Pelumba negara, Anuar Manan, melakar namanya dalam sejarah dengan menjadi pelumba tempatan pertama memenangi perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) peringkat Muar ke Port Dickson semalam.
Anuar, 24, yang mewakili pasukan Geumsan Ginseng Asia, menjuarai peringkat kelima sejauh 111.5 kilometer itu setelah mengetepikan tentangan sengit lawan sehingga ke garisan penamat.
Keputusan iu menjadikan pelumba kelahiran, Kuala Ibai, Terengganu ini, pelumba Asia ketujuh yang memenangi peringkat perlumbaan LTdL sejak ia mula dipertandingkan pada 1996 serta merupakan pelumba kedua dari Asia Tenggara yang menang peringkat selepas pelumba Indonesia, Samai Amari, dari pasukan Le Tua pada tahun lepas.
Selain itu, jersi hijau (raja pecut) yang dirampas oleh Michael Matthews dari pasukan Jayco-Skins pada peringkat keempat berjaya diambilnya kembali hasil kemenangan hari ini yang termasuk satu zon pecutan di Umbai, Melaka.
"Saya sangat gembira dengan kejayaan ini kerana telah mencapai sasaran untuk memenangi satu peringkat perlumbaan LTdL malah berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan dan semangat," katanya kepada pemberita selepas perlumbaan Jumaat.
Anuar, yang turut mengekalkan jersi biru selaku pelumba terbaik Asia, berkata pada peringkat kelima ini, rakan-rakan dari pasukan Malaysia dan Marco Polo Cycling telah membantunya untuk mengatasi Matthews.
"Jadi secara tidak langsung saya serta rakan sepasukan (Geumsan Ginseng Asia) dapat menyimpan tenaga untuk mengatur strategi bagi pecutan terakhir di garisan penamat," katanya.
Anuar berkata beliau turut menggunakan taktik baru pada peringkat kelima ini dengan menumpukan usaha untuk memenangi peringkat perlumbaan yang turut menawarkan mata untuk jersi hijau selain daripada tiga zon pecutan.
"Pada empat peringkat awal, saya menumpukan usaha untuk mengambil mata di zon pecutan manakala Matthews menggunakan rakan-rakan senegaranya dari Australia dari pelbagai pasukan untuk mengacau saya daripada mengutip mata.
"Matthews sendiri pula menumpukan perhatian untuk mencuri mata dengan memenangi peringkat perlumbaan seperti yang dilakukannya dengan memenangi peringkat pertama dan ketiga," katanya.
Anuar turut menjelaskan semua rakan sepasukannya telah memainkan peranan terutamanya dua rakan sepasukannya, Takeshi Igarashi dan Kim Yeong Uk, yang membuka ruang yang baik kepadanya untuk memecut ke garisan penamat.
Mengenai peringkat keenam esok yang mempertandingkan tiga zon pecutan dan pendakian ke puncak Genting Highlands, Anuar berkata beliau telah bersedia untuk mengutip sebanyak mata yang termampu.
"Malah saya yakin akan dapat menamatkan perlumbaan di puncak Genting Highlands mengikut masa yang ditetapkan berdasarkan prestasi semasa saya ketika ini," katanya.
Jersi kuning selaku pendahulu individu keseluruhan kekal milik pelumba kelahiran Jerman, Tobias Erler yang beraksi untuk pasukan dari Iran, Tabriz Petrochemical Cycling, dengan masa keseluruhan 17 jam 59 minit 23 saat.
Jersi polka dot selaku raja bukit turut kekal dimiliki pelumba pasukan Drapac Porsche, Peter McDonald, yang mengumpul 11 mata walaupun tidak mengutip sebarang mata pada satu zon pendakian Jumaat.
Pelumbaan peringkat keenam Sabtu akan bermula di Putrajaya dan tamat di Genting Highlands, sejauh 102.8 km. Perlumbaan melibatkan 112 pelumba daripada 20 pasukan.
Saturday, March 6, 2010
JANGAN POLITIKKAN ISU BAIKI TOKONG 200 TAHUN
Oleh Pok The Bakap
Saya berharap tiada pihak yang akan mempolitikkan isu tokong di Kampung Cina untuk diperbaiki dan dibina semula.
Saya masih ingat, minggu lalu Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat mengarahkan MCA Terengganu mengambil tindakan segera untuk membaiki tokong bersejarah Ho Ann Kiong yang hampir musnah dalam kebakaran.
Saya sedikit hairan kenapa MCA semalam menggesa kerajaan negeri Terengganu mengambil inisiatif segera dengan memberi sumbangan bagi membina semula tokong Ho Ann Kiong berusia 200 tahun yang rosak akibat kebakaran pada 22 Februari lepas.
Pengerusi Biro Agama MCA Datuk Seri Tan Chai Ho berkata Menteri Besar Datuk Ahmad Said sepatutnya menggunakan inisiatif segera kerajaan persekutuan bagi menderma RM500,000 untuk membiayai pembinaan semula tokong itu.
"MCA berpendapat kerajaan negeri Terengganu patut menunjukkan sikap murah hati dan belas ihsan terhadap sebuah tokong yang kini tidak lagi boleh digunakan akibat kebakaran," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tan menyatakannya mengulas kenyataan Ahmad Isnin lepas yang dipetik akhbar The Star bahawa kerajaan negeri tidak akan menghulurkan sebarang sumbangan kewangan bagi membina semula tokong itu kerana ia telah menerima sumbangan daripada ahli perniagaan.
Bercakap pada sidang media Rabu lepas, Ahmad Said menjelaskan, isu pembinaan tokong itu tidak timbul sebab sudah ada pihak yang mahu berderma.
Beliau membayangkan jumlahnya lebih RM1 juta dan sudah ada penderma yang sanggup membaiki tokong tersebut.
“Pokoknya, tokong itu sudah ada pihak yang mahu bina semula. Mereka sudah menyediakan wang secukupnya. Tidak timbul lagi soal kerajaan negeri ,membantu kerana saya sudah diberikan jaminan oleh pihak berkenaan untuk membinanya semula,” kata beliau.
Ahmad Said sendiri sudah melawat tokong yang terbakar itu sehari selepas pulang dari Jerman dan menunaikah umrah.
“Saya prihatin mengenai masalah ini dan kerana itu saya berusaha mendapatkan pembiayanya,” kata beliau.
Kebakaran sebuah tokong berusia lebih 200 tahun itu disebabkan satu colok yang terjatuh ke lantai dan tidak ada sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu, kata polis.
Tan, yang juga anggota Jawatankuasa Pusat MCA menyifatkan kerajaan negeri tidak bertindak bijak apabila tidak mempedulikan nasib tokong itu.
"Ini bercanggah dengan semangat 1Malaysia, perpaduan dalam kepelbagaian," katanya.
Ahmad Said berkata pihak-pihak tertentu jangan jadikan isu pembinaan tokong ini sebagai isu politik.
“Yang penting sudah ada pihak mahu membinanya semula, “ kata beliau.

Banyak Lagi Artifak Di Gua Bewah
Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT) percaya terdapat banyak lagi artifak bersejarah yang belum ditemui di Gua Bewah di Tasik Kenyir, dekat sini.
Pengarah LMNT Mohd Yusof Abdullah berkata pihaknya akan meneruskan usaha mencari artifak ITU dan kerja ekskavasi akan bermula 15 Mac ini.
"Kita percaya banyak lagi artifak berkaitan masyarakat prasejarah berada di Gua Bewah dan gua-gua berhampiran seperti Gua Taat. Justeru, kita akan teruskan kerja ekskavasi kita," katanya semalam.
Pada 6 Feb lepas, sekumpulan ahli arkeologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jabatan Muzium Negara dan LMNT yang menjalankan kerja ekskavasi di Gua Bewah sejak tiga bulan lepas menemui rangka manusia dipercayai dari zaman Mesolitik.
Rangka manusia dipercayai remaja, dianggar berusia 8,000 hingga 11,000 tahun.
Mohd Yusof berkata sepanjang menjalankan kerja ekskavasi itu, mereka menemui lebih 600 artifak seperti rangka manusia, tulang binatang, sisa makanan dan tembikar dipercayai berusia melebihi 10,000 tahun.
"Kita akan hantar artifak yang dijumpai ini untuk dianalisis untuk kita mengetahui sama ada ia datang dari zaman Mesolitik atau Neolitik. Dari segi sejarah, penemuan artifak di Gua Bewah itu penting bagi memudahkan muzium mengetahui susur galur penduduk Terengganu," katanya.
Mohd Yusof juga berkata Muzium Kemaman, yang dalam proses baik pulih, dijangka dapat dibuka kepada umum menjelang akhir tahun ini.
Muzium Kemaman adalah muzium kedua diwujud di Terengganu selepas Muzium Dungun.

