Thursday, August 29, 2013

Ahli Politik Ternama Didakwa Naungi Kongsi Gelap


Sebilangan ahli politik ternama didakwa menaungi beberapa kongsi gelap dan beberapa orang daripadanya turut menjadi penasihat kumpulan terbabit.

Laporan akhbar Sin Chew Daily menyebut, kumpulan berkenaan merupakan antara 10 kongsi gelap, yang akan didedahkan esok oleh Kementerian Dalam negeri.

Ia membabitkan kumpulan gengster Cina, Melayu dan India, menurut laporan akhbar berbahasa Cina itu. 

Kumpulan itu meliputi “Geng 04”, “Geng 08”, “Geng 21” dan “Geng 36” dari kumpulan India; “Hong Shun Tang”, “3821”, “Wu Se Qi”, “Hong Men” dan Hua Ji Dang” dari golongan Cina; serta “Geng 3 Calit” dari kelompok Melayu.

Akhbar tersebut yang memetik kenyataan sumber menyebut, kerajaan buat kali pertama akan melancarkan “perang” ke atas kongsi gelap dengan mendedahkan senarai nama kongsi berkenaan kepada umum. 

Menurut sumber tersebut, gengster Cina aktif dalam perniagaan haram termasuk menjual DVD cetak rompak, membuka pusat karaoke, pusat perjudian, mengedar dadah dan khidmat pelacuran.

“Gengster India secara perbezaannya lebih agresif kerana mereka memungut wang perlindungan dari pengusaha gerai dan pub selain menjadi penembak.

“Sementara itu, gengster Melayu lebih aktif 'menjaga' tapak pembinaan dengan memungut wang di sana. “'Geng 3 Calit' Melayu paling aktif dan ketua setiap kawasan dipanggil ayahanda,” katanya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.dilaporkan berkata senarai nama 49 kumpulan kongsi gelap akan didedahkan hari ini..

Bagaimanapun beliau berkata hanya nama kumpulan tersebut akan didedahkan.

"Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Datuk Radzi Hashim) akan mengumumkannya esok," katanya selepas menerima kunjungan hormat daripada Duta Poland, Adam Waclaw Jelonek di Putrajaya semalam.

Irfan Letak Jawatan Sebagai Jurulatih Selangor


Irfan Bakti Abu Salim mengesahkan bahawa beliau telah melepaskan jawatannya sebagai jurulatih skuad Gergasi Merah. Difahamkan, punca utama Irfan membuat keputusan mengejut itu ekoran prestasi hambar skuad kendaliannya dalam kempen Piala Malaysia setakat ini.

Kemuncak rasa kecewa Irfan sukar dibendung lagi apabila Gergasi Merah tumbang di tangan pasukan berstatus kelab, Sime Darby apabila tewas 0-3 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam kelmarin.

Sime Darby FC mencipta kejutan selepas menewaskan juara 32 kali, Selangor, menerusi kemenangan 3-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Azlan meraikan jaringan bersama ketua pasukan Perak, Shahrulnizam Mustapa pada aksi Kumpulan D ketika menewaskan Lions XII di Stadium Perak, malam kelmarin.


Azlan Johar Yakin T-Team Dapat Melangkah Ke Suku Akhir

Biarpun dua kali berturut-turut kalah, namun T-Team tetap yakin dengan berbaki tiga perlawanan, ia dapat melangkah ke suku akhir saingan Piala Malaysia.

Penolong Pengendali pasukan, Azlan Johar berkata peluang untuk T-Team masih terbuka bagi merebut peluang ke suku akhir.

"Kita masih mempunyai baki tiga perlawanan dalam Kumpulan B, kita akan pastikan pasukan kita dapat melakar kemenangan dalam perlawanan selepas ini," katanya kepada pemberita.

