Friday, May 18, 2012

Jika Rasa DiTipu Oleh Felda, Bawa Anak Bini Keluar....

 

 "Tiada sebarang paksaan kepada peneroka untuk tinggal di tanah rancangan (Felda)... sebenarnya lebih baik (mereka tinggalkan Felda) daripada mereka terus menjadi duri dalam daging bagi kelompok peneroka serta bersubahat dengan pihak tertentu untuk mengkhianati segala perjuangan dan usaha kerajaan untuk terus memajukan tanah rancangan Felda..." - Datuk Seri Ahmad Said
 
Kenapa marahkan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seorang sahaja?

Bukan Ismail Sabri seorang saja yang mengeluarkan kenyataan meminta peneroka keluar dari Felda sekiranya berasa diri mereka ditipu kerajaan dan Felda.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan juga mengeluarkan kenyataan yang sama. Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman Said turut menyatakan perkara yang sama.

Apa, Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Malaysia (ANAK), Mazlan Aliman tidak suka mereka mengatakan demikian?

Apalah Ismail Sabri, Ahmad Said dan Azalina tidak seharusnya mengeluarkan kata-kata sedemikian? Kenapa tidak boleh kata?

Mazlan kata macam-macam kat Felda tidak mengapa?

Yang pasti, gara-gara "gangguan" daripada ANAK menyebabkan kelewatan proses penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di Bursa Malaysia.

"Gangguan" ini menyebabkan proses penyenaraian lewat kira-kira sebulan lebih.

NamunFelda tidak akan menghentikan usaha penyenaraian ini kerana kerajaan ada kaedah tertentu dan akan terus membela nasib peneroka.

Jadual penyenaraian FGVH terpaksa ditunda kepada Jun setelah Mahkamah Tinggi Kuantan pada Februari lepas membenarkan injunksi interim bagi melarang Koperasi Permodalan Felda (KPF) melupuskan ekuitinya kepada FGVH.

Bagaimanapun sekiranya injuksi itu gagal diketepikan, Felda kemungkinan besar akan membuat penyenaraian itu tanpa KPF.

Yang dikesali, jika ini berlaku, ia akan merugikan KPF. Namun, kerajaan sudah mempunyai satu formula bagi memastikan kepentingan peneroka dan petugas Felda akan dapat dibela.

Ismail Sabri kelmarin berkata, tiada guna terus tinggal di tanah rancangan Felda jika peneroka berasa kehidupan tidak pernah berubah dan masih dihimpit kemiskinan. Peneroka seperti itu, menurut Ahli Parlimen Bera itu, jika masih berada di tanah rancangan hanya akan menjadi parasit dan sentiasa meracuni pemikiran peneroka lain dengan menyebarkan pelbagai tohmahan terhadap kerajaan serta pengurusan Felda.

Kalau tidak pandai bersyukur, sila tulis surat dan keluar dari Felda supaya tempat mereka boleh diisi orang lain kerana masih ramai lagi berminat untuk menyertai Felda. Tetapi, mereka sanggup jadi duri dalam daging yang sanggup mengkhianati perjuangan peneroka dan kerajaan dalam usaha memajukan tanah rancangan,” katanya semasa berucap pada majlis Pemimpin Bersama Peneroka dan penyerahan wang durian runtuh Felda di Dewan Orang Ramai Felda Mayam, kelmarin.

Menurut Mazlan, kenyataan Ismail Sabri itu hanya mengundang kemarahan rakyat terutama dalam kalangan peneroka dan ia secara tidak langsung menunjukkan beliau bukanlah pemimpin wajar dicontohi.

Mazlan berhujah, sekiranya mana-mana pemimpin BN tidak bersetuju dengan tindakan peneroka, mereka seharusnya menegur dengan cara betul dan bukan meminta peneroka keluar dari tanah rancangan.

” Gambar diatas ialah Rahim B. Ahmad. Dia ialah Ketua PAS Cawangan Felda Bukit Ramun, Kulai, Johor. Gambar ini diambil ketika majlis penyerahan 'Durian Runtuh' Felda pada 15hb Mei...
Kata Mazlan: “Ada dalam kalangan peneroka sudah mengusahakan kebun mereka lebih 20 tahun dan mengetahui selok-belok urusan Felda. Jadi, memang wajar sekiranya mereka mendakwa menjadi mangsa penipuan kerajaan dan Felda. Perkara ini seharusnya boleh dibawa berunding dan bukannya dihalau pemimpin sedemikian.”

Persoalannya, apakah peserta lain selain yang menyokong ANAK bodoh dan tidak tahu selok-belok Felda? Mereka semua DUNGU?

Pengurusan Felda yang lebih lama daripada peneroka tidak tahu selok belok pentadbiran Felda?

Mazlan baru berapa tahun ‘ambil tahu hal Felda?

Sebenarnya Mazlanlah  yang tidak rasional dan memburuk-burukkan pengurusan Felda hanya kerana mementingkan kedudukannya sebagai Penyelaras Pakatan Rakyat (PR) Parlimen Bera.