Mydin Dijangka Raih Keuntungan Sebelum Cukai Sebanyak RM60 Juta
Mydin Mohamed Holdings Bhd dijangka meraih keuntungan sebelum cukai sebanyak RM60 juta bagi tahun kewangannya berakhir 31 Mac ini, kata Pengarah Urusannya Datuk Ameer Ali Mydin.
Ameer Ali berkata keuntungan itu merupakan peningkatan 10 peratus daripada keuntungan sebelum cukai yang diraih pada tahun sebelumnya.
"Alhamdulillah keuntungan ini berdasarkan kepada sambutan baik masyarakat terhadap semua pasaraya kami di seluruh negara.
"Walau pun berlaku kelembapan ekonomi global, namun pasaraya kami tetap mendapat kepercayaan masyarakat yang percaya kepada konsep membeli barangan secara borong," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Pasaraya Besar Mydin Kubang Kerian hari ini.
Pasaraya itu merupakan pasaraya besar Mydin ke-empat dan yang ke-50 rangkaian pasarayanya di seluruh negara.
Selain di sini, tiga pasaraya besarnya terletak di Subang Jaya, Terengganu dan Melaka.
Beliau berkata pihaknya juga bercadang untuk membuka empat lagi pasaraya besar, iaitu di Johor Baharu, satu lagi di Terengganu, Kuantan dan Ipoh.
"Selain pembukaan pasaraya besar ini, kami juga turut ingin melebarkan operasi dengan membuka sebanyak 20 lagi pasar raya Mydin di seluruh negara dalam tempoh terdekat ini," katanya.
Menurutnya Kelantan juga bakal mendapat satu lagi pasarayanya yang merupakan yang terbesar di negeri itu, yang bakal beroperasi pada 2012 di Bandar Baru Tunjung di tanah seluas 7.2 hektar membabitkan pelaburan sebanyak RM200 juta.
Mengulas pembukaannya di sini, Ameer Ali berkata pihaknya memperuntukkan kos RM60 juta di tapak seluas 135,000 kaki persegi.
"Seramai 550 rakyat tempatan telah diambil untuk bekerja di pasar raya besar ini," katanya.
Katanya Mydin telah membeli produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di seluruh negara sebanyak RM80 juta dan juga seramai 180,000 pelanggannya telah memiliki Kad Mydin.

Kerajaan Negeri tumpu projek kebajikan
Kerajaan Negeri akan terus memberi fokus kepada kebajikan rakyat dalam usaha mengatasi masalah miskin tegar di negeri ini dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, projek kebajikan itu melibatkan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), baik pulih rumah dan pembahagian atap kepada keluarga yang layak menerima bantuan.
“Kita mahukan setiap rakyat negeri ini diberi keutamaan kerana tanggungjawab kita adalah untuk menyediakan kemudahan dan keselesaan bagi menjamin produktiviti rakyat pada masa akan datang.
:“Kita perlu membuktikan kepada rakyat dengan setiap janji diberikan sebelum ini bagi mengelakkan rakyat tidak percaya kepada kita apabila pilihan raya umum nanti,” katanya pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah PPRT dan Kerusi Roda kepada warga emas di Kampung Baru, Seberang Takir, semalam.
Ahmad Razif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir berkata, pada tahun ini Kerajaan Negeri me-ngambil keputusan untuk memperuntukkan sebanyak 10 buah rumah PPRT dan 10 buah rumah untuk dibaiki bagi setiap DUN.
:“Selain peruntukan Kerajaan Negeri, Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) tidak terkecuali memberi bantuan di samping bantuan Giat Mara dan Felcra,” katanya.
Sementara itu, bagi Sulung Yunus, 75, penan-tian untuk mendapatkan rumah baru akhirnya tercapai apabila permoho-nannya mendapat kelulu-san Kerajaan Negeri.
“Dengan rumah bernilai RM33,000 itu, pasangan suami isteri yang telah kematian anak dapat memulakan hidup baru kerana selama ini hanya tinggal di kediaman yang sangat daif.
“Bagi Yunus, bantuan rumah PPRT ini sekurang-kurangnya boleh memberi satu suasana selesa kerana setelah diserang penyakit strok sejak Mei 2009 segala pergerakannya terbatas.
:“Saya hanya mengharapkan bantuan isteri sahaja untuk menguruskan segala keperluan diri dan berterima kasih atas keprihatinan Kerajaan Negeri untuk menyediakan rumah yang selesa,” katanya.

Pelajar Terengganu ikuti Program Pemangkin Generasi Cemerlang
Kementerian Pelajaran berharap lebih banyak syarikat korporat memainkan peranan membantu kerajaan dalam usaha membangunkan sekolah terutama di kawasan pedalaman.
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata penglibatan mereka akan banyak membantu meningkatkan kualiti pendidikan dalam negara.
"Kita mempunyai 10,000 sekolah di seluruh negara tetapi saya lebih suka syarikat korporat ini mengambil sekolah di pedalaman untuk dijadikan sekolah angkat," katanya ketika ditemui pada majlis penutup Program Pemangkin Generasi Cemerlang Yayasan Tenaga Nasional, malam Khamis.
Pada majlis itu, seramai 100 pelajar dari empat kawasan pedalaman di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak terpilih untuk mengikuti program lima hari itu.
Dua aktiviti disediakan bagi pelajar-pelajar itu iaitu aktiviti dalaman meliputi pengisian ilmiah dan latihan dalam kumpulan; dan aktiviti luaran seperti sesi lawatan ke Universiti Tenaga Nasional, Muzium Tentera Udara Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia serta Menara Kuala Lumpur.
Tenaga Nasional melalui Yayasan itu memperuntukkan RM50 juta setiap tahun untuk aktiviti penajaan pendidikan dan kebajikan bagi membantu meringankan beban golongan miskin dan mereka yang memerlukan.
Beliau berkata masih banyak sekolah di Sabah dan Sarawak berkategori Pedalaman Tiga (P3) yang boleh dijadikan sekolah angkat.
Beliau berkata setakat hari ini hanya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang banyak terlibat dalam program pendidikan seperti Permodalan Nasional Bhd, Sime Darby Bhd, Tenaga Nasional Bhd, Telekom Malaysia dan Petronas.
"Sumbangan mereka agak besar dalam program pendidikan berasaskan tanggungjawab sosial ini tetapi kita mahukan penglibatan yang lebih dari pihak korporat yang lain.
"Kalau diambil mereka sebagai sekolah angkat, saya fikir mereka bukan setakat membantu kita dari segi fizikal sekolah itu tetapi membawa program motivasi dan membawa anak-anak ini keluar dari pedalaman," katanya.
Puad berkata kementerian kini dalam proses menyiap dan melaksanakan sekolah teras atau amanah yang akan melibatkan pihak korporat.

Pertubuhan Raja Jembal Mahu Kesan Anggota Kerabat
Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJK) sedang menjejaki anggota kerabatnya di seluruh negara khususnya yang telah berhijrah akibat peristwa angin kencang pada 1880.
Setiausaha Agungnya, Tengku Mohamad Norhamzah Engku Husin langkah itu bertujuan untuk merapatkan silaturrahim kekeluargaan.
"Selain untuk membela nasib anggota keluarga, langkah PKRJK itu juga bagi mengadakan pelbagai aktiviti berfaedah untuk kebajikan mereka," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.
Tengku Mohamad Noorhamzah berkata sebelum ini berpuluh anggota keluarga terbabit dikesan tinggal di Padang Petani, Gurun dan Langgar, Kedah.
"Selain itu, ada di antara mereka yang tinggal di sekitar Kampung Kota Putra, di Besut, Terengganu yang dikenali sebagai Kampung Raja yang menjadi Pusat Pentadbiran Daerah Besut," katanya.
Beliau menjelaskan kebanyakan keturunan Raja Jembal berasal dari Daerah Sering di sini dengan menggunakan pangkal nama "Tengku, Nik dan Che".
PKRJK didaftarkan pada 1992 dan penaungnya ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul aziz Nik Mat.

RM46 juta capai matlamat negeri pengeluar beras tempatan
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM46 juta untuk membina sistem pengairan di Kampung Jelapang, Setiu melibatkan kawasan seluas 700 hektar bagi penanaman padi.
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Terengganu, Ir Mat Hussin Ghani berkata, projek itu sudah disiapkan sebanyak 15 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir 2011.
“Dalam projek ini, pembinaan sistem saliran, pengairan, pam dan ban tambatan banjir akan dirangkumkan serentak bagi melancarkan proses penanaman padi yang akan beroperasi kelak,” katanya.
Menurutnya, jika projek itu berjaya disempurnakan dengan baik, hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Terengganu sebagai sebuah negeri pengeluar beras tempatan dapat tercapai.
“Selain itu, secara tidak langsung ia dapat meningkatkan pendapatan penduduk setempat yang sebelum ini bergantung pada perusahaan ekonomi secara kecil-kecilan sahaja,” katanya.

Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Kategori Pertama
Keadaan angin kencang Timur Laut dan laut bergelora kategori pertama dijangka berlaku di perairan Samui (Kelantan dan Terengganu), Labuan, Pantai Barat Sabah, Kudat, Palawan, Reef North, Layang-Layang dan Condore mulai Rabu hingga Sabtu depan.
Jabatan Meteorologi dalam kenyataannya semalam berkata angin dijangka bertiup selaju 40 hingga 50 km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

