Oleh Ahmad Roslan Ismail
Bukan saya kata Datuk Din Adam licik tetapi orang lain. Licik apa? Licik bagaimana?
Din dikatakan licik bukan sahaja dalam buku Kemelut Politik Terengganu tetapi sebuah laman – http://bypass308.blogspot.com – sudah menyebut memang Din licik.
Jika sebelum ini ia hanya diperkatakan dalam blog tetapi selepas buku berkenaan diterbitkan, dalam Bab 45, muka surat 187-190, dalam buku Kemelut Politik Terengganu ada satu bab menarik mengenai diri Din.
Apakah kerana tulisan seperti ini menyebabkan Din tanpa hujung pangkal berang dengan Hambali Abdul Latif, Pegawai Penyelidik Kanan kepada Menteri Besar?
Apakah Hambali yang mengatakan sedemikian hingga Din ‘mengamuk’ kerana tulisan-tulisan mengenai diri beliau?
Hambali sudah menegaskan beliau bukan penulis buku ini tetapi Zainal Yusof.
Dan bab mengenai Din ini pula ditulis oleh Wan Yusof Hj Wan Ngah….siapa pula orang ini?
Jangan pula saya disabitkan dengan tulisan ini.
Apapun, bacalah entri ini untuk mengetahui dan mengenali lebih mendalam mengenai Din.
Harapan ialah apabila mengenali Din fahamlah kita kenapa dia marah sangat dan tidak semena-mena, Hambali menjadi mangsa.
Silakan baca entri ini daripada http://bypass308.blogspot.com
Anak Bukit Besi : Terima kasih kerana mengenali sejarah…
Oleh Wan Yusof Hj Wan Ngah (Wednesday, 23 September 2009) Ketika ada pihak yang tidak suka apabila saya menulis sesuatu mengenai kemelut politik Terengganu, kononnya jangan diungkit perkara-perkara lama kerana suasana sudah menjadi tenang sekarang – ekoran dari keinginan enam dari sepuluh ADUN yang sebelum ini menentang, kini sudah mahu bersama! Namun, sukalah saya menegaskan di sini, apa yang saya tulis adalah sejarah.
Apabila disebut sejarah, ia adalah fakta. Perlukah saya menyorokkan fakta hanya kerana mahu menjaga hati seorang dua penulis yang merasakan, yang sudah-sudah itu, biarkanlah ia berlalu begitu sahaja, bersama-sama helaian kalendar yang dikoyakkan apabila berlalu hari-hari.
Kalau tidak silap saya, bekas Perdana Menteri (PM), Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berkata; “memaafkan boleh, melupakan tidak.” Kata-kata ini samalah dengan makna peribahasa Melayu, walaupun sembuh lukanya, tetapi parut tetap ada. Parut itulah yang mengingatkan. Amat bahaya, jika genarasi kini tidak mahu belajar dari sejarah kerana tanpa dulu, mana mungkin ada sekarang.
Jika ‘Anak Bukit Besi’ menulis dan mengulas panjang lebar mengenai ‘sejarah’ Datuk Din Adam dalam politik cawangan dan bahagian di Bukit Besi dan Dungun, jangan sesiapa marah kepada ‘Anak Bukit Besi’ kerana dia belajar dari sejarah dan dia ingin kita semua ingat mengingati antara satu sama lain. Di bawah ini, saya petik sepenuhnya komen dari ‘Anak Bukit Besi’ untuk kita amat-amati dengan teliti dan halusi apa yang tersirat selain dari yang tersurat.
Tidak mengapa kepada sesiapa yang mahu melupakan sejarah hitam seseorang, kerana itu sifat terpuji tetapi bagi mereka yang tidak dapat melupakannya, walaupun boleh memaafkan, jangan kita serang mereka. Kata orang, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Seperti beberapa nama yang disebut oleh Anak Bukit Besi seperti Tuan Haji Taib dan bekas YB Datuk Awang Jabar, mereka tentunya menanggung kepedihan yang amat sangat atas perbuatan Din Adam kepada mereka dan penyokong-penyokong mereka.
Bagi mereka yang tidak terkena dengan perbuatan ini, mereka akan memberi nasihat, cukuplah, sabarlah, ada hikmah semua itu…tetapi kalau terkena diri mereka, mereka juga tahu sedih dengan perbuatan orang terhadap diri mereka. Sebagai manusia, kita memang ada perasaan suka, sedih, hiba, gembira, marah dan sebagainya. Pelik sangatlah kalau sebagai manusia, kita tidak marah, tidak sedih dan tidak duka apabila dianiaya orang.
Pelik juga sebagai manusia, kita tidak suka apabila menerima hadiah, menerima puji-pujian dan menerima khabar gembira. Kalau semua perasaan ini sudah tidak ada, kita kena berjumpa dengan pakar psikologi, buat check-up, kalau-kalau kita sudah tidak normal lagi. Dalam kes di Terengganu, jika Menteri Besar Datuk Ahmad Said tidak berasa apa-apa atas perbuatan mereka yang memboikot persidangan DUN dan mereka yang memfitnahnya di merata tempat termasuk di depan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin… rasanya beliau seorang pemimpin yang luar biasa dianugerahkan Allah kelebihan kepadanya. Terima kasih ‘Anak Bukit Besi’ kerana sejarah sebenarnya adalah guru yang terbaik buat kita mengharungi hidup ini. Bacalah komen Anak Bukit Besi di bawah tanpa sebarang perubahan:
anak bukit besi berkata...
Hendak kenal siapa Din Adam? Bertanyalah kepada pejuang2 dan ahli2 UMNO yang pernah suatu ketika dahulu membawanya ke persada politik tanahair. Hendak kenal Din Adam? Bertanyalah kepada ahli2 UMNO di Bukit Besi...tanyakan kepada mereka siapakah Din Adam ini.
Nescaya jawapan yang terpacul adalah senada di antara satu sama lain..sangat2 negatif. Tanyakan kpd Haji Taib bagaimana Din Adam menjatuhkan beliau sebagai Ketua Umno yang juga merupakan pengasas UMNO di Bukit Besi. Tanyakan juga kpd bekas YB Adun B.Besi (Datuk) Ustaz Awang Jaabar bagaimana liciknya dan khianatnya Din Adam membentes dan menghenyak Ustaz Awang Jaabar sehingga tersungkur di medan politik.
Tanyakan juga kpd 67 orang ahli UMNO yg tidak diberi Dana Raya tahun lepas kerana bangun tidak bersetuju dengan Din Adam sewaktu Mesyuarat Agung Cawangan sedangkan mereka tergolong dalam (golongan) org2 miskin dan daif. Tanyakan kepada Roslan Taib apa yang ditawarkan oleh Din Adam ketika Roslan ingin menentang Din secara demokrasi sebagai Ketua Cawangan B.Besi.
Tanyakan juga kpd org2 B.Besi mengapa Din Adam mendirikan banglo jutaan ringgit di Gong Badak bukan di Bukit Besi? Tanyakan kpd Din Adam ke manakah hasil lombong yg dibawa keluar dari bumi B.Besi selama hampir 8 tahun sehingga org2 B.Besi sedikitpun tidak merasa nikmatnya sedangkan Din Adam adalah Ahli Lembaga Pengarah Tabung Warisan. Tanyakan juga kpd Din Adam ke manakah perginya wang Org Kurang Upaya puluhan ribu ringgit yg laporan auditnya tercatat penyelewengan yang nyata. Tanyakan kpd Din Adam bagaimana seorg ‘teknisyen’ rendah dalam sekelip mata mampu mengumpul kekayaan walau baru sepenggal menjadi YB? Tanyakan juga org2 UMNO Durian Mas mengapa memakai sebelah selipar ketika PRU-12 undi hanya untuk UMNO Parlimen tetapi tidak DUN B.Besi?
Tanyalah dan terus bertanya dan akhirnya akan ketemu jawapan siapakah Din Adam yang sebenarnya.... Usah bertanya kepada ‘ternakannya’ si Mubin JAM (Abdul Mubin Ismail, bekas pembantunya di Pejabat Exco Belia dan Sukan Terengganu dahulu). Nescaya kebodohan melanda diri..kerana Din Adam pantang ada org yang lebih pandai darinya. Andai masih juga belum ketemu jawapannya, cubalah bertanya kpd YB Datuk Rosol siapa kawan siapa lawan. Insya Allah YB Adun Ajil ada jawapannya.
Daripada www.citra-bangsa.blogspot.com
Saturday, April 10, 2010
Pusat Akuatik MBKT – kerajaan negeri tunggu laporan
Gambar Fail – Ahmad Said ketika melawat pusat itu tahun lalu.
Kerajaan Terengganu akan meminta laporan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung pembaikan Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) berikutan beberapa bahagian kolam renang itu rosak dan berkarat.
Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata sehingga ini beliau tidak dimaklumkan mengenai perkembangan terbaru mengenai kolam renang berkenaan sama ada ia telah dibaiki atau sebaliknya.
Pusat Akuatik MBKT berharga RM18 juta dibina kerajaan Terengganu untuk acara renang Sukan Malaysia (Sukma) 2008, bagaimanapun ditutup selepas setahun siap dibina kerana didapati banyak bahagian yang bocor dan berkarat.
Pada Julai tahun lepas Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor ketika membuat tinjauan ke pusat itu berkata kualiti pusat akuatik itu tidak mencapai tahap yang ditetapkan menyebabkan ia tidak dapat berfungsi dengan baik.
"Saya akan minta laporan daripada JKR secepat mungkin untuk mengetahui mengenai perkembangan kolam renang itu sama ada ia telah dibaiki atau bagaimana.
"Saya difahamkan kolam renang itu masih lagi dalam tempoh pengurusan pihak kontraktor," katanya.
Beliau menyatakan perkara itu selepas melancarkan program Kelas Tamayyuz dan anugerah pelajar cemerlang Sekolah Menengah Agama Marang yang turut dihadiri Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail.
Bernama yang membuat tinjauan di Pusat Akuatik itu, mendapati kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan di bawah pengawasan MBKT .
Din Adam…Kenapa Melatah?
Oleh Zamzuri Damanhuri (http://citra-bangsa.blogspot.com/)
Khamis 08 April 2010
SAYA membaca ‘posting’ Hambali Abd Latiff dalam blognya http://hambali1.blogspot.com terbaru bertajuk DIN ADAM UGUT SAYA… ekoran terbitnya buku KEMELUT POLITIK TERENGGANU.
Kenapa melatah? Dalam politik Terengganu terkini, Din Adam sepatutnya sedar kekecohan yang menyebabkan timbul kemelut berpunca dari dia dan kawan-kawannya yang digelar 10 Budak Hitam.
Mustahil Din Adam lupa bagaimana dia mendedahkan segala dakwaan dan fitnahnya terhadap YAB Datuk Ahmad Said di depan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, di Pejabat Menteri Dalam Negeri, ketika pertemuan semua ADUN BN Terengganu dengan Hishammuddin.
Ketika upacara memalukan YAB Datuk Ahmad Said dibuat oleh Din Adam, bossnya, Datuk Seri Idris Jusoh ada sama.
Ada Datuk Ahmad Said menjawab segala tuduhan dan fitnah Din ketika itu? Din sepatutnya sedar, ketika dia buat perkara-perkara buruk yang boleh menyebabkan Datuk Ahmad Said malu, jatuh air muka dan tersinggung, tidak pula Datuk Ahmad Said menyerang Din Adam macam mana Din Adam menyerang Hambali Abd Latiff.
Sepatutnya, Din mentelaah buku KEMELUT POLITIK TERENGGANU itu secara berhati-hati dan buat pertimbangan…apakah benar apa yang ditulis di dalam buku itu atau semuanya tidak benar sama sekali.
Betul ke dakwaan sesetengah pihak, Din Adam antara orang yang awal ditawarkan jawatan Exco oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said tetapi Din menolaknya. Dia bukan menjawab perlawaan itu terus kepada Datuk Ahmad Said sebaliknya mengirim pesan menolak perlawaan itu melalui pihak ketiga.
Bukankan ini perbuatan seorang yang biadap? Datuk Ahmad Said dilantik menjadi MB Terengganu bukan atas kehendak dirinya tetapi atas rasa tanggungjawabnya kepada Negeri Terengganu dan orang-orang Melayu dan seluruh rakyat Terengganu yang memerlukan pemimpin yang mesra rakyat, mudah didekati dan mengambil berat masalah kemiskinan rakyat jelata.
Seperti yang diucapnya berkali-kali, beliau juga berasal dari keluarga miskin yang tentunya dapat merasai erti kemiskinan yang sebenarnya.
Din Adam sepatunya turut melayari blog budaknya, Abd Mubin Ismail di http://jaranganakmelayu.blogspot.com yang terus menerus menulis untuk mengutuk, menghina, mengejek dan memperendah-rendah kepimpinan YAB Datuk Ahmad Said. Pernah kita dengar cerita ada mana-mana wakil rakyat (ADUN) yang dikatakan bersama-sama Datuk Ahmad Said pergi menggugut Abd Mubin Ismail, budak Din Adam ini?
Sebagai seorang yang waras, sesiapa sahaja yang membaca tulisan Abdul Mubin Ismail akan dapat merasakan bahawa ‘budak ini kurang seposen, seringgit’ tetapi dia bebas terus menyerang kepimpinan Datuk Ahmad Said.
Sebagai salah seorang penulis yang menyumbang tulisan ke blog http://citra-bangsa.blogspot.com, saya juga sependapat dengan Saudara Hambali Abd Latiff yang berasa bangga apabila tulisan saya juga antara tulisan yang diambil oleh Saudara Zainal Yusof untuk dimasukkan ke dalam buku KEMELUT POLITIK TERENGGANU.
Saya juga difahamkan, buku KEMELUT POLITIK TERENGGANU terpaksa diulang cetak dalam tempoh sebulan berada di pasaran kerana laris jualannya.
Kepada Saudara Zainal Yusof, saya mengharapkan saudara tampil memperkenalkan diri kepada Din Adam yang tidak senang duduk dan tidak lena tidurnya sejak buku ini menemui pembaca di Terengganu.
Cerita Din Adam tidak mengiktiraf YAB Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu, sekaligus tidak menerima perlantikan DYMM Sultan Terengganu memang menjadi cerita besar di Terengganu suatu ketika dahulu.
Ada juga cerita dari mulut ke mulut yang didengar, pihak Istana Terengganu sudah bersedia menerima semula bintang ‘Dato’ yang Din terima jika Din sudah tidak mahu lagi mengikhtiraf Istana Terengganu dan kuasa yang ada di dalam isu perlantikan Menteri Besar.
Walaupun Din kini sudah tidak berjawatan di dalam Umno Bahagian Dungun, khabarnya Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein tetap mahu melantiknya menjadi Pegawai Khas kepada Menteri Dalam Negeri.
Suatu ketika dahulu, heboh cerita Din Adam akan dilantik menjadi Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu menggantikan Datuk Dr. Rosli Mat Hassan.
Nasib baiklah doa ahli-ahli Umno Terengganu supaya perkara perlantikan Din Adam itu tidak terjadi kerana Din adalah orang yang kalah jawatan Ketua Bahagian di tangan Datuk Dr. Rosli.
Din juga diceritakan oleh mereka yang mengenalinya di Bukit Besi bercita-cita mahu menjadi MB Terengganu. Apabila dia menolak jawatan Exco yang ditawarkan oleh YAB Datuk Ahmad Said, dia merasakan dia adalah layak untuk jawatan MB dan bukan Exco.
Dulu, ketika bumbung stadium runtuh ada cerita mengatakan SPRM berminat untuk berjumpa dengan tiga orang penting dalam era kepimpinan Idris Jusoh. Antara nama yang disebut-sebut oleh media itu ialah Din Adam.
Sejauh mana kebenaran cerita itu, tidak pula diketahui tetapi apabila Din Adam sudah mula menyerang Hambali Abd Latiff ketika sidang DUN awal April lalu, membuktikan Din ini jenis gedebe juga.
Agaknya Idris Jusoh memang suka berkawan dengan ‘gedebe’ hingga ada ‘gedebe’ yang berseluar pendek mengiringi Idris ke Dewan Undangan Negeri tahun lalu, ketika heboh cerita pemboikotan sidang DUN.
Saya akan menulis lagi selepas ini walaupun terpaksa berdepan dengan ugutan kerana saya juga seperti Hambali Abd Latiff, tidak akan berganjak dari mempertahankan kebenaran walaupun digelar penulis upahan dan sebagainya.
Memetik kata-kata Zainal Yusof dalam tulisannya, yang menyerang Datuk Ahmad Said tidak pula digelar ada penaja di belakangnya tetapi yang mempertahankan Datuk Ahmad Said pula digelar dan diserang habis-habisan.
Hairan dunia ini…mengkritik kerajaan dianggap hero, mempertahankan kerajaan dianggap pengampu!
Tunggu apa komen Abdul Mubin Ismail, budak yang pernah menjadi PA Din Adam.