Nilai Prestasi Pengurusan Kewangan Secara Rawak - MB

Ahmad Said (duduk, dua dari kiri) dan Abdul Razak Salleh, (duduk, dua dari kanan) bersama peserta Seminar Kewangan dan Pengauditan Sektor Awam di Kuala Terengganu, kelmarin.
Setiap jabatan, agensi serta syarikat milik kerajaan di negeri ini perlu sentiasa bersedia untuk dinilai prestasi pengurusannya dari segi kewangan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, penilaian itu akan dilakukan secara rawak pada setiap tahun sebagai salah satu langkah memastikan pengurusan sentiasa berada dalam keadaan baik.



Pelabur China Berminat Majukan Pulau Di Tasik Kenyir


Sektor pelancongan negeri dijangka akan terus berkembang apabila Syarikat Huaxi Group yang berpangkalan di Huaxicun, China menunjukkan minat menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri untuk membangunkan sebuah pulau di Tasik Kenyir.

Kerjasama itu diperkukuhkan dengan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan kerajaan negeri serta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (ketengah), di Tingkat 18, Wisma Darul Iman, semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menyaksikan MoU berkenaan, masing-masing diwakili Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri (Pembangunan), Datuk Mat Razali Kassim dan Pengurus Besar Ketengah, Wan Mat Amin Wan Daud.

Kementerian Akan Kaji Tindakan Kerajaan P.Pinang Sekat TayanganTanda Putera


Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan mengkaji sama ada filem kontroversi, Tanda Putera boleh disekat daripada ditayangkan di semua pawagam di Pulau Pinang ataupun tidak.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau akan melihat sama ada keputusan larangan itu adalah di bawah kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ataupun agensi lain. "Saya akan lihat apakah ini di bawah kuasa kerajaan tempatan (PBT).

Mereka boleh melarang, misalnya lesen untuk panggung wayang di bawah kuasa kerajaan tempatan.

'Ada Tak Kena Dalam Bola Sepak Negara' - MB Negeri Sembilan

"Ada sesuatu yang tidak kena dalam industri bola sepak," demikian reaksi Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung prestasi buruk skuad Hoben Jang Hoben tahun ini.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, keadaan itu bukan hanya berlaku dalam pasukan bola sepak negeri ini tetapi juga disedari melanda industri sukan itu di seluruh negara.

Ditanya sama ada terdapat unsur-unsur pengamalan rasuah dalam sukan bola sepak di negeri ini, beliau menjawab, "Bukan unsur-unsur, memang ada," katanya dalam sidang media selepas menghadiri jamuan rumah terbuka Aidilfitri Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mat Ali Hassan, di Seremban, semalam.

SPA Buka Cawangan Pejabat Akhir Tahun Ini



Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menubuhkan pejabat di Kuala Terengganu selewat-lewatnya hujung tahun ini untuk memudahkan sesi temuduga.

Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam berkata kira-kira 50 peratus dari 137,000 pemohon di Terengganu yang mendaftar dengan SPA gagal menghadiri sesi temuduga kerana lokasi pejabat SPA hanya terdapat di Pahang dan Kelantan.

Bagi mengatasi masalah itu, SPA telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang bersetuju untuk mencari lokasi yang sesuai untuk dijadikan pejabat operasi SPA cawangan Terengganu sebelum Disember ini, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Interaksi Jabatan dan Agensi Kerajaan Bersama Pelanggan di Stadium Negeri di Kuala Terengganu, kelmarin.


123 Pawagam Mula Siar Lagu 'Negaraku' Sebelum Tayangan Filem


Sebanyak 123 pawagam di seluruh negara mula menyiarkan lagu Negaraku pada Rabu sebelum tayangan filem sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-56 pada 31 Ogos ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, siaran lagu berkenaan akan dilakukan selama seminggu bermula 28 Ogos sehingga 3 September depan.

"Hari ini (Rabu) hari yang pertama. Ada tempat yang sudah mula. Dan saya akan pastikan untuk hari esok (hari ini)  dan seterusnya tak ada masalah kerana ia merupakan suatu yang baru, ada beberapa tempat di seluruh negara yang belum menerima CD (cakera padat) lagu untuk ditayangkan.