LTdL: Nishitani Kuasai Peringkat Ke-4, Anuar Terlepas Jersi Hijau
Taiji Nishitani dari pasukan Aisan Racing memenangi peringkat keempat perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010 dari Mersing ke Parit Sulong, kelamrin.
Pelumba Jepun itu mencatatkan masa tiga jam 50 minit dan 11 saat, kejayaan pertama buat pasukan Aisan Racing Team.
" Saya sangat gembira dan puas hati kerana ini kemenangan pertama saya dalam LTdL dan apa yang paling penting dapat mencapai sasaran saya untuk menang satu peringkat," katanya semalam.
Nishitani, 29, berkata selepas kegagalan pada tiga peringkat sebelum ini, mereka telah berbincang untuk mengadakan strategi baru dan hasil kerjasama yang baik daripada rakan sepasukan, mereka berjaya.
Perlumbaan semalam menyaksikan pelumba-pelumba menamatkan perlumbaan dalam kelompok besar walaupun ada usaha-usaha untuk keluar daripada kelompok itu selepas 44 km pertama oleh pelumba Malaysia Ahmad Fallanie Ali dan Silvere Ackermann daripada pasukan Vorarlberg Corratec.
Sementara itu, setelah tiga peringkat menyarung dua jersi, Anuar Manan terpaksa melepaskan jersi hijau (raja pecut) namun masih mengekalkan kedudukan selaku pelumba terbaik Asia (jersi biru).
Seteru utama pelumba kelahiran Kuala Ibai, Kuala Terengganu itu, Michael Matthews dari pasukan Jayco-Skins akhirnya berjaya merampas jersi hijau dengan mengutip 72 mata, dibezakan dua mata dengan Anuar di tangga kedua.
Matthews pada Khamis menamatkan perlumbaan di tempat kedua sekaligus meraih 14 mata bonus pecutan berbanding Anuar yang menamatkan pelumbaan di tempat keenam.
Di tiga zon pecutan pada peringkat keempat ini, Matthews berjaya mengutip lima mata setelah menjuarai zon pecutan pertama di Jemaluang, Mersing sementara Anuar pula sekadar mengutip dua mata.
"Peringkat keempat ini memang memenatkan saya kerana terpaksa bersaing dengan Matthews sejak awal hingga akhir perlumbaan.
"Memang saya agak kecewa kerana terlepas jersi hijau namun tetap bersemangat untuk merampasnya kembali esok (peringkat kelima) dari Muar ke Port Dickson," katanya selepas perlumbaan sejauh 163.5 kilometer itu.
Pelumba pasukan dari Korea Selatan, Geumsan Ginseng Asia itu berkata amat jelas Matthews yang berasal dari Australia mendapat bantuan rakan-rakannya yang lain serta pelumba-pelumba kelahiran Australia terutamanya daripada pasukan Drapac Porsche.
"Saya hanya dibantu oleh rakan-rakan sepasukan sahaja walaupun telah cuba meminta bantuan pelumba-pelumba dari Malaysia yang bersaing pada LTdL tahun ini.
"Tapi mungkin mereka mempunyai strategi dan sasaran sendiri untuk dicapai. Mungkin juga susah untuk mereka bantu sebab pelumba-pelumba berkayuh dengan kelajuan yang agak laju," katanya.
Sementara itu jersi kuning selaku pendahulu kategori individu kekal menjadi milik pelumba pasukan Tabriz Petrochemical Cycling, Tobias Erler dengan mengumpul masa keseluruhan 15 jam 36 minit 13 saat.
Peter McDonald dari pasukan Drapac Porsche pula terus mengukuhkan kedudukan untuk jersi polka dot selaku Raja Bukit apabila mengumpul 11 mata keseluruhan diikuti Silvere Ackermann dengan enam mata.
Perlumbaan peringkat kelima esok dari Muar ke Port Dickson sejauh 111.5km akan menampilkan 113 pelumba daripada 20 pasukan yang bersaing pada edisi ke-15 ini.
-- BERNAMA

Thursday, March 4, 2010
Mesyuarat Exco Pertama Selepas ‘SMS Mac’
Ahmad Said masih di sini. Masih menjadi Menteri Besar. ‘SMS Mac’ atau sms yang mengatakan Ahmad Said akan digantikan luput begitu sahaja.
Tiada siapa yang menggantikan beliau yang yang dikhabarkan sudah menempah baju terpaksalah tunggu dulu.
Begitu juga yang bercita-cita mahu menggantikan Ahmad Said perlu terima hakikat, kini belum masanya.
Semalam (3 Mac 2010), walaupun digembar-gemburkan Ahmad Said digantikan, beliau masih mempengerusikan mesyuarat Exco seperti biasa.
Ini adalah mesyuarat Exco pertamanya selepas tersebar sms kononnya beliau akan digantikan Mac ini. Tarikh-tarikh yang disebut ialah 1, 8 dan 18 Mac.
Namun sejauh ini tiada apa yang berlaku. Malah, semalam tiada seorang pun wartawan – termasuk dari Sinar Harian - mengemuakan soalan berkenaan pemecatan atau pengundurannya ketika siding media selepas mesyuarat berkenaan.
Mungkin wartawan – termasuk dari Sinar Harian – yang sering mensensasikan kononnya Ahmad Said akan digugurkan daripada Menteri Besar sudah mulai maklum bahawa lagi banyak dilaporkan, Ahmad Said akan semakin mendapat simpati rakyat.

Anuar: Terengganu Mampu Tubuh Pasukan Bersaing Di LTdL
Penubuhan pasukan Terengganu, yang digalas sepenuhnya pelumba berbasikal anak kelahiran negeri itu, untuk beraksi pada perlumbaan berprestij Le Tour de Langkawi (LTdL) adalah tidak mustahil kerana negeri itu banyak melahirkan pelumba berbakat kata pelumba sensasi Malaysia, Anuar Manan.
Anak kelahiran Kuala Ibai, Kuala Terengganu yang mewakili pasukan Geumsan Ginseng Asia itu menyifatkan cadangan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said untuk menubuhkan sebuah pasukan dari negeri itu bagi bersaing di LTdL tahun depan adalah bertepatan.
Pada LTdL tahun ini sahaja, lima daripada enam pelumba kebangsaan berasal dari Terengganu manakala tiga lagi mewakili pasukan luar negara, katanya kepada pemberita selepas tamat peringkat ketiga perlumbaan LTdL, semalam.
Lima pelumba kebangsaan kelahiran Terengganu ialah Amir Mustafa Rusli, Shahrul Mat Amin, Ahmad Fallanie Ali, Mohd Zamri Salleh dan Mohd Nur Rizuan Zainal manakala seorang lagi Mohd Akmal Amrun berasal dari Kuala Lumpur.
Selain Anuar yang mewakili pasukan dari Korea Selatan (Geumsan Ginseng Asia), pelumba kelahiran Terengganu yang beraksi dengan pasukan luar negara adalah Ahmad Haidar Anuawar (Trek Marco Polo dari Taiwan) dan Adiq Husainie Othman (Drapac Porsche Cycling dari Australia).
Anuar berkata beliau tidak keberatan untuk mewakili pasukan Terengganu tetapi penyertaannya akan bergantung kepada kemampuan pasukan itu untuk melangkah ke peringkat lebih tinggi.
Anuar hari ini menceriakan peminat tempatan dengan kejayaannya mengekalkan jersi hijau (raja pecut) dan biru selaku pelumba terbaik Asia untuk tiga peringkat berturut-turut pada LTdL tahun ini.
Cadangan penubuhan pasukan itu disuarakan oleh Ahmad ketika mengadakan perjumpaan dengan pelumba kelahiran Terengganu ketika permulaan peringkat kedua LTdL di Dataran Syahbandar di Kuala Terengganu kelmarin.
Menurut Teganukita kelmarin, kerajaan Terengganu bercadang untuk mewujudkan satu pasukan sukan lumba basikal negeri bagi menyertai kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) pada tahun depan.
Menteri Besar berkata bakat dan kebolehan yang ditunjukkan oleh pelumba tempatan begitu menyerlah dan mereka perlu diberi peluang untuk berada dalam satu pasukan yang mewakili negeri kelahiran mereka.
“Seperti perlumbaan tahun ini, lapan pelumba yang menyertai pasukan-pasukan profesional adalah anak Terengganu sendiri. Malah lima daripada enam pelumba dalam pasukan Malaysia adalah anak Terengganu,” katanya.
“Saya bangga dengan pencapaian dan kemampuan yang ditunjukkan anak Terengganu, terutama Anuar Manan yang berjaya meraih gelaran berganda dalam perlumbaan dari Kota Baru ke Kuala Berang semalam,” katanya.
Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Dato’ Mohid Mohamed berkata, pelumba-pelumba Terengganu begitu hebat dan mampu memberi saingan kepada pelumba dari luar Negara dan ianya dapat dilihat kejayaan mereka semalam yang sentiasa berada dalam kelompok 10 pasukan teratas dalam perlumbaan semalam,” katanya.
Presiden Persatuan Lumba Basikal Malaysia, Haji Abu Samah Wahab, melahirkan rasa gembira dengan hasrat kerajaan negeri ini untuk menubuhkan pasukannya sendiri dan berharap ianya ditangani secara bersungguh-sungguh.
“Saya harap hasrat ini menjadi kenyataan dan Terengganu perlulah mencari jurulatih professional bagi membimbing pasukannya nanti kerana telah pun dibarisi pelumba hebat,” katanya.
Kamera siapa rakam gambar ini?
Siapa ambil gambar ini?
Menurut laporan blog teganuku ketika berangkat pulang dari Jerman di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, petang Jumaat lalu, tiada jurugambar Unit Komunikasi yang datang merakamkan kepulangan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.
Dilaporkan, wartawan UKOM juga tidak hadir.
Tetapi di laman www.terengganu.gov.my, tertera nama perakam gambar ini yang jelas dari UKOM.
Perhatikan keterangan gambar berikut:
Menteri Besar ketika ditanya pemberita di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu sebaik pulang dari Jerman. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.
Tajuk: Selamat Tiba
Album Foto: Array
Mana satu ni? Blog teganuku bohongkah?
LTdL: Anuar Kekal Dua Jersi, Matthews Kuasai Peringkat Ketiga
Pelumba sensasi Malaysia yang mewakili pasukan Geumsan Ginseng Asia, Anuar Manan terus menceriakan peminat tempatan pada LTdL tahun ini apabila mengekalkan jersi hijau (raja pecut) dan biru selaku pelumba terbaik Asia untuk tiga peringkat berturut-turut.
Beliau yang menamatkan perlumbaan di tempat keempat hari ini berjaya menambah 28 mata lagi untuk keseluruhan 56 mata, selain mengungguli zon pecutan pertama di Nenasi, Pahang.
"Memang menjadi strategi saya pada peringkat ketiga mengutip mata sebanyak mungkin untuk mempertahankan jersi hijau ini manakala jersi biru sebagai bonus sahaja," katanya.
Anuar berkata beliau juga kini harus waspada dengan saingan yang diberikan oleh Matthews yang kini dilihat cuba untuk merampas jersi hijau daripadanya setelah pelumba kelahiran Australia itu hanya dibezakan dengan tiga mata.
"Pada peringkat ketiga ini memang dari awal kami bersaing hebat untuk mendapatkan mata di tiga zon pecutan yang dipertandingkan," katanya.
Pelumba berusia 24 tahun itu turut menyimpan impian besar untuk mengikat kontrak bersama-sama pasukan Pro Tour pada suatu masa nanti.
"Saya kini berusaha untuk melengkapkan diri dengan cuba untuk mendapatkan keputusan terbaik walaupun bersama pasukan berstatus benua ketika ini," kata pelumba kelahiran Kuala Ibai, Kuala Terengganu itu.
Beliau berkata sebagai permulaan untuk menarik minat pasukan Pro Tour, beliau akan cuba untuk merealisasikan sasaran pasukan pada LTdL dengan meraih jersi hijau dan menang satu peringkat perlumbaan.
Perlumbaan LTdL peringkat keempat hari ini akan bermula di Mersing ke Parit Sulong sejauh 163.5 km dengan 113 pelumba akan meneruskan saingan.
Sementara itu, Michael Matthews dari Team Jayco-Skins menguasai peringkat ketiga perlumbaan basikal berprestij Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010 yang berakhir di sini Rabu.
Menamatkan perlumbaan dalam kelompok besar pelumba, pelumba kelahiran Australia mencatat masa 3 jam 16 minit dan 27 saat dalam perlumbaan itu yang bermula di Pekan, Pahang dan berakhir di Mersing, Johor, sejauh 145.6 kilometer.
"Saya benar-benar yakin untuk mencapai sesuatu hari ini. Saya cuba berada di depan pelumba-pelumba lain.
"Selepas menang dalam peringkat pertama dua hari lepas, bebannya semakin kurang dan hari ini saya dapat tumpukan pada peringkat hari ini," katanya kepada pemberita di sini.
Pelumba Australia berumur 20 tahun itu berkata memenangi satu peringkat perlumbaan juga bermakna bahawa beliau telah menambah 15 mata dalam perlumbaan pecut (jersi hijau).
"Walaupun saya menang dalam kelompok besar pelumba, saya bukanlah pelumba terpantas dalam LTdL tahun ini tetapi mendapat satu pasukan kerja yang baik dan sokongan daripada teman pelumba. Perjalanannya masih jauh lagi (lebih lima peringkat)," katanya.
Sementara itu, Alex Candelario dari Kelly Benefit Strategies menduduki tempat kedua mendahului pelumba ISD-Neri, Dmytro Grabovskyy yang menduduki tempat ketiga.
Tobias Erler dari Tabriz Petrochemical Cycling mengekalkan jersi kuningnya sebagai pendahulu kelas individu dengan catatan masa 11 jam 46 minit dan 02 saat.
Sementara itu, Peter McDonald dari Drapac Porsche Cycling mengutip dua mata hari ini bagi jersi merah berbintik polka sebagai Raja Bukit (KOM) dengan sejumlah 10 mata selepas menduduki tempat kedua dalam kategori empat KOM di Kampung Baharu, Mersing.
Laporan bumbung stadium runtuh diumum minggu depan
Kerajaan negeri Terengganu akan mengumumkan laporan siasatan berhubung kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) runtuh pada minggu depan jika mendapat persetujuan anggota Exco.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, kerajaan negeri telah menerima laporan itu melalui pegawai undang-undang negeri yang telah mendapat pengesahan daripada kementerian yang berkaitan.
"(Dalam) mesyuarat Exco minggu depan kita akan bincang mengenai perkara itu. Kalau Exco bersetuju laporan itu dibentangkan, kita akan berbuat demikian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Kuala Terengganu semalam.
SSMZA siap dibina untuk kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) pada 31 Mei 2008, tetapi bumbung utama stadium itu roboh pada pagi 2 Jun lepas setelah setahun siap dibina.
Sehingga ini, kerosakan di stadium berharga kira-kira RM292 juta itu masih belum dibaiki.