Caruman KWSP boleh diguna untuk baiki rumah terbakar
Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh mengeluarkan wang simpanan masing-masing untuk membina semula rumah mereka yang musnah dalam kebakaran, kata Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussein.
Beliau berkata, bagi yang memenuhi segala syarat yang diperlukan, mereka akan memperolehi wang berkenaan dalam tempoh 10 hari selepas mengemukakan permohonan bagi mendapatkannya.
"Antara syarat utama adalah mendapat pengesahan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat serta polis,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kandis, Bachok semalam.
Beliau berkata, selain itu mereka juga dikehendaki mengemukakan gambar kebakaran rumah mereka kepada kedua-dua pasukan itu yang berdekatan untuk membolehkan penilaian jumlah yang sepatutnya dapat dikeluarkan.
Awang berkata, bagaimanapun pengeluaran yang layak bergantung kepada simpanan yang ada dalam akaun kedua, manakala wang yang ada dalam akaun pertama tidak boleh dikeluarkan kerana ia khusus untuk simpanan di hari tua.

Bank Islam buka satu lagi cawangan di Terengganu
Pengurus Besar Perhubungan Strategik Bank Islam Datuk Wan Ismail Wan Yusoh berkata berikutan sambutan menggalakkan yang diterima, satu lagi cawangan Bank Islam akan dibuka di Terengganu, Julai ini.
"Ia akan menjadikan jumlah cawangan Bank Islam di Terengganu kepada lima buah.
Cawangan baru ini akan dibuka di pasaraya Giant, Jalan Hiliran, dekat sini yang diharap dapat mengurangkan kesesakan di empat cawangan sedia ada," katanya.
Selain Terengganu, institusi kewangan yang merupakan anak syarikat kepada BIMB Holdings Bhd dan ditubuhkan sebagai bank Islam pertama di negara ini, mempunyai 100 cawangan dan lebih 750 terminal layan diri di seluruh negara.
Sehingga kini, Bank Islam menawarkan lebih daripada 50 produk dan perkhidmatan perbankan berlandaskan Syariah untuk memenuhi keperluan umat Islam dan juga bukan Islam.
Wan Ismail sebelum itu menyampaikan sumbangan berjumlah RM120,000 dan 1,400 Al Quran kepada penduduk miskin dan organisasi, menerusi program tanggung jawab korporat yang dikenali sebagai Amal Jariah@Waqaf Al-Quran.
Sumbangan Amal Jariah itu membabitkan 0.3 peratus daripada urus niaga kad kredit pelanggan bank semasa Ramadan tahun lepas, manakala Al-Quran yang diwaqafkan itu hasil sumbangan peribadi pemegang kad Bank Islam.
Sejumlah RM5.5 juta diperuntukkan oleh Bank Islam untuk program tanggung jawab korporat tahun ini.
Penolong Pengurus Besar Pusat Kad bank itu, Muhammad Izmir Chan Abdullah pula berkata kad Kredit Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) masih menjadi pilihan pengguna walau pun kerajaan telah memperkenalkan cukai perkhidmatan kad kredit sebanyak RM50 setahun untuk kad kredit utama, kad caj dan kad yang diberikan percuma serta RM25 setahun untuk kad kredit tambahan.
Katanya, penggunaannya hingga kini masih lagi mencatat pertumbuhan positif.
"Penggunaan kad kredit Bank Islam secara puratanya mencecah RM70 juta sebulan, dan sehingga kini kita mempunyai kira-kira 500,000 pemegang kad sejak ia diperkenalkan lapan tahun lalu," katanya semalam.
Turut hadir ialah pengurus Kawasan Timur Wan Rosita Wan Mohamed.

Friday, April 9, 2010
DIN ADAM UGUT PEGAWAI MB?
Benarkah bekas Exco Kerajaan Negeri yang juga ADUN Barisan Nasional Bukit Besi, Datuk Din Adam mengugut Pegawai Penyelidik Kanan Menteri Besar Terengganu?
Membaca entri dalam www.hambali1.blogspot.com menunjukkan ada beberapa perkara yang nyata kata-kata Din kepada pegawai berkenaan mempunyai unsur-unsur memberI amaran dan mengugut.
Perkataan ‘jaga-jaga sikit…’ walaupun ringkas mendatangkan banyak makna. Apakah Din tersilap orang untuk diberikan amaran?
Ia gara-gara buku Kemelut Politik Terengganu yang dihasilkan penulis Zainal Yusuf. Sebenarnya identiti sebenar Zainal ini sedang diperkatakan. Zainal itu rupa-rupanya nama samaran.
Yang menariknya, bukan sekadar Zainal menjadi polimik tetapi siapa yang mensponsorkan penerbitan dan pengedaran buku ini juga hangat diperkatakan di Terengganu.
Nama bekas Setiausaha Kerja UMNO Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan (Ketua UMNO Bahagian Dungun)n turut dikaitkan!
Tidak diketahui pula sama ada Din mengesyaki pegawai Menteri Besar itu yang juga pernah menghadilkan buku politik dan akademik sebagai Zainal.
Bagaimanapun dalam blog Zainal semalam, penulis itu turut memperkatakan isu identiti ini. Melalui blog www.citra-bangsa.blogspot.com, Zainal berkata penulis tidak penting sama ada dia dari Melaka atau Terengganu. Yang penting apa kandungan buku itu.
Sedangkan Pegawai Menteri Besar itu mempunyai blognya sendiri yang beralamat www.hambali1.blogspot.com
Oleh kerana kes ini belum begitu jelas, adalah elok membaca semula apa yang ditulis oleh pegawai berkenaan melalui blognya.
Diperturunkan keseluruhan entri semalam:
DIN ADAM UGUT SAYA....
Hari ini saya dikejutkan oleh pertemuan sulung dengan bekas Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Din Adam yang bukan menyambut pertemuan dengan salam tetapi dengan ugutan.
“You Hambali? Jaga-jaga sikit.....” tegur beliau.
“Kenapa?” Tanya saya kepada Ahli Dewan Undangan Barisan Nasional (BN) Bukit Besi.
“Buku Kemelut Politik Terengganu..Jaga-jaga sikit,” balas Din.
“Bukan saya tulis buku itu. Saya pun tak kenal penulisnya. Saya hanya tahu nama penulis Zainal Yusuf, “ balas saya.
Zainal banyak juga memetik entri daripada blog saya ini untuk bahan blognya. Itu pilihan dan kebebasannya. Saya turut gembira apabila tulisan saya diiktiraf atau dihormati.
Tanpa mengendahkan jawapan saya, Din sebelum berlalu memasuki Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sedang bersidang memberi amaran “Jaga-jaga sikit”
Kejadian yang berlalu begitu cepat tidak disaksikan manusia. Allah melihatnya. Waktu itu kira-kira jam 11.52 minit pagi.
Nada Din memang serius. Saya terpinga-pingga. Saya kemudian memasuki persidangan DUN. Ketika itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Yahya Khatib Mohamad, sedang menggulung.
Saya terfikir-fikir, apakah Din merasakan saya penulis buku berkenaan? Atau apakah kerana ada petikan-petikan membabitkan tulisan saya menyebabkan Din marah?
Tajuk-tajuk seperti ‘Din Adam Nak Hishamuddin Gantikan MB Terengganu’, ‘Antara Din dan Rosol – Siapa Ketua Geng 10’, ‘Din Adam...Dapat banyak jawatan sekarang’ memanglah menjadikannya bengang. Tetapi kenapa bengang itu dilepaskan kepada saya.
Apapun, Din silap kerana mengugut saya sedemikian. Mulanya saya mahu membuat laporan polis tetapi fikirkan orang politik dan Din bukan bukan ‘sehebat mana’ - tak apalah.
Cuma Din mungkin merasakan dia besar dan berkuasa untuk mengugut saya sedemikian.
Tapi bagi saya walaupun saya manusia kecil – penulis dan bekas wartawan – Din jangan cuba main kotor.
Saya pantang kalau orang memburukkan empat orang ini – Yang DiPertuan Agong, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Datuk Ahmad Said.
Kenapa selepas saya berhenti kerja dengan ntv7 pada 1998, saya bersetuju kerja di belakang tabir di Ibu Pejabat UMNO untuk menahan serangan ‘reformasi’?
Kerana saya sayangkan UMNO dan Dr Mahathir yang saya ‘kenali’ sejak 1983 (ketika mula bekerja dengan Berita Harian). Saya menyanjunginya dan banyak belaajar ketika meliputi sidang antarabangsa di luar negara yang Dr Mahathir hadiri sebagai Perdana Menteri atau juga peserta.
Najib? Saya berhubung dengan beliau sejak 1983 ketika beliau masih lagi Menteri Besar Pahang dan kemudian Menteri Belia dan Sukan. Tidak tahulah sama ada Najib ingat atau tidak tetapi saya turut menyumbangkan tenaga kerdil saya ketika beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Pendidikan.
Dengan kata lain, dalam setiap perkara – termasuk kesediaannya bertanding Presiden UMNO – saya menyokongnya. Walaupun saya bukan perwakilan UMNO tetapi saya tetap ahli UMNO yang tidak pernah belot.
Apabila di Pejabat UMNO, kami agak ‘rapat’ kerana ketika itu beliau sudah menjadi Naib Presiden, malah beliaulah orang pertama membisikkan kepada saya bahawa saya akan dilantik sebagai Pengarang Wawasan Merdeka – akhbar rasmi UMNO antara tahun 2000-2002.