Tunggakan Sewa - Hasil Meningkat RM300,000

Talaha (kanan) ketika turun padang menjayakan Kempen Kawalan Tikus Peringkat Daerah Hulu Terengganu di Kuala Berang, kelmarin.
Pendekatan ‘duduk semeja’ dilaksanakan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) kepada pihak yang mempunyai tunggakan sewa atau cukai tafsiran melebihi RM5,000 berkesan mewujudkan kesedaran mengenai tanggungjawab golongan berkenaan.

Yang Dipertua MDHT, Talaha Ali berkata, ia terbukti apabila jumlah hasil diterima menunjukkan peningkatan lebih RM300,000 untuk Januari hingga Julai 2013, berbanding tempoh sama tahun lepas, sekali gus menunjukkan perkembangan positif.

Jangan Kait Penahanan Bapa Pelajar Dengan Isu Kantin SK Seri Pristana


Polis menggesa orang ramai supaya tidak mengaitkan penahanan seorang bapa kepada pelajar di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana berhubung isu kantin di sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang berkata, kedua-dua perkara tersebut merupakan subjek siasatan yang berasingan.

"Polis membuatan siasatan berhubung isu kantin berikutan terdapat 19 laporan polis yang dibuat oleh orang ramai dan ibu bapa para pelajar di sana. Empat lagi laporan dibuat oleh kakitangan sekolah," kata Junaidi, sambil menambah bahawa tidak ada unsur jenayah ditemui.

Polis Buru 40,000 Anggota Kongsi Gelap - Bakri Zinin

Polis menyenaraikan 40,000 anggota kongsi gelap di seluruh negara dalam Ops Cantas kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan jenayah kekerasan.

Jenayah kekerasan adalah termasuk pembunuhan, pergaduhan, pecah rumah, samun, rogol dan merusuh.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata polis akan meneruskan operasi itu sehingga kadar jenayah kekerasan di seluruh negara menurun.

Surau Kontroversi Di Sedili Besar Dirobohkan Pemilik


Surau di sebuah resort di Sedili Besar yang digunakan sekumpulan penganut agama Buddha untuk ritual pada 10 Ogos lalu hingga mencetuskan kemarahan umat Islam, akhirnya dirobohkan oleh pengurusanresort berkenaan semalam.

Menurut salah seorang pekerja resort berkenaan, Mohd Kanang Abdullah, 29, diadiarahkan oleh pemilik resort tersebut supaya melakukan kerja-kerja meroboh surau berkenaan.

Lelaki Ditahan Disyaki Lepaskan Tembakan Ke Arah Rumah Biras

Polis menahan seorang lelaki yang disyaki melepaskan tembakan menggunakan senapang angin ke arah rumah birasnya di Kampung Gong Ubi Keling di Besut, kelmarin.

Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan bersama seorang rakan berumur 18 tahun yang dipercayai bersubahat dengannya, kata Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria.

Wednesday, August 28, 2013

40 Individu Ditahan Dalam Ops Cantas Khas di Kemaman


Polis Terengganu menahan seramai 40 individu dalam Ops Cantas Khas yang dilakukan seharian di sekitar Kemaman pada Ahad.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Hamzah Mohd Jamil berkata, daripada jumlah itu, tiga ditahan atas pelbagai kesalahan manakala selebihnya bersabit penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata, dalam Ops khas berkenaan, seramai 420 individu diperiksa dan operasi akan diperluaskan ke daerah lain dengan sasaran terhadap bekas banduan, penagih dadah serta individu berisiko tinggi melakukan jenayah.

"Polis juga turut mengadakan sekatan jalan raya, rondaan di kawasan-kawasan panas yang sudah dikenal pasti," katanya selepas majlis serah tugas Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor yang ditukarkan ke cawangan lain.

Hamzah berkata, pihaknya juga mengenal pasti seramai 45 orang bekas tahanan Ordinan Darurat di negeri ini yang telah dibebaskan sejak 10 tahun lalu.

Menurutnya, kesemua individu berkenaan kini dipantau pihak berkuasa bagi memastikan mereka tidak terlibat dalam jenayah berat di negeri ini.

