeria, Argentina dan lain-lain negara akan datang untuk membuat ujian selepas ini.
"Ujian pemain dijalankan di padang bola Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Batu Buruk di sini," kata Naib Yang Dipertua Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu, Sheikh Tajudin Sheikh Yusof yang juga pengurus pasukan Terengganu.
Beliau berkata pemilihan pemain import tidak akan dilakukan secara terburu-buru.
"Kita akan tengok dulu kebolehan mereka sebelum kita membuat pemilihan. Kadang-kadang yang datang ini bukan semuanya memenuhi hasrat kita," katanya.
Sheikh Tajudin berkata pemain import yang terpilih akan turut bermain untuk Terengganu pada kejohanan Liga Juara-Juara AFC tahun depan.
Terengganu muncul juara Piala FA 2011 dan layak ke kejohanan tersebut.

Amaran Hujan Lebat Peringkat Merah Dikeluarkan Di Terengganu, Pahang
Beberapa penduduk terpaksa menumpang lori Jabatan Kerja Raya untuk keluar selepas jalan hubungan terputus akibat banjir di Kampung Bukit Pepari, Terengganu.
Amaran hujan lebat di beberapa tempat di Terengganu dan Pahang ditingkatkan dari peringkat jingga ke peringkat merah di mana hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat dijangka berterusan sehingga Jumaat dan boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah.
Jabatan Meteorologi dalam kenyataan berkata antara kawasan yang terlibat di Terengganu ialah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman serta Kuantan, Pekan, Jerantut, Maran, Bera dan Rompin di Pahang.
Amaran hujan lebat peringkat jingga pula dikeluarkan di beberapa tempat di Kelantan di mana hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat dijangka berterusan sehingga Jumaat dan akan menyebabkan banjir di kawasan rendah.
Antara tempat yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.
Amaran peringkat kuning juga dikeluarkan di Kedah dan Perlis di mana hujan sekejap-kejap kadangkala lebat dijangka berterusan sehingga Jumaat dan boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah.
Kawasan terlibat ialah Padang Besar, Kangar dan Arau di Perlis manakala di Kedah ialah daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Langkawi.
Selain itu, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dengan angin kencang Timur Laut berkelajuan 50-60 km sejam (kmsj) dan ombak setinggi 4.5 meter diramal berterusan sehingga Selasa depan di perairan Kelantan, Terengganu, Samui (Kelantan dan Terengganu), Condore dan Reef North (sekitar kawasan perairan Laut China Selatan) dan Pulau Layang-layang.
Amaran sama kategori pertama dengan kelajuan angin kencang Timur Laut 40-50 kmsj dan ombak sehingga 3.5 meter juga dijangka berterusan sehingga Selasa di kawasan perairan Pulau Langkawi, Perlis, Utara Kedah, Pahang dan Johor Timur.
Tempat lain yang terlibat ialah perairan Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah (Pedalamaan, Pantai Barat dan Kudat), Phuket, Tioman, Bunguran (antara Semenanjung dan Kuching), Reef South (sepanjang perairan Sarawak) dan Palawan (utara Sabah).
Jabatan Meterologi Malaysia turut memaklumkan bahawa kenaikan paras air laut dijangka berlaku di kawasan Pantai Timur Semenanjung sehingga Khamis.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan bot kecil.
Sementara itu, keadaan banjir di Terengganu tidak banyak berubah petang semalam berbanding pada sebalah pagi.
Penolong Setiausaha Keselamatan (Penerangan) Majlis Keselamatan Negeri Ahmad Redza Arshad berkata jumlah mangsa terkini ialah 1,406 orang berbanding 1,439 orang pagi Rabu.
"Seramai 33 orang mangsa di daerah Hulu Terengganu telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang ini setelah air hujan yang melimpah surut di kawasan berkenaan," katanya.
Beliau berkata penduduk yang tinggal di pusat pemindahan ialah Besut 560 orang, Setiu 671 dan Hulu Terengganu 175 berbanding 208 orang pagi tadi.
Katanya dalam masa yang sama juga jumlah pusat pemindahan berkurangan kepada 18 petang ini berbanding 21 pagi semalam.
Jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran negeri (JPS) berkata paras air di kebanyakan sungai utama di negeri ini sedang naik berikutan hujan lebat sejak malam Selasa.
Beliau berkata di Besut, di Kampung La paras air terus naik dan kini melebihi tahap bahaya 19.2 meter pada bacaan pukul 1 petang ini.
Begitu juga Sungai Nerus di Setiu sehingga kini paras air di tiga tempat melebihi paras bahaya petang ini berbading dua tempat pada sebelah pagi.
Katanya di Jambatan Permaisuri, air berada di paras 9.14 meter berbanding tahap bahaya 8.8 meter, di Kampung Langkap 22.95 meter (bahaya 22.5 meter) dan Kampung Bukit 13.7 meter (bahaya 12 meter).
Hampir 50 Calon SPM, STPM Di Hulu Terengganu Ke Pusat Peperiksaan Dengan Bot
Penduduk Kampung Tasek, Setiu terpaksa menggunakan jentolak yang disediakan Majlis Daerah Setiu untuk keluar ke jalan besar bagi membeli barang keperluan harian di Bandar Permaisuri apabila banjir mula melanda kampung tersebut.
Hampir 50 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) terpaksa menaiki bot untuk ke pusat peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Menerong di Hulu Terengganu apabila kampung mereka ditenggelami air.
Kesemua calon SPM dan STPM dari Kampung Pengkalan Ajal di sini itu diangkut ke pusat peperiksaan menggunakan perahu penduduk kampung dan bot bomba bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan pada Rabu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang Mohd Zazuli Baderu berkata pihaknya sentiasa bersedia di lokasi terbabit dan menghulurkan bantuan bagi memastikan kedua-dua peperiksaan itu dapat dijalankan dengan lancar.
"Kami telah berbincang dengan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) sebelum ini untuk mengatasi masalah itu dan kami akan bersedia di lokasi terlibat bagi membolehkan calon SPM dan STPM menduduki peperiksaan," katanya.
Wednesday, November 23, 2011
Kerajaan Timbang Teruskan Kontrak Kejohanan Piala Monsun Di Terengganu
Kerajaan menimbang untuk menyambung kontrak kejohanan Piala Monsun di Terengganu yang akan berakhir pada 2012.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pihaknya masih meneliti permohonan penganjur kejohanan kapal layar berprestij itu, yang bermula sejak 2005.
"Sememangnya kita berbangga dan menyokong jika sukan kapal layar Piala Monsun terus diadakan di Terengganu kerana ia dapat meningkat martabat sukan yang bertaraf antarabangsa itu," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu semalam.
Beliau sebelum itu merasmikan Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun 2011, yang berakhir 27 Nov ini.
Ahmad Shabery berkata Terengganu mempunyai fasiliti lengkap bagi acara perlumbaan kapal layar itu, bagaimanapun, ada beberapa negeri lain yang berminat menganjurkan kejohanan sukan bertaraf antarabangsa tersebut.
"Ini kerana penganjuran seumpama ini mampu memberi keuntungan yang besar dengan mendapat liputan yang meluas dari media tempatan dan antarabangsa.
"Semua media tertumpu pada acara kemuncak di Pulau Duyong ini, dan berita sukan ini dapat disiarkan di negara luar dan ia memberi bonus kepada Terengganu untuk mempromosikan negeri ini kepada negara lain," katanya.
Kejohanan kali ini menyaksikan penyertaan 12 pelayar dari lapan negara yang akan berentap pada kejohanan akhir siri jelajah WMRT.
Pada saingan Piala Monsun kelak, Malaysia akan diwakili Jeremy Koo dari pasukan Abdullah Chan/KRT, yang sebelum ini mengekalkan kejuaraan Match Racing Malaysia (MMRC) 2011.