Kalau Din merasakan dengan memberi amaran kepada saya untuk saya tidak mempertahankan Ahmad Said dalam kelemut politik Terengganu, Din silap. Din tersasar!
Apa cara sekali pun selagi Ahmad Said tidak membuat silap, saya akan pertahankannya.
Saya terima jawatan ditawarkan Ahmad Said kerana saya kesian beliau ‘bersaorangan’ selepas menjadi Menteri Besar. Sejarah menunjukkan beliau tersepit antara titah pihak istana dengan UMNO – parti yang dia sertai dan memikul pula tanggungjawab kerana jawatan penting iaitu Ketua Bahagian Kemaman.
Apabila beliau dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri tugasnya semakin mencabar.
Bukan sekadar itu – Din dan rakan-rakannya yang tidak puas hati Ahmad Said dilantik menganggu-gugat pentadbiran Ahmad Said.
Daripada isu sms Ugut Bunuh, hinggalah sindrom bisu di sidang DUN dan ‘serang-menyerang sesama sendiri’ pada sidang DUN akhir 2009.
Lupakah Din, adalah antara orang pertama yang ditawarkan semula sebagai Exco dalam kerajaan pimpinan Ahmad Said? Bukan Ahmad Said tidak tawarkan tapi dia tolak sebab setia dengan Datuk Seri Idris Jusoh.
Kebetulan Yang DiPertuan Agong sebagai ‘pelindung rakyat dan agama Islam’ adalah orang yang bertanggungjawab memilih Ahmad Said, saya tidak rela rakyat Terengganu sendiri mencerca Rajanya.
Saya yang dianggap sebagai ‘bukan rakyat Terengganu’ oleh budak-budak suruhan Din Adam – Abdul Mubin Ismail (jarang anak Melayu) merasakan adalah tidak adil apabila Raja disamakan dengan ‘natang’.
Saya akui saya budak tingkat 16 Darul Iman walaupun pejabat saya bukan di tingkat 16. Namun untuk memburuk-burukkan kepimpinan ‘government of the day’, itu jauh sekali.
Ahmad Said perlu dibantu kerana dia adalah pemimpin dipilih oleh istana untuk rakyat. Selepas itu Majlis Tertinggi UMNO turut mengesahkan beliau sebagai Menteri Besar Terengganu yang sah. Apa masalah dengan you, Din?
Walaupun Ahmad Said bukan jenis pemimpin yang berbangga dengan sifat global atau bertaraf dunia, Menteri Besar Terengganu ‘anak tok penyadat’ ini meletakkan semua perkara pentingkan rakyat.
Memanglah tidak semua perkara perfect. Dr Mahathir yang dipuja dan dipuji itu ada kelemahan dan Nabi Muhammad s.a.w. pun tidak perfect terus. Kerana wahyu dan pertolongan Allah, Baginda mampu menjadi pemimpin umat Islam.
Ahmad Said sebagai manusia lagilah banyak kelemahan. Namun, apakah dengan wujudnya kelemahan itu selepas dilantik Menteri Besar, kita patut minta beliau diturunkan?
Apakah salah beliau? Rasuah, penyelewengan, pilih kasih? Tiada bukti. Yang banyak bukti di Terengganu ialah runtuh dan roboh. Ahmad Saidkah yang bertanggungjawab meluluskannya?
Tiada pembangunan – pembangunan apa? Apakah Terengganu mendapat sokongan dan bantuan sewajarnya? Hutang oleh Kerajaan Pusat pun tidak dibayar kepada Terengganu. Adilkah menuduh Ahmad Said lemah?
Mungkin Din melihat saya sebagai orang Ahmad Said dan berani pula dia memberi amaran kerana merasakan dia kini orang kuat Naib Presiden UMNO, Menteri Dalam Negeri dan Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu.
Kalau demikian, saya cabar Din supaya minta Hishamuddin mengarahkan Ahmad Said memecat saya jika tulisan saya ‘merosakkan UMNO Terengganu’.
Ayob Mamat, Presiden Kawat yang boleh bertukar jenaka dengan Hishamuddin di atas pentas ketika satu majlis penganugerahan di Hotel Primula tidak lama dahulu, pernah melabelkan saya sebagai tidak cerdik dan BODOHFUL.
Malah Ayob turut mengatakan komen saya mengenai UMNO Terengganu banyak ‘membinasakan’ daripada kebaikan.
Tidak mengapa, biarlah Ayob dengan kecerdikannya kerana dia sekolah tinggi!
Oleh kerana Din memang bersekongkol dengan Abdul Mubin dan Ayob bolehlah mencadangkan kepada Hishamuddin supaya mengambil tindakan terhadap saya kerana buku Kemelut Politik Terengganu itu.
Din boleh minta bosnya, Hishamuddin atau Najib sendiri untuk mengenakan tindakan terhadap saya.
Oleh kerana Din kini orang penting Hishamuddin, Din boleh arahkan sesiapa sahaja untuk siasat saya!
Perlu diingat – saya bukan jenis boleh digertak. Saya turun tangga Ibu Pejabat UMNO bukan kerana saya dipecat tetapi saya ‘benci’ dengan riaknya pemimpinan UMNO ketika itu selepas memang pilihan raya 1999.
Pada ketika UMNO - orang malu untuk menyebutnya pada 1999 - saya antara mereka yang bekerja keras dengan Dr Mahathir, Tun Abdullah Badawi, Najib, Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Mohd Yusof Nor, Tengku Adnan Tengku Mansor, Rosnah Majid dan beberapa yang lain memulihkan imej UMNO.
Pada 1999 dan 2000, imej UMNO merosot teruk berbanding sekarang. Namun sumbangan di belakang tabir orang tidak nampak.
Najib sendiri pun tidak atau sudah lupa. Apapun saya puas hati walaupun tidak ada terima kasih daripada orang seperti Tun Abdullah hatta Perdana Menteri hari ini – Najib.
Mengenai buku Kemelut Politik Terengganu – saya tegaskan sekali lagi, saya bukan penulisnya. Penulisanya ialah Zainal MYusof. Siapa Zainal ini?
Saya menulis hampir 10 buah buku dan tidak satu pun memakai nama samara, jadi kalau benar buku ini saya penulisnya, saya bangga menggunakan nama saya. Lagipun, nama saya ada sedikit komersilnya kerana pernah menghasilkan buku politik dan akademik.
Menurut biodata di laman web Zainal ini, beliau mengatakan bahawa beliau berpengalaman lebih dari 20 tahun dalam bidang penulisan dan pemberitaan. “Saya terlibat dalam dunia penulisan sukan, politik, rencana umum, buku politik,cerpen dan kisah-kisah misteri.” Berminat untuk berkongsi pengalaman dan pengamatan dalam perkembangan politik semasa dan terkini. “saya mengalu-alukan sumbangan bahan2 politik untuk disiarkan di blog saya.” Katanya dan meminta dihantar bahan berkenaan ke citra_bangsa@yahoo.com.
Lebih menarik, dalam satu blog hari ini, ada entri bertajuk “Buku Kemelut Politik Terengganu : Kenapa tuduh Pok Li?” Ia berkisar sekitar mencari Zainal Yusof sebenarnya?
Zainal Yusof yang menulis buku itu berkata: “SAYA menyiapkan buku Kemelut Politik Terengganu dalam masa enam bulan. Semua tulisan yang dikumpulkan untuk menjadikan ia sebuah buku sudah pernah tersiar dalam blog ini http://citra-bangsa.blogspot.com. Malangnya, apabila buku itu siap dan mula diedarkan, maka ada yang menuduh Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Dr. Rosli Mat Hassan sebagai penaja yang menyebabkan buku itu berada di pasaran.”
Kata Zainal, “Kenapa buat dosa kering? Kenapa orang kita suka memfitnah? Kenapa bila ada buku yang mempertahankan seorang Menteri Besar dari serangan bertubi-tubi, maka ia dianggap sebagai buku tajaan?”
Saya menyokong Zainal apabila beliau mengatakan: “Yang peliknya, bila ada penulis yang menggunakan blog mereka menyerang Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said secara terus menerus sejak YAB Datuk Ahmad diperkenankan pihak Istana Terengganu menjadi Menteri Besar - penulis, blogger dan blog itu tidak dituduh ada penaja di belakang mereka?”
Kata Zainal lagi, “Seorang kenalan memberitahu, ada usaha mengesan siapakah Zainal Yusof ini? Orang Melaka? Orang Terengganu? Atau orang Johor? Sebenarnya, isu di sini bukan siapa dan dari mana Zainal Yusof datang tetapi lihatlah apa yang terkandung dalam buku bertajuk Kemelut Politik Terengganu itu? Adakah ia salah? Adakah ia fitnah atau hanya cerita rekaan yang mahu merosakkan sesiapa?”
Mungkin Din sedang mengesan siapa penulisnya. Tetapi dengan memberikan amaran dan ugutan sedemikian, Din sudah beranggapan salah kepada saya.
Jika beginilah perangai Pembantu Khas kepada Datuk Hishamuddin, saya malu dan ingin bertanya bagaimana Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu boleh mengambil beliau?
Din juga sepanjang sidang DUN kali ini tidak aktif seperti sidang lepas yang jelas sengaja mahu menguji Ahmad Said dalam isu lombong bijih.
Pada ketika hampir semua bekas 10 Budak Hitam bersuara memberikan pandangan, Din nampaknya mahu meneruskan ‘sindrom bisunya’.
Dan hari ini, pada hari akhir sidang DUN, tiba-tiba Din buat hal dengan mengancam dan mengugut saya.
Apakah Din marah kerana ada bab ‘Din Adam nak Hishamuddin gantikan MB Terengganu?”
Kepada Din, lu pikirlah sendiri!
4/08/2010 07:07:00 PM | tag kemelut, politik, Terengganu | 0 Komen