"Kita sudah mengenal pasti kesemua tahanan yang dibebaskan ini dan sebahagian daripada mereka masih menetap di Terengganu dan ada juga sudah meninggalkan negeri ini.

 "Kami masih memantau pergerakan mereka dan mendekati golongan ini dengan memberi nasihat supaya tidak terjebak dengan salah laku jenayah," katanya.

Bekas Isteri Anak Ketua Menteri Sarawak Dedah Suami Ada Anak Dengan Perempuan Lain


Bekas menantu Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Selasa bahawa bekas suaminya berlaku curang sebelum mereka bercerai dua tahun lalu. 

Shahnaz A. Majid, 49, berkata Datuk Seri Mahmud Abu Bekir gagal menjalankan tugas sebagai suami dan tidak memberikan nafkah batin selama 10 tahun.

"Dia tidak adil kepada saya," katanya dalam perbicaraan tuntutan penceraian bernilai RM100 juta.

Kematian Pemilik Restoran Nasi Kukus Bukan Bermotif Dendam

 Polis memeriksa tempat kejadian kes bunuh pemilik restoran nasi kukus di Kampung Cacar, Paka, 13 Ogos lalu.

Kematian pemilik restoran nasi kukus akibat ditembak di Paka, di sini baru-baru ini bukan berunsur dendam sebaliknya bermotifkan samun, kata Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Hamzah Mohd Jamil.

Beliau berkata polis kini menunggu bukti kukuh untuk memberkas suspek yang telah dikenal pasti melakukan pembunuhan itu.

Fama Keluar Bantuan Hampir RM600,000 Dalam Program Azam Tani

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) mengeluarkan bantuan hampir RM600,000 bagi program Azam Tani untuk peserta e-kasih di Terengganu sejak tahun lepas sehingga kini.

Pengarah Fama negeri Hasan Jusoh berkata bantuan dalam pelbagai bentuk peralatan termasuk ternakan itu bagi meningkatkan pendapatan isi rumah peserta e-kasih.

"Kita beri bermacam-macam bantuan berasaskan projek yang diusahakan oleh peserta e-kasih," katanya selepas program penyerahan bantuan berkenaan di Kuala Terengganu, semalam.

YPK 1Komuniti Bermula Tahun Depan

Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu akan memperkenakan program baru ‘YPK 1Komuniti ‘ dengan peruntukan RM100,000 setiap Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula tahun depan. 

Pengarahnya, Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata, program baru ini akan memilih lapan kawasan DUN setahun yang memberi fokus terhadap masalah yang berlegar dalam komuniti terpilih.

“Isu mat rempit dan kemiskinan yang banyak membelenggu masyarakat hari sekarang dijangka menjadi agenda utama bagi mencari penyelesaian bersama,” katanya kepada pemberita di pejabatnya baru-baru ini. 

Rahman Dahlan: Musa Aman Ada Peluang Menang

Seorang lagi tokoh Umno Sabah semalam tampil menyatakan sokongan kepada ketua perhubungan Umno negeri Datuk Seri Musa Aman untuk merebut jawatan kerusi naib presiden parti dalam pemilihan Oktober depan.

Datuk Abdul Rahman Dahlan yang juga setiausaha BN negeri menyatakan sokongan tersebut kerana menurutnya Umno Sabah kini dianggap sebagai salah satu negeri kubu kuat Umno di Malaysia.

"Saya fikir beliau ada peluang yang baik untuk menang salah satu kerusi memandangkan Umno Sabah pada masa ini adalah salah satu Umno negeri yang paling kuat," katanya kepada pemberita pagi semalam.

Kes Altantuya - Pendakwaan Fail Notis Rayuan


Pendakwaan telah memfailkan notis rayuan berhubung pembebasan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) daripada pertuduhan membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lepas.

Timbalan Peguam Cara Negara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengesahkan pendakwaan memfailkan notis itu di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan pada Jumaat lepas.

Notis itu difail pada hari yang sama mahkamah memutuskan rayuan kedua-dua tertuduh, katanya kepada Bernama.

