Saturday, July 13, 2013

Projek tali air Pangkalan Nangka diselesai segera

Kerosakan tali air di Skim Projek Tali Air Pangkalan Nangka di Bukit Puteri akan diselesaikan bagi memastikan kawasan pertanian seluas 400 hektar di situ mendapat bekalan air untuk pertanian yang mencukupi.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Ladang dan Komoditi Negeri Nawi Mohamad berkata masalah tersebut akan dibawa ke mesyuarat antara exco-exco pertanian negeri di Putrajaya Isnin ini.

"Masalah tersebut telah menyebabkan air yang disalurkan ke kawasan-kawasan pertanian tidak lancar kerana terdapat sesetengah kawasan yang menjadi tinggi daripada tali air," katanya semalam.

MCA Negeri Sembilan Mahu Penulis Blog Seks Cetuskan Kontroversi Dikena Tindakan



MCA Negeri Sembilan membuat laporan polis berhubung dua blogger Alvin Tan dan Vivian Lee selepas kedua-dua mereka didakwa memaparkan ucapan ‘Selamat Berbuka Puasa’ dengan gambar mereka sedang menikmati bak kut teh di Facebook.

Pengerusi MCA negeri, Datuk Dr Yeow Chai Tiam berkata, kedua-dua individu itu amat tidak sensitif terhadap perasaan orang Islam dan apa yang mereka lakukan telah mencetuskan masalah yang besar.

“Apa yang mereka lakukan tidak sepatutnya berlaku dan bukan untuk jenaka.

“Ini merupakan negara berbilang agama dan kita perlu menghormati kepercayaan agama juga budaya dan tradisi semua rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Seremban.

PRK Kuala Besut: BN Punya `Senjata' Capai Kemenangan


Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menetapkan tiga `senjata' Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai ini.

Tiga `senjata' itu ialah kekuatan calon, pengiktirafan Kerajaan Pusat kepada penduduk Besut dan kestabilan BN.

 Beliau berkata, kesemua `senjata' itu menjadi kayu ukur terhadap kekuatan sebenar BN dan memastikan DUN Kuala Besut yang selama ini menjadi kerusi tradisi BN dapat terus dipertahankan.

"Kita tak memilih calon dengan tergesa-gesa. Kita menggunakan pendekatan MAP iaitu muka baru, akhlak dan pendidikan dalam memilih calon yang sesuai.

PRK Kuala Besut: Tengku Zaihan Yakin Pertahankan Kerusi

Mohon restu ayahnya...
Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yakin dapat mempertahankan kerusi berkenaan pada 24 Julai ini. 

"Berdasarkan tinjauan yang sudah dilakukan di beberapa kawasan, saya yakin akan dapat mempertahankan kerusi ini 100 peratus," katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Jumhuriah, di Kuala Besut, semalam.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu, Dr A Rahman Mokhtar mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut apabila menewaskan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Sebelum itu, kira-kira jam 8.30 pagi semalam, dalam keadaan hujan renyai-renyai, penyokong bagi kedua belah parti, Barisan Nasional (BN) dan Pasberpusu-pusu untuk memulakan perarakan penamaan calon.

Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman tiba awal kira-kira jam 8.00 pagi lagi ditemani ayahnya menemui para penyokong BN dan kelihatan bersalam-salaman.

Calon juga kelihatan memeluk ayahnya tanda memohon restu.

Setiausaha Politik Adun Tanjung Bungah Harap Layanan Sama Rata Pada Transgender


Setiausaha Politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bungah Teh Yee Cheu yang baru dilantik berharap pelantikan beliau dalam memegang jawatan itu dapat membuka jalan kepada layanan sama rata dalam komuniti transgender.

Hezreen Shaik Daud, 33, yang merupakan seorang transgender mengakui berdebar tetapi teruja pada masa yang sama apabila beliau memulakan tugas secara rasmi pada semalam.

“Saya amat berterima kasih kepada YB kerana menawarkan kerja ini kepada saya dan saya bersedia untuk berhadapan dengan cabaran.

Kemenangan BN Penting Untuk Kestabiln Terengganu

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peranan dan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dun Kuala Besut penting untuk kestabilan pentadbiran dan pembangunan Terengganu.

Timbalan Perdana Menteri berkata bagi memastikan keadaan stabil dikekalkan, BN mempertaruhkan calon Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, kerana yakin ketokohan dan latar belakang yang dimiliki bekas jurutera itu mampu menarik sokongan pengundi untuk kekal memilih BN sebagaimana pilihan raya umum yang lalu.

"Peranan calon penting kerana Dun Terengganu kini tidak menentu tetapi saya harap selepas 24 Julai politik di negeri ini kembali dan kekal stabil di bawah BN.