FOKUS - Kerajaan Negeri mampu urus dua isu yang mahu dijadikan usul
Oleh Hambali Abdul Latiff
Dua usul PAS ditolak pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu selama empat hari berakhir semalam mempunyai sebab tersendiri.
Menteri Besar menjawab soalan wartawan di luar persidangan DUN yang berakhir semalam.
Walaupun dua usul berkenaan dilihat mustahak dan berkepentingan khusus, namun ia tidak mustahak untuk dibincangkan dengan segera.
Dua usul itu ialah royalti minyak dan masalah mengenai mat rempit di negeri itu.
Usul mengenai royalti minyak dibentangkan oleh Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk) di bawah peraturan Majlis Mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap DUN Terengganu.
Dr Syed Azman bangkit pada hari kedua persidangan memohon mencadangkan bahawa persidangan itu hendaklah ditangguhkan mengikut fasa berkenaan bagi membolehkan dewan merundingkan isu penarikan balik royalti minyak yang berpanjangan hampir 10 tahun.
Katanya penarikan royalti minyak oleh kerajaan pusat daripada kerajaan Terengganu itu merupakan satu pencabulan kepada prinsip demokrasi, konsep federalisma serta melanggar perlembagaan negara ini.
Usul masalah mat rempit pula dibawa Mohd Nor Hamzah (Pas-Bukit Payong) juga di bawah peraturan Majlis Mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap DUN Terengganu. Bagaimanapun kedua-dua usul ini ditolak oleh Speaker Datuk Tengku Putera Tengku Awang.
Menggulung perbahasan di akhir sidang itu, Menteri Besar Datuk Ahmad Said tidak menyebut secara khusus kedua-dua isu yang dianggap penting oleh PAS itu.
Mungkin Ahmad Said atau kerajaan negeri mempunyai sebab tersendiri untuk tidak melayan usul berkenaan.
Dalam konteks wang ehsan dan royalti, nampaknya kerajaan negeri memikirkan cara rundingan dengan Kerajaan Pusat dan Petronas lebih berkesan.
Kalaupun dibahas di DUN, ia tidak memberikan kesan apa-apa kerana Kerajaan Pusat lebih tahu dalam isu ini.
Lagipun hak kerajaan negeri juga tidak dinafikan langsung seperti yang dibentangkan dalam usul berkenaan. Selain itu, isu tuntutan royalti itu masih lagi kes mahkamah dan tuntutan masih dilakukan oleh kerajaan negeri terhadap kerajaan pusat, masih lagi belum ditarik balik dan masih berjalan.
Disamping itu, perundingan sama ada di peringkat kepimpinan atau pegawai antara kerajaan negeri dan pusat juga sentiasa terbuka dan tidak ada penyisihan sebagaimana usul yang dibacakan.
Sementara dalam konteks mat rempit, kerajaan negeri tahu untuk mengatasi masalah ini dan tidak perlu menangguhkan persidangan hanya kerana mahu membahas dan meluluskan usul PAS itu.
Ternyata dalam konteks wang royalti kerajaan negeri lebih tahu bagaimana ‘mahu mencari penyelesaian’ dengan kerajaan Pusat dan Petronas.
Ia tidak perlu dibahas atau dibincang pada persidangan DUN.
Sementara dalam konteks mat repit dan samseng jalanan, kerajaan negeri akan menubuhkan pasukan penguat kuasa khas melibatkan pelbagai agensi dalam usaha membanteras kegiatan samseng jalanan di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said berkata, jawatankuasa yang bakal dianggotai polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan pihak berkuasa tempatan itu akan mencari kaedah terbaik bagi mengatasi masalah berkenaan.
Menurut beliau, kerajaan negeri juga bersetuju untuk membiayai kos tertentu termasuk kerja lebih masa anggota pasukan penguat kuasa khas tersebut.
"Pasukan ini tidak akan mengira parti, malah kita alu-alukan juga pihak sebelah sana (PAS) turut sama. Pasukan ini akan berfungsi mencari kaedah paling sesuai dalam menangani masalah ini," katanya pada sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-12 semalam.
Gambar – Ahmad Said pernah turun padang melihat sendiri gelagat mat rempit sekitar Kuala Terengganu akhir tahun lalu – Gambar Suhaimi Ahmad
Beliau berkata, pihak pembangkang juga diminta turut sama menangani masalah itu dengan menyelitkan nasihat kepada golongan belia terlibat menerusi ceramah-ceramah mereka.
"Kita harap dalam ceramah-ceramah PAS nanti, boleh beritahu anak-anak muda ini jangan merempit, jangan berperangai macam samseng," ujarnya.
Beliau memberitahu, kerajaan negeri juga bercadang memasang kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa jalan utama dalam bandar di seluruh negeri bagi mengenal pasti mereka yang terlibat.
Katanya, kerajaan sedar masalah sosial yang turut melibatkan gadis sebagai minah rempit itu semakin kronik terutama di kawasan perindustrian.
"Mereka ini menunggang motosikal dengan cara seperti Superman, menggunakan motosikal kapcai atau skuter dan secara bergerombolan, yang menyusahkan pihak penguat kuasa untuk mengambil tindakan," ujarnya.