Hidup Atau Mati - RM2 Bagi Seekor Tikus


Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan memperhebat kempen membasmi tikus, terutama di kawasan berisiko seperti kedai makan dan pasar, termasuk menawarkan bayaran RM2 bagi seekor tikus sama ada hidup atau mati.

Datuk Bandar, Datuk Adzlan Mohd. Dagang berkata, sejak fasa pertama kempen bermula dari Oktober 2012 hingga awal Januari lalu, sejumlah 1,162 ekor tikus telah diserahkan oleh orang ramai kepada MBKT. 

"Orang ramai di bandar raya ini boleh menyerahkan haiwan berkenaan di kaunter kami yang dibuka di Padang Negara Cabang Tiga dan Dewan Tunku Abdul Rahman bermula minggu depan.

Doktor Kerugian RM200,000 Rumah Dipecah Masuk

Seorang doktor klinik swasta di Bandar Jerteh kerugian kira-kira RM200,000 apabila rumahnya dipecah masuk di Kampung Pulau Panjang, dekat Jerteh pada tengah hari Ahad.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata kejadian dipercayai berlaku antara 10.30 pagi dan 12 tengah hari, ketika pasangan suami isteri berkenaan keluar bekerja.

"Sebaik sahaja isteri mangsa pulang kira-kira pukul 12.15 tengahari itu, beliau mendapati pintu sliding (gelongsor) hadapan rumahnya terbuka dan pintu bilik utama rumahnya dipecahkan," katanya kepada pemberita semalam.

Ahmad Zailani Ketua Polis Baharu Daerah Dungun

Pegawai Turus Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman Supt Ahmad Zailani Yaacub dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Dungun berkuatkuasa semalam.

Beliau menggantikan Supt Dahlan Mohd Noor yang berpindah ke Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion Ke-8, Pengkalan Chepa di Kelantan.

Beberapa Kawasan Catat IPU Sederhana Hari Ini - JAS

Kualiti udara di beberapa kawasan di negara ini dilapor berkeadaan sederhana Selasa ekoran kewujudan beberapa titik panas di dalam negara dan di Sumatera, Indonesia semalam.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat pukul 3 petang tadi merekodkan 35 kawasan berada pada tahap sederhana dan 15 lagi baik. Kawasan yang mencatat bacaan sederhana antaranya Tanjung Malim, Perak (91); Bukit Rambai, Melaka (83); Pelabuhan Klang (65), Putrajaya (55) dan Cheras (53), demikian menurut Jabatan Alam Sekitar dalam kenyataan, di Kuala Lumpur.

Sunday, August 25, 2013

'Bird Watching' Tarikan Baru Untuk Pelancong Tasik Kenyir

Mohd Jidin menyempurnakan gimik perasmian Kenyir Bird Nature Quest 2013 di Pengkalan Gawi, kelmarin.
Penjenamaan Tasik Kenyir sebagai destinasi ‘bird watching’ iaitu lokasi utama memerhati burung mampu memberi impak kepada peningkatan pengunjung bagi aktiviti tersebut, sekali gus memperkenalkan lagi Tasik Kenyir sebagai destinasi ekopelancongan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Mohd Jidin Shafie berkata, terdapat 290 spesies burung direkodkan di Tasik Kenyir termasuklah sembilan daripada 10 spesies enggang yang sebelum ini hanya dikenali di Sarawak.

“Kawasan Tasik Kenyir sememangnya kaya dengan pelbagai spesies mamalia dan burung, malah ia menyamai kepelbagaian spesies di Taman Negara.

Selain burung, terdapat 40 spesies mamalia turut direkodkan melalui perangkap kamera.

“Aktiviti memerhati burung ini adalah riadah yang sihat untuk semua usia di persekitaran alam semula jadi dan mampu menjadi salah satu daya tarikan pelancong, khususnya untuk mengenali serta menambah pengetahuan mengenai haiwan ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Kenyir Bird & Nature Quest 2013 di sini, kelmarin, yang disertai 80 peserta termasuk enam dari luar negara yang mana seminar itu diadakan selama dua hari.