Azalina lagi keras apabila mengatakan mereka yang mengutuk kerajaan dicabar untuk keluar daripada tanah rancangan Felda kerana mereka tidak diperlukan di dalam kawasan tersebut.

Ahli Parlimen Pengerang itu mendakwa, ramai lagi masyarakat di luar yang mahu menjadi warga Felda menggantikan tempat mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

Saya nak cabar mereka yang mengutuk kerajaan Umno agar jangan ambil duit durian runtuh ini. Bawa anak dan isteri keluar daripada tanah rancangan Felda kerana kita tidak perlukan mereka. Ramai lagi yang mahu masuk Felda,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Duit Durian Runtuh di hadapan kira kira 800 masyarakat Felda di Dewan Felda Sening, kelmarin.

Bagi Azalina, durian runtuh dan juga durian gugur yang diumumkan Perdana Menteri diberikan bukan untuk pancing undi.

“Bukan duit rasuah seperti yang didakwa pihak tertentu, sebaliknya ia adalah duit jaminan daripada kerajaan bahawa peneroka Felda akan dapat keuntungan dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke bursa Malaysia.FGVH disenaraikan agar peneroka Felda dapat pembelaan di bawah satu payung untuk mengaut kekayaan.

Di mana dengan penyenaraian FGVH ini bakal memberikan keuntungan yang besar buat masyarakat Felda sendiri," katanya.

Pada Perjumpaan MB Bersama Warga Felda, di Jerangau kelmarin, Ahmad Said meminta peneroka yang rasa tertipu dengan kerajaan dan Felda dinasihatkan segera berundur secara terhormat dengan meninggalkan tanah rancangan diduduki kini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, jika tidak berbuat demikian mereka boleh dilabelkan ‘tidak tahu malu’. “Tiada sebarang paksaan kepada peneroka untuk tinggal di tanah rancangan ini dan jika mereka merasakan telah ditipu oleh kerajaan serta Felda, kita tiada sebarang halangan andainya golongan ini ingin keluar. Malah, ia adalah cara undur diri secara terhormat. Tindakan sedemikian juga sebenarnya lebih baik daripada mereka terus menjadi duri dalam daging bagi kelompok peneroka serta bersubahat dengan pihak tertentu untuk mengkhianati segala perjuangan dan usaha kerajaan untuk terus memajukan tanah ranca¬ngan Felda,” katanya.

Malah, kata Ahmad Said, bagus juga sekiranya kita naikkan papan tanda gergasi di kawasan Felda yang bertulis 'Felda adalah Kubu Barisan Nasional, Orang PAS Tidak Dibenarkan Masuk.

hambali1

Yayasan Terengganu Belanja RM106 Juta Biayai 3,700 Pelajar


Yayasan Terengganu memperuntukan lebih RM106 juta pada tahun ini untuk membiayai pengajian lebih 3,700 pelajar termasuk 545 penuntut di 12 buah negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, peruntukan untuk biasiswa dan pinjaman itu antara usaha kerajaan negeri untuk melahirkan profesional dalam pelbagai bidang.


Sebahagian Lebuhraya Pantai Timur Fasa Dua Dibuka Hari Ini

Sebahagian Fasa 2 Lebuhraya Pantai Timur (LPT 2) dari persimpangan bertingkat Ajil ke persimpangan bertingkat Telemung di Terengganu dibuka kepada semua lalu lintas mulai pukul 10 pagi ini.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia Datuk Ismail Md Salleh berkata pembukaan jajaran sepanjang 21 kilometer itu membolehkan pengguna menikmati perjalanan terus ke Kuala Terengganu dengan had laju 110 kilometer sejam, tanpa henti.


Kerajaan Negeri Sedia Dana Raya RM335 Juta Sejak 2005

Mendaftar Untuk Dana Raya di Dun Tepoh Tahun Lepas
Kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM335 juta bagi menyediakan bantuan Dana Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh penduduk yang layak bermula 2005 sehingga tahun lalu.

Daripada jumlah itu, seramai 146,543 penerima dengan peruntukan RM43,962,900 (2005), diikuti 153,162 penerima dengan peruntukan RM46,088,700 (2006) dan 162,066 penerima dengan jumlah RM49,540,300 pada 2007.

Manakala seramai 56,290 penerima melibatkan RM47,522,800 (2008), 166,029 penerima yang melibatkan RM50,616,400 (2009), 164,243 penerima dengan jumlah RM164, 243 (2010) dan 176,838 penerima dengan peruntukan RM50,472,400 pada tahun lalu.

Warga Cina turut dapat dana raya sempena perayaan Tahun Baru

Terengganu Jangka Dominasi Acara Berbasikal Sukma 2012

Terengganu yakin bakal mendominasi acara berbasikal Sukan Malaysia (Sukma) yang akan berlangsung di Pahang, Julai ini, kata Yang Dipertua Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) Datuk Ahmad Sidi Ismail.