Terengganu Buka Tender Untuk Pembalakan Mulai Tahun Depan
Kerajaan Terengganu akan lebih selektif dalam mengeluarkan lesen balak, dan menimbang kemungkinan hanya pengusaha kilang kayu sahaja yang dibenarkan memohon bagi memastikan sumber hutan di negeri ini terkawal.
Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata sehubungan itu juga, pihaknya akan menghentikan pengeluaran lesen balak secara terus mulai Jun depan dan akan menggantikannya dengan kaedah tender bermula tahun depan.
Beliau juga menafikan dakwaan bahawa terlalu banyak lesen balak dikeluarkan kerajaan negeri sehingga harga komoditi itu jatuh, sejak beliau mengambil alih jawatan sebagai menteri besar.
Sebaliknya, katanya pengeluaran lesen pembalakan dihadkan dan hanya dikeluarkan di kawasan yang akan dijadikan empangan kedua di negeri ini.
"Tidak benar kalau nak kata seolah-olah pembahagian (lesen balak) banyak sangat sampai harga murah. Saya ada angka-angka jika ingin dibuat perbandingan bermula tahun 2003," katanya ketika menggulung perbahasan pada Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.
Beliau mengulangi perkara yang sama ketika diserbu wartawan di luar persidangan selepas tamat sidang empat hari tamat semalam.
Menurut beliau, pada 2003 sebanyak 33,916 hektar kawasan balak diluluskan, 2004 (15,698 hektar), 2005 (13,369 hektar), 2006 (12,406 hektar) dan 2007 (14,424.78 hektar).
"Pada tahun 2008 saya tak keluar satu pun lesen balak masa mula mengambil alih jawatan Menteri Besar. Pada tahun 2009 baru saya keluar lesen iaitu seluas 6,794.24 hektar, tahun 2010 sebanyak 2,845.12 hektar, ini pun kerana kawasan itu terlibat dengan pembinaan empangan kedua yang terpaksa kita tebang," katanya menjelaskan angka-angka berkenaan diberi oleh Jabatan Perhutanan negeri.
Katanya dakwaan sesetengah pihak dalam dewan menyatakan terlalu banyak balak ditebang sehingga harga sumber hutan itu jatuh juga tidak tepat.
"Harganya bergantung kepada pasaran, sekarang ni orang tak ada duit. Yang ada duit saja boleh beli balak ni, sebab itulah pembeli yang tak ramai ni boleh kawal harga. Saya tidak ada apa yang saya nak lindungi," katanya.
Sidang DUN Terengganu yang berakhir hari ini ditangguhkan sehingga tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Terengganu Henti Bina Hotel Taraf Rendah Di Pulau Redang
Pulau Redang, yang telah diiktiraf sebagai salah sebuah daripada 10 pulau terindah di dunia akan dijadikan sebagai destinasi pelancongan mewah.
Menurut Menteri Besar Datuk Ahmad Said, dengan kedudukan itu Pulau Redang hanya akan mengalu-alukan kedatangan pengunjung berkemampuan tinggi
Beliau berkata sehubungan itu kerajaan negeri hanya akan membenarkan pembinaan hotel yang bertaraf sekurang-kurangnya lima bintang di pulau berkenaan.
"Kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan kepada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu supaya tidak lagi melaksanakan pembangunan hotel bertaraf rendah.
"Langkah ini akan membantu untuk mengawal kedatangan pengunjung yang terlalu ramai sehingga menjejaskan alam sekitar di Pulau Redang," katanya selepas persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, yang berakhir semalam.
Ahmad Said berkata alam sekitar di pulau berkenaan kini semakin terjejas ekoran kedatangan pelancong yang ramai.
"Kita juga mahu hadkan kehadiran pelancong terutama pelancong tempatan ke situ. Kalau pelancong datang terlalu ramai, ia akan turut memusnahkan karang laut yang terdapat di sana," kata beliau.

Ibu Tunggal 10 Anak Terharu Dapat Rumah
Seorang ibu tunggal semalam menitiskan air mata kegembiraan kerana menerima rumah percuma menerusi program Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Seberang Takir.
Fatimah Abdul Wahab, 55, yang mempunyai 10 orang anak berumur antara 14 dan 36 tahun, kini tinggal di rumah yang dibina di atas tanah orang perseorangan di Kampung Seberang Takir.
"Sudah sekian lama saya berendam air mata apabila tuan tanah mengarahkan saya anak beranak supaya berpindah ke tempat lain. Mahkamah juga mengarahkan 60 keluarga yang tinggal di tanah itu mengosongkannya segera," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian kunci rumah PPRT .
Penyerahan itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankausa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Pada majlis itu enam orang menerima rumah PPRT manakala sembilan orang lagi akan diberikan tanah lot untuk didirikan rumah kediaman.
Ramli Ismail, 54, seorang lagi penerima bantuan itu berkata, beliau berterima kasih kepada kerajaan yang begitu perihatin kepada nasib rakyat miskin sepertinya.

Pelajar Universiti Terengganu Buat Praktikal Di Atas Kapal Dagang
Seramai 13 pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan membuat praktikal di atas sebuah kapal dagang negara ini selama tiga bulan dengan mengelilingi dunia.
Mereka merupakan pelajar sulung dari Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marin UMT.
Ini boleh disifatkan sebagai sejarah kepada UMT, kerana ia merupakan institusi pengajian tinggi pertama negara ini yang menghantar pelajar menjalani latihan industri sebagai pelaut di atas kapal dagang.
"Mereka yang merupakan pelajar tahun akhir akan mula belayar pada 18 April ini," kata dekan fakulti berkenaan, Prof Madya Datuk Dr Saharuddin Abdul Hamid.
Kesemua pelajar tersebut telah lulus pelbagai ujian yang dijalani sebelum ini termasuk ujian fizikal sebelum dipilih untuk berlatih di atas kapal, katanya.
Fakulti tersebut kini memiliki 85 orang pelajar di bawah kursus Sarjana Muda Sains Nautika dan Pengangkutan Maritim.