Khalid Samad Kalah Saman Kes 'Jubah Paderi'


Mahkamah Tinggi Shah Alam semalaam menolak saman fitnah Khalid Samad terhadap Ketua Penerangan Umno Hamidah Osman berhubung dakwaan penyiaran gambar superimpose (pertindihan) anggota Parlimen Shah Alam itu yang berpakaian jubah paderi.

Kalid mendakwa gambar itu dimuatkan dalam artikel di blog Hamidah.

 Bagaimanapun Pesuruhjaya Kehakiman Hashim Hamzah mengetepikan saman itu kerana plaintif gagal menunjukkan artikel asal di blog itu.

Muhyiddin Tunai Solat Jumaat Di Kuala Besut

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tengah hari tadi menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 1,500 jemaah di Masjid Al-Jumuriah, Kuala Besut.

Hadir sama menunaikan solat ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan calon BN bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Solat Jumaat itu dipimpin Imam Masjid Narathiwat, Jalaluddin Shafie manakala khutbah Jumaat bertajuk `Jimat cermat elak pembaziran' disampaikan oleh Pegawai Agama Daerah Besut, Azmi Tengah.

Friday, July 12, 2013

Kerajaan Perkenal Program Rumah Transit Untuk Pasangan Muda Baharu Kahwin


Kerajaan akan memperkenalkan program 'rumah transit' untuk pasangan muda baharu berkahwin dan berpendapatan bulanan bawah RM3,000 dalam usaha mengurangkan beban mereka.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata program dijangka dilaksana tahun depan. Kerajaan akan memperuntukkan 10 peratus daripada rumah kos rendahnya untuk disewa pasangan ini selama dua tahun dan tumpuan program adalah di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur, katanya.

Pasar Borong Bukit Payong Perlu RM50 juta


Pasar borong baru yang masih dalam pembinaan di Bukit Payong, Marang memerlukan penambahbaikan melibatkan peruntukan RM50 juta daripada kerajaan persekutuan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani dan Perusahaan Perladangan dan Komoditi negeri, Nawi Mohamad berkata, pasar borong itu dibina bagi menggantikan Pasar Borong Gong Pauh.

“Pasar itu (Pasar Borong Gong Pauh) sebenarnya sudah tidak dapat menampung peniaga dan terlalu padat, malah memerlukan pasar baru.

'90% jenayah di S'gor dilakukan bekas tahanan EO' - Zahid


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata satu kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa sebahagian besar kegiatan jenayah dilakukan oleh bekas tahanan Ordinan Darurat (EO).

Malah, statistik jenayah di Selangor menunjukkan 90 peratus daripada jenayah didalangi bekas pesalah yang dibebaskan sewaktu EO dimansuhkan, katanya dalam satu sidang media pagi ini.

"Saya dapat statisitik yg dibuat secara empirikal, di Selangor 90 peratus jenayah berat terancang dilakukan oleh bekas tahanan yang ditahan dahulunya di bawah EO," kata Zahid.

Wang Kempunan, Diri Kena Belasah Orang Kampung

Suspek dibelasah orang ramai yang berada di lokasi kejadian selepas tindakannya yang cuba mencuri wang di sebuah kedai runcit berjaya dihidu.
Seorang pencuri bukan sahaja berputih mata apabila cubaannya untuk melarikan wang di sebuah kedai runcit tidak berhasil, malah dia turut menjadi ‘habuan’ orang ramai yang berada di lokasi kejadian, di Kampung Duyung, di Kuala Terengganu, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, suspek yang berusia 30-an itu berpura-pura kononnya ingin membeli barang, namun tindakannya yang cuba melarikan sejumlah wang di kaunter pembayaran disedari salah seorang pelanggan.

Menurut pembantu kedai, Shaiza Ismail, 30, semasa kejadian, hanya dia berseorangan di kedai runcit keluarganya itu dan ketika itu, dia sedang sibuk melayan permintaan seorang pelanggan di satu sudut di dalam kedai.

Polis Perketat Kawalan Di Hari Penamaan Calon Hari Ini


Polis akan mengetatkan kawalan dan melakukan pemantuan bagi memastikan proses penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut, berjalan lancar, hari ini.

Ketua Polis Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata pihaknya membuat persediaan rapi bagi mengawal proses penamaan yang dijangka disertai kira-kira 20,000 penyokong parti politik.

"Polis akan meletakkan anggota di setiap penjuru termasuk sewaktu perarakan parti-parti yang bertanding," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kampung Raja di Besut semalam.