Beliau berkata keyakinan ini berdasarkan pencapaian terbaik pasukan lumba basikal Terengganu dalam kejohanan Jelajah Malaysia baru-baru ini dengan menduduki tempat ke-11 keseluruhan.

Lebih Ramai Peneroka Sokong Kerajaan Melalui Pendekatan Yang Diperkenalkan

Usaha kerajaan memperkenalkan pelbagai pendekatan dan insentif membangunkan ekonomi peneroka termasuk pemberian durian runtuh kepada mereka jelas telah meningkatkan keyakinan dan sokongan lebih 7,000 peneroka di 21 buah rancangan Felda di Terengganu kepada kerajaan sejak kebelakangan ini.

Ahli Parlimen Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafee memberitahu sokongan peneroka di Terengganu kini jelas terbukti melalui tindakan mereka terhadap program-program yang dijalankan Felda yang jauh menunjukkan lebih baik dengan apa yang diamalkan sebelum ini.

TDM Catat Keuntungan Luar Biasa Bagi 2011 - CEO

TDM Berhad, syarikat pegangan pelaburan milik kerajaan negeri berjaya mencapai rekod pengeluaran, rekod hasil dan rekod membanggakan bagi tahun kewangan 2011.

Hasil kumpulan yang dicatatkan tahun lalu, meningkat sebanyak 28 peratus bagi sat rekod RM503.2 juta dengan keuntungan sebelum cukai melonjak 67 peratus kepada RM214.9 juta berbanding sebanyak RM394.4 juta dan RM130.2 juta masing-masing dalam tempoh kewangan sebelum ini.

MTIB Sasar Eksport Kayu RM53b


Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) menyasarkan hasil eksport produk perkayuan mencecah RM53 bilion menjelang tahun 2020.

Ketua Pengarah MTIB, Dr. Jalaluddin Harun berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 60 peratus dijangka diperoleh daripada pengeksportan produk perabot, selain pertukangan kayu untuk pasaran Amerika Syarikat, Jepun, India, Australia dan rantau Eropah.


Gerhana Matahari Cincin 20 Mei Ini


Gerhana matahari cincin yang dirakamkan di China pada 15 Januari 2010.
Gerhana matahari Anulus atau gerhana matahari cincin dijangka berlaku Ahad ini (waktu tempatan di Hemisfera Timur) dengan magnitud 0.9439.

Namun sebahagian daripada gerhana matahari itu hanya boleh disaksikan di Sabah dan Sarawak.

Menurut Portal Pendidikan Sains Angkasa, gerhana itu juga dapat dilihat di Brunei dan sebahagiannya di Indonesia secara separa sahaja.

Thursday, May 17, 2012

1,090 Lagi Lot Tanah Rancangan Berkelopok DiAnugerahkan Kepada Rakyat - Ahmad Said


Datuk Seri Ahmad Said semalam mengumumkan kerajaan negeri bersetuju meluluskan 1,090 lagi lot tanah rancangan berkelompok membabitkan tiga lokasi berasingan di negeri ini untuk diagihkan kepada penduduk.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 991 lot tanah membabitkan kawasan kediaman dan selebihnya iaitu 99 lot tanah untuk pertanian.

“Kawasan yang diluluskan itu adalah Kampung Jambu Bongkok, Bukit Payung; Jeram Cina, Manir dan Kampung Tajin, Kuala Berang,” katanya.

Beliau menyatakan perkara itu pada sidang media selepas Mesyuarat Mingguan Exco Negeri Terengganu, Wisma Darul Iman (WDI), Kuala Terengganu, petang semalam.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah.

Menteri Besar turut menyatakan kerajaan Terengganu akan membina menara tinjau setinggi 10 tingkat sebagai menambah keunikan jambatan yang menghubungkan Kampung Tanjung, Kuala Terengganu dan Seberang Takir.

Manara tinjau yang bakal dibina bersebelah jambatan itu turut dilengkapi restoran sebagai pelengkap menarik minat pelancong tempatan dan luar negara berkunjung ke negeri ini.

Menteri Besar, berkata kemudahan yang belum diputuskan peruntukan kerana masih di peringkat awal itu adalah kesinambungan daripada projek Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur (ECER).

“Jambatan dan menara itu juga dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan Kuala Terengganu City Centre (KTCC) yang akan dibangunkan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Empat Anak Jati Terengganu Dalam Skuad Hoki Remaja Dapat Habuan


Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said semalam mengumumkan insentif sebanyak RM5,000 seorang kepada empat anak jati Terengganu yang berjaya mengharumkan nama negeri pada Kejohanan Hoki Remaja Piala Asia 2012 di Stadium Bukit Serindit, Melaka, Ahad lalu.

Insentif yang dijangka berjumlah RM20,000 itu bagi menyuntik semangat pemain supaya terus mencipta kejayaan membanggakan.