Lagak `Hero' Halang Tugas Penjawat Awam
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said (kanan) ditemani SUK, Datuk Mazlan Ngah ketika menjawab pertanyaan wartawan selepas mesyuarat mingguan exco di Wisma Darul Iman. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.
Oleh : AIDA ABD RAHMAN (UKOM)
Kerajaan negeri kesal dengan sikap pemimpin politik parti pembangkang di negeri ini yang berlagak seperti `hero’ kononnya memperjuangkan nasib rakyat dengan menghalang pihak berkuasa menjalankan tugas merobohkan rumah setinggan di Paya Bunga, Kuala Terengganu, pagi kelmarin (2 Mac).
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata sikap `hero’ berkenaan hanya mendatangkan masalah kepada dirinya sendiri kerana tindakannya itu boleh menyebabkan dia ditahan untuk tindakan lanjut.
“Sekarang ini kalau nak jadi hero payahlah. Sebab yang terlibat 12 orang sahaja tuan tanah (yang dipindahkan). Jadi, kita sudah beri rumah kepada mereka di Mengabang Lekor (Batu Rakit), selesai masalah mereka.
“Tuan rumah tiada masalah dan penyewa rumahg kita sediakan kenderaan untuk berpindah ke rumah (baru) masing-masing. Dia yang tunjuk hero dan bukan dia terlibat di situ seolah-olah dia memperjuangkan rakyat, itu tak betul. Kita yang lebih memperjuangkan rakyat,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu semalam.
Menteri Besar menjelaskan bahawa rumah yang didiami penduduk sejak berpuluh tahun lalu di kawasan itu merupakan tanah rezab kerajaan yang perlu dikosongkan untuk tujuan pembangunan di Bandar Raya Kuala Terengganu.
Katanya, penduduk sepatutnya lebih memahami perkara itu kerana status mereka membina rumah dan mendiami tanah adalah secara haram dan apabila sudah dikeluarkan notis berpindah dengan jangka masa yang mencukupi mereka perlu akur.
Ahmad Said berkata, kerajaan sudah menggunakan cara yang diplomatik dan mengikut peraturan sebelum merobohkan rumah mereka. Malah, kerajaan juga tidak mengenakan sebarang denda kerana ingkar notis yang dikeluarkan kepada mereka walaupun kerajaan berhak bertindak demikian.
“Enam orang daripada jumlah penduduk di situ kita sudah beri rumah di Mengabang Lekor untuk mereka pindah dan tiada masalah. Rumah yang diroboh kelmarin, barang-barang semua dah tiada seperti almari, pakaian..semua dah dipindahkan.Ada tuan rumah memberontak? Cuma yang tunjuk hero dua orang sahaja,” katanya.
Harian Metro dan Sinar Harian semalam melaporkan kerja merobohkan rumah setinggan di Kampung Paya Bunga, di sini, pagi semalam kecoh apabila seorang pemilik rumah berkeras dan enggan keluar dari penempatan itu.
Lebih mengeruhkan keadaan, kehadiran seorang pemimpin politik menghalang jentera pihak berkuasa merobohkan rumah bukan sahaja dianggap mengambil kesempatan atas isu itu, malah menimbulkan tanda Tanya tujuan sebenar beliau berada di situ kerana majoriti penduduk di situ sudah berpindah.
Pemimpin berkenaan yang merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan negeri, Mohd Fariz Musa, 40, ditahan polis untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan sebelum melepaskan mereka dengan jaminan polis dalam masa terdekat.
Polis Lumpuh Sindiket Edar Pil Kuda Dan Heroin Terbesar Di Terengganu
Polis percaya berjaya melumpuhkan satu sindiket mengedar dadah jenis pil kuda dan heroin terbesar di Terengganu yang berselindung di sebalik perniagaan jualan langsung yang berdaftar.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Supt Roslan Abd Wahid berkata ia ekoran daripada penahanan seorang lelaki yang dipercayai ketua kumpulan itu dalam satu serbuan di Jalan Pasir Panjang dekat sini.
"Suspek yang berumur 50 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah premis jualan langsung di Bukit Besar dekat sini kira-kira pukul 12.05 tengah malam," katanya kepada pemberita dalam satu persidangan akhbar di Kuala Terengganu.
Beliau berkata polis turut merampas 1,346 biji pil kuda yang bernilai RM40,380, serta wang tunai RM11,000, yang ditemui disembunyikan dalam sebuah kereta jenis Kancil milik lelaki itu berhampiran premis berkenaan.
Ekoran penahanan itu, katanya polis menyerbu rumah suspek di Taman Permint Jaya, Chendering di sini dan merampas wang tunai RM10,150 yang dipercayai wang hasil jualan dadah, selain menyita wang tunai RM10,000 lagi milik suspek di bank.
Roslan berkata suspek yang berasal dari sebuah tanah rancangan Felda di Jerangau mempunyai empat rekod jenayah iaitu pernah ditahan di bawah Seksyen 39 (A) Akta Dadah Berbahaya 1952, memiliki senjata merbahaya, Akta Dadah Berbahaya (langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 dan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Beliau berkata suspek juga pernah ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak di Machang selama dua tahun sebelum dibebaskan awal tahun lepasm, dan polis percaya suspek mula bergiat aktif selepas dibebaskan.
"Dadah itu dibawa masuk menerusi Thailand dan jika dilihat kepada transaksi akaunnya, suspek aktif dalam urusan jual beli dadah ini sehingga mencecah puluhan ribu setiap kali transaksi," katanya.
Beliau berkata suspek dipercayai melakukan transaksi pembelian dadah jenis pil kuda dan heroin sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
Katanya suspek kini ditahan reman 9 Mac ini bagi membantu siasatan, dan kes sedang disiasat mengikut Sekyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman mati mandatori.
Roslan berkata siasatan polis juga mendapat sindiket pengedarah pil kuda dan heroin terbesar di negeri Terengganu itu disertai oleh 12 lagi anggota lain rangkaian sindiket berkenaan yang bergerak aktif di tiga daerah iaitu Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Dungun, dan semua mereka sudah dikenal pasti.

