Saturday, September 22, 2012

Tengku Abdullah Percaya Butler ‘Telah Jalankan Tanggungjawabnya’


"Perbuatan jurulatih kelahiran England itu mengeluarkan kenyataan berhubung tuduhan salah laku dua pemain Terengganu membawa balik perempuan ke bilik tempat mereka menginap ketika berada di Kedah pada 1 September lalu tidak lari dari skop tugasannya...Jurulatih tersebut telah membuat sekadar mampu dan menyatakan apa yang sebenar. Namun, jika itu didapati bersalah, mungkin sukar untuk mencari jurulatih lain yang dapat bertindak sedemikian."
- Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersedia untuk mengkaji keputusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berhubung hukuman gantung terhadap jurulatih, Peter Butler.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, kajian semula itu hanya akan dilakukan sekiranya Butler membuat rayuan kepada badan bola sepak induk.

“PBSNT mempunyai kuasa untuk membuat keputusan yang dirasakan terbaik buat pasukan dan itu adalah hak mereka.

“Namun, keputusan tersebut pasti ada implikasi dan mungkin Butler akan membuat rayuan. Sekiranya telah menerima surat rayuan tersebut, kami akan perhalusi,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar sempena Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor di Johor Bahru, hari ini.

Semalam, Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pengendali Terengganu itu boleh merujuk kepada badan induk bola negara itu andai tidak puas hati berhubung hukumannya.

“Beliau harus diberi peluang oleh persatuan untuk merayu dalam tempoh tertentu. Namun andai selepas itu masih tidak puas hati barulah boleh merujuk kepada FAM menerusi Jawatankuasa Status yang diketuai Datuk Takiyuddin Hassan,” katanya.

Menurut Hamidin, pengendali bangsa Inggeris itu boleh membawa ke mahkamah timbang tara.

Butler sebelum ini digantung enam bulan, denda RM4,OOO dan dipotong 15 peratus gaji bulan depan kerana membuat kenyataan kepada media mengenai masalah disiplin dua pemain dan insiden menolak penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli.

Namun situasi makin mengelirukan apabila kontrak Butler mungkin ditamatkan berikutan syarat yang menyatakan beliau tidak boleh dikenakan hukuman gantung melebihi sebulan.

Tengku Abdullah yang juga Presiden Persekutuan Hoki Malaysia juga menasihatkan mana-mana pihak agar tidak beremosi dan cepat menjatuhkan hukuman dan percaya Butler telah menjalankan tanggungjawabnya.

Katanya, perbuatan jurulatih kelahiran England itu mengeluarkan kenyataan berhubung tuduhan salah laku dua pemain Terengganu membawa balik perempuan ke bilik tempat mereka menginap ketika berada di Kedah pada 1 September lalu tidak lari dari skop tugasannya.

 “Jurulatih tersebut telah membuat sekadar mampu dan menyatakan apa yang sebenar. Namun, jika itu didapati bersalah, mungkin sukar untuk mencari jurulatih lain yang dapat bertindak sedemikian,"katanya.

Pada 17 September lalu, PBSNT memutuskan Butler digantung enam bulan dan didenda RM4,000 berikutan kenyataan berhubung tuduhan salah laku dua pemain skuad Penyu.

Butler didapati bersalah mengeluarkan kenyataan tersebut dengan menuduh Mohd Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi Asha'ari melakukan kesalahan itu tanpa melaporkan kepada PBSNT.

Selain digantung, kontrak Butler berkemungkinan terbatal secara automatik kerana mengikut peraturan FAM, pemain dan pegawai akan terbatal kontrak jika digantung lebih 30 hari.

Dalam perkembangan lain, Tengku Abdullah berkata, FAM akan mengekalkan syarat dengan hanya dua pemain import dibenarkan beraksi dalam satu pasukan pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.

Katanya, FAM harus berlaku adil kerana bukan semua pasukan mampu untuk membayar sehingga tiga pemain import.