Terengganu Sandar Harapan Besar Pada Butler Untuk Ke Suku Akhir Piala AFC


Terengganu menyandarkan harapan tinggi kepada jurulatih baharu Peter James Butler untuk membawa pasukan itu ke peringkat suku akhir Kejohanan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Butler, yang menggantikan ketua jurulatih Mat Zan Mat Aris, bakal menjalani ujian pertama apabila berdepan dengan bekas pasukan bimbingannya, Kelantan pada pusingan kedua Piala AFC.

YPU Tawar Hampir 70 Premis Kilang Kepada Usahawan Terengganu

Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) menawarkan hampir 70 premis termasuk unit kilang, inkubator, pusat perniagaan dan lot perniagaan kepada pengusaha Industri Kecil Sederhana (IKS) untuk berkecimpung dan memperkasakan arena perniagaan di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Rosol Wahid berkata, bagi meningkatkan sumber ekonomi pengusaha IKS, premis-premis berkenaan terletak di daerah Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kuala Terengganu.

Kes Mat Zan - PBNST Buka Pintu Rundingan



 "Tindakan ini (menamatkan kontrak lebih awal) mungkin drastik, ia bukan bertujuan menafikan hak Mat Zan, sebaliknya mahu menjulang kembali prestasi Terengganu ke tahap tertinggi...Kita sudah terlepas satu piala (Piala FA), jadi untuk memastikan Terengganu bangkit semula, kita kena tukar jurulatih dan keputusan ini bukan keputusan saya seorang, sebaliknya ia dilakukan oleh satu panel khas." 
- Datuk Che Mat Jusoh

 "Apa yang dilakukan ke atas Mat Zan Mat Aris bukanlah untuk merampas haknya tetapi demi masa depan bola sepak Terengganu."

Demikian penjelasan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh berhubung tindakan drastik yang dikenakan ke atas bekas jurulatih Sang Penyu itu.

Perusuh Boleh Dibuang Kerja - Presiden Cuepacs

Penjawat awam yang didapati terbabit dalam rusuhan ketika perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu, boleh dikenakan tindakan sehingga dibuang kerja.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman berkata semalam, tindakan itu boleh diambil kerana penjawat awam tertakluk kepada Perintah Am, Bab D - Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) iaitu mereka tidak boleh menyertai sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.


Perkaya Bina Pusat Tahfiz di Jerangu Tahun Depan - Tengku Mahmud



Pusat Tahfiz Al-Quran milik Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (Perkaya) yang akan dibuka di Jerangau, Dungun tahun depan bakal melahirkan lebih ramai imam muda daripada kalangan anak yatim di negeri ini.
 
Yang Dipertua Perkaya, Datuk Dr. Tengku Mahmud Mansor berkata, ini kerana dengan adanya pusat tahfiz seluas kira-kira 0.6 hektar itu, anak-anak yatim berpeluang mendalami ilmu agama dengan lebih selesa.


Lelaki Disyaki Dera Kanak-Kanak 2 Tahun Diberkas Di Kedai Ibunya


Lelaki yang diburu polis kerana disyaki terbabit dalam kes dera kanak-kanak berusia dua tahun, Mohd Danish Aiman Abdullah, ditahan ketika dia keluar dari tempat persembunyiannya untuk makan tengah hari di kedai makan ibunya di Kampung Manir, semalam.

Suspek ditahan jam 2 petang ketika asyik menjamu selera terkejut apabila diserbu sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Negeri yang ternampak kelibat lelaki itu.

Suspek berusia 31 tahun itu dikehendaki polis sejak 20 April lalu kerana mendera Mohd Danish yang juga anak teman wanitanya sehingga kanak-kanak terbabit koma.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, ketika hendak ditahan, suspek enggan menyerah sebaliknya cuba melarikan diri ke belakang kedai makan berkenaan.

“Berikutan itu anggota polis terpaksa mengejarnya dan berlaku pergelutan sebelum dia ditahan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di Kuala Terengganu, semalam.

Menurutnya, akibat pergelutan itu, suspek mengalami kecederaan pada kening kanan dan kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri membantu siasatan.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Manoharan berkata, pihaknya akan mendapatkan perintah tahanan reman daripada mahkamah hari ini bagi membantu siasatan sebelum menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Melalui maklumat diperoleh daripada doktor, kanak-kanak terbabit bakal mengalami kecacatan fizikal dan otaknya seumur hidup akibat perbuatan suspek.

“Kami memandang serius kes ini dan mengkaji seksyen sesuai diambil bagi memberi pengajaran setimpal kepada suspek,” katanya.

 Menurutnya, buat masa ini, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak kurang 10 tahun atau kedua-duanya.

Pada 20 April lalu, Mohd Danish dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, akibat kecederaan parah di kepala dan tidak sedarkan diri selepas didakwa dipukul suspek di rumah ibunya di Kampung Tualang, Manir.

 Mohd Danish terpaksa menjalani dua pembedahan memasukkan tiub bagi penyaluran keluar air daripada kepalanya tetapi masih perlu menjalani beberapa siri pembedahan lagi termasuk memasang semula tempurung kepalanya.

Sebelum kejadian, Mohd Danish dan ibunya yang berusia 22 tahun dikatakan menumpang di rumah suspek selama tiga bulan sejak Januari lalu.