Wednesday, March 3, 2010
LTdL: Malaysia Kekal Pasukan Terbaik Asia
Skuad kebangsaan mengekalkan posisi selaku pendahulu pasukan terbaik Asia setelah berakhirnya peringkat kedua perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) di Chukai, Kemanan, petang semalam.
Mereka berjaya meraih masa 12 jam 29 minit dan 51 saat untuk mengumpul masa keseluruhan
25:38:30s mengatasi 11 pasukan dari Asia yang lain.
Seperti semalam, tiga pelumba skuad kebangsaan iaitu Mohd Zamri Salleh, Amir Mustafa Rusli dan Mohd Akmal Amrun berjaya menempatkan diri di dalam kelompok terbaik 20 pelumba.
"Saya merasakan pada tahun ini pasukan kebangsaan akan dapat memberikan cabaran kepada pasukan-pasukan lain kerana empat peringkat awal merupakan laluan landai," kata Mohd Zamri kepada pemberita selepas perlumbaan.
Katanya seperti dua peringkat awal, mereka akan mencuba untuk melakukan pecahan bagi membuka peluang untuk meraih mata di zon pecutan dan bukit.
Pelumba kelahiran Terengganu itu merupakan pelumba terbaik pasukan kebangsaan pada hari ini apabila menamatkan perlumbaan di tempat ke-11 di belakang dua pelumba Malaysia yang mewakili pasukan luar negara iaitu Anuar Manan (tempat ke-4) dan Adiq Husainie Othman (tempat ke-9).
Untuk kedudukan keseluruhan, pasukan kebangsaan turun ke tangga kelima daripada tempat kedua pada peringkat pertama sekaligus menuntut usaha yang lebih keras daripada mereka untuk memastikan sasaran tempat ke-12 tercapai.
Sementara itu, jurulatih pasukan kebangsaan William Walker berpuas hati dengan prestasi anak buahnya itu selepas dua peringkat.
"Bagi esok, kami akan gunakan strategi sama sejak dua hari lepas untuk melakukan pecahan dan mungkin mendapatkan mata daripada kategori pecut dan Raja Bukit (KOM).
"Mungkin kami mampu muncul antara lima pelumba terbaik dan melakukan penyudah podium," katanya.
Perlumbaan peringkat ketiga LTdL esok akan bermula di Pekan, Pahang dan berakhir di Mersing, Johor sejauh 145.6km melibatkan 112 pelumba daripada 20 pasukan.
Harga Ikan Lebih Mahal Di Sesetengah Negeri, Terengganu kekal
Harga ikan didapati lebih mahal di sesetengah negeri diikuti dengan bekalan ikan yang berkurangan, sementara di negeri lain keadaan harga dan bekalan kekal seperti biasa.
Harga ikan kekal seperti biasa di Terengganu dengan tiada masalah bekalan dilaporkan, menurut jurucakap Kompleks Pendaratan Ikan Pulau Kambing.
Seorang penjual ikan di Pasar Payang di Kuala Terengganu, Ismail Awang berkata harga beberapa jenis ikan hari ini rendah kerana bekalan melebih dari permintaan.
"Contohnya harga ikan tongkol turun daripada RM7 sekilo kepada RM5 sekilo dan ikan kembong kepada RM9 sekilo daripada RM10 sekilo," katanya.
Namun beliau berkata ikan kelas A seperti ikan tenggiri terpaksa dibawa masuk daripada luar kerana tenggiri tempatan tiada dalam pasaran.
Jurucakap Kompleks Pendaratan Ikan Pulau Kambing berkata bekalan ikan di Terengganu masih stabil.
Tinjauan Bernama di sekitar Kuala Lumpur, harga ikan kembong dan kerisi didapati dijual dengan harga RM10 sekilogram Selasai berbanding RM7 sekilogram minggu lalu.
Tenggiri pula naik dari RM18 kepada RM20, selar dari RM8 kepada RM12 dan ikan merah dari RM20 kepada RM24.
Seorang peniaga di Pasar Datuk Keramat di sini berkata bekalan ikan import memang berkurangan sehingga menyebabkan peniaga terpaksa menaikkan harga.
"Kami bukan saja-saja mahu naikkan harga. Naik pun tak banyak, dalam seringgit dua sahaja kerana kami terpaksa menampung kos akibat kenaikan harga yang dikenakan pembekal," kata peniaga tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Manah.
Seorang peniaga ikan bakar di pasar yang sama pula berkata, dia terpaksa menaikkan harga ikan bakarnya kerana harga ikan yang lebih mahal.
"Dahulunya saya beli lima ekor ikan terubuk dengan harga RM300. Tetapi kini harganya meningkat pada RM350. Jadi terpaksalah saya naikkan harga ikan bakar saya. Ada pelanggan merungut, tetapi nak buat macam mana kerana kami tidak mahu rugi," kata Aesah.
Bekalan ikan import dari Thailand dan Indonesia berkurangan berikutan pengimpot dan pemborong ikan tempatan enggan menggunakan kotak ikan berinsulasi bergred makanan yang berkuat kuasa semalam, kerana mereka berpendapat penggunaan kotak tersebut akan meningkatkan kos mereka dan sekaligus akan menaikkan harga ikan di pasaran.
Seorang pembeli berharap kerajaan akan memantau harga di pasaran kerana khuatir peniaga akan menaikkan harga ikan sesuka hati berikutan isu tersebut.
"Mungkin ada peniaga yang akan menyalahgunakan keadaan dengan menaikkan harga untuk keuntungan mereka. Saya harap pemantauan perlu dilakukan secepat mungkin agar pembeli tidak ditindas," katanya yang enggan dikenali.
Di Kedah, bekalan ikan import di pasar-pasar basah juga dikatakan berkurangan dan hanya mencukupi untuk dua tiga hari sahaja lagi.
"Kami jangka jika tiada ikan import, bekalan ikan akan berkurangan dan harga ikan akan naik," kata para peniaga di pasar di Alor Setar dan Jitra.
Di Kelantan, para peniaga di Pasar Siti Khadijah turut tidak menjual ikan basah.
Namun menurut Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Kelantan, Abdullah Rashid, sebanyak 750 kilogram ikan import dibawa masuk melalui Pengkalan Kubur petang semalam dengan menggunakan tong plastik berinsulasi dan 41,500 kilogram lagi dibawa masuk melalui Kompleks Imigresen Rantau Panjang.
Keadaan biasa pula dilaporkan wujud di Perlis di mana para peniaga masih mendapat bekalan ikan seperti biasa tanpa sebarang kenaikan harga.

Katanya dari hasil pemantauan di Seberang Perai dan di bahagian pulau, peniaga tidak menaikkan harga ikan.
"Hanya ikan bawal hitam di sebuah pasar di bahagian pulau sahaja dinaikkan harga daripada RM18 sekilogram kepada RM22 sekilogram," katanya.
Beliau berkata bekalan ikan tidak terjejas ketika ini kerana kebanyakan ikan beku yang dijual adalah bekalan yang diimport minggu lepas.
Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pulau Pinang, Raja Kahalid Raja Ariffin turut menegaskan negeri itu tidak terlalu bergantung kepada sumber ikan diimport.
"Saya difahamkan setakat ini keadaan seperti biasa kerana kita juga mendapatkan sumber ikan daripada negeri lain. Kita tidak terlalu bergantung kepada sumber dari negara luar," katanya.

Pelumba Afrika Selatan Menang Peringkat Kedua, Anuar Kekal Dengan Dua Jersi
Jay Thomson dari pasukan kebangsaan Afrika Selatan memenangi perlumbaan peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010 yang berakhir di Kemaman, semalam.
Pelumba basikal berumur 25 tahun itu mencatat masa 4 jam 06 minit dan 54 saat untuk memenangi laluan dari Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu ke Chukai, di Kemaman, sejauh 182.3km mendahului pelumba Tobias Erler (Tabriz Petrochemical Cycling) yang menduduki tempat kedua dan David Pell dari Drapac Porsche Cycling di tempat ketiga.
"Saya berada dalam keadaan baik selepas perlumbaan Tour of Wellington, New Zealand. Walaupun tanpa strategi khusus, saya memutuskan untuk berada di depan kelompok pecahan para pelumba.
"Ia keputusan yang tepat kerana kami (dengan Erler dan Pell) mampu untuk menamatkan perlumbaan dengan perbezaan masa tiga minit dengan pelumba lain selepas berpecah," katanya kepada pemberita selepas perlumbaan.
Bagi perlumbaan hari ini, Erler merangkul jersi kuning daripada Michael Matthews dari Team Jayco-Skins untuk mendahului dalam kelas individu.
Peter McDonald dari pasukan Drapac Porsche Cycling mengutip empat mata lagi untuk jersi kuning sebagai Raja Bukit (KOM) selepas menguasai kategori keempat KOM di Kampung Landas, Dungun.
Sementara itu, Anuar Manan terus mempertahankan dua jersi iaitu hijau (raja pecut) dan biru (pelumba terbaik Asia) walaupun sekadar menamatkan perlumbaan di tempat kelima pada hari ini.
Keupayaan pelumba kelahiran Kuala Ibai, Kuala Terengganu itu membolehkannya meraih 11 mata walaupun gagal mengutip sebarang mata pada tiga zon pecutan di Pela, Dendang dan Dungun.
Beliau kini mengumpul mata keseluruhan 34 mata, dibezakan dua mata dengan dua pencabar utama, Michael Matthews dari Team Jayco-Skins dan pelumba dari Tabriz Petrochemical Cycling, Toblas Erler.
"Saya akan cuba untuk mengutip lebih banyak mata pada peringkat ketiga esok yang melibatkan laluan landai seperti peringkat pertama dan kedua," katanya kepada pemberita di sini.
Mengenai perlumbaan hari ini, pelumba pasukan Geumsan Ginseng Asia itu berkata usahanya untuk memungut mata pada tiga zon pecutan tidak berhasil setelah tayar basikalnya pancit di zon pecutan pertama di Kampung Pela.
"Saya terpaksa menggantikan tayar berkenaan menyebabkan saya gagal untuk mengejar kelompok pelumba besar di hadapan untuk meraih mata pada baki dua zon pecutan," katanya.
Pelumba berusia 24 tahun itu berkata beliau akan cuba untuk mengekalkan jersi hijau itu sekaligus bergelar pelumba Malaysia pertama meraihnya sejak LTdL kali pertama dipertandingkan pada 1996.
"Untuk jersi biru, ia merupakan satu bonus kerana saya dan pasukan tidak mensasarkan untuk memenanginya," katanya.
Perlumbaan peringkat ketiga esok, akan bermula di Pekan, Pahang sejauh 145.6km dan berakhir di Mersing, Johor melibatkan 112 pelumba daripada 20 pasukan yang bersaing.