Naza World of Bikes di Kuala Terengganu
Naza Group of Companies akan melabur lebih RM25 juta untuk membuka pusat jualan dan lepas jualan sehenti "Naza World of Bikes" di seluruh negara.
Pusat perkhidmatan jualan dan selepas jualan itu akan menyediakan perkhidmatan bagi semua motosikal yang dijual di bawah jenama Naza di bawah satu bumbung.
Cawangan yang pertama akan dibuka di Pulau Pinang manakala cawangan di Kuala Terengganu dan Kuantan akan dibuka tidak lama lagi," katanya selepas prebiu media dan pelancaran motosikal sport Ducati Hypermotard 796 di Kuala Lumpur.
Naib Presiden Eksekutif Operasi Datuk SM Zulkifli SM Amin berkata syarikat itu menyasar untuk membuka sekurang-kurang satu pusat di setiap negeri dan lima cawangan di Lembah Klang menjelang suku pertama tahun depan.
"Setiap cawangan akan menelan belanja lebih kurang RM2 juta bergantung kepada lokasi dan nilai tanah.
Mengenai rangkaian jenis motosikal Ducati, SM Zulkifli berkata Next Bike Sdn Bhd, iaitu syarikat di bawah payung Naza yang mengendalikan jualan motosikal Ducati, menyasar untuk menjual 160 motosikal Ducati tahun ini berbanding 92 unit yang dijual tahun lepas walaupun kemelesetan ekonomi.
"Kami yakin akan mencapai sasaran tahun ini kerana kami menjual 52 unit pada suku pertama tahun ini.
"Kami bukan sahaja terkenal kerana menjual motosikal tetapi bagi menangani masalah yang timbul selepas jualan," katanya.
Next Bike menjual motosikal jenama Ducati sejak 2004 dan setakat ini 800 unit telah dijual.
SM Zulkifli berkata syarikat itu telah pun memesan dan memperoleh 22 unit motosikal berkuasa tinggi dari ibu pejabat Ducati.
Ducati Hypermotard 796 yang mempunyai kuasa 81 kuasa kuda dijual pada harga RM79, 000 atas jalan.

Felda Diminta Segera Masukkan Peneroka Baru Di Terengganu
Kerajaan Terengganu menggesa Felda supaya segera memasukkan peserta baru yang terdiri daripada rakyat tempatan di kawasan yang belum dimasukkan peneroka di negeri ini.
Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata sehingga 31 Dis 1997, sebanyak 15,132.87 hektar tanah dimajukan oleh Felda secara ladang komersial tanpa dimasukkan peneroka manakala sebanyak 2,840 tanah yang diberikan kepada agensi itu masih belum dimajukan.
"Ia masih lagi dirunding kerajaan negeri dan Felda. Kira-kira 3,000 peneroka baru terdiri daripada rakyat negeri ini boleh ditempatkan di 15,132 hektar tanah tersebut, namun sehingga kini ia masih belum dilaksanakan Felda.
"Kita harap pengambilan peserta ini boleh dilakukan segera bagi membantu membasmi kemiskinan di kalangan penduduk negeri ini," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (PAS-Ladang) pada sesi soal jawab Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-12 semalam.
Menurut beliau, Felda juga dituntut supaya menyerahkan sejumlah peratusan daripada hasil keuntungan perladangan daripada tanah yang dimajukan kepada kerajaan negeri.
"Soal pengambilan peserta dan bayaran premium tanah ini masih belum mencapai kata sepakat walaupun perbincangan sebanyak dua kali diadakan antara kedua-dua pihak," katanya.
Katanya sehingga kini Terengganu satu-satunya negeri yang tidak menerima bayaran premium daripada Felda.
"Sebelum ini Felda pernah mengeluarkan cek pembayaran premium semasa pentabiran bekas Menteri Besar Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dan Datuk Seri Idris Jusoh namun ditolak kerajaan negeri. Ia ditolak kerana mahu Felda mengambil peserta baru daripada kalangan miskin tegar, ibu tunggal dan sebagainya," katanya.
Menurut beliau, tiada tanah yang diberi kepada Felda untuk dimajukan dari 1990 hingga Mac 2010 dan dalam tempat tersebut juga tiada pengambilan peneroka baru dibuat.

Thursday, April 8, 2010
FOKUS – PAS sokong Kerajaan Negeri tuntut royalty minyak
Oleh Hambali Abdul Latiff
Ahmad Said memperkatakan sesuatu sehinggakan Wahid Endut dan Datuk Seri Hadi Awang begitu berminat mendengar. Apakah isu royalti minyak diperbualkan mereka?
Memang tepatlah seperti dijangka apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu kali ke 12 yang dirasmikan sidangnya Isnin lalu terus bergema dengan isu royalti apabila beberapa ADUN PAS memperkatakan perkaRa itu pada sidang kali ini.
PAS melihat medan ini penting untuknya menyatakan ‘hasrat rakyat’ dan dengan kedudukan kerajaan negeri pimpinan Datuk Ahmad Said tidak menarik balik saman kerajaan di zaman PAS dahulu ke atas Petronas dan kerajaan Pusat, ini menambahkan lagi kecenderungan PAS memperkatakannya.
Pastinya apabila menggulung hari ini, Ahmad Said akan turut memperkatakan isu ini serta jawapan mengenai status rundingan mengenai royalty yang telah dan akan berlangsung.
Isu ini sebenarnya menguji sejauh mana sikap kerajaan negeri dan ADUN BN kerana mereka juga yang akan mendapat manfaat sepenuhnya jika royalti dikembalikan.
Jika kelmarin usul membahaskan isu ini ditolak dan pada sebelah petangnya ketika membahaskan usul, Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam) turut memperkatakan mengenainya, semalam Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS – Rhu Rendang) menyambungnya.
Hadi ketika membahaskan membahaskan usul ucapan perasmian penggal ketiga Dewan Undangan Negeri Kedua Belas, semalam mengatakan PAS menyokong usaha kerajaan Barisan Negeri (BN) dalam soal tuntutan royalti jika ia bertegas berdepan kerajaan Pusat.
Menurut Hadi, perkara ini tidak boleh dilihat sebagai sesuatu yang tidak penting kerana sudah 10 tahun kerajaan Pusat ‘menganianya’ Terengganu.
Dan kelmarin, di luar Dewan, Hadi yang juga Presiden PAS membuat sidang media untuk menyatakan bahawa PAS menggesa kerajaan negeri Terengganu mengambil tanggungjawab yang serius, menuntut semula hak pembayaran royalti petroleum dari kerajaan pusat.
Hadi berkata tindakan tersebut adalah perjuangan menuntut dan memastikan keadilan bagi semua.
Menurut laporan sebuah laman web PAS, sehubungan itu, Persidangan DUN perlu membahas dan memutuskan satu resolusi mendesak kerajaan pusat memulangkan semula hak rakyat Terengganu.
“Ini suatu perjuangan untuk keadilan bagi semua (rakyat) dan kita (PAS) mempunyai suatu harapan yang besar supaya kerajaan negeri Terengganu mengambil suatu tanggungjawab yang serius agar suatu perbahasan dapat diadakan dan diputuskan satu resolusi untuk mendesak kerajaan pusat supaya memulang balik (royalti) hak rakyat negeri Terengganu,” tegasnya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri Terengganu, kelmarin.
Kenyataan beliau adalah berikutan satu usul yang dikemukakan oleh Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkaitan isu terbabit, dalam sesi pagi Persidangan DUN. Usul itu kemudiannya ditolak dari dibahaskan oleh Speaker dengan alasan ia sedang dirundingkan.
Pemberian royalti wujud di negeri Terengganu dan negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak, kata Hadi, adalah hasil dari satu persefahaman yang dilakukan di zaman almarhum Tun Abdul Razak.
Persefahaman tersebut, jelasnya, ditandatangani oleh semua Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri dari Perlis hingga ke Sabah.
“Apabila mereka (kerajaan pusat) bersetuju dengan perbincangan itu untuk menggubal Akta Petroleum dan menubuhkan Syarikat Petronas.
“Apabila negeri-negeri bersedia menyerahkan sekiranya ada hasil petroleum di daratan yang pada asalnya menjadi milik negeri.
“Persetujuan telah dibuat sekiranya ada hasil di darat atau di laut semuanya diserahkan kepada Petronas dan Petronas hendaklah menyerahkan royalti sebanyak lima peratus dari hasil jualan kepada mana-mana negeri yang ada hasil petroleum,” jelasnya.
Beliau mendakwa bayaran royalti petroleum Terengganu ‘dirampas’ melalui satu keputusan politik pada Perhimpunan Agung UMNO 2000.
Bahkan, katanya sewaktu pemerintahan PAS Terengganu royalti masih dibayar pada bulan Mac tahun 2000.
“Di Terengganu, ianya berlangsung (bayaran royalti) sejak itu (perjanjian) hingga tahun 2000 apabila, kami (PAS) mengambil-alih pemerintahan di negeri Terengganu dan pada bulan Mac tahun 2000 masih dibayar royalti ini.
“Tiba-tiba dalam Perhimpunan Agung Umno tahun 2000, mereka (pemimpin Umno) telah memutuskan melalui Mesyuarat Agung Umno itu satu keputusan politik untuk ‘merampas’ royalti ini dari negeri Terengganu,” ujarnya.
Katanya, ini merupakan suatu pencabulan terhadap perjanjian yang telah dibuat serta pencabulan juga terhadap semangat federalisma.
Apa yang menarik, kata Hadi kenyataan ini disokong oleh bekas Ketua Hakim Negera, Tun Salleh Abas, disokong oleh bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah dan disokong juga oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Musa Hitam.
“Ini suatu perkembangan yang sangat menarik dan usul ini dibawa pada hari ini (Persidangan Dun) bukan di atas sentimen parti tetapi atas nama kewajipan seluruh rakyat negeri Terengganu tanpa mengira fahaman politik, tanpa mengira anutan mereka,” tegasnya.
Hadir sama pada sidang media tersebut Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Adun Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut, Adun Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah, Adun Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar, Adun Bukit Tunggal, Dr Alias Razak dan Adun Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.
Hakikatnya apa yang diperkatakan oleh PAS mempunyai asas namun cara dan bentuk apa wang berkenaan akan dipulangkan kepada Terengganu mungkin berbeza.
Datuk Seri Najib Razak sendiri ketika menjelang pilihan raya kecil Kuala Terengganu mengatakan royalti akan diberikan balik kepada kerajaan negeri Terengganu, walaupun sampai kini ia belum diberikan.
Namun, yang diberikan pula adalah dalam bentuk wang ehsan dan jumlahnya bukannya 5 peratus sebagaimana yang dinikmati kerajaan negeri sebelum ini.
Seluruh rakyat Terengganu kini menunggu pengumuman kerajaan Pusat selepas rundingan demi rundingan sudah dilakukan.
Apakah Terengganu akan mendapat balik wang miliknya lebih RM1.7 bilion, tidak termasuk sebahagian bayaran untuk tahun lepas dan tahun ini.