Bomba - Simpan Pemadam Api Dalam Kenderaan

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggalakkan orang ramai menyimpan pemadam api di dalam kereta berikutan peningkatan kes kebakaran membabitkan kenderaan.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Terengganu, Rozizah Ibni Hajar, berkata sehingga Mei tahun ini, pihaknya mencatat 28 kes kebakaran membabitkan kenderaan persendirian.

Beliau berkata, jumlah ini sebenarnya menunjukkan penurunan berbanding tahun lalu iaitu 52 kes yang kebanyakannya berpunca daripada pendawaian litar pintas elektrik.


Wednesday, May 16, 2012

Sila Jawab PBSNT…Apakah Kata-Kata Mat Zan Ini Benar?

“Sehingga kini pada ketika Terengganu sudah melantik jurulatih baharu, saya masih belum menerima sebarang surat berkaitan pemecatan saya…Apa yang saya terima semalam (kelmarin), hanyalah surat tunjuk sebab yang di- keluarkan oleh PBSNT yang mahu saya memberi alasan di sebalik kemerosotan prestasi pasukan Terengganu. Saya telah diminta untuk menjawab surat tunjuk sebab itu penghujung bulan ini," Mat Zan Mat Aris 

Apa yang sedang berlaku dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT)?

Apakah tindakan Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh betul?

Kosmo! melaporkan, penggedali Terengganu (masih penggendali sehingga dipecat atau diserahkan surat penamatan kontraknya), Mat Zan Mat Aris tampil menyuarakan rasa tidak puas hati di sebalik isu 'penyingkiran' yang dikenakan terhadapnya.

Secara terbuka, Mat Zan menempelak pihak pengurusan Terengganu yang seperti tidak menghormati kontrak asal antara beliau dan sebelum ini.


"Saya bukan mahu mengungkit perkara lepas tetapi sebagai jurulatih yang berpegang kepada kontrak, saya perlu menun- tut hak saya. Lagipun, sehingga kini pada ketika Terengganu sudah melantik jurulatih baharu, saya masih belum menerima sebarang surat berkaitan pemecatan saya.

Apa yang saya terima semalam (kelmarin), hanyalah surat tunjuk sebab yang di- keluarkan oleh PBSNT yang mahu saya memberi alasan di sebalik kemerosotan prestasi pasukan Terengganu.

"Saya telah diminta untuk menjawab surat tunjuk sebab itu penghujung bulan ini," kata Mat Zan kepada Kosmo! semalam.

Kelmarin, masalah dalaman Terengganu memasuki episod baharu apabila melantik bekas pengendali Kelantan, Peter James Butler sebagai jurulatih baharu skuad Penyu.

"Sehingga kini saya langsung tidak mendapat surat hitam putih mengenai penamatan kontrak saya, malah mereka (PSBNT) sebaliknya telah melantik jurulatih baharu.

"Saya memang ada bercakap dengan mereka (pengurusan PBSNT) dan bersetuju jika diberikan pampasan sehingga November tahun ini tetapi mereka hanya mahu memberi saya pampasan selama dua bulan iaitu Mei dan Jun.

"Jadi saya memang tidak bersetuju dengan keputusan ini kerana ia melibatkan maruah saya sebagai jurulatih," jelasnya.

Sebagai rekod, Mat Zan yang pernah mengemudi Terengganu pada 'era emas' 2001 dengan kejayaan menjulang Piala Malaysia, kembali diberi kepercayaan melatih skuad Penyu itu pada awal Januari lalu menerusi kontrak sehingga November 2013.

Sepanjang empat bulan bersama Terengganu, Mat Zan berjaya membawa pasukan dari Pantai Timur itu mara ke pusingan kedua Piala AFC, selain melangkah ke sepa- ruh akhir Piala FA.

Bagaimanapun, kekalahan mengejut kepada Sime Darby pada aksi separuh akhir Piala FA bulan lalu menjadi detik 'kejatuhan' Mat Zan apabila ribuan penyokong Terengganu tampil mendesak pengurusan PBSNT dirombak, selain meminta Mat Zan berundur.

Ekoran itu, PBSNT telah membuat keputusan untuk merehatkan Mat Zan selama dua minggu bermula 1 Mei, sebelum Presi- den PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh mengesahkan pemecatan jurulatih tersebut pada 7 Mei lalu.

T-Team Menang Bergaya Di Kota Kinabalu, Terengganu Seri Di Laman Sendiri

Pemain Selangor Azidan Sarudin meraikan gol semasa perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Shah Alam semalam. Selangor 2 - 1 Felda United.
Ketua jurulatih bola sepak Terengganu yang baru, Peter Butler optimis meletakkan skuad Penyu itu pada kedudukan selayaknya dalam baki saingan Liga Super musim ini.

Namun keputusan semalam tidak mampu membuktikan sikap optimis beliau selepas Terengganu hanya mampu seri dengan Sarawak 2-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu.