Peter Gilmour Berazam Teruskan Kecemerlangan Pada Pusingan Akhir Piala Monsun
Bekas juara dunia Siri Jelajah Match Racing Dunia (WMRT) Datuk Peter Gilmore berazam mempamer persembahan terbaik dalam Kejohanan Piala Monsun 2011 kali ini.
Beliau yang pernah menjulang kejuaraan pada 2005 dan 2008 berkata, pasukannya membuat persiapan rapi untuk menghadapi kejohanan paling berprestij itu, termasuk mengadakan sesi latihan sejak seminggu lalu di Pulau Duyong di sini.
"Semua krew kami telah berkampung di sini lebih awal untuk membiasakan diri dengan keadaan di sini, jika semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang, peluang untuk meraih mata sekaligus mara ke pusingan akhir adalah cerah sekali," katanya yang akan mewakili pasukan Yanmar Racing pada kejohanan edisi keenam ini.
Selain Gilmore, turut serta dalam kejohanan kali ini ialah pendahulu siri kelayakan WMRT Ian William (Britain) dari Team GAC Pidar; pendahulu ranking ISAF Francesco Bruni (Itali) dari pasukan Bruni Racing dan Torvar Mirsky (New Zealand) dari pasukan The Wave Muscat.
Antara pelayar terkemuka yang terlibat ialah Bjorn Hansen (Sweden) dari Mekonomen Sailing Team, Damien Iehl (Perancis) dari French Match Racing Team, Johnie Berntsson (Sweden) dari Berntsson Sailing Team, Jesper Radich (Denmark) dari Adrian Lee & Partners, Mathieu Richard (Perancis) dari French Match Racing Team, Phil Robertson (New Zealand) Waka Racing, Willam Tiller (New Zealand) dari Full Metal Jacket Racing dan wakil tunggal negara Jeremy Khoo dari pasukan Abdullah Chan/KRT.
Sementara itu, Gilmore mengakui setiap pasukan yang bertanding dalam kejohanan kali ini mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing.
Kejohanan Piala Monsun yang berlangsung enam hari mulai semalam dirasmikan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan akan berakhir 27 Nov ini.

Terengganu Dijangka Jadi Pengeluar Limau Madu, Langkap
Terengganu merancang menjadi salah sebuah negeri pengeluar limau madu dan limau langkap terbesar di negara ini pada masa akan datang.
Pengarah Jabatan Pertanian negeri Md Yusof Maidin berkata ini berikutan Jabatan Pertanian mengadakan projek perintis ke arah pembangunan semula limau berkenaan di negeri itu.
“Kita memulakan projek perintis tanaman limau di Kampung Lubuk Periok, Hulu Terengganu yang dijangka akan mula mengeluarkan hasil tahun depan,” katanya semalam.
Katanya ia melibatkan kawasan bekas sawah padi huma terbiar seluas lapan hektar yang ditanam 2,400 pokok limau madu dan limau langkap membabitkan 27 peserta.
Menurut Md Yusuf projek itu dijangka memberikan hasil sebanyak antara 12 hingga 25 metrik tan sehektar pada tahun pertama dan pokok limau itu mampu hidup lama jika diuruskan dengan baik.
Harga limau di pasaran sekarang antara RM3.50 hingga RM4.50 sekilogram dan ini akan memberi pulangan yang lumayan kepada pananam-penanam limau, katanya.
Beliau berkata benih limau dibeli dengan harga RM8 hingga RM8.50 sepokok daripada pengusaha limau yang terbesar di Perak untuk projek perintis itu.
Md Yusuf berkata terdapat dua lagi projek tanaman limau di Hulu Terengganu yang diusahakan oleh individu, masing-masing di Kampung Telaga seluas 0.8 hektar dan Kuala Puih seluas 0.4 hektar.
Beliau berkata pihaknya telah membelanjakan sebanyak RM170,000 untuk menyediakan kemudahan asas termasuk pengairan untuk projek tanaman perintis itu.

Sluad Harimau Muda Dapat RM30,000 Seorang
Skuad Harimau Muda kendalian jurulatih Ong Kim Swee yang memenangi pingat emas Sukan SEA di Jakarta akan menerima ganjaran RM30,000 seorang daripada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah.
Berita itu diumumkan pengurus skuad negara Datuk Hamidin Mohd Amin di Kuala Lumpur, malam malam.
"Selepas perlawanan menentang Indonesia semalam, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah bersetuju mengurniakan RM30,000 seorang bagi setiap pemain di atas kejayaan gemilang mereka itu," katanya.
Dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta pada Isnin, skuad bawah 23 tahun negara itu menewaskan pasukan tuan rumah, Indonesia 4-3 menerusi sepakan penalti, selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan.
Hamidin berkata skuad itu juga akan dihantar ke Sydney, Australia mulai pertengahan bulan Disember bagi menjalani latihan dan mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab terkemuka di sana.
"Selepas mesyuarat teknikal FAM sebentar tadi, kami telah bersetuju untuk menghantar skuad kendalian Ong Kim Swee ini untuk ke Austalia dan Alhamdullilah Majlis Sukan Negara (MSN) turut menerima dan menyokong hasrat kami ini," katanya.
Sementara itu, beliau berharap peminat bola sepak datang beramai-ramai untuk menyokong Skuad Harimau Muda pada perlawanan kelayakan pra-Olimpik menentang Syria di Stadium Nasional Bukit Jalil, rabu malam.
Beliau berkata setakat ini penjualan tiket bagi perlawanan agak mengecewakan dengan hanya 2,000 tiket telah dijual.
Tiket bagi perlawanan itu dijual dengan harga RM40 (Grandstand) dan RM20 (Terbuka).

Jumlah Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat Kepada 373 Orang
Jumlah penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di tiga daerah di Terengganu kini meningkat kepada 373 orang berbanding 313 mangsa yang dipindahkan petang semalam.
Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, penduduk yang dipindahkan ialah 175 orang di Besut, Setiu (115) dan Hulu Terengganu (83) orang.
Beliau berkata sehingga pukul 6 petang ini sebanyak lapan pusat pemindahan telah dibuka iaitu tiga masing-masing di Besut dan Hulu Terengganu manakala dua di Setiu.
Kebanyakan mangsa-mangsa itu ditempatkan di balai raya, masjid dan dewan serbaguna, katanya.
Menurut jurucakap itu jalan Kuala Berang-Sungai Tong, di Lubuk Tengkawang ditutup kepada semua kenderaan kerana ditenggelami air sedalam 0.6 meter.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri pula melaporkan paras air Sungai Nerus di Kampung Langkap dan Kampung Bukit di Setiu berada di tahap bahaya.
Orang ramai yang tinggal di tebing sungai itu dinasihatkan supaya berjaga-jaga dan berpindah ke pusat pemindahan jika diminta berbuat demikian.
Semalam, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana di beberapa negeri termasuk Terengganu yang boleh mengakibatkan banjir, terutamanya di kawasan rendah.