“Tambahan pula, kami tidak mahu sebarang masalah yang timbul kerana sebelum ini pernah terjadi isu apabila gaji pemain import tertunggak. Buat masa ini, biarlah kita kekal dengan dua pemain import sahaja,” katanya

Sinar Harian

Program Tajaan 1MDB Mungkin Dipanjangkan Kepada Bilal, Siakk, Guru KAFA

Perdana Menteri  menandatangani karikatur yang dilukis oleh kartunis Azhar Ahmad (dua, kanan) semasa hadir merasmikan Kedai Buku 1Malaysia pada pelancaran Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang sebelum ini dikenali Pudu Raya dan Pudu Sentral di Kuala Lumpur pada Sabtu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu berkata program penajaan haji 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan sahaja akan diteruskan, malah mungkin akan digandakan jumlahnya sekiranya 'ada rezeki'.

Beliau berkata program itu juga tidak mustahil akan dipanjangkan kepada kelompok bilal dan siak serta guru-guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), setelah sasaran menghantar para imam dan ketua kampung serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dapat dicapai.
 

Piala Monsun Lonjak Ekonomi Terengganu - Abdullah

Abdullah (dua dari kanan) bersama Sabaruddin (kanan) dan Naib Presiden Persatuan Pelayaran Malaysia, Datuk Wan Hisham Wan Salleh (dua dari kiri) melihat logo Piala Monsun 2012 di Putrajaya semalam.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, penganjuran Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun yang memasuki edisi kelapan tahun ini, memacu aktiviti ekonomi bagi perniagaan setempat di Terengganu semasa musim tengkujuh.

Beliau berkata, pelbagai pembangunan dilaksanakan di Terengganu sejak kejohanan itu dimulakan pada 2005 termasuk pembinaan lebih banyak hotel.

Pertemuan 20 Minit Jadi Harapan Baru Untuk Butler?



Perkembangan terbaru berhubung kes Peter Butler cukup menarik selepas pertemuannya dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, kelmarin.

Butler yang sudah menerima surat pemecatan dan pengesahan penggantungan daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tidak boleh memberitahu apa yang dibincangkan dalam pertemuan kira-kira 20 minit itu.

Pertemuan itu dikatakan diaturnya dengan kerjasama Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Rosli Zakaria.

Guru Agama, Penjawat Awam Digalak Menjadi Imam, Bilal

Sebahagian imam dan bilal yang hadir pada Program Multaqa Imam dan Bilal Masjid anjuran Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu bertempat di Dewan Auditorium Jaheat.
 Guru agama dan kakitangan kerajaan di negeri ini digalakkan menjadi imam dan bilal secara sukarela atau sambilan bagi mengatasi masalah ketiadaan khidmat tersebut sekiranya imam dan bilal tetap mengalami keuzuran.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata, ramai kalangan guru sekolah dan kakitangan kerajaan yang tidak boleh memberi komitmen tetapi berminat dan bersedia berkhidmat sebagai imam atau bilal.

TATiUC Lancarkan Pelan Strategik 2012-2016

Wan Abdul Rahman sambil diperhatikan Ahmad Razif (tengah) dan Zunaidi meletakkan buku Pelan Strategik Tatiuc 2012-2016 pada rak khas sebagai simbolik pelancaran pelan itu.

Kolej Universiti Tati (TATiUC) melancarkan Pelan Strategik Tatiuc 2012-2016 yang menjadi hala tuju dan panduan untuk semua warga kerjanya merealisasikan hasrat menjadi sebuah universiti menjelang 2016.

Pengerusi Lembaga Pengarah TATiUC , Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pelan berkenaan menggarap lapan strategi merangkumi aspek yang diperlukan sesebuah institusi pengajian tinggi (IPT).

Katanya, strategi pertama adalah meningkatkan kecemerlangan insan agar kualiti pelajar ditingkatkan, melahirkan graduan yang memenuhi keperluan industri, melahirkan usahawan tekno yang kompeten dalam bidang terkini di industri dan meningkatkan keupayaan serta kualiti pekerja.

Serangan Seksual - JKTN Serbu Klinik Swasta

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) hari ini menyerbu sebuah klinik swasta di bandar Dungun, susulan laporan serangan seksual membabitkan pembantu perubatan di klinik itu.