Gembira.....
Gembira.....Pelumba Pasukan Geumsan Ginseng Asia, Anuar Manan memeluk erat kedua ibubapanya Azizah Arifin dan Manan Muda setelah berjaya menjadi pendahulu Asia dan Raja Pecut pada kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) yang memasuki edisi Ke-15 semalam. Peringkat pertama bermula dari Kota Baharu, Kelantan ke Kuala Berang, Terengganu sejauh 174.5km. LTdL kali ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia dan disertai 20 pasukan. Bagi pedahulu keseluruhan dimenangi pelumba pasukan Team Jayco Skins, Matthews Michael dan Raja Bukit dari pasukan Drapac Prosche Cycling, McDonald Peter. -- fotoBERNAMA
MM Vitaoils Raih Jualan RM2 Juta Pada Gulfood 2010
MM Vitaoils Sdn Bhd, pengeluar minyak sawit hiliran Malaysia, berjaya meraih jualan dianggarkan bernilai RM2 juta pada pameran Gulfood 2010 di sini minggu lepas.
Syarikatnya adalah antara 50 syarikat Malaysia berkaitan makanan, termasuk lima di bawah Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu, yang dibawa oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) untuk pameran pada 21-24 Feb. Lalu.
Penolong Pengurus Dagangannya Mohamad Munir Jawead berkata beliau gembira dengan sambutan pembeli yang mengunjungi gerai syarikat di pavilion Malaysia.
"Kami menjangka permintaan bagi produk berasaskan minyak sawit di Teluk dan rantau berdekatan akan terus meningkat pada tahun-tahun akan datang," kata beliau kepada Bernama sambil melayan pelanggan bersama pegawai kanan syarikat Mohamad Faizal Aris.
Beroperasi di kilang di Shah Alam, MM Vitaoils mengeluarkan minyak masak, lelemak, margerin dan minyak sapi sayur-sayuran.
Mohamad Munir berkata syarikatnya kini mengeksport ke 76 negara di seluruh dunia.
"Gulfood, yang merupakan pameran makanan terbesar di Timur Tengah, adalah acara penting bagi MM Vitaoils memandangkan kami mahu terus memperluaskan kehadiran kami di luar negara," katanya.
Edisi 2010 merupakan penyertaan ketiga syarikat di Gulfood.

APMM Tahan Bot Nelayan Vietnam Ceroboh Perairan Negara
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan sebuah bot nelayan Vietnam bersama seorang tekong dan enam awak-awak kerana menceroboh perairan negara pagi Isnin.
Ketua Penguatkuasa APMM Daerah Kuala Terengganu Komander Maritim Syed Mohd Fuzi Syed Hasan berkata bot yang menggunakan pendaftaran BT 93584 TS tersebut ditahan oleh kapal peronda KM Jarak kira-kira 110 batu nautika dari pantai Kuala Terengganu pada pukul 10.30 pagi Isnin.
"Ketika dihampiri, bot yang sedang memukat itu cuba melarikan diri namun berjaya dipintas oleh KM Jarak dan hasil pemeriksaan ke atas bot kita telah menahan seramai tujuh orang nelayan Vietnam termasuk tekong yang kesemuanya berumur 15 dan 35 tahun dengan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.
"Kita turut merampas hasil tangkapan ikan kira-kira 1,000 kg bernilai kira-kira RM3,000," katanya kepada pemberita semalam.
Syed Mohd Fuzi berkata nelayan-nelayan itu ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda RM1 juta kepada tekong manakala awak-awak RM100,000 setiap seorang.
Sementara itu, Syed Mohd Fuzi turut memberi amaran tegas terhadap pemilik bot tempatan yang mengupah nelayan asing yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah.
Katanya mereka yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan termasuk denda RM3,000 atau 12 bulan penjara atau kedua-dua sekali di bawah Akta Imigresen.

Polis Terengganu Buru Tiga Lelaki Warga Indonesia Tipu Tukar Wang
Polis Terengganu semalam meminta peniaga runcit di negeri itu khususnya kaum wanita agar berhati-hati jika didatangi tiga lelaki warga Indonesia yang meminta untuk menukarkan wang kertas bernilai RM100 bagi mengelak daripada menjadi mangsa tipu.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil negeri Supt Azmi Adam berkata ini berikutan terdapat tiga kes penipuan sedemikian dipercayai dilakukan kumpulan yang sama di negeri itu.
"Mereka menggunakan modus operandi dengan datang ke kedai mangsa untuk menukarkan not RM100 kepada RM50 sebelum meminta ditukarkan kepada not RM5 pula.
"Setelah mangsa memberikan RM5 ataupun RM50, kumpulan ini akan membuat helah tidak jadi untuk menukarkan wang itu dan meminta semula wang mereka...dan tanpa mangsa sedari wang yang dikembalikan kepadanya tidak sama dengan jumlah yang diberikan sebelum ini," katanya.
Beliau berkata kes pertama dan kedua masing-masing dilaporkan berlaku pada 24 dan 26 Feb lepas melibatkan seorang pekedai runcit di Seberang Takir di sini, dan seorang pembantu jurujual wanita di Paka.
Masing-masing yang berumur 34 dan 21 tahun mengalami kerugian sebanyak RM350 dan RM500, dan hanya menyedari tertipu setelah ketiga-tiga lelaki tersebut beredar.
"Kumpulan terbabit turut menggunakan taktik serupa ke atas seorang juruwang sebuah kedai runcit berusia 17 tahun di Kemaman pada Jumaat lepas, menyebabkan dia kerugian RM350," katanya.
Polis sedang menjejaki ketiga-tiga lelaki tersebut, kata beliau.

Tuesday, March 2, 2010
SELAMAT BERTUGAS WAN AHAMAD
Tahniah dan didoakan segalanya diberkati Allah kepada Haji Wan Ahamad Wan Muda.
Semalam beliau memulakan tugas barunya sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
Difahamkan, oleh kerana ada urusan penting, beliau tidak masuk pejabat hari ini dan esok akan kembali bertugas. Bekas Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar itu sudah menamatkan kursus pendeknya di salah sebuah universiti ternama di London.
Yang pasti, ‘kepulangan ’Wan Ahamad akan ‘membawa bersama beberapa perkembangan baru dalam haba politik Terengganu kerana beliau menjadi ‘sasaran utama’penentang Ahmad Said sejak lebih setahun lalu.
Apapun, Wan Ahamad tidak akan terlepas daripada dua perkara utama di Terengganu.
Pertama, beliau adalah antara saksi penting yang akan dipanggil dalam perbicaraan seorang Datuk dalam kaitan sms ugut bunuh yang menyebabkan sejumlah ADUN UMNO tidak hadir pada sidang Dewan Undangan Negeri tahun lalu.
Bekas SUSK Menteri Besar itu dikatakan menghantar sms berkenaan daripada telefon bimbitnya.
Bukan sekadar beliau dan yang mengenali beliau menafikan Wan Ahamad tidak melakukannya tetapi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak sendiri ‘tidak percaya’Wan Ahamad melakukannya.
Kedua, rasanya Wan Ahamad tidak akan berdiam diri terhadap mereka yang ‘menuduh’dan cuba memalukan beliau dalam banyak perkara.
Apakah Wan Ahamad akan memulakan saman malu terhadap beberapa individu yang dirasakan ‘terlampau’dengan beliau termasuk penggendali blog tertentu?
Ternyata kepulangan Wan Ahamad ke perkhidmatan kerajaan negeri mulai hari ini akan ‘memanaskan’semula percakapan politik dan kaitan beliau dengan Menteri Besar.
Namun mulut tempayan mana boleh ditutup dan Wan Ahamad pastinya sudah ‘masak’’ dengan gelagat mereka yang ‘tidak menyukai’beliau.
Juga, bagi pihak Menteri Besar, beliau tahu risiko yang akan diambil dengan kedudukan Wan Ahamad sekarang.
Ahmad Said sudah biasa dengan gelora dan gelombang. Kerana itu beliau berani untuk ‘berumah di tepi pantai’.