Dua Penunggang Motosikal Maut Selepas Langgar Kenderaan Buat Pusingan U
Dua penunggang motosikal maut selepas melanggar kenderaan yang membuat pusingan U di garisan berkembar dalam dua kemalangan berasingan petang semalam.
Kedua-dua nahas berlaku dalam tempoh sejam di Jalan Kuantan-Kemamam, dekat Kuantan.
Insiden pertama di Kilometer 28.5 menyebabkan seorang pelajar kolej swasta Amir Edzad Abdul Jalil, 19, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Pegawai Penguatkuasa Pentadbiran Trafik Pahang ASP Zainalabidin Othman berkata dalam kejadian 2 petang itu, sebuah kereta dari arah Kemaman menuju ke Kuantan dipercayai membuat pusingan U sebelum dilanggar mangsa yang datang dari arah Kemaman.
"Mangsa mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk bedah siasat," katanya semalam.
Dalam insiden kedua di Kilometer 43, Zul Idham Zainal, 19, dari Taman Geliga, Cukai, Terengganu terbunuh selepas merempuh sebuah lori yang membuat pusingan U.
"Kejadian 3 petang itu dipercayai berlaku apabila lori terbabit, yang datang dari arah Kemaman menuju ke Kuantan, telah membuat pusingan 'U' di garisan berkembar telah dilanggar mangsa," katanya.
Beliau berkata kedua-dua kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tuesday, November 22, 2011
UMNO Terengganu Perlu Gunakan 'Dunia Atas Talian' Perangi Pembangkang
Analisis Hambali Abdul Latiff
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said difitnah kononnya ditangkap khalwat dan berkahwin satu lagi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak juga turut menjadi mangsa kepalsuan dalam media sosial apabila anaknya didakwa telah berbelanja di Perth, Australia semasa beliau (Najib) menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel di Perth Oktober lepas.
Sedangkan pada masa itu, anaknya berada di negara lain.
Kata Najib: "Saya pergi buat ibadat haji, mendapat taraf tetamu diraja, kerana bukan kita minta, tetapi ditawarkan oleh Raja Arab Saudi. Kemudahan ialah bila buat tawaf, ada lah beberapa askar menjaga keselamatan untuk memudahkan proses (tawaf). (Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr) Zahid Hamidi pun ada di situ. Tetapi bila keluar dalam media sosial, mereka padamkan jemaah-jemaah haji lain, seolah-olah saya dikepung, orang lain tidak boleh buat tawaf.”
Amat jelas, semua ini adalah satu kepalsuan. Ia suatu fitnah yang amat besar, tetapi mereka yang melakukan fitnah itu tidak takut pada dosa yang besar.
Seperti kata Ahmad Said, fitnah ini setaraf dengan dosa membunuh dan kerana itu ia perlu diperangi habis-habisan.
Dua contoh ini membuktikan bahayanya jika kita tidak betulkan segala-segala kepalsuan dan fitnah dalam menghadapi pilihan raya. Banyak lagi pembohongan dan fitnah ditabur terhadap pemimpin BN dan kerajaan.
Persoalannya kenapa ia dibiar dan terbiar kepada rakyat menilainya?
Bagi Perdana Menteri, BN tidak mungkin berjaya kalau rakyat tidak sokong, kalau rakyat terpesong, kalau rakyat dikelirukan, kalau rakyat percayai fitnah, kepalsuan, separuh kebenaran.
Ini kerana semua ini, boleh membantut agenda transformasi besar yang ingin diperjuangkan.
Semua pihak perlu menerangkan kepada rakyat mengenai segala usaha positif kerajaan dan jangan biarkan rakyat dikelirukan
Bagi pihak-pihak tertentu, khususnya pembangkang, kalau sesuatu yang tidak benar, tetapi diulang banyak kali, lama-lama rakyat akan terimanya sebagai kebenaran.
Kerana itu Perdana Menteri mahukan semua pemimpin BN jangan ambil enteng peranan media sosial.
Pada Konvensyen Media Sosial 1Malaysia, yang julung kali diadakan di negara ini yang dihadiri lebih 2,000 pengamal media sosial di Kuala Lumpur semalam, Perdana Menteri menekankan betapa pentingnya sumber maklumat alam maya.
Ini kerana maklumat yang diterima oleh masyarakat dari alam maya ini boleh membentuk minda generasi baru dan mampu berperanan bagi menangi hati dan fikiran rakyat, serta merasai denyutan nadi rakyat.
Malah alam maya dan media sosial inilah yang merupakan wahana dan kaedah yang paling utama yang sepatutnya diguna pakai untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat.
Sambil itu ia boleh digunakan kerajaan dan parti menilai pandangan dan sikap rakyat terhadapnya.
Pandangan ikhlas Perdana Menteri ini perlu dikongsi oleh semua pemimpin dan anggota BN kerana jika masih bergantung kepada cara lama menyebar dan menilai maklumat, BN akan ketinggalan.
Datuk Seri Najib berkata dunia atas talian adalah medan pertarungan antara pembangkang dan perikatan pimpinannya, dan ramai yang kini mengunjungi laman-laman web, portal dan blog sebagai saluran maklumat. Perdana Menteri berkata pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli BN perlu mengadaptasi mengikut perubahan masa dengan menggunakan media sosial jika mahu kekal relevan. Media sosial menjadi semakin penting dalam arena politik negara ini dengan 11.3 juta rakyat Malaysia menggunakan Facebook setakat pertengahan tahun ini.
Sebagai satu jenama, BN perlu terus mendapat sambutan rakyat selagi produk dan perkhidmatannya terus memenuhi kehendak masyarakat.
Kita melihat sendiri bagaimana di Terengganu ini BN pernah ditolak pada pilihan raya umum 1999 tetapi diterima rakyat hampir sepenuhnya pada dua pilihan raya umum selepas itu iaitu pada 2004 dan 2008.
Kerana itu, adalah penting agar jenama BN terus mendapat sambutan khususnya di kalangan generasi muda dan cara paling baik ialah menggunakan alam maya kerana ia lebih dekat dengan generasi muda.
Bagi Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN penerimaan golongan muda kepada jenama BN perlu diaplikasikan dalam pilihan raya terutamanya dalam melahirkan "calon boleh menang" yang boleh memastikan kejayaan pada pilihan raya umum akan datang.
Datuk Seri Najib yang juga Presiden UMNO majukan jenama BN memastikan bahawa calon yang dipilih dapat berkhidmat dengan baik untuk rakyat dan menunaikan janji kepada rakyat.
Bagi Perdana Menteri, jenama BN akan bermasalah sekiranya apa yang disediakan tidak seperti apa yang digambarkan atau gambaran yang diberikan salah dan sengaja diburuk-burukkan.
Kerana itu, semua pihak perlu bekerja keras untuk memastikan jenama BN mencapai tahap yang dikehendaki rakyat.
Berikutan itu, Perdana Menteri mahu BN, terutama pemimpinnya, perlu memanfaatkan teknologi baru dalam menyampaikan semua hasrat dan mesej Jenama BN kepada rakyat bagi memastikan parti itu sentiasa relevan.
Menyedari bahawa sebahagian besar masyarakat, terutama sekali golongan muda, menggunakan saluran alam maya, termasuk media sosial, sebagai saluran utama untuk menerima maklumat mengenai apa jua perkembangan yang berlaku, baik di dalam mahupun di luar negara, semua pemimpin BN perlu menghayati kepentingan saluran maklumat ini.
Sebagai sebuah parti yang tertua di negara ini, BN tidak boleh bersandarkan kepada kejayaan masa lampau, sebaliknya mesti berani mengorak langkah dan membuat perubahan supaya sentiasa relevan, dinamik serta segar.
Dengan kata lain, cara lama menyampaikan maklumat kepada rakyat umpamanya ceramah atau forum bukan lagi cara terpenting dan berkesan. Pemimpin UMNO perlu mengikut aliran baru menyampaikan maklumat dan yang ketinggalan dalam media baru ini, mereka adalah kumpulan yang 'kerugian'.
Hakikatnya, BN tidak mungkin berjaya kalau rakyat tidak sokong, kalau rakyat terpesong, kalau rakyat dikelirukan, kalau rakyat percayai fitnah, kepalsuan serta separuh kebenaran.
Kerana itu, Perdana Menteri semalam melahirkan sokongan padu kepada pemblog-pemblog dan pengguna media sosial pro-Barisan Nasional dengan menyifatkan mereka sebagai “askar baru” perikatan tersebut melawan pembangkang.
Menurut beliau, kebanyakannya pemblog pro-BN bahawa mereka perlu menjelaskan kepada rakyat Malaysia atas talian tentang usaha-usaha diambil kerajaan dan kejayaannya, serta melawan kenyataan-kenyataan pembangkang yang bersifat bohong dan separuh benar.
Sesungguhnya, peranan penggiat media sosial dan pejuang alam maya ini, termasuk di Terengganu ini adalah bala tentera media sosial Barisan Nasional yang akan turun padang dengan mengeluarkan iPad, Blackberry, iPhone dan komputer riba masing-masing, untuk memperkatakan yangh benar dan menentang sebarang pembohongan, fitnah serta maklumat palsu yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu.
Sebahagian bahan sudah disiarkan melalui Bicara Terengganukita, Trg FM, jam 1.30 tengahri 21 Nov 2010.

300,000 Penduduk Besut Dan Setiu Dapat Faedah Projek Empangan
Lebih 300,000 penduduk Besut dan Setiu serta beberapa kawasan di utara Terengganu akan mendapat kemudahan pengairan hasil pembinaan empangan Paya Beda di Hulu Besut yang dijadual siap tahun 2013.
Anggota Parlimen Besut, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin berkata projek berharga RM333 juta itu dimulakan tahun lepas di kawasan seluas 4,000 hektar.
"Apabila siap kelak ia bukan sahaja akan memberikan kemudahan bagi penduduk menjayakan aktiviti pertanian malah akan berfungsi sebagai projek tebatan banjir.
"Projek ini juga mampu membekalkan kemudahan air untuk minuman kepada penduduk di utara Terengganu termasuk beberapa kawasan di Kelantan," katanya kepada pemberita di Besut semalam pada majlis penyampaian komputer riba kepada 34 Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari kawasan Hulu Besut.
Abdullah berkata projek yang dilaksanakan melalui Program Pembangunan Wilayah Pantai Timur (ECER) itu mampu mewujudkan pelbagai aktiviti sampingan yang mampu memberikan pendapatan tambahan kepada penduduk.
Ketika mengulas desakan penduduk Kampung Durian Telur, Hulu Besut, yang mahukan kerajaan membina jambatan baru untuk menghubungkan kampung mereka dengan Pekan Pasir Akar, beliau berkata perkara itu sedang diusahakan.
"Permohonan mendapatkan jambatan baru di kawasan berkenaan telah dimajukan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Daerah dan telah ada dalam perhatian kerajaan," katanya.