Bekalan Gas Petronas Di Terengganu Tampung Permintaan Hingga 2021
Bekalan gas luar pantai Petronas Gas Bhd di Terengganu sekarang dianggarkan dapat menampung permintaan hingga 2021, dengan tanda-tanda awal pengurangan dijangkakan menjelang 2017, demikian menurut sebuah firma penyelidikan.
"Selepas itu, bekalan gas baru dijangka diperoleh dari pembangunan gas asli cecair (LNG) Petronas di Australia, misalnya di Curtis Island, Australia," kata MIDF Research dalam satu nota penyelidikan.
Ia berkata sumber-sumber yang diperoleh dari rantau itu oleh Petronas Gas sebahagian besarnya adalah gas jalur arang batu dan gas metana batu bara.
MIDF Research berkata Petronas Gas menepati jadualnya untuk menyiapkan loji kuasa 300 megawatnya yang berharga RM1.0 bilion, di Kimanis, Sabah menjelang 2013.
Firma penyelidikan itu juga berkata operasi dan kerja-kerja penyenggaraan akan dilaksanakan melalui usaha sama 60:40 antara Petronas Gas dan Yayasan Sabah apabila siap kelak.
"Bekalan gas itu akan disalurkan dari medan laut dalam di luar pantai Sabah dan dipindahkan ke Kimanis sebelum disalurkan keluar ke kompleks LNG Bintulu menerusi Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak sepanjang 500 kilometer yang sedang dibina sekarang," jelasnya.
Apabila siap kelak, loji kuasa itu akan menyalurkan gas bagi memenuhi permintaan di Sabah, kata MIDF Research.

Pemain Kebangsaan Bantu Hoki Wanita Terengganu Buru Emas Di Sukma
Tiga pemain hoki wanita kebangsaan akan membantu Terengganu dalam misi memburu pingat emas pada Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka, Jun ini.
Jurulatih pasukan hoki wanita Terengganu, Mohd Shamsol Ismail berkata tiga pemain kebangsaan itu ialah pemain tengah Adawiyah Mohamad, Norashikin Halim (bawah/tengah) dan Fatin Naimah Mohd Zaki (penyerang).
"Ini adalah kali pertama pemain-pemain itu mewakili Terengganu pada temasya Sukma selepas bergelar pemain kebangsaan," katanya semalam.
Mohd Shamsol berkata ketiga-tiga pemain itu baru sahaja mewakili pasukan negara dalam satu kejohanan di New Zealand dan sedang membuat persediaan untuk menghadapi kejohanan kelayakan Piala Dunia di Chile.
Pada Sukma Terengganu 2008, Terengganu berjaya meraih pingat perak dalam acara hoki.

Lembaga Jurutera Ambil Tindakan Tegas
Lembaga Jurutera Malaysia akan mengambil tindakan tegas jika siasatan mendapati terdapat salah laku pihak jurutera sehingga mengakibatkan kejadian runtuhan para besi di tapak binaan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 29 Mac lalu.
Setiausahanya Ruslan Abdul Aziz berkata Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Dosh) sedang menyiasat kejadian itu dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap jurutera yang terlibat mengikut Akta Jurutera jika didapati terdapat salah laku oleh pihak terbabit.
"Segala kerja sementara termasuk peranca di tapak binaan mesti dikawal dengan teliti mengikut peraturan dan kod amalan yang sedia ada.
"Pihak Kontraktor perlu melantik jurutera profesional yang bertauliah bagi memastikan reka bentuk dan pembinaan mematuhi syarat-syarat seperti termaktub dalam Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-kerja Binaaan Kejuruteraan) Keselamatan 1986," katanya dalam kenyataan di Kuala Terengganu semalam.
Menurutnya, walaupun peranca tapak telah direka bentuk oleh jurutera, pemantauan keselamatan di tapak adalah sangat mustahak untuk memastikan pekerja mengikut prosedur kerja supaya peranca tapak kukuh dan tidak dibebankan dengan keterlaluan yang menyebabkan keadaan berbahaya.
Di samping itu, katanya kontraktor juga mesti mematuhi aspek yang diberikan oleh jurutera perunding terhadap segala aspek keselamatan bagi kerja sementara di tapak seperti lif tapak.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.10 petang pada 29 Mac lalu, seorang buruh warga Bangladesh maut, manakala empat lagi rakannya cedera apabila para besi bagi pembinaan bangunan institut itu runtuh.

Penurunan kes demam denggi di Terengganu
Terengganu mencatatkan penurunan sebanyak 22.4 peratus bagi kes demam denggi dalam tempoh sehingga 3 April tahun ini iaitu 270 kes berbanding 348 kes pada tahun lepas.
Pengerusi Jawantankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Dr Abdul Rahman Mokhtar berkata bilangan kes demam denggi berdarah dalam tempoh yang sama juga mencatatkan penurunan iaitu daripada 16 kes tahun lepas kepada hanya 12 kes.
"Semua daerah mencatatkan penurunan daripada segi bilangan kecuali Kuala Terengganu yang mencatatkan peningkatan 10.7 peratus iaitu daripada 114 kes kepada 165 kes," katanya.
Beliau menyatakannya pada persidangan DUN Terengganu semalam.
Katanya hasil kajian Jabatan Kesihatan mendapati tahap kebersihan di Kuala Terengganu terutama di bandar masih belum memuaskan dan terdapat 13 kawasan wabak yang dikenalpasti sehingga kini.
Antaranya Kampung Losong Hj Long, Buluh Gading, Rumah Awam Kos Rendah Telaga Daeg, Kampung Nibong dan Panji Alam.
Selain Kuala Terengganu, daerah Besut mencatatkan 33 kes, Hulu Terengganu (15), Marang (9), Dungun (26), Kemaman (14) dan Setiu 14 kes.
Katanya dalam tempoh yang sama Jabatan Kesihatan telah membuat pemeriksaan di 46,006 premis di seluruh negeri ini dan sebanyak 264 premis yang didapati menjadi tempat pembiakan nyamuk jentik-jentik telah dikenakan kompaun.

Mentaliti Rakyat Punca Tandas Awam Kotor
Pelajar memenuhi tempat duduk pemerhati melihat perjalanan secara langsung Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu.
Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata sikap rakyat sendiri yang menyebabkan keadaan tandas awam di Terengganu kotor.
Beliau berkata kerajaan negeri menerusi Pihak Berkuasa Tempatan telah menyediakan peruntukan khusus berjumlah ratusan ribu ringgit setiap tahun untuk menjaga tandas awam di seluruh negeri.
Sebaliknya langkah itu tidak mendapat kerjasama rakyat untuk sama-sama memelihara kebersihan tandas.
."Sama dengan tandas di masjid yang masih lagi kotor, sehingga lampin pakai buang bayi dan tuala wanita pun mereka sumbat dalam mangkuk tandas.
"Tin minuman, puntung rokok dibaling keluar dari kereta, begitu juga rambutan, bila makan dalam kereta, biji dengan kulitnya di baling keluar ikut tingkap," katanya semasa menjawab soalan Wan Hassan Mohd Ali (PAS-Sura) yang bertanyakan tentang langkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri untuk memastikan kebersihan tandas awam di Terengganu pada persidangan Dewan Undangan negeri (DUN) ke-12 semalam.
Menteri Besar melahirkan rasa kesal dan sedih dengan mentaliti rakyat terutama orang Islam masih rendah kerana gemar mengotorkan tandas awam dan juga tandas di masjid yang menjadi tempat ramai pelawat dari luar Terengganu singgah ketika bersolat.
Beliau yang juga Pengerusi Kerajaan Tempatan berkata dua perkara yang harus ditekankan daalam aspek menjaga kebersihan tandas iaitu pengurusan dan penjagaan serta mentaliti pengguna kemudahan itu sendiri.
“Kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan yang besar untuk menyelenggara semua tandas awam peringkat daerah sebab itu ada satu dua kes terpencil seperti ini yang saya minta diberi laporan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu kalau betul tandas awam yang dijaga oleh majlis daerah ini tidak dijaga dengan sempurna,” katanya menjawab soalan tambahan dikemukakan Abdul Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam).
Abdul Wahid sebelum itu mempersoalkan kebersihan tandas awam dan merujuk rungutan seorang rakannya dari luar negara mengenai tahap kebersihan tandas awam di Penarik, Setiu yang tidak mencapai tahap BMW atau bersih, menawan dan wangi.
Ahmad Said berkata, jika hanya kerajaan memperuntukkan belanja yang khas dan mencukupi untuk kerja menjaga dan menyelenggara tandas, tetapi sikap masyarakat tidak berubah sehingga dengan mudah mengotorkan kemudahan awam itu, usaha untuk menjadikan kemudahan awam itu bersih pasti tidak berhasil.
“Kalau jaga macam mana pun, (tukang bersih) paling belakang kotor balik..tiada makna. Kita belanja ratusan ribu setahun jaga tandas, malah tiada negeri lain yang buat seperti Terengganu belanja khusus untuk menjaga tandas kecuali Terengganu,” katanya.
Beliau turut mengambil contoh apa yang pernah diperkatakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di mana banyak kejayaan sudah dicapai dalam pembangunan, tetapi pada masa yang sama masih juga gagal
“Sebab itu Tun Dr Mahathir pernah menyebut, dia boleh mengubah negara kita dari segi fizikal sebagai sebuah negara setaraf dengan negara maju..kita ada Twin Tower, hebat-hebat pembangunnanya, cerdik pandai..tetapi dari segi mentaliti oang kita masih lagi di tahap dunia ketiga,” katanya.
Ramai Nama Dikeluarkan Daripada Senarai Kemiskinan
Terengganu berjaya mengeluarkan ramai rakyatnya keluar daripada senarai kemiskinan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini hasil program-program bantuan yang dilakukan oleh kerajaan.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri Ashaari Idris berkata Terengganu kini menduduki tangga kelima kemiskinan tegar berbanding akhir tahun lepas di tangga ketiga dan masih menduduki tangga ketiga untuk kategori miskin.
"Terengganu jadi negeri yang pertama berjaya mengeluarkan begitu ramai keluar daripada senarai miskin tegar iaitu seramai 1,824 orang daripada 3,180 orang akhir tahun lepas," katanya pada sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu Kali ke-12 di sini Rabu.
Katanya pada keseluruhannya laporan terbaru kedudukan dalam hal basmi kemiskinan berbanding akhir tahun lepas, Terengganu masih mempunyai seramai 10,268 orang yang miskin berbanding 9,924 orang tahun lepas.
Beliau berkata jumlah itu meningkat kerana kerajaan berjaya mengurangkan jumlah kelompok miskin tegar seramai 1,356 orang.