Serbuan pukul 11 pagi itu yang diketuai Timbalan Pengarahnya, Dr. Mohamad Omar dan beberapa pegawai penguat kuasa dari Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta bertujuan menyiasat sama ada klinik tersebut mengambil pekerja tidak berkelayakan sehingga berlaku serangan seksual.

Kraftangan Sasar Jualan Promosi Kraf RM200 Ribu

Perbadanan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu mensasarkan kutipan RM200,000 menerusi jualan pelbagai produk kraf dari seluruh Malaysia sempena Promosi Kraf Malaysia di Pasar Raya Mesra Mall, Kerteh, yang akan berlangsung pada 27 September hingga 1 Oktober ini.

Sebanyak 20 pengusaha kraf khususnya produk warisan tempatan dari Terengganu seperti tembaga, batik, songket dan anyaman akan dihimpunkan di bawah satu bumbung dalam acara yang turut mendapat kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu itu.


1,000 Warga DUN Bukit Payong Dapat Kaca Mata Percuma

 

Seramai 1, 000 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong mendapat bantuan kacamata percuma yang dianjurkan oleh Pejabat Pembangunan Dun Bukit Payong dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga dan Syarikat Kaca Mata SANADI, kelmarin.

Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payong, Zaidi Muda, dalam ucapannya amat berterima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu dan syarikat SANADI yang sangat prihatin kepada rakyat di kawasan itu dengan memberikan pelbagai bantuan, termasuk kacamata kepada masyarakat di situ.



4 Negeri, Termasuk Terengganu DiMinta Tingkatkan Pencegahan Demam Denggi

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Pahang serta Terengganu diminta meningkatkan aktiviti pencegahan dan kawalan denggi di semua peringkat, kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman.

Beliau berkata, kementeriannya mengeluarkan nasihat kepada empat negeri itu berikutan peningkatan kes demam denggi yang direkodkan bagi tempoh 9 hingga 15 September lalu.


Terengganu Ketengahkan Sukan Bola Tampar Pantai

Bola tampar pantai yang mahu dipopularkan di Kemaman...Gambar Hiasan
Menyedari negara masih ketandusan pemain bola tampar pantai, kerajaan negeri Terengganu sedang berusaha mengetengahkan sukan tersebut di negeri ini dalam usaha melahirkan pemain berwibawa pada masa akan datang.

Pegawai Daerah Kemaman Mohamad Kamil Othman berkata pihaknya menyokong hasrat Kementerian Belia Sukan (KBS) untuk mencari bakat baharu pasukan bola tampar negara yang dilihat masih di belakang berbanding pasukan negara lain di Asia.

WWF Lepas 80 Ekor Anak Tuntung Di Sungai Kampung Mangkuk

Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia cawangan Terengganu dengan kerjasama Persatuan Wanita Setiu (Pewanis) hari ini melepaskan 80 ekor anak tuntung ke Sungai Kampung Mangkuk di sini, sebagai usaha pemuliharaan spesis haiwan sungai itu.

Ketua Program Pemuliharaan Penyu WWF Terengganu, Rahayu Zulkifli berkata program itu juga bertujuan meningkatkan populasi spesis tergolong dalam kumpulan reptilia seperti penyu, labi-labi dan kura-kura itu, yang kini dikategorikan sebagai sangat terancam.

Thursday, September 20, 2012

MPK Beli Binatang - Pembohongan Berterusan Dr Syed Azman


Satu laporan polis dibuat Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) pada 4.25 petang di Balai Polis Chukai, 12 September lalu terhadap kandungan fakta dalam risalah kononnya perberbelanjaan jutaan jutaan ringgit dikeluarkan MPK untuk membeli pelbagai jenis haiwan.

Malah, seseorang yang menamakan dirinya, Keris Warisan, melalui facebooknya semalam menyiarkan satu poster dan ulasan yang membuat susulan kepada penafian oleh MPK dengan tajuk “Syed Azman Undur PRU-13, Ditawar Jawatan Tetap Pembohong Bersiri?”

Apa yang jelas, risalah yang dibawa balik balik kakitangan ke pejabat MPK pada 7 September itu tidak benar dan bersifat pembohongan semata-mata.