Stadium Sultan Ismail Dinaik Taraf Dengan Kos RM600,000
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, yang menjadi gelanggang utama bagi pertandingan bola sepak di negeri ini, dinaik taraf oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi persiapan pra musim Liga Malaysia 2012.
Pengarah Korporat Kemasyarakatan dan Kualiti MBKT Mohd Huzairi Nizam Ibrahim berkata kerajaan negeri memberikan peruntukan sebanyak RM600,000 untuk tujuan tersebut.
"Apabila siap dinaik taraf dan baik pulih nanti, stadium mampu memberi lebih banyak keselesaan kepada pemain dan juga penonton terutamanya dari segi keselamatan," katanya di Kuala Terengganu, semalam.
Menurut Mohd Huzairi pengubasaian stadium yang berusia hampir 30 tahun itu antaranya menambah baik pencahayaan lampu limpah, menaik taraf bilik persalinan pengadil, lorong keluar pemain dan bilik wartawan.
Beliau berkata bagaimanpun tempat duduk penonton tidak diusik dan kekal sepertimana biasa dan kerja-kerja tersebut dijadual siap sebelum pra musim bermula tahun depan.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata stadium itu akan digunakan bagi pertandingan bola sepak Piala AFC yang melibatkan pasukan Terengganu tahun depan.
Katanya untuk menjayakan pertandingan itu, stadium itu perlu diperbaiki bagi disesuaikan dengan kejohanan bertaraf antarabangsa itu termasuk kecahayaan lampu limpahnya.
"Ikut piawaian AFC, kecahayaan lampu limpah 1,400 lux sedangkan kecahayaan lampu limpah di stadium itu adalah 800 lux," katanya.

Pelayar Tempatan Berpeluang Berlatih Bersama Juara Dunia
Mohd Saifullah Mohd Esa telah diberi satu peluang yang begitu menguntungkan apabila juara dunia, Ian Williams telah memilihnya untuk berlatih bersamanya apabila bersiap sedia untuk Piala Monsun, yang akan berlangsung dari 22 hingga 27 November di Ri -Yaz Heritage Marina Resort and Spa, Kuala Terengganu.
Disebabkan salah seorang daripada ahli pasukannya akan tiba lewat, Williams tidak mampu untuk menunggu dan mahu melakukan latihan sebanyak mungkin.
Mohd Saifullah telah mencatatkan pengalaman sebagai Bowman, dalam pasukan Tiffany Koo semasa Kejohanan Match Racing Malaysia (MMRC) tahun lepas dan mengetahui bagaimana rasanya belayar dengan pelayar terkemuka.
Namun perasaan berada di atas satu kapal bersama juara dunia adalah sesuatu yang mendebarkan. Apatah lagi Ian merupakan pelayar yang berkedudukan teratas dalam papan carta Siri Jelajah Dunia Match Racing (WMRT). Dengan 106 mata, Williams dan pasukannya, Team Pindar GAC, amat berpontensi dinobatkan sebagai juara dengan begitu hampir kepada kemenangan.
Pada 2010, keyakinan Williams terhadap potensi pelayar tempatan telah membawa beliau untuk melihat kemungkinan menandatangani perjanjian penajaan utama dengan sebuah bank Malaysia yang besar.
Dia berkata, "Cara pertama untuk membantu pelayar tempatan bergerak ke hadapan dengan memberi mereka peluang menyertai pasukan saya untuk sesi latihan. Cara kedua adalah turut bersama menyertai acara belayar bersama rakyat Malaysia.”
Williams mengambil peluang untuk menyebarkan pengetahuan dan pengalamannya kepada pelayar-pelayar Malaysia. Beliau berkata, "Saya mahu mencuba untuk menguji setiap calon di beberapa kawasan, khususnya; kekuatan dan kecergasan, keupayaan untuk belajar, kesedaran, reaksi kepada tekanan, dan afiniti semula jadi untuk sukan itu"
Dari segi keupayaan belayar, tiga calon yang menonjol, salah seorang daripada mereka adalah Mohd Saifullah. Williams menjelaskan, "Saya fikir bahawa Saifullah mungkin pelayar paling berjaya dalam peranannya dan itulah sebab mengapa kami memilih dia untuk berlatih dengan kami."
Piala Monsun bukan sahaja menaikkan sukan pelayaran di Malaysia tetapi juga menyediakan satu peluang untuk kanak-kanak menceburi bidang pelayaran.
Acara ini juga telah membuka pintu untuk penajaan korporat kerana ia menawarkan faedah tajaan yang besar dari segi pendedahan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Syarikat-syarikat Malaysia yang terkemuka sentiasa mencari peluang tajaan sebegini yang bukan sahaja memberi kelebihan kepada syarikat itu, tetapi juga memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Penuntut Malaysia Di Mesir Selamat - Duta
Penunjuk perasaan meneruskan pertempuran mereka dengan anggota keselamatan Mesir di Dataran Tahrir, Kaherah semalam.
Ibu bapa penuntut yang masih berada di Mesir diminta tidak berasa bimbang atau gusar dengan keselamatan anak mereka kerana Kedutaan Malaysia di negara itu telah mengambil langkah sewajarnya.
Duta Malaysia ke Mesir Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti berkata pihaknya sentiasa memantau pergerakan penuntut Malaysia bagi memastikan mereka selamat serta memberi taklimat mengenai langkah keselamatan yang perlu diambil jika keadaan menjadi buruk.
"Memang ada surat dikeluarkan dan kita dah berbincang dengan ketua-ketua pelajar, dan kita telah memberi maklumat dan langkah-langkah keselamatan. Kita juga tidak bolehlah nak berlebih sangat mengenai isu keselamatan kerana pelajar sekarang tengah menghadapi ujian.
"Kita pantau secara lebih tenang dan tak nak berlebih sangat sebab kita tak nak berlaku panik yang tak tentu pasal (di kalangan penuntut)," katanya kepada pemberita pada majlis pengumuman penubuhan Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Cawangan Malaysia (WAAG Malaysia) di Petaling Jaya, semalam.
Beliau berkata ketika ini keadaan adalah terkawal dan tidak berbahaya, cuma penuntut Malaysia, terutama mereka yang belajar di Universiti Iskandariah dan Universiti Kaherah, diminta sentiasa berwaspada dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
"Yang dekat dengan kawasan Dataran Tahrir kebanyakkan adalah pelajar Fakulti Perubatan yang duduk berdekatan kawasan itu. Kalau kita (pihak kedutaan) nampak ada sedikit ketegangan, kita akan pindahkan mereka dengan segera," katanya sambil menambah 4,500 daripada lebih 10,000 penuntut Malaysia adalah pelajar Fakulti Perubatan.
Sejak Sabtu lepas, satu pertempuran berlaku antara polis Mesir dan penunjuk perasaan yang mendesak kerajaan tentera mengumumkan tarikh peralihan kuasa di negara Arab itu, dan setakat ini, lebih 1,000 orang dilaporkan cedera.
Mohd Fakhrudin berkata hari tunjuk perasaan diisytiharkan hampir setiap hari Jumaat, iaitu selepas solat Jumaat, dan penuntut Malaysia digesa menjauhkan diri daripada kawasan terbabit.
"Hari Jumaat itu, kalau ada demonstrasi di masjid berkenaan, jangan sembahyang di masjid itu. Pergilah ke masjid lain kerana banyak lagi masjid di sana," katanya sambil memuji sikap penuntut Malaysia kerana sentiasa mendengar arahan yang dikeluarkan kedutaan.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata penubuhan WAAG Malaysia adalah untuk menyatupadukan graduan lepasan Universiti Al-Azhar yang dianggarkan seramai 30,000 di negara ini.
"Tujuan utama penubuhan WAAG ini adalah untuk menyediakan satu forum perbincangan bagi pertukaran idea di kalangan para graduan dan juga mungkin semua ulama, tokoh pemikir, para ilmuan dan ahli akademik berkenaan isu-isu berkaitan Islam," katanya.
Pasangan OKU Nyaris Maut Rumah Dihempap Pokok Kelapa
Sepasang suami isteri kurang upaya nyaris maut apabila rumah mereka dihempap sebatang pokok kelapa di Taman Rahmat di Marang malam Ahad lalu.
Ketika kejadian kira-kira tengah malam itu, pasangan yang menghadapi masalah penglihatan itu sedang tidur bersama dua anak mereka sebelum dikejutkan dengan bunyi angin kencang dan hujan lebat.
"Bila dengar angin kencang, saya segera bangun dan nak kejutkan isteri saya, Siti Saerah Mohd," kata Mohd Tahir Ismail, 55.
Mohd Tahir berkata sebelum dia sempat mengejutkan isterinya, dahi dan mukanya terasa sakit terkena serpihan bumbung apabila sebatang pokok kelapa setinggi 10 meter menghempap bilik tidur mereka.
"Masa saya nak mengejutkan isteri, saya dengar dentuman yang kuat dan air hujan mula mencurah masuk ke bilik, malah sebiji kelapa turut terkena bahu isteri saya," katanya ketika ditemui di rumahnya, di Marang semalam.
Menurutnya dia kemudian mengejutkan anak perempuannya berusia 24 tahun yang berada di bilik sebelah dan setelah memeriksa keadaan rumah, mereka mendapati bahagian dapur turut musnah.
Mohd Tahir berkata kejadian berlaku dengan pantas dan mendakwa ribut seumpama itu adalah kali pertama berlaku di taman perumahan yang majoriti dihuni golongan kelainan upaya (OKU).
Sementara itu wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang telah menghantar bantuan bencana kepada keluarga malang itu selain bantuan makanan.
Bantuan untuk membaik pulih rumah pasangan itu juga difahamkan akan dijalankan dalam masa terdekat.