Beliau yang juga Adun Permaisuri berkata, seminar itu dilihat mendapat sambutan menggalakkan daripada peserta pelbagai latar belakang dan beliau turut mencadangkan program tersebut diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun.

“Seminar ini menumpukan pemikiran generasi muda dan pengenalan interaksi antara haiwan dengan manusia. "Inti pati diperoleh ini perlu disebarkan kepada penuntut di institusi pengajian kerana mereka inilah sandaran masa hadapan terhadap program yang diadakan hari ini,” katanya.

Terengganu Terus Dirundung Malang, T-Team DiKecewakan PKNS Di Laman Sendiri


Terenggau kecundang lagi.

Kali ini di Kota Bharu selepas juara bertahan Kelantan berjaya menghidupkan semula peluang mengalahkan jiran mereka, Terengganu, 2-0.

Kedua-duanya bermaain dalam aksi kedua kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu, malam semalam.

T-Team pula kalah mengejut dalam saingan kumpulan B dengan Selangor PKNS FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. PKNS mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut selepas mengalahkan T-Team 1-0 menerusi gol Roman Chmelo pada minit ke-33.

Kes Jangkitan Kencing Tikus Semakin Membimbangkan - Menteri

Abdul Rahman (tengah) dibantu oleh anggota bomba membersihkan longkang di Menggatal semalam.


Sebanyak 18 kematian direkodkan daripada 1,768 kes jangkitan virus kencing tikus di seluruh negara bagi tempoh Januari hingga 1 Jun lepas, sekali gus memperlihatkan trend yang membimbangkan.
Muhammad Pahemi menyertai gotong-royong.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, rekod itu menunjukkan masalah infestasi tikus semakin meruncing dan harus diberi perhatian sewajarnya.

"Kes-kes yang dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan menunjukkan peningkatan daripada 2,268 kes dengan 55 kematian pada tahun 2011 kepada 3,665 kes dengan 48 kematian pada tahun lepas," katanya.

Beliau menyatakannya pada majlis pelancaran Kempen Kawalan Tikus peringkat kebangsaan di pekan Menggatal, Kota Kinabalu semalam.

Di KEMAMAN, kira-kira 500 orang daripada 20 agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) serta persatuan di daerah ini menyertai program gotong-royong Perdana 1Malaysia, sempena Kempen Kawalan Tikus semalam.



Peranan Bekas Anggota Puteri Tidak Wajar Diketepikan, Kata Azalina


Peranan bekas Puteri Umno dalam memperkasakan parti tidak harus diketepikan malah perlu terus dipupuk bagi mengelak mereka berpaling kepada parti lain, kata bekas ketua sayap itu Datuk Seri Azalina Othman Said.

Katanya sekarang terdapat lebih 200,000 bekas anggota Puteri yang hanya bergelar anggota Umno selepas melebihi had umur Puteri, kerana tidak ada mekanisme yang membolehkan mereka diserap ke dalam Wanita Umno secara automatik. "...yang ada hanya peraturan yang menyebut mereka secara automatik anggota Umno.

"Kita sudah latih mereka sebagai 'tentera' semasa pilihan raya umum dan selepas berusia 35 tahun, bekas anggota Puteri tidak lagi mempunyai peranan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Aidilfitri Parlimen Pengerang.

1,219 Jemaah Ikuti Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri

Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Mohd. Zubir Embong yang mewakili Menteri Besar merasmi kursus.
Seramai 1,219 bakal haji iaitu 597 jemaah lelaki dan 622 jemaah wanita mengikuti Kursus Perdana Haji peringkat negeri yang bermula petang semalam.

Kursus selama dua hari yang menghimpunkan para jemaah dari seluruh negara khususnya dari negeri Terengganu dan Kelantan itu merupakan lanjutan daripada beberapa kursus awal yang diadakan sebelum ini.

Pengarah Tabung Haji negeri, Mohammad Mokhzani Mukhtar berkata, kursus yang menekankan latihan secara praktikal itu bertujuan membiasakan para jemaah terutama yang baharu kali pertama menunaikannya agar tidak berasa kekok ketika berada di Tanah Suci.