Thursday, July 11, 2013

Barangan Dalam Rumah Ketua Wanita PKR P Pinang Disita

Berikutan gagal melunaskan bayaran gantirugi RM30,000 dalam satu kes saman fitnah, barangan dalam rumah milik Ketua Wanita PKR negeri Norhayati Jaafar di Taman Sri Kijang, Alma di Bukit Mertajam hari ini disita oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Mahkamah mengeluarkan perintah sita itu hari ini setelah Norhayati gagal membayar gantirugi RM30,000 kepada bekas ketua wanita PKR negeri Aminah Abdullah (kanan) yang memenangi kes saman fitnah terhadap Ketua Wanita PKR negeri itu.

Peguam yang mewakili Aminah, Saiful Ambar Abdullah Ambar berkata jika Norhayati masih gagal membayar ganti rugi selepas 14 hari barangannya disita, mahkamah boleh mengambil tindakan melelong barangan berkenaan.

Artis Dicekup Tidak Berpuasa, Main Mahjung

Pelakon wanita yang dicekup bermain mahjung di sebuah bilik VIP di pusat siber di Bandar Puteri, petang semalam.
 Kesucian 1 Ramadan yang sepatutnya dihormati, dicemari dua wanita Islam termasuk seorang pelakon drama apabila dicekup bermain mahjung di sebuah pusat siber di Bandar Puteri, semalam.

Pelakon yang pernah diberi jolokan nama seorang artis seksi luar negara itu kelihatan resah dan berjalan mundar-mandir dalam bilik berkenaan apabila wajahnya dirakam.

Difahamkan, kedua-dua wanita itu dipercayai tidak berpuasa, menghisap rokok serta menikmati minuman yang terhidang dan memberi alasan sakit perut ketika dicekup di bilik VIP di tingkat tiga premis terbabit. 

Negeri Sembilan, FELDA United Layaak Ke Piala Malaysia

Negeri Sembilan dan Felda United layak ke saingan Piala Malaysia setelah berjaya mengatasi lawan masing-masing pada perlawanan play-off malam tadi.

Negeri Sembilan mencatat kemenangan selesa setelah mengecewakan Sabah 4-0 di Stadium Shah Alam. 

Skuad bimbingan Ridzuan Abu Shah bermula garang apabila Mohd Nazrin Mohd Nawi membuka jaringan seawal minit ke-10.

Tiga Kadar Fitrah Ditetapkan Di Terengganu

Tiga kadar fitrah telah ditetapkan bagi negeri Terengganu tahun ini iaitu RM7.60 atau RM7 atau RM4.50 bagi setiap orang.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Datuk Mohd Rozali Saleh berkata, kadar yang ditetapkan ini adalah sama seperti tahun lepas.

Mohd Rozali menunjukkan kad tauliah amil yang dikeluarkan oleh Maidam.

SPR Buat Demo Guna Dakwat Kekal


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan demonstrasi penggunaan dakwat kekal kepada pengundi bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, demonstrasi berkenaan penting bagi memberi kefahaman kepada pengundi mengenai kaedah baru penggunaan dakwat kekal.

"Kita sudah pinda kaedah penggunaan dakwat kekal iaitu bukan lagi dicalit pada jari tapi sebaliknya perlu mencelup jari ke dalam dakwat.

"Jadi kita akan adakan demonstrasi melalui media untuk dihebohkan kepada pengundi Kuala Besut supaya mereka tahu cara betul untuk mengundi," katanya pada sidang media selepas mengadakan tinjauan di pusat penamaan calon, Kompleks Rakan Muda di Kuala Besut, hari ini.

Kerajaan Masih Belum Putuskan Kajian Semula Tarif Elektrik

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili berkata terdapat keperluan untuk melihat pada kos bahan api, gas dan input-input lain, yang semakin meningkat.

"Terdapat juga keperluan untuk melihat bagaimana Tenaga Nasional dan Petronas boleh menyerap kenaikan itu," katanya pada taklimat media hari ini.

Tengku Zaihan Bercita-cita Naik Taraf Hidup Nelayan Sejak Di Universiti


Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman amat memahami kesukaran hidup yang dihadapi golongan nelayan kerana sejak kecil kehidupannya dikelilingi masyarakat itu.

Jadi bukan sesuatu yang menghairankan apabila calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut itu sudah menanam cita-cita untuk membaiki taraf hidup golongan nelayan tatkala menjadi penuntut universiti.


"Dengan dikelilingi oleh masyarakat nelayan sejak kecil lagi, saya amat terharu dan sedih melihat (kesukaran) kehidupan mereka.

"Saya ini dari kalangan orang laut dan sekiranya diberi peluang, saya akan cuba sedaya upaya membantu mereka agar hidup mereka lebih bertambah baik dan meneruskan apa yang diperjuangkan oleh penyandang (kerusi DUN Kuala Besut)sebelum ini," katanya.