Umno Terengganu Sudah Bersedia Hadapi PRU Ke-13
Umno Terengganu sedang bergerak dalam satu pasukan untuk berhadapan dengan pihak musuh bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan diumumkan bila-bila masa.
Ketua Penerangan Umno Terengganu, YB Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pihaknya sedang membuat persiapan ke arah pilihan raya dengan pergerakan melalui satu pasukan yang dianggap sebagai ‘aliran yang lebih lancar’.
Menurutnya, walaupun sebelum ini Umno Terengganu dikaitkan dengan krisis dalaman, namun tidak mustahil kepada semua peringkat untuk bergerak di bawah satu kepimpinan di peringkat negeri melalui Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Haji Ahmad Said.
“Umno Terengganu sudah bergerak dalam satu pasukan yang dinakhodakan oleh Datuk Seri Ahmad Said dan saya nampak masalah sebelum ini sudah selesai. Kita juga ke arah persediaan untuk menghadapi pilihan raya,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta kepemimpinan semua peringkat Barisan Nasional (BN) mengukuhkan semangat bekerja sebagai satu pasukan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.
Timbalan Perdana Menteri berkata, bekerja sebagai satu pasukan terutama pada peringkat bahagian menjadi teras kelangsungan parti dan kerajaan BN pada peringkat pusat dan negeri, selain membolehkan kerajaan mendapat mandat jitu daripada rakyat untuk membentuk semula kerajaan.
YB Ahmad Razif yang juga Adun Seberang Takir bersetuju dengan pandangan itu mengakui bahawa semua pihak perlu bersatu padu untuk memastikan agenda BN dan kerajaan tercapai.
“Yang mustahak adalah bersatu dan bekerjasama tanpa apa-apa prasangka dan halangan lain. Apa yang dikatakan oleh TPM itu adalah tepat dan betul,” katanya.
Teganukita

Terima Kasih Razali...Teruskan Bantu Jayakan Anjung Ilmu
Razali Daud (kiri) menyerahkan fail kepada Hashim Mat Zin di majlis serah tugas Pengarah Pelajaran Negeri di Kuala Terengganu, kelmarin.
Setelah lebih 34 tahun berkhidmat dalam sektor pendidikan, Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Razali Daud mencapai usia persaraan, kelmarin.
Razali, 58, menyerahkan tugas kepada Timbalannya, Hashim Mat Zin dalam satu majlis ringkas di pejabatnya hari ini yang akan memikul tangung jawab itu buat sementara waktu.
Razali ketika ditemui pemberita berkata, persaraannya tidak akan membataskan khidmatnya dalam bidang pendidikan di negeri ini.
"Sekiranya masih diperlukan, saya akan terus menyumbang apa yang termampu termasuk dari segi tenaga dan buah fikiran untuk kebaikan sistem pendidikan di Terengganu.
"Saya sendiri mengimpikan Terengganu negeri terulung dalam bidang pendidikan di negara ini," katanya.
Pada masa sama, Razali turut berharap agar warga pendidik terus mempertingkatkan komitmen masing-masing di bawah kendalian pengarah baru nanti.
"Bidang pendidikan perlu dijaga, diberikan perhatian, diteliti dan dirancang dengan sebaik mungkin demi kepentingan anak bangsa.
"Justeru, saya harap pengarah baru nanti akan teruskan agenda kita untuk melestarikan pendidikan terbilang di negeri ini dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai Negeri Anjung Ilmu," ujar beliau.
Utusan Malaysia
JPJ Terengganu Kelauar 185 Saman
Sebanyak 185 saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal dan pemandu kenderaan yang melakukan pelbagai kesalahan dalam ”Ops Motosikal” oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Kuala Terengganu.
Operasi selama dua hari hingga awal pagi semalam itu diadakan di tujuh lokasi yang menjadi tumpuan remaja di negeri ini untuk melakukan aktiviti lumba haram di malam minggu antaranya Jalan Durian Burung, Jalan Batu Buruk dan di Shahbandar di bandaraya Kuala Terengganu.
Pengarah JPJ negeri, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, sepanjang operasi itu sebanyak 13 kenderaan disita dan 367 kenderaan diarah periksa kerana cermin gelap dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang dibenarkan.
Katanya, antara kesalahan yang dikesan sepanjang operasi itu ialah cukai jalan tamat tempoh, mengubahsuai nombor pendaftaran kenderaan dan motosikal tidak dilengkapi cermin sisi.
"Operasi ini menumpukan pemeriksaan motosikal dan bagi membendung masalah rempit di negeri ini namun tidak akan mengabaikan pemilik dan pemandu kenderaan lain yang didapati melakukan kesalahan,” katanya.
Menurut Abdul Rahman, seramai 19 pengguna kenderaan berusia antara 20 hingga lingkungan 30-an turut didapati positif dadah selepas ujian air kencing dan mereka diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Sultan Mizan Setuju Piala Monsun diteruskan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan Piala Monsun yang akan tamat kontrak penganjurannya di Terengganu pada tahun depan, diteruskan kerana ia memberi banyak manfaat kepada Terengganu.
Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk’ Seri Haji Ahmad Said, berkata pihaknya akan mengambil langkah selanjutnya bagi membolehkan Terengganu terus menjadi tuan rumah piala berprestij itu.
“Kita juga sudah memaklumkan hasrat Terengganu untuk terus menjadi tuan rumah Piala Monsun kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan trofi baru Piala Monsun di GTower, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur malam tadi.
Pada majlis itu, Menteri Besar menerima trofi berkenaan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Garrad, Eric Deardoff dan menyerahkannya kepada Pengerusi Kejohanan Piala Monsun, Tan Sri Sabbaruddin Chik.
Hadir sama pada majlis tersebut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Rahin Said; Ketua Pegawai Eksekutif World Tour Match Racing Tour, Jim O’Toole dan pegawai T-Best.
Sebelum ini, Ahmad Said berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan jika kejohanan bertaraf dunia itu diteruskan kerana ia mampu memberi pulangan dari segi pelaburan asing dan meningkatkan industri pelancongan dalam jangka masa panjang.
Beliau berkata, ini kerana Terengganu mempunyai banyak kemudahan asas bagi menganjurkan kejohanan tersebut dan jika dihentikan, dikhuatiri boleh menyebabkan pembaziran.
Sementara itu, pelayar terkenal Dato’ Peter Gilmour berkata, Terengganu sudah bersiap sedia untuk menjadi penganjur Piala Monsun terbaik pada tahun ini.