Dua gol skuad Penyu dijaringkan oleh Abdul Hadi Yahya (kiri)pada minit ke-46 dan Edison Da Silva pada minit ke-67 manakala dua gol skuad Bujang Senang dijaringkan oleh Azizan Saperi pada minit ke-38 dan Khairul Azhar Eidroos pada minit ke-52.

Keputusan seri di tempat sendiri ini meletakkan Terengganu ke tangga bawah liga berbanding prestasi T-Team yang terus melakar kemenangan dan pastinya Butler perlu bekerja lebih keras.

Pasukan Lions XII dari Singapura gagal meraih tiga mata penuh apabila seri tanpa jaringan menentang Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super di Stadium Hang Jebat, Melaka malam semalam.

Keputusan seri itu, bagaimanapun tidak mengubah kedudukan skuad bimbingan V.Sundramoorthy itu yang masih menerajui kedudukan liga dengan mengumpul 41 mata selepas mengharungi 21 perlawanan.

Negeri Sembilan pula merampas kedudukan ketiga liga dari Perak selepas menumpaskan pasukan bimbingan Norizan Bakar itu 3-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Skuad Rusa, bagaimanapun dikejutkan dengan gol pendahuluan pasukan pelawat menerusi Michal Kubala seawal minit keenam permainan.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Negeri Sembilan yang dibimbing Mohd Azraai Khor Abdullah kembali menyusun strategi dan berjaya menjaringkan tiga gol menerusi penyerang import dari Cameroon, Jean Emmanuel Effa Owona pada minit ke-24 dan ke-66 serta Marian Farbak pada minit ke-83.

Perlawanan tersebut, sebelum itu dicemari dengan insiden pergaduhan pada minit ke-80 menyaksikan pengadil Rahmat Jantan melayangkan kad merah kepada pemain Negeri Sembilan Idris Karim dan pemain Perak Shahrul Nizam Mustafa.

Skuad Rusa diekori rapat oleh wakil kelab dari Terengganu, T-Team yang menewaskan Sabah 2-1 di Stadium Likas.

Dua gol T-Team dijaringkan oleh Mohd Fadzli Saari pada minit ke-29 dan ke-68 manakala gol tunggal tuan rumah dijaringkan pemain importnya dari Jerman, Hendrik A. Helmke pada minit ke-32.

Selangor pula kembali memberikan saingan dalam liga setelah mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Felda United di Stadium Shah Alam. Pemain tengah skuad Red Giants, Azidan Sarudin membuka tirai jaringan pada minit ke-37 selepas memanfaatkan bola muntah hasil sepakan Amirulhadi Zainal yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Felda United, Mohd Hamsani Ahmad.

Pemain lawan Farderin Kadir menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma pada minit ke-45 sebelum Azidan menjaringkan gol kemenangan Selangor tiga minit kemudian.

Kedah kembali dirundung malang setelah tumpas 1-3 kepada PKNS Selangor di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Helmi Loussaief dan Mohd Nizaruddin Yusof meletakkan wakil kelab Lembah Klang itu di hadapan apabila masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-45 dan ke-51.

Penyerang import Kedah dari Croatia, Vedran Gerc berjaya merapatkan kedudukan menerusi jaringan pada minit ke-58 sebelum Rudie Ramli melengkapkan kemenangan PKNS Selangor dengan menjaringkan gol ketiga pelawat pada minit ke-79.

Dengan kedudukan pasukan Terengganu agak tertekan selepas kalah pada saingan separuh akhir Piala FA kepada Sime Darby, kehadiran Butler, 46, yang menduduki kerusi panas Terengganu diharapkan akan mengatasi prestasi pengendali sebelum ini, Mat Zan Mat Aris.

"Mudah-mudahan saya akan membawa sukses kepada Terengganu dengan sedikit perubahan dibuat. Pemain juga perlu bekerja keras dan mempunyai disiplin bagi meraih kejayaan pasukan," kata Butler semalam.

Jurulatih yang berasal dari Halifax, England itu secara rasmi akan memulakan tugas pertamanya pada 1 Jun dengan dibantu penolong jurulatih Khalid Mohd Dahan. Kontrak Butler selama 18 bulan itu akan berakhir pada 30 Nov 2013.

Sebelum memilih Terengganu, Butler yang merupakan bekas jurulatih pasukan Liga Super Indonesia, Persiba Balikpapan pernah mengemudi Kelantan pada 2009 dan berhijrah melatih kelab Yangoon United FC dari Myanmar sebagai pengarah Teknikal selama setahun.

Pelumba TSG Bakal Terima Insentif - Ahmad Said


Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) bakal menerima insentif apabila kerajaan negeri sedia memberikan ganjaran atas kejayaan pasukan itu pada Kejohanan Lumba Basikal Jelajah 1Malaysia (J1M) 2012 yang berakhir Ahad lepas.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri sentiasa menghargai kejayaan anak-anak jati Terengganu, baik dalam bidang pelajaran mahupun sukan.