Kerajaan Terengganu Diingat Jangan Rakus Keluar Lesen Balak
Kerajaan Terengganu diminta lebih berhati-hati dalam mengeluarkan lesen pembalakan bagi memastikan hasil maksimum dapat dikutip daripada sektor itu.
Ramlan Ali (BN-Jabi) berkata langkah kerajaan memberi konsesi balak kepada rakyat tempatan adalah baik namun ia perlu memastikan lesen berkenaan tidak dikeluarkan terlalu banyak sekaligus.
"Dengarnya banyak lesen balak yang dikeluarkan, sehingga mereka (pemegang konsesi) tercari-cari pelanggan. Pembeli pula, bila bekalan terlalu banyak, mereka boleh letak harga, jadi ini merugikan.
"Ia merugikan pemilik konsesi dan juga kerajaan," katanya ketika membahaskan usul terima kasih terhadap ucapan perasmian Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.
Ramlan juga meminta kerajaan negeri memastikan penggunaan wang kerajaan dibuat dengan berhemah dan didedahkan kepada rakyat.
"Ini kerana sudah banyak kali kita dengar komen, wakil rakyat kita banyak kali sangat buat lawatan ke luar negara, kalau boleh dedahkan berapa perbelanjaannya dan apa hasilnya," katanya.
Ramlan turut membidas pembangkang kerana cuba untuk membawa usul mengenai masalah mengenai mat rempit di negeri itu untuk dibincangkan dalam persidangan dewan.
"Semalam bawa usul royalti, hari ini bawa pula usul mat rempit, dah tahu usul itu akan ditolak. Ini akan jadi modal untuk mereka berceramah. Nanti boleh kata kerajaan negeri tak peka dengan masalah remaja dan masalah mat rempit ni. Ini semua mereka nak guna untuk naikkan imej mereka dan mencalar imej BN (Barisan Nasional)," katanya.
Usul yang dibawa Mohd Nor Hamzah (Pas-Bukit Payong) di bawah peraturan Majlis Mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap DUN Terengganu itu bagaimanapun ditolak oleh Speaker Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Toh Pengerusi Perhubungan MCA Terengganu yang baru
Pengumuman Jawatankuasa Pusat MCA oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, di Kuala Lumpur turut membabitkan Pengerusi Perhubungan MCA yang baru bagi Terengganu.
Toh Chin Yaw iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian dan Alam Sekitar Negeri, dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan MCA Terengganu yang baru.
Selain Toh yang juga , Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bandar, muka baru lain bagi pengerusi perhubungan negeri membabitkan Dr Poh Choo Chor (Perlis), Datuk Chong Itt Chew (Kedah), Datuk Seri Dr Ng Yen Yen (Pulau Pinang dan Kelantan), Datuk Donald Lim (Selangor), Dr Chua (Perak dan Johor), Dr Yeow (Negeri Sembilan), Datuk Gan Tian Loo (Melaka) dan Datuk Seri Liow Tiong Lai (Pahang).
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha Rabu dilantik sebagai setiausaha agung manakala Datuk Seri Tan Chai Ho sebagai bendahari agung MCA.
Selain itu, Ketua Pemuda Datuk Dr Wee Ka Siong dan Ketua wanita Datin Paduka Chew Mei Fun dilantik semula dalam Majlis Presiden selepas kedua-dua mereka dipecat oleh bekas presiden Datuk Seri Ong Tee Keat November lepas.
Pelantikan mereka dalam Majlis Presiden adalah berdasarkan kedudukan masing-masing sebagai ketua sayap MCA itu.
Terdahulu itu, Dr Chua mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA yang pertama selepas pemilihan semula kepimpinan pusat pada 28 Mac lalu.
Dr Chua berkata mesyuarat selama tiga jam itu turut membincangkan beberapa isu semasa termasuk pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Rancangan Malaysia ke-10.

Wednesday, April 7, 2010
FOKUS - Kemesraan terpancar pada sidang DUN Terengganu
Oleh Hambali Abdul Latiff
Wahid Endut dan Datuk Tengku Hassan berbual mesra dengan ADUN Barisan Nasional, termasuk Ahmad Said serta Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Razak Ismail.
Bukan sahaja tiada kata kesat atau cabar mencabar. Malah, pertikaman lidah yang sering berlaku pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu langsung tidak berlaku semalam.
Sidang DUN ke 12 semalam seharian berjalan dengan teratur dan penuh kemesraan. Sehingga jam 5 petang apabila sidang ditangguh, jelas suasana yang harmoni dan keakraban di kalangan ADUN terus berlaku.
Kenapa saya katakan demikian?
Ahmad Said bersalaman dan berbual mesra dengan Datuk Rosol Wahid. – Gambar Zulkifli Putra
Bukan sahaja ‘keakraban’ semakin terjalin antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) tetapi juga berlaku antara ADUN BN dan pembangkang (PAS).
‘Pertemuan dan perbualan mesra’ Datuk Ahmad Said dan Datuk Rasol Wahid (BN-Ajil) ketika rehat mendapat perhatian ramai.
Sementara kemesraan ditunjukkan oleh beberapa ADUN BN dan PAS ketika minum pada sebelah petang juga menggambarkan suasana kemesraan.
Ahmad Said sempat berbual mesra dengan ADUN Ladang, Datuk Tengku Hassan Omar, yang pernah menduduki jawatan tinggi dalam kerajaan Terengganu.
Kemesraan bukan sahaja ditunjukkan ketika menikmati hidangan tetapi dalam perbahasan atau mencelah ketika perbahasan menimbulkan kelucuan dan ketawa di kalangan anggota dewan, pegawai kerajaan dan pemerhati.
Paling menonjol semalam ialah Abdul Wahid yang bukan sahaja berbahas secara teratur dan bermaklumat tetapi sempat menyindir BN dengan cara jenakanya.
Wahid jelas menggunakan pengalamannya di Dewan Rakyat apabila mengaitkan banyak perkara khususnya isu royalti minyak yang menurutnya Terengganu dinafikan haknya hampir 10 tahun sejak tahun 2000.
Ketika membahaskan usul terima kasih titah perasmian Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud, pada Persidangan DUN semalam (6 April 2010), beliau juga mengatakan malu apabila berada di Dewan Rakyat kerana rakan-rakan pembangkang sering mengusiknya sebagai mewakili negeri yang penuh dengan kejadian runtuh, bocor, mendap dan apa saja.
“Sebab itu, jangan terlalu banyak projek diberikan kepada OKU.
Mereka yang berada di dalam dewan tertanya-tanya apa pula kaitkan projek pembinaan dengan OKU?
“Orang Kuat UMNO,” sindir Abdul Wahid disambut dengan ketawa sebahagian anggota dewan dan pemerhati.
Beliau mencadangkan satu Kertas Putih disediakan kerajaan negeri mengenai projek yang runtuh, mendap, bocor dan sebagainya yang disifatkan beliau merugikan rakyat dan memalukan.
Cuma mengecewakan sedikit, ucapan Wahid walaupun ada yang boleh dipertikaikan umpamanya dalam isu mengaitkan Datuk Seri Mohd Najib Razak an Altantuya, isu kononnya Israel dan Yahudi bersekongkol dengan Kerajaan Pusat serta Kertas Putih mengenai Perhutanan Terengganu tidak mendapat reaksi sewajarnya daripada ADUN BN.
Ada yang bangun mengganggu Wahid. Bagaimanapun mereka nampaknya bagaikan tiada modal untuk berbahas malah menggambarkan betapa ceteknya pengetahuan mereka mengenai isu nasional.
Persidangan bersambung hari ini.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said memperkatakan sesuatu kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Dr Syed Azman Syed Nawawi (PAS-Batu Buruk) turut tersenyum.