Terengganu jadi lokasi penggambaran filem Bollywood
Kerajaan negeri menyambut baik cadangan sebuah syarikat perfileman Bollywood menjadikan negeri itu sebahagian daripada lokasi penggambaran filem terbarunya.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata filem lakonan Rani Murkherjee itu dijangka memulakan penggambaran di beberapa tempat menarik seperti Tanjung Jara, Tasik Kenyir, Muzium Negeri, Pulau Redang dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud mulai Mei ini.
"Kita yakin apabila filem itu mengadakan penggambaran di negeri ini, ia memberi kelebihan kepada Terengganu apabila tempat-tempat menarik dalam filem itu akan ditonton oleh peminat filem Hindi di seluruh dunia," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Primula Beach Hotel Sdn Bhd dan Taman Tamadun Islam (TTI) Management Sdn Bhd di Kuala Terengganu petang semalam.
Sementara itu, Ahmad berkata kerajaan negeri menempah sebuah bot kaca berharga lebih RM3 juta bagi merancakkan lagi aktiviti pelancongan terutamanya di Pulau Redang dan Pulau Perhentian.
Katanya, bot berkenaan berbentuk seperti tongkang dengan dinding diperbuat daripada kaca bagi membolehkan pelancong melihat kehidupan laut manakala bahagian atas pula terdapat ruang makan dan minum.
"Kita buat sebuah dulu untuk lihat sambutan pelancong terhadap bot berkenaan. Kalau ia memberi sambutan yang baik, kita akan tambah lagi," katanya.
Sumber : Bernama

Air Mata Ibu Iringi Kejayaan Anuar Manan
Kejayaan pelumba sensasi negara, Anuar Manan meraih dua jersi pada peringkat pertama perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) yang berakhir di Kuala Berang, Terengganu, semalam diiringi tangisan gembira ibunya, Azizah Ariffin.
"Anuar ada memberitahu kami sekeluarga untuk menyaksikannya berlumba dan saya sangat gembira dengan kejayaannya ini.
"Peluang menyaksikan beliau berlumba adalah sesuatu yang bermakna, lebih-lebih lagi di negeri sendiri," katanya yang turut ditemani suaminya, Manan Muda, ketika ditemui pemberita selepas perlumbaan.
Azizah berkata Anuar merupakan seorang anak yang baik dan sentiasa membantu keluarga.
Anuar, yang mewakili pasukan dari Korea Selatan, Geumsan Ginseng Asia, pada tahun ini berjaya meraih jersi hijau (raja pecut) dan biru (pelumba terbaik Asia) pada peringkat pertama ini.
Beliau akan meneruskan peringkat kedua perlumbaan esok bersama-sama 116 pelumba lain dari Kuala Terengganu ke Chukai, melibatkan jarak sejauh 182.3 kilometer.
Anuar mencipta sejarah tersendiri apabila meraih dua jersi pada peringkat pertama perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) yang berlangsung dari Kota Baharu, Kelantan ke Kuala Berang, Terengganu semalam.
PARA peserta lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) melakukan kayuhan melalui Jalan Temenggong, Kota Bharu selepas mereka berlepas untuk stage pertama perlumbaan dari Kota Bharu ke Kuala Berang, Terengganu sejauh 174.5 Kilometer, 1 Mac.- Utusan/ZULHANIFA SIDEK
Pelumba kelahiran Kuala Ibai, Kuala Terengganu itu meraih jersi hijau selaku raja pecut dan jersi biru sebagai pelumba terbaik Asia setelah berakhirnya peringkat pertama perlumbaan sejauh 174.5 kilometer itu.
"Memang menjadi sasaran saya serta pasukan (Geumsan Ginseng Asia) pada kali ini untuk memenangi gelaran 'raja pecut' manakala jersi pelumba terbaik Asia adalah satu bonus," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlumbaan itu di Kuala Berang.
Anuar berkata beliau kini akan menumpukan usaha untuk mengekalkan jersi hijau bagi membolehkannya muncul pelumba pertama dari Malaysia yang meraih gelaran raja pecut setelah LTdL memasuki edisi ke-15 tahun ini.
"Untuk jersi pelumba terbaik Asia adalah sukar dan mustahil kerana memerlukan kerjasama dan usaha yang lebih kuat daripada anggota pasukan yang lain," katanya.
Pelumba berusia 24 tahun itu turut mengakui anggota-anggota pasukan barunya lebih baik berbanding pasukan Azad University yang diwakilinya pada tahun lepas, selepas memperolehi latihan persiapan yang mencukupi di Thailand selama sebulan.
"Saya berharap dapat menebus kegagalan pada tahun lepas dan kehampaan pada 2008, sekadar berpuas hati di tempat kedua keseluruhan untuk jersi hijau," katanya.
Anuar bagaimanapun pada 2008 berjaya menyarung jersi pecut pada dua peringkat perlumbaan namun terpaksa akur kepada kehebatan pelumba pasukan AG2R, Aurelian Clerc setelah berakhirnya tujuh peringkat perlumbaan.
Menyentuh perlumbaan hari ini, Anuar berkata anggota pasukannya telah bekerja keras membantunya untuk memenangi dua zon pecutan di Jelawat, Bachok dan Kuala Besut.
"Setelah rakan-rakan sepasukan penat saya terpaksa melakukan perancangan seorang diri pada 10 kilometer terakhir sekaligus menyukarkan usaha saya mencari posisi terbaik untuk memecut sekaligus sekadar menamatkan di tempat keempat".
"Jadi saya perlu berusaha lebih kerana untuk memenuhi satu lagi sasaran pasukan iaitu memenangi satu peringkat perlumbaan," katanya.
Anuar yang kini mengumpul 23 mata berbanding pencabar terdekat Michael Matthews dari Team Jayco-Skins (15 mata) berkata beliau akan cuba untuk mengutip sekurang-kurangnya lima mata dalam setiap peringkat untuk mengekalkan jersi hijau itu.
Sementara itu, perlumbaan peringkat pertama hari ini dimenangi oleh Matthews dengan catatan masa 4 jam 22 minit 53 saat manakala Vidal Celis (Footon Servetto) di tempat kedua dan Ruslan Tleubayev dari pasukan kebangsaan Kazakhstan di tempat ketiga.
Kemenangan itu membolehkan Matthews menyarung jersi kuning selaku pendahulu individu keseluruhan manakala Peter McDonald dari pasukan Drapac Porsche meraih jersi polka dot (jersi merah) selaku raja bukit dengan mengumpul empat mata.
Terengganu Janji Habuan Lebih Lumayan Buat Atlet Jika Juarai SUKMA 2010
Kerajaan negeri menjanjikan habuan yang lebih lumayan kepada para atlet yang mewakili Terengganu dalam Sukma 2010 di Melaka Jun nanti, sekiranya mereka berjaya mengekalkan kejuaraan yang diraih negeri itu dua tahun lepas.
Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata sebelum ini atlet yang berjaya meraih pingat emas diberikan ganjaran RM3,000, perak (RM2,000) dan gangsa (RM1,000) selain diberi peluang menyertai kejohanan di luar negara dengan pembiayaan oleh kerajaan negeri.
"Buat sementara waktu, kerajaan tidak boleh maklumkan lagi apa bentuk insentif kali ini, tapi yang pasti nilainya akan ditambah," katanya kepada pemberita selepas majlis Countdown 100 Hari Sukan Malaysia Ke-13 Melaka 2010, semalam.
Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Datuk Rahin Mohd Said.
Ahmad berkata insentif berkenaan sebagai suntikan supaya para atlet berjuang bersungguh-sungguh untuk mengekal kejuaraan dan menjadi kuasa baru sukan dwi tahunan itu.
Beliau berkata semua pihak termasuk pengurus dan jurulatih perlu bekerja lebih keras bagi memastikan atlet masing-masing berada di tahap tinggi untuk mengekalkan kejuaraan.
Sementara itu Rahin berkata berdasarkan sukan Terengganu yang disertai lapan negeri baru-baru ini, Terengganu berjaya memperolehi 65 pingat emas, dan ia merupakan lebih satu pingat daripada sasaran di Melaka 64 pingat emas.
Beliau berkata tidak mustahil pencapaian itu dapat dikekalkan sekiranya semua atlet bekerja lebih keras lagi untuk meningkatkan prestasi masing-masing.
Sementara itu 12 atlet Terengganu yang mewakili negara ke Sukan Sea Vietnam, Laos tahun lepas menerima insentif daripada kerajaan negeri.
Pemenang pingat emas menerima RM3,000, perak RM2,000 dan gangsa RM1,000 yang disampaikan Ahmad.

LTdL: Malaysia, Pasukan Terbaik Asia Peringkat Pertama
PELUMBA Australia Michael Matthews dari pasukan Jayco-Skins (jersi putih) meraikan kejayaan selepas menjadi pelumba pertama tiba di garisan penamat, peringkat pertama Le Tour de Langkawi dari Kota Bharu-Kuala Berang di Kuala Berang, Terengganu, 1 Mac. - AP
Sentuhan dan tunjuk ajar jurulatih dari Australia, William Walker, membolehkan Malaysia mempamerkan aksi cemerlang apabila mendahului kategori pasukan terbaik Asia selepas berakhirnya peringkat pertama perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) dari Kota Baharu, Kelantan ke Kuala Berang, Terengganu, semalam.
Empat pelumba negara iaitu Mohd Zamri Salleh, Amir Mustafa Rusli, Mohd Ridzuan Zainal dan Akmal Amrun berjaya menamatkan perlumbaan di kelompok 20 pelumba terawal menamatkan perlumbaan sejauh 174.5 kilometer itu.
Kejayaan mereka itu membolehkan skuad kebangsaan mengumpul jumlah masa keseluruhan 13 jam 8 minit 39 saat, mengatasi 12 pasukan Asia yang lain serta kini menduduki tempat kedua scara keseluruhan.
Lebih membanggakan apabila Mohd Ridzuan turut berpeluang untuk menyarung jersi kuning selaku pendahulu individu keseluruhan setelah menduduki tempat ke enam keseluruhan dengan masa 4 jam 22 minit 51 saat, ketinggalan hanya lapan saat daripada pendahulu, Michael Matthews dari Team Jayco-Skins.
Pengurus pasukan, Amrun Misnoh, berkata latihan di Ipoh, Perak di bawah kendalian Walker sejak tiga minggu lalu telah menampakkan hasil.
"Mereka telah mempamerkan kerjasama berpasukan yang tinggi namun kita tidak boleh cepat berpuas hati dengan keputusan ini," katanya kepada pemberita,
Amrun berkata adalah diharapkan ada pelumba negara yang dapat membuat keputusan yang lebih baik pada perlumbaan peringkat kedua esok.
Malaysia telah mensasarkan untuk menduduki tempat ke-12 daripada 20 pasukan yang bersaing pada edisi ke-15 tahun ini.
Perlumbaan peringkat kedua hari ini, yang juga merupakan peringkat terpanjang, akan bermula di Kuala Terengganu ke Chukai melibatkan jarak sejauh 182.3 kilometer.