Mustafar Khalid pada sidang media kelmarin.
Berikutan itu MPK menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pembangkang yang terkandung dalam risalah ‘Zoo Bukit Takal’ yang diedarkan pihak berkenaan berhubung perbelanjaan jutaan ringgit yang dikeluarkan MPK untuk membeli pelbagai jenis haiwan.

Yang Dipertuanya, Mustafar Khalid, berkata dalam risalah yang diedarkan kepada orang ramai itu terkandung senarai perbelanjaan yang dikeluarkan untuk membeli haiwan untuk ditempatkan di zoo berkenaan.

Mustafar berkata, kandungan itu adalah tidak tepat, mengelirukan dan merupakan satu fitnah yang menjejaskan reputasi MPK sebagai pihak berkuasa yang bertanggungjawab ke atas pengurusan Zoo Bukit Takal.

Tegasnya, pihaknya tidak pernah mengeluarkan belanja RM10 juta untuk membeli beruk dan haiwan lain. Malah tiada RM1 juta dikeluarkan untuk membeli badak sumbu kerana tiada seekor badak sumbu pun di dalam zoo ini.

“Tiada seekor pun zirafah telah dibeli dan ditempatkan di zoo dan tidak ada perbelanjaan sebanyak RM1.6 juta untuk membeli haiwan tersebut.

Kita juga tidak mengeluarkan perbelanjaan bagi penempatan dua ekor harimau, sebaliknya ia adalah sumbangan dari Perhilitan Malaysia melalui Zoo Melaka.

“Selain itu, tiada seekor pun cheetah telah dibeli dan ditempatkan di zoo dan tiada perbelanjaan sebanyak RM256,700 dikeluarkan untuk membeli haiwan berkenaan.

Juga tiada walau seekor pun chimpanzee dibeli dan ditempatkan di zoo serta tiada kos sebanyak RM672,000 digunakan untuk tujuan pembelian haiwan itu,” katanya pada sidang media di Pejabat MPK, kelmarin.

Menurutnya, dalam risalah berkenaan juga turut mendakwa pihaknya mengeluarkan perbelanjaan masing-masing sebanyak RM153,6000, RM128,000 dan RM230,400 dikeluarkan untuk membeli babun, beruk, tupai dan flamingo.

"Ini adalah satu fitnah kerana haiwan-haiwan itu tidak pernah dibeli dan ditempatkan di zoo ini.

"Malah dakwaan kita keluarkan RM160,000 untuk membeli burung kakak tua, juga tidak benar kerana sebanyak 22 ekor burung kakak tua yang terdapat di Zoo Bukit Takal sekarang adalah sumbangan daripada Perhilitan dan orang awam.

 “Kita juga tidak membelanjakan sebanyak RM384,000 untuk beli burung merpati sebaliknya sebanyak empat ekor burung jenis itu yang ada di zoo sekarang adalah sumbangan daripada orang awam.

Bagi dakwaan mengenai gelongsor air pula, sebenarnya ia bukan rosak dan terbiar tetapi ia dalam proses penambahbaikan bagi memenuhi piawaian keselamatan daripada jabatan teknikal,” katanya.

Oleh itu, beliau mengalu-alukan pihak media atau sesiapa sahaja orang awam untuk meninjau Zoo Bukit Takal bagi membuktikan dakwaan itu tidak benar sama sekali.

Pada 7 September lalu, seorang pemandu MPK bersama dua lagi rakan sekerja membawa kenderaan pejabat serta melalui Bandar Chukai untuk mengisi minyak di Jakar dan setiba di hadapan Pasar Chukai, orang ramai sedang menghadiri jamuan hari raya anjuran Pas di perkarangan sebuah kedai buku.

Dua orang pemuda sedang mengawal lalulintas dihadapan pasar serta mengagihkan risalah kepada pengguna jalan raya mana salah seorang pemuda itu telah menahan kenderaan yang dipandu kakitangan MPK itu dan seterusnya memberi risalah itu.