Monday, November 21, 2011
Banjir Mula Landa Dua Daerah Di Terengganu
Sekumpulan kanak-kanak bermain perahu di hadapan rumah mereka yang ditenggelami air di Kampung Merbau Menyusup, Setiu, Terengganu.
(Berita awal) Terengganu mula dilanda banjir berikutan hujan lebat di negeri itu sejak semalam hingga pagi ini.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara negeri Terengganu berkata sehingga pukul 11 pagi ini daerah iaitu Setiu dan Hulu Terengganu mula dinaiki air.
Beliau berkata di Setiu seramai 22 orang dari tujuh keluarga di Kampung Merbau Menyusut dipindah ke pusat pemindahan pada pukul 8 pagi ini manakala kampung yang telibat di Hulu Terengganu ialah Kampung Kolam Ajil dan Kampung Telaga.
Jumlah mereka yang dipindahkan di Hulu Terengganu belum ketahui, katanya ketika dihubungi di di Kuala Terengganu hari ini.
Jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula berkata paras air Sungai Nerus di Kampung Langkap kini melebihi paras bahaya iaitu 22.14 meter (bahaya 21.5 meter) dan Sungai Telemong di Kampung Paya Rapat meningkat kepada paras amaran iaitu 21.2 meter (amaran 21 meter).
Keadaan cuaca di Terengganu kini gelap dengan hujan lebat di seluruh negeri.
Pemblog Pro-BN Adalah 'Askar Baru’ Lawan Pembangkang - Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak semalam melahirkan sokongan padu kepada pemblog-pemblog dan pengguna media sosial pro-Barisan Nasional (BN) dengan menyifatkan mereka sebagai “askar baru” perikatan tersebut melawan pembangkang.
Pengerusi BN itu berkata dunia atas talian adalah medan pertarungan antara pembangkang dan perikatan pimpinannya, dan ramai yang kini mengunjungi laman-laman web, portal dan blog sebagai saluran maklumat.
“Barisan Nasional mengiktiraf anda semua, pengamal-pengamal media sosial. Anda pejuang-pejuang kami, askar baru kami,” kata Najib (gambar) selepas melancarkan Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia di Kuala Lumpur, semalam.
Perdana Menteri berkata pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli BN perlu mengadaptasi mengikut perubahan masa dengan menggunakan media sosial jika mahu kekal relevan.
Media sosial menjadi semakin penting dalam arena politik negara ini dengan 11.3 juta rakyat Malaysia menggunakan Facebook setakat pertengahan tahun ini.
Najib juga memberitahu peserta konvesyen itu, kebanyakannya pemblog pro-BN bahawa mereka perlu menjelaskan kepada rakyat Malaysia atas talian tentang usaha-usaha diambil kerajaan dan kejayaannya, serta melawan kenyataan-kenyataan pembangkang yang bersifat bohong dan separuh benar.
“Ini adalah peranan pejuang-pejuang atas talian, yang akan meneruskan usaha mereka menggunakan BlackBerry, komputer bimbit dan iPad.
Malaysian Insider

BN Perlu Manfaat Teknologi Baru Untuk Sampaikan Mesej Kepada Rakyat, Kata Najib
Barisan Nasional (BN), terutama para pemimpinnya, perlu memanfaatkan teknologi baru dalam menyampaikan mesej kepada rakyat bagi memastikan parti itu sentiasa relevan, kata Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Perdana Menteri berkata ini kerana sebahagian besar masyarakat, terutama sekali golongan muda, menggunakan saluran alam maya, termasuk media sosial, sebagai saluran utama untuk menerima maklumat mengenai apa jua perkembangan yang berlaku, baik di dalam mahupun di luar negara.
"Sumber maklumat yang diterima dari alam maya ini boleh membentuk minda generasi baru, dan untuk kita menangi hati dan fikiran rakyat serta merasai denyutan nadi rakyat.
"Maka alam maya dan media sosial inilah yang merupakan wahana dan kaedah yang paling utama yang sepatutnya kita guna pakai untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat, dan sambil itu, untuk kita menilai pandangan dan sikap rakyat terhadap kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian semasa melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia, yang julung kali diadakan di Kuala LUmpur, semalam dan dihadiri lebih 2,000 pengamal media sosial.
Pada majlis itu, Najib, yang juga Pengerusi BN, turut melancarkan Kelab Sukarelawan Media Sosial 1Malaysia MyVoice yang dianggotai oleh para pengamal media sosial yang diiktirafnya "sebagai para pejuang dan bala tentera baru BN, yang bergerak di alam maya."
Perdana Menteri berkata sebagai sebuah parti yang tertua di negara ini, BN tidak boleh bersandarkan kepada kejayaan masa lampau, sebaliknya mesti berani mengorak langkah dan membuat perubahan supaya sentiasa relevan, dinamik serta segar.
"Kita tidak mungkin berjaya kalau rakyat tidak sokong, kalau rakyat terpesong, kalau rakyat dikelirukan, kalau rakyat percayai fitnah, kepalsuan, separuh kebenaran. Semua ini, boleh membantut agenda transformasi besar yang ingin kita perjuangkan.
"Maka di sini peranan penggiat media sosial dan pejuang alam maya ini, bala tentera media sosial, yang akan turun padang dengan mengeluarkan iPad, Blackberry, iPhone dan komputer riba masing-masing, Inilah senjata bala tentera media sosial baru.
"Kita terangkan pada mereka (rakyat) (mengenai segala usaha positif kerajaan), sebab tujuan pihak tertentu ialah untuk mengelirukan (rakyat), kalau tidak pesongkan mereka. Ini prinsip propaganda.
"Petua kedua mereka (pihak pembangkang), kalau sesuatu yang tidak benar, tetapi diulang banyak kali, ia boleh diterima sebagai kebenaran. Jangan ambil enteng peranan media sosial," katanya.
Najib berkata beliau sendiri menjadi mangsa kepalsuan dalam media sosial apabila anaknya didakwa telah berbelanja di Perth, Australia semasa beliau (Najib) menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel pada Oktober lepas, sedangkan pada masa itu, anaknya berada di negara lain.
"Saya pergi buat ibadat haji, mendapat taraf tetamu diraja, kerana bukan kita minta, tetapi ditawarkan oleh Raja Arab Saudi. Kemudahan ialah bila buat tawaf, ada lah beberapa askar menjaga keselamatan untuk memudahkan proses (tawaf).
(Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr) Zahid Hamidi pun ada di situ. Tetapi bila keluar dalam media sosial, mereka padamkan jemaah-jemaah haji lain, seolah-olah saya dikepung, orang lain tidak boleh buat tawaf.
"Ini satu kepalsuan. Satu fitnah yang amat besar, tetapi mereka tidak takut pada dosa yang besar. Ini yang saya katakan bahayanya kalau kita tidak betulkan segala-segala kepalsuan dan fitnah dalam pilihan raya," katanya.
Najib berharap anggota kelab sukarelawan Media Sosial 1Malaysia MyVoice dapat membantu memperbetulkan kepalsuan dan menerangkan kepada rakyat tentang agenda transformasi besar kerajaan bagi memastikan ia tercapai.

Seragam Fatwa Elak Kecelaruan Fahaman Umat Islam
Fatwa yang berbeza berhubung sesuatu perkara atau isu di negeri-negeri menyebabkan ia sukar dikuatkuasakan di kalangan orang Islam.
Mufti Terengganu, Datuk Dr. Alias Abdullah berkata, usaha perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh untuk menyeragamkan pengeluaran fatwa bagi mengelak kecelaruan fahaman di kalangan umat Islam.
Beliau turut menarik perhatian perlunya ahli jawatankuasa fatwa untuk didedahkan dengan persekitaran baru supaya segala keputusan yang dibuat sesuai dengan perkembangan semasa.
“Institusi fatwa perlu memainkan peranan sewajarnya sebagai salah satu sumber rujukan bagi umat Islam yang memberi penjelasan kepada mereka dari perspektif hukum syarak tentang sesuatu isu yang berlaku,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam kertas kerja bertajuk `Institusi Fatwa dan Cabaran Semasa’ yang dibentangkan dalam Seminar Perundangan Islam Dalam Masyarakat Kontemporari di Universiti Sultan Zainal Aibdin (UniSZA) di sini hari ini.
Seminar dua hari yang bermula kelmarin dianjurkan oleh Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UniSZA.
Menurut Alias, tiadanya penyeragaman fatwa di antara negeri-negeri merupakan salah satu cabaran semasa yang perlu dihadapi selain sikap umat Islam sendiri yang agak sukar menerima sesuatu fatwa yang dikeluarkan.