"Alhamdulillah, kita merasa bangga di atas kejayaan anak-anak Terengganu dalam kejohanan tersebut kerana Terengganu muncul pasukan terbaik dalam kalangan pasukan Malaysia,” katanya kepada pemberita semalam.

Khairul Anuar Jadi Anak Terengganu Keempat Layak Ke Olimpik

Atlet memanah negara, Khairul Anuar Mohamad menjadi anak Terengganu keempat layak ke Olimpik London menyusuli seorang lagi pemanah, Nur Shafiqah Hashim dan dua atlet berbasikal, Azizulhasni Awang serta Fatehah Mustafa.

Khairul Anuar, 21, bersama Cheng Chu Sian dan Haziq Kamaruddin layak secara merit ke temasya itu selepas trio tersebut meraih tempat kesembilan pada Kejohanan Memanah Dunia di Torino, Itali, baru-baru ini.

Menyifatkan kejayaannya itu sebagai hasil kerja keras dan prestasi konsisten, anak muda dari Kampung Pasir Gajah, Kemaman tersebut bagaimanapun tidak mensasarkan sebarang pingat pada temasya sukan terbesar dunia tersebut.

Polis Tahan 12 Suspek Terlibat Kes C, Samun

Kamarudin  menunjukkan kepala paip milik masjid yang berjaya ditemui semula pada sidang akhbar di Besut semalam.
Polis berjaya menyelesaikan tiga kes curi dan samun di daerah ini dengan tertangkapnya 12 suspek termasuk tiga warga asing, dalam tempoh dua minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria berkata berikutan insiden kehilangan kepala paip keluli di beberapa buah masjid di sekitar daerah itu sejak bulan lepas, polis menahan enam remaja berumur antara 19 dan 25 tahun, kelmarin dan semalam.

Katanya berikutan penahanan dua daripada enam suspek itu, yang merupakan pekerja pembersihan bahu jalan semalam, polis menemui sebahagian daripada kepala paip yang dicuri daripada sebuah kedai besi buruk di Kampung Keluang.


Program 6P - 480,995 Pendatang Tanpa Izin Diputihkan

Seramai 480,995 pekerja tanpa izin telah diputihkan sepanjang tempoh proses pemutihan pekerja asing dan pendatang tanpa izin di bawah program 6P, kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam.

Beliau berkata kesemuanya itu diputihkan untuk bekerja dengan 91,064 majikan daripada pelbagai sektor seperti perkilangan, perkhidmatan, pembinaan, peladangan dan pertanian.

Tokoh Akademik Thailand Kagumi Sistem Pendidikan Malaysia

Kecemerlangan sistem pendidikan yang dilihat berjaya meletakkan negara ini setaraf negara maju menjadi faktor kepada negara jiran Thailand untuk mencontohi sistem akademik Malaysia.

Dalam kunjungan selama dua hari ke Terengganu, delegasi 16 anggota dari Prince of Songkla University yang diketuai Ahli Lembaga Penasihat universiti itu, Chuan Leekpai turut melihat sendiri proses sistem pendidikan negara serta melawat Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (Sester).

Bersih - 115 DiBuru Hari Ini, Hanya 26 Serah Diri



Hanya 26 daripada 141 individu yang dikehendaki polis kerana dipercayai terlibat dalam perhimpunan pada 28 April di ibu negara telah menyerah diri.

Jumlah itu ialah sehingga pukul 7 malam semalam  dan tempoh menyerah diri yang diberikan polis  tamat tengah malam semalam.

"Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka dirakam," kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur ACP Khairy Ahrasa ketika dihubungi Bernama semalam.

PRU13: Tempoh Kempen 15-17 Hari?

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar tidak menolak kemungkinan memanjangkan tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) melebihi 10 hari.

Beliau berkata, ini berasaskan kepada komitmen SPR untuk mengadakan minimum tempoh berkempen bagi sesebuah PRU selama 10 hari, yang mana jauh lebih tinggi daripada tempoh tujuh hari yang ditetapkan sebelum ini.

Anak Tumbuk Ibu Hadapi Hukuman Berat

Seorang anak yang bersikap kurang ajar apabila menumbuk ibunya sehingga menyebabkan wanita itu cedera ditahan polis dalam satu serbuan di rumah keluarganya di Kampung Titian Berayun, di Cukai, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Abd Marlik Hakim Johar berkata, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan selepas polis menyerbu rumah keluarganya sebaik menerima maklumat orang ramai mengenainya.


Garis Panduan Tertentu Dalam Sektor Minyak, Gas Dipertingkat


Kementerian Sumber Manusia akan meningkatkan garis panduan tertentu dalam sektor minyak dan gas di negara ini memandangkan sektor itu memerlukan tahap keselamatan dan spesifikasi risiko yang tinggi dalam pengendaliannya.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata kementerian memandang serius tahap keselamatan pekerja semasa bertugas dalam sektor ini kerana sudah dua kes berlaku melibatkan industri berkenaan dalam tempoh dua bulan.