Harrif Persoal Strategi PKBM Pada Sukan SEA 2013 Myanmar


Pelumba pecut, Mohd. Harrif Salleh berharap Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) lebih 'membuka mata' dalam pemilihan skuad lebuh raya negara ke Sukan SEA 2013 di Myanmar, 11 hingga 22 Disember depan.

Meskipun menerima dengan hati terbuka selepas namanya tidak disenaraikan dalam enam pelumba bagi acara lepas beramai-ramai di Naypyidaw itu, Harrif meluahkan kehairannya mengenai sistem pemilihan yang dilakukan oleh PKBM.

Bukan mahu menidakkan kemampuan rakan seperjuangannya yang lain, sebaliknya pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) berusia 25 tahun itu hanya mempersoalkan strategi empat pelumba pendaki dan dua domestik yang direncanakan jurulatih Aminuddin Sulaiman.

Menurutnya, percaturan Aminuddin yang enggan mempertaruhkan pelumba pecut seperti Anuar Manan (Synergy Baku Cycling) dalam skuad tersebut adalah tidak masuk akal dan akan menjejaskan misi PKBM memenangi pingat emas pertama acara tersebut sejak temasya 2007.

Bukit Aman Siasat Kes Ummu Jah

Kertas siasatan Hatijah Aam atau Ummu Jah, balu pengasas Al-Arqam, pertubuhan yang diharamkan pada 1994, telah diserahkan kepada Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah (gambar kanan) berkata, penyerahan itu dilakukan berikutan penahanan Ummu Jah dua hari lalu.

“Bukit Aman akan tentukan berapa hari Ummu Jah direman,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Rabu lalu, selepas menghadirkan diri di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Ummu Jah ditahan polis untuk siasatan berhubung dengan kes penyelewengan dana rumah amal dan ajaran sesat.

Curi Motosikal Jenayah Tertinggi Sepanjang Raya

Jenayah kecurian motosikal mencatatkan jumlah tertinggi diikuti jenayah pecah rumah yang berlaku sepanjang musim cuti perayaan lalu, demikian menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin.

Zamri berkata, walaupun jenayah kecurian motosikal menampakkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya, namun ia masih dalam keadaan terkawal dan tidak membimbangkan.

Katanya, kes jenayah pecah rumah yang menunjukkan penurunan pula membuktikan masyarakat hari ini sudah mulai sedar dan prihatin berhubung keselamatan kediaman masing-masing terutama pada musim cuti perayaan.



YPKT Terbitkan Dua Buku Panduan Keluarga Tahun Depan

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) akan melancarkan dua buku panduan keluarga awal tahun depan yang menyasarkan pasangan baharu berkahwin.

Pengarahnya Mohd Safaruddin Mustaffa berkata buku bertajuk 'Pemakanan Keluarga' dan 'Keluarga Generasi Baru' itu turut dijadikan modul kursus kekeluargaan YPKT.

Sebanyak 5,000 naskah buku ini akan diberi secara percuma dan sasaran kami ialah pasangan yang sudah berkahwin antara satu dan lima tahun, katanya kepada pemberita, di Kuala Terengganu, kelmarin.

Idris Jumpa NGO Bincang Isu PTPTN Rabu Ini

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh akan mengadakan pertemuan dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Rabu ini di Kuala Lumpur untuk membincangkan kaedah sesuai peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membayar balik pinjaman.

Beliau berkata pertemuan itu untuk mendapatkan pendapat dan cadangan yang boleh dilakukan oleh pihak PTPTN bagi memastikan peminjam yang berdepan kesukaran untuk membayar balik pinjaman mendapat keadilan dan tidak teraniaya.

"Ini pertemuan yang pertama, kita akan buka lagi banyak pertemuan termasuk dengan kumpulan peminjam untuk mengetahui apa masalah mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan wang pendahuluan pembiayaan (WPP) di Kuala Terengganu, semalam.