Pusat Latihan Gajah Pengkalan Gawi Tarikan Terbaharu Ke Tasik Kenyir Tahun Depan

Pelajar  UniSZA gembira kad diskaun Siswa 1Malaysia disediakan untuk mereka.
Terengganu akan mewujudkan sebuah Pusat Latihan Gajah di Pengkalan Gawi dekat Tasik Kenyir, 40 km dari Bandar Kuala Berang di Hulu Terengganu, sebagai satu lagi daya tarikan terbaharu pelancong.

Projek yang dijangka siap menjelang Februari tahun depan itu seiring dengan usaha memperhebatkan promosi menarik pengunjung ke kawasan pelancongan Tasik Kenyir yang akan dijadikan pulau bebas cukai tidak lama lagi dan Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT 2013).

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata walaupun konsep Kem Gajah yang kini 30 peratus siap itu sama seperti kem di tempat lain iaitu Kuala Gandah di Lancang, Pahang dan Chiang Mai, Thailand, kerajaan negeri mempunyai kelainan tersendiri untuk menarik pelancong.

Kem di kawasan seluas 100 hektar di Pengkalan Gawi itu akan dijadikan pusat pertunjukan gajah dan pada masa sama sebagai kawasan pemeliharaan haiwan itu.


KOAM - Wan Hisham Tanding Naib, Shahidan Hadapi Saingan Tiga Penjuru

Shahidan dan Karim...pertahan jawatan.

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Shahidan Kassim dijangka terus mengekalkan jawatan yang disandangnya selepas menjadi calon popular bagi merebut kerusi itu pada mesyuarat pemilihan jawatan utama kesatuan Ahad ini.

Seramai 45 ahli gabungan, tiga wakil daripada 15 gabungan KOM akan mengundi pada pemilihan itu. Bagi jawatan Timbalan Presiden, jawatan yang kini disandang oleh Datuk Karim Ibrahim itu turut berdepan pertandingan tiga penjuru.

Karim yang menerima pencalonan dari Melaka dan Sabah akan ditentang oleh Presiden Persatuan Olahraga Amatur Terengganu Datuk Wan Hisham Wan Salleh yang dicalonkan oleh Terengganu dan Perak dan Setiausaha Persatuan Olahraga Amatur Selangor K.Yogeswaran yang dicalonkan oleh negerinya sendiri.

Petugas Swasta Dakwa Dicabul Pembantu Perubatan

Seorang petugas syarikat swasta mendakwa dicabul oleh seorang pembantu perubatan ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Dungun semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, mangsa yang berusia 24 tahun pergi ke klinik berkenaan bagi mendapatkan rawatan setelah mengalami sakit di bahagian dada sebelum seorang pembantu perubatan lelaki tampil memeriksa dan memberi rawatan.

Difahamkan pembantu perubatan yang menyamar sebagai doktor klinik itu memeriksa dada pesakit hingga ke bawah sebelum menyuruh mangsa membuka seluar dan kemudian mencabulnya.

Pengurus Baru Janji Terengganu Lebih Cemerlang

 Pengurus baru pasukan Terengganu Marzuki Sulong berjanji akan menggembleng tenaga bersama pasukan dalam usaha membawa sinar baru kepada anak buahnya dalam arena bola sepak tempatan musim depan.

Beliau berkata, keyakinan itu adalah berdasarkan pemain berkualiti yang akan dibawa masuk ke dalam pasukan tersebut menjelang musim baru Liga Malaysia.

"Saya akan cuba dapatkan pemain baharu sama ada dari dalam atau luar Terengganu bagi merealisasikan impian tahun depan bagi mengukuhkan skuad ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) semalam.

Dr Mahathir - Negara Berdepan Banyak Masalah Jika Rakyat Tukar Kerajaan


Negara akan berdepan pelbagai masalah jika rakyat mengambil risiko menukar kerajaan pada pilihan raya umum akan datang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata pembangkang telah menunjukkan kegagalan di beberapa negeri tidak ada kesepakatan di antara mereka terutama berhubung pelaksanaan undang-undang Hudud.

"Encik Karpal Singh dan Datuk Nik Aziz akan bergaduh sesama sendiri... Seorang kata potong tangan, seorang lagi kata jangan potong tangan.