Hepatitis A - Jabatan Kesihatan Diminta Beri Penerangan
Bagi memastikan virus Hepatitis A tidak berulang, Jabatan Kesihatan dicadangkan untuk memberi penerangan mengenai wabak itu kepada masyarakat setempat.
Selain itu penduduk yang terpilih dari kawasan wabak wajar diminta menyampaikan maklumat kepada penduduk kampung yang lain mengenai penyakit itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar berkata semalam,tujuannya adalah mengelak virus berkenaan merebak selepas jumlah pesakit yang diserang virus itu dilaporkan meningkat.
Menurut laporan akhbar, mangsa meningkat kepada 57 orang berbanding hanya sepuluh orang sejak kes tersebut tersebar di dua buah kampung di sini lebih seminggu lalu.
Kes terbaharu melibatkan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun dari Kampung Basung di Hulu terengganu, semalam.
Kesemua pesakit kini dirawat di Hospital Hulu Terengganu dengan keadaan mereka dilaporkan stabil.
"Jabatan Kesihatan juga turut menyediakan klinik bergerak di tiga kampung yang terjejas dan kita yakin semua yang terkena jangkitan tersebut sudah menerima rawatan," katanya semalam.
Beliau mengulas susulan penyebaran virus Hepatitis A di Kampung Pasir Dula, Basung dan Padang Setebu, Hulu Terengganu sejak beberapa hari sebelum Aidiladha lalu sehingga menyebabkan Kampung Basung dan Pasir Dula diwartakan sebagai kawasan wabak.
Wabak berkenaan dikatakan dibawa beberapa penduduk Orang Asli yang tinggal di Sungai Berua kira-kira 30 kilometer dari kampung berkenaan yang mendirikan penempatan berhampiran kawasan tadahan air yang disalurkan kepada penduduk tiga buah kampung berkenaan.

Amaran Hujan Di Utara Dan Pantai Timur Semenanjung
Hujan sekejap-sekejap kadang kala sederhana dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu mulai hari ini sehingga Khamis, menurut Jabatan Meteorolog.
Penduduk di kawasan rendah diminta berwaspada kerana hujan tersebut boleh menyebabkan banjir.
Sementara itu angin kencang timur laut selaju 40 hingga 50 kmsj dan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berlaku di perairan pantai timur Semenanjung dengan keadaan yang sama juga dijangka berlaku di Sarawak, Labuan serta pantai barat Sabah.
Angin kencang dan laut bergelora adalah berbahaya kepada bot-bot kecil dan aktiviti laut.

Risda Lancar Program Membaja Getah Di Terengganu
Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Getah (Risda) memperuntukkan kira-kira RM8 juta untuk program tanam semula dan membaja getah di Terengganu tahun ini.
Ketua Pengarah Risda Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad berkata 60 peratus daripada jumlah itu, iaitu kira-kira RM4.8 juta, adalah untuk program membaja.
"Mulai tahun depan, sasaran Risda ialah untuk meningkatkan pengeluaran getah sehingga 1,600 kilogram sehektar berbanding sekarang hanya 1,520 kilogram sehektar.
"Kita yakin apabila program pembajaan ini dijalankan, kita boleh capai angka itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Gerakan Membaja Risda peringkat negeri Terengganu di Hulu Terengganu semalam.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Asha'ari Idris dan Pengurus Besar Espek Sdn Berhad Datuk Kamaruddin Mohamed Shah.
Wan Mohamad Zuki berkata program membaja dijalankan bagi memastikan pekebun kecil di bawah skim bantuan Risda mengamalkan teknologi membaja dengan betul serta berterusan mengikut amalan pekebunan yang baik bagi meningkatkan produktiviti getah dan sawit.
Beliau berkata melalui amalan pembajaan yang betul, pekebun tidak perlu menunggu sehingga enam atau tujuh tahun untuk memperoleh hasil kerana tempoh muda pokok boleh dipendekkan kepada empat setengah tahun bagi getah.
Katanya, Risda akan mengagihkan 30 kampit baja bagi setiap hektar.
Wan Mohamad Zuki berkata program itu dapat memupuk kesedaran di kalangan pekebun kecil bahawa komponen baja penting untuk meningkatkan hasil.
"Melalui program ini juga, kita dapat memberi pendedahan teknologi, kaedah dan amalan pertanian yang baik dan betul.
"Kita juga mahu mendekatkan diri dengan masyarakat, mahu tahu apa masalah mereka bukan dalam aspek membaja saja, tetapi aspek-aspek lain," katanya.

Tiga Produk Terengganu ke Pasaran Antarabangsa
Kerajaan berusaha mengangkat tiga produk keluaran usahawan tempatan berasaskan makanan, kosmetik dan farmaseutikal untuk melangkah ke pasaran antarabangsa.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera berkata, setakat ini pasaran produk berkenaan sudah diterima baik di dalam negara.
“Untuk pasaran luar negara, produk-produk ini perlu diubahsuai mengikut cita rasa dan kehendak pengguna di luar negara,”katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Halal Malaysia di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) semalam.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu, Haji Azmi Razik; Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia, Datuk Hafsah Hashim dan Pengarah Urusan Strategik, Jabatan Standard Malaysia, Encik Rafik Bakri Zakaria.
Katanya, kerajaan turut merancang mengeluarkan lima produk baru setiap tahun untuk meningkatkan pendapatan di kalangan rakyat seterusnya dapat menyumbang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lebih baik.
“Sehingga ini kita berjaya memberi latihan dalam bidang usahawan kepada lebih 5,000 orang dan lebih 3,000 mengikuti pelbagai kursus keusahawanan di negeri ini,” katanya.
Menurutnya daripada jumlah berkenaan hanya 10 peratus telah berjaya mengenengahkan produk masing-masing dan kerajaan akan sentiasa memberi dorongan dan bantuan dari segi insentif kewangan, bimbingan dan peluang pasaran kepada pengusaha dan pengeluar yang berminat.
Mohamed kemudiannya menyaksikan penyerahan zakat perniagaan daripada QSR Brands (M) Berhad sebanyak RM46,389 dan KFC Holdings (Malaysia) Berhad berjumlah RM39,962 kepada Pegawai Majlis Agama dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) Nazli Ngah.