Tengku Zaihan berkata semasa berkhidmat sebagai jurutera di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Besut sebelum ini, beliau telah cuba membantu setakat yang terdaya seperti memastikan kaum nelayan mudah ke laut dan mendaratkan ikan di kompleks menerusi projek mendalamkan muara sungai Kuala Besut.

"Kini Allah SWT telah membuka peluang kepada saya dengan dipilih oleh kepimpinan BN untuk bertanding sebagai wakil rakyat pula dan peluang sebegini tidak akan saya lepaskan," katanya.

Tengku Zaihan, 37, berkata demikian  ketika ditemui di Kampung Teluk Bayu selepas menziarahi pusara bekas wakil rakyat DUN Kuala Besut Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar yang meninggal dunia pada 26 Jun lepas, semalam.

Menurutnya, bekas wakil rakyat BN yang terdahulu termasuk Allahyarham Dr Rahman telah banyak melakukan kerja-kerja bagi membangunkan masyarakat nelayan di kawasan itu.

Justeru, katanya sekiranya diberikan mandat oleh penduduk Kuala Besut pada pilihan raya kecil DUN itu 24 Julai ini, beliau akan menyambung usaha itu bagi memastikan nasib kaum nelayan yang merupakan majoriti di Kuala Besut akan terbela.

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia itu berkata selain menaik taraf hidup nelayan, beliau juga akan berusaha membangunkan sektor pelancongan berasaskan perikanan di Kuala Besut.

Terdahulu sebelum ke pusara, beliau menyampaikan Dana Bakti Remaja (DBR) kepada 2,132 remaja di DUN Kuala Besut bertempat di Dewan Orang Ramai Seri Seratus di sini. DUN Kuala Besut merupakan DUN pertama di Terengganu mengagihkan DBR dengan setiap seorang menerima RM200.

PolisJangka PRK Kuala Besut Bersih


Polis tidak menjangkakan akan berlaku insiden kucar-kacir sepanjang tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun berkata, pasukan keselamatan itu sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku sepanjang 13 hari tempoh berkempen bermula Jumaat ini.

"Memandangkan sekarang ini bulan Ramadan, kita tak jangka akan ada insiden kucar-kacir.

TDM Berhad Bayar Dividen RM35,303,886, Tertinggi Sejak 2006

TDM Berhad, syarikat berkepentingan kerajaan Terengganu mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya membayar dividen sebanyak RM35,303,886.86 kepada pelbagai agensi kerajaan negeri bagi pendapatan yang diperoleh dalam tahun kewangannya berakhir 31 Dis lepas.


 Pengerusinya, Datuk Roslan Awang Chik berkata pembayaran dividen itu merupakan peningkatan 21.6 peratus daripada jumlah bayaran yang dibayar pada tahun kewangan sebelumnya, iaitu sebanyak RM29,029,148.83.

"Pembayaran dividen kali ini merupakan rekod tertinggi yang pernah dibayar kepada pelbagai agensi kerajaan negeri sejak 2006," katanya pada majlis penyerahan dividen itu di Kuala Terengganu, semalam.

Pada majlis itu, Roslan telah menyampaikan cek dividen berkenaan kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said serta disaksikan Setiausaha Kerajaan Datuk Mazlan Ngah dan Ketua Pegawai Eksekutif TDM Berhad Badrul Hisham Mahari serta Ketua Pegawai Kewangan TDM Berhad Amir Mohd Hafiz Amir Khalid

PRK Kuala Besut: PAS Harap Sejarah Berulang

PAS mengimpikan untuk mengulangi sejarah lalu dengan meletakkan harapan agar parti itu berjaya memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu yakin untuk merampas kembali kerusi berkenaan daripada Barisan Nasional (BN) berdasarkan rekod mereka yang pernah memenangi DUN Kuala Besut sebanyak tiga kali dengan yang terakhir pada 1999.

"Saya yakin pengundi di Kuala Besut akan buat keputusan yang betul dalam memilih calon yang akan mewakili mereka nanti.

Masjid, Surau Di Kuala Besut Tidak boleh Ada Lambang Parti - Pesuruhjaya MAIDAM

Mereka yang berkenaan diingatkan agar tidak meletak sebarang lambang parti politik di masjid dan surau di Kuala Besut sepanjang pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) Datuk Mohd Rozali Salleh berkata arahan itu bagi memastikan masjid dan surau tidak disalah guna untuk berkempen.

Masjid dan surau adalah tempat ibadah dan kita tidak ingin rumah Allah ini digunakan untuk tujuan politik mana-mana parti, katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan zakat, di Kuala Terengganu, semalam.

Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan Berhasil Capai Sasaran - KP Kementerian Pertanian

Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang dilaksanakan untuk meningkatkan pengeluaran makanan secara berskala besar di negara ini berjaya mengeluarkan hasil sebagaimana sasaran.

Ketua Pengarah Pertanian Datuk Mustaffa Kamal Baharuddin berkata sehingga kini 67 TKPM diwujudkan di seluruh negara yang menumpukan kepada pengeluaran buah-buahan dan sayuran.

"Daripada jumlah itu, tiga daripadanya diwujudkan di Terengganu," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara wakil usahawan tani dan Syarikat Nature Green Trading, APAG Agriculture Produce and Exotic (M) Sdn Bhd di TKPM Tok Dor di Besut.

SPR: Penamaan Calon Boleh Selesai Selewat-lewatnya 11 Pagi


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka proses penamaan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Jumaat ini, akan selesai selewat-lewatnya pukul 11 pagi. 

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata proses penyerahan kertas penamaan calon akan dibuka selama sejam bermula 9 pagi di Kompleks Rakan Muda, Kampung Raja Besut di Kampung Raja.

"Kalau semuanya berjalan lancar, nama-nama calon dijangka diisytharkan menjelang pukul 10.30 pagi atau paling lewat 11 pagi," katanya  semalam.

QSR Brands Akan Buka Restoran Drive Thru Pertama Di Terengganu Tahunn Ini

QSR Brands (M) Holding Sdn Bhd (QBMHSB) akan membuka satu restoran Ayam KFC yang baharu berkonsepkan Drive Thru bertaraf lima bintang dan yang pertama di Terengganu, di Gong Badak di Kuala Terengganu, tahun ini.

Pengurus Besar Jabatan Syariah dan Pematuhan Halal QBMHSB Roslan Saluddin berkata pastinya pembukaan dan pelaburan QSR Brands Drive Thru itu merupakan pengiktirafan berikutan sokongan berterusan penduduk negeri itu.

Selain itu, katanya ia akan meningkatkan imej bandar Kuala Terengganu setaraf dengan bandar-bandar besar lain, sesuai dengan peningkatan taraf ekonomi dan kehidupan penduduknya yang ketara sekarang," katanya.

PRK - SPR Perkenal Kaedah Celup Jari Telunjuk


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk menggunakan kaedah "mencelup jari telunjuk" ke dalam dakwat kekal bagi mengelakkan percubaan mengundi dua kali pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR tidak akan menggunakan kaedah mencalit jari seperti PRU13.

Menurutnya, pengundi perlu mencelup jari telunjuk sebelah kiri ke dalam dakwat kekal yang disediakan SPR sebagai elemen tambahan kepada prosedur pengundian.

Pekerja Kilang Maut Tersepit Mesin Proses Kelapa Sawit

Seorang pekerja kilang maut setelah badannya tersepit ketika sedang menyelenggara mesin memproses kelapa sawit di Kilang Kelapa Sawit Panji Alam Seri Bandi di Kemaman, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superitendan Che Suza Che Hitam berkata, kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu berlaku ketika mangsa sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan pada bahagian jentera itu. Katanya mangsa Mohd Bistari Bistaman, 27, yang berasal dari Felda Jelai 2, Gemas di Negeri Sembilan disahkan meninggal ketika tiba di Pusat Kesihatan Seri Bandi sejurus selepas kejadian.

Wednesday, July 10, 2013

PRK Kuala Besut - Muhyiidin Beri Amaran Jangan Selesa, Ambil Mudah


Yang diperlukan ialah kemenangan besar diperoleh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dapat dikekalkan.

Kerana itu jangan mengandaikan pengundi yang telah memberi undi kepada Barisan Nasional (BN) pada 5 Mei lalu akan keluar mengundi sekali lagi tanpa perlu didekati atau dirayu undi mereka.

Timbalan Perdana Menteri mengingatkan sejajar dengan sasaran majoriti lebih besar kali ini, seluruh kepemimpinan BN di semua peringkat tidak mengambil mudah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai ini.

"Jangan andaikan Kuala Besut kubu kuat BN, kalau pengundi tak keluar dan sokong kita, kita bimbang kalau itu berlaku, undi lebih rendah daripada majoriti pada pilihan raya lalu.

Kita (BN) kena bersungguh-sungguh lagi agar majoriti undi nanti lebih besar berbanding pilihan raya lalu," katanya.

Walaupun DUN Kuala Besut dianggap kubu UMNO, BN perlu bekerja kuat dan bersungguh-sungguh bagi memastikan calon parti menang dengan majoriti lebih besar pada 24 Julai ini.

Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut mengajak seluruh penduduk kawasan berkenaan agar keluar mengundi calon BN bagi membolehkan pembangunan fizikal dan sosial terus dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat.

Menurutnya, pilihan raya kecil itu mempunyai signifikan tersendiri di negeri ini dan kemenangan besar kelak akan menentukan BN kekal berkuasa dan tidak tergugat. Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden BN berucap demikian pada program Pelancaran Jentera dan Penamaan Calon BN Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut di Dataran Kuala Besut semalam.

Pada majlis itu, Muhyiddin mengumumkan bekas jurutera awam di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman sebagai calon BN.

Yang turut hadir Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Said, Ketua Biro Publisiti, Datuk Ahmad Maslan;dan Timbalan Pengarah BN Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut yang juga Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh; Ketua Wanita UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Saiful Bahri Baharudin.

Bonus: CUEPACS Mohon Dua Setengah Bulan



Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua setengah bulan kepada seluruh penjawat awam tahun ini. 

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS telah memohon secara rasmi mengenai perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada semalam dan berharap permintaan ini akan dipertimbangkan.

"Melihat pada keadaan ekonomi semasa sekarang, pada kami permohonan pemberian bonus dua setengah bulan ini yang telah diputuskan semasa mesyuarat CUEPACS pada dua minggu lepas adalah sesuai,” kata beliau dalam sidang media di Putrajaya semalam.

Tengku Zaihan Pilihan Tepat


Rata-rata pengundi di kawasan Dun Kuala Besut melahirkan rasa gembira terhadap calon BN yang diumumkan Timbalan Pengerusi BN Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Kuala Besut, semalam. 

Penduduk Kampung Alor Jejawi, Abdul Hamid Abd Rahman, 48, berkata, parti membuat pemilihan tepat apabila menampilkan orang muda iaitu Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman sebagai calon.

Menurutnya, walaupun tidak begitu mengenali calon secara dekat tetapi dia mengenali bapa Tengku Zaihan, Che Ku Abd Rahman Che Ku Abdullah sebagai orang berpengaruh di Kuala Besut.

Penduduk Kuala Besut Patut Pilih BN Atas Empat Faktor - Ahmad Maslan


Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menggariskan empat faktor kenapa pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut perlu memilih Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kawasan itu 24 Julai ini.

Beliau turut mengingatkan pengundi untuk tidak menjadikan pilihan raya kecil itu sebagai satu mainan atau percubaan untuk mengubah selera kerana jika tersilap pilih, mereka akan kecewa sepanjang hidup.

"Faktor utama rakyat perlu memilih BN di Kuala Besut ialah bagi menentukan kestabilan pemerintahan di Terengganu yang diterajui BN," katanya kepada pemberita selepas berucap kepada pemimpin Rela di Pusat Khidmat Komuniti Rela DUN Kuala Besut di Kampung Baharu di Kuala Besut semalam.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata faktor kedua ialah dengan mengekalkan BN di Kuala Besut akan membuktikan sokongan dan menghormati keyakinan kepimpinan negara melantik anggota Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Pendidikan Kedua baru-baru ini.

PAS Pilih 'Che Long' Kontraktor Tanding Kuala Besut

PAS menamakan ahli perniagaan, Azlan @ Endut Yusof sebagai calon untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut 24 Julai ini.

Pengumuman tersebut dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kampung Nail, di sini, Selasa malam. Azlan, 48, yang lebih dikenali dengan panggilan 'Che Long' dikalangan masyarakat tempatan merupakan seorang kontraktor yang juga pernah memiliki sebuah stor kayu terkenal di daerah ini.

Pemuda PAS Mahu Bawa Azhar Idrus Gempur Kuala Besut


Pemuda Pas Terengganu akan menggerakkan jenteranya bagi menghadapi PRK Dun Kuala Besut kerana ia penting, bukan sahaja di peringkat negeri, malah nasional.

Ketuanya, Mohd Nor Hamzah yang juga Adun Bukit Payung berkata, selain berkampung di Kuala Besut, Pemuda Pas juga menerapkan strategi sentuhan mesra kepada pengundi terutama anak muda sebagaimana tradisi dilakukan parti itu.

“Kita akan menurunkan tokoh dan ikon anak-anak muda, antaranya Ustaz Azhar Idrus.

Sultan Mizan Ajak Umat Islam Muliakan Ramadan Sehingga Ke Akhirnya

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin Isnin mengajak umat Islam, khususnya di Terengganu agar memuliakan bulan Ramadan sehingga ke penghujungnya.

Sehubungan itu, titah baginda, segala amalan yang dilakukan harus berterusan daripada awal sehinggalah berakhirnya Ramadan.