Bayi Perempuan Ditemui Dalam Masjid Di Setiu

Seorang bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui dalam sebuah Masjid di Kampung Saujana, Setiu, awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K.Manoharan berkata bayi berkenaan dijumpai oleh imam dan ustaz masjid itu pada pukul 6 pagi ketika mereka ingin menunaikan solat Subuh.

"Ketika masuk ke ruangan solat lelaki, mereka melihat satu objek yang dibalut dengan tuala berwarna oren dan apabila didekati mereka mendapati objek itu ialah bayi perempuan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kuala Terengganu, semalam.


Terengganu Hilang 10 Pemain Termasuk 2 Import

Ismail (kanan) dikekalkan oleh PBSNT

Manaf...Kekal
Pasukan Terengganu kehilangan 10 pemain utama setelah Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengambil keputusan melepaskan mereka selepas mendapat persetujuan bersama untuk saingan Liga Malaysia musim depan.

Presidennya, Datuk Che Mat Jusoh memaklumkanbahawa 10 pemain yang dilepaskan itu termasuklah bintang bola sepak tempatan dan dua pemain import pasukan Terengganu yang masih mempunyai kontrak sehingga penghujung musim ini.

Menurutnya, pemain yang meminta mereka dilepaskan dan mendapat persetujuan daripada persatuan antaranya termasuklah Mohd Sharbinee Allawee (penjaga gol); Mohd Muslim Ahmad (pertahanan); Abdul Hadi Yahya (penyerang); tiga pemain tengah, Joseph Kalang Tie; Reeshafiq Alwi dan Shukor Jusoh.

Muslim, Shabrinee & Doe...dilepaskan PBSNT

Islam Bolehkan Pemindahan Rahim Wanita - Harussani

Harussani(tengah) menjawab soalan peserta pada Forum Pendermaan Organ di Ipoh semalam. Turut kelihatan, Fadzilah Zowiyah Lela (kiri) dan Mohamed Anis.
Pemindahan rahim seorang wanita kepada wanita lain menerusi pendermaan organ dibolehkan dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, walaupun ketiadaan organ peranakan itu tidak menjejaskan nyawa seseorang, hukum menderma rahim adalah harus.

"Bagaimanapun, dengan syarat rahim tersebut adalah daripada wanita yang sudah meninggal dunia dan penerima organ pula merupakan wanita mandul.

Sharbinee Syukur & Lega, Berharap Tidak Dipandang Serong


Penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli berharap tiada lagi pihak memandang serong terhadapnya selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membersihkan dirinya daripada kes menjual perlawanan menentang Kedah, 1 September lalu.

Sharbineemelahirkan rasa syukur dan lega apabila disahkan bebas daripada dakwaan 'menjual perlawanan' ketika skuad Penyu menentang Kedah dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 1 September lalu.


Muhyiddin Adakan Lawatan Sehari Ke Terengganu, Selasa


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melakukan lawatan kerja sehari ke Terengganu pada Selasa depan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

 Beliau berkata, Muhyiddin akan mengadakan perjumpaan bersama rakyat dalam majlis 'sembang petang' di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam di Kuala Terengganu.


Anggota Polis Ceritakan Saat Cemas Banduan Melarikan Diri

Kereta Polis yang dipandu Konstabel Filyx terbabas...
"Dua kali banduan itu tendang muka saya menyebabkan saya gagal mengawal kereta dan terbabas," kata Konstabel Filyx Lansaver anak Jinol yang memandu kereta polis untuk menghantar banduan itu ke penjara Penor.

Menceritakan detik cemas yang dialami sebelum banduan yang dikenakan hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan kerana kesalahan dadah itu melarikan diri, beliau berkata banduan yang duduk di bahagian belakang kereta itu bersama seorang lagi anggota polis, secara tiba-tiba bertindak agresif dan menendang mukanya yang sedang memandu.

Pejabat Belia Dan Sukan Kemaman Anjur Kejohanan Muay Thai Pro Kebangsaan 2012 Esok

Muang Thai...gambar hiasan.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kemaman akan menganjurkan Kejohanan Muay Thai Pro Kebangsaan 2012 selama dua hari bermula esok bertempat di Padang Astaka Cukai di Kemaman.