Monday, March 1, 2010
Ganti Ahmad Said - Suratan atau Kebetulan?
Oleh Hambali Abdul Latiff (hambali1.blogspot.com)
Jika sudah tersurat Datuk Ahmad Said akan digantikan 18 Mac ini. Ia bukan kebetulan.
Segalanya dirancang, dan siapa yang mengaturnya tidak sukar untuk dikenali.
Cuma apa yang menarik ketika ini ialah ia mungkin berlaku (saya kata mungkin kerana pada waktu kecederaan, apa-apa sahaja boleh berlaku).
Kenapa waktu kecederaan? Ini kerana kebetulan sebuah blog ada melaporkan mengenai kemungkinan akan timbulnya suatu kuasa baru di Putrajaya pada Mac 2010.
Entah betul entah tidak. Tapi itu perkhabaran yang diterima. Boleh jadi suatu khabar angin, boleh jadi tak jadi dan juga boleh jadi sekadar illusi.
Menurut blog berkenaan, kalau benar pastinya ianya memeranjatkan dan semua orang akan terlopong mulut.
Kuasa apa tu ye..Benda belum tentu jadi..kita tengok sama ada ia akan jadi ke tidak. Tapi yang meramalkannya pun rasa macam mustahil. Politik adalah seni untuk merealisasikan benda-benda mustahil.
Siapa yang akan berkuasa tu ye? Ada orang kata Ku Li. Tapi dia nafi. Takkan dia nak ganti Anwar yang masih mahu kekal Ketua Pembangkang.
Ada kata tarikh 15 March. Dah hampir ribut tak ada, sepoi-sepoi bahasa pun tak rasa.
Begitulah juga di Terengganu, sebuah blog pro-pembangkang melaporkan ada sumber rapat dengan seorang Datuk yang baik dengan YDPA Tuanku Mizan Zainal Abidin memberitahu bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak akan menghadap Baginda Tuanku dalam masa yang terdekat untuk memohon agar Menteri Besar Terengganu ditukar.
Betul ke? Bagaimana kalau kuasa di Putrajaya bertukar?
Isu ini bertambah sensasi lagi apabila seorang Datuk pergi ke Makkah menunaikan Umrah yang kebetulan SPB Yang Dipertuan Agong berada di sana.
Yang pasti dan sudah disahkan Datuk ini tiada dalam senarai rombongan DiRaja yang dikeluarkan oleh Istana Negara. Ini bermakna, kalau ada pertemuan pun ia secara kebetulan, bukan dirancang!
Sejak akhir minggu lalu, di kalangan pegawai ada menerima sms kononnya Ahmad Said telah melepaskan jawatan Menteri Besar atas desakan daripada Najib yang mendapat perkenan SPB YDP Agong.
Kalau tidak jadi 1 Mac bermakna 18 Mac 2010 inilah. Ada 17 hari lagi Ahmad Said duduk di kerusi berkenaan!
Satu lagi versi, kalangan pegawai yang pernah bekerja dengan bekas Menteri Besar mengeluarkan pertanyaan kepada rakannya dengan soalan “Dengar kata pada 1 Mac 2010 ini Ahmad Said akan diganti ?”
Di Marang Terengganu – dilaporkan dua orang ADUN bakal menjadi Menteri Besar menggantikan Ahmad Said pada bulan Mac ini.
ADUN yang menggegar pagar istana dan ADUN yang mendakwa dirinya ‘bukan cap ayam’ dikatakan calon yang bakal dilantik MB. Nampaknya isu perlantikan Menteri Besar Terengganu telah bertambah rumit dan tidak ada penyelesaian kerana semua mahu jadi pengganti MB.
Semua yang berjuang untuk menyingkirkan Ahmad Said adalah calon-calon yang ‘layak’ dan berhasrat menjadi Menteri Besar. Mereka langsung tidak mempunyai persefahaman untuk melantik salah seorang daripada mereka.
Jika salah seorang dilantik sebagai Menteri Besar, semua daripadanya akan menentang dan akan berlaku penentangan yang lebih dahsyat tanpa penyelesaian sehingga lah ke pilihanraya umum nanti. UMNO mungkin berkubur.
Persoalannya, jika Ahmad Said diganti, tidakkah Sultan bagaikan mengakui baginda telah membuat kesilapan melantik Menteri Besar berkenaan?
Sejarah akan mencatat Sultan telah membuat kesilapan dan pasti akan menjadi catatan sejarah dan rujukan sampai bila-bila.
Satu lagi isu yang dimainkan oleh pegawai yang rapat dengan bekas Menteri Besar, kononnya di Jerman baru-baru ini Ahmad Said telah tidak diperkenan mengadap oleh SPB YDP Agong.
Saya difahamkan, Ahmad Said mengunjungi SPB YDP Agong yang mendapat rawatan di Jerman adalah mengikut tuntutan adat negeri. Menurut adat negeri, Menteri Besar perlu menemani atau menjaga keadaan Tuanku sekiranya ada masalah kesihatan.
Menteri Besar ke Makkah pula kerana mengiringi DYMM Pemangku Raja menunaikan Umrah.
Beliau seterusnya mengiringi Baginda dalam perjalanan pulang pada 26 Febuari 2010. Menurut adat Terengganu, Menteri Besar merupakan ‘memanda’ kepada Raja.
Mungkin saya salah, maafkan saya jika tidak benar fakta berkenaan.
Sinar Harian minggu ini melaporkan, isu terbaru yang disifatkan sebagai serangan politik
melibatkan Menteri Besar tersebut ialah kiriman khidmat pesanan ringkas (sms) yang mengaitkan kedudukan Ahmad Said selepas pertengahan Mac depan.
Antara lain sms yang cuba disebarkan oleh pihak-pihak tertentu itu turut mendakwa bahawa Ahmad kini telah dinasihatkan supaya melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar.
Puak penentang Ahmad Said memang “Raja SMS”. Ini kerana pada April tahun lalu mantan Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar difitnah menghantar SMS ugutan bunuh ADUN yang mana kes tersebut sedang dalam perbicaraan di Mahkamah dan seorang Datuk telah ditahan polis.
Kenyataan dalam, Sinar Harian di atas bertentangan dengan kenyataan sebelumnya apabila mantan Setiausaha UMNO Negeri Datuk Rosli Mat Hasan dilaporkan berkata bahawa dakwaan mengatakan UMNO Terengganu masih bermasalah tidak harus dipercayai.
“Kita berada dalam keadaan cukup baik, tidak ada apa-apa masalah, malah UMNO juga sudah menjadi juara rakyat sekarang dan itu adalah perkembangan positif, ” kata beliau.
Yang nyata, sambutan kepulangan Ahmad Said dari Jerman dan Makkah di lapangan Terbang Sultan Mahmud pada 26 Febuari 2010 jam 3.45 petang sangat hebat.
Menteri Besar ternyata riang dan ceria dan sempat berucap ringkas.
Ditanya wartawan mengenai SMS terbaru yang mengatakan beliau diminta meletak jawatan, Ahmad Said tidak mengulas panjang, sebaliknya meminta wartawan bertanya kepada pihak terbabit.
“Kena tanya orang itulah. Saya tidak mahu ulas benda ini, ia (serangan politik) biasalah. Ada dengar dalam SMS, anda (wartawan) baca sebab tu anda tanya. Tidak mengapalah, saya masih seperti ini,” katanya kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), kelmarin.
Keseluruhan hampir 1,000 orang hadir termasuk Exco, wakil rakyat, Ketua Jabatan dan rakyat.
Keluar sahaja dari pesawat, Menteri Besar disambut oleh pegawai nombor satu (SUK) dan pegawai nombor dua (PKN) dan hanya segelintir pegawai tinggi tidak kelihatan.
Yang pasti, Ahmad Said terus mendapat sokongan pegawai tinggi kerajaan, pemimpin parti dan rakyat.
Kini terpulanglah kepada Perdana Menteri sama ada benar atau tidak beliau mahu meminta Ajhmad Said berhenti apabila namanya dikaitkan sama ada melalui SMS dan cakap-cakap kedai kopi di Terengganu.
Hanya Najib yang boleh memberhentikan cerita-cerita seperti ini.
Yang pasti perkhabaran yang dibawa oleh penentang Ahmad Said bukan suratan atau kebetutan tetapi dirancang.
Apakah Najib ‘gemar dan suka’ ganggu-gugat seperti ini?
Bagaimana pula rasa beliau apabila ganggu-gugat sudah bermula terhadapnya akhir-akhir ini?