Puasa yang sebenarnya adalah pengisian hari-hari sepanjang Ramadan dengan amalan kebajikan yang padat dan sarat dengan niat yang tulus ikhlas semata-mata kerana Allah dan keredaan Illahi, titah baginda dalam perutusan sempena Ramadan, di Kuala Terengganu, kelmarin.

Jakim Lancar Pensijilan Halal Pengangkutan & Penggudangan


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam melancarkan skim pensijilan halal logistik bagi memperluaskan penggunaan sijil tersebut dalam industri halal negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, bahagian Hab Halal Jakim kini memperluaskan skop sijil halal dengan memasuki sektor pengangkutan dan penggudangan bagi memastikan barangan keperluan umat Islam diangkut mengikut piawaian halal yang ditetapkan.

"Dengan adanya skim pensijilan halal Malaysia bagi kategori logistik, ia akan meningkatkan lagi kepakaran, integriti dan kredibiliti negara untuk menjadi peneraju industri pensijilan halal di peringkat antarabangsa,” katanya.

Th Hotel & Convention Centre Terengganu Tawar Hotel Patuhi Konsep Syariah

Lembaga Tabung Haji (TH) menawarkan perkhidmatan hospitaliti melalui rangkaian terbarunya TH Hotel & Convention Centre Terengganu di Gong Badak di Kuala Terengganu, dengan menawarkan kelainan dengan sepenuhnya mematuhi konsep pematuhan syariah.

Hotel Tabung Haji tersebut akan dibuka secara rasminya hari ini.

Pengurus Besar TH Hotel di Kuala Terengganu, Malizan Zakaria berkata hotel itu yang buat masa ini masih belum beroperasi akan menampung jemaah, terutamanya dari Wilayah Pantai Timur melaksanakan haji setiap tahun, dan terbuka kepada orang ramai di luar musim haji.

Syarat Minimum 7A Untuk Mohon Jadi Guru Mulai 2013?

Kementerian Pendidikan menetapkan syarat baharu minimum 7A bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari semenanjung untuk memohon menceburi profesion perguruan bermula tahun ini. 

Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kelonggaran minimum 5A diberikan kepada mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak.

Langkah itu bagi memartabatkan profesion perguruan di negara ini dan sejajar dengan hasrat kementerian mahukan 30 peratus lulusan SPM terbaik menyertai profesion itu, katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di Dewan Rakyat.

Duta Indonesia Kunjung Hormat Menteri Besar


Duta Besar Republik Indonesia, TYT Herman Prayitno melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, kelmarin.

Beliau bersama-sama tiga pegawai kanan kedutaan mengadakan pertemuan dengan Dato’ Seri Haji Ahmad di pejabat Menteri Besar, tingkat 16, Wisma Darul Iman.

Hadir sama ialah Menteri Kaunselor Penerangan, Sosial dan Budaya, Bapak Ahmad Daya Handasan; Atase Pertahanan Kolonel Yudhy Chandra Jaya dan Sekretariat Pertama, Bapak Heru Budiarso.

YPU Mainkan Peranan penting Bangunkan PKS

Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu memainkan peranan penting dalam pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negeri ini sejak 15 tahun yang lalu.

Dalam memastikan kemajuan PKS Terengganu, YPU telah merngadakan pelbagai bentuk latihan, kursus dan seminar kepada usahawan dalam memastikan mereka mampu menjadi seorang usahawan yang berpengetahuan dan berdaya saing.

Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Azmi Razik berkata, sebanyak 50 siri latihan, seminar serta kursus telah diadakan sepanjang tahun ini dan mendapat sambutan menggalakkan daripada kira-kira 1500 peserta yang telah mengikuti program yang diadakan.

Kes denggi di Terengganu menurun

Kes demam denggi bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini di Terengganu mencatat penurunan sebanyak 63.2 peratus berbanding tempoh sama pada 2012.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata hanya 154 kes direkod setakat ini berbanding 418 pada tahun lepas. "Ia adalah kejayaan besar hasil keprihatinan masyarakat yang memberi kerjasama baik terhadap semua aktiviti yang dianjur jabatan.

Nafas Wujud Bank Peladang Tahun Depan

(Nafas) akan melaksanakan cadangan penubuhan Bank Peladang selepas kesemua urusan dan persiapannya selesai tahun depan bagi membantu kira-kira 820,000 ahlinya di seluruh negara.

Pengerusinya, Datuk Seri Saipolbahari Suib berkata bagi mempercepatkan proses pewujudan Bank Peladang itu, Nafas telah melantik juru perunding.

Katanya, pihaknya (Nafas) akan memastikan bank ini adalah milik ahli-ahli pertubuhan peladang.