Pegawai Belia dan Sukan Daerah Ruhisyam Ibrahim berkata sukan tersebut atau lebih dikenali sebagai tomoi akan mempertandingkan dua kategori iaitu kategori profesional dan juga amatur.


Ladang Rakyat Catat Untung 4 Kali Ganda

Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri menyaksikan penyerahan dividen oleh kumpulan Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd di Wisma Darul Iman, petang tadi. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.
Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd (LRTSB) telah mencatat prestasi memberangsangkan bagi kewangan berakhir 31 Disember tahun lalu dengan keuntungan bersih sebelum cukai berjumlah RM48.10 juta mengatasi keuntungan bersih pada tahun sebelumnya iaitu RM12.53 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said berkata, berdasarkan prestasi cemerlang syarikat, pemegang saham akan menerima agihan dividen berjumlah RM7.97 juta atau 43.25 peratus.


Minggu Jainan Mesra Ubah Paradigma Mahasiswa Ke UMT


Program Minggu Jalinan Mesra kepada mahasiswa yang baru mendaftar masuk ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mampu mengubah paradigma segelintir pelajar yang tidak memilih Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) itu sebagai pilihan utama bagi menyambung pengajian.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Profesor Dr Yahaya Ibrahim (gambar kiri), berkata segelintir pelajar yang pada awalnya kurang seronok dan kecewa berikutan `terpaksa’ mendaftar masuk ke UMT , berubah positif serta mula menerima kehidupan baru di kampus IPTA itu selepas selesai menjalani program orientasi berkenaan sepanjang seminggu.

“Pelajar yang baru mendaftar masuk mengatakan mereka tidak berapa seronok kerana pada awalnya meminta universiti lain, bagaimanapun akhirnya mereka mendapat UMT.


Wednesday, September 19, 2012

Ismail Faruqi Dipalit Perasaan Malu, Mungkin Saman Butler


Pemain tengah Terengganu, Ismail Faruqi Asha’ri yang dipalit perasaan malu berhubung dakwaan Peter Butler menuduhnya membawa wanita masuk ke bilik penginapan pada pagi sebelum pertemuan dengan Kedah pada 28 Ogos lalu tidak menolak kemungkinan akan meneruskan saman terhadap jurulatih itu.

Menurut pemain itu, tindakan saman itu mungkin memberi pengajaran kepada jurulatih terbabit supaya tidak membuat tuduhan melulu tanpa usul periksa.

“Saya tidak menolak kemungkinan menyaman Butler namun saya memerlukan sedikit masa untuk berbincang dengan keluarga terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.

Ismail yang mendirikan rumahtangga Mei lalu berkata demikian selepas mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang dipengerusi peguam, Ahmad Shukri Zakaria kelmarin sebulat suara memutuskan pemain itu dan Muhamad Muslim Ahmad tidak bersalah membawa wanita masuk ke bilik penginapan sebelum perlawanan bertemu Kedah.

Bagaimanapun, bagi kesalahan kedua iaitu keluar dan masuk ke bilik penginapan jam 3 pagi, dua pemain itu didenda RM1,000 setiap seorang dan diberi amaran keras selepas mengaku salah keluar dan masuk tanpa kebenaran pegawai PBSNT.

“Saya bersyukur sudah terbukti saya tidak melakukan perkara itu dan tidak mahu lagi isu ini timbul untuk mengelak tumpuan dalam karier terjejas,” kata bekas pemain kebangsaan itu.

Bagi Muhamad Muslim pula, dia belum mahu memberi sebarang pandangan sama ada ingin meneruskan saman ke atas jurulatih itu atau sebaliknya

“Saya tak mahu komen apa-apa walaupun saya tidak bersalah, tunggu masanya untuk saya memberi reaksi,” katanya.

Harian Metro

Kampus UniSZA Di Besut Dijangka Beroperasi Jun 2013



Pembinaan kampus Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) cawangan Besut yang kini masih dalam pembinaan dijangka beroperasi menjelang Jun 2013.

Naib Canselor UniSZA, Datuk Profesor Dr Alias Daud berkata kampus yang menelan belanja RM270 juta itu kini telah hampir 50 peratus siap, bakal menempatkan kira-kira 1,000 pelajar daripada empat fakulti.