SUKAN SEA: Malaysia Tambah Enam Emas Pada Hari Ke-10 Sukan SEA
Atlit lumba basikal negara, (dari kiri) Mohd Harif Salleh, Adiq Husainie, Amir Mustafa dan Mohd Akmal Amrun memenangi pingat emas dalam acara 400 meter akhir pada Sukan SEA 2011 di Velodrom Rawamangun, di Jakarta, semalam.
Pingat emas itu diraih dari acara wushu (2), tenpin boling (1) dan berbasikal trek (1) yang dipertandingkan di sini dan renang berirama (2) yang dijalankan di Palembang.
Muhamad Adiq Husainie Othman, Amir Mustafa Rusli, Mohamad Akmal Amin dan Mohd Harif Salleh turut menyumbang satu emas menerusi acara 4,000m kejar mengejar berpasukan dalam acara berbasikal.
Tuan rumah Indonesia hari ini secara rasmi bergelar Juara Keseluruhan temasya edisi ke-26 selepas mengumpul 150 emas, 125 perak dan 116 gangsa dan jumlah kutipan emas ini tidak mampu digugat oleh juara bertahan dari edisi lepas, Thailand yang berada di tangga kedua.
Keseluruhannya 542 pingat emas ditawarkan di sepanjang temasya ini untuk rebutan 11 kontinjen.
Thailand mengutip 95 emas, 81 perak dan 105 gangsa dan diikuti oleh Vietnam di tangga ke tiga dengan 84 emas, 83 perak dan 89 gangsa.
Malaysia, yang telah pun melepasi sasaran maksimum 45 emas semalam, terus kekal di tangga keempat dengan mengumpul 53 emas, 45 perak dan 70 gangsa, diikuti Singapura (41, 43, 71), Filipina (25, 47, 67), Myanmar (11, 23, 27), Laos (8, 6, 35), Kemboja (3, 11, 20), Timor Leste (1, 1, 4) dan Brunei (0, 2, 7).
Hari ini, hari ke-11 temasya, sehari sebelum berakhirnya Sukan SEA di Indonesia ini, sebanyak 41 pingat emas ditawarkan.
Tinju menawarkan lima emas, bola sepak (1), bridge (1), berbasikal (7), renang sirip (5), golf (2), gimnastik (2), tenis (3), lumba bot tradisional (2), angkat berat (3) dan wushu (10).
Tiga Beranak Proses Dadah Di Hukum Mati
Tiga beranak Ooi Hooi Beng (dua kiri) anak lelakinya, Ong Heng Keat (belakang) dan anak perempuan, Ong Gaik Kee (depan) dijatuhi hukuman mati mandatori setelah didapati bersalah atas tuduhan memproses dadah oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam.
Tiga beranak termasuk seorang anak perempuan hari ini dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar selepas didapati bersalah atas tuduhan memproses dadah di Lunas, Kulim, lima tahun lalu.
Ooi Hooi Beng, 50, anak lelakinya, Ong Heng Keat, 26, dan anak perempuan, Ong Gaik Kee, 24, kelihatan tenang sebaik Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Azman Husin, menjatuhkan hukuman itu.
Bagaimanapun, tiga lagi tertuduh, Pang Chui Kong, 47, Lim Kim Hee, 50, dan Wong Ah Ngau, 47, dilepaskan selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.
Mengikut kertas pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa membuat persediaan dan memproses dadah jenis methamphetamine seberat 184.5 kilogram bertujuan untuk mengedarkannya.
Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di kilang Zmas Synergy Sdn Bhd, Lot 935, Lorong Makmur 13/1, Taman Makmur, Lunas, Kulim, kira-kira jam 4 petang pada 9 Julai 2006.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(C) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Dalam penghakimannya, Mohd Azman berkata, selepas meneliti hujah pembelaan dan keterangan pendakwaan, tertuduh kedua, keempat dan kelima berjaya menyangkal kes prima facie pihak pendakwaan.
"Ooi, Heng Keat dan Gaik Kee didapati gagal menyangkal kes prima facie pihak pendakwaan, dan pembelaan mereka adalah penafian semata-mata tanpa keterangan lanjut," katanya.
"Oleh itu mahkamah mendapati tertuduh pertama (Ong), ketiga (Heng Keat) dan keenam (Gaik Kee) bersalah kerana kes prima facie terhadap mereka adaah jelas," katanya.
Pendakwaan dijalankan oleh Ketua Unit Pendakwaan negeri, Datuk Razali Che Ani.
Seramai 654 Anggota, Pegawai Bomba Terengganu Sedia Hadapi Banjir
Seramai 654 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir besar pada tahun ini.
Penolong Kanan Penguasa Bomba negeri Mohd Rozairi Abdul Rahim berkata mereka akan ditempatkan di 335 lokasi yang sering dilanda banjir sebagai langkah berjaga-jaga.
Beliau berkata pusat gerakan operasi juga sentiasa dibuka sebagai persediaan awal dalam menghadapi banjir musim tengkujuh, yang dijangka melanda negeri itu pada bila-bila masa.
"Kita telah membuat persediaan rapi menghadapi bencana banjir dan semua anggota telah diberi latihan bagi menghadapi banjir yang diramalkan teruk melanda negeri di Pantai Timur," katanya di Kuala Terengganu, semalam.
Mohd Rozairi berkata cuti pegawai dan anggota bomba juga akan dibekukan secara berperingkat jika banjir besar melanda negeri ini, dan jika kekuatan tidak mencukupi bagi menghadapi bencana ini, pihaknya akan meminta bantuan negeri lain.
Sementara itu, kerajaan negeri Terengganu menubuhkan Jawatankuasa Bencana Banjir bagi melicinkan misi bantuan kepada mangsa banjir di setiap daerah, khususnya proses pemindahan serta agihan bantuan keperluan harian.
Sebanyak 112 pangkalan hadapan disediakan iaitu dua di Kuala Terengganu, Kemaman (15), Dungun (sembilan), Besut (26), Hulu Terengganu (32), Marang (13) dan Setiu (15).
Turut disediakan 347 pusat pemindahan banjir yang mampu menampung lebih 51,000 mangsa pada satu-satu masa.
Sebanyak 25 pusat pemindahan disediakan di Kuala Terengganu, Kemaman (36), Dungun (52), Besut (98), Hulu Terengganu (78), Marang (23) dan Setiu (35).

Cityliner Akan Hentikan Perkhidmatan Di Enam Negeri Bulan Depan
Konsortium Transnasional Bhd (KTB) mungkin menghentikan sepenuhnya perkhidmatan bas henti-hentinya Cityliner di enam negeri bulan depan sekiranya tidak ada pihak dapat membantu menyelesaikan masalah syarikat yang mengalami kerugian itu.
Pemberhentian perkhidmatan itu dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang, melibatkan 80 laluan dan 400 buah bas.
Pengarah Eksekutif Konsortium Transnasional Tengku Hasmadi Tengku Hashim berkata dengan kerugian kira-kira RM300 juta yang ditanggung kini, syarikat tersebut terpaksa bertindak begitu bagi mengelakkan daripada terus menanggung kerugian setiap tahun.
Bercakap di Kota Bharu, semalam, beliau berkata pihaknya juga belum menerima sebarang 'hitam putih' dari pihak-pihak yang dikatakan berjanji mahu membantu menyelesaikan isu tersebut termasuk kerajaan-kerajaan negeri dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Tengku Hasmadi berkata pihaknya akan berunding dengan kerajaan Negeri Sembilan esok dalam usaha membantu pihak syarikat menyelesaikan isu itu.
"Begitu juga dengan kerajaan negeri Kelantan belum ada tindakan proaktif diambil...walaupun mereka pada dasarnya bersetuju membantu meringankan kerugian syarikat," katanya.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan negeri memperuntukkan bantuan RM100,000 sebulan selama empat bulan kepada anak syarikat KTB, Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK), yang mengendalikan perkhidmatan Cityliner di negeri itu bagi mengurangkan bebas kos operasi.

Dua Anak Syarikat Risda Keluar Zakat RM267,377 Kepada Maidam
Dua anak syarikat Risda -- ESPEK Sdn Berhad dan Espek Livestock Sdn Berhad semalam menyampaikan zakat perniagaan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) berjumlah RM267,377.
Pengurus Besar ESPEK Sdn Berhad Datuk Kamaruddin Mohamed Shah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 206,234.81 zakat dikeluarkan daripada hasil keuntungan bagi tahun kewangan 2008 dan 2009 yang diperolehi ESPEK Sdn Berhad.
"Manakala RM61,142.71 adalah zakat hasil daripada keuntungan Espek Livestsock Sdn Berhad," katanya selepas menyampaikan wang zakat berkenaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Maidam Wan Harunjan Sulaiman sempena program pelancaran gerakan membaja peringkat negeri di Kuala Terengganu, semalam.
Kamaruddin berkata, ESPEK Sdn Berhad menguruskan ladang-ladang Risda seluas 47,000 hektar di Semenanjung dan daripada jumlah itu sebanyak 17,000 hektar di Terengganu.
Katanya, zakat Espek Livestock pula adalah hasil keuntungan daripada 9,000 ekor lembu yang diternak di ladang-ladang di negeri ini.

Izzaq Terpaksa Lupa Hasrat Beraksi Di Peringkat Akhir Bola Sepak Sukan SEA
Kecederaan yang dialami penyerang Izzaq Faris Ramlan ketika beraksi dalam perebutan ke separuh akhir bertemu Myanmar semalam, memaksa jurulatih skuad bawah-23, Ong Kim Swee tidak menyenaraikannya dalam kesebelasan utama bertemu Indonesia di perlawanan akhir.
"Saya sah tidak boleh bermain kerana lutut kiri saya lebam diasak oleh pemain Myanmar Sabtu.
"Ia memang sesuatu yang menyedihkan buat saya kerana tidak dapat peluang beraksi di perlawanan akhir tapi saya gembira pasukan kita berjaya akhirnya ke saingan itu walaupun kita diletakkan dalam kumpulan A, yang dianggap saingan sukar," katanya ketika ditemui Bernama semasa menyaksikan latihan ringan skuad negara di pekarangan gelanggang tenis di hotel penginapan mereka.
Pemain tinggi lampai ini, yang terpaksa menggunakan kayu tompang, berkata beliau akan turut terlepas peluang beraksi dalam saingan kumpulan kelayakan Sukan Olimpik 2012, London selang dua hari kemudian bertemu Syria.
Malaysia akan bertemu negara teluk itu pada 23 Nov pukul 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.
"Doktor telah lihat kecederaan saya dan mereka kata kecederaan ini dijangka pulih sebulan ataupun lebih bergantung kepada diri saya," katanya.
Pemain kelahiran Terengganu berusia 21 tahun ini cedera beberapa minit sebelum wisel penamat ditiup selepas dikasari pemain Myanmar semalam, yang menyaksikan Malaysia mara ke perlawanan akhir setelah menang 1-0.
"Apakah daya... tiada rezeki bermain. Saya harap mereka semua dapat buat yang terbaik daripada sebelum ini.
"Kita cuma harapkan Fakri (Ahmad Fakri Saarani) dan Syahrul (Azwari Ibrahim) sahaja di barisan serangan dapat menyumbat unutk gol negara. Itupun jika Syahrul sudah cukup cergas dan dapat diturunkan pada hari esok," katanya. Syahrul terpaksa dikeluarkan kerana cedera sekitar minit ke-70 pada perlawanan semalam setelah dikasari pemain Myanmar.