Tuesday, May 15, 2012

Pelumba TSG Bakal Terima Insentif - Ahmad Said


Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) bakal menerima insentif apabila kerajaan negeri sedia memberikan ganjaran atas kejayaan pasukan itu pada Kejohanan Lumba Basikal Jelajah 1Malaysia (J1M) 2012 yang berakhir Ahad lepas.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri sentiasa menghargai kejayaan anak-anak jati Terengganu, baik dalam bidang pelajaran mahupun sukan.

"Alhamdulillah, kita merasa bangga di atas kejayaan anak-anak Terengganu dalam kejohanan tersebut kerana Terengganu muncul pasukan terbaik dalam kalangan pasukan Malaysia,” katanya kepada pemberita semalam.

Maidam Perlu Serah Senarai Nama Syarikat Enggan Bayar Zakat



"Jika benar (tak bayar zakat), kita akan arahkan mereka (berbuat demikian). Perkara ini tak boleh dibuat main-main... (kita) memerlukan senarai itu bagi memastikan kesahihah dakwaan sebelum tindakan sewajarnya diambil..."
- Datuk Seri Ahmad Said.

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) diminta menyerahkan senarai syarikat milik kerajaan yang menjalankan urus niaga di negeri ini tetapi enggan membayar zakat perniagaan.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata pihaknya memerlukan senarai itu bagi memastikan kesahihah dakwaan sebelum tindakan sewajarnya diambil.

Mengikut Enekmen Jenayah Takzir 2001 Terengganu, mereka yang tidak mengeluarkan zakat boleh dikenakan denda, katanya.

"Jika benar (tak bayar zakat), kita akan arahkan mereka (berbuat demikian) Perkara ini tak boleh dibuat main-main," katanya kepada pemberita, di Kuala Terengganu, semalam.

Beliau diminta mengulas laporan media yang memetik Yang Dipertua Maidam Datuk Mazlan Hashim sebagai berkata ada syarikat milik kerajaan enggan melunaskan zakat perniagaan atas alasan mereka menyumbang terus kepada kerajaan.

Mengulas lanjut, Ahmad Said berkata buat masa ini beliau belum menerima sebarang maklumat mengenai perkara tersebut.

Kelmarin, Maidam mendedahkan ada segelintir syarikat milik kerajaan yang enggan membayar zakat.

Yang Dipertua Maidam, Datuk Mazlan Hashim berkata alasan syarikat-syarikat terbabit ialah kerana mereka menyumbang terus kepada kerajaan.

 "Kebelakangan ini saya telah didatangi pengurus beberapa syarikat yang dimilki oleh kerajaan menyatakan mereka tidak mahu membayar zakat dengan memberi alasan mereka telah memberi sumbangan kepada kerajaan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan zakat Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebanyak RM269,249,79 di Kuala Terengganu.

Mazlan berkata pihaknya akan merujuk perkara itu kepada Majlis Fatwa negeri untuk mengkaji secara mendalam berhubung perkara tersebut.

Begitupun, beliau berkata MAIDAM cuba memberi penjelasan dan penerangan dengan harapan syarikat-syarikat tersebut akan mengeluarkan zakat mengikut lunas-lunas yang ditetapkan agama.

Ahmad Said - Boleh Keluar Tanah Rancangan Felda Jika Rasa Tertipu

Peneroka yang merasakan diri mereka menjadi mangsa penipuan oleh pihak kerajaan dan Felda dinasihatkan segera meninggalkan tanah rancangan tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, tiada gunanya golongan itu tinggal di tanah rancangan Felda jika merasakan kehidupan mereka tidak pernah berubah dan terus dihimpit kesusahan sehingga hari ini.

"Tidak ada paksaan untuk golongan peneroka tinggal di tanah rancangan ini jika merasakan diri mereka ditipu dan tertindas. Mereka boleh membuat pilihan untuk keluar dari Felda.


Hariff, Adiq Pilihan Utama PKBM Ke Olimpik London?


Kejohanan Lumba Basikal Jelajah 1 Malaysia (J1M) 2012 yang menutup tirainya kelmarin menyaksikan pelumba pasukan Uzbekistan Suren, Yusup Abrekov menyarung Jersi Kuning selaku juara keseluruhan.

Pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) pula menepati ramalan menguasai perlumbaan pada edisi kali ini apabila barisan pelumbanya menguasai lima daripada enam peringkat.


Bagaimanapun, apa yang lebih mencuri tumpuan ialah prestasi pelumba sensasi negara, Mohd. Harrif Salleh yang menjuarai peringkat keempat dari Kangar ke Sungai Petani dan peringkat kelima (Sungai Petani-Ipoh).

Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Keluar Parti


Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim meletakkan jawatannya dan keluar daripada parti itu.

Keputusan perletakan jawatan itu berikutan kritikan beliau terhadap perhimpunan Bersih 3.0 mendapat reaksi negatif daripada para pemimpin DAP.

Sehubungan itu, katanya, tempoh senatornya yang akan tamat pada 31 Mei ini tidak akan diperbaharui.