"Apabila siap kelak, kesemua pelajar empat fakulti ini akan berpindah ke kampus Unisza cawangan Besut," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian kad diskaun Siswa 1Malaysia di Gong Badak dekat Kuala Terengganu yang disempurnakan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.


LTdL 2012 Bermula Dengan PraPerlumbaan Di Langkawi, Berakhir Di Kuala Terengganu

Ahmad Shabery (kanan) menerima surat pengiktirafan UCI daripada Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, Abu Samah Abdul Wahab pada majlis pelancaran LTdL 2013 di Putrajaya semalam.
Kejohanan berbasikal berprestij Le Tour de Langkawi (LTdL) edisi ke-18  dengan jarak keseluruhan 1465.6 km akan bermula dengan praperlumbaan di Langkawi sebelum perlumbaan peringkat pertama bermula di Kangar, Perlis pada 21 Feb depan.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata praperlumbaan akan berlangsung pada 20 Feb dan tidak akan melibatkan pengiraan mata kerana matlamatnya sekadar memperkenalkan venue lahir kejohanan kepada pelumba.

Kementerian mahu mengekalkan identiti dan sejarah perlumbaan LTdL sejak diperkenalkan pada 1996, katanya pada sidang media, di Kuala Lumpur, semalam.

Ahmad Shabery menunjukkan imej baru Le tour De Langkawi (LtDL) 2013 "The Heat Is On" pada majlis pelancaran Imej dan Pengenalan Laluan LtDL 2013 di Kementeriani Belia dan Sukan, semalam.

Kumpulan Syarikat Ketengah Holding Catat Untung Hampir RM53 Juta Pada 2011

 

Kumpulan Syarikat Ketengah Holding Sdn Bhd (KSKHSB) yang mempunyai tujuh pecahan syarikat telah mencatat keuntungan selepas cukai untuk tahun 2011 berjumlah RM52,982,229 berbanding RM38,940,179 tahun sebelumnya.

Ini menunjukkan capaian pertambahan sebanyak RM14,042,050 untuk tahun lepas.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata KSKHSB ini terdiri daripada syarikat-syarikat perladangan dan perkilangan yang mana aktiviti utamanya adalah mengeluar dan memproses kelapa sawit, kecuali Ketengah Holding yang merupakan syarikat induk iaitu syarikat pelaburan.


Ahmad Said - Saya Ada Cara Tersendiri Selesai Kemelut PBSNT

 

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said enggan membuat sebarang ulasan berhubung perkembangan pasukan bola sepak negeri itu sebelum satu laporan rasmi oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) diserah ke tangannya.

Bagaimanapun, Ahmad berkata beliau mempunyai caranya sendiri untuk menyelesaikan kemelut itu.

"Saya akan buat ulasan nanti dan saya ada cara saya sendiri untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku.

Sharbinee Bebas Daripada Dakwaan 'Menjual Perlawanan'


Penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramlie bebas daripada dakwaan 'menjual perlawanan' ketika melakukan kesilapan semasa skuad Penyu menentang Kedah dalam saingan Piala Malaysia pada 1 September lalu.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Terengganu, Md. Yusoff Md. Zin berkata, hasil siasatan yang telah dijalankan mendapati tidak wujud sebarang bukti atau dokumen menunjukkan kewujudan unsur rasuah dalam perlawanan tersebut.

Kerana RM350, Ugut Tikam Dan Bunuh Ayah

Tertuduh mengaku ugut tikam dan bunuh ayah kandungnya kerana RM350 di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.
Hanya kerana RM350, seorang anak seperti dirasuk hantu selepas mengamuk hendak menikam dan membunuh ayah kandungnya menggunakan sebilah pisau dalam satu kejadian di Kampung Bukit Berangan, Tepoh, di Kuala Terengganu, Khamis lalu.

Bagaimanapun, si anak yang tidak memiliki sebarang pekerjaan itu akhirnya ditahan polis dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di Kuala Terengganu semalam atas dakwaan melakukan ugutan jenayah terhadap bapanya yang juga seorang warga emas.