Naib Canselor UMT Terima Dua Anugerah


Naib Censelor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Profesor Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo baru-baru ini menerima dua anugerah iaitu Anugerah Geosaintis 2013 dan Anugerah Alumni Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) 2013.

Menurut kenyataan UMT, Ibrahim menerima Anugerah Geosaintis daripada Persatuan Geologi Malaysia pada 8 Jun 2013 di Kinta Riverfront Ipoh sebagai penghormatan komuniti geosains atas sumbangan beliau dalam bidang itu kepada negara dan rantau ini.

Tuesday, July 9, 2013

Ketua Penolong Pengarah JPS, Tengku Zaihan Calon BN PRK Kuala Besut


Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) (Bahagian Korporat) Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman, 37, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, selaku Pengarah Pilihanraya BN, di Dataran Kuala Besut, sebentar tadi dan disambut sorakan kira-kira 4,000 penyokong BN yang hadir.

Hadir sama pada majlis pengumuman itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said; Menteri Pelajaran II, Dato’ Seri Idris Jusoh dan para pemimpin parti komponen.

Muhyiddin yakin Tengku Zaihan adalah taruhan terbaik BN untuk pengundi di DUN Kuala Besut berdasarkan pengalaman luas beliau dalam jabatan kerajaan dan boleh diterima rakyat khususnya golongan muda.

Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata pemilihan Tengku Zaihan dibuat selepas melalui proses pemilihan yang mengambilkira kehendak tempatan dan calon yang 'winable".

“Saya yakin ini adalah calon terbaik. Memang kita janjikan kepada pengundi bahawa kita akan letak calon terbaik" katanya. Calon yang diterima oleh semua,” ujar beliau.

Tengku Zaihan ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang memilih beliau sebagai calon pilihan raya berkenaan yang disifatkannya sebagai ‘pilihan raya kecil yang besar’

 Anak kelahiran tempatan yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM) itu berjanji akan membela nasib rakyat dan berkhidmat dengan penuh dedikasi jika dipilih sebagai wakil rakyat DUN tersebut.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada jentera dan penyokong BN kerana memberi sokongan kepada saya demi rakyat Kuala Besut,” katanya yang juga ahli UMNO Cawangan Seri Seratus dan anak kepada veteran Umno.

Tengku Zaihan sebenarnya telah banyak memainkan peranan membantu masyarakat kawasan berkenaan ketika berkhidmat sebagai Jurutera Daerah JPS Besut.

Teganukita

Monday, July 8, 2013

DUN Kuala Besut: PAS Patut Beri Kemenangan Percuma Kepada BN - Idris Jusoh

Anggota Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menyarankan PAS menyerahkan sahaja kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut kepada Barisan Nasional (BN) tanpa perlu melalui pilihan raya kecil. 

Ini kerana katanya, BN memenangi kerusi itu dengan majoriti yang besar pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) Mei lepas.

"Pada saya, lebih baik PAS serah saja kerusi tersebut kepada BN kerana undi majoriti yang kita dapat pada PRU-13 adalah tinggi, bukan setakat 300 sahaja.

"Nak menang bukan senang untuk PAS. Mereka perlu lebih kurang 1,200 undi untuk capai undi majoriti yang BN dapat dan biasanya orang tak ubah fikiran mereka kerana PRU-13 baru saja berlalu dua bulan lepas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen, di Kuala Lumpur, hari ini.

Idris berkata, kemenangan percuma itu juga sebagai menghormati bulan Ramadan, memandangkan pilihan raya kecil tersebut dijalankan ketika umat Islam sedangmenjalani ibadah puasa.

"Pada saya, PAS kini mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai untukbertanding. Ini kawasan saya. Lebih baik serahkan saja kerusi tersebut kepada BN, lagi pun masa tu bulan puasa, tak perlu bersusah payah nak berkempen," katanya berseloroh.

Bagaimanapun katanya, BN menyasarkan untuk meningkatkan undi majoriti daripada 2,434 undi pada PRU-13 lepas kepada 4,000 pada pilihan raya kecil yang ditetapkan 24 Julai ini.

Mengenai laporan yang mendakwa guru diminta mengundi BN pada pilihan raya kecil itu, Idris yang juga Menteri Pendidikan Kedua berkata, tidak ada pihak yang dipaksa mengundi mana-mana parti dan mereka bebas memilih untuk mengundi siapa sahaja.

Kerusi DUN Kuala Besut kosong selepas penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia pada 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru. Pada PRU-13, A Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,343 undi, mengatasi calon PAS Napisah Ismail.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Kuala Besut diadakan pada 24 Julai manakala penamaan calon pada 12 Julai ini.